| /// |
|
| Search : Perkeso News | Page 1 |
|
Keluarga Dua Mangsa Nahas Ipoh Terima Faedah PERKESO Lebih RM275,000 - Careta - 21/09 4:43 pm Dua mangsa berkenaan ialah Muhammad Izdihar Rafiq Sarajil Korin dan Muhamad Faiz Danial Jumri, masing-masing berusia 19 tahun. Menurut laporan Bernama, rekod PERKESO menunjukkan Muhammad Izdihar mula mencarum selepas bekerja pada Januari tahun ini, manakala Muhamad Faiz pula telah mencarum sejak |
|
Baru Setahun Bekerja, Waris Dua Remaja Maut Nahas Jelapang-Ampang Layak Terima Faedah PERKESO - Lobakmerah - 21/09 12:12 am Waris dua remaja yang baru menempuh alam pekerjaan kira-kira setahun, sebelum terkorban dalam kemalangan tragis, kekal layak menerima faedah LINDUNG 24 Jam. Berdasarkan semakan rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Muhammad Izdihar Rafiq Sarajil Korin mula mencarum apabila diambil bekerja pada Januari tahun ini, manakala rakannya, Muhamad Faiz Danial Jumri yang turut maut dalam insiden […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
MEF backs RM1,000 mobility allowance for workers relocating for jobs - SUN - 20/09 2:42 pm MEF welcomes RM1,000 Mobility Assistance Allowance for eligible Perkeso contributors taking jobs more than 100km from home from Oct 1 |
|
RM1,000 mobility allowance boosts worker-job matching MEF - SUN - 20/09 1:54 pm PERKESO's new RM1,000 Mobility Assistance Allowance and EIS enhancements will help workers overcome travel costs and boost job matching |
|
'Pampasan RM3,300 ringankan beban saya, keluarga' - Orang Berinsurans PERKESO - Sinarharian - 20/09 12:55 am KOTA DAMANSARA - Seorang pekerja kilang mengakui hampir 'opt-out' daripada menyertai Skim LINDUNG 24 Jam membabitkan caruman tambahan sebanyak 0.75 peratus.Disebabkan enggan meneruskan hasrat tersebut, keputusannya ternyata memberi dampak besar apabila dia layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) di bawah skim berkenaan selepas disahkan mengalami retak pada pergelangan tangan.Orang Berinsurans PERKESO, Azrul Azuan Abdullah berkata, kejadian tidak diingini itu berlaku di luar waktu bekerja pada hujung minggu, bahkan tiada kena-mengena langsung dengan pekerjaannya."Kejadiannya berlaku selepas saya membasuh pinggan di dapur rumah, mungkin sinki bocor dan lantai licin membuatkan saya tergelincir |
|
Mobility aid will help overcome geographical barriers to employment, says group - FMT - 20/09 11:15 am The Malaysian Employers Federation says the Perkeso initiative, to take effect from Oct 1, will also improve the matching of workers with vacancies. |
|
Terjatuh di rumah ketika WFH pun dilindungi kecuali 'opt-out' - Aunty HR - Sinarharian - 19/09 8:53 pm KOTA DAMANSARA - Pekerja yang berdepan bencana kerja serius mahupun kemalangan ringan seperti terjatuh di rumah ketika 'work from home' (WFH) turut dilindungi di bawah Skim LINDUNG 24 Jam.Pakar Pengurusan Sumber Manusia (HR) Malaysia, Ku Sim Ling berkata, demikian antara persoalan yang sering dibangkitkan pekerja-pekerja seandainya mengalami kecelakaan semasa bekerja dari rumah.Menurutnya dari sudut pandang seorang HR, perkara tersebut tidak lagi merunsingkan dengan kewujudan skim berkenaan yang memberikan perlindungan komprehensif kepada pencarum."Kalau dahulu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, ramai tanya saya jika terjatuh semasa WFH macam mana sehinggakan saya pun pening mahu jawab apa."Sekarang 'settle' kerana pekerja akan dilindungi tak perlu fikir dua atau tiga kali kecuali mereka yang ambil keputusan untuk 'opt-out' daripada Skim LINDUNG 24 Jam."Itu (tindakan) macam tak bijak sangatlah," katanya.Beliau berkata demikian ketika siaran langsung edisi ke-489 Wacana Rakyat Sinar Harian bertajuk 'Kerja 8 Jam, Risiko 24 Jam' bertempat di Strand Mall, di sini pada Sabtu.Beliau yang lebih dikenali dengan nama panggilan 'Aunty HR' turut menekankan bahawa jabatan sumber manusia sesebuah syarikat tidak boleh menentukan sama ada pekerja perlu 'opt-in' atau 'opt-out' daripada Skim LINDUNG 24 Jam.Namun, katanya, HR dibenarkan untuk menasihati pekerja supaya teruskan dengan pilihan 'opt-in' bagi memudahkan urusan tuntutan di kemudian hari."Sama juga dengan laporan kemalangan, HR atau majikan bantu pekerja buat 'report' sahaja, selebihnya biar PERKESO tentukan nak lulus atau tolak permohonan."Pada akhirnya, majikan dan pekerja mestilah harmoni (dalam mencapai titik tengah persefahaman bahawa risiko bukan sekadar dalam tempoh lapan jam bekerja)."Kalau syarikat sediakan insurans, bagus |
|
Faedah HUS di bawah Skim LINDUNG 24 Jam perlindungan komprehensif untuk pekerja - Sinarharian - 19/09 8:36 pm KOTA DAMANSARA - Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau LINDUNG 24 Jam memberikan perlindungan sepenuhnya kepada pencarum bukan sahaja dari segi pendapatan.Menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Strategi dan Korporat) PERKESO, Edmund Cheong Peck Huang, pekerja turut dilindungi di bawah elemen perundangan berdasarkan Seksyen 53 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).Beliau berkata, undang-undang tersebut menetapkan bahawa majikan tidak boleh memberhentikan, memecat atau menghukum pekerja hanya kerana individu berkenaan berada dalam tempoh cuti sakit atau menerima faedah HUS akibat bencana kerja.Edmund menekankan bahawa perlindungan tambahan tersebut tidak hanya melindungi pendapatan, tetapi jaminan kepada pekerjaan itu sendiri."Katakanlah ada pekerja yang ambil cuti sakit selama tiga bulan, majikan tak boleh hukum mereka sepanjang tempoh tersebut."Jadi, pekerja terbabit tak perlulah merasa bimbang atau posisinya terjejas, bertanya-tanya adakah dia akan dipecat dan diberi surat amaran."Ini kerana HUS di bawah Skim LINDUNG 24 Jam ialah perlindungan yang jelas termaktub dalam undang-undang," katanya.Edmund berkata demikian ketika siaran langsung edisi ke-489 Wacana Rakyat Sinar Harian bertajuk 'Kerja 8 Jam, Risiko 24 Jam' bertempat di Strand Mall, di sini pada Sabtu.Beliau menegaskan, Skim LINDUNG 24 Jam sememang direka khas untuk memberikan perlindungan tambahan dan gantian pendapatan semasa pencarum memperoleh sakit atau mengalami cacat kekal.Edmund bagaimanapun tidak menafikan ketiadaan perlindungan sosial ke atas pencarum mungkin berupaya mengheret keluarga ke dalam lembah kemiskinan.Mengulas tentang perubahan yang dilakukan PERKESO, Edmund berpendapat bahawa pekerja pada 10 tahun lalu amat berbeza dengan sekarang, begitu juga risiko."Kalau dahulu perlindungan pekerja bermula dari rumah hingga ke tempat kerja dan balik semula ke rumah |
|
2,000 peluang pekerjaan tersedia di Festival Mega LINDUNGu - Sinarharian - 19/09 2:10 pm KOTA DAMANSARA - Sebanyak 2,000 peluang pekerjaan dengan gaji antara RM2,000 hingga RM12,000 ditawarkan menerusi penganjuran Festival Mega iLINDUNGu: Kesuma Bersama Rakyat di Strand Mall, di sini dari 18 hingga 20 September ini.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, ia membabitkan kira-kira 25 majikan yang menyertai festival tersebut melalui pelaksanaan program MYFutureJobs.Menurut beliau, fokus Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) jelas iaitu memberikan peluang pekerjaan selain menyediakan akses kepada perlindungan sosial dan penyelesaian yang boleh memberi kesan secara langsung terhadap kehidupan pekerja."Rakyat yang datang bukan sekadar mendapatkan maklumat, tetapi kita mahu mereka pulang dengan peluang pekerjaan dan akses perlindungan sosial serta jalan penyelesaian."Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan atau mahu meningkatkan kerjaya, rebut peluang ini."Kita membawa majikan dan peluang pekerjaan terus kepada rakyat," katanya ketika merasmikan Festival Mega iLINDUNGu di sini pada Sabtu.Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kesuma, Dr Mohd Shaharin Umar; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.Sebanyak RM48,000 disalurkan kepada 400 penerima di bawah Parlimen Sungai Buloh menerusi LINDUNG Kasih Suri Rumah.Tidak cuma itu, syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing dan p-hailing seperti Foodpanda menyumbang RM1 juta; Grab RM500,000 serta Haloje Delivery RM14,412.40 menjadikan keseluruhan sumbangan berjumlah RM1,514,412.40.Sumbangan tersebut dijangka memanfaatkan 500 pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing di negara ini.Festival Mega iLINDUNGu turut menyediakan kaunter khas Opt-In LINDUNG 24 Jam, membolehkan pekerja yang sebelum ini memilih untuk tidak meneruskan perlindungan berkenaan mendaftar semula secara terus.Majikan berpeluang menikmati diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB), manakala pengunjung boleh membuat semakan caruman, mendapatkan khidmat nasihat berkaitan faedah serta mendaftar skim PERKESO.Festival tersebut turut memperkukuh aspirasi Kesuma Bersama Rakyat dengan menghimpunkan 11 agensi dan jabatan di bawah kementerian, termasuk Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).Mengulas lanjut, Ramanan berpendapat bahawa perlindungan sosial bukan perkara yang boleh diambil ringan kerana ia jaringan keselamatan penting apabila berlaku kejadian luar jangka."Di sebalik setiap 'rider' dan pemandu, ada keluarga yang bergantung kepada pendapatan mereka."Sebab itulah perlindungan sosial bukan perkara diambil ringan |
|
SPRM-PERKESO bongkar tuntutan palsu RM9 juta - Sinarharian - 19/09 9:30 am KUALA LUMPUR Tindakan ke atas kes tuntutan palsu Daya Kerjaya 2.0 hasil kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi operasi sejak 9 Jun lalu kini mencapai hasil positif.SPRM memaklumkan, kes terbabit kini di peringkat pertuduhan."Setakat 4 September lalu, sebanyak 108 tangkapan terdiri daripada 11 ejen dan 97 pemilik syarikat telah dilakukan."Sebanyak 133 pertuduhan telah disyorkan dan daripada jumlah itu, seramai 54 individu telah dituduh."Nilai rampasan dan sitaan terkini terdiri daripada harta alih iaitu emas, wang tunai dan lain-lain bernilai RM99,348.00, manakala pembekuan 36 akaun bank dengan jumlah wang keseluruhan sebanyak RM463,076.92," katanya kepada Sinar Harian.Tambah suruhanjaya itu, langkah pencegahan yang disaran Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM kepada PERKESO bagi menangani isu seleweng ini ialah penguatkuasaan, pemulihan kerugian, pengukuhan kawalan dalaman, penambahbaikan dasar serta pemantauan berterusan.Sebagai rekod, sejak 2024 hingga 2025, SPRM menerima maklumat sebanyak 143 syarikat telah dikenal pasti mengemukakan permohonan palsu kepada PERKESO bagi mendapatkan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 melibatkan 320 pekerja dengan nilai tuntutan kira-kira RM9 juta."Pada November 2025, Bahagian Perisikan SPRM telah membangunkan maklumat ini melalui kaedah Intelligence Based Investigation (IBI) dengan analisis dan pengumpulan data daripada pelbagai sumber."Maklumat tersebut disemak silang dengan tuntutan di PERKESO, rekod syarikat dan individu serta hubungan antara ejen, majikan dan pekerja," ujarnya.Dedah SPRM, setelah lapan bulan risikan dan siasatan, tangkapan telah dibuat pada 9 Jun lalu menerusi operasi bersepadu Op Daya antara SPRM dengan PERKESO.Kata SPRM, kerjasama daripada PERKESO menghasilkan kejayaan operasi ini."Pihak PERKESO juga sentiasa komited untuk melaksanakan penambahbaikan bagi menutup ruang dan peluang sebarang kelemahan yang ada demi memastikan kes sebegini tidak berulang pada masa akan datang," ujarnya.PencegahanSementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya mempunyai kerangka tadbir urus dan prosedur operasi standard (SOP) yang kukuh sebagai mekanisme pencegahan dan kawalan.Menurut beliau, antaranya termasuk Polisi Anti-Fraud, Polisi Anti-Rasuah serta pelaksanaan Anti-Bribery Management System (ABMS) MS ISO 37001:2016."Kesemua mekanisme ini menjadi tunjang kepada sistem pemantauan, pengesanan dan pengurusan risiko bagi memastikan setiap tuntutan diteliti secara telus, berintegriti dan mematuhi peraturan yang ditetapkan."PERKESO turut melaksanakan pemantauan secara berterusan terhadap semua jenis tuntutan dan inisiatif yang dikendalikan."Sekiranya terdapat petunjuk atau bukti berlakunya unsur penipuan, pemalsuan atau salah laku, siasatan terperinci akan dijalankan dan kes berkenaan akan dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk SPRM atau Polis Diraja Malaysia, mengikut bidang kuasa masing-masing untuk tindakan selanjutnya," katanya.Beliau berkata, selain kes pemalsuan tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0, PERKESO juga mengesan serta menyiasat beberapa kes yang disyaki melibatkan penipuan dalam tuntutan faedah lain termasuk tuntutan hilang upaya."Bagaimanapun, kes-kes tersebut melibatkan siasatan yang berasingan dan berada pada peringkat siasatan berbeza," ujarnya.Jelasnya, jika kes tuntutan palsu gagal ditangani secara berkesan, implikasinya bukan sahaja memberi kesan kepada PERKESO, malah menjejaskan kemampanan dana keselamatan sosial negara serta menghakis keyakinan masyarakat.Kata beliau, ini meliputi ketirisan dana keselamatan sosial serta kelestarian kewangan PERKESO."Pembayaran faedah kepada pihak yang tidak layak akan menyebabkan dana keselamatan sosial digunakan secara tidak wajar, malah dana yang sepatutnya disalurkan kepada pencarum dan orang berinsurans yang benar-benar layak akan berkurangan."Tuntutan palsu yang berterusan boleh meningkatkan perbelanjaan faedah secara tidak terkawal, sekali gus memberi tekanan terhadap kedudukan kewangan dana keselamatan sosial dan menjejaskan keupayaan PERKESO memenuhi obligasi kepada pencarum pada masa hadapan," ujarnya.KepercayaanMengulas berkenaan impak kepada keyakinan masyarakat, Mohammed Azman berkata, kegagalan membendung penipuan boleh menjejaskan kepercayaan pencarum, majikan dan orang awam terhadap integriti sistem keselamatan sosial serta kredibiliti PERKESO sebagai agensi pelaksana."Sekiranya pelaku tidak dikenakan tindakan sewajarnya, keadaan ini boleh menjadi dorongan kepada pihak lain untuk melakukan kesalahan yang sama kerana menganggap risiko untuk dikesan adalah rendah hingga meningkatkan risiko jenayah penipuan berulang."Tuntutan palsu boleh menyebabkan kelewatan dalam pemprosesan tuntutan yang sah kerana sumber manusia dan masa perlu digunakan untuk menyiasat serta mengendalikan kes-kes penipuan sekali gus menjejaskan keadilan kepada penerima yang layak," ujarnya.Tambahnya, kesan lain yang berlaku ialah peningkatan kos operasi dan siasatan."PERKESO perlu memperuntukkan lebih banyak sumber bagi tujuan pengauditan, siasatan, tindakan perundangan dan pemulihan kerugian yang akhirnya meningkatkan kos pentadbiran organisasi," ujarnya.Dalam pada itu, PERKESO turut memberi amaran tegas kepada anggota serta orang awam agar tidak bersekongkol, bersubahat atau terlibat dalam apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana individu atau sindiket yang terlibat dalam penipuan tuntutan faedah. |
|
68,000 lose jobs this year, mostly in manufacturing, retail trade - FMT - 18/09 7:13 pm Economy minister Akmal Nasir says Perkeso has stepped in to help those affected secure temporary employment. |
|
Kenaikan harga arang batu beri kesan langsung kos jana elektrik - Menteri Ekonomi - Sinarharian - 18/09 6:01 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kenaikan harga arang batu hingga mencecah AS$148 satu tan (RM604) pada 10 September 2026 memberi kesan langsung kepada kos penjanaan elektrik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada Jumaat.Beliau berkata, harga arang batu meningkat secara sederhana pada Ogos kepada AS$130.67 satu tan (RM533.14) daripada AS$129.63 satu tan (RM529.10) pada Julai, manakala permintaan puncak harian elektrik mencapai 21,949 megawatt pada 9 September iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata pada Ogos.Akmal Nasrullah berkata, peningkatan permintaan itu bagaimanapun masih berada dalam lingkungan margin rizab yang boleh ditampung oleh sistem bekalan elektrik sedia ada."Kerajaan akan terus memastikan kapasiti penjanaan dan sistem bekalan elektrik mencukupi bagi menyokong aktiviti ekonomi, memenuhi keperluan rakyat dan memperkukuh daya tahan sistem tenaga negara," katanya ketika menyampaikan taklimat mengenai krisis tenaga global yang disiarkan menerusi TV1 pada Jumaat.Selain arang batu, harga minyak mentah dan gas asli turut meningkat, dengan purata harga minyak mentah Brent pada Ogos naik 8.9 peratus kepada AS$90.88 setong (RM370.94) daripada AS$83.42 setong (RM340.49) pada Julai.Akmal Nasrullah berkata harga harian minyak mentah Brent turut direkodkan melebihi US$120 setong pada minggu ini, berbanding purata yang lebih rendah pada Ogos.Selain itu, harga purata gas asli cecair (LNG) meningkat 13.2 peratus daripada AS$19.32 (RM78.84) setiap juta unit terma British (MMBtu) pada Julai kepada AS$21.87 (RM89.24) pada Ogos. Sehingga pertengahan September, harga LNG menghampiri AS$30 (RM122.42) setiap MMBtu.Akmal Nasrullah berkata, gangguan geopolitik dan laluan bekalan masih berpotensi mencetuskan lonjakan harga dalam tempoh singkat, walaupun pasaran global sedang menyesuaikan diri dengan keadaan semasa."Dalam keadaan ini, kerajaan akan terus memastikan jaminan bekalan bahan api sehingga Disember 2026 melalui tiga pendekatan, iaitu mempelbagaikan sumber import, mengoptimumkan pengeluaran bahan api domestik dan memperkukuh perjanjian bekalan jangka panjang," katanya.Menurut beliau, strategi mempelbagaikan sumber bekalan terus diperkukuh dengan mendapatkan minyak mentah dan produk petroleum dari pelbagai rantau, termasuk Benua Amerika, selain meneroka sumber alternatif dari Benua Afrika.Akmal Nasrullah berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap mana-mana satu negara atau laluan bekalan, khususnya ketika aliran perdagangan tenaga dari Asia Barat terus berdepan ketidaktentuan.Malaysia dan Thailand turut memperkukuh kerjasama tenaga melalui pemeteraian kontrak perkongsian pengeluaran dan perjanjian jualan gas bagi Blok A-18-01 di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand, sekali gus membuka ruang kepada pelaburan, mengekalkan pengeluaran dan menjamin nilai jangka panjang kepada kedua-dua negara.Beliau berkata, pasaran antarabangsa telah melakukan penyesuaian sejak Mac 2026 melalui pelarasan inventori, pengoptimuman sumber bekalan dan pengalihan laluan perdagangan bagi mengurangkan kesan gangguan terhadap bahan mentah serta input pengeluaran."Keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan penduduk serta kelangsungan aktiviti ekonomi secara berlebihan," katanya.Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata, jumlah pekerja yang kehilangan pekerjaan meningkat kepada 68,177 bagi tempoh Januari hingga 16 Sept 2026, iaitu pertambahan 15,196 orang berbanding tempoh sama pada 2025, melibatkan sektor pembuatan serta perdagangan borong dan runcit.Beliau berkata, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membantu penempatan semula 143,653 pekerja bagi tempoh Januari hingga 11 Sept melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan portal MYFutureJobs |
|
Majikan boleh nikmati diskaun FCLB hingga 80 peratus di Festival Mega iLINDUNGu - Sinarharian - 16/09 10:30 am SHAH ALAM - Majikan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) menerusi Festival Mega iLINDUNGu anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).Selain itu, khusus untuk pencarum yang opt-outLINDUNG 24 Jam, PERKESO juga menyediakan kaunter khas untukopt-in semula ke dalam skim berkenaan.Festival yang berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara dari 18 hingga 20 September ini menyasarkan kehadiran sehingga 60,000 pengunjung.Dibuka bermula10 pagi hingga 10 malam, festivalitu menawarkan pelbagai program interaktif, khidmat perlindungan sosial, aktiviti kekeluargaan serta persembahan artis tempatan.PERKESO menerusi kenyataan memaklumkan, antara pengisian utama ialah program Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Bersama Rakyat, yang mencerminkan komitmen kementerianuntuk turun padang, mendekati masyarakat dan mendengar sendiri pandangan serta keperluan rakyat.Menurutnya, keistimewaan penganjuran kali ini lebih terserlah menerusi penyertaan 11 agensi lain di bawah KESUMA, termasuk Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)."Penglibatan secara bersepadu ini membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan akses terus kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung."Antaranya adalah Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)."Penyertaan agensi-agensi berkenaan memperkukuh Festival Mega iLINDUNGu sebagai sebuah platform perkhidmatan rakyat yang lebih menyeluruh dan inklusif," katanya pada Selasa.Majlis perasmian festival itu akan disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri RRamanan yang turut dijadualkan melancarkan maskot baharu PERKESO.Tambah PERKESO, Festival Mega iLINDUNGu bukan sekadar acara hiburan dan kekeluargaan, malah menjadi medan libat urus antara kerajaan dengan rakyat dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan sosial sepanjang hayat.Jelasnya, penganjuran festival itu juga memperkukuh tekad KESUMA dan PERKESO untuk terus hadir bersama rakyat, mendengar suara mereka dan memastikan tiada golongan pekerja serta keluarga yang tercicir daripada jaringan perlindungan sosial negara."Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utamanya adalah motosikal."Festival ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan PERKESO secara langsung kepada pengunjung," ujarnya.Antara perkhidmatan yang disediakan adalah saringan kesihatan percuma, agihan topi keledar, semakan caruman, khidmat nasihat faedah dan bantuan pendaftaran kepada skim-skim daripada PERKESO. |
|
Festival Mega i LINDUNG u: Kerja, cari duit dan rancang masa depan bersama PERKESO - Astroawani - 15/09 11:40 am PERKESO menganjurkan Festival Mega i LINDUNG u sebagai platform untuk mendekatkan masyarakat dengan kepentingan perlindungan diri, keluarga dan kewangan menerusi pendekatan yang lebih santai serta mesra komuniti. |
|
From paralysis to pickled fruits: Worker rebuilds life with Perkeso aid - NST - 14/09 1:04 pm TUMPAT: After being paralysed and unable to walk for almost a year, electrical worker Mohd Fazreeriwani Mohamad Arjunazri is slowly getting back on his feet literally and rebuilding his livelihood with help from the Social Security Organisation (Perkeso). |
|
Kadar elaun RELA RM8 sejam disemak - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 14/09 12:13 am RM64 darab 24 hari, bawah daripada gaji minimum."Kalau mereka bertugas 12 jam, RM8 darab 12 ialah RM96. RM96 darab 24 hari, lebih sikit sahaja daripada kadar gaji minimum," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KDN di sini.Saifuddin berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbincangan bajet bersama MoF dan mengarahkan Ketua Setiausaha KDN serta Timbalan Ketua Setiausaha untuk meneruskan rundingan berkenaan tanpa mengambil masa terlalu panjang.Beliau mahu kadar elaun baharu itu dapat dilaksanakan sebaik-baiknya pada tahun kewangan terdekat."Mulakan, jangan ambil masa panjang, sebaik-baiknya tahun kewangan yang terdekat ini laksanakan," katanya.Sementara itu ditanya mengenai kadar upah yang baharu dicadangkan, Saifuddin menjelaskan kadar baharu perlu ditetapkan dalam julat yang munasabah.Sebagai perbandingan, beliau berkata kadar bayaran dalam industri kawalan keselamatan ketika ini adalah sekitar RM12 hingga RM13 sejam, selain turut melibatkan caruman seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).Bagaimanapun, beliau menegaskan kadar berkenaan tidak boleh dijadikan penanda aras secara terus bagi RELA kerana ia membabitkan entiti perniagaan yang menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan.Menurutnya, jika kadar elaun RELA dinaikkan daripada RM8 kepada RM12 sejam, ia merupakan lonjakan besar yang boleh memberi implikasi kewangan kepada kerajaan."Jadi kita tahu volumenya antara RM12 ke RM13 bilion |
|
Pensijilan MSPO tingkat pengurusan kebun, aspek keselamatan?? - Mygazette - 11/09 4:07 pm Pada program itu, seramai 60 pekebun kecil hadir mendengar taklimat pensijilan MSPO, pembajaan sawit, pemangkasan pelepah dan pertunjukan kaedah serta teknik pembajaan dan pemangkasan. Pihak MPOB juga membuka kaunter pelesenan bagi memudahkan pekebun kecil memohon lesen manakala Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Muar memberikan penerangan mengenai caruman dengan pertubuhan itu.- MalaysiaGazette |
|
Nahas Helikopter Miri: Waris Juruterbang Dan Doktor Layak Terima Faedah Perkeso - Lobakmerah - 11/09 12:55 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Dua daripada lima mangsa yang maut selepas helikopter dinaiki terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport) di Miri pada Selasa lepas layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) |
|
Tragedi Helikopter Miri: Waris 2 Mangsa Layak Terima Faedah PERKESO Seumur Hidup - Vocket - 11/09 10:27 am Dua daripada lima mangsa yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas berhampiran Lapangan Terbang Pelepasan dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di sini disahkan layak menerima... The post Tragedi Helikopter Miri: Waris 2 Mangsa Layak Terima Faedah PERKESO Seumur Hidup appeared first on VOCKET . |
|
Nahas helikopter: Waris juruterbang dan doktor layak terima faedah PERKESO .. - Mygazette - 10/09 4:41 pm # Nahas helikopter: Waris juruterbang dan doktor layak terima faedah PERKESO KUALA LUMPUR: Dua daripada lima mangsa yang maut selepas helikopter dinaiki terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport) di Miri, kelmarin, layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) |
|
Dua waris mangsa nahas helikopter terima faedah PERKESO - Utusan - 10/09 4:15 pm KUALA LUMPUR: Dua daripada lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak pada Selasa lepas merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan waris mereka layak menerima faedah bulanan |
|
Helikopter FDS terhempas: Dua mangsa pencarum PERKESO layak terima pencen penakat bulanan - Sinarharian - 10/09 3:51 pm KUALA LUMPUR - Dua daripada lima mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak pada Selasa lepas merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan waris mereka layak menerima faedah bulanan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R |
|
Lebih 6,800 Prospek Berjaya Dintegrasi Semula Dalam Pasaran Buruh Sejak 2020 - Lobakmerah - 10/09 1:36 pm Seramai 6,846 prospek ditawarkan pekerjaan sejak 2020 hingga Ogos 2026 membuktikan keberkesanan agenda integrasi semula golongan ini dalam masyarakat. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, usaha ini digerakkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing khususnya dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
8.5 Juta Pekerja Kekal Sertai LINDUNG 24 Jam, PERKESO Terima 6,330 Tuntutan - Ohmedia - 9/09 1:41 pm 8.5 juta pekerja kekal dalam LINDUNG 24 Jam, dengan PERKESO menerima 6,330 tuntutan dalam tiga bulan pertama |
|
8.5 juta pekerja pilih kekal sertai LINDUNG 24 Jam - Sinarharian - 9/09 1:14 pm KUALA LUMPUR - Seramai 8.5 juta atau 87.6 peratus pekerja memilih untuk kekal menyertai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) selepas diberi pilihan untuk 'opt out' daripada perlindungan berkenaan.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, angka berkenaan membuktikan kecaknaan majoriti pekerja terhadap kepentingan perlindungan yang diperluaskan di luar waktu bekerja.Beliau memberitahu, hanya 12.4 peratus pekerja memilih keluar daripada skim berkenaan, sekali gus menunjukkan ramai pekerja mengambil maklum kepentingan perlindungan keselamatan sosial selepas waktu bekerja."Dalam setahun, seorang pekerja sektor formal di Malaysia hanya menghabiskan kira-kira 33 peratus untuk bekerja termasuk tempoh perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja"Ini bermakna baki 67 peratus atau kira-kira 244 hari dalam setahun, mereka tidak dilindungi sekiranya kemalangan berlaku di luar waktu bekerja, sedangkan dalam tempoh itu seseorang masih kekal sebagai pekerja yang mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarga," katanya pada sidang media di Menara PERKESO pada Rabu.Mohammed Azman menjelaskan, LINDUNG 24 Jam yang diperkenalkan pada 1 Jun 2026 bertujuan memperluaskan perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan bukan berkaitan pekerjaan, termasuk di luar waktu bekerja.Menurutnya, pelaksanaan LINDUNG 24 Jam telah menampakkan keberkesanannya apabila sebanyak 6,330 tuntutan diterima PERKESO dalam tempoh tiga bulan pertama pelaksanaannya dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2026.Beliau memberitahu, jumlah itu bersamaan purata kira-kira 69 kes sehari atau tiga kes dilaporkan setiap jam, dengan jumlah keseluruhan bayaran faedah yang disalurkan mencecah RM9.97 juta."Bayaran berkenaan merangkumi pelbagai faedah termasuk Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, bayaran ganti belanja perubatan, Faedah Pengurusan Mayat, Faedah Orang Tanggungan serta alat pemulihan dan implan," ujarnya lagi.Dalam pada itu, Mohammed Azman berkata, perlindungan sosial perlu mengikuti pekerja dan bukan pekerja menyesuaikan diri dengan perlindungan.Beliau menambah, jika perlindungan hanya terhad kepada lokasi dan waktu bekerja, perlindungan itu tidak akan benar-benar menyeluruh.Beliau berkata, terdapat juga kes membabitkan individu yang memilih untuk 'opt-out' LINDUNG 24 Jam namun mengemukakan tuntutan faedah selepas ditimpa kemalangan di luar waktu bekerja."Perkembangan itu membuktikan risiko kemalangan di luar waktu bekerja bukan sekadar kemungkinan, malah telah menyebabkan ribuan pekerja memerlukan sokongan perlindungan sosial dalam tempoh singkat pelaksanaan LINDUNG 24 Jam," katanya. |
|
Kaji Skim Group Insurance Nasional sebagai reformasi perlindungan sosial .. - Mygazette - 7/09 7:46 am # Kaji Skim Group Insurance Nasional sebagai reformasi perlindungan sosial negara -Pejuang JOHOR BAHRU - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor mencadangkan kerajaan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengkaji pelaksanaan Skim Group Insurance Nasional sebagai langkah reformasi perlindungan sosial negara |
|
Kecilkan jurang perlindungan di luar waktu kerja - Sinarharian - 5/09 9:20 am SHAH ALAM - Skim LINDUNG 24 Jam mampu mengecilkan jurang perlindungan khususnya bagi risiko kemalangan di luar waktu kerja.Pensyarah Kewangan dan Pengurusan Risiko Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah berkata, sebelum ini wujud satu jurang yang agak jelas di mana seorang pekerja mungkin mempunyai perlindungan apabila kemalangan berkaitan dengan pekerjaannya, tetapi apabila kemalangan berlaku dalam kehidupan peribadinya, perlindungan tersebut mungkin tidak terpakai.Sedangkan katanya, dari perspektif keluarga, persoalannya lebih kepada kemampuan bekerja dan keterjaminan pendapatan mereka."Sebab itu LINDUNG 24 Jam penting kerana ia membantu mengisi ruang tersebut. Bagaimanapun, kita juga perlu jelas bahawa LINDUNG 24 Jam bukan bermaksud semua jurang perlindungan telah ditutup."Ia lebih tepat dilihat sebagai usaha menangani jurang perlindungan kemalangan," ujarnya.Mohd Hafizuddin berpandangan, Skim LINDUNG 24 Jam merupakan satu langkah positif dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial pekerja di Malaysia dan bukan sekadar tambahan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedia ada."Saya melihat LINDUNG 24 Jam sebagai satu perubahan penting daripada konsep 'perlindungan ketika bekerja' kepada 'perlindungan terhadap pekerja' |
|
Perlindungan inklusif untuk semua - Sinarharian - 5/09 9:10 am SHAH ALAM - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) perlu memastikan Skim LINDUNG 24 Jam benar-benar inklusif dan dapat dinikmati oleh semua pekerja tanpa mengira status pekerjaan.Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khalil Salleh berkata, pihaknya menyokong usaha PERKESO memperkenalkan skim tersebut kerana perlindungan ketika berlaku musibah amat penting buat pekerja dan keluarga.Bagaimanapun beliau berpendapat, inisiatif tersebut diharap tidak meminggirkan pekerja bebas dan gig yang kini merupakan sebahagian besar tenaga kerja dalam industri seni kreatif."Kadar caruman tambahan bukanlah isu utama, yang penting perlindungan sosial ini benar-benar inklusif dan dapat dinikmati semua pekerja."Bagi pihak Profima, ia pilihan yang baik terutamanya buat pekerja sepenuh masa kerana manfaatnya melengkapkan keperluan pencarum sekali gus meringankan beban keluarga," katanya.Turut senada, Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Low Boon Tat yang berpendapat, Skim LINDUNG 24 Jam mampu memberi perlindungan menyeluruh kepada pekerja dan keluarga.Beliau turut berkongsi pengalaman peribadi menerima bantuan PERKESO sekitar 10 tahun lalu disebabkan kemalangan dalam tempoh bertugas.Katanya, skim terdahulu memerlukan siasatan terperinci bagi melayakkan dirinya menerima bantuan sambil menyifatkannya sebagai prosedur yang agak renyah."Berbeza dengan Skim LINDUNG 24 Jam kerana ia memberikan perlindungan di luar waktu kerja juga yang tidak berkait rapat dengan penggajian atau pekerjaan," ujarnya.Skim LINDUNG 24 Jam menawarkan perlindungan menyeluruh bagi kemalangan tidak berkaitan pekerjaan.Caruman skim itu diwajibkan secara mandatori kepada semua pekerja asing di Malaysia bagi memastikan mereka mendapat perlindungan sosial yang lebih menyeluruh.Bagaimanapun, skim berkenaan tidak diwajibkan dan hanya bersifat sukarela kepada pekerja tempatan berikutan kewujudan pelbagai skim perlindungan komprehensif lain yang disediakan PERKESO. |
|
Kos perlindungan munasabah - Sinarharian - 5/09 8:50 am Pekerja yang melihat nilai perlindungan tersebut boleh memilih untuk menyertai skim ini, manakala mereka yang mempunyai perlindungan alternatif atau kekangan kewangan boleh membuat keputusan untuk opt-out berdasarkan keadaan masing-masing."Kami tidak melihat 0.75 peratus sebagai satu kos tambahan semata-mata. Jika dibandingkan dengan risiko kewangan akibat kemalangan serius di luar tempat kerja, kos perlindungan tersebut adalah relatif kecil," katanya.Bagaimanapun, Syed Hussain menggesa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberi penjelasan lebih terperinci mengenai manfaat Skim LINDUNG 24 Jam dalam kaedah yang lebih mudah difahami pencarum misalnya proses tuntutan serta terma dan pengecualian.Beliau berpendapat, perkara tersebut mesti diberi perhatian kerana nilai sesuatu skim perlindungan bukan hanya terletak pada kadar caruman yang rendah.Sebaliknya, menurut beliau, ujian sebenar adalah sejauh mana skim itu membantu pekerja dan keluarga ketika berlaku musibah."MEF berpandangan perlu ada ketelusan berterusan mengenai prestasi skim, jumlah pencarum, jumlah tuntutan, kadar kelulusan tuntutan dan jumlah manfaat yang sudah pun dibayar."Maklumat sedemikian membolehkan pekerja menilai secara objektif sama ada skim tersebut benar-benar memberikan value for money atau tidak."Dalam jangka panjang, MEF berharap Skim LINDUNG 24 Jam dapat menjadi satu mekanisme perlindungan sosial yang mampan, berkesan dan benar-benar memberi nilai terhadap pekerja," ujarnya. |
|
RM300,000 untuk 3,000 warga p-hailing Melaka ??? Ab Rauf - Mygazette - 5/09 7:51 am Kita akan usahakan sekurang-kurangnya sebuah bengkel khas berdiskaun di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), supaya kemudahan ini lebih dekat dan mudah dicapai. Ketiga, kerajaan negeri juga akan meneliti caruman perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memperkukuh aspek keselamatan dan kebajikan warga p-hailing untuk jangka panjang, katanya |
|
Union loses bid to retain secretary after employment status ruling - FMT - 4/09 4:45 pm Judge says salary payments and Perkeso contributions alone do not prove that Kamarul Baharin Mansor was employed under a contract of service. |
|
MDA ordered to pay Perkeso arrears for contract workers - FMT - 4/09 11:08 am High Court rules that the workers were employees, saying contractual labels cannot override the substance of the relationship. |
|
Caruman 0.75 peratus Skim LINDUNG 24 Jam pelaburan berbaloi - MTUC Sarawak - Sinarharian - 2/09 7:37 pm KUCHING - Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau Skim LINDUNG 24 Jam dengan caruman tambahan 0.75 peratus menjadi pelaburan penting dalam memberi perlindungan menyeluruh kepada pekerja dan keluarga ketika berdepan musibah.Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Sarawak, Zaidi Nasar berkata, kadar caruman itu munasabah berbanding manfaat yang bakal diterima, termasuk kos rawatan, faedah hilang upaya dan elaun orang tanggungan.Menurutnya, perlindungan sosial bukan sekadar manfaat tambahan, sebaliknya hak asas setiap pekerja yang perlu diberi keutamaan."Perlindungan sosial adalah hak asas setiap pekerja dan Skim Lindung 24 Jam memastikan pekerja serta keluarga mereka sentiasa dilindungi, bukan sahaja ketika bekerja tetapi juga di luar waktu kerja."Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, skim ini memastikan setiap sumbangan tetap memberi pulangan dalam bentuk perlindungan menyeluruh yang amat bernilai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Zaidi berkata, perlindungan 24 jam turut memberikan ketenteraman jiwa kepada pekerja kerana kebajikan mereka dan keluarga tidak terhenti sebaik sahaja waktu bekerja tamat."Skim ini diwujudkan hasil proses perbincangan menyeluruh bersama pelbagai pihak berkepentingan, sekali gus mencerminkan semangat libat urus yang telus dan inklusif."Kita juga menghargai suara serta kebimbangan pekerja berhubung skim berkenaan, namun manfaat perlindungan yang lebih menyeluruh perlu turut dinilai dari sudut kesejahteraan pekerja dan keluarga," katanya.Jelas beliau, pelaksanaan skim berkenaan selaras dengan prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang mengiktiraf perlindungan sosial sebagai hak asas pekerja.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial 24 jam kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan di luar waktu bekerja.Caruman skim itu diwajibkan secara mandatori kepada semua pekerja asing di Malaysia bagi memastikan mereka mendapat perlindungan sosial yang lebih menyeluruh.Bagaimanapun, skim berkenaan tidak diwajibkan kepada pekerja tempatan berikutan kewujudan pelbagai skim perlindungan komprehensif lain yang disediakan PERKESO. |
|
Tolak piket bantah Perkeso: Presiden MTUC sanggah setiausaha agung - Mkini - 2/09 11:36 am Jangan babitkan gaji CEO Perkeso dengan isu skim Lindung 24 jam, kata Abdul Halim Mansor tegaskan tak setuju piket. |
|
Presiden MTUC bidas setiausaha agung ugut piket Lindung 24/7 - FMT - 2/09 10:26 am Presiden MTUC menafikan skim Perkeso itu diperkenalkan tanpa rundingan dengan pihak berkepentingan, sebaliknya libat urus diadakan sejak 2018. |
|
MTUC chief slams sec-gens threat to protest Lindung 24/7 - FMT - 2/09 10:06 am MTUC president denies that the Perkeso scheme was introduced without consulting stakeholders, says discussions have been ongoing since 2018. |
|
LINDUNG 24 Jam hasil libat urus panjang, bukan keputusan sepihak PERKESO - Sinarharian - 1/09 7:05 pm SHAH ALAM - Pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam bukan keputusan sebelah pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebaliknya hasil proses libat urus yang panjang bersama wakil pekerja, majikan, kesatuan sekerja dan pihak berkepentingan.Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, usaha memperluaskan perlindungan kepada kemalangan di luar waktu bekerja telah dibincangkan sejak 2018 menerusi siri libat urus di 13 lokasi di seluruh negara melibatkan lebih 1,400 peserta, termasuk wakil pekerja, majikan, kesatuan sekerja dan MTUC sendiri.Beliau yang menganggotai Lembaga PERKESO sebagai wakil pekerja sejak 2005 turut terlibat dalam perbincangan bersama PERKESO ketika konsep dan pelaksanaan skim itu diperincikan"MTUC sendiri merupakan antara organisasi yang terlibat dalam proses tersebut |
|
MTUC ancam piket seluruh negara bantah caruman baru Perkeso - Mkini - 1/09 11:26 am MTUC ungkit gaji CEO Perkeso cecah RM90,000 ke RM120,000 sebulan. |
|
Kereta berhias PERKESO LINDUNG Semua tampil sempena Hari Kebangsaan ke-69 - Sinarharian - 31/08 9:18 pm SHAH ALAM - Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat julung kalinya tampil menerusi kereta berhias bertemakan "PERKESO LINDUNG Semua", yang mengetengahkan keseluruhan ekosistem perlindungan sosial kepada masyarakat.Ketua Penjenamaan, Media dan Perhubungan Awam PERKESO, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, kereta berhias berasaskan trak casis itu berukuran 44 kaki panjang, 14 kaki tinggi dan antara 10 hingga 12 kaki lebar.Jelas beliau, rekaannya membawa konsep perkasa, melindungi dan harmoni, merentasi kaum, lapisan masyarakat serta pelbagai sektor pekerjaan."Reka bentuk futuristik, moden dan dinamik itu menggabungkan empat warna utama LINDUNG, iaitu hijau, oren, biru gelap dan merah jambu."Jalur Gemilang diletakkan tinggi dan jelas, manakala bunga raya sebagai bunga kebangsaan menghiasi sepanjang sisi kenderaan."Setiap elemen membentuk hubungan simbolik antara kemerdekaan negara, perlindungan sosial dan keupayaan rakyat untuk terus bekerja, membina kerjaya serta hidup berdikari," katanya dalam satu kenyataan.Tambah Tengku Khalidah, kereta berhias itu bukan sekadar menggambarkan PERKESO sebagai institusi yang membayar faedah, sebaliknya membawa mesej bahawa setiap pekerja berhak dilindungi.Jelasnya, selain itu setiap keluarga wajar mempunyai jaringan keselamatan apabila berhadapan dengan perkara yang tidak diduga."Caruman yang dibayar hari ini merupakan perlindungan untuk diri pekerja, keluarga dan masa hadapan."Prinsip itu selari dengan objektif penubuhan PERKESO untuk melindungi pekerja, memelihara kebajikan serta membantu mereka meneruskan kehidupan dengan bermaruah," ujarnya.Mengulas lanjut beliau berkata, teknologi rehabilitasi lambang harapan baharu adaptasi teknologi dan kecerdasan buatan menjadi antara tarikan utama kereta berhias PERKESO menerusi paparan skrin LED."Antara teknologi yang diketengahkan ialah perkhidmatan Rehabilitasi Neuro-Robotik menerusi penggunaan Robot Suit iaitu teknologi robotik yang membantu memulihkan, menyokong dan meningkatkan tahap kefungsian serta mobiliti kaki pesakit."Dalam masa sama, PERKESO memastikan apabila musibah datang, pekerja dan keluarga mereka tidak perlu menghadapinya sendirian."Daripada perlindungan pendapatan dan rawatan perubatan kepada rehabilitasi serta sokongan kembali bekerja, PERKESO hadir sepanjang perjalanan pemulihan seseorang pekerja |
|
BAGFest 2026: Cipta IP mampan, bukan sekadar siapkan projek - Sinarharian - 28/08 10:15 am KUCHING - Industri kandungan digital dan kreatif tempatan perlu beralih daripada sekadar bersaing menerusi kos murah kepada penekanan aspek kualiti, pembangunan harta intelek (IP) mampan serta pembentukan ekosistem kompre- hensif bagi mendepani persaingan serantau.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil berkata, Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada naratif tawaran kos perkhidmatan yang lebih rendah berbanding negara jiran untuk kekal relevan.Menurut beliau, persaingan kini semakin sengit memandangkan negara serantau seperti Vietnam berkembang pesat dengan tawaran kos yang jauh lebih kompetitif."Kita tidak boleh bertanding dari segi kos sampai bila-bila kerana ia tidak mampan. Kehadiran gergasi industri seperti PlayStation, EA dan Bandai di negara ini membuktikan Malaysia mempunyai infrastruktur fizikal yang kukuh serta bakat muda yang berdaya saing."Fokus utama kini perlu digerakkan ke arah memacu kecemerla- ngan, meningkatkan kualiti serta memperkasakan jenama Made by Malaysians," katanya ketika menjadi panelis pada sesi perbincangan khas sempena Borneo Animation and Games Festival (BAGFest) 2026, di Hotel Pullman di sini.Sesi perbincangan bertajuk Building a Sustainable Ecosystem for the Digital Content Revolution itu dikendalikan oleh Norman Goh dari Nikkei Asia sebagai moderator.Beliau menambah, pengalaman panjang Malaysia sebagai pusat perkhidmatan sokongan sebelum ini bukannya satu pembaziran masa, sebaliknya menjadi landasan penting dalam membina kemahiran dan melatih bakat tempatan.Menurut Anuar, hasil daripada proses tersebut kini membuktikan industri tempatan mampu menghasilkan IP dan animasi sendiri yang bertaraf dunia."Sama seperti Korea dengan K-drama atau Jepun dengan anime yang tidak perlu diubah ke bahasa Inggeris semata-mata untuk memuaskan segmen pasaran tertentu, Malaysia juga mempunyai keupayaan penceritaan hebat seperti filem Puteri Gunung Ledang, projek White Rajah serta filem Abang Adik yang menyentuh jiwa."Bagi menyokong cita-cita ini, MDEC merangka Pelan Hala Tuju DICE (20262030) yang berteraskan empat teras utama iaitu Modal Insan, Pengkomersialan IP, Pembiayaan dan Pelaburan Bernilai Tinggi serta Jenama Kebangsaan demi memacu perluasan pasaran antarabangsa," jelas beliau.Pembinaan ekosistem lengkapSementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Datuk Ir Ts Sudarnoto Osman menjelaskan, hasrat menjadikan Kuching sebagai Annecy Asia Tenggara memerlukan pembinaan ekosistem lengkap dan bukannya bergantung kepada penganjuran festival semata-mata.Jelas beliau, ekosistem tersebut merangkumi pengasuhan bakat dari peringkat sekolah, sokongan rumah produksi, keusahawanan hingga kepada pengkomersialan IP."Kos sara hidup di Kuching yang lebih rendah berbanding pusat bandar lain memberi ruang dan peluang yang lebih panjang kepada penggiat kreatif untuk bangkit semula sekiranya menghadapi kegagalan."Kuching turut menawarkan persekitaran komuniti berpendidikan tinggi, bertutur dalam bahasa Inggeris serta kaya dengan warisan penceritaan budaya Borneo yang berpotensi besar untuk diketengahkan," katanya.Tambah Sudarnoto, kejayaan sasaran Pelan Cetak Biru Digital Sarawak menjelang 2030 diukur menerusi pencapaian angka serta petunjuk prestasi utama (KPI) yang konkrit.Sektor digital disasarkan menyumbang 20 peratus kepada keseluruhan Kawasan Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak menjelang 2030, di samping mewujudkan 40,000 hingga 50,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi merentas pelbagai sektor bagi meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan."Penglibatan penggiat kreatif Sarawak perlu dilipatgandakan daripada hanya sekitar 10 rumah produksi sedia ada kepada sasaran 40 hingga 50 studio, memandangkan ratusan graduan dilahirkan oleh universiti pada setiap tahun."SDEC juga memastikan fungsi khidmat susulan dilaksanakan bagi memantau pelaburan, perjanjian perniagaan dan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai dalam persidangan seperti IDECS dan BAGFest agar terus membuahkan hasil," tegas beliau.Kelangsungan hayat IPDalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina menegaskan, isu utama industri kreatif negara bukanlah kekurangan idea atau bakat, sebaliknya kelemahan jurang antara fasa penciptaan dan pengkomersialan.Beliau menyeru penggiat industri agar memikirkan kelangsungan hayat sesebuah IP untuk jangka masa panjang dan tidak hanya tertumpu kepada penyiapan sesuatu projek."Penggiat industri perlu melihat potensi IP secara merentas platform seperti filem, animasi, permainan digital, barangan dagangan, pengalaman fizikal dan pelancongan bagi memastikan jalinan emosi dengan khalayak sentiasa berterusan," katanya.Tiara turut menggesa bakat muda agar tidak hanya menguasai alatan atau perisian digital semata-mata, sebaliknya memupuk minda keusahawanan dan membina enam otot utama untuk berdaya saing.Enam aspek penting tersebut merangkumi penceritaan, citarasa untuk mengenalpasti karya berjiwa, sifat ingin tahu menerusi pembacaan dan pengalaman budaya, kolaborasi, keusahawanan serta kefahaman mendalam mengenai hak milik IP."Sesuatu idea yang hebat tetapi tidak mampu menjangkau penonton akhirnya tetap kekal sebagai idea sahaja."Penggiat muda perlu memahami aspek pembiayaan, pemasaran, pengedaran dan potensi hayat IP untuk tempoh 10 tahun akan datang bagi membina dunia kreatif yang dimahukan oleh pasaran global," ujarnya.Kejayaan dan kegemilangan penganjuran BAGFest 2026 di Kuching, Sarawak ini ditunjangi oleh rakan penganjur dan rakan strategik utama iaitu MDEC, SDEC, GSC International Screens serta Warna Kala Studios.Kejayaan penganjuran BAGFest 2026 di Kuching, Sarawak ini didukung oleh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, dengan MDEC dan SDEC selaku penganjur bersama yang memainkan peranan utama dalam menjayakan festival ini.Festival berprestij ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai rakan strategik dan industri, termasuk Business Events Sarawak, Sarawak Tourism Board (STB), TEGAS, SAINS, SCENIC, PERKESO, EdgePoint, UKAS, TVS, Gempak, Borak SeeNI, GovInsider, Multimedia University (MMU), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Borneo Digital, UNICEF, Malaysia Airlines, Grab dan voco Kuching.Turut terlibat ialah Wau Animation, Anima Vitae, Animasia, Fly Studio, Metadise.io, TrifoldX, Warnakala Studios, Metronomik, Lemon Sky Studios, Sony, OffGamers, G2G, RewardinMe dan Kelab Gasing Beyblade, manakala program Wayang Pacak turut disokong oleh Golden Sreen Cinemas, Cinewav, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Bioverde Technologies serta rakan-rakan lain. |
|
Sanusi cabar PH buktikan prestasi Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Datuk .. - Wrlr - 23/08 3:35 pm Sekarang persoalannya... Adakah pencapaian kerajaan hari ini patut dinilai berdasarkan fakta, atau hanya sentimen politik? #ChallengeAccepted #AnwarIbrahim #KerajaanMADANI #FaktaBukanSentimen #EkonomiMalaysia #DataAdaFaktaAdaRekodAda SENARAI BANTUAN DI BAWAH KERAJAAN PMX (DATUK SERI ANWAR IBRAHIM) 1) Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2) Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 3) Bantuan Awal Persekolahan 4) Bantuan Khas Kewangan 5) Bantuan Khas Aidilfitri 6) Bantuan Bakul Rahmah 7) eMadani / eTunai Belia Rahmah eWallet RM100 M40 & B40 9) Baucar Perlindungan Tenang 10) Subsidi Barangan Asas 11) Diskaun Bil Elektrik 12) Program Menu Rahmah 13) Jualan Rahmah (PJR) 14) Skim Perlindungan MySalam 15) Skim Peka B40 16) Saringan Kesihatan Percuma 17) Rawatan Mental & Psikososial 18) Bantuan OKU 19) Program MySTEP 20) Bantuan Rumah Perlindungan 21) Diskaun Bayaran PTPTN 22) Penangguhan Bayaran PTPTN 23) Baucar Buku / eBaucar Pelajar 24) Elaun Latihan Industri 25) Bantuan MyBrain15 26) Subsidi Yuran TASKA/TADIKA 27) Insentif PERKESO Graduan TVET 28) Bayaran Latihan Pekerja Gig 29) Dana IPR (Inisiatif Pendapatan Rakyat) 30) Dana TEKUN / AIM 31) Dana Usahawan Tani 32) Geran Padanan Usahawan Muda 33)Kredit Mikro MADANI 34)Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 35)Latihan Kemahiran & TVET 36)Pas MY50 / MY100 37)Diskaun Pengangkutan Pelajar & Warga Emas 38)Tambang Percuma OKU 39)Bas Percuma Wilayah 40)Skim Perumahan MADANI 41)Bina Rumah Mesra Rakyat 42)Subsidi Pesawah 43)Insentif Harga Getah (IPG) 44)Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) 45)Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 46)Subsidi Baja & Racun 47)Bantuan Input Pertanian 48)Elaun Sara Hidup Nelayan 49)Insentif Tangkapan Laut & Darat 50)Elaun Pekebun Kecil 51)Program Rezeki Tani MADANI 52)Elaun Imam 53)Elaun Bilal 54)Elaun Siak 55)Elaun Guru KAFA 56)Bantuan Sekolah Agama Rakyat 57)Peruntukan Masjid & Surau 58)Sumbangan Maal Hijrah 59)Insentif Khas Guru KAFA 60)Bantuan Khas Penjawat Awam 61)Bantuan Khas Pesara Kerajaan 62)Bayaran Khas Gred 56 ke bawah 63)Kenaikan Elaun ITKA 64)Insentif Awal Aidilfitri 65)Geran PMKS One-Off RM1,000 66)CahayaMata Keluarga Malaysia 67)MyBAS50 (Johor Bahru) 68)Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama 69)Penstrukturan Subsidi Diesel & RON95 70)Bantuan Tunai Diesel Bersasar 71)Pembatalan Kebankrapan Golongan Rentan 72)Dividen Tambahan & Had Pelaburan ASB/ASB2 73)Penambahbaikan/ kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% 74)Wujudkan gaji minima penjawat awam baharu/swasta |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |