| /// |
|
| Search : Menteri Kewangan News | Page 1 |
|
Gabungan elemen GST dalam SST dapat bantu isu cukai bertindih –... - Mygazette - 19/08 5:12 pm Pada 18 Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan kerajaan untuk mengkaji cadangan menggabungkan elemen GST dengan SST bagi memastikan sistem percukaian negara yang lebih progresif. Anwar yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata Malaysia akan mengekalkan SST sebagai sistem percukaian negara dan kerajaan tidak berhasrat mengenakan cukai secara menyeluruh pada masa ini |
|
SPRM kekurangan keterangan untuk tuduh Xavier di mahkamah - Mygazette - 19/08 5:12 pm # SPRM kekurangan keterangan untuk tuduh Xavier di mahkamah KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes membabitkan bekas Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang dibuka pada 2021 susulan kekurangan keterangan sehingga siasatan selesai dijalankan |
|
Bekas CEO Bank Didakwa Tipu Pegawai Kanan, Lepaskan Bayaran RM139.89 Juta - Mygazette - 19/08 5:12 pm # Bekas CEO Bank Didakwa Tipu Pegawai Kanan, Lepaskan Bayaran RM139.89 Juta Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank berdepan pertuduhan menipu selepas didakwa memperdayakan seorang pegawai kanan institusi kewangan itu sehingga menyebabkan pembayaran berjumlah RM139.89 juta dilepaskan kepada sebuah syarikat tahun lalu. |
|
Bagaimana Shahrol boleh dipercayai selepas akui kelirukan mahkamah, PAC? .. - Mygazette - 19/08 5:11 pm # Bagaimana Shahrol boleh dipercayai selepas akui kelirukan mahkamah, PAC? - Shafee KUALA LUMPUR Bagaimana Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi boleh dipercayai sebagai saksi sekiranya beliau sendiri mengakui telah mengelirukan Mahkamah dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebanyak empat kali? Persoalan itu dibangkitkan peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah susulan pemeriksaan balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dalam prosiding saman sivil 1MDB hari ini |
|
Peruntukan Ahli Parlimen, jangan jadikan wang rakyat ???senjata politik??? .. - Mygazette - 19/08 5:11 pm # Peruntukan Ahli Parlimen, jangan jadikan wang rakyat senjata politik Ronald KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani tidak seharusnya menjadikan peruntukan Ahli Parlimen sebagai senjata politik untuk menghukum kawasan yang diwakili pembangkang, sebaliknya mekanisme penyalurannya perlu diinstitusikan melalui undang-undang supaya diberikan secara adil kepada semua wakil rakyat |
|
Sanusi jangan cari jalan elak keputusan mahkamah isu judi berlesen ??? .. - Mygazette - 19/08 5:11 pm # Sanusi jangan cari jalan elak keputusan mahkamah isu judi berlesen Ramkarpal KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diminta menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan kebenaran merayu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengenai dasar negeri itu tidak memperbaharui lesen perniagaan berkaitan perjudian |
|
Peruntukan sama rata belum tentu adil, perlu ikut jumlah pengundi ???... - Mygazette - 19/08 5:11 pm # Peruntukan sama rata belum tentu adil, perlu ikut jumlah pengundi Syahredzan KUALA LUMPUR Peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tidak semestinya adil sekiranya saiz kawasan dan jumlah pengundi tidak diambil kira, kata Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan |
|
Menteri Kewangan II Diberi Masa Sedia Laporan Cadangan Sistem GST-SST - Fahmi - Siakapkeli - 19/08 5:03 pm PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan diberikan sedikit masa untuk menyediakan laporan susulan cadangan kerajaan u... |
|
Fahmi: Kabinet mungkin akan bincang gesaan peruntukan sama rata - Mkini - 19/08 4:47 pm Fahmi berkata perdana menteri sedar akan gesaan mengenai isu itu. |
|
PM arah semakan proses kepulangan pakar melalui TalentCorp - FMT - 19/08 4:45 pm Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Anwar Ibrahim mahu Kementerian Sumber Manusia lapor dapatan kepada Jemaah Menteri. |
|
Menteri Kewangan II diberi masa sedia laporan cadangan sistem GST-SST - Fahmi - Sinarharian - 19/08 4:44 pm PUTRAJAYA - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan diberikan sedikit masa untuk menyediakan laporan susulan cadangan kerajaan untuk menggabungkan elemen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil.Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, laporan itu akan dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut."Ini masih di peringkat awal dan Kementerian Kewangan diberi masa memandangkan ia bukan satu perkara yang boleh dilakukan secara terburu-buru dan melibatkan aspek-aspek pengajaran daripada pelaksanaan sistem GST, isu-isu dihadapi berdasarkan sistem SST waktu ini."Jadi perkara-perkara ini akan dipertimbang oleh Kementerian Kewangan sebelum dibawa untuk dibincang dan diputus di Jemaah Menteri," katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai keperluan Kementerian Kewangan, khususnya Menteri Kewangan II untuk menjalankan kajian penuh mengenai cadangan sistem percukaian hibrid SST-GST itu.Ditanya sama ada Perdana Menteri menetapkan tempoh tertentu bagi laporan itu disiapkan dan sama ada perkara berkenaan akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan yang akan datang, Fahmi berkata, perkara tersebut tidak dimaklumkan di dalam mesyuarat hari ini.Semalan, Anwar dilaporkan berkata, kerajaan bersedia untuk mengkaji cadangan menggabungkan elemen GST dengan SST untuk memastikan sistem percukaian negara yang lebih progresif.Bagaimanapun beliau berkata, Malaysia masih akan mengekalkan SST sebagai sistem percukaian negara, namun akan dipertimbangkan sekiranya terdapat beberapa ciri (dalam GST) yang boleh diterima |
