| /// |
|
| Search : Parti Sarawak News | Page 1 |
|
SPRM buka bilik gerakan sempena PRN Melaka - Mygazette - 30/10 3:08 pm KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka akan membuka bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 |
|
PH alu-alukan CSA, kestabilan politik demi kepentingan rakyat - Mygazette - 30/10 3:08 pm # PH alu-alukan CSA, kestabilan politik demi kepentingan rakyat KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Madani dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang sebagai langkah memperkukuh kestabilan politik serta memastikan kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan |
|
CSA tidak ikat pihak terlibat dengan sebarang keputusan politik – .. - Mygazette - 30/10 3:08 pm # CSA tidak ikat pihak terlibat dengan sebarang keputusan politik - Adam Adli MELAKA - Pemeteraian Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan dengan Parti Bersatu serta Ahli Parlimen Bebas semalam tidak mengikat pendirian mahupun keputusan politik mana-mana pihak termasuk dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,14Nov ini |
|
Saifuddin bidas UMNO dakwa projek luar bandar dibatal, kelirukan rakyat - Mygazette - 30/10 3:08 pm # Saifuddin bidas UMNO dakwa projek luar bandar dibatal, kelirukan rakyat KUALA LUMPUR - UMNO didakwa mengelirukan rakyat apabila mendakwa projek pembangunan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak, dibatalkan sedangkan arahan Kementerian Kewangan (MOF) hanya membabitkan penangguhan pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) baharu bagi projek jalan luar bandar |
|
Dulu gelar 6 MP Bersatu pengkhianat, kini tandatangan CSA dengan PH... - Mygazette - 30/10 3:08 pm # Dulu gelar 6 MP Bersatu pengkhianat, kini tandatangan CSA dengan PH Wan Saiful KUALA LUMPUR Datuk Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan pendirian pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini melabel enam Ahli Parlimen parti itu sebagai pengkhianat kerana menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri |
|
PRN Melaka: Jadi calon PN bukan satu kemegahan – Samsuri - Mygazette - 30/10 3:08 pm # PRN Melaka: Jadi calon PN bukan satu kemegahan - Samsuri KUALA LUMPUR - Pengisytiharan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menandakan bermulanya langkah calon-calon berkenaan dalam menggalas amanah dan membawa suara rakyat Melaka |
|
YB ???juara tembak babi??? mahu perjuang isu jalan ???roti tampal??? pula .. - Mygazette - 30/10 3:08 pm # YB juara tembak babi mahu perjuang isu jalan roti tampal pula MELAKA - Selepas viral sehingga digelar 'YB juara tembak babi', Datuk Norhizam Hassan Baktee mahu memperjuangkan isu turapan jalan raya yang disifatkan seperti 'roti tampal' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
CSA: Peruntukan ahli Parlimen disalur ikut persefahaman Anwar - Sinarharian - 30/10 2:43 pm KUALA LUMPUR Peruntukan kepada ahli Parlimen yang memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) bersama kerajaan Madani akan disalurkan mengikut persefahaman yang dipersetujui menerusi perbincangan berhubung perbelanjaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu bukan sesuatu yang janggal kerana prinsip sama pernah dilaksanakan ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang sebelum ini.Menurutnya, persefahaman berhubung peruntukan ahli Parlimen juga pernah dilaksanakan ketika kerajaan terdahulu yang diterajui UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuasa."Peruntukan melalui ahli Parlimen itu mengikat pada satu persefahaman seperti mana dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional semasa mereka berkuasa dan kita tandatangani, masa itu saya selaku Ketua Pembangkang dan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri."Jadi, peruntukan itu ikut perbelanjaan dalam perbincangan sekarang, perbahasan, sebab diluluskan akhir tahun ini, kita boleh salur ikut persefahaman," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Solat Jumaat Bersama Perdana Menteri di Masjid Muqarabin, Bandar Tasik Selatan, di sini pada Jumaat.Anwar berkata, peruntukan Parlimen selama ini berjalan seperti biasa untuk ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang, meskipun terdapat dakwaan kononnya kerajaan menyekat penyalurannya.Menurutnya, persefahaman berkenaan juga terbuka kepada mana-mana pihak yang bersetuju menggunakan kaedah sama seperti yang pernah dilaksanakan kerajaan terdahulu.Beliau menjelaskan kaedah itu bukan peraturan baharu yang diperkenalkan kerajaan ketika ini, sebaliknya pendekatan yang pernah digunakan dan dipersetujui Bersatu, Pas serta Barisan Nasional (BN).Mengulas dakwaan penganalisis politik bahawa CSA berkenaan menjadi peringatan kepada komponen Kerajaan Perpaduan supaya tidak menarik sokongan serta memastikan Belanjawan 2027 diluluskan, Anwar berkata, tafsiran sedemikian adalah sebahagian daripada pandangan politik."Ya, ini tafsiran politik, tak boleh kita kritikal, memang akan berlaku, tetapi saya nak beritahu ini bukan sesuatu yang janggal."Persefahaman ini berlaku dalam banyak negara demokrasi, tetapi dalam pengalaman di Malaysia, memang ada perundingan dahulu," katanya.Beliau berkata, rundingan terdahulu turut membabitkan wakil Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan ketika itu yang terdiri daripada wakil Bersatu, Pas, UMNO serta Gabungan Parti Sarawak (GPS).Ditanya sama ada CSA yang bermula dengan Bersatu akan diperluaskan kepada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang lain, Anwar berkata, tiada syarat dikenakan terhadap mereka yang mahu mencapai persefahaman berkenaan. |
|
16th Melaka state polls: Battle for 28 seats begins tomorrow - Sinardaily - 30/10 2:23 pm MELAKA - The 16th Melaka State Election begins tomorrow with the nomination of candidates, setting the stage for a 14-day campaign as contenders vie for the 28 state assembly seats.All eyes will be on the 28 nomination centres across the state, where candidates from the participating political parties are expected to submit their nomination papers between 9 am and 10 am, after which returning officers will announce the final list of eligible candidates.The Election Commission (EC) has set Nov 14 as polling day for the Melaka state election, with early voting scheduled for Nov 10.According to EC statistics, a total of 687,697 voters are eligible to cast their ballots in the election, comprising 675,166 ordinary voters, 9,769 military personnel and their spouses, and 2,762 police personnel.With less than 24 hours to go before nomination day, the electoral contest is taking shape as political parties unveil their respective candidate lists, featuring a mix of incumbents, new faces and former leaders making a comeback.Pakatan Harapan (PH) has announced that it will contest 24 state assembly seats in the election, with PKR fielding 10 candidates and DAP and Parti Amanah Negara (Amanah) seven each.Barisan Nasional (BN) will contest 22 seats, with UMNO fielding 18 candidates, MCA three and MIC one.Perikatan Nasional (PN), a strategic partner of BN, has so far named candidates for five seats, comprising two each from PAS and Parti Wawasan Negara and one from Gerakan, while the candidate for another seat has yet to be finalised.Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) is set to contest eight seats, while Parti Bersama Malaysia (Bersama) has announced plans to field 16 candidates.Meanwhile, EC chairman Datuk Seri Ramlan Harun said 189 nomination forms had been sold for the Melaka state election as of last night, with 45 prospective candidates having paid their deposits.EC secretary Datuk Khairul Shahril Idrus had earlier said nomination papers must be submitted to the returning officer by the candidate, proposer and seconder, or by any two or one of them.He also advised prospective candidates to complete the necessary forms, have them checked by the returning officer's office or the Melaka State Election Office before nomination day, and pay the required deposits in advance.The deposit payment receipt must be presented on nomination day as proof of payment, while candidates representing political parties must also submit a letter authorising the use of their respective party symbols when filing their nomination papers, Khairul Shahril said.Meanwhile, the Malaysian Meteorological Department has forecast favourable weather conditions across Melaka throughout the day tomorrow.The Melaka State Legislative Assembly was officially dissolved on Sept 23 with the consent of the Yang Dipertua Negeri of Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.In the 2021 Melaka state election, BN won 21 of the 28 seats contested to form the state government, while PH secured five seats and PN two |
|
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan salur maklumat, aduan - Sinarharian - 30/10 2:21 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka membuka bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.SPRM dalam kenyataan memaklumkan, bilik gerakan ini akan beroperasi 24 jam mulai Sabtu hingga 14 November di Pejabat SPRM Melaka, Jalan Alai Perdana 16, Taman Alai Perdana, 75460 Melaka."Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang proses pilihan raya melalui emel kepada prnmlk@sprm.gov.my."Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi talian pejabat SPRM Melaka di 06-2896000, bilik gerakan 06-289 6303 atau talian 24 jam/WhatsApp di 011-2679 1569," katanya pada Jumaat.Justeru, SPRM ingin mengingatkan semua calon, parti politik, penyokong serta mana-mana pihak yang terlibat dalam PRN Melaka Ke-16 supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan peruntukan Akta SPRM 2009 [Akta 694] serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November. |
|
'Saya tidur hanya tiga jam masa jadi wakil rakyat, orang Pengkalan Batu kenal saya' YB tembak babi - Sinarharian - 30/10 2:18 pm MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang lebih dikenali sebagai YB tembak babi teruja untuk kembali berkhidmat selepas sekali lagi diberi kepercayaan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Ini merupakan kali ketiga beliau bertanding dalam pilihan raya selepas pertama kali mewakili DAP dan dipilih sebagai ADUN Pengkalan Batu sebelum dilantik sebagai Exco kerajaan negeri.Pada PRN lalu, beliau bertanding atas tiket Bebas, manakala kali ini mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Norhizam, 60, yang juga Naib Ketua Bahagian Bersatu Hang Tuah Jaya berkata, beliau berterima kasih kepada Badan Pimpinan Bersatu di peringkat pusat dan negeri kerana mencalonkannya bagi kerusi N15 Pengkalan Batu.Beliau berjanji tidak akan menghampakan rakyat, khususnya penduduk di kawasan berkenaan, selain memberi perhatian kepada aspek pembangunan setempat termasuk sistem perparitan, jalan raya dan pendidikan."Sejak saya tinggalkan kawasan ini, saya tengok itu sahaja yang ada |
|
Sarawak to continue expanding AirBorneo network, strengthening connectivity - Malaymail - 30/10 2:12 pm MIRI, Oct 30 Sarawak will continue to expand AirBorneos flight network, upgrade airport facilities, and s... |
|
Traditional Healer Revealed As Lorry Driver: Woman Defrauded Of RM555k - Rakyatpost - 30/10 1:16 pm Police apprehended a 38-year-old commercial vehicle operator in Sibu Jaya, Sarawak, who faces cheating charges after masquerading as a traditional healer to swindle a housewife out of RM554,525 via fake remote cleansing rituals, culminating in his arrest one year after the extortion began. |
|
'Bersatu hanya meterai CSA, UMNO yang bersama PH-DAP' Tun Faisal - Sinarharian - 30/10 12:59 am SHAH ALAM - Bersatu hanya menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bagi memastikan pentadbiran kerajaan dapat diteruskan, sebaliknya UMNO yang menjadi sebahagian daripada kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) dan DAP sejak empat tahun lalu.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, UMNO sepatutnya memikul tanggungjawab bersama terhadap segala dasar kerajaan kerana parti itu turut terlibat dalam proses merangka dasar, menggubal undang-undang, meluluskan dan melaksanakannya.Menurutnya, masih terdapat pemimpin dan ahli UMNO yang seolah-olah tidak menyedari bahawa parti itu merupakan sebahagian daripada kerajaan di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri."UMNO sepatutnya bertanggungjawab bersama terhadap setiap dasar kerajaan, sama ada baik atau buruk sepanjang empat tahun ini."Masalahnya, UMNO 'pass the blame' kepada Perdana Menteri dan PH, walaupun mereka sepatutnya memikul tanggungjawab bersama sebagai anggota kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebagai perbandingan, Tun Faisal berkata, Bersatu tidak berada dalam kerajaan sepanjang tempoh hampir empat tahun berkenaan dan sehingga kini kekal sebagai parti pembangkang.Beliau berkata, CSA merupakan perjanjian antara parti politik bagi memastikan kerajaan dapat meneruskan pentadbiran serta meluluskan urusan penting, khususnya belanjawan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), tanpa perlu Bersatu menjadi sebahagian daripada kerajaan."Prinsip asasnya adalah ahli-ahli parlimen Bersatu bersetuju memberikan sokongan kepada kerajaan agar urusan pentadbiran dan kewangan negara dapat diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara."Pada masa sama, Bersatu kekal sebagai parti pembangkang yang berprinsip dan menjalankan fungsi semak dan imbang," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai enam Ahli Parlimen Bersatu termasuk Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani CSA dengan kerajaan Madani pada Khamis.Muhyiddin berkata, menerusi perjanjian itu, kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen terbabit pada kadar setara dengan wakil rakyat kerajaan, dianggarkan antara RM3 juta hingga RM4 juta setahun bermula tarikh perjanjian ditandatangani.Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, melalui CSA, Bersatu dapat membantu memastikan pentadbiran negara berfungsi secara optimum ketika berdepan cabaran serta ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global.Selain itu, kerjasama melalui saluran yang dipersetujui membolehkan Bersatu memperjuangkan kepentingan rakyat dengan lebih berkesan agar suara, keperluan dan kebajikan mereka mendapat perhatian dalam proses membuat keputusan kerajaan."Bersatu juga boleh menyumbangkan idea dan cadangan bagi menangani kos sara hidup, meningkatkan pendapatan, melindungi peluang pekerjaan serta memperkukuh ekonomi rakyat."CSA turut memberi ruang kepada Bersatu meneruskan agenda reformasi institusi termasuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, memisahkan peranan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya serta memperkukuh integriti, kebebasan institusi, ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran negara," jelas beliau.Dalam pada itu, katanya, Bersatu mahu memastikan agenda Bumiputera diperkukuh dan dilaksanakan secara menyeluruh serta berkesan seperti yang terkandung dalam perjanjian berkenaan.Tambah Tun Faisal, perbezaan ideologi dan pendirian politik antara Bersatu dengan kerajaan tetap wujud, namun perkara itu tidak seharusnya menghalang kerjasama dalam perkara yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negara."Dalam berpolitik, tenaga dan sumber sepatutnya digunakan untuk mencari penyelesaian, bukan dihabiskan dalam pertikaian yang tidak membawa manfaat kepada rakyat."Politik bukan sekadar perebutan kuasa untuk membentuk kerajaan, sebaliknya perlu memberi keutamaan kepada usaha memelihara kepentingan rakyat, menyelesaikan masalah mereka dan menjamin masa depan negara," katanya. |
|
CSA tidak ikat pihak terlibat dengan sebarang keputusan politik - Adam Adli - Sinarharian - 30/10 12:42 am MELAKA - Pemeteraian Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan dengan parti Bersatu serta Ahli Parlimen Bebas semalam tidak mengikat pendirian mahupun keputusan politik mana-mana pihak termasuk dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, semua pihak yang terlibat di dalam perjanjian itu kekal bebas berdiri atas pendirian masing-masing, terutamanya memainkan peranan sebagai semak dan imbang dalam Dewan Rakyat sebagai pembangkang."Persetujuan ini sebenarnya satu langkah untuk mengukuhkan pentadbiran dan membolehkan kerajaan beri tumpuan terhadap pelaksanaan dasar-dasar serta pembangunan negara."Hal ini bertepatan dengan semangat kerajaan Madani yang sentiasa membuka ruang kerjasama terutama jika melibatkan kepentingan rakyat melangkaui sebarang perbezaan parti," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Bukit Piatu, di sini hari ini.Semalam, kerajaan Madani menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Adam Adli berkata, PH juga pernah menandatangani perjanjian seumpama CSA sewaktu berada di dalam blok pembangkang di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Ditanya mengenai impak perjanjian itu kepada kerjasama PH dengan Bersatu dalam menghadapi PRN Melaka, yang dijangka menyaksikan kedua-dua pihak bakal bertembung di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Adam Adli berkata, gabungan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara berkenaan."Di Melaka ini setiap parti bebas berpegang pada prinsip masing-masing, keputusan masing-masing dan kita hormati itu |
|
Jentera BN, PN perlu bergerak sebagai satu pasukan - Sinarharian - 30/10 12:41 am PONTIAN - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu diterjemahkan menerusi gerak kerja bersama di lapangan dan bukan sekadar persefahaman di atas kertas.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penyelarasan jentera kedua-dua gabungan itu penting bagi memastikan sasaran memenangi lebih 21 kerusi pada PRN berkenaan dapat dicapai.Menurutnya, keyakinan terhadap kerjasama BN-PN semakin meningkat selepas isu membabitkan MCA serta pembahagian kerusi bersama Pas diselesaikan sebelum hari penamaan calon.Katanya, semua ahli MKT juga sudah diarahkan menjaga bahagian mengikut penugasan ditetapkan, termasuk wakil dari Johor yang perlu memberi tumpuan kepada kawasan di bawah tanggungjawab negeri itu."Kita juga berharap jentera BN dan PN bergerak bersama |
|
Kerjasama 'hijau-biru', strategi menuju Putrajaya atau perangkap kuasa - Penganalisis - Sinarharian - 30/10 12:22 am KUALA TERENGGANU - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kini memasuki dimensi baharu apabila kedua-dua gabungan memeterai perjanjian persefahaman politik pada Rabu lalu.Penganalisis politik, Dr Azrie Azeh berkata, pada peringkat awal, agihan sebanyak 21 kerusi ditetapkan kepada BN dan tujuh kepada PN sebelum rundingan akhir pada 29 Oktober menyaksikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir diserahkan kepada MCA.Katanya, perkembangan itu mengubah pembahagian akhir kepada 22 kerusi bagi BN dan enam bagi PN, sekali gus memperlihatkan bahawa kerjasama politik bukanlah suatu persetujuan yang statik, sebaliknya proses tawar-menawar yang sentiasa dipengaruhi kepentingan parti, kedudukan calon serta pertimbangan kebolehmenangan dalam kawasan yang mempunyai komposisi pengundi tersendiri."Dari perspektif realisme politik, kesediaan UMNO dan Pas menyelaraskan strategi pilihan raya menunjukkan bahawa kepentingan elektoral boleh mengatasi persaingan sejarah, namun kesepakatan untuk menghadapi musuh politik yang sama tidak semestinya membuktikan keserasian ideologi atau menjamin kestabilan hubungan selepas pilihan raya."Keputusan memberikan kerusi Bandar Hilir kepada MCA, yang turut bertanding di Machap Jaya dan Kelebang, memperlihatkan kepentingan rundingan dalam menentukan kedudukan parti komponen, khususnya apabila BN perlu mengimbangi tuntutan rakan strategik dengan keperluan mengekalkan representasi politik masyarakat berbilang kaum," katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Ahad.Beliau berkata, dari sudut pengurusan gabungan, penyesuaian daripada tujuh kepada enam kerusi bagi PN menimbulkan persoalan tentang pengagihan kos dan manfaat dalam kerjasama tersebut, kerana persefahaman yang berkekalan memerlukan setiap pihak melihat kompromi sebagai keputusan strategik yang munasabah dan bukannya pengorbanan sebelah pihak demi kepentingan rakan yang lebih dominan."Berdasarkan teori pilihan rasional, penyelarasan calon berpotensi mengurangkan perpecahan undi dan meningkatkan kecekapan kempen, tetapi kelebihan tersebut hanya akan menghasilkan pulangan politik sekiranya penyokong menerima calon rakan kerjasama serta percaya bahawa persefahaman itu membawa manfaat yang lebih besar daripada persaingan berasingan."Bagi Pakatan Harapan (PH), kerjasama BN-PN meningkatkan tekanan persaingan dan menuntut strategi yang lebih meyakinkan, namun penyatuan lawan tidak secara automatik menentukan keputusan pilihan raya kerana pengundi turut menilai prestasi pentadbiran, integriti calon, keadaan ekonomi dan keupayaan parti menangani persoalan yang menyentuh kehidupan seharian mereka," katanya.Sementara itu, beliau berkata, dalam konteks nasional, Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan atau Confidence and Supply Agreement (CSA) yang dimeterai antara kerajaan Madani dengan 13 ahli Parlimen pada 29 Oktober perlu dibaca sebagai perkembangan berasingan daripada persefahaman BN-PN di Melaka, kerana perjanjian itu bertujuan mendapatkan sokongan terhadap Belanjawan 2027 dan pentadbiran sehingga tamat penggal Parlimen semasa, bukannya membuktikan bahawa Bersatu telah menyertai kerajaan."CSA tersebut melibatkan enam ahli Parlimen Bersatu, Ahli Parlimen MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan enam ahli Parlimen bebas yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada kerajaan, dengan perkara yang dilaporkan merangkumi cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, memisahkan peranan Peguam Negara daripada pendakwa raya serta memastikan peruntukan pembangunan kawasan diberikan secara adil kepada Ahli Parlimen."Dari perspektif institusionalisme demokratik, nilai CSA tidak seharusnya diukur berdasarkan pertambahan sokongan politik semata-mata, tetapi perlu dinilai melalui ketelusan pelaksanaan, pengawasan Parlimen dan kemajuan reformasi institusi yang mampu memperkukuh semak dan imbang serta memastikan kestabilan kerajaan tidak mengatasi prinsip kebertanggungjawaban kepada rakyat."Penegasan bahawa CSA tidak bermaksud Bersatu menyertai kerajaan atau membentuk pakatan pilihan raya dengan PH di Melaka perlu dihormati dalam analisis politik, kerana kerjasama untuk menjamin kelangsungan pentadbiran dan kelulusan belanjawan tidak semestinya membawa perubahan terhadap kedudukan rasmi sesebuah parti dalam persaingan pilihan raya,"katanya.Beliau berkata, implikasi kerjasama BN-PN terhadap empat negeri yang dikenali sebagai SG4, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, juga tidak boleh disimpulkan secara automatik daripada perkembangan di Melaka kerana setiap negeri mempunyai konfigurasi politik, kepentingan kepimpinan dan corak sokongan pengundi yang tersendiri, selain hubungan Persekutuan-negeri yang boleh mempengaruhi bentuk kerjasama yang dianggap sesuai."Sekiranya kerjasama UMNO-Pas atau BN-PN mahu diperluas ke negeri-negeri SG4, pihak yang terlibat perlu merundingkan pembahagian kerusi, kedudukan kepimpinan, tanggungjawab pentadbiran, keserasian dasar dan mekanisme penyelesaian pertikaian secara jelas supaya persefahaman tersebut tidak sekadar menjadi instrumen memenangi pilihan raya, tetapi turut menyediakan asas kepada pentadbiran yang stabil dan berkesan," ujarnya.Beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), perkembangan di Melaka membuka beberapa kemungkinan, termasuk pembentukan blok pilihan raya yang lebih tersusun, kerjasama terhad mengikut negeri atau kawasan, mahupun persaingan semula apabila kepentingan parti bercanggah, justeru keputusan PRN ini lebih wajar dianggap sebagai petunjuk awal arah rundingan politik daripada bukti muktamad pembentukan gabungan nasional baharu."Ukuran sebenar kejayaan kerjasama hijau-biru bukanlah sejauh mana gabungan tersebut menghampiri Putrajaya, tetapi sejauh mana persaingan kuasa dapat diterjemahkan kepada dasar yang meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pengurusan kos sara hidup,"Peluasan peluang pekerjaan, penyediaan perumahan, pengukuhan pendidikan dan penambahbaikan kesihatan, kerana tanpa integriti, kebertanggungjawaban dan hasil yang dapat dirasai masyarakat, jambatan politik yang dibina atas kepentingan elektoral berisiko menjadi perangkap kuasa yang menghakis kepercayaan pengundi," ujarnya. |
|
PRN Melaka: 189 borang penamaan calon dibeli, 45 calon bayar deposit - Sinarharian - 30/10 11:59 am MELAKA - Sebanyak 189 borang penamaan calon sudah dibeli bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat malam tadi, dengan 45 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun.Beliau berkata, bagi proses penamaan calon esok, sebanyak 28 pusat penamaan calon akan dibuka serentak di seluruh negeri bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi."Bagi kelancaran proses, SPR menyeru semua bakal calon supaya hadir lebih awal bagi membolehkan petugas SPR membuat semakan dokumen dengan teliti sekali gus mengelakkan sebarang masalah yang boleh menjejaskan penyertaan mereka dalam pilihan raya berkenaan."Kita (SPR) tidak mahu ada masalah yang mungkin menyebabkan seseorang itu tidak dapat bertanding atau sebagainya |
|
Good air quality prevails, no areas record hazardous or unhealthy API levels - Sinardaily - 30/10 11:43 am KUALA LUMPUR - The haze situation across the country has improved today after no area recorded Air Pollution Index (API) readings at hazardous, very unhealthy and unhealthy levels, as of this morning.According to the Malaysian Air Pollution Index Management System (APIMS) portal, 41 areas recorded moderate API readings with Batu Muda, Kuala Lumpur recording the highest reading of 82.In Sabah, the areas that recorded moderate API readings were Keningau (78), Kimanis (62), Tawau (60), Kota Kinabalu (55) as well as Sandakan and Kota Kinabalu Polytechnic, each at 54.In Sarawak, 10 areas recorded moderate APIs, namely IPD Serian (75), Sri Aman (74), Sarikei (67), Samarahan (63), Samalaju, Mukah, Kapit and Sibu (59), Kuching (58) and Bintulu (53), while in Johor, it involved Kluang (75), Larkin (68), Pasir Gudang (63), Tangkak (54), Kota Tinggi (52) and Segamat (51).Meanwhile, in Melaka, it involves the Alor Gajah, Bukit Rambai and Melaka City areas which recorded an API reading of 53, three areas in Pahang involving Balok Baru Kuantan (57), Indera Mahkota Kuantan (54) and Rompin (52) while in Selangor it involves the Johan Setia (55) and Klang areas (53).In Perak, readings were recorded in Tasek Ipoh (54) and Seri Manjung (52), while in Kelantan, they were noted in Tanah Merah (54) and Kota Bharu (53) |
|
Kualiti udara negara baik, tiada kawasan catat IPU bahaya dan tidak sihat - Sinarharian - 30/10 11:22 am KUALA LUMPUR - Situasi jerebu di seluruh negara hari ini bertambah baik selepas tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya, sangat tidak sihat dan tidak sihat, setakat pagi ini.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sebanyak 41 kawasan merekodkan bacaan IPU tahap sederhana dengan Batu Muda, di sini mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 82.Di Sabah, kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Keningau (78), Kimanis (62), Tawau (60), Kota Kinabalu (55) serta Sandakan dan Politeknik Kota Kinabalu, masing-masing 54.Di Sarawak, sebanyak 10 kawasan mencatatkan IPU sederhana iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (75), Sri Aman (74), Sarikei (67), Samarahan (63), Samalaju, Mukah, Kapit dan Sibu (59), Kuching (58) dan Bintulu (53), manakala di Johor melibatkan Kluang (75), Larkin (68), Pasir Gudang (63), Tangkak (54), Kota Tinggi (52) dan Segamat (51).Sementara itu, di Melaka melibatkan kawasan Alor Gajah, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka yang merekodkan bacaan IPU 53, tiga kawasan di Pahang membabitkan Balok Baru Kuantan (57), Indera Mahkota Kuantan (54) dan Rompin (52) manakala di Selangor melibatkan kawasan Johan Setia (55) dan Klang (53).Di Perak membabitkan Tasek Ipoh (54) dan Seri Manjung (52) manakala di Kelantan melibatkan Tanah Merah (54) dan Kota Bharu (53) dan bacaan sama turut direkodkan di Seberang Perai, Pulau Pinang (57), Labuan (57), Cheras (56), Putrajaya (51), Kemaman, Terengganu (52) serta Nilai, Negeri Sembilan (53) selain sebanyak 27 kawasan mencatatkan IPU baik.IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya) |
|
Melaka polls: PN's suspension politically motivated, PH's agenda Dominic Lau - Sinardaily - 30/10 11:07 am MELAKA Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) president Datuk Dr Dominic Lau claims that the suspension of Perikatan Nasional (PN) by the Registrar of Societies (RoS) is a Pakatan Harapan (PH) agenda ahead of the Melaka state election.He said the suspension was issued on Sept 23, the same date the Melaka State Legislative Assembly was dissolved."As we know, the Melaka State Assembly was dissolved on Sept 23 but I would like to remind everyone that on Sept 23, PN was also suspended."Why was PN suspended only now? This is a malicious intent |
|
PKR urges Umno not to mislead public over rural road projects - Malaymail - 30/10 10:36 am MELAKA, Oct 30 Parti Keadilan Rakyat (PKR) has urged Umno not to mislead the public about the Ministry of Financ... |
|
Bersatu confirms use of own logo in Melaka state election - Malaymail - 30/10 9:59 am MELAKA, Oct 30 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) will use its official party logo in the 16th Melaka Stat... |
|
Melaka polls: PH, Bersatu overlap in four seats - Sinardaily - 30/10 9:21 am MELAKA The announcement of eight candidates from Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) on Thursday saw four State Legislative Assembly seats contested by the party also being vied for by Pakatan Harapan (PH) in the upcoming Melaka state election on Nov 14.The four seats are Klebang, Gadek, Ayer Keroh and Pengkalan Batu.Bersatu secretary-general Datuk Seri Mohamed Azmin Ali said the party is leaving it to the people of Melaka to decide which candidates are best qualified to represent them in their respective constituencies.He said Bersatu will not engage in toxic or slanderous politics |
|
PRN Melaka: Penggantungan PN bermotif politik, agenda PH - Dominic Lau - Sinarharian - 30/10 9:02 am MELAKA - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mendakwa, penggantungan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) merupakan agenda Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Beliau berkata, penggantungan itu dibuat pada 23 September, iaitu tarikh yang sama dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka."Seperti kita tahu 23 September DUN Melaka telah dibubarkan |
|
MCA offered Bandar Hilir as additional seat on top of “2 2” .. - Sinchew - 30/10 8:14 am MCA offered Bandar Hilir as additional seat on top of "2+2" formula MELAKA: Historical Melaka City Council (MBMB) councillor Jasmine Lok Huey Yee is expected to be fielded by MCA to contest the Bandar Hilir state seat under the Barisan Nasional (BN) ticket |
|
Amaran ribut petir di 11 negeri, KL dan Putrajaya hingga 8... - Mygazette - 30/10 8:14 am # Amaran ribut petir di 11 negeri, KL dan Putrajaya hingga 8 malam KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 8 malam ini |
|
Pertindihan empat kerusi dengan PH, Bersatu anggap persaingan sihat .. - Mygazette - 30/10 8:14 am # Pertindihan empat kerusi dengan PH, Bersatu anggap persaingan sihat - Azmin MELAKA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menganggap pertindihan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Pakatan Harapan (PH) daripada lapan kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai persaingan sihat |
|
Bersatu meterai CSA dengan Kerajaan MADANI, sokong Belanjawan 2027 - Mygazette - 30/10 8:14 am # Bersatu meterai CSA dengan Kerajaan MADANI, sokong Belanjawan 2027 KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan MADANI melibatkan komitmen menyokong kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) |
|
MCA dapat lagi satu kerusi di Banda Hilir – Ka Siong - Mygazette - 30/10 8:14 am # MCA dapat lagi satu kerusi di Banda Hilir - Ka Siong KUALA LUMPUR - MCA memperoleh tambahan satu kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila diberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir yang mempunyai majoriti pengundi Cina |
|
PN umum lima calon awal, satu masih dalam perbincangan PN umum lima calon .. - Mygazette - 30/10 8:14 am # PN umum lima calon awal, satu masih dalam perbincangan MELAKA - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan lima calon terawal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
Muar dapat semula peruntukan kebajikan selepas meterai CSA Muar dapat .. - Mygazette - 30/10 8:14 am # Muar dapat semula peruntukan kebajikan selepas meterai CSA KUALA LUMPUR Penduduk Muar bakal menerima semula peruntukan kebajikan yang sudah lama dinantikan susulan pemeteraian Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan dengan Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
|
PH gerun penyatuan BN-PN PH gerun penyatuan BN-PN - Mygazette - 30/10 8:14 am MELAKA: Pakatan Harapan (PH) kini gerun dengan penyatuan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Melaka yang semakin kukuh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu |
|
CSA perkukuh kestabilan Kerajaan Madani hingga akhir penggal – Tze .. - Mygazette - 30/10 8:14 am # CSA perkukuh kestabilan Kerajaan Madani hingga akhir penggal - Tze Tzin GEORGE TOWN - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Perpaduan, Parti Bersatu dan ahli Parlimen bebas disifatkan mampu memperkukuh kestabilan politik negara sehingga penghujung penggal Parlimen ini |
|
Norhizam cuba tawan semula DUN Pengkalan Batu? - Mygazette - 30/10 8:14 am MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dilihat tiba pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu di Bilik Gerakan Utama Bersatu, Klebang di sini malam ini |
|
CSA bersama Bersatu, beberapa MP pembangkang perkukuh kestabilan politik .. - Mygazette - 30/10 8:14 am # CSA bersama Bersatu, beberapa MP pembangkang perkukuh kestabilan politik - Anwar KUALA LUMPUR - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement CSA) yang ditandatangani Kerajaan MADANI dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia serta beberapa ahli Parlimen pembangkang hari ini menjadi landasan untuk memperkukuh kestabilan politik |
|
Dulu tolak PH, kini tanda tangan CSA, Sakan! – Shahidan - Mygazette - 30/10 8:14 am # Dulu tolak PH, kini tanda tangan CSA, Sakan! - Shahidan KUALA LUMPUR -Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Shahidan Kassim menyindir pihak yang menandatangani Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) dengan Kerajaan Madani |
|
PRN Melaka: Bersatu lawan di lapan kerusi, empat bertembung dengan PH - Mygazette - 30/10 8:14 am # PRN Melaka: Bersatu lawan di lapan kerusi, empat bertembung dengan PH MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sah akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 termasuk empat bertembung dengan Pakatan Harapan (PH) |
|
CSA buka laluan pelaksanaan reformasi institusi penting negara – MUDA - Mygazette - 30/10 8:14 am # CSA buka laluan pelaksanaan reformasi institusi penting negara - MUDA JOHOR BAHRU - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) atau sebarang bentuk langkah kerjasama rentas parti perlu disokong untuk kepentingan dan kebaikan rakyat |
|
Melaka polls: Bersatu confirms use of own logo - Sinardaily - 30/10 8:11 am MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) will use its official party logo in the 16th Melaka State Election on Nov 14, said its secretary-general Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Azmin, who is also the party election director, said he had sent an official letter to the Election Commission (EC) last week regarding the confirmation of the party's logo usage in the state election."We will use the Bersatu logo |
|
Melaka polls: PH, Bersatu to go head-to-head in four seats - Sinardaily - 30/10 7:57 am MELAKA - The announcement of eight Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) candidates on Thursday showed that four State Legislative Assembly seats the party is contesting will also be fought over by Pakatan Harapan (PH) in the Melaka state election on Nov 14.The four seats are Klebang, Gadek, Ayer Keroh and Pengkalan Batu.Bersatu secretary-general Datuk Seri Mohamed Azmin Ali said the party was leaving it to Melaka voters to decide which candidate was best qualified to represent them in each constituency.He said Bersatu would not practise the politics of gata (slander) or defamation and would instead offer policies focused on peoples welfare, economic growth and job creation.We will offer party policies as outlined by Bersatu vice-president Datuk Mohd Radzi Jidin |
|
PRN Melaka: Tuan Ibrahim dakwa PH gerun dengan penyatuan BN-PN - Sinarharian - 30/10 7:51 am MELAKA - Pakatan Harapan (PH) sangat gerun dengan penyatuan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana kerjasama itu mampu memberikan kemenangan besar kepada gabungan itu."Rata-rata masyarakat kita sangat mengharapkan penyatuan ummah ini akan terus diperkasakan hingga kita mampu membentuk suasana baharu politik kita dengan penyatuan ini."Insya-ALLAH dengan kekuatan yang kita ada, gabungan jentera seluruh negara, saya mengambil kesempatan awal untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh saf kepimpinan PN semua parti komponen yang menggerakkan jenteranya untuk memastikan kemenangan kita dalam PRN ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN PRN Melaka di Dewan Muallim Haji Abdul Wahid, Bukit Katil di sinimalam Khamis.Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada seluruh jentera parti supaya mengenepikan sebarang isu remeh-temeh sepanjang tempoh berkempen dan tidak terpengaruh dengan agenda yang diusahkan oleh pihak tertentu."Kita tahu cabaran AI sangat besar hari ini |
|
Melaka polls: Bersatu announces candidate for eight seats - Sinardaily - 30/10 7:45 am MELAKA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) announced eight candidates who will contest in the 16th Melaka State Election on Nov 14.Among those who will be contesting are the former Dewan Negara deputy president Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad for the Kelebang state constituency; a new face who is also a medical expert, Datin Seri Dr Asmah Samat for the Pantai Kundor state constituency; and the former Pengkalan Batu assemblyman Datuk Norhizam Hassan Baktee, who is returning to contest in the same constitutency.The list of candidates was announced by Bersatu vice-president Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin at Bersatus main operations room for the Melaka State Election, located at Baitul Tariq, Klebang, here last night.Also present at the event was Bersatu secretary-general Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, who is also the partys election director.The Bersatu candidates for the Melaka State Election are as follows:N.04 Lendu - Nazri RamliN.07 Gadek - Mohd Zamri Abu BakarN.11 Sungai Udang - Major (R) Abdullah MahadiN.12 Pantai Kundor - Datin Seri Dr Asmah SamatN.14 Kelebang - Datuk Seri Mohamad Ali MohamadN.15 Pengkalan Batu - Datuk Norhizam Hassan BakteeN.16 Ayer Keroh - Mohd Hamnaim MohamadN.24 Bemban - Muhammad Rabaie Ab Hamid- BERNAMA |
|
Sambungan Kabel Dasar Laut Madani RM2 bilion kukuh jaringan digital negara - FMT - 30/10 7:30 am Projek dijangka bermula suku pertama 2027 dan siap suku keempat 2029 bakal perkukuh sambungan digital Semenanjung, Sabah dan Sarawak. |
|
RM2bil Madani submarine cable project strengthens nations digital network - FMT - 30/10 7:30 am The project, scheduled to begin next year and be completed by end-2029, will strengthen digital connectivity between the peninsula, Sabah and Sarawak. |
|
'Tak umum seorang lagi calon bukan sebab pertikaian antara parti' - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 30/10 12:17 am MELAKA - Perikatan Nasional (PN) belum mengumumkan seorang lagi calon daripada enam kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana masih terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dibuat.Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, calon bagi kerusi terbabit akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon."Ada satu lagi kerusi yang kita tidak diumumkan kerana kita ini tidak ketandusan calon dan ada beberapa personaliti tentang calon ini yang perlu dibuat pertimbangan akhir."Ada perkara berbangkit yang perlu kita selesaikan, sebab itu kita tidak mengumumkannya malam ini |
|
Mafia korporat: Victor Chin perlu segera tampil 'selamatkan' Rafizi - SWN - Astroawani - 30/10 12:15 am Satu-satunya individu yang boleh menyelamatkan pemimpin parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli sekarang ialah Victor Chin Boon Long, yang disifatkan banyak pihak sebagai individu utama dalam isu mafia korporat. |
|
PRN Melaka: PH-Bersatu bertindih empat kerusi - Sinarharian - 30/10 12:06 am MELAKA - Pengumuman lapan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis menyaksikan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu turut menjadi rebutan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Empat kerusi berkenaan ialah Klebang, Gadek, Ayer Keroh dan Pengkalan Batu.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu menyerahkan kepada rakyat Melaka untuk menentukan calon yang layak mewakili mereka di kawasan masing-masing.Menurutnya, Bersatu tidak akan mengamalkan politik gata atau fitnah, sebaliknya akan menawarkan dasar yang memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, pertumbuhan ekonomi dan penjanaan peluang pekerjaan."Kita akan menawarkan dasar-dasar parti seperti yang disebut oleh Naib Pengerusi Bersatu, Datuk Mohd Radzi Jidin |
|
PRN Melaka: PN umum bertanding enam kerusi - Sinarharian - 29/10 11:17 pm MELAKA - Perikatan Nasional (PN) secara rasmi mengumumkan akan bertanding di enam daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang akan berlangsung pada 14 November ini.Pengumuman calon itu dibuat oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengisytiharan Calon PRN Negeri Sembilan, di Dewan Muallim Haji Abdul Wahid, Bukit Katil di sini.Bagaimanapun beliau hanya mengumumkan lima calon sahaja dan seorang lagi akan diumumkan kemudian.Untuk pembahagian kerusi, Pas dan Parti Wawasan Negara(Wawasan) bertanding dua kerusi dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan) bertanding satu kerusi.Berikut adalah senarai calon PN yang diumumkan:Pas:Paya Rumput- Rafie AhmadBukit Katil - Mohd Ridzuan SarifWAWASAN:Kesidang - Albert KokBemban - Dr Mohd Yadzil YaakubGERAKANAyer Keroh - Datuk Seri Michael Gan |
|
PRN Melaka: YB 'tembak babi' antara lapan calon Bersatu - Sinarharian - 29/10 11:01 pm MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang lebih dikenali sebagai YB 'tembak babi', dinamakan sebagai salah seorang daripada lapan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Pengumuman itu disempurnakan Naib Pengerusi Bersatu, Datuk Mohd Radzi Jidin pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu bagi PRN Melaka di Klebang pada Khamis.Norhizam akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, menentang calon Barisan Nasional (BN), Siti Aisyah Mahmood dan calon Pakatan Harapan (PH), Jason Tze-Xi Nathan.Tujuh calon lain yang diumumkan ialah Nazri Ramli (Lendu), Mohd Zamri Abu Bakar (Gadek), Mejar (B) Abdullah Mahadi (Sungai Udang) dan Datin Seri Dr Asmah Samat (Pantai Kundor).Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Bersatu Melaka, Datuk Seri Mohammad Ali Mohamad, dinamakan sebagai calon bagi kerusi Klebang, manakala Mohd Hamnaim Mohamad akan bertanding di Ayer Keroh dan Muhammad Rabaie Ab Hamid di Bemban.Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Bendahari Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.Sabtu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan 21 calon parti itu bagi PRN Melaka, sebelum mengumumkan tambahan satu kerusi di Bandar Hilir, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang ditandingi BN sebanyak 22.Sementara itu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan calon gabungan itu bagi 22 kerusi, termasuk tambahan satu kerusi di Ayer Limau yang akan ditandingi calon PKR. |
|
Govt increases allocations to all states, Sabah and Sarawak receive highest sums, says Amir Hamzah - Malaymail - 29/10 9:02 pm KUALA LUMPUR, Oct 29 The federal government has always prioritised projects proposed by the state governments, i... |
|
Muda mahu reformasi institusi diperluas menerusi kerjasama CSA - Sinarharian - 29/10 7:47 pm SHAH ALAM - Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa kerjasama rentas parti menerusi Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bersama Kerajaan Madani dimanfaaatkan untuk melaksanakan reformasi institusi penting negara.Muda memaklumkan reformasi yang memerlukan sokongan rentas parti itu ialah pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun serta pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.Menurut kenyataan parti itu pada Khamis, kedua-dua pembaharuan itu penting untuk mengelakkan penumpuan kuasa yang berlebihan, memperkukuh kebebasan institusi dan memastikan sistem pendakwaan negara lebih bebas daripada campur tangan politik."Muda berpandangan bahawa rang undang-undang dan pindaan Perlembagaan yang baik tidak sepatutnya gagal di Parlimen hanya kerana perbezaan politik."Ahli-Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk menilai sesuatu reformasi berdasarkan merit dan kepentingan negara, bukannya semata-mata berdasarkan parti yang mengusulkannya," menurut kenyataan itu.Parti itu mengharapkan CSA tersebut dapat membantu memperoleh sokongan Parlimen bagi meluluskan reformasi berkenaan dan perlu disusuli dengan peruntukan undang-undang dan mekanisme pelaksanaan yang jelas.Pada masa sama, Muda melihat kerjasama rentas parti itu diperluas kepada reformasi lain yang masih tertangguh, khususnya penggubalan Akta Pendanaan Politik bagi memastikan sumber pembiayaan parti politik lebih telus, terkawal dan bertanggungjawab."Muda juga mahu melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipisahkan daripada kawalan eksekutif dan diletakkan di bawah mekanisme pengawasan Parlimen yang bebas dan berkesan."Institusi yang bertanggungjawab menyiasat rasuah mesti mempunyai kebebasan untuk menjalankan tugas tanpa campur tangan politik, tanpa mengira siapa yang memegang kuasa," menurut kenyataan itu.Selain itu, Muda mahu sistem peruntukan pembangunan kawasan Parlimen diinstitusikan menerusi kerangka perundangan yang jelas, telus dan saksama, dengan pengagihan berdasarkan keperluan serta prinsip kesaksamaan."Muda percaya bahawa kerjasama politik yang matang tidak menghapuskan perbezaan pandangan, sebaliknya membolehkan parti-parti yang berbeza pendirian mencari titik persamaan demi kepentingan negara."Reformasi institusi yang baik mesti diberi peluang untuk dilaksanakan, dan kepentingan rakyat mesti sentiasa mengatasi kepentingan parti," tambah kenyataan itu. |
|
CSA perkukuh kestabilan politik, pacu reformasi institusi - Sinarharian - 29/10 7:41 pm SHAH ALAM - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Madani, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa ahli Parlimen pembangkang mampu memperkukuh kestabilan politik negara dan memacu reformasi reformasi institusi.Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, perkembangan itu mencerminkan satu langkah positif ke arah kematangan demokrasi dan politik yang mengutamakan kepentingan negara mengatasi perbezaan kepartian."Saya menyambut baik pemeteraian CSA ini dan paling penting, perjanjian ini memperkukuh keyakinan terhadap kelangsungan pentadbiran negara."Khususnya dalam memastikan Belanjawan 2027 dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan teratur bagi meneruskan agenda pembangunan ekonomi, memperkukuh jaringan keselamatan sosial serta meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, kerajaan menandatangani CSA dengan enam Ahli Parlimen Bersatu diketuai Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tujuh yang lain termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu pertemuan di Parlimen, Kuala Lumpur.Persefahaman yang dimeterai itu menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi dan membuka ruang bagi memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua.Dalam pada itu, Mohammed Taufiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, persefahaman tersebut turut memberikan dorongan terhadap agenda reformasi institusi, termasuk usaha menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.Menurutnya, reformasi tersebut merupakan langkah penting untuk memperkukuh tadbir urus, integriti dan mekanisme semak dan imbang negara."Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperlihatkan keterbukaan beliau untuk berunding dan mencari titik persamaan merentasi sempadan politik."Pendekatan ini membuktikan bahawa kepimpinan yang berteraskan prinsip dan kesediaan untuk berkompromi demi kepentingan negara mampu membina kestabilan politik yang lebih kukuh."Masanya sudah tiba untuk Malaysia bergerak ke hadapan melangkaui perbezaan dan sengketa politik," katanya. |
|
Akad nikah Bella atau MoU, mana lebih mendebarkan? - Tengku Zafrul - Sinarharian - 29/10 7:41 pm SHAH ALAM Mana lebih mendebarkan, melafazkan akad nikah bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah atau menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Madani?Demikian soalan 'cepumas' diajukan Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, susulan pemeteraian MoU antara Kerajaan Madani dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta beberapa ahli Parlimen pembangkang lain pada Khamis.Menerusi hantaran di Facebook, Tengku Zafrul secara berseloroh membandingkan kedua-dua situasi itu dengan membawa komitmen berbeza untuk masa depan."Satu janji untuk membina masa depan bersama pasangan, manakala yang satu lagi komitmen untuk masa depan penduduk Muar," katanya.Sebelum ini, kerajaaan menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan enam ahli Parlimen Bersatu diketuai Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk Syed Saddiq dalam satu pertemuan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.Syed Saddiq menerusi satu hantaran di Facebook mendedahkan tiga komitmen utama dalam CSA yang ditandatangani selepas lebih lapan sesi rundingan dengan kerajaan sejak 2023.Mengulas lanjut, Tengku Zafrul memberitahu, meskipun ahli Parlimen terbabit kekal sebagai pembangkang, mereka bersetuju menyokong Belanjawan 2027 dan reformasi institusi yang penting."Sebagai sebahagian daripada persefahaman itu, kawasan yang diwakili mereka juga akan menerima peruntukan setara bagi memberi manfaat kepada rakyat," ujar beliau.Tengku Zafrul berkata, perbezaan pendirian politik tidak seharusnya menjadi penghalang untuk bekerjasama terutama apabila melibatkan kepentingan rakyat."Dalam politik, kita tak semestinya sependapat dalam semua perkara, tapi bila melibatkan kepentingan rakyat, kita mesti boleh bekerjasama," jelas beliau. |
|
MOH to conduct special recruitment for 750 permanent medical officer posts in Sabah, Sarawak - Malaymail - 29/10 6:59 pm PUTRAJAYA, Oct 29 The Health Ministry (MOH) will conduct a special recruitment exercise to fill 750 permanent Me... |
|
CSA bukan perkara baharu dalam politik negara - Fuziah - Sinarharian - 29/10 6:54 pm SHAH ALAM - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bukan perkara baharu dalam landskap politik negara berikutan Pakatan Harapan (PH) pernah melaksanakan kerjasama politik pada 2021.Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, PH menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama kerajaan ketika itu bagi memastikan kestabilan politik serta kelancaran pentadbiran negara.Menurut beliau, kerjasama politik seperti itu merupakan situasi menang-menang kepada pihak yang terlibat demi kepentingan rakyat."Pihak yang menandatangani perjanjian mendapat manfaat, manakala kerajaan memperoleh kestabilan untuk melaksanakan agenda reformasi serta pembangunan negara."Namun, pemenang paling besar mestilah rakyat, kerana akhirnya setiap persefahaman politik perlu diterjemahkan kepada manfaat dan kesejahteraan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Seramai enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diketuai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memeterai CSA dengan Kerajaan Madani bersama tujuh anggota Parlimen lain dalam satu pertemuan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.Pemeteraian memorandum tersebut melibatkan kerajaan Persekutuan yang diwakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.Turut menyaksikan majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang boleh diberikan menerusi CSA, sama seperti perjanjian yang dimeterai dengan pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjadi ketua pembangkang. |
|
CSA dengan Bersatu, pembangkang pastikan pentadbiran negara berjalan lancar - Anwar - Sinarharian - 29/10 6:22 pm SHAH ALAM - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa ahli Parlimen pembangkang menjadi landasan memperkukuh kestabilan politik serta memastikan urusan pentadbiran negara berjalan lancar.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian itu juga membuka ruang kepada pelaksanaan agenda pembangunan negara termasuk Belanjawan 2027 secara berkesan demi kepentingan rakyat."Dalam sebuah negara demokrasi, perbezaan pandangan tidak seharusnya menghalang usaha membina masa depan yang lebih baik."Kematangan politik menuntut semua pihak meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit, demi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan maju serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, kerajaaan menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu pertemuan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.Anwar berkata, persefahaman yang ditemeterai itu menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi dan membuka ruang bagi memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua. |
|
Syed Saddiq dedah tiga komitmen utama CSA - Sinarharian - 29/10 5:59 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan tiga komitmen utama dalam Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani selepas lebih lapan sesi rundingan dengan kerajaan sejak 2023.Beliau berkata, perjanjian itu bertujuan membawa reformasi institusi dan menjamin kestabilan negara, selain memastikan kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan.Menurutnya, komitmen pertama ialah memisahkan pelantikan Pendakwa Raya daripada kuasa Perdana Menteri bagi mengelakkan kes rasuah digugurkan untuk melindungi pihak tertentu atau institusi digunakan untuk mengenakan pihak lawan."Kawan atau lawan, semua mesti ikut undang-undang," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.Syed Saddiq berkata, beliau sendiri terbabit dalam Jawatankuasa Khas yang merundingkan reformasi berkenaan selama setengah tahun dan akan menyokong pindaan itu apabila dibawa ke Parlimen demi masa depan Malaysia.Beliau berkata, komitmen kedua ialah mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, tanpa mengira individu atau parti yang memegang jawatan itu."Siapa pun jadi PM, daripada parti mana sekalipun, had yang sama mesti terpakai," katanya.Menurutnya, komitmen ketiga pula membabitkan pemberian peruntukan yang adil kepada kawasan Parlimen pembangkang.Katanya, Muar dijangka menerima semula peruntukan kebajikan yang sudah lama dinantikan."Rakyat berhak dibantu, tidak kira warna politik pilihan mereka," katanya.Pada masa sama, beliau meminta supaya peruntukan adil itu dijadikan undang-undang bagi memastikan kerajaan akan datang turut diwajibkan mematuhinya.Beliau menegaskan prinsip ketelusan dan akauntabiliti 100 peratus akan terus menjadi keutamaan.Dalam ruangan komen hantaran berkenaan, Syed Saddiq turut menjawab kritikan seorang pengguna media sosial yang mendakwa semua pihak yang menandatangani perjanjian itu akan "masuk jerat PMX".Menjawab dakwaan itu, beliau berkata pernah menandatangani perjanjian sama ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri."Dulu saya tandatanganperjanjian yang sama bersama Perdana Menteri dari UMNO, YAB DS Ismail Sabri |
|
CSA bersama Bersatu, MP Bebas kukuhkan kedudukan Kerajaan Madani - Sinarharian - 29/10 5:55 pm GEORGE TOWN - Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) antara Kerajaan Perpaduan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Ahli Parlimen Bebas yang melibatkan 13 ahli Parlimen dijangka memperkukuh kestabilan politik negara sehingga penghujung penggal Parlimen ini.Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, perjanjian itu membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pelaksanaan reformasi tanpa terganggu oleh percaturan politik yang berpanjangan.Beliau berkata, perkembangan tersebut merupakan satu langkah positif yang mampu mengukuhkan kedudukan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, pelaksanaan CSA itu menggunakan kerangka yang sama seperti perjanjian dimeterai antara kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan (PH) pada 2021."CSA pada 2021 berjaya membawa kestabilan politik negara selepas kejatuhan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin."Perjanjian tersebut membolehkan kerajaan memberikan tumpuan kepada pentadbiran negara manakala pembangkang terus memainkan peranan semak dan imbang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tze Tzin berkata, Kerajaan Madani ketika ini mempunyai sokongan dua pertiga ahli Parlimen dan tambahan sokongan menerusi CSA berkenaan akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan.Beliau yakin kerajaan dapat terus mentadbir dengan stabil sehingga penghujung penggal Parlimen ini sekali gus membolehkan agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan lebih berkesan."Perkembangan itu juga mencerminkan kematangan demokrasi apabila pihak pembangkang dan Ahli Parlimen Bebas sanggup mengetepikan perbezaan politik kepartian demi kepentingan negara."Antara agenda penting yang boleh diberi perhatian menerusi kerjasama itu termasuk Belanjawan 2027 yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, reformasi institusi bagi memperkukuh tadbir urus dan ketelusan serta pindaan Perlembagaan yang penting untuk masa depan negara," ujarnya.Bagaimanapun, beliau menegaskan, CSA itu tidak bermaksud Bersatu dan Ahli Parlimen Bebas perlu mengetepikan peranan mereka sebagai pembangkang.Sebaliknya, beliau berkata, mereka masih bebas melaksanakan tanggungjawab untuk mengkritik dasar kerajaan dan menjalankan fungsi semak dan imbang bagi memastikan pentadbiran negara terus dipantau."CSA bukan bermaksud pembangkang menyerah kepada kerajaan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |