///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Nepal News   Page 1    



Banjir Nepal: Kerajaan salur bantuan RM540,000 kepada 54 keluarga mangsa .. - Mygazette - 26/11 8:22 am

# Banjir Nepal: Kerajaan salur bantuan RM540,000 kepada 54 keluarga mangsa - Ramanan KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM540,000 bagi membantu 54 keluarga rakyat Malaysia yang terkesan akibat tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal pada 26 Ogos lepas





Banjir Nepal: Sijil anggapan kematian dijangka dikeluarkan seawal Disember .. - Mygazette - 26/11 8:22 am

# Banjir Nepal: Sijil anggapan kematian dijangka dikeluarkan seawal Disember - Ramanan KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sijil anggapan kematian mangsa tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal dijangka dikeluarkan seawal Disember ini selepas Kementerian Luar menerima dokumen berkaitan daripada pihak berkuasa negara berkenaan





'Certificate of presumed death for Nepal flood victims to be issued as early as Dec' - Mkini - 25/11 9:46 pm

Ramanan says NRD waiting for verification documents from Nepali govt.





Kerajaan salur bantuan RM540,000 kepada 54 keluarga mangsa tragedi banjir Nepal - Ramanan - Astroawani - 25/11 9:45 pm

Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM540,000 bagi membantu 54 keluarga rakyat Malaysia yang terkesan akibat tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal pada 26 Ogos lepas.





Kerajaan salur bantuan RM540,000 kepada 54 keluarga mangsa tragedi banjir Nepal - Ramanan - Sinarharian - 25/11 7:54 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM540,000 bagi membantu 54 keluarga rakyat Malaysia yang terkesan akibat tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal pada 26 Ogos lepas.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, setiap keluarga akan menerima bantuan khas itu secara sekali bayar.Beliau berkata, pada 4 November lepas, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)menyalurkan bantuan berjumlah RM174,000 kepada 28 keluarga pencarum yang layak, manakala bantuan khas kali ini diperluas kepada kesemua 54 keluarga yang terlibat."Walaupun bantuan ini tidak mungkin dapat menggantikan ketenangan yang hilang, Kerajaan Madani berharap bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ahli keluarga ketika ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan kepada Keluarga Mangsa Banjir dan Tanah Runtuh di Nepal di Menara PERKESO di sini pada Rabu.Ramanan berkata, susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wakil Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH) pada 20 Oktober lepas, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) diberi mandat untuk menyelaras dan memantaupermohonan serta tindakan susulan berkaitan kebajikan keluarga mangsa.Selain itu, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) di bawah Kesuma dipertanggungjawabkan membantu kesemua keluarga terlibat, khususnya dalam memastikan kebajikan dan keperluan mereka terus diberi perhatian sewajarnya.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Luar, Kementerian Kewangan, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pendaftaran Negara serta PERKESO dan Mitra atas kerjasama dalam menyelaras pengurusan bencana itu.Sementara itu, Nurulhani Othman, 44, isteri kepada mangsa tragedi, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 44, berkata, bantuan RM10,000 yang diterima akan digunakan untuk melunaskan baki hutang suaminya, selain komitmen kewangan lain yang masih tertunggak."Saya sangat bersyukur kerana ada pihak yang sudi membantu





Ramanan says Nepal tragedy families may get long-awaited closure with death certificates due in December - Malaymail - 25/11 7:54 pm

KUALA LUMPUR, Nov 25 Certificates of presumed death for the victims of the flood and landslide tragedy in Nepal are ex...





Banjir Nepal: Sijil anggapan kematian dijangka dikeluarkan seawal Disember – Ramanan - Mydateline - 25/11 7:36 pm

Sijil anggapan kematian mangsa tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal dijangka dikeluarkan seawal Disember ini selepas Kementerian Luar menerima dokumen berkaitan daripada pihak berkuasa ..





Certificate of presumed death for Nepal flood tragedy victims to be issued as early as December- Ramanan - Sinardaily - 25/11 7:32 pm

KUALA LUMPUR - Certificates of presumed death for the victims of the flood and landslide tragedy in Nepal are expected to be issued as early as December, once the authorities in that country provide the relevant documentation to the Ministry of Foreign Affairs.Human Resources Minister Datuk Seri R





Sijil anggap kematian mangsa banjir Nepal dikeluarkan awal Disember - FMT - 25/11 7:31 pm

Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata JPN akan keluar sijil itu sebaik terima dokumen pengesahan daripada kerajaan Nepal.





Certificates of presumed death to be issued to families of Nepal flood victims soon - FMT - 25/11 7:28 pm

Human resources minister R Ramanan says JPN will hand over the documents once they are received from the Nepali government.





Banjir Nepal: Sijil anggapan kematian dijangka dikeluarkan awal Disember - Ramanan - Sinarharian - 25/11 7:13 pm

KUALA LUMPUR - Sijil anggapan kematian mangsa tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal dijangka dikeluarkan seawal Disember ini selepas Kementerian Luar menerima dokumen berkaitan daripada pihak berkuasa negara berkenaan.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan proses pengeluaran sijil berkenaan sebaik sahaja menerima dokumen pengesahan daripada Kerajaan Nepal."Saya dapat kepastian daripada Ketua Pengarah JPN (Datuk Badrul Hisham Alias) bahawa sebaik sahaja dokumentasi dikeluarkan Kementerian Luar yang diterima daripada pihak Nepal, beliau bersedia untuk keluarkan secepat mungkin."Kami menjangkakan proses itu dapat diselesaikan seawal Disember," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan kepada Keluarga Mangsa Banjir dan Tanah Runtuh di Nepal di Menara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini pada Rabu.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, Pengasas Bersama Solidariti Malaysia: Keluarga Dalam Harapan (MASFIH), Dr Manivannan Rethinam serta ahli keluarga mangsa.Pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, urusan pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi banjir di Nepal tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran negara itu.Beliau berkata, JPN hanya boleh mengeluarkan sijil kematian rasmi di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) selepas pihak berkuasa di lokasi insiden mengeluarkan pengesahan terlebih dahulu.- Bernama





JPN keluar sijil kematian 54 rakyat Malaysia selepas pengesahan Nepal - Mygazette - 25/11 3:36 pm

# JPN keluar sijil kematian 54 rakyat Malaysia selepas pengesahan Nepal KUALA LUMPUR - Urusan pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi banjir di Nepal tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran negara itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail





Banjir Nepal: Pengisytiharan anggapan kematian tertakluk prosedur .. - Mygazette - 25/11 3:36 pm

# Banjir Nepal: Pengisytiharan anggapan kematian tertakluk prosedur perundangan negara itu KUALA LUMPUR - Urusan pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi banjir di Nepal tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran negara itu,kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail





Banjir Nepal: Pengisytiharan anggapan kematian tertakluk prosedur perundangan negara itu - Astroawani - 25/11 3:15 pm

Urusan pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi banjir di Nepal tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran negara itu.





Pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia tertakluk perundangan Nepal - FMT - 25/11 1:38 pm

JPN hanya boleh mengeluarkan sijil kematian rasmi bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 selepas pihak berkuasa di lokasi insiden mengeluarkan pengesahan terlebih dahulu.



India seizes Nepal flood crisis to rebuild influence as China gains ground - Straitstimes - 24/11 5:07 pm

Chinas economic rise has given Kathmandu greater room to manoeuvre between its neighbours.





China will actively support Nepal's post-disaster reconstruction - Cgtn - 24/11 8:34 am

China will actively support Nepal's post-disaster reconstruction efforts and help people in disaster-hit areas rebuild their homes and return to normal life and work as early as possible, Chinese Foreign Ministry spokesperson Guo Jiakun said Monday.





India pledges $1.6bn in flood relief for Nepal as Balendra Shah visits Modi - Aljazeera - 24/11 2:12 am

Nepal's Prime Minister Balendra Shah is in New Delhi for a two-day visit his first since coming to power in March.





KK Mart sokong pembangunan bakat sukan melalui kejohanan karate antarabangsa - Sinarharian - 23/11 7:12 pm

KEJOHANAN Karate Terbuka Selangor KK Mart Gojukai ke-15 2026 menghimpunkan 30 pasukan dari tujuh negara dalam usaha memperkukuh pembangunan bakat karate di peringkat tempatan dan antarabangsa.Kejohanan selama dua hari yang berlangsung di South City Plaza pada 21 dan 22 November 2026 itu disertai pasukan dari India, Syria, Nepal, Indonesia, Brunei, Pakistan dan Malaysia.Majlis perasmian kejohanan disempurnakan Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan KK MART Retail Berhad, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan bersama Pengerusi Selangor Karate-Do Goju-kai Association, Master Yondan J



Months after flood devastated families in Nepal, survivors live in trauma - Straitstimes - 23/11 5:10 pm

Hospital officials say more people are seeking care for mental health conditions like anxiety.



India to give US$1.62 billion economic package to flood-hit Nepal - Straitstimes - 23/11 4:52 pm

The aid aims to speed reconstruction and long-term development after the deadly August flood.





'Savings are enough to clear debts, but assets are frozen': Wife of fireman missing in Nepal - Sinardaily - 23/11 10:53 am

SHAH ALAM - The wife of Senior Fire Officer Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, who has been reported missing in Nepal since August, has appealed to the government to expedite the verification process and issuance of a presumed death certificate to allow pending matters, including the settlement of her husband's debts, to be resolved.Hani Othman, 40, said the absence of the document had prevented her from handling her husband's legal, banking and takaful matters, placing additional financial pressure on the family.She said her husband had sufficient savings and takaful coverage to settle all his debts and financial commitments, but the assets remained frozen pending the issuance of the certificate."I have personally requested that the financial commitments be prioritised using my own money first, as this would make it easier for me to keep records and deduct the amounts accordingly from his bank savings or takaful compensation once his assets become accessible."I appeal for the full cooperation of the government, particularly the Foreign Ministry, Attorney-General's Chambers (AGC) and National Registration Department (JPN), to help expedite and simplify the verification and issuance of the presumed death document so that all pending matters can be resolved as soon as possible," she said in a Facebook post on Sunday.Mohd Fakhrul Munir, 44, who is fondly known as Loe, was reported missing in Nepal following severe flooding in the country on Aug 26.Also reported missing in the incident was Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) Fire and Rescue Operations Division deputy director Mohd Sani Harul.According to the latest report by the Foreign Ministry, 54 Malaysians remain missing and uncontactable following flash floods and landslides in the Rasuwagadhi area of Rasuwa, near the Nepal-Tibet border.Meanwhile, Hani denied claims by some individuals who had blamed her in-laws over her husband's financial matters and outstanding debts.She said her mother-in-law and siblings-in-law had offered assistance from the first day of the incident, including asking about the amount of debt and financial commitments that needed to be settled.However, Hani said she had chosen to make the payments using her own money first to ensure proper financial records could be maintained once her husband's savings and takaful compensation became accessible."When I read comments from netizens pointing fingers at and blaming my husband's siblings over this financial issue, I honestly felt deeply hurt and angry."Please do not rush to judge or make assumptions without knowing the actual situation





'Suami ada simpanan yang cukup untuk langsai hutang, tapi semua dibekukan' - Sinarharian - 22/11 3:53 pm

SHAH ALAM - Isteri kepada Pegawai Bomba Kanan, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa yang dilaporkan hilang di Nepal sejak Ogos lalu merayu kerajaan mempercepatkan proses pengesahan dan pengeluaran sijil anggapan kematian bagi membolehkan segala urusan tertangguh termasuk penyelesaian hutang suaminya diselesaikan segera.Hani Othman, 40, berkata, ketiadaan dokumen berkenaan menyebabkan segala urusan berkaitan perundangan, perbankan dan takaful suaminya masih belum dapat dilakukan, sekali gus memberi tekanan kewangan kepada keluarga.Menurut Hani, suaminya mempunyai simpanan dan perlindungan takaful yang mencukupi untuk melangsaikan segala hutang serta komitmen kewangan, namun aset berkenaan masih dibekukan sementara menunggu sijil berkenaan."Saya sendiri meminta supaya urusan komitmen ini didahulukan menggunakan wang saya terlebih dahulu supaya lebih mudah untuk saya merekod dan menolak jumlah berkenaan secara teratur daripada simpanan bank atau pampasan takaful suami sebaik sahaja segala aset beliau dapat diakses nanti."Saya merayu dan memohon kerjasama penuh daripada pihak kerajaan khususnya Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membantu mempercepatkan serta mempermudahkan proses pengesahan dan pengeluaran dokumen anggapan kematian ini agar segala urusan yang tertangguh dapat diselesaikan segera," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Mohd Fakhrul Munir, 44, atau lebih mesra dipanggil Loe, dilaporkan hilang ketika berada di Nepal susulan kejadian banjir dahsyat di negara itu pada 26 Ogos lalu.Turut dilaporkan hilang dalam kejadian berkenaan ialah Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Sani Harul.Berdasarkan laporan terkini Kementerian Luar Negeri, seramai 54 rakyat Malaysia masih dilaporkan hilang dan belum dapat dihubungi susulan kejadian banjir kilat serta tanah runtuh di kawasan Rasuwagadhi, Rasuwa berhampiran sempadan Nepal-Tibet.Dalam pada itu, Hani turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuding jari dan menyalahkan keluarga mentuanya berhubung isu kewangan serta komitmen hutang suaminya.Sebaliknya, dia menjelaskan ibu mentua dan adik-beradik iparnya sudah menawarkan bantuan sejak hari pertama kejadian, termasuk bertanyakan jumlah hutang serta komitmen yang perlu diselesaikan.Bagaimanapun, Hani berkata, dia sendiri memilih untuk mendahulukan pembayaran menggunakan wang sendiri bagi memudahkan urusan rekod kewangan apabila simpanan dan pampasan takaful suaminya dapat diakses kelak."Bila terbaca komen-komen netizen yang mula menuding jari dan menyalahkan adik-beradik suami saya dalam isu kewangan ini, jujur saya rasa sangat terkilan dan marah."Jangan mudah menjatuhkan hukum atau membuat andaian tanpa tahu situasi sebenar





Koloni warga asing di Kampung Baru Subang 'dikepung' - Sinarharian - 22/11 10:29 am

SHAH ALAM - Operasi besar-besaran menggempur koloni warga asing di Kampung Baru Subang, di sini, dilaksanakan pada Sabtu.Op Mega yang bermula pada jam 3 petang itu digerakkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Pemeriksaan dijalankan ke atas 14 blok yang merangkumi pelbagai jenis premis termasuk rumah kedai, bengkel, dobi dan premis perniagaan lain.Ketika operasi berlangsung, suasana yang pada awalnya tenang bertukar sedikit riuh apabila terdapat segelintir warga asing cuba melarikan diri bagi mengelakkan pemeriksaan.Malah, ada antara mereka yang menyorok di dalam premis, selain segelintir pekerja asing yang berpura-pura menjadi pelanggan bagi mengelakkan ditahan. Namun, cubaan tersebut berjaya dikesan oleh pasukan penguat kuasa.Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, operasi yang dijalankan hasil risikan selama tiga minggu itu memeriksa seramai 345 individu.Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penahanan 258 individu yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI), membabitkan 201 lelaki dan 57 wanita atas pelbagai kesalahan imigresen."Semakan dokumentasi mendapati tangkapan membabitkan 29 warga Indonesia, 99 warga Bangladesh, 12 warga India, 77 warga Myanmar, 34 warga Nepal, tiga warga Pakistan, tiga warga Thailand dan seorang warga Kemboja."Antara kesalahan yang dikesan ialah tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, melanggar syarat pas serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan," katanya.Beliau berkata, operasi penguatkuasaan yang turut melibatkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan diteruskan dari semasa ke semasa.Dalam pada itu, beliau berkata, JIM turut mengeluarkan Borang 29 iaitu saman kepada saksi terhadap seorang warga tempatan bagi membantu siasatan."Kesemua tahanan yang berusia antara 19 hingga 62 tahun dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.





Korea pay price for coachs absence against the Kookaburras - SUN - 21/11 9:59 pm

The Koreans took to the field minus Jang Yoonhyuk who had to serve a one match suspension imposed by Tournament Technical Director Ashim Sharma from Nepal.





'Bukan tak mahu bayar, akaun suami disekat' - Isteri anggota bomba hilang .. - Hmetro - 21/11 6:44 pm

Kuala Lumpur: Isteri kepada Pegawai Bomba Kanan, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa yang dilaporkan hilang di Nepal mendedahkan, dia tertekan apabila diganggu serta diugut pihak yang menagih hutang suaminya





'Port' warga asing berkumpul hujung minggu digempur - Sinarharian - 21/11 5:51 pm

SHAH ALAM - Lokasi tumpuan warga asing di kawasan komersial Taman Sri Muda, di sini, digempur dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor pada Sabtu.Operasi yang bermula kira-kira jam 11 pagi itu menyaksikan beberapa warga asing terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa, malah ada antara mereka cuba melarikan diri ketika serbuan dijalankan.Bagaimanapun, laluan keluar sudah dikawal anggota penguat kuasa termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengelakkan warga asing terbabit meloloskan diri.Serbuan yang membabitkan 254 pegawai dan anggota itu turut melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Hasil operasi berkenaan, seramai 489 warga asing ditahan daripada 831 individu yang diperiksa kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, operasi itu melibatkan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa atau menyalahgunakan pas dan permit kerja."Daripada 831 warga asing yang diperiksa, seramai 489 ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen."Kesemua mereka akan dibawa ke depoh imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Sabtu.Katanya, pemeriksaan turut mengesan warga asing yang memiliki permit kerja dalam sektor pembinaan, namun didapati bekerja di restoran."Tindakan boleh diambil terhadap pekerja asing dan majikan yang menggaji mereka tanpa permit sah mengikut sektor pekerjaan ditetapkan."Serbuan dijalankan mendapati terdapat penyalahgunaan permit kerja apabila warga asing yang diberikan permit untuk bekerja dalam sektor pembinaan, sebaliknya bekerja di restoran.Jelasnya, majikan yang mengambil mereka juga melakukan kesalahan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah bagi sektor berkenaan."Warga asing yang ditahan terdiri daripada 405 lelaki dan 84 wanita berusia antara 19 hingga 62 tahun."Tangkapan melibatkan warga Bangladesh mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 152 orang, diikuti Nepal (115), Myanmar (99), India (65), Indonesia (43), Pakistan (11) dan Sri Lanka (empat)," katanya.Dalam pada itu, ujarnya, SSM mengeluarkan enam kompaun berjumlah RM16,500, manakala Imigresen mengeluarkan lima Borang 29 atau saman saksi kepada pemilik premis bagi membantu siasatan."Tindakan lanjut akan diambil sekiranya siasatan mendapati pemilik premis terbabit melakukan kesalahan mengikut undang-undang imigresen."Semua warga asing yang ditahan akan ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.





Nepal cricket fans celebrate their teams global rise - Aljazeera - 21/11 3:24 am

Nepals cricket fans have witnessed a transformation in their national teams fortunes in recent years.





Kilang paku kotor digempur, 71 pekerja warga asing ditahan - Sinarharian - 20/11 10:05 pm

KLANG - Keadaan sebuah kilang memproses paku di Meru di sini yang kotor, berlecak dan dipenuhi habuk sisa besi terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Jumaat.Serbuan kira-kira jam 6 petang itu dilaksanakan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).Sinar Harian yang mengikuti operasi berkenaan mendapati kilang terbabit beroperasi dalam beberapa bahagian pemprosesan dengan laluan tengah dipenuhi air lecak dan sisa paku bertaburan.Keadaan itu bukan sahaja mencemarkan persekitaran tempat kerja, malah berisiko menyebabkan kecederaan kepada pekerja di premis berkenaan.Malah, pemakaian pekerja asing terbabit juga dikatakan tidak mematuhi spesifikasi keselamatan.Pemeriksaan turut menemukan kawasan penempatan pekerja yang menempatkan beberapa bilik dengan katil dua tingkat, namun keadaan sekeliling tidak terurus, bersawang bahkan berbau dipercayai akibat pencemaran sisa daripada aktiviti kilang.Ketika pemeriksaan dijalankan, seorang warga asing turut dikesan cuba melarikan diri dengan memanjat tembok premis berhampiran.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, menerusi Op Sasar itu, pihaknya memeriksa 131 warga asing sebelum menahan 71 individu yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI)."Kesemua yang ditahan adalah lelaki terdiri daripada seorang warga Taiwan, 51 warga Bangladesh dan 19 warga Nepal."Antara kesalahan dikesan ialah tinggal lebih masa, menyalahgunakan pas serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya kepada pemberita selepas operasi di sini pada Jumaat.Turut hadir, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Datuk Basri Othman.Lokman berkata, kesemua tangkapan akan dibawa ke depot tahanan imigresen untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.Sementara itu, jurucakap JTKSM memaklumkan pihaknya turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta Seksyen 63A Akta Kerja 1955.





34 kilang digempur, lebih 500 PATI ditahan - Sinarharian - 20/11 10:05 pm

KLANG - Seramai 1,702 warga asing diperiksa menerusi operasi bersepadu yang digerakkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas 34 kilang di seluruh negara sejak Rabu.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, serbuan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta pihak berkuasa tempatan.Menurutnya, daripada jumlah pemeriksaan itu, JIM menahan 519 individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan imigresen."Mereka yang ditahan membabitkan pelbagai warganegara antaranya Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal dan China."Selain itu, JIM turut mengeluarkan 42 borang saman saksi kepada majikan dan pemilik premis untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas Op Sasar di sebuah kilang di Meru di sini pada Jumaat.Dalam pada itu, Lokman memaklumkan statistik penguatkuasaan keseluruhan di seluruh negara sejak Januari lalu merekodkan 12,471 operasi dan 161,748 pemeriksaan individu.Katanya, statistik setakat 20 November juga merekodkan tangkapan 46,426 PATI."Ini menunjukkan kami sangat serius dan ikut perincian lebih 37 operasi dilaksanakan setiap hari



Nepal PM Balendra Shah to visit India, meet Modi - Straitstimes - 20/11 4:55 pm

KATHMANDU, Nov 20 - Nepals rapper-turned-Prime Minister Balendra Shah will meet Indian counterpart Narendra Modi next week on his first bilateral visit since the March election, officials said on Friday.





JIM Selangor gempur kilang dobi di Subang Jaya - Mygazette - 20/11 3:34 pm

SUBANG JAYA - Seramai 30 pekerja asing termasuk dua wanita di sebuah kilang perkhidmatan dobi kepada hotel dan kolej diserbu menerusi operasi yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, hari ini. Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, mereka yang ditahan membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, India, Nepal dan Thailand berumur antara 25 hingga 40 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan





Kilang dobi kena gempur, puluhan warga asing dicekup - Sinarharian - 20/11 12:56 am

SUBANG JAYA - Pekerja asing di sebuah kilang yang menawarkan perkhidmatan dobi kepada hotel serta kolej di sini hanya mampu terkedu selepas dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Jumaat.Operasi bermula jam 10 pagi digerakkan JIM Selangor hasil maklumat dan aduan.Sinar Harian yang mengikuti operasi berkenaan mendapati tiada kejadian tidak diingini berlaku dan rata-rata pekerja asing ditahan ketika sedang leka melakukan kerja masing-masing.Pasukan operasi turut bertindak pantas dengan melakukan kepungan di sekitar premis selain pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada warga asing yang terlepas daripada pemeriksaan.Seorang pekerja warga Indonesia berusia lingkungan 30-an mendakwa, dia dihantar bekerja di kilang terbabit dengan bayaran gaji kira-kira RM2,000."Bos hantar saya ke sini (kilang) dan bekerja sejak tiga bulan lalu," katanya selepas pemeriksaan mengesyaki permit pas kerjanya mencurigakan kerana memaparkan alamat bekerja di Kuala Lumpur.Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, seramai 30 warga asing terdiri dariada 28 lelaki dan dua wanita ditahan atas pelbagai kesalahan.Menurutnya, semakan mendapati tangkapan berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, India, Nepal dan Thailand."Antara kesalahan dikesan ialah tiada dokumen pengenalan diri, langgar syarat pas serta tinggal lebih masa."Contoh langgar syarat pas yang dikesan ialah sepatutnya bekerja dalam sektor perkhidmatan atau perladangan, namun bekerja di sektor berlainan," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.Tambahnya, JIM Selangor turut mengeluarkan Borang 29 (Saman Saksi) kepada seorang warga tempatan.Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua tangkapan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.Tegasnya, JIM akan meneruskan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan tidak akan berkompromi dengan kesalahan membabitkan warga asing.





Lelaki didakwa bunuh kekasih dalam bilik hotel - Sinarharian - 18/11 12:12 am

MELAKA - Seorang lelaki berdepan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun atas pertuduhan membunuh teman wanita di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah di sini, Jun lalu.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Tamang Bal Bahadur, 43, yang merupakan warga Nepal selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Afiqah Radhiah Zainurin di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Rabu.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga mengakibatkan kematian wanita berkenaan yang juga warganagera Nepal.Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik hotel di Jalan Munshi Abdullah, antara jam 11.50 malam pada 27 Jun hingga 4.23 pagi, 28 Jun lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati.Difahamkan, kejadian didakwa berpunca daripada isu hutang mengsa dengan tertuduh dianggarkan berjumlah RM8,000.Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.Mahkamah menetapkan 21 Disember depan untuk laporan bedah siasat dan tiada jaminan dibenarkan kepada tertuduh.





Pelajar Tingkatan Empat dari Kelantan harumkan nama negara dengan inovasi daun gelam - Sinarharian - 18/11 10:58 am

PASIR MAS Empat pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di sini mencipta kejayaan luar biasa di pentas antarabangsa apabila berjaya menghasilkan racun serangga perosak organik dan minyak aromatik penghalau Aedes pertama daripada daun pokok gelam.Ciptaan produk AgriMist G dan Gelamora Oil itu mendapat pengiktirafan melalui empat anugerah pada pertandingan 'Global Youth Sustainable Development Goal Innovation Camp dan International Olympiad Science and Technology Competition (IOSTC)' di Semarang, Indonesia pada Selasa lepas hingga Isnin.Mereka ialah pelajar berusia 16 tahun iaitu Adlan Hanzalah Redza Ansar dan Muhammad Syafi Hasnan Mahassan yang mencipta AgriMist G. manakala Wan Mohd Eiman Hadif Wan Mohd Azan serta Muhammad Qaesh Abid Mohd Syafik Afendy mencipta Gelamora Oil.Pertandingan menghimpunkan peserta dari 15 negara termasuk Itali, Denmark, Hungary, Luxembourg, Turkmenistan, El Salvador, Mexico, Algeria, Nepal, China, Thailand, Indonesia dan Singapura.Ketua kumpulan AgriMist G, Adlan Hanzalah berkata, idea menghasilkan produk berkenaan tercetus apabila mereka melihat banyak pokok gelam tumbuh di sekitar kampung khususnya di Lubok Jong, namun daunnya tidak dimanfaatkan penduduk."Biasanya batang pokok gelam dipotong untuk dijadikan pagar rumah kerana keras dan lasak, manakala daunnya dibiarkan begitu sahaja."Jadi, kami terfikir untuk menggunakan daun itu bagi menghasilkan produk sendiri selepas mengetahui potensi kandungannya melalui pembacaan jurnal dan penyelidikan di internet," katanya ketika ditemui di SMKA Lati di sini pada Rabu.AgriMist G yang dihasilkan bersama rakannya, Muhammad Syafi menggunakan hidrosol daripada proses penyulingan daun gelam sebagai racun serangga perosak organik bagi menghalau serangga seperti afid dan lalat putih yang menyerang tanaman.Produk itu berjaya memenangi 'Grand Prix Secondary Level', pingat emas kategori 'Environment' dan anugerah 'The Best Poster', sekali gus menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan pasukan berkenaan di Semarang.Sementara itu, dua lagi pelajar, Wan Mohd Eiman Hadif dan Muhammad Qaesh Abid menghasilkan Gelamora Oil, minyak aromatik daripada daun gelam yang berfungsi menghalau nyamuk Aedes."Cara guna minyak Gelamora, titis dua hingga tiga titis ke dalam alat pelembap udara dan wap aromatik yang terhasil akan membantu menghalau nyamuk."Kajian awal kami menunjukkan minyak yang diekstrak daripada daun gelam ini menunjukkan keberkesanan awal sebanyak 90 peratus dalam menghalau nyamuk Aedes," ujar Wan Mohd Eiman Hadif.Produk berkenaan memenangi pingat emas kategori Health Science dalam pertandingan sama.Guru pembimbing, Mardiana Syarita Mohd Razmin berkata, kedua-dua projek dibangunkan melalui penyelidikan dan penambahbaikan dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Jabatan Pertanian Pasir Mas.Menurut Guru Kanan Sains dan Matematik SMKA Lati itu, penyelidikan Gelamora Oil bermula pada Februari lalu, manakala AgriMist G menyusul pada April sebelum kedua-duanya dipertandingkan.Katanya, pelajar turut berpeluang mendapatkan bimbingan pensyarah dan pakar universiti serta menggunakan kemudahan makmal bagi menjalankan kajian."Dua projek yang kami cipta berjaya mendapat pingat emas





PRN Melaka: 20 delegasi AWPC saksikan proses demokrasi - Sinarharian - 14/11 1:22 pm

HANG TUAH JAYA - Seramai 20 ahli delegasi Kaukus Ahli Parlimen Wanita Asia (AWPC) dibawa menyaksikan proses demokrasi dan pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu.Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, lawatan itu diadakan bersempena Mesyuarat Kaukus Ahli Parlimen Wanita Asia (AWPC) 2026 yang berlangsung sejak Khamis.Menurut beliau, pemilihan Melaka sebagai lokasi lawatan memberi peluang kepada delegasi berkenaan melihat secara dekat rakyat melaksanakan tanggungjawab memilih."Jadi, saya bawa mereka ke Melaka untuk melihat bagaimana proses demokrasi berlaku dan bagaimana rakyat Melaka membuat pilihan."Berikutan beberapa kekangan, mereka hanya dapat melihat suasana kempen dan proses pengundian dari kawasan sekitar," katanya ketika ditemui berhampiran Pusat Mengundi di Sekolah Rendah Agama Jaim Peringgit di sini.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagiPRN Melaka: Warga emas tidak lena tidur teruja mahu raikan pesta demokrasiPRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petangPRN Melaka: Selepas 14 tahun, empat beranak asal Kelantan pertama kali undi di MelakaPRN Melaka:Diserang strok ketika memandu, Syamsinar tetap gigih mengundiPRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkanBeliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, delegasi itu membabitkan wakil negara antaranya Jerman, Timor-Leste, Filipina, Jepun, Taiwan, Sri Lanka, India, Pakistan dan Nepal.Beliau berkata, mereka terdiri daripada Ahli Parlimen serta penggubal dasar negara masing-masing yang turut berpeluang bertukar pandangan sepanjang program berkenaan.Mengulas perbincangan dalam mesyuarat AWPC 2026, beliau berkata, antara perkara penting yang diketengahkan ialah usaha memperkasakan penglibatan wanita dalam politik."Cabaran berkenaan bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan ekonomi, malah penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kempen politik yang semakin berkembang," katanya.





Mayat ketujuh mangsa tragedi kepala air Sungai Luit ditemukan - Mygazette - 14/11 8:16 am

Semalam, mayat keenam yang dikenal pasti sebagai lelaki warga Yaman ditemukan terapung pada 10.15 pagi di muara sungai berhampiran Jambatan Pertak. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin lepas, lapan lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan tujuh warga asing dari Yaman, Sri Lanka, Nepal serta India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.- BERNAMA





Sungai Pertak water surge: Seventh victim found, one still missing - Sinardaily - 13/11 7:51 pm

KUALA LUMPUR The body of the seventh victim of the water surge incident at the Sungai Pertak Picnic Site near here was found at 3.40pm today, leaving only one of the eight people reported missing still unaccounted for.According to the latest information from the Incident Command Post (PKTK), the body of an adult Indian national was found in Sector C of the search area.The victim was pronounced dead by an assistant medical officer from the Rasa Health Clinic at 4.45pm after the body was brought to the PKTK.The body was subsequently handed over to the Police at 4.59pm before being taken to Sungai Buloh Hospital for a post-mortem.Following the discovery, the search and rescue (SAR) operation entered its fifth day, with the focus remaining on Sectors C and D to locate the remaining missing victim.Today's SAR operation began at 7am, with additional personnel from the Fire and Rescue Department's Special Tactical Operations and Rescue Team Malaysia.Also deployed were the Malaysian Civil Defence Force's Selangor Special Incident and Emergency Response Rapid Team and Forestry Department Mountain Guides, as well as two drone units from the Air Operations Force to assist in searching the river surface.Yesterday, the body of the sixth victim, identified as a Yemeni national, was found floating at 10.15am at the river mouth near the Pertak Bridge.In the incident at about 5.30pm last Monday, eight men, comprising one local and seven foreigners from Yemen, Sri Lanka, Nepal and India, were reported missing after being swept away by strong currents





Water surges hamper search for two missing at Sungai Pertak - Sinardaily - 12/11 9:45 pm

HULU SELANGOR Repeated water surges triggered by heavy rain yesterday afternoon have disrupted the search for two people still missing at the Sungai Pertak picnic site in Kuala Kubu Baharu, as the search and rescue (SAR) operation entered its fourth day today.Hulu Selangor district police chief Superintendent M. Manimaran said unpredictable weather conditions and several deep pools along Sungai Luit had hampered the search.He said about 108 personnel from the Police, Fire and Rescue Department (JBPM) and Civil Defence Force were involved in today's operation."Four boats were deployed in today's operation, supported by the K9 Detection Unit and the Police Air Operations Force, which used drones to extend aerial surveillance," he said at a press conference on the latest developments in the SAR operation.Manimaran said a sixth victim, a man, was found floating near the river mouth close to Pertak Bridge at about 10.30am today, some 1.3km from the incident command post.The body was taken to Sungai Buloh Hospital for a post-mortem examination and identification.He said the body of another victim, a local man, was handed over to the family today for burial, while five others remained at the hospital pending post-mortem examinations and identification.Two victims were still missing.Meanwhile, JBPM Rawang Zone chief Mustakim Rimon said the operation also employed the sniff-and-dive technique, with the Water Rescue Team and sniffer dogs deployed on rescue boats.He said a search in Sector A, following a report by an Orang Asli resident about a smell believed to be coming from a body, had yielded no new leads.The search covered four sectors, A to D, stretching from Lata Jebus to Pertak Bridge and Sungai Selangor Dam, with the next phase focusing on Sector C.Eight men, comprising one local and seven foreign nationals from Yemen, Sri Lanka, Nepal and India, went missing after being swept away by strong currents at about 5.30pm on Monday





Kepala air akibat hujan lebat cabaran SAR dua lagi mangsa hilang - Sinarharian - 12/11 6:09 pm

HULU SELANGOR - Kepala air yang sekali lagi berlaku pada Rabu susulan hujan lebat antara cabaran dihadapi pasukan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa tragedi di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, di sini.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden M Manimaran berkata, keadaan itu menyukarkan pasukan penyelamat menjalankan pemeriksaan dan pencarian di kawasan berkenaan.Beliau berkata, keadaan beberapa lubuk sungai yang agak dalam turut menjadi cabaran kepada pasukan penyelamat dalam usaha mengesan mangsa yang masih hilang."Hujan lebat semalam menyebabkan kejadian kepala air sekali lagi berlaku di kawasan berkenaan."Selain itu, terdapat kawasan lubuk yang agak dalam dan keadaan itu turut menyukarkan usaha pencarian," katanya dalam sidang media perkembangan operasi SAR di sini pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan enam daripada lapan mangsa tragedi kepala air itu ditemukan, manakala dua lagi masih hilang setakat Khamis.Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu, lapan lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan tujuh warga asing dari Yaman, Sri Lanka, Nepal serta India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Katanya, operasi SAR yang memasuki hari keempat itu melibatkan kira-kira 108 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)."Sebanyak empat bot digunakan dalam operasi hari ini, selain bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Gerakan Udara PDRM yang menggunakan dron bagi memperluas pemantauan dari udara," katanya.Mengulas mengenai penemuan mangsa keenam, Manimaran berkata, mayat lelaki berkenaan ditemukan kira-kira jam 10.30 pagi Khamis di kawasan muara sungai berhampiran Jambatan Pertak.Jelasnya, lokasi penemuan mayat itu terletak kira-kira 1.3 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)."Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan pengecaman identiti."Setakat ini, seorang mangsa lemas yang juga warga tempatan telah diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian, manakala lima lagi mayat masih belum diserahkan kerana proses bedah siasat dan pengecaman identiti," katanya.Sementara itu, Ketua JBPM Zon Rawang, Mustakim Rimon berkata, operasi pencarian turut menggunakan kaedah 'snif and dive' yang dilaksanakan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama Unit Anjing Pengesan menggunakan bot penyelamat.Beliau berkata, pasukan penyelamat turut menjalankan pencarian di satu kawasan di Sektor A selepas menerima maklumat daripada seorang penduduk Orang Asli yang terhidu bau dipercayai daripada mayat ketika melalui lokasi berkenaan selepas pulang dari kebun."Pemeriksaan dan pencarian di lokasi tersebut bagaimanapun tidak menemukan sebarang petunjuk baharu."Operasi pencarian dibahagikan kepada empat sektor iaitu Sektor A hingga D meliputi kawasan Lata Jebus hingga sekitar Jambatan Pertak dan Empangan Sungai Selangor dan pencarian seterusnya akan difokuskan di Sektor C," katanya.





Insiden kepala air: Bomba, polis guna dron cari tiga mangsa hilang - Sinarharian - 11/11 12:11 am

HULU SELANGOR - Polis serta Bomba menggunakan lima dron dalam Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak di sini, diteruskan pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati Unit Dron dari Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja, yang memulakan tugas mereka seawal jam 7 pagi tadi.Pasukan itu menumpukan pencarian melalui udara dalam jarak radius lima kilometer (km) dari sebuah jambatan tidak jauh dari persimpangan Kampung Pertak.Tiga anggota Unit Dron PDRM ini menerbangkan dua dron jenis Matrice 300 RTK dan Autel Evo Max, yang mampu terbang dalam tempoh maksima selama 45 minit, manakala Unit Dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangkan tiga jenis dron.Pencarian melalui udara ini turut dikoordinasikan bersama dengan pencarian oleh Unit Dron JBPM yang turut beroperasi dari jambatan yang sama dengan segala maklumat dikongsikan di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Pertak.Sementara itu, pihak media hari ini tidak dibenarkan memasuki kawasan tempat kejadian di Tapak Perkelahan Sungai Pertak, namun diminta untuk berada di jambatan berhampiran yang hanya terletak dalam jarak 1.3 km.Pihak media hanya akan dibenarkan memasuki kawasan tempat kejadian sekiranya sebarang sidang akhbar akan diadakan.Tinjauan Sinar Harian turut mendapati, selain pemantauan udara, pelaksanaan operasi SAR hari ini turut dijalankan menggunakan bot JBPM dengan radius pencarian diperluaskan hingga ke bawah jambatan.Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar dilaporkan berkata operasi SAR pada Rabu menumpukan kaedah pemerhatian di muka air membabitkan kawasan jambatan dan berhampiran Empangan Sungai Selangor.Pasukan penyelamat meneruskan pencarian menerusi kaedah pemerhatian di permukaan air, terutama di sektor C membabitkan kawasan jambatan dan sektor D berhampiran empangan.Ashrul Riezal berkata, operasi SAR hari ini memberi tumpuan di kedua-dua sektor berkenaan dengan menggunakan bot serta bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).Tiga mangsa yang masih hilang ialah Al Maamari Ahmed Hadi Ali, 20, warga Yaman; Chinnasamy Duraimurugan, 36, dan Monikkoth Raghunath, kedua-duanya warga India.Sehingga jam 11.40 pagi ini, tiada sebarang perkembangan positif atau penemuan mangsa diperoleh dalam operasi berkenaan.Terdahulu media melaporkan lima daripada lapan lelaki yang dihanyutkan arus dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin telah ditemukan lemas, manakala tiga lagi masih hilang.Mangsa pertama, V. Vijayan, 36, warga tempatan, ditemukan pada 1.30 pagi Isnin di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian di Lata Jebus.Empat lagi mangsa ditemukan pagi Selasa dengan tiga daripadanya dijumpai kira-kira 9.20 pagi di kawasan Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari Lata Jebus, manakala seorang lagi ditemukan pada 10.12 pagi di kawasan Jambatan Gantung, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Dua daripada mangsa berkenaan dikenal pasti sebagai Kapali, 49, warga Nepal dan Kunjanmalayil Bhaskaran, 35, warga India, manakala dua lagi ialah lelaki warga India dan Sri Lanka yang identitinya belum dikenal pasti.Dalam kejadian itu, seramai 34 individu daripada empat kumpulan terlibat, dengan lapan lelaki dihanyutkan arus, manakala 26 lagi berjaya menyelamatkan diri atau diselamatkan anggota bomba.Kesemua lima mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.





Tragedi kepala air: SAR tiga mangsa tertumpu di dua kawasan - Sinarharian - 10/11 8:40 pm

Dua kawasan itu menjadi tumpuan pencarian bagi mengesan tiga lagi mangsa yang masih belum ditemukan," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Selasa.Manimaran berkata, operasi SAR masih diteruskan dan keputusan untuk menghentikannya sementara bergantung kepada keadaan cuaca serta nasihat pasukan bomba."Operasi masih berjalan. Kita akan melihat keadaan cuaca kerana apabila semakin lewat malam, operasi mungkin berdepan kesukaran."Kita juga akan mendapatkan nasihat daripada pegawai bomba sebelum membuat keputusan lanjut," katanya.Menurutnya, lima daripada lapan mangsa yang dihanyutkan arus sudah ditemukan, manakala tiga lagi masih hilang."Lima mangsa yang ditemukan terdiri daripada seorang lelaki tempatan, seorang warga Nepal, dua warga India dan seorang warga Sri Lanka."Tiga lagi yang belum ditemukan ialah dua warga India dan seorang warga Yaman," katanya.Beliau berkata, semua lima mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, manakala polis menghubungi kedutaan negara mangsa warga asing bagi memaklumkan kejadian itu.Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan, pencarian turut menggunakan dua lampu limpah jenis Bulldog yang disediakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)."Kita turut menggunakan dron bagi membantu mengesan mangsa di permukaan air





Banjir Nepal: MASFIH tuntut Wisma Putra beri penjelasan pengisytiharan kematian - Sinarharian - 10/11 6:32 pm

KUALA LUMPUR - Wisma Putra digesa memberi penjelasan segera berhubung status 54 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir lumpur di Nepal, khususnya berkaitan proses pengisytiharan kematian serta implikasi perundangan terhadap keluarga terlibat.Jurucakap Malaysia Solidarity Family in Hope (MASFIH), Dr R Manivannan berkata, keluarga mangsa masih belum mendapat kepastian mengenai prosedur yang perlu dilalui sekiranya pengisytiharan kematian dikeluarkan oleh pihak berkuasa Nepal, termasuk sama ada dokumen berkenaan boleh diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Menurutnya, perkara itu perlu diperjelaskan segera kerana keluarga bukan sahaja berdepan ketidakpastian mengenai nasib ahli keluarga, malah perlu memahami kesan perundangan terhadap urusan harta pusaka dan kewangan."Kita mahu Wisma Putra menjelaskan sama ada istilah pengisytiharan kematian yang digunakan itu merupakan ketetapan kerajaan Nepal atau hanya istilah yang digunakan oleh pihak Malaysia."Ini penting kerana bagaimana sekiranya seseorang yang diisytiharkan meninggal dunia ditemukan masih hidup selepas ini?"Selagi tiada bukti, mayat ditemukan atau pengesahan DNA dilakukan, keluarga masih mempunyai harapan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadap Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Arif di Istana Darul Amam di sini pada Selasa.Manivannan menegaskan, keluarga turut bimbang proses pengiktirafan dokumen kematian di Malaysia akan mengambil masa panjang kerana mungkin memerlukan tindakan mahkamah atau penilaian semula dari sudut perundangan.Malah menurutnya, urusan berkenaan berpotensi mengambil masa antara tiga hingga sembilan bulan, malah boleh berlanjutan sehingga setahun sebelum keluarga dapat menyelesaikan urusan berkaitan harta peninggalan."Selepas pengisytiharan kematian diperoleh, keluarga masih perlu melalui proses mahkamah untuk urusan probet atau mendapatkan surat kuasa mentadbir sekiranya tiada wasiat."Bagi keluarga Islam pula, urusan pembahagian harta pusaka mengikut faraid juga perlu dilakukan





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

Empat lagi mangsa ditemukan pada 10.12 pagi ini di sekitar kawasan jambatan Senget dan Jambatan Gantung iaitu kira-kira satu km dari Lata Jebus, namun identiti serta kewarganegaraan mereka belum dikenal pasti. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, lapan individu masing-masing seorang warga tempatan, Yaman, Sri Lanka, Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Lima mangsa ditemukan lemas, tiga lagi .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

Operasi juga berdepan kekangan masa berikutan ramalan hujan pada sebelah petang susulan Monsun Timur Laut, justeru pasukan penyelamat berusaha memanfaatkan tempoh cuaca baik sehingga kira-kira 1 tengah hari ini bagi menjalankan kerja pencarian, katanya. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yaman, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus





Lima mayat mangsa kepala air Sungai Pertak tiba di Hospital Sungai Buloh - Sinarharian - 10/11 3:43 pm

SUNGAI BULOH -Lima mayat mangsa tragedi kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada jam 2 petang Selasa.Kesemua mayat dibawa menggunakan trak polis selepas ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan susulan kejadian kepala air pada kira-kira jam 5.30 petang Isnin.Setakat ini, lima daripada lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ditemukan meninggal dunia, manakala usaha mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan.Sebelum ini, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan, mangsa pertama dikenali sebagai V Vijayan, 36, ditemukan pada jam 1.30 pagi, Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi mangsa dihanyutkan arus di Lata Jebus.Empat lagi mayat ditemukan sekitar jam 9.20 pagi di kawasan Jambatan Senget, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Menurutnya, operasi berdepan cabaran arus deras yang mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam untuk surut sebelum pencarian di permukaan air dapat dijalankan.Dalam kejadian itu, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus.Selain itu, seramai 26 individu daripada beberapa kumpulan yang menjalankan aktiviti rekreasi dan pendakian turut dilaporkan terkandas di sekitar kawasan sungai berkenaan sebelum berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.





Tiga identiti mangsa kepala air Sungai Pertak dikenal pasti - Sinarharian - 10/11 2:35 pm

HULU SELANGOR Identiti tiga daripada lima mangsa yang ditemukan meninggal dunia selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini pada Isnin, sudah dikenal pasti.Mangsa pertama ditemukan ialah V Vijayan, 36, yang dijumpai anggota bomba di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi Selasa, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, dua lagi mangsa yang dikenal pasti ialah Kapali, 49, warga Nepal dan B Kunjanmalayil, 35, warga India."Dua lagi mangsa yang telah ditemui belum dapat dikenal pasti identitinya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, operasi pada Selasa membabitkan 45 anggota JBPM, 25 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga anggota polis dan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali.Turut terlibat tiga anggota Pejabat Tanah Hulu Selangor, tiga anggota Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan dua malim gunung.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Senarai mangsa dihanyutkan1





Tragedi kepala air: Arus sungai naik mendadak - Sinarharian - 10/11 1:12 pm

HULU SELANGOR "Kami hanya mampu berdiri dan melihat arus deras yang berlaku secara tiba-tiba."Demikian kata B Partiban, 27, yang terselamat dan menyaksikan detik cemas kejadian kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak di sini pada Isnin.Partiban berkata, beliau sepatutnya menyertai saudaranya, V Vijayan, 36, bersama beberapa rakan untuk beriadah di kawasan air terjun berkenaan, namun tiba lewat berbanding mangsa lain."Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang, ketika itu arus sungai meningkat mendadak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Menurutnya, dia bersama tiga rakannya sempat menyelamatkan diri selepas keluar lebih awal dari kawasan sungai sebelum paras air meningkat, namun tidak menyedari Vijayan dihanyutkan arus.Terdahulu, empat mayat yang ditemukan pagi Selasa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.Sebuah lori polis dilihat meninggalkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) kira-kira jam 12 tengah hari dengan membawa mayat berkenaan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar dilaporkan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang masih hilang diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Beliau berkata, pencarian tertumpu di sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus menuju ke empangan berkenaan.Pencarian diperluaskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, meliputi kira-kira jarak tiga kilometer sepanjang Sungai Luit dari lokasi kejadian.Mangsa pertama, Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi dia dihanyutkan arus.Empat lagi mangsa ditemukan kira-kira jam 9.20 pagi di sekitar kawasan Jambatan Senget dan Jambatan Gantung, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Bagaimanapun, identiti serta kewarganegaraan empat mangsa berkenaan belum dikenal pasti.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Sementara itu, seorang pelajar warga Yemen yang terselamat dalam kejadian berkenaan berkata, keadaan cuaca ketika itu baik dan tidak hujan, malah tiada sebarang petanda awal berlakunya kepala air.Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad, 19, berkata, dia tiba di sungai berkenaan bersama lima rakannya sebelum tiga daripada mereka pergi ke kawasan tebing untuk mandi-manda."Tiba-tiba arus deras, dua daripada rakan kami berjaya menyelamatkan diri, namun seorang lagi masih hilang dan belum diketahui statusnya," katanya.





Empat mayat mangsa kepala air berjaya dibawa keluar - Sinarharian - 10/11 11:47 am

HULU SELANGOR - Empat mayat mangsa kejadian kepala air di Lata Jebus, Sungai Luit, Kampung Pertak, berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan pada jam 11.15 pagi tadi, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.Tinjauan di lokasi mendapati tiga mayat ditemukan tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari lokasi kejadian di Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.Satu lagi mayat ditemukan kira-kira jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, terletak 50 meter dari Jambatan Senget atau kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Kesemua mayat kemudian dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak selepas operasi mengeluarkan mangsa selesai pada jam 11.15 pagi.Identiti keempat-empat mangsa masih belum dikenal pasti.Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi tadi.Penemuan itu menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang hilang.Dalam kejadian petang Isnin, lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus susulan kejadian kepala air di beberapa lokasi sekitar Sungai Pertak.Mangsa yang dilaporkan hilang terdiri daripada seorang warga Yemen, empat warga India, seorang warga Nepal, seorang warga Sri Lanka dan seorang lelaki tempatan.Selain mangsa yang dihanyutkan arus, beberapa kumpulan pengunjung turut dilaporkan terkandas di kawasan Lata Jebus, Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah.Operasi SAR dijalankan oleh JBPM bersama beberapa agensi penyelamat lain.





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Mangsa pertama ditemukan maut, tujuh masih hilang - Sinarharian - 10/11 8:43 am

HULU SELANGOR Mangsa pertama yang dilaporkan hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada Selasa.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, lelaki tempatan dikenali sebagai V Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan."Mangsa dijumpai dalam jarak 2.7 kilometer dari lokasi dia terjatuh di Lata Jebus. Mayat telah diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ashrul Riezal berkata, pihaknya meneruskan operasi SAR bagi mencari tujuh lagi mangsa masih dilaporkan hilang pada pagi ini."Operasi pencarian diteruskan pada pagi ini dengan melibatkan empat sektor sekitar kawasan ini," katanya.Sebelum ini, media melaporkan lapan mangsa terdiri daripada seorang warga Yaman, seorang warga tempatan, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus.Ashrul Riezal berkata, berdasarkan laporan awal, kejadian kira-kira jam 5.55 petang Isnin itu membabitkan kes beberapa kumpulan pengunjung yang berada di kawasan rekreasi serta kem sekitar Sungai Pertak."Laporan pertama, berhubung lima individu warga Yaman yang berkelah di sungai berkenaan, dengan empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi dihanyutkan arus," katanya.Menurutnya, bomba kemudian menerima maklumat daripada penduduk Orang Asli mengenai kejadian di Lata Jebus yang membabitkan 14 individu."Daripada jumlah itu, tiga mangsa dilaporkan selamat, empat terkandas manakala tujuh lagi dikhuatiri lemas," katanya.Beliau berkata, pasukan penyelamat turut menerima laporan tujuh individu terkandas di Kem Sungai Luit serta lapan lagi di kawasan Gunung Rajah."Kesemua 19 mangsa yang terkandas berjaya dibawa turun dengan selamat oleh pasukan penyelamat pada jam 12.16 tengah malam," katanya.Operasi SAR diteruskan dengan pasukan penyelamat menyusuri sungai bagi mengesan mangsa yang masih hilang sebelum mangsa pertama ditemukan di Jambatan Pertak.Operasi berkenaan membabitkan pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Bomba Sukarela serta agensi berkaitan.



8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air - Sinarharian - 10/11 7:05 am

HULU SELANGOR Seramai lapan individu dilaporkan hilang dibawa arus deras, manakala 19 lagi terkandas selepas kejadian kepala air yang berlaku di Sungai Pertak di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang, seramai 34 individu dalam kumpulan berasingan terlibat dengan insiden berkenaan, termasuk tujuh mangsa yang dilaporkan selamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu."Maklumat awal pada jam 6.37 petang, membabitkan lima warga Yaman yang melakukan aktiviti pendakian, seorang dilaporkan dihanyutkan arus manakala empat lagi selamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ashrul Riezal berkata, tiga minit kemudian, pihak bomba menerima satu lagi laporan membabitkan tujuh mangsa terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan dihanyutkan arus."Manakala tujuh lagi individu terkandas," katanya.Beliau berkata, kesemua 19 individu yang terkandas di tiga lokasi iaitu Lata Jerlus, Kem Luit dan Gunung Rajah berjaya dibawa turun ke kawasan selamat."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras," katanya.



Nepal disaster: Families of missing Malaysians want clear legal answers - NST - 9/11 2:44 pm

KUALA LUMPUR: The families of 54 Malaysians missing in Nepal are demanding urgent legal clarity after Foreign Ministry officials instructed them to apply for death certificates.



Deepavali mengundang kerinduan tak sudah - FMT - 8/11 9:00 am

Manivannan dan Yoganandhini Rethinam dambakan kenangan bersama Komathi susulan kehilangannya dalam banjir besar di Nepal-Tibet.



This Deepavali, a family longs for its missing light - FMT - 8/11 9:00 am

Manivannan and Yoganandhini Rethinam hold their sister, Komathi, close to their hearts after she disappeared following the Nepal-Tibet floods.



Malaysia to give US$2,400 in aid to families of 54 citizens missing in Nepal-Tibet floods - CNA - 7/11 1:36 pm

The financial assistance will be distributed through the National Disaster Management Agency (NADMA), following a decision by Prime Minister Anwar Ibrahim at a Cabinet meeting on Friday (Nov 6).



One-off aid of $3,100 for families of all 54 Malaysian victims in Nepal flood - Straitstimes - 7/11 11:25 am

About 5,700 individuals, including more than 600 foreign nationals, are still reported missing.



RM10,000 aid for families of Nepal-Tibet flood victims - FMT - 6/11 9:35 pm

The payments will be made in order of priority to the next of kin through the national disaster management agency.



Families of 54 Malaysians killed in Nepal-Tibet floods to receive RM10,000 - NST - 6/11 8:33 pm

KUALA LUMPUR: Families of the 54 Malaysians who died in the Nepal-Tibet flood tragedy on Aug 26 will receive a one-off payment of RM10,000 each through the National Disaster Management Agency (Nadma).



Ramanan: RM10,000 one-off aid for families of all 54 Malaysian flood victims in Nepal-Tibet - Malaymail - 6/11 8:32 pm

KUALA LUMPUR, Nov 6 All families of the 54 Malaysian victims of the Nepal-Tibet flood tragedy on August 26 will...



12 polisi insurans berkaitan bencana Nepal selesai - PIAM - Sinarharian - 6/11 5:30 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 polisi insurans yang membabitkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal telah diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon berkata, lebih 50 polisi insurans telah dikenal pasti berhubung kejadian itu, dengan syarikat anggotanya terus memproses tuntutan dan memberi bantuan kepada waris-waris mangsa."Kami menjangkakan lebih banyak tuntutan ini akan diselesaikan dalam minggu-minggu akan datang," katanya kepada pemberita di Meja Bulat Media Persediaan Monsun PIAM di sini hari ini.PIAM sedang bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia untuk menghubungi waris dan memudahkan proses tuntutan.Beliau berkata polisi yang dikenal pasti merangkumi insurans perjalanan, insurans kemalangan peribadi tahunan dan perlindungan kemalangan peribadi kumpulan yang disediakan oleh majikan.PIAM juga menggesa keluarga terjejas yang memerlukan bantuan dengan pendaftaran tuntutan dan pemberitahuan untuk menghubungi persatuan itu bagi mendapatkan sokongan.Pada 26 Ogos, banjir kilat dan tanah runtuh melanda daerah Rasuwa di Nepal dan kawasan sempadan Nepal-Tibet berikutan hujan lebat sehingga merosakkan infrastruktur, mengganggu komunikasi serta membantutkan operasi mencari dan menyelamat.Daripada 5,285 individu yang diklasifikasikan sebagai hilang dan tidak dapat dikesan berikutan bencana itu, 636 adalah warga asing dari 34 negara termasuk 54 rakyat Malaysia



12 insurance policies related to Nepal disaster settled, says PIAM - Sinardaily - 6/11 5:07 pm

KUALA LUMPUR - A total of 12 insurance policies involving Malaysians affected by the floods and landslides in Nepal have been fully settled by insurance companies, according to the General Insurance Association of Malaysia (PIAM).PIAM chief executive officer Chua Kim Soon said that more than 50 insurance policies had been identified in connection with the incident, with its member companies continuing to process claims and provide assistance to the victims next of kin."We expect more of these claims to be resolved in the coming weeks, he told reporters at PIAMs Monsoon Readiness Media Roundtable, here today.Chua said PIAM is working closely with Bank Negara Malaysia to reach out to the next of kin and facilitate the claims process.He said the policies identified comprised travel insurance, annual personal accident insurance and group personal accident coverage provided by employers.PIAM also urged affected families requiring assistance with claims registration and notification to contact the association for support.On Aug 26, flash floods and landslides struck Nepals Rasuwa district and the Nepal-Tibet border area following heavy rain, damaging infrastructure, disrupting communications and hampering search and rescue operations.Of the 5,285 individuals classified as missing and unaccounted for following the disaster, 636 were foreign nationals from 34 countries, including 54 Malaysians



Banjir Nepal: 28 keluarga layak terima faedah PERKESO - Astroawani - 4/11 7:30 pm

Sebanyak 28 keluarga mangsa tragedi banjir dan tanah runtuh di sempadan NepalTibet pada 26 Ogos lalu layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).




Reformasi     >>



Anwar pilih berdepan rakyat dalam Dialog Negara, .. - Harapandaily
Ketika keputusan kerajaan sering menjadi bahan perdebatan, kritikan dan persoalan di media sosial, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mempertahankan kepentingan dialog terbuka sebagai ruang untuk menjelaskan pendirian kerajaan secara langsung kepada rakyat. Menerusi hantaran selepas ..
Kroni     >>



Trump's Nvidia intervention rips up Wall Street .. - NST
INVESTORS were euphoric over Jensen Huangs return as chief executive officer of AI giant Nvidia on Monday.
Tabloid     >>



Kepentingan Rakyat Terus Jadi Keutamaan PM Anwar, Kata .. - Siakapkeli
Fahmi Fadzil berkata kepentingan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, selepas menghadiri program Dialog Negara bersama Perdana Menteri.
Tech     >>



Nvidia is rumored to be cutting GPU supply by up to 30% - Techradar
Is buying a GPU this Black Friday a good idea? If you can find a decent deal, it might be.
World     >>



Explainer: Nvidia CEO and ‘AI Godfather’ .. - Globalnews
Jensen Huang has found himself at the centre of a string of extraordinary developments at Nvidia, where he is CEO, with implications reaching far beyond Wall Street.
Motor Trend     >>



Harley-Davidson Perkenal Tiga Model Touring .. - Careta
Tiga model Touring baharu itu terdiri daripada Road King ST, Road Glide ST dan Street Glide ST yang dilengkapi enjin Milwaukee-Eight 117 High Output, komponen suspensi premium dan sistem brek berprestasi tinggi. Harley-Davidson turut mengembalikan Vivid Black sebagai warna asas bagi kebanyakan