|
Kabinet arah kajian menyeluruh cadangan sistem percukaian hibrid SST-GST - Kosmo - 19/08 4:41 pm PUTRAJAYA – Jemaah Menteri bersetuju supaya satu kajian menyeluruh dijalankan berhubung cadangan pelaksanaan sistem percukaian hibrid yang menggabungkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum sebarang keputusan dibuat |
|
Perbelanjaan pertahanan bukan ditujukan untuk mana-mana negara - Utusan - 19/08 4:32 pm PETALING JAYA: Keperluan meningkatkan perbelanjaan pertahanan bukan semata-mata didorong perkembangan serantau, sebaliknya disebabkan faktor ancaman siber dan elektromagnetik serta kempen penyebaran maklumat palsu secara besar-besaran |
|
Tiada bukti kukuh, SPRM tutup siasatan rasuah Xavier Jayakumar - Mkini - 19/08 3:52 pm Menurut SPRM, kes bekas menteri itu kini diklasifikasikan sebagai Kemas Untuk Simpan (KUS). |
|
RUU Akta MARA 2026 dijangka dibentang di Parlimen November ini - Sinarharian - 19/08 3:45 pm KUALA LUMPUR - Draf Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2026 yang bertujuan memperkemas dan memperkasa tadbir urus agensi itu kini berada di fasa akhir dan dijangka dibentang di Parlimen pada November ini.Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebanyak 80 peratus kandungan dalam RUU berkenaan memberi penekanan kepada aspek tata kelola dan tadbir urus berasaskan piawaian antarabangsa serta amalan tadbir urus korporat yang baik, selain mengehadkan kuasa pengerusi."Kuasa pengerusi dikurangkan, dia tidak boleh terlibat dalam hal-hal berkaitan pentadbiran dan hanya check and balance |
|
Pahang ends recorded hardcore poverty, cuts overall poverty by 30 per cent - Sinardaily - 19/08 3:34 pm KUANTAN - Pahangs hardcore poverty was brought to an end on Feb 19, with all 2,913 heads of household recorded in the Jan 15, 2026 figure removed from the status, said Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.He said the state had also recorded a 30 per cent reduction in poverty, with 4,263 of the 14,210 heads of household classified as poor on June 5 subsequently removed from the category."The classification is based on the 2024 Poverty Line published by the Department of Statistics Malaysia under the Ministry of Economy, he said in a statement today.Wan Rosdy said key factors behind the achievement included targeted assistance, initiatives and interventions provided by the state and federal governments and relevant agencies, as well as changes in household income and household size.According to him, households with a monthly per capita income below RM372 in urban areas and RM345 in rural areas are classified as hardcore poor, while those earning less than RM790 and RM714 respectively are classified as poor.Wan Rosdy said a familys status could also change due to changes in income, job losses and changes in household size, including children moving out to get married or take up employment."This milestone does not mean our efforts to eradicate poverty have come to an end |
|
Fitnah Dahsyat Yang Diulang! – Saifuddin Nafi Dakwaan 1.2 Juta Warga China Diberi Kewarganegaraan - Lobakmerah - 19/08 3:02 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
KPM perlu teliti semula jadual SPM 2026 - Radzi Jidin - Sinarharian - 19/08 2:53 pm SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta meneliti semula jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 susulan kebimbangan ibu bapa dan calon terhadap pelaksanaan ujian mendengar serta ujian bertulis bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada hari sama.Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ketetapan lebih munasabah perlu dirangka demi memastikan tumpuan dan kesiapsiagaan calon tidak terjejas.Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya memaklumkan, berdasarkan jadual peperiksaan terkini, ada komponen peperiksaan berlangsung pada hari sama."Ada yang berkongsi dengan saya tentang keresahan mereka berkaitan jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026."Berdasarkan jadual peperiksaan terkini, tahun 2026 menunjukkan perubahan ketara apabila ujian mendengar dilaksanakan pada hari yang sama dengan ujian bertulis," katanya dalam hantaran Facebook pada Rabu.Menurut Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, situasi berkenaan tidak pernah berlaku sejak ujian mendengar diperkenalkan semula pada tahun 2021.Bagaimanapun, beliau memaklumkan, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu dijadualkan pada tarikh yang sama iaitu pada 23 November 2026."Begitu juga bagi subjek Bahasa Inggeris, di mana Ujian Mendengar dan Ujian Bertulis ditetapkan pada 24 November 2026," ujarnya.Justeru, Mohd Radzi berpandangan, kementerian perlu meneliti perkara terbabit dengan mengambil kira input dan pandangan ibu bapa serta calon SPM 2026. |
|
Belanjawan 2027: KKR mohon peruntukan lebih tinggi - Ahmad Maslan - Sinarharian - 19/08 2:43 pm KUALA LUMPUR Kementerian Kerja Raya (KKR) memohon peruntukan lebih tinggi menerusi Belanjawan 2027 bagi memastikan agenda pembangunan infrastruktur negara dapat terus diperkasakan.Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, kementerian itu secara konsisten menerima peruntukan pembangunan terbesar dalam kalangan 28 kementerian, termasuk RM9.6 bilion atau hampir 10 peratus daripada keseluruhan RM81 bilion Perbelanjaan Pembangunan (DE) pada 2026."Kita faham kerajaan mungkin berdepan kekangan kewangan tertentu termasuk peningkatan peruntukan subsidi."KKR juga sudah memohon peruntukan lebih berbanding tahun lepas, namun serah kepada Kementerian Kewangan," katanya selepas merasmikan prapelancaran Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia Ke-13 serta Kongres Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF) Wilayah Asia-Pasifik Keenam, di sini pada Rabu.Belanjawan 2027 akan dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini, dengan 10 bidang utama menjadi tumpuan kerajaan, terutama kepentingan rakyat setiap dasar, ikhtiar dan peruntukan yang bakal dipertimbangkan.Berdasarkan Kenyataan Prabelanjawan 2027 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Selasa, Belanjawan Madani kelima itu akan terus berpaksikan tiga tonggak ekonomi antaranya menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan Lantai kesejahteraan hidup rakyat dan memacu pembaharuan tatakelola pentadbiran negara.Dalam pada itu Ahmad menjelaskan, sektor pembinaan negara mencatat pertumbuhan 8.5 peratus pada suku kedua 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan nilai RM46.5 bilion.Menurutnya, perkembangan itu menunjukkan ekonomi negara terus berkembang, manakala sektor pembinaan merangkumi projek bangunan, lebuh raya, jalan raya, jambatan dan kerja pembaikan.Sementara itu dalam perkembangan lain Ahmad memaklumkan, penganjuran persidangan berkenaan mampu membuka ruang lebih luas bagi teknologi dan inovasi kejuruteraan jalan tempatan dikembangkan ke peringkat antarabangsa.Beliau berkata, program bertemakan 'Transforming The Nation Through Future Ready Roads' itu mencerminkan komitmen Malaysia menyediakan infrastruktur jalan raya yang berdaya tahan, mampan dan selari dengan keperluan pembangunan masa hadapan."Sebanyak 111 ruang pameran akan disediakan sepanjang persidangan bagi mengetengahkan produk dan teknologi terkini sektor berkaitan."Kita juga menyasarkan kehadiran 1,000 peserta dalam dan luar negara, dengan penglibatan 100 pembentang kertas kerja teknikal yang bakal berkongsi pengalaman mengenai teknologi dan inovasi kejuruteraan," jelasnya.Persidangan dan pameran bertaraf antarabangsa itu dijadual berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). |
|
Pemansuhan AUKU 1971 bukti Anwar juarai, bebaskan pemikiran anak muda - Penganalisis - Sinarharian - 19/08 2:34 pm KUALA LUMPUR - Berbekalkan rekod pengalaman sebagai bekas pemimpin pelajar, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan beliau menjuarai pemikiran anak muda agar lebih kritis dan bebas untuk membawa negara ke tahap lebih tinggi di masa depan.Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu, Prof |
|
Kes buli Shah Alam diklasifikasi pergaduhan - JPN Selangor - Sinarharian - 19/08 2:28 pm KLANG - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengklasifikasikan kejadian pelajar di sebuah sekolah di Shah Alam yang dilaporkan kes buli sebelum ini sebagai pergaduhan.Pengarahnya, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan menyeluruh dengan mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak terbabit."Memang ada berlaku kes itu di sekolah berkenaan, tetapi kita sudah melakukan proses mediasi dengan ibu bapa serta menjalankan siasatan secara menyeluruh."Berdasarkan dapatan awal setakat ini, ia sebenarnya pergaduhan dan bukan buli," katanya ketika ditemui selepas Majlis Aspirasi Pendidikan Yayasan MBI 2026 di sini pada Rabu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang ibu, Nurhaswaty Zamani, 43, mendakwa anaknya, Adryz Adrian, 15, mengalami kecederaan pada kepala dan telinga selepas dipercayai menjadi mangsa buli serta serangan di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.Nurhaswaty meluahkan kebimbangan selepas anak tunggalnya itu dilaporkan berdepan risiko kehilangan pendengaran susulan kecederaan dialaminya.Mengulas lanjut, Wan Nor Ashikin menjelaskan, pihak sekolah turut mengambil pendekatan segera dengan mengarahkan pengetua menziarahi pelajar terbabit selain mendapatkan khidmat kaunselor bagi memberi sokongan dan semangat.Katanya, pihak Nazir turut terbabit dalam proses siasatan berhubung kejadian berkenaan."Bagi pihak kami, siasatan dan proses itu masih berjalan, selain sudah menyerahkan perkara ini kepada polis untuk siasatan dan tidak mahu mengganggu siasatan pihak berkuasa."Pada masa sama, apa yang dilakukan ibu bapa termasuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang adalah hak mereka," katanya.Wan Nor Ashikin berkata, JPN Selangor memandang serius aspek keselamatan dan kebajikan pelajar serta akan terus melakukan penambahbaikan sekiranya terdapat sebarang kelemahan di sekolah.Beliau berkata, pihak sekolah juga mempunyai jadual pemeriksaan mengejut sebagai antara langkah pencegahan, namun ia tidak boleh dilakukan setiap hari kerana perlu mengambil kira masa pengajaran dan pembelajaran."Guru kita semua komited menjalankan tugas, malah saya sendiri selalu turun ke sekolah dan melihat apa yang mereka lakukan."Namun, perkara yang berlaku kadang-kadang di luar kawalan dan dugaan kita |
|
'Rakyat perlu faham SST, GST sebelum sistem cukai baharu diperkenal' - Ahmad Maslan - Sinarharian - 19/08 2:11 pm KUALA LUMPUR Pendidikan percukaian perlu diperkasa segera bagi memastikan rakyat memahami perbezaan, kebaikan serta kelemahan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, kefahaman mengenai sistem tersebut penting susulan cadangan kerajaan menggabungkan elemen SST dan GST menerusi sistem cukai hibrid."Pendidikan percukaian hendaklah dibuat secepat mungkin oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana masyarakat perlu memahami sistem-sistem cukai yang berbeza."Perkara itu perlu diajar dengan pantas, sama ada melalui (saluran) RTM (Radio Televisyen Malaysia), atau platform media lain," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Prapelancaran Persidangan Jalan Malaysia ke-13, di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC), pada Rabu.Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor memaklumkan, kerajaan terbuka melaksanakan kajian terhadap keperluan menggabungkan kedua-dua sistem percukaian berkenaan bagi menambah baik sistem percukaian negara ke arah lebih progresif.Beliau yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun menjelaskan, kerajaan akan mengekalkan SST sebagai asas sistem percukaian ketika ini, namun tidak menolak kemungkinan menerima beberapa ciri GST yang dilihat sesuai bagi mewujudkan sistem percukaian lebih baik.Dalam pada itu Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, cadangan untuk mengkaji sistem hibrid merupakan pendekatan wajar diteliti bagi mencari sistem percukaian paling sesuai dengan keadaan negara."Perdana Menteri mencadangkan sistem hibrid GST dan SST, ini kali pertama saya dengar."Oleh itu saya mencadangkan supaya rakyat diberi kefahaman jelas mengenai sistem berbeza itu," ujarnya. |
|
Kes Xavier Jayakumar diklasifikasikan KUS - Sinarharian - 19/08 2:03 pm KUALA LUMPUR - Kes melibatkan Datuk Dr Xavier Jayakumar diklasifikasikan sebagai Kemas Untuk Simpan (KUS) oleh Timbalan Pendakwa Raya pada 2024 selepas siasatan mendapati tiada keterangan mencukupi untuk menuduh bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, siasatan berhubung kes berkenaan yang dibuka pada 2021 telah selesai."Sebanyak dua kertas siasatan dibuka pada 2021 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009."Setelah siasatan dan penelitian terhadap fakta, dokumen serta keterangan berkaitan dilaksanakan, Timbalan Pendakwa Raya telah membuat keputusan Kemas Untuk Simpan (KUS) kes tersebut pada 2024 kerana tiada keterangan mencukupi untuk menuduh Xavier," katanya.Menurut SPRM, tempoh sesuatu siasatan bergantung kepada kompleksiti kes serta keperluan untuk mendapatkan, meneliti dan mengesahkan maklumat serta keterangan yang berkaitan."SPRM menegaskan bahawa setiap siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berdasarkan fakta serta keterangan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak."Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung perkara berkenaan memandangkan siasatan telah selesai," katanya.Xavier sebelum ini disiasat SPRM susulan penahanan rakan karibnya, M A Thinagaran kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat bagi projek yang dianugerahkan kepada mereka oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli pada 2019, ketika beliau mengetuai kementerian itu sebagai menteri. |
|
147 pelajar terima tawaran pengajian luar negara - Harakahdaily - 19/08 2:02 pm KOTA BHARU: Seramai 147 pelajar Kelantan menerima tawaran melanjutkan pengajian ke luar negara tahun ini membabitkan beberapa negara termasuk Mesir, Jordan, Tunisia, Korea Selatan dan Arab Saudi |
|
Rakyat sentiasa jadi keutamaan, ini 10 tumpuan kerajaan dalam Belanjawan 2027 - Mydateline - 19/08 2:00 pm Belanjawan 2027 yang menjadi belanjawan kelima di bawah Kerajaan Madani ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual untuk dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober .. |
|
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin membuka .. - Wrlr - 19/08 1:41 pm Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin membuka ruang untuk membincangkan kemungkinan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang semakin hampir |
|
Ancaman sebenar orang Melayu adalah dadah dan kemiskinan - Wrlr - 19/08 1:39 pm Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ancaman sebenar terhadap Melayu adalah apabila mereka terus dibelenggu kemiskinan dan gejala penagihan dadah yang serius |
|
Majlis Ulama Umno tak akan pertahan salah laku, penyelewengan dalam Tabung .. - Wrlr - 19/08 1:36 pm SITI NUR ZAWANI August 19, 2026 Majlis Ulama Umno menegaskan bahawa parti itu tidak akan mempertahankan sebarang salah laku sekiranya terbukti berlaku di dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (LTH) |
|
Kestabilan Politik Amat Penting Tarik Pelaburan, Pastikan Ekonomi Terus .. - Wrlr - 19/08 1:11 pm Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Putrajaya pada 18 Ogos 2026 |
|
PM Anwar Arah Siasatan Segera Nahas Lori Imigresen Tanpa Kompromi - Wrlr - 19/08 1:09 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arah siasatan nahas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pagi tadi meragut nyawa tiga sekeluarga pada 19 Ogos 2026 |
|
Kerajaan mengalah isu nikotin cecair, NGO persoal muslihat KKM - Mkini - 19/08 1:01 pm Notis bertarikh 18 Ogos itu menyatakan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad serta kerajaan menarik balik dan menamatkan keseluruhan rayuan mereka. |
|
Kadar gaji pekerja perlu selari realiti kos sara hidup - UNI-MLC - Sinarharian - 19/08 12:46 am SHAH ALAM - Penetapan gaji pekerja perlu mengambil kira realiti kos sara hidup semasa bagi memastikan pendapatan diterima bukan sekadar mencukupi untuk memenuhi keperluan asas, malah membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih terjamin dan bermaruah.Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, perubahan kos makanan, perumahan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan harian memberi kesan langsung terhadap kuasa beli pekerja terutama golongan berpendapatan rendah.Justeru, beliau berpandangan, kajian semula Perintah Gaji Minimum 2024 yang sedang dilaksanakan kerajaan penting bagi menilai sama ada kadar semasa masih relevan dengan keadaan ekonomi dan keperluan pekerja ketika ini."Bagi pekerja, isu gaji bukan sekadar mengenai satu angka di atas slip gaji |
|
Pahang berjaya noktah miskin tegar - Mypress - 19/08 12:27 am KUANTAN – Pahang menoktahkan miskin tegar apabila kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) yang direkodkan dalam ‘lock figure’ pada 15 Januari lalu berjaya dikeluarkan daripada status tersebut |
|
Nama sering dikaitkan kes Menara KL, Annuar pilih berdiam diri - Sinarharian - 19/08 12:11 am SHAH ALAM - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memilih untuk berdiam diri berhubung kes pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL) yang masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Annuar berkata, namanya sering diketengahkan setiap kali isu berkaitan Menara KL disebut, termasuk penggunaan fotonya dalam laporan mengenai kes berkenaan walaupun perkara itu membabitkan individu lain."Setiap kali ada sebutan berkaitan Menara Kuala Lumpur, nama saya yang disorotkan, foto saya yang digunakan walaupun kes orang lain |
|
Sanusi bayang ada lagi jalan kekal larangan judi di Kedah - FMT - 19/08 11:21 am Menteri besar itu bagaimanapun berkata perkara itu akan diteliti lanjut oleh kerajaan negeri bagi memastikan ia tidak dianggap menghina mahkamah. |
|
PDRM hantar pasukan ke Pakistan siasat penahanan rakyat Malaysia disyaki scammer - Sinarharian - 19/08 11:18 am KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar pasukan khas ke Islamabad, Pakistan bagi menyiasat laporan berhubung penahanan beberapa rakyat Malaysia disyaki terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, setakat ini, beliau belum dapat mengesahkan jumlah sebenar rakyat Malaysia terlibat memandangkan siasatan masih pada peringkat awal."Menteri Dalam Negeri ada maklum kepada saya semalam, dan untuk ke tempat tertentu ini memerlukan tindakan yang bersepadu, bukan sahaja antara kita tetapi juga kerajaan kepada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Aset All Terrain Tactical Assault E-bike (ATEB) di sini pada Rabu.Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.Mohd Khalid berkata, PDRM kini giat mengesan rangkaian pihak terlibat dalam kegiatan itu dengan kerjasama penuh pihak berkuasa Pakistan.Semalam, media antarabangsa melaporkan pihak berkuasa Pakistan menahan 258 warga asing dalam serbuan ke atas pusat panggilan penipuan di kawasan perumahan Gulberg Green, pinggir Islamabad.Tangkapan itu melibatkan 40 rakyat China dan 170 Vietnam selain warganegara Malaysia dan negara Asia lain.Dalam pada itu, Mohd Khalid mendedahkan trend semasa menunjukkan kegiatan penipuan dalam talian kini banyak melibatkan warga asing terutama dari China.Beliau berkata, kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM menahan 182 warga asing yang cuba menjadikan Malaysia sebagai hab kegiatan penipuan dalam talian pada bulan lepas juga menunjukkan keseriusan kes itu.Selain itu, Mohd Khalid berkata, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerima lebih 500 panggilan setiap hari dengan setiap aduan akan disusuli laporan polis bagi membolehkan JSJK mengambil tindakan segera |
|
Ketua pegawai kewangan universiti dituduh pecah amanah lebih RM6 juta - FMT - 19/08 11:09 am Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat universiti di Nilai antara September 2025 hingga April lalu. |
|
PM Anwar Arah Siasatan Segera Kemalangan Maut BabitkanLori Imigresen - Mydateline - 19/08 11:03 am Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubungkemalangan maut membabitkan lori jabatan itu di JalanSultan Ismail, .. |
|
Bekas CEO bank pelaburan didakwa tipu RM139.8 juta - Sinarharian - 19/08 11:01 am KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan menipu berhubung pembayaran RM139.8 juta kepada sebuah syarikat pengurusan universiti swasta.Razlan Raghazli, 43, bekas CEO UBB Investment Bank Limited mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.Mengikut pertuduhan, Razlan didakwa menipu Pengarah Urusan merangkap CEO UBB Amanah Bhd Aida Aizura Othman, 52, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa jadual pembayaran di dalam surat UBB Investment Bank Limited adalah selaras dengan nasihat guaman.Surat "Disbursement Advice on Islamic Property Financing Under Bai-Bithaman Ajil (BBA)" bertarikh 18 September 2025 itu ditandatangani Razlan dengan menyatakan ia mengikut nasihat peguam daripada sebuah firma guaman.Lelaki itu bagaimanapun didakwa mengetahui bahawa jadual pembayaran tersebut bercanggah dengan nasihat yang diberikan.Perbuatan itu didakwa menyebabkan Aida Aizura melepaskan pembayaran wang berjumlah RM139,891,776 kepada ELMU Higher Education Sdn Bhd yang tidak akan dilakukan jika tidak diperdayakan.Kesalahan didakwa dilakukan di bank itu di Desa Sri Hartamas, di sini pada September 2025 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu atau berkomunikasi dengan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.Bagaimanapun, peguam Azamuddin Abdul Aziz memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM50,000 atas alasan Razlan tidak bekerja sejak Jun lepas dan perlu menanggung empat anak serta ibu yang uzur.Azura membenarkan jaminan RM60,000 berserta syarat tambahan dimohon pendakwaan dan menetapkan 12 Oktober untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.Dalam pada itu, peguam pemerhati bagi UBB, Johan Mohan Abdullah memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya media tidak menamakan institusi kewangan berkenaan dalam pelaporan berita.Beliau berkata, laporan yang menamakan institusi kewangan itu dikhuatiri boleh menjejaskan kestabilan kewangan dan mencetuskan panik dalam kalangan pendeposit.Bagaimanapun, Azura menegaskan orang awam mempunyai hak untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kes itu |
|
Belanjawan 2027 berpaksi kepada rakyat, orang ramai boleh salur pandangan dalam Portal Cadangan - Mydateline - 19/08 11:00 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 semalam sebagai mukadimah dalam perjalanan menuju Belanjawan Madani Kelima yang akan dibentangkan di .. |
|
Sanusi hints at way forward to uphold Kedah gambling ban - FMT - 19/08 10:52 am Menteri besar says lawyers will assess options to ensure that the state government does not act in contempt of the Federal Court's ruling. |
|
Jangan jadikan rakyat, peniaga bahan eksperimen cukai Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 19/08 10:39 am PUTRAJAYA Kerajaan diminta tidak menjadikan rakyat dan peniaga sebagai bahan eksperimen susulan cadangan menggabungkan elemen Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Ketua Penerangan Nasional Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci bentuk sistem hibrid berkenaan sekiranya benar-benar mahu melaksanakannya.Menurutnya, perubahan dasar percukaian sebesar itu tidak boleh dibuat secara cuba-cuba kerana kesannya akan ditanggung jutaan pengguna dan peniaga."Kerajaan tidak boleh sekadar berkata mahu mengambil kelebihan kedua-dua sistem kerana GST dan SST mempunyai struktur yang berbeza."Jika mahu digabungkan, rakyat dan dunia perniagaan berhak mengetahui mekanismenya, kadar cukai, skop barangan dan perkhidmatan, threshold pendaftaran serta bagaimana kredit cukai input akan dikendalikan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, peniaga memerlukan kepastian dan bukannya eksperimen fiskal, khususnya ketika perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedang berdepan pelbagai perubahan dalam operasi.Ujar beliau, PKS kini perlu menyesuaikan sistem perakaunan dan operasi dengan pelaksanaan e-Invois, selain menanggung peningkatan kos bahan mentah, utiliti, tenaga, logistik dan upah."Sebarang sistem cukai baharu akan membawa kos tambahan daripada perubahan perisian dan latihan kakitangan kepada yuran perakaunan serta penyusunan semula proses invois dan tuntutan."Sebab itu kerajaan wajib membentangkan kajian impak dan kos pematuhan sebelum mengumumkan arah dasar baharu. Jangan umumkan slogan dahulu, kemudian baru fikir bagaimana sistem hendak dilaksanakan," tegas Wan Ahmad Fayhsal.Pada Selasaa, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan bersedia meneliti sistem percukaian yang menggabungkan elemen SST dan GST bagi membentuk sistem yang lebih progresif serta efisien.Bagaimanapun, cadangan berkenaan tidak bermakna GST akan diperkenalkan semula sepenuhnya, sebaliknya kerajaan masih mengekalkan SST sebagai asas sistem percukaian semasa dan meneliti elemen GST yang sesuai untuk diterapkan.Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kesan perubahan sistem percukaian tidak hanya akan dirasai peniaga kerana peningkatan kos operasi berpotensi dipindahkan kepada harga barang dan perkhidmatan."Yang akhirnya membayar ialah pengguna"Jika kerajaan mendakwa sistem hibrid ini lebih progresif dan tidak membebankan golongan berpendapatan rendah, tunjukkan buktinya dengan angka," katanya.Beliau turut mempersoalkan jumlah hasil tambahan yang bakal diperoleh kerajaan, kos yang perlu ditanggung PKS serta kesan terhadap inflasi dan harga barang."Siapa yang akan membayar lebih dan siapa yang akan membayar kurang?"Ini sepatutnya dijawab sebelum sistem baharu diumumkan, bukannya selepas rakyat dan peniaga diminta menyesuaikan diri," katanya.Wan Ahmad Fayhsal turut mempersoalkan mengapa SST yang selama ini dipertahankan sebagai sistem percukaian lebih bersasar kini dilihat perlu mengambil elemen GST."Jika GST dahulu dikatakan terlalu membebankan rakyat, elemen manakah daripada GST yang kini mahu diperkenalkan?" soalnya.Beliau berkata, kerajaan juga perlu menjelaskan perubahan pendirian berhubung GST selepas sebelum ini menegaskan cukai berkenaan tidak akan dikembalikan dan SST akan dikekalkan."Rakyat tidak memerlukan satu lagi nama baharu untuk cukai |
|
Senator muda, had penggal Ahli Parlimen: Ruang cabar dominasi veteran - FMT - 19/08 10:30 am Usul yang akan dibawa ke Jemaah Menteri menunjukkan keseriusan kerajaan terhadap agenda peremajaan dan reformasi politik. |
|
Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen - Sinarharian - 19/08 10:08 am PUTRAJAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori jabatan itu yang mengorbankan tiga sekeluarga, awal pagi tadi.Anwar berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil tanpa kompromi sekiranya siasatan mendapati berlaku kecuaian atau pelanggaran undang-undang dalam insiden berkenaan."Saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh."Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Beliau pada masa sama menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tragis itu."Salam takziah buat mereka yang terkorban |
|
Saifuddin nafi dakwaan beri kewarganegaraan secara borong kepada warga asing - FMT - 19/08 10:04 am Menteri dalam negeri berkata dakwaan itu telah dinafikan berkali-kali namun masih ada pihak kitar semula isu berkenaan. |
|
Belanjawan 2027: Keresahan, harapan masyarakat pelbagai lapisan diberi perhatian – PM Anwar - Mydateline - 19/08 9:35 am Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu telah menghimpunkan hampir 400 wakil daripada pelbagai lapangan untuk mengemukakan .. |
|
Bersih gesa kerajaan gubal kerangka perundangan jamin peruntukan sama rata - FMT - 19/08 9:30 am Penganalisis juga berkata peluang tiba untuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim buktikan komitmen terhadap reformasi. |
|
Ipoh dalam radar ejen pelancongan dunia - Sinarharian - 19/08 9:30 am IPOH - Pengalaman beberapa ejen pelancongan antarabangsa yang menyertai program Ipoh Heritage and Cultural Experience pada Julai lalu membuktikan bandar raya ini semakin mendapat tempat sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan dan budaya di negara ini.Wakil ejen pelancongan dari Uzbekistan, Sanobar menyifatkan kunjungan pertamanya ke Ipoh sebagai satu pengalaman yang mengagumkan walaupun sebelum ini sudah beberapa kali ke Malaysia."Ipoh memiliki nilai tambah yang besar dari segi sejarah dan budaya yang boleh diketengahkan kepada pelancong antarabangsa, sekali gus berpotensi dimasukkan dalam pakej pelancongan agensinya."Melalui promosi yang berterusan dan penyusunan produk pelancongan yang menarik, saya yakin Ipoh mampu menarik lebih ramai pelancong dari Uzbekistan," katanya.Sementara itu, ejen pelancongan dari India, Sarah berpandangan Ipoh mempunyai keunikan tersendiri sebagai sebuah bandar yang tulen, bersih dan kaya dengan kawasan hijau.Katanya, faktor ketenangan dan suasana santai menjadikan Ipoh sesuai sebagai destinasi percutian lebih panjang, khususnya bagi pelancong warga emas dan pencinta alam semula jadi."Saya melihat Ipoh sebagai destinasi baharu yang berpotensi dalam pasaran India memandangkan kebanyakan pelancong dari negara kami lebih tertumpu ke Kuala Lumpur, Genting Highlands, Pulau Pinang dan Langkawi," katanya.Dalam pada itu, wakil Indonesia, Ulul Azmi menyifatkan pemeliharaan bangunan bersejarah di Ipoh sebagai antara tarikan utama yang membezakan bandar ini dengan destinasi lain.Beliau berkata, keaslian seni bina peninggalan zaman penjajahan yang masih digunakan sehingga kini memberikan pengalaman autentik kepada pelancong."Saya suka menikmati makanan tempatan seperti tauhu, taugeh dan hidangan popular lain |
|
KDN kesal naratif palsu kewarganegaraan borong terus dikitar semula - Sinarharian - 19/08 9:05 am SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan pemberian kewarganegaraan secara borong kepada warga asing, termasuk dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia selepas memasuki negara ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan berkenaan telah beberapa kali dinafikan dan diperjelaskan berdasarkan fakta serta data rasmi sejak tahun lalu.Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang terus mengitar semula video, poster dan naratif yang telah diperbetulkan hanya bertujuan mengelirukan rakyat selain meniup sentimen perkauman dan kebencian."Dakwaan kononnya KDN memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing atau dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia adalah tidak benar."Perkara ini telah dijelaskan secara rasmi dan fakta mengenainya boleh dirujuk melalui kenyataan saya sendiri serta laporan media," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Saifuddin berkata, penyebaran dakwaan tidak berasas bukan sahaja mencemarkan nama individu atau institusi, malah berpotensi menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.Tambahnya, penyebaran fitnah itu juga boleh mencetuskan kebencian antara kaum, mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan keselamatan negara."Saya mengingatkan semua pihak agar menghentikan penyebaran fitnah dan tidak memperalatkan isu-isu sensitif demi kepentingan politik atau meraih perhatian di media sosial."Saya juga menyeru rakyat menyemak kesahihan sesuatu maklumat daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkannya," katanya. |
|
RM2 juta ternak tilapia guna teknologi bioflok, 120 tan ikan disasar setahun - Mydateline - 19/08 9:00 am Projek ternakan ikan tilapia dalam tangki menggunakan teknologi bioflok di MARDI Klang dijangka menghasilkan sehingga 120 tan metrik ikan setahun apabila beroperasi sepenuhnya |
|
Ibu Kerja Tukang Cuci, Lovely Sabana Cemerlang STPM Bakal Sambung Pengajian Ke UPSI Dibantu MARA - Siraplimau - 19/08 7:53 am Ada ketika, keputusan cemerlang sahaja belum cukup untuk memastikan seseorang dapat melangkah ke universiti dengan mudah |
|
Ong Kian Ming: Malaysia Tidak Mahu BYD Ganggu Industri Automotif Tempatan Seperti Berlaku di Thailand - Careta - 19/08 7:46 am Perkara itu dibangkitkan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming yang menyifatkan industri automotif kini sedang melalui perubahan besar susulan pelaburan pengeluar China di Malaysia dan Asia Tenggara |
|
Kadar Tambang RTS Link Bakal Diumum Dalam Masa Terdekat - Careta - 19/08 7:46 am "Akan datang, pengumuman tambang antara kerajaan Malaysia dengan Singapura (akan diumumkan) |
|
Kwasa Damansara must remember its rubber pioneers - Sinchew - 19/08 7:43 am Earthworks and construction are underway across both the Petaling Jaya (MBPJ) and Shah Alam (MBSA) sectors, primarily focusing on high-density residential developments |
|
Pulau Batu Puteh: Dr Mahathir diberi tempoh dua minggu fail permohonan... - Mygazette - 19/08 7:43 am # Pulau Batu Puteh: Dr Mahathir diberi tempoh dua minggu fail permohonan kemuka laporan RCI PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan pendengaran rayuan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas peguam bekas Perdana Menteri itu memaklumkan hasrat beliau untuk memfailkan permohonan bagi mengemukakan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pulau Batu Puteh sebagai keterangan baharu |
|
AUKU: Kerangka baharu mesti perkasa autonomi universiti, kebebasan .. - Mygazette - 19/08 7:43 am # AUKU: Kerangka baharu mesti perkasa autonomi universiti, kebebasan akademik - Adam Adli KUALA LUMPUR - Kerangka undang-undang baharu susulan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu memperkasakan autonomi universiti dan kebebasan akademik serta tidak mengulangi kelemahan undang-undang berkenaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim |
|
Bekas CEO 1MDB nafi layan Jho Low seperti Perdana Menteri - Mygazette - 19/08 7:43 am # Bekas CEO 1MDB nafi layan Jho Low seperti Perdana Menteri KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memaklumkan Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak pernah melayan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, seperti Perdana Menteri negara ini |
|
RCI TH: Jangan sewenang-wenang lempar label `sakau???, `rompak??? dan .. - Mygazette - 19/08 7:43 am # RCI TH: Jangan sewenang-wenang lempar label `sakau, `rompak dan `pengkhianat Ulama UMNO KUALA LUMPUR Label seperti `sakau, `rompak dan `pengkhianat dalam isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak wajar dilemparkan secara sewenang-wenangnya sebelum dibuktikan melalui proses undang-undang yang sah |
|
Janawibawa: Syarikat pembinaan pernah gagal penilaian teknikal kerana .. - Mygazette - 19/08 7:43 am Pada 13 April lalu, pegawai bank, Chang Hui Chin berkata, KCJ Engineering menyalurkan RM800,000 kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi empat cek masing-masing sebanyak RM200,000 pada 1 September 2022. Pada 6 Julai lalu, bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, KCJ Engineering telah disenaraikan di nombor 31 dalam senarai cadangan 54 kontraktor untuk pembinaan Projek Membina Jalan Baharu Menyambung Felda Bukit Jalor ke Gemas |
|
Dua penguat kuasa KPDN Selangor cedera ketika Ops Tiris 4.0, Armizan... - Mygazette - 19/08 7:43 am # Dua penguat kuasa KPDN Selangor cedera ketika Ops Tiris 4.0, Armizan zahir dukacita KUALA LUMPUR - Dua anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor cedera ketika menjalankan tugas dalam Ops Tiris 4.0 bagi membanteras penyelewengan barang kawalan bersubsidi gas petroleum cecair (LPG) melalui aktiviti decanting |
|
Bekas CEO bank pelaburan antara 3 didakwa di mahkamah Kuala Lumpur,... - Mygazette - 19/08 7:43 am # Bekas CEO bank pelaburan antara 3 didakwa di mahkamah Kuala Lumpur, Seremban esok KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO)sebuah bank pelaburan akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen di sini dan Seremban esok |
|
DAP gesa undang-undang khas pastikan peruntukan saksama semua Ahli Parlimen - Mygazette - 19/08 7:43 am # DAP gesa undang-undang khas pastikan peruntukan saksama semua Ahli Parlimen KUALA LUMPUR - DAP menggesa kerajaan menggubal undang-undang khas bagi menjamin peruntukan kepada semua Ahli Parlimen tanpa diskriminasi berdasarkan kecenderungan politik |
|
UAE hentikan semua urusan perdagangan, kewangan dengan Iran - Utusan - 19/08 7:20 am ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan penggantungan semua urusan perdagangan dan kewangan dengan Iran sehingga diberitahu kelak |
|
'I don't have a dream wedding, but I have a dream wife' - Kata romantis Syed Saddiq untuk Bella - Sinarharian - 19/08 7:16 am KUALA LUMPUR - "I don't have a dream wedding, but I have a dream wife"Demikian gambaran romantis Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah yang dijadual berlangsung pada 10 Oktober ini.Syed Saddiq berkata, baginya, perkara paling penting bukanlah kemeriahan atau konsep majlis, sebaliknya dapat berkongsi berkongsi cinta dan hidup bersama wanita yang dianggapnya sebagai isteri impian."Saya tidak mempunyai dream wedding, tetapi saya mempunyai dream wife |
|
Agrobank perkukuh perkhidmatan kewangan di Klang - Utusan - 19/08 7:13 am KLANG: Agrobank memperkukuhkan tawaran perkhidmatan kewangannya di Lembah Klang bagi menyediakan kemudahan lebih selesa dengan membuka cawangan di Bandar Botanik, di sini, semalam |
|
Peruntukan ahli Parlimen: 'Patutnya esok nak bubar, hari ini barulah buat gesaan' - Fadhli Shaari - Sinarharian - 19/08 12:32 am SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo yang menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang khas bagi menjamin semua ahli Parlimen termasuk pembangkang menerima peruntukan sama rata.Menerusi satu hantaran di media sosialnya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu secara sinis berkata, beliau bersetuju dengan cadangan tersebut."Saya setuju, cumanya awal sangat gesaan ini |
|
3 termasuk bekas CEO bank dijangka didakwa esok bawah akta SPRM - FMT - 18/08 11:36 pm Bekas CEO dan seorang pengarah syarikat akan didakwa di mahkamah Kuala Lumpur, manakala seorang ketua pegawai kewangan akan dihadap ke mahkamah Seremban. |
|
Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM - Mypress - 18/08 10:38 pm KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi - Mypress - 18/08 10:31 pm PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.… |
|
Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar - Mypress - 18/08 10:24 pm PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada kestabilan politik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan serta keyakinan pelabur terhadap Malaysia diperkukuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.… |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |