![]() |
/// |
|
Search : Nizaruddin News | Page 1 |
Penjawat awam perlu tunjukkan teladan baik, tidak sertai perhimpunan .. - Mgazette - 27/07 8:06 am (A) 395/1993. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai hukuman yang dikenakan terhadap pempengaruh permotoran Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin dan adiknya Tengku Abdul Aziz semalam, Mohd Dusuki berkatam pihaknya akan meneliti semula hukuman terbabit |
Kes laporan palsu pempengaruh: Jabatan Peguam Negara teliti semula hukuman - Sinarharian - 26/07 12:42 am MACHANG - Jabatan Peguam Negara akan meneliti semula keputusan kes membabitkan seorang pempengaruh pemotoran yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan diri sendiri hingga mencetuskan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran oleh pasukan keselamatan di Sungai Tui, Bukit Kepong, lebih seminggu lalu.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500, pihaknya akan melihat kembali secara menyeluruh aspek pertuduhan serta fakta kes."Saya tidak boleh mengulas buat masa ini kerana itu bidang kuasa mahkamah untuk menjatuhkan hukuman."Nanti kami akan teliti semula, itu sahajalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Santuni Madani: Satu Pemimpin Satu Kampung di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai Chondong di sini pada Sabtu.Pada Jumaat, tertuduh Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau Ija, 38, dan adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30, dijatuhi hukuman oleh Majistret Suzana Mokhtar di Mahkamah Majistret Muar, Johor.Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan membuat laporan palsu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Kes berkenaan mencetuskan kekecewaan dalam kalangan pengikut pempengaruh berkenaan, serta pasukan penyelamat termasuk anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang lebih 10 kali menyelam dalam keadaan berisiko tinggi di sungai berlumpur dalam usaha mencari kedua-dua lelaki terbabit.Sebelum ini, Komander Operasi, Ketua Zon 4, Penguasa Kanan Bomba II Norshuhada Amsari, dalam kenyataan impaknya di mahkamah, menyifatkan tindakan tertuduh sebagai mempermainkan agensi penyelamat, mengganggu operasi sebenar dan membazirkan aset serta logistik kerajaan.Beliau turut memaklumkan bahawa operasi tersebut menyebabkan pasukannya terpaksa menangguhkan satu lagi misi penting di Sungai Gersik melibatkan seorang mangsa yang dipercayai terjatuh dari jambatan. |
Jabatan Peguam teliti semula keputusan mahkamah terhadap Ija, adik - Hmetro - 26/07 11:38 am Machang: Jabatan Peguam Negara akan meneliti semula keputusan Mahkamah Majistret Muar yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 terhadap pempengaruh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, serta adiknya yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan lelaki itu di Sungai Tui, Bukit Kepong, 14 Julai lalu |
Tindakan Ija, adik buat laporan palsu perlekeh, peralat pihak berkuasa - Mgazette - 26/07 7:44 am # Tindakan Ija, adik buat laporan palsu perlekeh, peralat pihak berkuasa MUAR - Bomba Johor kesal dengan tindakan pempengaruh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adik lelakinya membuat laporan polis palsu yang disifatkan memperlekeh dan memperalatkan pihak berkuasa |
Reka laporan hilang palsu: pempengaruh Ija, adik dipenjara sebulan, denda RM1,500 - Careta - 25/07 4:04 pm Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas kedua-dua Tengku Nizaruddin atau lebih dikenali sebagai Ija, 38, adik, Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa |
Laporan palsu: Ija, adik dipenjara sebulan, denda RM1,500 - Mgazette - 25/07 3:56 pm # Laporan palsu: Ija, adik dipenjara sebulan, denda RM1,500 MUAR - Seorang pempengaruh permotoran dan adik lelakinya masing-masing dipenjara sebulan dan denda RM1,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membuat laporan palsu, minggu lalu. Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas kedua-dua tertuduh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, adik Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya |
Buletin Kalau Nak Cuci Kereta Pergi Car Wash, Bukannya Di Stesen Minyak, .. - Mekanika - 25/07 3:56 pm Macam-macam maki dalam hati, komen Hazie. IJA NIZARUDDIN, ADIK DIHUKUM PENJARA SEBULAN, DENDA RM1,500 |
Buletin Honda Prelude Guna Brembo Dan Dual-axis Civic Type R! Read More .. - Mekanika - 25/07 3:56 pm Prelude baharu dijangka tiba di pengedar Honda Amerika Syarikat pada akhir tahun 2025. BYD ATTO 1 DILANCARKAN DI INDONESIA - DUA VARIAN, JARAK GERAK 405KM, HARGA SEKITAR RM57K IJA NIZARUDDIN, ADIK DIHUKUM PENJARA SEBULAN, DENDA RM1,500 |
Buletin Ija Nizaruddin, Adik Dihukum Penjara Sebulan, Denda Rm1,500 Read .. - Mekanika - 25/07 3:56 pm # IJA NIZARUDDIN, ADIK DIHUKUM PENJARA SEBULAN, DENDA RM1,500 **Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dikenali sebagai Ija dan adiknya yang membuat laporan palsu dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan dan denda RM1,500 di Mahkamah Majistret Muar pada Jumaat.** Majistret Suzana Mokhtar membuat keputusan itu selepas Tengku Nizaruddin dan adiknya Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya |
Buat laporan palsu : Pempengaruh Ija dan adik dipenjara sebulan, didenda - SUN - 25/07 3:23 pm MUAR: Pempengaruh permotoran Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin dan adiknya Tengku Abdul Aziz, masing-masing dihukum penjara sebulan dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana membuat laporan palsu |
Pergi Thailand, tapi buat laporan hilang, pempengaruh Ija Nizaruddin, adik dihukum penjara sebulan - Astroawani - 25/07 2:45 pm Seorang pempengaruh permotoran dan adiknya dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah membuat laporan palsu. |
'Lebih 10 kali selam dalam sungai berlumpur, rasa terhina dengan laporan palsu' - Bomba - Sinarharian - 25/07 2:23 pm MUAR "Kami cukup kecewa dan rasa terhina dengan laporan palsu yang dibuat,"Demikian luahan Penguasa Kanan Bomba II, Norshuhada Amsari terhadap tindakan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau Ija, 38, dan adiknya Tengku Abdul Aziz, 30, yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan diri sendiri.Menurut Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor itu, operasi menyelamat yang dijalankan pasukannya di Sungai Tui, Bukit Kepong pada 14 Julai lalu telah membahayakan keselamatan anggotanya dan mengganggu keutamaan operasi lain yang lebih penting."Lebih 10 kali anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kami menyelam dalam sungai berlumpur, penglihatan terhad serta hampir gelap |
Ija dan adik dihukum penjara sebulan gara-gara reka kes hilang, didenda RM1,500 - Mdateline - 25/07 2:00 pm Pempengaruh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin dan adik lelakinya akhirnya menerima padah apabila dihukum penjara sebulan serta denda RM1,500 gara-gara membuat laporan palsu tentang kehilangannya di .. |
Motoring influencer, brother get months jail, fine over faked disappearance - FMT - 25/07 12:42 am Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin and younger sibling Tengku Abdul Aziz plead guilty in Muar magistrates' court. |
Pempengaruh, adik bersandiwara dipenjara sebulan - FMT - 25/07 12:33 am Sebelum ini media melaporkan kehilangan Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin selepas kereta Perodua Axia dipandunya terjunam dalam sungai. |
Ija Nizaruddin, adik dihukum penjara sebulan, denda RM1,500 - Sinarharian - 25/07 11:49 am MUAR [DIKEMAS KINI] Seorang pempengaruh permotoran dan adiknya dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah membuat laporan palsu berhubung kehilangan di Sungai Tui, Bukit Kepong pada 14 Julai lalu.Tertuduh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adiknya, Tengku Abdul Aziz Tengku Zainudin, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.Mahkamah memutuskan Ija Nizaruddin dipenjara tiga bulan manakala Tengku Abdul Aziz dipenjara tiga bulan jika gagal bayar denda dengan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan pada Jumaat.Mereka masing-masing membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan, Tengku Nizaruddin didakwa bersubahat dengan mengarahkan adiknya dengan memberikan maklumat palsu kepada seorang anggota polis berhubung kehilangannya dan tidak dapat dihubungi sejak 4 petang, 14 Julai lalu.Perbuatan itu didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 11.38 malam, 15 Julai lalu di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Lenga.Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 182 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.Manakala, adiknya Tengku Abdul Aziz memberikan maklumat palsu kepada anggota polis kepada anggota polis pada masa, tarikh dan lokasi sama.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen dan Yasmin Mohd Piah manakala dua beradik itu diwakili peguam, Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).Dalam prosiding tersebut, Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Nor Shuhada Amsari turut membuat pengakuan keterangan impak kesan laporan palsu yang dibuat tertuduh sehingga menyusahkan pasukan bomba termasuk unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan unit K9.Nur Ameerah meminta hukuman penjara dikenakan mengambil kira sumber dan aset pihak berkuasa iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR).Bagaimanapun, Tengku Nizaruddin dalam rayuannya memohon agar tidak dikenakan hukuman penjara kerana isterinya akan melahirkan anak kedua mereka pada bulan November ini.Mengikut fakta kes, pada 14 Julai, Tengku Abdul Aziz hadir ke Pejabat Pertanyaan Balai Polis Lenga membuat laporan bahawa dia yang memandu kereta Honda Civic telah berselisih kereta Perodua Axia dipandu Tengku Nizaruddin melalui Jalan Besar Muar-Labis di hadapan sebuah pasar mini.Tengku Abdul Aziz memandu kenderaan menghala ke Sekam, Segamat manakala abangnya pula menghala ke Muar untuk menghantar kereta Perodua Axia ke bengkel.Pada 15 Julai, polis menerima panggilan telefon berhubung penemuan kereta Perodua Axia berwarna putih di dalam Sungai Tui di kawasan kebun sawit Bukit Kepong di sini sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas mangsa.Namun pada 19 Julai, Tengku Nizaruddin menyerah diri di Balai Polis Lenga dan mengaku membuat laporan palsu.Hasil siasatan polis mendapati selepas Tengku Nizaruddin menghumban kereta Perodua Axia tersebit ke dalam Sungai Tui, dia menghubungi Tengku Abdul Aziz untuk mengambilnya ditepi jalan dan bergerak ke sebuah pasar mini di Taman Sri Mawar, Senawang, Negeri Sembilan.Polis turut menemui tempahan datu tiket penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Thailand.Tengku Nizaruddin menempah perkhidmatan kenderaan e-healing dan bergerak ke Terminal Bas Seremban, Negeri Sembilan sebelum Jabatan Imigresen Malaysia mengesan pergerakan keluar negara melalui Padang Besar, Perlis.Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada kesan kemalangan atau serpihan kenderaan di laluan tersebut |
Ija Nizaruddin, adik akan dituduh esok - Sinarharian - 24/07 10:47 pm MUAR Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija, dan adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30, akan didakwa di Mahkamah Majistret Muar pada Jumaat berhubung kes laporan palsu berkaitan sebuah kereta yang terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kedua-duanya akan dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat."Kes ini berkaitan sebuah kenderaan yang dijumpai terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, yang akhirnya disahkan sebagai kes laporan palsu."Kedua-dua individu akan dituduh pada 25 Julai 2025 di Mahkamah Majistret Muar," katanya dalam kenyataan malam Khamis.Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat laporan polis terhadap kedua-dua beradik berkenaan susulan laporan palsu mengenai kehilangan Tengku Nizaruddin di Sungai Tui.Ketua Zon 4 JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba II Norshuhada Amsari berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 11.30 pagi Ahad lalu atas nasihat Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.Menurut Norshuhada, laporan itu bertujuan memberi pengajaran kepada orang awam agar tidak sesekali melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu tugas anggota penyelamat.Sepanjang operasi mencari dan menyelamat selama empat hari itu, lebih 30 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Labis dan Pagoh dikerahkan ke lokasi kejadian, susulan laporan kehilangan yang dibuat oleh adik pempengaruh tersebut.Pada 15 Julai lalu, media melaporkan bahawa seorang peniaga dan pemilik kedai aksesori kenderaan didakwa hilang selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong.Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai sengaja mereka cerita berhubung kehilangan tersebut sebelum bertindak melarikan diri ke negara jiran.Adiknya pula disyaki bersubahat dengan memberikan keterangan palsu demi kepentingan peribadi. |
Ija Nizaruddin, adik akan dituduh esok - Kosmo - 24/07 10:30 pm MUAR – Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adiknya, Tengku Abd Aziz, 30, akan dituduh di Mahkamah Majistret, di sini esok |
Jujurlah Ija walaupun perit - Kosmo - 21/07 8:00 am Namun, sekiranya laporan itu disalahgunakan untuk tujuan peribadi, kesannya cukup besar kepada individu, masyarakat dan sumber penting negara. Kes terbaharu membabitkan pempengaruh, Tengku Nizaruddin atau Ija mendedahkan sisi gelap laporan polis palsu yang mencetuskan perdebatan dan kemarahan orang ramai |
'Saya malu nak keluar rumah, sampai tahap ini sekali saya dipermainkan' - Rakan Ija - Sinarharian - 20/07 11:16 pm MUAR "Kalau dia ada masalah, biarlah kami bantu. Duduk semeja dan bincang elok-elok, bukan begini sampai semua orang cari dia siang malam."Demikian luahan kecewa Muhammad Syahmi Mansur, 30, rakan kepada pempengaruh pemotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang mencetuskan kekecohan apabila didakwa hilang dan lemas di Sungai Tui, Bukit Kepong di sini sejak Isnin lalu.Bagaimanapun, polis mendedahkan dakwaan kehilangan tersebut hanyalah sandiwara yang dirancang bersama adiknya dengan membuat laporan palsu di balai polis sehingga mengundang kemarahan rakan-rakanya yang turut bertungkus lumus mencari pempengaruh berkenaan.Muhammad Syahmi memberitahu lebih 20 orang datang dari pelbagai daerah untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), malah ada yang mengambil cuti demi mencari rakan mereka."Semua rakan yang bantu mencarinya rasa kecewa |
Laporan Kehilangan Direka: Polis Siasat Dua Individu Kerana Maklumat Palsu - Careta - 20/07 10:20 pm Insiden bermula pada 15 Julai 2025 apabila seorang lelaki berusia 30 tahun, Tengku Abd Aziz bin Tengku Zainudin, membuat laporan polis di Balai Polis Lenga kononnya abangnya, Tengku Nizaruddin bin Tengku Zainudin, 38 tahun, hilang selepas dalam perjalanan dari Muar untuk membaiki kenderaan. |
Ija, kau bertaubatlah – Rakan - Mgazette - 20/07 10:13 pm KUALA LUMPUR - Seorang pempengaruh pemotoran kecewa apabila sahabat lamanya yang dikhuatiri hilang rupa-rupanya melarikan diri ke Thailand. Qaqal Jeffry berkata, dia dan rakan-rakan sanggup meninggalkan urusan kerja untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu |
Pempengaruh akhirnya serah diri di balai polis - Mgazette - 20/07 10:13 pm MUAR - Pempengaruh permotoran, Ija Nizaruddin atau nama sebenarnya, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu akhirnya tampil menyerah diri di Balai Polis Muar hari ini selepas lari ke negara jiran |
Buletin Drama Influencer Terbongkar, Rupanya Lari Ke Negara Jiran Read .. - Mekanika - 20/07 10:13 pm # DRAMA INFLUENCER TERBONGKAR, RUPANYA LARI KE NEGARA JIRAN **Misteri kehilangan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, akhirnya terungkai apabila siasatan polis mendedahkan lelaki itu sebenarnya melarikan diri ke negara jiran.** Perancangan rapi yang disangka tragedi itu terbongkar selepas adiknya berusia 30 tahun, membuka mulut ketika disoal siasat oleh pihak polis susulan laporan kehilangan yang dibuat sebelum ini |
'Semua orang cari dia' - Rakan kecewa dapat tahu berita kehilangan Ija palsu - Sinarharian - 20/07 4:40 pm MUAR "Kalau dia ada masalah, biarlah kami bantu. Duduk semeja dan bincang elok-elok, bukan begini sampai semua orang cari dia siang malam."Demikian luahan kecewa Muhammad Syahmi Mansur, 30, rakan kepada pempengaruh pemotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang mencetuskan kekecohan apabila didakwa hilang dan lemas di Sungai Tui, Bukit Kepong di sini sejak Isnin lalu.Bagaimanapun, polis mendedahkan dakwaan kehilangan tersebut hanyalah sandiwara yang dirancang bersama adiknya dengan membuat laporan palsu di balai polis sehingga mengundang kemarahan rakan-rakanya yang turut bertungkus lumus mencari pempengaruh berkenaan.Muhammad Syahmi memberitahu lebih 20 orang datang dari pelbagai daerah untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), malah ada yang mengambil cuti demi mencari rakan mereka."Semua rakan yang bantu mencarinya rasa kecewa |
‘Mana saya nak letak muka? Saya malu satu Malaysia tengok saya turun sungai nak selamatkan Ija’ – Rakan - Mdateline - 20/07 9:00 am Salah seorang rakan kepada pempengaruh permotoran, Muhammad Syahmi Mansur meluahkan rasa kecewa selepas ditipu hidup-hidup oleh Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau dikenali sebagai Ija |
Sandiwara kehilangan, apabila kepentingan peribadi mengatasi akal waras - Sinarharian - 20/07 7:45 am MISTERI kehilangan pempengaruh media sosial, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau lebih dikenali sebagai Ija, 38, yang sebelum ini menjadi bualan hangat, akhirnya terbongkar sebagai satu sandiwara demi kepentingan peribadi.Hasil siasatan polis mendedahkan bahawa individu berpengaruh itu bukan sahaja menenggelamkan kereta milik isterinya ke dalam Sungai Tui, Lenga, Muar, malah bertindak melarikan diri ke negara jiran, seolah-olah tiada sebarang rasa bertanggungjawab terhadap kesan perbuatannya.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan bahawa laporan kehilangan yang dibuat adik lelaki Ija pada 15 Julai lalu hanyalah helah untuk mengaburi pihak berkuasa.Motif di sebalik tindakan ini jelas menggambarkan perancangan yang teliti satu lakonan yang cuba memanipulasi emosi masyarakat dan undang-undang demi kepentingan sendiri.Fenomena seperti ini bukan sekadar kes jenayah biasa tetapi memperlihatkan sisi gelap bagaimana populariti dan pengaruh di media sosial mampu mendorong seseorang sanggup merancang drama kehidupan sekali gus memanfaatkan simpati umum.Ia juga menjadi cerminan betapa persepsi sering dijadikan perisai untuk menutup tindakan yang melanggar undang-undang.Lebih membimbangkan, insiden ini menguji kewibawaan pihak berkuasa serta tahap empati masyarakat yang mudah terpedaya dengan naratif yang dibina.Sikap sebegini, jika tidak ditangani boleh membuka ruang kepada lebih banyak drama terancang demi perhatian atau keuntungan peribadi.Persoalan kini, apakah hukuman setimpal mampu menjadi pengajaran agar tiada lagi individu berani mempermainkan emosi orang ramai demi tujuan peribadi?Lebih penting, mampukah masyarakat menilai semula sejauh mana mereka harus meletakkan kepercayaan kepada setiap kisah tragis yang tular di media sosial? |
Pempengaruh Kononnya Hilang Dan Kereta Ditemui Dalam Sungai Akhirnya Serah Diri! - Ohmedia - 19/07 8:03 pm Pempengaruh Ija Nizaruddin didakwa reka cerita hilang dan larikan diri ke negara jiran |
Kehilangan pempengaruh 'Ija' hanya sandiwara, dua beradik disiasat - Sinarharian - 19/07 1:50 pm MUAR Misteri kehilangan pempengaruh dikenali sebagai Ija, atau nama sebenarnya Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 rupa-rupanya hanya satu sandiwara yang dirancang untuk kepentingan peribadi.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga sebelum melarikan diri ke negara jiran.Menurut beliau, laporan kehilangan yang dibuat adiknya pada 15 Julai lalu dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa."Mangsa, Tengku Nizaruddin sebelum itu dikatakan hilang selepas memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke Muar untuk membaiki kenderaan."Adiknya, Tengku Abd Aziz, 30, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Lenga sehingga membawa kepada pelancaran operasi mencari dan menyelamat (SAR)."Namun, siasatan mendapati terdapat unsur penipuan dalam laporan tersebut, dan adik mangsa mengaku bersubahat serta sengaja berpura-pura menjalankan usaha pencarian bagi mengelirukan polis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Jelas beliau, kedua-dua individu iaitu adik dan Ija telah diambil keterangan dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas pihak polis memperoleh kebenaran menyiasat (OTI) dari pihak Timbalan Pendakwa Raya."Kes kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam serta Seksyen 109 kerana bersubahat melakukan kesalahan."Jika disabitkan, mereka boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali."Polis menegaskan tindakan membuat laporan palsu adalah kesalahan serius yang boleh menjejaskan sumber dan keutamaan tugasan pihak berkuasa," katanya. |
Pencarian pempengaruh dikhuatiri lemas dihentikan - Mgazette - 19/07 8:30 am # Pencarian pempengaruh dikhuatiri lemas dihentikan MUAR Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin yang dikhuatiri lemas dalam Sungai Tui, Lenga, Bukit Kepong di sini sejak Selasa lalu dihentikan hari ini |
Operasi cari pemandu kereta jatuh sungai ditamatkan selepas empat hari - SUN - 18/07 8:48 pm Sebanyak 77 pegawai dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam misi ini menggunakan kaedah darat, air, udara, anjing pengesan, dan dron. Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dilaporkan hilang selepas kereta Perodua Axia dipandunya terjunam ke sungai |
Missing influencer: Rescuers fail to find new leads, search in Muars .. - Malaymail - 18/07 7:53 pm MUAR, July 18 The search and rescue (SAR) operation for motoring influencer Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, w... |
Search for missing influencer in Sungai Tui called off after no new leads - SUN - 18/07 7:48 pm MUAR : The search and rescue operation for motoring influencer Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, missing since Monday after his car plunged into Sungai Tui, has been called off |
Kehilangan pempengaruh permotoran, polis tamatkan Ops SAR - Thempress - 18/07 7:24 pm MUAR – Memasuki hari keempat kehilangan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija yang dikhuatiri lemas di Sungai Tui, Bukit Kepong, di sini, polis hari… |
No new leads, search for missing influencer in Sungai Tui called off - Sinardaily - 18/07 7:22 pm MUAR - The search and rescue (SAR) operation for motoring influencer Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, who was reported missing on Monday after the vehicle he was driving plunged into Sungai Tui, Lenga, here, was called off today after rescuers failed to find any new leads.Muar district police chief ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz said the Incident Command Post (PKTK) at the scene had also been closed as the search for the 38-year-old victim entered its fourth day.He said the operation, launched after a partially submerged car was found in the river located in an oil palm plantation, involved 77 personnel from various agencies."The search was carried out using land, water, and air methods covering a radius of several kilometres from the scene by the Muar district police headquarters (IPD), the Marine Police Force, the K9 Unit, and the General Operations Force (PGA) personnel."Also involved were the Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM), its water rescue team (PPDA) and Drone Unit, he said in a statement today.According to Raiz Mukhliz, the PKTK was closed and the SAR operation called off following a decision to expand the search to other areas after a thorough search of the incident site had been completed.He said the move would also allow for better coordination among the agencies involved should other factors contributing to the victims disappearance come to light.However, Raiz Mukhliz said search efforts would still be carried out periodically by personnel from the Lenga police station with assistance from Muar IPD.Earlier, the media reported that the victim, a businessman and owner of a vehicle accessories shop, went missing after the Perodua Axia he was driving plunged into the river |
Operasi SAR Ija Nizaruddin di Sungai Tui ditamatkan - Sinarharian - 18/07 5:29 pm MUAR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dilaporkan hilang selepas keretanya ditemui di Sungai Tui, ditamatkan pada Jumaat selepas empat hari dijalankan tanpa sebarang petunjuk baharu.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang dibuka di lokasi juga telah ditutup secara rasmi.Menurutnya, keputusan menamatkan operasi SAR dibuat selepas pertimbangan beberapa faktor, termasuk usaha pencarian terperinci di lokasi kejadian yang telah selesai tanpa penemuan baharu serta keperluan memperluas pencarian ke lokasi lain."Mangsa dilaporkan hilang selepas kenderaan yang dipercayai dipandunya ditemui dalam keadaan separa tenggelam di Sungai Tui, kawasan kebun kelapa sawit di Bukit Kepong pada Selasa."Operasi SAR digerakkan serta-merta pada hari sama dengan kekuatan seramai 77 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penyelamat, meliputi pencarian dari darat, air dan udara dalam radius beberapa kilometer dari lokasi kejadian."Bagaimanapun, sehingga Jumaat, mangsa masih belum ditemui dan tiada petunjuk baharu berjaya dikesan," katanya dalam satu kenyataan.Selasa lalu, media melaporkan Tengku Nizaruddin atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddinhilang selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, namun mangsa tidak ditemui di dalam kenderaan itu.Justeru, operasi SAR yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Unit Dron JBPM, Pasukan Polis Marin, Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dijalankan bagi mengesan mangsa.Sementara itu, Raiz Mukhliz menegaskan bahawa proses pencarian seterusnya akan dilaksanakan secara berkala oleh anggota Balai Polis Lenga dengan bantuan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.Justeru, katanya, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan."Sebarang maklumat berkaitan kehilangan Tengku Nizaruddin boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Ismail Ali di talian 013-7165432," katanya. |
Pencarian Tengku Nizaruddin menerusi udara, darat tiada petunjuk baharu?? - Mgazette - 18/07 8:13 am # Pencarian Tengku Nizaruddin menerusi udara, darat tiada petunjuk baharu MUAR - Bomba menggunakan dron untuk mencari Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dilaporkan hilang dalam Sungai Tui, Bukit Kepong sejak Isnin lalu |
Search for missing influencer Tengku Nizaruddin enters third day in Muar - Malaymail - 17/07 2:06 pm MUAR, July 17 The search and rescue (SAR) operation for missing motoring influencer Tengku Nizaruddin Tengku Zai... |
Operasi SAR hari ketiga cari Tengku Nizaruddin di Muar - SUN - 17/07 1:29 pm MUAR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dipercayai hilang selepas keretanya terjunam ke Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong, diteruskan untuk hari ketiga hari ini |
Hari ketiga operasi SAR Ija Nizaruddin masih belum temui petunjuk baharu - Sinarharian - 17/07 12:38 am MUAR Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin yang dikhuatiri hilang selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong pada Isnin lalu, diteruskan pada hari ketiga.Operasi yang bermula seawal jam 8 pagi itu melibatkan seramai 60 anggota, termasuk daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, setakat jam 12 tengah hari, masih belum terdapat sebarang petunjuk baharu yang ditemui.Menurut beliau, usaha pencarian tertumpu di permukaan sungai menggunakan bot milik polis dan bomba, selain pemantauan udara dengan bantuan dron milik JBPM."Kami akan maklumkan perkembangan semasa sekiranya terdapat sebarang petunjuk baharu."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan."Siasatan juga masih dijalankan secara menyeluruh dan insiden ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Pada Selasa, Ija Nizaruddin dilaporkan hilang selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya dipercayai terjunam ke dalam sungai berkenaan.Bagaimanapun, mangsa tidak ditemui di dalam kenderaan terbabit. |
Pencarian pempengaruh Tengku Nizaruddin masuk hari ketiga, bomba guna dron - Astroawani - 17/07 12:20 am Operasi SAR pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin yang dipercayai hilang setelah kenderaan dipandunya terjunam ke dalam sungai, masuk hari ketiga. |
Search for missing motoring influencer Ija Nizaruddin enters third day - Sinardaily - 17/07 11:55 am MUAR - The search and rescue (SAR) operation for missing motoring influencer Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin continued for the third day today.The search along Sungai Tui in Jalan Bukit Kepong here, where the 38-year-old influencer's car plunged into, has not produced any new leads.Muar district police chief ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz said the search operation for Tengku Nizaruddin, also known as Ija, resumed at around 8am, involving about 60 police personnel and firemen.He said the search was being carried out using police and fire department boats to comb the water surface, along with aerial surveillance using a drone operated by the fire department."We will provide updates should there be any findings, and I urge the public not to speculate on this incident."We will not rule out any aspects or elements that need to be investigated, including other possible factors |
Pencarian Tengku Nizaruddin masuk hari ketiga, bomba guna dron - Mkini - 17/07 11:53 am Pempengaruh permotoran itu hilang setelah kenderaan dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong di Muar. |
Dikhuatiri lemas : Operasi pencarian diperluaskan 10KM - Careta - 17/07 8:01 am Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Norshuhada Amsari berkata, operasi mencari Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang turut dikenali sebagai Ija yang memasukkan hari kedua diteruskan pada 8.50 pagi hari ini |
Polis sudah ambil keterangan isteri, adik pempengaruh yang hilang - Mgazette - 17/07 7:52 am # Polis sudah ambil keterangan isteri, adik pempengaruh yang hilang MUAR - Polis sudah merakam keterangan isteri dan adik Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dilaporkan hilang di Sungai Tui, Bukit Kepong, Pagoh kelmarin bagi membantu siasatan |
Operasi carian lelaki hilang di Muar diperluas 10km - SUN - 16/07 9:07 pm Operasi turut disokong 26 anggota polis menggunakan bot di sungai, selain pencarian di darat, jelasnya. Rakan mangsa, Muhammad Syahmi Mansur, 30, berkata dia dan sembilan rakan lain segera mencari Tengku Nizaruddin atau Ija berdasarkan koordinat GPS yang diberikan isteri mangsa |
Axia terjunam: Polis ambil keterangan isteri, adik Ija bantu siasatan - Kosmo - 16/07 9:06 pm MUAR Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang dilaporkan hilang di Sungai Tui, Bukit Kepong di sini Isnin lalu bagi membantu siasatan |
Missing influencer search expands as police, fire dept use drones in Muar - SUN - 16/07 8:53 pm MUAR : Police are conducting a thorough investigation into the disappearance of motoring influencer Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, known as Ija, after his car plunged into Sungai Tui |
Siasatan menyeluruh kes pemandu kereta terjunam sungai di Muar - SUN - 16/07 8:17 pm MUAR : Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dari pelbagai sudut berikutan kehilangan seorang lelaki selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui di Jalan Bukit Kepong pada Isnin lepas. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang juga dikenali sebagai Ija, masih berterusan tanpa sebarang petunjuk baharu setakat 5 petang semalam |
Pempengaruh hilang: Polis panggil isteri, adik Ija Nizaruddin - Sinarharian - 16/07 6:28 pm MUAR Polis telah memanggil dan merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 atau lebih dikenali Ija Nizaruddin yang dilaporkan hilang di Sungai Tui, Bukit Kepong pada Isnin lalu bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, isteri dan adik mangsa telah diambil keterangan pada malam Selasa."Adik mangsa merupakan individu terakhir yang berjumpa dengan orang hilang pada kira-kira jam 3.30 petang pada hari kejadian di kawasan Bukit Kepong."Mereka telah berkonvoi dari Johor Bahru ke Muar sebelum berjumpa sebentar di kawasan Bukit Kepong sebelum masing-masing beredar ke destinasi masing-masing," katanya pada sidang akhbar di lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Tui pada petang Rabu.Beliau berkata, kehilangan Tengku Nizaruddin hanya disedari selepas polis dimaklumkan mengenai penemuan sebuah kereta putih yang separa timbul di Sungai Tui pada petang Selasa."Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi kemudiannya telah menjalankan selaman awal, namun tiada mangsa ditemui di dalam kenderaan |
I swam towards it: Friends emotional search for missing influencer - Sinardaily - 16/07 4:24 pm MUAR - A desperate friend swam through murky waters to inspect a sunken car, only to confirm it belonged to missing influencer Ija Nizaruddin, intensifying efforts to locate him in Sungai Tui, Muar.Muhammad Syahmi Mansur, 30, who has been close to Ija for years, recounted the moment he and several friends sprang into action after learning about Ijas disappearance on Monday night."We were told his car had gone missing, so that same night, nine friends and I searched for Ija based on the last known GPS location provided by his wife," he said.Their night-long search stretched as far as Muar, but to no avail |
Search area widens for missing motoring influencer, says Fire Department - Sinardaily - 16/07 3:21 pm MUAR - The disappearance of motoring influencer Ija Nizaruddin has gripped the nation, as a full-scale search and rescue operation enters its second day after his car was discovered at the bottom of Sungai Tui, Muar, without him inside.Authorities have now expanded the search radius to 10 kilometres from the point where the Perodua Axia he was driving was found on Tuesday.The 38-year-old, whose full name is Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, was last heard from around 4pm on Monday while en route to a friends workshop in Parit Bakar.According to Zone 4 Chief of the Johor Fire and Rescue Department, Senior Fire Superintendent II Norshuhada Amsari, operations resumed at 8.50am on Wednesday with a larger deployment of personnel.Todays operation involves seven scuba unit personnel from the Muar Fire and Rescue Station (BBP), as well as 11 members including three officers from BBP Pagoh |
Kereta terjunam dalam sungai: Ija Nizaruddin belum ditemui, radius pencarian diperluas - Sinarharian - 16/07 1:05 pm MUAR Radius operasi mencari dan menyelamat pempengaruh yang dipercayai hilang selepas kereta dipandunya ditemui terjunam ke dalam Sungai Tui di Jalan Bukit Kepong, di sini pada Selasa, diperluas hingga 10 kilometer dari lokasi kejadian.Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Kanan Bomba II Norshuhada Amsari berkata, operasi hari kedua mengesan mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 atau dikenali sebagai Ija Nizaruddin dimulakan pada jam 8.50 pagi."Operasi hari ini membabitkan tujuh anggota unit skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar serta 11 anggota termasuk tiga pegawai dari BBP Pagoh."Turut terlibat seorang pegawai dan 26 anggota termasuk polis |
“Cermin kereta terbuka, barang peribadi tidak ditemui” – Pencarian Pempengaruh Permotoran Masih Diteruskan - Lobakmerah - 16/07 12:25 am Seorang pempengaruh permotoran dilaporkan hilang sejak Isnin selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya ditemui di dasar Sungai Kampung Tui di Jalan Bukit Kepong. Mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Jalan Setia Indah, Johor Bahru pada pukul 12 tengah hari |
Motoring influencer missing, car found in Johor river - Sinardaily - 16/07 10:01 am MUAR - What was initially thought to be one of a mans usual jokes took a worrying turn for his family when his vehicle was found in Sungai Tui along Jalan Bukit Kepong here on Tuesday.Motoring influencer Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, better known as Ija Nizaruddin, was reported missing after the Perodua Axia he was driving was found submerged in the river this evening, with no trace of him inside.His younger brother, Tengku Abdul Aziz, 30, said they last met around 2pm on Monday after travelling separately from Johor Bahru to Muar."We left Johor Bahru in separate vehicles for business purposes |
Pempengaruh Permotoran Ija Nizaruddin Dikhuatiri Lemas Selepas Axia Terjunam ke Sungai di Muar - Careta - 16/07 7:30 am Mangsa yang berusia 38 tahun itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Jalan Setia Indah, Johor Bahru, sekitar tengah hari Isnin untuk ke bengkel rakannya di Parit Jawa |
Pempengaruh permotoran dikhuatiri lemas kereta terjunam dalam sungai - Mgazette - 16/07 7:25 am # Pempengaruh permotoran dikhuatiri lemas kereta terjunam dalam sungai MUAR Seorang pempengaruh permotoran dikhuatiri lemas selepas kereta Perodua Axia putih dipandu terbabas dalam Sungai Kampung Tui di Jalan Bukit Kepong, Jambatan Kampung Kecil, Pagoh di sini semalam. Mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Jalan Setia Indah, Johor Bahru pada pukul 12 tengah hari |
Pempengaruh hilang: Ija Nizaruddin keluar rumah untuk baiki kereta - Sinarharian - 15/07 9:47 pm MUAR Hasrat seorang pempengaruh permotoran untuk membaiki keretanya bertukar tragedi apabila dia dilaporkan hilang selepas kenderaan yang dipandunya ditemui tenggelam di Sungai Tui, Bukit Kepong, pada petang Selasa.Mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin difahamkan keluar dari rumahnya di Jalan Setia Indah 7/6, Johor Bahru kira-kira jam 9.30 pagi menuju ke Parit Bakar, Muar untuk membaiki kereta.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta berwarna putih di dalam sungai berhampiran kawasan kebun kelapa sawit kira-kira jam 3 petang."Siasatan awal mendapati kereta tersebut milik mangsa yang kali terakhir dilihat ketika keluar rumah untuk membaiki kenderaan."Setakat ini, operasi mengeluarkan kenderaan sedang dijalankan dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh serta Muar, namun mangsa masih belum ditemukan," katanya dalam satu kenyataan malam Selasa.Beliau berkata, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut giat menjalankan pencarian di sekitar lokasi kejadian.Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di talian 06-9564800 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan."Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam," katanya. |
'Abang saya belum sahih meninggal dunia' - Adik pempengaruh - Hmetro - 15/07 9:32 pm Muar: Belum ada kesahihan abang saya meninggal dunia. Saya minta jasa baik semua pihak padam hantaran itu, kata Tengku Abdul Aziz Tengku Zainudin, 30, adik kepada pempengaruh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, selepas kereta dinaiki terjunam dalam Sungai Tui, Bukit Kepong, di sini, hari ini |
Pempengaruh permotoran hilang, kereta ditemui dalam sungai - Sinarharian - 15/07 7:50 pm MUAR Seorang pempengaruh permotoran dikenali sebagai Ija Nizaruddin dikhuatiri lemas selepas kereta Perodua Axia yang dinaikinya ditemui terbabas ke dalam Sungai Kampung Tui, Bukit Kepong di sini pada Isnin.Mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dilaporkan keluar dari rumahnya di Jalan Setia Indah, Johor Bahru pada tengah hari Isnin lalu untuk ke bengkel rakannya di Parit Jawa.Menurut rakannya, Muhammad Nazmi Mohd Zainal, 30, kereta milik mangsa berwarna putih ditemui sudah terjunam di dalam sungai tersebut, namun mangsa masih belum dapat dikesan."Buat masa ini, pihak bomba dan penyelamat sedang melakukan pencarian ke dalam sungai dan sekitarnya bagi mengesan mangsa."Isterinya ada memaklumkan yang sebelum ini suaminya (Ija) pernah mengalami serangan jantung ketika memandu |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |