| /// |
|
| Search : Mesyuarat News | Page 1 |
|
Jangan putar belit fakta untuk tutup tindakan Pas langgar Perlembagaan PN .. - Mygazette - 10/08 5:23 pm Menurutnya, dakwaan tersebut merupakan cubaan mencipta persepsi tidak benar terhadap Bersatu selain memutarbelitkan kronologi sebenar berhubung pertembungan kerusi berkenaan. "Pada 16 Julai 2026, wakil Bersatu telah dihalang daripada menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang membuat keputusan berkaitan pengagihan kerusi serta kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) |
|
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bahas laporan RCI Tabung Haji esok - Mygazette - 10/08 5:23 pm # Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bahas laporan RCI Tabung Haji esok KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan berlangsung esok |
|
ADUN Nilai dilantik Pengerusi DAP N. Sembilan baharu - Mygazette - 10/08 5:23 pm Kita melihat seseorang itu dari segi kelayakan dan kebolehan beliau untuk memimpin. Saya menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada jawatankuasa negeri yang baharu kerana pasukan kita adalah berpengalaman, telah lama bekerjasama dan bersatu padu, paling penting kita akan meneruskan kerja di setiap kawasan yang diwakili dengan bersungguh-sungguh, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan di sini hari ini |
|
Ahmad Zahid ajak rakyat doakan kesembuhan untuk Anwar - Sinarharian - 10/08 5:13 pm GERIK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan kesembuhan segera buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang berehat selepas menjalani prosedur pembedahan kecil.Ahmad Zahid berkata, beliau dimaklumkan oleh Anwar mengenai prosedur rawatan tersebut pada Selasa lepas dan yakin Perdana Menteri hanya memerlukan tempoh rehat yang singkat sebelum kembali bertugas."Kita sama-sama doakan agar kesembuhan dapat memberikan keselesaan kepada beliau untuk terus bertugas demi negara dan rakyat keseluruhannya."Walau sekecil mana pun (pembedahan), beliau memerlukan downtime sekurang-kurangnya dua hari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) 2026-2035 di Kampung Air Banun di sini pada Isnin.Selain itu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah diminta oleh Anwar untuk mempengerusikan Mesyuarat Kabinet sepanjang tempoh ketiadaan Perdana Menteri.Terdahulu, Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) pada Isnin.Beliau berkata, prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan dan Anwar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi."Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik," katanya |
|
Tangguh perbahasan RCI TH, tunggu Anwar - Hamzah - Sinarharian - 10/08 4:35 pm KUALA LUMPUR Tiada keperluan meneruskan perbahasan mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Parlimen sekiranya Perdana Menteri tidak dapat hadir untuk memberikan penjelasan.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu sewajarnya ditangguhkan terlebih dahulu bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan membahaskan isu berkenaan, terutama apabila RCI telah dilakukan kira-kira tiga tahun lalu."Kalau isunya besar kepada dia sebagai Perdana Menteri, apa yang patut dibuat? Dia beritahu dengan Speaker, tangguhkan dahulu."Sebab nak tunggu dia sendiri untuk membahaskan isunya, bukan semata-mata kerana lontaran telah dilakukan," katanya kepada Sinar Harian dalam sesi wawancara eksklusif, pada Isnin.Sebelum ini Anwar dilapor sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH dijadual berlangsung pada Selasa, dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Dalam pada itu Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut mempersoalkan tindakan membawa semula isu berkenaan ke Parlimen selepas tempoh yang begitu lama.Menurutnya, isu berkenaan mula dilontarkan oleh Perdana Menteri ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum cadangan mengadakan sidang khas bagi membincangkan perkara tersebut."Sebelum ini ada kenyataan Anwar melawat beberapa orang di hospital dan hari ini, beliau dilaporkan mendapat rawatan selama dua hari."Sekiranya Perdana Menteri menjalani rawatan, perkara itu perlu diambil kira sebelum perbahasan mengenai isu RCI TH diteruskan."Kalau isu ini besar kepada dia sebagai Perdana Menteri, beliau sepatutnya bagi tahu kepada Speaker untuk tangguhkan dahulu sesi berkenaan sebab nak tunggu dia sendiri membahaskan isu ini sebagai isu yang besar," ujarnya.Laporan RCI setebal 211 halaman mengenai TH yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan. |
|
Arul Kumar dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan baharu - Sinarharian - 10/08 2:44 pm SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, J Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pelantikan Arul Kumar dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan selepas beliau mengosongkan jawatan itu yang disandangnya selama 22 tahun sejak 2004."Pemilihan Arul Kumar adalah sesuatu yang saya rasa amat positif dan membuktikan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum. Kita melihat seseorang itu dari segi kelayakan dan kebolehan beliau untuk memimpin."Saya menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada jawatankuasa negeri yang baharu kerana pasukan kita adalah berpengalaman, telah lama bekerjasama dan bersatu padu, paling penting kita akan meneruskan kerja di setiap kawasan yang diwakili dengan bersungguh-sungguh," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Negeri DAP Negeri Sembilan di sini hari ini.Anthony berkata, pelantikan Arul Kumar yang juga Naib Pengerusi DAP negeri sebelum ini adalah selaras dengan perlembagaan parti.Beliau berkata, beliau kekal sebagai anggota Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan selain meneruskan peranan sebagai Setiausaha Agung DAP.Katanya, tanggungjawab sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan besar, terutama selepas parti itu mencatat prestasi yang baik dalam empat pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini dan berjaya mengekalkan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ke-16 baru-baru ini.Anthony yang juga Menteri Pengangkutan, sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan keputusan PRN Negeri Sembilan yang menyaksikan beliau gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah.Dalam pada itu, beliau berkata, pelantikan Arul Kumar turut mencerminkan komitmen DAP terhadap politik berbilang kaum, walaupun majoriti anggota jawatankuasa negeri terdiri daripada kaum Cina.Beliau berkata, Arul Kumar bukan pemimpin India pertama yang pernah mengetuai DAP Negeri Sembilan, malah seorang pemimpin Melayu iaitu Yusof Bador juga pernah menjadi pengerusi negeri pada awal 80-an.Jelasnya, Arul Kumar juga dijangka mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim bagi membincangkan bentuk kerjasama baharu antara kerajaan negeri dan barisan pembangkang.Sementara itu, Arul Kumar berkata, tanggungjawab menerajui DAP Negeri Sembilan merupakan amanah besar dan beliau akan memastikan parti terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.Beliau berkata, DAP akan terus berkhidmat kepada rakyat di sembilan kawasan yang dimenangi termasuk meneruskan khidmat kepada penduduk di DUN Chennah dan Repah yang tidak lagi diwakili parti itu.Pada PRN Negeri Sembilan baru-baru ini, DAP memenangi sembilan daripada 11 kerusi DUN yang ditandingi, manakala dua kerusi iaitu Chennah dan Repah gagal dipertahankan |
|
DKU Negeri Sembilan, SU mahu mencelah semakan kehakiman singkir Tuanku Muhriz - Sinarharian - 10/08 1:47 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan dan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin memohon untuk mencelah dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu dikemukakan tiga bekas Undang Negeri Sembilan dan seorang lagi yang masih memegang jawatan berkenaan pada 17 Julai lalu.Mereka ialah tiga bekas Undang iaitu Datuk Mubarak Thahak (yang statusnya sebagai Undang Sungai Ujong dipertikaikan), Datuk Maarof Mat Rashid (bekas Undang Jelebu), Datuk Abd Rahim Yasin (bekas Undang Rembau) dan Datuk Muhammed Abdullah (Undang Johol yang masih memegang jawatan).Mereka selaku pemohon membuat permohonan berkenaan pada Ahad menerusi Tetuan Halim & Ismail dengan menamakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri selaku pertama dan kedua dalam permohonan kebenaran berkenaan.Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan dari Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar di hadapan, Hakim, Norliza Othman.Nurhafizza berkata, mahkamah meminta pemohon dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman,berbincang dan memutuskan sama ada ingin meneruskan kes berkenaan di sini atau memindahkannya di Mahkamah Tinggi Seremban kerana terdapat permohonan serupa di mahkamah itu."Mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk pemohon memaklumkan mengenai perkara itu kepada mahkamah," katanya.DKU dan Raja Norazli memfailkan permohonan itu pada 6 Ogos lepas, memohon untuk dijadikan sebagai pihak-pihak dalam kes berkenaan selain memohon penggantungan prosiding semakan kehakiman sementara pelupusan permohonan mencelah.Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, DKU dan Raja Norazli mendakwa pemohon tidak mempunyai sebarang locus standi iaitu hak di sini undang-undang untuk memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman selain terdapat permohonan komital terhadap mereka di Mahkamah Tinggi Seremban.Mubarak, Maarof, Abd Rahim dan Muhammed memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 17 Julai lepas.Dalam permohonan itu, pemohon memohon perintah mandamus bagi mengarahkan Menteri Besar menandatangani dokumen perisytiharan pemecatan Muhriz.Mereka turut memohon deklarasi bahawa dokumen perisytiharan itu adalah sah di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.Menerusi afidavit yang difailkan bersama permohonan kebenaran semakan kehakiman, Muhammed menyatakan satu mesyuarat DKU yang dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz telah diadakan pada 5 Mac lalu antaranya didakwa membangkitkan salah laku pentadbiran dan pelanggaran adat oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. |
|
PN adakan mesyuarat bincang kedudukan Bersatu, PRN Melaka - Sinarharian - 10/08 12:44 am KUALA TERENGGANU - Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan itu susulan beberapa isu dalaman yang timbul melibatkan parti berkenaan.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini Bersatu masih anggota PN dan sebarang keputusan mengenai kedudukannya hanya akan dibuat selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat gabungan berkenaan."Dalam kenyataan saya sebelum ini, saya nyatakan setakat hari ini (9 Ogos), Bersatu masih lagi dalam Perikatan Nasional |
|
Mesyuarat khas bahas laporan RCI Tabung Haji esok, Wanita PKR adakan .. - Wrlr - 10/08 12:42 am SITI NUR ZAWANI August 10, 2026 Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) dijadualkan akan berlangsung esok |
|
Guan Eng persoal pendirian PH Pulau Pinang terhadap UMNO - Sinarharian - 10/08 12:22 am GEORGE TOWN Penasihat DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan pendirian kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang yang terus menyokong peranan UMNO dalam pentadbiran kerajaan negeri, meskipun terdapat kenyataan yang didakwa menyerang DAP dan PKR.Beliau berkata, pendirian tersebut sukar difahami apabila tiada maklum balas diberikan terhadap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadap DAP dan PKR berkaitan isu politik identiti.Menurutnya, Reezal Merican sebelum ini menafikan Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi politik identiti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebaliknya mendakwa DAP dan PKR hanya memberi tumpuan kepada satu kaum."Bagaimanakah pendekatan kepimpinan politik PH Pulau Pinang ini menyampaikan mesej kepada para pengundi bahawa kita akan bertindak tegas untuk mempertahankan maruah dan martabat kita sebagai kerajaan Pulau Pinang serta sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat?" katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Isnin.Pada Sabtu, PH Pulau Pinang memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan BN dan UMNO dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.Keputusan itu diumumkan Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selepas mempengerusikan mesyuarat PH negeri pada petang Sabtu.Menurutnya, kesepakatan itu termasuk mengekalkan Exco BN iaitu Datuk Rashidi Zinol yang memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang selaras dengan persefahaman kerjasama atau 'electoral pact' yang terjalin ketika PRN 2023.Kon Yeow berkata, PH Pulau Pinang turut mengambil maklum pendirian di peringkat kebangsaan bahawa Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.Dalam pada itu, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, perbezaan pandangan politik antara parti dalam kerajaan tidak seharusnya menjadi alasan untuk membiarkan tuduhan yang tidak berasas terhadap parti komponen PH tanpa sebarang jawapan.Beliau yang juga ADUN Air Putih berkata, prinsip dan maruah parti perlu dipertahankan khususnya apabila pemimpin yang dipilih rakyat mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan antara parti dalam kerajaan negeri."Adalah sukar untuk difahami apabila kita bersedia meneruskan peranan UMNO dalam kerajaan negeri tetapi pada masa sama tiada pendirian yang jelas terhadap kenyataan yang menyerang DAP dan PKR."Persoalannya, apakah mesej yang kita sampaikan kepada rakyat apabila kita tidak mempertahankan pendirian dan maruah kita sendiri?" katanya.Beliau menambah, kerjasama dalam kerajaan perlu berasaskan sikap saling menghormati bukannya dengan mengorbankan prinsip atau membiarkan mana-mana pihak membuat tuduhan terhadap rakan sendiri tanpa jawapan."Kerjasama politik tidak bermakna kita perlu berdiam diri apabila terdapat tuduhan yang tidak berasas |
|
KGMMB beri peringatan, jangan tunggu guru bersuara di media sosial - Sinarharian - 10/08 11:48 am SHAH ALAM - Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mengambil pendirian tegas bahawa setiap keluhan dan aduan guru perlu didengar sebelum ia menjadi isu yang lebih besar atau tular di media sosial.Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGMMB), DrMohd Sobri Yusuf berkata, isu aduan guru yang hangat diperkatakan ketika ini perlu dilihat sebagai satu peringatan penting bahawa mekanisme mendengar suara guru di peringkat akar umbi perlu terus diperkasakan."Justeru, KGMMB Pusat mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan kesemua 18 cawangan KGMMB di seluruh Semenanjung Malaysia untuk memperkukuh sistem penerimaan dan pengurusan aduan dalam kalangan ahli."Prinsip KGMMB jelas bahawa guru yang mempunyai masalah perlu tahu ke mana hendak mengadu, siapa yang akan mendengar dan apakah tindakan susulan yang boleh diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mohd Sobri menegaskan, sistem aduan yang baik bukan bermaksud menggalakkan guru membuat aduan tanpa kawalan.Sebaliknya jelasnya lagi, setiap aduan perlu diterima dengan terbuka, ditapis secara profesional, disemak faktanya dan disalurkan melalui saluran yang betul."Sehubungan dengan itu Jawatankuasa KGMMB Cawangan akan menjadi barisan hadapan untuk menerima dan menyantuni aduan ahli."Aduan yang boleh diselesaikan di peringkat cawangan akan diusahakan penyelesaiannya melalui rundingan dan libat urus dengan pihak berkaitan."Bagi isu yang melibatkan kepentingan atau bidang kuasa peringkat negeri, perkara tersebut akan diangkat melalui perbincangan dan mesyuarat bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)," katanya.Jelasnya lagi, sebarang isu yang melibatkan dasar, peraturan, kepentingan guru secara meluas atau mempunyai implikasi nasional akan dibawa oleh KGMMB Pusat kepada pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Tambahnya lagi, menerusi pendekatan tersebut, KGMMB mahu memastikan aduan tidak sekadar dicatat, tetapi mempunyai laluan tindakan yang jelas."KGMMB berpandangan bahawa media sosial tidak seharusnya menjadi satu-satunya ruang untuk guru mendapatkan perhatian terhadap masalah yang dihadapi."Sekiranya sistem aduan yang mudah dicapai dan diyakini tersedia di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, guru seharusnya mempunyai ruang yang lebih selamat dan tersusun untuk menyampaikan permasalahan mereka."Kita tidak mahu guru terpaksa menunggu sesuatu isu menjadi tular barulah semua pihak memberi perhatian," ujarnya lagi. |
|
Mesyuarat khas Dewan Rakyat bahas laporan RCI Tabung Haji esok - Sinarharian - 10/08 10:27 am KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan berlangsung esok.Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang disiarkan di portal Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang selama sehari bermula 10 pagi.Persidangan itu turut disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube Parlimen Malaysia serta saluran media rasmi.Mesyuarat khas itu dijadual dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan berhubung laporan RCI berkenaan, diikuti sesi pertanyaan dan perbahasan oleh Ahli Parlimen.Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Pada Rabu lepas, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bersetuju supaya persidangan khas Parlimen pada Selasa diadakan tanpa waktu rehat bagi memberi ruang secukupnya kepada Ahli Parlimen membahaskan Laporan RCI TH.Fahmi berkata sekurang-kurangnya 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan.Laporan RCI setebal 211 halaman mengenai TH yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan.Menurut laporan itu, TH sepatutnya mencatat kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017, bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti dilaporkan, sekiranya Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) diguna pakai sepenuhnya.Dapatan itu menunjukkan kedudukan kewangan TH ketika itu berada pada tahap kritikal, selain wujud jurang defisit antara aset dan liabiliti sejak 2014 serta beberapa isu berkaitan rosot nilai pelaburan.Laporan itu turut mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada krisis kewangan TH, antaranya pembayaran hibah yang tinggi, amalan perakaunan kreatif, ketidaktegasan Ketua Audit Negara, penambahan visi TH sebagai tonggak ekonomi ummah serta peningkatan tanggungan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).RCI turut mendapati wujud transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat |
|
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Bahas Laporan RCI Tabung Haji Esok - Mydateline - 10/08 10:25 am Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan berlangsung esok |
|
Tawaran sertai Kerajaan Perpaduan?: 'Kita tunggu dan lihat' - Pas - Sinarharian - 10/08 9:43 am KOTA BHARU - Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung pendirian DAP sama ada mahu kekal atau keluar daripada Kerajaan Perpaduan pada 16 Ogos ini.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Pas tidak menerima sebarang risikan atau tawaran untuk menyertai Kerajaan Perpaduan."Untuk 16 Ogos ini kita tunggu dan lihat, kita juga tidak menerima sebarang risikan atau tawaran (sertai kerajaan). Saya mengesahkan memang tiada setakat ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Panatia Induk Muktamar Tahunan Pas Kelantan Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Ahad malam.Terdahulu media melaporkan, DAP akan menentukan kedudukannya dalam kerajaan semasa Persidangan Kebangsaan parti itu yang dijadual berlangsung pada 16 Ogos ini, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.Beliau dilaporkan berkata, satu usul berhubung perkara itu akan dibentangkan kepada perwakilan sebelum diputuskan oleh hampir 4,000 perwakilan yang layak menghadiri persidangan berkenaan.Anthony turut menyatakan persidangan berkenaan akan menentukan hala tuju masa depan DAP dalam arena politik negara. |
|
PN serah RoS siasat aduan Bersatu - Sinarharian - 10/08 8:51 am Sekarang ini tak tahu apa aduan dia pun, kita tak tahu lagi. Dia nak buat aduan apa?" katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Panatia Induk Muktamar Tahunan Pas Kelantan Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Ahad malam.Terdahulu media melaporkan, RoS diminta mengambil tindakan segera bagi menangani kemelut yang berlaku dalam PN.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Azizmendakwa, Pas telah mempergunakan PN sesuka hati demi kepentingan politik parti itu, termasuk melalui tindakan unilateral yang menafikan hak parti anggota serta didakwa melanggar Perlembagaan PN.Mengulas dakwaan Pas mempergunakan PN sesuka hati untuk kepentingan politik parti itu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, pihaknya sebagai salah satu komponen PN sememangnya memperjuangkan kepentingan parti, sama seperti parti lain dalam gabungan berkenaan.Bagaimanapun, ujar beliau, Bersatu sendiri membuat keputusan untuk menggunakan logo parti itu pada pilihan raya tertentu dan Pas tidak pernah membuat keputusan untuk menghalang atau menarik balik penggunaan logo PN oleh Bersatu."Kalau Pas ahli PN, mesti mempergunakan PN untuk kepentingan parti-parti dalam PN."Kalau parti itu dia dah secara tidak langsung keluar daripada PN, termasuk dalam pilihan raya pun tak bersama PN, itu pilihan dialah |
|
PRN Melaka: Pas sedia runding agihan kerusi dengan UMNO - Sinarharian - 10/08 7:48 am KOTA BHARU Pas bersedia mengadakan rundingan dengan UMNO bagi menentukan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk mempertimbangkan semula kedudukan kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rundingan berhubung perkara itu dijangka diadakan dalam masa terdekat, namun belum ada tarikh khusus ditetapkan.Menurut beliau, rundingan akan dibuat di peringkat Pas dan Perikatan Nasional (PN), namun buat masa ini tidak membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)."Di pihak Pas telah diputuskan kita masih lagi dibenarkan untuk berunding ataupun diminta untuk berunding dengan UMNO mengikut kedudukan kerusi itu."Dalam waktu terdekatlah. Ketika ini belum memulakan rundingan secara terperinci dengan UMNO berhubung sasaran kerusi untuk PN di Melaka."Pembahagian kerusi tidak semestinya menggunakan konsep sama seperti yang dipersetujui dalam rundingan di Negeri Sembilan kerana kedudukan kerusi di Melaka adalah berbeza," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Panatia Induk Muktamar Tahunan Pas Kelantan Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Ahad malam.Mengulas kedudukan Melaka, Takiyuddin memberitahu, antara perkara yang perlu dibincangkan ialah status kerusi Rumbia yang dimenangi UMNO pada PRN Melaka 2021 sebelum penyandangnya menyertai Pas.Ujarnya, ketika penyandang kerusi berkenaan menyertai Pas, undang-undang berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti belum berkuat kuasa."Adakah dia itu menjadi kerusi UMNO juga? Walaupun dia masuk Pas, ataupun kerusi tu akan dianggap kerusi Pas? Itu dalam perundinganlah, kita tak putus lagi," katanya.Selain itu, menurut beliau, faktor keputusan PRU15 turut menjadi asas perbincangan kerana Pas memenangi dua daripada enam kerusi Parlimen di Melaka pada pilihan raya berkenaan.Beliau berkata, pada PRU15, Bersatu memenangi satu kerusi Parlimen, PKR (1), DAP (1) dan Amanah (1), manakala UMNO tidak memenangi kerusi Parlimen di negeri itu."Walaupun Pas ada kerusi DUN, tapi Pas ada dua Parlimen |
|
Pimpinan UMNO diundang ke Muktamar Pas - Sinarharian - 9/08 11:55 pm KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan mengundang pimpinan UMNO hadir ke Muktamar kali ke 72 parti itu di Kelantan yang dijadual bermula 2 hingga 5 September ini.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jemputan itu dibuat susulan UMNO dilihat sebagai rakan kerjasama politik parti berkenaan.Menurut beliau, jemputan turut akan diberikan kepada pimpinan sayap UMNO untuk menghadiri Muktamar."Ya, dalam Muktamar Pas Pusat ini kita akan jemput pimpinan UMNO. Dewan-Dewan akan jemput pergerakan sayap-sayap UMNO," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Panatia Induk Muktamar Tahunan Pas Kelantan Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Ahad malam.Ujar Takiyuddin, surat jemputan rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO untuk menjemput pimpinan tertinggi parti itu dalam jumlah yang akan ditentukan kemudian."Terpulang pada parti itu sama ada hantar Presiden, Timbalan, Naib Presiden atau Setiausaha Agung," katanya.Menurut beliau, Pas turut akan menjemput pimpinan parti-parti politik lain, khususnya daripada Perikatan Nasional (PN), selain ahli-ahli Parlimen untuk menghadiri Muktamar berkenaan.Tambahnya, surat jemputan rasmi kepada pimpinan UMNO masih belum dihantar kerana terdapat kira-kira 20 hari lagi sebelum tarikh akhir persiapan Muktamar."Kita ada 20 hari lagi untuk deadline kita |
|
Kemelut PN: RoS digesa segera campur tangan - Tun Faisal - Sinarharian - 9/08 5:11 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) diminta mengambil tindakan segera bagi menangani kemelut yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN).Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, Pas telah mempergunakan PN sesuka hati demi kepentingan politik parti itu, termasuk melalui tindakan unilateral yang menafikan hak parti anggota serta didakwa melanggar Perlembagaan PN."Isu utamanya di sini ialah perlu ada urgency daripada pihak RoS untuk campur tangan agar PN tidak dipergunakan sesuka hati oleh Pas untuk bertindak dan membuat keputusan secara unilateral, menafikan hak mana-mana parti anggota PN dan melanggar perlembagaan parti gabungan."Kita mahu supaya keputusan-keputusan Majlis Tertinggi PN (MTPN) diputuskan mengikut perlembagaan melalui mesyuarat dan bukannya (menerusi) campur tangan daripada Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang)," katanya kepada Bernama hari ini.Pada Jumaat lepas, media melaporkan Abdul Hadi mendakwa Bersatu terkeluar secara automatik daripada PN susulan hasrat parti itu untuk membentuk gabungan baharu.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun menolak kenyataan Abdul Hadi dan menegaskan parti berkenaan masih merupakan anggota sah PN memandangkan tiada mana-mana fasal dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan parti anggota tergugur dengan sendirinya.Mohamed Azmin turut menegaskan Presiden Pas tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PN.Mengulas lanjut, Tun Faisal mendakwa PN tidak seharusnya diurus mengikut telunjuk satu pihak sahaja, sebaliknya perlu ditadbir secara adil, telus dan berintegriti berasaskan Perlembagaan PN.Sementara itu, di Perak, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata setakat ini Bersatu masih merupakan anggota gabungan itu.- Bernama |
|
Bukan soal Bersatu terhegeh-hegeh dengan PN, tapi hak, perlembagaan perlu .. - Mygazette - 9/08 4:53 pm Bekas Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamadberkata, ia bukan soal Bersatu terhegeh-hegeh untuk kekal di dalam PN, tetapi berkenaan hak, peraturan dan perlembagaan yang mesti dipatuhi. Ujarnya, Bersatu sebagai parti anggota PN mempunyai hak di bawah Fasal 7 Perlembagaan PN untuk hadir dan memberikan pandangan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN |
|
PH Melaka terbuka kerjasama politik, optimis tambah kerusi DUN ??? Adly - Mygazette - 9/08 4:53 pm # PH Melaka terbuka kerjasama politik, optimis tambah kerusi DUN Adly MELAKA - Pakatan Harapan (PH) Melaka terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, kata Pengerusinya Adly Zahari. Beliau berkata bentuk kerjasama dan jumlah kerusi yang bakal ditandingi belum dimuktamadkan, dengan dua siri mesyuarat telah diadakan bagi menilaipotensi sertapersediaan menghadapi PRN setakat inimasih tertumpu padaperingkat dalaman gabungan itu |
|
Shafie Apdal bimbang penularan berita palsu kaitkan Warisan - Sinarharian - 9/08 4:48 pm Contohnya, surat yang ada tandatangan saya, tetapi lain tandatangan kononnya supaya orang ini dibebaskan daripada tahanan imigresen."Lepas itu pula, surat mengenai Warisan menarik diri daripada kerajaan. Sebenarnya semuanya fitnah ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan, di sini, pada Ahad.Menurut Mohd Shafie, penularan bahan berkenaan turut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakan-rakannya apabila ada yang menghubunginya bagi mendapatkan kepastian mengenai kesahihan maklumat terbabit."Kadang-kadang surat layang, sehingga rakan-rakan ada yang hubungi saya bertanyakan adakah ini betul."Jadi fitnahnya itu pelbagai corak, pelbagai kaedah," katanya.Beliau berkata, tidak mahu perkara berkenaan berterusan, pihaknya telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut."Saya harap pihak yang berwajib (ambil tindakan) menerusi laporan polis yang dibuat, mereka juga sedang menunggu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), barulah susulan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak ini."Kita mahu tahu bukan hanya kita minta polis supaya kenal pasti siapa orangnya tapi siapa di sebaliknya, apa tujuan mereka," katanya.Mohd Shafie turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan penyebaran fitnah sedemikian terus berlaku, terutama menjelang pilihan raya.Katanya, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya kritikan atau dakwaan yang dibuat adalah benar, namun tindakan menyebarkan maklumat palsu tidak seharusnya dijadikan alat politik.Sementara itu, Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua Jr berkata, pihaknya turut mengarahkan pasukan peguam mengambil tindakan sivil terhadap individu yang disyaki terbabit dalam penyebaran bahan berkenaan."Pada masa sama kita arahkan peguam untuk mengambil tindakan sivil ke atas suspek," katanya. |
|
Gabungan baharu Warisan-STAR-KDM belum dimuktamad, 25 kerusi perlu ditandingi parti Sabah - Shafie Apdal - Sinarharian - 9/08 4:09 pm Yang penting, kita mesti berada di situ dan mempunyai kaedah untuk memastikan hak dan suara rakyat Sabah mesti didengari, itulah fokus kita."Bagaimana untuk melaksanakannya adalah perkara lain. Sabah Block (Blok Borneo) merupakan salah satu perkara penting," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan, di sini, pada Ahad.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Warisan membentuk gabungan baharu bersama STAR dan KDM bagi menghadapi PRU akan datang.Diminta mengulas sejauh mana perbincangan dengan kedua-dua parti berkenaan, Mohd Shafie berkata, perkara itu masih diperhalusi dan belum dimuktamadkan, namun terdapat kesamaan pandangan dalam usaha memastikan suara Sabah terus diketengahkan."Kita sedang melihat perkara itu |
|
Mesyuarat disiplin PN bincang tindakan Bersatu - Utusan - 9/08 4:02 pm KUALA TERENGGANU: Beberapa tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ahli gabungan Perikatan Nasional (PN) akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa disiplinnya dalam masa terdekat |
|
PRN Melaka: PH terbuka runding kerusi dengan BN, parti lain - Adly - Sinarharian - 9/08 1:58 pm Kita hanya membincangkannya di peringkat dalaman PH. Kita sudah mengadakan dua siri mesyuarat di peringkat negeri dan mengambil kira semua aspek."Namun, kita belum membuat sebarang keputusan sama ada bentuk kerjasama dengan pihak luar," katanya.Mengulas lanjut, Adly berkata, PH Melaka sedang mengenal pasti kerusi yang berpotensi untuk ditandingi pada PRN akan datang dengan mengambil kira kekuatan setiap parti komponennya serta pengalaman pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan.Ujarnya, jumlah kerusi yang bakal ditandingi PH masih belum dimuktamadkan, namun fokus utama PH pada PRN Melaka untuk meningkatkan jumlah kemenangan dengan mengambil kira keputusan pilihan raya negeri dan pilihan raya umum sebelum ini."Kita ada 28 kerusi di peringkat negeri dan dalam parti-parti PH, kita sedang melihat potensi kerusi utama yang boleh kita menangi."Memang kita ada beberapa kerusi fokus dan kita yakin boleh menambah bilangan kerusi di Melaka," katanya. |
|
Kuching tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026 - FMT - 9/08 12:54 am Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata keputusan memilih Kuching dibuat selepas mesyuarat pertama persiapan sambutan itu pada Isnin. |
|
Bersatu dakwa hak dalam PN dilanggar - Sinarharian - 9/08 12:49 am SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai hak untuk hadir dan memberikan pandangan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) berdasarkan Fasal 7 Perlembagaan PN.Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa, hak itu bagaimanapun dilanggar apabila Bersatu dihalang daripada menghadiri Mesyuarat MT PN pada 16 Julai 2026.Menurutnya, mesyuarat itu antara lain membincangkan pembahagian kerusi PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, termasuk keputusan yang didakwa bertujuan menghalang Bersatu daripada bertanding menggunakan logo PN."Malah, dua kerusi incumbent Bersatu iaitu Labu dan Gemas telah diagihkan kepada BN dan Wawasan," katanya.Marzuki berkata, Bersatu kemudiannya didakwa kehilangan keanggotaan dalam PN secara automatik selepas parti itu bertanding menggunakan logo sendiri serta mengumumkan hasrat membentuk gabungan baharu.Bagaimanapun, katanya, tiada satu fasal pun dalam Perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan sesebuah parti tergugur secara automatik."Ini bukan soal Bersatu terhegeh-hegeh nak kekal duduk dalam PN |
|
Wawasan Perak sedia terima bekas pemimpin, ahli Bersatu - Sinarharian - 9/08 9:11 am IPOH - Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Perak membuka pintu kepada bekas pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai parti itu.Penyelaras Wawasan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pelawaan tersebut sebagai sebahagian usaha parti itu untuk menambah keahlian yang akan digerakkan penyelaras di peringkat bahagian.Menurutnya, seramai 24 Penyelaras Bahagian di Perak akan dilantik dalam masa terdekat oleh Majlis Tertinggi Wawasan Pusat."Antara peranan utama Penyelaras Bahagian ini adalah untuk mendaftar seramai mungkin ahli baharu sama ada secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang secara fizikal."Sehubungan itu, Wawasan Negeri Perak ingin mengajak seramai mungkin rakyat di negeri ini menyertai kami untuk mencipta sejarah bersama. Kita juga turut membuka pintu kepada bekas-bekas pemimpin dan ahli Bersatu untuk bersama-sama menyertai," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, Mesyuarat Khas Perwakilan Wawasan yang berlangsung pada 7 Ogos lalu turut meluluskan usul berkaitan pindaan perlembagaan parti, khususnya membabitkan struktur di peringkat Pusat, negeri dan bahagian.Katanya, sementara menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pindaan perlembagaan berkenaan, semua Penyelaras Bahagian yang bakal dilantik akan memulakan urusan kemasukan ahli baharu. |
|
Kedudukan Bersatu perlu diputuskan secara demokratik - Sinarharian - 9/08 8:30 am SHAH ALAM - Sebarang keputusan berhubung kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) perlu dibuat mengikut saluran yang diperuntukkan dalam perlembagaan gabungan itu serta berlandaskan prinsip demokrasi.Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata, keputusan berhubung perkara itu sepatutnya dibuat secara kolektif menerusi badan yang diperuntukkan dalam perlembagaan PN."Majlis Presiden berperanan sebagai badan tertinggi dalam memberikan nasihat, jadi keputusan perlu dicapai secara bersama."Perkara inilah yang menyebabkan kebuntuan berpanjangan kerana Pas mengetahui sekiranya perkara itu dibawa ke Majlis Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) dijangka menggunakan kuasa veto."Jika melibatkan keputusan di Majlis Presiden, kita sudah boleh jangka bagaimana keputusannya," katanya kepada Sinar Harian.Syaza Farhana berkata, proses membuat keputusan tetap perlu melalui mekanisme yang diperuntukkan dalam perlembagaan gabungan itu selaras dengan prinsip demokrasi."Sekiranya selepas mesyuarat diadakan dan Bersatu masih mengekalkan pendirian untuk menggunakan kuasa veto serta kekal sebagai komponen PN, keputusan tersebut perlu dihormati," ujarnya.Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Bersatu terkeluar secara automatik daripada gabungan tersebut susulan tindakan parti itu yang mahu membentuk gabungan bersama parti lain.Ahli Parlimen Marang itu berkata, mana-mana pihak yang memutuskan untuk menyertai atau membentuk jalinan lain secara automatik hilang keahlian tanpa memerlukan sebarang surat rasmi atau keputusan khusus berdasarkan perlembagaan PN.Bagaimanapun, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Presiden Pas tidak mempunyai kuasa veto untuk menentukan kedudukan mana-mana parti kerana keputusan berkaitan keahlian perlu dibuat secara kolektif.Justeru, beliau menolak dakwaan bahawa Bersatu terkeluar secara automatik daripada PN. |
|
Wawasan lulus pindaan perlembagaan parti - FMT - 9/08 8:12 am Setiausaha Agung Wawasan, Saifuddin Abdullah berkata pindaan perlembagaan itu diluluskan dalam mesyuarat khas perwakilan Jumaat lalu. |
|
Wawasan Terengganu 'buka pintu' buat bekas pemimpin, ahli Bersatu - Sinarharian - 8/08 4:44 pm KUALA TERENGGANU Parti Wawasan Negara (Wawasan) Terengganu sedia membuka pintu kepada pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu yang telah meletak jawatan sekiranya mereka berhasrat untuk meneruskan perjuangan politik bersama wadah baharu yang lebih inklusif.Penyelaras Parti Wawasan Negara Terengganu, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, ketetapan itu dibuat berteraskan gagasan Konsensus Nasional Baharu yang menjadi falsafah perjuangan parti berkenaan.Menurutnya, sikap terbuka tersebut lahir daripada keyakinan bahawa landskap politik Malaysia perlu bergerak melangkaui perbezaan dalaman atau pergolakan semasa dengan berorientasikan kepentingan masa depan rakyat dan negara."Ia bertepatan dengan jiwa besar Presiden Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengajak rakan-rakan pimpinan Bersatu yang telah berhenti untuk berjuang bersama Wawasan Negara ketika Mesyuarat Khas Perwakilan parti malam tadi."Sebagai parti yang menjadi jambatan penyatuan, Wawasan Negara mahu membuka ruang untuk menyatukan pengalaman, tenaga dan kekuatan semua pihak yang percaya bahawa politik Malaysia memerlukan pendekatan lebih matang, inklusif dan berteraskan kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Bersatu Terengganu berdepan krisis kepimpinan apabila pemimpin utamanya mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut sehingga menjejaskan struktur kepimpinan di peringkat negeri.Situasi itu bermula selepas Razali melepaskan jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri yang disandangnya sejak 10 tahun lalu berkuat kuasa serta-merta.Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca tindakannya, namun mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Julai lalu.Selain Razali, dua lagi pemimpin kanan parti yang dikatakan akan turut melepaskan jawatan ialah ADUN Telemong, Mohd Zawawi Ismail selaku Ketua Penerangan Bersatu Negeri dan ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin sebagai Bendahari Bersatu Negeri.Sementara itu, ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat yang memegang jawatan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri turut memberikan bayangan untuk mengambil keputusan sama. |
|
MPP PKR tolak peletakan jawatan Nurul Izzah - Sinarharian - 8/08 4:17 pm KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebulat suara memutuskan untuk tidak menerima peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti.Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Nurul Izzah kekal sebagai anggota PKR dan akan terus membantu dalam perjuangan parti itu.Bagaimanapun, katanya, PKR bersetuju memberi Nurul Izzah ruang dan masa untuk menguruskan hal peribadi serta melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD)."Dalam mesyuarat tempoh hari, MPP memutuskan tidak menerima peletakan jawatan Nurul Izzah kerana beliau meminta masa seperti kenyataan yang diberikan itu antara lain (untuk) mengurus diri dan juga menyiapkan serta meneruskan pendidikan PhD."Jadi kita beri beliau masa |
|
RCI Tabung Haji: Ambil tindakan kalau ada 'sakau', UMNO tidak bela salah laku - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/08 3:08 pm Jangan hanya bermain dengan persepsi."Kalau ada salah laku, kalau ada rasuah, kalau ada 'sakau' yang disebutkan itu, sepatutnya 2018 tu adalah tahun yang terbaik."Takut waktu itu ramai pihak yang kena dakwa. Tetapi kenapa dah hampir sembilan tahun ini tak ada seorang pun yang kena dakwa?" katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.Sebelum itu beliau hadir merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu, Empat Peringkat Tahun 2026 di Dewan UMNO Negeri Kelantan di sini.Terdahulu media melaporkan UMNO perlu mengakui terdapat kelemahan dalam tadbir urus TH ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dari 2014 hingga 2017 seperti yang didedahkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai agensi itu minggu lalu.Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau memahami kenyataan beberapa pemimpin UMNO menyusuli penemuan RCI itu termasuk menafikan wujudnya penyelewengan atau rasuah dalam pengurusan TH, terutama ketika berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.Ujar Asyraf Wajdi, isu TH akan dibahaskan di Parlimen pada 13 Ogos ini dan menyerahkan kepada ahli Parlimen untuk membincangkan laporan RCI berkenaan institusi berkenaan.Bagaimanapun, beliau berpandangan skop siasatan dan kajian RCI tidak seharusnya hanya terhad hingga 2018 dan 2020, sebaliknya turut meliputi tempoh selepas itu."Mana mungkin kita membandingkan sesuatu yang hanya berlaku sebelum kerajaan BN jatuh kerana banyak juga faktor lain yang kita harus ambil kira."Sistem digunakan yang dipertikaikan sebelum siasatan RCI dilakukan dan juga selepas skop itu diperluaskan |
|
'Pihak ketiga' jangan ganggu usaha persefahaman parti Melayu - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/08 2:21 pm KOTA BHARU - Usaha mewujudkan persefahaman dan muafakat antara parti politik sering kali digagalkan oleh pihak ketiga, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Menurut beliau, keadaan itu turut berlaku apabila terdapat pihak tertentu yang menggunakan media sosial untuk mengeluarkan kenyataan melampaui kepimpinan tertinggi parti sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli dan akar umbi."Pengalaman nampak yang mana usaha ke arah mewujudkan persefahaman dan muafakat sering kali digagalkan oleh pihak ketiga."Kadang kala dalam dunia sosial media atau dunia tanpa sempadan hari ini, banyak dalam kalangan pihak-pihak yang mahu berlagak hero mengeluarkan status-status, kenyataan yang melampaui kepimpinan tertinggi parti sehingga menimbulkan keresahan kepada parti dan juga orang-orang di bawahnya," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu, Empat Peringkat Tahun 2026 di Dewan UMNO Negeri Kelantan di sini pada Sabtu.Asyraf Wajdi memberitahu, pihak yang terlibat dalam usaha perundingan juga seharusnya tidak menggunakan media umum untuk membentuk persepsi sebelum sebarang perbincangan dimulakan."Jadi saya kira lebih baiklah untuk kita tidak menggunakan media umum ini sebelum kita mulakan perundingan ataupun perbincangan, memberikan persepsi-persepsi yang sebenarnya tidak menguntungkan dalam konteks perbincangan ini," katanya.Mengulas mengenai pihak ketiga yang dimaksudkan, beliau menyerahkan kepada wartawan untuk membuat tafsiran sama ada ia membabitkan pemimpin politik atau pihak lain."Pihak ketiga ini ada macam-macam |
|
Jangan ambil kerja Tuhan tentukan keikhlasan seseorang - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 8/08 2:13 pm KOTA BHARU - UMNO menyerahkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan bentuk kerjasama termasuk soal pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, soal sama ada BN ikhlas atau tidak dalam kerjasama berkenaan tidak wajar dipersoalkan sebelum rundingan antara kedua-dua pihak berlangsung.ARTIKEL BERKAITAN:21 kerusi BN, apa baki untuk PN?[VIDEO] BN pertahankan 21 kerusi di Melaka - Ahmad Zahid"Jadi biarkan keikhlasan itu kerja Tuhan. Jangan kita mengambil kerja Tuhan dalam menentukan keikhlasan seseorang," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.Sebelum itu beliau hadir merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu, Empat Peringkat Tahun 2026 di Dewan UMNO Negeri Kelantan di sini.Terdahulu media melaporkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tiada keikhlasan diperlihatkan oleh BN dalam perundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka apabila sudah mengumumkan mahu mempertahankan kesemua 21 kerusi yang dimenangi sebelum ini.Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini bahawa BN mahu mempertahankan semua 21 kerusi yang dimenangi pada 2021 tidak menunjukkan kejujuran dalam berpolitik atau anjakan perubahan sikap.Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, hasrat awal yang dinyatakan mana-mana pihak mengenai kerusi yang ingin dipertahankan adalah perkara biasa sebelum perbincangan dibuat."Tak ada siapa pun manusia yang boleh tahu benda yang berada dalam hati masing-masing."Tetapi yang paling penting sekali, siapa pun yang menyatakan hasrat, kalau kita tengok di Negeri Sembilan pun peringkat awal, masing-masing mengeluarkan kenyataan, berhasrat itu dan ini."Tetapi akhirnya kepimpinan akan duduk di meja perundingan dan berbincang |
|
Exco baharu N. Sembilan mampu laksana amanah, perkukuh pentadbiran - Mygazette - 8/08 7:47 am # Exco baharu N. Sembilan mampu laksana amanah, perkukuh pentadbiran SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yakin 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baharu dilantik mampu memberikan kerjasama terbaik kepada Menteri Besar serta melaksanakan tanggungjawab mengikut portfolio masing-masing demi kesejahteraan rakyat |
|
Wawasan bincang rombakan besar, jawatan Pengerusi dijangka dimansuhkan - Mygazette - 8/08 7:47 am # Wawasan bincang rombakan besar, jawatan Pengerusi dijangka dimansuhkan PETALING JAYA Parti Wawasan Negara (Wawasan) dijangka melakukan rombakan besar terhadap struktur pentadbirannya apabila Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) yang berlangsung malam ini membincangkan beberapa pindaan penting termasuk pemansuhan jawatan Pengerusi parti |
|
Wawasan rombak perlembagaan, angkat falsafah baharu demi ???Malaysia lebih .. - Mygazette - 8/08 7:47 am # Wawasan rombak perlembagaan, angkat falsafah baharu demi Malaysia lebih baik - Hamzah PETALING JAYA Parti Wawasan Negara (Wawasan) secara rasmi meluluskan pindaan menyeluruh terhadap perlembagaan parti sebagai langkah memperkukuhkan hala tuju perjuangannya selepas mengambil alih parti yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Cinta Malaysia (PCM). Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang berlangsung malam ini meluluskan perubahan besar terhadap hampir keseluruhan kandungan perlembagaan asal bagi disesuaikan dengan identiti serta aspirasi baharu Wawasan |
|
Nafi PN-BN bergolak, dakwaan keretakan cubaan pecah belah gabungan – .. - Mygazette - 8/08 7:47 am Saya tak nampak pun ada keretakan dalam PN-BN. Hari ini baru sahaja kita angkat sumpah (Exco Kerajaan Negeri Sembilan), bagaimana orang boleh kata ada keretakan? Ini hanyalah unsur-unsur untuk memecah-belahkan kita, katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung luar biasa Wawasan di sini, malam ini |
|
Kenyataan Hadi bercanggah Perlembagaan PN, Bersatu masih parti anggota sah .. - Mygazette - 8/08 7:47 am Mohamed Azmin berkata, setiap parti tertakluk kepada hak yang telah termaktub bawah Fasal 7 Perlembagaan PN. Fasal 7.1 yang menetapkan bahawa setiap parti anggota mempunyai hak sepenuhnya untuk menghadiri, memberi pendapat dan mengundi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, Badan Perhubungan Negeri dan Badan Perhubungan Kawasan masing-masing |
|
PRN Melaka: PN-BN perlu tolak ansur agih kerusi demi kekalkan ???Gelombang .. - Mygazette - 8/08 7:47 am Kalau kita benar-benar mahu bergabung dan meneruskan Gelombang Biru yang bermula di Johor kemudian ke Negeri Sembilan, kita mesti ada sikap bertolak ansur. Kita perlu duduk semeja antara semua Presiden parti, katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung luar biasa Wawasan di Tropicana Golf & Country Resort, di sini, malam ini |
|
Mungkin Nurul Izzah ada hal terdesak perlu dilaksanakan – Amirudin - Mygazette - 8/08 7:47 am Dalam pada itu, Amirudin meminta semua pihak memberi ruang dan masa kepada Nurul Izzah bercuti sementara waktu sambil mempertimbangkan keputusannya itu. Semalam, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersetuju memberikan cuti sementara kepada Nurul Izzah berkuat kuasa selepas Kongres Nasional 2026 di Melaka, minggu depan |
|
PN, BN perlu bertolak ansur agih kerusi jika mahu kekalkan 'gelombang biru' - Hamzah - Sinarharian - 7/08 11:54 pm PETALING JAYA - Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk bertolak ansur dalam pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya mahu meneruskan momentum 'gelombang biru'.Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semangat kompromi penting bagi memastikan kerjasama antara parti dapat dikekalkan demi agenda yang lebih besar."Jika kita benar-benar mahu bersama, kita perlu melihat kepada 'gelombang biru' yang bermula di Johor dan diteruskan di Negeri Sembilan."Sekiranya mahu mengekalkan gelombang itu, kita mesti mempunyai semangat bertolak ansur," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Wawasan di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan gabungan itu berhasrat mempertahankan kesemua 21 kerusi yang kini disandangnya di Melaka.Menurutnya, hasrat tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selain menyifatkan momentum 'gelombang biru' yang bermula di Johor dan diteruskan di Negeri Sembilan dijangka terus mara ke Melaka.Dalam pada itu Hamzah menjelaskan, rundingan pengagihan kerusi perlu dibincangkan dalam kalangan pemimpin parti yang terlibat kerana setiap parti sememangnya mempunyai hasrat untuk bertanding di lebih banyak kerusi."Insya-ALLAH, apabila menyentuh mengenai kehendak setiap parti, sudah tentu semua orang mahukan lebih banyak kerusi."Tetapi apabila kita melihat gambaran yang lebih besar, ia bukan hanya mengenai Melaka |
|
Setiap parti ada pendirian, PN ikut perlembagaan gabungan - Hamzah - Sinarharian - 7/08 11:33 pm PETALING JAYA - Pemikiran atau keputusan sesebuah parti tidak boleh dianggap mewakili pendirian Perikatan Nasional (PN) kerana gabungan itu mempunyai perlembagaan serta mekanisme membuat keputusan yang tersendiri.Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan, orang ramai perlu memahami bahawa PN ialah gabungan beberapa parti politik, manakala setiap parti dalam gabungan itu mempunyai perlembagaan masing-masing yang berbeza."Banyak jenis perlembagaan dari parti-parti lain, jadi pemikiran parti lain tidak diambil kira dalam gabungan kerana gabungan itu sendiri ada perlembagaan."Jadi kalau hari ini sebagai contoh, jika terdapat keperluan untuk meminda perlembagaan dalam PN, perkara itu boleh diputuskan melalui mesyuarat gabungan."Namun bagi Wawasan, pindaan perlembagaan perlu dibuat melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang melibatkan perwakilan |
|
'Alasan cuti Nurul Izzah diterima, dia masih aktif dalam parti' - Anwar - Sinarharian - 7/08 4:29 pm MELAKA - Permohonan Nurul Izzah Anwar untuk mengambil cuti sementara daripada jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat kebenaran Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempunyai alasan yang kukuh.Anwar berkata, Nurul Izzah mempunyai program khas di luar parti untuk tempoh tertentu namun masih kekal aktif dalam PKR."Dia ada program khas di luar sekejap, jadi saya boleh terima. Tetapi dia masih aktif dalam parti," katanya ringkas kepada pemberita selepas selesai solat Jumaat di Masjid Ar-Rasyidin di sini pada Jumaat.Pada Khamis, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk memberikan cuti sementara kepada Nurul Izzah selepas beliau memohon mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan.Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP selepas membincangkan permohonan Nurul Izzah.MPP turut memutuskan supaya Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjalankan tugas Timbalan Presiden secara sementara. |
|
Guan Eng diberi nasihat perundangan sebelum laksana projek terowong .. - Mygazette - 7/08 3:30 pm # Guan Eng diberi nasihat perundangan sebelum laksana projek terowong - Zulhilmi KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu, Lim Guan Eng telah diberikan penerangan dari sudut perundangan sebelum pelaksanaan projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang. Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulhilmi Ramli, 34, berkata, selaku Ketua Menteri ketika itu, Guan Eng turut mendapat pandangan berkaitan Kanun Tanah Negara pada Mesyuarat Exco sekitar 2011 |
|
Wakil MIC bertaraf Exco akan dilantik – MB Negeri Sembilan - Mygazette - 7/08 3:30 pm # Wakil MIC bertaraf Exco akan dilantik - MB Negeri Sembilan SERI MENANTI - Kerajaan Negeri Sembilan akan melantik seorang wakil daripada MIC yang diberi taraf Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di bawah Pejabat Menteri Besar bagi memastikan masyarakat India terus mempunyai wakil dalam pentadbiran kerajaan negeri |
|
Kerajaan BN-PN Negeri Sembilan lengkap, 10 Exco angkat sumpah Kerajaan .. - Mygazette - 7/08 3:30 pm # Kerajaan BN-PN Negeri Sembilan lengkap, 10 Exco angkat sumpah SERI MENANTI - Pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan di bawah gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) lengkap dibentuk hari ini selepas 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti |
|
Tiga pimpinan Bersatu Terengganu letak jawatan parti - Mygazette - 7/08 3:30 pm Razali berkata surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lepas. Bagaimanapun, beliau yang memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu berkata setakat ini tiada maklum balas diterima daripada pihak pimpinan tertinggi berkaitan surat peletakan jawatan tersebut |
|
Bersatu automatik terkeluar daripada PN, tak perlu kenyataan rasmi .. - Mygazette - 7/08 3:30 pm Diminta mengulas mengenai hubungan dan perbincangan dengan UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Abdul Hadi menegaskan proses rundingan masih berjalan berikutan dinamik pemetaan kerusi Parlimen di negeri itu berbeza berbanding Negeri Sembilan atau Johor. Pada masa sama turut berpuas puas hati terhadap struktur pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi pentadbiran Negeri Sembilan yang menyaksikan Pas menerima kuota sewajarnya |
|
Presiden Pas tiada hak, kuasa veto tentukan kedudukan Bersatu dalam PN - Azmin - Sinarharian - 7/08 3:28 pm KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dakwaan bahawa keahlian Bersatu dalam PN telah tergugur secara automatik adalah tidak berasas dan menunjukkan Abdul Hadi tidak memahami Perlembagaan PN.Beliau menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Marang itu sebagai semberono kerana keputusan berkaitan keanggotaan mana-mana parti dalam gabungan tersebut hanya boleh dibuat oleh Majlis Presiden PN."Abdul Hadi tidak mempunyai apa-apa hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PN."Kenyataan semberono menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai Perlembagaan PN," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mohamed Azmin berkata, kedudukan Bersatu sebagai parti anggota PN hanya boleh dimuktamadkan oleh Majlis Presiden mengikut Fasal 7A Perlembagaan PN dan bukannya diputuskan oleh mana-mana individu."Sehingga kini, Majlis Presiden tidak pernah bersidang untuk menentukan keanggotaan Bersatu dalam PN. Justeru, Bersatu masih parti anggota PN yang sah," ujarnya.Terdahulu, Abdul Hadi memaklumkan kedudukan Bersatu sebagai ahli PN tergugur dengan sendiri apabila Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan membentuk gabungan baharu.Situasi itu dakwanya berdasarkan Perlembagaan PN yang mana apabila ahlinya menyertai gabungan lain, maka ia terkeluar daripada PN.Mohamed Azmin berkata, setiap parti anggota PN mempunyai hak-hak yang termaktub di bawah Fasal 7 Perlembagaan.Jelas beliau, Fasal 7.1 memperuntukkan setiap parti anggota mempunyai hak sepenuhnya untuk menghadiri, memberi pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, Badan Perhubungan Negeri dan Badan Perhubungan Kawasan masing-masing."Tindakan Pengerusi dan Setiausaha Agung PN menghalang wakil Bersatu menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi pada 16 Julai lalu yang membuat keputusan mengenai pengagihan kerusi dan kerjasama dengan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan," ujarnya.Justeru katanya, Bersatu akan membuat aduan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia berhubung pelanggaran perlembagaan yang serius itu."PN yang dikuasai oleh Pas tidak lagi menjunjung Perlembagaan, mengenepikan prinsip tadbir urus yang baik, bertindak secara semberono dan tidak demokratik."Bersatu bertegas akan bertindak mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan serta akan sentiasa mempertahankan prinsip keadilan dan kesederhanaan dalam menjamin masa depan Malaysia yang bermaruah dan makmur untuk semua rakyat," katanya.Bulan lalu, Muhyiddin dilapor memaklumkan Bersatu akan membentuk gabungan baharu yang lebih hebat bersama beberapa parti lain selepas PRN Negeri Sembilan.Jelas Ahli Parlimen Pagoh itu, gabungan baharu berkenaan antara lain turut membabitkan parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) antaranya Putra dan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI). |
|
Sekali lagi tercicir, Jalaluddin tiada dalam senarai Exco Negeri Sembilan - Wrlr - 7/08 2:59 pm Harapandaily August 7, 2026 Nama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias tidak tersenarai dalam barisan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang mengangkat sumpah bagi penggal baharu pagi ini |
|
Wakil MCA kembali sertai Exco Negeri Sembilan selepas lebih sedekad - Sinarharian - 7/08 2:28 pm KUALA PILAH - Selepaslebih 10 tahuntidak mempunyai wakil dalam barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan, MCA kembali mencatat sejarah apabila wakil parti itu dilantik menganggotai pentadbiran negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Siow Kong Choondilantik sebagai Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini.Kong Choon yang ditemui selepas Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Exco di Istana Besar Seri Menanti di sini, menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim atas kepercayaan yang diberikan kepadanya."Ini merupakan satu amanat dan juga tanggungjawab besar untuk saya kerana hanya saya seorang wakil daripada kaum Cina."Tetapi bagi saya, kalau kita melihat kembali manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya ini, ia merangkumi semua kaum dan semua lapisan masyarakat."Jadi saya yakin bersama rakan-rakan Exco yang lain di bawah bimbingan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sudah tentunya kita akan berusaha untuk menunaikan apa yang telah kita janjikan dalam manifesto Barisan Nasional," katanya.Kong Choon sebelum ini merupakan Ketua Pemuda MCA Bahagian Jelebu dan Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan.Beliau berkata, walaupun tidak pernah menjadi wakil rakyat, pengalamannya membantu jentera BN di Bahagian Jelebu, banyak membantunya memahami keperluan masyarakat."Walaupun saya tidak pernah menjadi wakil rakyat, saya merupakan sebahagian daripada jentera BN di Bahagian Jelebu, khususnya di bawah Ahli Parlimen, Datuk Seri Jalaluddin Alias."Saya membantu beliau menguruskan hal berkaitan masyarakat Cina di kawasan itu dan pengalaman itulah yang akan membantu saya memikul amanah kali ini," katanya.Selain Kong Choon, seorang lagi wakil MCA yang memenangi PRN Negeri Sembilan lalu ialah ADUN Repah, Koh Kim Swee.Untuk rekod, kali terakhir wakil MCA menduduki Exco Negeri Sembilan ialah pada penggal 2008 hingga 2013. |
|
Tuanku Muhriz iktiraf pencapaian pentadbiran Aminuddin, titah kerajaan baharu teruskan kecemerlangan - Harapandaily - 7/08 2:14 pm Kejayaan pentadbiran yang ditunjukkan kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun mendapat pengiktirafan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Dalam ucapan baginda sempena Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, baginda berpesan supaya kerajaan negeri baharu yang dibentuk, meneruskan kecemerlangan kerajaan dahulu khususnya dalam menarik.. |
|
PRN Melaka: Rundingan agihan kerusi belum bermula - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 7/08 2:00 pm TANAH MERAH Sebarang rundingan berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum dimulakan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Beliau berkata, semua keputusan mengenai pembahagian kerusi hanya akan diputuskan selepas rundingan rasmi antara kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diadakan."Prinsip asasnya sama seperti yang dilaksanakan pada PRN Negeri Sembilan, namun rundingan masih belum bermula."Biarkan dahulu kepimpinan kedua-dua parti berkenaan berbincang. Setakat ini belum ada keputusan, jadi jangan ada mana-mana pihak mendahului proses rundingan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah 2026 di Dataran Mahsuri di sini pada Jumaat.Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari.Sebelum ini, akhbar melaporkan BN berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi DUN yang disandang gabungan itu pada PRN Melaka tidak lama lagi.Dalam perkembangan sama, ketika ditanya mengenai kerjasama antara UMNO dan Pas di empat negeri ditadbir PN, Asyraf Wajdi berkata, usaha itu diharap usaha jangka panjang dan perlukan sifat lapang dada daripada semua pihak.Menurutnya, berdasarkan sentimen akar umbi termasuk ketika PRN Negeri Sembilan, rakyat mahu melihat orang Melayu tidak terus berpecah."Kami mahu beri isyarat kepada seluruh rakyat Malaysia jangan khuatir apabila parti-parti besar khususnya UMNO dan Pas ini bekerjasama kerana usaha sebenarnya akan menguatkan lagi politik di negara kita."Apabila politik stabil, keharmonian dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum akan dapat dirasai."UMNO sebagai parti teras BN juga kekal komited mempertahankan semangat perkongsian bersama semua kaum sebagaimana yang dibina untuk meraih Kemerdekaan dulu," katanya. |
|
'Bersatu Terengganu dijangka terkubur, keputusan Razali letak jawatan tepat' - Rosol - Sinarharian - 7/08 1:41 pm Orang akan mempersoalkan mengapa mereka masih perlu berada dalam Bersatu. Kalau dahulu orang menyertai Bersatu kerana parti itu menerajui kerajaan Persekutuan dan mempunyai Perdana Menteri, tetapi sekarang keadaan sudah jauh berbeza," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Bersatu Terengganu berdepan krisis kepimpinan apabila tiga pemimpin utamanya mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut sehingga menjejaskan struktur kepimpinan parti di negeri itu.Difahamkan, situasi tersebut bermula selepas Razali mengumumkan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 10 tahun lalu berkuat kuasa serta-merta.Razali yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca tindakannya itu.Beliau yang merupakan antara pengasas Bersatu pada 2016 mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu.Selain Razali, dua lagi pemimpin kanan parti turut mengumumkan peletakan jawatan masing-masing ialah ADUN Telemong, Mohd Zawawi Ismail yang turut melepaskan jawatan Ketua Penerangan Bersatu Negeri manakala ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin melepaskan jawatan Bendahari Bersatu Negeri.Turut memberikan bayangan untuk mengambil keputusan sama, ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat sebagai Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri.Rosol, yang kini digantung keahlian Bersatu selama dua penggal, turut menyifatkan masa depan parti itu berada di hujung tanduk apabila sehingga kini tiada satu pun mesyuarat cawangan di Terengganu diadakan.Katanya, berdasarkan jadual parti, mesyuarat cawangan sepatutnya berlangsung bermula 1 Julai hingga penghujung Ogos, namun perkara itu masih belum dilaksanakan."Kegagalan mengadakan mesyuarat di peringkat akar umbi menggambarkan kelemahan organisasi parti dan menimbulkan persoalan mengenai hala tuju Bersatu di Terengganu lebih-lebih lagi selepas peletakan jawatan oleh beliau," ujarnya.-ENDS- |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |