| /// |
|
| Search : Pandan News | Page 1 |
|
Rafizi sudah hilang haluan ??? Abdullah Sani - Mygazette - 18/05 3:41 pm KUALA LUMPUR Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaburan RM1.1 bilion antara kerajaan dan Arm Holdings plc disifatkan bukan sahaja tidak berasas, malah mencerminkan Ahli Parlimen Pandan berkenaan semakin terdesak dan hilang arah dalam percaturan politik semasa |
|
KEMASKINI: Rafizi, Nik Nazmi kosongkan kerusi Pandan dan Setiawangsa - Mygazette - 18/05 3:41 pm # KEMASKINI: Rafizi, Nik Nazmi kosongkan kerusi Pandan dan Setiawangsa PETALING JAYA -Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan, hari ini |
|
Rafizi, Nik Nazmi gagal terjemah tanggungjawab kepada rakyat – .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm Daripada merangka pelan intervensi yang tuntas, berani, dan menyeluruh untuk meringankan beban rakyat jelata, mereka lebih selesa menuding jari, memberikan alasan makroekonomi yang meleret, serta mempamerkan keangkuhan elit seolah-olah keluhan rakyat ini hanyalah isu kecil yang terpencil, katanya menerusi Facebook semalam. Semalam, Rafizi dan Nik Nazmi masing-masing mengumumkan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa, sekali gus keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
|
Dewan Rakyat belum terima notis kosong kerusi Rafizi, Nik Nazmi - Mygazette - 18/05 3:41 pm # Dewan Rakyat belum terima notis kosong kerusi Rafizi, Nik Nazmi KUALA LUMPUR Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengesahkan belum menerima sebarang pemakluman rasmi berhubung pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa oleh dua bekas pemimpin kanan PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad |
|
Rafizi, Nik Nazmi masih terikat bon RM10 juta, saman sedang dipertimbang .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm Jelas beliau, kedua-dua bekas pemimpin parti berkenaan juga masih terikat dengan bon parti bernilai RM10 juta walaupun mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen sebelum keluar parti. "Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa mengumumkan bahawa pada 18 Mei, iaitu hari ini mereka akan kosongkan kerusi Parlimen masing-masing dan pada 19 Mei iaitu esok, mereka akan keluar parti |
|
Rafizi, Nik Nazmi hantar notis kosongkan kerusi, akan pertahan Pandan, .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm # Rafizi, Nik Nazmi hantar notis kosongkan kerusi, akan pertahan Pandan, Setiawangsa pada PRU-16 KUALA LUMPUR Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan sudah menghantar surat pemaklumkan kekosongan kerusi Parlimen masing-masing kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini |
|
Langkah kamikaze Rafizi khianati mandat rakyat – MPN PKR Sarawak .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm # Langkah kamikaze Rafizi khianati mandat rakyat - MPN PKR Sarawak KUALA LUMPUR Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak mengutuk keras tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli mengosongkan kerusi Parlimen Pandan yang disifatkan sebagai langkah demi memenuhi agenda politik peribadi |
|
Pemuda UMNO Setiawangsa sindir Nik Nazmi: Suara reformasi kedengaran bila .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm Fadzmel turut mengingatkan bahawa kerusi Parlimen bukan milik mana-mana individu, sebaliknya merupakan amanah rakyat yang perlu diurus secara serius dan berlandaskan proses Perlembagaan. Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen berkuat kuasa hari ini |
|
Notis kekosongan kerusi Parlimen Rafizi, Nik Nazmi belum diterima Dewan Rakyat - Mypress - 18/05 3:27 pm PUTRAJAYA – Pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR) masih belum menerima sebarang pemakluman rasmi terhadap pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa oleh dua bekas pemimpin kanan PKR, Datuk Seri Rafizi… |
|
Rafizi, Nik Nazmi sudah serah surat letak jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat - Utusan - 18/05 3:23 pm PETALING JAYA: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad sudah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul bagi memaklumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa |
|
Rafizi, Nik Nazmi rasmi hantar surat letak jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat - Sinarharian - 18/05 3:20 pm SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad secara rasmi telah menghantar surat pemakluman peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin.Menurut mereka, keputusan itu dibuat susulan hasrat untuk meneroka agenda politik baharu, selain akan kembali bertanding di kedua-dua kerusi tersebut menggunakan platform Parti Bersama Malaysia pada pilihan raya akan datang."Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan (PH) dalam pilihanraya umum yang lepas."Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal," kata mereka dalam kenyataan bersama pada Isnin.Dalam perkembangan sama, kongsi Rafizi dan Nik Nazmi, pusat khidmat mereka akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi.Sebelum ini, kedua-dua mereka menerusi surat berasingan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkuat kuasa serta-merta pada 18 Mei 2026.Rafizi dalam suratnya memaklumkan, beliau meletakkan jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat dan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan secara sukarela bagi memenuhi keperluan Perlembagaan Malaysia supaya tindakan lanjut dapat diambil.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan seluruh kakitangan Parlimen sepanjang dua penggal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.Nik Nazmi pula dalam surat peletakan jawatannya turut memberitahu pengosongan kerusi Parlimen Setiawangsa dibuat selaras Perlembagaan Persekutuan.Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu turut menzahirkan penghargaan atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama diberikan sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dari 2018 hingga 2026.Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seterusnya akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa pada Isnin.Kedua-dua bekas menteri tersebut untuk mengesahkan bahawa mereka akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (MU) yang didaftarkan pada 2 Disember 2016. |
|
Dewan Rakyat sudah dimaklumkan peletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi - Sinarharian - 18/05 3:15 pm SHAH ALAM - Pejabat Speaker Dewan Rakyat mengesahkan telah menerima notis peletakan jawatan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Isnin.Menerusi satu kenyataan ringkas, pejabat itu berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan."Salam semua, notis perletakan jawatan daripada DS Rafizi Ramli dan Tuan Nik Nazmi telah diterima oleh Pejabat YPDR |
|
Dewan Rakyat sudah terima notis perletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi - Utusan - 18/05 2:59 pm PETALING JAYA: Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengesahkan telah menerima notis peletakan jawatan serta pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa daripada Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad |
|
Making it official: Rafizi, Nik Nazmi confirm vacating Pandan and Setiawangsa federal seats, effective today - Malaymail - 18/05 2:40 pm KUALA LUMPUR, May 18 Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad have resigned as members of Parliament of P... |
|
Rafizi, Nik Nazmi send letters to speaker vacating seats - Mkini - 18/05 2:29 pm Duo say they will contest in Pandan and Setiawangsa on a Bersama ticket in GE16. |
|
Rafizi, Nik Nazmi still bound by RM10 million bond PKR - Sinardaily - 18/05 2:03 pm JOHOR BAHRU Former PKR deputy president Datuk Seri Rafizi Ramli and former party vice-president Nik Nazmi Nik Ahmad are allegedly still bound by the partys RM10 million bond, despite announcing the vacation of their parliamentary seats before leaving the party.PKR secretary-general Datuk Fuziah Salleh said there is evidence showing that the Members of Parliament for Pandan and Setiawangsa had joined Parti Bersama Malaysia earlier, on May 17.She said this could be considered as defecting from the party (party-hopping) first before the seats were vacated on May 18, thereby keeping the terms of the party bond in effect."They claim that the Anti-Party Hopping Act does not apply |
|
PKR Rules Out By-Elections In Pandan, Setiawangsa After Rafizi, Nik Nazmi Exit - Rakyatpost - 18/05 1:42 pm PKR says no need for by-elections as majority remains stable, despite high-profile exits shaking party ranks. |
|
Misi kamikaze Rafizi khianati mandat rakyat, kata pemimpin PKR - FMT - 18/05 1:29 pm Mahmud Epah anggap langkah politik baharu Rafizi Ramli termasuk kosong kerusi Pandan hanya untuk agenda peribadi. |
|
PKR teliti tindakan terhadap ahli Parlimen hadir program Rafizi, Nik Nazmi - Sinarharian - 18/05 1:16 pm JOHOR BAHRU -Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membincangkan tindakan terhadap beberapa Ahli Parlimennya yang hadir dan bergambar bersama bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam program pengumuman hala tuju politik di sini pada Ahad.Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR termasuk kemungkinan tindakan lanjut terhadap semua yang terlibat."Kita akan bincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Biro Politik PKR esok. Apa-apa kita akan bincang perkara ni," katanya.Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) berkata demikian pada sidang media selepas Program Advokasi Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Bual Bicara Pengguna di sini pada Isnin.Pada Ahad, beberapa Ahli Parlimen PKR dilihat hadir dan bergambar bersama Rafizi dan Nik Nazmi ketika kedua-dua pemimpin itu mengumumkan keputusan keluar parti serta mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.Antara Ahli Parlimen yang terlibat ialah Wong Chen (Subang), Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan akan keluar daripada PKR serta mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkuat kuasa Isnin. |
|
Sarawak PKR slams Rafizi over Pandan seat exit - FMT - 18/05 1:14 pm Sarawak PKR secretary Mahmud Epah says the peoples mandate and votes are not meant to be toyed with or discarded when personal ambitions go unfulfilled. |
|
No disruption to Setiawangsa services, Hannah assures amid seat vacancy - Sinardaily - 18/05 11:47 am The office operates Monday to Friday, from 8.00 am to 4.30 pm.She said residents can also contact the office by phone at 03-4142 2740 or via email at pcsw.dbkl@gmail.com.Meanwhile, she expressed her commitment to working with all parties to continue protecting and preserving Bukit Dinding, ensuring it remains Kuala Lumpur's green lung for the benefit of the local community. Hannah also extended her appreciation to Nik Nazmi for his service throughout his tenure.The media reported that Nik Nazmi, along with Pandan MP Datuk Seri Rafizi Ramli, announced their resignations yesterday, effective today.It was also reported that both MPs will submit documents regarding vacating their parliamentary seats to the Dewan Rakyat Speaker, Tan Sri Johari Abdul, today |
|
Nik Nazmi and I are not bound by PKRs RM10 million bond Rafizi - Sinardaily - 18/05 11:05 am PETALING JAYA Former economy minister Datuk Seri Rafizi Ramli and former natural resources and environmental sustainability minister Nik Nazmi Nik Ahmad who have announced their departure from Parti Keadilan Rakyat (PKR), are not bound by the partys RM10 million bond.Rafizi clarified that this is because they had taken the step of vacating their parliamentary seats for Pandan and Setiawangsa before leaving the party.He added that the bond or legal action only applies if a Member of Parliament (MP) leaves the party and joins another party without vacating the seat won under the PKR ticket.PKR has a bond or lawsuit in place if an MP leaves the party and joins another party, because previously no elected representatives were willing to vacate their seats.Many wanted to remain MPs while switching parties |
|
Hannah jamin perkhidmatan penduduk Setiawangsa tidak terjejas - Sinarharian - 18/05 10:47 am PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh memberi jaminan urusan melibatkan penduduk Setiawangsa kekal berjalan lancar meskipun kerusi Parlimen kawasan itu dikosongkan oleh penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad.Menurutnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud telah diminta membantu memperkukuhkan peranan Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Setiawangsa dalam menangani isu setempat termasuk aduan dan keperluan penduduk.Ini termasuk penambahan tenaga kerja bagi mempercepatkan tindakan di lapangan sepanjang tempoh ini, katanya."Saya merujuk kepada pengumuman Nik Nazmi untuk mengosongkan kerusi Ahli Parlimen Setiawangsa. Saya mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau kepada warga Kuala Lumpur sepanjang tempoh perkhidmatannya."Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya ingin memberi keyakinan kepada penduduk Setiawangsa bahawa perkhidmatan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan akan terus berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan," katanya dalam satu kenyataan.Hannah berkata, penduduk boleh hadir mengemukakan aduan melalui Pejabat DBKL Cawangan SetiawangsaDWangsa, 1, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur atau hubungi pejabat tersebut di talian 03-4142 2740 atau e-mel: pcsw.dbkl@gmail.com"Saya juga akan bekerjasama dengan semua pihak bagi meneruskan usaha melindungi dan memelihara Bukit Dinding agar ia kekal sebagai paru-paru hijau Kuala Lumpur untuk manfaat penduduk setempat," jelasnya.Pada Ahad, Nik Nazmi dan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan keluar PKR serta mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.Dalam pengumuman hala tuju baharu politik mereka, kedua- dua bekas menteri itu akan mengambil alih dan menyertai Parti Bersama Malaysia sebagai platform politik baharu. |
|
Rafizi and Nik Nazmi issue: I am not following - Anwar - Sinardaily - 18/05 10:25 am JOHOR BAHRU - PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim said he is not following the latest political developments involving two former senior party leaders, Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad."I am not following," he said briefly after attending the Prime Minister's Goodwill Programme with the People at Taman Desa Mutiara People's Housing Project (PPR) in Tebrau here, yesterday.He said this when asked to comment on the decision of the former deputy president and former vice resident of PKR on reportedly taking over a political party known as Parti Bersama Malaysia or Malaysian United Party (MUP).MUP is a political party registered on Dec 2, 2016 in Penang.Earlier, Rafizi and Nik Nazmi announced their latest political direction at a function in Petaling Jaya, Selangor, besides announcing their exit from PKR and vacating their respective parliamentary seats effective today.Rafizi, who is the Pandan Member of Parliament, said he and Nik Nazmi, the Setiawangsa Member of Parliament, will write a letter regarding the decision to the Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul today |
|
PKR confirms Rafizi and Nik Nazmis exit, to vacate parliamentary seats - Malaymail - 18/05 9:26 am KUALA LUMPUR, May 18 Parti Keadilan Rakyat (PKR) has confirmed receiving the intention of Pandan MP Datuk Seri R... |
|
'Saya dan Nik Nazmi tidak terikat bon RM10 juta PKR' - Rafizi - Sinarharian - 17/05 11:50 pm PETALING JAYA [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak terikat dengan bon RM10 juta parti tersebut.Rafizi menjelaskan, ia susulan mereka mengambil langkah mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa terlebih dahulu sebelum keluar parti.Beliau menambah, bon atau saman itu hanya terpakai sekiranya seseorang Ahli Parlimen keluar parti dan menyertai parti lain tanpa melepaskan kerusi yang dimenangi atas tiket PKR."PKR ada saman atau bon sekiranya Ahli Parlimen keluar parti dan masuk parti lain kerana sebelum ini tiada wakil rakyat yang sanggup kosongkan kerusi."Ramai mahu kekal jadi Ahli Parlimen tetapi bertukar parti |
|
Speaker tunggu surat Rafizi, Nik Nazmi sebelum putus status kerusi - FMT - 17/05 11:30 pm Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata, keputusan mengenai keperluan adakan PRK Pandan, Setiawangsa hanya akan dibuat selepas terima dokumentasi rasmi. |
|
Speaker tunggu surat Rafizi, Nik Nazmi sebelum putus status kerusi - Hotfm - 17/05 11:30 pm Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata, keputusan mengenai keperluan adakan PRK Pandan, Setiawangsa hanya akan dibuat selepas terima dokumentasi rasmi. |
|
Nik Nazmi, Rafizi khianati mandat rakyat - AMK - Sinarharian - 17/05 11:21 pm SHAH ALAM - Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu demi mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama) dianggap keputusan mengecewakan serta mengkhianati mandat rakyat, dakwa Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin.Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu patut memberi tumpuan penuh kepada amanah menjaga kebajikan rakyat dan membantu memperkukuh kestabilan negara.Ia kerana baginya, perkara tersebut amat mustahak memandangkan rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dunia serta cabaran krisis bekalan global."Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini adalah percaturan politik peribadi, langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat yang memilih mereka atas tiket perjuangan reformasi dan kestabilan Kerajaan Madani."Rakyat Pandan dan Setiawangsa memberikan mandat untuk berkhidmat, bukannya menjadikan kerusi dimenangi sebagai batu loncatan membina platform politik baharu selepas menang pilihan raya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Danish berpendapat bahawa tindakan sedemikian juga memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab kerana memaksa negara berdepan pilihan raya kecil (PRK).Tambah beliau, ia bakal melibatkan kos besar menggunakan wang rakyat ketika negara masih berusaha memulihkan ekonomi dan menghadapi cabaran global.Jelasnya lagi, rakyat hari ini mahukan kestabilan politik, dasar konsisten dan pemimpin yang fokus bekerja menyelesaikan masalah rakyat."Bukannya ahli politik yang terus bermain percaturan demi 'survival' dan cita-cita politik sendiri."Jika benar mahu membawa idealisme atau perjuangan baharu, mereka sepatutnya mendapatkan mandat baharu lebih awal dan bukannya menggunakan kedudukan dimenangi atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memperkukuh parti lain," ujar beliau.Justeru, kata Danish, pihaknya akan terus istiqamah mempertahankan agenda reformasi, kestabilan kerajaan dan kepentingan rakyat tanpa tunduk kepada politik kecewa atau percaturan individu tertentu."Perjuangan reformasi tidak boleh dijadikan slogan ketika mahu meraih sokongan rakyat, kemudian ditinggalkan apabila kepentingan politik peribadi mula mengatasi amanah perjuangan," tegas beliau.Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan keluar PKR, seterusnya akan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan serta Setiawangsa, masing-masing berkuat kuasa pada Isnin.Pengumuman itu dibuat oleh kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika majlis pengumuman hala tuju politik yang berlangsung di Petaling Jaya pada Ahad.Rafizi berkata, surat pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin, seterusnya pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh pada Selasa.Rafizi dan Nik Nazmi dalam program sama mengesahkan mengambil alih Bersama, iaitu parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam. |
|
PKR sahkan keanggotaan Rafizi, Nik Nazmi tergugur - Sinarharian - 17/05 7:45 pm SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan keanggotaan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad tergugur selepas mereka mengisytiharkan keluar parti.Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, keputusan tersebut dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) dalam Perlembagaan parti selepas menerima hasrat keluar parti daripada bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden itu."PKR menerima rakaman ucapan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan mengosongkan kerusi Parlimen dan keluar daripada parti, hari ini."Pengisytiharan itu adalah jelas bertepatan dengan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan."Ia menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut, setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi dalam Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik mengesahkan akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing serta menyertai sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (Bersama).Sementara itu, Fuziah memaklumkan akan merujuk kes membabitkan dua bekas menteri itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai status mereka sebagai Ahli Parlimen, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.Selain itu, beliau menjelaskan PKR juga akan menentukan keanggotaan Ahli Parlimen lain yang hadir pada program berkenaan iaitu Wong Chen (Subang), Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya). |
|
Rafizi, Nik Nazmi keluar parti PKR, kosong kerusi Parlimen: Saya tak follow lagi - Anwar - Sinarharian - 17/05 6:47 pm JOHOR BAHRU - Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum bersedia memberikan sebarang maklum balas berhubung tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa.Anwar ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka, Desa Mutiara Tebrau pada petang Ahad berkata, beliau belum mengikuti perkembangan perkara itu.ARTIKEL BERKAITAN:Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: Projek 'kamikaze' cari platform politik baharu sejak setahun lalu - Rafizi"Saya tak follow lagi," katanya ringkas pada majlis tersebut.Terdahulu, Anwar menghadiri Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini.Bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR itu pada Ahad mengumumkan keluar daripada parti berkenaan sekali gus mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa Isnin.Pengumuman itu dibuat oleh kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.ARTIKEL BERKAITAN:Tindakan Rafizi, Nik Nazmi perlu diteliti dari aspek undang-undang - Anthony LokeRafizi berkata, surat pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin, manakala pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh akan dibuat pada Selasa.Menurutnya, langkah itu bagi membolehkan tindakan tersebut tidak dilihat sebagai lompat parti kerana menghormati mandat yang dimenangi atas tiket PKR dan PH.Pada sidang media sama, mereka turut mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (MU).Untuk rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam. |
|
Kami kosong kerusi Parlimen elak tuduhan lompat parti, kata Rafizi - FMT - 17/05 6:19 pm Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau dan Ahli Parlimen Setiawangsa tak perlu bayar bon RM10 juta kepada PKR kerana letak jawatan dahulu sebelum sertai parti baharu. |
|
Projek 'kamikaze' cari platform politik baharu sejak setahun lalu - Rafizi - Sinarharian - 17/05 6:13 pm PETALING JAYA - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan projek 'kamikaze' untuk mencari platform politik baharu sudah bermula sejak setahun lalu.Ahli Parlimen Pandan itu berkata, langkah tersebut diambil selepas beliau dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berpandangan, penubuhan parti baharu sukar diluluskan selain parti-parti sedia ada pula mempunyai percaturan masing-masing."Atas kesedaran itu, saya dan rakan-rakan yang lain bersetuju untuk membuat kamikaze sekali lagi |
|
Tindakan Rafizi, Nik Nazmi perlu diteliti dari aspek undang-undang - Anthony Loke - Sinarharian - 17/05 5:37 pm JOHOR BAHRU - Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke menyifatkan tindakan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengambil alih Parti Bersama Malaysia (MU), sebagai satu perkembangan politik yang perlu diteliti dari sudut perundangan.Setiausaha Agung DAP itu berkata, sebarang implikasi undang-undang berkaitan langkah tersebut perlu diperhalusi termasuk Speaker Dewan Rakyat, bagi memastikan ia selaras dengan peraturan sedia ada."Itu mungkin ada implikasi terhadap dari segi perundangan."Itu kena lihat, pihak speaker kena buat keputusan," katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, pada Ahad.Menurut Anthony prinsip asas dalam sistem demokrasi berparlimen perlu dihormati, khususnya apabila seseorang dipilih sebagai wakil rakyat."Walaupun saya menghormati pendirian mereka ( Rafizi dan Nik Nazmi), mungkin dia kata sudah kecewa dan sebagainya, tetapi sepatutnya kena kekal sehingga akhir penggal."Sekarang mereka tahu pun, sekarang sudah lebih tiga tahun, letak jawatan pun tak ada pilihan raya kecil"Jadi itu yang saya kata bahawa patutnya prinsipnya adalah apabila kita dah menang atas kapasiti parti, kita kena kekal sehingga akhir penggal," ujarnya lagi.Sebelum itu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (MU).Sebagai rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam. |
|
Lepasi tempoh mandat tiga tahun, PRK Pandan, Setiawangsa tidak perlu diadakan - Pakar perlembagaan - Sinarharian - 17/05 5:14 pm SHAH ALAM - Pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa yang bakal dikosongkan dua penyandangnya, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Isnin tidak perlu diadakan dalam masa terdekat memandangkan penggal Parlimen ke-15 ini telah mencapai tempoh mandat melepasi tiga tahun.Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain berkata, perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang.Sebagai rekod, tarikh 19 Disember 2022 ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 dengan mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada Disember 2027.Wan Ahmad Fauzi bagaimanapun berkata,tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas."Sepertimana Parlimen, PRK juga tidak boleh lagi diadakan bagi DUN dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan berakhir, kecuali ada keperluan khas."Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Mohd Rafizi dan Nik Nazmi, kedua-duanya pernah menggalas jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, membuat pengumuman mengejutkan apabila kedua-duanya nekad akan mengosongkan kerusi Parlimen yang disandang pada Isnin ini, dan akan menghantar surat peletakan jawatan kepada PKR bagi menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) sebagai ahli pada Selasa.Kedua-dua tokoh berpengaruh itu turut mengumumkan langkah untuk mengambil alih Bersama dalam satu majlis khas yang diadakan di Petaling Jaya pada Ahad.Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi menegaskan jika Speaker Parlimen, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) situasi di mana kerajaan sedia ada tidak boleh lagi membentuk kerajaan kerana hilang majoriti dalam dewan, PRK boleh diadakan."Ketika ini, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan," katanya.Sebelum ini, Bersama atau Malaysian United Party didaftarkan pada tahun 2016 di Pulau Pinang.Rafizi turut memaklumkan hasrat untuk parti itu menggunakan kancil atau pelanduk sebagai logo baru dan bukan logo sebelum ini.Sementara itu, lima lagi Ahli Parlimen PKR turut hadir dalam majlis berkenaan dan dilihat bergambar bersama Rafizi dan Nik Nazmi.Mereka ialah Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau); Wong Chen (Subang); Rodziah Ismail (Ampang), Kesavan Subramaniam (Sungai Siput) dan Zahir Hassan (Wangsa Maju). |
|
Rafizi Ramli and Nik Nazmi quit PKR, will vacate Pandan and Setiawangsa seats - Malaymail - 17/05 4:20 pm PETALING JAYA, May 17 Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad said they will vacate the Pandan and Setia... |
|
Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama Malaysia - Hmetro - 17/05 3:09 pm Petaling Jaya: Spekulasi hala tuju Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad terjawab hari ini dengan kedua-duanya diumum mengambil alih Parti Bersama Malaysia |
|
Rafizi, Nik Nazmi akan ambil Parti Bersama Malaysia - FMT - 17/05 3:04 pm Perkara itu diumumkan sempena Pengumuman Hala Tuju Politik Baru Bersama Ahli Parlimen Setiawangsa dan Pandan hari ini. |
|
Former contractor finds sweet success in premium guava farming - Sinardaily - 17/05 12:00 am Although he faced a few setbacks initially, he eventually found success in guava farming, a business that is now generating impressive returns."In the contracting business, you are bound by agreements whether you make a profit or not - you still have to carry on. So I thought agriculture might be more suitable for me as it offered a better opportunity to reduce debt risks and achieve faster cash flow as the (projected) monthly sales revenue was around RM80,000 to RM100,000," said the 64-year-old entrepreneur, adding that success, however, did not come easily.He said his initial pandan coconut project was destroyed due to rhinoceros beetle infestations, resulting in losses of nearly RM60,000 |
|
`Saya akan ikut apa pun hala tuju ditetapkan Rafizi hari ini’ ??? .. - Mygazette - 17/05 8:04 am Razeef yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Sabah berkata, beliau tidak akan berundur walau selangkah dan bersedia untuk hilang kedudukan asalkan tetap berpegang kepada prinsip. Tedahulu, Razeef berkata, beliau mempunyai sejarah panjang dengan Rafizi kerana berada bersama-sama dalam pasukan Ahli Parlimen Pandan berkenaan dalam Pemilihan PKR pada tahun 2018; 2022 dan 2025 |
|
Rafizi bakal umum parti baharu esok? - Kosmo - 16/05 9:57 pm PETALING JAYA – Esok mungkin menjadi antara hari paling getir dalam landskap politik PKR selepas pemilihan parti yang menyaksikan Datuk Seri Rafizi Ramli tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden. Pengumuman hala tuju politik oleh Ahli Parlimen Pandan itu bersama Nik Nazmi Nik Ahmad di Petaling Jaya pastinya bukan sekadar sesi santai minum petang politik |
|
Nik Nazmi nafi program bersama Rafizi esok tangguh - Sinarharian - 16/05 6:31 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan program pengumuman hala tuju politik baharunya bersama Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli pada Ahad ditangguhkan.Beliau yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan acara tersebut akan tetap berlangsung pada waktu dan tarikh yang sama di Petaling Jaya."Tersebar poster yang mengatakan program pengumuman hala tuju politik saya dan saudara Rafizi Ramli akan ditangguhkan |
|
Fahmi beri reaksi ringkas sidang akhbar Rafizi - Sinarharian - 16/05 5:40 pm JOHOR BAHRU - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil hanya memberi reaksi ringkas berhubung sidang akhbar yang bakal diadakan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pada Ahad.Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menjawab secara bersahaja apabila diminta mengulas perkara itu dalam sidang akhbar selepas melawat persiapan akhir Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini pada Sabtu."Meh... six seven," katanya ringkas.Rabu lalu, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi memaklumkan beliau bersama bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengadakan sidang akhbar berhubung hala tuju politik mereka.Rafizi menyatakan pengumuman hala tuju politiknya bersama Nik Nazmi pada Ahad ini sebagai sesuatu yang luar biasa dan bukan sekadar pengumuman politik biasa.Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, keputusan untuk mengadakan pengumuman secara terbuka serta menjemput orang ramai hadir menunjukkan ia mempunyai signifikan tersendiri. |
|
Dari industri kuari, kini Zaini jadi penanam ubi keledek, jagung, kelapa - Kosmo - 16/05 7:30 am Zaini Abdul Ghani,48, di Kampung Changkat Tualang. Usahawan yang mengusahakan tanaman ubi keledek manis, jagung dan kelapa pandan di kawasan seluas 48.56 hektar di kampung itu kini berjaya memberi peluang pekerjaan .. |
|
Geng Acu dalang curi kabel ECRL tumpas - Sinarharian - 15/05 11:13 am KUANTAN- Polis berjaya menumpaskan 'Geng Acu' disyaki dalang beberapa kes kecurian kabel di kawasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekitar daerah ini berikutan penahanan lima suspek dalam beberapa siri tangkapan sejak 28 April hingga 6 Mei lalu.Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, berikutan penahanan kesemua suspek berusia 29 hingga 44 tahun itu, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian kabel ECRL sekitar Kuantan membabitkan kerugian dianggarkan mencecah RM500,000.Menurutnya, suspek ditahan dalam beberapa serbuan di kawasan Kampung Pandan, Jaya Gading, Sungai Lembing dan Beserah di sini."Kita dapati, empat suspek terlibat aktif dalam aktiviti mencuri kabel manakala seorang lagi bertindak sebagai pembeli."Hasil serbuan dijalankan, polis menemui dan merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Inova yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat, kulit kabel yang telah dipotong, alat pemotong dan telefon bimbit dengan nilai rampasan keseluruhan kira-kira RM100,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Jumaat.Azry Akmar berkata, hasil semakan rekod mendapati kesemua suspek memiliki rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah."Empat daripada suspek turut didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine."Semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen379, Seksyen 431A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan," katanya.Sementara itu, beliau berkata, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit geng baharu yang aktif di sekitar Kuantan."Penahanan mereka susulan tujuh kes kecurian yang dilaporkan berlaku kawasan ECRL di sekitar Gebeng, KotaSAS dan Panching."Jumlah kerugian membabitkan tujuh kes itu mencecah RM500,000 termasuk kecurian membabitkan kira-kira 4,200 meter kabel signal yang bertutup dengan penutup longkang dianggarkan RM400,000," katanyaSementara itu, Azry Akmar berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pihak lain yang mungkin terlibat termasuk penglibatan 'orang dalam' dalam kegiatan tersebut."Pihak polis berkerjasama dengan pihak ECRL bagi menjalankan rondaan dan pemantauan di jajaran ECRL di daerah ini bagi mengelak jenayah itu berulang," katanya. |
|
SPRM terima dokumen, rakaman video daripada Rafizi - Sinarharian - 14/05 4:56 pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima beberapa dokumen serta rakaman video daripada Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion di antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi hadir bersama lima peguam kira-kira jam 10 pagi Khamis."Kehadiran Rafizi ke SPRM adalah untuk menyerahkan beberapa dokumen dalam bentuk cetakan serta rakaman video di dalam alat pemacu kilat USB (pendrive) yang dikatakan berkaitan dengan Syarikat ARM Limited UK."Serahan dokumen-dokumen tersebut adalah secara sukarela dan ia adalah untuk membantu siasatan yang dilakukan terhadap beliau (Rafizi)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Hafaz berkata, SPRM turut mengambil keterangan tambahan daripada Rafizi dan proses tersebut selesai kira-kira jam 1.30 tengah hari.Media sebelum ini melaporkan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menyerahkan dokumen bukti tambahan 28 dokumen kepada pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes tersebut.Rafizi dilaporkan berkata, dokumen itu diserahkan sebagai keterangan tambahan daripada pihaknya yang dikumpulkan sejak kali pertama kerjasama itu dibincangkan dan akan dipadankan dengan setiap keputusan, kenyataan dan ucapan beberapa pemimpin kanan negara. |
|
“Pengumuman Hari Ahad Ini ‘Luar Biasa'” – Rafizi Ramli - Beautifulnara - 14/05 4:37 pm Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi bayangan bahawa hala tuju politik yang bakal diumumkannya pada Ahad ini mungkin mencetuskan pelbagai spekulasi politik |
|
Ops Pandan: JPN tahan 26 warga Indonesia guna MyKad palsu Ops Pandan: JPN .. - Mygazette - 14/05 3:46 pm # Ops Pandan: JPN tahan 26 warga Indonesia guna MyKad palsu SHAH ALAM -Seramai 26 pekerja warga Indonesia dikesan menggunakan MyKad milik individu lain dan dokumen pengenalan diri palsu dalam Ops Pandan yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di dua gudang pakaian di Jalan U1/20, Glenmarie, di sini, hari ini |
|
Rafizi, Nik Nazmi perlu berterus terang jika hilang keyakinan terhadap PKR - Mygazette - 14/05 3:46 pm Kalau benar sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan dan hala tuju parti, maka Rafizi Ramli dan Nik Nazmi sepatutnya berterus terang kepada anggota dan rakyat. "Jangan terus bermain tarik tali politik sambil mengekalkan kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa dan juga terus mempengaruhi penyokong beliau yang ada di dalam PKR," katanya |
|
Hala tuju politik: Pengumuman Ahad ini luar biasa – Rafizi - Utusan - 14/05 3:24 pm PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi gambaran hala tuju politik yang akan diumumkan beliau pada Ahad ini bakal mencetuskan pelbagai spekulasi politik |
|
'Kalau pengumuman biasa saya buat di TikTok sahaja' - Rafizi janji .. - Hmetro - 14/05 2:49 pm Putrajaya: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui bakal membuat pengumuman luar biasa pada Ahad ini, berhubung hala tuju politiknya bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad |
|
'Pengumuman bersama Nik Nazmi pada Ahad ini bukan biasa-biasa' - Rafizi - Sinarharian - 14/05 2:47 pm PUTRAJAYA Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi isyarat bahawa pengumuman yang akan dibuatnya bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ahad ini bukan satu pengumuman biasa, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi politik.Beliau berkata, pengumuman tersebut dijangka mempunyai makna lebih besar berbanding kenyataan politik lazim, namun enggan memperincikan kandungan sebenar buat masa ini."Kalau setakat pengumuman biasa, maka saya buat dekat TikTok saja |
|
Rafizi bimbang siasatan SPRM dipengaruhi emosi - FMT - 14/05 11:39 am Ahli Parlimen Pandan rujuk ucapan perpisahan Azam Baki tidak akan maafkan pihak melancarkan serangan peribadi terhadap diri dan keluarganya. |
|
Rafizi hadir lagi ke SPRM, serah 28 item bantu siasatan - Sinarharian - 14/05 10:27 am PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ke lima siasatan bagi memberi keterangan tambahan secara sukarela berhubung pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan Arm Holdings Inc (ARM) dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor.Bekas Menteri Ekonomi itu turut memberitahu, beliau akan menyerahkan 28 item yang antara lain mengandungi laporan media, kenyataan rasmi serta rekod berkaitan perbincangan dan pengumuman dasar kerjasama berkenaan."Pihak peguam saya menghantar surat kepada SPRM hari Ahad lepas memaklumkan bahawa saya secara sukarela ingin membuat keterangan tambahan supaya boleh membantu siasatan supaya lebih menyeluruh dengan bukti-bukti lain yang tidak disoal siasat semasa tempoh mengambil keterangan minggu lepas," katanya dalam sidang akhbar di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis.Menurut beliau, sesi memberi keterangan tambahan itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada Rabu namun ditangguhkan atas permintaan SPRM.Sebelum ini, SPRM mengesahkan bahawa Rafizi dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan salah guna jawatan atau kedudukan bagi mendapatkan suapan.Setakat ini, SPRM sudah merakam keterangan 22 saksi termasuk Rafizidan bekas pegawainya, James Chai.Dalam pada itu, Rafizi mendakwa masih terdapat saksi penting yang belum dipanggil bagi melengkapkan siasatan serta memastikan keseluruhan fakta dapat dinilai secara menyeluruh."Bagi saya ada lagi sebenarnya saksi-saksi yang belum dipanggil untuk membuat keterangan |
|
Rafizi, Nik Nazmi digesa keluar parti secara terhormat - Sinarharian - 14/05 9:40 am KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli digesa meninggalkan parti secara terhormat dan menyatakan pendirian politiknya dengan jelas.Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Dzul Hilmi Zainol berkata, tindakan yang sama juga wajar dilakukan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, sekiranya kedua-dua mereka tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti.Menurutnya, anggota parti tidak seharusnya terus dibiarkan tertanya-tanya selain PKR terus dibebani dengan polemik politik yang berpanjangan."Politik matang memerlukan kejujuran, bukannya sindiran berterusan."Jika benar sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan dan hala tuju parti, maka Rafizi Ramli dan Nik Nazmi sepatutnya berterus terang kepada anggota parti serta rakyat."Jangan terus bermain tarik tali politik sambil mengekalkan kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa serta terus mempengaruhi penyokong mereka dalam PKR," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau mengulas pengumuman Rafizi bersama Nik Nazmi yang dijangka mengumumkan hala tuju politik baharu pada 17 Mei ini selepas kedua-duanya meletakkan jawatan dalam Kabinet sebelum ini.Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil tempoh kira-kira setahun untuk meneliti pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor sebelum menentukan langkah politik seterusnya.Majlis pengumuman berkenaan dijadual berlangsung di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya.Mengulas lanjut, Dzul Hilmi menegaskan bahawa PKR dibina atas semangat perjuangan dan bukannya untuk dijadikan pentas tekanan peribadi atau politik adu domba.Katanya, anggota akar umbi bekerja siang dan malam mempertahankan kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika susah dan senang, bukannya untuk melihat pimpinan menghantar isyarat politik yang mengelirukan kepada ahli parti. |
|
Rafizi, Nik Nazmi umum hala tuju politik baharu Ahad ini - Mygazette - 13/05 10:15 pm # Rafizi, Nik Nazmi umum hala tuju politik baharu Ahad ini KUALA LUMPUR Dua bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengumumkan hala tuju politik baharu mereka pada Ahad ini (17 Mei). Perkara itu dikongsi Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menerusi Facebooknya hari ini |
|
Rafizi, Nik Nazmi to unveil new political direction on Sunday - FMT - 13/05 5:02 pm Pandan MP Rafizi Ramli says they have carefully considered the various views and factors in determining the next chapter of their political journey. |
|
Rafizi, Nik Nazmi to announce new 'political direction' on Sunday - Mkini - 13/05 4:53 pm Pandan MP invites progressives to attend the event. |
|
Cops: Suspect in teen's confinement, sexual assault convicted of similar offence in 2008 - Sinardaily - 13/05 4:13 pm SHAH ALAM - The man sought by police for allegedly confining and sexually assaulting a teenage boy in Bukit Kemuning was previously convicted of a similar offence.Shah Alam district police chief Assistant Commissioner Ramsay Embol said the suspect was sentenced to 17 years' jail in 2008 for raping and wrongfully confining a woman in Pandan Indah."The offence occurred on Dec 15, 2007."We are tracking down the suspect," he said when contacted on Wednesday (May 13).Previously, it was reported a man had confined and sexually assaulted a 14-year-old boy in an apartment in Bukit Kemuning, Section 32, here on Tuesday (May 12).Ramsay had said investigations found the suspect deceived the victim by offering to buy him a mobile phone internet package if he helped carry items at his house."The victim was then tied up before being sexually assaulted by the suspect."While confined and left alone in the house, the victim managed to free himself and scream for help through a window."The victim is believed to have been confined for about three hours before being rescued by a neighbour, who immediately contacted the police," he said.ACP Ramsay also advised the public to always monitor their children's movements and advise them not to engage with strangers to avoid unwanted incidents."The suspect has been identified, and efforts are underway to locate him."Any individual with further information regarding this incident can contact the investigating officer, Insp Mohamad Sabri Abd Rani, at 017-289 2628," he said, adding that the case is being investigated under Sections 342, 377C, and 323 of the Penal Code |
|
PKR begins 'seats war' as Anwars political stronghold appears uncertain - Sinardaily - 13/05 1:06 pm SHAH ALAM - Speculation over seat redistribution within Parti Keadilan Rakyat (PKR) ahead of the 16th General Election (GE16) is intensifying.What began with a leaked internal party analysis categorising constituencies into different tiers has now escalated into a broader question - which senior PKR leaders actually hold safe seats?Following the leak, former PKR deputy president Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli sarcastically questioned the party leaderships sensitivity over the disclosure of such seat classifications.More significantly, Rafizi suggested that many senior PKR leaders are currently in an uncomfortable position, as a large number of their constituencies are considered marginal rather than safe.Based on the leaked internal analysis, the Tambun parliamentary seat held by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is reportedly classified as Category 2B, or marginal.At the same time, PKR deputy president Nurul Izzah Anwar, previously associated with Permatang Pauh and Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (Gombak) are also said not to be in strong positions.This has led to increasingly aggressive internal manoeuvring within PKR, with several senior leaders reportedly being linked to potential moves to safer constituencies.Anwar is now being speculated to shift either to Bandar Tun Razak or Ampang.Izzah is also being linked with the same seats, Bandar Tun Razak and Ampang, he said in a podcast.Meanwhile, internal sources claimed that Amirudin may move from Gombak to Selayang, although this was denied by the Selangor Menteri Besars office.PKR vice-president Datuk Seri R. Ramanan is said to be considering leaving Sungai Buloh for Batu, as his current seat is viewed as highly competitive.Meanwhile, Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan is expected to be fielded in Hulu Selangor.Rafizi also suggested that former Investment, Trade and Industry Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz may be moved from Kuala Selangor, where he contested in GE15, to Pandan, following earlier speculation linking him to Ampang.Separately, former PKR figure Iswardy Morni predicted that Angkatan Muda Keadilan (AMK) chief Muhammad Kamil Abdul Munim could be fielded in Putrajaya, while prime minister senior political secretary Datuk Ahmad Farhan Fauzi may be assigned to Indera Mahkota.He added that these developments are unfolding as former Umno youth chief Khairy Jamaluddin signals interest in returning to contest in urban constituencies.Khairys indication that he prefers urban seats has revived speculation that he may return to Sungai Buloh, the seat won by Ramanan in GE15.If that scenario happens, pressure will increase on PKR to find a safer seat for Ramanan |
|
Henti kerah keringat akar umbi PKR untuk pastikan nama besar selesa... - Mygazette - 12/05 7:33 pm Tegasnya, parti reformasi seperti PKR tidak boleh takut kepada proses pembaharuan dan tidak hanya bercakap tentang perubahan kepada negara, tetapi gagal melaksanakan perubahan dalam parti sendiri. Kini ada cadangan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) untuk bertanding di Ampang meninggalkan Tambun, Zafrul di Pandan meninggalkan K |
|
Lotus's sambut ulang tahun ke-4 - Sinarharian - 12/05 10:45 am Terdapat dua mekanisme utama yang diperkenalkan dalam kempen itu."Pertama, sebanyak 0.5 peratus daripada jualan barangan jenama Lotuss akan disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) bagi membantu kos rawatan kanak-kanak yang menghidap kanser."Kedua, Lotuss turut bekerjasama dengan Procter & Gamble (P&G) Malaysia, di mana 0.5 peratus daripada jualan produk syarikat itu akan disalurkan kepada Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS) dan Tender Touch Paediatric Rehabilitation Center. Ia membantu kos terapi melibatkan mobiliti serta perkembangan kanak-kanak yang memerlukan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Keempat Lotus: Celebrating & Giving Back with Dana Kongsi Ceria di Lotus Ampang, Dataran Pandan Prima, di sini pada Khamis |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |