| /// |
|
| Search : Mahkamah Tinggi News | Page 1 |
|
Belanjawan 2027 mesti bawa perubahan nyata bukan sekadar angka gah .. - Mygazette - 16/10 2:43 pm # Belanjawan 2027 mesti bawa perubahan nyata bukan sekadar angka gah - Khairil Nizam KUALA LUMPUR - Pembentangan Belanjawan 2027 perlu dinilai secara matang dan tuntas berdasarkan sejauh mana ia mampu memberikan perubahan nyata kepada taraf hidup rakyat bukan sekadar bersandarkan kepada saiz peruntukan atau angka yang diumumkan di atas kertas |
|
Perselisihan faham punca pegawai AKPS ditikam suami - Mygazette - 16/10 2:43 pm # Perselisihan faham punca pegawai AKPS ditikam suami SEREMBAN - Punca seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi ialah akibat perselisihan rumah tangga |
|
Pengangguran turun 3 peratus tak cukup, 35.6 peratus kerja bawah .. - Mygazette - 16/10 2:43 pm # Pengangguran turun 3 peratus tak cukup, 35.6 peratus kerja bawah kelayakan Wendy KUALA LUMPUR Kadar pengangguran negara yang menurun kepada tiga peratus pada 2025 tidak seharusnya menutup isu ketidakpadanan kemahiran dan kualiti pekerjaan terutama apabila kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran masih berada pada 35.6 peratus |
|
Simbah cat, suami isteri jadi orang suruhan ahlong didenda RM3,000 - Mygazette - 16/10 2:43 pm # Simbah cat, suami isteri jadi orang suruhan ahlong didenda RM3,000 SEGAMAT - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM3,000 terhadap suami isteri atas kesalahan melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada rumah mangsa sindiket ahlong, Isnin lalu |
|
Jerebu: Pasir Gudang sangat tak sihat, 30 kawasan catat IPU membimbangkan - Mygazette - 16/10 2:43 pm # Jerebu: Pasir Gudang sangat tak sihat, 30 kawasan catat IPU membimbangkan KUALA LUMPUR Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini |
|
Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner tetapkan 15 Jan 2027 untuk keputusan - Mygazette - 16/10 2:43 pm # Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner tetapkan 15 Jan 2027 untuk keputusan KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini menetapkan 15 Jan tahun hadapan untuk memberikan keputusannya dalam inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir |
|
PRN Melaka: Pas sudah ada senarai calon - Sinarharian - 16/10 2:40 pm KUALA TERENGGANU - Pas telah mempunyai senarai calon yang berpotensi untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, persiapan menghadapi pilihan raya berkenaan pada dasarnya berjalan, manakala penentuan calon akan dibuat mengikut proses dan keputusan parti yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.Menurutnya, Pas sentiasa mengambil pendekatan terbuka dan berusaha untuk meneruskan kerjasama erat, termasuk dengan gabungan parti lain yang dilihat terjalin sebelum ini termasuk dalam PRN Melaka."Kita usaha untuk diteruskan |
|
Domestic dispute believed to have led to man stabbing wife to death - Alzafny - Sinardaily - 16/10 2:31 pm SEREMBAN - A woman was found dead after allegedly being stabbed by her husband at a Kuala Lumpur International Airport (KLIA) quarters unit last night, believed to have stemmed from a domestic dispute.Negeri Sembilan police chief Datuk Alzafny Ahmad said police received a report regarding the incident at about 9.30pm after a man surrendered himself at the Bandar Baru Salak Tinggi Police Station in Sepang, Selangor, and reported his wifes death at their residence.Acting on the information, a police team was dispatched to the scene, where they found a woman, in her 30s, unconscious.He said initial investigations by the Negeri Sembilan D10 Forensic Division found that the victim sustained injuries suspected to be from being stabbed, while a knife along with several other pieces of evidence were also seized to assist in the investigation."The deceased was a customs officer who had been transferred to the Border Control and Protection Agency (AKPS), effective July 1, he said in a statement today.He said a medical team from the Nilai Health Clinic examined the victim at the scene and confirmed her death, and that police have arrested her husband, also in his 30s, to assist in the investigation.Alzafny said the case is being investigated under Section 302 of the Penal Code for murder and that the suspect has been remanded for seven days until Oct 22.He also advised the public against making any speculation that could interfere with police investigations |
|
Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas - Sinarharian - 16/10 2:29 pm SEREMBAN Seorang lelaki hadir menyerah diri di balai polis selepas dipercayai menikam isterinya sehingga maut di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Jumaat.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam.Menurutnya, seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya."Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri."Pemeriksaan awal Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman dan sebilah pisau serta beberapa barang kes lain dirampas bagi membantu siasatan."Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Beliau berkata, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan kematian mangsa.Alzafny berkata, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga.Menurutnya, suami mangsa yang berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis. |
|
Terima gelaran tak diiktiraf, pendakwah bebas diperintah bela diri - FMT - 16/10 2:26 pm Mahkamah Sesyen Kangar dapati pihak pendakwaan berjaya bukti kes prima facie terhadap Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau dikenali Ustaz Husam. |
|
Kehadiran gajah rosakkan tanaman, pekebun bimbang - Sinarharian - 16/10 2:25 pm IPOH Pekebun di Rancangan Pertanian Berkelompok Ulu Chemor, Bukit Bangkong di sini meluahkan kebimbangan selepas tanaman dan peralatan kebun mereka mengalami kerosakan akibat gangguan gajah liar sejak akhir September lalu.Kejadian yang berlaku sebanyak tiga kali itu bukan sahaja memusnahkan tanaman buah-buahan malah merosakkan tangki air, kolam dan sistem paip yang digunakan untuk mengusahakan kebun berkenaan.Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati terdapat beberapa kesan yang ditinggalkan mamalia itu seperti tinja dan tapak kaki selain kerosakan peralatan seperti tangki air serta tong air untuk kegunaan pertanian.Beberapa pokok yang menjadi sasaran haiwan tersebut termasuk kelapa, nangka dan durian selain kolam tadahan turut menjadi tempat gajah tersebut berkubang.Pekebun, Abdul Rahim Ahmad, 65, berkata, kehadiran gajah liar itu mula dikesan pada 27 September lalu sebelum kejadian berulang pada 3 dan 11 Oktober lepas.Menurutnya, serangan pertama dan kedua tertumpu pada tanaman di kawasan bawah bukit, manakala kejadian ketiga melibatkan kawasan lebih tinggi sehingga ke puncak bukit."Ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku di sini |
|
Knife seized as police investigate suspected murder at KLIA quarters - SUN - 16/10 2:00 pm SEREMBAN, Oct 16 (Bernama) -- A woman was found dead after allegedly being stabbed by her husband at a Kuala Lumpur International Airport (KLIA) quarters unit last night, believed to have stemmed from a domestic dispute |
|
Dua remaja 16 tahun mengaku bersalah rogol gadis OKU - Sinarharian - 16/10 1:49 pm PEKAN Dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Pekan pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) lembam di sebuah pondok pada 6 Oktober lalu.Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 16 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.Bagaimanapun, mahkamah tidak menjatuhkan sebarang hukuman terhadap mereka pada prosiding berkenaan.Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa berusia 14 tahun 8 bulan di sebuah pondok di sini kira-kira jam 9 malam hingga 10 malam, pada 6 Oktober lalu.Kedua- dua remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Sarah Aqilah Lokman manakala dua remaja berkenaan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Noor Shuhada Arifin.Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 oleh ahli keluarga masing-masing.Bagaimanapun, hanya seorang daripada tertuduh yang dijamin oleh keluarganya manakala seorang lagi dihantar ke penjara selepas gagal menjelaskan bayaran jaminan berkenaan.Kes disebut 30 November depan untuk sebutan semula kes bagi mendengar laporan akhlak. |
|
Pengurus, pembantu pengurus rangkaian restoran didakwa pecah amanah lebih RM58,000 - Sinarharian - 16/10 1:17 pm KUANTAN Seorang pengurus dan pembantu pengurus sebuah rangkaian restoran makanan di Pekan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas sembilan pertuduhan pecah amanah membabitkan wang jualan syarikat berjumlah RM58,400.30.Tertuduh, Siti Norsuzuanie Ali, 29, dan Muhammad Zulhilmi Ahyauddin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang bertugas di restoran di cawangan Pekan didakwa secara bersama melakukan pecah amanah dengan memanipulasi transaksi bayaran balik dalam sistem Point of Sale (POS) membabitkan 1,199 resit tanpa kebenaran syarikat.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu menerusi sembilan pertuduhan membabitkan transaksi dari Januari hingga September lalu dengan jumlah kerugian keseluruhan RM58,400.30.Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 9 pagi hingga 10 malam di premis berkenaan.Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azizah Ahmad menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan, termasuk melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, peguam Datuk Zahaman Zainal Abidin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan paling minimum dengan alasan ia bertujuan memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah, bukannya sebagai hukuman."Anak guam saya, Siti Norsuzuanie berpendapatan antara RM1,900 hingga RM2,200 sebulan dan perlu menanggung seorang anak perempuan berusia sembilan tahun serta ibunya yang uzur."Manakala Muhammad Zulhilmi memperoleh pendapatan antara RM1,700 hingga RM2,200 sebulan dan menanggung ibu warga emas serta seorang adik yang masih belajar," rayuannya dalam prosiding tersebut.Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap tertuduh bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.Kes disebut semula pada 23 November depan. |
|
Terima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf,Ustaz Husam diperintah bela diri - Astroawani - 16/10 12:40 am Hakim membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Husam. |
|
Perselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - Polis - Sinarharian - 16/10 12:38 am SEREMBAN - Punca seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi ialah akibat perselisihan rumah tangga.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam, selepas seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya.Beliau berkata, pemeriksaan awal Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman dan sebilah pisau serta beberapa barang kes lain dirampas bagi membantu siasatan."Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri."Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan kematian mangsa.Alzafny berkata, suami mangsa berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.- Bernama |
|
Terima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri - Sinarharian - 16/10 12:37 am KANGAR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan pendakwah bebas Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam, membela diri atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf pada 2023.Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu, selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Husam, 36.Mahkamah menetapkan 17 dan 18 Disember untuk prosiding bela diri.Pada 26 September 2024, Ahmad Husam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan hakim yang sama.Ahmad Husam didakwa menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini pada 11.30 pagi, 4 Mei 2023.Beliau didakwa mengikut Seksyen 4A (3) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaan) 2016 (Enakmen A21), dibaca bersama Seksyen 17 Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017 (Akta 787) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4A (6) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaan) 2016 (Enakmen A21).Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada satu hingga lima tahun atau kedua-duanya.Prosiding hari ini dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perlis Mohd Izham Ali, manakala Peguam Datuk N Sivananthan mewakili Ahmad Husam.- Bernama |
|
Perselisihan rumah tangga punca wanita maut dipercayai ditikam suami - Alzafny - Astroawani - 16/10 12:20 am Seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, memaklumkan mengenai kematian isterinya. |
|
Representasi ditolak, bicara kes Arun Dorasamy bermula Februari depan - Sinarharian - 16/10 12:00 am NIBONG TEBAL - Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan aktivis Arun Dorasamy atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy berhubung pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam menerusi media sosial, tahun lepas.Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin memaklumkan perkara itu kepada Majistret Balqis Roslin pada prosiding di Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini.Susulan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 1 Februari 2027 dengan pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil tujuh saksi untuk memberikan keterangan.Arumugam diwakili peguam T |
|
Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner tetapkan 15 Jan 2027 untuk keputusan - Astroawani - 16/10 11:20 am Koroner Amir Shah Amri Hassan menetapkan tarikh itu hari ini, susulan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam prosiding inkues berkenaan. |
|
Keputusan inkues kematian Zara diketahui 15 Jan - FMT - 16/10 10:54 am Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan semua pihak memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 15 Dis ini. |
|
Keputusan inkues kematian Zara Qairina diketahui 15 Januari tahun depan - Sinarharian - 16/10 10:15 am KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Keputusan inkues kematian Zara Qairina Mahathir untuk menentukan punca kematian remaja itu dijangka diumumkan pada 15 Januari tahun depan.Koroner Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh berkenaan selepas mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat dalam prosiding inkues tersebut.Beliau turut menetapkan supaya semua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing sebelum atau pada 15 Disember."Penghujahan bertulis hendaklah difailkan pada atau sebelum 15 Disember 2026 |
|
Kekuatan ekosistem Selangor percepat transformasi industri - Sinarharian - 16/10 9:52 am KUALA LUMPUR - Asas perindustrian yang pelbagai meletakkan Selangor pada kedudukan strategik untuk mempercepat transformasi industri menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI), pembuatan mampan dan penyelesaian tenaga pintar.Pengarah Urusan Hannover Fairs Asia Pacific, Tim Bostridge berkata, kekuatan ekosistem perindustrian Selangor menjadi antara faktor yang menyokong pelaksanaan inovasi teknologi dalam sektor berkenaan.Menurutnya, selain lokasi strategik, Selangor turut mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi serta dasar negeri yang progresif dan menyokong inovasi secara aktif."Kekuatan sektor perindustrian Selangor menyediakan asas yang kukuh bagi transformasi teknologi."Keselarasan antara aspirasi perindustrian Malaysia dengan tema teras Hannover Messe amat jelas, khususnya dalam transformasi industri berteraskan AI, pembuatan mampan, penyelesaian tenaga pintar serta inovasi dalam pengeluaran berskala besar."Di sinilah inovasi perindustrian Malaysia bertemu dengan dasar negara dan hasil perniagaan, sekali gus memperlihatkan bagaimana Selangor melaksanakan inovasi secara bersepadu," katanya ketika pelancaran Selangor Techsphere Summit (STS) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Rabu.STS 2026 yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor, menampilkan lebih 35 sesi persidangan dan penyertaan 34 pempamer sepanjang empat hari penganjurannya.Sidang kemuncak tersebut menghimpunkan pemimpin industri, pengilang, syarikat teknologi, wakil kerajaan dan pakar untuk membincangkan teknologi serta keupayaan yang bakal membentuk masa depan sektor perindustrian.Ia merupakan sebahagian daripada Selangor International Business Summit (SIBS) 2026, sekali gus membuka lebih banyak peluang interaksi antara industri, kerajaan, pelabur, penyedia teknologi dan komuniti perniagaan serantau.Acara tersebut memberi tumpuan kepada empat bidang utama: AI dan Ekonomi Digital, Semikonduktor dan Mikroelektronik, Teknologi Hijau dan Automasi Pintar, serta Tadbir Urus, Bakat dan TVET 4.0.Dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) dan diperkasakan oleh Hannover Messe, STS 2026 bertujuan menghubungkan perkembangan teknologi global dengan keperluan sebenar perniagaan dan industri di Malaysia serta rantau ASEAN.Mengulas lanjut, Tim berkata, Hannover Fairs Asia Pacific berperanan membawa kepakaran penganjuran acara perindustrian antarabangsa ke STS bagi menghubungkan trend teknologi global dengan keperluan industri tempatan.Katanya, pendekatan tersebut membolehkan perniagaan tempatan memahami perkembangan teknologi antarabangsa serta mengenal pasti cara mengaplikasikannya bagi meningkatkan produktiviti."Kami membawa tema dan topik daripada pameran perdagangan terkemuka seperti yang diadakan di Jerman ke sini, kemudian menelitinya dalam konteks tempatan."Kami juga melihat bagaimana perkara tersebut boleh diaplikasikan oleh perniagaan tempatan dan apa yang boleh dilakukan oleh syarikat Malaysia untuk meningkatkan produktiviti mereka," katanya.Dalam pada itu, Tim berpandangan, Malaysia mempunyai potensi dan berada di landasan tepat untuk terus berkembang sebagai destinasi yang berdaya maju dan menarik kepada perniagaan antarabangsa, seiring perubahan landskap ekonomi global.Bagaimanapun, beliau menegaskan, pembangunan perniagaan domestik perlu terus diberi perhatian, selain usaha mengekalkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa."Kedua-dua aspek itu akan menjadi faktor penting dalam menentukan keupayaan negara menghadapi perubahan pada masa hadapan."Saya fikir Malaysia perlu meneruskan landasan ini kerana keupayaan domestik, di samping kedudukan yang baik di peringkat antarabangsa, akan menjadi faktor yang sangat penting pada masa hadapan," katanya.Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, teknologi aeroangkasa dijangka menjadi antara bidang baharu yang diberikan tumpuan Hannover Messe pada 2027, seiring usaha meneroka potensi teknologi baharu.Tim berkata, potensi teknologi berkenaan masih belum diterokai sepenuhnya, namun berupaya membuka peluang kepada kemunculan produk dan industri baharu dalam beberapa tahun akan datang."Saya fikir bidang ini sangat menarik kerana kita masih belum benar-benar memahami sepenuhnya potensinya ketika ini."Namun, dalam beberapa tahun akan datang, produk-produk akan muncul yang mungkin langsung tidak pernah kita bayangkan pada masa sekarang," katanya. |
|
Tegur buat bising, warga emas dipukul guna tin gam - Sinarharian - 16/10 8:35 am SEGAMAT Seorang warga emas lelaki cedera di dahi selepas dipercayai dipukul menggunakan tin gam oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Mohd Yusof, Kampung Abdullah, dekat sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang berusia 70 tahun menegur suspek yang membuat bising dan mengamuk di hadapan premis berkenaan."Suspek kemudiannya bertindak memukul kepala mangsa menggunakan satu tin gam."Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, manakala mangsa mengalami kecederaan luka pada bahagian dahi dan mendapatkan rawatan di Hospital Segamat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.Polis turut merampas satu tin gam, sehelai baju dan sehelai seluar jeans bagi membantu siasatan."Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 33 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan narkotik, manakala ujian saringan awal air kencing menunjukkan keputusan negatif dadah."Hasil soal siasat lanjut mendapati suspek mengaku terbabit dalam kejadian berkenaan," katanya.Mohd Jumazanzahir berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek selepas ditegur mangsa, selain suspek dipercayai berada dalam keadaan khayal ketika kejadian.Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Segamat pada Jumaat bagi membantu siasatan lanjut.Dalam perkembangan berkaitan, polis turut mengesan satu hantaran di Facebook yang memaparkan kejadian pergaduhan di Jalan Ros, Segamat, pada Khamis.Bagaimanapun, beliau berkata, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian pergaduhan yang tular itu.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian hotline IPD Segamat di 07-932 4222 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. |
|
MAHA 2026 dihadiri lebih 5 juta pengunjung, jualan RM73 juta - Mygazette - 16/10 7:17 am # MAHA 2026 dihadiri lebih 5 juta pengunjung, jualan RM73 juta PUTRAJAYA - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 mencatatkan kehadiran lebih lima juta pengunjung dengan nilai jualan melebihi RM73 juta, selain merekodkan pemeteraian 97 memorandum persefahaman (MoU) bernilai lebih RM10.35 bilion |
|
IMF ramal pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2% pada 2026, 4.7% pada 2027 - Mygazette - 16/10 7:17 am # IMF ramal pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2% pada 2026, 4.7% pada 2027 KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus pada 2026 sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) |
|
Utamakan ketepatan dan keadilan berita, dengar penjelasan kedua-dua pihak .. - Mygazette - 16/10 7:17 am # Utamakan ketepatan dan keadilan berita, dengar penjelasan kedua-dua pihak - Fahmi KUALA LUMPUR -Pengamal media dan wartawan dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan penelitian, ketepatan serta keadilan dalam melaporkan sesuatu beritaterutamanyaisu yang melibatkan reputasi mana-mana pihak |
|
Alahai Umno, alahai Najib - FMT - 16/10 7:00 am Dengan menggunakan istilah 'persepsi', Umno masih anggap Najib Razak tidak melakukan rasuah meskipun mahkamah mendapati dia bersalah |
|
Pendakwaan berniat jahat: Rayuan saman 21 kontraktor terhadap Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM ditolak - Sinarharian - 15/10 10:22 pm PUTRAJAYA -Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman 21 kontraktor terhadap Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiga lagi berhubung dakwaan penahanan salah serta pendakwaan berniat jahat.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Dr Choo Kah Sing, Datin Paduka Evrol Mariette Peters dan Datuk Nadzarin Wok Nordin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tersebut atas alasan ia tidak mempunyai merit.Semasa menyampaikan keputusan mahkamah, Kah Sing berkata, aduan perayu bahawa mereka telah dipenjarakan secara paksa dari 16 November hingga 17 November 2014 dan tidak ditahan di tempat yang diwartakan bagi tujuan penahanan mengikut lunas undang-undang adalah tidak berasas."Berhubung isu pendakwaan berniat jahat, mahkamah ini mendapati hakikat bahawa perayu didapati tidak dipertanggungjawabkan pada akhir kes pendakwaan di Mahkamah Sesyentidak boleh disamakan dengan pendakwaan berniat jahat."Bukti lemah dalam pendakwaan yang tidak berkualiti bukanlah pendakwaan berniat jahat," katanya.Hakim itu juga berkata, para perayutelah didakwa berdasarkanlaporan bebas yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).Beliau berkata, walaupun pihak pendakwaan mungkin tersalah memahami fakta atau tersilap menilai kekuatan bukti, perkara itu tidak bermakna tiada sebab yang munasabah untuk mendakwa kesemua perayu.Kah Singjuga berkata, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat dengan memutuskan bahawa tindakan undang-undang yang difailkan oleh para perayuberhubung dakwaan pemenjaraan salah telah luput tempoh masa.Para perayuyang terdiri daripada Razali Dollah, Zakaria Jusoh, Rahim Mohamad, Shariman Azam Shafie, Zamri Abdul Mana, Che Forzi Che Abd Aziz, Abdul Rahim Awang, Mohamad Nizam Wahit, Enche Baharuddin Enche Endut, Salim Berahim, Ahmad Atma Ali@Yusof, Abdullah Embong, Othman Omar, Mohd Ramadhan Baharudin, Mohd Amir Ismadi Md Ghani, Mohd Zaid Ahmad@Mat, Mohamad Sari Ngah, Abdul Rashid Muda, Yusof Omar, Fakru Prazi Nordin dan Shahairi Abd Wahab,telah ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek membaik pulih rumahnelayan pada 2014.Mereka kemudiandidakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu sebelum dibebaskan dengan jaminan pada 17November 2014.Perbicaraan kes itu diteruskan dan pada 31 Julai 2017, Mahkamah Sesyen telah membebaskan mereka di akhir kes pendakwaan.Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan sebelum menggugurkannya pada 22 Februari 2019.Hampir tujuh tahun selepas ditahan, para perayu telah memfailkan saman dan menamakan Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, SPRM, Kerajaan Malaysiaserta seorang pegawai agensi antirasuah itu.Antara lain, mereka menuntut ganti rugi am dan ganti rugi terukberjumlah RM1 juta bagi setiap orangserta ganti rugi teladan berjumlah RM10 juta bagi kesemua perayu.Pada 8 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak saman kesemua perayu.Pada prosiding hari ini, Mohammad Rafaei Adnan dan Alif Danial Ahmad Shahrulnizam mewakili kesemua perayumanakala Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin serta Peguam Persekutuan Ahmad Faiz Abd Raoff hadir bagi pihak SPRM dan kerajaan.- Bernama |
|
Mahkamah tolak rayuan 21 kontraktor berhubung penahanan salah, pendakwaan niat jahat - FMT - 15/10 9:06 pm Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi tolak saman kontraktor terhadap peguam negara, SPRM. |
|
Peguam terkemuka, Radzuan Ibrahim kekal Presiden Pemuisi bagi sesi 20262028 - Sinarharian - 15/10 7:49 pm SHAH ALAM - Peguam terkemuka, Datuk Dr Radzuan Ibrahim dipilih semula sebagai Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi) bagi sesi 20262028.Pemilihan semula beliau mencerminkan kesinambungan kepimpinan diterajui sejak Pemuisi ditubuhkan pada tahun 2019.Radzuan berkata, beliau telah menggariskan beberapa perancangan yang akan dilaksanakan bagi memperkukuh peranan Pemuisi, dengan penekanan khusus terhadap usaha mendekati golongan remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi.Menurutnya, pendedahan terhadap puisi, sastera, seni dan budaya warisan bangsa perlu dipertingkatkan agar generasi muda bukan sahaja mengenali keindahan bahasa, malah mampu menghayati nilai, pemikiran dan kebijaksanaan yang terkandung di dalamnya."Pelbagai program akan dilaksanakan bagi menarik minat golongan remaja, termasuk pelajar universiti |
|
Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat, Klang rekod bacaan tertinggi - Sinarharian - 15/10 7:06 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 34kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihatdengan Klang, Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 195.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan kawasan dengan bacaan tidak sihat, iaitu Pasir Gudang (184), Batu Pahat (179), Larkin dan Tangkak masing-masing 178, Pengerang (166), Kluang (165), Segamat (162) dan Kota Tinggi (160).Di Selangor, selain Klang, sebanyak limakawasan turut merekodkan IPU tidak sihat iaitu Johan Setia (192), Shah Alam (180), Banting (174), Petaling Jaya (169) dan Kuala Selangor (161) manakala di Negeri Sembilan merekodkan tigakawasan, iaitu Nilai (191), Seremban (181) danPort Dickson (173).Kemerosotan kualiti udara turut direkodkan di Melaka membabitkan tiga kawasan iaitu Bukit Rambai (178), Bandaraya Melaka (176) dan Alor Gajah (175), manakalaPutrajayamerekodkan bacaan IPU 177dan Kuala Lumpur turutmencatatstatus sama iaitu di Cheras (174) dan Batu Muda (166).IPU tidak sihat turut direkodkan diPerak merangkumi Tanjung Malim (174), Seri Manjung (173), Pegoh Ipoh (153) danTasek Ipoh (151), di Pahang membabitkan kawasan Temerloh (158), Jerantut (156), Rompin (154), Indera Mahkota, Kuantan (135) sertamasing-masing satu kawasan di Terengganu, iaitu Kemaman (138), Sabah, Sandakan (125) dan Sarawak membabitkan Samarahan (117).Sebanyak 34kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- Bernama |
|
Cadangan hadkan tempoh jawatan PM dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja - Sinarharian - 15/10 6:59 pm KUALA LUMPUR - Cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri dan pengasingan peranan Peguam Negara serta Pendakwa Raya menjadi antara perkara utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 |
|
Haze pushes Klang API reading to 195, highest nationwide - Sinardaily - 15/10 6:42 pm KUALA LUMPUR A total of 34 areas recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 5pm today, with Klang, Selangor recording the highest reading at 195.According to the Malaysian Air Pollutant Index Management System (APIMS), Johor recorded eight areas with unhealthy readings: Pasir Gudang (184), Batu Pahat (179), Larkin and Tangkak (178 each), Pengerang (166), Kluang (165), Segamat (162) and Kota Tinggi (160).In Selangor, five other areas besides Klang also recorded unhealthy API readings: Johan Setia (192), Shah Alam (180), Banting (174), Petaling Jaya (169) and Kuala Selangor (161).In Negeri Sembilan, the affected areas were Nilai (191), Seremban (181) and Port Dickson (173).Other areas with unhealthy API readings included Bukit Rambai (178), Melaka City (176) and Alor Gajah (175) in Melaka; Putrajaya (177), Cheras (174) and Batu Muda (166) in Kuala Lumpur; and Tanjung Malim (174), Seri Manjung (173), Pegoh, Ipoh (153) and Tasek, Ipoh (151) in Perak.In Pahang, Temerloh recorded an API reading of 158, followed by Jerantut (156), Rompin (154) and Indera Mahkota in Kuantan (135).Kemaman in Terengganu recorded 138, while Sandakan in Sabah recorded 125 and Samarahan in Sarawak recorded 117.Another 34 areas nationwide recorded moderate API readings, while no areas recorded good air quality.API readings of zero to 50 indicate good air quality, while readings of 51 to 100 indicate moderate air quality |
|
Mahkamah Rayuan kekal hukuman 30 tahun, 12 sebatan rotan terhadap bekas peniaga kerana membunuh abang tiri - Astroawani - 15/10 6:40 pm Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan rotan terhadap seorang bekas peniaga, atas kesalahan membunuh abang tirinya sebelum menyembunyikan mayat di dalam tong berisi simen. |
|
Lelaki bunuh, simen mayat abang tiri: Mahkamah Rayuan tolak hukuman mati - Sinarharian - 15/10 6:18 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Khamismengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan rotan terhadap seorang bekas peniaga, atas kesalahan membunuh abang tirinya sebelum menyembunyikan mayat di dalam tong berisi simen.Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Noorin Badaruddin, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan Mohamad Zamhuri Azami terhadap sabitan dan hukuman.Panel tersebut juga menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenakan hukuman mati terhadap Mohamad Zamhuri, 31.Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Noorin berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas Mohamad Zamhuri itu, hukuman yang memadai dan tidak memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan."Kami juga tidak mendapati asas yang mencukupi untuk menggantikan hukuman tersebut dengan hukuman mati ataupun 40 tahun penjara, sebagaimana yang dimohon oleh pihak pendakwa raya," katanya.Hakim Noorin berkata, kewujudan kemungkinan berlaku pertengkaran atau pergaduhan antara perayu dengan si mati, tidak secara automatik membuktikan bahawa perbuatan yang menyebabkan kematian si mati dilakukan secara sah di bawah pembelaan hak pertahanan persendirian.Hakim Noorin juga berkata, pihak pendakwaan telah membuktikan niat berdasarkan keterangan yang dikemukakan dan oleh itu, tiada justifikasi untuk menggantikan sabitan tersebut dengan sabitan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.Pada 13 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mendapati Mohamad Zamhuri bersalah membunuh Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, dan menjatuhkan hukuman 30 tahun dan 12 sebatan.Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Padang Hassan, Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah, pada jam 7.15 malam 6 Mac 2020.Mengikut fakta kes, perayu telah membawa pegawai polis ke tempat di mana si mati disimpan di dalam sebuah tong plastik berwarna biru berisi simen di luar rumah dan pihak polis juga merampas sebilah pisau pemotong daging.Pada prosiding hari ini, peguam Ai Cha Ran berhujah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk membunuh abang tirinya, sebaliknya mendakwa si mati menyerangnya ketika berlaku pergaduhan sebelum anak guamnya bertindak atas dasar membela diri.Beliau berkata, keterangan yang ada hanyalah menjurus kepada kesalahan menyebabkan kematian di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin berkata, berdasarkan keterangan ahli patologi, kecederaan pada si mati iaitu luka hirisan yang panjang dan sangat mendalam pada bahagian leher, tidak konsisten dengan senario pergaduhan atau pergelutan yang dicadangkan oleh pihak pembelaan.- Bernama |
|
Tropicana menang saman fitnah berkait video tular rosakkan unit - FMT - 15/10 5:58 pm Mahkamah memerintahkan wakil pembeli membayar ganti rugi RM300,000 selepas mendapati tindakannya dibuat dengan niat jahat. |
|
Padah miliki 120 biji telur penyu, lelaki dijel dan didenda RM50,000 - Sinarharian - 15/10 5:51 pm SANDAKAN - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki 120 biji telur penyu yang merupakan spesies haiwan dilindungi sepenuhnya di Sabah.Tertuduh, Jumadil Jamil, 44, yang bekerja sendiri, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Khushairy Ibrahim.Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki 120 biji telur Penyu Hijau (Chelonia mydas) di kawasan tempat letak kenderaan berhadapan sebuah restoran di Kota Kinabatangan pada jam 8.06 malam, 4 Julai 2025.Penyu Hijau merupakan spesies haiwan yang dilindungi sepenuhnya dan disenaraikan di bawah Jadual 1, Bahagian 1, Nombor 8 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 41(4)(a) enakmen sama.Peruntukan itu membawa hukuman denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 serta penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL), Primus Lambut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. |
|
Penuntut wanita ditemukan maut di blok asrama universiti - Sinarharian - 15/10 5:08 pm GEORGE TOWN - Seorang penuntut perempuan sebuah universiti mautdi blok asrama institut pengajian tinggi itu di Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada pihak universiti pada 8.40 pagi, memaklumkan penemuan mayat penuntut universiti berumur 21 tahun yang menetap di asrama tersebut."Mayat penuntut perempuan itu pada 7.25 oleh petugas kebersihan universiti tersebut dalam keadaan terlentang di bawah blok asramadan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Siasatan di tempat kejadian mendapati, tiada terkesan sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan luaran,"katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.- Bernama |
|
Penuntut wanita USM ditemukan maut bawah blok asrama - Mygazette - 15/10 4:11 pm # Penuntut wanita USM ditemukan maut bawah blok asrama GEORGE TOWN - Seorang penuntut wanita Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan meninggal dunia di bawah blok asrama universiti itu di Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini, hari ini |
|
Saya tunggu untuk dituduh, Shaik Hussein yakin dapat bersihkan nama - Mygazette - 15/10 4:11 pm # Saya tunggu untuk dituduh, Shaik Hussein yakin dapat bersihkan nama GEORGE TOWN - Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Dr |
|
Lebih 80 peratus belia hidap diabetes, darah tinggi tanpa sedar –... - Mygazette - 15/10 4:11 pm # Lebih 80 peratus belia hidap diabetes, darah tinggi tanpa sedar - Dr |
|
Pengerusi PERDA didakwa 15 pertuduhan rasuah RM847,107 - Mygazette - 15/10 4:11 pm # Pengerusi PERDA didakwa 15 pertuduhan rasuah RM847,107 GEORGE TOWN - Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Dr |
|
Pemandu BYD mengaku tidak salah sebabkan kematian Asiah dan dua lagi... - Mygazette - 15/10 4:11 pm # Pemandu BYD mengaku tidak salah sebabkan kematian Asiah dan dua lagi pertuduhan KUALA LUMPUR Seorang pembantu pengurus jualan di sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Sabtu lalu, yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun |
|
Sebutan semula kes bunuh Irene Sofiya 22 Dis ini - Mygazette - 15/10 4:11 pm Tertuduh yang merupakan pelajar Tingkatan Empat dan rakan sekelas mangsa faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustakim Sukarno. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi |
|
Suspek kes bunuh Irene Sofiya didakwa hari ini - Mygazette - 15/10 4:11 pm BATU PAHAT - Seorang pelajar Tingkatan Empat yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, di sini hari ini |
|
Logo sendiri atau alternatif: PN tunggu keputusan mahkamah 22 Oktober - Mygazette - 15/10 4:11 pm # Logo sendiri atau alternatif: PN tunggu keputusan mahkamah 22 Oktober KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) masih belum dapat memuktamadkan sama ada gabungan itu boleh menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berikutan isu perundangan yang masih dalam pertimbangan mahkamah. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mendengar permohonan semakan kehakiman gabungan tersebut pada 22 Oktober ini, kira-kira sembilan hari sebelum penamaan calon |
|
Peguam bergaji komisen tetap boleh dianggap rakan kongsi, putus mahkamah - FMT - 15/10 4:07 pm Mahkamah Rayuan ketepi keputusan lepaskan peguam daripada liabiliti rakan kongsi berhubung kehilangan RM920,612 hasil jualan hartanah. |
|
Pengerusi badan berkanun didakwa terima rasuah lebih RM800,000 - Sinarharian - 15/10 3:59 pm GEORGE TOWN - Seorang pengerusi sebuah badan berkanun di Pulau Pinang pada Khamismengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas 15 pertuduhan menerima rasuah lebih RM800,000 antara Jun 2025 hingga Julai 2026.Datuk Dr Shaik Hussein Mydin, 53, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.Shaik Hussein dituduh secara rasuah menerima wang berjumlah RM847,107.61 melalui syarikat Aliran Ilham Sdn Bhd (AISB) dalam beberapa transaksi, dengan nilai suapan antara RM45.51 sehingga RM244,620 daripada pengarah ATSH Management Sdn Bhd (ATSH), Datuk R Albert Suresh.Wang itu didakwa diterima sebagai upah melantik ATSH menjadi subkontraktor kepada AISB, bagi menyiapkan sebuah blok asrama 10 tingkat dan kemudahan di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di Bukit Panchor, Seberang Perai Selatan menggunakan Sistem Binaan Industri (IBS) yang bernilai RM23,268,215.35.Kesemua kesalahan itu, didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Perda Selatan, Bandar Perda dekat sini antara 26 Jun 2025 hingga 9 Julai 2026.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Lim Jin Hong dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar.Shaik Hussein diwakili tujuh peguam diketuai Datuk Amer Hamzah Arshad bersama-sama Datuk Hasnal Rezua Merican, Mohd Shahrullah Khan, Simon Tan, DrShamsher Singh Thind, Muzzammil Merican serta Intan Nur Alia Nodzri.Terdahulu, Jin Hong dan Nurnajihatul Idayu menawarkan jaminan RM1 juta dengan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, Amer Hamzah menyifatkan jumlah jaminan ditawarkan pihak pendakwaan keterlaluan, memandangkan ia hanya untuk memastikan kehadiran anak guamnya di mahkamah.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan syarat tambahan yang ditawarkan pihak pendakwaan dan menetapkan 8 Januari 2027 untuk sebutan semula kes.Mahkamah turut membenarkan tertuduh untuk memohon mendapatkan semula pasport bagi tempoh dan tujuan tertentu, sekiranya terdapat keperluan.-Bernama |
|
Penuntut UTeM maut selepas ziarah pusara ibu - Sinarharian - 15/10 3:55 pm ALOR GAJAH - Seorang penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 211.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Jejantas Ayer Keroh di sini Selasa lalu.Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa, Nurul Fatehah Alya Kamaruaf'fandi, 20, difahamkan dalam perjalanan pulang ke kampus selepas menziarahi pusara ibunya di Kuala Selangor.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda Vario 160 yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.Menurutnya, mangsa kemudian tercampak ke kawasan lorong kecemasan akibat impak pelanggaran itu."Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya.Sementara itu, pihak pentadbiran UTeM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah yang merupakan pelajar Tahun Dua program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Komputer) dengan Kepujian di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).UTeM dalam satu kenyataan berkata, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM turut membantu menguruskan proses pengurusan jenazah Allahyarhamah.Jenazah dibawa ke Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM untuk disolatkan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Bagan Datuk, Perak bagi urusan pengebumian.Sebagai tanda keprihatinan, UTeM turut menyantuni bapa Allahyarhamah dan menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM2,000.Selain itu, pihak universiti akan membantu keluarga Allahyarhamah menguruskan tuntutan insurans kelompok pelajar berjumlah RM21,500 serta khairat kematian menerusi Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sebanyak RM2,000.UTeM turut membantu menyelesaikan urusan pentadbiran dan akademik Allahyarhamah yang masih belum selesai.Seluruh warga UTeM mendoakan agar bapa dan keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu. |
|
Penuntut universiti didakwa ceroboh rumah, tikam bekas teman wanita dan adik - Sinarharian - 15/10 2:59 pm KUALA LUMPUR - Seorang penuntut universiti swastawarga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas teman wanita dan adik lelaki wanita itu, bulan lepas.Chen Jun, 20, didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap teman wanitanya, Leong Kai Ting, 21, warga tempatan danadiknya, Leong Shun Jie, 18, dengan menikam mereka menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian.Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Bintang, Kepong di sini pada 5 pagi29 September dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahundan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin."Bagaimanapun jika mahkamah ingin membenarkan jaminan,pihak pendakwaan memohon jaminan ditetapkan RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah," katanya.Peguam, Ling Yee Siew yang mewakili Chen Junmemohon jumlah itudikurangkan kerana anak guamnya sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan kewangan dan tidak berisiko melarikan diri."Berdasarkan laporan perubatan hospital swastabertarikh 14 September, anak guam saya mengalami kemurungan |
|
Saya berserah, harap ada keadilan buat arwah Irene Sofiya' - Datuk - Astroawani - 15/10 2:50 pm Khyar Abas, 69, berkata keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi memastikan keadilan ditegakkan buat arwah. |
|
PRN Melaka: PN hampir muktamad pembahagian kerusi dengan rakan kerjasama politik - Sinarharian - 15/10 2:44 pm KUALA LUMPUR - Perbincangan Perikatan Nasional (PN) bersama rakan politiknya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini hampir selesai.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rundingan itu turut melibatkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen gabungan berkenaan."(Rundingan) Dalam lingkungan 100 peratus, tidak lebih daripada 100 peratus."Satunya (rundingan) antara kita dengan pihak yang bekerjasama dengan kita. Kemudian satu lagi di kalangan parti-parti kami sendiri pun membincangkan pembahagian (kerusi) dan persiapan yang perlu dan rapi perlu dibuat," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Parlimen, pada Khamis.Bagaimanapun Ahli Parlimen Kota Bharu itu menjelaskan, PN masih meneliti beberapa perkara sebelum memuktamadkan persiapan menghadapi PRN berkenaan, termasuk isu kedudukan gabungan itu susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Takiyuddin memaklumkan, permohonan semakan kehakiman yang difailkan PN akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini.Menurutnya, permohonan itu penting bagi menentukan kedudukan PN untuk bertanding menggunakan nama gabungan berkenaan pada PRN Melaka.Sementara itu mengulas kemungkinan PN tidak dapat menggunakan logo gabungan itu sekiranya isu berkenaan belum diselesaikan di mahkamah, Takiyuddin berkata, pihaknya mempunyai beberapa pilihan alternatif."Alternatif pertama sudah tentulah logo PN |
|
Gagal siar permohonan maaf di akhbar, Christy Ng mohon komital - Sinarharian - 15/10 2:27 pm KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Isnin depan untuk mendengar permohonan komital terhadap seorang lelaki yang didakwa gagal mematuhi perintah mahkamah supaya menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar kerana memfitnah pereka fesyen, Christy Ng.Christy Ng selaku plaintif dan syarikatnya, Christy Ng Sdn Bhd memfailkan permohonan itu terhadap J Vikneshvra Rau susulan kegagalan lelaki itu menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris.Berdasarkan kenyataan media oleh Tetuan Foong Cheng Leong & Co, tindakan itu berpunca daripada kenyataan yang diterbitkan Vikneshvra menerusi akaun Threads miliknya, 'archnionverse', pada 4 November 2025, yang mendapat sekurang-kurangnya 655,000 tontonan.Pada 13 Februari lalu, Mahkamah Tinggi di sini merekodkan penghakiman ingkar kehadiran terhadap Vikneshvra dan memberikan beberapa perintah, termasuk menghalangnya daripada menerbitkan kenyataan berunsur fitnah selanjutnya serta mengarahkannya menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar dan akaun media sosialnya.Walaupun Vikneshvra menerbitkan permohonan maaf menerusi akaun Threads pada 19 Mac lalu, dia didakwa masih gagal menyiarkan permohonan maaf seperti diperintahkan mahkamah dalam akhbar pilihan.Pada 25 Jun lalu, mahkamah turut memerintahkan Vikneshvra membayar ganti rugi berjumlah RM180,000 kepada plaintif.Pada 15 September, mahkamah memberikan kebenaran kepada Christy dan syarikatnya untuk memulakan prosiding komital terhadap Vikneshvra atas dakwaan menghina mahkamah susulan kegagalannya mematuhi perintah berkenaan.Plaintif mendakwa kegagalan berterusan itu menunjukkan ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah.Bagaimanapun, mahkamah belum memutuskan sama ada Vikneshvra bersalah atas dakwaan menghina mahkamah itu.Plaintif diwakili peguam, Foong Cheng Leong dan Rachel Tan Li Ying daripada Tetuan Foong Cheng Leong & Co. |
|
14 lelaki didakwa bunuh remaja di Gurun - Astroawani - 15/10 2:10 pm Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. |
|
China mahu perluas pemindahan teknologi, pengetahuan ke Malaysia - Ahmad Zahid - Sinarharian - 15/10 1:59 pm BEIJING - China mahu memperkukuh dan memperluas kerjasama dengan Malaysia menerusi pemindahan teknologi dan pengetahuan melangkaui pendekatan berasaskan pelaburan semata-mata, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, perkara itu antara yang diberikan penekanan dalam pertemuandengan rakan sejawatnya dari China, Ding Xuexiang, khususnya dalam usaha memperluas kerjasama strategik pada peringkat tertinggi antara kedua-dua negara.Ahmad Zahid berkata, kerjasama berkenaan bukan sahaja melibatkan pelaburan oleh syarikatChina di Malaysia tetapi turut merangkumi pemindahan teknologi melalui kerjasama dua hala, termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan sektor kenderaan elektrik (EV)."Beliau turut mencadangkan beberapa perkara baharu yang harus diterima oleh Malaysia, dengan hasrat China bukan sahaja memindahkan teknologi tetapi juga pengetahuanyang pada hemat saya sangat dialu-alukan," katanya pada sidang media di sini, Khamis.Terdahulu, Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja lima hari ke China mengadakan kunjungan hormat ke atas Ding di Dewan Besar Rakyat di sini dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit.Beliau berkata, China turut menyatakan kesediaan meneliti pembiayaan melalui Exim Bank China bagi projek penting di Malaysia yang berimpak tinggi terhadap ekonomi negara.Ahmad Zahid berkata, langkah itu membuka ruang untuk menelitikemungkinan pembiayaan bagi projek lain selain ECRL, yang melibatkan pelaburan besar serta pinjaman dengan jaminan kerajaan.Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan projek baharu yang dibincangkan dan menyerahkan pengumuman mengenainya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tiba masanya."Ada beberapa projek yang telah diperbincangkan |
|
Saya berserah, harap ada keadilan buat arwah Irene Sofiya' - Datuk - Sinarharian - 15/10 1:53 pm BATU PAHAT Datuk kepada Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, berharap tertuduh dalam kes kematian cucunya menerima hukuman setimpal jika didapati bersalah atas perbuatan yang dilakukan.Khyar Abas, 69, berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi memastikan keadilan ditegakkan buat arwah."Saya berharap pertuduhan yang dibuat hari ini dapat membawa kepada hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan, jika terbukti bersalah."Kita berserah dan menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, di sini pada Khamis.Menurutnya, keluarga berharap pihak berkuasa dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah bagi memastikan kes berkenaan dikendalikan mengikut proses perundangan yang ditetapkan."Saya mengharapkan ada keadilan untuk arwah cucu saya," katanya.Beliau berkata, keluarga kini hanya menunggu proses perundangan berjalan dan menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa yang mengendalikan kes tersebut.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekIrene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan Kes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas akan didakwa pagi iniKes bunuh Irene Sofiya: Sebar kenyataan palsu, keluarga suspek sedia ambil tindakan undang-undangDalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada 3 Oktober lalu, Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan, dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras.Remaja yang juga anak tunggal itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas tamat kelas tambahan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |