| /// |
|
| Search : Operasi News | Page 1 |
|
Gajah Pygmy Borneo dipenggal bukti ancaman pemburu haram serius Gajah .. - Mygazette - 28/05 7:27 am Kita juga bimbang berhubung isu seekor lagi gajah yang ditemukan mengalami kecederaan pada belalai, sekali gus menunjukkan risiko semakin meningkat terhadap hidupan liar akibat kawasan hutan dan ladang yang semakin terpisah. Sehubungan itu, operasi antipemburuan haram perlu diperkukuhkan segera termasuk meningkatkan rondaan di koridor hidupan liar dan kawasan hutan simpan yang berisiko |
|
Petronas lebih fleksibel perkukuh PRefChem selepas ambil alih - Utusan - 28/05 7:22 am PETALING JAYA: Langkah Petroleum Nasional Berhad (Petronas) mengambil alih sepenuhnya Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem) daripada Saudi Aramco dijangka memperkukuh kecekapan operasi kumpulan itu dengan menghapuskan kerumitan yang lazimnya dikaitkan dengan struktur usaha sama (JV) 50:50 |
|
Lebih 120 serangan udara dalam sehari - Utusan - 28/05 7:20 am BEIRUT: Israel menggempur Lubnan dengan lebih 120 serangan udara pada Selasa, antara pengeboman paling teruk sejak beberapa minggu lalu, ketika Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mendakwa pasukannya giat memperluaskan operasi ke atas negara itu |
|
Bukan sekadar cakap, MADANI aktif buka laluan pembiayaan untuk PMKS - Harapandaily - 28/05 7:00 am Ketika ketidaktentuan ekonomi global terus memberi tekanan kepada kos operasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kini mempergiat usaha memperluas akses pembiayaan kepada golongan usahawan yang sering tercicir daripada sistem kewangan arus perdana |
|
Lelaki warga emas maut dilanggar kereta mengundur - Sinarharian - 28/05 12:31 am KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas dilanggar kereta sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur dipercayai akibat mangsa terlupa menarik brek tangan selepas memarkir kenderaan itu di rumahnya di Batang Kali, Hulu Selangor pada Rabu.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden yang menimpa lelaki berusia 67 tahun itu pada 5.30 petang."Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 5.18 petang semasa mangsa meletakkan kenderaannya di dalam garaj rumah sebelum keluar untuk menutup pagar."Bagaimanapun, kenderaan tersebut tiba-tiba mengundur sendiri dan melanggar mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan tersepit di bawah kenderaan terbabit," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa disyaki tidak menarik brek tangan kenderaan itu selain keadaan garaj rumah yang landai dan menurun ke arah pintu pagar.Ibrahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk proses bedah siasat.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurul Anati Zulkifli di talian 03-6064 1222.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kereta jenis Proton Saga selepas tiba di lokasi kejadian pada 5.43 petang.Operasi itu melibatkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa |
|
77 pegawai imigresen dibuang kerja sejak 2022 - Sinarharian - 27/05 11:55 pm KAJANG - Seramai 77 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dibuang kerja sejak 2022 hingga kini daripada keseluruhan 994 kes tatatertib yang berjaya diselesaikan oleh agensi itu.Ketua Pengarah ImigresenDatuk Zakaria Shaaban berkata, bagi tahun ini sahaja, sebanyak 23 kes tatatertib telah diselesaikan dengan lapan pegawai dikenakan tindakan punitif berkenaan dalam usaha memperkasakan integriti serta mengekang salah laku dalam kalangan warga jabatan."Tidak kira di peringkat mana, kita akan mengambil tindakan berdasarkan bukti," katanya pada sidang media sempena Program Jelajah Wira Madani bersempena Hari Raya Aidiladha di Depot Imigresen Sementara Millennium, Beranang, di sini pada Rabu.Zakaria berkataantara salah laku yang dikesan termasuk pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), meluluskan urusan di luar bidang kuasa, manipulasi urusan kaunter (counter setting), tidak hadir bertugas, penyalahgunaan dadah serta bersubahat membekalkan bahan terlarang kepada tahanan di depot.Mengulas mengenai persepsi masyarakat terhadap lambakan warga asing di beberapa lokasi tumpuan, beliau menjelaskan kehadiran kumpulan itu, terutama pada cuti hujung minggu atau musim perayaan, tidak semestinya membabitkan pendatang tanpa izin.Beliau berkata statistik semasa menunjukkan terdapat lebih tiga juta warga asing yang memegang pas serta permit sah berada di negara ini.Zakaria turut tidak menolak kemungkinan tindakan segelintir pencipta kandungan media sosial yang sengaja merakam video lambakan warga asing demi meraih publisiti menjadi antara faktor penularan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.Mengenai operasi penguatkuasaan, beliau berkata JIM melaksanakan 5,010 operasi di seluruh negara dengan pemeriksaan terhadap 71,734 individu termasuk warga tempatan bagi tempoh 1 Jan sehingga 25 Mei lepas."Hasil pemeriksaan itu, seramai 17,313 pendatang tanpa izin ditahan atas pelbagai kesalahan terutama tinggal lebih masa dan penyalahgunaan pas, selain penahanan 789 majikan yang menggaji atau melindungi warga asing tanpa permit sah," katanya.Beliau berkata lima warga negara yang mencatat jumlah tangkapan tertinggi ialah Indonesia (5,578 orang), diikuti Bangladesh (3,533), Myanmar (2,856), Filipina (1,990) dan Pakistan (811).Program yang diadakan hari ini menjadi wadah menzahirkan penghargaan kepada warga jabatan yang memberi sumbangan serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas sebagai antara agensi barisan hadapan negara |
|
Harga RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok hingga 3 Jun - MOF - Sinarharian - 27/05 10:48 pm KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97masing-masing turun 15 sen serta 20 sen selitermanakala harga diesel di Semenanjung Malaysia turun10 sen seliter bagi tempoh 28 Mei hingga 3 Jun ini.Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit petrol RON95 turun kepada RM3.92 seliter daripada RM4.07, RON97 kepada RM4.65 daripada RM4.85manakala diesel di Semenanjung Malaysia turun kepada RM4.87 daripada RM4.97.Menurut MOF, selaras dengan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh berkenaan diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa pada minggu sebelumnya."Namun begitu, penurunan ini tidak menandakan tekanan pasaran petroleum global telah reda kerana ketidaktentuan pasaran susulan konflik di Asia Barat yang berlarutan lebih 12 minggu masih berterusan."Selain itu, kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat memerlukan tempoh yang panjang untuk dipulihkan," menurut kenyataan itu.MOF turut memaklumkan bahawa Kerajaan Madani terus mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar bagi memelihara kelangsungan hidup rakyat dan operasi sektor tertentu dalam keadaan pasaran global yang tidak menentu.Harga bersubsidi yang dikekalkan ialah RON95 menerusi BUDI95 pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan (RM2.15)manakala bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.Kenyataan itu menyebut menerusi BUDI95, kerajaan terus mengekalkan harga RON95 bersubsidi itu bagi lebih 14 juta penerima yang layak, dengan lebih 90 peratus daripada jumlah penggunaan bahan api berkenaan di negara ini melibatkan penerima subsidi."Pada harga RON95 tanpa subsidi semasa RM3.92 seliter, penggunaan 200 liter akan menelan kos RM784 |
|
Selipar, kuih jadi petunjuk pencarian warga emas hilang - Sinarharian - 27/05 10:27 pm Jalan kebun sawit akan digunakan ibu untuk ke sana."Sudah hampir setahun ibu tinggal dengan saya dan suami yang merupakan anak kedua dari sembilan beradik."Ibu seorang pelupa dan sebelum ini memang pernah hilang tetapi biasanya ibu berada dirumah saudara atau jiran. Tetapi semalam, puas kami cari tetapi ibu tidak ditemui," katanya pada Rabu.Noorzila berkata, penduduk seterusnya menggerakan usaha mencari sebelum menemui selipar di dalam kebun kelapa sawit."Kami sekeluarga pada awalnya merancang menyediakan juadah raya pagi semalam, namun segalanya berubah selepas ibu disedari hilang."Ada yang melaungkan azan ketika mencari ibu di dalam kebun kelapa sawit," ujarnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, penemuan sepasang selipar dan sedikit kuih dipercayai milik wanita warga emas yang hilang itu menjadi petunjuk penting dalam operasi pencarian yang memasuki hari kedua pada Selasa."Operasi turut dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9) IPK Johor serta K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selain anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pontian dan penduduk kampung sekitar."Dianggarkan lebih 80 anggota terlibat dalam operasi pencarian pada pagi ini (Rabu) |
|
Operasi SAR pendaki di Gunung Batu Putih ditangguh - Mkini - 27/05 9:59 pm Pasukan penyelamat bermalam di puncak gunung malam ini. |
|
Budak 10 tahun dikhuatiri lemas dihanyut arus deras - Sinarharian - 27/05 9:55 pm HULU SELANGOR - Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Nilam, Sungai Selisek di sini pada Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari.Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baru digerakkan ke lokasi kejadian."Jentera bomba tiba di lokasi kira-kira jam 2.35 petang."Komander operasi melaporkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai lemas selepas dibawa arus sungai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di kawasan sungai berkenaan."Seramai lima anggota terlibat dalam operasi ini dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan utiliti Hilux dan sebuah bot."Setakat ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi pencarian diteruskan," katanya. |
|
SAR Pendaki Di Gunung Batu Putih Ditangguh, Pasukan Bermalam Di Puncak - Siakapkeli - 27/05 9:48 pm SAR Pendaki Di Gunung Batu Putih Ditangguh, Pasukan Bermalam Di PuncakIPOH, 27 Mei (Bernama) -- Operasi hari ketiga mencari dan menyelamat (SAR) pendaki |
|
Tiada kompromi terhadap dera, buli dalam tahanan – DSK - Mygazette - 27/05 5:41 pm Sekiranya perkara ini gagal ditangani secara menyeluruh, ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan negara, katanya. Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengambil langkah lebih tegas dan proaktif dalam memperkukuhkan prosedur operasi standard (SOP) di semua penjara dan lokap tahanan |
|
77 pegawai imigresen dibuang kerja sejak 2022 - Mygazette - 27/05 5:41 pm Tidak kira di peringkat mana, kita akan mengambil tindakan berdasarkan bukti, katanya pada sidang media sempena Program Jelajah Wira MADANI bersempena Hari Raya Aidiladha di Depot Imigresen Sementara Millennium, Beranang, di sini hari ini. Zakaria berkataantara salah laku yang dikesan termasuk pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), meluluskan urusan di luar bidang kuasa, manipulasi urusan kaunter (counter setting), tidak hadir bertugas, penyalahgunaan dadah serta bersubahat membekalkan bahan terlarang kepada tahanan di depot |
|
Harga petrol dan diesel turun hingga 20 sen seliter Harga petrol dan .. - Mygazette - 27/05 5:41 pm "Namun begitu, penurunan ini tidak menandakan tekanan pasaran petroleum global telah reda kerana ketidaktentuan pasaran susulan konflik di Asia Barat yang berlarutan lebih 12 minggu masih berterusan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Pada masa yang sama, Kerajaan terus mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar bagi membantu memelihara kelangsungan hidup rakyat dan operasi sektor tertentu dalam keadaan pasaran global yang masih tidak menentu |
|
Usaha berterusan masih diperlukan kurangkan kos pembiayaan PMKS - Mygazette - 27/05 5:41 pm # Usaha berterusan masih diperlukan kurangkan kos pembiayaan PMKS KUALA LUMPUR - Usaha berterusan masih diperlukan bagi mengurangkan kos pembiayaan bagi Perusahaan Kecil, Mikro dan Sederhana (PMKS), di samping membantu perusahaan yang masih kurang mendapat liputan sistem kewangan arus perdana untuk mendapat akses kepada pembiayaan dan modal kerja. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkataperkara itu amat penting ketika negara sedang berdepan Krisis Bekalan Global susulan ketidaktentuan geopolitik dan geoekonomi akibat konflik Timur Tengah yang telah menyumbang kepada peningkatan kos operasi PMKS |
|
Kanak-kanak 10 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus sungai - Kosmo - 27/05 4:25 pm HULU SELANGOR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai dibawa arus di Sungai Nilam, Sungai Selisek, di sini hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.40 petang |
|
SAR Pendaki Gunung Batu Putih: Bomba Hantar Pasukan Baharu Teruskan Operasi - Siakapkeli - 27/05 12:20 am SAR Pendaki Gunung Batu Putih: Bomba Hantar Pasukan Baharu Teruskan Operasi IPOH, 27 Mei (Bernama) - - Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita |
|
Empat cedera dalam kemalangan lima kenderaan di LPT2 - Careta - 27/05 10:28 am Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Paka, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Bakri Abdul Rahman berkata, panggilan berhubung kemalangan itu diterima jam7.39 malam |
|
JPJ Kerah 2,000 Anggota Pantau Operasi Khas musim perayaan - Careta - 27/05 10:28 am "Pendekatan itu bukan sekadar untuk mengeluarkan saman, tetapi lebih kepada usaha pencegahan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya |
|
Kabel dicuri: Baik pulih sistem selesai, ETS Sg Siput-Kamunting diteruskan - Mygazette - 27/05 10:24 am # Kabel dicuri: Baik pulih sistem selesai, ETS Sg Siput-Kamunting diteruskan KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan kerja-kerja baik pulih sistem semboyan susulan kejadian insiden kecurian kabel di kilometer 95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting yang berlaku pagi tadi telah selesai sepenuhnya pada jam 5.30 petang hari ini. Sehubungan itu, operasi perkhidmatan tren elektrik (ETS) kembali beroperasi seperti biasa di laluan Sungai Siput - Kamunting |
|
Jenazah Nur Izzati Humaira selamat dikebumikan - Mygazette - 27/05 10:24 am Insya-Allah bermainlah di taman-taman syurga Angah, katanya. Semalam, mayat remaja itu ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.59 pagi, kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) |
|
Siasat telus insiden kematian tahanan jika wujud unsur jenayah – .. - Mygazette - 27/05 10:24 am Rakyat mahu melihat tindakan yang nyata dan berkesan, bukan sekadar laporan atau janji pembaharuan, tetapi tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terbukti bersalah, katanya. Dalam masa sama, beliau turut menggesa kerajaan mempercepat reformasi institusi membabitkan sistem penjara negara termasuk penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pengendalian tahanan dan akses rawatan kecemasan |
|
4 cedera kemalangan babitkan 5 kenderaan di LPT2 - Mygazette - 27/05 10:24 am DUNGUN - Empat cedera termasuk dua kanak-kanak manakala 14 lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 337.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Paka dekat sini malam tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka Pegawai Bomba Kanan II Mohd Bakri Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada 7.30 malam itu, keempat-empat mangsa menaiki kereta Nissan Almera |
|
Pertahanan udara Saudi pertingkat kesiapsiagaan lindungi tapak suci - Mygazette - 27/05 10:24 am Usaha tersebut adalah untuk memastikan keselamatan jemaah haji dan memudahkan pelaksanaan ibadah mereka dalam suasana selamat dan terjamin. Pasukan itu menjalankan pelan operasi yang jitu dalam penyelarasan dengan pelbagai sektor ketenteraan dan keselamatan, termasuk mengaktifkan sistem pengawasan dan pemantauan udara serta keupayaan pemintasan moden, sambil terus menjejaki keadaan udara dan mengekalkan tahap kesediaan yang tinggi untuk bertindak balas segera terhadap sebarang kemungkinan ancaman |
|
Tunku Ismail dukacita pihak perguna institusi ketenteraan demi kepentingan .. - Mygazette - 27/05 10:24 am Berhubung latihan dan eksesais ketenteraan, titah baginda, ATM mempunyai ruang, kuasa serta kerjasama yang sewajarnya untuk melaksanakan sebarang bentuk latihan di Johor. Menurut Tunku Ismail, latihan sedemikian amat penting dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan serta memperhalusi kemahiran yang diperlukan bagi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara |
|
Jasad Nur Izzati sempurna, tiada kesan cedera, tidak diserang haiwan liar - Mygazette - 27/05 10:24 am # Jasad Nur Izzati sempurna, tiada kesan cedera, tidak diserang haiwan liar HULU SELANGOR- Jasad Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai tersesat ketika mendakiBukit Changkat Asa di sini, ditemukan di kawasan landai tanpa kesan kecederaan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa ditemukan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) di kawasan landai dalam keadaan terlentang tanpa kesan kecederaan yang dapat dilihat serta sempurna tanpa kesan serangan haiwan liar |
|
Bomba Temui Petunjuk Baharu SAR Gunung Batu Putih, Operasi Disambung Esok - Siakapkeli - 26/05 11:08 pm Bomba Temui Petunjuk Baharu SAR Gunung Batu Putih, Operasi Disambung EsokBIDOR, 26 Mei (Bernama) -- Penemuan botol air dan bungkusan suplemen dipercayai |
|
Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda - Sinarharian - 26/05 10:20 pm BIDOR - Penemuan botol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini menjadi petunjuk terbaharu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa Jaslinda Saludin, 49.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Yusri Mohd Yusoff @ Hashim berkata, penemuan barangan itu menunjukkan mangsa telah tersasar daripada laluan asal pendakian dan bergerak ke arah Gunung Rayu.ARTIKEL BERKAITAN:Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - SuamiOps Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh daripada pasukan penyelamat bersama-sama dengan seorang malim, kami mendapati mangsa telah tersasar daripada laluan yang sepatutnya dituruni berdasarkan penemuan kesan-kesan ini."Kami jumpa botol air mangsa, suplemen, bekas suplemen, jejak tapak kaki dan bekas bungkusan gula-gula yang dipercayai milik mangsa di laluan menuju Gunung Rayu |
|
ATM dialu-alu adakan latihan ketenteraan di Johor, kata TMJ - Hotfm - 26/05 9:42 pm Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata latihan itu amat penting dalam kukuh kesiapsiagaan operasi dan tingkat keupayaan anggota tentera. |
|
ATM dialu-alu adakan latihan ketenteraan di Johor, kata TMJ - FMT - 26/05 9:42 pm Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata latihan itu amat penting dalam kukuh kesiapsiagaan operasi dan tingkat keupayaan anggota tentera. |
|
Hannah Yeoh umum berita gembira buat 244 peniaga kecil Putrajaya - Harapandaily - 26/05 8:36 pm Dalam keadaan ekonomi yang masih mencabar, peniaga kecil sering menjadi kelompok paling terkesan apabila kos operasi meningkat dan kuasa beli pengguna tidak menentu |
|
Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala - Mypress - 26/05 7:14 pm IPOH Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Utara mengalami gangguan serta kelewatan melebihi satu jam susulan kejadian kecurian kira-kira 100 meter kabel yang menjejaskan sistem semboyan di kilometer… |
|
PKR lantik Amirudin sebagai Pengarah Pilihan Raya ganti Nurul Izzah - Sinarharian - 26/05 7:14 pm KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan pelantikan Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya menggantikan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar.Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh memaklumkan keputusan melantik Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor dicapai susulan mesyuarat Biro Politik parti yang berlangsung semalam dan akan digandingkan bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail."Biro Politik Keadilan telah bermesyuarat dan bersetuju dengan beberapa penyusunan strategik bagi memperkukuh kesiapsiagaan parti menghadapi pilihan raya akan datang," katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.Untuk rekod, pada 21 Jun 2025, Nurul Izzah dan Saifuddin dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR bagi penggal baharu kepimpinan parti.Fuziah turut memaklumkan pelantikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Ruji Ubi sebagai Pengarah Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya.Menurutnya, langkah itu bertujuan memperkukuh penyelarasan strategi, operasi lapangan dan pemantauan gerak kerja parti.Beliau berkata, pelantikan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha menstruktur semula gerak kerja pilihan raya agar lebih tersusun dan menyeluruh di semua peringkat."Penyusunan ini merupakan kesinambungan kepada asas gerak kerja yang telah dibina sebelum ini, termasuk pengukuhan struktur pilihan raya, penyelarasan antara negeri dan cabang," kata Fuziah.Selain itu, tambah beliau, penggunaan data dan teknologi turut dipertingkat melalui pengenalan sistem pilihan raya TERAS.Kenyataan itu juga menjelaskan peranan Nurul Izzah yang akan memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti jentera serta pengukuhan gerak kerja parti.Dalam perkembangan sama, Fuziah turut memaklumkan jumlah keahlian baharu PKR setakat April dan Mei mencecah 5,936 orang |
|
LBS catat PATMI RM17 juta pada suku pertama 2026 - Sinarharian - 26/05 7:10 pm PETALING JAYA LBS Bina Group Berhad (LBS) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) sebanyak RM17 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 (Q1FYE2026), disokong jualan belum dibil berjumlah RM1.1 bilion setakat 30 April lalu.Pemaju hartanah itu turut mencatat hasil sebanyak RM296.5 juta bagi tempoh sama meskipun berdepan persekitaran operasi yang mencabar susulan beberapa projek pembangunan telah mencapai peringkat siap atau hampir siap sepenuhnya.Menurut LBS, segmen pembangunan hartanah kekal menjadi penyumbang utama hasil syarikat dengan sumbangan sebanyak 85.3 peratus daripada keseluruhan hasil, selain menyumbang keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM36.2 juta.Pada masa sama, segmen pembinaan dan perdagangan mencatat peningkatan pendapatan lebih empat kali ganda kepada RM37.6 juta, didorong sumbangan subsidiari asing serta langkah penambahbaikan pengoptimuman kos |
|
Jasad Nur Izzati dijumpai sempurna - Bomba - Sinarharian - 26/05 6:14 pm HULU SELANGOR - Jasad remaja, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dijumpai meninggal dunia pada Selasa selepas dilaporkan hilang di Bukit Changkat Asa di sini berada dalam keadaan sempurna.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.58 pagi."Lokasi mangsa ditemukan terletak kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)."Tiada kesan luka pada jasad mangsa, hanya calar-calar," katanya pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN:Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaTambahnya, mangsa juga dijumpai dalam keadaan yang masih lengkap berpakaian dan tiada tanda serangan haiwan liar.Jelasnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tindakan lanjut.Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.Antara pasukan terlibat dalam SAR itu ialah JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan. |
|
Selepas empat hari dicari, bomba dedah butiran penemuan jasad Nur Izzati - Harapandaily - 26/05 5:23 pm Selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nur Izzati Humaira Azizul di Bukit Changkat Asa, dekat Tanjong Malim akhirnya jasad remaja berusia 19 tahun itu ditemukan di kawasan landai |
|
'Kak Ngah sudah tiada, kami sekeluarga reda' - Sinarharian - 26/05 5:12 pm ALLAH lebih menyanyanginya,".Itu luah Azman Abdul Aziz, 57, iaitu bapa saudara kepada Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai tersesat di Bukit Changkat Asa di sini Sabtu lalu.Menurut Azman, dia sekeluarga berharap agar anak saudaranya yang mesra dengan sapaan Kak Ngah itu dapat ditemui dalam keadaan selamat selepas kehilangannya beberapa hari lalu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - Bapa"Pemergian Kak Ngah yang juga anak kedua daripada empat beradik disifatkan kehilangan besar buat mereka."Dia (arwah) seorang anak yang baik, menghormati dan suka meluangkan masa dengan keluarga. Kehilangannya sangat dirasai kerana saya memang rapat dengan semua anak saudara termasuk Kak Ngah," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Tambahnya, sejak hari pertama kehilangan, kami sekeluarga sudah berkumpul dengan sentiasa reda dan berharap dia ditemui selamat.Kata Azman, pasukan penyelamat sudah berusaha sedaya upaya melaksanakan operasi dan hari ini (Selasa) Nur Izzati ditemui sudah meninggal dunia."Kami sedih namun reda termasuk ibu bapanya," ujarnya.Kongsinya lagi, Nur Izzati bercita-cita mahu menjadi guru dan sedang menunggu keputusan permohonan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Difahamkan, jenazah Nur Izzati akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, Sungkai di Perak selepas semua urusan selesai."Saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa, pasukan penyelamat, ketua kampung dan penduduk Kampung Changkat Asa yang membantu sepanjang operasi serta orang ramai yang mendoakan Kak Ngah," katanya.Sinar Harian sebelum itu melaporkan mangsa ditemukan pada jam 11.58 pagi, Selasa oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum dihantar Hospital Kuala Kubu Bharu.Mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu. |
|
Kecurian 100 Meter Kabel Jejaskan Sistem ETS Dan KTM Komuter Utara Lewat Lebih Sejam - Careta - 26/05 4:54 pm Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kejadian tersebut menyebabkan sistem semboyan terganggu dan menjejaskan operasi beberapa perkhidmatan ETS serta KTM Komuter Utara |
|
Pemandu jengkaut parah dihempap runtuhan kuari - Mygazette - 26/05 4:50 pm KUALA LUMPUR - Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah dan batu kuari di Kuari Ismail, Simpang Bukit Tembaga, petang semalam. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.07 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dikejarkan ke lokasi |
|
3 beradik didakwa bunuh warga emas di Jasin - Mygazette - 26/05 4:50 pm BHD. (331640-U) MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa |
|
8 termasuk 6 warga asing didakwa miliki ketamin, MDMA 8 termasuk 6 warga .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm BHD. (331640-U) MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa |
|
SPRM sahkan tiada unsur rasuah dalam pemberimilikan kolam takungan banjir .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm BHD. (331640-U) MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa |
|
Padah jadi keldai akaun, 3 lelaki didenda Padah jadi keldai akaun, 3 .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm BHD. (331640-U) MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa |
|
Kes diesel ke Filipina Isham Jalil diklasifikasikan NFA - Mygazette - 26/05 4:50 pm BHD. (331640-U) MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa |
|
JPJ Johor rekod 1,987 kesalahan dalam operasi khas Aidiladha JPJ Johor .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm # JPJ Johor rekod 1,987 kesalahan dalam operasi khas Aidiladha JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengambil tindakan terhadap 1,205 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026 |
|
MCMC laksana 37 libat urus, perketat kawalan media sosial lindungi .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm "Ia bertujuan memperincikan aspek pencegahan jenayah siber, akauntabiliti platform, serta pengesahan umur bersama penyedia platform utama," tambah kenyataan itu. Secara keseluruhan, katanya, garis masa libat urus yang digerakkan MCMC bermula sejak hujung tahun lalu merangkumi sesi penerangan mengenai skop instrumen subsidiari ONSA dan kesiapsiagaan operasi bersama industri, pertububan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi antarabangsa |
|
Remaja sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Remaja sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia HULU SELANGOR - Remaja Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat remaja itu ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira 11.59 pagi |
|
Najis tikus, stor makanan kotor, 5 premis makanan diarah tutup di... - Mygazette - 26/05 4:50 pm # Najis tikus, stor makanan kotor, 5 premis makanan diarah tutup di Puchong Utama KUALA LUMPUR Sebanyak lima premis makanan di sekitar Taman Perindustrian Puchong Utama diarahkan tutup selama 14 hari selepas didapati berada pada tahap kebersihan tidak memuaskan dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Perniagaan dan Premis Makanan yang dijalankan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), semalam |
|
Mayat Nur Izzati ditemui 500 meter dari lokasi dilapor hilang - Sinarharian - 26/05 4:43 pm HULU SELANGOR - Remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini ditemukan meninggal dunia hari ini, kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.59 pagi di luar laluan pendakian.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaBeliau berkata, lokasi penemuan mangsa juga berada kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)."Pasukan SAR mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa mayat mangsa ke PKTK menggunakan pengusung," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.Operasi SAR yang memasuki hari keempat itu disambung semula pada pukul 8 pagi tadi selepas dihentikan pada 6.30 petang semalam, melibatkan pelbagai agensi keselamatan.Terdahulu, Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lalu ketika menuruni bukit bersama keluarganya selepas mengambil keputusan berjalan sendirian kerana berasa panas dan penat |
|
Kronologi kes kehilangan Nur Izzati Humaira - Sinarharian - 26/05 4:15 pm Pasukan bomba digerakkan ke lokasi, dan pencarian dimulakan dari kawasan terakhir beliau dipercayai dilihat.2.30 petangPolis Hulu Selangor menerima maklumat kejadian daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim. Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) kemudian dibuka untuk operasi mencari dan menyelamat.4.38 petang hingga 11.53 malamOperasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dalam keadaan hujan renyai sebelum dihentikan sementara pada lewat malam |
|
“Tiada tanda serangan haiwan liar” – Jasad Nur Izzati Humaira Ditemui Dalam Keadaan Sempurna - Lobakmerah - 26/05 3:55 pm Misteri kehilangan remaja perempuan Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, pada Sabtu lalu terungkai apabila ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Zulkifli Hasan Sempat Santuni Jemaah Di Arafah, Tinjau Operasi Haji - Siakapkeli - 26/05 3:13 pm Zulkifli Hasan Santuni Jemaah, Tinjau Operasi Haji di Arafah Hari Arafah merupakan salah satu hari yang sangat istimewa dalam kalendar Islam, khususnya bagi |
|
RON95 kekal RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Julai - PM - Sinarharian - 26/05 2:48 pm Hubungan baik ini membantu kita."Petang ini jam 6, Insya-ALLAH, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian akan menghubungi saya melalui telefon. Walaupun banyak orang perli bab ini (telefon) tetapi itu tidak mengapa," ujarnya.Anwar turut menjelaskan kerajaan meneruskan pelbagai bentuk bantuan bersasar termasuk menerusi program Budi Madani bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan kos operasi dan pengangkutan."Diesel walaupun naik, kita bagi macam-macam projek Budi Madani untuk petani, nelayan, traktor, bas sekolah dan pengangkutan, kita bantu."Cukup? Tak cukup |
|
JPJ Sabah laksana Ops Khas Aidiladha, fokus sembilan kesalahan utama jalan raya - Mypress - 26/05 2:36 pm KOTA KINABALU Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) bermula 24 hingga 31 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna… |
|
RM2.4 juta ayam dari China, Hong Kong diikrar palsu dirampas - Sinarharian - 26/05 2:30 pm KOTA KINABALU - Taktik membawa masuk ayam sejuk beku dipercayai dari China dan Hong Kong ke negeri ini dengan membuat pengikraran palsu sebagai ubi kentang dan kacang pis terbongkar selepas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya merampas sebanyak 404,232 kilogram barangan tersebut dalam operasi di Pelabuhan Sepanggar, baru-baru ini.Rampasan bernilai kira-kira RM2.4 juta itu ditemukan dalam 14 kontena menerusi operasi yang bermula sejak 19 Mei lalu.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemeriksaan dijalankan pegawai AKPS di kawasan Custom Examination Area (CEA), Pelabuhan Sepanggar pada 21 Mei lalu selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kemasukan produk haiwan secara tidak sah ke negara ini."Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 14 kontena mengandungi produk haiwan berupa ayam sejuk beku dipercayai telah dibawa masuk melalui pengikraran palsu."Sebanyak 404,232 kilogram daging ayam yang membawa nilai keseluruhan hampir RM2.4 juta dipercayai berasal daripada China dan Hong Kong serta melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam," katanya dalam sidang akhbar Pelabuhan Sepanggar di sini pada Selasa.Menurutnya, modus operandi itu dipercayai dilakukan secara terancang apabila produk berkenaan sudah siap dibungkus menggunakan kotak yang memaparkan seolah-olah ia berasal dari Thailand dan Malaysia, termasuk label cetakan dari Melaka serta Ipoh."Sekiranya disahkan produk ini benar-benar berasal dari China atau Hong Kong, ini bermakna pembungkusan awal telah dibuat di negara pengeksport lagi |
|
Nur Izzati ditemukan meninggal dunia - Mkini - 26/05 2:11 pm Mayat remaja itu ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira 11.59 pagi. |
|
Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia - Sinarharian - 26/05 1:57 pm HULU SELANGOR Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.58 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaPenolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi hari ini dimulakan pihaknya dengan Unit Anjing Pengesan JBPM pada jam 9 pagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan."Pada jam 11.58 pagi, mangsa telah dijumpai oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM."Mangsa ditemui telah meninggal dunia dan diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).Tambahnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.Tugas mencari mangsa kemudian telah digerakkan dengan bantuan BBP Tanjung Malim sebelum radius pencarian diperluas merangkumi 0.43 kilometer persegi di hari kedua.Memasuki hari ketiga, Ketua BBP Kuala Kubu Bharu melaporkan radius pencarian mangsa telah diperluas merangkumi kawasan seluas 0.65 kilometer persegi. |
|
[TERKINI] Selepas Beberapa Hari Hilang Di Bukit Changkat Asa, Nur Izzati Ditemukan Meninggal Dunia Tengah Hari Ini - Siraplimau - 26/05 1:37 pm Berita mengenai Nur Izzati Humaira Azizul yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim akhirnya berakhir dengan khabar duka apabila remaja berusia 19 tahun itu ditemukan meninggal dunia tengah hari tadi. Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebentar tadi selepas beberapa hari operasi mencari dan […] The post [TERKINI] Selepas Beberapa Hari Hilang Di Bukit Changkat Asa, Nur Izzati Ditemukan Meninggal Dunia Tengah Hari Ini first appeared on SirapLimau.com . |
|
Lebih 150,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE sempena Aidiladha - Sinarharian - 26/05 1:08 pm SHAH ALAM - Lebih 150,000 kenderaan sehari dijangka menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada hari-hari puncak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, cuti persekolahan serta cuti hujung minggu yang panjang.WCE dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, peningkatan ketara aliran trafik dijangka berlaku susulan pergerakan pulang ke kampung dan aktiviti percutian sepanjang tempoh berkenaan.Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna, pelbagai langkah kesiapsiagaan akan dilaksanakan termasuk penangguhan semua kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang membabitkan penutupan lorong lebuh raya, kecuali kerja kecemasan luar jangka.Menurut kenyataan itu, jentera bantuan seperti trak tunda turut ditempatkan di lokasi strategik sepanjang jajaran lebuh raya."Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) serta petugas peronda juga diperkukuhkan bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara pantas dan berterusan 24 jam sehari."Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan sebarang insiden dapat ditangani segera sekali gus meminimumkan gangguan kepada aliran trafik utama," menurut kenyataan itu lagi.Dalam usaha meningkatkan pengalaman perjalanan yang lebih lancar, pengguna disaran memanfaatkan versi terkini aplikasi mudah alih WCE yang menyediakan navigasi laluan, maklumat lokasi kemudahan seperti stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), tempat berteduh motosikal dan telefon kecemasan.Aplikasi itu turut menyediakan bantuan Kecerdasan Buatan (AI) serta maklumat trafik masa nyata.Selain itu, perancangan perjalanan digital dipermudah menerusi sokongan menyeluruh sistem PayDirect Touch n Go di semua plaza tol WCE yang membolehkan caj ditolak terus daripada baki e-dompet tanpa perlu menambah nilai kad secara manual.WCE turut menyediakan enam Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lengkap dengan kemudahan asas seperti kawasan parkir, surau dan tandas.Kemudahan gerai makanan pula disediakan di beberapa lokasi terpilih iaitu di R&R Sungai Nyior arah utara dan selatan serta R&R Bukit Kapar arah utara, manakala Hentian Sebelah dengan kemudahan asas turut disediakan di setiap plaza tol.Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix pula menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada sepanjang tempoh aliran trafik tinggi."Dalam tempoh pergerakan trafik yang tinggi ini, kami menasihatkan semua pengguna agar merancang perjalanan lebih awal dan mengutamakan aspek keselamatan pada setiap masa."Dengan sokongan kemudahan digital dan kesiapsiagaan operasi, WCE komited untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan efisien."WCE mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Hari Wesak dan selamat bercuti kepada semua |
|
Tingkat penguatkuasaan sempadan laut, darat, laluan 'tikus' seludup barang subsidi sempena Aidiladha - Sinarharian - 26/05 12:31 am SHAH ALAM - Rondaan sempadan darat dan laut, sekatan jalan raya selain menumpukan laluan 'tikus' yang digunakan sindiket menjadi fokus kesiapsiagaan dalam mengekang kegiatan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi pada musim perayaan Aidiladha.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak terlibat dalam aktiviti penyeludupan atau penyalahgunaan barang bersubsidi.Menurutnya, ini kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."PGA terus memperkukuhkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan di kawasan sempadan darat negara dengan memberi fokus khusus kepada sempadan MalaysiaThailand di Semenanjung Malaysia serta sempadan MalaysiaIndonesia di Sabah dan Sarawak."Melalui pelaksanaan Op Taring, Op Tiris, rondaan sempadan, sekatan jalan raya serta risikan berterusan, PGA memberi tumpuan kepada laluan panas dan laluan tidak sah atau laluan tikus yang sering digunakan sindiket penyeludupan bagi membawa keluar barangan bersubsidi seperti diesel, petrol, minyak masak, gula dan barangan kawalan lain ke negara jiran."Pada masa sama, PPM sentiasa memperketatkan kawalan keselamatan serta meningkatkan rondaan di kawasan perairan dan sempadan lautan negara sempena musim perayaan serta cuti panjang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, penugasan PPM memberi tumpuan kepada pemantauan laluan laut, pemeriksaan ke atas bot dan vesel mencurigakan serta pengawasan kawasan perairan berisiko tinggi yang sering menjadi laluan sindiket rentas sempadan.Tambahnya, sempena musim perayaan Aidiladha serta cuti panjang, JKDNKA sentiasa mempertingkat tahap kesiapsiagaan dan memperkukuhkan operasi penguatkuasaan di seluruh kawasan sempadan negara bagi mengekang sebarang cubaan penyeludupan, khususnya melibatkan barangan bersubsidi dan barangan kawalan yang boleh menjejaskan kepentingan ekonomi serta kesejahteraan rakyat."Pendekatan penguatkuasaan secara agresif, bersepadu dan berasaskan risikan yang dilaksanakan bersama agensi penguatkuasaan lain melalui Op Tiris dan operasi-operasi khas berkaitan diyakini mampu membendung ketirisan subsidi negara."Ini juga memastikan bekalan barangan keperluan kekal mencukupi untuk rakyat sepanjang musim perayaan," ujarnya.Kata beliau, selain itu, Ops Tiris terus dilaksanakan secara berterusan di seluruh perairan negara bagi membanteras dan mengekang aktiviti penyeludupan serta ketirisan bahan api bersubsidi."Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguatkuasaan lain dalam menutup ruang jenayah rentas sempadan dan melindungi hasil serta subsidi negara daripada dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab," ujarnya.Tegasnya, pada masa sama, kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan amat dihargai dan menjadi elemen penting dalam memastikan keselamatan, kedaulatan serta kepentingan negara sentiasa terpelihara. |
|
PMX kena hentam, tapi eksport Malaysia pecah rekod? - Wrlr - 26/05 12:21 am Secara keseluruhan, Malaysia memperoleh RM1.14 trilion pelaburan diluluskan di bawah pentadbiran PMX, katanya menerusi satu hantaran di Facebook. Menurut Sim, projek pelaburan lazimnya mengambil masa sebelum kesan ekonominya dapat dilihat sepenuhnya kerana melibatkan proses pengambilan tanah, pembinaan kilang, pemasangan mesin, pengambilan pekerja dan operasi pengeluaran |
|
OPS Gunung Batu Putih: SAR Jaslinda Diteruskan, GIRN Bantu Aspek Komunikasi - Siakapkeli - 26/05 11:18 am OPS Gunung Batu Putih: SAR Jaslinda Diteruskan, GIRN Bantu Aspek Komunikasi TAPAH, 26 Mei (Bernama) - - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang |
|
Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan - Sinarharian - 26/05 11:04 am TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih di sini diteruskan pada Selasa dengan penambahbaikan aspek komunikasi Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di Pusat Kawalan Bomba, Kuala Woh.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR akan difokuskan di sekitar laluan menghala ke Gunung Rayu dan Pos Musoh yang dipercayai berkemungkinan menjadi laluan mangsa tersasar."Aspek peralatan dan kaedah komunikasi juga akan ditambah baik dengan kehadiran pihak SAPURA iaitu pihak yang bertanggungjawab bagi GIRN di lokasi PKB (pos kawalan bomba)," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, operasi hari ini akan diteruskan dengan bantuan Pesawat AW139 dari Pengkalan Udara JBPM Wilayah Utara dan seramai 12 anggota penyelamat digerakkan menaiki pesawat bagi membantu lapan anggota penyelamat sedia ada yang masih berada di puncak Gunung Batu Putih selepas bermalam di lokasi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan JaslindaLagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - SuamiKatanya, PKB masih beroperasi di Kuala Woh manakala Pos Kawalan Hadapan yang melibatkan penggunaan pesawat ditempatkan di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Dia dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung.Mohd Hanafi berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba dengan helikopter semalam |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |