///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Merlimau News   Page 1    



PRN Melaka: Akmal ingatkan Adly rekod pentadbiran sendiri - Sinarharian - 2/11 8:18 am

MELAKA- Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang mempersoalkan prestasi pentadbiran kerajaan negeri pimpinan BN.Beliau menegaskan, kritikan terhadap prestasi kerajaan negeri perlu bersandarkan fakta dan rekod pencapaian, bukannya sekadar membangkitkan isu tanpa mengambil kira usaha yang telah dilaksanakan.Malah, katanya, Adly sepatutnya turut mengambil kira rekod pentadbirannya sendiri ketika menjadi Ketua Menteri Melaka dari Mei 2018 hingga Mac 2020, khususnya dalam menangani isu banjir, peluang pekerjaan dan penyediaan perumahan mampu milik."Isu banjir di Melaka bukan perkara baharu kerana ia turut berlaku ketika Adly menerajui kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri dari Mei 2018 hingga Mac 2020."Kerajaan BN tidak berdiam diri, sebaliknya mempunyai sembilan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang sedang dan akan dilaksanakan, sedangkan tiada satu pun projek RTB diluluskan sepanjang tempoh Adly menjadi Ketua Menteri," katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook.Beliau turut memberikan contoh projek RTB Duyong, Merlimau, Jasin dan Alor Gajah Fasa Satu yang diluluskan pada 2017 manakala RTB Sungai Melaka diluluskan pada 2022.Selain itu, katanya, RTB Sungai Baru di Masjid Tanah diluluskan pada 2025, manakala RTB Sungai Air Salak di Melaka Tengah diluluskan pada tahun ini.Jelasnya, kedua-dua projek berkenaan diluluskan ketika BN mentadbir negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Mengulas isu peluang pekerjaan pula, Akmal berkata, Melaka hanya merekodkan 1,942 peluang pekerjaan pada 2019 ketika Adly menerajui kerajaan negeri, dengan jumlah pelaburan diterima pada tahun sama sebanyak RM2.2 bilion.Sebaliknya, katanya, pentadbiran BN di bawah kepimpinan Ab Rauf pada 2024 berjaya mewujudkan hampir 16,770 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM8.1 bilion."Melaka juga mencatatkan rekod pelaburan tertinggi dalam tempoh 22 tahun pada 2025 apabila berjaya menarik pelaburan berjumlah RM14.68 bilion," katanya.Dalam isu perumahan mampu milik, Akmal berkata, purata harga rumah di Melaka ialah RM232,922, lebih rendah berbanding Selangor sebanyak RM634,000 dan Pulau Pinang RM562,000.Justeru, beliau mempersoalkan sama ada Adly turut menganggap pentadbiran PH di Selangor dan Pulau Pinang tidak berprestasi baik hanya berdasarkan purata harga rumah yang lebih tinggi berbanding Melaka.Menurutnya, persoalan berkaitan prestasi kerajaan negeri perlu dinilai secara adil dengan mengambil kira data dan pencapaian sebenar.Dalam pada itu, Akmal turut membangkitkan penyertaan PH dalam kerajaan negeri Melaka bersama BN sejak 2023 hingga 2026."Sepanjang tempoh tersebut, seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada PH turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri."Adakah kritikan terhadap prestasi kerajaan negeri itu turut merangkumi peranan Exco PH yang berada dalam pentadbiran sepanjang tempoh tersebut?" soalnya.





Akmal bidas Adly, tampil rekod BN jawab isu banjir, peluang pekerjaan - Mygazette - 2/11 7:56 am

# Akmal bidas Adly, tampil rekod BN jawab isu banjir, peluang pekerjaan JASIN Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas dakwaan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Melaka, Datuk Seri Adly Zahari yang mempersoalkan rekod pentadbiran parti itu dalam menangani isu rakyat di negeri itu





Suami isteri ditahan bersama 3.3kg dadah - Sinarharian - 1/11 3:17 pm

JASIN - Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah selepas merampas Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 3.326 kilogram serta barangan sitaan lain bernilai keseluruhan RM617,714 di Merlimau pada Jumaat lepas.Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun dan wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai tukang masak serta juruwang itu ditahan kira-kira jam 1.40 tengah hari di tepi jalan di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin), Merlimau di sini, hasil maklumat dan risikan."Pemeriksaan lanjut terhadap sebuah kenderaan Toyota Vellfire yang digunakan suspek membawa kepada penemuan dadah yang dibungkus dalam paket dan disimpan di dalam sebuah kotak di tempat duduk penumpang."Selain dadah, polis turut menyita kenderaan yang dianggarkan bernilai RM100,000, barang kemas seberat kira-kira 26 gram bernilai RM18,814 serta wang tunai RM2,800," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini pada Ahad.Lee Robert berkata, siasatan awal mendapati mereka dipercayai terlibat dalam aktiviti pengambilan dan pengendalian bekalan dadah sejak Oktober lepas.Beliau berkata, kedua-dua suspek dipercayai berperanan sebagai orang tengah untuk menghantar bekalan dadah di sekitar Melaka, namun polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber bekalan, destinasi penghantaran serta rangkaian pengedaran yang terlibat."Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif dadah manakala semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau berkaitan dadah atau jenayah."Kedua-dua suspek direman selama enam hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya





Amanah vs Umno in Merlimau: Rahayu knows Dr Akmal is big on social media, so shes counting on voters at the grassroots - Malaymail - 31/10 4:36 pm

JASIN, Oct 31 A fathers advice to always remain strong and broad-minded has inspired Melaka Amanah Wanita...





Persaingan satu lawan satu, tiga penjuru dominasi PRN Melaka 2026 - Sinarharian - 31/10 4:03 pm

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang membuka tirai hari ini dengan proses penamaan calon menyaksikan persaingan satu lawan satu dan tiga penjuru masing-masing di 11 daripada 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.Baki enam kerusi pula menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon daripada parti politik yang bertanding.Corak persaingan kali ini jauh berbeza berbanding PRN Melaka 2021 yang menyaksikan kebanyakan kerusi ditandingi lima atau enam calon, tanpa sebarang pertembungan satu lawan satu.Bagi persaingan satu lawan satu, antara yang menjadi tumpuan ialah DUN Tanjung Bidara apabila penyandangnya yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh daripada Barisan Nasional (BN) dicabar muka baharu Pakatan Harapan (PH) Mohd Yunazri Mustamiri.Turut menjadi perhatian ialah DUN Rim yang menyaksikan penyandangnya Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira berdepan Ketua Wanita Keadilan Jasin Esma Eazreen Husin daripada PH.Sementara itu, DUN Duyong menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Ahli Jawatankuasa Aduan DAP Melaka Poo Long Suan daripada PH dengan penyandang Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mewakili BN, manakala di DUN Merlimau, penyandang Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh (BN) berdepan calon PH Rahayu Hamzah.Bagi saingan tiga penjuru, DUN Machap Jaya menyaksikan penyandang Datuk Ngwe Hee Sem (BN) berdepan bekas penyandang Datuk Ginie Lim Siew Lin (PH) serta B Prasanth Kumar daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama).Turut menjadi perhatian ialah DUN Paya Rumput apabila Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang mewakili PH dicabar Rafie Ahmad daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bersama Abdul Rashid Abu Bakar.Pertandingan tiga penjuru turut berlaku di DUN Bandar Hilir membabitkan penyandang Leng Chau Yen daripada PH, Jasmine Lok Huey Yee (BN) dan Dr Mohd Nor Rashidi Ab Jalil (Bersama).Bagi saingan empat penjuru, DUN Bukit Katil menyaksikan penyandang yang juga Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berdepan Muhammad Ridzuan Mohd Sarif (PN), Dr Aliza Che Amran (Bersama) dan calon Bebas Abu Bakar Sabudin.Di DUN Ayer Keroh, penyandang Kerk Chee Yee (PH) pula dicabar Datuk Seri Michael Gan Peng Lam (PN), Mohd Hamnaim Mohamad (Bersatu) dan Muhammad Muhaimin Lau Abdullah (Bersama).DUN Melaka yang mempunyai 28 kerusi dibubarkan pada 23 September selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 NovemberSebanyak 687,697 pengundi layak menunaikan tanggungjawab pada PRN kali ini, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis.Pada PRN Melaka ke-15 yang berlangsung 20 November 2021, BN memenangi 21 kerusi DUN dengan UMNO menguasai 18 kerusi, MCA (dua) dan MIC (satu), sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga.PH pula menang lima kerusi menerusi DAP (empat) dan AMANAH (satu), manakala PN memperoleh dua kerusi.- Bernama





One-on-one, three-cornered fights dominate 16th Melaka state election - Sinardaily - 31/10 3:55 pm

KUALA LUMPUR - The 16th Melaka State Election features 11 straight fights and 11 three-cornered contests across the 28 state constituencies, following the conclusion of the nomination process today.The remaining six constituencies will see four-cornered contests, marking a significant shift from the 2021 state election, which was dominated by five- and six-cornered races, with no straight fights.Among the straight fights attracting attention is Tanjung Bidara, where incumbent Melaka Chief Minister Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh of Barisan Nasional (BN) faces Pakatan Harapan (PH) candidate Mohd Yunazri Mustamiri, who is making his electoral debut.In Rim, incumbent Datuk Khaidhirah Abu Zahar, better known as Dira, will face PH candidate Esma Eazreen Husin, the Jasin division chief of the Parti Keadilan Rakyat (PKR) Women's Wing.Duyong will see a straight fight between incumbent Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem of BN and PH candidate Poo Long Suan, a member of the DAP Melaka Complaints Committee. In Merlimau, incumbent Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh of BN will be challenged by PH candidate Rahayu Hamzah.Among the three-cornered contests, Machap Jaya will see incumbent Datuk Ngwe Hee Sem of BN face former assemblyman Datuk Ginie Lim Siew Lin of PH and B





PRN Melaka: Akmal Saleh pertahan kerusi BN, abang wakili Bersama - Sinarharian - 31/10 3:21 pm

SHAH ALAM - Abang kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Dr Muhammad Solehin Saleh, antara 16 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Dr Muhammad Solehin, 40, mewakili parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban di Parlimen Jasin dalam saingan empat penjuru.Beliau bakal berdepan tiga calon lain iaitu Muhammad Rabaie Ab Hamid (Bersatu), Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN-Wawasan) dan Abd Halim Said (Bebas).Dr Muhammad Solehin merupakan seorang doktor perubatan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Umum dari Universitas Sriwijaya, Indonesia.Sementara itu, adiknya, Akmal Saleh pula mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Merlimau meskipun kedua-duanya berada dalam parti politik berbeza.Akmal berdepan saingan dua penjuru di kerusi itu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah daripada Amanah.Pada PRN Melaka 2021, Akmal memenangi kerusi DUN Merlimau dengan majoriti 3,248 undi, sekali gus mempertahankan kerusi berkenaan untuk UMNO-BN.Beliau kemudian dilantik sebagai Exco yang memegang portfolio Kesihatan sebelum dipindahkan ke portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 2023.





Dua sahabat sanggup datang dari Johor beri sokongan kepada Akmal - Mygazette - 31/10 3:11 pm

# Dua sahabat sanggup datang dari Johor beri sokongan kepada Akmal JASIN Bukan ahli parti mahupun jentera Barisan Nasional (BN), namun dua sahabat baik dari Batu Pahat, Johor ini sanggup menempuh perjalanan jauh ke Merlimau hari ini semata-mata mahu menyatakan sokongan kepada calon parti itu, Datuk Dr





Pihak lawan buang masa, wang bertanding di Melaka ??? Onn Hafiz - Mygazette - 31/10 3:11 pm

Rakyat Melaka tidak boleh dibeli dengan _warringate_ atau gula-gula, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr





PH akan jawab tohmahan, dakwaan mengelirukan sepanjang kempen PRN Melaka - Mygazette - 31/10 3:11 pm

Calon PKR akan bertanding di DUN Tanjung Bidara, Ayer Limau, Rembia, Machap Jaya, Asahan, Paya Rumput, Kelebang, Ayer Molek, Rim dan Serkam. DAP pula meletakkan calon di Gadek, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong dan Bandar Hilir, manakala Amanah bertanding di Kuala Linggi, Durian Tunggal, Bukit Katil, Telok Mas, Merlimau, Taboh Naning dan Sungai Rambai





Akmal Saleh faces PH’s Rahayu Hamzah in Merlimau straight fight - SUN - 31/10 2:11 pm

BNs Muhamad Akmal Saleh will face PHs Rahayu Hamzah in a straight fight for the Merlimau seat in the Nov 14 Melaka state election.





Melaka polls: High-profile seats to watch - Sinardaily - 31/10 1:20 pm

MELAKA Clashes involving prominent political figures, changes in candidates and closely fought constituencies are expected to shape the 16th Melaka state election, with several seats emerging as key battlegrounds ahead of polling on Nov 14.Among the 28 state constituencies, 10 have attracted particular attention due to high-profile candidates, political rivalries and questions over voter acceptance, while another eight are being closely watched because of their narrow winning margins in the 2021 election.In Tanjung Bidara, caretaker Chief Minister and Melaka Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Ab Rauf Yusoh is seeking to defend his seat against Parti Keadilan Rakyat (PKR) Masjid Tanah branch secretary Mohd Yunazri Mustamiri, who is representing Pakatan Harapan (PH).The constituency was also among the closest contests in 2021, when Ab Rauf secured victory with a majority of 364 votes.Another closely watched contest is Merlimau, where Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh faces Melaka Amanah Women's chief Rahayu Hamzah





Melaka polls: Akmal banks on five-year service record to seek fresh mandate - NST - 31/10 12:55 am

JASIN: Barisan Nasional candidate for the Merlimau seat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh is banking on his five-year service record to regain voters confidence in the Melaka state election.





PRN Melaka: Akmal Saleh nekad pertahan Merlimau - Sinarharian - 31/10 12:47 am

MERLIMAU - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Akmal Saleh mengakui masih terdapat kelemahan sepanjang tempoh perkhidmatannya, namun bertekad mendapatkan semula kepercayaan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Beliau berkata, keutamaan bukan untuk mengejar kemenangan dengan majoriti besar, sebaliknya memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat dipertahankan menerusi rekod khidmat sepanjang hampir lima tahun sebagai wakil rakyat."Sejujurnya, saya tidak mengharapkan majoriti besar





PHs Rahayu puts education, womens development at forefront of Merlimau campaign - Sinardaily - 31/10 12:44 am

JASIN - Strengthening education opportunities, advancing womens development and addressing local infrastructure concerns will be among Pakatan Harapan (PH) candidate Rahayu Hamzahs priorities if she is elected as the Merlimau state assemblyman in the Melaka state election.Rahayu, who is also Melaka Amanah Womens chief said improving access to opportunities for young people was particularly important to help them build a better future.She said the focus was in line with PHs Melaka Rumah Kita aspirations, which seek to expand opportunities and support for young people and women.Rather than making promises that might not be fulfilled, Rahayu said she wanted to prioritise practical measures, including resolving outstanding issues and completing delayed work.Education is the most important





Dr Akmal plays down landslide hopes, says regaining Merlimau voters trust is his priority - Sinardaily - 31/10 12:31 am

JASIN Umno Youth chief Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh is not targeting a landslide victory in the 16th Melaka state election, saying securing voters' trust after nearly five years of service is more important as he seeks to defend the Merlimau seat.The incumbent said his priority was to demonstrate that he had fulfilled the responsibilities entrusted to him since being elected in 2021, rather than focusing on the size of his winning majority.To be honest, I am not expecting a big victory





Melaka polls: Merlimau set for straight fight as Dr Akmal faces Amanahs Rahayu - Sinardaily - 31/10 11:41 am

JASIN Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh is set to defend his Merlimau state seat against Melaka Amanah Women's chief Rahayu Hamzah in a straight fight between Barisan Nasional (BN) and Pakatan Harapan (PH) in the 16th Melaka state election.Dr Akmal, who is seeking another term as the Merlimau assemblyman, was accompanied by Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi during today's nomination-related proceedings at Merlimau Politeknik's Platinum Hall.The contest will see Dr Akmal face Rahayu, who is representing PH, as the two candidates seek support from voters in the constituency.Election Commission (EC) officer for Merlimau, Khairil Hafiz Yahya made the announcement earlier today at 10.30am.Akmal previously won Merlimau in the 2021 Melaka state election, securing 5,633 votes and a majority of 3,248 in a three-cornered contest.His challengers at the time were Amanah's Azrin Abdul Majid, who represented PH and received 2,385 votes and Pas candidate Abdul Alim Shapie, who contested under the Perikatan Nasional (PN) banner and secured 1,622 votes.The result saw Akmal retain the seat for BN, which has traditionally held Merlimau





Akmal lawan PH di Merlimau - FMT - 31/10 11:27 am

Ketua pemuda Umno itu dicabar Rahayu Hamzah daripada Amanah.





‘Kita nampak kecil, tetapi jiwa besar’, bapa titip restu buat Rahayu - Mypress - 31/10 11:25 am

MERLIMAU – “Walaupun kita nampak kecil, tetapi jiwanya besar





Akmal in straight fight against PH in Merlimau - FMT - 31/10 11:22 am

The Umno Youth chief is challenged only by Amanah's Rahayu Hamzah as he seeks a second term in the state assembly.





Rahayu Hamzah tiba di pusat penamaan calon DUN Merlimau - Mypress - 31/10 10:44 am

MERLIMAU – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Rahayu Hamzah tiba di pusat





Merlimau saji pertarungan dua penjuru - Mypress - 31/10 10:16 am

MERLIMAU – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Rahayu





Penyokong BN langgar sempadan kawasan PH, cetus provokasi kecil - Mypress - 31/10 10:13 am

MERLIMAU – Suasana di pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, di





The battle for Melaka: Votes, alliances and political survival - Sinardaily - 31/10 7:54 am

MELAKA The battle for Melaka's 28 state assembly seats begins today, with nomination day setting the stage for a 14-day campaign that will test coalition alliances, party machinery and voter support ahead of the Nov 14 state election.Prospective candidates are expected to submit their nomination papers at 28 centres across the state between 9am and 10am, before returning officers announce the final line-up.The Election Commission (EC) recorded 189 nomination forms sold as of Thursday night, with 45 prospective candidates having paid their deposits.A total of 687,697 voters are eligible to cast their ballots, comprising 675,166 ordinary voters, 9,769 military personnel and their spouses, and 2,762 police personnel.Early voting is scheduled for Nov 10.The election will see Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) and Perikatan Nasional (PN) seeking to strengthen their respective positions, while the entry of smaller parties could complicate contests in several constituencies.PH has announced it will contest 24 seats, with Parti Keadilan Rakyat (PKR) fielding 10 candidates, while DAP and Parti Amanah Negara (Amanah) will contest seven each.BN has announced 22 candidates, comprising 18 from Umno, three from MCA and one from MIC.PN has announced five candidates, including two each from Pas and Parti Wawasan Negara (Wawasan) and one from Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) is expected to contest eight seats, while Parti Bersama Malaysia (Bersama) has announced plans to field 16 candidates.The final nominations will establish the number of straight fights and multi-cornered contests, particularly in constituencies where competing parties may find themselves on opposite sides despite broader political cooperation.Among the notable candidates announced are BN chairman and caretaker Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh for Tanjung Bidara, Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh for Merlimau and incumbent Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem for Duyong.PH is fielding former chief minister Adly Zahari in Bukit Katil, while PKR has named Datuk Azman Abidin, secretary to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, for Paya Rumput





Jangan undi saya jika tak puas hati ??? Dr Akmal - Mygazette - 29/10 4:59 pm

KUALA LUMPUR Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mencabar pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menilai sendiri prestasi perkhidmatannya sepanjang empat tahun 11 bulan sebelum membuat keputusan sama ada mahu memberinya mandat sekali lagi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini





Jangan Undi Saya Jika Perkhidmatan Tak Bagus - Akmal Saleh - Siakapkeli - 29/10 4:40 pm

Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menyerahkan kepada pengundi DUN Merlimau untuk menilai prestasinya sepanjang hampir lima tahun sebelum menentukan mandat pada PRN Melaka kali ini.





Kisah 2 pemimpin muda - Denyutreformasi - 29/10 12:16 am

Akmal sebelum itu menggelarnya sebagai Nyonya tua dan mencadangkan supaya logo tidak halal diletakkan pada dahinya. Kini, Akmal berkata beliau bersedia melepaskan peluang mempertahankan kerusi DUN Merlimau pada PRN Melaka 14 Nov ini sekiranya kes mahkamah yang dihadapinya mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan menjejaskan peluang Umno dan Barisan Nasional (BN)





Bagaimana PRN Melaka melayan wanita? - Denyutreformasi - 29/10 12:08 am

Farzana, seorang Gen Z baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila diusir seorang anggota wanita Umno dari menghadiri program Kampung Angkat Madani di kawasan masjid Bukit Rambai. Dalam pada itu, Amanah di Merlimau membawakan Rahayu Hamzah





Calon BN PRN Melaka terima watikah secara tertutup, tiada kelibat MCA - Mygazette - 28/10 3:30 pm

Apa pula tidak selesai? soalnya bersahaja sambil tersenyum ketika ditemui media di lobi Menara Dato Onn hari ini. Calon BN bagi DUN Merlimau, Datuk Dr Akmal Saleh turut memberi bayangan semua isu berkenaan telah menemui penyelesaian hari ini





PH sasar menang sekurang-kurangnya 7 kerusi panas di Melaka – Ramanan - Mygazette - 27/10 4:00 pm

Terdahulu PH bertanding 21 kerusi pada PRN Melaka sama seperti BN. Dijangkakan, sebanyak 10 kerusi panas menjadi tumpuan kali ini iaitu Tanjung Bidara, Bukit Katil, Paya Rumput, Machap Jaya, Klebang, Duyong, Durian Tunggal, Merlimau, Serkam dan Ayer Molek





Pas Enggan Lepas Kerusi Parlimen Jasin, Hasrat Akmal Saleh ke Parlimen .. - Denyutreformasi - 27/10 2:21 pm

Hasrat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk beralih ke kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dikatakan berdepan jalan buntu selepas Pas didakwa enggan melepaskan kerusi berkenaan kepada Umno. Sumber dalaman yang mengetahui perkembangan rundingan kerusi itu berkata, pendirian Pas mempertahankan Parlimen Jasin menyebabkan Akmal kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kali ini





Pas enggan lepas Parlimen Jasin, Akmal terpaksa kekal di Merlimau? - Wrlr - 27/10 11:33 am

Harapandaily October 27, 2026 Hasrat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk beralih ke kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dikatakan berdepan jalan buntu selepas Pas didakwa enggan melepaskan kerusi berkenaan kepada Umno. Sumber dalaman yang mengetahui perkembangan rundingan kerusi itu berkata, pendirian Pas mempertahankan Parlimen Jasin menyebabkan Akmal kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kali ini





Pas enggan lepas Parlimen Jasin, Akmal terpaksa kekal di Merlimau? - Harapandaily - 27/10 7:12 am

Sumber dalaman yang mengetahui perkembangan rundingan kerusi itu berkata, pendirian Pas mempertahankan Parlimen Jasin menyebabkan Akmal kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)... The post Pas enggan lepas Parlimen Jasin, Akmal terpaksa kekal di Merlimau? appeared first on Harapan Daily .





Akmal minta ‘buruk katakan buruk’, netizen tegur ‘buruknya akhlak’ penyokong BN selepas calon PH diejek - Harapandaily - 26/10 8:47 pm

Dilihat berang dengan satu laporan berita mengenai kewibawaannya, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau mulai melatah





Akmal Saleh akan kemuka rayuan kes saman Teresa Kok - Sinarharian - 26/10 12:50 am

GEORGE TOWN Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dalam kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadapnya.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan barisan peguamnya bagi menentukan tindakan lanjut berhubung kes berkenaan."Tadi saya dah berbincang dengan barisan peguam."Insya-ALLAH, dalam sehari dua hari ini, nanti kita akan beri keputusan mengenai sama ada kita nak 'appeal' atau pun tidak," katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan, Teresa Kok memenangi saman fitnah terhadap Muhamad Akmal apabila Mahkamah Tinggi Melaka memerintahkan pembayaran ganti rugi am dan ganti rugi teruk berjumlah RM250,000 kepada beliau.Peguam Teresa, Datuk Sankara Nair dalam kenyataan berkata, Hakim Isa Aziz Ibrahim turut mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Ketua Pemuda UMNO itu daripada membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap anak guamnya pada masa hadapan.Sankara berkata, mahkamah turut memerintahkan supaya kenyataan yang dipertikai itu dipadamkan daripada semua platform media sosial.Selain itu, Muhamad Akmal diperintahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM50,000 kepada Teresa.Dalam perkembangan sama, Muhamad Akmal berkata, wang untuk membayar saman berkenaan sudah mencukupi selepas beliau menjual motosikal dan ikan tilapia miliknya pada harga keseluruhan RM180,000.Menurutnya, hasil jualan kedua-dua aset itu, ditambah wang simpanan miliknya dan keluarga, mencukupi untuk melunaskan bayaran saman berkenaan."Alhamdulillah, duit simpanan sebelum ini tidak cukup





Dapat banyak pun, kalau tak menang tiada manfaatnya – Dr Dzulkefly - Mygazette - 26/10 7:49 am

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Bulan Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026, di Pusat Dagangan Dunia hari ini. Kerusi-kerusi berkenaan adalah DUN Kuala Linggi (Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah); DUN Durian Tunggal (Datuk Ashraf Mukhlis Minghat); DUN Bukit Katil (Adly Zahari); DUN Telok Mas (Kapten (B) Mohamad Jaafar) dan DUN Merlimau (Rahayu Hamzah





PH umum 21 calon PRN Melaka - Wrlr - 25/10 7:13 pm

Seah Shoo Chin pula disenaraikan di N19 Kesidang, Low Chee Leong di N20 Kota Laksamana, Poo Long Suan di N21 Duyong dan Leng Chau Yen di N22 Bandar Hilir. Bagi N23 Telok Mas, PH menampilkan Kapten (B) Mohamad Jaafar, manakala Esma Eazreen Husin disenaraikan di N25 Rim, Muhammad Faiq Azman di N26 Serkam dan Rahayu Hamzah di N27 Merlimau





'Dulu cakap tak boleh, hari ini semua boleh' Akmal sindir pengumuman Anthony Loke - Sinarharian - 25/10 5:46 pm

SHAH ALAM - Pengumuman terbuka Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa beliau akan turun ke Melaka untuk memberi bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi di negeri berkenaan menarik perhatian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Muhamad Akmal yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad memberi reaksi sinis terhadap kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung DAP itu."Rezeki pemandu teksi Melaka





PRN Melaka: Tujuh daripada sembilan calon PKR muka baharu - Sinarharian - 25/10 3:28 pm

MELAKA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertaruhkan tujuh muka baharu daripada keseluruhan sembilan calon yang mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, hanya dua calon iaitu Farhana Hayani Mohd Nasir yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang dan Datuk Ginie Lim di Machap Jaya mempunyai pengalaman bertanding dalam pilihan raya.Menurutnya, tujuh calon lain terdiri daripada barisan kepimpinan baharu yang hadir dengan pengalaman serta tanggungjawab berbeza untuk membawa aspirasi parti kepada masyarakat."Semua orang masuk bertanding untuk menang. Namun, kemenangan bukan hanya bergantung kepada nama atau kekuatan peribadi calon, tetapi juga hubungan dengan masyarakat, gerak kerja jentera serta agenda yang dibawa."Harapan saya, mereka dapat memastikan perkara yang ingin disampaikan kepada masyarakat dilakukan secara berkesan sepanjang tempoh berkempen," katanya ditemui pada Program Madani Kita (PMK) Tahun 2026 di Dewan Serbaguna PPR Sungai Putat, di sini pada Ahad.Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar pada Sabtu mengumumkan 21 calon PH membabitkan PKR bertanding di sembilan kerusi, Amanah (lima) dan DAP (tujuh).Sembilan calon PKR ialah Mohd Yunazri Mustamiri (Tanjung Bidara), Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan (Rembia), Datuk Ginie Lim (Machap Jaya) dan P Denesh (Asahan).Turut dipertaruhkan Datuk Azman Abidin (Paya Rumput), Farzana Hayani (Klebang), Muhammad Hakimin Mokhtar (Ayer Molek), Esma Eazreen Husin (Rim) dan Muhammad Faiq Azman (Serkam).Tujuh calon DAP ialah Jegasilan K (Gadek), Jason Nathan (Pengkalan Batu), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Allex Seah (Kesidang), Low Chee Leong (Kota Laksamana), Poo Long Suan (Duyong) dan Leng Chau Yen (Bandar Hilir).Sementara lima daripada Amanah ialah Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah (Kuala Linggi), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Durian Tunggal), Adly Zahari (Bukit Katil), Kapten (B) Mohamad Jaafar (Telok Mas) dan Rahayu Hamzah (Merlimau).Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, calon perlu menjaga akhlak dan peribadi sepanjang berkempen selain meletakkan kepentingan masyarakat serta pengundi sebagai agenda utama.Ujar beliau, peluang untuk menang bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan setiap calon sepanjang tempoh berkempen dan sejauh mana mereka mampu meyakinkan pengundi."Kita tidak mahu memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat kerana PKR sendiri perlu bekerja keras untuk meyakinkan rakyat terhadap apa yang telah dilaksanakan, khususnya di peringkat Persekutuan."Semangat dan prinsip yang sama mahu dibawa ke Melaka, termasuk memastikan tadbir urus yang baik, selain calon memahami tanggungjawab mereka terhadap masyarakat," katanya.Beliau pada masa sama turut berharap semua calon diberikan peluang yang adil sepanjang tempoh berkempen untuk menyampaikan agenda dan meyakinkan pengundi.





‘Yang dia tahu menyalahkan saja’, wibawa Akmal dipersoal, ramai sokong Ayu di Merlimau - Harapandaily - 25/10 3:19 pm

Kewibawaan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menjadi persoalan netizen apabila calon Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah atau Ayu Hamzah menerima sokongan orang ramai





PH announces 21 candidates for Melaka polls - Sinardaily - 25/10 10:43 am

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) tonight announced 21 candidates to contest the Melaka state election next month.The list was announced by PH chairman and Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Melaka PH candidate announcement and election machinery launch ceremony at the grounds of Hang Jebat Stadium in Krubong here last night.In his speech, Anwar said each candidate would represent PHs fighting spirit, and that their eventual victory would depend on voters who chose to support the coalition."Insya-Allah, the people of Melaka will rise and show that change is necessary in the state for a clearer future."I hope the people of Melaka will demonstrate extraordinary enthusiasm in bringing about change for our future, our children, our parents and our families, he said.The PH candidates for the Melaka state election are as follows:N.01 Kuala Linggi - Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah (Amanah)N.02 Tanjung Bidara - Mohd Yunazri Mustamiri (PKR)N.06 Rembia - Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan (PKR)N.07 Gadek - Jegasilan K (DAP)N.08 Machap Jaya - Datuk Ginie Lim Siew Lin (PKR)N.09 Durian Tunggal - Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Amanah)N.10 Asahan - Denesh A/L Palasubraniam (PKR)N.13 Paya Rumput - Datuk Azman Abidin (PKR)N.14 Kelebang - Farzana Hayani Mohd Nasir (PKR)N.15 Pengkalan Batu - Jason Tze-Xi Nathan (DAP)N.16 Ayer Keroh - Kerk Chee Yee (DAP)N.17 Bukit Katil - Adly Zahari (Amanah)N.18 Ayer Molek - Muhammad Hakimin Mokhtar (PKR)N.19 Kesidang - Allex Seah Shoo Chin (DAP)N.20 Kota Laksamana - Low Chee Leong (DAP)N.21 Duyong - Poo Long Suan (DAP)N.22 Bandar Hilir - Leng Chau Yen (DAP)N.23 Telok Mas - Kapten (B) Mohamad Jaafar (Amanah)N.25 Rim - Esma Eazreen Husin (PKR)N.26 Serkam - Muhammad Faiq Azman (PKR)N.27 Merlimau - Rahayu Hamzah (Amanah)- BERNAMA





Melaka polls: BN to field Rauf, Akmal, Noor Helmy, unveils eight new faces - Sinardaily - 25/10 7:43 am

MELAKA - Barisan Nasional (BN) will contest 21 of the 28 seats in the upcoming Melaka polls, retaining its three key leaders as candidates, including Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Ab Rauf, who is also Melaka Umno Liaison Committee chairman, will defend the Tanjung Bidara seat, while Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh and Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem will defend the Merlimau and Duyong seats, respectively.The coalitions list of candidates was announced by Ab Rauf at BNs candidate announcement ceremony for the Melaka polls at the Melaka International Trade Centre (MITC) here last night, which was officiated by BN chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Also present were BN deputy chairman Datuk Seri Mohamad Hasan, BN secretary-general Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, MIC deputy president Datuk Seri M





Rauf to defend Tanjung Bidara, Akmal to defend Merlimau in Melaka polls - FMT - 24/10 11:34 pm

Umno Youth chief Dr Akmal Saleh previously hinted that he might contest another seat.





PRN Melaka: BN kekalkan Akmal di Merlimau, Helmy di Duyong - Sinarharian - 24/10 11:09 pm

MELAKA - Barisan Nasional (BN) mengekalkan dua penyandangnya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem di DUN Duyong bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Barisan Nasional Negeri Melaka sempena Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC).Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kedudukan kedua-dua pemimpin UMNO berkenaan yang sebelum ini menjadi antara nama diberi perhatian menjelang pengumuman calon BN.Akmal sebelum ini mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan politiknya di Merlimau selepas memberi bayangan kemungkinan berpindah ke kerusi lain, termasuk Serkam atau Sungai Rambai.Namun, beliau akhirnya kekal diberi kepercayaan mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya pada PRN 2021 dengan majoriti 3,248 undi.Sementara itu, Helmy turut dikekalkan di Duyong selepas sebelum ini timbul spekulasi mengenai kemungkinan perubahan calon bagi beberapa kerusi penyandang BN.Untuk rekod, Helmy merupakan penyandang DUN Duyong dan antara pemimpin UMNO Melaka yang konsisten turun padang dalam kawasan berkenaan.Keputusan mengekalkan kedua-dua penyandang itu dilihat memberi kesinambungan kepada jentera BN di Merlimau dan Duyong, ketika parti itu mempertahankan sasaran menguasai 21 kerusi DUN pada PRN kali ini.BN akan bertanding dalam PRN Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 14 November, dengan penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November





PRN Melaka: PH umum 21 calon, Adly Zahari ketuai senarai - Sinarharian - 24/10 10:45 pm

Serkam Muhammad Faiq Azman21. Merlimau Rahayu Hamzah





PRN Melaka: Rauf kekal di Tanjung Bidara, Akmal pertahan Merlimau - FMT - 24/10 10:36 pm

BN tidak pertahan Paya Rumput, selain beri laluan kepada PN di Bemban, Bukit Katil, Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kota Laksamana dan Kesidang.





PRN Melaka: BN umum 21 calon, lapan muka baharu - Sinarharian - 24/10 10:33 pm

AYER KEROH [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) mengumumkan 21 calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan lapan daripadanya merupakan muka baharu.Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Barisan Nasional Negeri Melaka sempena PRN Melaka ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Sabtu.Lapan calon baharu itu ialah Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid (Lendu), Ahmad Norazril Abd Aziz (Rembia), S Nadarajah (Gadek), Datuk Dr Mustafa Musa (Durian Tunggal), Siti Aisyah Mahmood (Pengkalan Batu), Datuk Ridhwan Ali (Ayer Molek), Datuk Azman Abdullah (Serkam) dan Jezlee Pit (Sungai Rambai).Sementara itu, Ab Rauf kekal sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, manakala penyandang DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, DUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar, dan DUN Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, turut dikekalkan.Dalam pada itu, Ab Rauf berharap calon yang dipilih dapat bekerja lebih keras bagi memastikan BN memperoleh kemenangan di kawasan yang ditandingi pada 14 November ini."Jadi, saya harap mereka yang terpilih sebagai calon ini mestilah bekerja dengan lebih kuat dan mantap supaya pada 14 haribulan nanti boleh menunjukkan kecemerlangan dalam memenangi kerusi kawasan yang dipertandingkan," katanya.Mengulas mengenai beberapa penyandang yang tidak dicalonkan semula, beliau berkata, mereka bukan digugurkan, sebaliknya BN memberi ruang kepada calon baharu untuk meneruskan khidmat kepada rakyat."MCA kekal dua kerusi yang menang dan MIC satu kerusi."Saya tidak menggugurkan





Motosikal, ikan tilapia Akmal Saleh terjual RM180,000 - Sinarharian - 23/10 12:11 am

SHAH ALAM - Selepas tiga hari membuka bidaan bagi motosikal dan ikan tilapia ternakannya, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan kedua-dua aset miliknya itu berjaya dijual pada harga keseluruhan RM180,000 hasil bidaan orang ramai.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, motosikal jenis Honda X-ADV dibeli oleh seorang rakannya pada harga RM150,000, manakala jualan keseluruhan ikan dalam kolamnya mengumpul hampir RM30,000."Pada masa yang sama, dicampur dengan jumlah simpanan saya dan keluarga insya-ALLAH boleh mencukupkan kepada RM300,000 menjelang minggu hadapan."Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Sebelum ini beliau dilapor menawarkan motosikal dan ternakan ikan tilapia yang diusahakan untuk dibida penyokong dan rakan-rakan dalam usaha mengumpul dana bagi membayar ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000.Beliau diperintahkan Mahkamah Tinggi Melaka untuk membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk kepada veteran DAP, Teresa Kok, selain perintah injunksi bagi menghalangnya daripada membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Ahli Parlimen Seputeh itu pada masa hadapan.Dalam pada itu Dr Muhamad Akmal turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu termasuk mereka yang masih menyalurkan wang meskipun beliau sebelum ini meminta supaya tiada lagi sumbangan diberikan kepadanya."Semua hasil sumbangan yang telah diberikan kepada saya mencecah hampir RM173 733.61 sehingga kenyataan ini dibuat."Sehubungan itu, saya ingin meminta izin dari anda semua yang telah memberi sumbangan untuk saya menginfakkan jumlah keseluruhan dan diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan."Segala perincian setiap sen yang diagihkan, saya akan maklumkan di dalam media sosial





Friends buy Akmal's tilapia for RM100 each, ask him to donate fish to needy - Sinardaily - 22/10 2:25 pm

SHAH ALAM Friends and acquaintances have drawn public attention after buying tilapia raised by Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh for RM100 per fish and asking him to donate the fish to people in his constituency.Muhamad Akmal said he was deeply grateful for their generosity.He said he was touched by the willingness of friends, acquaintances and members of the public to help him raise funds to pay the RM300,000 court award.I am unable to thank everyone individually, and all I can offer is my deepest gratitude.Thank you once again, he said in a Facebook post on Thursday.Muhamad Akmal also shared screenshots of conversations with acquaintances who offered to buy his tilapia for RM100 each but asked him to donate the fish to the people of Merlimau.Sinar Harian previously reported that he had offered his Honda X-ADV motorcycle and farmed tilapia for sale to raise funds.He said the decision was made after considering his financial situation, including his existing savings, which were insufficient to cover the RM300,000 award.Muhamad Akmal also expressed appreciation for public suggestions to set up a donation fund to help him, but said he had chosen to sell his personal assets first.Last Monday, he was ordered to pay RM250,000 in general damages and RM50,000 in costs, bringing the total to RM300,000, to Seputeh MP Teresa Kok in a defamation suit filed in 2024.





Kenyataan Akmal kelirukan rakyat, kes sivil individu tiada kaitan kerajaan - Mygazette - 21/10 3:56 pm

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Bukit Baru di sini hari ini. Beliau mengulas reaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu di media sosial selepas pengumuman keputusan mahkamah berhubung kes saman sivil oleh Teresa





Akmal Saleh buka bidaan motosikal, ikan tilapia bayar saman Teresa Kok - Sinarharian - 21/10 12:42 am

Sebab itu, selagi masih ada milik saya yang boleh dilepaskan, izinkan saya mengusahakannya dahulu."Saya menghormati keputusan mahkamah dan bersedia mematuhi perintah itu. Tanggungjawab untuk menjelaskan jumlah tersebut akan saya pikul sepenuhnya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini, Muhamad Akmal diperintahkan membayar ganti rugi keseluruhan RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kes saman fitnah yang difailkan pada tahun 2024.Mengulas lanjut, Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, motosikal dan perusahaan ikan tilapia ternakan itu merupakan dua aset yang telah habis dibayar dan boleh dijual."Saya tidak mempunyai tanah atau rumah yang boleh dijual untuk mencukupkan jumlah ini."Kedua-duanya ada cerita, penat lelah dan kegembiraan yang tersendiri buat saya





BN-Pas talks may see compromise on two to three seats - Sinardaily - 20/10 10:11 am

SHAH ALAM -Negotiations between Barisan Nasional (BN) and Pasover cooperation in the upcoming Melaka state election are expected to involve compromises on two to three seats, as BN faces a dilemma in maintaining its dominance without jeopardising prospects for cooperation with the party.The position of the coalition led by Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi as the incumbent, having won 21 of the 28 seats in the 2021 state polls, leaves less room for it to make way for a potential partner.Political analyst Muhammad Afifi Abdul Razak of Universiti Utara Malaysia (UUM) said the negotiations, which have yet to be finalised, are expected to focus on seat allocation and the use of party logos, with several constituencies potentially being compromised to avoid clashes between the parties.He said early reports indicated that four State Legislative Assembly (DUN) seats would be allocated to Pas, namely Bemban, Bukit Katil, Paya Rumput and Ayer Keroh."Bemban was won by Perikatan Nasional (PN) in 2021, Bukit Katil and Ayer Keroh by Pakatan Harapan (PH), while Paya Rumput belongs to BN. If the reports are accurate, the scope for compromising BN-held seats is limited."My expectation is that the negotiations will involve around two to three seats, including Paya Rumput and Merlimau, if both reports are accurate





Kenyataan fitnah: Dr Akmal diperintah bayar RM300,000 kepada Teresa - Mygazette - 20/10 7:48 am

Dr Akmal kemudian mengkritik Teresa dengan menggunakan gelaran nyonya tua dan mencadangkan supaya kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk dilekatkan pada dahinya. Teresa menamakan Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau sebagai defendan tunggal dalam saman berkenaan





Do whatever you wish to do. As for me stepping down, absolutely not Akmal Saleh - Sinardaily - 19/10 7:36 pm

Do whatever you wish to do.As for me stepping down, absolutely not. Happy campaigning, he wrote.The court ordered Akmal to pay RM250,000 in damages and RM50,000 in legal costs to Kok.The suit stemmed from a TikTok video Akmal posted on Sept 7, 2024, in which Kok alleged that he had made derogatory and disparaging remarks against her.Kok claimed the remarks portrayed her as lacking knowledge of halal certification and opposing government policies concerning Islamic practices.She filed the suit on Oct 25, 2024, naming Akmal, who is also the Merlimau state assemblyman, as the sole defendant.Akmal was absent when the court delivered its decision on Monday.Kok was represented by lawyer Datuk Sankara Nair, while Akmal was represented by lawyer Syahrul Syazwan Salehin.The court also ordered Akmal to remove the statements from his social media accounts within seven days and barred him from repeating the defamatory remarks or making similar statements against Kok.The ruling comes ahead of the Melaka state election scheduled for Nov 14.





'Buatlah apa kamu nak buat, untuk saya berundur tidak sama sekali' - Akmal Saleh - Sinarharian - 19/10 6:54 pm

Untuk saya berundur, tidak sama sekali. Selamat berkempen," katanya menerusi hantaran itu.Pada Isnin, mahkamah memerintahkan Akmal membayar ganti rugi am RM250,000 serta kos RM50,000 kepada Teresa.Teresa memfailkan saman pada 25 Oktober 2024 dengan mendakwa Akmal mengeluarkan kenyataan menghina dan merendahkan dirinya menerusi video di aplikasi TikTok pada 7 September 2024.Beliau mendakwa kenyataan menggambarkannya sebagai tidak mempunyai pengetahuan, khususnya berkaitan pensijilan halal, selain menentang dasar kerajaan mengenai amalan Islam.Teresa menamakan Akmal, yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, sebagai defendan tunggal dan menuntut pampasan serta ganti rugi am dan teladan.Akmal bagaimanapun tidak hadir bagi mendengar keputusan itu





Saman fitnah: Akmal Saleh diarah bayar RM300,000 kepada Teresa Kok - Sinarharian - 19/10 5:52 pm

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh diperintahkan membayar ganti rugi keseluruhan RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kes saman fitnah yang difailkan pada 2024.Jumlah itu merangkumi ganti rugi am sebanyak RM250,000 dan kos sebanyak RM50,000.Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Isa Aziz Ibrahim pada Isnin.Teresa diwakili peguam, Datuk Sankara Nair, manakala Akmal diwakili peguam, Syahrul Syazwan Salehin.Sankara berkata, mahkamah mendapati Akmal bertanggungjawab terhadap kenyataan berunsur fitnah yang menjadi subjek saman berkenaan.Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan yang dikemukakan sepanjang prosiding dan beliau menyifatkan penghakiman berkenaan sebagai adil serta saksama.Beliau berkata, mahkamah turut memerintahkan Akmal menurunkan hantaran berkaitan dalam tempoh tujuh hari selain melarangnya mengulangi kenyataan berkenaan."Saya berharap mereka yang mempunyai tanggapan salah terhadap Teresa sebelum ini akan melihat bahawa mahkamah mendapati kenyataan tersebut bersifat fitnah."Dalam politik, terdapat batasan ketika mengkritik. Jika melampaui batas, ia boleh menjadi fitnah dan tindakan itu mempunyai akibat dari segi undang-undang," katanya di pekarangan Mahkamah Tinggi pada Isnin.Sementara itu, Teresa berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang disifatkan sebagai membersihkan namanya.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan peguam yang mengendalikan kes berkenaan serta rakan-rakan yang hadir memberikan sokongan.Menurutnya, keputusan mahkamah itu juga menjadi peringatan kepada ahli politik supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kepada masyarakat."Saya menghormati keputusan hakim yang menegaskan bahawa ahli politik perlu mengeluarkan kenyataan yang berasas dan mempunyai standard kerana kita memainkan peranan dalam membentuk pemikiran masyarakat."Saya melihat perkara itu sebagai nasihat yang baik untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan dalam kepimpinan politik supaya lebih berhati-hati dengan kenyataan yang dibuat," katanya.Mengulas mengenai penggunaan wang ganti rugi itu, Teresa berkata, beliau lazimnya menyalurkan wang yang diterima daripada kes saman kepada tujuan amal, selain mengambil kira bayaran kepada peguam yang mengendalikan kes berkenaan.Teresa memfailkan saman pada 25 Oktober 2024 dengan mendakwa Akmal mengeluarkan kenyataan menghina dan merendahkan dirinya menerusi video di aplikasi TikTok pada 7 September 2024.Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkannya sebagai tidak mempunyai pengetahuan, khususnya berkaitan pensijilan halal, selain menentang dasar kerajaan mengenai amalan Islam.Teresa menamakan Akmal, yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, sebagai defendan tunggal dan menuntut pampasan serta ganti rugi am dan teladan.



PRN Melaka: Pas sudah ada senarai calon - Sinarharian - 16/10 2:40 pm

Tak ada masalah, semua orang kenal Pas, semua orang kenal PN, tak ada masalah. Apalagi kita bergantung kepada pengundi-pengundi muda dan pengundi baharu," jelas beliau.Dalam perkembangan sama, ditanya mengenai spekulasi pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Abdul Hadi memaklumkan bahawa perkara tersebut masih belum diputuskan secara rasmi oleh kepimpinan parti.



Pesuruhjaya Pas Melaka ganti Akmal Saleh di Merlimau? - Sinarharian - 15/10 8:51 pm

SHAH ALAM - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang disandang Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, dijangka diserahkan kepada Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Perkembangan itu menyusul selepas seorang sumber dalaman Pas mendakwa Barisan Nasional (BN) bersetuju memberi laluan kepada Pesuruhjaya Pas Melaka, Zulkifli Ismailuntuk bertanding di kerusi berkenaan.Memetik laporan The Star, sumber itu mengesahkan Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Jasin akan bertanding di DUN Merlimau."Ya, benar Ustaz Tuan Zulkifli ialah calon bagi Merlimau



PRN Melaka: Dira mahu pertahan DUN Rim, tak letak harapan kerusi... - Mygazette - 15/10 7:29 am

Hadir sama, Setiausaha Agung WYF, Datuk Dr Norsabrina Mohd Noor dan Penolong Pengurus TVET Negeri Melaka, Nurliana Zulbahri. Khaidirah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan penyandang DUN Merlimau yang juga Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh apabila memberi bayangan mungkin akan berpindah ke kerusi lain termasuk Serkam atau Sungai Rambai



Melaka polls: Akmal Saleh not defending Merlimau seat? - Sinardaily - 14/10 3:50 pm

MELAKA Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh has hinted that he may contest in a different constituency in the upcoming Melaka state election instead of defending his Merlimau seat.In a Facebook post on Wednesday, he thanked the people of Merlimau and asked whether he should consider contesting in another constituency."Thank you, Merlimau



PRN Melaka: Akmal Saleh tidak pertahan DUN Merlimau? - Sinarharian - 14/10 2:30 pm

MELAKA Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Merlimau, sebelum membayangkan kemungkinan bertanding di kawasan lain."Terima kasih Merlimau



Akmal beri bayangan tinggalkan DUN Merlimau pada PRN Melaka - FMT - 14/10 12:52 am

Ketua Pemuda Umno itu bertanya pengikutnya di Facebook di mana beliau patut tanding selepas ini, sambil membayangkan kemungkinan antara Sungai Rambai atau Serkam.



Akmal hints at leaving Merlimau in Melaka polls - FMT - 14/10 12:41 am

Umno Youth chief asks his followers on Facebook where he should go next, suggesting that he contest Sungai Rambai or Serkam on Nov 14.



'Masa depan, 10 minit dua gol' - Daniesh tarik perhatian Tunku Mahkota Ismail - Sinarharian - 9/10 3:40 pm

DUA gol dalam tempoh singkat sudah cukup untuk meletakkan penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Daniesh Amirruddin dalam radar pemilik kelab itu, Tunku Mahkota Ismail.Pemain berusia 20 tahun itu mencuri tumpuan ketika membantu JDT membelasah kelab Kemboja, PKR Svay Rieng 6-0 dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada malam Khamis.Tunku Ismail turut memberikan bayangan mengenai potensi Daniesh menerusi hantaran ringkas di laman story media sosial baginda."Masa depan. 10 minit dua gol".Daniesh membalas kepercayaan yang diberikan apabila meledak dua gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian, termasuk jaringan pertama hanya seminit selepas memasuki padang.Selain dua gol Daniesh, JDT turut memperoleh jaringan menerusi Arif Aiman Hanapi, Marcos Guilherme, Kevin Medina dan Shahab Zahedi.Ketajamannya di hadapan gawang itu bukan sesuatu yang baharu apabila pemain kelahiran Merlimau, Melaka itu turut meledak dua gol ketika membuat penampilan sulung bersama skuad utama JDT dalam kemenangan 10-0 ke atas UM Damansara pada aksi Piala FA musim 2026/27, 8 September lalu.Daniesh yang menyertai JDT pada 2024 kian menyerlah sebagai prospek muda yang mampu menambah pilihan jentera serangan Harimau Selatan.Perkembangan itu mengingatkan kepada kemunculan beberapa pemain yang pernah mencipta nama bersama JDT, termasuk Safiq Rahim, Safawi Rasid yang dikenali sebagai 'Superwi' dan Arif Aiman.Dengan permulaan memberangsangkan itu, Daniesh berpeluang mengikut jejak mereka sekiranya mampu mengekalkan konsistensi dan terus memanfaatkan peluang bersama skuad utama JDT.



Akmal mahu pengguna media sosial mohon maaf berkait tuduhan curi - Hotfm - 6/10 11:45 pm

Bekas Adun Merlimau menuntut pengguna media sosial berkenaan memohon maaf secara terbuka atau jumpa di mahkamah.




Reformasi     >>



Melaka ler! Jasa Adly vs sepenggal Rauf - Harapandaily
Pertembungan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini bukan sekadar soal siapa lebih layak memimpin, sebaliknya turut membuka ruang untuk membandingkan rekod pentadbiran kerajaan terdahulu dengan prestasi kerajaan negeri semasa. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini ..
Kroni     >>



Championship fixation held back Danish, reveals .. - NST
KUALA LUMPUR: Zulfahmi Khairuddin believes his charge Hakim Danish Ramli needs to forget about the Moto3 Rookie of the Year standings and just take things one race at time.
Tabloid     >>



Makan Ayam Tidak Sah Sembelihan Tanpa Sengaja Bukan .. - Siraplimau
Pendedahan mengenai rampasan kira-kira 6.5 tan ayam tidak sembelih mengikut hukum syarak baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna Islam. Lebih merisaukan, ayam berkenaan mati ketika melalui proses rendaman air panas sebelum disembelih, sekali gus menimbulkan persoalan ..
Tech     >>



ChatGPT could soon turn your Android health data into .. - Androidauthority
It might finally add the Google Health integration Android users have been missing.
World     >>



Iran war live: Tankers hit in Hormuz; Trump again says .. - Aljazeera
US president warns Iran to make a deal, as IRGC says two tankers have hit mines and caught fire in the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Yamaha tarik diri daripada MotoGP Qatar 2026, berdepan .. - Careta
Keputusan itu menyaksikan Yamaha tidak akan menyertai perlumbaan di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar selepas syarikat berkenaan memutuskan untuk mengekalkan sekatan perjalanan yang sedang berkuat kuasa terhadap kakitangannya. Menurut kenyataan rasmi Yamaha yang diterbitkan MotoGP pada 1 ..