| /// |
|
| Search : Nik Nazmi Nik News | Page 1 |
|
Nasib Nik Nazmi diserah kepada proses ditentukan parti ??? Rafizi - Mygazette - 18/10 8:22 am # Nasib Nik Nazmi diserah kepada proses ditentukan parti Rafizi AMPANG - Nasib Nik Nazmi Nik Ahmad dalam Parti Bersama Malaysia (Bersama) susulan pengesahan beliau ditangkap khalwat akan ditentukan menerusi proses dalaman parti |
|
Nik Nazmi sahkan dia ditangkap khalwat - Mygazette - 18/10 8:22 am KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau adalah individu yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat dengan seorang wanita bukan mahram di sebuah rumah di Petaling Jaya, 15 Oktober lalu |
|
MAIS nafi JAIS perangkap Nik Nazmi - Mygazette - 18/10 8:22 am SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan dakwaan bahawa penahanan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung kes khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lepas ialah satu tindakan penganiayaan atau perangkap |
|
Parti Bersama rehatkan Nik Nazmi selama 3 bulan daripada semua aktiviti - Mygazette - 18/10 8:22 am # Parti Bersama rehatkan Nik Nazmi selama 3 bulan daripada semua aktiviti KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia memutuskan untuk merehatkan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan bermula 20 Oktober ini hingga 19 Januari 2027 |
|
Itu bukan kerja PKR, kita tak nak pun perangkap orang –... - Mygazette - 18/10 8:22 am # Itu bukan kerja PKR, kita tak nak pun perangkap orang - Amirudin KUALA LUMPUR - PKR menafikan dakwaan kononnya parti itu menggunakan taktik jahat untuk memerangkap mana-mana lawan politik, termasuk dakwaan berhubung kes tangkapan khalwat terhadap bekas Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini |
|
Kes khalwat Nik Nazmi: Beri ruang siasatan, jangan sebar rakaman CCTV - Amirudin - Sinarharian - 17/10 11:24 pm SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau membuat spekulasi berhubung kes khalwat membabitkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang masih dalam siasatan.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, orang ramai perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan selain menjaga aib individu terbabit selagi kes itu belum memasuki peringkat pendakwaan.Beliau berkata, tindakan menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat andaian sendiri tidak membawa manfaat kepada masyarakat."Kalau ada kesalahan dibuat, kita juga harus menjaga air muka dan aib kepada yang tersangkut sebab mungkin ada kesilapan dilakukan atau ada perkara yang tidak dapat dielakkan dan perkara ini baru di peringkat siasatan."Belum lagi di peringkat pendakwaan dan sebagainya, jadi beri ruang kepada pihak penguat kuasa untuk melakukan siasatan dan kita tak bolehlah membuat jangkaan, sangkaan atau sebarkan yang bukan-bukan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Hafazan Al-Quran dengan Qiraat Peringkat Negeri Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini pada Sabtu.Sebelum ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes khalwat melibatkan seorang figura awam di sekitar daerah Petaling, pada jam 6 petang Rabu.Susulan itu, pada Sabtu, Nik Nazmi mengesahkan dirinya merupakan seorang daripada dua individu yang ditahan JAIS.Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.Mengulas mengenai rakaman CCTV yang tersebar di media sosial, Amirudin menjelaskan, rakaman itu tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti penahanan yang diperkatakan.Menurut beliau, penyebaran maklumat sedemikian mungkin dilakukan atas tujuan tertentu termasuk untuk meraih perhatian dan meningkatkan jumlah pengikut di media sosial."Tindakan (menyebarkan rakaman CCTV) tidak memberikan manfaat kepada masyarakat dan komuniti," tambah beliau.Beliau memberitahu, JAIS menjalankan tindakan penguatkuasaan berdasarkan aduan yang diterima sebelum siasatan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.Ujar beliau, tindakan hanya diambil selepas perkara itu diteliti bagi memastikan ia berdasarkan landasan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa."Setiap tindakan dibuat berdasarkan aduan yang diterima, diikuti siasatan sebelum tindakan diambil apabila terdapat kecurigaan atau syak wasangka," tambah beliau. |
|
'Saya bukan wanita itu'- NaniRoc nafi ditangkap khalwat dengan Nik Nazmi - Sinarharian - 17/10 8:10 pm SHAH ALAM - Seorang pengacara dikenali sebagai Nani Roslan menafikan spekulasi yang mengaitkan dirinya sebagai wanita yang ditahan dalam insiden khalwat membabitkan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.Menerusi kenyataan yang dikongsikan di akaun Instragram NaniRoc, beliau pada awalnya tidak menyangka perlu tampil memberikan penjelasan, namun mengambil keputusan berbuat demikian selepas namanya dikaitkan dengan pelbagai dakwaan yang disifatkan tidak berasas.Katanya, lebih mengecewakan spekulasi berkenaan turut disusuli komen berunsur lucah, penghinaan serta kata-kata yang merendahkan maruahnya sebagai seorang wanita."Saya percaya tiada wanita yang sepatutnya diseksualkan, dihina atau dimalukan hanya berdasarkan andaian yang tidak berasas," katanya.Beliau turut menafikan tuduhan kononnya beliau juga terlibat dalam merancang insiden tersebut."Saya nak tegaskan di sini, dakwaan itu tidak benar sama sekali," katanya lagi.Nani menjelaskan bahawa beliau merupakan pengacara profesional yang sepanjang kerjayanya mengendalikan pelbagai program dan majlis membabitkan individu daripada pelbagai latar belakang.Beliau mendakwa pernah berdepan tindakan sekatan, disenarai hitam, pembatalan pada saat akhir serta namanya digugurkan daripada senarai pengacara majlis susulan kaitan tugasan profesionalnya dengan parti politik tertentu sebelum kontroversi tersebut tercetus."Melaksanakan tugas tidak bermakna saya menyokong pandangan politik mana-mana pihak."Untuk makluman penglibatan saya sebagai hos audio siar telah berakhir pada 30 September 2026," jelasnya.Mengulas reaksi orang ramai terhadap kontroversi berkenaan, beliau berkata rasa ingin tahu bukanlah satu kesalahan, namun ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk bertindak secara biadab atau menyebarkan tuduhan tanpa asas."Kebebasan bersuara bukan lesen untuk memfitnah dan perbuatan fitnah boleh membawa implikasi undang-undang," tegasnya. |
|
Bersama rehatkan Nik Nazmi tiga bulan – Presiden - Mydateline - 17/10 7:00 pm Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi Parti Bersama Malaysia (Bersama) selama tiga bulan berkuat kuasa 20 Okt ini hingga 19 Jan 2027 |
|
'Bukan kerja kita atur khalwat' - Amirudin - Sinarharian - 17/10 6:01 pm KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari menafikan penglibatan parti itu mengatur perangkap bagi menjatuhkan lawan politik berkaitan kes khalwat bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan partinya mempunyai banyak urusan lain untuk diberikan perhatian berbanding terbabit dalam tindakan tersebut."Kita pun ada banyak kerja lain daripada nak mengatur khalwat."Tidak pernah dibincang atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik |
|
Nik Nazmi suspended from Bersama activities for three months - Sinardaily - 17/10 4:53 pm SHAH ALAM Parti Bersama Malaysia (Bersama) has decided to suspend Nik Nazmi Nik Ahmad from all official party activities for three months, from Oct 20 to Jan 19, 2027.Its president Syukri Razab said the party considered the decision necessary and reasonable.However, he said Bersama did not disregard Nik Nazmis contributions and commitment to the partys cause since its relaunch in May.Bersama takes note of Nik Nazmis statement and admission regarding his involvement in a case that recently came to light.We take this development seriously and believe that every issue involving Bersamas leadership and members must be handled appropriately to safeguard the partys integrity, credibility and public confidence.Therefore, Bersama has decided to suspend Nik Nazmi from all official party activities for three months, he said in a statement on Saturday.Nik Nazmi had earlier confirmed that he was one of two individuals detained by the Selangor Islamic Religious Department (Jais) in a khalwat (close proximity) case in Petaling Jaya last Thursday.Explaining the circumstances, he said he and his colleagues had initially held a discussion at a studio in Brickfields, Kuala Lumpur, before deciding to continue it in Petaling Jaya to review materials related to a project.He admitted that only he and the woman concerned were at the premises when Jais officers arrived. |
|
Bersama suspends Nik Nazmi from party activities for three months from Oct 20 after Jais incident - Malaymail - 17/10 4:35 pm KUALA LUMPUR, Oct 17 Parti Bersama Malaysia has suspended Nik Nazmi Nik Ahmad from all official party activities... |
|
Nik Nazmi direhatkan tiga bulan - Bersama - Sinarharian - 17/10 4:33 pm SHAH ALAM - Parti Bersama Malaysia (Bersama) membuat keputusan merehatkan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada menyertai semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 19 Januari 2027.Presiden Bersama, Syukri Razab berkata, pihaknya berpendirian bahawa keputusan itu adalah perlu dan munasabah.Menurut beliau, Bersama bagaimanapun tidak menafikan segala sumbangan dan komitmen Nik Nazmi terhadap perjuangan parti sejak ia dilancarkan semula pada Mei lalu."Bersama mengambil maklum kenyataan dan pengakuan Nik Nazmi berhubung penglibatannya dalam satu kes yang tersebar baru-baru ini."Kami memandang serius perkembangan tersebut selain berpendirian bahawa setiap isu yang melibatkan kepimpinan dan anggota Bersama mesti ditangani sewajarnya demi memelihara integriti, kredibiliti serta keyakinan masyarakat terhadap parti."Sehubungan itu, Bersama memutuskan untuk merehatkan Nik Nazmi daripada semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Nik Nazmi mengesahkan dirinya ialah salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden tangkap khalwat di Petaling Jaya pada Khamis lepas.Sambil menjelaskan keadaan sebenar, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek.Beliau mengakui ketika pegawai JAIS tiba, hanya dirinya dan wanita terbabit yang ada di dalam premis berkenaan.Namun, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan tiada tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka terjadi.Nik Nazmi bagaimanapun enggan memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya sedia menerima apa jua keputusan Bersama selain memberikan kerjasama bagi sebarang proses perundangan. |
|
'Terserah kepada pimpinan Bersama' - Rafizi ulas isu Nik Nazmi ditahan JAIS - Sinarharian - 17/10 4:01 pm AMPANG - Kes tangkap khalwat bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dengan seorang wanita diserahkan kepada barisan kepimpinan Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk tindakan selanjutnya, kata Datuk Seri Rafizi Ramli.Bekas Menteri Ekonomi itu berpandangan, keperluan sama ada Nik Nazmi direhatkan, disabitkan kesalahan atau sebaliknya tertakluk kepada proses perlembagaan Bersama.Rafizi bagaimanapun menghargai tindakan Nik Nazmi yang sanggup menjelaskan keadaan sebenar, memohon maaf dan menerima apa jua kemungkinan tindakan disabitkan ke atasnya menerusi kenyataan media terbaharu di Facebook.ARTIKEL BERKAITAN: Nik Nazmi bukan mangsa perangkap JAIS MAIS"Saya sebagai kawan menghargai tindakannya kerana beliau tidak mempolitikkan keadaan dan menerima hakikat |
|
PRN Melaka: PKR tawar calon berpengalaman, muda dan wanita - Amirudin - Sinarharian - 17/10 3:51 pm KUALA LUMPUR - PKR akan mempertaruhkan calon lama dan berpengalaman, golongan muda serta wanita daripada pelbagai kaum pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November depan.Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, calon yang akan ditawarkan parti berkenaan ialah mereka yang berupaya untuk berbakti kepada masyarakat serta mempunyai faktor tertentu dalam memberikan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi."Di sesetengah kawasan DUN yang kita mempunyai asas sokongan agak rendah, kita akan berikan peluang kepada calon-calon supaya mereka menimba pengalaman, ini antara pelan jangka panjang kepada parti dan PH (Pakatan Harapan)," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Semarak Kasih bersama pelajar Yayasan Selangor di sini pada Sabtu.Ditanya mengenai kerjasama dengan parti lain, Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, perkara itu akan diputuskan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh dilaporkan berkata, parti itu akan bertanding sembilan kerusi pada PRN Melaka, dengan senarai calon parti itu akan diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan pada 24 Oktober ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka, dengan 10 November sebagai hari undi awal, manakala 31 Oktober sebagai hari penamaan calon.DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan pada PRN lepas Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi, PH dengan lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.Dalam perkembangan berasingan, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor menafikan sebarang penglibatan PKR atau serangan terancang bermotifkan politik berkaitan kes khalwat melibatkan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat melibatkan seorang pemimpin politik di sekitar daerah Petaling pada jam 6 petang, 15 Oktober lepas |
|
Nik Nazmi bukan mangsa perangkap JAIS MAIS - Sinarharian - 17/10 3:27 pm SHAH ALAM Dakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memerangkap bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kes khalwat adalah tidak benar.Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, JAIS menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima dan mengikut peruntukan undang-undang, bukannya memanipulasi keadaan untuk mengenakan individu tertentu.Menurutnya, setiap aduan perlu disiasat secara menyeluruh tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu terbabit."Bila dikatakan seolah-olah jabatan agama terlibat dalam manipulasi dan sebagainya, ini tidak benar sama sekali."Kami juga ada tanggungjawab mengikut undang-undang apabila aduan dibuat, kami perlu melakukan siasatan secara menyeluruh," katanya ketika ditemui pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Nik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maafJAIS sahkan tangkapan kes khalwat babit pemimpin kanan parti politikSalehuddin memberitahu, orang ramai perlu memberi ruang kepada JAIS melengkapkan siasatan sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung kes berkenaan.Beliau menjelaskan, tindakan pendakwaan hanya akan dipertimbangkan sekiranya siasatan menemukan keterangan yang jelas dan mencukupi."Percayalah JAIS akan melakukan sebaik mungkin siasatan dan kalau ada keterangan jelas, akan buat pertuduhan di mahkamah," ujar beliau.Salehuddin berkata, tindakan memaklumkan penahanan itu kepada masyarakat bertujuan menjelaskan pihak berkuasa agama mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima.Menurutnya, tindakan mengikut prosedur undang-undang penting bagi mengelakkan timbulnya dakwaan bahawa penguatkuasaan dilakukan secara sewenang-wenangnya."Kita mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan sekiranya dilakukan tanpa peraturan dan sebagainya, kita juga akan ditohmah," ujar beliau.Mengulas status dua individu yang ditahan dalam kes itu, beliau berkata, kedua-duanya dibebaskan selepas keterangan direkodkan dan dilepaskan dengan jaminan.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Nik Nazmi mengesahkan dirinya merupakan seorang daripada dua individu yang ditahan JAIS dalam insiden di Petaling Jaya pada Khamis.Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan. |
|
Nik Nazmi dedah kronologi kejadian ditangkap JAIS, mohon maaf kepada keluarga dan penyokong - Mydateline - 17/10 12:30 am “Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan,” berikut antara pengakuan terbuka daripada Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas dirinya dikaitkan .. |
|
Nik Nazmi admits being detained by Jais, apologises - Sinardaily - 17/10 11:43 am SHAH ALAM Former Setiawangsa MP Nik Nazmi Nik Ahmad has confirmed that he was one of two individuals detained by the Selangor Islamic Religious Department (Jais) in an incident in Petaling Jaya on Thursday.The Parti Bersama Malaysia (Bersama) leader explained that he and his colleagues had initially held a discussion at a studio in Brickfields, Kuala Lumpur, before deciding to continue with the discussion in Petaling Jaya to review some materials related to the project being discussed.When Jais officers arrived, only the woman and I were there |
|
Nik Nazmi confirms he was one of two caught in Petaling Jaya Jais raid, apologises to wife and family - Malaymail - 17/10 11:39 am KUALA LUMPUR, Oct 17 Bersama leader Nik Nazmi Nik Ahmad has confirmed that he is one of the two individuals invo... |
|
Nik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf - Sinarharian - 17/10 11:06 am SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dirinya merupakan seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden di Petaling Jaya, Khamis lalu.Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan."Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada |
|
Selepas Taman Sri Muda, kerajaan perlu serius hadapi risiko saman akibat .. - Mygazette - 7/10 7:58 am # Selepas Taman Sri Muda, kerajaan perlu serius hadapi risiko saman akibat banjir Nik Nazmi KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil serius risiko tindakan undang-undang susulan bencana banjir pada masa depan, terutama sekiranya kegagalan dalam perancangan, penyelenggaraan infrastruktur atau tindak balas kecemasan menyebabkan kerugian dan kemusnahan kepada rakyat. Jurucakap parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan Mahkamah Tinggi berhubung banjir besar Taman Sri Muda pada 2021 menjadi peringatan kerajaan dan agensi berkaitan tidak boleh menganggap kejadian banjir ekstrem semata-mata sebagai bencana di luar kawalan manusia |
|
Tiada pilihan raya kecil bagi Parlimen Petaling Jaya - SPR - Sinarharian - 5/10 4:46 pm PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pilihan raya kecil (PRK) dijalankan bagi kerusi Parlimen Petaling Jaya susulan peletakan jawatan penyandangnya, Lee Chean Chung, Jumaat lalu.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya menerima pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat bertarikh 2 Oktober 2026 berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya."Berdasarkan kepada Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut."Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil Bahagian Pilihan Raya Parlimen P 105 Petaling Jaya akan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Keputusan itu menjadikan Petaling Jaya sebagai kerusi Parlimen keempat dalam penggal semasa yang dikosongkan tanpa disusuli PRK, selepas Pandan, Setiawangsa dan Subang.Sebelum ini, SPR pada 20 Mei mengesahkan tiada PRK bagi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas kedua-dua penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi masing-masing.Pada Ogos lalu pula, SPR mengesahkan tiada PRK bagi Parlimen Subang susulan peletakan jawatan penyandangnya, Wong Chen.Sementara itu, Chean Chung, 45, melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga tahun yang diterimanya pada 30 September 2026.Beliau sebelum ini mendakwa akses terhadap peruntukan kawasan Petaling Jaya telah disekat, selain pengurusannya diambil alih menerusi proses yang didakwa tidak telus. |
|
Bekas MP PJ Chean Chung sertai Bersama – Rafizi - Mygazette - 5/10 4:33 pm Terdahulu Rafizi berkata, Chean Chung menghantar permohonan menyertai Bersama pada hari ini dan permohonan itu akan diproses mengikut tata cara keahlian. Rafizi berkata, Chean Chung akan bersama-sama beliau, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen sebagai pemimpin Bersama dalam proses interim sebelum pemilihan kepimpinan baharu parti yang dijangka diadakan tahun depan |
|
Kalau sudah tidak minat, tak ada masalah, pergilah dengan baik – .. - Mygazette - 3/10 7:05 am Chean Chung sebelum ini telah meletakkan jawatan sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada Jun lalu selepas 18 tahun bersama parti berkenaan, namun ketika itu beliau menegaskan masih kekal sebagai ahli PKR dan akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya sehingga Parlimen dibubarkan. Dengan peletakan jawatan itu, Chean Chung menjadi antara Ahli Parlimen PKR yang meninggalkan kedudukan sebagai wakil rakyat selepas Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen |
|
I hope to stay on in PJ for GE16, says Lee Chean Chung - Sinardaily - 2/10 3:03 pm PETALING JAYA - Former MP Lee Chean Chung has hinted that he intends to remain in Petaling Jaya for the next general election but has not indicated if he would join Bersama, the party launched by former PKR leaders Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad."I want to stay in PJ," Lee said when asked if he would contest the same parliamentary seat in GE16.Lee announced his resignation as an MP without conditions, effective Friday (Oct 2), during a press conference.He said he would submit his resignation letter as a PKR member on Monday (Oct 5).Pressed on whether this meant he would join Bersama, Lee said he had already made his decision but stopped short of revealing it."But I am sure all of you probably have a good idea of where I am going to go," he added.He also said he was increasingly confused about the governments direction and questioned whether being a unity government justified compromises, particularly after Datuk Seri Najib Razak was allowed conditional house arrest without a full explanation.He said PKR was the first political party he joined, leaving a corporate career to devote much of his youth to the political struggle as he believes that politics should be used to defend those treated unfairly.He said that from 2008 to 2022, he endured political pressure, took to the streets over the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal, was charged under the Peaceful Assembly Act 2012, and appeared in court repeatedly."I have never regretted it |
|
Chean Chung umum letak jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya - Sinarharian - 2/10 12:21 am SHAH ALAM - Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya berkuat kuasa serta-merta, susulan keputusan penggantungan keahliannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga tahun.Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas menerima keputusan penggantungan pada 30 September lalu, selain mendakwa akses terhadap peruntukan RM3 juta bagi kawasan Petaling Jaya sebelum ini telah disekat dan digunakan wakil parti.Menurutnya, keadaan menjadi lebih serius apabila beliau tidak lagi dibenarkan berbahas atau menyatakan pendirian dalam parti, manakala pengurusan peruntukan kawasan pula diambil alih melalui proses yang didakwa tidak telus."Selama ini saya bersuara mengenai pelbagai isu rakyat (dan) jangkaannya, ini antara sebab-sebab yang mengakibatkan saya digantung."Namun, masalah rakyat tidak akan berhenti hanya kerana saya diarahkan untuk diam."Adakah saya patut terus menerima gaji sebagai ahli Parlimen tetapi hanya duduk senyap seperti tunggul? Tidak," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat.Beliau menjadi ahli Parlimen keempat daripada PKR yang meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat selepas Datuk Seri Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang).Chean Chung menegaskan semakin keliru dengan hala tuju Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun sebelum ini berstatus ahli Parlimen penyokong kerajaan.Malah beliau mendakwa, terdapat perubahan standard dalam isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan reformasi institusi berbanding ketika Pakatan Harapan (PH) berada sebagai pembangkang.Beliau turut membangkitkan isu dakwaan pemilikan saham berlebihan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dakwaan RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli Parlimen PKR serta gesaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan mafia korporat.Selain itu beliau turut mempersoalkan isu kes berprofil tinggi yang berakhir dengan keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) serta kelewatan reformasi untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya."Rakyat berhak bertanya, mengapa dahulu kita begitu marah terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kerosakan institusi, tetapi apabila peluang memegang kerajaan, standardnya berubah?"Ada yang berkata Anwar masih pilihan terbaik, bahawa kerajaan perlu berkompromi kerana ini Kerajaan Perpaduan," ujarnya.Sementara itu mengenai kedudukannya dalam parti, Chean Chung menjelaskan, PKR merupakan parti politik pertama yang disertainya dan meninggalkan kerjaya korporat untuk memberi sebahagian besar usia mudanya kepada perjuangan politik.Menurutnya, sepanjang tempoh 2008 hingga 2022, beliau telah melalui pelbagai tekanan politik termasuk turun ke jalan raya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman dan berulang kali hadir ke mahkamah."Saya tidak pernah menyesal |
|
Lee Chean Chung quits as Petaling Jaya MP - Sinardaily - 2/10 11:50 am PETALING JAYA: Lee Chean Chung has announced his decision to resign as the Petaling Jaya Member of Parliament without any conditions, effective Friday (Oct 2).He announced the decision during a press conference today and said he will issue his resignation letter as a PKR member on Monday (Oct 5).On Sept 30, I received the decision that my membership has been suspended for three years and that I have received the black and white for that.As such, I have made the decision to resign (as the Petaling Jaya MP) without any conditions, he said during the press conference.He also said he met Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Johari Abdul on Thursday (Oct 1) to inform him of the matter.He also cited several issues he had championed, including the Urban Renewal Act, the monopoly in Malaysias foreign worker management system, as well as the Sales and Service Tax (SST), as possible reasons for his suspension.There had previously been rumours that PKR was set to suspend Lee from the party for three years to prevent Bersama, the party launched by former PKR members Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad, from automatically gaining an MP.It was also reported that the decision to suspend Lee was due to growing unhappiness among grassroots members in the Petaling Jaya division following Lees involvement in Bersamas events, despite him still being a PKR member |
|
In Melaka and GE16, PH Bersatu MUDA must team up to beat BN PN - Sinchew - 28/09 4:00 pm Without Rafizis star power, few would give the party a second glance. Nik Nazmi Nik Ahmad remains in Rafizis shadow and lacks similar political charisma, while Wong Chen acts largely as a side player |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |