///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Pelabuhan Klang News   Page 1    



Sokongan DAP kepada Kerajaan Madani bukan ‘cek kosong’ – .. - Mygazette - 17/08 7:55 am

# Sokongan DAP kepada Kerajaan Madani bukan 'cek kosong' - Ganabatirau KUALA LUMPUR - DAP perlu kekal dalam Kerajaan Madani, namun sokongan parti itu tidak boleh dianggap sebagai cek kosong kepada perdana menteri dan kerajaan, tegas Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman





Pelabuhan Mokha henti operasi akibat serangan Houthi - Utusan - 16/08 5:00 pm

SANAA: Pelabuhan Mokha di Yemen menghentikan operasi selepas lebih 25 peluru berpandu dilancarkan ke arah lokasi itu dalam beberapa serangan oleh kumpulan Houthi baru-baru ini





Menu mesra muslim, bilik solat, kompas kiblat di atas kapal persiaran - Kosmo - 16/08 4:07 pm

PETALING JAYA Kapal persiaran Adora Mediterranea yang akan menjadikan Pelabuhan Klang sebagai home port selama dua bulan bermula November ini, memberi peluang kepada para tetamunya khusus yang beragama Islam, menikmati makanan mesra muslim yang di masak daripada dapur kapal yang mematuhi garis panduan daripada pihak berwajib





Kanak-kanak ‘austime’ meningkat 9 kali ganda hampir 90,000 - Kosmo - 16/08 4:06 pm

KLANG – Jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar di seluruh negara meningkat kepada 849,775 orang setakat Jun lalu, berbanding 814,966 orang tahun sebelumnya





Pastikan pelabuhan Malaysia tak disalah guna, kata pemerhati - FMT - 16/08 3:29 pm

Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat cuba menyembunyikan asal barangan, sambil melindungi reputasi Malaysia sebagai hab perdagangan dipercayai.





Sindiket bantu rangkaian komunikasi penipuan tumpas, tiga ditahan - Sinarharian - 16/08 8:52 am

IPOH - Satu sindiket yang membantu rangkaian komunikasi penipuan dalam talian tumpas susulan penahanan tiga lelaki dalam serbuan di sekitar Lembah Klang pada Khamis lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan melibatkan lima lokasi di sekitar Petaling Jaya, Kelana Jaya, Hulu Kelang dan Damansara.Menurutnya, ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia antara 32 hingga 45 tahun itu dipercayai berperanan menyediakan kemudahan komunikasi bagi melancarkan kegiatan penipuan yang beroperasi dari luar negara."Dalam operasi tersebut, polis turut merampas pelbagai peralatan komunikasi termasuk lapan unit simbox, 11 unit Starlink, 509 keping kad SIM, sebuah komputer riba, dua unit router dan lima telefon bimbit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, peralatan itu dipercayai digunakan sebagai call gateway bagi menguruskan laluan aliran komunikasi sindiket penipuan sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengesan panggilan yang dibuat.Katanya, kejayaan itu adalah hasil risikan dan siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar susulan satu laporan kes penipuan yang diterima sebelum ini."Kes berkenaan melibatkan seorang penuntut institusi pengajian tinggi berusia 22 tahun yang menjadi mangsa penipuan pada 31 Julai lalu," katanya.Mohd Alwi berkata, dalam kes itu, mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran dan mendakwa terdapat kiriman parcel mengandungi barangan terlarang atas namanya.Jelas beliau, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa yang menuduh mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram."Mangsa telah ditakutkan dengan ancaman tangkapan dan pendakwaan sehingga menyebabkan dia mengikut segala arahan diberikan termasuk memindahkan wang tunai sebanyak RM8,999 ke beberapa akaun yang diberikan suspek."Mangsa turut diarahkan meletakkan barang kemas miliknya melibatkan rantai, cincin, subang dan gelang emas dengan anggaran nilai kira-kira RM20,000 di atas tembok rumah di Kampar, kononnya bagi tujuan siasatan sebelum dipulangkan semula," katanya.Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas wang dan barang kemas tersebut tidak dipulangkan sebelum membuat laporan polis pada 1 Ogos lalu.Kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga 17 Ogos bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.





Hutan seluas dua hektar di Pelabuhan Klang terbakar Hutan seluas dua .. - Mygazette - 15/08 9:26 pm

# Hutan seluas dua hektar di Pelabuhan Klang terbakar SHAH ALAM - Kawasan hutan seluas kira-kira 2.02 hektar terbakar berhampiran sebuah kedai di Jalan Beringin, Kawasan 13, Pelabuhan Klang, tengah hari tadi





Bomba padam kebakaran hutan lebih dari dua hektar di Pelabuhan Klang - SUN - 15/08 9:00 pm

Bomba Pelabuhan Klang bertindak pantas memadamkan kebakaran hutan seluas 2.02 hektar di Kawasan 13, dibantu jentera dan anggota BBP Sri Andalas.





PKFZ chairman says Chinese-linked cargo presence alone isnt evidence of trade fraud, after US report flagging Malaysia - Malaymail - 15/08 9:57 am

KUALA LUMPUR, Aug 15 The Port Klang Free Zone (PKFZ) today rejected any suggestion that the presence of Chinese-...





Sindiket Lerai Kenderaan di Klang Diserbu, JIM Tahan 20 Warga Asing - Careta - 15/08 8:19 am

Serbuan pada jam 4.30 petang itu turut membawa kepada penahanan 20 warga asing, membabitkan 17 lelaki warga Pakistan dan dua lelaki serta seorang wanita warga Indonesia





Gudang simpan, kumpul barang kontraban diserbu, rampasan RM5.9 juta - Mygazette - 15/08 8:15 am

# Gudang simpan, kumpul barang kontraban diserbu, rampasan RM5.9 juta KUALA LUMPUR - Sebuah gudang dipercayai menjadi pusat penyimpanan sementara dan hab pengumpulan barangan kontraban sebelum diedarkan ke seluruh negara berjaya dikesan dalam serbuan di Kampung Sungai Serdang, Kapar, Klang, semalam





Pasukan khas SPRM-JKDM perlu jadi pemangkin pengurusan sempadan, kontena lebih pintar - FMT - 15/08 8:00 am

Teknologi dan penyelarasan antara agensi penting untuk menutup ketirisan serta memperkukuh pengurusan pelabuhan negara.





Thunderstorm, heavy rain warning for seven states until 9pm - Sinardaily - 14/08 7:54 pm

KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning for thunderstorms, heavy rain, and strong winds expected to affect seven states until 9pm today.In a statement, MetMalaysia said the affected states are Perak (Bagan Datuk, Muallim, Hilir Perak, and Batang Padang), Terengganu, Pahang, and Johor (Mersing).A similar warning was also issued for Selangor (Sepang, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, and Kuala Langat), Negeri Sembilan (Rembau and Port Dickson), and Melaka (Alor Gajah and Melaka Tengah)





Amaran ribut petir di tujuh negeri - Sinarharian - 14/08 7:50 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri hingga jam 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Bagan Datuk, Muallim, Hilir Perak dan Batang Padang), Terengganu, Pahang dan Johor (Mersing).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor (Sepang, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Kuala Langat), Negeri Sembilan (Rembau dan Port Dickson) serta Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah)





Illegal e-waste gets one-way ticket home as Malaysia targets 1,259 containers - Malaymail - 14/08 5:05 pm

PORT KLANG, Aug 14 The Malaysia Border Control and Protection Agency (AKPS) aims to return all 1,259 containers...





'Rahsia' tempahan Proton eMAS, arwah ibu pesan supaya sentiasa meratukan .. - Hmetro - 14/08 4:12 pm

Klang: Kalau dapat 35,000 tanda suka, abang belikan, kata-kata yang mungkin disangka sekadar gurauan seorang suami kepada isterinya itu sebenarnya menyimpan satu kejutan apabila kereta Proton eMAS berwarna merah jambu yang diidamkan wanita berkenaan sudah ditempah secara rahsia





Why Klang Valley Scrap Yards Are Concentrating on European Car Parts TODAY - DSF - 14/08 4:01 pm

We were recently looking for used parts for our classic JDM sedan and after visiting a few scrap yards we realised that scrap Japanese car parts are getting scarce and European car parts have become a priority for junk yard business owners in Klang Valley





ECRL kini siap 95%, sedia beroperasi dari Kota Bharu-Gombak - Mygazette - 14/08 3:59 pm

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkembangan itu selari dengan jadual penyiapan jajaran Fasa 1 ECRL yang merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor pada Disember ini. "Jajaran Fasa 2 ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka siap menjelang Disember 2027 bagi membolehkan pengoperasian penuh pada Januari 2028





PLUS aktifkan lencongan Damansara-Shah Alam mulai hari ini - Mygazette - 14/08 3:59 pm

# PLUS aktifkan lencongan Damansara-Shah Alam mulai hari ini KUALA LUMPUR PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan lencongan trafik di laluan antara Damansara-Shah Alam di KM13.60 hingga KM14.35, kedua-dua arah di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) selama enam bulan, bermula hari ini





Alat mainan seks antara rampasan RM42.99 juta Kastam Selangor - Mygazette - 14/08 3:59 pm

# Alat mainan seks antara rampasan RM42.99 juta Kastam Selangor KLANG Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan pelbagai komoditi termasuk rokok, minuman keras, alat mainan seks serta sisa logam dan plastik yang mencecah RM42.99 juta. Kesemua rampasan itu melibatkan empat kes berasingan membabitkan 63 buah kontena yang ditahan dan diperiksa di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang antara Mei hingga Jun 2026





1,259 kontena e-waste dikeluarkan dari negara ini berperingkat – Nik .. - Mygazette - 14/08 3:59 pm

# 1,259 kontena e-waste dikeluarkan dari negara ini berperingkat - Nik Ezanee KLANG - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menyasarkan sebanyak 1,259 kontena e-waste yang kini berada dalam kawalan untuk dikeluarkan secara berperingkat dari negara ini. Komander Pintu Masuk Pelabuhan Klang AKPS, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, setakat ini sebanyak 255 kontena sudah dikeluarkan, manakala operasi pengeluaran akan diteruskan menerusi beberapa fasa





AKPS akui pengimbas masih bergantung kepada manusia ??? Nik Ezanee - Mygazette - 14/08 3:59 pm

# AKPS akui pengimbas masih bergantung kepada manusia Nik Ezanee KLANG - Sebanyak lapan juta kilogram barangan kini berada dalam kawalan pihak berkuasa di Pelabuhan Klang, di sini, setakat ini





Kastam Selangor gagalkan cubaan seludup 63 kontena - Utusan - 14/08 3:41 pm

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai barangan dagangan dan komoditi selepas merampas 63 kontena bernilai RM42.99 juta termasuk duti dan cukai, menerusi empat siri serbuan berasingan di sini





1,259 kontena e-waste 'dihalau' keluar tahun ini - Nik Ezanee - Sinarharian - 14/08 2:44 pm

PELABUHAN KLANG - Sebanyak 1,259 kontena sisa elektronik (e-waste) di sini disasarkan dibawa keluar dari Malaysia menerusi tindakan bersepadu menjelang hujung tahun ini.Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, bagi fasa pertama, sebanyak 148 kontena telah berjaya dibawa keluar.Menurutnya, bagi fasa dua yang masih berjalan, AKPS dengan kerjasama agensi seperti Lembaga Pelabuhan Klang serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan 533 kontena."Setakat ini kita berjaya bawa keluar 255 kontena dari Malaysia."Untuk fasa tiga bermula 1 Oktober pula, kita akan keluarkan baki 578 kontena dan baki e-waste dianggarkan seberat 8 juta kilogram ini bergantung kepada siasatan yang dijalankan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat Kastam Selangor di sini selepas sidang akhbar Pengarah Kastam Selangor, Noraidah Ishak berkenaan kes rampasan pelbagai komoditi dianggar bernilai RM42.99 juta pada Jumaat.Beliau berkata, kontena terbabit membabitkan kes yang ditahan sejak 2024.Dalam pada itu, Nik Ezanee menjelaskan tiada dikesan kontena mengandungi e-waste masuk semula ke dalam negara selepas dihantar keluar, namun terdapat kontena sama dengan muatan dagangan lain masuk ke dalam negara."Pemeriksaan telah dijalankan JKDM bersama AKPS berdasarkan senarai yang direkodkan, namun kontena itu tidak melibatkan barangan e-waste," ujarnya.Tambahnya, AKPS memberi jaminan keberkesanan mesin pengimbas di Pelabuhan Klang yang efisien."Kita dari semasa ke semasa melatih pegawai scanner (mesin pengimbas) untuk jalankan tugas dengan terbaik





Gagal seludup 57 kontena besi, plastik skrap RM4.96 juta - Sinarharian - 14/08 2:13 pm

PELABUHAN KLANG - Cubaan membawa masuk 57 kontena mengandungi besi dan plastik skrap bernilai RM4.96 juta secara tidak sah melalui Zon Bebas Pelabuhan Klang di sini digagalkan menerusi operasi bersepadu tahun ini.Penahanan kontena terbabit dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dengan kerjasama National Targetting Centre bermula Januari hingga pertengahan Jun lalu.Pengarah Kastam Selangor, Noraidah Ishak berkata, pemeriksaan menemukan 13 kontena mengandungi 351,185 kilogram (kg) besi skrap, manakala 44 kontena mengandungi 841,552.50 kg plastik skrap yang dipercayai tidak mempunyai permit import."Besi skrap dianggarkan bernilai RM1.9 juta, manakala plastik skrap berjumlah RM3.05 juta termasuk nilai duti dan cukai."Pengimportan dagangan ini tertaktluk kepada permit import yang dikeluarkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sebagaimana diperuntukkan di bawah Butiran 5 dan 6 Bahagian 1 Jadual Keempat, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Selangor di sini pada Jumaat.Turut hadir ialah Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.Noraidah berkata, kes masih dalam siasatan dan kegiatan disyaki melibatkan beberapa sindiket yang membawa masuk kontena terbabit dipercayai dari negara Timur Tengah.Tambahnya, modus operandi kemasukan dagangan itu ialah membuat pengimportan tidak benar di dalam Borang Kastam 1 dengan mengikrar dagangan antaranya sebagai alat acuan pembentuk, bahan aluminium serta tembaga.Dalam kes berlainan, JKDM Selangor bersama AKPS merampas 1,578.43 liter minuman keras bernilai RM409,917 termasuk duti dan cukai di Zon Bebas Pelabuhan Utara di sini, 4 Mei lalu.Jelas Noraidah, pelbagai jenis minuman keras itu dikesan disembunyikan bersama alat ganti kenderaan terpakai dalam sebuah kontena."Dipercayai minuman keras untuk pasaran tempatan itu tiba di Pelabuhan Klang pada 27 April dari sebuah negara Asia," ujarnya.Kedua-kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.Justeru, beliau menggesa orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.





ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini - Anthony Loke - Sinarharian - 14/08 1:59 pm

Saya lebih takut daripada anda kalau ada risiko. Sudah tentu kita mengambil semua pertimbangan," katanya.Sementara itu, beliau berkata, projek ECRL kini mencatat kemajuan keseluruhan 95.08 peratus setakat Julai bagi Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu dan Gombak.Beliau berkata, Fasa 2 yang menghubungkan Gombak ke Pelabuhan Klang dijangka siap pada Disember 2027, dengan operasi dijadualkan bermula pada Januari 2028.Turut hadir Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi MRL, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Haji Habibollah; Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri M Jana Santhiran; Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak dan Presiden CCCC, Zhang Bingnan.- Bernama





Sorok alat permainan seks RM52,500 dalam kontena - Sinarharian - 14/08 1:34 pm

PELABUHAN KLANG - Taktik sorok alat permainan seks bernilai lebih RM50,000 dengan mencampurkan pelbagai barangan sah untuk diseludup masuk dari luar negara menggunakan sebuah kontena dibongkar.Kegiatan itu dikesan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor di Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Utara di sini 26 Mei lalu.Pengarah Kastam Selangor, Noraidah Ishak berkata, pemeriksaan dalam kontena terbabit menemui 1,240 unit alat permainan seks bernilai RM52,500."Barangan ini diklasifikasikan sebagai barang larangan mutlak dan disiasat di bawah Akta Kastam 1967."Siasatan awal mendapati kontena terbabit tiba di Pelabuhan Klang pada 21 Mei dari China," katanya ketika sidang akhbar di Pejabat Kastam Selangor di sini pada Jumaat.Beliau berkata, JKDM percaya alatan tersebut untuk pasaran tempatan dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan individu terlibat dalam kes ini.Tambahnya, modus operandi dikesan ialah membuat pengikraran tidak benar dalam Borang Kastam 1 dengan mengikrar dagangan sebagai kerusi, beg pinggang serta pakaian dalam.Dalam kes berasingan, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Selangor merampas 48.78 juta barang rokok putih bernilai RM37.56 juta termasuk duti dan cukai di sini pada 3 hingga 10 Jun lalu.Noraidah berkata, kesemua kontena itu berstatus 'transhipment' dan tiada pengikraran dalam manifes."Rokok tersebut dipercayai datang daei sebuah negara di Asia, namun tidak membuat ikrar manifes sehingga tarikh pemeriksaan dilaksanakan," ujarnya.Katanya lagi, orang ramai diseru menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat."JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," ujarnya.





Gudang diserbu, barangan kontraban RM5.9 juta dirampas - Sinarharian - 14/08 1:32 pm

KLANG Barangan kontraban bernilai kira-kira RM5.9 juta dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Sungai Serdang di sini pada Khamis yang dipercayai menjadi pusat penyimpanan sementara dan hab pengumpulan sebelum diedarkan ke seluruh negara.Komander Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, seramai tiga individu termasuk dua warga Bangladesh ditahan dalam Op Taring Alpha itu."Kita menahan tiga individu termasuk dua warga Bangladesh yang bekerja sebagai pekerja gudang dan seorang lelaki tempatan yang merupakan pengarah syarikat berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mohd Zaki berkata, serbuan kira-kira jam 12.10 tengah itu dijalankan bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara."Operasi berkenaan turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)."Hasil pemeriksaan di premis berkenaan menemukan 32,200 batang rokok pelbagai jenama yang tidak bercukai kastam dengan nilai rampasan dianggarkan RM304,612."Polis turut merampas 149 kotak minuman keras pelbagai jenama bernilai kira-kira RM129,914.41," katanyaBeliau berkata, selain itu, sebanyak 167,526 kotak produk makanan dari China yang dianggarkan bernilai RM3.9 juta turut disita."Pemeriksaan lanjut turut menemukan pelbagai produk kosmetik serta kesihatan dari China dengan nilai rampasan dianggarkan RM1.547 juta," katanya.Menurutnya, siasatan awal mendapati gudang berkenaan dipercayai telah beroperasi lebih kurang 14 tahun dan digunakan sebagai lokasi penyimpanan sementara produk dari China sebelum dihantar kepada pelanggan di seluruh negara."Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kastam 1967, khususnya berkaitan kesalahan menyimpan rokok dan minuman keras yang tidak bercukai kastam."Dua warga Bangladesh yang ditahan turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 berkaitan kesalahan berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah, manakala tindakan turut dijalankan berkaitan penggajian pekerja asing tanpa permit yang sah," katanya.Menurutnya, bagi produk makanan, tindakan diambil mengikut Akta Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Makanan 2009, termasuk berkaitan kesalahan pelabelan makanan."Produk kosmetik dan kesihatan yang dirampas pula disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Akta Racun 1952," katanya.Beliau berkata, tndakan susulan turut diambil agensi berkaitan termasuk penyitaan produk makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tindakan penguatkuasaan oleh MBDK serta siasatan lanjut terhadap produk kecantikan dan kesihatan yang dirampas."Operasi itu membuktikan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan dan jenayah terhadap khazanah negara," katanya.Mohd Zaki berkata, sepanjang tempoh tahun ini sehingga Junaat, WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman telah melaksanakan sebanyak 234 serbuan di seluruh negara."Operasi berkenaan membawa kepada penahanan 409 individu atas pelbagai kesalahan membabitkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar serta operasi berkaitan e-waste."Jumlah keseluruhan nilai rampasan bagi tempoh tersebut dianggarkan RM311,031,676.64," katanya.Menurutnya, WCB/PSK akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama semua agensi berkaitan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan berkesan terhadap aktiviti jenayah terancang serta pelanggaran undang-undang."Kita akan terus mempergiat operasi bersepadu, memperkukuh kerjasama antara agensi serta memperluaskan perkongsian risikan bagi memastikan setiap rangkaian sindiket yang terlibat dalam penyeludupan, perdagangan haram hidupan liar dan barangan tidak bercukai dapat dikesan, ditumpaskan dan dibawa ke muka pengadilan."Tiada ruang kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan, perdagangan haram hidupan liar mahupun jenayah rentas sempadan," tegasnya.





Tanpa Peralatan…Lelaki Nekad Panjat Rumah Kedai Terbakar, Selamatkan 2 Kanak-Kanak Bersama Orang Awam - Siraplimau - 14/08 12:22 am

Ketika api marak dan asap tebal memenuhi sebuah rumah kedai tiga tingkat di Taman Bayu Perdana, Klang, seorang lelaki nekad mempertaruhkan keselamatan diri selepas terdengar tangisan kanak-kanak





Lelaki ditetak guna parang dalam pergaduhan - Sinarharian - 14/08 10:21 am

SHAH ALAM Seorang lelaki cedera parah selepas ditetak menggunakan parang dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Kemuning Batu 8 Sri Muda di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan yang berlaku pada jam 11 pagi itu."Mangsa berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan parah pada tangan kiri akibat ditetak menggunakan sebilah parang dan kini menerima rawatan di Hospital Klang."Kejadian itu turut melibatkan penggunaan objek menyerupai pistol oleh kumpulan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sarudin berkata, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata."Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki objek yang menyerupai senjata api."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Shamsiah Noor Zakaria di talian 012-830 8706 bagi membantu siasatan," ujarnya.





Warga Pakistan dalang sindiket lerai, jual komponen kenderaan lusuh tumpas - Sinarharian - 14/08 8:19 am

SHAH ALAM - Sindiket didalangi warga Pakistan yang aktif menjalankan kegiatan melerai serta menjual komponen kenderaan lusuh serta kenderaan curi yang di sekitar Jalan Kapar, Klang tumpas pada Rabu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan penguatkuasaan telah digerakkan pada jam 4.30 petang hasil maklumat dan risikan.Menurutnya, operasi membawa kepada tangkapan 20 warga asing terdiri daripada 17 lelaki warga Pakistan serta dua dua lelaki dan seorang wanita Indonesia."Penahanan warga Indonesia ini juga telah membawa kepada keterlibatan sindiket ini dalam pengurusan penyediaan rumah penampungan bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal dengan bayaran yang dikenakan sekitar RM5,000 ke RM10,000 seorang."Siasatan awal mendapati, sindiket dipercayai turut terlibat dalam kes kehilangan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik sebuah syarikat pengurusan jenazah di Kapar baru-baru ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memandang serius sebarang penglibatan warga asing dalam kegiatan jenayah terancang yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.Tambahnya, JIM akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing serta rangkaian sindiket yang terlibat."Tindakan tegas tanpa kompromi akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat melindungi, menggaji atau bersubahat dengan warga asing tanpa dokumen sah," ujarnya.Kata Zakaria, pihaknya juga komited mempertingkatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).





Stor kabel elektrik musnah terbakar - Sinarharian - 14/08 8:01 am

SHAH ALAM - Sebuah stor penyimpanan kabel elektrik di Jalan Kunci Air, Padang Jawa di sini musnah terbakar pada Khamis.Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.11 malam."Seramai 21 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Klang Selatan serta Bukit Jelutong bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ashrul Riezal berkata, pihaknya tiba di lokasi sembilan minit kemudian, mendapati kebakaran melibatkan sebuah stor penyimpanan kabel elektrik bangunan kelas C."Anggaran kebakaran membabitkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan bangunan."Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan," katanya.





Jangan biarkan pasaran umat Islam dibanjiri ayam yang diragui status .. - Mygazette - 14/08 7:56 am

# Jangan biarkan pasaran umat Islam dibanjiri ayam yang diragui status halal - MEH KUALA LUMPUR - Majlis Ekonomi Halal & Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH) memandang serius laporan mengenai penahanan tujuh individu, termasuk empat penjawat awam berkaitan dakwaan rasuah bagi membolehkan penghantaran ayam beku yang diimport secara tidak sah melepasi pemeriksaan di sebuah pelabuhan di Sabah





Imigresen tahan 20 warga asing, lumpuh sindiket lerai kenderaan di Klang - FMT - 14/08 7:25 am

Sindiket didalangi warga Pakistan itu aktif lerai dan jual komponen kenderaan lusuh termasuk MPV syarikat pengurusan jenazah yang hilang baru-baru ini.





'Saya diugut, keluarga jadi sasaran selepas kematian anjing Rocky' -Muhammad Shah - Sinarharian - 13/08 6:22 pm

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman selepas insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar, Muhammad Shah Hizam, 24, mendakwa menerima ancaman terhadap diri dan keluarganya selepas kejadian itu tular di media sosial.Menurut Muhammad Shah, ancaman itu diterima pada hari pertama dan kedua selepas kejadian apabila terdapat individu datang ke kawasan kediaman untuk mencarinya."Selepas beberapa hari ini, tiada lagi ancaman berbentuk fizikal berbanding semasa hari pertama dan kedua ketika perkara ini masih tular," katanya pada sidang media #JusticeForShah di Bukit Jelutong di sini pada Khamis.Muhammad Shah memberitahu, individu terbabit bagaimanapun gagal menemuinya kerana keselamatannya ketika itu dijaga pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT).Beliau turut mengakui berasa terancam apabila terdapat komen di media sosial yang bukan sahaja menyasarkan dirinya, malah turut mengugut keluarganya.Mengulas sokongan diterima sepanjang berdepan isu itu, Muhammad Shah berkata, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sentiasa memberikan sokongan termasuk menghubungi bagi memaklumkan perkembangan terkini.Muhammad Shah menegaskan, kehadirannya di Taman Telok Gedong Indah, Klang adalah bagi menjalankan tugas dan bukan dengan niat untuk mencederakan atau membunuh mana-mana haiwan."Saya tak sokong kekejaman, jauh sekali berniat nak mencederakan atau membunuh mana-mana haiwan," jelasnya.Menurut Muhammad Shah, kehadirannya bersama rakan dan pihak MBDK bagi memastikan operasi itu berjalan mengikut prosedur ditetapkan."Bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, ada pihak menasihatkan supaya mematuhi produser ditetapkan," katanya.Sementara itu, peguam Muhammad Shah, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya hadir dalam operasi itu selepas dijemput secara bertulis oleh KRT Jalan Sama Gagah, Taman Telok Gedung Indah, Klang.Katanya, semua peserta operasi sudah diberikan taklimat oleh anggota MBDK mengenai kaedah tangkapan, manakala alat penjerut leher atau loop yang digunakan bukan milik Muhammad Shah, sebaliknya dibekalkan pihak MBDK."MBDK tunjuk cara nak buat tangkapan, malah paling penting, alat loop itu bukan milik peribadi Muhammad Shah, sebaliknya pihak MBDK yang bekalkan," katanya.Rafique berkata, keadaan menjadi kelam-kabut apabila seorang wanita mendakwa sebagai pemilik Rocky datang dan cuba menghalang anjing terbabit daripada dibawa pergi."Berdasarkan apa yang Muhammad Shah lihat sendiri, wanita itu tiba-tiba datang peluk dan duduk atas badan Rocky sebab nak halang anjing itu dibawa pergi hingga berlaku tarik-menarik sedangkan alat loop masih ada di leher Rocky," katanya.Menurutnya, operasi pada malam itu berjaya menangkap 12 anjing liar lain tanpa sebarang kecederaan, manakala Rocky satu-satunya anjing yang disahkan mati akibat insiden kekecohan itu.Dalam pada itu, Rafique mendakwa Muhammad Shah menjadi mangsa buli siber ekstrem susulan penularan video kejadian yang didakwa hanya memaparkan sebahagian insiden."Tuduhan, penghinaan dan ancaman telah memberikan tekanan emosi yang amat berat kepada Muhammad Shah."Wajah dan identitinya disebarkan secara meluas, dia dilabel sebagai pembunuh dan penyeksa haiwan, malah ada yang mendoakan kecelakaan kepada keluarganya," katanya.Rafique turut mempertikaikan penyebaran imej X-ray yang didakwa menunjukkan tulang belakang Rocky patah akibat dipukul, sebaliknya memaklumkan imej itu adalah palsu."Kita pun tak tahu gambar X-ray itu daripada siapa, daripada mana dan bagaimana ia boleh timbul," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata, pihak peguam kini sedang mendokumentasikan segala komen berbaur ugutan dan fitnah di media sosial untuk tindakan lanjut."Kita tidak akan teragak-agak memulakan tindakan undang-undang sivil termasuk saman fitnah terhadap individu atau portal yang mencetuskan provokasi terbabit," tambah beliau.





If it feels like this haze has been here forever, youre right and 10 areas in Klang Valley and Sarawak are still recording unhealthy air pollution levels - Malaymail - 13/08 6:17 pm

KUALA LUMPUR, Aug 13 A total of 10 areas nationwide recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of...





‘I Never Intended To Hurt Or Kill Rocky,’ Says Man Accused Of Animal Cruelty - Rakyatpost - 13/08 6:16 pm

Muhammad Shah Hizam says he has been living under pressure amid public backlash and death threats following Rockys death during a dog-catching operation in Klang.





Sindiket palsu dokumen didalangi warga Bangladesh tumpas - Sinarharian - 13/08 5:28 pm

PUTRAJAYA - Sindiket pemalsuan dokumen yang didalangi warga Bangladesh sejak setahun lalu akhirnya tumpas selepas dicekup dalam serbuan di Taman Wahyu, Kuala Lumpur pada Rabu.Serbuan di dua unit kondominium itu digerakkan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bermula jam 11.30 pagi hasil maklumat dan risikan selama seminggu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan bertindak menahan dua lelaki Bangladesh berusia 29 dan 32 tahun yang dipercayai berperanan sebagai dalang utama serta ahli sindiket.Menurutnya, pasukan operasi telah menyita dua naskhah pasport Bangladesh tulen, sembilan nashkah pasport Bangladesh yang dipercayai palsu, telefon bimbit (3 unit) serta 700 helaian muka surat dan 300 kulit naskhah pasport pelbagai negara palsu."Turut dirampas cap keselamatan masuk KLIA, cap keselamatan keluar Batam dan cap keluar Dhaka, Bangladesh yang dipercayai palsu selain dua komputer riba bersama pencetak," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Setia Perkasa di sini pada Khamis.Beliau berkata, soal siasat dalang utama menemukan simpanan wang di aplikasi e-wallet dalam telefon bimbit miliknya berjumlah RM200,000 dan dipercayai adalah hasil daripada kegiatan ini.Kata Zakaria, semakan mendapati dalang terbabit memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi sektor pembinaan.Mendedahkan modus operandi sindiket, Zakaria berkata, suspek menawarkan perkhidmatan kepada warga asing seperti Bangladesh, Nepal, Pakistan, Indonesia, serta Nepal yang berada di sekitar Lembah Klang yang ingin menjalani saringan pemeriksaan kesihatan pekerja asing (FOMEMA), namun didapati tidak melepasi pemeriksaan atau berstatus tidak layak (unfit)."Pasport yang dipalsukan akan dipinda atau diubah suai bagi membolehkan ia digunakan oleh orang lain semasa proses saringan kesihatan."Sindiket juga dipercayai memalsukan pasport atau memberikan endosmen palsu ke dalam pasport bagi menunjukkan pasport yang dihasilkan mempunyai rekod pergerakan keluar dan masuk yang sah," ujarnya.Jelasnya, bayaran yang dikenakan sebanyak RM200 hingga RM300 bagi setiap naskhah pasport.Menurut beliau, JIM percaya tangkapan suspek terbabit memiliki latar belakang daripada aspek percetakan serta grafik selain kemungkinan menggunakan syarikat percetakan untuk kegiatan itu."Dipercayai suspek menyewa unit kondominium tersebut RM1,600 seunit," ujarnya.Jelasnya, kejayaan operasi ini merupakan susulan daripada tangkapan tiga lelaki Indonesia pada 5 Ogos lalu berkaitan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport dan kes ini merupakan tangkapan kali keenam membabitkan sindiket yang menggunakan modus operandi sama.Kes disiasat di bawah Seksyen 55D, Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 15(1)(c) akta sama.





“Superhero sebenar” – Berani Pertaruh Nyawa, Orang Awam Berjaya Tarik Keluar 2 Mangsa Kebakaran Di Klang - Lobakmerah - 13/08 5:27 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Rocky controversy: Shah denies involvement in dog's death amid backlash, death threats - Sinardaily - 13/08 4:06 pm

SHAH ALAM - A 24-year-old man accused online of being involved in the death of Rocky has denied the allegations, saying he has faced intense public backlash and death threats despite insisting he had no involvement in the animal's death.Muhammad Shah Hizam said he did not support cruelty towards animals and was at the scene in Taman Telok Gedong Indah, Port Klang, on July 29 only to carry out an assigned duty.I am living under pressure, receiving a lot of backlash and death threats following Rocky's death





Shah Nafi Cederakan Anjing Rocky, Peguam Sedia Saman Individu & Portal Sebar Fitnah - Lobakmerah - 13/08 3:54 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Two weeks of beatings, 29 injuries: Top court upholds death sentence for man who killed four-year-old stepson in Klang - Malaymail - 13/08 3:50 pm

PUTRAJAYA, Aug 13 The Federal Court today upheld the death sentence imposed on a former chef for the murder of h...





Kilang baja, penyimpanan minyak musnah dalam kebakaran di Shah Alam - Mygazette - 13/08 3:45 pm

# Kilang baja, penyimpanan minyak musnah dalam kebakaran di Shah Alam SHAH ALAM - Sebuah kilang memproses baja dan penyimpanan minyak enjin kereta musnah 90 peratus dalam kejadian kebakaran di Jalan Bukit Cherakah, Seksyen U9, berhampiran Monterez Golf Club, di sini malam tadi





MOT rujuk MOF isu cukai kargo minyak di Tanjung Langsat - Utusan - 13/08 3:27 pm

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan maklum balas daripada Kemeterian Kewangan (MOF) berhubung aduan pemain industri berkait ketidakpastian mengenai cukai terhadap kargo minyak yang dicampur dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor





Sukma 2026: Selangor sapu dua emas pertama - Kosmo - 13/08 3:23 pm

PETALING JAYA Selangor membuka kempen Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan langkah kanan apabila menyapu bersih dua pingat emas bola keranjang 33 lelaki dan wanita di Dewan Bola Keranjang Bukit Tinggi 2, Klang, hari ini





Haze expected to persist over next three to five days - Sinardaily - 13/08 3:21 pm

KUALA LUMPUR - The haze situation currently affecting the country is not expected to show any significant changes for the next three to five days, according to the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia).MetMalaysia National Weather and Earthquake Operations Centre (POCGN) senior director, Maqrun Fadzli Mohd Fahmi said that although rain is forecast to occur in several places, it is not yet able to restore air quality on a large scale."From the information we have so far, we have not seen a major change in the situation





Bukan Sekadar Bela Diri, Silat Boleh Bina Keyakinan Anak! Ini 5 Kelas Sekitar Lembah Klang Boleh Daftar - Siraplimau - 13/08 2:56 pm

Setiap anak mempunyai bakat dan minat yang berbeza, ada yang gemar menyanyi, menari, melukis atau lebih tertarik dengan aktiviti lasak





Sultan Selangor zahir bangga kejayaan pegawai PASKAL terbaik kursus sniper di China - Sinarharian - 13/08 2:55 pm

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan seorang pegawai Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang muncul penuntut terbaik keseluruhan kursus Sniper Infantry di China.Baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM menzahirkan ucapan tahniah kepada pegawai terbabit atas pencapaian cemerlang ketika mengikuti kursus berkenaan di Shijiazhuang Campus, PLA Infantry Academy, Hebei, China, dari 1 Mac hingga 31 Julai lalu.Dalam surat kepada Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain bertarikh 13 Ogos, Sultan Sharafuddin berkata, pegawai itu berjaya dinobatkan sebagai penuntut terbaik keseluruhan kursus Sniper tahun ini.Baginda berkata, pegawai itu turut dianugerahkan Excellent Student Awards, selain menerima Certificate of Honors - Excellent Cadre serta Silver Badge Medals berdasarkan pencapaiannya dalam penilaian kursus."Pencapaian terbaik dari 131 penuntut dari lebih 24 negara merupakan suatu perkara yang harus dibanggakan," titah baginda dalam surat dikongsi dalam Facebook Selangor Royal Office pada Khamis.Baginda turut berharap kejayaan itu menjadi contoh kepada pegawai dan anggota PASKAL serta warga TLDM lain untuk terus berusaha gigih dalam mengharumkan nama pasukan dan negara.Sultan Sharafuddin turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Zulhelmy serta seluruh warga PASKAL dan TLDM atas pencapaian yang mengharumkan nama Malaysia.Dalam hantaran di Facebook sama, Istana Selangor memaklumkan nama dan wajah pegawai terbabit tidak didedahkan bagi menjaga kerahsiaan unit PASKAL serta identitinya."Kejayaan pegawai berkenaan menyerlahkan keupayaan anggota pasukan khas negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa, selain mengharumkan nama Malaysia dalam bidang ketenteraan," menurut kenyataan berkenaan.





MOT dapatkan maklum balas MOF berkaitan isu cukai kargo minyak - Sinarharian - 13/08 2:26 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu ketidakpastian cukai terhadap kargo minyak yang dicampur dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor.Menterinya, Loke Siew Fook berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung mekanisme penetapan cukai berkenaan seperti yang dilaporkan media sebelum ini."Perkara ini di bawah Kastam dan MoF, kami akan mendapatkan maklumat lanjut daripada MoF," katanya ringkas dalam sidang akhbar ketika Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kementerian Pengangkutan di sini pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan aduan pemain industri yang mendakwa ketidakpastian mengenai isu berkenaan menjejaskan perniagaan perkapalan dan petroleum di pelabuhan terbabit.Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy dilaporkan menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi penjelasan sama ada amalan mencampurkan kargo minyak dalam tangki darat dibenarkan serta kaedah cukai yang perlu dikenakan.Menurutnya, perkara itu penting kerana Pelabuhan Tanjung Langsat mengendalikan kargo petroleum yang dipunggah dari kapal ke tangki darat bagi operasi pemindahan kapal atau transhipment.Media sebelum ini turut melaporkan timbul kebimbangan mengenai dakwaan minyak daripada konsainan berbeza dicampurkan dalam tangki darat selepas dipunggah dari kapal.Tindakan berkenaan didakwa boleh mengubah keadaan kargo dan menimbulkan persoalan berkaitan klasifikasi, penilaian serta cukai sekiranya dokumen berkaitan tidak dikemas kini dengan sewajarnya.Selain itu, Malaysia Corruption Watch (MCW) dilaporkan turut menggesa dakwaan ketidakpadanan antara bil muatan dan pergerakan fizikal kargo petroleum di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor itu perlu disiasat secara menyeluruh kerana berpotensi menjejaskan kutipan hasil negara serta integriti sistem perdagangan.Presidennya Jais Abdul Karim berkata, sekiranya dakwaan itu mempunyai asas, ia boleh membuka ruang kepada penipuan perdagangan, manipulasi dokumentasi, pengelakan cukai dan duti serta penyeludupan produk petroleum.





[Watch] A Rat, Sparks And Passenger Faints On Tracks: Rough Day For Klang Valley Rail Commuters - Rakyatpost - 13/08 1:23 pm

From a rat invading an MRT coach to an LRT emergency stop and a passenger falling onto the tracks, commuters faced a string of incidents across the rail network.





Port Klang shophouse fire kills man and eight-year-old nephew, two others hospitalised - Malaymail - 13/08 9:21 am

SHAH ALAM, Aug 13 A 66-year-old man and his eight-year-old nephew died, while two others suffered breathing diff...





Polis rampas van jenazah dipercayai dicuri di Subang Jaya - Mygazette - 13/08 7:55 am

# Polis rampas van jenazah dipercayai dicuri di Subang Jaya KUALA LUMPUR - Polis telah merampas sebuah van jenazah yang dipercayai dicuri di Subang Jaya, Selangor dalam serbuan di sebuah bengkel kenderaan terpakai di Bukit Kapar, Klang, pada 7 Ogos lalu





Warga emas, anak saudara maut dalam kebakaran rumah kedai di Klang - Mygazette - 13/08 7:55 am

Ashrul Riezal berkata mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 10.15 malam untuk tindakan lanjut. Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.05 malam dengan penglibatan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Andalas





Man, eight-year-old nephew die in Port Klang shophouse fire - Sinardaily - 13/08 7:17 am

SHAH ALAM - A 66-year-old man and his eight-year-old nephew died, while two others suffered breathing difficulties in a fire involving a three-storey shophouse on Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, Port Klang on Wednesday.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ashrul Riezal Asbar said the department received an emergency call at 5.51pm and found the second floor of the Class A building, measuring about 20 x 70 square feet, 90 per cent damaged by the fire.He said the two victims were believed to have been trapped when firefighters arrived, while the other two were rescued by members of the public and taken to Klang Hospital after suffering breathing difficulties."After the fire was extinguished, firefighters found the two victims in separate toilets at 6.33 pm





RS2: Jangan Sabak Bernam ketinggalan pembangunan - Harakahdaily - 13/08 5:32 am

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor diminta memberi kepastian terhadap pelaksanaan beberapa projek pembangunan di Sabak Bernam di bawah Rancangan Selangor Kedua (RS2), termasuk pelabuhan pendaratan bersepadu Sekinchan, Zon Industri Perikanan Sungai Lang dan pusat pengumpulan hasil tani





Wujudkan hutan bandar sejukkan Lembah Klang - Harakahdaily - 13/08 5:16 am

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor digesa mengambil langkah lebih berani mewujudkan hutan bandar dengan memperbanyakkan kawasan hijau bagi menangani peningkatan suhu di Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Puchong dan kawasan sekitarnya





Bapa saudara, budak lapan tahun maut rumah kedai terbakar - Kosmo - 12/08 11:52 pm

KLANG – Seorang lelaki warga emas dan anak saudaranya maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Taman Bayu Perdana di sini, hari ini





Warga emas, anak saudara maut dalam kebakaran rumah kedai di Klang - Sinarharian - 12/08 11:45 pm

SHAH ALAM - Seorang warga emas dan anak saudara lelakinya berusia lapan tahun maut, manakala dua lagi mangsa mengalami sesak nafas dalam kebakaran sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, Klang, dekat sini, petang tadi.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kedua-dua mangsa lelaki berusia 66 tahun dan kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemukan dalam dua tandas berasingan di tingkat dua bangunan berkenaan selepas operasi pemadaman selesai pada 6.33 petang.Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.51 petang."Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), manakala dua lagi mangsa berjaya diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.Ashrul Riezal berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 10.15 malam untuk tindakan lanjut.Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.05 malam dengan penglibatan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Andalas





Lelaki Pakistan ditahan kes curi van jenazah - Kosmo - 12/08 10:21 pm

KLANG – Seorang lelaki warga Pakistan ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan sebuah van jenazah dipercayai curi di sebuah bengkel kenderaan terpakai di Bukit Kapar, di sini





Van jenazah hilang ditemui dalam serbuan bengkel - Sinarharian - 12/08 9:27 pm

KLANG - Sebuah van jenazah yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui dalam serbuan di sebuah premis bengkel kenderaan lama dan terpakai di Bukit Kapar, Klang pada Jumaat lalu.Serbuan yang dijalankan pada jam 7.20 malam itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 20an yang bekerja di bengkel berkenaan.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pemeriksaan dan serbuan dilakukan susulan maklumat berkaitan sebuah van jenazah yang dipercayai dicuri di Subang Jaya, Selangor."Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis merampas beberapa buah kenderaan termasuk sebuah van jenazah yang dipercayai dicuri di Subang Jaya."Seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 20an yang merupakan pekerja bengkel berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963/59 dan Seksyen 6 Akta Perniagaan Sekendhend 1946."Siasatan lanjut dikendalikan Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Sarjan Zabirin Mohd Kamaron."Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.





Kerajaan digesa wujudkan dasar kukuh bantu industri percetakan tempatan - Sinarharian - 12/08 8:40 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mewujudkan dasar lebih kukuh dan menyediakan sokongan kewangan bagi memastikan industri percetakan tempatan terus berdaya saing susulan persaingan sengit daripada syarikat luar negara serta kos tinggi untuk menaik taraf teknologi.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan perlu memastikan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) tidak menjejaskan kelangsungan perniagaan pengusaha tempatan, sebaliknya memberi ruang kepada mereka menikmati peluang ekonomi yang diwujudkan.Katanya, industri tempatan wajar terus diperkasa termasuk menerusi galakan membawa masuk mesin berteknologi tinggi dan berskala besar bagi memodenkan operasi, meningkatkan kapasiti pengeluaran serta keupayaan bersaing di peringkat global."Dari segi dasar, kita mengalu-alukan semua FDI, tetapi kita juga perlu membangunkan industri tempatan





Sindiket import ayam sejuk beku: Empat penjawat awam antara 7 ditahan - Sinarharian - 12/08 6:20 pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh individu termasuk empat penjawat awam kerana disyaki terbabit sindiket import ayam sejuk beku tidak sah di Sabah melibatkan elemen rasuah pegawai pihak berkuasa sebuah pelabuhan di negeri itu.Sumber memaklumkan tujuh individu terbabit direman hingga 15 Ogos selepas Majistret Marilyn Kelvin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi."Ops Chick oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah serta Kastam Sabah semalam telah menyita 10 kontena ayam sejuk beku diimport dari China dan Poland secara tidak sah," katanya.Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.Semalam, media melaporkan SPRM menumpaskan sindiket import ayam sejuk beku tidak sah di Sabah dan menahan tiga lelaki berusia 30-an hingga 50-an yang dipercayai berperanan sebagai ejen penghantaran serta pengurus syarikat.Berdasarkan siasatan awal, kontena berisi ayam itu diisytiharkan secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.




Reformasi     >>



Anwar defends himself, Nurul Izzah tells critics of .. - Mkini
PM says he has always maintained good ties with non-Malays.
Kroni     >>



5 negara Teluk marah Trump perang Iran belum tamat - Utusan
RIYADH: Kemarahan terhadap Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak di lima buah negara Teluk dengan Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait dan Bahrain kini mula mempersoalkan sama ada Washington masih boleh dipercayai untuk menjamin keselamatan rantau itu. Menurut media AS, rasa ..
Tabloid     >>



PERKESO perkenal MYFutureJobs Ambassador, Oyen jadi .. - Kosmo
MELAKA Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkenalkan MYFutureJobs Ambassador dalam kalangan mahasiswa bagi me ningkatkan kesedaran mengenai peluang kerjaya serta inisiatif MYFutureJobs. Pelancaran duta berkenaan turut memperkenalkan Oyen ..
Tech     >>



Samsung Galaxy Tab S12 series tablets now appear in .. - Gsmarena
The Samsung Galaxy Tab S12 series tablets were recently spotted on Bluetooth SIG's website, as they were Bluetooth-certified. Now those same tablets have appeared in Google Play Console's supported devices list. The Galaxy Tab S12 series consists of two tablets - the Galaxy Tab S12+ and the ..
World     >>



Erdogan says Hamas acted sincerely, criticises Israeli .. - Aljazeera
Erdogan said Hamas has shown all possible sincere solidarity, while Israel continues aggressive attacks on Gaza.
Motor Trend     >>



Motosikal Marshal Moto Xs250, Toughman 800n Lancar .. - Mekanika
# MARSHAL MOTO XS250, TOUGHMAN 800N LANCAR SEPTEMBER INI - DARI RM20K 0MZM Bikes selaku pengedar rasmi jenama seperti Hanway dan SENKE bakal memperluaskan portfolio di Malaysia dengan jenama Marshal Moto. MZM dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Marshal Moto akan debut di Malaysia pada bulan ..