![]() |
/// |
|
Search : Nafas News | Page 1 |
Buletin Haval Raptor Phev 2026 Dilancarkan Tak Lama Lagi – Jana .. - Mekanika - 8/08 3:31 pm Dari segi saiz, dimensinya kekal sama: 4,800mm panjang, 1,950mm lebar dan 1,843mm tinggi, dengan jarak roda 2,738mm, membolehkan ia dikategorikan sebagai SUV kompak bersaiz besar. Di bahagian dalam, kabin Raptor 2026 diberi nafas baharu dengan stereng rata dua jejari, bilangan butang fizikal dikurangkan, dan paddle shifter diperkenalkan menggantikan tombol gear konvensional |
“Bagi Ruang Untuk Tarik Nafas, Tak Serabut”- Che Nom Pilih Untuk Berehat Seketika - Murai - 8/08 11:00 am Bukan berundur selama-lamanya, Che Nom menerusi hantaran di Instagramnya mendedahkan dia mahu berehat seketika untuk memberi fokus kepada dirinya dan juga keluarga. View this post on Instagram A […] The post “Bagi Ruang Untuk Tarik Nafas, Tak Serabut”- Che Nom Pilih Untuk Berehat Seketika appeared first on Murai MY . |
Projek Rintis Sistem Tol ANPR Mula, Bayar Tanpa Henti di Mana-Mana Lorong Lebuhraya PLUS - Pandulaju - 7/08 5:07 pm PENGGUNA lebuh raya di Malaysia boleh menarik nafas lega dengan sistem pembayaran tol lebih lancar, fleksibel [Baca Lagi...] The post Projek Rintis Sistem Tol ANPR Mula, Bayar Tanpa Henti di Mana-Mana Lorong Lebuhraya PLUS appeared first on PanduLaju.com.my . |
Tiga 'Stroller' Bayi Dilancarkan Hasil Kolaborasi Nuna X BMW, Harga Mula RM2.6k! - Pandulaju - 7/08 2:14 pm DUNIA gaya hidup premium menerima nafas baharu apabila Nuna, jenama terkemuka global dalam inovasi kelengkapan bayi [Baca Lagi...] The post Tiga 'Stroller' Bayi Dilancarkan Hasil Kolaborasi Nuna X BMW, Harga Mula RM2.6k! appeared first on PanduLaju.com.my . |
Mamat Got No Chill nak berhenti hisap vape, alami gejala nafas pendek dan perut sakit - Mdateline - 7/08 2:00 pm Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Mamat Got No Chill berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini selepas membuat perkongsian mengenai perjalanannya untuk berhenti menghisap rokok elektronik .. |
Hakim Danish membara buru gelaran Red Bull Rookies Cup - Kosmo - 7/08 7:00 am PUCHONG – Pelumba berbakat negara, Hakim Danish Ramli mendapat suntikan motivasi menjelang dua pusingan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) apabila motosikal Yamaha Y15ZR miliknya diberi nafas baharu oleh pengeluar komponen prestasi tinggi, UMA Racing dan Racing Boy (RCB) |
Yayasan Taqwa MAIWP sumbang komputer riba, wang tunai kepada Muhammad Haziq Hakimi - Sinarharian - 6/08 10:33 pm KUALA LUMPUR - Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan bantuan bernilai RM3,500 bagi membantu pelajar, Muhammad Haziq Hakimi Afzal, 18 dalam menyambung pengajian di luar negara.Kisah Muhammad Haziq Hakimi mula mendapat perhatian susulan keputusannya yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat tawaran menyambung pengajian di Jordan, meskipun hidup sebatang kara selepas kehilangan kedua ibu bapanya.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, sumbangan tersebut merangkumi pemberian komputer riba bernilai RM3,000 dan bantuan tunai sebanyak RM500.Ujar beliau, pihaknya juga akan memikirkan inisiatif lain bagi membantu Muhammad Haziq Hakimi dalam pembelajarannya."Kita harap sumbangan komputer riba ini dapat memberi manfaat kepada Muhammad Haziq Hakimi untuk tujuan pengajian."Dalam masa sama kita juga memberikan sumbangan tunai RM500 untuk perbelanjaan dia. Insya-ALLAH kita akan fikirkan juga bantuan lain yang boleh kita salurkan pada kemudian hari," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu.Muhammad Haziq Hakimi dilihat hadir bersama ibu saudaranya, Tumijah Afandi, 57 dan sepupunya, Muhammad Faiz Izzuddin Mohammad,19.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan ayah Muhammad Haziq Hakimi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan meninggal dunia akibat penyakit kaki gajah ketika anak tunggal itu baru berusia sembilan tahun.Pada 24 Julai tahun lalu, dia sekali lagi diuji apabila emaknya pula menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi penyakit jantung.Muhammad Haziq Hakimi yang kini meneruskan hidup sebatang kara tidak sempat berkongsi kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan baharu saja menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Jordan dalam jurusan Pengajian Islam.Menurut Mohd Naim, Muhammad Haziq Hakimi turut mendapat bantuan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi program Young Talent Development Program (YTP).Tambah beliau, ketabahan dan kecekalan Muhammad Haziq Hakimi dalam mendepani ujian dunia boleh dijadikan sebagai contoh terbaik buat masyarakat negara ini."Kalau kita tengok, bukan Muhammad Haziq Hakimi sahaja, Nabi Muhammad SAW juga anak yatim piatu tetapi Baginda berjaya menjadi pemimpin dunia dan orang yang paling ALLAH sayangi."Saya ambil kesempatan ini untuk mengajak semua khususnya anak-anak belia di luar sana untuk mengambil pengajaran daripada Muhammad Haziq Hakimi supaya tanam semangat dengan baik untuk menjadi pelajar yang cemerlang," ujarnya |
Ministry seeking legal advice on Nafas issue before releasing report - NST - 6/08 3:19 pm KUALA LUMPUR: The Agriculture and Food Security Ministry will seek legal advice before deciding whether to release the full investigation report on the suspension of the National Farmers Organisations (Nafas) constitution last year |
NAFAS constitution suspension continues for governance reforms - SUN - 6/08 3:13 pm KUALA LUMPUR : The suspension of the National Farmers Organisation (NAFAS) constitution, which came into effect on Nov 1 last year, remains in force, to allow for a comprehensive restructuring of its governance and business operations |
NAFAS masih dalam tempoh penggantungan perlembagaan - Mohamad Sabu - SUN - 6/08 3:02 pm KUALA LUMPUR: Tempoh penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) masih berkuat kuasa sejak 1 November tahun lepas bagi membolehkan proses penstrukturan semula tadbir urus dan perniagaan dijalankan secara menyeluruh |
Pertelingkahan mamba, mambang buat Johari sesak nafas - Sinarharian - 6/08 2:14 pm KUALA LUMPUR - Kekecohan yang berlaku akibat pertelingkahan di Dewan Rakyat membabitkan beberapa ahli Parlimen menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul terpaksa menghela nafas panjang.Malah, beliau dilihat mengurut dadanya sambil menyebut Allahuakbar sebaik sahaja berjaya meleraikan pertelingkahan itu.Kekecohan mula berlaku apabila Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menggunakan perkataan mamba yang dikatakan bermaksud kurang keras melibatkan enam Ahli Parlimen yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meninggalkan blok pembangkang.Ia kemudiannya membuatkan dua Ahli Parlimen DAP iaitu RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Chong Zhemin (PH-Kampar) bangun dan meminta penjelasan perkataan mambang yang dikatakan memberi maksud tidak elok.Suasana menjadi kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang bangun dan menyatakan bahawa ia merujuk kepada perkataan mamba bukannya mambang sementara pertikaman lidah itu berlangsung selama beberapa minit.Johari kemudiannya berusaha menenangkan keadaan apabila melihat situasi itu berlarutan."Untuk makluman (semua) termasuk Jelutong, kami (orang Kedah) kalau sebut mambang tu girlfriend |
Perlembagaan NAFAS masih digantung - Sinarharian - 6/08 12:34 am KUALA LUMPUR - Penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada 1 November 2024 masih berkuat kuasa dan kini ditadbir oleh pentadbir yang dilantik oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Pendaftar telah melantik Majlis Penasihat NAFAS yang dianggotai oleh lima orang ahli profesional yang berpengalaman dalam bidang tadbir urus serta pengurusan Kerajaan.Menurutnya, mereka berperanan untuk menilai semula setiap aspek pengurusan dan perniagaan NAFAS termasuk subsidiari bagi memastikan tindakan pembetulan bersifat menyeluruh, berasaskan fakta dan menjurus kepada pemulihan institusi secara berstruktur serta berintegriti."Pendaftar Pertubuhan Peladang memantau urusan harian NAFAS, menjalankan siasatan terhadap isu-isu yang dikenal pasti di samping menambahbaik urusan tata kelola NAFAS."Ia bagi memperkasa semula secara menyeluruh NAFAS dan memastikannya beroperasi mengikut hala tuju dan semangat penubuhan."Di antara strategi pembaharuan dan hala tuju dalam menstruktur semula yang sedang giat dilaksanakan adalah reformasi tata kelola; penilaian dan penstrukturan semula tadbir urus; penstrukturan semula syarikat subsidiari; audit pengurusan dan pemantauan berterusan; pengukuhan mekanisme semak dan imbang; penguatkuasaan kod etika dan integriti; mempelbagaikan sumber pendapatan serta pemulihan kepercayaan awam," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) tentang status terkini penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sejak 1 November 2024.Tambah Mohamad, strategi pembaharuan dan hala tuju NAFAS akan dipetakan melalui dokumen Blueprint Penambahbaikan Tatakelola dan Keberdayasaingan NAFAS 2.0 yang merangkumi lima teras.Teras tersebut meliputi tadbir urus dan kepimpinan organisasi; perundangan dan pematuhan; pengurusan dana dan perolehan; model perniagaan dan kelestarian kewangan; dan sistem pemantauan audit dalaman dan penerbitan. |
Nafas suspension still in effect, says Mat Sabu - Mkini - 6/08 12:27 am PARLIAMENT Registrar of Farmers Organisations is overseeing the daily affairs, says minister. |
KPKM sedia dedah laporan siasatan penggantungan Nafas kepada PAC - FMT - 6/08 12:20 am Bagaimanapun, Menteri Mohamad Sabu berkata pihaknya perlu merujuknya dari segi perundangan terlebih dahulu. |
HPPNK 2025 tarik golongan muda - Sinarharian - 6/08 11:40 am SHAH ALAM - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Sabah pada 1 hingga 3 Ogos baru-baru ini mencatat sambutan luar biasa.Lebih-lebih lagi, rekod kehadiran pengunjung muda yang memeriahkan reruai e-sukan di segmen Agro Millenia yang diuruskan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang mencecah hingga 5,000 pengunjung.Menurut Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin, tarikan seperti aktiviti dan interaktif, cabutanbertuah serta suasana moden dengan elemen visual di skrin LED bersaiz besar menjadikan ruang e-sukan menjadi tarikan utama kepadapengunjung muda sepanjang tiga hariHPPNK 2025."Antara hadiah yang disediakan termasuk motosikal, skuter elektrik, wafer syiling emas dan jam tangan |
Penggantungan Nafas masih berkuat kuasa - Mkini - 6/08 11:29 am Selepas 10 bulan, penggantungan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) susulan konflik dalaman masih berkuat kuasa. |
[VIDEO] Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Detik Cemas Suami Dikejarkan Ke Hospital Di China - Murai - 5/08 6:33 pm Ibu kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang juga usahawan terkenal berkongsi detik cemas apabila suaminya, Aidi Amin Ahmad terpaksa dikejarkan ke salah sebuah pusat perubatan di China kerana mengalami sesak nafas kerana masalah jantung |
Stella Rimington, ketua pengarah wanita pertama MI5 meninggal dunia - SUN - 5/08 3:09 pm Beliau dilahirkan pada 13 Mei 1935 dan meninggal dunia pada Ahad malam. Dalam satu kenyataan, keluarganya berkata: Beliau meninggal dunia di sisi keluarga dan anjing kesayangannya dan tetap berpegang teguh pada kehidupan yang dicintainya sehingga nafas terakhirnya |
Kurang Lori, Kurang Jem Malaysia beralih ke konsep Road to Rail - Careta - 4/08 5:48 pm Tiga inisiatif yang terus diberi nafas ialah: Pas My50 pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan untuk pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang |
HPPNK 2025: E-sukan anjuran NAFAS jadi tumpuan ribuan anak muda Sabah - Astroawani - 3/08 9:30 pm Reruai NAFAS menjadi tumpuan utama golongan muda pada Sambutan HPPNK 2025 dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk e-sukan di SICC. |
OD Esports wins Mobile Legends NAFAS-NEKMAT 2025 in Sabah - SUN - 3/08 8:56 pm KOTA KINABALU : OD Esports emerged as champions of the Mobile Legends NAFAS-NEKMAT e-sports tournament held in conjunction with the 2025 National Farmers, Breeders and Fishermens Day (HPPNK) celebration at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today |
Penyokong harap Nasken Coffee selesaikan isu FIFA, kembalikan kegemilangan KRW FC - Sinarharian - 3/08 1:18 pm PENYOKONG dan peminat bola sepak Kelantan mahu pemilik baharu Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) Nasken Coffee PM melakukan perubahan dengan menyelesaikan kemelut sekatan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang sedang membelenggu pasukan berkenaan.Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata penyokong tidak mahu pemilik baharu sekadar bercakap kosong, sebaliknya terus bekerja untuk membawa KRW FC ke arah lebih baik.Penyokong setia, Nashran Arjuna, 29, menyifatkan pengambilalihan itu sebagai satu era baharu buat bola sepak Kelantan yang diharap mampu mengembalikan kegemilangan pasukan di pentas Liga Malaysia."Ini bukan saja beri nafas baharu kepada KRW FC, tetapi juga dapat mempromosikan jenama tempatan seperti Nasken Coffee ke mata dunia |
Unit Forensik Hospital Kajang tunggu waris Allahyarham Ross Ariffin - Sinarharian - 3/08 10:33 am KAJANG - Pengurusan Unit Forensik Hospital Kajang pada ketika ini sedang menunggu ketibaan waris Allahyarham Ross Ariffin yang meninggal dunia pada jam 5.30 petang semalam sebelum jenazah komposer terkenal itu diuruskan.Astro AWANI difahamkan, proses pengurusan jenazah Allahyarham Ross akan dimulakan selepas waris Allahyarham atau pihak Rumah Seri Kenangan Cheras tiba."Kami masih tunggu waris Allahyarham datang dan kemudian lakukan proses seterusnya (pengurusan jenazah)," kata seorang kakitangan di unit berkenaan kepada Astro AWANI.Difahamkan, wakil dari Rumah Seri Kenangan Cheras akan tiba pagi ini.Ross yang mencipta lagu-lagu popular era 1990-an menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun semalam akibat jangkitan kuman.Allahyarham sebelum ini menghuni Rumah Kenangan Cheras sejak November tahun lalu dan ditempatkan di rumah kebajikan itu atas inisiatif Kementerian Komunikasi.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkongsi berita sedih pemergian Allahyarham Ross melalui hantaran Facebook (FB), malam tadi.Sepanjang kariernya, Allahyarham Ross banyak menghasilkan lagu untuk ramai penyanyi hebat tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aishah, Liza Aziz, Jaclyn Victor dan Fauziah Latiff.Antara lagu popular ciptaan Ross ialah Bersamamu dendangan Ziana Zain, Dia (Fauziah Latiff), Kemaafan Dendam Yang Teindah (Aishah) dan Kau Dan Aku (Ning Baizura) |
Pentarama Merdeka@HOHO anjuran JAPEN kembali dengan nafas baharu - Astroawani - 3/08 8:10 am Bukan sekadar hiburan, program kali ini turut diselitkan elemen pendidikan dan semangat cinta tanah air menerusi kuiz berkenaan Malaysia. |
Tarif: Malaysia diterajui pemimpin berwibawa dalam arena diplomasi .. - Mgazette - 3/08 7:50 am Di bawah kepimpinan Kerajaan Madani, Malaysia dilihat berjaya membawa pendekatan berhemah dalam diplomasi serantau, sekali gus mengangkat semula falsafah ASEAN: "menyelesaikan masalah sendiri dengan cara sendiri". Ini turut menyuntik nafas baharu kepada kerjasama dan dialog dalam kalangan negara-negara anggota, tambahnya |
NAFAS launches new Baja Super Peladang fertilizer design in Kota Kinabalu - SUN - 2/08 8:32 pm KOTA KINABALU : The National Farmers Organization (NAFAS) today introduced a new look variant product for one of its flagship products, Baja Super Peladang fertilizer, which now features a fresher, more modern, and professional design |
NAFAS perkenal produk dan wajah baharu Baja Super Peladang - Sinarharian - 2/08 3:01 pm SHAH ALAM - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memperkenalkan produk dan wajah baharu bagi salah satu produk utamanya, Baja Super Peladang yang kini tampil dengan rekaan lebih segar, moden dan profesional.Agensi itu dalam satu kenyataan berkata, majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar dalam satu acara yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu."Baja Super Peladang yang dihasilkan oleh syarikat subsidiari, NAFAS Bajakimia Sdn Bhd (NBKSB) tampil dengan rekaan grafik baharu lebih kemas dan mudah dikenali."Susun atur maklumat pada pembungkusan turut diperkemas bagi memudahkan pengguna memahami fungsi dan kandungan baja, selain pembungkusannya direka lebih tahan lasak bagi memenuhi keperluan pengendalian di ladang serta gudang," katanya.Tambahnya, sebelum ini Baja Super Peladang hanya ditawarkan dalam bentuk baja sebatian, namun selari dengan peningkatan permintaan pasaran, NBKSB mengambil inisiatif memperkenalkan varian baharu dalam bentuk baja kompak menggunakan teknologi pembuatan lebih ringkas dan efisien."Biarpun begitu, produk baharu ini tetap mengekalkan kandungan nutrien dan tahap keberkesanan yang tinggi, sekali gus membolehkan ia ditawarkan pada harga lebih kompetitif di pasaran."Antara varian baharu yang diperkenalkan termasuklah Super Ultra K, iaitu baja kompak premium berasaskan mono ammonium phosphate (MAP) yang dirumus khas bagi meningkatkan kadar penyerapan nutrien oleh tanaman," ujarnya.Pada masa sama, turut dilancarkan dua lagi varian iaitu Super 45D dan Super 16 yang menggunakan asas sulphate of potash (SOP), sesuai untuk tanaman yang memerlukan kawalan terhadap kandungan klorin dalam pembajaan.Langkah berkenaan merupakan sebahagian usaha berterusan NAFAS dalam memperkukuh jenama Baja Super Peladang sebagai produk tempatan berkualiti tinggi yang diyakini para petani di seluruh negara.Penampilan baharu tersebut turut mencerminkan komitmen NAFAS dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dan profesionalisme produk selari dengan standard industri pertanian semasa.Majlis pelancaran turut dihadiri Ketua Pentadbir NAFAS, Mohd Faizal Mohd Jakir; Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin dan Ketua Pegawai Eksekutif NBKSB, Zalifudin Md Arshad.Hadir sama, wakil Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan pemain industri pertanian dari Sabah serta Semenanjung.Sebagai antara penaja utama sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 edisi ke-50, NAFAS terus memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan sektor agromakanan negara, khususnya di Sabah.Penglibatan kali ini menampilkan pendekatan menyeluruh merangkumi penglibatan generasi muda, pembangunan industri dan pengukuhan jaringan kerjasama strategik.Untuk maklumat lanjut mengenai penglibatan NAFAS di HPPNK 2025, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi NAFAS di Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok menerusi akaun @nafashq. |
Kuota tambahan legakan Yusri, lonjak persiapan Imigresen FC - Sinarharian - 2/08 2:06 pm PENGENDALI Imigresen FC, Yusri Che Lah menyambut baik keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menambah tiga kuota pemain tempatan bagi musim 2025/26, sekali gus memberi nafas baharu kepada persiapan pasukannya menjelang sepak mula Liga Super.Menurut Yusri, sebagai pasukan baharu yang baru dinaikkan dari Liga A1 Semi-Pro, kelonggaran itu hadir tepat pada waktunya memandangkan Imigresen FC tidak memiliki skuad pembangunan atau pemain muda dari Piala Presiden seperti kelab-kelab mapan lain."Sebagai kelab baharu, kami bermula hampir dari sifar |
Gandingan Dr Zaliha, Ysahrudin beri nafas baharu PKR Johor - Mgazette - 2/08 7:52 am # Gandingan Dr Zaliha, Ysahrudin beri nafas baharu PKR Johor JOHOR BAHRU - Pelantikan Dr Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor yang baharu dan Md Ysahrudin Kusni sebagai timbalannya mampu memberi nafas baharu dalam memperkukuh struktur dan jentera parti |
Tiga senjata Pahang perkasa FELDA - Sinarharian - 1/08 10:38 am "Kita namakan Klinik Tok Wan bersempena dengan panggilan mesra Menteri Besar Pahang, Dato Sri DiRaja Wan Rosdy Wan Ismail sendiri memandangkan ia adalah hasil idea beliau. Melalui inisiatif ini, doktor akan menziarahi peneroka (penerima Kad Kesihatan Kasih Makmur) serta lihat jika mereka ada masalah kesihatan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual hos, Haizir Othman melalui siri Interviu x Podcast Sinar Harian bertajuk Keprihatinan Pahang, Nafas Baru FELDA bertempat di Kompleks Karangkraf, di sini.Tambah Amizar, penubuhan FELDA di Pahang dianggap sebagai satu projek pembasmian kemiskinan yang unik dan tidak wujud di mana-mana negara lain.Jelasnya, FELDA Lurah Bilut yang ditubuhkan pada tahun 1960 menjadi indikator penting kepada kejayaan inisiatif membasmi kemiskinan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu merupakan Perdana Menteri."Di negeri lain, orang luar tidak dibenarkan masuk menyertai FELDA negeri berkenaan |
Kacang panggang Ayam Brand menawan selera rakyat Malaysia - Sinarharian - 1/08 9:54 am KUALA LUMPUR - Ayam Brand memperkenalkan cara baharu untuk menyediakan kacang panggang di dapur Malaysia dengan meraikan keunikan cita rasa dan kreativiti tempatan bagi mengolah bahan ringkas ini menjadi satu sajian luar biasa.Kacang panggang sering dikaitkan dengan hidangan barat, ia kini diberi nafas baharu dengan sentuhan tempatan, menjadikannya pelengkap kepada hidangan asli Malaysia.Inilah semangat di sebalik kempen Makan Lain Macam Ayam Brand yang meraikan budaya makanan tempatan, di mana rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk menyesuaikan, mengolah dan memberikan sentuhan tempatan dalam setiap hidangan yang disajikan.Kacang panggang, resipi MalaysiaBoleh didapati dalam varian Original, Ringan dan Keju, Kacang Panggang Ayam Brand dihasilkan sebagai pilihan versatil dan mudah disediakan (kacang je!) |
Buletin Suzuki Gsx-r1000 Hidup Semula, Generasi Baharu Debut Di Eropah .. - Mekanika - 1/08 8:06 am # SUZUKI GSX-R1000 HIDUP SEMULA, GENERASI BAHARU DEBUT DI EROPAH - 193HP, 110NM **Tahun 2017 merupakan kali terakhir Suzuki melaksanakan naik taraf signifikan pada jentera GSX-R1000 dan GSX-R1000R sebelum model itu menjalani beberapa kemas kini kecil dalam tempoh lapan tahun ini.** Namun, kilang Hamamatsu menghadirkan berita gembira buat peminat GSX-R apabila mengumumkan model yang telah diberikan nafas baharu bagi tahun 2026 |
Ali XPDC dimasukkan ke hospital, keadaan stabil - Sinarharian - 31/07 7:24 pm VOKALIS kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail atau lebih dikenali sebagai Ali XPDC dimasukkan ke Hospital Shah Alam pada malam Rabu selepas mengalami kesukaran bernafas.Perkembangan kesihatan penyanyi berusia 57 tahun itu dimaklumkan rakan baiknya, penyanyi terkenal Datuk Nashrudin Elias atau Nash, yang memaklumkan Ali kini berada dalam keadaan stabil namun masih memerlukan pemantauan rapi."Alhamdulillah, setakat ini Ali menunjukkan perkembangan positif dan kini ditempatkan di Unit Penjagaan Jantung (CCU) untuk pemantauan lanjut."Doktor mengesahkan dia mengalami paru-paru berair dan perlu ditahan beberapa hari di wad," katanya kepada Sinar Harian.Menurut pelatun lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu, Ali pada mulanya pergi ke sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam untuk mengambil rawatan nebulizer selepas berasa sesak nafas."Ali ke pusat perubatan tersebut kerana rasa semput dan ingin ambil neb, namun doktor di situ menolak permintaan itu kerana mengesyaki ada masalah paru-paru berair dan kadar oksigen dalam badan juga rendah."Jadi Ali dihantar ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut," katanya.Nash yang sempat menziarahi sahabatnya itu malam semalam dan sekali lagi pada tengah hari Khamis, turut berkongsi keadaan terkini penyanyi tersebut yang kini tinggal di Sepang."Tadi dia maklumkan rasa lapar, jadi saya ada bawakan sedikit makanan |
Agong, Permaisuri berangkat ke istiadat perbarisan Sambutan Hari Pahlawan - Sinarharian - 31/07 10:38 am PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke istiadat perbarisan bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan di sini.Istiadat sambutan yang dinaungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkonsepkan perbarisan statik melibatkan empat detasemen terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).Acara dimulakan dengan persembahan lagu Negaraku, diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan Mej Hafizan Mat Ghani daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).Sultan Ibrahim kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama.Perbarisan Hari Pahlawan hari ini melibatkan 18 pegawai dan 685 anggota lain-lain pangkat daripada PDRM dan ATM yang diketuai oleh Superitenden Mohamad Ridzuan Roslan daripada PDRM.Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar turut menghadiri istiadat berkenaan.Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai last post dengan menurunkan Jalur Gemilang dan semua tetamu yang hadir berdiri memberikan tabik hormat semasa Jalur Gemilang diturunkan.Pengisian istiadat diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak bertajuk "Darah Yang Terpercik di Baju" yang disampaikan oleh Detektif Sarjan Ardiansyah Wayang daripada PDRM dan Staf Sarjan Siti Nur Aini Jasni daripada ATM.Sajak itu mengisahkan tragedi serangan hendap oleh pengganas komunis terhadap konvoi pasukan ATM yang membawa pesakit dalam perjalanan dari Baling, Kedah ke Pengkalan Hulu, Perak pada 20 Julai 1979.Pertempuran berdarah itu telah mengorbankan tiga anggota ATM, iaitu Koperal Ramli Abdul Rashid, Trooper Azmi Rahman dan Trooper Abu Hassan Syeikh Daud.Istiadat diteruskan dengan persembahan pantomim khas bertajuk "Zabri, Pejuang Sang Saka Biru" oleh PDRM, arahan Komander PGA Briged Tengah SAC Hakemal Hawari, yang membawa penonton menyaksikan kisah perwira legenda Komando VAT69 PDRM ASP Mohd Zabri Abdul Hamid.Kisah perjuangan Mohd Zabri yang terkenal sebagai legenda Kerambit Kembar dihidupkan semula selama kira-kira 15 minit itu dilakonkan oleh 142 pegawai dan anggota PDRM, dengan disusuli video menggunakan 80 peratus teknologi kecerdasan buatan (AI) hasil kreativiti pasukan produksi PDRM untuk tujuan ilustrasi berdasarkan kisah benar.Pantomim itu berkisarkan Allahyarham Mohd Zabri yang terkorban dalam tragedi serangan hendap pengganas komunis pada 1975.Mohd Zabri yang dalam misi yang mengejar dan menyekat pengganas dari cuba melarikan diri ke sempadan, terpijak jerangkap samar.Jerangkap samar itu menyebabkan pergelangan buku lali kanan sehingga paras kasut but yang dipakainya putus, dan Mohd Zabri kehilangan banyak darah.Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Mohd Zabri sempat menyampaikan amanat kepada anak buahnya untuk meneruskan perjuangan memburu petualang negara dan menghancurkan mereka, biarpun dirinya sudah tiada lagi.Istiadat diteruskan dengan tiupan Paluan Fajar, Jalur Gemilang dinaikkan sebagai tanda memberi semarak kepada pahlawan untuk terus bangkit berjuang dalam mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.Sambutan Hari Pahlawan yang diraikan sejak 31 Julai 1960 itu simbol penghargaan serta pengiktirafan negara terhadap jasa, pengorbanan dan keberanian pegawai, anggota PDRM dan ATM, sama ada yang telah gugur atau masih hidup dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tercinta.Istiadat itu juga sebagai menzahirkan lambang ketaatsetiaan, kemegahan dan semangat yang tidak berbelah bahagi oleh pasukan PDRM dan ATM terhadap raja serta negara |
Projek Residensi Hektar Gombak dipulihkan, 2,400 pembeli tarik nafas lega - Sinarharian - 30/07 3:54 pm KUALA LUMPUR Selepas tujuh tahun tertangguh, Projek Residensi Hektar Gombak yang melibatkan 2,400 unit kediaman mampu milik akhirnya akan disambung semula hasil usaha gigih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta dijangka siap menjelang 2027.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, projek yang terbengkalai sejak sekian lama itu berjaya dipulihkan menerusi peranan aktif pasukan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN)."Setelah melalui pelbagai cabaran serta rundingan teknikal dan kewangan yang kompleks, inisiatif proaktif dan campur tangan berterusan oleh KPKT akhirnya membuahkan hasil."Suntikan dana sebanyak RM125 juta berjaya diperoleh bagi menyambung semula pembinaan," ujarnya semasa lawatan kerja ke tapak projek berkenaan di sini pada Rabu.Menurut beliau, kerja pembinaan akan bermula serta-merta dan dilaksanakan oleh kontraktor utama baharu iaitu Bina Permai Sdn Bhd.Projek Residensi Hektar Gombak dimulakan pada 2018 di bawah Program Residensi Wilayah (RUMAWIP) dan dimajukan oleh Hektar Aneka Sdn Bhd.Bagaimanapun, projek itu yang diselia oleh Jabatan Wilayah Persekutuan gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah Perjanjian Jual Beli, iaitu pada Mei 2022."Pengumuman hari ini adalah satu langkah penting ke arah pemulihan projek perumahan yang sekian lama tergantung, sekali gus memberi sinar harapan kepada ribuan pembeli rumah yang menanti dengan penuh keresahan," ujar Kor Ming.Beliau menambah, KPKT sentiasa prihatin dengan nasib pembeli yang terjejas akibat kelewatan projek dan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi meringankan beban mereka."Antaranya termasuklah membantu pembeli mendapatkan pengurangan kadar bayaran dan penstrukturan semula pinjaman dengan institusi kewangan," ujarnya lagi.Di bawah kepimpinan Kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, KPKT terus komited memulihkan projek-projek perumahan bermasalah, khususnya bagi memastikan golongan berpendapatan rendah memperoleh kediaman yang selesa, selamat dan berdaya huni.Antara kejayaan terdahulu KPKT termasuklah pemulihan Taman PRR Putera Kiansom di Sabah yang tertangguh selama 22 tahun serta pelaksanaan Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani di Bestari Jaya, Selangor, yang menyelesaikan isu pemilikan rumah membabitkan 247 pekerja ladang selepas 27 tahun.Sementara itu, salah seorang pembeli unit, Mohd Firdaus Abdul Karim, 43, yang ditemui Sinar Harian menyatakan rasa syukur dan kelegaan apabila projek ini akhirnya disambung semula."Saya bersyukur sangat-sangat |
NAFAS bawakan e-sukan dengan ganjaran RM10,000 sempena HPPNK 2025 - Sinarharian - 30/07 1:02 pm SHAH ALAM Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) tampil dengan pendekatan holistik bagi memperkasa industri agromakanan negara sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2025 (HPPNK 2025) edisi ke-50.Sebagai antara penaja utama HPPNK 2025, NAFAS memberi tumpuan kepada generasi muda, pembangunan industri dan pengukuhan kerjasama strategik di Sabah.Agensi itu dalam satu kenyataan berkata, antara pengisian menarik adalah penganjuran e-sukan Siri 2 bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) yang melibatkan 32 pasukan."Pasukan terlibat seperti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bakal merebut hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 |
Hidapi Pelbagai Masalah Kesihatan, Prince of Darkness Ozzy Osbourne Meninggal Dunia - Murai - 29/07 2:00 pm Peminat di seluruh dunia telah berdukacita dengan berita pemergiaan ikon heavy metal iaitu Ozzy Osbourne. Penyanyi utama kumpulan lagenda Black Sabbath ini telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Selasa minggu lepas, ketika usianya 76 tahun |
Dua sesak nafas terperangkap dalam lif, lebih 100 penghuni cemas kondominium terbakar - Sinarharian - 29/07 9:17 am KOTA KINABALU - Dua lelaki sesak nafas selepas terperangkap dalam lif, manakala lebih 100 penghuni sebuah kondominium di bandar raya ini cemas susulan kebakaran di tingkat lima bangunan itu pada awal pagi Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba, sebelum kesemua penghuni termasuk pelancong asing dan tempatan keluar dari kondominium 25 tingkat berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Muhammad Taquiddin Viktor Doon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.57 pagi.Katanya, seramai 15 anggota terdiri dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikejar ke lokasi kejadian."Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan barang pembinaan di tingkat lima di kawasan tempat letak kereta."Terdapat dua mangsa terperangkap dalam lif dan berjaya diselamatkan dan seterusnya diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bomba akibat sesak nafas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Katanya lagi, operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan menggunakan Sistem Salur Bantu Mula di dalam bangunan tersebut."Operasi terkawal pada pada jam 3.25 pagi dan ditamatkan tidak lama kemudian selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut," katanya. |
Aaron-Wooi Yik ada impian besar - Sinarharian - 29/07 7:10 am Gelaran di Paris adalah matlamat utama bagi mana-mana pasangan."Kami akan pulang, menjalani proses pemulihan dan kembali ke gelanggang untuk bersedia dengan lebih baik," ujar Aaron.Gandingan negara itu tumpas di tangan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 15-21, 14-21 dalam aksi final di Changzhou pada Ahad.Dalam pada itu, Wooi Yik percaya mereka mampu naik podium di Paris menerusi bimbingan jurulatih, Herry Iman Pierngadi."Gaya permainan kami telah berubah dan rentak itu perlu dikekalkan. Berbaki sebulan lagi, kami hanya perlu percaya pada diri sendiri, percayakan jurulatih dan kekal yakin menjelang Kejohanan Dunia," katanya.Di sebalik Kejohanan Dunia itu, Aaron-Wooi Yik mungkin boleh menarik nafas lega apabila Fajar-Shohibul tidak akan bertanding sebagai pasangan di Paris walaupun melakar prestasi cemerlang di Changzhou.Fajar akan kembali bergandingan dengan Rian Ardianto. |
Gencatan senjata buka lembaran baharu buat rakyat - PM Kemboja - Sinarharian - 28/07 7:09 pm PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menyifatkan kejayaan melaksanakan gencatan senjata dengan Thailand sebagai pencapaian penting yang membuka lembaran baharu buat rakyat kedua-dua negara.Menurut beliau, persefahaman tersebut yang dicapai dalam Mesyuarat Khas dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal memberikan nafas baharu kepada lebih 300,000 pelarian yang terkesan akibat konflik sempadan yang berlaku sebelum ini."Saya yakin keputusan yang dicapai hari ini akan membuka banyak peluang kepada puluhan ribu rakyat yang berada di luar negara untuk kembali ke ASEAN dan memulakan semula proses membina kepercayaan, kesetiaan serta kerjasama," katanya.Hun Manet berkata demikian dalam satu sidang media bersama selepas Mesyuarat Khas antara Kemboja dan Thailand yang berlangsung pada Isnin.Sebelum ini, Anwar memaklumkan bahawa Thailand dan Kemboja telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta bermula malam Isnin, hasil rundingan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana pada jam 3.15 petang.Hun Manet turut merakamkan penghargaan kepada Anwar atas usaha dan inisiatif peribadinya dalam menganjurkan serta mempengerusikan mesyuarat tergempar itu."Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tergempar dan tepat pada masanya ini, serta atas usaha dan inisiatif peribadi beliau sebagai orang tengah kepada gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dan Thailand pada 24 Julai 2025."Saya juga berterima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan kerajaan China atas sokongan mereka dalam proses damai ini," ujarnya.Dalam masa sama, beliau turut menghargai peranan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai yang telah terlibat secara positif dalam dialog tersebut sehingga membawa kepada persetujuan untuk menghentikan pertempuran serta-merta dan membuka ruang kepada kerjasama antara ketenteraan kedua-dua negara mulai pagi esok.Sementara itu, Phumtham menyatakan bahawa hasil perbincangan tersebut mencerminkan komitmen Thailand untuk menyelesaikan konflik secara damai."Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar, kerajaan China dan Presiden Trump atas keprihatinan serta niat baik anda semua."Hasil keputusan hari ini mencerminkan hasrat Thailand untuk mencapai penyelesaian secara aman |
Penyerang muda Nigeria tambah sengat Kedah FA - Sinarharian - 28/07 6:29 pm KEDAH FA terus memperkemas barisan serangannya menjelang Liga A1 Semi-Pro musim 20252026 dengan memperkenalkan penyerang muda dari Nigeria, Adam Azeez Arisekola sebagai pemain import kedua pasukan.Adam berusia 21 tahun mencuri perhatian barisan kejurulatihan selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan bersama PT Athletic FC musim lalu dengan mencetak tujuh gol dalam saingan yang sama.Pemain itu turut pernah beraksi dalam saingan Nigeria National League bersama Gateway United FC pada musim 20222023 dan memperkasa kemahirannya di Akademi Al-Rifaa, Qatar pada 2024 sebelum meneruskan langkah ke Malaysia.Menurut kenyataan rasmi KFA, Adam telah dinilai dalam beberapa siri perlawanan latihan pra-musim dan diberi kepercayaan untuk memimpin jentera serangan skuad Hijau Kuning musim ini.Kemasukan Adam menyusuli rekrut pemain tengah dari Ghana, Yakubu Abubakar yang diumumkan lebih awal sebagai pemain import pertama musim ini.Dengan dua tenaga antarabangsa mengisi posisi kritikal, para penyokong Kedah dijangka menyaksikan nafas baharu dalam corak permainan skuad Hijau Kuning. |
Pelajar universiti swasta ditemui maut dalam bilik asrama - Kosmo - 27/07 3:41 pm SEPANG – Seorang pelajar universiti swasta ditemui maut di bilik asramanya selepas dilaporkan mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di sini, pada Jumaat |
Peserta wanita dikejarkan ke HKL akibat sesak nafas ketika perhimpunan - Mgazette - 27/07 8:06 am # Peserta wanita dikejarkan ke HKL akibat sesak nafas ketika perhimpunan KUALA LUMPUR - Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami sesak nafas ketika menyertai perhimpunan di ibu negara hari ini |
Selangor Agro Green 2025 sasar 10,000 pengunjung di Hulu Langat - Selangorkini - 26/07 9:30 pm EXCO Pertanian Dato’ Ir. Izham Hashim berkata, program yang sebelum ini dikenali sebagai Hari Pertemuan Pelanggan kini diberi nafas baharu sebagai.. |
Himpunan Turun Anwar: Peserta wanita dikejarkan ke HKL akibat sesak nafas - Sinarharian - 26/07 6:16 pm KUALA LUMPUR - Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami sesak nafas ketika menyertai Himpunan Turun Anwar di ibu negara pada Sabtu.Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur kejadian berlaku pada 4 petang di Dataran Merdeka apabila wanita berusia 30-an itu mengalami sesak nafas akibat kandungan gula dalam darah rendah."Mangsa telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan kemudian dibawa oleh unit EMRS JBPM ke HKL untuk tindakan selanjutnya," katanya.Perhimpunan itu melibatkan lima lokasi utama, iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks Sogo, sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka |
Peserta demo sesak nafas, dikejar ke HKL - Mkini - 26/07 5:51 pm "Mangsa telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian," maklum bomba KL. |
The Fantastic Four: First Steps bukan sekadar nama - Sinarharian - 26/07 3:55 pm Malah, penambahan elemen seperti kehamilan Sue Storm menjadikan naskhah ini lebih berani meneroka sisi peribadi seorang adiwira wanita yang sering kali terpinggir dalam genre ini.Visual rekaan dunia Boravia dan Jarhanpur pula cukup mengasyikkan satu percubaan dunia alternatif yang tidak klise. Ditambah dengan sentuhan muzik Michael Giacchino yang penuh elemen 60-an, filem ini memberi nafas baharu kepada dunia Marvel yang semakin sarat dengan multiverse dan konflik berskala besar.Namun begitu, naskhah ini masih belum benar-benar fantastic sepenuhnya |
Hulk Hogan Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun, Ini Punca Kematian - Murai - 25/07 11:43 am Satu kehilangan besar buat dunia gusti dan hiburan, legenda WWE, Hulk Hogan, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun |
Kerjasama NAFAS-KADA tingkat kecekapan agihan - Sinarharian - 25/07 11:05 am KOTA BHARU - KerjasamaPertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mampu memperkukuh sektor pertanian dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan negara.Usaha itu juga dapat memantapkan rantaian bekalan makanan dan kaedah pertanian lebih tersusun dan strategik.Pesawah di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Tumpat,Mohd Zaidi Abdul Rahman, 45, mengakui mereka dapat meningkatkan ilmu mengenai kaedah tanamanpadi dan penggunaan baja.Mohd Zaidi yang berpengalaman selama 33 tahun sebagai pesawahberkata, banyak fasiliti yang disediakan oleh NAFAS mampu menyelesaikan masalah mereka."NAFAS banyak berfungsi sebagai pemudah cara kami jika ada masalah berhubungpertanian melibatkan tanamanpadi," katanya ketika ditemui padaProgram Tautan Tani NAFAS anjuran bersama KADAdi sini, pada Khamis.Majlis dirasmikan oleh Pengerusi KADA, Khalid Abd Samad |
Rashford mulakan episod baharu di Barcelona - Sinarharian - 25/07 9:10 am MARCUS Rashford sah menyertai Barcelona secara pinjaman selama semusim daripada Manchester United, dengan opsyen pembelian tetap pada penghujung musim.Perpindahan ini bukan sahaja menandakan lembaran baharu dalam karier Rashford, malah memberi nafas segar kepada barisan serangan Barca dalam situasi kewangan yang mencabar.Dalam sidang media perdananya di Catalunya, penyerang berusia 27 tahun itu menyifatkan perpindahan ini sebagai keputusan yang mudah."Saya tahu pilihan saya sejak awal |
Buletin Bila Sejarah Jadi Senjata, Begini Cara Jenama Kereta Lama Lawan .. - Mekanika - 24/07 8:15 am Dalam era di mana pengeluar telefon pintar pun boleh mencipta kereta elektrik yang mampu menyaingi Porsche, pengeluar kereta lama - _legacy brands_ - mula menyedari bahawa aset paling bernilai mereka bukanlah semata-mata teknologi atau kejuruteraan, tetapi cerita silam yang membentuk siapa mereka hari ini. Ini bukan kali pertama kereta-kereta lama diberi nafas baharu |
Rakyat tarik nafas lega, limpahan ekonomi beri banyak manfaat - Harapandaily - 24/07 7:35 am Apa saja yang dia... The post Rakyat tarik nafas lega, limpahan ekonomi beri banyak manfaat appeared first on Harapan Daily . |
Lapan anggota bomba usung wanita 250kg turun empat tingkat - Mgazette - 23/07 8:31 am # Lapan anggota bomba usung wanita 250kg turun empat tingkat GEORGE TOWN - Lapan anggota bomba terpaksa mengusung seorang wanita obesiti seberat 250 kilogram (kg) turun dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Tingkat Paya Terubong 3, Ayer Itam di sini, hari ini. Wanita berusia 45 tahun yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) itu dilaporkan mengalami sesak nafas akibat asma sebelum pasukan St John Ambulans tiba ke lokasi |
Saya rindu nak bekerja macam dulu - Kosmo - 23/07 8:25 am ROMPIN Sesak nafas, badan lemah dan tak mampu berdiri lama, saya rindu nak bekerja macam dulu |
Legenda heavy metal, Ozzy Osbourne meninggal dunia pada usia 76 tahun - Sinarharian - 23/07 7:15 am LONDON - Penyanyi utama kumpulan legenda, Black Sabbath dan ikon muzik heavy metal dunia, Ozzy Osbourne menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun hanya beberapa minggu selepas membuat persembahan terakhirnya di kampung halaman, Birmingham, United Kingdom.Berita duka itu disahkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan keluarga mendiang pada Selasa."Dengan kesedihan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, kami memaklumkan bahawa insan kesayangan kami, Ozzy Osbourne, telah meninggal dunia pagi ini,"kata kenyataan itu sambil memaklumkan keluarganya berada di sisi mendiang semasa menghembuskan nafas terakhir.Dalam masa sama, keluarga Osbourne memohon semua pihak menghormati saat-saat sukar yang sedang dilalui mereka ketika ini.Kematian Osbourne berlaku hanya beberapa minggu selepas persembahan penuh emosi dalam konsert khas Back to the Beginning, di mana beliau kembali bergabung bersama anggota asal Black Sabbath - Geezer Butler, Bill Ward dan Tony Iommi - buat pertama kali dalam tempoh lebih dua dekad.Konsert itu turut digambarkan sebagai "penampilan terakhir" Osbourne oleh laman rasmi kumpulan tersebut.Legenda pentas, selebriti realiti dan simbol kontroversiOsbourne yang sinonim dengan gelaran "Prince of Darkness", bukan sahaja dikenali kerana vokal dan persembahan dramatiknya termasuk insiden menggigit kepala kelawar dan membaling daging mentah ke arah penonton tetapi juga kisah silamnya yang penuh dengan ketagihan dadah dan alkohol.Namun begitu, mendiang tetap diangkat sebagai pelopor dan pengaruh besar dalam dunia muzik rock dan heavy metal, sekali gus menjadi tokoh yang disanjungi oleh industri, walaupun sering dikecam oleh kumpulan konservatif dan agama yang menggelarnya penyembah syaitan.Di peringkat global juga, Osbourne mendapat perhatian menerusi program realiti popular The Osbournes yang turut mempopularkan keluarganya isteri merangkap pengurus Sharon serta anak-anak mereka Kelly, Jack dan Aimee.Dilahirkan sebagai John Michael Osbourne pada 3 Disember 1948 di Birmingham, Osbourne memulakan kehidupan dengan pelbagai pekerjaan termasuk buruh tapak bina dan pekerja rumah sembelih.Malah beliau pernah dipenjarakan enam minggu selepas terbabit dalam kegiatan mencuri.Inspirasi awalnya dalam muzik datang daripada kumpulan The Beatles, khususnya lagu "She Loves You" yang mendorongnya menjadi penyanyi.Pada 1967, bersama Butler, Iommi dan Ward, beliau menubuhkan kumpulan yang kemudiannya dikenali sebagai Black Sabbath, dengan idea bahawa seperti filem seram, muzik yang menakutkan pasti ada peminatnya.Album pertama mereka, Black Sabbath dirakam hanya dalam dua hari, manakala Paranoid (1970) melonjakkan nama mereka ke carta teratas.Kejatuhan, kebangkitan dan legasi abadiSelepas dipecat daripada Black Sabbath pada 1979 akibat masalah dadah dan alkohol, Osbourne melancarkan kerjaya solo yang berjaya dengan 11 album studio, termasuk lagu ikonik seperti Crazy Train dan Mr |
Jenazah Ahmad Firdaus Iqbal selamat dikebumikan - Sinarharian - 22/07 7:03 pm PASIR GUDANG - Jenazah kanak-kanak lelaki, Ahmad Firdaus Iqbal, 7, yang lemas di kolam renang rumah inap sebuah kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, Melaka pada Ahad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, pada petang Selasa.Urusan pengebumian jenazah disempurnakan pada jam 3.50 petang. setelah solat jenazah di Surau Taman Sierra Perdana.Dalam kejadian Sabtu lalu, Ahmad Firdaus Iqbal ditemukan lemas di kolam renang oleh orang awam sekitar jam 9.45 pagi.Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani, anggota bomba bertindak pantas memberikan bantuan pernafasan cardiopulmonary resuscitation (CPR),sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka.Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Kanak-Kanak Hospital Melaka kerana mengalami kegagalan fungsi otak selain bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan.Bagaimanapun, setelah lebih 48 jam bertarung nyawa, anak bongsu daripada dua beradik itu menghembuskan nafas terakhirnya, pada Selasa, di Hospital Melaka. |
Perit Terpaksa Tahan Nafas, Harissa Adlynn Dedah Ada Aktor Yang Berbau - Murai - 22/07 3:00 pm Tak dinafikan sesetengah orang memiliki bau badan yang tidak boleh dielakkan, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas atau berada di kawasan yang ramai dengan orang. Jika tidak pandai jaga, bauannya boleh membuatkan orang sekeliling tidak selesa dan terpaksa menahan nafas |
Harissa Adlyn dedah pengalaman di set, ada pelakon berbau sampai terpaksa tahan nafas - Mdateline - 22/07 12:00 am Bila cuaca panas dan ramai orang sekeliling, masalah bau badan boleh jadi makin ketara, peluh pula mudah keluar, dan kalau tak jaga kebersihan, memang boleh .. |
Buletin Bmw Ix Xdrive60 M Sport Pro, Bmw Ix Xdrive45 Sport, Serta Bmw X5 .. - Mekanika - 21/07 4:31 pm Bagi varian iX xDrive60, warna eksklusif M Carbon Black turut ditawarkan bersama rekaan dalaman berasaskan tema M Sport atau Interior Design Suite. BMW X5 dalam versi xDrive40i M Sport kini diberi nafas baharu dengan rekaan yang lebih segar dan prestasi lebih mengujakan |
Buletin Chery Lancar Teknologi Super Hybrid Dan Perkenalkan Tiggo 7 & .. - Mekanika - 21/07 4:31 pm Di belakang pula, SUV ini mengekalkan pendekatan moden dengan palang lampu belakang penuh yang dihiasi elemen berbentuk S serta reflektor menegak. Bagi Tiggo 8 CSH, rekaan luaran banyak dipengaruhi daripada varian petrol sedia ada, namun diberikan nafas baharu |
Sembilan kawasan di Semenanjung rekod IPU tidak sihat - Sinarharian - 21/07 4:21 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 3 petang Isnin,Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Alor Gajah di Melaka mencatatkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 157 diikuti Seremban, Negeri Sembilan (155) dan Kemaman, Terengganu (153).Tiga kawasan lain iaitu Johan Setia di Selangor, Temerloh di Pahang dan Balok Baru di Kuantan, Pahang masing-masing merekodkan bacaan 152.Nilai di Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan 138, Banting di Selangor (135) dan Cheras (132) turut merekodkan tahap IPU tidak sihat.Menurut klasifikasi JAS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, yang boleh memberikan kesan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit pernafasan.JAS dalam kenyataan terdahulu menasihati orang awam supaya mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka sekiranya berada di kawasan terbuka serta mendapatkan rawatan segera jika mengalami sesak nafas atau gangguan pernafasan.Maklumat terkini mengenai bacaan IPU boleh disemak melalui laman sesawang https://apims.doe.gov.my.Sementara itu, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar menerusi kenyataan berkata, kemerosotan kualiti udara di kebanyakan kawasan masih dipengaruhi jerebu rentas sempadan.Beliau berkata, Balok Baru dan Kemaman, Terengganu pula mencatatkan IPU tidak sihat berikutan insiden kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah (TPS) Jerangau-Jabor, Mukim Sungai Karang di Kuantan, Pahang.Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada Ahad, katanya, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20 telah mengesan 40 titik panas (hotspot) di Sumatera dan 64 titik panas di Kalimantan, Indonesia.NOAA 20 juga mengesan sejumlah 19 titik panas di dalam negara, iaitu 12 di Sabah, masing-masing tiga di Pahang dan Sarawak serta satu di Selangor."Peta Jerebu Serantau dikeluarkan oleh ASMC hari ini menunjukkan pergerakan angin bertiup ke arah barat daya dan terdapat lingkaran asap jerebu diperhatikan |
20 Tahun Koma, ‘Sleeping Prince’ Putera Al-Waleed Mangkat Di Usia 36 Tahun - Murai - 21/07 1:00 pm Buat pembaca Murai yang tidak tahu, putera Arab Saudi iaitu Putera Al-Waleed bin Khalid bin Talal Al-Saud yang dikenalii sebagai “Sleeping Prince” (atau “Putera Tidur”, telah menghembuskan nafas terakhirnya di usia 36 tahun selepas dua puluh tahun koma |
Cipta transisi sebenar - Hmetro - 21/07 7:00 am Menjadi anggota The Vamps selama lebih sedekad bukanlah satu tempoh singkat. Menghabiskan lebih 12 tahun bersama anggotanya, kebersamaan dan sinergi kreatif sudah menjadi seperti nafas penting |
Aktivis wanita Lim Chin Chin meninggal dunia - Mkini - 20/07 5:25 pm Lim menghembuskan nafas terakhir di Wad Hematologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 3.30 pagi. |
Sering kena serangan panik! - Hmetro - 20/07 12:00 am Sampai hari ini, tiap kali dengar bunyi pintu dihempas kuat, saya akan menggigil. Nafas sesak |
Dijemput Ilahi ketika mengimamkan solat Jumaat - Hmetro - 18/07 10:32 pm Raub: Seorang imam menghembuskan nafas terakhir ketika mengimamkan solat Jumaat di Masjid Rahmat, Felda Lembah Klau, di sini, hari ini |
Karangkraf bantu guru tebus baucar buku - Sinarharian - 18/07 10:10 am SHAH ALAM - Warga guru yang berdepan kesukaran menebus Baucar Buku Guru Madani kini boleh menarik nafas lega apabila Karangkraf mengambil inisiatif turun padang ke sekolah bagi membantu memudahkan proses pembelian secara dalam talian.Baucar bernilai RM100 itu merupakan inisiatif yang dilaksanakan bermula 1 Julai lalu sehingga 30 September, khusus buat golongan guru mempunyai akaun Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Pengurus Karangkraf Mall Sdn Bhd, Muhammad Hafizul Mukmin Adnan berkata, antara kekangan sering dihadapi guru termasuk baucar tidak muncul walaupun barang telah dimasukkan ke dalam troli pembelian dan caj penghantaran terlalu tinggi kerana terdapat banyak pembekal."Selain itu, terdapat kebimbangan buku tidak sampai serta kekeliruan dalam memilih buku yang sesuai."Ramai guru tidak pasti hendak beli buku apa, malah ada juga yang menyuarakan kerisauan kerana kurang mahir dengan urusan pembelian dalam talian."Jadi kita bantu dari awal hingga akhir, termasuk bawa buku fizikal ke sekolah supaya mereka boleh lihat dulu sebelum membuat keputusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Ujar Muhammad Hafizul, lebih 500 buah buku turut dibawa untuk Program Penebusan Baucar Guru Madani 2025 itu merangkumi pelbagai kategori termasuk motivasi Islamik, sirah Rasulullah SAW, novel remaja dan seram serta buku pendidikan awal kanak-kanak.Menurutnya, antara syarat penting untuk membolehkan Baucar Buku Guru Madani itu digunakan ialah setiap guru perlu menebus sekurang-kurangnya satu naskhah buku daripada senarai judul khas yang ditetapkan."Kami bawa hampir 50 judul khas yang layak ditebus menggunakan baucar ini |
Buletin Honda Hr-v Facelift 2025 Dilancarkan – Tiga Pilihan .. - Mekanika - 17/07 5:39 pm Di belakang, lampu LED belakang kini hadir dengan rekaan lebih tirus dan kontemporari. Untuk varian RS, rim 18-inci juga diberi nafas baharu dengan kemasan dua tona berkilat |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |