///
See Also: Shutterstock

Search : Mohd Shafie News   Page 1    





RCI dedah TH lulus bonus hingga 13 bulan gaji pada 2010-2017 - Mygazette - 30/07 8:20 am

Namun, RCI berpendapat, pemberian bonus dengan jumlah yang tinggi oleh TH adalah tidak wajar, mengambil kira isu kewangannya pada tahun 2014 hingga 2017 yang mana nilai asset lebih rendah daripada liabiliti seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan dan diakui JAN. - MalaysiaGazette Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataan berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.





Operator kilang maut selepas gagal selit celah treler - Mygazette - 30/07 8:20 am

# Operator kilang maut selepas gagal selit celah treler JOHOR BAHRU Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan di Kilometer 11, Lebuh Raya Pasir Gudang menghala ke Perling di sini hari ini





Anwar dedah laporan Tabung Haji rugi RM10 bilion, arah siasatan menyeluruh - Mygazette - 30/07 8:20 am

Biar mahkamah menentukan dan yang bersalah bertanggungjawab atas perbuatan mereka, tegasnya. -MalaysiaGazette Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataan berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.





Johor negeri pertama laksana sistem logistik halal - Mygazette - 30/07 8:20 am

Mengulas mengenai konvensyen itu, Mohd Fared berkata, semua resolusi yang dicapai akan diperhalusi oleh pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ) Holdings dan Johor Halal Development Corporation (JHDC) sebelum dibawakan kepada pengetahuan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Tambah beliau, cadangan dan butiran dasar berkaitan juga penting bagi memperkemaskan perancangan Belanjawan Kerajaan Negeri yang dijangka dibentangkan pada Oktober ini, terutamanya bagi peruntukan halal menjelang 2027.- MalaysiaGazette Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataan berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.





Tiga beranak maut kemalangan, pemandu kereta positif dadah ditahan - Mygazette - 30/07 8:20 am

# Tiga beranak maut kemalangan, pemandu kereta positif dadah ditahan KUALA LUMPUR - Tiga beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Perodua Aruz di Jalan Batu 17, Hulu Langat, Kajang pagi tadi





Kuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semula - Sinarharian - 29/07 10:21 pm

PUTRAJAYA Kuasa yang diberikan kepada Menteri untuk menamatkan perkhidmatan Pengerusi atau anggota Lembaga Tabung Haji (TH) tanpa perlu memberikan sebarang alasan wajar dikaji semula bagi memastikan tadbir urus institusi itu lebih telus dan bebas daripada campur tangan.Syor itu dikemukakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selepas mendapati peruntukan dalam Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) membolehkan Menteri membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga pada bila-bila masa tanpa perlu memberikan sebab.Menurut laporan RCI, kuasa berkenaan telah digunakan dalam dua keadaan, iaitu penamatan perkhidmatan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TH pada 5 Mei 2021 sebelum kontraknya berakhir pada 31 Ogos 2021, selain penamatan perkhidmatan Tan Sri Md Nor Md Yusof sebagai Pengerusi TH pada 15 Oktober 2021 sebelum tamat tempoh lanjutan kontraknya.Suruhanjaya berpandangan peruntukan yang membolehkan penamatan perkhidmatan dibuat tanpa justifikasi tidak lagi selaras dengan amalan tadbir urus yang baik kerana berpotensi menjejaskan kebebasan serta kestabilan kepimpinan TH.Pada Rabu, Jemaah Menteri bersetuju menyahklasifikasikan dan mendedahkan Laporan RCI mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 selepas menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH serta memperhalusi kandungan laporan itu dalam mesyuarat Kabinet.Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.Dokumen setebal 211 halaman dalam format dokumen mudah alih (PDF) itu dimuat naik di laman web JAKIM malam ini dan mengandungi ringkasan eksekutif, empat bab utama serta senarai ekshibit berkaitan siasatan.Ia turut mengandungi penemuan siasatan dan syor penambahbaikan pengurusan dan operasi TH untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.RCI turut mengaitkan syor berkenaan dengan kelemahan Akta 535 yang memberi kuasa luas kepada Menteri dalam aspek tadbir urus TH.Perkara ini termasuk pelantikan dan penamatan perkhidmatan Pengerusi serta anggota Lembaga.Pada masa sama, akta itu tidak menetapkan kriteria kelayakan yang jelas bagi pelantikan anggota Lembaga selain syarat beragama Islam dan warganegara Malaysia.Sehubungan itu, suruhanjaya mengesyorkan Akta 535 dipinda dengan memperkenalkan mekanisme yang lebih jelas bagi pelantikan dan penamatan perkhidmatan kepimpinan TH.Selain itu, RCI turut mengesyorkan agar syarat kelayakan profesional ditetapkan kepada anggota Lembaga bagi memastikan institusi itu diterajui individu yang berpengalaman dalam bidang kewangan, ekonomi, perniagaan, perakaunan atau disiplin berkaitan.Menurut RCI, pindaan itu penting bagi memperkukuh tadbir urus TH, meningkatkan akauntabiliti serta memastikan setiap keputusan pengurusan dibuat secara profesional, telus dan bebas daripada sebarang pengaruh yang boleh menjejaskan keyakinan pendeposit.





Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkan - Sinarharian - 29/07 9:41 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.Dokumen setebal 211 halaman dalam format dokumen mudah alih (PDF) itu dimuat naik di laman web JAKIM malam ini dan mengandungi ringkasan eksekutif, empat bab utama serta senarai ekshibit berkaitan siasatan.Ia turut mengandungi penemuan siasatan dan syor penambahbaikan pengurusan dan operasi TH untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.RCI yang dianggotai enam pesuruhjaya itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif manakala anggotanya termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman dan pengasas RHB Group Tan Sri Abdul Rashid Hussain.Tiga lagi anggota ialah Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) Prof Dr Asmadi Mohamed Naim serta akauntan bertauliah Norsyahrin Hamidon





Polis Kelantan perhebat Ops Vape, 22 premis diserbu - Sinarharian - 29/07 9:16 pm

KOTA BHARU Polis Kelantan mempergiat operasi membanteras pengedaran vape yang disyaki mengandungi dadah menerusi Ops Vape yang dilaksanakan secara bersepadu di seluruh negeri pada Isnin dan Selasa.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, operasi yang digerakkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Kelantan itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).Menurut beliau, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada usaha mengesan dan memeriksa premis menjual vape selain menahan individu yang terlibat dalam aktiviti pengedaran serta penjualan vape mengandungi dadah."Sebanyak 22 premis menjual vape diserbu sepanjang operasi dijalankan."Dalam operasi itu, seorang wanita Melayu ditahan dipercayai positif dadah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, polis turut merampas sebanyak 1,447 unit peranti vape dan 267.4 liter cecair vape yang tidak mengandungi dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM96,475.Katanya, selain tindakan polis, KKM dan PBT turut mengeluarkan saman serta kompaun terhadap premis yang didapati melakukan pelanggaran di bawah bidang kuasa masing-masing.Mohd Yusoff berkata, JSJN Kelantan akan terus mempergiat risikan, pemantauan serta operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa berkaitan bagi membanteras aktiviti pengedaran vape mengandungi bahan terlarang."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang."Ibu bapa dan masyarakat juga diseru memainkan peranan penting dalam memantau tingkah laku anak-anak serta tidak memandang ringan ancaman penyalahgunaan vape yang semakin menular ketika ini," katanya.





Hilang sejak Ahad, Mohd Tarmizi ditemui meninggal dunia - Sinarharian - 29/07 9:04 pm

KUALA NERUS - Lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun di Bukit Kampung Gemuruh, Tepoh pada Ahad lepas ditemukan meninggal dunia hari ini.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, Mohd Tarmizi Alias ditemukan penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pada 4.35 petang dalam keadaan terlentang di bawah pokok duku, kira-kira tiga kilometer dari lokasi penemuan motosikalnya sebelum ini."Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia melebihi 24 jam dan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini," katanya dalam kenyataan hari ini.Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Baharum Mohamad berkata bomba mengambil masa lebih 40 minit untuk membawa keluar mayat dari lokasi kejadian berikutan keadaan laluan yang berbukit dan curam."Selain itu keadaan permukaan tanah yang licin akibat hujan lebat juga menyukarkan operasi sebelum mayat berjaya dibawa keluar pada 6.15 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.Mohd Tarmizi dilaporkan keluar bersendirian dari rumah keluarganya di Kampung Petaling, Tepoh, kira-kira jam 10.30 pagi Ahad lepas untuk mencari petai dengan menunggang motosikal Honda Wave tanpa membawa telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri.





'Mereka ada duit, tetapi kita ada ALLAH' - Bodyguard dihina kerana berpuasa masih trauma - Sinarharian - 29/07 8:24 pm

SHAH ALAM Lima tahun memendam trauma selepas agamanya dipersenda hanya kerana berpuasa, seorang bekas pengawal peribadi akhirnya mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu mengekalkan sabitan bersalah serta menjatuhkan hukuman penjara terhadap bekas majikannya.Ahmad Shamsuri Zailani, 32, berkata, keputusan itu membuktikan kebenaran akhirnya terbela walaupun terpaksa melalui pengalaman pahit yang meninggalkan kesan mendalam sehingga ke hari ini."Mereka ada duit, tetapi kita ada ALLAH.""Saya bekerja dengan mereka selama tiga tahun, trauma masih ada dalam ingatan, tetapi saya kuatkan semangat demi meneruskan kehidupan."Saya ingin berpesan kepada mereka yang bekerja dalam bidang keselamatan supaya tidak takut membuat laporan jika dizalimi sebab kita mencari rezeki yang halal," katanya ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Pukul bodyguard berpuasa: Majikan kekal bersalah, dijel 5 tahunItu luahan penuh emosi Ahmad Shamsuri sebaik keputusan mahkamah memihak kepadanya dan seorang lagi bekas rakan sekerja, Mohd Azminizam Zulkepli, 49.Dia yang masih bekerja sebagai pengawal peribadi berkata, walaupun insiden itu telah berlalu, kerjaya tersebut tidak akan ditinggalkannya kerana ia merupakan sumber rezekinya.Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, mengekalkan sabitan bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap seorang ahli perniagaan yang menghina, mencederakan dan mengugut pengawal peribadinya kerana berpuasa pada 2021.Hakim Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim memutuskan demikian selepas menolak rayuan Chung Chee Yang, 48, selaku perayu untuk mengetepi sabitan bersalah bagi tiga pertuduhan tersebut.Bagaimanapun, Shamsulbahri membenarkan rayuan perayu agar hukuman penjara enam tahun 10 bulan yang diputuskan Mahkamah Majistret Klang pada tahun lalu dijalankan secara serentak, sekali gus menjadikan tempoh pemenjaraan itu lima tahun.Mengikut pertuduhan pertama, Chee Yang didakwa mendatangkan ketakutan jenayah dengan mengugut hendak menyebabkan kecederaan parah dengan mengacukan pistol ke arah Mohd Azminizam Zulkepli, 49.Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan-perkataan yang mengaitkan ALLAH dan puasa dengan niat untuk melukakan perasaan penganut agama Islam, yang didengar oleh Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri Zailani, 32.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semua kesalahan didakwa dilakukan di luar sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang, antara jam 9.30 hingga 10.30 malam, pada 13 April 2021.





Mahkamah Rayuan benar tangguh prosiding komital terhadap Mubarak, lima individu lain - Sinarharian - 29/07 7:48 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Rabu membenarkan permohonan enam individu untuk menangguhkan prosiding komital sementara rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang membenarkan prosiding itu dimulakan didengar dan diputuskan.Prosiding komital itu berkaitan dakwaan bahawa mereka melanggar perintah injunksi ad interim yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 5 Jun lepas.Enam individu terbabit ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Seremban membenarkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) serta Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, memulakan prosiding komital terhadap keenam-enam individu berkenaan atas dakwaan menghina mahkamah kerana melanggar perintah injunksi tersebut.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Azhahari Kamal Ramli, bersama-sama Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, membenarkan permohonan penangguhan itu sementara rayuan mereka didengar dan diputuskan.Mahkamah turut menetapkan pengurusan kes pada 30 Julai bagi menetapkan tarikh awal pendengaran rayuan berkenaan.Kesemua mereka memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain pada 8 Julai lepas, yang memutuskan terdapat kes prima facie dan mengarahkan mereka menjawab permohonan komital tersebut.Roz Mawar turut menolak permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding komital sementara menunggu rayuan diputuskan.Pertikaian undang-undang itu bermula pada 5 Mei lepas apabila Mubarak dan lima lagi memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan salinan minit mesyuarat khas DKU yang diadakan pada 17 April lepas.Antara kandungan minit mesyuarat itu ialah keputusan untuk melucutkan Mubarak sebagai Undang Luak Sungai Ujong.Pada 5 Jun lepas, Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah injunksi ad interim bagi mengekalkan status quo, khususnya komposisi DKU dan kedudukan Raja Norazli sebagai Setiausahanya, sementara menunggu keputusan mahkamah mengenai isu bidang kuasa serta sama ada pertikaian itu boleh diadili, dan sehingga perintah selanjutnya dikeluarkan.Bagaimanapun, Raja Norazli mendakwa laporan media pada hari yang sama menunjukkan plaintif, khususnya Maarof, terlibat dalam proses pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Negeri Sembilan 1959 walaupun perintah injunksi itu masih berkuat kuasa.Beliau mendakwa tindakan itu dibuat dengan mengetepikan perintah mahkamah.Susulan dakwaan pelanggaran itu, Raja Norazli dan DKU memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap keenam-enam individu berkenaan atas dakwaan menghina mahkamah





Tiga beranak maut dirempuh pemandu positif dadah - Sinarharian - 29/07 7:22 pm

KAJANG - Tiga beranak maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah Perodua Aruz yang disyaki dipandu di bawah pengaruh dadah di Jalan Batu 17, Hulu Langat di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian pada jam 7.56 pagi itu membabitkan mangsa seorang mekanik berusia 34 tahun, isterinya berusia 32 tahun dan anak lelaki mereka berusia tiga tahun.Menurutnya, ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Siasatan awal mendapati keluarga terbabit dalam perjalanan dari rumah mereka di Batu 18, Hulu Langat menuju ke Nanding."Setiba di lokasi kejadian, sebuah Perodua Aruz dipandu lelaki tempatan dipercayai memasuki laluan motosikal mangsa sebelum berlaku pertembungan dan menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah, manakala ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.Katanya, pemandu berusia 42 tahun terbabit ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Kajang pada jam 9 pagi, Khamis bagi mendapatkan permohonan reman.Naazron berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan parah selain siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan," ujarnya.Tambahnya, semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mengamalkan pemanduan berhemah serta mematuhi peraturan lalu lintas bagi menjamin keselamatan semua pihak.





Pukul bodyguard berpuasa: Majikan kekal bersalah, dijel 5 tahun - Sinarharian - 29/07 6:34 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu mengekalkan sabitan bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap seorang ahli perniagaan yang menghina, mencederakan dan mengugut pengawal peribadinya kerana berpuasa pada 2021.Hakim Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim memutuskan demikian selepas menolak rayuan Chung Chee Yang, 48, selaku perayu untuk mengetepi sabitan bersalah bagi tiga pertuduhan tersebut.Bagaimanapun, Shamsulbahri membenarkan rayuan perayu agar hukuman penjara enam tahun 10 bulan yang diputuskan Mahkamah Majistret Klang pada tahun lalu dijalankan secara serentak, sekali gus menjadikan tempoh pemenjaraan itu lima tahun."Mahkamah bersetuju dengan hujahan perayu bahawa Majistret terkhilaf apabila menjatuhkan hukuman secara berasingan sedangkan perayu melakukan kesalahan pada hari dan lokasi sama membabitkan mangsa yang serupa."Susulan itu, hukuman penjara seharusnya berjalan secara serentak bermula hari ini," kata hakim.Dalam pada itu, beliau turut menolak permohonan perayu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Pada 28 Mac 2025, Sinar Harian melaporkan, Chee Yang didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun 10 bulan serta didenda RM22,000.Majistret, Siti Zubaidah Mahat memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tambahan selama 21 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut (perayu telah membayar denda tersebut).Bagi kes mengugut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh dihukum penjara lima tahun dan denda RM10,000, manakala bagi kes kedua iaitu mengeluarkan perkataan-perkataan yang melukakan agama Islam di bawah Seksyen 298 kanun yang sama, tertuduh dihukum penjara setahun dan denda RM10,000.Bagi kes sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pengawal peribadi mengikut Seksyen 323 kanun yang sama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM2,000.Siti Zubaidah memerintahkan hukuman pemenjaraan berjalan secara berasingan.Sementara itu, ketika membaca keputusan penghakiman, Shamsulbahri berkata, tindakan perayu mengeluarkan kata-kata sambil mengacukan pistol kepada mangsa, membawa erti ugutan yang boleh mengundang kematian.Katanya, mahkamah mendapati perkataan itu dikeluarkan dengan sengaja bagi melukakan agama pengawal peribadi terbabit.Berdasarkan kata-kata berkenaan juga katanya, perayu menganggap lebih kaya dan hebat daripada tuhan kedua-dua pekerjanya.Semasa hujahan, beliau berkata, perayu menyatakan hukuman dijatuhkan keterlaluan walhal dia sering membantu orang ramai di samping mempunyai lebih 1,000 pekerja."Berdasarkan hal ini, saya mendapati kesalahan perayu amat serius dan mahkamah sewajarnya menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dilakukan, sebagai pengajaran."Ia turut menjadi mesej jelas kepada masyarakat bahawa mahkamah tidak berkompromi dengan kesalahan begini, iaitu mendera dan melakukan kekasaran kepada pekerja sendiri yang datang mencari nafkah untuk kelangsungan hidup wajar dibanteras."Menghina tuhan agama lain merupakan perbuatan yang tidak wajar diucapkan oleh seseorang yang dikatakan berbakti kepada masyarakat berbilang kaum."Saya mendapati hukuman dijatuhkan Majistret berada dalam lingkungan yang dibenarkan undang-undang dan amat berpatutan dengan keseriusan kesalahan dilakukan, justeru tiada alasan munasabah untuk saya campur tangan dalam hukuman tersebut," katanya.Dalam kes tersebut, perayu diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sementara pendakwaan selaku responden dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Najiha Tengku Zahari.Mengikut pertuduhan pertama, Chee Yang didakwa mendatangkan ketakutan jenayah dengan mengugut hendak menyebabkan kecederaan parah dengan mengacukan pistol ke arah Mohd Azminizam Zulkepli, 49.Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan-perkataan yang mengaitkan ALLAH dan puasa dengan niat untuk melukakan perasaan penganut agama Islam, yang didengar oleh Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri Zailani, 32.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semua kesalahan didakwa dilakukan di luar sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang, antara jam 9.30 hingga 10.30 malam, pada 13 April 2021.





After conviction, Shafie says he only wanted justice for Zara upheld - FMT - 29/07 5:29 pm

The Warisan president also says the case was never about him, but a child whose death touched the hearts of many.





Warisan files notice of appeal after Shafie Apdals contempt conviction - Malaymail - 29/07 4:36 pm

KOTA KINABALU, July 29 Parti Warisan president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal is challenging his conviction and fi...





Shafie hormati keputusan mahkamah, akan fail rayuan hukuman penjara - FMT - 29/07 4:29 pm

Mahkamah Sesyen Papar jatuhkan hukuman penjara lima minggu terhadap bekas ketua menteri Sabah itu.





Bapa empat anak curi tujuh pek Nescafe dihukum penjara, denda RM2,000 - Sinarharian - 29/07 4:02 pm

MELAKA - Seorang peniaga pasar malam dipenjara sehari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah mencuri tujuh bungkus Nescafe di sebuah kedai serbaneka, tiga minggu lalu.Tertuduh, Nazarudin Ahmad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mencuri tujuh bungkus kopi jenama Nescafe bernilai RM105.70 di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Cheng Indah dalam daerah Melaka Tengah pada jam 8.21 malam, 7 Julai lalu.Perbuatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, pihak kedai mendapati kehilangan tujuh peket kopi yang dipamerkan di rak sebelum semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh memasukkan barangan tersebut ke dalam seluarnya dan menutupnya menggunakan baju sebelum keluar dari premis tanpa membuat pembayaran di kaunter.Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mengaku bersalah sekali gus menjimatkan masa dan kos mahkamah.Menurutnya, tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak bekerja menjual ayam goreng di pasar malam di Jasin dengan pendapatan tidak tetap serta mencuri kopi berkenaan kerana kesempitan kewangan bagi menampung keperluan keluarga.Ujarnya, tertuduh menginsafi perbuatan dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, S Thivia memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran dan pencegahan memandangkan kesalahan itu dilakukan bukan atas keperluan mendesak, sebaliknya melibatkan kehendak bagi kegunaan rumah.Beliau turut menegaskan Seksyen 380 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mandatori penjara dan denda serta berharap hukuman yang dijatuhkan dapat menjadi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, malah contoh yang baik kepada anak-anaknya.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman tersebut dan penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.





Forest City love scam: Two Chinese nationals jailed, 18 Indonesians plead not guilty - Sinardaily - 29/07 3:49 pm

JOHOR BAHRU Two Chinese nationals pleaded guilty at the magistrates court here on Wednesday to charges of being members of an online fraud syndicate or love scam operation earlier this month.Lin Kun Chi, 30, and Bai Kan, 30, entered their pleas before Magistrate A





Pengundi luar jadi tumpuan akhir kempen PH di Senaling - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# Pengundi luar jadi tumpuan akhir kempen PH di Senaling SENALING - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Senaling, Mohd Hanis Mohd Alimin mengakui cabaran terbesar menjelang hari pengundian Sabtu ini bukan lagi memperkenalkan dirinya kepada pengundi, sebaliknya memastikan seramai mungkin mereka keluar mengundi





ADUN Semambu mahu hak aktivis alam sekitar terus dilindungi - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# ADUN Semambu mahu hak aktivis alam sekitar terus dilindungi KUANTAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang menyatakan solidariti penuh terhadap aktivis alam sekitar Shakila Zen yang dilapor telah dipanggil olis untuk memberi keterangan susulan hantaran di media sosial mengaitkan institusi diraja Pahang dengan aktiviti perlombongan pasir pada Mei lepas





Pegawai khidmat pelanggan didakwa bunuh bayi kandungnya, miliki bahan lucah - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# Pegawai khidmat pelanggan didakwa bunuh bayi kandungnya, miliki bahan lucah JOHOR BAHRU - Seorang pegawai khidmat pelanggan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu membunuh bayi kandungnya dan memiliki bahan lucah, kira-kira tiga tahun lalu





2 lelaki China, 18 Indonesia didakwa jadi ahli sindiket penipuan dalam... - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# 2 lelaki China, 18 Indonesia didakwa jadi ahli sindiket penipuan dalam talian JOHOR BAHRU - Dua lelaki warga China masing-masing didenda RM7,000 dan penjara sebulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli sindiket penipuan dalam talian atau love scam pada pertengahan bulan ini





Perkasa aspek pendidikan, kemahiran belia antara fokus calon PH DUN Paroi - Mygazette - 29/07 3:39 pm

# Perkasa aspek pendidikan, kemahiran belia antara fokus calon PH DUN Paroi REMBAU Pemerkasaan aspek pendidikan serta kemahiran merupakan antara fokus utama calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Ahmad Shahir Mohd Shah sekiranya diberikan mandat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16





Shafie Apdal dihukum penjara lima minggu - Mygazette - 29/07 3:39 pm

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataan berkaitan inkues kematian Zara Qairini Mahathir





Dihukum penjara lima minggu, Shafie Apdal akan fail rayuan - Sinarharian - 29/07 3:34 pm

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara lima minggu terhadapnya selepas didapati bersalah menghina mahkamah pada Rabu.Presiden Parti Warisan (Warisan) itu berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah berkenaan dan menyerahkan kepada proses perundangan untuk menentukan tindakan seterusnya."Mahkamah telah membuat keputusan dalam prosiding penghinaan mahkamah terhadap saya."Saya menghormati keputusan Mahkamah dan telah mengarahkan peguam saya untuk memfailkan rayuan."Biarlah proses undang-undang berjalan mengikut lunasnya





303 projek perumahan sakit bernilai RM40.25 bilion setakat JUN - KPKT - Sinarharian - 29/07 3:25 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 303 projek perumahan swasta dikategorikan sebagai projek sakit di Semenanjung Malaysia setakat 30 Jun lepas, melibatkan 43,288 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar RM40.25 bilion.Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu memaklumkan sebanyak 100 projek pula disahkan terbengkalai, melibatkan 27,998 unit rumah dan 14,961 pembeli.Menurut KPKT, Selangor mencatat jumlah projek terbengkalai tertinggi dengan 41 projek, diikuti Kelantan (13) dan Terengganu (11), manakala Melaka, Perlis serta Putrajaya tidak merekodkan projek dalam kategori itu.KPKT menjawab soalan Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar tentang jumlah terkini projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai, bilangan pembeli terjejas serta tindakan untuk mempercepat pemulihannya.Bagi menangani isu berkenaan, kementerian itu melaksanakan usaha pemulihan menerusi Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST)."Setakat Jun 2026, sebanyak 1,647 projek perumahan melibatkan 192,912 unit rumah bernilai RM153 bilion berjaya dipulihkan," menurut kementerian itu.KPKT memaklumkan TFST memberikan tumpuan kepada empat pendekatan, iaitu mengenal pasti projek bermasalah, mencari penyelesaian, mencegah masalah sama berulang dan merangka kaedah pemulihan yang lebih berkesan.Kementerian itu turut bertindak sebagai pengantara dalam rundingan antara pemaju, pembeli, institusi kewangan dan agensi berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian.Reformasi Perumahan Madani yang dilaksanakan mulai 1 Jan lepas menyasarkan sifar projek perumahan baharu terbengkalai menjelang 2030, termasuk menerusi penggunaan perjanjian jual beli elektronik (eSPA)





Shafie Apdal Slapped With 5-Weeks Jail Term, But No, He’s Not Locked Up Yet - Rakyatpost - 29/07 3:16 pm

The Warisan president must overturn his contempt conviction on appeal or face up to five weeks behind bars.





PDRM umum pertukaran 26 pegawai kanan termasuk Ketua Polis Perlis - Sinarharian - 29/07 3:03 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu mengumumkan pertukaran 26 pegawai kanan, melibatkan pelbagai jawatan di Bukit Aman dan kontinjen.Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali berkata, antara pertukaran utama ialah Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Datuk Muhammad Abdul Halim, yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis(CP).Beliau berkata, Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mohd Taufik Toh Abdullah pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas Idengan memangku pangkat CP."Pertukaran turut melibatkan Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan/Tahanan/Pengawasan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten KomisionerDatuk Mohamad Farouk Eshak, yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik JSJ dengan memangku pangkat DCP," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Turut diumumkan pelantikan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Sabah, Senior Asisten KomisionerDatuk Mohd Azhar Hamin sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat DCP.Mohamad Noor berkata pertukaran turut melibatkan Penolong Pengarah E4A Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Asisten Komisoner Roslan Alias yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.Beliau berkata, Senior Asisten Komisioner Lim San Aik yang kini Ketua JSJ Sarawak, dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah, manakalaTimbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kuala Lumpur, Asisten KomisionerKamaruzaman Md Alib dilantik sebagai Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.Pertukaran juga melibatkan Pegawai Turus E6A2 Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Ooi Yueh Kooi yang dilantik sebagai Penolong Pengarah E7A Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC, manakala ACP Urus Setia Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Asisten KomisionerAhmad Sukarno Mohd Zahari, dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang dengan memangku pangkat SAC."Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon II Cawangan Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin, dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Perak dengan memangku pangkat SAC."ACP Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Pentadbiran) Bukit Aman, Asisten Komisoner Dr Mazlan Ismail pula dilantik sebagai SAC Dasar Strategik Polis DDRM di Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC," katanya.Mohamad Noor berkata, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisoner Basri Sagoni dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan/Tahanan/Pengawasan JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.Sementara itu, Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkarnain Samsudin dilantik sebagai Ketua JSJ Selangor dengan memangku pangkat SAC, manakala Ketua JSJNKuala Lumpur, Asisten Komisioner Haslah Bachok dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.Penolong Pengarah (D9) Siasatan JSJ Bukit Aman, Asisten Komisoner Mohd Hafiz Ya'acob pula dilantik sebagai Ketua JSJ Sabah, manakala Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilantik sebagai Ketua JSJ Sarawak, kedua-duanya memangku pangkat SAC.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam dilantik sebagai Ketua JSJ Kuala Lumpur, manakala Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor, Asisten Komisioner Mohammad Hisham Mohamad Idris dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) Bahagian Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, kedua-duanya turut memangku pangkat SAC.Selain itu, Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Kelantan, Asisten Komisioner Jalaludin Ahamad Zanuddin dilantik sebagai Penolong Pengarah E4A Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.Mohamad Noor berkata, semua pertukaran berkuat kuasa 1 September ini, kecuali melibatkan Muhammad dan Roslan yang berkuat kuasa pada Isnin





Bekas petugas MPS didakwa terima suapan berkaitan permohonan lesen perniagaan - Sinarharian - 29/07 2:48 pm

KUALA LUMPUR - Seorang bekas petugas Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu,atas pertuduhan menerima suapan berhubung urusan permohonan lesen perniagaan di MPS, lima tahun lepas.Muhammad Darwisy Abdullah, 32, yang semasa itu bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di MPSdidakwa memperolehRM1,000 daripada seorang lelaki melalui akaun banknya sebagai dorongan memudahkan urusan permohonan lesen perniagaan sebuah restoran.Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Bhd Jalan Maarof, di sini pada 12 Mac 2021 dan pertuduhan dibuat mengikutSeksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjaramaksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Arif Asyraf Mohd Khairi menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahanpasport diserahkan kepada mahkamah, melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Peguam Zolazrai Zolkapli bagaimanapun merayu jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya kali pertama dihadapkan ke mahkamah serta menanggung ibu bapa dan tigaanak.Hakim Rosli Ahmad membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan1 Sept untuk sebutan semula kes





Pelajar bertindak agresif hidap skizofrenia, tiada unsur buli - Polis - Sinarharian - 29/07 2:09 pm

KUALA TERENGGANU - Polis mengesahkan tiada sebarang unsur buli dalam insiden membabitkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua yang bertindak agresif di sebuah sekolah menengah agama di sini pada Selasa.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, hasil siasatan awal mendapati pelajar berusia 14 tahun itu menghidap skizofrenia sejak Mei lalu.Menurut beliau, keadaan kesihatan mental remaja berkenaan sememangnya berada dalam pengetahuan ibu bapa serta pihak pentadbiran sekolah."Pelajar terbabit kini sedang menerima rawatan serta pemantauan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu."Pelajar itu menerima rawatan terakhir pada 14 Julai lalu dan dijadualkan menjalani rawatan susulan pada 15 September depan," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini pada Rabu.Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan, tindakan pantas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berjaya menenangkan remaja berkenaan yang berada dalam keadaan beremosi di tingkat dua bangunan sekolah tersebut.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Azli mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk dan meredakan emosi pelajar berkenaan yang dipercayai mengalami tekanan dan kemurungan.Sementara itu, dalam perkembangan sama, Mohd Khairi memberitahu, pihak sekolah sebelum ini telah merujuk pelajar berkenaan kepada guru kaunseling sebanyak 11 sesi, selain mengadakan lima sesi konsultasi bersama ibu bapanya.Jelas beliau, guru kaunseling akan meneruskan pemantauan harian melalui sesi perjumpaan berterusan.Pada masa sama, katanya, pihak sekolah turut mengambil langkah keselamatan dengan menempatkan pelajar itu di kelas aras bawah serta meminta rakan-rakannya menemaninya ke mana sahaja."Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) akan terus memantau perkembangan kes berkenaan secara berterusan," ujarnya.Dalam pada itu, Mohd Khairi menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengaitkan insiden berkenaan dengan dakwaan tidak berasas yang boleh menimbulkan salah faham serta kegusaran masyarakat."Hasil siasatan setakat ini mendapati tiada sebarang unsur buli yang menjadi punca kejadian."Justeru, orang ramai diminta tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan gambar, rakaman video atau kandungan berkaitan kejadian itu di mana-mana platform media sosial kerana tindakan sedemikian boleh mengaibkan mangsa dan keluarganya," katanya.Tambahnya lagi, sebarang penyebaran kandungan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia."Semua pihak diminta menghormati privasi mangsa serta keluarganya bagi memberi ruang kepada pihak hospital meneruskan rawatan, di samping membolehkan polis menjalankan pemantauan sewajarnya," ujar beliau.





N9 polls: Police open investigation into Jempol MP over alleged seditious remarks - Sinardaily - 29/07 1:52 pm

SEREMBAN - Police have opened an investigation paper against Jempol Member of Parliament Datuk Shamsulkahar Mohd Deli over a campaign speech in Seremban Jaya which was alleged to contain seditious elements.Negeri Sembilan police chief Datuk Alzafny Ahmad saidthe investigation was launched following a report lodged by a 55-year-old man who was dissatisfied with a social media video post showing the politician's campaign speech."An investigation paper has been opened under Section 505(b) of the Penal Code, Section 4(A)(1) of the Election Offences Act 1954 and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998," he said in a statement here today.Media reports yesterday stated that DAP had lodged a police report against Shamsulkahar following allegations that he issued defamatory remarks linking the party to a caricature deemed insulting to the Sultan of Selangor during the Negeri Sembilan State Election campaign





Shafie Apdal jailed five weeks for contempt over Zara Qairina inquest remarks - SUN - 29/07 1:40 pm

Former Sabah chief minister Shafie Apdal sentenced to five weeks' jail for contempt of court over remarks about Zara Qairina inquest.





Momentum kempen semakin positif kepada BN - Ismail Sabri - Sinarharian - 29/07 1:26 pm

SEREMBAN Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat perkembangan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat ini berada pada landasan yang positif berdasarkan sambutan dan maklum balas yang diterimanya di lapangan.Beliau berkata, pemerhatian sepanjang turun berkempen menunjukkan suasana kali ini jauh berbeza berbanding sebelum ini, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap peluang calon-calon yang disokong."Apa yang saya lihat dan dengar di lapangan amat menggalakkan."Dengan kerja kuat seperti yang kita lihat hari ini, insya-ALLAH kita akan menang





Amanah Youth: DAP At Fault For PH-BN Fallout - Rakyatpost - 29/07 1:20 pm

In a rare public admission from within the unity government, Amanah Youth chief Mohd Hasbie Muda has openly blamed a DAP leader’s celebrating Datuk Seri Najib Razak’s legal setback as the turning point that strained relations between Pakatan Harapan (PH) and Barisan Nasional (BN)





RCI Tabung Haji: Dedah segera laporan, rakyat nak tahu hasil siasatan - Ismail Sabri - Sinarharian - 29/07 12:49 am

SEREMBAN Kerajaan digesa mendedahkan segera laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan salah laku dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum sekiranya proses siasatan telah selesai.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat berhak mengetahui hasil siasatan tersebut, sekali gus mengembalikan keyakinan mereka terhadap institusi terbabit."Sekarang ini kes tersebut belum bermula lagi tetapi saya difahamkan siasatan itu sudah selesai





Warisan president Shafie Apdal sentenced to five weeks jail for contempt over Zara Qairina claims, gets stay pending appeal - Malaymail - 29/07 12:36 am

KUALA LUMPUR, July 29 The Kota Kinabalu Sessions Court has sentenced Warisan president and Semporna MP Datuk Ser...





Shafie Apdal dipenjara lima minggu, hukuman tangguh hingga selesai rayuan - Sinarharian - 29/07 12:15 am

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijatuhkan hukuman penjara selama lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataan yang dibuatnya berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.Hukuman terhadap Presiden Parti Warisan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, pada prosiding yang berlangsung pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN:Inkues kematian Zara Qairina: Prosiding hina mahkamah melibatkan Shafie Apdal diteruskanZara Qairina: Kes hina mahkamah Shafie Apdal didengar 3 Februari, Mona Din didenda RM300Kes Zara Qairina: Shafie Apdal hadiri prosiding komital hina mahkamahBagaimanapun, Amir Shah membenarkan permohonan Mohd Shafie untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terhadap keputusan berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi.Penangguhan itu menyebabkan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang tidak terlaksana serta merta sehingga rayuan tersebut diputuskan.Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli parlimen boleh hilang kelayakan jika disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000, tertakluk kepada peruntukan yang berkaitan.Bagaimanapun, mahkamah dalam kes ini hanya menjatuhkan hukuman kurang daripada satu tahun dan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.Shafie, 68, disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah mengikut Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Perenggan 26, Jadual Ketiga Akta Mahkamah Rendah 1948.Dalam penghakimannya, Amir Shah berkata, mahkamah telah memainkan rakaman video berkenaan dan mendengar sendiri keseluruhan ucapan responden di mahkamah terbuka sebelum membuat keputusan."Setelah menilai sendiri rakaman penuh dan konteksnya, mahkamah mendapati kenyataan di luar mahkamah yang dibuat oleh responden tidak boleh dilindungi atas alasan kebebasan bersuara."Ucapan itu bukan sahaja mendahului keputusan mahkamah apabila mengisytiharkan bahawa ia adalah kes bunuh sebelum inkues diselesaikan, malah turut menjejaskan integriti dan kewibawaan pentadbiran keadilan."Ringkasnya, ia merupakan satu penghinaan serius terhadap mahkamah," katanya.Menurut Amir Shah, sama ada Koroner dipengaruhi oleh kenyataan responden bukanlah isu yang material atau relevan kerana persoalan utama ialah tindakan responden mengeluarkan kenyataan tersebut kepada umum ketika prosiding inkues masih berjalan.Beliau berkata, responden mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa tujuan inkues adalah untuk menentukan, antara lain, bagaimana si mati menemui ajalnya, selain memberi ruang kepada saksi-saksi berkaitan tampil memberikan keterangan.Katanya, mahkamah juga berpuas hati bahawa Peguam Negara selaku pemohon berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa responden mengeluarkan kenyataan itu pada 20 September 2025 ketika prosiding inkues masih aktif.Menurutnya, kenyataan 'kanak-kanak ini dibunuh' telah membuat kesimpulan awal terhadap isu utama yang sedang diputuskan dalam inkues, manakala kenyataan 'konon mahkamah siasat..





Penunggang RXZ maut akibat kereta buat pusingan U mengejut - Sinarharian - 29/07 12:14 am

TUMPAT Seorang penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ maut selepas merempuh bahagian sisi kanan sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai membuat pusingan U secara mengejut di Kampung Bunohan di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, pemandu kereta terbabit dipercayai melarikan diri sejurus selepas kemalangan.Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun, menunggang Yamaha RXZ dari Chabang Empat menuju ke Kampung Banggol Beta melalui Jalan Tumpat-Pasir Mas."Setiba di lokasi kejadian, sebuah Proton Wira yang berada di hadapan dan bergerak sehala dipercayai membuat pusingan U secara mengejut."Mangsa tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian sisi kanan kereta berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ujar beliau, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Tambahnya, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah kecederaan pelbagai akibat kemalangan jalan raya.Mohd Khairi memberitahu, pemandu Proton Wira terbabit dipercayai melarikan diri selepas kemalangan dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat atau menghubungi talian 09-7257222," katanya.





Shafie dihukum penjara 5 minggu kerana hina mahkamah - FMT - 29/07 12:01 am

Mahkamah Sesyen membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap presiden Warisan itu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.





Shafie sentenced to 5 weeks jail for contempt, execution stayed - FMT - 29/07 11:55 am

Warisan president is convicted of contempt of court over remarks made in relation to the inquest into Zara Qairina Mahathirs death.





Amanah not afraid of returning to opposition, says Hasbie - Sinardaily - 29/07 11:07 am

SHAH ALAM Parti Amanah Negara (Amanah) Youth chief Mohd Hasbie Muda says the party is prepared to return to the opposition if the unity government loses its parliamentary majority, stressing that safeguarding political stability remains more important than remaining in government.Hasbie said Amanah has extensive experience serving as the opposition and is therefore not concerned by the prospect, although he emphasised the need for political certainty amid developments in Johor and Negeri Sembilan."Whether we are worried or not does not arise





PRN Negeri Sembilan: Polis siasat MP Jempol didakwa sebar kandungan berunsur hasutan - Sinarharian - 29/07 10:19 am

SEREMBAN - Polis membuka satu kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berhubung ucapannya ketika berkempen di Jempol baru-baru ini.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan terhadap beliau susulan laporan polis yang dibuat seorang lelaki berusia 55 tahun di Seremban."Pada 26 Julai, pengadu telah membuat laporan polis selepas melihat satu hantaran video yang memaparkan ucapan ahli Parlimen terbabit ketika berkempen."Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4(A) (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, siasatan terbabit kerana pemimpin UMNO itu didakwa menyebarkan kandungan berunsur hasutan dan maklumat berkaitan pilihan raya melalui media sosial yang boleh menganggu ketenteraman awam serta melanggar peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.Sebelum ini media melaporkan, DAP membuat laporan polis terhadap Shamsul Kahar.Ia susulan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan karikatur menghina Sultan Selangor ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri SembilanSelain itu Alzafny berkata, secara kumulatif, sepanjang tempoh 18 Julai hingga 28 Julai(Selasa), sebanyak 62 laporan polis diterima dan 19 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka."Polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsigaan, pematuhan dan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang PRN Negeri Sembilan ke 16."Sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan secara tegas, adil dan berintegriti tanpa sebarang kompromi,"katanya.





Man dies after alleged house break-in in Ipoh - Sinardaily - 29/07 8:57 am

IPOH - A 40-year-old local man died after allegedly being involved in a house break-in at Jalan Building Society, Taman Star, here yesterday.Perak Police Chief Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin said preliminary investigations revealed that the incident is believed to have occurred at about 5 am when two suspects entered the house through a window that had been forced open, triggering a struggle with the caretaker."One suspect is believed to have escaped, while the other was found unconscious and was pronounced dead at the scene





BN-PN bertahan lama atau sekadar 'kahwin kontrak' - Sinarharian - 29/07 8:30 am

PERSEFAHAMAN antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang diterjemahkan menerusi pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dilihat memberi gambaran baharu landskap politik negara.Kerjasama yang suatu ketika dahulu dianggap sukar direalisasikan, kini dilihat sebagai strategi ampuh untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri sekali gus memaksimumkan peluang menewaskan lawan.Namun di sebalik itu, timbul persoalan sama ada kerjasama berkenaan mampu bertahan lama selepas pilihan raya atau sekadar kesepakatan sementara yang didorong oleh keperluan politik semasa yang diistilahkan sebagai 'kahwin kontrak'.Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, secara asasnya kerjasama BNPN bukan lahir daripada keserasian ideologi, sebaliknya didorong oleh keperluan politik semata-mata."Objektif utamanya adalah untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang terbukti sering memecahkan undi Melayu dan memberi kelebihan kepada pihak lawan."Ini strategi pilihan raya yang rasional, tetapi hakikatnya strategi tidak semestinya melahirkan kepercayaan





Suspek pecah rumah maut selepas bergelut dengan penjaga - Sinarharian - 29/07 8:04 am

IPOH - Seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun maut selepas bergelut dengan penjaga dalam kejadian pecah rumah di Jalan Building Society, Taman Star di sini pada Selasa.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi apabila dua suspek memasuki rumah tersebut melalui tingkap yang diumpil sebelum berlaku pergelutan dengan penjaga rumah.Menurutnya, seorang suspek dipercayai berjaya melarikan diri manakala seorang lagi ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian ialah masalah saluran jantung tersumbat," katanya dalam kenyataan di sini.Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).Menurut Mohd Alwi, siasatan di bawah Seksyen 457 dan 324 Kanun Keseksaan masih diteruskan, termasuk usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran





Negeri Sembilan state election: As the decisive swing force, where will .. - Sinchew - 29/07 7:58 am

Negeri Sembilan state election: As the decisive swing force, where will the 130,000 Indian votes go? The Negeri Sembilan state election depends not only on the political inclinations of Malay and Chinese voters, but also heavily on Indian voters





Penjawat awam direman kes terima rasuah, bawa bahan terlarang di Penjara... - Mygazette - 29/07 7:58 am

# Penjawat awam direman kes terima rasuah, bawa bahan terlarang di Penjara Bentong KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam direman di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang hari ini disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara bagi kegunaan banduan





159 scammer warga China berdepan hukuman enam sebatan - Mygazette - 29/07 7:58 am

# 159 scammer warga China berdepan hukuman enam sebatan JOHOR BAHRU Seramai 159 warga China didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli sindiket penipuan dalam talian atau scammer selain berada di negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah, pertengahan bulan ini





Lima syor cadangan tambah baik pengurusan kawalan sempadan SPRM Johor - Mygazette - 29/07 7:58 am

# Lima syor cadangan tambah baik pengurusan kawalan sempadan SPRM Johor KUALA LUMPUR - Sebanyak lima cadangan penambahbaikan tatakelola pengurusan kawalan sempadan berkaitan aspek amalan, sistem dan tatacara pengurusan kemasukan warga asing di Terminal Feri Pasir Gudang dibentangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor





DAP lapor polis terhadap MP Jempol, dakwa kenyataan fitnah ketika kempen... - Mygazette - 29/07 7:58 am

# DAP lapor polis terhadap MP Jempol, dakwa kenyataan fitnah ketika kempen PRN SEREMBAN - DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsul Kahar Mohd Deli





'Tak mahu kerajaan BN di Negeri Sembilan jadi seperti telur di hujung tanduk' - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 28/07 11:19 pm

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mahu menjadi rakan yang mampu mengukuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan dan tidak mahu pentadbiran negeri itu berada dalam keadaan seperti telur di hujung tanduk.Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya ikhlas untuk melihat kejayaan kerajaan BN Negeri Sembilan.Beliau menambah, pihak mereka juga yakin mampu memenangi beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi menyertai pentadbiran negeri."Kita memang ikhlas dan jujur untuk melihat keberjayaan kerajaan BN Negeri Sembilan, yang mana Insya-ALLAH kami akan menang beberapa kerusi dan menyertainya





'Saya nampak mayat ditutup, tak sangka itu anak saya' -Ibu - Sinarharian - 28/07 10:18 pm

MARAN - [DIKEMAS KINI] "Saya langsung tidak sangka orang yang terbabit dalam kemalangan itu sebenarnya anak saya sendiri."Demikian luahan pilu Zaimizan Silong, 51, yang tidak menyedari mangsa kemalangan yang dilihatnya ketika melalui lokasi nahas di Maran pada awal pagi Selasa merupakan anak kandungnya, Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha'ari, 20.Menurutnya, dia melalui lokasi kejadian ketika dalam perjalanan menghantar sarapan ke sebuah pejabat kerajaan sebelum dimaklumkan anaknya terbabit dalam nahas tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Identiti tiga mangsa maut dikenal pasti"Saya nampak mangsa sudah ditutup dan ada perasan kereta itu macam kereta kawan dia, tetapi saya nafikan dalam hati bahawa itu bukan anak saya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jengka pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, kemalangan berkenaan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Alza, Myvi dan Kancil.Muhammad Arif Daniel merupakan penumpang Perodua Alza terkorban dalam nahas tersebut.Sementara pemandu dan seorang lagi penumpang kereta itu cuma mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Temerloh untuk menerima rawatanDua lagi mangsa iaitu pemandu Perodua Myvi, Masitah Mohd Soad, 59, bersama penumpangnya, Salbiah Mohamad Sah, 76, turut terkorban dalam kejadian itu.Manakala pemandu Perodua Kancil disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan.Zaimizan berkata, sebelum kejadian, anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah pada malam Isnin selepas memaklumkan mahu keluar bersama seorang rakan.Menurutnya, Muhammad Arif Daniel yang bekerja sebagai pekerja kontrak di kawasan Chenor turut menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp supaya dia dikejutkan awal pagi kerana perlu hadir bekerja kira-kira jam 8 pagi."Saya bangun pagi dan tengok dia sudah tiada di bilik





'Tak takut jika kembali jadi pembangkang' - Mohd Hasbie - Sinarharian - 28/07 10:11 pm

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda menegaskan pihaknya tidak gentar sekiranya perlu kembali menjadi pembangkang jika senario politik semasa menyebabkan Kerajaan Perpaduan kehilangan majoriti di Parlimen.Menurut beliau, Amanah sudah berpengalaman berada di blok pembangkang, justeru perkara itu bukan sesuatu yang membimbangkan berbanding keperluan memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara."Soal risau tak risau ini tak timbul





SPRM perkukuh agenda integriti menerusi ASEAN-PAC - Sinarharian - 28/07 9:41 pm

MELAKA - Peranan ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) perlu terus diperkasakan sebagai platform utama dalam memperkukuh agenda integriti, tadbir urus yang baik serta kerjasama serantau bagi membanteras rasuah yang semakin kompleks dan merentas sempadan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sri Abd Halim Aman berkata, komitmen bersama negara anggota ASEAN-PAC menjadi asas penting dalam membina institusi berintegriti yang diyakini masyarakat serta berupaya menangani cabaran rasuah sentiasa berubah."ASEAN-PAC hari ini bukan lagi sekadar platform dialog serantau, sebaliknya berkembang menjadi sebuah komuniti agensi antirasuah yang dipercayai, disatukan oleh matlamat bersama serta komitmen memperkukuh integriti di rantau ini," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Principals ASEAN-PAC Ke-22 yang berlangsung di sebuah hotel di Bandar Hilir pada Selasa.Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Datuk Adi Supian Shafie.Abd Halim berkata, cabaran rasuah pada masa kini tidak lagi terhad kepada sempadan sesebuah negara, malah melibatkan eksploitasi teknologi digital, sistem kewangan dan kelemahan rentas sempadan oleh rangkaian jenayah yang semakin sofistikated.Katanya, mesyuarat selama dua hari itu menjadi platform penting untuk memperkukuh kemajuan yang telah dicapai di bawah Kepengerusian Malaysia serta membentuk hala tuju ASEAN-PAC pada masa hadapan.Beliau pada masa sama turut mengalu-alukan penyertaan rakan strategik antarabangsa termasuk International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA), United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) dan Asian Development Bank (ADB)."Sokongan berterusan organisasi ini menerusi kerjasama teknikal, perkongsian pengetahuan dan pembangunan kapasiti telah banyak menyumbang kepada perkembangan ASEAN-PAC sebagai platform kerjasama antirasuah yang lebih berkesan."Penghargaan juga kepada semua negara anggota ASEAN-PAC dan rakan strategik antarabangsa atas komitmen serta persahabatan yang telah memperkukuh kerjasama serantau sejak penubuhannya," katanya.





Warga emas rugi RM367,300 akibat pelaburan tidak wujud - Sinarharian - 28/07 8:11 pm

KUCHING - Seorang lelaki warga emas di Miri mengalami kerugian lebih RM360,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullahberkata, berdasarkan laporan diterima semalam, mangsa telah melihat satu iklan pelaburan di media sosial sebelum menekan pautan disediakan dan berurusan dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan."Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat sebelum membuat 48 transaksi ke tiga akaun bank dari 9 Jun hingga 20 Julai lepas, membabitkan jumlah keseluruhan RM367,300," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas suspek memberikan pelbagai alasan apabila warga emas itu ingin menuntut keuntungan daripada pelaburan tersebut.Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan





Haunted house guide gets three years' jail for sexually assaulting teenage girl - Sinardaily - 28/07 7:53 pm

KUALA LUMPUR - A haunted house guide at a theme park was sentenced to three years' imprisonment by the Sessions Court today after pleading guilty to sexually assaulting a teenage customer in February.Judge Datin Surita Budin imposed the sentence on Md Israful Alam, 30, a Bangladeshi national, and ordered him to serve the jail term from the date of his arrest on Feb 7




Reformasi     >>



9 dakwaan yang dulu dinafi kini terbukti, RCI dedah .. - Harapandaily
Oleh INAMUL HASAN Terus terang, sebagai rakyat biasa dan pendeposit, awalnya saya rasa sedih. Skandal Tabung Haji (TH) yang saya cuba dinafikan rupanya ada kebenaran yang lebih perit. Sedih sebab ia adalah Tabung Haji. Tabung Haji bukan sekadar institusi kewangan. Ia tempat jutaan umat Islam ..
Kroni     >>



Bila aku suruh hang balik? Sanusi bidas tuduhan - Harakahdaily
SEREMBAN: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan kenyataannya berkaitan Tanah Melayu tidak pernah bermaksud mengarahkan mana-mana kaum untuk kembali ke negara asal. Tapi oleh kerana mungkin tak faham bahasa, saya tak pandai cakap Cina. Walaupun ..
Tabloid     >>



Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya, .. - Siraplimau
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Myanmar telah bersetuju untuk menerima semula 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia menerusi hasil rundingan diplomatik dan hubungan yang baik antara kedua-dua negara. Beliau berkata, perkembangan itu adalah satu langkah awal dalam ..
Tech     >>



UK is asking for 'highly intrusive' controls over App .. - Appleinsider
Apple has told UK regulators that the plans to adopt more EU-like measures over the App Store are too restrictive, go beyond promoting competition, and amount to illegal regulation of service pricing. UK Parliament - image credit: Parliament The UK's Competition and Markets Authority (CMA) is ..
World     >>



Iraq calls Saudi-US attacks a flagrant violation of .. - Aljazeera
Prime Minister Ali al-Zaidi cancels first official trip to Saudi Arabia in protest.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Giias 2026:toyota Veloz Hybrid Dari Rm .. - Mekanika
Sebelum Toyota Veloz memasuki pasaran Malaysia pada 2022 sebagai kembar kepada Perodua Alza, ramai yang tertanya-tanya sama ada MPV tujuh tempat duduk ini akan menerima versi hibrid. Kini, persoalan itu akhirnya terjawab apabila**Toyota Veloz Hybrid**dipamerkan kepada umum di**Gaikindo ..