| /// |
|
| Search : Oku News | Page 1 |
|
Kes Suri Rumah OKU M*ut: Suami Maklum Mangsa Sedang Kopek Ikan Bilis Sebelum Dit*kam - Lobakmerah - 24/09 6:12 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya selepas dipercayai menjadi mangsa tikaman |
|
Wanita OKU Maut: Jiran Sifatkan Mangsa Peramah, Sering Bergaul Walaupun Kekurangan - Siakapkeli - 24/09 5:46 pm Wanita OKU Maut: Jiran Sifatkan Mangsa Peramah, Sering Bergaul Walaupun Kekurangan KUALA KANGSAR, 24 Sept (Bernama) -- Wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai menjadi mangsa bunuh di |
|
Dua beranak direman bantu siasatan kes bunuh wanita OKU - Astroawani - 24/09 2:45 pm Perintah reman terhadap dua lelaki berusia 15 dan 44 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar selepas menerima permohonan daripada polis bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman - Mypress - 24/09 2:38 pm KUALA KANGSAR Dua ahli keluarga kepada seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan tusukan di betis di Kampung Chuar Hilir pada petang Rabu, ditahan… |
|
Suri rumah maut: Arwah sedang kopek ikan bilis sebelum ditusuk pisau - Sinarharian - 24/09 2:38 pm KUALA KANGSAR - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang maut akibat tikaman dipercayai sedang mengopek ikan bilis di rumahnya sebelum tidak sedarkan diri.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid berkata, suami mangsa yang berada di dapur ketika kejadian mendakwa terdengar isterinya menyebut kakinya dicucuk sebelum menemui wanita itu dalam keadaan berlumuran darah.Menurutnya, suami mangsa kemudian meminta bantuan orang kampung sebelum menghubunginya kira-kira jam 2 petang."Saya datang dan tengok keadaan arwah sudah tidak sedarkan diri dengan darah mengalir banyak di bawahnya."Suaminya beritahu ketika itu arwah sedang mengopek ikan bilis di bahagian tengah rumah, tetapi dia sendiri tidak pasti bagaimana kejadian berlaku," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.Nur Halim berkata, tiga anak pasangan berkenaan turut merupakan OKU dan keluarga itu adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Menurutnya, sungguhpun begitu keluarga berkenaan tidak pernah menganggu penduduk kampung.Katanya, suami Allahyarham pernah menjadi ahli jawatankuasa masjid dan aktif di kampung membantu menguruskan jenazah.Dalam perkembangan berkaitan, Nur Halim berkata, dua anak mangsa sudah diserahkan kepada JKM untuk tindakan lanjut.Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita OKU ditemukan maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di rumahnya di Kampung Cheh Hilir, Katipada Rabu.Mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiami bersama suami dan tiga anak.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.Polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.Sementara itu, jiran mangsa, Badariah Jaafar, 72, berkata, dia mengetahui kejadian selepas melihat orang ramai dan beberapa motosikal berada berhampiran rumah mangsa kira-kira jam 1.30 tengah hari.Menurutnya, seorang penduduk yang melihat kejadian memaklumkan Nor Ainon mengalami kecederaan.Badariah berkata, Nor Ainon yang mesra dengan penduduk kampung sering bertegur sapa dengan jiran termasuk ketika melihat kanak-kanak pulang dari sekolah."Kali terakhir saya jumpa arwah pada pagi Rabu ketika saya menyapu di luar rumah |
|
Kaki Dicucuk Benda Tajam Dari Bawah Rumah- Suri Rumah OKU Sempat Beritahu Suami Sebelum Maut! - Siraplimau - 24/09 11:51 am “Kaki dicucuk dengan benda tajam dari bawah rumah.” Kata-kata itu sempat disampaikan seorang suri rumah Orang Kurang Upaya (OKU), Nor Ainon Omar, 49, kepada suaminya sebelum dia ditemui berlumuran darah di kediaman mereka di Kampung Cheh Hilir, Kati, Kuala Kangsar pada Rabu |
|
Suri rumah maut dibunuh: Suami, anak direman bantu siasatan - Sinarharian - 24/09 10:50 am KUALA KANGSAR - [DIKEMAS KINI] Dua ahli keluarga yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dibunuh di Kampung Cheh Kati di sini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar untuk mendapatkan perintah reman pada Khamis.Perintah reman terhadap dua suspek berusia 15 dan 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.Mahkamah membenarkan suspek berusia 44 tahun direman selama tujuh hari manakala suspek berusia 15 tahun selama dua hari bermula Khamis.Suspek berusia 44 tahun tiba di mahkamah kira-kira jam 8.33 pagi, diikuti suspek berusia 15 tahun yang dibawa menaiki van polis.Semalam media melaporkan seorang wanita OKU ditemukan maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di rumahnya di Kampung Cheh Hilir, Kati di sini pada Rabu.Mangsa, Nor Ainon Omar, 49, ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiaminya bersama suami dan tiga anak.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.Polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian. |
|
“Sempat minta tolong suami” – Wanita OKU Maut Dit*kam Dari Celahan Papan Rumah, Polis Jumpa Pisau Di Kebun Sawit - Lobakmerah - 24/09 10:26 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Sebuah kejadian menyayat hati berlaku di Kampung Cheh Hilir, Kati apabila seorang suri rumah Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat ditikam di kediamannya pada Rabu |
|
Suri rumah maut: Sempat beritahu suami kaki dicucuk dari bawah rumah, pisau ditemui di kebun - Sinarharian - 24/09 9:29 am KUALA KANGSAR [DIKEMAS KINI] "Kaki dicucuk dengan benda tajam dari bawah rumah."Itu antara kata-kata terakhir seorang suri rumah Orang Kurang Upaya (OKU), Nor Ainon Omar, 49, sebelum ditemui berlumuran darah di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini pada Rabu.Suami mangsa yang ketika itu berada di rumah dikatakan sedang memasak sebelum terdengar isterinya meminta pertolongan.Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid berkata, suami mangsa kemudian meminta bantuan seorang penduduk yang bekerja sebagai penoreh getah di kawasan berhampiran sebelum kejadian itu dimaklumkan kepadanya kira-kira jam 2 petang."Setibanya saya di rumah berkenaan, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan tidak bergerak, selain terdapat kecederaan serta pendarahan pada bahagian betis."Suami mangsa memberitahu, isterinya sempat mengatakan kakinya dicucuk dengan benda tajam dari bahagian bawah rumah melalui celahan papan," katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.Menurutnya, mangsa dan suaminya menetap di rumah berkenaan bersama tiga anak mereka dan keluarga itu sudah lama tinggal di situ.Katanya, ketika kejadian, seorang daripada tiga anak mangsa tiada di rumah."Penduduk kampung kemudiannya membantu mencari anak mangsa sebelum remaja berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran sekolah."Penduduk memujuknya untuk pulang ke rumah sebelum dia dibawa berjumpa ibunya |
|
Wanita OKU ditemukan mati ditikam, dua ahli keluarga ditahan Wanita OKU .. - Mygazette - 24/09 8:06 am # Wanita OKU ditemukan mati ditikam, dua ahli keluarga ditahan KUALA KANGSAR Polis menahan dua ahli keluarga mangsa yang dipercayai terlibat dalam kes seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemukan maut di sebuah rumah di Kampung Cheh, Kati, di sini, petang semalam |
|
2 ditahan, wanita OKU maut akibat selisih faham - FMT - 23/09 11:52 pm Polis menerima laporan selepas ahli keluarga menyedari mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya. |
|
2 ditahan, wanita OKU maut akibat selisih faham - Hotfm - 23/09 11:52 pm Polis menerima laporan selepas ahli keluarga menyedari mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya. |
|
Selisih faham punca wanita OKU dibunuh, dua lelaki ditahan - Sinarharian - 23/09 11:18 pm KUALA KANGSAR - [DIKEMAS KINI] Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di sebuah rumah di Kampung Cheh Kati, di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.Menurutnya, polis kemudiannya berjaya menahan dua lelaki merupakan ahli keluarga mangsa yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan."Polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian."Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Terdahulu media melaporkan mangsa, Nor Ainon Omar, 49, ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiaminya bersama suami dan tiga anak.Heisham berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Mohamad Fadhil Ab Wahab dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 019-7272033 atau Bilik Gerakan IPD Kuala Kangsar di talian 05-7762222. |
|
Selisih faham punca wanita OKU dibunuh, dua ahli keluarga ditahan - Sinarharian - 23/09 11:18 pm KUALA KANGSAR - [DIKEMAS KINI] Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di sebuah rumah di Kampung Cheh Kati, di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.Menurutnya, polis kemudiannya berjaya menahan dua lelaki merupakan ahli keluarga mangsa yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan."Polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian."Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Terdahulu media melaporkan mangsa, Nor Ainon Omar, 49, ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiaminya bersama suami dan tiga anak.Heisham berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Mohamad Fadhil Ab Wahab dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 019-7272033 atau Bilik Gerakan IPD Kuala Kangsar di talian 05-7762222. |
|
Suri rumah OKU ditemui mati dengan kesan tikaman - Sinarharian - 23/09 9:44 pm KUALA KANGSAR - Seorang suri rumah Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini pada Rabu.Mangsa, Nor Ainon Omar, 49, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiaminya bersama suami dan tiga anak.Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid berkata, dia menerima maklumat mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke rumah mangsa kira-kira jam 2 petang.Menurutnya, setibanya di lokasi, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan tidak bergerak, selain terdapat kesan kecederaan serta pendarahan pada bahagian betis."Saya dimaklumkan suami mangsa meminta pertolongan penduduk yang bekerja sebagai penoreh getah di kawasan berhampiran sebelum individu berkenaan menghubungi saya."Saya kemudian datang ke rumah dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri |
|
OKU pembelajaran wakili Malaysia ke pertandingan IT dunia - Sinarharian - 22/09 3:49 pm KOTA BHARU - Tiga kali terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan teknologi maklumat (IT) peringkat antarabangsa, pelajar orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh di sini sekali lagi bakal membawa nama negara ke Vietnam bulan depan.Muhammad Syakir Zailani, 16, akan menyertai 'Global IT Challenge for Youth with Disabilities' pada 19 hingga 22 Oktober ini.Pengerusi Majlis Bertindak Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Kelantan (MBPK), Husin Deraman berkata, pihaknya akan membantu persiapan Muhammad Syakir bagi memastikan kelancaran pelajar berkenaan bertanding di Vietnam.Menurutnya, bantuan termasuk menyediakan kelengkapan pakaian sukan, kasut, beg serta keperluan lain yang bersesuaian dengan penyertaannya dalam pertandingan berkenaan melalui tajaan dari kelab bola sepak, Kelantan Rovers FC."Selain itu, kami juga sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi menaja perjalanan Muhammad Syakir termasuk tiket penerbangan antarabangsa ke Vietnam."Pihak kami akan uruskan perkara berkenaan supaya persiapannya untuk menyertai pertandingan itu dapat berjalan dengan baik," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Kelantan, Intan Izzati Md Hashim dan Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Aiman Yusri Mohd Yusof.Husin berkata, MTRK turut menaja tiket penerbangan domestik pergi dan balik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur bagi Muhammad Syakir.Keraian dan sokongan moral kepada pelajar itu turut akan diadakan menerusi satu majlis penyerahan sumbangan yang diadakan di Hotel Ibis Styles di sini pada 15 Oktober ini.Muhammad Syakir yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Ketereh selama empat tahun kini ditempatkan dalam kelas arus perdana bagi membolehkannya meneruskan pengajian akademik dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Dalam pertandingan berkenaan, peserta akan diuji dalam pelbagai kemahiran IT termasuk penyediaan kandungan digital, penggunaan aplikasi, penyuntingan, penghasilan poster dan video pendek serta kemahiran menggunakan Microsoft Excel dan PowerPoint.Penyertaan secara berkumpulan turut membabitkan tugasan berkaitan robotik dan inovasi Internet of Things (IoT) manakala kecerdasan buatan (AI) turut digunakan dalam beberapa bidang berkaitan teknologi maklumat.Muhammad Syakir adalah anak kepada pasangan suami isteri, Habsah Ismail yang tidak bekerja dan Zailani Zakaria pula merupakan buruh kasar.Muhammad Syakir berjaya membawa pulang dua emas pada pertandingan sama di Abu Dhabi pada 2023 dan Seoul, Korea pada 2024.Untuk penyertaan tahun ini, beliau merupakan satu-satunya wakil dari Kelantan dan dijadualkan menjalani latihan bersama pasukan negara di Putrajaya sebelum berlepas ke Vietnam.Pertandingan Global IT Challenge for Youth with Disabilities tahun ini dijadualkan menghimpunkan peserta dari 16 negara dengan Malaysia membariskan lapan peserta bersama empat pengiring.Mengulas lanjut Husin berkata, terkini, penubuhan MBPK itu akan memberi tumpuan kepada usaha membantu murid berkeperluan khas yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang."Sokongan terhadap Muhammad Syakir ini diharap dapat membuka ruang lebih luas kepada murid OKU lain di Kelantan yang berkeupayaan dan berbakat untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi," ujarnya. |
|
Pernah Jalan Kaki 20KM & Basikal Dicuri, Ibu Tunggal OKU Autisme Gigih Hantar Makanan Demi Anak - Siraplimau - 17/09 1:41 pm Ketika kebanyakan penghantar makanan bergerak menggunakan motosikal, seorang ibu tunggal yang juga individu autisme dan orang kurang upaya (OKU) memilih berjalan kaki serta menunggang basikal demi mencari rezeki untuk anaknya |
|
PRN Melaka: 'Satu Jumaat lagi? Bila saya panggil, media datanglah' - Ab Rauf - Sinarharian - 17/09 11:16 am ALOR GAJAH "Satu Jumaat lagi? Saya akan panggil, bila saya panggil media nanti datanglah."Demikian kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika ditanya tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).Ab Rauf tidak mengesahkan pembubaran DUN akan diumumkan pada minggu depan, sebaliknya berkata, tarikh berkenaan masih belum ditentukan."Semua orang tertanya-tanya bilakah DUN akan dibubarkan."Ia bukan lagi satu perkara yang menjadi rahsia, cuma menunggu masa. Masa itu saya belum dapat lagi bila," katanya ditemui pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas, OKU dan Kanak-Kanak peringkat Melaka di Masjid Tanah di sini pada Khamis.Katanya, penggunaan istilah Jumaat ke Jumaat itu tidak bermaksud tarikh pembubaran DUN, sebaliknya sebagai indikator bagi menyelesaikan urusan pentadbiran negeri sebelum PRN."Saya memberikan indikator dari Jumaat ke Jumaat kerana dalam tempoh itu kita ada banyak lagi perkara yang perlu selesaikan untuk mentadbir urus Negeri Melaka."Insya-ALLAH, pastinya PRN Melaka tetap diadakan dalam tempoh yang terdekat |
|
JKM tambah baik PPS, sedia kemudahan sokongan untuk OKU hadapi musim tengkujuh - Astroawani - 15/09 11:00 pm Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menambah baik kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara bagi memastikan keperluan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), terutama kategori penglihatan dan pendengaran diberikan perhatian sewajarnya ketika menghadapi musim tengkujuh. |
|
Pidato Rukun Negara: Kementerian Perpaduan pertimbang tambah kategori OKU - FMT - 15/09 7:00 pm Kementerian akan teliti mekanisme sesuai tambah kategori baharu selain Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, IPT, Bukan Melayu dan Awam. |
|
PPS mesra OKU antara persiapan JKM hadapi musim tengkujuh - Mygazette - 15/09 2:47 pm # PPS mesra OKU antara persiapan JKM hadapi musim tengkujuh NIBONG TEBAL - Keperluan orang kurang upaya (OKU) di pusat pemindahan sementara (PPS) antara perkara yang diberi perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam persiapan menghadapi musim tengkujuh |
|
JKM tambah baik PPS, beri perhatian kemudahan OKU - Utusan - 15/09 2:15 pm NIBONG TEBAL : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat beberapa penambahbaikan terhadap kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) menjelang musim tengkujuh tidak lama lagi dengan memberi perhatian kepada keperluan orang kurang upaya (OKU) |
|
JKM pastikan OKU tidak terpinggir di PPS - Kosmo - 15/09 2:04 pm SEBERANG PERAI – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi perhatian terhadap keperluan golongan orang kurang upaya (OKU) dalam memperkemas kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) menjelang musim tengkujuh |
|
OKU didakwa cabul budak perempuan dalam masjid - FMT - 14/09 1:35 pm Tertuduh diarah mahkamah jalani penilaian kesihatan mental di Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak. |
|
Graduan OKU ILKBS diberi ruang ceburi sektor pekerjaan - Mohammed Taufiq - Astroawani - 12/09 7:58 pm KBS menyokong graduan OKU termasuk individu autistik untuk menceburi sektor pekerjaan termasuk perkhidmatan awam selepas menamatkan pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan. |
|
Kalau Risiko Sendiri Baik Simpan Duit Bawah Bantal ??? Kes TH:... - Mygazette - 10/09 8:08 am # Kalau Risiko Sendiri Baik Simpan Duit Bawah Bantal Kes TH: Bekas Menteri Dilepaskan #MGFlash * Jika Bank Kata Kes Scam Atas Risiko Sendiri, Baik Simpan Duit Bawah Bantal Azalina * Lelaki OKU Mengaku Tak Bersalah Berlagak Seperti Wanita * Kes TH: Bekas Menteri Dilepaskan Selepas Tempoh Reman Tamat * Siasatan SPRM Rasuah RM1.6 Juta Tak Libat Exco Atau Pegawai Kerajaan Johor Jafni * Pegawai Perubatan Ditahan Kes Pembekalan Implan Lutut RM1.5 Juta * Budak Diserang 5 Anjing Liar Sudah Sedar, Keluarga Mohon Doa #malaysiagazette #mgflash #mgnews #mgskop #mgprihatin #mgtv #podcastmg #owh!mg #borakmg |
|
Pakai Baju Slim Fit, Lelaki OKU Didakwa Berlagak Seperti Wanita Di Pejabat Agama & Mengaku Tak Bersalah - Siraplimau - 9/09 4:35 pm Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran berdepan pertuduhan selepas didakwa berlagak seperti wanita ketika berada di pejabat agama di Kelantan, November tahun lalu |
|
OKU tambah kemahiran demi masa depan - Sinarharian - 9/09 9:45 am IPOH Setelah puluhan tahun bergantung kepada kemahiran menghasilkan sampul surat, sekumpulan orang kurang upaya (OKU) kini berani keluar daripada zon selesa dengan mempelajari kemahiran baharu demi masa depan.Menerusi Kursus Asas Pembuatan Pastri dan Bakeri yang dilaksanakan di bawah Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat memberi nilai tambah kepada golongan itu.Bagi S Gurunathan, 55, yang sudah 34 tahun bersama Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC), kursus asas pembuatan pastri dan bakeri membuka ruang untuknya meneroka peluang perniagaan dari rumah."Sebelum ini memang tidak pernah belajar buat kek |
|
Lelaki OKU Lagak Wanita Di Pejabat Agama Didakwa - Lobakmerah - 8/09 5:50 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu atas pertuduhan berpenampilan seperti wanita hari ini |
|
Peniaga OKU lelaki didakwa berlagak, berpakaian wanita di pejabat agama - Astroawani - 8/09 12:20 am Seorang peniaga dalam talian yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah di sini pada Selasa atas kesalahan lelaki berlagak seperti wanita di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada November lalu. |
|
Bakar rumah ragut 4 nyawa, lelaki OKU pekak bisu kekal dihukum gantung - Sinarharian - 4/09 3:30 pm PUTRAJAYA - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu yang meragut nyawa empat sekeluarga dalam kebakaran rumah di Tanjung Sepat, Sepang Selangor pada sembilan tahun lalu, kekal dihukum gantung oleh Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat.Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Noorin Badarudin memutuskan demikian selepas menolak rayuan bekas pekerja kilang perabot, Kang Chang Heng, 47, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 November 2025.Jeritan mangsa yang terperangkap dalam rumah ketika api marak menjadi detik ngeri dalam tragedi pembunuhan pasangan warga emas, Chia Tee Nang, 73, dan isterinya, Lim Mai Shak, 68, yang juga ibu bapa teman wanitanya, serta dua cucu pasangan itu, Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi masing-masing tiga dan sembilan tahun.Lebih memilukan, seorang cucu pasangan itu yang terselamat selepas dikelar, Andrew Chia Zeng Haol ketika kejadian berusia 11 tahun, turut menyaksikan kediaman keluarganya terbakar dan mendengar rintihan mangsa yang tidak berupaya menyelamatkan diri.Semasa membaca keputusan sebulat suara, Noorin berkata, pembunuhan yang dilakukan Chang Heng selaku perayu dibuat dengan kejam.Menurutnya, keterangan di mahkamah menunjukkan perayu menyerang Mai Shak ketika mangsa berada di kerusi kayu."Perayu mengejar dan terus menyerang mangsa walaupun Mai Shak telah terjatuh."Dia kemudian menyerang Andrew dengan mengelar lehernya sebanyak dua kali sebelum membakar rumah tersebut dengan sengaja," katanya.Hakim Noorin berkata, akibat serangan ganas itu, Andrew pengsan sebelum kembali sedar dan mendapati rumah berkenaan sudah terbakar.Pada pandangan panel hakim, beliau berkata, keadaan ini menjadikan kes ini jauh lebih serius berbanding kes-kes pembunuhan biasa.Mengulas status perayu sebagai individu pekak dan bisu, Noorin berkata, keadaan tersebut merupakan faktor relevan dalam menilai keadaan peribadi serta pembelaannya.Bagaimanapun, panel mendapati kekurangan berkenaan tidak menghalang lelaki itu daripada berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa isyarat.Mahkamah turut menolak alasan pembelaan bahawa perayu berada di rumah berkenaan selepas mendapat maklumat kediaman tersebut telah dibakar.Noorin berkata, perayu sebelum itu mendakwa meminjam wang daripada seorang ahlong dengan menjadikan alamat rumah mangsa sebagai cagaran."Jika benar perayu berada di situ dengan tujuan menyelamatkan mangsa, dia boleh mendapatkan bantuan daripada orang ramai."Mahkamah tidak menganggap keadaan pekak dan bisu itu sebagai faktor yang memberatkan, tetapi keadaan itu juga tidak cukup meringankan kesalahan sehingga mengatasi tahap keseriusan luar biasa kes ini," katanya.Noorin berkata, perayu sendiri mengakui tidak memberitahu teman wanitanya yang juga saksi pendakwaan ke-22, Christina Chia Hui Ling bahawa dia berada di rumah keluarga teman wanita berkenaan, pada pagi kejadian.Selain itu, perayu juga mengaku tidak membuat laporan polis berkaitan mesej yang didakwa diterima daripada ahlong serta kejadian kebakaran tersebut."Kami mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua elemen penting bagi kesemua pertuduhan melampaui keraguan munasabah, maka kami mengekalkan hukuman mati yang dikenakan terhadap perayu," katanya.Prosiding di sini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling sementara Chang Heng diwakili peguam, Jasmine Cheong.Pada 13 Disember 2017, pihak polis percaya empat sekeluarga yang ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di lokasi kejadian merupakan mangsa bunuh.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati wujud kesan tetakan pada tubuh tiga mangsa terbabit.Susulan itu, Chang Heng ditahan dua hari kemudian, bagi membantu siasatan.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Tee Nang, Mai Shak, Yuan Bin dan Ryan di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat antara jam 4 hingga 5 pagi pada 13 Disember 2017.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan sekurang-kurangnya 12 kali jika hukuman mati tidak dikenakan.Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap Chang Heng kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Andrew mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.Sebelum ini, pada 19 Oktober 2022, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Chang Heng daripada empat pertuduhan (membunuh) dan satu pertuduhan (mencederakan) tanpa memerintahkannya membela diri.Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.Mahkamah Rayuan pada 2 September 2024 membatalkan keputusan pembebasan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan mengarahkan Chang Heng membela diri di Mahkamah Tinggi.Pada 25 November 2025, Mahkamah Tinggi mendapati Chang Heng bersalah dan dihukum mati atas pertuduhan membunuh dan penjara berkenaan kerana mencederakan Andrew. |
|
RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU - Mypress - 3/09 9:06 pm TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran… |
|
JPJ Buka Pelawaan Cadangan Plat Khas Untuk Kenderaan ICE, Hybrid, ZEV Dan OKU - Careta - 3/09 3:38 pm RFP merupakan proses yang membolehkan syarikat berkelayakan mengemukakan cadangan bagi sesuatu projek sebelum pihak berkenaan menentukan kaedah pelaksanaan dan penyedia yang sesuai |
|
Wanita tempatan, lelaki Myanmar ditahan kes buang bayi di LTAPP - Mygazette - 2/09 3:21 pm # Wanita tempatan, lelaki Myanmar ditahan kes buang bayi di LTAPP BAYAN LEPAS - Polis menahan seorang wanita tempatan dan lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam tong sanitari di tandas orang kurang upaya (OKU), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, pada 31 Ogos lalu |
|
Terus melangkah, Syuhainie buktikan cabaran bukan penghalang - Sinarharian - 31/08 8:38 pm PORT DICKSON Bagi Syuhainie Shaharuddin, kemerdekaan bukan sekadar tentang berdiri di tengah lautan manusia yang mengibarkan Jalur Gemilang atau menyertai perarakan pada tanggal 31 Ogos.Sebaliknya, kemerdekaan membawa makna yang lebih dekat dengan kehidupan seorang wanita kebebasan untuk membina kerjaya, berdikari dan menentukan masa depan dengan usaha sendiri.Itulah yang sedang diusahakan wanita berusia 37 tahun dari Port Dickson itu.Daripada pernah bekerja sebagai operator kilang, Syuhainie kini membina sumber pendapatan sendiri dengan menyertai Grab secara sambilan sejak 2022, selain mengusahakan perniagaan burger.Perjalanannya bukan sentiasa mudahKetika mula menyertai Grab, antara cabaran yang perlu dihadapinya ialah memahami jalan dan berkomunikasi dengan pelanggan.Namun, bagi Syuhainie, cabaran bukan alasan untuk berhenti.Sebaliknya, dia mencari jalan untuk menyesuaikan diri dan memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan sebaik mungkin."Saya mula pada 2022, dan saya buat Grab separuh masa sahaja," katanya.Dalam rutin hariannya, Syuhainie memulakan tugasan Grab sekitar jam 8 pagi hingga tengah hari sebelum berehat selama 30 minit dan meneruskan urusan mencari barangan untuk perniagaan burgernya.Kehidupan itu mungkin kelihatan sederhana, namun di sebaliknya tersimpan satu tekad untuk terus berusaha membina kehidupan yang lebih stabil.Bila cabaran datang, dia cari jalanAntara perkara yang membantu Syuhainie meneruskan pekerjaannya ialah kemudahan komunikasi yang tersedia melalui aplikasi Grab.Melalui ruang chat, dia boleh menaip maklumat berkaitan lokasi, arahan penghantaran atau perkara yang diperlukan ketika berurusan dengan pelanggan.Pelanggan pula boleh memberikan maklumat melalui mesej, sekali gus membolehkan urusan komunikasi dilakukan dengan lebih jelas.Penggunaan AI dalam aplikasi turut membantu Syuhainie mendapatkan cadangan atau bantuan untuk menyampaikan mesej kepada pelanggan dengan lebih mudah dan jelas.Bagi Syuhainie, teknologi itu bukan sekadar memudahkan urusan ketika bekerja, malah memberikan keyakinan untuk terus berdikari."Dengan bantuan AI, saya boleh mendapatkan cadangan atau bantuan untuk menyampaikan mesej kepada pelanggan dengan lebih mudah dan jelas."Bagi saya, penggunaan AI bukan sahaja memudahkan urusan kerja, tetapi turut memberi peluang kepada golongan seperti saya untuk bekerja dengan lebih yakin dan berdikari," katanya.Pendekatan itu juga selari dengan usaha Grab membina ekosistem yang lebih inklusif untuk wanita dan komuniti orang kurang upaya (OKU).Pada 2025, lebih 189,000 wanita dan rakan-pemandu OKU memperoleh pendapatan melalui Grab, peningkatan 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.Buat Syuhainie sendiri, peluang untuk bekerja memberikan lebih daripada sekadar pendapatan.Di luar waktu kerja, dia mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, meningkatkan kemahiran diri dan membina kehidupan yang lebih stabil.Malah, dia berharap dapat menjadi contoh kepada komuniti pekak bahawa keadaan yang dihadapi tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seseorang bekerja, berdikari dan mencapai impian.Penghargaan kecil, makna besarAntara detik yang paling diingati Syuhainie sepanjang menjadi rakan penghantar ialah apabila seorang pelanggan cuba berkomunikasi dengannya ketika penghantaran dan memberikan saguhati kerana kagum dengan usahanya.Bagi Syuhainie, penghargaan tidak semestinya hadir dalam bentuk besar.Ucapan terima kasih daripada pelanggan juga sudah cukup membuatkan dia berasa dihargai."Ramai orang akan berterima kasih dekat saya |
|
Kejayaan 69 usahawan mikro BSN jadi inspirasi rakyat Malaysia - Mygazette - 29/08 8:11 am Menurut Mujibburrahman, inisiatif itu bukan sahaja menghubungkan bidang keusahawanan dengan kreativiti malah membuka ruang kepada pelajar berkongsi bakat dan hasil usaha mereka dengan masyarakat. Pada masa sama, BSN turut memperkukuh pembangunan usahawan dan kewangan sosial menerusi program literasi kewangan yang diadakan khusus untuk usahawan OKU daripada MyOKU Preneur serta usahawan desa di bawah KEMAS, Khadijah Artisans dan USAHANITA |
|
Lumba Haram Linkedua - Mat Rempit OKU Turut Didakwa - Careta - 28/08 7:48 am Mereka didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan |
|
'Sekali saja kongsi jarum terus kena HIV' - Sinarharian - 27/08 3:36 pm Sampai sekarang kadang-kadang saya masih dengar suara-suara menyuruh mencederakan diri," katanya.Kini, Man menjalani kehidupan sederhana bersama ibunya dengan mengusahakan tanaman pisang serta ubi, selain mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran dan menjadikan rawatan, sokongan keluarga serta pegangan agama sebagai kekuatan meneruskan kehidupan.Bagaimanapun, lokasi kediamannya yang jauh dari kemudahan kesihatan menjadi cabaran apabila dia perlu bergantung kepada orang lain dan mengeluarkan perbelanjaan sehingga ratusan ringgit untuk mendapatkan rawatan di Kota Belud atau Kota Kinabalu."Kalau tumpang orang ke hospital sini, kena bayar RM60 pergi balik dan ada yang minta lebih RM80. Kalau pergi ke hospital di Kota Kinabalu, termasuk menunggu dan makan pemandu yang ditempah, boleh mencecah RM200 sekali pergi," katanya.Selain kos rawatan, stigma turut membelenggu kehidupannya sehingga statusnya sebagai Orang yang Hidup dengan HIV (OHDA) dirahsiakan, manakala kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori mental yang dimilikinya sejak 2021 turut menyebabkan dia berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan."Harapan saya mahu kerja sendiri |
|
OKU antara 2 mengaku tak salah lumba haram di Linkedua - FMT - 27/08 12:10 am Polis mengesahkan sembilan suspek lain, termasuk pempengaruh permotoran dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan hari ini. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |