///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Najib News   Page 1    



Siapa arah nyahklasifikasi minit Lembaga Pengampunan? – Shaiful .. - Mygazette - 24/11 8:15 am

# Siapa arah nyahklasifikasi minit Lembaga Pengampunan? - Shaiful Hazizy KUALA LUMPUR - UMNO Kedah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan siapa yang mengarahkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak dinyahklasifikasikan dan sama ada perkara itu dirujuk kepada Jemaah Menteri





Third anti-graft rally to be held in KL this Saturday, say organisers - Mkini - 24/11 7:00 am

Groups to demand suspension of Najib's house arrest order, among others.





GST isyarat BN jauhi PH - Sinarharian - 24/11 7:00 am

SHAH ALAM Hasrat Barisan Nasional (BN) untuk mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilihat sebagai petunjuk awal gabungan itu mungkin tidak meneruskan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pensyarah Kanan Sains Politik UiTM, Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, perbezaan pendirian mengenai GST antara BN dan kerajaan pimpinan PH memberi gambaran bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin memilih untuk bergerak secara solo atau bersama Perikatan Nasional (PN).Menurutnya, komitmen itu menunjukkan BN mahu menjadikan GST antara tawaran ekonomi menjelang PRU16."Mengembalikan GST memperlihatkan kesungguhan BN untuk menyambung legasi yang pernah diperkenalkan Bossku (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak)."Secara umumnya, saya tidak melihat bahawa rakyat menerima cadangan tersebut dengan penuh skeptikal."Apa jua bentuk sistem percukaian tetap mendatangkan implikasi ke atas mana-mana individu atau kumpulan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Beliau mengulas janji Ahmad Zahid ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA pada Ahad untuk mengembalikan GST jika BN kembali menerajui Putrajaya selepas PRU16.Ahmad Zahid menyifatkan GST lebih adil dan bersasar berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta menggesa MCA terus memperjuangkannya.Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 November lalu menegaskan kerajaan belum bercadang mengembalikan GST kerana dikhuatiri membebankan golongan berpendapatan rendah.Menurut Anwar, GST hanya wajar dipertimbangkan apabila pendapatan minimum rakyat mencapai sekurang-kurangnya RM4,000.Ariff Aizuddin tidak melihat cadangan BN itu menjadi senjata makan tuan pada PRU16 kerana GST pernah menyumbang hasil besar kepada negara, namun menegaskan pelaksanaannya mesti telus supaya hasil kutipan dimanfaatkan rakyat.Mengenai kemungkinan kerjasama BN dan Pas, beliau berkata, Pas perlu bersikap terbuka walaupun pernah menentang GST pada 2015, termasuk apabila seorang pemimpin kanannya menyifatkan cukai itu haram kerana isu ketirisan, rasuah dan beban rakyat.Menurutnya, perbezaan pendirian tidak semestinya menghalang kerjasama kerana percaturan politik boleh berubah."Pas perlulah berkompromi dan bersikap terbuka dalam usaha untuk mengolah satu persefahaman dasar yang konkrit serta substantif antara parti dengan BN."Jika BN bertegas untuk mengembalikan semula GST, maka BN disaran mengadakan satu sesi mesyuarat umum untuk mempersembahkan logik ekonomi mereka berserta justifikasi sesuai," katanya.Bagaimanapun, Ahmad Zahid pada 15 November lalu menjelaskan BN belum merancang kerjasama rasmi dengan PN menjelang PRU16, namun terbuka untuk berbincang jika perlu.





Bekas pegawai khas Najib dan seorang Datuk berkonspirasi tekan ustaz bayar .. - Wrlr - 23/11 8:48 pm

Satu keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar mendedahkan bagaimana seorang pendakwah bebas berdepan tekanan, ugutan dan tuduhan yang mencemarkan reputasinya. Dua individu yang terlibat ialah bekas pegawai khas Najib Razak, Muhammad Mukhlis Maghribi, dan ahli perniagaan, Datuk Zamil Ibrahim





Khemah besar: Cadangan, strategi politik perlu dibawa ke Majlis Presiden .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm

Pada 13 Nov lepas, Anwar berkata tiada keperluan untuk kerajaan tergesa-tergesa membuat keputusan berhubungpeletakan jawatanLoke meskipun surat rasmi berhubung perkara itu telah diterima danperkara tersebutmemerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat. Pada 12 Nov,Loke yang jugaAhli Parlimen Seremban menegaskan pendirian beliau untuk kekal dengan keputusan meletakjawatanserta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakmenjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah





Proses penyahklasifikasi minit pengampunan Najib: PM perlu beri penjelasan terbuka - Sinarharian - 23/11 4:42 pm

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberikan penjelasan terbuka berhubung proses penyahklasifikasi minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan proses berkenaan dilakukan mengikut peruntukan undang-undang dan tatacara pentadbiran yang sewajarnya.Beliau berkata, antara perkara perlu diperjelaskan ialah pihak yang mengarahkan atau meluluskan penyahklasifikasi itu dan asas perundangan digunakan serta sama ada proses berkenaan mendapat kelulusan sewajarnya termasuk peranan Jemaah Menteri.Menurutnya, pendedahan minit mesyuarat yang membabitkan institusi tertinggi negara itu bukan perkara kecil kerana turut menimbulkan persoalan berkaitan tadbir urus, keselamatan dokumen rasmi kerajaan dan pematuhan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972."Perdana Menteri tidak boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab politik dan pentadbiran berhubung isu ini kerana beliau mengetuai pentadbiran negara."Jika penyahklasifikasi dibuat tanpa melalui kelulusan atau proses sewajarnya, ia satu persoalan serius yang perlu diberikan perhatian," katanya dalam kenyataan.Noor Hariri berkata, pendedahan kandungan minit berkenaan juga menimbulkan kebimbangan apabila membuka ruang kepada pihak tertentu untuk mempersoalkan kewibawaan institusi Yang di-Pertuan Agong.Katanya, kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan dan perlu dihormati semua pihak.Beliau berkata, perbincangan dalaman Lembaga Pengampunan tidak seharusnya dijadikan bahan politik sehingga mencetuskan persepsi negatif terhadap institusi berkenaan."Kerajaan tidak boleh bersikap selektif dalam soal ketelusan sehingga dokumen berkaitan proses pengampunan tertentu didedahkan kepada umum tanpa memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap implikasi kepada institusi Diraja dan kepentingan perlembagaan negara," katanya.Sehubungan itu, beliau mendesak supaya siasatan bebas dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap penyahklasifikasi dan penyebaran dokumen tersebut selain memastikan semua tindakan mematuhi undang-undang.Katanya, kepentingan politik kepartian tidak sepatutnya mengatasi kepentingan negara serta penghormatan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong."Institusi Raja-Raja Melayu bukan alat politik, Perlembagaan bukan bahan percaturan dan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong wajib dihormati serta dipelihara setiap lapisan kepimpinan negara," katanya.





Court: Two men conspired to get RM400,000 from preacher who taught Najib - NST - 23/11 4:04 pm

ALOR STAR: Two men conspired to obtain RM400,000 from a preacher who had conducted religious classes for former prime minister Datuk Seri Najib Razak while he was in prison, the High Court ruled.





Rakaman audio dan petikan 'Kepala dia Mukhlis la' bongkar konspirasi ugut .. - Hmetro - 23/11 3:32 pm

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Alor Setar memutuskan bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan bergelar Datuk, berkonspirasi untuk menekan seorang pendakwah bebas supaya membayar RM400,000 melalui ugutan serta hantaran berunsur fitnah di media sosial





Tony Pua questions Zahid's ability to manage GST if BN returns to power - Sinardaily - 23/11 3:01 pm

PUTRAJAYA Former Damansara MP Tony Pua has accused Barisan Nasional (BN) of favouring the wealthy, saying ordinary Malaysians would bear the burden if the Goods and Services Tax (GST) is reintroduced.He also questioned whether BN chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi could manage the tax system better if he became Prime Minister.Pua said the experience of implementing GST under former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak should serve as a reminder, particularly regarding issues involving tax refunds, costs and inflation."BN is a party for the tycoons, while ordinary people are the ones who pay."Remember how Najib handled the issues of tax refunds, costs and inflation?"You would be delusional to think that Zahid would do a better job as Prime Minister with GST," he said in a social media post.Ahmad Zahid, who is also Deputy Prime Minister, pledged to reintroduce GST if BN succeeds in regaining Putrajaya after the 16th General Election (GE16).He made the pledge when officiating the 4th MCA General Assembly at Wisma MCA on Sunday.He said GST was a fairer and more targeted tax system than the current Sales and Services Tax (SST), adding that more than 170 countries had adopted the system.





Selepas Zahid nak laksana semula, netizen laju ingatkan Ulama Pas pernah .. - Wrlr - 23/11 1:57 pm

Harapandaily November 23, 2026 Cadangan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menghidupkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali memerintah mengundang perdebatan baharu, apabila netizen pantas mengungkit pendirian Dewan Ulama Pas yang pernah mengisytiharkan cukai itu haram ketika ia diperkenalkan kerajaan pimpinan Najib Razak





Tony Pua ungkit kelemahan pelaksanaan GST era pentadbiran Najib - Sinarharian - 23/11 1:39 pm

PUTRAJAYA Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyifatkan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan golongan atasan, sedangkan rakyat biasa bakal menanggung beban sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula.Beliau turut mempersoalkan kemampuan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengendalikan sistem percukaian itu dengan lebih baik sekiranya menjadi Perdana Menteri.Menurutnya, pengalaman pelaksanaan GST ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dijadikan peringatan khususnya berhubung isu bayaran balik cukai, kos dan inflasi."BN ialah parti golongan tauke, sedangkan rakyat marhaen yang membayar."Ingat bagaimana Najib mengendalikan isu bayaran balik, kos dan inflasi?"Anda tidak waras jika beranggapan Zahid akan melakukan lebih baik sebagai Perdana Menteri dengan GST," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-4 di Wisma MCA pada Ahad berikrar mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya gabungan itu berjaya menawan semula Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Beliau berkata, GST merupakan sistem percukaian lebih adil dan berfokus berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan ketika ini, selain memaklumkan lebih 170 negara menggunakan sistem berkenaan.





Saya Menangis Seperti Budak Kecil Pendedahan Bekas Ketua SPRM Tentang .. - Denyutreformasi - 23/11 1:12 pm

Tiada projek, hanya berhutang atas jaminan kerajaan, hanya gembar- gembur projek, bilion-bilion dilarikan begitu sahaja! 8. Pengampunan kepada DS Najib Razak memang sangat tidak wajar





Gambang, Gebeng identified as Pahang's data centre hubs - Sinardaily - 23/11 12:43 am

KUANTAN - Gambang and Gebeng here have been identified as the two locations with sufficient infrastructure, including land, water and electricity supply, as well as fibre optic connectivity, to support data centre development in Pahang.Pahang Investment, Industry, Science, Technology and Innovation Committee chairman Datuk Mohamad Nizar Najib said the state government would, however, closely scrutinise and monitor all data centre developments to ensure they did not affect electricity and water supplies for residents."We are not rejecting any applications for data centres, but we will approve them only in designated locations





Apa nasib Najib lepas 24 Ogos 2028? - Denyutreformasi - 23/11 12:41 am

Heboh. Satu Malaysia heboh bila media melaporkan Najib Razak kini dipindahkan dari Penjara Kajang ke rumah di alamat No 11 Jalan Langgak Duta Taman Duta





Pua: Remember how Najib mishandled GST refunds? - Mkini - 23/11 11:00 am

Former DAP lawmaker questions Zahid's plan to revive the tax.





PM and I have yet to meet, says Loke on resignation - Sinardaily - 23/11 10:04 am

You have to ask the Prime Minister (if I am still the Transport Minister). As far as I'm concerned, I have already resigned, said Loke after officiating the Selangor DAP state convention here on Sunday (Nov 22).The DAP secretary-general resigned as Transport Minister with immediate effect on Nov 10 following a Kuala Lumpur High Court order allowing former prime minister Datuk Seri Najib Razak to serve the remainder of his SRC International sentence under house arrest.During the Melaka state election campaign period, Anwar said he had not accepted Loke's resignation letter and suggested that Loke take a short break instead.The Prime Minister said he wanted to discuss the matter with Loke, and urged him to stay on and continue his duties.He also described Loke as a hardworking and trustworthy minister with a strong track record and public-benefiting initiatives at the Transport Ministry, questioning why calls focused on Loke rather than issues of corruption or underperformance





Only Amanah can bring down BN, party needs a new political narrative Khalid Samad - Sinardaily - 23/11 8:05 am

This is what we need to develop or produce."We need a new narrative that can break Pas apart. Its decision to cooperate with Umno is difficult to defend, considering that Pas itself has previously described Umno as an asabiyyah (tribalistic or race-based) party," he said during the winding-up session of the presidential address on the second day of Amanah's 2026 National Convention on Sunday (Nov 22) Khalid said Pas's decision to cooperate with Umno also raised questions about the consistency of its political position."When did Umno change and amend its constitution? Pas cannot deny that it is now working with a party it had previously labelled as asabiyyah and corrupt," he said, acknowledging that changing voters' perceptions was not an easy task and would require time and sustained commitment.Drawing on the experience of the 14th General Election (GE14) in 2018, he said BN's downfall was not achieved overnight but was the result of years of efforts involving street demonstrations, forums and writings by intellectuals to challenge the coalition's political narrative."We did not bring down Najib (Datuk Seri Najib Razak) easily in 2018





Agong pelihara keseimbangan Perlembagaan menerusi titah pengampunan Najib - FMT - 23/11 8:00 am

Titah itu membuktikan Raja-raja Melayu tidak akan terpengaruh dengan usaha pihak berkepentingan politik yang mahu memperalat kuasa pengampunan.





Shah Alam Hospital honours organ donor with emotional Walk of Honour - Sinardaily - 22/11 11:44 pm

SHAH ALAM Amid a heartbreaking loss, the generosity and selflessness of the family of the late Ahmad Sobri Ishak, who died following an accident, have given others a priceless gift and renewed hope through organ donation.Shah Alam Hospital, in a Facebook post, shared a touching video capturing an emotional Walk of Honour held in tribute to Ahmad Sobri for his noble decision to become an organ donor.In the one-minute-and-16-second video uploaded to the hospital's official social media page, healthcare workers were seen standing in honour as his hospital bed was wheeled towards the operating theatre for the organ retrieval procedure.The hospital said the organ procurement process was successfully carried out through the dedication and close collaboration of its medical team, together with teams from the National Heart Institute (IJN), Hospital Selayang's Urology Team and the National Transplant Resource Centre (NTC)."From a loss comes new hope. May Allah SWT bless the soul of the deceased, forgive his sins and place him among the righteous, and may all these good deeds become a lasting act of charity."May the family he leaves behind also be granted patience and strength," the hospital said in its statement on Sunday.Meanwhile, a Facebook user, Najib Fazail, believed to be a close friend of Ahmad Sobri, shared an emotional tribute, expressing his grief over the loss of a friend he had known for more than 20 years.He described his friend's passing as something difficult to put into words."Fate has decided that you would leave us first





Former deputy speaker of Senate dies - Sinardaily - 22/11 9:16 pm

KUALA LUMPUR - Former deputy president of the Senate Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad, died today at the age of 86 due to a lung infection.His youngest brother, Zulkhairi Abd Samad said his brother breathed his last at the Kuala Lumpur Hospital (HKL) at around 4.20 pm today.The deceased had been suffering from lung disease for several years before experiencing heart valve damage and was frequently being admitted to the hospital."Yesterday, the deceased suddenly lost consciousness and the doctor said that it was likely due to a bacterial infection in the lungs," Zulkhairi said.He said Abdul Halim's remains are currently at his residence at Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat and are expected to buried in Gombak tomorrow morning.The deceased, who was from Kuantan, Pahang, leaves behind his wife Iasah Ibrahim and three children.Abdul Halim was appointed as a Senator on Nov 3, 2014, and served as the deputy president of the Dewan Negara from April 18, 2016, to Nov 2, 2020.He once served as a school teacher, press secretary, and senior private secretary to former prime minister Datuk Seri Najib Razak, and was the first chief of Federal Territory UmnoYouth.He was also KUB Malaysia Bhd Group chairman and was involved in community welfare associations





Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara meninggal dunia - Sinarharian - 22/11 8:38 pm

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat jangkitan paru-paru hari ini.Adik bongsu Allahyarham, Zulkhairi Abd Samad berkata abangnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 4.20 petang."Arwah sudah beberapa tahun sakit paru-paru sebelum mengalami kerosakan injap jantung dan sering keluar masuk ke hospital."Semalam, secara tiba-tiba arwah tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu kemungkinan ia berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-parunya," katanya ketika dihubungi Bernama.Zulkhairi berkata jenazah kini berada di kediamannya di Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat dan dijangka disolat serta dikebumikan di Gombak pagi esok.Abdul Halim, yang berasal dari Kuantan, Pahang meninggalkan isteri, Iasah Ibrahim dan tiga anak.Beliau dilantik sebagai Senator pada 3 Nov 2014 dan berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dari 18 April 2016 hingga 2 Nov 2020.Abdul Halim pernah bertugas sebagai guru, setiausaha akhbar dan setiausaha sulit kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang pertama.Beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi Kumpulan KUB Malaysia Bhd dan terlibat dalam persatuan kebajikan masyarakat





GST kembali jika BN terajui Putrajaya - Zahid - Denyutreformasi - 22/11 4:43 pm

Kita menoleh semula ke belakang. Bossku telah melakukan yang terbaik dahulu," katanya, merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak yang menerajui kerajaan ketika GST diperkenalkan





Hanya Amanah boleh gagalkan BN, perlu bina naratif baharu - Khalid Samad - Sinarharian - 22/11 4:42 pm

Ini yang kita kena bangunkan ataupun hasilkan."Perlu ada satu naratif baharu yang boleh memecahbelahkan Pas. Tindakan untuk bersama dengan UMNO memang sukar untuk dipertahankan kerana selama ini mereka sendiri menyatakan bahawa UMNO itu parti asabiah," katanya ketika penggulungan Pidato Presiden sempena hari kedua Konvensyen Nasional 2026 Amanah.Khalid berkata, keputusan Pas menjalinkan kerjasama dengan UMNO turut menimbulkan persoalan mengenai konsistensi pendirian parti itu."Sejak bila UMNO berubah dan pindah perlembagaan? Pas tidak boleh nafikan mereka bersama dengan parti asabiah serta sakau," ujarnya.Beliau turut mengakui usaha mengubah pemikiran pengundi bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan masa dan komitmen berterusan.Mengambil pengalaman Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, beliau berkata, kejatuhan Barisan Nasional (BN) ketika itu tidak berlaku dalam tempoh singkat, sebaliknya hasil usaha bertahun-tahun menerusi demonstrasi, forum dan penulisan golongan cendekiawan."Kita tidak jatuhkan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada 2018 dengan mudah





Usul tergempar Amanah Johor sokong cabar tahanan rumah Najib diterima perwakilan - Sinarharian - 22/11 3:09 pm

SHAH ALAM - Perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor membawa usul tergempar menyokong penuh tindakan Majlis Peguam fail semakan kehakiman cabar tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak.Usul berkenaan dibawa pada Konvensyen Nasional 2026 Amanah yang berlangsung pada Ahad dan mendapat sokongan daripada semua perwakilan.Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar berkata, perkara itu merupakan isu besar malah masih bersambung lagi dengan kes rasuah dan sakau yang dibuat oleh kleptokrat.Menurutnya, usul berkenaan dikemukakan bagi menyatakan pendirian Amanah yang mengecam pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib."Amanah sentiasa berpegang kepada prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang (rule of law) dan doktrin pengasingan kuasa sebagai teras utama agenda reformasi institusi negara."Majlis Peguam Malaysia telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keabsahan perintah tahanan rumah terhadap Najib."Antara asas yang dibangkitkan ialah pelaksanaan hukuman berkenaan yang didakwa tidak mempunyai peruntukan jelas dalam undang-undang jenayah negara, selain menimbulkan persoalan berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang," katanya ketika membentangkan usul berkenaan.Fadhli berkata, pendirian tersebut bukan bermaksud mempertikaikan atau tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong (YDPA).Jelas beliau, sebaliknya bertujuan memastikan setiap keputusan dan pelaksanaan undang-undang negara selari dengan Perlembagaan Persekutuan."Kita tetap menyanjung tinggi kuasa YDPA serta menghormati institusi Raja-Raja Melayu namun, dalam masa sama, kita mahu memastikan prinsip kesaksamaan dan keadilan terus dipelihara."Jangan sampai wujud persepsi bahawa terdapat layanan istimewa atau standard berbeza dalam sistem perundangan negara," ujarnya.





Anthony Loke serah kepada PM status peletakan jawatan - Sinarharian - 22/11 12:46 am

SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, namun status penerimaan peletakan jawatan tersebut perlu dirujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, setakat ini masih belum ada pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan."Anda perlu bertanya kepada Perdana Menteri. Bagi saya, saya sudah meletakkan jawatan," katanya ketika ditemui selepas Konvensyen Tahunan DAP Negeri Selangor di sini pada Ahad.Turut hadir ialah Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, dan Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada masih memegang jawatan Menteri Pengangkutan dari sudut teknikal berikutan peletakan jawatannya yang masih belum diputuskan.Anthony sebelum ini mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri pada 28 September lalu susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.Bagaimanapun, beliau ketika itu bersetuju meneruskan tugas sebagai Menteri Pengangkutan buat sementara waktu atas permintaan Anwar, dengan peletakan jawatan hanya berkuat kuasa apabila Najib mula menjalani hukuman berkenaan di rumah.Pada 10 November lalu, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International di bawah tahanan rumah.Bagaimanapun, Anwar pada 12 November lalu mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan itu, namun masih belum membuat keputusan mengenainya kerana mahu mengadakan perbincangan lanjut dengan Anthony.Perdana Menteri turut menyifatkan Anthony sebagai seorang menteri yang amanah dan komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya di Kementerian Pengangkutan.





'Kalau BN tawan Putrajaya, GST dikembalikan' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 22/11 12:23 am

Saya setuju GST dikembalikan."Ini bukan soal Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kononnya lebih adil dan berfokus. GST dilaksanakan di lebih 170 negara, hanya Malaysia yang tertinggal dan melaksanakan SST umpama menoleh semula ke belakang."Bossku (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) dah buat yang terbaik dahulu! Saya dan rakan-rakan BN berazam kalau kita menawan Putrajaya semula, kita terus kembalikan GST!" katanya sambil disahut sorakan 'Bossku' oleh perwakilan MCA.Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-4 di Dewan San Choon Wisma MCA di sini pada Ahad.Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun menegaskan bahawa cadangan itu bukan bertujuan menolak pelaksanaan SST, sebaliknya bagi memastikan Malaysia mengamalkan sistem percukaian yang lebih saksama."Siapa yang akan memperjuangkan nasib rakyat jika kita tidak berdiri bersama-sama," ujarnya.





Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Najib perlu dinyahklasifikasi -Saifuddin Nasution - Sinarharian - 22/11 11:11 am

KUALA LUMPUR Dokumen minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perlu dinyahklasifikasikan bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menyediakan afidavit balas berhubung permohonan semakan kehakiman yang difailkan Majlis Peguam.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dokumen berkenaan mengandungi perkara penting berkaitan mesyuarat Lembaga Pengampunan yang perlu dimasukkan dalam afidavit balas kerajaan."AGC perlu mengemukakan jawapan melalui afidavit susulan tindakan pihak peguam mencabar isu tahanan rumah menerusi permohonan semakan kehakiman."Jadi, dokumen berkenaan perlu dinyahklasifikasikan terlebih dahulu bagi membolehkan Peguam Negara menyediakan afidavit balasan," katanya ketika ditemui selepas program PDRM Fun Run 2026 di Dataran Merdeka di sini pada Ahad.Media sebelum ini melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang didakwa telah dinyahklasifikasikan.Beberapa muka surat dokumen itu dikongsi oleh Tony Pua menerusi akaun Facebook miliknya, termasuk bahagian yang merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara berkenaan.Susulan itu, tindakan Tony Pua dipertikai kerana disifatkan tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan AgongSementara itu, Saifuddin Nasution berkata, proses nyahklasifikasi perlu dilakukan berikutan permohonan semakan kehakiman berkenaan telah dimulakan oleh pihak peguam.Katanya, afidavit balas yang disediakan Peguam Negara hanya akan lengkap sekiranya perkara yang berlaku dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan itu turut dimasukkan.Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sama ada dokumen berkenaan sepatutnya didedahkan kepada umum.Mengulas mengenai pihak yang mendedahkan dokumen berkenaan serta tujuan pendedahan itu dibuat, beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai penjelasan berhubung perkara tersebut."Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu."Berhubung isu pendedahan, siapa yang mendedahkan dan apakah tujuan pendedahan tersebut, saya tidak mempunyai penjelasan, kerajaan juga tidak berada dalam kedudukan untuk menjelaskan perkara berkenaan," katanya.





Najib house arrest minutes declassified so government can answer Malaysian Bar in court, says home minister - Malaymail - 22/11 11:07 am

KUALA LUMPUR, Nov 22 The Federal Territories Pardons Boards meeting minutes on former prime minister Datuk Seri Najib...





Jangan terlalu berpolitik hingga lupa hormati institusi raja – MCCC - Mygazette - 22/11 8:01 am

Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Pahang, Daniel Khoo Jian Woon berkata, pemimpin politik seharusnya memahami batas dalam menyuarakan pandangan terutama apabila sesuatu isu menyentuh institusi diraja dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Tony Pua berkongsi petikan yang didakwa sebagai minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 18 September lalu berkaitan keputusan pengampunan dan perintah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak





Bersih raikan 20 tahun perjuangan, hargai suara rakyat bawa perubahan - Sinarharian - 22/11 12:58 am

KUALA LUMPUR Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) meraikan ulang tahun ke-20 penubuhannya dengan suara rakyat menjadi pemangkin kepada pelbagai perubahan besar dalam sistem demokrasi dan pentadbiran negara.Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, sambutan bertemakan 'Suara Kita, Kuasa Kita' itu bukan sekadar menghimpunkan aktivis, malah menjadi ruang untuk generasi muda memahami legasi perjuangan berkenaan."Program sehari yang juga satu 'reunion' aktivis Bersih bersama-sama menggerakkan perubahan sejak 2006 serta penglibatan anak muda yang bersemangat meneruskan perjuangan ini."Bagi kita, perkara utama ialah bagaimana kita melihat sambutan ini sebagai ruang meraikan kejayaan membawa perubahan-perubahan besar," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada sambutan dua dekad Bersih di The Godown Arts Centre di sini pada Sabtu.Hadir sama, bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan; bekas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Profesor Wong Chin Huat.Muhammad Faisal berkata, perubahan yang berjaya diperjuangkan ialah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Seksyen 27 Akta Polis yang membuka ruang kepada penggubalan Akta Perhimpunan Aman.Tambah beliau, reformasi lain yang turut dicapai termasuk pelaksanaan Undi18 dan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya."Itu merupakan inti pati daripada suara rakyat yang disalurkan kepada Bersih," katanya.Beliau turut mengharapkan generasi muda dapat memahami sejarah perjuangan itu dan melihat bahawa suara rakyat menjadi asas kepada perubahan."Besar harapan kami apabila membicarakan Bersih, kita mengharapkan anak muda akan datang memahami bahawa dengan suara inilah perubahan itu dapat dilaksanakan sekali gus meneruskan legasi Bersih," katanya lagi.Berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhammad Faisal menegaskan tindakan menegur kerajaan atau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu tidak seharusnya disamakan dengan perbuatan derhaka.Katanya, perkara itu perlu dilihat dalam konteks perjuangan menentang kleptokrasi dan menuntut keadilan."Apabila persoalan menegur dan melahirkan rasa tidak puas hati itu, ia harus dilihat dalam konteks lebih objektif iaitu kita melawan sistem kleptokrasi, bukan isu yang dengan mudah dituduh sebagai penderhaka."Derhaka itu bukan mereka yang meluahkan rasa isi hati mahukan keadilan dan kebenaran, tetapi mereka yang memperbodohkan rakyat serta mencuri duit rakyat."Kita harus faham bahawa kita bangkit melawan supaya perubahan ini dapat dilakukan," katanya.Pada sambutan itu, Bersih turut menyampaikan Anugerah Demokrasi Bersih kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebagai penghargaan terhadap peranan serta sokongan yang diberikan kepada gerakan demokrasi sejak 2008.





Kapal layar mewah, berlian merah jambu: Membungkam Skandal 1MDB dan hubungan dengan UAE - Mkini - 21/11 9:00 am

Menurut DOJ, Jho Low menyewa Topaz sebanyak lima kali antara 2013 dan 2014, menggunakan dana curi 1MDB. Sewaan pertama dilakukan di Monaco bersama Rosmah Mansor, didakwa untuk melihat berlian merah jambu 22 karat daripada seorang pereka barang kemas, dan membincangkan reka bentuknya untuk dijadikan rantai leher untuk isteri Najib itu.





Kesan jejak wang RM50 juta bayar denda Najib, Kadir Jasin beritahu kerajaan - FMT - 21/11 8:00 am

A Kadir Jasin berkata kerajaan perlu kenal pasti sumber dana manakala Khalid Ahmad berkata bank memang sudah ada mekanisme berbuat demikian.





Penderma tabung Najib berhak tahu isi minit pengampunan – DAPSY - Mygazette - 21/11 7:39 am

# Penderma tabung Najib berhak tahu isi minit pengampunan - DAPSY KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Malaysia menyifatkan penderma Tabung Solidariti Najib Razak yang berjaya mengumpul RM50 juta berhak mengetahui bagaimana keputusan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak itu dibuat





Anak muda rancang demo, tuntut tahanan rumah Najib digantung - Mkini - 20/11 8:22 pm

Gabungan mahasiswa dan anak muda merancang himpunan antirasuah kali ketiga hujung bulan ini.





Pemuda DAP pertegas penderma RM50 juta untuk Najib pun berhak tahu minit pengampunan - Harapandaily - 20/11 6:20 pm

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menegaskan bahawa penyokong dan penderma Tabung Solidariti Najib Razak yang berjaya mengumpul RM50 juta turut berhak mengetahui kandungan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung keputusan tahanan rumah bekas Perdana Menteri itu





Inside Deutsche Bank: Beban RM4.5 bilion, keluarga Najib dan orang kanan Jho Low - Mkini - 20/11 6:00 pm

DOJ pada 2021 mendenda Deutsche Bank AS$122.89 juta kerana pengambilan penasihat pembangunan perniagaan mereka, yang digunakan sebagai cara untuk memberi rasuah demi mendapatkan peluang perniagaan.





Youth groups call for Najib's house arrest to be suspended, announce third anti-graft rally - Mkini - 20/11 5:55 pm

They also accuse PM of trying to steer clear of the matter.





Siapa lulus penyahrahsiaan minit pengampunan Najib? - Harakahdaily - 20/11 2:15 pm

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim diminta menjelaskan siapa yang meluluskan penyahrahsiaan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak serta bagaimana petikan dokumen itu boleh didedahkan melalui Facebook bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan Anwar bahawa dokumen […] The post Siapa lulus penyahrahsiaan minit pengampunan Najib? appeared first on Harakahdaily .





Tak setuju pengampunan Najib terus dicop derhaka? Peguam dedah apa sebenarnya kuasa Agong - Harapandaily - 20/11 2:04 pm

Penjelasan itu dikemukakan peguam kanan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, ketika mengulas kontroversi ketidaksetujuan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri... The post Tak setuju pengampunan Najib terus dicop derhaka? Peguam dedah apa sebenarnya kuasa Agong appeared first on Harapan Daily .





Guan Eng praises Yeoh for deftly handling Najib house arrest, KLSCAH premium issues - Mkini - 20/11 1:30 pm

DAP veteran says she did well as both a government minister and a party leader.





Dah ada NGO tampil, kata Mat Sabu berkait tawaran perjuang keadilan - FMT - 20/11 12:58 am

Menteri pertanian dan keterjaminan makanan berkata langkah serah gaji bulanannya susulan isu tahanan rumah Najib Razak kini dalam proses rundingan dengan NGO.





Guan Eng pertahan Yeoh dalam isu Najib, KLSCAH - Mkini - 20/11 12:26 am

Guan Eng berkata Yeoh telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin DAP dan sebagai menteri yang telah memberikan taat setia sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong.





Declassified minutes show Hannah Yeoh objected to Najib house arrest, says Lim Guan Eng - Malaymail - 20/11 12:02 am

KUALA LUMPUR, Nov 20 Bagan MP Lim Guan Eng today defended Federal Territories Minister Hannah Yeoh over her role in th...





Dulu kecam derma Najib, sekarang Ummi Umairah tegur budaya kabel di universiti pula - Mydateline - 20/11 12:00 am

Ingat lagi mahasiswi Universiti Malaya (UM) yang pernah mengkritik tindakan orang ramai mengumpul derma RM50 juta untuk membantu Datuk Seri Najib Razak? Ya, Ummi Umairah ..





Saya hanya rujuk minit mesyuarat yang telah sah dinyahklasifikasikan ??? .. - Mygazette - 20/11 8:55 am

# Saya hanya rujuk minit mesyuarat yang telah sah dinyahklasifikasikan Tony Pua KUALA LUMPUR Pemimpin DAP, Tony Pua mempertahankan tindakannya memuat naik sebahagian laporan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam





Kenapa Tony Pua kongsi di FB sebelum kerajaan umum? Fadhli Kenapa Tony Pua .. - Mygazette - 20/11 8:55 am

# Kenapa Tony Pua kongsi di FB sebelum kerajaan umum? Fadhli KUALA LUMPUR - Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa dokumen berkaitan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak dinyahrahsia kerana dicabar di mahkamah menimbulkan beberapa kemusykilan yang perlu dijawab secara terbuka





Minit pengampunan penuh Anwar juga perlu didedahkan ??? Wan Saiful - Mygazette - 20/11 8:55 am

# Minit pengampunan penuh Anwar juga perlu didedahkan Wan Saiful KUALA LUMPUR Minit penuh Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-51 pada 16 Mei 2018 yang membawa kepada pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, perkara itu wajar diberi perhatian susulan penularan dokumen minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan Datuk Seri Najib Razak yang kini menjadi isu besar





Khaled sokong UMNO buat pendirian bersama isu minit Lembaga Pengampunan - Mygazette - 20/11 8:55 am

# Khaled sokong UMNO buat pendirian bersama isu minit Lembaga Pengampunan KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyokong pendirian UMNO berhubung keperluan pihak bertanggungjawab memberikan penjelasan mengenai isu penularan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak





UMNO Kedah gesa Tony, DAP disiasat susulan pendedahan minit Lembaga .. - Mygazette - 20/11 8:55 am

# UMNO Kedah gesa Tony, DAP disiasat susulan pendedahan minit Lembaga Pengampunan KUALA LUMPUR - UMNO Kedah menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua susulan tindakannya mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak





Adakan PRU bagi meredakan huru-hara dalam negara – Naqib - Mygazette - 20/11 8:55 am

Terdahulu, Tony berkongsi beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat LPWP yang didakwa sudah dinyahklasifikasikan dalam akaun Facebook beliau. Menurut minit mesyuarat lembaga pengampunan tersebut yang dinyahklasifikasikan itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib





KOLUM Apa nasib Najib lepas 24 Ogos 2028? - Mkini - 20/11 8:00 am

Saya mahu tarikh ini terus dihebohkan dari hari ini.





MP Pas cerita susah makan nasi bungkus, ‘kantoi’ pukul berapa wakil rakyat PN keluar makan - Harapandaily - 19/11 11:17 pm

Perkongsian Ahli Parlimen Baling dari Pas, Hassan Saad mengenai nasi bungkus yang dimakan bersama rakan pembangkang mengundang perhatian apabila aktivis Najib Bakar mempersoalkan waktu mereka keluar makan ketika Dewan Rakyat masih bersidang





Pemuda Pas Terengganu buat laporan terhadap Tony Pua, dakwa persenda kewibawaan Agong - Sinarharian - 19/11 10:24 pm

KUALA TERENGGANU - Pemuda Pas Terengganu tampil membuat laporan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan hantaran di media sosial yang didakwa mempersendakan kewibawaan Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini pada petang Khamis.Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, hantaran tersebut didakwa mengandungi pendedahan beberapa halaman dokumen Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-64 bertarikh 18 September 2026 yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.Katanya, cara kenyataan itu diolah boleh memberi gambaran negatif kepada rakyat seolah-olah Seri Paduka Baginda bertindak membelakangkan nasihat Peguam Negara dan pendirian kerajaan, selain mencemarkan kemuliaan institusi diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Turut dipersoalkan dalam laporan berkenaan adalah penggunaan ungkapan 'our king kleptocrat' serta bagaimana individu yang bukan ahli atau pemegang jawatan dalam Lembaga Pengampunan boleh memperoleh dokumen rasmi berkenaan."Sehubungan itu, pihak polis digesa menyiasat kesahihan dakwaan sama ada dokumen tersebut telah dinyahklasifikasikan secara sah mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 sebelum diterbitkan," katanya.Beliau berkata, siasatan dimohon dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(c) dibaca bersama Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, selain menyiasat mana-mana individu atau pegawai kerajaan yang mungkin terlibat membocorkan dokumen terbabit.Jelas beliau, pihak berkuasa digesa menjalankan siasatan segera dan telus terhadap kenyataan serta isu kebocoran minit mesyuarat berkenaan."Kita hadir hari ini untuk memohon kepada semua pihak yang mempunyai autoriti dalam negara supaya membuka kertas siasatan dan menyiasat perkara ini dengan segera serta telus."Ini perkara besar kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan institusi yang paling dihormati dalam negara, perkara itu juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.Mengulas lanjut, Muhammad Irsyad menegaskan isu membabitkan Institusi Diraja dan kuasa Yang di-Pertuan Agong perlu diberi perhatian serius kerana ia merupakan pelanggaran undang-undang yang tidak boleh dimaafkan."Sebagai rakyat dan pihak yang berada dalam sistem pentadbiran negara, kita sepatutnya menghormati kuasa serta kedudukan Yang di-Pertuan Agong."Seluruh rakyat Malaysia diminta supaya bersama-sama mempertahankan institusi raja yang menjadi sebahagian daripada asas kenegaraan sejak sebelum kemerdekaan," katanya.





‘Kita kira sangat mengguris hati rakyat’ - Harakahdaily - 19/11 10:02 pm

KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menggesa pihak berkuasa menyiasat segera kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak





Ummi Umairah yang pernah kritik derma Najib kini persoal amalan kronisme dalam kalangan mahasiswa - Harapandaily - 19/11 8:57 pm

Aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Mohammad Bakhit, yang sebelum ini menjadi perhatian selepas mengkritik kutipan derma untuk bekas Perdana Menteri Najib Razak, kini membangkitkan kebimbangan terhadap budaya kronisme dalam institusi pengajian tinggi





Dokumen tahanan rumah Najib boleh dinyahklasifikasi jika dibawa ke mahkamah – PM - Mypress - 19/11 8:49 pm

SHENZHEN – Dokumen perintah tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak boleh dinyahklasifikasikan sekiranya dicabar dan dibawa ke mahkamah,





Tahanan rumah Najib: Guna butiran minit untuk berhujah, jangan pertikai pendedahan Projek SAMA, Bersih - Astroawani - 19/11 8:34 pm

Projek SAMA dan Bersih menggesa penyokong Datuk Seri Najib Razak mempertahankan keputusan tahanan rumah beliau secara terbuka, bukannya mempersoalkan pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan, di samping menyokong gesaan pendedahan minit pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.





Declassification of Pardons Board documents not unusual - PM - Sinardaily - 19/11 7:59 pm

That was also the case in my previous case."They were initially classified, but once there was a court challenge. In my case, I did not challenge the Board's decision; I challenged the process, he told a press conference after attending the 2026 APEC Economic Leaders' Meeting here today.Anwar said any further questions or issues relating to the matter could be referred to the Cabinet.He was commenting on reports concerning the minutes of a Federal Territories Pardons Board meeting, which discussed granting house arrest to former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and have since been declassified





Derhaka untuk Hannah, UMNO pula terkecuali? Krisis Negeri Sembilan dedah percanggahan pendirian - Mypress - 19/11 7:49 pm

KETIKA UMNO begitu lantang mempersoalkan pendirian Menteri Wilayah, Hannah Yeoh berhubung pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak sehingga





Najib house arrest order possibly declassified for court proceedings, says Anwar - FMT - 19/11 7:28 pm

Prime minister says the government will provide an update on the document's status in the near future.





Penyahklasifikasian dokumen Lembaga Pengampunan bukan perkara luar biasa - PM - Sinarharian - 19/11 7:22 pm

SHENZHEN (China) - Dokumen asal Lembaga Pengampunan sememangnya dikategorikan sebagai rahsia, namun proses penyahklasifikasian bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya dokumen berkenaan dicabar melalui proses mahkamah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, kebiasaannya, permohonan atau cabaran melalui mahkamah terhadap dokumen berkenaan boleh membawa kepada proses penyahklasifikasian, manakala tarikh pelaksanaannya ditentukan kemudian."Dokumen asal itu memang rahsia tetapi selalunya kalau dibawa ke mahkamah, dinyah (klasifikasi). Itu dalam kes saya dulu pun macam itu."Mula rahsia, tetapi sebaik sahaja ada cabaran mahkamah, masa saya dulu saya tidak cabar keputusan Lembaga, saya cabar prosesnya," kata beliau pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 di sini pada Khamis.Anwar berkata, sekiranya terdapat persoalan atau masalah lain berkaitan perkara itu, ia boleh dirujuk kepada Jemaah Menteri.Beliau mengulas laporan mengenai minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membincangkan pemberian tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang telah dinyahklasifikasikan





Kjaan dedah rahsia tahanan rumah Najib demi hadapi cabaran mahkamah - Anwar - Mkini - 19/11 7:21 pm

Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan status dokumen itu dan berkata kerajaan akan memberikan perkembangan terkini dalam masa terdekat.





Kediaman Najib kekal dalam kategori zon perumahan - FMT - 19/11 6:56 pm

Walaupun diisytiharkan sebagai penjara, kediaman bekas perdana menteri Najib Razak masih zon perumahan menurut pengezonan sedia ada.





Pertahan tahanan rumah Najib, bukan persoal dedah minit mesyuarat, Umno diberitahu - FMT - 19/11 6:30 pm

Projek Sama dan Bersih juga sokong minit mesyuarat lembaga pengampunan pada 2018 yang beri pengampunan penuh kepada Anwar Ibrahim didedahkan.





Haniff Khatri persoal siapa arah dedah dokumen pengampunan - Sinarharian - 19/11 5:23 pm

KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merupakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menyahklasifikasikan dokumen berkaitan pengampunan, sekiranya keputusan itu dipersetujui Jemaah Menteri.Peguam, Mohamed Haniff Khatri berkata, perkara itu berdasarkan kedudukan Menteri Wilayah Persekutuan sebagai wakil Kabinet yang menganggotai Lembaga Pengampunan.Menurutnya, berdasarkan kenyataan beberapa menteri dalam Kabinet, isu berkenaan juga disahkan tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.Justeru, katanya, timbul persoalan mengenai pihak yang menentukan klasifikasi dokumen berkenaan serta siapa yang membuat keputusan untuk mendedahkannya kepada umum."Kalau kita lihat secara ringkas dari sudut undang-undang, berdasarkan pengetahuan saya mengenai latar belakang proses pengampunan dan sebagainya, pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil tindakan selepas perkara itu dibentangkan kepada Kabinet dan mendapat persetujuan Jemaah Menteri."Jika Kabinet bersetuju, pihak yang sepatutnya menyahklasifikasikan dokumen itu ialah menteri yang berkaitan dengan isu pengampunan," katanya dalam satu podcast pada Khamis.Beliau berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dilihat mempunyai kaitan langsung dalam perkara itu kerana jawatan berkenaan merupakan salah satu keanggotaan dalam Lembaga Pengampunan.Bagaimanapun, Haniff Khatri berkata, berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, keputusan Kabinet berhubung perkara itu masih belum dimuktamadkan.Sehubungan itu, katanya, sekiranya Kabinet bersetuju dengan cadangan berkenaan, Menteri Wilayah Persekutuan berkemungkinan menjadi pihak yang bertanggungjawab melaksanakan proses nyahklasifikasi dan pendedahan dokumen berkaitan.Terdahulu, sebuah dokumen yang dipercayai merupakan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-64 bertarikh 18 September 2026 telah tular dan mendedahkan perbezaan pandangan dalam kalangan ahlinya berhubung status penahanan Najib.Berdasarkan laporan pemerhatian dokumen tersebut, beberapa ahli lembaga termasuk Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berpandangan Najib perlu meneruskan hukuman penjara dan tidak bersetuju beliau diberikan tahanan rumah.Mohd Dusuki dilaporkan menyatakan bahawa keputusan membenarkan tahanan rumah itu akan memberi kesan kepada kerajaan, khususnya dari sudut kestabilan politik, ekonomi, pelaburan, dan imej negara di peringkat antarabangsa.Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.Susulan perkenan tersebut, Najib telah mula menjalani baki hukumannya di kediamannya di Kuala Lumpur bermula 10 November lalu.





Tony Pua sindir pemimpin UMNO 'cacing kepanasan' - Sinarharian - 19/11 4:19 pm

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyindir beberapa pemimpin UMNO yang didakwanya semakin 'cacing kepanasan' susulan pendedahan fakta berkaitan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya, tindakan segelintir pemimpin parti itu yang menyerang individu yang membangkitkan isu berkenaan menunjukkan mereka lebih berminat mempertikaikan pembawa maklumat berbanding menjawab kandungan dokumen yang telah didedahkan."Yang menyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan bukan saya





BN lawmakers call for internal audit, police probe over leaked Najib pardon papers - Malaymail - 19/11 1:32 pm

KUALA LUMPUR, Nov 19 Several Barisan Nasional federal lawmakers today urged the public to lodge as many police report...





Najib set for Friday prayers and Quran classes at Kajang Prison - Malaymail - 19/11 10:27 am

KUALA LUMPUR, Nov 19 Former prime minister Datuk Seri Najib Razak will be escorted back to Kajang Prison tomorrow to p...





Dewan Himpunan Cina -Isu Mudah Tapi Buat SUsah - Denyutreformasi - 19/11 10:04 am

Owhhhh bila yang ini murah. Boleh tak bandingkan murah ini dengan nilai kes lain? Kes apa? Najib songlap duit SRC dari duit negara dan telah disabitkan bersalah dan dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta





Siapa bayar kos tahanan rumah Najib, soal Majlis Peguam - Mygazette - 19/11 7:32 am

# Siapa bayar kos tahanan rumah Najib, soal Majlis Peguam KUALA LUMPUR Majlis Peguam menggesa kerajaan untuk memberi penjelasan berhubung pihak yang perlu menanggung kos sepanjang Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman beliau sebagai tahanan rumah





Jangan dedah sekerat-sekerat, rakyat mahu penjelasan menyeluruh – .. - Mygazette - 19/11 7:32 am

Beliau berkata, Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 memperuntukkan kuasa pengelasan semula kepada Menteri atau pegawai awam yang diberi kuasa, namun persoalan sama ada peruntukan itu terpakai kepada dokumen berkenaan dan sama ada pendedahannya sah perlu ditentukan terlebih dahulu. Rafique turut mempersoalkan mengapa perhatian umum lebih tertumpu kepada kandungan dokumen yang dikatakan menunjukkan bantahan Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan terhadap cadangan pelaksanaan tahanan rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak





Tony Pua semakin biadab, pihak berkuasa perlu siasat ??? Wan Rosdy Tony .. - Mygazette - 19/11 7:32 am

# Tony Pua semakin biadab, pihak berkuasa perlu siasat Wan Rosdy KUANTAN Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera terhadap tindakan Tony Pua mendedahkan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak




Reformasi     >>



Pandai berceramah di kampung belum tentu mampu bawa .. - Harapandaily
Keupayaan seseorang pemimpin berucap di hadapan masyarakat setempat sahaja tidak memadai untuk membolehkannya membawa Malaysia mendepani cabaran geopolitik, geoekonomi dan geoteknologi dunia. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff ..
Kroni     >>



Trump backs Nvidia boss's return as backlash grows - NST
WASHINGTON: US President Donald Trump praised Nvidias decision on Monday to reinstate Jensen Huang as chief executive, as Democratic leaders vowed investigations and prominent Republicans questioned whether his return posed a national security risk.
Tabloid     >>



Akui salah muat naik video - Hmetro
Kuala Lumpur: Komposer, Iman Wan memohon maaf dan kesal dengan tindakannya memuat naik video tular yang menyebabkan seorang wanita menerima ejekan, serangan peribadi dan gangguan di media sosial. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Nvidia reinstates Jensen Huang: What changed and when - Mashable
President Donald Trump reportedly played a significant role in Jensen Huang's return to Nvidia. Here's what you need to know.
World     >>



Trump sealed deal for Nvidia to rehire Jensen Huang as .. - Cnbc
President Trump said his administration gave Nvidia's board assurance that Jensen Huang would not be a national security threat if he was reinstated as CEO.
Motor Trend     >>



Honda Avancier 2028 Buka Laluan Kepada Generasi Baharu .. - Careta
Honda Avancier 2028 yang diumumkan baru-baru ini menjadi model pertama yang disahkan menggunakan platform berkenaan, sebagai sebahagian daripada perancangan lebih besar Honda untuk memperluaskan pilihan model hibridnya. Portal automotif Autoblog - The Avancier Is Just the Beginning of Hondas ..