///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Mahkamah Rayuan News   Page 1    



AGC fail rayuan keputusan mahkamah Syed Saddiq hari ini - Mgazette - 27/06 7:35 am

# AGC fail rayuan keputusan mahkamah Syed Saddiq hari ini KUALA LUMPUR Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menfailkan Notis Rayuan merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selepas meneliti dan mempertimbangkan keputusan Mahkamah Rayuan semalam





Bekas tentera kekal digantung bunuh anak perempuan 9 tahun - Mgazette - 27/06 7:35 am

# Bekas tentera kekal digantung bunuh anak perempuan 9 tahun PUTRAJAYA - Seorang bekas tentera kekal menjalani hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman kerana membunuh anak perempuan berusia sembilan tahun pada tujuh tahun lalu





MUDA tawar semula jawatan presiden kepada Syed Saddiq - Mgazette - 27/06 7:35 am

# MUDA tawar semula jawatan presiden kepada Syed Saddiq KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebulat suara bersetuju menawarkan semula jawatan presiden parti itu kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Pemangku Presiden Amira Aisya Abdul Aziz berkata, persetujuan itu dicapai Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) MUDA susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan semalam





Maria Chin gagal rayuan cabar prosiding hina mahkamah - Mgazette - 27/06 7:35 am

Ekoran itu, Maria mengambil langkah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi sivil pada 2021 dengan menamakan Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan sebagai responden. Walaupun Mahkamah Tinggi sivil pada 22 Ogos 2022 membenarkan Maria memulakan semakan kehakiman, keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 November 2024 selepas membenarkan rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC)





Syed Saddiq ditawarterajui semula Muda - Utusan - 27/06 7:09 am

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menawarkan semula jawatan Presiden kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abd. Rahman selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada semua pertuduhan kes pecah amanah





Kamil Munim bertemu Yasin di Hospital Bahagia - Sinarharian - 27/06 12:05 am

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim menziarahi penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, Perak, pada Khamis.Kunjungan tersebut dilakukan selepas beliau menghadiri beberapa program komuniti di kawasan Parlimen Tambun, mewakili Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim."Diberi kesempatan untuk menziarahi sahabat yang juga seorang pejuang, saudara Yasin Sulaiman yang kini berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan (Perak)," katanya dalam perkongsian di Facebooknya di sini, pada Khamis.Dalam perkongsian itu, Muhammad Kamil turut menyelitkan beberapa rangkap lagu Sepi Perantau yang pernah dipopularkan ahli kumpulan Brothers yang dianggotai Yasin.Lagu itu bukan sahaja mengungkapkan perasaan seorang perantau yang kesunyian dan merindui kampung halaman, tetapi juga menggambarkan kekuatan yang terbit daripada semangat sahabat seperjuangan.Pada 28 April lalu, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenankan Sultan Selangor.Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan ke atas Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 50, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya.Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel hakim diketuai Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali yang bersidang bersama-sama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan akhir yang dimohon Yasin.Pada 22 Ogos tahun lalu, Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin yang melepas dan membebaskan pelantun lagu Mimpi Laila itu





Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati bapa bunuh anak perempuan - SUN - 26/06 9:29 pm

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas Mohammad Abdullah Mohamed, lelaki yang didapati bersalah membunuh anak perempuannya berusia sembilan tahun pada 2018





Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati lelaki bunuh anak perempuan - Astroawani - 26/06 9:17 pm

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati seorang lelaki bagi kesalahan membunuh anak perempuannya yang berumur sembilan tahun pada 2018.





Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati lelaki bunuh anak perempuan - Mkini - 26/06 8:53 pm

Panel tiga hakim mendapati hukuman mati adalah wajar selepas menimbangkan rayuan dan faktor kepentingan awam.





Kes Maria Chin: Mahkamah Syariah bertindak dalam bidang kuasa sah - Mohd Na'im - Astroawani - 26/06 8:45 pm

Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Maria Chin membuktikan perintah tunjuk sebab Mahkamah Tinggi Syariah bagi kesalahan menghina mahkamah selaras kerangka undang-undang sah.





Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati lelaki bunuh anak perempuan - Sinarharian - 26/06 8:18 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman mati seorang lelaki bagi kesalahan membunuh anak perempuannya yang berumur sembilan tahun pada 2018.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohammad Abdullah Mohamed terhadap sabitan serta hukuman dikenakan oleh Mahkamah Tinggi ke atasnya.Timbalan Pendakwa Raya Datin Asmah Musa dan peguam Afifuddin Ahmad Hafifi mengesahkan keputusan mahkamah itu kepada Bernama.Dalam penghakimannya, Azmi berkata, meskipun Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 memperuntukkan kuasa budi bicara untuk mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan antara 30 dan 40 tahun, panel itu mendapati hukuman mati adalah wajar selepas menimbangkan rayuan dan faktor kepentingan awam.Bekas anggota tentera berumur 43 tahun itu dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada Ogos 2023 bagi kesalahan membunuh Nur Aina Nabihah di sebuah rumah di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan antara 8.30 malam dan 11.30 malam pada 31 Januari 2018.Mengikut fakta kes, tertuduh telah mengarahkan mangsa dan adik beradiknya yang lain untuk melakukan tekan tubi dan bangkit tubi sebanyak 500 kali kerana tidak solat.Apabila mangsa terlalu lemah untuk meneruskannya, tertuduh telah bertindak memijak perut kanak-kanak malang itu dengan sebelah kaki.Ketika disuruh bangun, mangsa gagal berbuat demikian menyebabkan tertuduh menjadi berang dan sekali lagi memijak perut anaknya itu.Mohammad Abdullah juga telah menolak Nur Aina Nabihah dengan kakinya dan menendang kanak-kanak itu dengan kuat.Pada prosiding pada Khamis, dia diwakili peguam Aina Melina Johan Ariff Lim





Mahkamah syariah berkuasa sah dalam kes Maria Chin - Mohd Naim - SUN - 26/06 7:01 pm

Sebagai menteri bertanggungjawab, beliau bertekad mempertahankan martabat Mahkamah Syariah agar terus dihormati dan dipercayai. Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Maria Chin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung notis tunjuk sebab oleh Mahkamah Syariah atas dakwaan menghina mahkamah





Syed Saddiq Bebas Tapi Belum Tamat, AGC Fail Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan - Ohmedia - 26/06 6:30 pm

AGC fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas Syed Saddiq dibebaskan Mahkamah Rayuan





Kes Maria Chin: Mahkamah syariah bertindak dalam bidang kuasa sah - Mohd Na'im - Mkini - 26/06 6:08 pm

Mohd Na'im turut menyeru rakyat agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi Syariah.





Kes Maria Chin: Mahkamah Syariah bertindak dalam bidang kuasa sah - Mohd Na'im - Sinarharian - 26/06 5:55 pm

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bagi kebenaran merayu bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah membuktikan perintah tunjuk sebab Mahkamah Tinggi Syariah bagi kesalahan menghina mahkamah adalah selaras dengan kerangka undang-undang yang sah.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, tindakan memfailkan semakan kehakiman terhadap prosiding Mahkamah Tinggi Syariah adalah cubaan mengganggu fungsi kehakiman yang sah namun ia telah ditolak secara tuntas oleh Mahkamah Persekutuan.Beliau berkata, Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan secara tegas memperuntukkan pengasingan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah sekali gus keputusan Mahkamah Tinggi Syariah itu tidak boleh dibicarakan semula atau dicabar di mahkamah sivil."Ini kerana mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa tersendiri yang diperuntukkan secara sah."Percubaan untuk membuka ruang kepada campur tangan mahkamah sivil dalam keputusan mahkamah syariah bukan sahaja bercanggah dengan semangat Perlembagaan malah boleh menjejaskan kestabilan sistem kehakiman dualisme yang menjadi ciri unik sistem perundangan Malaysia," katanya.Beliau turut menyeru rakyat agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi Syariah sebagai institusi kehakiman yang sah serta berdaulat."Kedua-dua mahkamah sivil dan syariah hendaklah dilihat berperanan saling melengkapi, bukan bersaing, dengan satu matlamat yang sama iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran dalam kerangka perundangan negara," katanya.Sehubungan itu, Mohd Na'im meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan keputusan itu sebaliknya memperkukuh komitmen terhadap prinsip kedaulatan undang-undang dan keharmonian sistem perundangan sedia ada."Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, saya akan terus memperjuangkan kedudukan dan martabat Mahkamah Syariah agar terus dihormati, dipercayai dan diyakini oleh semua pihak demi kelangsungan sistem keadilan Islam yang adil, berwibawa dan berperlembagaan," katanya.Mahkamah Persekutuan pada Khamis sebulat suara menolak permohonan Maria Chin bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau untuk mencabar notis tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah terhadapnya kerana menghina mahkamah.Panel tiga hakim diketuai Datuk Nordin Hassan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati tiada isu perundangan baharu yang mewajarkan Mahkamah Persekutuan mendengar serta memutuskan rayuan Maria





Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Maria Chin untuk kebenaran merayu - Sinarharian - 26/06 5:40 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan pada Khamis menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi mencabar perintah berkaitan notis tunjuk sebab kerana menghina Mahkamah Syariah.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Nordin Hassan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu sebulat suara.Nordin, yang mengetuai panel itu berkata, tiada isu baharu yang mewajarkan Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan rayuan Maria.Beliau berkata, isu berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan telah diperjelas dalam kes-kes terdahulu termasuk cabaran seorang wanita terhadap status agamanya.Panel itu berpandangan bahawa Maria gagal memenuhi prasyarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.Mahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan notis tunjuk sebab itu pada 2019 selepas Maria, 68, membuat kenyataan mengenai keputusan mahkamah menjatuhi hukuman penjara ke atas Emilia Hanafi iaitu bekas isteri ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin.Faisal, melalui peguamnya, telah memohon kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Maria di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan beliau telah dibenarkan oleh mahkamah.Satu notis telah dikeluarkan kepada Maria pada 2019 yang memintanya memberi sebab mengapa beliau tidak boleh dianggap menghina mahkamah kerana mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah.Maria kemudian memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi sivil pada 2021 dan menamakan Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan sebagai responden.Pada 22 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi sivil telah membenarkan beliau memulakan semakan kehakiman namun keputusan itu telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 November 2024 selepas membenarkan rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC).Pada April 2022, Mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari ke atas Maria kerana menghina mahkamah.Bagaimanapun, Maria tidak menghadiri prosiding tersebut kerana ketika itu beliau telah dimasukkan ke hospital.Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Faisal, memaklumkan media bahawa Maria perlu kembali ke Mahkamah Rayuan Syariah untuk merayu terhadap hukuman tersebut.Pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali hadir bagi pihak AGC manakala peguam Rosli Dahlan serta Bahari Yeow Tien Hong mewakili Maria.Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak MAIWP





Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Maria Chin untuk merayu - SUN - 26/06 5:39 pm

Kes ini bermula pada 2019 apabila Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Maria berikutan kenyataannya mengenai keputusan mahkamah terhadap Emilia Hanafi, bekas isteri ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin. Maria kemudian memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi sivil pada 2021, tetapi keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Nov 2024





AGC fail rayuan terhadap keputusan bebas Syed Saddiq - Astroawani - 26/06 4:14 pm

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.





Jabatan Peguam Negara Fail Notis Rayuan Terhadap Keputusan Pelepasan & Pembebasan Syed Saddiq - Lobakmerah - 26/06 3:47 pm

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang melepaskan dan membebaskan Ahli Parliment Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan dan hukuman penjara selama 7 tahun serta 2 sebatan





AGC fail notis rayuan terhadap pembebasan Syed Saddiq - Sinarharian - 26/06 2:54 pm

PUTRAJAYA Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Menerusi kenyataan media, AGC memaklumkan bahawa proses tersebut telah dilaksanakan pada Khamis."Jabatan ini telah memfailkan notis rayuan pada hari ini bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut," menurut kenyataan itu.AGC menegaskan bahawa proses rayuan ini merupakan sebahagian daripada sistem kehakiman yang membenarkan semakan terhadap keputusan mahkamah yang lebih rendah.Ia adalah amalan biasa dalam proses perundangan negara dan tidak mencerminkan sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak."Pemfailan rayuan ini bertujuan memastikan isu-isu perundangan yang timbul daripada keputusan Mahkamah Rayuan dapat diteliti dan diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan, selaras dengan prinsip keadilan dan tadbir urus undang-undang yang telus," jelasnya.Terdahulu, Mahkamah Rayuan pada Rabu melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada sabitan dan hukuman atas empat pertuduhan berkaitan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tujuh tahun lalu.Pertuduhan itu melibatkan satu kes subahat pecah amanah membabitkan dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta sebanyak RM120,000, serta dua pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing berjumlah RM50,000.Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan bersidang bersama Datuk Azman Abdullah serta Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini telah mensabitkan tertuduh atas keempat-empat pertuduhan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda berjumlah RM10 juta





AGC rayu kes Syed Saddiq di Mahkamah Persekutuan - Mkini - 26/06 2:43 pm

Selepas Mahkamah Rayuan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah jenayah, penyelewengan harta dan pengubahan wang haram.





Hutang budi perlu dibalas, Syed Saddiq tak akan lupakan jasa Bella Astillah - Mdateline - 26/06 11:00 am

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tampil menyapa peminat dalam satu sesi siaran langsung pada malam tadi selepas Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskannya atas empat pertuduhan ..





Keputusan kes Syed Saddiq tunjuk kewibawaan institusi kehakiman – .. - Mgazette - 26/06 8:00 am

# Keputusan kes Syed Saddiq tunjuk kewibawaan institusi kehakiman - Hafiz KUALA LUMPUR - Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO meraikan keputusan Mahkamah Rayuan yang secara sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes rasuah melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman





Kronologi kes Syed Saddiq - Sinarharian - 25/06 8:44 pm

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).Berikut adalah kronologi kes tersebut.22 Julai 2021Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas masing-masing satu pertuduhan subahat pecah amanah RM1 juta dan menyalahgunakan RM120,000 dana Armada.5 Ogos 2021Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.25 November 2021Empat kes itu dibenarkan untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur19 Januari 2022Mahkamah menasihatkan Syed Saddiq supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kesnya.24 Mac 2022Pendakwaan kemuka dua pertuduhan pindaan berhubung kes pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik Armada.21 Jun 2022Perbicaraan hari pertama kes Syed Saddiq, di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid.7 Julai 2022Pihak pembelaan memohon untuk mencabar kredibiliti saksi utama iaitu Rafiq Hakim Razali (Penolong Bendahari Armada Bersatu) berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah namun permohonan itu ditolak.8 Julai 2022Syed Saddiq memohon maaf di mahkamah kerana memuat naik semula satu hantaran di laman media sosialnya berhubung perbicaraan kesnya itu.22 Julai 2022Syed Saddiq sekali lagi memohon mencabar kredibiliti Rafiq Hakim susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keterangan lisannya di mahkamah dan permohonan itu juga tidak dibenarkan.27 September 2022Pihak pendakwaan menutup kes itu selepas selesai memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.6 Oktober 2022Pihak pendakwaan dan pembelaan berhujah berhubung empat pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq.28 Oktober 2022Syed Saddiq diperintah untuk membela diri atas senua pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.14 Mac 2023Selesai pembelaan di Mahkamah Kuala Lumpur14 April 2023Pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah.21 September 2023Mahkamah Tinggi menetapkan 9 November 2023 untuk keputusan kes terbabit.9 November 2023Syed Saddiq dihukum penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.29 November 2024Syed Saddiq menerima segala dokumen penghujahan penuh mengarahkan peguamnya untuk memfailkan rayuan12 Disember 2024Rayuan rasmi difailkan dengan 18 sebab kesilapan undang-undang dan fakta dalam sabitan; rayuan ini menetapkan kes untuk didengar oleh Mahkamah Rayuan19-20 Mac 2025Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari untuk mendengar rayuan kes Syed Saddiq20 Mac 2025Prosiding terpaksa ditangguhkan kerana timbalan pendakwa raya tidak sihat.25 Jun 2025Syed Saddiq dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas semua pertuduhan itu





Fasa seterusnya bersama Bella, ini jawapan Syed Saddiq - Sinarharian - 25/06 5:40 pm

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu belum terfikir untuk merancang fasa seterusnya bersama penyanyi, Bella Astillah.Syed Saddiq, 33, berkata demikian selepas sidang akhbar sejurus Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berhubung empat kes menyeleweng dana Armada, tujuh tahun lalu.Ditanya mengenai teka-teki keakraban perancangan selepas dibebaskan daripada kes jenayah itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, fokus utama ialah meraikan kemenangan ini bersama keluarga."Buat masa ini, saya hanya mahu bawa mereka keluar makan," katanya.Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada Bella akan turut serta dalam sesi makan tersebut, Syed Saddiq hanya tersenyum dan enggan memberi komen.Terdahulu, Bella dilihat gagal menahan air mata selepas Mahkamah Rayuan di sini, pada Rabu melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan berkaitan penyelewengan dana ARMADA yang berlaku tujuh tahun lalu.Pertuduhan tersebut melibatkan satu kes subahat pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta sebanyak RM120,000 dan dua pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA), masing-masing berjumlah RM50,000.Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman yang sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Susulan keputusan itu, anak kelahiran Johor Bahru tersebut terlepas daripada hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.





Lelaki warga Thailand didakwa edar kanabis di stesen kereta api - Astroawani - 25/06 5:06 pm

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.





Pandangan media sosial tidak pengaruhi keputusan rayuan Syed Saddiq .. - Mgazette - 25/06 4:04 pm

# Pandangan media sosial tidak pengaruhi keputusan rayuan Syed Saddiq - Hakim PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan memberi jaminan, keputusan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman tidak dipengaruhi oleh pandangan dalam media sosial, sebaliknya berdasarkan rekod mahkamah semata-mata





Pendakwaan akan rayu keputusan Syed Saddiq - Mgazette - 25/06 4:04 pm

PUTRAJAYA Pihak pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman





Mahkamah Tinggi kekal hukuman peneroka, dua individu disabit kesalahan tipu duit pajakan sawit - Utusan - 25/06 3:12 pm

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengekalkan sabitan terhadap seorang peneroka Felda dan mensabitkan dua lagi individu atas kesalahan menipu membabitkan wang berjumlah RM66,300 berkaitan pajakan tanah sawit di Sungai Cherabang, Mukim Telang, Lipis, enam tahun lalu





Kes Syed Saddiq: Tidak ada unsur peribadi dengan sesiapa, kata Azam Baki - Sinarharian - 25/06 1:34 pm

PUTRAJAYA "Saya tidak rasa kecewa atau suka dalam menyiasat apa-apa kes pun," kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.Beliau berkata demikian kepada pemberita berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada Rabu.Menurut Azam, beliau dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengenai keputusan tersebut dan satu rayuan ke Mahkamah Persekutuan akan difailkan."Ia bergantung kepada keputusan mahkamah





Syed Saddiq Bebas: Azam Baki Akan Buat Rayuan Di Mahkamah Persekutuan - Lobakmerah - 25/06 1:21 pm

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal mengemukakan rayuan terhadap keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini





Tiada Personal Dengan Sesiapa” – SPRM Akan Buat Rayuan Pembebasan Syed Saddiq - Ohmedia - 25/06 1:02 pm

SPRM akan buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas Syed Saddiq dibebaskan





Kemenangan Syed Saddiq kemenangan untuk rakyat - Muda - Sinarharian - 25/06 12:42 am

SHAH ALAM Kemenangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam rayuan terhadap sabitan dan hukuman pertuduhan merupakan pencetus kepada gelombang perjuangan menentang ketidakadilan dan dorongan untuk terus berkhidmat demi negara.Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkata, kemenangan itu juga merupakan kejayaan untuk rakyat Malaysia, khususnya warga Muar."Ini bukan pengakhiran perjuangan. Sokongan dan doa anda selama ini telah memberi Syed Saddiq semangat untuk terus menempuh dugaan yang dihadapi tanpa lesu."Terima kasih, Malaysia," menurut kenyataan parti itu menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada Rabu melepaskan dan membebaskan beliau daripada sabitan dan hukuman atas empat pertuduhan berkaitan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tujuh tahun lalu.Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah melibatkan dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta sebanyak RM120,000 serta dua pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA), masing-masing berjumlah RM50,000.





'Saya harap apa yang dilalui tidak berlaku kepada musuh politik' - Syed Saddiq - Sinarharian - 25/06 12:10 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] "Saya berharap apa yang saya lalui tidak dilalui oleh musuh-musuh politik," kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejurus keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepadanya.Menurutnya, sepanjang lima tahun perjalanan turun naik mahkamah, ia boleh disifatkan sebagai tempoh paling sukar dengan pelbagai tekanan termasuk cubaan mencalar integriti beliau."Saya ingat detik-detik awal digertak, tetapi saya tidak takut kerana tahu di pihak yang benar."Hendak tawar apa pun, ugut apa pun, tak mengapa kerana akhirnya saya sebagai kenderaan kecil boleh tukar bila-bila masa," katanya menerusi sidang akhbar selepas prosiding mahkamah selesai.Beliau berkata, perjalanan yang dilalui turut memberi kesan hebat kepada keluarga."Ibu bapa disoal siasat, saya sebagai anak rasa bersalah kerana tekanan





Pendakwaan akan rayu keputusan kes Syed Saddiq - Mkini - 25/06 11:59 am

Saya telah dimaklumkan oleh pendakwa raya bahawa mereka akan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, kata etua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.





Air mata Bella iringi pembebasan Syed Saddiq - Sinarharian - 25/06 11:50 am

PUTRAJAYA Penyanyi, Bella Astillah gagal menahan air mata selepas Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat kes menyeleweng dana Armada, tujuh tahun lalu.Bella, atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, juga banyak menundukkan diri ketika sidang akhbar Syed Saddiq, 33, yang terlepas daripada sabitan bersalah dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Bagaimanapun, ketika ditemui di luar mahkamah, pelakon itu melontarkan senyuman dengan menyatakan air mata itu merupakan tangisan kegembiraan dan kesyukuran.Bella juga dilihat ceria ketika bergambar bersama ahli keluarga Syed Saddiq selepas sidang akhbar tersebut.Pada Rabu, Syed Saddiq bernasib baik apabila mahkamah melepaskan dan membebaskannya daripada sabitan dan hukuman atas empat kes itu.Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta (RM120,000) dan dua pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing (RM50,000).Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq, 33, untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.AKAN MENYUSUL View this post on Instagram A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)





Syed Saddiq dibebas dari hukuman penjara, sebatan - Thempress - 25/06 11:36 am

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan daripada sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan atas empat pertuduhan bersubahat melakukan…





“Saya Tak Menyesal, Saya Tak Takut” – Syed Saddiq Harap Musuh Politik Tak Lalui Nasib Sama - Ohmedia - 25/06 11:09 am

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq sujud syukur sebaik sahaja melangkah keluar daripada Mahkamah Rayuan hari ini





[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas & Dibebaskan, Ketepi Hukuman Penjara & Sebatan - Lobakmerah - 25/06 11:06 am

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram babit dana Angkatan Anak Muda (ARMADA)





Syed Saddiq bebas tuduhan seleweng RM1.12 juta dana Pemuda Bersatu - Mkini - 25/06 10:59 am

Mahkamah rayuan mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap bekas menteri belia dan sukan itu.





Terkini: Syed Saddiq bebas pertuduhan seleweng dana Armada - Mdateline - 25/06 10:42 am

Mahkamah rayuan sebentar tadi membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman berkaitan kes penyelewengan dana Armada





Terkini! Syed Saddiq Menang Rayuan, Bebas Hukuman 7 Tahun Penjara, Sebatan Dan Denda RM10 Juta - Ohmedia - 25/06 10:38 am

Mahkamah Rayuan hari ini Syed Saddiq di atas tuduhan pecah amanah dan penggubahan wang haram





Syed Saddiq dilepas bebas daripada 4 pertuduhan - Hmetro - 25/06 10:34 am

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA)





Mukhriz Mahathir Curi Perhatian Bila Hadir Sokong Syed Saddiq Di Mahkamah - Ohmedia - 25/06 10:31 am

Dato Seri Mukhriz hadir beri sokongan kepada Syed Saddiq di Mahkamah Rayuan, tarik perhatian ramai





'Saya hanya berdoa supaya kebenaran menang' - Syed Saddiq - Hmetro - 25/06 9:37 am

Putrajaya: "Harapan saya pada hari ini selepas lima tahun menanti, saya hanya berdoa supaya kebenaran menang". Demikian komen ringkas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum memasuki kamar Mahkamah Rayuan, hari ini, bagi mendengar keputusan rayuannya mengetepikan sabitan dan hukuman empat tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dihadapinya berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)





Bella Astillah tiba di mahkamah ikuti keputusan kes Syed Saddiq - Astroawani - 25/06 8:25 am

Bella Astillah tiba di Mahkamah Rayuan jam 7.50 pagi bagi mengikut keputusan rayuan yang difailkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.





Syed Saddiq masih punya peluang jika rayuan ditolak - Utusan - 25/06 8:00 am

PUTRAJAYA: Hari ini Mahkamah Rayuan di sini akan membuat keputusan terhadap rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta atas tiga kesalahan membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)





Bella Astillah tiba di mahkamah ikuti keputusan kes Syed Saddiq - Sinarharian - 25/06 8:00 am

PUTRAJAYA - Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tiba di Mahkamah Rayuan jam 7.50 pagi bagi mengikut keputusan rayuan yang difailkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Tersenyum manis Bella kelihatan anggun dengan mengenakan baju kurung bewarna biru muda dan ditemani dua pembantunya.Beliau kemudiannya menuju kantin untuk bertemu dengan ibu bapa Syed Saddiq, yang terlebih dahulu tiba sekitar jam 7.38 pagi.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin dijangka membuat keputusan jam 9 pagi ini.Syed Saddiq merayu terhadap sabitan dan hukuman kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).





Rayuan dibenar atau ditolak, Syed Saddiq ke Mahkamah Rayuan pagi ini .. - Mgazette - 25/06 7:55 am

# Rayuan dibenar atau ditolak, Syed Saddiq ke Mahkamah Rayuan pagi ini PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ke Istana Kehakiman pagi ini bagi mendengar keputusan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara, denda dan sebatan atas pelbagai kesalahan berkaitan dana Armada





PKR dibenar merayu, tetap mahu Zuraida bayar RM10 juta - Mgazette - 25/06 7:55 am

# PKR dibenar merayu, tetap mahu Zuraida bayar RM10 juta PUTRAJAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon yang perlu dijelaskan oleh bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000





Lima tahun diuji, moga keadilan menyebelahi yang jujur – Syed Saddiq - Kosmo - 25/06 12:19 am

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon rakyat Malaysia mendoakan agar keadilan berpihak kepada yang jujur menjelang keputusan rayuan kesnya di Mahkamah Rayuan Putrajaya esok





'Ada berita baik, Eda Ezrin mungkin dibebaskan' - keluarga - Sinarharian - 24/06 7:48 pm

Harap dibebaskan seawal mungkin, awal Julai ini," katanya.Wan Ismail memberitahu, dipihak keluarga mereka tidak berhenti berdoa dan melakukan solat sunat Hajat agar semuanya dipermudahkan buat Eda Ezrin, suami serta empat sahabat yang lain.Sinar Harian pada 5 Jun lalu melaporkan, nasib Eda Ezrin bersama suami serta empat rakannya, mungkin ditentukan oleh Mahkamah Agung Thailand.Memetik laporan Apakhabartv.com pada Rabu, jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat berkata, situasi itu tidak mustahil berlaku berdasarkan kes-kes sebelum ini."Dengan jumlah dadah yang dirampas terlalu banyak... ya, kes ini dijangka dibawa ke Mahkamah Rayuan, malah mungkin sehingga ke Mahkamah Agung





Mahkamah Persekutuan beri kebenaran PKR rayu kes bon jaminan Zuraida - Sinarharian - 24/06 6:01 pm

PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan hari ini memberi kebenaran kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin, daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon parti tersebut.Permohonan itu, yang dibenarkan oleh panel tiga hakim terdiri daripada Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, merupakan syarat bagi membolehkan perkara tersebut dibawa ke Mahkamah Persekutuan.Pada 11 Disember 2024, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk See Mee Chun mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Zuraida telah melanggar syarat bon parti, namun mengurangkan jumlah bayaran daripada RM10 juta kepada RM100,000.Sebelum itu, Mahkamah Tinggi pada 23 Jun 2023 membuat keputusan yang memihak kepada PKR dan memerintahkan Zuraida, yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang, membayar RM10 juta kepada parti tersebut selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir mendapati bon itu merupakan satu kontrak yang sah dan mengikat.Kes itu adalah susulan saman yang difailkan oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti berkenaan, untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida atas dakwaan melanggar syarat bon yang mengikat beliau kepada parti.Dalam terma dan syarat bon tersebut, antara lain, Zuraida dikehendaki membayar RM10 juta kepada PKR dalam tempoh tujuh hari sekiranya berlaku beberapa keadaan selepas memenangi pilihan raya atas tiket PKR, termasuk jika beliau meletak jawatan daripada parti, menyertai parti politik lain, atau menjadi wakil rakyat bebas.Zuraida dalam pembelaannya mendakwa bahawa beliau dipaksa menandatangani bon tersebut dengan PKR untuk menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.Dalam prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini, PKR diwakili oleh peguam Ranjit Singh, William Leong, Navpreet Singh, Sakina Siraj, Chew Chun Man dan Liew Hong Wei, manakala Zuraida diwakili oleh peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun, Nurul Najwa Zainuddin serta Muhammad Firdaus Shaik Alauddin





Perkembangan Kes Rayuan Pecah Amanah Dan Wang Haram Syed Saddiq - Ohmedia - 24/06 1:25 pm

Rayuan Syed Saddiq terhadap sabitan pecah amanah, salah guna harta dan wang haram akan diputuskan esok





Keputusan rayuan Syed Saddiq diketahui esok - Mkini - 24/06 10:59 am

Keputusan dijangka diumumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Ahmad Zaidi Ibrahim, Azman Abdullah dan Noorin Badaruddin pada 9 pagi.





Keputusan rayuan Syed Saddiq diketahui esok - Astroawani - 24/06 10:55 am

Keputusan dijangka diumumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada jam 9 pagi.





Tanah di Jalan Duta kekal milik kerajaan - Sinarharian - 24/06 10:19 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Kerajaan berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa untuk mengetepikan keputusan supaya tanah seluas 106.542 hektar di Duta Enclave (sebelum ini dikenali Jalan Duta) diserahkan kepada syarikat Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Lee Swee Seng (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang memerintahkan tanah itu diserahkan kepada Semantan Estate.Bagaimanapun, beliau mengarahkan Kerajaan membayar pampasan kepada syarikat berkenaan dalam tempoh 90 hari.Menurutnya, nilai pampasan akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi dengan bantuan pakar berdasarkan nilai pasaran pada tahun 1956 iaitu tarikh kerajaan memperoleh tanah itu.Katanya, perbicaraan bagi keuntungan mesne di Mahkamah Tinggi akan diteruskan dengan pengiraan keuntungan bermula 1956."Mesne merujuk kepada keuntungan atau manfaat ekonomi yang diperoleh secara tidak sah oleh seseorang yang menduduki atau menggunakan tanah atau properti orang lain tanpa izin yang sah," katanya.Dalam keputusan sebulat suara, beliau berkata, keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 tidak menyatakan sebarang arahan untuk kerajaan memindahkan semula tanah itu kepada syarikat terbabit.Beliau berkata, tiada perintah yang boleh dilaksanakan yang memerlukan kerajaan bertindak sedemikian."Sejak kerajaan mengambil alih tanah itu pada Disember 1956, ia menjangkau hampir 70 tahun berlalu dan pada waktu itu tanah berkenaan hanya dipenuhi pokok getah tua."Hari ini, ia telah berubah menjadi sebuah bandar yang maju dengan kemudahan jalan raya, lebuh raya, jejambat, dan banyak bangunan kerajaan."Jika mahkamah memerintahkan pemindahan tanah itu kembali kepada Semantan Estate, ia akan menyebabkan bukan sahaja ia mendapat hak milik tanah, tetapi juga semua bangunan awam dan infrastruktur itu," katanya.Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim, Datuk Azimah Omar dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, ekoran itu sebagai pemilik sah, Semantan Estate boleh melarang orang ramai memasuki kawasan itu.Sebelum ini, Kerajaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos tahun lalu yang mengarahkan pemindahan hak milik tanah kepada Semantan Estate.Mahkamah sebelum ini memutuskan berpihak kepada saman pemula Semantan Estate terhadap Pendaftar Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Sementara itu, Semantan Estate turut merayu terhadap satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi pada Oktober 2021 yang menolak permohonan semakan kehakiman syarikat itu untuk mendapatkan semula tanah berkenaan.Syarikat itu juga merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang kemudiannya membenarkan permohonan Pendaftar Tanah bagi perintah penangguhan pemindahan hak milik tanah kepada Semantan Estate.Tanah yang dipertikaikan terletak di kawasan strategik Jalan Duta, dikenali sebagai Duta Enclave, yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, termasuk Stadium Hoki Nasional, Institut Integriti Malaysia, Arkib Negara, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.Pertikaian undang-undang Semantan Estate bermula pada 2003 apabila syarikat itu menyaman kerajaan dengan mendakwa tanah berkenaan diambil secara tidak sah.Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa kerajaan telah mengambil tanah tersebut secara tidak sah





Duta Enclave: Rayuan kerajaan terhadap Semantan Estate diputuskan esok - Mgazette - 24/06 7:55 am

Bhd. (SESB) ditentukan Mahkamah Rayuan esok





Perintah Mahkamah Tinggi agar SPRM sedia pernyataan memihak kepada pengarah syarikat diketepi - SUN - 23/06 6:00 pm

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyediakan pernyataan bertulis mengandungi fakta memihak kepada seorang pengarah syarikat berhubung empat pertuduhan membabitkan RM15 juta





Rayuan SIS Forum tidak sentuh isu akidah Islam - Mahkamah Persekutuan - Astroawani - 21/06 7:30 pm

Rayuan oleh Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia tidak melibatkan kepercayaan asas dalam agama Islam, mandat atau doktrin berkaitan dengan akidah Islam.





Rayuan SIS Forum tak sentuh isu akidah Islam - Mahkamah Persekutuan - Mkini - 21/06 5:58 pm

Sebaliknya tertumpu kepada pelaksanaan undang-udang oleh pihak berkuasa negeri tertentu, menurut penghakiman 40 muka surat.





Rayuan SIS Forum tidak sentuh isu akidah Islam - Mahkamah Persekutuan - Sinarharian - 21/06 5:54 pm

PUTRAJAYA - Rayuan oleh Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia tidak melibatkan kepercayaan asas dalam agama Islam, mandat atau doktrin berkaitan dengan akidah Islam, sebaliknya tertumpu kepada pelaksanaan undang-udang oleh pihak berkuasa negeri tertentu, menurut penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan.Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, rayuan dikemukakan melibatkan semakan terhadap tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor dalam melaksanakan kuasa tertentu mengikut undang-undang, yang berbeza daripada perkara pokok dan kandungan keputusan dibuat oleh pihak berkenaan."Walaupun kes ini melibatkan suatu fatwa, ia tidak mempunyai kaitan dengan pegangan asas dalam agama Islam atau pengurusan terhadap aspek utama agama tersebut," katanya menerusi penghakiman 40 muka surat.Ketua Hakim Negara berkata, dalam semua negara demokrasi bertamadun yang mempunyai badan kehakiman bebas, adalah perkara biasa bagi keputusan eksekutif disemak melalui proses semakan kehakiman, dan dalam kebanyakan kes, isu utama bukanlah kandungan keputusan berkenaan sebaliknya bagaimana keputusan dibuat.Khamis lepas, panel Mahkamah Persekutuan melalui keputusan majoriti 3-1 memutuskan bahawa fatwa dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 2014 dan diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sah namun, hanya terpakai kepada individu dan bukan syarikat.Mahkamah memutuskan bahawa sesuatu fatwa tidak boleh dikuatkuasakan ke atas sebuah organisasi seperti SIS Forum kerana ia tidak mempunyai keupayaan untuk menganut atau mengakui sesuatu agama.Keputusan itu sekali gus membenarkan sebahagian daripada rayuan yang dikemukakan SIS Forum dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar bagi membatalkan fatwa yang dikeluarkan pada 2014 yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.Menerusi penghakiman bertulis disiarkan di laman web Kehakiman, Hakim Tengku Maimun berkata, Kerajaan Negeri Selangor serta badan agama terbabit adalah sebahagian daripada cabang eksekutif dan kuasa mereka diperuntukkan melalui Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor."Fakta bahawa mereka menguruskan hal-hal berkaitan akidah, dogma dan doktrin Islam adalah tidak relevan dan perkara-perkara tersebut, dalam apa jua keadaan, tidak berada dalam bidang kuasa kami sebagai Mahkamah Sivil," katanya.Hakim Tengku Maimun berkata, menurut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas perkara-perkara dalam ruang lingkupnya





27 Ogos untuk rayuan akhir bekas ADUN Tronoh terhadap sabitan rogol dan hukuman penjara - Astroawani - 20/06 11:15 pm

Mahkamah Persekutuan menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh mendengar rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong.





27 Ogos untuk rayuan akhir bekas ADUN TRonoh terhadap sabitan rogol dan hukuman penjara - SUN - 20/06 9:54 pm

Turut mewakili Yong ialah peguam Datuk Rajpal Singh. Yong merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan beliau atas kesalahan merogol pembantu rumah warga Indonesianya berusia 23 tahun





Peguam MAIS perlu teliti penghakiman penuh sebelum semak keputusan SIS .. - Mgazette - 20/06 3:50 pm

(GISBH). Muhammad Faiz yang juga seorang peguam berkata, Amanah melihat kes itu diputuskan bukan secara sebulat suara sama ada di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dan dengan itu wajar serta mempunyai merit untuk disemak semula





Amanah cadang MAIS buat semakan keputusan Mahkamah Persekutuan - Thempress - 20/06 3:20 pm

PARTI Amanah Negara (Amanah) mencadangkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membuat permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia) membatalkan fatwa yang mengisytiharkan…




Reformasi     >>



Kajian Macos jadi input penting rangka negara bebas .. - Mkini
Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata dapatan dan syor kajian itu akan dikaji semula melibatkan bahagian utama SPRM menerusi tiga strategi teras.
Kroni     >>



Fahmi calls on Muslims to begin new chapter with good .. - NST
KUALA LUMPUR: Muslims in this country need to make the Maal Hijrah celebration a starting point to move towards a better life, said Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil. New Straits Times Press (M) Bhd
Tabloid     >>



Apa Yang Saya Lalui Kecil Saja, Banding Apa Yang Bella .. - Rotikaya
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui dia terhutang budi dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang sentiasa berada di sisi sehingga ke hari ini. Menerusi siaran langsung di TikTok, Saddiq... Baca selanjutnya → The post Apa Yang Saya Lalui Kecil Saja, Banding Apa Yang Bella ..
Tech     >>



Samsung Galaxy Buds Core specs revealed, to offer .. - Gsmarena
Samsung prepares to launch its most affordable buds in the Galaxy lineup, the Galaxy Buds Core. They are expected to hit the Indian market on June 27, and the company has quietly or accidentally jumped the gun and revealed some of the key features on its UAE website. Despite being the cheapest in ..
World     >>



BBC inside Iran state building hit by Israeli missile .. - BBC
The BBC's Lyse Doucet reports from the ruins of an Iranian state TV building hit during the conflict with Israel.
Motor Trend     >>



Nissan Qashqai dengan e-POWER baharu - 1,200 km dengan .. - Careta
Sistem e-POWER Generasi Baharu Sistem e-POWER baharu telah direka semula secara menyeluruh untuk: Meningkatkan kecekapan bahan api Mengurangkan pelepasan karbon Menawarkan pemanduan lebih senyap dan lancar Sistem ini menggabungkan manfaat pemanduan seperti EV dengan fleksibiliti enjin