///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Majlis Peguam News   Page 1    



Yamal didakwa eksploitasi orang kerdil - Utusan - 16/07 7:15 am

LONDON: Pemain sensasi Barcelona Lamine Yamal menjadi perhatian pihak berkuasa selepas didakwa mengupah orang kerdil membuat persembahan dalam majlis sambutan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini





Jambatan Victoria taruhan TMM 2026 - Utusan - 16/07 7:12 am

KUALA KANGSAR: Jambatan Victoria atau turut dikenali sebagai Jambatan Enggor di sini menjadi taruhan utama Kuala Kangsar menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026)





Ketua Hakim diketahui hari ini - Utusan - 16/07 7:00 am

PUTRAJAYA: Krisis kehakiman bakal berakhir apabila Majlis Raja-Raja akan mengumumkan pelantikan jawatan Ketua Hakim Negara hari ini





Bersatu tubuh Barisan Pembangkang Bersatu, sasar isu rakyat - Sinarharian - 15/07 11:00 pm

SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan Barisan Pembangkang Bersatu bagi membincangkan dan mengambil pendirian bersama berhubung isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung pada Selasa.Mesyuarat turut bersetuju supaya Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelopori usaha menjalin persefahaman dengan parti-parti di luar blok kerajaan."Cadangan ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan hujung minggu ini," katanya dalam satu kenyataan.Sementara itu, Azmin memaklumkan bahawa Muhyiddin turut mengarahkan semua pimpinan meningkatkan gerak kerja di kawasan-kawasan tumpuan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah."MPT juga mengesahkan tarikh Persidangan Agung Tahunan (PAT) Tahun 2025 iaitu pada 6 dan 7 September 2025 di Shah Alam, Selangor."Bersatu turut akan menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-9 pada 7 September 2025, jam 8 malam yang bakal meraikan lebih 2,000 tetamu dari seluruh negara," katanya.Dalam perkembangan lain, MPT turut meluluskan program Infaq Bersatu iaitu inisiatif mengumpul dana untuk pelaksanaan aktiviti parti.Sumbangan tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menyokong agenda perjuangan Bersatu.Azmin turut mengesahkan bahawa MPT bersetuju untuk menjayakan Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang."Kerahan akan dilakukan di semua peringkat kepimpinan dan masyarakat awam untuk berhimpun secara aman demi perjuangan membebaskan rakyat daripada kezaliman serta menjunjung Perlembagaan dan undang-undang negara," katanya.





Akta JAC akan diperkemas untuk kejelasan pelantikan hakim - SUN - 15/07 10:23 pm

PUTRAJAYA : Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 berikutan timbulnya kekeliruan mengenai proses pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu





Pengumuman mengenai pelantikan kehakiman dijangka dibuat esok - PM Anwar - SUN - 15/07 9:31 pm

PUTRAJAYA : Satu pengumuman dijangka dibuat esok berhubung pelantikan kehakiman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim





SURAT 3 mesej dari penyertaan Nurul Izzah dalam demo peguam - Mkini - 15/07 9:00 pm

SURAT Pertama, di mana ada kezaliman, di situ ada perjuangan keadilan.





Nor Farah intai slot ke Sukan Komanwel 2026 - Sinarharian - 15/07 8:58 pm

ATLET boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah kembali menjalani latihan selepas dua bulan berehat akibat kecederaan bahu dengan menyasarkan untuk melayakkan diri ke Sukan Komanwel Glasgow 2026.Malah bagi memastikan impian tersebut mampu direalisasikan beliau mahu fokus untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kembali kepada prestasi terbaiknya sebelum ini."Selepas ini akan fokus kepada latihan sebab sudah dua bulan saya menjalani proses pemulihan susulan kecederaan bahu kanan."Sasaran saya adalah untuk melayakkan diri ke Sukan Komanwel pada tahun depan





Keahlian MMM dibuka Ogos, AGM dijadual pada November - SUN - 15/07 8:58 pm

PUTRAJAYA : Keahlian Majlis Media Malaysia (MMM) akan dibuka pada awal Ogos dan ditutup pada akhir September ini, dengan bayaran nominal sebanyak RM10, menurut Ahli Lembaga Pengasas MMM





Kerajaan kekal harga Rumah Mesra Rakyat walaupun kos binaan naik - SUN - 15/07 8:38 pm

BANTING : Kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan harga jualan Rumah Mesra Rakyat (RMR) meskipun berlaku kenaikan kos bahan binaan





Emraz Travel, pengarah didakwa di Sabah, gagal bayar tuntutan lebih RM232,000 - Sinarharian - 15/07 8:34 pm

KOTA KINABALU - Syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas 18 pertuduhan kerana gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk membayar semula tuntutan wang kepada enam mangsa berjumlah RM232,526.80.Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Zulkarnain Endut, 44, didakwa atas enam kes berasingan yang difailkan oleh setiap pengguna di bawah TTPM Sabah.Bagaimanapun, tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.Menurut pertuduhan, syarikat itu gagal mematuhi arahan tribunal antara Julai 2023 hingga Januari 2024, melibatkan tuntutan antara RM24,656.80 hingga RM50,000 daripada enam pengguna berbeza.Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS di sini.Bagi setiap pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.Zulkarnain turut didakwa secara bersama di bawah Seksyen 143 akta sama, yang membolehkan pertanggungjawaban jenayah dikenakan terhadap pegawai syarikat.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Mahadi dan Md Syafique Hilmi, manakala tertuduh diwakili peguam daripada firma guaman dari FN Lee dan Nasser.Mahkamah menetapkan 23 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000 selain diarah untuk melaporkan diri ke pejabat KPDN Putrajaya setiap bulan.





Malaysia boleh gerakkan ASEAN, dunia sokong Palestin - Duta Palestin - Sinarharian - 15/07 8:02 pm

KUALA LUMPUR - Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam mendorong dan mempengaruhi negara-negara anggota ASEAN serta negara lain untuk memberikan sokongan penuh kepada Palestin, kata Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.Walid berkata, sejak Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, sokongan teguhnya terhadap perjuangan Palestin jelas dan konsisten."Tiada siapa boleh mempersoalkan sokongan Malaysia terhadap Palestin," katanya dalam program Bernama TV Peranan ASEAN dalam Perjuangan Palestin di sini pada Selasa.Menurutnya, Malaysia boleh memainkan peranan dalam kalangan ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), yang mana Malaysia boleh menggalakkan dan mempengaruhi negara-negara yang masih ragu-ragu dalam sokongan mereka terhadap Palestin agar memberikan lebih banyak bantuan."Pada peringkat serantau, Malaysia boleh memainkan peranan kuat dalam menggesa negara-negara, menggunakan pengaruhnya melalui hubungan antarabangsa untuk memberikan lebih banyak bantuan dan mendapatkan sokongan lebih besar untuk Palestin dan rakyat Palestin," katanya.Beliau berkata, ASEAN juga boleh memainkan peranan melalui pengaruh dan kepentingannya di Timur Tengah.Memandangkan ASEAN mengejar pembangunan ekonomi, minatnya terhadap Timur Tengah sangat penting, kata duta itu."Apabila ASEAN memutuskan untuk mengadakan sidang kemuncak dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), saya fikir ASEAN boleh memainkan peranan untuk mendapatkan penyelesaian menyeluruh di Timur Tengah.Dan ini akan menggalakkan negara ASEAN untuk melabur lebih banyak di Timur Tengah, di Palestin."Mereka boleh mendapat manfaat daripada keupayaan rakyat Palestin





Akta JAC akan diteliti, tambah baik elak timbul kekeliruan - Azalina - Sinarharian - 15/07 7:38 pm

PUTRAJAYA - Kerajaan akan meneliti untuk menambah baik Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bagi mengelak kekeliruan dalam proses pelantikan hakim yang baharu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, satu jawatankuasa khas akan dibentuk melibatkan ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara, golongan akademik, pakar Perlembagaan serta wakil Majlis Peguam bagi meneliti semula struktur serta tafsiran akta berkenaan."Perlu diingat, Akta JAC dilulus dan diwujudkan sejak 2009 dan sejak itu (diguna pakai) dalam pelantikan lima Ketua Hakim Negara, tidak pernah timbul isu





Pelantikan jawatan tertinggi kehakiman: Majlis Raja-Raja dijangka umum esok PM Anwar - Thempress - 15/07 7:21 pm

PELANTIKAN jawatan tertinggi dalam badan kehakiman dijangka diumumkan oleh Majlis Raja-Raja esok, sekali gus menyelesaikan polemik yang timbul berkaitan perkara tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim





Tiada campur tangan kerajaan dalam Majlis Media Malaysia - Fahmi - Astroawani - 15/07 6:31 pm

Majlis Media Malaysia (MMM) akan beroperasi secara bebas tanpa campur tangan kerajaan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.





Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak kereta milik isteri bekas ADUN Ladang - Sinarharian - 15/07 6:27 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan pendakwaan melucut hak sebuah kereta Proton X70 bernilai RM115,000 milik isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Terengganu, Aida Tengah.Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Aida, 50, selepas mendapati pendakwa raya selaku responden telah memenuhi beban pembuktian di bawah Seksyen 41(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.Aida ialah isteri kepada Datuk Tengku Hassan Tengku Omar yang ketika itu merupakan Exco Pelaburan Yayasan Terengganu dan juga Exco (Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan) negeri itu.Hakim Ahmad Fairuz yang membacakan keputusan hari ini berkata, mahkamah bersetuju dengan keputusan mahkamah rendah (Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu) bahawa prosiding perlucuthakan di bawah Seksyen 41(1) SPRM adalah bersifat 'in-rem' (permohonan terhadap harta) dan bukannya personal.Beliau berkata, responden juga telah berjaya membuktikan atas kebarangkalian bahawa kereta berkenaan adalah hal berkaitan kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan kesalahan menerima harta alih di bawah Seksyen 165 kanun sama.Berkenaan kesalahan pecah amanah, Hakim Ahmad Fairuz berkata, adalah jelas bahawa ahli Lembaga Pengarah Hygenia Sdn Bhd, Abdul Ahad Khan telah diamanahkan dengan wang pelaburan berjumlah RM3.8 juta tanpa kebenaran untuk digunakan sebagai kegunaan peribadi dan sebanyak RM115,000 daripada wang itu telah digunakan untuk membeli kereta yang didaftarkan atas nama perayu (Aida).Hakim itu berkata, penjawat awam menerima hadiah berharga adalah jelas suami perayu (Tengku Hassan) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Yayasan Terengganu (ketika itu), manakala Abdul Ahad ada urusan rasmi dengan jawatan suami perayu."Penerimaan kereta itu oleh perayu melalui suaminya suatu hadiah berharga tanpa balasan yang mencukupi yang diterima penjawat awam daripada seorang yang mempunyai urusan rasmi."Oleh demikian, kami menolak rayuan ini dan mengekalkan perintah perlucuthakan yang dibuat Mahkamah Sesyen (Kuala Terengganu) yang dikekalkan Mahkamah Tinggi (Kuala Terengganu) dan kereta Proton X70 hendaklah dilucut hak kepada kerajaan Malaysia," kata Hakim Ahmad Fairuz.Pada 8 Mei 2023, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu telah membenarkan permohonan pendakwaan untuk melucut hak kereta terbabit selepas mendapati ia adalah hasil dan berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan 165 Kanun Keseksaan.Keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 14 Mac 2024.Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh dan Muhammad Asraf Mohamad Tahir hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud mewakili perayu





Ahmad Zahid cadang tubuh majlis perniagaan, TVET khas perkasa Orang Asli - Astroawani - 15/07 6:15 pm

Sebuah Majlis Perniagaan Orang Asli dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khas dicadangkan untuk ditubuhkan bagi memperkasakan ekonomi komuniti itu.





Cucu didakwa curi kad ATM datuk, joli RM20,000 - Sinarharian - 15/07 6:07 pm

MELAKA - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, atas tuduhan mencuri kad mesin juruwang automatik (ATM) milik datuknya.Tertuduh, Izhan Syahmi Izhar Shapawi, 18, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa telah mencuri sekeping kad debit ATM Agrobank milikan Ahmad Jantan, 71, di sebuah rumah di Bukit Rambai pada jam 1.30 petang, 30 Mei lalu.Pendakwaan itu dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudiannya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, sabit kesalahan.Tertuduh dipercayai menggunakan kad ATM datuknya itu dengan membeli alat ganti motosikal selain barang kemas yang dianggarkan kerugian kira-kira RM20,000.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.Peguam Amritpal Singh yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah dengan alasan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan ibu tertuduh hadir sebagai penjamin.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dan menetapkan tarikh 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.





Keahlian MMM dibuka Ogos, AGM dijadual pada November - Sinarharian - 15/07 5:54 pm

PUTRAJAYA - Keahlian Majlis Media Malaysia (MMM) akan dibuka pada awal Ogos dan ditutup pada akhir September ini dengan bayaran nominal sebanyak RM10, menurut Ahli Lembaga Pengasas MMM.Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Lembaga Pengasas MMM oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, MMM memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui laman web www.majlismedia.my."Keahlian terbuka kepada pemilik media, profesional, individu dan organisasi dalam ekosistem media serta yang mewakili kepentingan awam," menurut kenyataan itu.MMM memaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama dijadual berlangsung pada 7 November ini di Kuala Lumpur dan Ahli Lembaga baharu akan dipilih serta membincangkan struktur yuran keahlian, kod etika industri serta mekanisme aduan, belanjawan tahunan dan undang-undang kecil MMM.Menurut kenyataan itu pada mesyuarat pertamanya, Ahli Lembaga Pengasas telah melantik Premesh Chandran sebagai Pengerusi Interim, sementara menunggu pemilihan penuh lembaga akhir tahun ini.Menurut MMM, majlis itu merupakan badan kawal kendiri bebas industri media negara, akan memainkan beberapa peranan antaranya menggalakkan kewartawanan beretika dan bertanggungjawab; menetapkan kod etika industri media serta menjadi jambatan komunikasi antara media kerajaan dan masyarakat."Peranan MMM akan meningkatkan profesionalisme industri media serta melindungi kepentingan awam dalam ekosistem media yang semakin mencabar," menurut MMM.MMM memaklumkan struktur majlis itu direka bagi memastikan keberperwakilan yang pelbagai dengan Ahli Lembaga Pengasas terdiri daripada wakil yang dipilih daripada penerbit media, profesional media, dan wakil berkepentingan awam, termasuk ahli akademik dan masyarakat sivil."Selain itu, kerajaan boleh melantik dua wakil





Majlis Raja-Raja dijangka umum pelantikan Ketua Hakim Negara esok - Astroawani - 15/07 5:44 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Majlis Raja-Raja dijangka membuat keputusan dan mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara esok.





Pelantikan Nick Adams: Kabinet belum terima memorandum daripada Wisma Putra - Sinarharian - 15/07 5:44 pm

PUTRAJAYA - Kabinet masih belum menerima memorandum daripada Wisma Putra berhubung pelantikan pengulas dan penulis konservatif Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) yang baharu ke Malaysia, kata Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, secara kebiasaannya, Jemaah Menteri akan menerima memorandum daripada Wisma Putra mengenai mana-mana pelantikan duta atau perwakilan asing yang baharu di Malaysia."Waktu ini perkara tersebut belum lagi dibawa ke perhatian Jemaah Menteri, mungkin selepas kita ada maklum balas yang terkini (baru akan dibawa), tetapi waktu ini (masih) belum lagi sampai ke Jemaah Menteri," katanya.Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan anggota Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia di sini hari ini.Ditanya adakah Malaysia boleh menolak pelantikan Adams, beliau berkata: Dalam bidang diplomasi ada apa yang dipanggil Agrment, di mana the negara tuan rumah mesti bersetuju, itu dalam bidang diplomasi."Samalah juga sebelum ini, kalau kita teliti sejarah dalam kerajaan menamakan ataupun mencadangkan perwakilan Malaysia ke negara asing perlu mendapat persetujuan daripada negara tuan rumah," katanya.Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Presiden AS, Donald Trump mencalonkan Nick Adams, seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini warganegara AS sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.Semalam, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Malaysia mempunyai kuasa penuh untuk menolak pelantikan Adams sebagai Duta Besar AS ke negara ini.Khairy berkata, tindakan itu selaras dengan Artikel 4 Konvensyen Vienna yang memperuntukkan hak kepada negara penerima untuk tidak menerima calon duta tanpa perlu memberikan sebarang alasan rasmi.Artikel 4 Konvensyen Vienna menyebut bahawa sesebuah negara tidak boleh menghantar wakil diplomatik tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan negara tuan rumah





Majlis Raja-Raja dijangka umum pelantikan Ketua Hakim baharu esok - Sinarharian - 15/07 5:31 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Majlis Raja-Raja dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu pada Rabu susulan perbincangan tertutup bersama pemimpin tertinggi kerajaan pada pagi Selasa.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut diyakini mampu menepis persepsi negatif berkaitan isu kebebasan kehakiman serta dakwaan pelantikan individu yang dipersoalkan ke jawatan tertinggi badan itu."Pagi ini saya sudah berbincang panjang dengan Majlis Raja-Raja dan saya fikir biarlah mereka yang membuat keputusan dan esok, mudah-mudahan akan ada satu pengumuman yang akan menolak semua persepsi negatif terbabit."Insya-ALLAH apabila pengumuman dibuat nanti, ia akan membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar komited kepada reformasi termasuk prinsip kebebasan badan kehakiman," katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Tadbir Urus dan Integriti 2025 di sini pada Selasa.Dalam pada itu Anwar mengakui wujud kebimbangan dalam isu berkenaan sehingga timbul persepsi kononnya beberapa pelantikan ke jawatan penting dalam institusi kehakiman mungkin terjejas.Oleh yang demikian beliau memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak berlaku sama sekali."(Datuk Seri) Azalina tahu perkara sebenar, Ketua Setiausaha Negara juga tahu fakta bahawa tiada sebarang kes atau nama yang dipersoalkan atau dianggap kontroversi pernah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja."Soal persepsi biarlah jadi urusan ahli politik dan hanya dengan cara itu kita boleh terus mentadbir dengan baik."Saya harap ia tidak menjejaskan pendirian Majlis Peguam kerana itulah yang mereka percaya."Saya pasti rakan-rakan saya dalam bidang perundangan menghormati hakikat bahawa kita mesti bekerja berdasarkan undang-undang dan fakta, bukan persepsi," ujarnya





Birthday Anak Tak Wish Ke Bro? – Netizen Tunggu Ucapan Aliff Aziz - Rotikaya - 15/07 5:15 pm

Beberapa hari lalu, tular di media sosial pelakon dan penyanyi Bella Astillah meraikan sambutan ulang tahun kelahiran kedua-dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna





Majlis Media lantik anggota lembaga pengasas - Mkini - 15/07 5:12 pm

Anggota lembaga pengasas Majlis Media dilantik secara rasmi hari ini.





Kajian perbandingan sistem pelantikan hakim dilaksana tingkat ketelusan - Sinarharian - 15/07 5:09 pm

SHAH ALAM - Kerajaan melaksanakan kajian perbandingan sistem pelantikan kehakiman bagi meningkatkan ketelusan dalam prosedur pelantikan Hakim Mahkamah Atasan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia termasuk memberi kejelasan yang lebih baik mengenai peranan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).Menurutnya, pada masa sama dapat menangani sebahagian isu yang turut dibangkitkan oleh Badan Peguam Malaysia."Berhubung dengan Walk to Safeguard Judicial Independence oleh Badan Peguam Malaysia, Kerajaan Madani mengambil maklum akan kebimbangan yang dibangkitkan dan menegaskan komitmen untuk menangani isu ini secara bertanggungjawab serta telus, berpandukan Perlembagaan Persekutuan."Oleh itu, pada minggu lalu kerajaan Madani telah mengumumkan pelaksanaan kajian perbandingan sistem pelantikan kehakiman."Kajian itu dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) secara bersama-sama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas dari Dewan Negara dan Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, sebahagian besar ahli Majlis Peguam Malaysia berhimpun di hadapan Istana Kehakiman pada Isnin bagi menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman (Walk to Safeguard Judicial Independence) yang bermula sekitar jam 2 petang.Perarakan tersebut bertujuan menyerahkan memorandum empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri melibatkan isu kebebasan dan integriti badan kehakiman negara.Tambah Azalina, ia membuktikan kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan semua pihak."Badan Peguam Malaysia juga akan dijemput menyertai kajian ini bagi memastikan sistem pelantikan hakim yang lebih telus, berintegriti dan diyakini rakyat."Selain itu isu-isu yang dibangkitkan oleh Badan Peguam Malaysia wajar dilihat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] dan undang-undang lain yang berkuat kuasa."Justeru, kerajaan menyeru agar semua pihak untuk terus menghormati peranan dan proses perlembagaan yang menjadi teras kepada kebebasan badan kehakiman negara," jelasnya





Lima ahli sindiket penipuan seks dan pemerasan seksual diheret ke mahkamah - Sinarharian - 15/07 4:49 pm

JOHOR BAHRU - Lima ahli sindiket penipuan seks dan pemerasan seksual dalam talian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tiga pertuduhan memperdagangkan dua remaja dan seorang lelaki dewasa bagi tujuan eksploitasi kerja dan pemerdayaan.Bagaimanapun kesemua ahli sindiket berkenaan, Sham Chee Fei, 33; Kuek Pei Lin, 19; Lee Chun Kit, 28; Tommy Voo Tze Hau, 27 dan seorang tertuduh juvana lelaki berusia 17 tahun, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.Mengikut pertuduhan, empat lelaki dan seorang wanita itu didakwa memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun bagi maksud eksploitasi kerja serta seorang lelaki berusia 26 tahun bagi maksud sama dengan cara pemerdayaan.Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Kulai antara 23 Mac lalu hingga 23 Mei lalu.Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun dan boleh dihukum sebat, jika sabit kesalahan.Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 12 akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Sementara itu, di hadapan Hakim Nor Aziati Jaafar, Pei Lin; Tze Hau dan tertuduh juvana mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang lain.Mereka didakwa mencapai niat bersama menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak terhadap dua mangsa remaja yang sama dalam bentuk video dan gambar.Bagi perbuatan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.Pada masa sama, seorang lagi ahli sindiket, Abdul Rahufur Rahim Idris, 30, mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menyuruh mangsa remaja perempuan berkenaan melakukan aktiviti bersifat seksual terhadap remaja lelaki terbabit.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(f) AKSTK 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kesemua empat tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan di rumah yang sama, mulai jam 6 petang, 22 Mei hingga 5 pagi, 23 Mei lalu.Sementara itu, Chun Kit mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan mempunyai bahan penganiayaan seksual kanak-kanak sebanyak dua keping gambar dan dua video dalam telefon bimbitnya.Dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumah yang sama, kira-kira jam 11.20 pagi, 20 Jun lalu.Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 AKSTK 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir dan Nur Farah Wahida Shahudin.Dalam pada itu, peguam, Muhammad Abd Kadir dan Gary Ng Boon Hui mewakili tertuduh Chun Kit, Tze Hau dan Chee Fei, manakala peguam N Moganeysha mewakili Abdul Rahufur Rahim; Pei Lin dan tertuduh juvana.Kesemua tertuduh kemudiannya dibenarkan ikat jamin dengan Chee Fei sebanyak RM15,000; Pei Lin (RM30,000); Chun Kit (RM26,000); Tze Hau (RM35,000); tertuduh juvana (RM20,000) dan Abdul Rahufur Rahim (RM6,000).Mereka turut dikenakan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu saksi pendakwaan, melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.Kedua-dua mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 13 Ogos, 14 Ogos dan 19 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.





Harini Mesyuarat Raja Raja. - Wrlr - 15/07 4:47 pm

Sham Ghaz Harini Mesyuarat Raja Raja





Majlis Media bebas, tiada campur tangan kerajaan - Fahmi - Mkini - 15/07 4:46 pm

Fahmi berkata MMM akan beroperasi secara bebas daripada kawalan Kementerian Komunikasi.





Majlis Media Malaysia bebas, urus isu industri tanpa campur tangan kerajaan - Fahmi - Sinarharian - 15/07 4:25 pm

PUTRAJAYA - Pembentukan Majlis Media Malaysia (MMM) membolehkan isu berkaitan industri media diurus secara lebih terangkum, mampan dan bebas tanpa campur tangan pihak kerajaan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Fahmi berkata, MMM akan beroperasi secara bebas daripada kawalan Kementerian Komunikasi dan diberi ruang sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab mengikut fungsi yang telah digariskan."Saya harap dengan terbentuknya MMM, isu dihadapi rakan-rakan dalam industri media di negara kita dapat diuruskan secara lebih terangkum, mampan dan bebas."Yang paling penting, ia membolehkan pelbagai pihak memainkan peranan membantu memastikan media bukan sahaja terus bebas dan berdikari, tetapi juga beretika dan bertanggungjawab," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Lembaga Pengasas MMM di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.Pada majlis itu, Fahmi menyampaikan watikah pelantikan kepada enam daripada 12 anggota Lembaga Pengasas MMM yang telah dilantik berdasarkan kepakaran, pengalaman dan sumbangan dalam bidang kewartawanan, media, akademik serta komunikasi.Pelantikan itu susulan penggubalan Akta MMM 2025 (Akta 868) yang berkuat kuasa 14 Jun lepas, bertujuan menjamin kebebasan media dalam memastikan masyarakat mendapat malumat yang sahih, berintegriti dan adil.Sebelum ini, Fahmi mengumumkan Lembaga Pengasas MMM dianggotai 12 individu terdiri daripada empat wakil bagi setiap kategori iaitu syarikat media, persatuan media, pengamal media dan pengamal media bebas serta ahli bukan media.Beliau berkata, kerajaan bersedia membantu MMM dari segi perundangan dan pendanaan bagi memastikan majlis itu dapat bergerak dengan lancar, khususnya pada peringkat awal penubuhan."Saya lihat pada masa hadapan tidak mustahil MMM boleh beroperasi secara sepenuhnya (berdikari), itu tidak menjadi masalah





Pengasas eHati Dilaporkan Ditahan Polis Selepas Beri Keterangan - Lobakmerah - 15/07 4:12 pm

Pengasas bersama program motivasi rumah tangga, Ehati International Sdn Bhd (eHati) ditahan polis hari ini selepas memberikan keterangan di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya





Ahmad Zahid cadang tubuh majlis perniagaan, TVET khas perkasa Orang Asli - Sinarharian - 15/07 3:56 pm

ROTORUA (New Zealand) - Sebuah Majlis Perniagaan Orang Asli dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khas dicadangkan untuk ditubuhkan bagi memperkasakan ekonomi komuniti itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada lima cadangan utama diilhamkan hasil pencapaian komuniti Maori di New Zealand yang dilihat berjaya memperkasakan masyarakat pribumi mereka ke tahap membanggakan."Saya akan mengadakan mesyuarat khusus dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi membincangkan penubuhan Majlis Perniagaan Orang Asli."Kita juga akan mempertimbangkan sebuah institusi TVET melibatkan pelbagai bidang kemahiran yang boleh melahirkan teknopreneur dalam kalangan Orang Asli," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Sesi Meja Bulat bersama pemimpin perniagaan komuniti Maori, di sini hari ini.Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang dalam lawatan kerja lima hari ke New Zealand itu meneruskan program hari keduanya hari ini dengan mengunjungi Rotorua, sebuah bandar pelancongan berasaskan budaya dan geoterma terletak kira-kira tiga jam dari Bandar Auckland.Ahmad Zahid berkata, kerajaan turut bercadang menubuhkan sektor khusus dalam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk menyediakan kemudahan pinjaman mikro kepada kaum ibu dalam komuniti Orang Asli bagi membantu mereka menjana pendapatan sampingan."Pada hemat saya, khususnya untuk kaum ibu masyarakat Orang Asli, kita mahu mereka ini menjana pendapatan dan meningkatkan taraf ekonomi keluarga





Agong berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 - Kosmo - 15/07 3:52 pm

PETALING JAYA Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 yang berlangsung di Istana Negara



Kerajaan tidak berniat kawal, arah Majlis Media Malaysia – Fahmi - Mgazette - 15/07 3:49 pm





PM umum pelantikan Ketua Hakim Negara selepas perkenan Majlis Raja-Raja - Kosmo - 15/07 3:45 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan keputusan mengenai pelantikan bagi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara yang baharu akan diketahui dalam tempoh terdekat





Perlembagaan ada mekanisme jelas siasat salah laku hakim - Azalina - Mkini - 15/07 3:38 pm

Penjelasan itu dibuat sehari selepas Badan Peguam Malaysia mengadakan perarakan di Putrajaya semalam.





Letupan Putra Heights: Jawatankuasa penilai ditubuhkan lepas laporan penuh dikeluarkan - Kosmo - 15/07 3:32 pm

SHAH ALAM – Penubuhan jawatankuasa bagi menilai laporan penuh insiden Putra Heights akan diumumkan selepas laporan tersebut dijadikan dokumen umum





Agong berangkat ke pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 - Sinarharian - 15/07 3:26 pm

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 di Istana Negara pada Selasa.Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Tunku Idris Iskandar selaku wakil rasmi kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.Pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja itu akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Hadir sama, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.Selain itu, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang akan bersidang pada 15 hingga 17 Julai ini dijangka lebih hangat susulan kemelut melibatkan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.Sudah tentu tumpuan diberikan kepada dapatan pertemuan selama tiga hari ini sama ada polemik isu berkenaan akan berterusan atau diselesaikan dalam tempoh terdekat.





Kerajaan tangani isu berkaitan badan kehakiman berpandukan Perlembagaan Persekutuan - Azalina - Astroawani - 15/07 3:20 pm

Kerajaan menegaskan komitmen untuk menangani isu berkaitan kebebasan badan kehakiman yang dibangkitkan Badan Peguam Malaysia, secara bertanggungjawab berpandukan Perlembagaan Persekutuan.





Muhyiddin tak layak persoal integriti kepada PM – Puad Zarkashi - Thempress - 15/07 3:04 pm

DESAKAN terus-menerus oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berundur sebagai Perdana Menteri adalah suatu yang tidak wajar dipertikaikan





Ketua UMNO bahagian sahkan perjumpaan, enggan dedah agenda - Sinarharian - 15/07 2:34 pm

GEORGE TOWN Dua Ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang mengesahkan bahawa satu perjumpaan khas akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 17 Julai ini.Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, jemputan tersebut dibuat melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri, namun agenda sebenar perjumpaan itu tidak dinyatakan.Sehubungan itu, Mohd Zaidi memaklumkan beliau akan menghadiri perjumpaan yang dijadualkan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis ini."Saya dimaklumkan mengenai perjumpaan ini dan saya mengesahkan akan hadir





Peserta perarakan pertahan kebebasan kehakiman patuh Akta Perhimpunan Aman - Polis - Astroawani - 15/07 2:20 pm

Majlis Peguam Malaysia (MPM) telah mengadakan himpunan dan perarakan dari Istana Kehakiman hingga ke Bangunan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada jam 12.30 tengah hari hingga 4 petang.





Kes bunuh Nur Farah Kartini: Pembelaan masih meneliti dokumen - Sinarharian - 15/07 2:05 pm

SHAH ALAM Pihak pembelaan Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah tahun lalu, memaklumkan akan meneliti dokumen sebelum membuat keputusan sama ada mahu mengemukakan representasi atau sebaliknya.Ketika ditemui selepas prosiding, peguam Aida Zainuddin yang mewakili Muhammad Alif, 27, berkata buat masa ini dokumen diserahkan pihak pendakwaan antaranya laporan patologi, kimia dan forensik.Disebabkan perkara itu, beliau berkata, pihak pembelaan memerlukan masa meneliti keseluruhan dokumen berkenaan."Kami akan memaklumkan kepada mahkamah sama ada akan memasukkan representasi atau tidak pada prosiding akan datang," katanya.Dalam prosiding sebutan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Nadia Othman, pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maizatul Munirah Abdul Rahman.Mahkamah menetapkan 10 September depan sebagai tarikh sebutan kes.Terdahulu, pada 12 Jun tahun lalu, Muhammad Alif mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian wanita berusia 25 tahun itu di ladang kelapa sawit SKC Kledang, Hulu Bernam, dekat sini, antara jam 9 pagi, 10 Julai 2024 hingga 6 petang, 15 Julai tahun sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan disebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 sebelum mayatnya dijumpai lima hari kemudian.





Prince Syed rela berhabis RM200,000 untuk kek hari jadi, bertatahkan bunga emas 916! - Mdateline - 15/07 2:00 pm

Pempengaruh media sosial sensasi, Prince Syed kembali mencuri tumpuan ramai baru-baru ini selepas berkongsi rakaman memaparkan suasana majlis sambutan ulang tahun kelahirannya pada Isnin lalu





Pengarah syarikat keselamatan didenda RM3,500 jalankan perniagaan tanpa lesen - Sinarharian - 15/07 1:10 pm

SELAYANG Seorang pengarah syarikat didenda RM3,500 mengaku bersalah menjalankan perniagaan berkaitan kawalan keselamatan tanpa lesen di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Tertuduh, G Kalaicheloon, 68, didakwa menjalankan perniagaan agensi persendirian tanpa lesen seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 3(1) Akta Agensi Persendirian 1971 di Taman Sunway Batu Caves, Batu Caves pada jam 8.30 malam, 4 Februari lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 14 akta sama memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, ketika pemeriksaan Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN), terdapat dua lelaki warga Nepal berada di pos pengawal.Mereka mengaku bekerja dan digajikan Syarikat Caprilib Multi Services, namun hasil semakan Electronic Security Industry Management System (eSIMS) KDN mendapati syarikat itu tidak berdaftar dengan KDN.Siasatan juga mendapati syarikat tersebut tidak mempunyai lesen dikeluarkan KDN bagi menjalankan perniagaan agensi persendirian.Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Ahmad Syukry Suaed di hadapan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda selain memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.





MBM pula tolak Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia - Sinarharian - 15/07 12:41 am

SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) menjadi badan bukan kerajaan terbaru yang mendesak kerajaan Malaysia agar menolak pelantikan tokoh konservatif Amerika Syarikat (AS), Nick Adams sebagai Duta Besar negara itu ke Malaysia.Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, pihaknya melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap pencalonan tersebut kerana di sebalik kontroversi yang menyelubungi pesona awamnya, Adams secara konsisten menyebarkan retorik provokatif dan memecah belah.Menurutnya, ia secara tidak langsung memburukkan seruan antarabangsa untuk keadilan, menolak advokasi hak asasi manusia dan menyamakan ungkapan solidariti yang sah dengan ekstremisme."Adams juga telah membuat kenyataan awam secara meluas, dianggap sebagai anti-Palestin dan secara terbuka menyokong tindakan pencerobohan yang disifatkan oleh banyak masyarakat antarabangsa sebagai jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai."Pandangan sedemikian bukan sahaja tidak dapat dipertahankan secara moral tetapi juga berisiko menormalkan keganasan terhadap orang awam dan menjejaskan prinsip keadilan, keamanan dan kemanusiaan yang dikongsi bersama," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah Mohd Izzat Afifi, pandangan Adams bukan sahaja tidak serasi dengan sokongan berprinsip Malaysia untuk keadilan antarabangsa, hak asasi manusia dan perlindungan negara berdaulat, tetapi juga berisiko menjejaskan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Amerika Syarikat.Retorik sedemikian katanya, jika dibenarkan membentuk penglibatan diplomatik akan mengancam kepercayaan bersama dan muhibah awam, yang kedua-duanya penting untuk kerjasama antarabangsa dan perpaduan nasional."Dasar luar Malaysia sentiasa berdiri teguh dalam mempertahankan maruah manusia, kedaulatan undang-undang dan multilateral."Kenyataan Adams, termasuk yang mempersendakan atau memutarbelitkan prinsip-prinsip ini, tidak selari dengan nilai yang kita pegang dan tidak sesuai untuk menjadi utusan rasmi ke negara kita."Oleh itu, MBM menyeru Kerajaan untuk menolak pencalonan ini





Puad anggap perarakan peguam, Nurul Izzah sekadar drama - Mkini - 15/07 12:36 am

Pemimpin Umno itu juga berpendapat berarak dan menjerit sambil berjalan tidak sesuai dengan imej pengamal undang undang





Sumber PH: MP minta Anwar tak calonkan hakim terpalit skandal kehakiman - Mkini - 15/07 12:11 am

Mereka mendakwa Anwar mengambil maklum berkenaannya, namun menekankan bahawa keputusan terletak pada Majlis Raja-Raja.





ASEAN dan rakan dialog perkukuh kerjasama iklim dan daya tahan bencana - SUN - 15/07 11:53 am

KUALA LUMPUR: ASEAN dan Rakan Dialognya telah mengulangi komitmen untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam isu-isu kritikal seperti tindakan iklim, kelestarian alam sekitar, dan daya tahan bencana





Ahmad Zahid lawati Rotorua, perkukuh kerjasama komuniti Maori dan ternakan - SUN - 15/07 11:23 am

ROTORUA : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan lawatan kerjanya di New Zealand dengan kunjungan ke Rotorua, sebuah bandar yang terkenal dengan budaya Maori dan aktiviti geoterma





Peserta perarakan pertahan kebebasan patuh Akta Perhimpunan Aman - Polis - Sinarharian - 15/07 11:12 am

KUALA LUMPUR - Peserta yang menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman di Putrajaya pada Isnin mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan berkata, Majlis Peguam Malaysia (MPM) telah mengadakan himpunan dan perarakan dari Istana Kehakiman hingga ke Bangunan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada jam 12.30 tengah hari hingga 4 petang."Peserta yang hadir dalam perhimpunan dan perarakan itu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012."Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan gangguan urusan pelantikan dan keputusan kehakiman serta menggesa pengisian segera kekosongan jawatan hakim," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohamed Usuf berkata, seramai kira-kira 600 ahli MPM telah hadir dalam perhimpunan tersebut."Perhimpunan itu berlangsung dengan baik dan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini."Pihakpolis membuat kawalan sepanjang himpunan berlangsung bagi mengekang daripada sebarang insiden berlaku," ujarnya.Pada Isnin, media melaporkan perarakan tersebut bertujuan menyerahkan memorandum empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri melibatkan isu kebebasan dan integriti badan kehakiman negara.Peserta perarakan hadir dengan pakaian hitam sebagai simbol solidariti dan membawa plakad menuntut ketelusan dalam pelantikan kehakiman serta mendesak kerajaan mengambil tindakan segera terhadap krisis keyakinan terhadap institusi kehakiman negara.





Negara Bakal Cipta Rekod Baca Al-Quran Dari KL Sentral ke Hatyai Dalam Kereta Api Sempena MTHQA - Lobakmerah - 15/07 10:48 am

Bersempena penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 tahun, satu percubaan untuk mencipta rekod Bacaan al-Quran Terpanjang dari KL Sentral ke Hatyai bakal diadakan





Menunggu isyarat Majlis Raja-Raja - Sinarharian - 15/07 10:00 am

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim pula bersara pada 3 Julai.Hingga kini, tiada pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan mengenai pengganti mereka. Kekosongan ini amat jarang berlaku serentak dan menimbulkan persoalan besar dalam kalangan masyarakat dan komuniti perundangan.Isu tersebut bertambah panas lagi apabila sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 7 Julai lalu mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, kemelut berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman perlu diberi perhatian segera kerana situasinya kini dilihat mirip skandal video VK Lingam pada 2007 yang membabitkan cubaan mempengaruhi pelantikan Ketua Hakim Negara ketika itu.Tambahan pula, beberapa tokoh politik turut lantang menyuarakan pandangan mereka berhubung isu berkenaan.Tindakan itu hanya menambahkan tekanan dan keperluan kepada pelantikan yang bersih daripada sebarang pengaruh politik.Pada Jumaat lalu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR turut melancarkan petisyen dalam talian dengan mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk menandatanganinya sebagai tanda sokongan terhadap institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.Kemuncak polemik isu ini apabila sebahagian besar ahli Majlis Peguam Malaysia berhimpun di hadapan Istana Kehakiman pada Isnin bagi menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman (Walk to Safeguard Judicial Independence) yang bermula sekitar jam 2 petang.Perarakan tersebut bertujuan menyerahkan memorandum empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri melibatkan isu kebebasan dan integriti badan kehakiman negara.Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar juga hadir dalam perarakan berkenaan bagi menyatakan sokongan terhadap usaha mempertahankan kebebasan badan kehakiman.Beliau menegaskan bahawa hak berhimpun secara aman adalah jaminan Perlembagaan Persekutuan dan turut didukung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Isu tersebut turut dibincangkan dalam pertemuan tertutup Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dengan Anwar di Seri Perdana, Putrajaya pada Isnin.Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan yang mengatakan polemik kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan itu akan diselesaikan minggu ini.Menurut beliau, komitmen berkenaan disuarakan Anwar dalam pertemuan tersebut.Dalam konteks isu berkenaan, Majlis Raja-Raja kini berada di posisi penting bukan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan utama dalam badan kehakiman, tetapi juga untuk menghantar isyarat kepada rakyat bahawa institusi kehakiman akan terus bebas, adil dan berintegriti.Di bawah Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.Mengambil kira ketetapan tersebut, rakyat sudah pasti menunggu isyarat daripada Majlis Raja-Raja berhubung isu kemelut dalam badan kehakiman ini.Tentunya, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 pada Selasa akan menyaksikan sama ada polemik isu berkenaan akan berterusan atau diselesaikan dalam tempoh terdekat.Dalam suasana negara yang semakin mencabar, kestabilan sistem perundangan tidak boleh dipandang remeh.Semua mata kini tertumpu ke arah mesyuarat itu, menanti keputusan yang boleh memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara.





Ke mana perginya kompas moral etnik Cina? - Utusan - 15/07 8:00 am

BERULANGNYA insiden yang tidak sepatutnya berlaku di mana-mana sekolah dalam tempoh masa tidak terlalu lama, kali ini melibatkan acara lelongan arak di dewan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)





Lebih 1,000 peguam sertai perarakan bela kebebasan kehakiman - Mgazette - 15/07 7:58 am

# Lebih 1,000 peguam sertai perarakan bela kebebasan kehakiman PUTRAJAYA - Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman anjuran Majlis Peguam bermula sekitar pukul 2.30 petang di perkarangan Istana Kehakiman di sini dihadiri lebih 1,000 peserta dari seluruh negara





Tujuh ahli sindiket peras ugut seksual didakwa esok - Mgazette - 15/07 7:58 am

# Tujuh ahli sindiket peras ugut seksual didakwa esok JOHOR BAHRU - Tujuh daripada sembilan suspek dalam sindiket penipuan seks dan pemerasan seksual dalam talian akan didakwa di sini esok





Memang ada perjumpaan ketua-ketua UMNO bahagian Khamis ini – Sumber - Mgazette - 15/07 7:58 am

# Memang ada perjumpaan ketua-ketua UMNO bahagian Khamis ini - Sumber KUALA LUMPUR Desas-desus mengatakan semua ketua UMNO bahagian akan mengadakan pertemuan untuk mendesak Perdana Menteri melaksanakan titah adendum melibatkan Datuk Seri Najib Razak berhubung tahanan di rumah sebenarnya berasas





Bersatu lagi kuat khianat rakan kongsi – Puad - Mgazette - 15/07 7:58 am

KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kononnya kerana parti itu mengkhianati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)





Sertai perarakan bersama peguam, PKR patut gantung Nurul Izzah ??? Zaid - Mgazette - 15/07 7:58 am

# Sertai perarakan bersama peguam, PKR patut gantung Nurul Izzah Zaid KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahimberpandangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar juga patut digantung daripada parti itu susulan menyertai perarakan berkait kebebasan kehakiman hari ini





Tak kisah Rafizi nak tunggang isu saya – Isham Jalil - Mgazette - 15/07 7:58 am

"Pada saya, dia nak tunggang, tungganglah janji 'lawan' Anwar," katanya kepada MalaysiaGazette ketika berarak dalam himpunan peguam di Istana Kehakiman, di sini, hari ini. Isham juga menyindir Rafizi kerana tidak kelihatan dalam perhimpunan anjuran Majlis Peguam Malaysia itu, sedangkan beliau menjadi panel membincangkan krisis kehakiman itu, pada Sabtu lalu





Wan Saiful harap Nurul Izzah bawa mesej perarakan peguam kepada PM - Mgazette - 15/07 7:58 am

# Wan Saiful harap Nurul Izzah bawa mesej perarakan peguam kepada PM KUALA LUMPUR Memandangkan Nurul Izzah Anwar turut menyertai _Walk to Safeguard Judicial Independence_, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diharapkan dapat menyampaikan mesej penting kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan bersama ahli Parlimen kerajaan petang ini





Himpunan Peguam, Turun Anwar ada persamaan ??? Takiyuddin - Mgazette - 15/07 7:58 am

# Himpunan Peguam, Turun Anwar ada persamaan Takiyuddin PUTRAJAYA Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassantidak menafikan perhimpunan pertahankan kebebasan kehakiman anjuran Majlis Peguam Malaysia hari ini mempunyai persamaan dengan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini




Reformasi     >>



Miti urged to ramp up anti-graft meetings with .. - Mkini
This to enhance Malaysia's score, global ranking in Corruption Perceptions Index.
Kroni     >>



No proof of AI chip smuggling, says Zafrul - Star
KUALA LUMPUR: The Ministry of Investment, Trade and Industry (Miti) hasnot found any evidence of incidents relating to the smuggling of high-performance artificial intelligence (AI) chips, said its minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Read full story
Tabloid     >>



Ubai Sedia Jumpa Penyanyi Legenda Selesai Isu Shila .. - Rotikaya
Pempengaruh media sosial Ubai berkata dia sedia bertemu dengan Datuk Amy Search bagi menyelesaikan kemelut antara isterinya Shila Amzah dengan lagenda rock berkenaan. Memetik mStar Online, Ubai berkata dia tiada... Baca selanjutnya → The post Ubai Sedia Jumpa Penyanyi Legenda Selesai Isu ..
Tech     >>



The Google Pixel Watch 4 will reportedly use the same .. - Gsmarena
Google has abandoned Samsung and is switching to TSMC for future Tensor chipsets the first, the Tensor G5, will power the Pixel 10 series and is already doing the rounds on Geekbench. The upcoming Pixel Watch 4, however, is not changing chipsets. The latest report is that Google will reuse ..
World     >>



Kremlin responds to Trumps 50-day ultimatum - Tehrantimes
Russia needs time to assess US President Donald Trumps threat to impose severe sanctions on Moscows trading partners if the Ukraine conflict is not resolved within 50 days, Kremlin spokesman Dmitry Peskov has said.
Motor Trend     >>



Motosikal Skuter Ev Soloera Solo 1c Dilancarkan .. - Mekanika
# SKUTER EV SOLOERA SOLO 1C DILANCARKAN - HANYA RM599 DENGAN REBAT MARIICAS **Jenama motosikal EV, Blueshark, menerusi sub-brand SoloEra dengan rasminya melancarkan skuter elektrik terbaru menerusi Solo 1C.** Menariknya, dari 15 Julai hingga 16 September ini, pelanggan Mesra Rewards dan Setel boleh ..