///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Masjid News   Page 1    



Jenazah Nur Izzati Humaira selamat dikebumikan - Mygazette - 27/05 10:24 am

Jenazah Nur Izzati Humaira dikebumikan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor pada 12.19 tengah malam. Terdahulu, jenazah anak kedua daripada empat adik-beradik itu dibawa ke Masjid Ar-Riduaniah Felda Trolak Utara, di sini untuk disolatkan





PM solat sunat Aidiladha di Masjid Putra - Mygazette - 27/05 10:24 am

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha bersama jemaah di Masjid Putra di sini, pagi ini





Selamat Hari Raya, Jom Kita Jayakan Korban Dengan Baik – PM - Mygazette - 27/05 10:24 am

# Selamat Hari Raya, Jom Kita Jayakan Korban Dengan Baik - PM Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha bersama jemaah di Masjid Putra pagi ini





Sultan Selangor tunai solat Aidiladha bersama 15,000 rakyat - Kosmo - 27/05 9:21 am

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 15,000 rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini





Bekalan minyak negara cukup hingga Julai – PM - Mygazette - 26/05 4:50 pm

Kita doa supaya semua selamat kerana apabila saya di Cebu, Filipina bagi mesyuarat ASEAN kita lihat ramai beratur di stesen minyak kerana 400 stesen minyak sudah tutup, Alhamdulillah kita belum sampai ke situ, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lembu Korban bagi Parlimen Permatang Pauh serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di sini, hari ini





Kena Cium Dinding Dulu Ke Untuk Buang Lipstick? Kesan Gincu Di Dinding Masjid Cetus Tanda Tanya Pengunjung - Siraplimau - 26/05 1:34 pm

Perkongsian seorang pengguna Threads, Ridhwah, mencetuskan perbualan hangat di media sosial selepas dia memuat naik gambar memaparkan kesan gincu pada dinding sebuah masjid di Kuala Lumpur





Masjid Seksyen 7 Shah Alam Perkenal Mesin UV Canggih! Boleh Cuci Kopiah, Songkok & Helmet ‘Masham’ - Siraplimau - 26/05 12:39 am

Masjid Seksyen 7 Shah Alam mencuri perhatian ramai selepas memperkenalkan satu kemudahan baharu yang cukup moden dan praktikal untuk kegunaan jemaah iaitu mesin layan diri cuci songkok, kopiah dan helmet





Ejen hartanah tikam ibu tunggal tiba di mahkamah, didakwa hari ini - Sinarharian - 26/05 10:17 am

ALOR SETAR - Seorang ejen hartanah yang disyaki menikam kenalan wanitanya dalam kejadian di Titi Gajah pada 17 Mei lalu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini bagi menghadapi pertuduhan hari ini.Lelaki berusia 32 tahun itu yang juga seorang duda dibawa menaiki van polis dan tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.36 pagi.Tertuduh dijangka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenaliSuspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahanEjen hartanah tikam wanita direman tujuh hariJika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, hukuman penjara boleh mencecah sehingga 20 tahun.Media sebelum ini melaporkan seorang wanita yang juga ibu tunggal kepada dua anak cedera parah di bahagian leher akibat ditikam seorang kenalan lelaki di dalam sebuah kereta di hadapan restoran di Jalan Titi Gajah kira-kira jam 9.19 malam, 17 Mei lalu.Kejadian berlaku di dalam kereta jenis Mazda ketika mangsa berada di tempat duduk pemandu manakala suspek duduk di bahagian penumpang hadapan.ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu dipercayai punca duda tikam leher wanita dalam keretaWanita cedera ditikam selamat jalani pembedahan 10 jamSuspek dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian sebelum berjaya ditahan polis ketika bersembunyi di kawasan masjid di Taman Uda kira-kira jam 1.50 pagi keesokan harinya.Siasatan mendapati suspek dan mangsa saling mengenali sejak lebih setahun lalu kerana bekerja sebagai ejen hartanah.Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu atau cinta tidak berbalas.Polis turut menemukan sebilah pisau rambo yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di kawasan sawah kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian selepas dipandu arah oleh suspek.





Sektor korporat pemangkin kebajikan ummah - Sinarharian - 26/05 10:00 am

PUTRAJAYA Sektor swasta disaran terus memainkan peranan lebih aktif dalam memperkukuhkan agenda kebajikan masyarakat dan pembangunan sosial negara menerusi pelbagai inisiatif berteraskan nilai Islam termasuk pelaksanaan ibadah korban.Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, dalam Islam tanggungjawab sosial tidak hanya dipikul kerajaan atau institusi agama semata-mata, sebaliknya turut melibatkan syarikat korporat dan sektor swasta.Menurut beliau, kekuatan dimiliki sektor swasta dari sudut kewangan, kepakaran pengurusan, teknologi dan jaringan masyarakat mampu menjadi pemangkin besar dalam membantu golongan memerlukan jika digerakkan berlandaskan nilai amanah dan ihsan."Sektor swasta mempunyai peranan yang sangat besar dalam memperkukuhkan kebajikan masyarakat dan membantu pembangunan sosial negara."Dalam Islam, konsep tanggungjawab sosial bukan hanya dipikul oleh kerajaan atau institusi agama semata-mata, bahkan semua pihak termasuk syarikat korporat dan sektor swasta mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, penglibatan syarikat korporat dalam program kebajikan seperti ibadah korban, bantuan pendidikan, kesihatan, bencana, pembangunan masjid dan kebajikan asnaf merupakan usaha yang sangat baik serta wajar diperkasakan.Ujar Mohd Sukki, dalam konteks semasa sektor swasta bukan sahaja boleh menyumbang dari sudut kewangan, malah mampu membantu membina ekosistem masyarakat lebih baik termasuk membuka peluang pekerjaan, menjaga kebajikan pekerja dan memperkukuhkan pembangunan insan."Program kebajikan tidak boleh dilihat hanya sebagai strategi pemasaran korporat, tetapi juga perlu lahir daripada kesedaran bahawa harta dan kekayaan juga mempunyai hak masyarakat di dalamnya," katanya.Beliau turut mengingatkan bahawa setiap bentuk kebajikan dilakukan perlu berasaskan keikhlasan, amanah dan tanggungjawab sosial sebenar, bukannya semata-mata bagi tujuan publisiti atau keuntungan imej syarikat.Menurutnya, pembangunan ekonomi tidak seharusnya dipisahkan daripada nilai rahmah dan maqasid syariah kerana kesejahteraan masyarakat perlu bergerak seiring kemajuan sektor korporat."Korban bukan sekadar operasi penyembelihan atau transaksi kewangan, tetapi ia adalah ibadah yang mendidik manusia tentang keikhlasan, amanah dan kesanggupan berkorban demi agama serta membantu golongan yang memerlukan," jelasnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat atau pengendali korban dibenarkan mengambil upah dan menguruskan korban secara profesional, namun unsur komersial tidak boleh terlalu dominan sehingga menjejaskan maqasid asal ibadah.Menurut Mohd Sukki, pengendali korban perlu memastikan setiap urusan dilaksanakan secara telus dan berintegriti termasuk melibatkan aspek harga, pemilihan haiwan, proses sembelihan serta pengagihan daging kepada penerima sasaran.Beliau berkata, pengurusan korban moden juga perlu dipantau secara teliti agar setiap pelaksanaan benar-benar memenuhi kehendak syarak dan memelihara tujuan sebenar ibadah korban.Kesedaran dalam kalangan industri dan syarikat korporatDalam pada itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menyifatkan penglibatan syarikat korporat dalam pelaksanaan ibadah korban di negara ini dilihat masih berada pada landasan syariah apabila kebanyakan pihak merujuk kepada garis panduan dan fatwa yang ditetapkan sebelum sesuatu program dilaksanakan.Ujarnya, pendekatan itu menunjukkan tahap kesedaran yang baik dalam kalangan industri dan syarikat korporat bagi memastikan ibadah berkenaan dilaksanakan mengikut kehendak hukum."Ibadah korban di Malaysia ini, satu perkara yang menariknya apabila setiap proses yang nak dilakukan ataupun ibadah korban yang nak dilakukan mereka akan merujuk kepada dasar ibadah korban yang telah ditetapkan oleh fatwa kita di Malaysia."Saya melihat proses yang dilakukan pada hari ini menepati kehendak-kehendak yang telah ditetapkan oleh hukum," katanya.Bagaimanapun beliau berpandangan masih terdapat ruang penambahbaikan khususnya melibatkan kecenderungan sesetengah pihak melaksanakan ibadah korban di luar negara sedangkan keperluan dalam negara masih besar.Menurut beliau, keutamaan sewajarnya diberikan kepada komuniti tempatan terutama golongan asnaf dan masyarakat pedalaman yang masih memerlukan bantuan makanan serta keperluan asas."Cuma apa yang perlu dilakukan oleh pihak-pihak industri ataupun pihak-pihak syarikat ini iaitu tidak ghairah untuk melakukan ibadah korban di luar negara."Kita di dalam Malaysia sendiri pun mempunyai banyak tempat yang masih memerlukan daging, masih memerlukan keperluan asas untuk diberi kepada ahli keluarga mereka."Jadi saya melihat bahawa dahulukan ibadah korban di negara kita terlebih dahulu sebelum kita berpindah ke negara orang lain





Pengawal keselamatan maut, motosikal terbabas langgar anjing - Sinarharian - 26/05 9:54 am

ALOR GAJAH - Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikalnya terbabas dan hilang kawalan dipercayai melanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Londang, Masjid Tanah di sini pada Isnin.Dalam kejadian jam 8.35 malam itu, mangsa, Mohd Azhar Mohd Noor, 43, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan Masjid Tanah menuju ke Londang.Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dipercayai telah melanggar seekor anjing yang melintas jalan secara tiba-tiba sebelum terbabas."Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati jalan berkenaan merupakan jalan satu lorong dua hala dengan permukaan jalan kering, cuaca baik serta kawasan kejadian berada dalam keadaan gelap namun mempunyai lampu jalan.Katanya, turut ditemukan bangkai seekor anjing di tepi jalan berhampiran lokasi kejadian."Motosikal terlibat telah dibawa ke Balai Polis Trafik Alor Gajah dan akan dihantar ke PUSPAKOM bagi tujuan pemeriksaan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor LohGia Xao.





Amani Travel kukuh peranan cemerlang pengelola jemaah haji dan umrah - Sinarharian - 26/05 9:45 am

Sekiranya kami gagal mencapai standard yang ditetapkan, sudah tentu lesen ini tidak akan diperbaharui."Kami sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa agar setiap jemaah mendapat perkhidmatan terbaik," katanya.Selain itu, bagi memastikan jemaah benarbenar bersedia untuk menunaikan haji, Amani Travel bukan saja menyediakan kursus persediaan secara fizikal tetapi juga dalam talian (online).Jelas Wan Muhammad, setiap jemaah akan dibekalkan modul khas, buku panduan dan rakaman video yang boleh diakses menerusi saluran YouTube syarikat."Walaupun kita mengadakan kursus secara fi zikal, tetapi semua sesi turut dirakam agar jemaah yang tidak berpeluang untuk datang boleh menontonnya secara online pada bila-bila masa."Kami mahu semua jemaah mendapat kefahaman yang jelas supaya dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan penuh keyakinan," katanya.Mutawif bersama jemaah dari awal hingga akhirTambahnya, bagi memastikan setiap jemaah dapat dibimbang dan diuruskan dengan baik, seorang mutawif dan seorang petugas bagi setiap 50 jemaah.Ujar beliau, kebanyakan mutawif yang dipilih terdiri daripada orang muda yang mana mereka bukan saja mempunyai latar belakang dalam bidang agama, tetapi turut mempunyai kecergasan fizikal."Kita sedia maklum kebanyakan jemaah haji ini merupakan golongan berusia yang mudah terdedah dengan masalah kesihatan sebaik tiba di sana disebabkan perubahan cuaca dan suasana."Mutawif inilah yang memainkan peranan untuk membantu para jemaah. Kami menyediakan mutawif muda yang fizikalnya lebih cergas," katanya.Wan Muhammad berkata, mutawif akan mengiringi jemaah dari awal penerbangan hingga pulang ke tanah air sekali gus memastikan setiap jemaah sentiasa berada di bawah bimbingan."Hubungan yang terjalin ini membantu jemaah lebih selesa untuk bertanya dan mendapatkan bimbingan sepanjang perjalanan," katanya.Hotel bertaraf lima bintangBeliau berkata, salah satu kelebihan utama Amani Travel ialah pemilihan penginapan bertaraf lima bintang yang terletak berhampiran Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.Katanya, lokasi hotel yang strategik memudahkan pergerakan jemaah terutama golongan warga emas untuk pergi beribadah."Walaupun hotel pilihan kami bertaraf lima bintang, tetapi harga pakej ditawarkan masih berpatutan dan berbaloi untuk jemaah."Dalam pakej haji juga, Amani Travel turut menyediakan penginapan di Aziziyah bagi memudahkan pergerakan jemaah ketika Masyair, terutama semasa melaksanakan ibadah mabit dan melontar jamrah di Mina," katanya.Penerbangan terus tanpa transitBagi mengurangkan keletihan jemaah, kata Wan Muhammad, syarikat berkenaan menggunakan penerbangan terus ke Arab Saudi.Tambahnya, langkah itu penting kerana sebahagian besar jemaah terdiri daripada warga emas yang memerlukan perjalanan lebih selesa dan kurang memenatkan."Dengan penerbangan terus tanpa transit, jemaah kurang letih dan lebih bersedia dari segi fizikal serta mental untuk memulakan ibadah setibanya di Tanah Suci," katanya.Urus lebih 20,000 jemaah umrahDalam pada itu beliau berkata, sepanjang beroperasi, lebih 20,000 jemaah umrah telah diterbangkan dari seluruh negeri.Ujarnya, syarikat itu kini mempunyai lima cawangan di Selangor, Perak, Johor, Pahang dan Kelantan, selain mula menawarkan pakej pelancongan Muslim ke beberapa destinasi luar negara."Kami sasarkan membawa kira-kira 5,000 jemaah umrah setiap tahun dengan 10 penerbangan sebulan."Pertumbuhan jumlah pelanggan kami banyak didorong oleh maklum balas positif jemaah terdahulu yang berkongsi kepuasan mereka kepada ahli keluarga dan rakan-rakan."Kepercayaan ini sangat berharga dan menjadi motivasi utama untuk kami terus memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.Bagi memudahkan komunikasi dengan keluarga atau waris jemaah, beliau memberitahu yang setiap daripada mereka akan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp.Menurutnya, waris boleh mengikuti perkembangan semasa di sana, malah tidak perlu rasa bimbang kerana setiap kebajikan jemaah diambil berat.Sementara itu beliau mengakui bahawa cabaran utama setiap jemaah ialah ketahanan fizikal dan mental kerana ibadah haji memerlukan banyak pergerakan, berjalan jauh dan kesabaran menghadapi kesesakan."Kami sentiasa mengingatkan jemaah supaya membuat persediaan lebih awal, termasuk menjaga kesihatan dan meningkatkan stamina."Jika ada masalah kesihatan atau kecederaan, kami akan membantu menguruskannya dengan segera," katanya.Perancangan masa hadapanDalam perancangan jangka panjang, Amani Travel menyasarkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 500 jemaah haji mengikut kapasiti syarikat, selain meningkatkan 10,000 jemaah umrah setahun.Pada masa sama beliau berkata, pihaknya mahu membuka cawangan di seluruh negeri termasuk di Sabah dan Sarawak."Setakat ini kita mempunyai lima cawangan iaitu di Selangor, Perak, Johor, Pahang dan Kelantan manakala ibu pejabat kami beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan."Kami mahu menjadi antara syarikat pengendali haji dan umrah paling dipercayai di Malaysia





KUSKOP sumbang kira-kira 40 ekor lembu korban, mualaf antara penerima - Mygazette - 26/05 7:32 am

# KUSKOP sumbang kira-kira 40 ekor lembu korban, mualaf antara penerima BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 40 ekor lembu korban bernilai RM216,000 disumbangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sempena Aidiladha tahun ini bagi manfaat 27 masjid, surau, NGO, MPKK dan JPKKP di kawasan Parlimen Bukit Mertajam





3 jenazah pekerja maut di FSO Sepat dituntut keluarga - Mygazette - 26/05 7:32 am

# 3 jenazah pekerja maut di FSO Sepat dituntut keluarga KUALA TERENGGANU - Jenazah tiga pekerja perkapalan yang maut selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut di perairan Terengganu-Kelantan tengah hari semalam, telahdituntut keluarga untuk proses pengebumian. Tinjauan Bernama di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mendapati jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dibawa keluar kira-kira 12.25 tengah hari untuk disolatkan di Masjid Al-Iman As-Shafie KotaSAS dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, Pahang





Insiden FSO Sepat: Jenazah terakhir dikebumikan di Alor Gajah - Sinarharian - 25/05 10:06 pm

ALOR GAJAH - Mangsa terakhir yang maut dalam kejadianbot penyelamatterjatuh ke laut ketika menjalankankerja penyelenggaraan di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat dekat perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad, selamat dikebumikan di sini, malam ini.Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang kira-kira 9.20 malam selepas selesai disembahyangkan di Masjid Al-Najihin Padang Sebang.Terdahulu, suasana sayu menyelubungi saat van jenazah yang membawa Allahyarham tiba di pekarangan masjid berkenaan pada 8.35 malam selepas bertolak dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 2.54 petang sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSNZ.ARTIKEL BERKAITAN:Insiden FSO Sepat: Ahmad Fiqri penderma darah setia di Hospital MelakaTragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum mautSolat jenazah kemudiannya diimamkan oleh ayah Allahyarham sendiri, Zakaria Mohamed bersama-sama hampir 200 ahli keluarga, penduduk kampung dan kenalan yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ahmad Fiqri.Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari Ahad, tiga pekerja pelantar minyak maut, manakala seorang lagi cedera parah.Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, danMuhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di Kuantan, Pahang petang Isnin.Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, yang mengalami kecederaan parah sedang dirawat di HSNZ





Jenazah dua pekerja insiden FSO Sepat selamat dikebumikan - Sinarharian - 25/05 7:37 pm

KUANTAN Jenazah dua pekerja tragedi bot penyelamat yang terjatuh di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di perairan Terengganu-Kelantan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini pada Isnin.Jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dan Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dibawa secara berasingan dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas selesai proses bedah siasat.Terdahulu, jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri tiba di Masjid Imam Ash-Shafie, KotaSAS kira-kira jam 2.40 petang sebelum disolatkan.Jenazah Allahyarham kemudian tiba di tanah perkuburan sebelum urusan pengebumian selesai kira-kira jam 5.56 petang.Sementara itu, jenazah Muhammad Faezuan Hakim tiba di tanah perkuburan sama dan urusan pengebumian selesai kira-kira jam 6.44 petang.Ratusan penduduk setempat, ahli keluarga serta kenalan hadir memberi penghormatan terakhir.Pada Ahad, media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari, tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di FSO Sepat.Seorang lagi mangsa yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, manakala Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, cedera parah dan sedang menerima rawatan di HSNZ.





Sepat FSO tragedy: Remains of three workers claimed by families - Sinardaily - 25/05 5:48 pm

KUALA TERENGGANU - The remains of three workers who were killed after a lifeboat plunged into the sea during maintenance work at the Sepat floating storage and offloading (FSO) facility in the Terengganu-Kelantan waters yesterday afternoon have been claimed by their families for burial.A Bernama check at the Forensic Medicine Department of Sultanah Nur Zahirah Hospital (HSNZ) found that the remains of the first victim, Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, were taken out at about 12.25 pm for funeral prayers at Masjid Al-Iman As-Shafie KotaSAS, before being laid to rest at the Setali Muslim Cemetery in Kuantan, Pahang.Meanwhile, the remains of the second victim, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, were taken out at about 1.40pm for funeral prayers at Masjid Cenderawasih, Kuantan, before being laid to rest at the same cemetery.As for the third victim, Ahmad Fiqri Zakaria, 38, from Alor Gajah, Melaka, his remains were released after the post-mortem examination and taken back to Melaka at about 2.50 pm for burial at the Padang Sebang Muslim Cemetery in Alor Gajah.Yesterday, Bernama reported that three oil platform workers were killed, while another suffered serious injuries, after their lifeboat fell into the sea while carrying out maintenance work at the Sepat FSO facility.The injured victim, Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, from Banting, Selangor, is currently receiving treatment at HSNZ





Tiga jenazah pekerja maut di FSO Sepat dituntut keluarga - Sinarharian - 25/05 4:36 pm

KUALA TERENGGANU -Jenazah tiga pekerja perkapalan yang maut selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut di perairan Terengganu-Kelantan tengah hari Ahad, telahdituntut keluarga untuk proses pengebumian.Tinjauan Bernama di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mendapati jenazah Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dibawa keluar kira-kira 12.25 tengah hari untuk disolatkan di Masjid Al-Iman As-Shafie KotaSAS dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, Pahang.Sementara jenazah Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dibawa keluar kira-kira 1.40 tengah hari untuk disembahyangkan di Masjid Cenderawasih di Kuantan, Pahangdan disemadikan di perkuburan yang sama.Jenazah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, yang berasal dari Alor Gajah, Melaka pula selesai dibedah siasat dan dibawa pulang ke Melaka pada 2.50 petang tadi untuk dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Alor Gajah.ARTIKEL BERKAITAN:Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'Tragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum mautPada Ahad,Bernama melaporkan tiga pekerja platform minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat.Mangsa yang cedera parahMohd Taufik Mohd Ruslan, 37, dari Banting, Selangor, kini sedang menerima rawatan di HSNZ





6,107 ternakan direkod bagi ibadah korban di Pulau Pinang - Mygazette - 25/05 3:38 pm

Saira Banu Mohamed Rejab berkata, jumlah permit yang diluluskan tahun ini meningkat sebanyak 341 permit atau 32.26 peratus berbanding 1,057 PSL yang dikeluarkan pada tahun lalu. Menurutnya, anggaran permintaan ternakan bagi tujuan ibadah korban dibuat berdasarkan permohonan Permit Sembelihan Luar (PSL) yang diterima daripada masjid, surau, badan korporat serta penganjur korban di seluruh negeri





Tragedi bot penyelamat terjatuh: 'Happy birthday kakak' ucapan terakhir Hafifi sebelum maut - Sinarharian - 25/05 12:55 am

Kali terakhir dia aktif dalam WhatsApp keluarga sewaktu ucapan hari lahir kakak," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam lautARTIKEL BERKAITAN: Isteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhirMenurut Nurul Ain Shazwani, Allahyarham baru sahaja kembali bertugas di luar pesisir (offshore) pada 17 Mei lalu dan dijadualkan pulang ke darat pada 1 Jun depan.Ujarnya lagi, abangnya itu sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan dan berkhidmat hampir lapan tahun dengan syarikat yang sama."Kadang-kadang sebulan dia berada di offshore. Baru setahun lepas dia dapat kunci rumah di KotaSAS (Kuantan) dan rancang untuk jadikan rumahnya itu sebagai rumah inap."Malah, abang ada minta saya untuk uruskan rumahnya itu yang sepatutnya mula beroperasi bulan depan," katanya dalam nada hiba.Jenazah Allahyarham dijangka akan disolatkan di Masjid KotaSAS Kuantan (Al-Imam Ash-Shafie) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali.ARTIKEL BERKAITAN:'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'ARTIKEL BERKAITAN: Petronas sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankanARTIKEL BERKAITAN: Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornyaDalam tragedi malang pada tengah hari Ahad, tiga pekerja pelantar minyak disahkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut di perairan berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari melibatkan kesemua mangsa warga tempatan.Beliau berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa sedang menaiki bot berkenaan untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform tersebut.Jelas beliau, insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, sekali gus menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut.





Ejen hartanah tikam wanita dalam kereta dituduh esok - Sinarharian - 25/05 12:31 am

ALOR SETAR - Suspek lelaki yang menikam di leher seorang wanita di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas di sini akan dituduh esok.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, ejen hartanah berusia 32 tahun itu akan didakwa pada jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen di sini.Terdahulu, reman suspek telah disambung hingga Rabu selepas tempoh reman seminggu tamat pada Ahad.Media sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera parah di leher dalam satu kejadian pada jam 9.19 malam pada 17 Mei selepas dipercayai ditikam lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran.Suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan oleh polis di kawasan Masjid Taman Uda di sini pada jam 1.50 pagi.Pihak berkuasa kemudiannya menemui pisau rambo enam inci yang dipercayai digunakan untuk menikam di bahagian leher mangsa.Penemuan senjata berkenaan sejauh 200 meter dari lokasi kejadian di kawasan sawah telah dipandu arah oleh suspek sendiri dan polis menyifatkan sebagai perkembangan positif dalam siasatan kes berkenaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.





Bukit Bintang Masih Tiada Surau Atau Masjid Untuk Solat Jumaat - Ohmedia - 25/05 12:02 am

Cadangan bina surau atau masjid di Bukit Bintang mula dibincangkan bagi memudahkan umat Islam dirikan solat Jumaat





Keeping Heads Fresh: This Mosque Has A Self-Service Cleaning Machine To Wash Songkok, Helmets, & Kopiah - Rakyatpost - 25/05 11:30 am

Masjid Seksyen 7 shared the machine is an effort to provide more modern facilities to the community.





Bomba selamatkan dua wanita sesat di Pantai Keramat - Mygazette - 25/05 7:43 am

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah hari. Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah bersama bantuan BBP Teluk Kemang, Port Dickson digerakkan ke lokasi dan sebaik tiba, didapati benar dua mangsa wanita berusia 28 tahun tersesat di kawasan itu





'Hasrat ibu makan strawberi tak kesampaian' - Sinarharian - 24/05 11:08 pm

Masa itu ibu sedang memasak, manakala saya baru habis kerja dan mahu berehat sekejap."Tak lama kemudian, ibu beritahu dia mahu keluar sekejap bersama ayah, tetapi tidak maklumkan hendak ke mana," katanya.Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian tragis itu selepas dimaklumkan oleh seorang individu yang datang ke rumah."Saya terus tergamam apabila diberitahu ibu dan ayah terlibat dalam kemalangan. Saya bersama dua adik masih terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa," katanya.Tambahnya, keluarga masih berbincang mengenai tindakan lanjut yang akan diambil termasuk kemungkinan membawa perkara itu ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan.Jenazah pasangan itu kini ditempatkan di Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat sebelum dijangka dikebumikan pada Isnin di Tanah Perkuburan Islam Masjid Titi Serong.Difahamkan, Sahbuddin merupakan pesara kerajaan dan pernah berkhidmat sebagai pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Kedai 4, Titi Serong.Sementara itu Ketua Polis Daerah Kerian, Jafri Md Zain mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat memandangkan pemandu Toyota Innova terbabit masih menerima rawatan di hospital selepas mengadu sakit dada akibat kemalangan itu.





Hyundai Motor Malaysia Jalin Kerjasama Dengan Akademi TVET, Fokus Latih Generasi Baharu Automotif - Careta - 24/05 6:10 pm

Menerusi Collaboration of Cooperation (COC) yang dimeterai bersama TVET MARA Masjid Tanah, SLC Auto Academy dan Kolej Antarabangsa Despark (DSIC), Hyundai mahu memperkukuhkan pembangunan bakat tempatan sejajar dengan transformasi teknologi automotif global





Bomba bantu angkat lelaki obesiti 260 kilogram ke hospital - Mygazette - 24/05 6:04 pm

# Bomba bantu angkat lelaki obesiti 260 kilogram ke hospital ALOR GAJAH - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah membantu memindahkan seorang lelaki obesiti seberat kira-kira 260 kilogram (kg) di Taman Seri Gamelan, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah hari ini





RM40,000 for Kadamaian mosques, suraus for Hari Raya Korban - BorneoPost - 24/05 5:32 pm

KOTA BELUD (May 24): Sabah Deputy Chief Minister Datuk Ewon Benedick has presented contributions totalling RM40,000 to seven mosques and a group of five suraus in the Kadamaian constituency in conjunction with the Hari Raya Korban celebration. The recipients were Masjid Tengkurus, Masjid Tambulion, Masjid Al-Mubarak Kampung Lasau Podi, Masjid Lompios, Masjid Takulung, Masjid Al-Ikhwan [...] The post RM40,000 for Kadamaian mosques, suraus for Hari Raya Korban appeared first on Borneo Post Online .





Musyawarah Sekadar Retorik Dalam Pas - Wrlr - 24/05 4:37 pm

Malah, banyak keputusan besar gabungan itu, termasuk soal kepimpinan dan hala tuju politik, dibuat tanpa penjelasan menyeluruh kepada akar umbi mahupun rakan parti komponen. Ibarat sekapal, kononnya tidur sebantal, tapi mimpi lain-lain hingga Abdul Hadi pada sidang media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, Marang, semacam melafazkan cerai politik secara kinayah





Tikam wanita: Reman ejen hartanah disambung hingga Rabu - Sinarharian - 24/05 11:22 am

ALOR SETAR - Reman terhadap suspek lelaki yang menikam leher seorang wanita di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas di sini disambung reman hingga Rabu ini.Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali mengulas reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu selama seminggu dan tamat pada Ahad.Menurutnya, keadaan mangsa berusia 35 tahun pula yang telah menjalani pembedahan di Hoppital Sultanah Bahiyah di sini kini berada dalam keadaan stabil dan mula sedar.Sebelum ini Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah membenarkan permohonan reman oleh polis di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar bermula 18 Mei lalu.Media sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera parah di leher dalam satu kejadian pada jam 9.19 malam pada 17 Mei selepas dipercayai ditikam lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran.Suspek yang merupakan seorang ejen hartanah kemudiannya dipercayai melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan oleh polis di kawasan Masjid Taman Uda di sini pada jam 1.50 pagi.Polis percaya unsur cemburu menjadi motif awal kejadian berkenaan dan pihak berkuasa kemudiannya menemui pisau rambo enam inci yang dipercayai digunakan untuk menikam di bahagian leher mangsa.Penemuan senjata berkenaan sejauh 200 meter dari lokasi kejadian di kawasan sawah telah dipandu arah oleh suspek sendiri dan polis menyifatkan sebagai perkembangan positif dalam siasatan kes berkenaan.





Masjid tak tutup, azan tak dihalang, peguam ini kongsi kenapa naratif Islam terancam tak tepat - Harapandaily - 24/05 10:10 am

Menurut Dr Nik Rahim and... The post Masjid tak tutup, azan tak dihalang, peguam ini kongsi kenapa naratif Islam terancam tak tepat appeared first on Harapan Daily .





Diekori 30km sebelum dicekup bawa 1.2 tan minyak subsidi - Sinarharian - 24/05 9:48 am

BACHOK - Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak bersubsidi dipercayai untuk diseleweng terbongkar selepas kenderaannya diekori sejauh kira-kira 30 kilometer sebelum diberkas dalam Ops Tiris 4.0 di Kampung Pauh Lima di sini pada petang Sabtu.Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan sekitar jam 3.20 petang selepas pasukan operasi mengekori sebuah Proton Exora dari kawasan Tok Bali.Menurut beliau, operasi bersepadu itu melibatkan Unit Risikan dan Tindakan Khas (URTK) KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin, Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh serta KPDN Cawangan Pasir Mas."Pasukan melakukan gerakan risikan dan pemantauan sebelum mengesan sebuah kenderaan mencurigakan di Tok Bali."Kenderaan itu kemudian diekori hampir 30km sebelum berjaya ditahan di Jalan Hulu Masjid Pauh Lima, Kampung Pauh 5," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan sebanyak 1,292 kilogram minyak masak bersubsidi pelbagai jenama dipercayai untuk tujuan penyelewengan.Ujarnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan RM13,230.Aswadi memberitahu, suspek turut mengaku tinggal berhampiran kawasan sempadan dan mendakwa baru pertama kali ditahan pihak berkuasa kerana menjalankan aktiviti tersebut."Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan," katanya.Tambah beliau, KPDN Kelantan akan terus memperkukuh operasi risikan dan tindakan bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain terutama di kawasan sempadan serta laluan panas bagi membanteras ketirisan barang kawalan bersubsidi.





PAAB perkasa pendidikan, kesedaran penjimatan air - Sinarharian - 24/05 9:30 am

SHAH ALAM Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, terus komited memperkasakan pendidikan serta kesedaran penjimatan air dalam kalangan masyarakat.Usaha syarikat memperkukuhkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) sejak tujuh tahun lalu mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Kelestarian Pendidikan dan Komuniti Korporat sempena Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026.Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat PAAB, Rozaifee Abu Zaharim menyifatkan anugerah tersebut sebagai suntikan semangat buat PAAB untuk terus memperluaskan agenda kelestarian pada masa depan.Menurutnya beliau, pengiktirafan itu juga meletakkan PAAB sebaris dengan syarikat korporat lain yang aktif memperjuangkan agenda kelestarian serta inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)."Anugerah ini menjadi batu loncatan untuk kami terus menyumbang kepada masyarakat, khususnya dalam memberi kefahaman kepada pelajar dan golongan muda mengenai kepentingan penjimatan air."Usaha ini tidak akan terhenti di sini kerana kami mahu generasi akan datang lebih menghargai akses kepada bekalan air bersih dan memahami kepentingan penjimatan air untuk kelangsungan masa depan," katanya.Rozaifee menjelaskan bahawa syarikat telah mengubah pendekatan CSR daripada bantuan bersifat sekali beri kepada inisiatif berteraskan kelestarian yang memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti.Katanya, pelaksanaan program CSR syarikat turut diselaraskan dengan projek pembangunan infrastruktur air yang dijalankan di seluruh negara.Menurut beliau, institusi yang dipilih untuk menerima manfaat program kebiasaannya terletak di kawasan jajaran projek PAAB, termasuk sekolah, kolej, institusi pengajian, masjid dan surau."PAAB akan mengambil maklum sebarang aduan atau gangguan yang timbul akibat pelaksanaan projek dan mengutamakan keselesaan komuniti terjejas."Pada masa sama, kami mengambil peluang untuk giving back kepada komuniti terlibat melalui kempen dan ceramah kesedaran mengenai penjimatan air bersih," ujarnya lagi.Fokus didik generasi muda hargai air bersihRozaifee berkata, menjadi harapan PAAB melihat generasi muda sedar mengenai kepentingan menjimatkan penggunaan air sedari dari bangku sekolah lagi.Sehubungan itu, pihaknya membelanjakan sejumlah peruntukan setiap tahun melaksanakan inisiatif naik taraf infrastruktur air di institusi terpilih bagi mencapai sasaran itu."Ini adalah satu usaha yang mencabar memandangkan masalah kekurangan air dan kebocoran paip antara isu utama di setiap tempat pelaksanaan CSR."Selepas naik taraf kemudahan bekalan air siap, penukaran pili paip lama kepada water saving tap dan pemasangan sistem tadahan air hujan, segenap komuniti mendapat manfaat secara berterusan, seterusnya dihargai semua pihak," jelasnya.Tambah beliau lagi, pengurangan jumlah bil di semua institusi menjadi matlamat utama PAAB melalui pelaksanaan CSR kelestarian."Rata-rata daripada institusi memaklumkan pengurangan bil air berjaya dicapai antara 30 hingga 40 peratus."Itulah detik paling menyentuh hati buat kami kerana usaha kecil ini ternyata memberi kesan langsung kepada masyarakat," katanya.





'Kami sudah rancang mereka kahwin tahun depan' - Akberdin - Sinarharian - 22/05 10:26 pm

SHAH ALAM - Bapa kepada seorang daripada mangsa kemalangan di Kilometer 34, Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur awal pagi tadi menyatakan bahawa anaknya berhasrat mendirikan rumah tangga tahun depan sebelum maut dalam nahas membabitkan sebuah lori simen itu.Datuk Akberdin Abdul Kader, 62, merupakan peguam terkemuka berkata, anaknya, Adli Hakim Akberdin, 24, penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu merancang untuk berkahwin dengan rakan baiknya, Athirah Najwa Mohd Tajul Ashikin, 27, yang turut cedera parah dalam kejadian itu."Gadis yang parah itu (Athirah Najwa) sepatutnya menjadi bakal isteri anak saya dan kami memang sudah merancang untuk mereka berkahwin pada tahun depan kerana hubungan mereka berdua sememangnya sangat rapat."Saya amat mengenali gadis itu kerana dia adalah seorang daripada kawan baik anak saya sejak tiga atau empat tahun lepas."Dia juga sering datang berkunjung ke rumah kami sebelum ini," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, kereta Volkswagen Golf dinaiki Adli Hakim bersama tiga rakannya dipercayai terbabas sebelum terlibat dalam kemalangan yang turut mengorbankan dua lagi rakannya, Ameer Ashraf Khairul Annuar, 24, dan Afiq Jamal Abdul Nasir, manakala Athirah Najwa dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Selayang.Akberdin berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian itu selepas anak sulungnya menerima panggilan daripada rakan mangsa yang berada dalam sebuah lagi kenderaan yang mengekori mereka dari belakang ketika perjalanan pulang dari Genting Highlands."Saya terus bergegas ke lokasi bersama anak sulung dan ketika tiba, pasukan bomba serta paramedik sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan," katanya.Beliau berkata, pasukan paramedik kemudian mengesahkan tiga lelaki terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Athirah Najwa yang masih bernafas dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pelajar IPT maut, seorang parah kereta rempuh lori simenTiga maut nahas di Karak: 'Saya dapat panggilan adik kemalangan' - AbangTiga maut nahas di Karak: Rakan sifatkan mangsa ibarat keluarga'Adik disahkan meninggal dunia depan saya' - Abang mangsa nahas di KarakAkberdin berkata, keluarganya akan terus mendoakan kesembuhan wanita itu yang dilaporkan sudah sedar daripada koma dan mula bertanyakan mengenai kejadian berkenaan.Mengenai keperibadian Allahyarham anak kelimanya itu, Akberdin berkata, Adli Hakim seorang yang baik, patuh dan sangat disenangi ahli keluarga.Beliau berkata, kali terakhir mereka meluangkan masa bersama adalah pada Ahad lepas ketika bercuti sekeluarga di Genting Highlands sebelum Allahyarham meminta izin untuk pulang semula ke kampusnya.Terdahulu, jenazah Allahyarham Adli Hakim selesai menjalani proses bedah siasat pada 3 petang dan dibawa ke Masjid Seksyen 7 di sini untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan oleh ratusan jemaah sebelum disemadikan pada 6.05 petang dengan dihadiri lebih 200 ahli keluarga serta kenalan rapat termasuk Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.- Bernama





Hari Arafah tuntut ummah angkat nilai, kualiti diri depani cabaran - PM - Sinarharian - 22/05 5:47 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hari Arafah bukan sekadar gambaran kepada kesatuan umat Islam, malah ia menuntut ummah mengangkat nilai dan kualiti diri dalam mendepani tantangan zaman.Beliau berkata, mesej mendalam itu didengari menerusi khutbah bertajuk "Arafah Hari Kebangkitan" ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati di sini pada Jumaat."Khutbah hari ini bertajuk Arafah Hari Kebangkitan menyentuh keistimewaan Hari Arafah pada 9 Zulhijah yang akan tiba kelak."Perhimpunan besar yang akan berlangsung ini bukan sekadar gambaran kesatuan umat Islam namun lebih dari itu, kita juga perlu mengangkat nilai dan kualiti umat untuk berhadapan dengan tantangan zaman," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.Anwar turut mendoakan agar semua para petugas dan jemaah terus diberikan kesihatan yang baik selain menyeru mereka memberi tumpuan penuh kepada ibadah haji dan memperoleh haji yang diterima Allah SWT.Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan Hari Arafah jatuh pada Selasa diikuti sambutan Aidiladha pada Rabu.Seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H/2026M tahun ini





Pemuda PAS himpun, laung Daulat Tuanku di hadapan Sultan Selangor - FMT - 22/05 5:04 pm

Video memaparkan sekumpulan individu berhimpun di depan pintu utama masjid seusai solat Jumaat.





Bekalan Tenaga: Insya-Allah Mencukupi- PM - Mygazette - 22/05 3:39 pm

Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Maju hari ini





Bekalan tenaga Malaysia mencukupi hingga Julai – PM Bekalan tenaga .. - Mygazette - 22/05 3:39 pm

# Bekalan tenaga Malaysia mencukupi hingga Julai - PM KUALA LUMPUR - Bekalan tenaga Malaysia dijangka terus mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Julai ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin Wangsa Maju di sini hari ini





Buruh sawit dijel 9 bulan hayun parang pada penceramah - Kosmo - 22/05 3:09 pm

BATU PAHAT – Seorang buruh sawit dipenjara sembilan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan cuba menyerang seorang penceramah ketika menyampaikan ceramah di sebuah masjid di Parit Sulong, Isnin lalu





Bekalan tenaga negara cukup – PM - Utusan - 22/05 3:05 pm

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri memberi jaminan bekalan tenaga negara mencukupi bagi menampung permintaan sehingga bulan Julai depan. Insya-Allah, cukup, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemberita selepas selesai menunaikan Solat Jumaat di Masjid al-Muttaqin, Wangsa Maju di sini, hari ini





Lelaki maut dengan kesan tikaman di leher dalam bilik mandi - Mygazette - 22/05 7:52 am

# Lelaki maut dengan kesan tikaman di leher dalam bilik mandi KOTA BHARU - Polis mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditemukan maut di dalam bilik mandi sebuah rumah di Jalan Masjid Baung Bayan di sini semalam





Man found dead with knife in hand and multiple stab wounds in Kota Bharu bathroom - Malaymail - 21/05 4:35 pm

KUALA LUMPUR, May 21 A 28yearold man was found dead with multiple stab wounds at a house on Jalan Masjid Baung...





UPSB, polis marin lupus 46 tan abu al-Quran di Pulau Angsa - Sinarharian - 21/05 4:11 pm

PELABUHAN KLANG - Sebanyak 46 tan bersamaan 46,000 kilogram (kg) abu al-Quran terbitan Karya Bestari dilupuskan di Pulau Angsa, di sini hasil kerjasama anak syarikat Karangkraf, Ultimate Print Sdn Bhd (UPSB) dengan Pasukan Polis Marin Port Klang.Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, inisiatif yang dimulakan sejak 2014 itu bertujuan memberi kesedaran dan membuka mata masyarakat tentang kaedah pelupusan dan pemurnian abu al-Quran dengan betul mengikut syariat Islam.Menurut beliau, 46 tan abu al-Quran daripada naskah lusuh, rosak atau tidak boleh digunakan semula itu boleh dianggap terberat dan terbanyak dalam sejarah memandangkan sebelum ini syarikat pernah merekodkan pengumpulan sekitar 30 tan sahaja."UPSB antara syarikat pemula yang mengambil inisiatif melupuskan al-Quran mengikut syarak. Kami mulakan program ini pada 2014 sewaktu banjir besar melanda kawasan Pantai Timur."Kami lihat pada masa itu banyak al-Quran musnah dalam masjid dan rumah mangsa banjir





Dianggap Wira Dalam Serangan San Diego, Kiriman Terakhir Pengawal Keselamatan Undang Sebak - Siakapkeli - 20/05 3:56 pm

Dianggap Wira Dalam Serangan San Diego, Kiriman Terakhir Pengawal Keselamatan Undang Sebak Dunia dikejutkan dengan satu kejadian tembakan di sebuah masjid di San Diego pada Selasa sehingga





Lelaki hayun parang ketika majlis ilmu di masjid direman - FMT - 20/05 1:56 pm

Suspek berusia 38 tahun direman tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat.





Tikaman pisau 'rambo' menembusi leher dari kiri ke kanan - Sinarharian - 20/05 1:08 pm

ALOR SETAR Ibu tunggal yang ditikam dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas dekat sini pada malam Ahad cedera parah selepas tikaman menembusi leher dari kiri ke kanan.Dalam kejadian kira-kira jam 9.19 malam itu, mangsa berusia 35 tahun dipercayai ditikam seorang lelaki dikenali ketika berada di dalam kereta jenis Mazda 3 miliknya.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati tikaman tersebut menembusi bahagian kiri hingga kanan leher mangsa."Kalau kita tengok dari segi posisi, mangsa berada di tempat pemandu manakala suspek di bahagian penumpang sebelah," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada Isnin.Menurut beliau, mangsa bagaimanapun berjaya menarik perhatian orang awam dengan membunyikan hon keretanya sejurus selepas kejadian."Tindakan pantas mangsa menekan hon menyebabkan orang ramai dan pekerja gerai berhampiran tampil membantu sebelum suspek melarikan diri," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenaliSuspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahanEjen hartanah tikam wanita direman tujuh hariCemburu dipercayai punca duda tikam leher wanita dalam keretaWanita cedera ditikam selamat jalani pembedahan 10 jamWalaubagaimanapun, suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri selepas kejadian namun berjaya ditahan oleh polis di kawasan Masjid Taman Uda di sini pada jam 1.50 pagi pada Isnin.Senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut sebuah pisau 'rambo' saiz enam inci telah dibuang oleh suspek di kawasan sawah iaitu kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 24 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.





“Wira yang terkorban” – Amin Abdullah, Pengawal Keselamatan Yang Lindungi Ratusan Kanak-kanak Dalam Serangan Masjid San Diego - Lobakmerah - 20/05 12:58 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Seorang pengawal keselamatan yang terkorban dalam serangan berdarah di sebuah masjid di San Diego, California, diangkat sebagai wira selepas tindakannya dipercayai berjaya menyelamatkan banyak nyawa, termasuk kira-kira 140 kanak-kanak yang berada di dalam kompleks berkenaan





‘Sini Bukan Parkir Awam Percuma’ Masjid ‘Estetik’ Damansara Perdana Kini Kenakan Denda Hingga RM500 - Vocket - 20/05 11:32 am

Pihak pengurusan Masjid Damansara Perdana hari ini mengeluarkan peringatan kepada penduduk setempat dan pelawat berhubung isu penyalahgunaan ruang tempat letak kereta di dalam pekarangan masjid...





Ayam RM10 seekor, beras RM12 tarikan Jualan Mega Aidiladha PKPS - Mygazette - 20/05 7:56 am

Katanya, program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor itu akan berlangsung pada 23 dan 24 Mei ini dari 9 pagi hingga 2 petang di lapan lokasi terpilih di seluruh Selangor. Pada 23 Mei, lokasi terlibat ialah Dataran Bougainvilla Kampung Sungai Kertas, Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam, Dataran Pantai Batu Laut dan Pejabat Parlimen Sabak Bernam, Bagan Nakhoda Omar





Wanita cedera ditikam selamat jalani pembedahan 10 jam - Sinarharian - 19/05 3:06 pm

ALOR SETAR - Wanita cedera ditikam seorang lelaki dalam kereta jenis Mazra 3 di hadapan restoran di Titi Gajah, Kepala Batas di sini, selamat menjalani pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam.Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang cedera di leher selamat menjalani pembedahan tersebut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Isnin."Adik selamat menjalani pembedahan yang bermula jam 9 pagi hingga 7 petang semalam dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB," katanya menjelaskan adiknya ditidurkan selepas pembedahan.Bagaimanapun, kakak mangsa meminta diberi ruang dan belum bersedia membuat sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.Difahamkan, dua anak mangsa kini berada dalam jagaan keluarga sementara ibu mereka dirawat di hospital.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenaliSuspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahanSementara itu, penduduk di Taman Wira, Mergong yang enggan dikenali berkata, sering ternampak wanita tersebut memandu kereta Mazda 3 namun tidak pernah bertegur sapa."Bila dapat tahu dia ditikam, memang terkejut," katanya.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, keadaan mangsa kini stabil.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera tikam di leher oleh lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, di sini.Dalam kejadian jam 9.19 malam itu, wanita dan suspek dipercayai menaiki kenderaan tersebut sebelum insiden berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: Ejen hartanah tikam wanita direman tujuh hariCemburu dipercayai punca duda tikam leher wanita dalam keretaMangsa dikatakan telah membunyikan hon keretanya bagi menarik perhatian orang ramai yang berada berdekatan sementara suspek melarikan diri.Beberapa jam selepas pencarian dibuat, suspek ditahan polis ketika berada dalam kawasan masjid Taman Uda pada jam 1.50 pagi.





Kes T*mbakan Di Masjid San Diego: 3 Lelaki Maut Selepas Diserang 2 Suspek Remaja - Lobakmerah - 19/05 2:19 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Jejak hijrah Rasulullah dihidupkan di Jabal Thur - Sinarharian - 19/05 12:02 am

MAKKAH Perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah yang selama ini hanya dibaca menerusi kitab sirah, kini dapat dirasai dengan lebih dekat dan menyentuh jiwa menerusi pengalaman interaktif di Jabal Thur.Lawatan khas itu disertai petugas media yang dibawa oleh syarikat penyedia perkhidmatan Holiday In Bakkah bagi menelusuri semula perjalanan hijrah Rasulullah SAW, termasuk suasana di Gua Thur yang menjadi lokasi penting dalam sejarah Islam.Gua Thur yang terletak di atas Jabal Thur merupakan lokasi Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar RA berlindung selama tiga hari bagi mengelakkan buruan kaum Quraisy sebelum meneruskan perjalanan hijrah ke Madinah.Muzium yang dibangunkan kerajaan Arab Saudi itu memberi peluang kepada pengunjung menghayati sendiri suasana perjalanan hijrah menerusi pendekatan visual dan pengalaman interaktif yang lebih mendalam.Lokasi berkenaan menjadi permulaan kepada perjalanan Ala Khutah yang menjejaki sirah hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.Sebaik tiba di kawasan tersebut, pengunjung disambut dengan suasana pasar seperti pada zaman Rasulullah SAW apabila terdapat pelakon memakai pakaian tradisional Arab dan bertutur dalam gaya masyarakat ketika itu.Suasana berkenaan seakan-akan membawa pengunjung kembali ke zaman awal Islam sekali gus membangkitkan rasa lebih dekat dengan perjalanan dakwah dan pengorbanan Rasulullah SAW.Selain suasana pasar lama, pengunjung turut dibawa menyelami pengalaman berada di dalam gua menerusi konsep point of view (POV) seolah-olah bersama Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah berlaku.Menerusi pengalaman itu, keadaan di dalam Gua Thur ketika Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA bersembunyi digambarkan secara visual termasuk detik musuh datang memburu baginda.Pendekatan interaktif tersebut bukan sahaja memberi pengalaman lebih mendalam kepada pengunjung, malah membangkitkan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad SAW serta menginsafkan tentang besarnya pengorbanan baginda dalam menyebarkan Islam.Perjalanan itu tidak terhenti di Jabal Thur sahaja, sebaliknya diteruskan ke beberapa lokasi lain berkaitan sirah hijrah termasuk Ummu Mabad, Usfan, Juhfah dan Wadi Lagf.Keseluruhan pengalaman interaktif tersebut melibatkan 11 checkpoint sebelum berakhir di Madinah dengan suasana sambutan Talaal Badru Alaina di Masjid Quba, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung menelusuri semula perjalanan hijrah Rasulullah SAW yang menjadi titik penting perkembangan Islam.





Mengantuk di saf Jumaat - FMT - 19/05 9:00 am

Kita mahu anak muda dekat dengan masjid tetapi khutbah tidak menggamit mereka.





Cemburu dipercayai punca duda tikam leher wanita dalam kereta - Sinarharian - 18/05 5:21 pm

ALOR SETAR Polis percaya unsur cemburu menjadi motif awal seorang wanita ditikam di bahagian leher ketika berada dalam sebuah kereta di hadapan restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas di sini pada malam Ahad.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.Menurutnya, hasil siasatan awal juga mendapati suspek dan mangsa saling mengenali sejak lebih setahun lalu."Setakat ini kita percaya terdapat unsur cemburu ataupun perasaan tidak berbalas, namun siasatan masih dijalankan."Kedua-dua mereka bukan bekerja di syarikat sama tetapi berada dalam bidang yang sealiran sebagai ejen hartanah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini pada Isnin.Beliau berkata, mangsa yang merupakan Ibu tunggal dan mempunyai dua anak itu kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).Katanya, suspek yang merupakan seorang duda dipercayai menaiki kereta bersama mangsa sebelum kejadian berlaku."Dalam beberapa minit selepas kereta tiba di lokasi, mangsa bertindak membunyikan hon kenderaan bagi menarik perhatian orang awam sebelum suspek melarikan diri."Tindakan pantas mangsa berjaya menarik perhatian pekerja gerai berhampiran yang kemudian membantu memberi bantuan awal," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Ejen hartanah tikam wanita direman tujuh hariSuspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahanAdzli berkata, polis kemudiannya berjaya menahan suspek lelaki berusia 32 tahun itu kira-kira empat jam selepas berjalan sejauh 6.2 kilometer di kawasan berhampiran sebuah masjid di Taman Uda pada jam 1.50 pagi Isnin.Menurutnya, operasi mengesan suspek turut dibantu dengan menggunakan Unit K9 polis."Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes mencederakan teman wanita mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan."Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah," katanya lagi.Beliau berkata, polis masih mengesan senjata dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan percaya ia merupakan objek tajam serta panjang.ARTIKEL BERKAITAN:Polis buru ejen hartanah disyaki tikam wanita, kesan senjata digunakanWanita ditikam di leher oleh lelaki dikenaliUjarnya, suspek direman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam dan petugas klinik berhampiran yang membantu memberikan rawatan awal kepada mangsa."Rawatan awal berjaya menghentikan pendarahan di bahagian leher mangsa





UMNO beri bayangan PRN Melaka dalam tempoh empat bulan - Mygazette - 18/05 3:41 pm

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata pilihan raya itu tidak sesuai diadakan terlalu hampir dengan tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada Disember ini kerana waktu berkempen dijangka bertembung dengan Ramadan dan Aidilfitri. Jadi, kita pastikan cuba melihat waktu yang sesuai dalam tempoh 120 hari (untuk melaksanakan PRN Melaka), katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Sireh Pulang ke Gagang di kediamannya di Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini malam ini





Lelaki tikam wanita dalam kereta direman 7 hari - Mygazette - 18/05 3:41 pm

Perintah reman sehingga 24 Mei terhadap suspek berusia 32 tahun itu dikeluarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek ditahan di kawasan masjid di Taman Uda, Lebuhraya Sultanah Bahiyah kira-kira jam 1.50 pagi tadi iaitu lima jam selepas kejadian





Ejen hartanah tikam wanita direman tujuh hari - Sinarharian - 18/05 9:53 am

ALOR SETAR - Suspek lelaki yang menikam seorang wanita di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas di sini direman tujuh hari bermula Isnin.Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah membenarkan permohonan reman oleh polis di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini.Terdahulu, ejen hartanah berusia 32 tahun tersebut tiba pada jam 8.20 pagi dengan berpakaian baju lokap sambil diiringi anggota polis.Media sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera di leher kanannya dalam satu kejadian pada jam 9.19 malam Ahad selepas dipercayai ditikam lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran.Suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan oleh polis di kawasan Masjid Taman Uda di sini pada jam 1.50 pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.Menurutnya, polis masih menyiasat motif kejadian serta hubungan sebenar antara mangsa dan suspek.Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.



Ilkka Juhani Lindstedt's Early Islamic Rock Inscriptions - OutSyed - 17/05 4:09 pm

The inscription reads: Al-Rayyn son of Abd Allh testifies that there is no god but God and he testifies that Muammad is the Messenger of God. This was written in the year the Masjid al-arm was rebuilt, year seventy-eight





Kerjasama MAIWP, Kementerian Ekonomi perkasa ekonomi asnaf bandar - Sinarharian - 17/05 1:27 pm

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Ekonomi dalam usaha memperkasa ekonomi golongan asnaf dan usahawan kecil.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, program lnisiatif Pendapatan Rakyat - Inisiatif Usahawan Makanan (IPR-Insan) itu cerminan komitmen kerajaan dalam membangunkan rakyat secara menyeluruh menerusi pendekatan 'whole-of-government'."Melalui kerjasama ini, Kementerian Ekonomi menyediakan mesin layan diri makanan serta subsidi sewa penuh selama 24 bulan."MAIWP pula menyediakan bantuan modal permulaan kepada peserta usahawan asnaf yang layak, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, bagi membantu mereka menjana pendapatan secara mampan," katanya ketika berucap di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu.Hadir sama Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.Zulkifli berkata, MAIWP bukan sekadar menyalurkan bantuan zakat secara rutin sebaliknya mahu melahirkan lebih ramai usahawan asnaf yang mampu berdikari dan keluar daripada kepompong kemiskinan."Kita sudah mengenal pasti 50 usahawan asnaf yang akan kita bantu bukan hanya dengan modal tetapi dan juga dengan kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan."MAIWP akan melihat lokasi berpotensi seperti masjid dan universiti untuk diletakkan mesin layan diri ini kerana ia bukan sahaja membantu usahawan asnaf kita tetapi juga membantu rakyat dapatkan makanan dengan harga berpatutan," katanya lagi.Masjid Wilayah Persekutuan turut dijadikan lokasi baharu penempatan mesin vending sebagai usaha memperkukuh fungsi masjid sebagai hab ekonomi ummah.Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata, pelaksanaan inisiatif itu telah menunjukkan hasil yang positif apabila sebanyak 1,125 unit mesin layan diri telah dipasang di seluruh negara.Tambah beliau, program itu telah merekodkan jualan sebanyak RM20.46 juta setakat Mac lalu."Selain itu, seramai 712 peserta aktif mencatatkan hasil jualan kumulatif melebih RM2,000 sejak mula beroperasi."Kerjasama dengan MAIWP amat tepat pada masanya dan gabungan ini membolehkan IPR-Insan dilaksanakan dengan lebih bersasar," ujarnya.Menurut Akmal Nasrullah, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi pelanjutan program IPR-Insan selama 24 bulan lagi supaya manfaat IPR dapat diperluaskan.





'Kota suci kian berubah, ada momen menyentuh hati' - Sinarharian - 17/05 11:56 am

Di sebalik lautan manusia yang datang menunaikan ibadah haji, tersembunyi satu lagi naratif yang jarang dilihat dari dekat iaitu bagaimana Makkah dibina, diurus dan dipersembahkan kepada dunia.Lawatan khas anjuran General Authority of Media Regulation Arab Saudi baru-baru ini membawa delegasi pengamal media antarabangsa menyusuri ruang-ruang yang bukan sekadar destinasi, tetapi cerminan kepada sebuah kota yang sedang berkembang antara sejarah, teknologi dan spiritualiti.Bagi penulis, ia bukan sekadar lawatan. Ia seperti menonton Makkah dari sudut yang berbeza, lebih dekat, lebih perlahan dan lebih mendalam.Setiap lokasinya juga bukan sahaja memaparkan fakta dan pembangunan, tetapi juga turut meninggalkan satu persoalan, bagaimana sebuah kota suci mengimbangi masa lalu, masa kini dan masa depan?Antara lokasi awal yang dikujungi ialah Bilik Pameran Seni Bina Dua Masjid Suci yang terletak di Umm Al-Joud memaparkan evolusi Masjidilharam dan Masjid Nabawi melalui model dan visual projek peluasannya.Sejarah tidak sekadar dipamerkan, tetapi ia disusun semula dalam bentuk visual, model dan dokumentasi pembangunan.Setiap paparan karya asli, replika, manuskrip jarang dan elemen seni bina lama yang pernah digunakan di dalam dua masjid suci tersebut seperti tiang-tiang lama, pintu, lampu dan reka bentuk mihrab dari zaman Uthmaniyyah dan zaman sebelum ini membawa penulis menyusuri perubahan Masjidilharam dan Masjid Nabawi, daripada struktur ringkas suatu ketika dahulu kepada kompleks ibadah berskala dunia hari ini.Ada saat penulis berhenti lama di hadapan model-model itu




Reformasi     >>



Jenazah Nur Izzati Humaira selamat dikebumikan - Mkini
Jenazah remaja yang meninggal dunia selepas hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Sabtu lepas, selamat dikebumikan pada jam 3.05 pagi tadi.
Kroni     >>



Perutusan Presiden PAS sempena Aidiladha 1447H - Harakahdaily
SELURUH umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha bersempena ibadat haji yang menjadi salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada mereka yang berkuasa dan mampu, sekaligus memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS, bapa para anbiya’, yang diuji Allah dengan ujian-ujian terbesar dalam ..
Tabloid     >>



Jenazah Nur Izzati Humaira Selamat Dikebumikan - Siakapkeli
Jenazah Nur Izzati Humaira Selamat Dikebumikan TANJONG MALIM, 27 Mei (Bernama) -- Jenazah Nur Izzati Humaira Azizul
Tech     >>



Samsung reportedly forced to raise prices due to .. - Gsmarena
Up until now, most smartphone manufacturers, Apple and Samsung included, were able to absorb the memory chip price shock through optimizations and cutting costs elsewhere. However, this might not be possible for Samsung going forward. According to a report from Greece, Samsung is planning to raise ..
World     >>



Why Trump is using Iran talks to revive the Abraham .. - Middleeasteye
Why Trump is using Iran talks to revive the Abraham Accords Submitted by Sean Mathews on Tue, 05/26/2026 - 21:56 Trump's injection of the Abraham Accords into Iran ceasefire talks is a deep misreading of where US Arab allies are at, experts say US President Donald Trump looks on as Saudi Crown ..
Motor Trend     >>



Seleweng diesel lewat malam gagal kaburi pihak .. - Careta
Hasil pemantauan selama seminggu, anggota penguatkuasa telah mengenalpasti sebuah lorimuatan tiga tan jenis Mitsubishi yang disyaki digunakan dalam kegiatan ini. Siasatan mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dengan pemasangan tangki tambahan berkapasiti kira-kira 2,000 liter