| /// |
|
| Search : Majistret Jawi News | Page 1 |
|
Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini - Mgazette - 19/03 2:55 pm # Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini |
|
Pekerja taska angguk faham pertuduhan bunuh bayi lelaki - Mgazette - 19/03 2:55 pm # Pekerja taska angguk faham pertuduhan bunuh bayi lelaki BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja taman asuhan kanak-kanak (taska) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada 9 Mac lalu |
|
Pengasuh bunuh bayi akan didakwa di mahkamah hari ini - Mgazette - 19/03 2:55 pm # Pengasuh bunuh bayi akan didakwa di mahkamah hari ini BUKIT MERTAJAM - Seorang daripada dua pengasuh yang ditahan reman membabitkan kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah taska dalam Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, pada 9 Mac lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini |
|
Jumpa Arun di mahkamah, Pas persoal Kulasegaran sebagai timbalan menteri - Mgazette - 19/03 2:55 pm # Jumpa Arun di mahkamah, Pas persoal Kulasegaran sebagai timbalan menteri KUALA LUMPUR Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran menghadiri Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang baru-baru ini terus mengundang persoalan apabila Pas Selangor mempersoalkan konsistensinya sebagai anggota pentadbiran kerajaan |
|
Tiada layanan berbeza Zamri dan Arun, prosedur ikut lunas undang-undang .. - Mgazette - 19/03 2:55 pm Zamri Vinoth dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan tangan bergari dan diiringi kawalan polis yang ketat sebelum prosiding bermula. Namun, Arun selain tidak bergari, tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinangdengan ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran |
|
Mengaku pijak al-Quran, penganggur dipenjara sembilan bulan - Mgazette - 19/03 2:55 pm # Mengaku pijak al-Quran, penganggur dipenjara sembilan bulan ALOR GAJAH Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memijak senaskhah al-Quran di bulan Ramadan, Februari lalu |
|
Tamim Dahri dipercayai berada di Tanah Suci – KPN - Mgazette - 19/03 2:55 pm # Tamim Dahri dipercayai berada di Tanah Suci - KPN KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan aktivis, Tamim Dahri yang didakwa melarikan diri ke Thailand sebelum ini, kini dipercayai berada di Tanah Suci, Arab Saudi |
|
Bekas pengurus kanan syarikat multinasional didakwa terima harta curi lebih RM2.1 juta - Sinarharian - 19/03 2:34 pm IPOH - Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat multinasional hari ini sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menerima harta curi iaitu wang berjumlah lebih RM2.1 juta milik sebuah syarikat Indonesia, tiga tahun lepas.NV Vemal, 36, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S |
|
Tindakan gari Zamri Vinoth ikut undang-undang - KPN - Sinarharian - 19/03 2:28 pm KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menjelaskan bahawa tindakan membawa pendakwah bebas Zamri Vinoth ke mahkamah dalam keadaan bergari pada Selasa lepas dilaksanakan mengikut prosedur serta lunas undang-undang sedia ada.Beliau berkata, tangkapan awal terhadap Zamri adalah melibatkan kes mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, selain turut disiasat mengikut Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur berbeza."Kesalahan-kesalahan yang kita tangkap sebelum ini berbeza-beza. Ada yang boleh dijamin dan ada yang tidak, terutama pada fasa awal tangkapan melibatkan empat kes di Putrajaya, di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan."Pada masa sama, terdapat juga kes di bawah Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur berlainan," katanya pada sidang media di sini hari ini.Mohd Khalid berkata, perbezaan tindakan itu mungkin menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam, namun memberi jaminan semua proses dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan merupakan amalan biasa dalam sistem perundangan negara.Selasa lepas, Zamri dan aktivis Arun Dorasamy antara tiga individu yang dihadapkan ke mahkamah di beberapa negeri atas pertuduhan membuat kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam.Zamri, 42, atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur; Arun atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy, 56, pula dituduh di Mahkamah Majistret Jawi manakala pemandu e-hailing P Mahendra Bhoopaty, 53, di Mahkamah Majistret Seremban.Bagaimanapun, Zamri dan Arun mengaku tidak bersalah, manakala Mahendra Bhoopaty didenda RM4,000 atau dipenjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan serupa.Mengulas mengenai keberadaan aktivis Tamim Dahri, Mohd Khalid berkata pihaknya mempunyai maklumat beliau berada di Tanah Suci dan tindakan pendakwaan telah dibuat."Bila sampai masanya (beliau pulang), kita akan ambil tindakan terhadap beliau," katanya.Isnin lepas, Mohd Khalid memaklumkan Tamim akan dituduh di Mahkamah Majistret Langkawi, Kedah mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan "soolam", simbol suci bagi agama Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi.- Bernama |
|
Pijak al-Quran: Lelaki dipenjara 9 bulan - Utusan - 19/03 2:21 pm ALOR GAJAH: Seorang lelaki yang mengaku memijak al-Quran, bulan lepas dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini |
|
Lelaki pijak al-Quran dipenjara sembilan bulan - Mkini - 19/03 2:18 pm Majistret Teoh Shu Yee membuat keputusan itu selepas Amir Abdul Malik, 41, mengaku bersalah. |
|
Kes Zamri Vinoth, Arun: Polis bertindak Ikut peruntukan undang-undang - Sinarharian - 19/03 1:05 pm Khalid Ismail berkata, tangkapan awal terhadap Zamri adalah melibatkan kes mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Zamri turut disiasat mengikut Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur yang berbeza."Kesalahan-kesalahan yang kita tangkap sebelum ini berbeza-beza. Ada yang bailable (boleh dijamin), ada yang tidak boleh dijamin dan sebagainya dalam fasa awal tangkapan melibatkan empat kes di Putrajaya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan."Selain itu, terdapat juga kes yang disiasat di bawah Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur yang berbeza," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Khamis.Mohd Khalid berkata, orang awam mungkin melihat ia satu perkara yang berbeza bagaimapun beliau memberi jaminan ia dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan ia perkara itu sadalah sesuatu yang lumrah dalam undang-undang negara.Pada Selasa lalu, Zamri Vinoth dan aktivis Arun Dorasamy antara tiga individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen beberapa negeri atas pertuduhan membuat kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam.Zamri Vinoth, 42, atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur; Arun atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy, 56, pula dituduh di Mahkamah Majistret Jawi manakala pemandu e-hailing P Mahendra Bhoopaty, 53, di Mahkamah Majistret Seremban.Bagaimanapun, Zamri Vinoth dan Arun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu manakala Mahendra Bhoopaty didenda RM4,000 atau dipenjara tujuh bulan, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan serupa.Mengulas mengenai keberadaan aktivis Tamim Dahri, Mohd Khalid berkata pihaknya mempunyai maklumat beliau berada di tanah suci.Dalam pada itu, mengulas berhubung penganjuran program Harmoni Madani membabitkan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan India, Mohd Khalid berkata, pihaknya menyokong dan amat menghargai komitmen dan semangat perpaduan nasional bagi mencari penyelesaian membabitkan isu sensitif termasuk rumah ibadat.Katanya, ini kerana sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan polemik awam berkaitan isu rumah ibadat khususnya melibatkan dawaan pembinaan kuil tanpa kelulusan sehingga ada pihak cuba mengambil tindakan bersifat provokatif termasuk menganjurkan himpunan."Kita sentiasa memantau dengan teliti beberapa perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini yang berpotensi menjadi titik panas sehingga membawa ketegangan antara kaum."PDRM komited untuk memastikan keamanan dan ketenteraan awam setiasa terpelihara |
|
Tamim Dahri sedia serah diri tapi bersyarat - Sinarharian - 19/03 1:00 pm SHAH ALAM - Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak bersedia pulang ke tanah air untuk menyerahkan diri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat dengan syarat empat kuil tidak sah dirobohkan.Perkembangan terbaharu itu dikongsikan oleh akaun Threads, tanah.malaya pada Khamis.Menerusi hantaran berkenaan, empat kuil yang disyaratkan supaya dirobohkan ialah Kuil Atas Jalan Pandanmas, Kuil Hospital Bukit Mertajam, Kuil Lama Seafield dan Kuil Jakel."Kenapa empat lokasi ini? Yang itu, semua boleh fikir sendiri," menurut hantaran di akaun berkenaan.Mahkamah Majistret Langkawi pada Selasa menangguhkan pertuduhan terhadap Tamim Dahri sehingga 15 Mei depan selepas tertuduh dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.Tamim Dahri akan dituduh mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam, simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, akan didakwa berkaitan kes provokasi agama pada Selasa.Selain Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, dua lagi yang akan dituduh ialah Tamim Dahri dan P |
|
Dua jurujual dituduh tipu wanita tawar pelaburan barang elektrik tidak wujud - Sinarharian - 19/03 12:41 am KUANTAN - Dua jurujual termasuk seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan menipu seorang wanita dengan menawarkan pelaburan barangan elektrik tidak wujud, Januari lalu.Tertuduh, Muhammad Khairul Nizam Rahmat, 32 dan Nadyah Rozlan,25 bagaimapun mengaku tidak bersama dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nabilla Huda Jasmani, kedua-dua tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa secara curang mendorong wanita terbabit menyerahkan wang RM23,000.Diketahui, mangsa berusia 58 tahun itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan dengan tawaran pelaburan tersebut.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai pajak gadai di Jalan Bukit Ubi di sini pada 13 Januari lalu.Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahanEkoran pengakuan tidak bersalah kedua-dua tertuduh itu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun tertuduh melalui peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ahmad Syamsul Akmar Yusof memohon agar jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan pendapatan mereka hanya sekitar RM1,500.Muhammad Khairul Nizam menyara ibu manakala Nadyah seorang ibu tunggal mempunyai seorang anak yang bersekolah selain menanggung ayah yang uzur.Mengambil kira rayuan itu, Mohd Fauzan menetapkan jumlah jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin manakala 4 April depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. |
|
Lelaki pijak al-Quran dipenjara sembilan bulan - Sinarharian - 19/03 12:02 am ALOR GAJAH - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap seorang lelaki yang mengaku memijak al-Quran, bulan lepas.Majistret Dr Teoh Shu Yee membuat keputusan itu selepas Amir Abdul Malik, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan mencemari agama Islam dengan memuat naik rakaman dirinya memijak al-Quran, dengan niat menghina agama tersebut di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah pada 28 Feb lepas.Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Nahra Dollah dan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Abdullah Wan Radzlad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kerajaan Ishak Kari.Terdahulu, Nahra memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh memandangkan perbuatannya serius, lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim yamg menghina agama sendiri.Ishak pula memohon hukuman penjara bermula dari tarikh Amir ditangkap, iaitu pada 15 Mac lepas.Dalam penghakimannya, Teoh berkata perbuatan tertuduh adalah serius kerana menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat."Penghinaan terhadap mana-mana agama, sama ada Islam atau bukan Islam, berpotensi membawa kerosakan yang jauh lebih besar berbanding kecederaan fizikal kerana ia menyentuh maruah serta hak eksklusif yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.Beliau juga berkata perbuatan itu lebih membimbangkan kerana dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi ruang untuk meningkatkan keimanan dan amalan kebaikan.Mahkamah kemudian memerintahkan Amir menjalami hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.- Bernama |
|
Pekerja Taska Didakwa Bunuh Bayi Empat Bulan - Siakapkeli - 19/03 12:00 am Pekerja Taska Didakwa Bunuh Bayi Empat Bulan BUKIT MERTAJAM, 19 Mac (Bernama) -- Seorang pekerja pusat asuhan atau taska didakwa di Mahkamah Majistret di sini |
|
Pekerja taska didakwa bunuh bayi empat bulan - Sinarharian - 19/03 11:35 am BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja pusat asuhan atau taska didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan, minggu lepas.Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Dia didakwa menyebabkan kematian seorang bayi di Taska Pintar Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, antara 1 hingga 4 pagi, pada 9 Mac lepas.Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun, manakala peguam Muhaimin Hashim mewakili tertuduh.Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan sebelum menetapkan 23 Jun sebagai tarikh sebutan semula untuk menunggu laporan kimia dan bedah siasat.Sementara itu, seorang lagi wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini ditahan bersama tertuduh bagi membantu siasatan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 di mahkamah sama sebagai saksi pendakwaan.Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail mengesahkan kematian bayi lelaki itu disebabkan lemas berdasarkan hasil bedah siasat.Dalam kejadian itu, mangsa berusia empat bulan disahkan meninggal dunia pada jam 4.20 pagi, 9 Mac selepas dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri.Difahamkan doktor melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama kira-kira sejam sebelum mangsa meninggal dunia.Bayi itu dihantar ke pusat asuhan yang beroperasi 24 jam oleh ibunya, seorang jururawat yang bertugas syif malam.- Bernama |
|
Pengasuh didakwa bunuh bayi empat bulan di taska hospital - Hmetro - 19/03 10:27 am Bukit Mertajam: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah pusat asuhan dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ), awal bulan ini |
|
Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak pagi ini - Sinarharian - 19/03 9:39 am KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Raya Malaysia (LLM) berkata, bagi laluan ke Pantai Timur, kesesakan berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 menuju ke Plaza Tol Gombak serta dari Bukit Tinggi, Lentang ke Stesen Petronas Bentong, dan Sungai Dua ke Plaza Tol Karak."Bagi laluan ke utara, kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan di Slim River ke Tapah, Gopeng ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Bandar Baharu ke Jawi, Bukit Tambun ke Bukit Minyak dan Juru ke Perai," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.Beliau berkata bagi laluan ke selatan pula, kesesakan berlaku dari Port Dickson ke Senawang, dan Pasir Gudang ke Setia Tropika."Cuaca pagi ini baik dan pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan," katanya.Pengguna juga dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi, selain memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup (CCTV) trafik di laman web rasmi agensi berkenaan |
|
Bela dua anjing tanpa lesen, pemilik didakwa di mahkamah - Sinarharian - 18/03 4:09 pm KUALA LANGAT - Seorang individu yang memelihara dua anjing tanpa lesen sah daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok di sini pada Rabu.Berdasarkan pertuduhan, dia selaku orang kena saman (OKS) dituduh memelihara anjing tersebut di rumahnya di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang di sini.Dia didakwa mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1), UUK Perlesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis Daerah Kuala Langat) 2007.Bagaimanapun Majistret, Maslinda Selamat membenarkan permohonan OKS supaya mahkamah menarik balik saman berkenaan selepas dia memberitahu telah menjelaskan kompaun di MPKL.Pendakwaan dalam kes terbabit, dikendalikan Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim.Sementara itu, dalam kenyataan media, MPKL mengingatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang sedia ada supaya tidak dikenakan tindakan. |
|
Penghulu Pas di Bachok, Kelantan beraya dalam lokap kerana cabul rakyat. - Wrlr - 18/03 3:25 pm Aman Muhammad Pihak Polis Kelantan mengesahkan satu kejadian cabul telah berlaku dalam daerah Bachok, Kelantan |
|
Sepatutnya Peguam OKT buat la bantahan - Wrlr - 18/03 3:21 pm Che Ibrahim Mohamed Itu la.. |
|
Trafik ke Pantai Timur sesak, laluan utara-selatan masih lancar - Mgazette - 18/03 2:59 pm # Trafik ke Pantai Timur sesak, laluan utara-selatan masih lancar KUALA LUMPUR - Keadaan trafik dari Lembah Klang menghala ke Pantai Timur mulai sesak pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri |
|
Duda didakwa bunuh rakan kerana telefon bimbit - Mgazette - 18/03 2:59 pm MELAKA Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya selepas waktu berbuka puasa dalam kejadian di Sungai Udang, minggu lalu |
|
Empat pemimpin DAP tak setuju tindakan Kulasegaran - Mgazette - 18/03 2:59 pm # Empat pemimpin DAP tak setuju tindakan Kulasegaran KUALA LUMPUR Empat Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP tidak bersetuju dengan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran yang mengiringi orang kena tuduh (OKT), Arun Dorasamy di Mahkmah Majistret Jawi, Pulau Pinang, semalam |
|
Pemimpin Melayu DAP tegur tindakan Kulasegaran, seru elak cetus persepsi .. - Wrlr - 18/03 2:48 pm Pada masa sama, keempat-empat wakil rakyat terbabit menjelaskan bahawa tiada sebarang keputusan rasmi parti berhubung isu berkenaan, sekali gus menegaskan bahawa sebarang tindakan solidariti terhadap Arun tidak mewakili pendirian DAP. Semalam, Kulasegaran berkata, dia hanya bertemu secara ringkas dengan Arun di luar Mahkamah Majistret Jawi dan memberi kata-kata semangat supaya individu berkenaan mempercayai proses perundangan yang bakal dihadapi |
|
Belasah anak JL Fara, bekas tunang didenda RM1,500 - Utusan - 18/03 1:58 pm KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,500 ke atas seorang penganggur selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan seorang wanita yang juga bekas tunangnya di sebuah rumah, bulan lalu |
|
Buruh ladang bawa sabit sebabkan kematian pelajar didakwa - Kosmo - 18/03 1:57 pm TELUK INTAN – Seorang buruh ladang warga Indonesia yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar Kolej Vokasional akibat terkena sabit minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini |
|
Kulasegaran kena lebih memahami sensitiviti isu -Young Syefura - Sinarharian - 18/03 1:42 pm KUANTAN Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang dilihat mengiringi aktivis, Arun Dorasamy di mahkamah baru-baru ini berpotensi menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, Kulasegaran sepatutnya lebih memahami sensitiviti isu yang sedang berlaku.Menurutnya, bagi pandangan umum,tindakan itu dilihat sebagai pendirian dan kepekaan pihak berkenaan dalam menangani isu semasa yang sensitif itu."Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana beliau sepatutnya lebih memahami sensitiviti isu yang sedang berlaku ketika ini."Sudahlah orang pertikai layanan yang berbeza, kemudian dengan hal mcm ni lagi membuatkan optik yang sangat teruk," ujarnya berkongsi pandangan peribadi menerusi satu hantaran di Threads.Kenyataan tersebut dilihat sebagai reaksi terhadap kebimbangan orang ramai yang mempersoalkan persepsi layanan berbeza dalam kes melibatkan individu tertentu, sekali gus memberi kesan kepada keyakinan terhadap institusi dan sistem sedia ada.Terdahulu, Kulasegaran dilihat menemani Arun Dorasamy di Mahkamah Majistret Jawi, Nibong Tebal yang menghadapi pertuduhan membuat kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam pada tahun lalu.Timbalan Menteri itu bagaimanapun menegaskan beliau tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding yang melibatkan aktivis itu sebaliknya hanya sempat bertemu secara singkat di luar Kompleks Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal.Beliau berkata, kunjungannya ke mahkamah adalah semasa dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang, dengan tujuan bertemu Arun dan memberi dorongan supaya mempercayai proses perundangan semasa menghadapi prosiding yang akan datang. |
|
Pempengaruh pukul tunang didenda RM1,500 - Sinarharian - 18/03 1:37 pm KOTA BHARU Seorang pempengaruh didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah mencederakan bekas tunangnya bulan lalu.Majistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Zamri Syed Zainuddin, 20, serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Anak bongsu daripada lima beradik itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Putri Fasha Felisa Mohd Izhan, 19, di sebuah rumah di belakang Sekolah Raja Bahar, Taman Ehsan, di sini pada jam 5.30 petang, pada 21 Februari lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah sewa tertuduh sebelum berlaku pertengkaran yang membawa kepada pergelutan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan lebam pada lengan kanan dan lengan bawah kanan seperti disahkan melalui laporan pegawai perubatan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nik Nazriani Nik Ab Rahman.Sebelum ini, media turut melaporkan keluarga wanita usahawan kosmetik berkenaan bertindak memutuskan pertunangan pasangan terbabit sekali gus perkahwinan yang dirancang selepas Aidilfitri juga dibatalkan. |
|
Buruh ladang bawa sabit sebabkan kematian pelajar kolej didakwa di mahkamah - Sinarharian - 18/03 1:31 pm TELUK INTAN Seorang buruh ladang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Rabu atas dua pertuduhan menunggang motosikal secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan terhadap dua pelajar kolej vokasional, minggu lalu.Tertuduh, Sutiyono, 39, warga Indonesia, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.Bagaimanapun pengakuan tidak direkodkan kerana tertuduh mempunyai masalah pendengaran.Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu sebagai penunggang motosikal Honda EX5 didakwa menunggang secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Adham Faisal, 18, yang semasa kejadian menunggang motosikal Honda Vario 150cc.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lorong Haji Abdul Rashid, Kampung Selabak dalam daerah Hilir Perak kira-kira jam 8.10 pagi pada 9 Mac 2026.Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, Sutiyono didakwa menunggang motosikal yang sama secara berbahaya hingga menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Muammar Ismail, 17, pada tarikh, masa dan lokasi sama.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Darwis Aghniya Halim Azizi menawarkan jaminan RM8,000 untuk kedua-dua pertuduhan selain meminta agar lesen memandu tertuduh dirampas sehingga kes selesai.Tertuduh diwakili Peguam Francis Sinnappan secara pro bono memohon jaminan dikurangkan mengambil kira faktor pekerjaan tertuduh sekadar buruh ladang kelapa sawit dan perlu menanggung keluarga termasuk seorang anak yang menetap di Indonesia.Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dengan salah sorang daripada penjamin merupakan majikan tertuduh.Tarikh 28 April depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan laporan bedah siasat serta lantikan dua jurubahasa iaitu bahasa isyarat dan bahasa Indonesia.Terdahulu akhbar melaporkan Adham Faisal yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan maut apabila lehernya terhiris sabit berhulu panjang ketika motosikal yang dinaikinya berselisih dengan motosikal ditunggangi tertuduh.Kejadian turut menyebabkan rakan Allahyarham yang menaiki motosikal sama mengalami kecederaan pada tangan. |
|
Buruh warga Indonesia didakwa sebabkan kematian pelajar kolej terkena .. - Hmetro - 18/03 11:48 am Teluk Intan: Warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar kolej vokasional akibat terkena sabit berhulu panjang minggu lalu |
|
Duda tikam rakan depan rumah di Sungai Udang didakwa - Sinarharian - 18/03 11:44 am MELAKA - Seorang duda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh rakannya dalam kejadian di Sungai Udang minggu lalu.Tertuduh, Saiful Hadi Othman, 44, didakwa menyebabkan kematian Muhamad Hanafi Yusof, 25.Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 11 Mac 2026 antara jam 7.58 malam hingga 8.15 malam di sebuah rumah di Jalan Mohd Akhir, Batu 12, Sungai Udang, dalam daerah Melaka Tengah.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif yang memohon tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa maut selepas ditikam di depan rumahnya dalam satu pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada telefon bimbit.Difahamkan, suspek ke rumah mangsa untuk menuntut semula peranti tersebut yang sebelum ini dipinjamkan kepada mangsa selepas telefon milik mangsa rosak.Bagaimanapun, keengganan mangsa memulangkan semula telefon bimbit tersebut dipercayai menjadi punca suspek gagal mengawal kemarahan sebelum menikam lelaki itu hingga maut. |
|
Trafik ke Pantai Timur mula sesak, laluan Utara-Selatan masih lancar - Sinarharian - 18/03 9:59 am KUALA LUMPUR - Keadaan trafik dari Lembah Klang menghala ke Pantai Timur mulai sesak pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan berlaku dari Gombak ke Genting Sempah dan dari Bukit Tinggi ke Lentang.Aliran trafik menuju ke utara dan selatan pula masih lancar dan kesesakan hanya berlaku dari Bandar Baharu ke Jawi susulan lori rosak."LLM menjangkakan aliran trafik akan mula bertambah mulai tengah hari ini susulan diskaun tol sebanyak 50 peratus mulai tengah malam tadi hingga 11.59 malam esok," katanya ketika dihubungi Bernama.Orang ramai digesa mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan.Pengguna turut digalak merancang perjalanan dengan merujuk jadual waktu perjalanan (TTA) melalui aplikasi MyPLUS-TTA, selain mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik |
|
Layanan ‘double standard???: Prosedur polis jadi penentu - Mgazette - 18/03 7:55 am Zamri Vinoth dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan tangan bergari dan diiringi kawalan polis yang ketat sebelum prosiding bermula. Namun, Arun selain tidak bergari, tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinangdengan ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran |
|
Timbalan Menteri iring OKT, bagaimana undang-undang negara akan dihormati? - Mgazette - 18/03 7:55 am # Timbalan Menteri iring OKT, bagaimana undang-undang negara akan dihormati? KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Maza) turut mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), M Kulasegaran bersama Arun Dorasamy di perkarangan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang, pagi tadi |
|
Alasan ‘sekadar singgah??? Kulasegaran tak masuk akal - Mgazette - 18/03 7:55 am # Alasan 'sekadar singgah Kulasegaran tak masuk akal KUALA LUMPUR - Alasan sekadar singgah yang diberikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran di mahkamah hari ini bersama aktivis, Arun Dorasamy disifatkan tidak munasabah |
|
Mustahil Timbalan Menteri Undang-Undang yang pernah jadi peguam tak tahu .. - Mgazette - 18/03 7:55 am # Mustahil Timbalan Menteri Undang-Undang yang pernah jadi peguam tak tahu - Akmal KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO menuntut jawapan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang mengiringi aktivis, Arun Dorasamy yang didakwa di mahkamah hari ini |
|
ABIM tuntut penjelasan layanan berbeza kes Zamri Vinoth, Arun Dorasamy - Mgazette - 18/03 7:55 am Zamri Vinoth dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan tangan bergari dan diiringi kawalan polis yang ketat sebelum prosiding bermula. Namun, Arun selain tidak bergari, tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinangdengan ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran |
|
Keadilan tak sepatutnya ada dua wajah – Rozabil - Mgazette - 18/03 7:55 am Zamri Vinoth dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan tangan bergari dan diiringi kawalan polis yang ketat sebelum prosiding bermula. Namun, Arun selain tidak bergari, tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinangdengan ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran |
|
Kedatangan Kulasegaran dikecam, cetuskan lagi persepsi negatif - Thempress - 17/03 9:16 pm GEORGE TOWN – Pemuda UMNO Pulau Pinang mengecam tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang dilihat mengiringi seorang tertuduh di Mahkamah Majistret Jawi… |
|
Spa songsang: Lima lelaki termasuk dua pengarah didakwa - Sinarharian - 17/03 5:45 pm KUALA LUMPUR - Dua pengarah sebuah pusat kesihatan di Chow Kit yang dipercayai menjadikan premis itu untuk aktiviti seksual songsang dan tidak bermoral antara lima lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret berasingan di sini, pada Selasa atas pelbagai kesalahan.Dua pengarah itu ialah Lee Leong Yaw, 59, dan Pung Hiyun Hee, 70, pekerja mereka, Ong Seng Teck, 64, serta dua individu lain iaitu Mohd Fikri Mohd Razali, 44, dan Muhammad Wafiy Dinie Azmi, 20.Bagaimanapun, kelima-lima tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S.Arunjothy, Noorelynna Hanim Abd Halim dan IIli Marisqa Khalizan.Di hadapan Majistret Arunjothy, Leong Yaw dan Hiyun Hee didakwa bersama-sama membenarkan aktiviti tidak bermoral dijalankan di premis mereka selain aktiviti perniagaan yang dinyatakan dalam lesen iaitu aktiviti sauna, jakuzi, steam, aerobik, pusat kecergasan, gimnasium, kedai kopi dan kafe.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Ipoh Kecil, Chow Kit di sini pada 8 malam, 28 November 2025 mengikut Seksyen 20 (1)(c) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 38 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000.Seksyen itu turut memperuntukkan penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan berterusan, denda maksimum RM200,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan selepas disabitkan.Di mahkamah sama, Seng Teck pula didakwa memiliki sebuah telefon bimbit mengandungi video lucah di dewan serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 11.15 pagi, 30 November 2025, mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, di hadapan Majistret Noorelynna Hanim, Mohd Fikri didakwa memiliki sebuah telefon bimbit mengandungi gambar dan video lucah di lokasi, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman serupa.Di hadapan Majistret IIli Marisqa, Muhammad Wafiy Dinie didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan meraba bahagian dada dan paha seorang lelaki berusia 47 tahun di premis sama di Jalan Ipoh Kecil, Chow Kit di sini pada 8 malam, 28 November 2025.Leong Yaw dan Hiyun Hee dibenarkan diikat jamin RM2,000 setiap seorang, Seng Teck (RM3,800), Mohd Fikri (RM4,000) manakala Muhammad Wafiy Dinie dibenarkan jaminan RM2,800.Ketiga-tiga mahkamah itu menetapkan 18 Mei, 9 Jun dan 24 April ini untuk sebutan kes.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vivi'Asnita Zaina'Larifin, Iman Nurhidayah Ezani dan Syafika Azwa Fikri manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Zaid Malek, Mahajoth Singh, Reenajit Kaur Golen, Raqib Osman dan S Jeichandran |
|
Penghulu raya dipenjara, cabul warga emas - Sinarharian - 17/03 5:22 pm BACHOK - Seorang penghulu menerima hukuman setimpal apabila didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas didapati bersalah mencabul seorang wanita warga emas pada Sabtu lalu.Tertuduh berusia 54 tahun itu turut dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu bermula dari tarikh tangkapannya pada Ahad.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, lelaki berkenaan membuat pengakuan tersebut selepas didakwa di Mahkamah Majistret Bachok pada Selasa."Siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi pada Sabtu lalu semasa mangsa datang ke kedai runcit milik suspek untuk mengecop borang permohonan bantuan," katanya.Menurut beliau, penghulu itu kemudian ditahan reman selama empat hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan.Katanya, suspek dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.Mohd Yusoff memberitahu, hukuman penjara selama dua minggu itu bermula dari tarikh tangkapan penghulu tersebut pada Ahad lalu.Kes tersebut sebelum ini tular di media sosial selepas timbul dakwaan seorang penghulu mencabul wanita warga emas yang hadir untuk mendapatkan pengesahan dokumen bantuan. |
|
Kulasegaran nafi hadir prosiding Arun, hanya bertemu di luar mahkamah - Sinarharian - 17/03 5:17 pm KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran menegaskan beliau tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding yang melibatkan aktivis Arun Dorasamy, sebaliknya hanya sempat bertemu secara singkat di luar Kompleks Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal.Beliau berkata, kunjungannya ke mahkamah adalah semasa dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang, dengan tujuan bertemu Arun dan memberi dorongan supaya mempercayai proses perundangan semasa menghadapi prosiding yang akan datang."Saya telah mengenali Arun sejak mewakili Indira Gandhi dalam cabaran undang-undang berkaitan penjagaan anak-anaknya."Saya ingin menjelaskan bahawa saya hanya bertemu Arun seketika di kawasan kompleks mahkamah sebelum meninggalkan tempat itu |
|
Kulasegaran dikecam, cetus persepsi dua darjat - Sinarharian - 17/03 5:09 pm GEORGE TOWN - Pemuda UMNO Pulau Pinang mengecam tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang dilihat mengiringi seorang tertuduh di Mahkamah Majistret Jawi pada pagi Selasa.Tindakan itu disifatkan mencetuskan persepsi negatif terhadap integriti sistem perundangan negara.Ketuanya, Mohd Hilmi Elias berkata, kehadiran Kulasegaran bersama tertuduh, Arun Dorasamy bukan sahaja menimbulkan persoalan terhadap prinsip keadilan, malah memberi gambaran seolah-olah wujud layanan berbeza dalam pelaksanaan undang-undang.Menurutnya, dalam keadaan kebanyakan tertuduh lain dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari, tindakan seorang pemimpin kerajaan mengiringi individu yang berdepan pertuduhan adalah tidak wajar dan mencalar imej institusi kehakiman."Walaupun penjelasan diberikan bahawa beliau hanya singgah sebentar, hakikatnya persepsi awam tidak boleh dipandang ringan."Dalam politik dan pentadbiran, soal persepsi sama penting dengan tindakan, lebih-lebih lagi melibatkan seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya mempertahankan prinsip keadilan tanpa prejudis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, tindakan tersebut mencerminkan kegagalan memahami sensitiviti serta tanggungjawab moral yang datang bersama jawatan yang dipegang selain memberi isyarat seolah-olah wujud dua darjat dalam sistem perundangan negara.Sehubungan itu, Mohd Hilmi mendesak Kulasegaran tampil memberikan penjelasan lebih tuntas kepada rakyat selain mempertimbangkan kedudukannya dalam kerajaan."Individu yang gagal menjaga integriti dan persepsi awam tidak seharusnya terus diberi kepercayaan untuk berada dalam saf kepimpinan negara."Rakyat sedang memerhati |
|
Tamim Dahri dikesan di Riyadh, mahkamah tangguh pertuduhan - Sinarharian - 17/03 4:49 pm LANGKAWI Mahkamah Majistret di sini menangguhkan pertuduhan terhadap aktivis Tamim Dahri Abdul Razak sehingga 15 Mei depan selepas tertuduh dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.Majistret Hemy Annerina Haja Mydin menetapkan tarikh baru selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, memohon tempoh sekurang-kurangnya dua bulan untuk membolehkan tertuduh dibawa ke mahkamah.Dalam prosiding di Mahkamah Majistret tersebut, Tamin Dahri yang dijadualkan didakwa pada Selasa keluar dari negara ini melalui Bukit Kayu Hitam ke Thailand pada 9 Mac.Tertuduh telah dikesan ke Arab Saudi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand.Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah belum dapat mengesahkan sama ada tertuduh menggunakan visa pelancong atau visa umrah.Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, akan didakwa berkaitan kes provokasi agama pada Selasa.Selain Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, dua lagi yang akan dituduh ialah Tamim Dahri dan P Mahendra Boopathy.Tamim Dahri akan dituduh di Mahkamah Langkawi mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam, simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah. |
|
Kulasegaran denies attending Arun's proceedings, PKR seeks explanation - Sinardaily - 17/03 4:34 pm KUALA LUMPUR - Deputy Minister in the Prime Minister's Department (Law and Institutional Reform) M |
|
Pempengaruh media sosial didenda RM2,000 tumbuk pekerja restoran OKU - Sinarharian - 17/03 4:32 pm KUALA LUMPUR - Seorang pempengaruh media sosial didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku bersalah menumbuk seorang pekerja restoran makanan segera yang juga orang kurang upaya (OKU), tahun lepas.Majistret Amira Sariaty Zainal menjatuhkan hukuman itu ke atas Nalinee Kothandabani, 41, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda |
|
Kulasegaran defends brief appearance with activist Arun Dorasamy after drawing flak - Malaymail - 17/03 4:29 pm KUALA LUMPUR, March 17 Deputy Minister M |
|
'Deputy Ministers presence with Arun Dorasamy in court raises ethical concerns' - Lawyer - Sinardaily - 17/03 3:46 pm SHAH ALAM The presence of the Deputy Minister in the Prime Ministers Department (Law and Institutional Reform), M |
|
Peguam pertikai layanan ???double standard??? Zamri Vinoth dan Arun .. - Mgazette - 17/03 3:33 pm # Peguam pertikai layanan double standard Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy KUALA LUMPUR - Peguam kepada pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mempersoalkan layanan berbeza terhadap anak guamnya ketika dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari |
|
Zamri Vinoth diikat jamin RM4,500 - Mgazette - 17/03 3:33 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu diikat jamin sebanyak RM4,500 selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam |
|
Kehadiran Kulasegaran beri persepsi campur tangan kerajaan – PKR .. - Mgazette - 17/03 3:33 pm "Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi juga mesti dilihat dilaksanakan secara bebas dan saksama," ujar Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tenggara itu. Awal pagi tadi, Kulasegaran dilihat mengiringi Arun sewaktu tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi Whatsapp |
|
Kalau Ada Bab Kita Ke Arah Pendamaian Itu Lebih Bagus Demi... - Mgazette - 17/03 3:33 pm # Kalau Ada Bab Kita Ke Arah Pendamaian Itu Lebih Bagus Demi Kebaikkan Malaysia - Zamri Penceramah bebas, Zamri Vinoth menyeru semua pihak supaya mengutamakan pendamaian demi kebaikan negara selepas selesai didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa. |
|
Zamri Vinoth mengaku tak salah tuduhan timbulkan kegentaran awam - Mgazette - 17/03 3:33 pm # Zamri Vinoth mengaku tak salah tuduhan timbulkan kegentaran awam KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam |
|
Timbalan Menteri tak patut hadir bersama Arun ke mahkamah – Peguam - Mgazette - 17/03 3:33 pm Ini mungkin implikasi kehadiran YB, katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. Awal pagi tadi, Kulasegaran dilihat mengiringi Arun sewaktu tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi Whatsapp |
|
Seorang bergari, seorang tidak, keadilan apakah ini? ??? Dr Akmal - Mgazette - 17/03 3:33 pm Zamri Vinoth dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan tangan bergari dan diiringi kawalan polis yang ketat sebelum prosiding bermula. Namun, Arun selain tidak bergari, tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinangdengan ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran |
|
'Different SOP for different people?' Akmal Saleh questions police SOP - Sinardaily - 17/03 3:24 pm SHAH ALAM Umno Youth Chief Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh has called on the police to clarify the perceived discrepancy in the treatment of two individuals brought to court, specifically regarding the use of handcuffs.He raised concerns over whether separate Standard Operating Procedures (SOPs) were applied, noting that one accused individual was handcuffed while the other was not.One was handcuffed while the other was not |
|
Deputy Law Minister clarifies brief meeting with Arun outside Jawi court - Star - 17/03 3:16 pm PETALING JAYA: Ipoh Barat MP M |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |