///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Mahkamah Sesyen News   Page 1    



10 Sept keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim .. - Mgazette - 5/07 7:39 am

# 10 Sept keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim perbicaraan kes solar PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 10 Sept sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak





Kelab Media Putrajaya kecewa jemputan KKM tak termasuk sesi sidang media - Mgazette - 5/07 7:39 am

# Kelab Media Putrajaya kecewa jemputan KKM tak termasuk sesi sidang media KUALA LUMPUR - Kelab Media Putrajaya (KMP) kecewa terhadap tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang meletakkan catatan dalam jemputan media bertarikh 4 Julai 2025 bagi program Majlis Perasmian Ekspo Makanan Selamat (eMAS) sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025





Pengarah syarikat mengaku tak bersalah pecah amanah RM150,000 - Mgazette - 5/07 7:39 am

# Pengarah syarikat mengaku tak bersalah pecah amanah RM150,000 JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan pelupusan harta syarikat berjumlah RM150,000 pada bulan lalu





Kanak-kanak perempuan mati disyaki didera keluarga angkat Kanak-kanak .. - Mgazette - 5/07 7:39 am

# Kanak-kanak perempuan mati disyaki didera keluarga angkat KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan didera hingga mati oleh keluarga angkatnya dalam kejadian di Paya Jaras, Sungai Buloh dekat sini hari ini





Lelaki maut ditembak, samun libat kumpulan bersenjatakan parang, pistol - Mgazette - 5/07 7:39 am

# Lelaki maut ditembak, samun libat kumpulan bersenjatakan parang, pistol ISKANDAR PUTERI- Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian samun melibatkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang kumpulan lelaki lain yang mempunyai pistol di kawasan stesen minyak di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LinKedua), Gelang Patah di sini malam semalam





Bapa disyaki rogol anak bongsu OKU, kakak bersubahat turut ditahan - Mgazette - 5/07 7:39 am

# Bapa disyaki rogol anak bongsu OKU, kakak bersubahat turut ditahan MELAKA - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol anak perempuannya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) di rumahnya di Cheng di sini bulan lalu





JKM sedia jaga kanak-kanak mangsa rogol teman lelaki ibu – Nancy - Mgazette - 5/07 7:39 am

Sementara itu, Nancy berkata, kementerian itu akan terus memperkukuh langkah-langkah pencegahan, pemulihan dan perlindungan demi kesejahteraan kanak-kanak di negara ini. Terdahulu, media melaporkan, seorang ibu kandung dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini, masing-masing atas tuduhan bersubahat sehingga mendorong lelaki itu merogol anak perempuan wanita itu yang berusia 12 tahun, tahun lalu





Suri rumah dipenjara 8 tahun, pukul anak angkat guna kayu dan lesung batu - Mgazette - 5/07 7:39 am

# Suri rumah dipenjara 8 tahun, pukul anak angkat guna kayu dan lesung batu KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Selangor dekat sini hari ini kerana menganiaya anak angkatnya dengan memukul mangsa menggunakan lesung batu dan kayu serta mengelar dengan pisau sehingga cedera bulan lalu





Zabariah pangku tugas, jawatan Presiden Mahkamah Rayuan - Utusan - 5/07 7:25 am

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd





Apa yang berlaku di Gaza adalah kegagalan cetusan hati nurani - PM - Sinarharian - 4/07 11:42 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan situasi di Gaza sebagai "kegagalan cetusan hatinurani, empati, kepimpinan dan keupayaan membezakan penderitaan daripada strategi."Beliau berkata, kemusnahan sekolah, keruntuhan hospital dan lenyapnya seluruh keluarga mencerminkan kegagalan mendalam untuk mengiktiraf nilai perkongsian kemanusiaan."Apabila kita gagal mengiktiraf kemanusiaan pada orang lain, kita berisiko kehilangan kemanusiaan dalam diri kita sendiri."Statistik bukan sekadar angka kerana setiap satu mewakili kisah manusia, tentang ibu, anak, bapa, dan pengalaman mereka seharusnya membangkitkan bukan sahaja simpati tetapi menyeru supaya setiap seorang daripada kita supaya bertindak," kata Anwardalam syarahan beliau di Universiti Sorbonne, Paris pada Jumaat.Anwar berkata, masyarakat antarabangsa sering bercakap tentang hak asasi manusia, demokrasi dan keperluan melindungi kesucian nyawa, namun komuniti global kelihatan tidak berdaya untuk menghentikan genosid yang berlarutan ini.Sambil mengalu-alukan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Anwar berkata keputusan itu dilayan dengan "penuh penghinaan dan rasa kebal daripada hukuman" oleh mereka yang melakukan jenayah terbabit.Beliau berkata:"Tiada cara lain: adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin dunia untuk bersuara dengan moral yang lebih tegas dan jelas mengenai isu ini dan bertindak dengan azam yang lebih kukuh untuk menamatkan kacau-bilau dan pembunuhan ini."Ya, kita melihat sinar harapan daripada usaha dan tindakan pelajar serta ahli akademik di kolej dan universiti serta pertubuhan masyarakat madanidi seluruh dunia





Kanak-kanak perempuan meninggal dunia disyaki didera - Sinarharian - 4/07 11:30 pm

SUNGAI BULOH Lebam, bengkak dan luka di seluruh badan antara kesan yang dialami seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai didera sehingga meninggal dunia di Paya Jaras, di sini, pada Jumaat.Mangsa sebelum itu dibawa oleh sepasang suami isteri yang dipercayai keluarga angkatnya ke Hospital Sungai Buloh dalam keadaan tidak sedarkan diri.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan wanita berusia 35 tahun yang bertugas di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.25 pagi.Menurutnya, dalam laporan itu, pengadu memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Zon Merah Jabatan Kecemasan hospital berkenaan kira-kira jam 10.45 malam pada Khamis."Doktor bertugas bersama pengadu telah memberikan bantuan pernafasan (CPR), namun tiada tindak balas dan mangsa disahkan meninggal dunia."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam, bengkak dan luka di seluruh badan mangsa, selain tompokan darah yang telah kering pada bahagian mulut dan hidung," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Katanya, mangsa dihantar ke hospital oleh seorang lelaki dan seorang wanita Melayu yang mengaku sebagai keluarga angkat mangsa.Susulan itu, Mohd Hafiz berkata pihaknya menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 27 dan 28 tahun, yang juga keluarga angkat mangsa, di sekitar kawasan Sungai Buloh pada jam 11 pagi hari yang sama."Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau."Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman," ujarnya.Katanya, mayat kanak-kanak berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat."Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan diminta tampil membantu siasatan sekiranya mempunyai sebarang maklumat," katanya.Tambahnya, sebarang maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Balai Polis Saujana Utama di talian 03-6038 3322 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Aizad Abd Azik di talian 013-4861194





Bapa disyaki rogol anak OKU, kakak bersubahat turut ditahan - Sinarharian - 4/07 10:54 pm

MELAKA - Seorang lelaki berusia 54 tahun dan anak perempuannya ditahan polis pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang juga anak kepada individu tersebut.Sumber berkata, nasib malang yang menimpa anak bongsu daripada dua beradik itu terbongkar selepas mangsa yang merupakan OKU pembelajaran menceritakan perbuatan keji bapanya yang berlaku pada 6 Jun lalu kepada ibu saudaranya.Menurut sumber, sebelum ini mangsa yang berusia 23 tahun pernah menceritakan perbuatan terkutuk suspek kepada kakaknya yang berusia 25 tahun, namun wanita itu tidak mempercayainya.Sebaliknya, kakak mangsa telah bertindak memukulnya kerana menganggap mangsa telah memfitnah bapa mereka.Disebabkan takut dipukul, mangsa enggan pulang ke rumah lalu menceritakan kepada ibu saudaranya





PM Anwar kecam kegagalan dunia bantu Gaza di Paris - SUN - 4/07 10:54 pm

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan situasi di Gaza sebagai kegagalan cetusan hati nurani, empati, kepimpinan dan keupayaan membezakan penderitaan daripada strategi





Nahas bas persiaran: Pemandu bas persiaran direman 3 hari - Sinarharian - 4/07 10:19 pm

BATU PAHAT - Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat membenarkan reman selama tiga hari terhadap pemandu bas persiaran yang terlibat dalam nahas di Kilometer 80.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, malam kelmarin.Perintah reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap lelaki berusia 35 tahun itu.Suspek tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis trafik, sebelum dilihat keluar sejam kemudian.Dalam kejadian pada jam 12.27 tengah malam Rabu itu, dua pekerja ladang warga Indonesia maut manakala seorang lagi putus tangan kiri selepas bas persiaran yang dipandu lelaki berkenaan merempuh belakang sebuah lori tangki yang sedang ditunda akibat kerosakan.Mereka yang maut ialah Hidirman, 43, dan Zulhadi, 44, manakala seorang lagi mangsa lelaki, Nusiah, 43, putus tangan kiri.Kemalangan itu turut mengakibatkan 14 penumpang lain mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.Bagaimanapun, kesemua mereka telah dibenarkan keluar sejak pagi Khamis.





Penahanan Eda Ezrin Dan Suami Di Thailand Dilanjutkan - Ohmedia - 4/07 10:18 pm

Penahanan Eda Ezrin, suami dan rakan dilanjut hingga 6 Ogos





Kebuluran kritikal di Gaza: UNRWA gesa akses bantuan segera - SUN - 4/07 10:06 pm

ANKARA : Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat memberi amaran mengenai tahap kebuluran yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA)





Kelewatan pelantikan Ketua Hakim Negara jejas keyakinan awam - Sinarharian - 4/07 7:00 pm

SHAH ALAM - Kebisuan berpanjangan kerajaan dalam mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu berisiko menjejaskan keyakinan awam terhadap kebebasan badan kehakiman.CSO Platform for Reform dalam satu kenyataan berkata, seperti telah ditegaskan oleh Majlis Peguam Malaysia, kelewatan dan kurang telus mencerminkan corak bermasalah masa lalu termasuk dominasi eksekutif menjejaskan kredibiliti institusi.Menurut kenyataan itu, bagaimanapun pihaknya menyokong pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara tidak seharusnya dibuat oleh Perdana Menteri."Kami turut menyatakan sokongan terhadap proses yang lebih bebas dan telus."Dalam ucapan terakhir Tun Tengku Maimun sempena Pembukaan Tahun Perundangan 2025, beliau menegaskan bahawa badan kehakiman mesti setia hanya kepada Perlembagaan dan keluhuran undang-undang."Beliau turut menyeru para hakim untuk kekal berpegang kepada prinsip dan preseden perundangan serta menjauhkan diri daripada unsur politik," katanya pada Jumaat.CSO Platform for Reform turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tengku Maimun sempena tamatnya tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Hakim Negara.Jelasnya, sebagai wanita pertama menerajui badan kehakiman negara, beliau telah mencatat sejarah dan menjadi contoh kepimpinan berprinsip yang amat dihormati."Sepanjang perkhidmatan, beliau menonjolkan komitmen teguh terhadap keluhuran undang-undang menerusi beberapa keputusan penting di Mahkamah Persekutuan, termasuk dalam kes berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."Antara keputusan penting lain di bawah kepimpinan beliau termasuklah penghakiman Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan hak ibu warganegara Malaysia untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak dilahirkan di luar negara."Legasi beliau telah mengukuhkan peranan badan kehakiman sebagai institusi bebas dan semak imbang penting terhadap kuasa eksekutif serta akan terus menjadi sumber keyakinan terhadap sistem perundangan negara untuk generasi akan datang," ujarnya.Tambah kenyataan itu, kini pelantikan pengganti Tengku Maimun terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Sehubungan itu, kami menyeru semua institusi berkaitan agar menegakkan tahap integriti dan meritokrasi tertinggi dalam memastikan peralihan kepimpinan kehakiman berjalan lancar dan berprinsip."Pelantikan ini membawa implikasi perlembagaan yang besar dan tidak seharusnya dijadikan isu bersifat politik semata-mata," katanya.





12 rem diserbu, polis bongkar penipuan urus niaga sawit - Sinarharian - 4/07 6:22 pm

TELUK INTAN - Sebanyak 12 pusat jual beli sawit atau rem berlesen di sekitar daerah Hilir Perak diserbu polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan urus niaga, Rabu lalu.Operasi bersepadu Op Helang Hilir Fasa 1 yang dijalankan bermula 10 pagi itu turut menyasarkan satu premis pembeli tanpa lesen serta seorang pembeli buah sawit tidak berlesen yang bergerak menggunakan kenderaan.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, serbuan melibatkan kawasan Chui Chak, Langkap, Labu Kubong dan Teluk Intan tersebut berjaya menahan 21 individu terdiri daripada enam lelaki dan 15 wanita berusia antara 20 hingga 63 tahun."Mereka yang ditahan bekerja sebagai kerani, penyelia rem sawit dan peniaga yang menjalankan urus niaga jual beli buah sawit secara tidak sah."Semakan rekod mendapati, dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini pada Jumaat.Kesemua tangkapan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Khamis untuk permohonan reman dan diberi jaminan polis sementara siasatan diteruskan.Menurut Bakri, hasil operasi turut membawa kepada rampasan pelbagai barangan antaranya lesen perniagaan, lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), resit urus niaga, 13 set komputer, lima mesin pencetak, 15 guni berusi buah kelapa sawit, buku akaun, alat penimbang serta sebuah kenderaan pacuan empat roda.Katanya, siasatan awal dijalankan mendapati, wujud asas munasabah berlakunya elemen penipuan, penyelewengan dan pemalsuan dokumen di premis yang terlibat."Siasatan terhadap 12 premis berlesen dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala dua pembeli tidak berlesen dirujuk kepada MPOB untuk tindakan di bawah Seksyen 5 Akta Lembaga Minyak Sawit 1998."Polis juga bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi meneliti kemungkinan berlaku pelanggaran di bawah akta berkenaan," katanya.Sementara itu, Bakri berkata, Op Helang Hilir Fasa 1 dilaksanakan sebagai tindakan preemptif dan bersasar hasil analisis terhadap 454 kes kecurian buah sawit yang direkodkan di daerah itu sejak 2021 melibatkan kerugian lebih RM298,000.Ujar beliau, data terkumpul menunjukkan 438 tan metrik buah kelapa sawit telah dicuri sepanjang tempoh tersebut dan boleh membuka peluang kepada pasaran gelap."Op Helang Hilir Fasa 2 akan diteruskan dalam masa terdekat dengan tumpuan terhadap penjenayah yang bersubahat dalam aktiviti kecurian sawit ini."Setakat ini, 33 individu sudah dikesan terlibat dan kita dalam usaha membuat tangkapan," katanya.





JKM sedia ambil alih penjagaan kanak-kanak jadi 'mangsa' teman lelaki ibu - Nancy - Sinarharian - 4/07 6:20 pm

PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia mengambil alih tanggungjawab penjagaan sementara seorang kanak-kanak perempuanyang dipercayai dirogol teman lelaki ibunya tahun lepas.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itubagi memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak berkenaan terjamin, sekiranya tiada ahli keluarga yang sesuai atau berkeupayaan untuk menjaganya."Selain perlindungan fizikal, mangsa juga berhak menerima sokongan psikososial yang sewajarnya bagi membantu proses pemulihan emosi dan mental," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Nancy merujuk kepada kes seorang kanak-kanak perempuan yang dirogol seorang penjual nasi lemakyang merupakan teman lelaki kepada ibu kandungnya, ketika berusia 12 tahun di sebuah rumah di Hulu Langat pada pertengahan tahun lepas.Lelaki berusia 61 tahun itudihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini manakala ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 37 tahun turut berdepan pertuduhan bersubahat.Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua individu berkenaan diikat jamin dan menetapkan kes disebut semula pada 7 Ogos ini.Mangsa dilaporkan kini menetap bersama ibu saudaranya.Mengulas lanjut, Nancy berkata, kes seumpama ituamat membimbangkan dan tidak boleh dikompromi dalam masyarakat yang menghargai keselamatan serta maruah kanak-kanak."Saya ingin menegaskan bahawa perlindungan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama yang mesti diberi perhatian serius," katanya.Beliau menyeru masyarakat untuk peka terhadap isu penderaan kanak-kanak dan tidak berdiam diri apabila berlaku kejadian sedemikian.Maklumat berkaitan penderaan atau pengabaian boleh dilaporkan kepada Talian Kasih 15999 atau mana-mana pejabat JKM berhampiran serta pihak polis





Mengaku curi selimut di ‘homestay’ dan barang berharga, suami .. - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# Mengaku curi selimut di 'homestay' dan barang berharga, suami isteri dipenjara MELAKA - Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah mencuri dan melupuskan harta curi termasuk selimut dan barangan berharga lain di sebuah rumah inap, di sini, April lalu. Tertuduh, Jasila Jamaruddin, 31, dan Muhammad Aliff Aiman Zaini, 24, membuat pengakuan itu sejurus tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Melaka di Ayer Keroh, di sini, hari ini





JKM cari ibu kepada bayi perempuan tiga bulan yang ditinggalkan - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# JKM cari ibu kepada bayi perempuan tiga bulan yang ditinggalkan KULAI - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Kampung Baru Saking, Senai di sini baru-baru ini





Lelaki Pakistan disyaki raba anak tiri 10 tahun - Mgazette - 4/07 5:04 pm

JASIN - Seorang pemotong rumput warga Pakistan direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Jasin, hari ini, kerana disyaki mencabul anak tirinya, perempuan berusia 10 tahun yang terbongkar Rabu lalu





Zabariah jalankan tugas Presiden Mahkamah Rayuan ganti Abang Iskandar - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# Zabariah jalankan tugas Presiden Mahkamah Rayuan ganti Abang Iskandar PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd





Ambalat: Jangan tawar janji manis secara semberono – Razali - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# Ambalat: Jangan tawar janji manis secara semberono - Razali KUALA LUMPUR Kerajaan tidak boleh secara semberono menawarkan janji-janji manis kepada rakyat berhubung Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) di Blok Ambalatseperti yang dilakukan ketika ini





Hakim Roz Mawar diarah tarik diri, saman Shahrir terhadap Tommy didengar .. - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# Hakim Roz Mawar diarah tarik diri, saman Shahrir terhadap Tommy didengar hakim lain PUTRAJAYA - Semua prosiding berkaitan kes saman Tan Sri Shahrir Ab





Undang-undang tindas suara rakyat harus dipinda, dikaji semula ??? Nik .. - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# Undang-undang tindas suara rakyat harus dipinda, dikaji semula Nik Nazmi KUALA LUMPUR Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berharap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung perhimpunan aman menjadi titik tolak kepada semua pihak berkuasa dan institusi kerajaan untuk terus menghormati, melindungi dan memudah cara pelaksanaan hak asasi rakyat





Ibu didakwa bersubahat peniaga nasi lemak rogol anak - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# Ibu didakwa bersubahat peniaga nasi lemak rogol anak KUALA LUMPUR - Seorang peniaga nasi lemak didakwa di Mahkamah Sesysen Ampang, di sini, atas pertuduhan merogol anak teman wanitanya yang berusia 12 tahun pada pertengahan tahun lalu





GMRB guna media sosial sebar fahaman ekstrem kepada warga Bangladesh di .. - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# GMRB guna media sosial sebar fahaman ekstrem kepada warga Bangladesh di Malaysia KUALA LUMPUR Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) berpaksikan fahaman ekstremis menggunakan platform Facebook, WhatsApp dan Telegram untuk menyebarkan fahaman tersebut dalam kalangan warganegara Bangladesh yang bekerja di negara ini





10 September keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim perbicaraan kes solar - Sinarharian - 4/07 4:49 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 10 September sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh tersebut semasa pengurusan kes hari ini.Pada 25 Jun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin telah menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.Peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh berkenaan.Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohamed Zaini Mazlan, yang kini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonannya agar hakim tersebut menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri pada saat akhir, iaitu sebelum beliau dijadual menyampaikan keputusan pada 1 Sept 2022





Suri rumah dipenjara lapan tahun pukul anak angkat guna kayu, lesung batu - Astroawani - 4/07 4:36 pm

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh melakukan khidmat masyarakat selama 40 jam dalam tempoh empat bulan selepas selesai menjalani hukuman penjara.





10 Sept keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim perbicaraan kes solar - Astroawani - 4/07 4:30 pm

Mahkamah Rayuan menetapkan 10 Sept sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah kes hibrid solar.





Langgar Akta Kualiti Alam Sekeliling: Kilang sekerap logam didenda RM256,000 - Astroawani - 4/07 4:24 pm

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Pengarah Syarikat yang mewakili syarikat berkenaan selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah.





Hakim Roz Mawar tarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Tommy Thomas - Astroawani - 4/07 4:00 pm

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.





Dera anak angkat sejak kecil, suri rumah dipenjara lapan tahun - Hmetro - 4/07 3:38 pm

Kuala Selangor: Suri rumah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana menganiaya anak angkatnya dengan memukul kanak-kanak itu menggunakan lesung batu dan kayu serta menoreh dengan pisau sehingga cedera, bulan lalu





Lelaki Warga Emas Didakwa Hina Agong di Facebook - SUN - 4/07 2:29 pm

SEPANG: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya pada Februari lepas





Reman suspek sindiket pil kuda bernilai RM5.04 juta disambung sehingga 11 Julai - SUN - 4/07 2:04 pm

KOTA BHARU: Tempoh reman terhadap lima individu termasuk sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) di Pasir Mas dan Tumpat, disambung mulai esok hingga 11 Julai ini





Lelaki mengaku salah rogol, lakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita Australia - SUN - 4/07 1:40 pm

GEORGE TOWN: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Australia, minggu lepas





Mahkamah Arah Google Bayar RM1.48 Billion Sebab Menyalahgunakan Data Telefon Mudah Alih Tanpa Kebenaran Pengguna - Lobakmerah - 4/07 12:12 am

Juri di California, Amerika Syarikat telah mengarahkan syarikat Google untuk membayar AS$314 juta (RM1.48 bilion) kepada pengguna telefon pintar Android di negeri tersebut berikutan dengan timbulnya dakwaan bahawa syarikat tersebut menyalahgunakan data telefon mudah alih tanpa kebenaran pengguna





Pengarah syarikat mengaku tidak salah pecah amanah RM150,000 - Sinarharian - 4/07 11:29 am

JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat logistik dan pengangkutan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan pecah amanah tahun lalu.Tertuduh, Sahela Abdul Rahim, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.Mengikut pertuduhan, Sahela didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 10 Jun tahun lalu iaitu secara tidak jujur melupuskan tiga unit kepala lori milik syarikatnya bernilai RM150,000 di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taman Daya.Tindakan tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Peguam bela tertuduh, Khairul Azwad Sariman, memohon agar mahkamah menawarkan jaminan munasabah atas alasan anak guamnya merupakan seorang ibu kepada tiga anak yang masih bersekolah dan berpendapatan RM4,000 sebulan.Menurutnya, siasatan terhadap kes berkenaan telah bermula sejak tahun lalu dan tertuduh memberikan kerjasama termasuk hadir memberi keterangan kepada SPRM setiap bulan."Tertuduh juga memberi jaminan akan hadir pada setiap tarikh perbicaraan yang ditetapkan," katanya.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 19 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir.





Zabariah dilantik menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan - Astroawani - 4/07 10:30 am

Pelantikan Zabariah bermula semalam hingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.





Jawatan Presiden Mahkamah Rayuan dipangku Zabariah - Mkini - 4/07 10:02 am

Hakim Mahkamah Persekutuan itu akan menjalankan tugas berkenaan sehingga kekosongan sekarang diisi





Wajar bahas isu Ambalat di Parlimen - Sinarharian - 4/07 10:00 am

SHAH ALAM Isu pembangunan bersama di Ambalat dan dokumen Triti Sulawesi wajar dibahaskan secara terbuka di Parlimen demi memastikan ketelusan kerajaan dalam mengurus sempadan serta sumber strategik negara.Pakar Undang-Undang Antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata, permintaan pembangkang agar perkara itu didedahkan kepada umum tidak seharusnya dipandang serong kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa pembentangan tersebut wajar dibuat hanya selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal antara Malaysia dan Indonesia berlangsung, yang dijangka pada akhir bulan ini."Jadi, seeloknya biarlah mesyuarat ini berlangsung dahulu, lihat keputusannya bagaimana dan selepas itu barulah kerajaan mendedahkan."Maknanya, kerajaan perlu bersikap telus dengan rakyat supaya tidak timbul dakwaan yang tidak diingini kerana ini adalah kawasan bertindih antara Malaysia dan Indonesia," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Menurutnya, Ambalat merupakan kawasan kaya dengan sumber minyak dan gas, justeru kerajaan bertanggungjawab untuk berterus terang dengan rakyat dalam apa jua keputusan melibatkan aset strategik negara.Ditanya mengenai kemungkinan keputusan untuk memajukan kawasan Ambalat bersama Indonesia boleh dianggap sebagai kompromi terhadap tuntutan kedaulatan Malaysia, jelasnya, kerjasama tersebut tidak semestinya mencerminkan pengorbanan kedaulatan.Ujarnya, jika kedua-dua negara bersetuju untuk memajukan kawasan itu tanpa membawa kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), ia boleh dianggap sebagai satu penyelesaian damai."Pada pandangan saya, Indonesia tidak mahu membawa hal Ambalat ke ICJ kerana masih trauma dengan kekalahan kes Sipadan dahulu, manakala Malaysia pula tidak boleh membiarkan perkara ini berlarutan terlalu lama."Jadi, kalau nak memajukan kawasan Ambalat, kita tidak boleh anggap ia sebagai satu kompromi, tetapi lebih kepada usaha mengekalkan keamanan demi pembangunan bersama."Bagaimanapun, ia mesti dibuat melalui perjanjian yang adil supaya tidak timbul dakwaan Malaysia mendapat kurang, Indonesia mendapat lebih





'Beban Hasnah sangat besar' - Sinarharian - 4/07 8:00 am

PUTRAJAYA - Pelantikan Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim sebagai pemangku Ketua Hakim Negara mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengamal undang-undang yang melihat langkah itu bakal berisiko membebankan institusi kehakiman.Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, meskipun pelantikan sementara itu sah dari segi undang-undang berdasarkan peruntukan Seksyen 9(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, namun beliau mempersoalkan rasional memberikan dua tugas utama kepada satu individu."Hasnah masih memegang jawatan Hakim Besar Malaya





Lelaki bergaduh tendang lampu kereta hingga pecah ditahan - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Lelaki bergaduh tendang lampu kereta hingga pecah ditahan JOHOR BAHRU Tindakan seorang lelaki menendang lampu kereta sehingga pecah selepas berselisih faham akibat pergeseran kereta di sebuah medan selera di sini membawa padah





Keputusan Mahkamah Persekutuan buka jalan rakyat terus bersuara - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Keputusan Mahkamah Persekutuan buka jalan rakyat terus bersuara JOHOR BAHRU Hak rakyat untuk berhimpun perlu dihormati dengan tidak diganggu oleh pihak berkuasa selagi tidak melakukan kesalahan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu perhimpunan aman kelmarin





Gagal lunas pinjaman persahabatan RM5 juta, mahkamah isytihar Jovian .. - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Gagal lunas pinjaman persahabatan RM5 juta, mahkamah isytihar Jovian bankrap KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie bankrap selepas gagal melunaskan pinjaman persahabatan berjumlah RM5.28 juta termasuk faedah kepada syarikat pembinaan kejuruteraan Cekap Air Sdn Bhd





Tak janggal Hakim Besar Malaya pangku Ketua Hakim Negara, Presiden .. - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Tak janggal Hakim Besar Malaya pangku Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan - Syahredzan KUALA LUMPUR Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan menyarankan Ketua Whip Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan membaca Akta Mahkamah Kehakiman 1964 khususnya Seksyen 9 berkenaan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan





Aset RM170 juta, jongkong emas: SPRM tunggu lampu hijau TPR untuk tindakan .. - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Aset RM170 juta, jongkong emas: SPRM tunggu lampu hijau TPR untuk tindakan lanjut PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini bersiap sedia memfailkan permohonan pelucuthakan ke atas pelbagai aset mewah yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob





Beri kebebasan JAC buat keputusan lantikan, lanjutan khidmat hakim ??? .. - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Beri kebebasan JAC buat keputusan lantikan, lanjutan khidmat hakim Dominic KUALA LUMPUR - Keanggotaan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak seharusnya lagi dilantik oleh kerajaan, sebaliknya kuasa itu perlu dipindahkan kepada Parlimen yang lebih bebas dan berwibawa





SPRM tahan reman pengarah syarikat disyaki terlibat pengubahan wang haram .. - Mgazette - 4/07 7:34 am

# SPRM tahan reman pengarah syarikat disyaki terlibat pengubahan wang haram kira-kira RM75 juta KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Wira kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM75 juta





Hasnah jalan tugas Ketua Hakim Negara - Utusan - 4/07 7:00 am

PETALING JAYA: Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas Ketua Hakim Negara berkuat kuasa semalam





Empat individu termasuk dua warga Vietnam didakwa edar, miliki lebih 13 kg dadah - Astroawani - 3/07 10:30 pm

Empat individu termasuk dua wanita warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah.





Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap Akibat Gagal Bayar Pinjaman RM5 Juta Persahabatan - Murai - 3/07 10:00 pm

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie kini berdepan fasa paling getir dalam hidupnya apabila diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM5 juta





Pesara ATM mohon kebenaran merayu kes pelarasan pencen di Mahkamah Persekutuan - SUN - 3/07 8:39 pm

PUTRAJAYA : Sebanyak 50 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memfailkan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung kes tuntutan pelarasan pencen mereka





Jovian Mandagie diisytihar bankrap gagal bayar pinjaman RM5 juta - SUN - 3/07 8:36 pm

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie bankrap hari ini ekoran kegagalannya melunaskan pinjaman persahabatan berjumlah RM5.28 juta termasuk faedah kepada syarikat pembinaan Cekap Air Sdn Bhd





Lelaki didakwa bunuh rakan serumah di Mahkamah Shah Alam - SUN - 3/07 8:24 pm

SHAH ALAM : Seorang lelaki berusia 41 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membunuh rakan serumahnya di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh bulan lepas





Mahkamah Persekutuan benarkan ikat jamin RM50k untuk dua tahanan SOSMA - SUN - 3/07 8:22 pm

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ikat jamin RM50,000 seorang ke atas dua ahli perniagaan yang didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA)





Empat individu termasuk warga Vietnam didakwa edar dadah di Johor Bahru - SUN - 3/07 8:20 pm

JOHOR BAHRU : Empat individu termasuk dua wanita warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah dengan jumlah berat melebihi 13 kilogram





Bapa didakwa lakukan amang seksual, seks luar tabii terhadap anak 12 tahun - Sinarharian - 3/07 8:09 pm

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berusia 34 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas lima pertuduhan melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap anak kandungnya yang berusia 12 tahun, pada April lalu.Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan hubungan seksual terhadap mangsa yang juga anak perempuannya di dalam bilik tidur mangsa, kira-kira jam 8 pagi dan 2 pagi pada April lalu.Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, serta tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.Tertuduh turut berdepan pertuduhan ketiga dan kelima mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan atas perbuatan persetubuhan luar tabii.Perbuatan itu didakwa dilakukan pada waktu tengah hari di dalam bilik air rumah mangsa, dan sekali lagi kira-kira jam 8 pagi di bilik tidur mangsa pada bulan yang sama.Bagi kesalahan ini, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun, serta boleh dikenakan sebatan.Sementara itu, bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa, dan pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta tidak kurang enam kali sebatan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli, tidak mencadangkan jaminan diberikan bagi kesemua lima pertuduhan yang dihadapi tertuduh.Namun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 oleh dua orang penjamin dan menetapkan 3 Ogos depan bagi sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.





Skandal XFOX dedah kecuaian urus tadbir Terengganu FC - Wrlr - 3/07 7:41 pm

Shukor menyebut XFOX sebagai syarikat dengan terlalu banyak red flag serta mengkritik proses operasi mereka yang tidak mengikut prinsip mudarabah dan menawarkan pulangan bulanan tidak masuk akal iaitu antara 5 hingga 30 peratus. Kelmarin, lima individu, termasuk seorang wanita bergelar Datuk, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima deposit secara haram dan pengubahan wang haram yang berlaku dalam tempoh empat tahun





Jovian Diisytihar Bankrap, Gagal Bayar Pinjaman Persabahatan RM5.28 Juta - Rotikaya - 3/07 7:28 pm

Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) kerana gagal membayar pinjaman persahabatan daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan berjumlah RM5.28 juta





SPRM jejak harta Tun Daim di enam negara termasuk UK - Sinarharian - 3/07 6:52 pm

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjejak enam negara termasuk United Kingdom (UK) bagi mengesan harta milik bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin serta keluarga dan proksi yang tidak diisytiharkan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memohon kerjasama melalui Mutual Legal Assistance (MLA) yang perlu dilaksanakan melalui Jabatan Peguam Negara."Nama kesemua negara itu akan diumumkan selepas ini," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain.Pada majlis tersebut, Rosli turut menyerahkan tugas kepada Pengarah SPRM Kelantan baharu, Azmin Yusuff.Menurut Azam, harta-harta milik Tun Daim yang berada dalam negara akan dipohon untuk dilucuthakkan sekiranya didapati mengandungi unsur-unsur kesalahan mengikut peruntukan undang-undang.Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa pada 3 Jun lalu, tiga kediaman mewah di London merupakan antara tujuh hartanah dan satu akaun bank bernilai GBP132 juta (RM758.2 juta) yang didakwa milik isteri Tun Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan keluarganya telah dibekukan oleh SPRM.Hasil siasatan SPRM mendapati harta alih dan tidak alih tersebut adalah berkaitan atau menjadi keterangan kepada dakwaan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.Bagaimanapun, pada 23 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menggantung sementara perintah pembekuan berkenaan selepas Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam Naimah, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, terhadap perintah pembekuan secara ex parte yang diperoleh SPRM.Pada 25 Jun lalu pula, SPRM memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi melucut hak Menara Ilham setinggi 60 tingkat yang terletak di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, yang turut dikaitkan dengan Tun Daim.Sebelum itu, pada 22 Mei lalu, Azam mendedahkan bahawa lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu daripada agensi luar negara berhubung aset milik Tun Daim, keluarganya dan proksi.Menurut beliau, maklumat terkini menunjukkan aset tersebut tidak diisytiharkan ketika siasatan SPRM pada tahun 2023.





Pesara ATM mohon kebenaran merayu dalam kes tuntutan pelarasan pencen - Astroawani - 3/07 6:34 pm

Notis usul telah difailkan hari ini dan Mahkamah Persekutuan menetapkan 4 Ogos ini untuk pengurusan kes.





Mahkamah Persekutuan benar ikat jamin dua tahanan SOSMA - Astroawani - 3/07 6:30 pm

Mahkamah Persekutuan membenarkan ikat jamin ke atas dua ahli perniagaan yang didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang.





Rafizi bidas pemimpin pembangkang main emosi isu Ambalat - Sinarharian - 3/07 6:09 pm

SHAH ALAM - Pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak bermain emosi dan mempolitikkan isu Ambalat sehingga boleh menjejaskan hasil dan rancangan pembangunan negara.Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, beliau menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang secara prinsipnya bersetuju untuk mempertimbangkan pembangunan bersama agar potensi minyak di kawasan tersebut dapat dimanfaatkan.Malah katanya, ia adalah salah satu perkara yang dibawanya semasa dalam Kabinet dahulu kerana kaedah tersebut terbukti berkesan dan telah dilaksanakan di luar pesisir Kelantan dan Thailand.Menurut Rafizi, keadaannya sama iaitu kawasan yang ada tuntutan bertindih antara Malaysia dan Thailand tidak dapat dibangunkan selagi tidak ada penyelesaian dan kedua-dua negara tidak berganjak."Dalam tahun 1970-an, kerajaan kedua-dua negara bersetuju mewujudkan Pihak Berkuasa Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand atau Malaysia-Thailand Joint Development Authority (MTJDA) yang bertindak sebagai pihak berkuasa yang mengendalikan pembangunan bersama di kawasan bertindih itu."Wakil sama banyak, suara sama banyak





Kes Ismail Sabri: SPRM akan mohon mahkamah lucut hak RM170 juta dalam tempoh terdekat - Sinarharian - 3/07 6:01 pm

KOTA BHARU - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa permohonan untuk melucutkan kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuat dalam tempoh terdekat.Azam Baki berkata, permohonan itu dijangka difailkan di mahkamah dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi."Dalam seminggu dua lagi, seperti yang saya umumkan, kita akan buat permohonan mahkamah untuk melucutkan harta beliau (Ismail Sabri) yang telah kita rampas."Jika beliau mencabar di mahkamah, kita akan teruskan perbicaraan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain di sini pada Khamis.Majlis itu turut menyaksikan Rosli menyerahkan tugas kepada pengganti baharunya, Azmin Yusuff.Azam turut menjelaskan bahawa pihak SPRM telah menyelesaikan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk penilaian selanjutnya."Terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menilai sama ada terdapat pertuduhan jenayah yang boleh dikemukakan atau tidak," katanya.Katanya, sekiranya permohonan lucut hak itu berjaya, wang dan aset tersebut akan diserahkan kepada kerajaan mengikut peruntukan undang-undang.Sinar Harian pada 25 Jun melaporkan kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan dengan Ismail Sabri bakal dilucutkan hak.




Reformasi     >>



Govt rejects extremism, tackles radicalism among .. - Mkini
Religious agencies play important role, minister says.
Kroni     >>



Business : PM Anwar's Visit To France A Success, .. - Bernama
# PM Anwar's Visit To France A Success, Reviving Partnerships Across All Sectors --President Macron PARIS, July 4 (Bernama) -- French President Emmanuel Macron has described Malaysia's Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's two-day visit to France as a success, with the two nations reviving ..
Tabloid     >>



Air sungai bergulung depan mata! - Hmetro
Baling: Pak cik hilang isteri dan menantu perempuan yang ketika itu sedang hamil. Anak lelaki turut maut sekelip mata dalam tragedi kepala air Kampung Iboi. Hidup pak cik kini sunyi. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



As Samsung’s smartwatch market share drops, more .. - Androidauthority
Will the new Galaxy Watch 8 lineup help restore Samsung's former smartwatch glory?
World     >>



Hamas says it delivered 'positive response' on Gaza .. - BBC
The group said it was ready to begin negotiations immediately after Donald Trump said Israel had accepted conditions for a 60-day ceasefire.
Motor Trend     >>



BYD Seal 06 DM-i Wagon Tiba di China, Jarak 2,000 km, .. - Careta
Bukan Sekadar Wagon Biasa Walaupun station wagon bukanlah pilihan popular di China berbanding SUV, segmen ini mula mendapat tempat kembali sejak kebangkitan kenderaan tenaga baharu (NEV). BYD Seal 06 DM-i Wagon hadir denganrekaan badan bergaya Marine Aesthetics menampilkan garisan