| /// |
|
| Search : Mof News | Page 1 |
|
Jangan hukum KKDW berdasarkan satu jadual, jelaskan komitmen projek ??? .. - Mygazette - 4/09 8:01 am Adakah angka disebut itu benar-benar bermaksud KKDW berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan, atau ia turut merangkumi komitmen kontrak dan tuntutan projek yang diluluskan serta dibawa dari tahun sebelumnya? Ini perbezaan yang sangat besar, katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. Farhan berkata, angka yang dipetik dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan (MOF) menunjukkan peruntukan KKDW berbanding perbelanjaan bagi 2023 ialah RM1.1 bilion berbanding RM1.8 bilion, manakala pada 2024 sebanyak RM1.3 bilion berbanding RM2 bilion dan 2025 pula RM1.6 bilion berbanding RM2.3 bilion |
|
Realiti di sebalik isu pertikaian peruntukan antara MOF dan KKDW - Utusan - 4/09 8:00 am PERTIKAIAN mengenai pembiayaan jalan luar bandar Malaysia sedang digambarkan sebagai pertelingkahan politik antara Kementerian Kewangan (MOF) dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) |
|
If I dont understand, does the Treasury Secretary-General not understand either? Kamil questions Akmal - Sinardaily - 3/09 8:52 pm SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) chief Muhammad Kamil Abdul Munim has questioned a claim by Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh that he does not understand the basics of government finance.Kamil said his earlier statement on the Rural and Regional Development Ministry (KKDW) allocation was based on an official explanation from Treasury Secretary-General (KSP) Tan Sri Johan Mahmood Merican of the Finance Ministry (MOF) and was not quoted carelessly.He, who is also political secretary to the Finance Minister, stressed that a media statement issued by the KSP himself on Wednesday clearly stated there were no restrictions on KKDWs rural road project allocation and that it had in fact been fully disbursed.According to him, payment constraints to contractors arose when the current years allocation was nearly exhausted.MOFs figures are clear - in 2023, RM1.1 billion was allocated and RM1.8 billion was spent, while in 2024, RM1.3 billion was allocated and RM2 billion was spent.For 2025, RM1.6 billion was allocated and RM2.3 billion was spent |
|
'Kalau saya tak faham, KSP pun tak faham?' Kamil Munim persoal Akmal Saleh - Sinarharian - 3/09 7:23 pm SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mendakwa beliau tidak memahami asas kewangan kerajaan.Muhammad Kamil berkata, kenyataannya sebelum ini berhubung peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibuat berdasarkan penjelasan rasmi Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementerian Kewangan (MOF), Tan Sri Johan Mahmood Merican, dan bukannya dipetik secara sembarangan.Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan mengaskan, kenyataan media yang dikeluarkan sendiri oleh KSP pada Rabu jelas menyebut bahawa tiada sekatan terhadap peruntukan projek jalan luar bandar KKDW, malah ia telah disalurkan sepenuhnya.Menurutnya, kekangan pembayaran kepada kontraktor berlaku apabila peruntukan tahun semasa hampir habis dibelanjakan."Angka MOF pula jelas, pada 2023 sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan danRM1.8 bilion dibelanjakan manakala 2024, RM1.3 bilion diperuntukkan dan RM2 bilion dibelanjakan."Bagi 2025, RM1.6 bilion diperuntukkan dan RM2.3 bilion dibelanjakan |
|
1.95 peratus bukan 53.8 peratus, jangan kelirukan rakyat, AMK bidas... - Mygazette - 3/09 3:34 pm Lebihnya cuma sekitar 1.95 peratus, ujarnya dalam kenyataan hari ini. Menurut Danish, berdasarkan angka rasmi Kementerian Kewangan (MOF), KKDW pada 2023 diperuntukkan RM1.1 bilion tetapi membelanjakan RM1.8 bilion, iaitu lebihan 63.6 peratus |
|
KKDW perlukan RM4 bilion setahun bagi pastikan projek jalan luar bandar... - Mygazette - 3/09 3:34 pm KKDW menambah, kementerian itu sentiasa mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan peruntukan yang tersedia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, dengan keutamaan diberikan kepada kesinambungan projek yang sedang dilaksanakan. Kementerian itu turut menghargai kelulusan peruntukan tambahan RM300 juta oleh Kementerian Kewangan (MOF) yang disifatkan dapat membantu memenuhi keperluan semasa pelaksanaan projek JALB |
|
Semak semula fakta, kenyataan MoF bukan semborono: Tunku Nashrul - Sinarharian - 3/09 9:54 am PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah meminta Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Fadzmel Fadzil menyemak semula fakta berhubung isu peruntukan kementerian itu.Tunku Nashrul berkata, beliau yakin kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) berhubung perkara itu tidak dibuat secara semborono, malah Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Johan Mahmood Merican merupakan penjawat awam kanan yang teliti dan cekap dalam urusan kewangan negara."Elok saudara Fadzmel semak semula fakta |
|
Kenyataan KSP tak tepat, KKDW nafi belanja melebihi peruntukan Kenyataan .. - Mygazette - 3/09 8:05 am Bagi 2026, peruntukan yang diluluskan ialah RM2.1 bilion dengan perbelanjaan berjumlah RM1.9 bilion setakat Jun lalu. Johan berkata, setakat ini, bagi tahun 2026, MOF telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor |
|
Jika MOF yang keluarkan waran, bagaimana KKDW boleh ???terlebih .. - Mygazette - 3/09 8:05 am # Jika MOF yang keluarkan waran, bagaimana KKDW boleh terlebih belanja? - Shahaniza KUANTAN - Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terlebih belanja perlu dijelaskan secara terperinci dengan mengemukakan dokumen, angka serta kronologi berkaitan waran peruntukan yang diluluskan Kementerian Kewangan (MOF) |
|
KKDW nafi belanja melebihi peruntukan, isu dana jalan luar bandar tuntutan tertunggak sejak Covid-19 - Sinarharian - 2/09 7:33 pm SHAH ALAM - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyangkal dakwaan kementerian itu telah berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan bagi projek pembangunan, khususnya pembinaan jalan luar bandar.Setiausaha Akhbar Menteri KKDW, Fadzmel Fadzil menegaskan, kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) berhubung perkara tersebut tidak tepat serta tidak menggambarkan situasi kewangan sebenar.Malah menurutnya, Tatacara Kewangan Kerajaan serta sistem perakaunan Integrated Government Financial Management Accounting System (iGFMAS) secara teknikalnya tidak membenarkan mana-mana kementerian membuat perbelanjaan melangkaui had diluluskan."Setiap permohonan peruntukan dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dan setiap perbelanjaan tertakluk kepada sistem kewangan kerajaan yang mengguna pakai iGFMAS."Malah, setiap projek atau program pembangunan mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi."Penggunaan istilah 'berbelanja melebihi peruntukan' memberi gambaran tidak tepat terhadap apa sebenarnya berlaku," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan kebimbangan mengenai masalah yang dihadapi kontraktor susulan kelewatan bayaran bagi projek di bawah kementeriannya.Susulan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican menafikan terdapat sebarang sekatan terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar, sebaliknya keseluruhan peruntukan berkenaan telah disalurkan.Malah beliau menjelaskan, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir keseluruhannya telah dibelanjakan selain MOF telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran.Dalam pada itu, Fadzmel berkata, kenyataan MOF sebelum ini dilihat gagal menyertakan data tahun 2019 hingga 2021 yang kritikal untuk memahami gambaran keseluruhan komitmen projek luar bandar."Dalam tempoh itu, negara berdepan pandemik Covid-19 |
|
Mula-mula salahkan PMX, sekali MoF keluar angka, KKDW pula tampil pertahan Zahid - Harapandaily - 2/09 7:11 pm Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyangkal dakwaan Kementerian Kewangan (MoF) kononnya kementerian itu berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan bagi projek pembangunan, khususnya pembinaan jalan luar bandar |
|
Harga petrol, diesel turun 5 sen bermula esok - Sinarharian - 2/09 6:27 pm SHAH ALAM - Harga runcit semua produk petroleum tanpa subsidi bagi tempoh 3 September hingga 9 September turun lima sen melibatkan RON97, RON95 serta diesel.Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.25 seliter berbanding RM4.30, RON95 tanpa subsidi pada harga RM3.77 seliter berbanding RM3.82 dan diesel tanpa subsidi pula RM4.67 seliter berbanding RM4.72 sebelum ini.Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 di bawah BUDI Madani RON95 (BUDI95) dan RM2.10 seliter bagi diesel di bawah BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel)."Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.78 seliter, bersamaan 47 peratus daripada harga tanpa subsidi."Penerima BUDI Diesel pula terus membayar RM2.10 seliter berbanding harga diesel tanpa subsidi RM4.67 seliter, dengan subsidi kerajaan sebanyak RM2.57 seliter atau 55 peratus daripada harga tanpa subsidi."Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu MOF menjelaskan, penurunan tersebut mencerminkan harga minyak mentah dunia yang diniagakan pada paras lebih rendah bagi sebahagian besar tempoh pengiraan harga Mekanisme Harga Automatik (APM).Namun menurutnya, harga meningkat semula pada penghujung tempoh berikutan peningkatan ketegangan geopolitik di Asia Barat."Walaupun harga minyak mentah brent telah menyederhana daripada paras puncak konflik Asia Barat, pasaran produk petroleum bertapis dunia kekal ketat berikutan gangguan aliran petroleum melalui Selat Hormuz, penyusutan kapasiti penapisan di beberapa negara serta sekatan eksport bahan api."Faktor-faktor ini dijangka terus menyebabkan turun naik harga dalam tempoh terdekat dan kerajaan akan terus melindungi rakyat serta perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global, termasuk mengekalkan subsidi bersasar BUDI Madani bagi pengguna layak," jelasnya. |
|
Tunggakan bayaran KKDW: Akmal patut semak dulu sebelum kritik kerajaan - Mygazette - 2/09 3:21 pm # Tunggakan bayaran KKDW: Akmal patut semak dulu sebelum kritik kerajaan KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mempersoalkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu tunggakan bayaran kepada kontraktor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Ketuanya, Khairol Najib Hashim berkata, kenyataan Akmal yang mempersoalkan sama ada kerajaan tidak mempunyai wang atau wujud agenda lain susulan isu berkenaan perlu dilihat berdasarkan penjelasan rasmi Kementerian Kewangan (MOF) hari ini |
|
KKDW belanja lebih peruntukan jalan luar bandar sejak 2023 ??? MOF - Mygazette - 2/09 3:21 pm # KKDW belanja lebih peruntukan jalan luar bandar sejak 2023 MOF KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas peruntukan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) berhubung jalan luar bandar malah peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya |
|
MoF nafi sekatan, KKDW belanja lebih peruntukan jalan luar bandar sejak 2023 - Mypress - 2/09 2:11 pm PUTRAJAYA Kementerian Kewangan (MoF) tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas peruntukan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) berhubung jalan luar bandar malah peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya |
|
MoF denies blocking rural road funds - NST - 2/09 2:01 pm KUALA LUMPUR: The finance ministry (MoF) has refuted claims of budget cuts or restrictions on the rural and regional development ministrys (KKDW) allocation for rural road projects, clarifying that all approved funds have been fully channelled. |
|
MoF tak sekat, KKDW belanja lebih dari peruntukan untuk projek jalan luar bandar - Mydateline - 2/09 2:00 pm Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan tiada sebarang sekatan dikenakan ke atas peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebaliknya sudah disalurkan sepenuhnya bagi pelaksanaan projek .. |
|
MoF nafi sekatan peruntukan KKDW, RM300 juta tambahan diluluskan - Sinarharian - 2/09 1:24 pm PUTRAJAYA Kementerian Kewangan (MoF) menafikan terdapat sebarang sekatan terhadap peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi projek jalan luar bandar, sebaliknya keseluruhan peruntukan berkenaan telah disalurkan.Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir keseluruhannya telah dibelanjakan."Tiada sebarang sekatan telah dibuat ke atas peruntukan KKDW berhubung jalan luar bandar."Peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya |
|
MOF: Bukan bajet kena sekat, rupanya KKDW terlebih belanja - Harapandaily - 2/09 1:23 pm Perbelanjaan projek jalan luar bandar didapati melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sejak beberapa tahun lalu, sehingga menyebabkan tunggakan bayaran kepada kontraktor. Menurut Kementerian Kewangan (MoF), keadaan itu berlaku apabila KKDW membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan bagi projek-projek jalan luar bandar |
|
Tiada sekatan ke atas peruntukan jalan KKDW, kata MoF - FMT - 2/09 1:19 pm Kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berbangkit disebabkan peruntukan tahun semasa telahpun dibelanjakan hampir sepenuhnya, kata MoF. |
|
Had kelayakan Budi Madani naik semula kepada 300 liter hari ini - Sinarharian - 1/09 11:42 am KUALA LUMPUR - Had kelayakan asas bulanan Budi Madani dinaikkan semula daripada 200 kepada 300 liter bermula hari ini.Kementerian Kewangan (MOF) menerusi hantaran Facebook memaklumkan, pelarasan itu melibatkan Budi MadaniRON95 (BUDI95) dan Budi MadaniDiesel (Budi Diesel) pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter bagi diesel.Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip, kelayakan pula adalah sehingga 400 liter sebulan, termasuk tambahan 100 liter bagi yang layak melalui permohonan."Tiada permohonan semula bagi penerima sedia ada |
|
Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF - Mypress - 31/08 9:34 pm PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok. Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelarasan daripada… |
|
BUDI Diesel: Pemilik Pikap, Jip Yang Layak Boleh Mohon Tambahan 100 Liter MOF - Siakapkeli - 31/08 6:50 pm BUDI Diesel: Pemilik Pikap, Jip Yang Layak Boleh Mohon Tambahan 100 Liter MOF Lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pika |
|
Pemilik pikap, jip layak perlu mohon tambahan 100 liter Budi Diesel - Sinarharian - 31/08 4:29 pm KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan kelayakan BUDI Diesel sebanyak 100 liter sebulan perlu berbuat demikian menerusi portal Budi Madani.Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan tambahan itu membolehkan jumlah kelayakan bulanan mereka dinaikkandaripada 300 kepada 400 liter pada Selasa.Pemilik yang telah memperoleh kelulusan bagi tambahan 100 liter sebelum ini pula tidak perlu mengemukakan permohonan baharu."Bagi pemilik pikap dan jip yang telah diluluskan tambahan 100 liter sebelum ini, kelayakan mereka akan diselaraskan secara automatik kepada 400 liter mulai 1 Sept2026," menurut kenyataan itu.Permohonan bagi tambahan kelayakan itu boleh dibuat menerusi portal MOF,lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip layak memohon tambahan berkenaan.Sementara itu, had kelayakan asas bulanan Budi Madani akan diselaras semula daripada 200 kepada 300 liter mulai esok seperti diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Amanat Perdana Ambang Merdeka 2026.Pelarasan itu akan dilaksanasecara automatik kepada penerima Budi Madani RON95 (BUDI95) dan Budi Madani Diesel (BUDI Diesel), tertakluk kepada kelayakan masing-masing.Seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga subsidi RM1.99 selitermanakala lebih 700,000 daripada mereka turut layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.Kenyataan itu memaklumkan bahawa pengembalian had kelayakan bulanan itu mengambil kira pengurusan bekalan yang semakin tersusun, penguatkuasaan lebih tegas, prestasi ekonomi negara yang kukuh dankemampuan kewangan kerajaan |
|
Had kelayakan Budi Madani kembali kepada 300 liter mulai esok - MOF - Sinarharian - 31/08 4:28 pm SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Kerajaan menetapkan tiga kategori penerima di bawah Program Budi Madani yang akan menikmati peningkatan had kelayakan asas bulanan mulai 1 September.Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa had kelayakan yang sebelum ini dikurangkan akan dinaikkan semula selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh sokongan kepada golongan yang layak menerima subsidi bahan api.Menurut kementerian itu, kategori pertama melibatkan penerima Budi Madani RON95 (BUDI95) yang terdiri daripada warganegara Malaysia dengan MyKad dan lesen memandu aktif."Golongan ini akan menikmati had kelayakan sebanyak 300 liter sebulan berbanding 200 liter pada Ogos 2026," menurut kenyataan itu pada Isnin.Bagi kategori kedua, MoF menjelaskan bahawa penerima yang memenuhi syarat asas BUDI95 serta memiliki kenderaan diesel persendirian dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan yang masih aktif turut akan menerima had kelayakan sebanyak 300 liter sebulan.Sementara itu, kategori ketiga melibatkan penerima Budi Madani Diesel (BUDI Diesel) yang telah diluluskan tambahan kuota sebanyak 100 liter sebulan bagi kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan utiliti sukan (jip)."Penerima dalam kategori ini akan menikmati jumlah keseluruhan kelayakan sebanyak 400 liter sebulan berbanding 300 liter sebelum ini."Pemilik pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan tersebut boleh berbuat demikian menerusi portal Budi Madani di www.budimadani.gov.my," katanya.MoF berkata, keputusan mengembalikan had kelayakan bulanan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk pengurusan bekalan yang semakin teratur, penguatkuasaan yang lebih berkesan, prestasi ekonomi negara yang kukuh serta keupayaan kewangan kerajaan.Menurut kementerian itu, langkah berkenaan turut mengambil kira keperluan rakyat yang perlu menempuh perjalanan jauh untuk urusan harian selain membantu peniaga kecil yang bergantung kepada kenderaan sebagai sumber pendapatan."Kerajaan Madani akan terus memastikan subsidi bahan api disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak di samping memperkukuh usaha membendung ketirisan, penyeludupan dan penyalahgunaan," katanya.Dalam kenyataan sama, MoF memaklumkan bahawa seramai 16 juta pengguna kini menikmati petrol RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter.Daripada jumlah tersebut, lebih 700,000 pengguna turut layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter. |
|
Bekalan tersusun antara faktor kuota subsidi bahan api naik, kata MoF - FMT - 31/08 3:36 pm Kementerian Kewangan berkata faktor lain termasuk penguatkuasaan lebih tegas, prestasi kukuh ekonomi serta kemampuan kewangan kerajaan. |
|
JKDM digesa jelaskan layanan kawal selia libatkan kargo petroleum - Sinarharian - 31/08 11:07 am KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) digesa menjelaskan secara terperinci layanan kawal selia terhadap kargo petroleum yang menjalani proses pengadunan bagi menghasilkan Very Low Sulphur Fuel Oil (VLSFO) di kemudahan di bawah kawalan kastam.Pemain Industri Maritim, Datuk Seri R Jeyenderan berkata, penjelasan itu penting bagi menentukan sama ada petroleum yang dibawa masuk di bawah prosedur K8 masih boleh dianggap sebagai kargo untuk tujuan penyimpanan atau transit selepas dicampurkan dengan aliran petroleum lain."Persoalan utama timbul apabila petroleum yang disimpan dalam tangki kemudiannya diadun dengan produk petroleum lain sehingga menghasilkan produk komersial yang berbeza."Jika produk petroleum yang berbeza dicampurkan dalam tangki yang sama untuk menghasilkan VLSFO, adakah ia masih boleh dianggap sebagai penyimpanan atau transit, atau adakah kargo itu sebenarnya telah berubah menjadi produk baharu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse akan membangkitkan di Parlimen kebimbangan berhubung ketidakpastian percukaian kargo minyak yang dicampurkan dan disimpan dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat.Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai ekonomi dan kewangan berkata, akan menggesa jawatankuasa itu memanggil pihak berkaitan bagi memberikan penjelasan serta membincangkan penyelesaian terhadap isu berkenaan.Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada 13 Ogos lalu dilaporkan berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada MOF berhubung kebimbangan mengenai layanan cukai terhadap kargo minyak yang dicampurkan.Loke berkata, kementeriannya masih belum dimaklumkan mengenai sebarang cukai baharu terhadap kargo berkenaan, sambil menambah perkara itu berada di bawah bidang kuasa JKDM dan MOF.Jeyenderan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd berkata, JKDM perlu menjelaskan sama ada pengisytiharan K8 asal masih terpakai selepas petroleum menjalani proses pengadunan atau produk yang terhasil perlu diisytiharkan secara berasingan.Katanya, perkara itu turut mempunyai implikasi terhadap pengendalian duti dan cukai sekiranya petroleum yang dibawa masuk ke Malaysia di bawah pengaturan kawalan kastam kemudiannya diadun menjadi VLSFO sebelum dieksport atau dikeluarkan dari kemudahan berkenaan."Isunya bukan semata-mata sama ada kerajaan perlu mengenakan cukai baharu, tetapi sama ada peraturan kastam, zon bebas, gudang berlesen dan peraturan berkaitan petroleum sedia ada dilaksanakan secara konsisten apabila berlaku perubahan fizikal atau komersial terhadap kargo," katanya.Beliau berkata, aspek kebolehkesanan kargo juga perlu diberi perhatian, terutama apabila tangki penyimpanan darat sudah mempunyai inventori petroleum sebelum kargo baharu dipunggah.Jelasnya, pengendali terminal perlu mampu menunjukkan jumlah petroleum yang memasuki tangki, inventori sedia ada, kuantiti yang digunakan dalam proses pengadunan serta jumlah produk yang akhirnya dikeluarkan."Dengan sistem imbangan jisim (mass balance) yang jelas, JKDM dapat menyemak dan memadankan jumlah kargo serta menentukan pergerakan dan pengendalian setiap kargo petroleum, khususnya apabila beberapa aliran petroleum dicampurkan dalam tangki yang sama," katanya.Dalam pada itu, Jeyenderan mempersoalkan sama ada rangka kerja sedia ada berpotensi membolehkan syarikat menikmati layanan yang bertujuan untuk aktiviti transit atau penyimpanan, pada masa sama menjalankan aktiviti pengadunan yang meningkatkan nilai komersial produk petroleum."Persoalan berkenaan menjadi lebih penting susulan kontroversi membabitkan hampir 77,000 tan kargo petroleum yang diisytiharkan di bawah K8 di Tanjung Langsat, Johor."Apabila kargo dipunggah ke dalam tangki yang sudah mempunyai inventori sedia ada, persoalannya ialah bagaimana rekod dan kebolehkesanan kargo asal dapat dipastikan dengan tepat," katanya.Beliau berkata, kejelasan berhubung perkara itu penting bagi memastikan setiap kargo petroleum dapat dijejaki serta layanan kastam yang diberikan selaras dengan aktiviti sebenar yang dijalankan di terminal. |
|
BNM warns of scammers using phone numbers similar to STR, Sara hotlines and impersonating MoF officials - Malaymail - 29/08 4:16 pm KUCHING, Aug 29 Members of the public have been advised to remain vigilant against individuals impersonating off... |
|
Peguam dedah lesen judi diperbaharui MOF pada 2023 - Harakahdaily - 29/08 7:36 am KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS, Dr Yusfarizal Yussoff membidas penafian berhubung lesen perjudian diperbaharui oleh Menteri Kewangan (MOF) |
|
Lesen judi: Kedah tutup pintu, kenapa MOF perbaharui? - Harakahdaily - 29/08 7:17 am Penganalisis politik, Dr Khalid Hamka berkata, berdasarkan penghakiman, pembaharuan lesen berkenaan jelas antara fakta penting yang melemahkan premis tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah. Beliau berkata, isu berkenaan tidak sepatutnya dialihkan kepada persoalan […] The post Lesen judi: Kedah tutup pintu, kenapa MOF perbaharui? appeared first on Harakahdaily . |
|
MOF jawab Sanusi: Tiada lesen judi baharu, Kerajaan PN naikkan kadar judi .. - Wrlr - 28/08 12:09 am BORHAN AHMAD August 28, 2026 Kementerian Kewangan (MOF) tampil menjelaskan isu lesen perjudian susulan kenyataan Menteri Besar Kedah yang menurut kementerian itu boleh memberi gambaran mengelirukan mengenai pendirian Kerajaan MADANI |
|
MOF jawab Sanusi: Tiada lesen judi baharu, Kerajaan PN naikkan kadar judi cabutan khas - Harapandaily - 28/08 12:01 am Kementerian Kewangan (MOF) tampil menjelaskan isu lesen perjudian susulan kenyataan Menteri Besar Kedah yang menurut kementerian itu boleh memberi gambaran mengelirukan mengenai pendirian Kerajaan MADANI |
|
MOF nafi kerajaan lulus lesen judi baharu di Kedah - Mygazette - 28/08 7:43 am # MOF nafi kerajaan lulus lesen judi baharu di Kedah KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan seolah-olah kerajaan tidak mengawal aktiviti perjudian atau meluluskan lesen baharu bagi menambah bilangan premis perjudian di Kedah |
|
Isu lesen judi di Kedah: MoF dedah siapa sebenarnya naikkan cabutan khas 22 kali setahun - Mydateline - 27/08 8:00 pm Kementerian Kewangan menegaskan kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan lesen atau permit perjudian baharu, selain tidak menambah bilangan kedai perjudian di negara ini |
|
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan di bawah kerajaan Madani - Mkini - 27/08 5:59 pm MOF menjelaskan tiada usul atau keputusan mengharamkan perjudian berlesen semasa pentadbiran kerajaan pusat 2020 hingga 2022 yang disertai PAS. |
|
Kerajaan MADANI Tak Pernah Keluarkan Sebarang Lesen Atau Permit Judi Baharu - MOF - Siakapkeli - 27/08 5:39 pm Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian dan tidak menambah bilangan kedai perjudian baharu sejak mengambil |
|
Kerajaan Madani tidak pernah lulus lesen judi baharu - MOF - Sinarharian - 27/08 4:54 pm PUTRAJAYA Kerajaan Madani tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu, termasuk menambah bilangan premis perjudian di seluruh negara.Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Khamis menegaskan, jumlah lesen dan permit perjudian yang berkuat kuasa kekal berdasarkan kelulusan lesen sedia ada sejak tahun 1990-an.Menurut MOF, kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilaporkan media memberi gambaran seolah-olah Kerajaan Madani tidak mengawal aktiviti perjudian atau telah meluluskan lesen baharu bagi menambah bilangan premis perjudian di Kedah."Sebaliknya sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022 yang turut merangkumi Pas, tidak pernah ada sebarang usul atau keputusan untuk mengharamkan aktiviti perjudian berlesen di seluruh negara atau memansuhkan lesen sedia ada," katanya.Ujar MOF, berdasarkan rekod, Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) pada 2020 memutuskan untuk menurunkan bilangan cabutan khas daripada 22 kepada lapan kali setahun."Kemudian, Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada 2020 telah memutuskan untuk meningkatkan atau mengembalikan semula kekerapan cabutan khas 22 kali setahun," jelasnya.Menurut kementerian itu, selepas Kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022, antara keputusan terawal dibuat adalah membatalkan peningkatan berkenaan.Jelasnya, kekerapan cabutan khas kemudian diturunkan semula daripada 22 kepada lapan kali setahun mulai Januari 2023.Terdahulu, Sanusi dilaporkan berkata kerajaan negeri masih mempunyai ruang untuk menghalang aktiviti perjudian di Kedah, termasuk melalui bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.Sanusi sebelum ini turut menyifatkan urusan lesen perjudian sebagai berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, dengan menyatakan "bola" kini berada di tangan kementerian berkenaan.Dalam pada itu, MOF menegaskan Kerajaan Madani terus mengambil pendekatan tegas dan bertanggungjawab dalam mengawal aktiviti perjudian berlesen."Kerajaan Madani terus mengambil pendekatan tegas dan bertanggungjawab dengan mengehadkan aktiviti perjudian berlesen, memastikan kawal selia yang ketat serta memperhebat tindakan terhadap perjudian tanpa lesen dan perjudian dalam talian," katanya. |
|
Jumlah premis judi kekal sejak 1990-an, kata MoF - FMT - 27/08 4:44 pm Kementerian Kewangan jawab kenyataan menteri besar Kedah yang cuba menggambarkan kerajaan tidak mengawal aktiviti judi di negeri itu. |
|
MOF tembak balik Sanusi: Kerajaan MADANI tak tambah satu pun lesen judi - Harapandaily - 27/08 4:41 pm Dakwaan bahawa Kerajaan MADANI melonggarkan kawalan terhadap aktiviti perjudian atau meluluskan lesen baharu di Kedah ditepis Kementerian Kewangan (MOF), yang menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebagai mengelirukan |
|
Harga petrol, diesel tanpa subsidi naik 5 sen - Sinarharian - 26/08 7:37 pm PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing naik antara 5 sen seliter bagi tempoh 27 Ogos hingga 2 September ini.Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bagi tempoh berkenaan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.30 seliter berbanding RM4.25 seliter, RON95 tanpa subsidi pada harga RM3.82 seliter berbanding RM3.77 dan diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM4.72 seliter berbanding RM4.67 sebelum ini.Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) dan RM2.10 seliter bagi diesel di bawah BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel).Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter."Kerajaan Madani menanggung subsidi RM1.83 seliter bagi pengguna layak di bawah BUDI95 bersamaan dengan sekitar 48 peratus daripada harga RM1.99 seliter dibayar di pam."Bagi BUDI Diesel, subsidi ditanggung adalah RM2.62 seliter atau 56 peratus daripada harga diesel tanpa subsidi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurut MOF, sekatan trafik di Selat Hormuz yang berterusan terus mengekang bekalan minyak dunia."Selepas 179 hari konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, sekitar 290 juta daripada 400 juta tong minyak yang dipersetujui untuk dilepaskan daripada simpanan kecemasan negara anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah disalurkan ke pasaran setakat Julai 2026."Gangguan terhadap kapasiti penapisan di Asia Barat dan Rusia terus mengurangkan bekalan produk petroleum bertapis sekali gus memberi tekanan lebih ketara terhadap harga diesel berbanding petrol," ujarnya lagi.Kementerian itu memberi jaminan Kerajaan Madani akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar bagi pengguna yang layak. |
|
Kerajaan teliti mekanisme kawal selia, pendaftaran platform e-dagang - Fahmi - Sinarharian - 26/08 4:24 pm PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasiakan mengambil tindakan segera untuk melaksanakan proses kawal selia termasuk pendaftaran platform e-dagang bagi memastikan kepentingan dan keselamatan pengguna terus dilindungi.Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu susulan aduan diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada orang awam, termasuk pengusaha platform e-dagang dan peniaga kedai fizikal.Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, aduan itu, antara lain membabitkan platform e-dagang yang didakwa tidak dikawal selia dengan baik, termasuk penjualan produk elektrik dan elektronik yang mungkin tidak memenuhi piawaian serta berhubung status halal sesetengah produk."Hasrat kerajaan adalah untuk pastikan para pengguna sentiasa dilindungi. Jadi, apa-apa tindakan diambil yang kita utamakan yang paling utama adalah dalamkalangan pengguna dan pembeli daripada platform-platform e-dagang ini," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Rabu.Fahmi berkata, kerajaan tidak berhasrat menutup mahupun menyekat mana-mana platform e-dagang, sebaliknya mahu memastikan produk yang ditawarkan mematuhi piawaian serta peraturan ditetapkan."Kita mahu contohnya bagi produk-produk elektrik dan elektronik, ia harus menepati piawaian SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia)."Bagi produk-produk yang dijual sekiranya ada status halal pula, maka ia mesti mematuhi piawaian halal yang kita guna pakai dalam negara," katanya.Mengulas kerangka penguatkuasaan, Fahmi berkata, MOF dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah mempunyai proses pendaftaran masing-masing, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga mempunyai mekanisme berkaitan.Beliau berkata, kementerian akan mengadakan sesi libat urus dan perbincangan dengan pengendali platform e-dagang berkenaan."Bagi pihak MCMC sebelum ini kerangka pelesenan yang telah diguna pakai terhadap platform media sosial itu telah memberikan pengalaman tentang apa yang perlu dilakukan dalam perbincangan dengan platform."Jadi mungkin perbincangan yang hampir serupa boleh diadakan dengan pihak platform e-dagang," katanya.Sementara itu, Fahmi berkata, MCMC menerima 1,964 aduan berkaitan jualan produk dalamplatform e-dagang atau perkara berkaitan platform itu, termasuk penipuan, dari 1 Januari 2025 hingga semalam.Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,147 aduan diterima sepanjang 2025, manakala 817 lagi diterima dari 1 Januari hingga 25 Ogos tahun ini dengan 118 aduan masih dalam tindakan MCMC."Sebanyak 191 aduan telah diterima berkenaan dengan produk yang bersifat elektrik atau elektronik dan empat aduan telah diterima mengenai kesahihan status halal produk yang dijual," katanya |
|
MOFA: China opposes US unilateral sanctions on Iran - Cgtn - 25/08 11:10 pm MOFA: China opposes US unilateral sanctions on Iran |
|
MOF, JKDM, Petronas digesa beri penjelasan kawal selia, cukai kargo petroleum - Sinarharian - 25/08 10:07 am PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Petronas digesa memberikan penjelasan bersama berhubung aspek kawal selia serta percukaian kargo petroleum yang dikendalikan menerusi prosedur pengikraran K8.Pemain Industri Maritim, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy berkata, pihak berkaitan perlu menjelaskan sama ada kargo petroleum yang dicampurkan (commingled) dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor, dibenarkan termasuk dokumen diperlukan serta kaedah percukaian terhadap kargo berkenaan."Perkara ini kini memerlukan penjelasan yang jelas daripada pihak berkuasa berkaitan kawal selia dan percukaian."Industri perlu mengetahui sama ada amalan itu dibenarkan, apakah dokumen yang perlu mengiringi kargo dan bagaimana layanan cukai ditentukan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Gesaan itu susulan surat rasmi bertarikh 20 Ogos daripada SPRM yang memaklumkan suruhanjaya berkenaan telah meneliti kebimbangan mengenai prosedur pengikraran K8 menerusi semakan silang dengan JKDM, MOF dan Petronas.Jeyenderan berkata, surat berkenaan menyatakan semakan itu tidak menemukan asas bagi kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 serta tiada ketirisan hasil kerajaan dikenal pasti setakat ini.K8 ialah pengikraran kastam yang digunakan bagi barangan, termasuk kargo minyak, yang dibawa masuk ke Malaysia secara sementara untuk tujuan transshipment dan tidak bertujuan untuk dijual atau digunakan dalam negara.Media pada pada 13 Ogos lalu melaporkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya akan mendapatkan penjelasan daripada MOF berhubung kebimbangan mengenai layanan cukai terhadap kargo minyak yang dicampurkan.Loke berkata kementeriannya masih belum dimaklumkan mengenai sebarang cukai baharu terhadap kargo berkenaan, sambil menambah perkara itu berada di bawah bidang kuasa JKDM dan MOF.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse turut dilaporkan akan membangkitkan di Parlimen kebimbangan berhubung ketidakpastian percukaian kargo minyak yang dicampurkan dan disimpan dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat.Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Ekonomi dan Kewangan berkata, akan menggesa jawatankuasa itu memanggil pihak berkaitan bagi memberikan penjelasan serta membincangkan penyelesaian terhadap isu berkenaan.Dalam pada itu, Jeyenderan berkata penjelasan daripada MOF, JKDM dan Petronas penting bagi menghapuskan ketidakpastian dalam kalangan pemain industri serta memastikan pengendalian kargo petroleum menerusi operasi transshipment mematuhi keperluan kawal selia, kastam dan percukaian sedia ada.Jelasnya, kebimbangan sebelum ini timbul berhubung dakwaan pencampuran kargo petroleum berbeza dalam tangki darat selepas proses pemunggahan dari kapal."Keadaan itu boleh menimbulkan persoalan berkaitan pengenalpastian kargo, dokumentasi, penilaian dan taksiran cukai sekiranya tidak dikawal selia dengan sewajarnya."Hasil maklum balas SPRM menjawab persoalan sama ada terdapat kesalahan di bawah Akta SPRM, bagaimanapun, masih terdapat keperluan untuk pihak berkuasa berkaitan menjelaskan kedudukan kawal selia dan percukaian dengan lebih jelas," katanya. |
|
Penambahbaikan subsidi diesel diumum dalam tempoh kurang sebulan – .. - Mygazette - 23/08 5:52 pm Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) optimis pengumuman itu mampu dilakukan lebih awal berbanding anggaran tempoh antara satu hingga dua bulan sebelum ini. Tidak berniat untuk mendahului Kementerian Kewangan (MOF), Armizan berkata KPDN optimis kerana dalam tempoh itu sesi libat urus dengan pihak terlibat telah dilaksanakan dan segala maklum balas sudah diberikan kepada MOF |
|
Penambahbaikan subsidi diesel diumum dalam tempoh kurang sebulan - FMT - 22/08 9:48 pm Menteri KPDN Armizan Mohd Ali berkata, dalam tempoh itu, sesi libat urus telah dilaksanakan dan segala maklum balas diberikan kepada MOF. |
|
Penambahbaikan subsidi diesel diumum dalam tempoh kurang sebulan - Armizan - Sinarharian - 22/08 8:41 pm PAPAR - Pengumuman penambahbaikan mekanisme subsidi diesel oleh kerajaan Persekutuan dijangka dibuat dalam tempoh kurang daripada sebulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.Beliau berkata, KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) optimis pengumuman itu mampu dilakukan lebih awal berbanding anggaran tempoh antara satu hingga dua bulan sebelum ini.Tidak berniat untuk mendahului Kementerian Kewangan (MOF), Armizan berkata, KPDN optimis kerana dalam tempoh itusesi libat urus dengan pihak terlibat telah dilaksanakan dan segala maklum balas sudah diberikan kepada MOF."Maklum balas serta input daripada kerajaan negeri Sabah, kerajaan negeri Sarawak, dan KPDN telah disampaikan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan selaku agensi kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab."Terdapat beberapa penambahbaikan telah dikenal pasti bagi memastikan pelaksanaan subsidi berkenaan sentiasa memelihara kepentingan rakyat," katanya kepada pemberitaselepas merasmikan Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani dan Kempen Internet Selamatdi sini, Sabtu.Pada 16 Ogos lepas, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, beberapa penambahbaikan pelaksanaan sistem subsidi diesel bersasar sedang diteliti, dan bakal diumumkan kerajaan dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi.Amir Hamzah berkata, langkah penambahbaikan itu, merangkumi penyederhanaan proses permohonan, kelonggaran kriteria kelayakan bagi isu kenderaan sambung bayar, dan pemindahan kuota kepada ahli keluarga terdekat.Sementara itu, Armizan berkata, KPDN telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan terhadap dua syarikat pengusaha feri, yang menaikkan harga tambang feri di Kudat melibatkan perjalanan dari Kudat ke Pulau Banggi.Beliau berkata, notis mendapatkan maklumat yang dikeluarkan pada penghujung Mac lepas kepada syarikat itu tidak mendapat maklum balas, sekali gus mendorong arahan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menyiasat kewujudan elemen pakatan harga."Saya mengarahkan MyCCuntuk memulakan tindakan penyiasatan kerana terdapat aduan bahawa berlaku elemen pakatan kerana kedua-dua syarikat telah membuat pengumuman kenaikan harga bersama |
|
Kes Jana Wibawa: MOF dapat arahan 'atasan' proses permohonan syarikat - Saksi - Mkini - 21/08 9:38 pm Rosni Mohd Yusoff, 54, yang ketika itu Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan di MOF berkata perkara itu dimaklumkan ketuanya. |
|
Muhyiddin trial: Witness says MOF wanted open tender, but PMO insisted on pre-qualification - Malaymail - 21/08 4:50 pm KUALA LUMPUR, Aug 21 The Finance Ministry (MOF) had initially wanted government projects under the Bumiputera co... |
|
MOF terima arahan pihak atasan proses syor PMO bagi projek Jana Wibawa - Sinarharian - 21/08 4:12 pm KUALA LUMPUR Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan (MOF) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa, kementerian itu menerima arahan daripada 'pihak atasan' supaya memproses permohonan yang disyorkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi projek di bawah Program Jana Wibawa.Datin Rosni Mohd Yusoff yang ketika itu Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan di kementerian berkenaan berkata demikian semasa perbicaraan empat pertuduhan salah guna kedudukan untuk menerima suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan RM200 juta yang dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Saksi pendakwaan ke-25 (SP25) berusia 54 tahun itu mengesahkan, telah menerima arahan untuk memproses permohonan daripada pegawai atasannya, Timbalan Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) di Kementerian Kewangan, Datuk Zamzuri Abdul Aziz."Beliau juga menerima arahan daripada pihak atasannya yang mana bagi program Jana Wibawa, kami hanya memproses permohonan yang datang dari PMO."Arahan berkenaan disalurkan oleh PMO kepada pejabat MOF sebelum diminitkan kepada Bahagian Perolehan untuk tindakan lanjut."Bermula dari situ, Bahagian Perolehan akan membuat penilaian terhadap syarikat-syarikat yang terlibat sebelum dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Kontraktor Jana Wibawa."Ketika keputusan dibuat memang tiada campur tangan, tetapi arahan yang kami terima untuk menilai syarikat-syarikat tersebut datang daripada PMO melalui pejabat MOF," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Nuralis Mat.Pendakwa Raya: Pembelaan ada menyentuh isu komunikasi dalam minit |
|
Arahan PMO nilai syarikat diterima menerusi MoF, mahkamah diberitahu - FMT - 21/08 4:06 pm Pegawai MoF dalam keterangan berkata PMO tidak campur tangan secara langsung dalam proses atau keputusan panel penilaian kontraktor Jana Wibawa. |
|
No intention to deceive MOF, govt to secure Jana Wibawa project - witness - Mkini - 20/08 9:19 pm Lian says Metrasys never applied for govt project. |
|
Kes Jana Wibawa: Tiada niat tipu MOF, kerajaan untuk dapatkan projek - Saksi - Sinarharian - 20/08 7:53 pm KUALA LUMPUR - Pengarah syarikat Metrasys Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak berniat untuk menipu Kementerian Kewangan (MOF) dan kerajaan bagi mendapatkan projek di bawah Program Jana Wibawa.Lian Tan Chuan, 55, yang juga pengasas Nepturis Sdn Bhd, berkata beliau tidak pernah memohon untuk mendapatkan projek kerajaan kerana peluang bagi syarikat bukan Bumiputera sangat terhad.Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata demikian semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa.Sebelum ini, Pengarah dan Eksekutif Kanan Perolehan Nepturis Sdn Bhd Aliza Abd Malek berkata syarikat itu menerima e-mel pada 26 Mac 2021 daripada MOF bahawa ia telah memperoleh projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor bernilai RM141 juta.Kepada soalan sama ada Metrasys boleh ditukar kepada syarikat Bumiputera kerana saksi itu mempunyai pekerja iaitu Aliza (Aliza Abd Malek) dan Rizman (Mohd Rizman Akum Khan), Lian menjawab: "Boleh ditukar tetapi saya hendak mengekalkan Metrasys untuk saya dan isteri saya sahaja.. |
|
Pertemuan mengejut MoF & KPWKM: Apa sebenarnya yang bakal berlaku kepada duit rakyat dalam Belanjawan 2027? - Mydateline - 20/08 10:00 am Kebajikan wanita, keluarga dan masyarakat termasuk kanak-kanak, warga emas serta orang kurang upaya (OKU) antara perkara diberi perhatian dalam sesi libat urus cadangan inisiatif Belanjawan .. |
|
Harga petrol, diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos - Sinarharian - 19/08 6:07 pm SHAH ALAM - Harga runcit produk petroleum tanpa subsidi meningkat bagi tempoh 20 Ogos hingga 26 Ogos 2026 seiring dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan harga runcit RON97 meningkat sebanyak 10 sen seliter, RON95 tanpa subsidi meningkat 15 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi meningkat 20 sen seliter.Menurutnya, ketidakstabilan geopolitik dunia yang berlarutan terus meningkatkan risiko terhadap harga dan bekalan minyak mentah dunia."Selepas 172 hari konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, kekangan trafik di Selat Hormuz terus memberi kesan kepada bekalan minyak mentah dunia |
|
Budget 2027 built around 10 focus areas, says MOF - SUN - 18/08 3:30 pm Budget 2027 will focus on 10 areas rooted in the MADANI Economy and 13MP, including cost of living, social protection, jobs, healthcare and economic growth. |
|
Belanjawan 2027 perlu penuhi harapan rakyat, rancakkan pembangunan negara - Anwar - Sinarharian - 18/08 2:26 pm KUALA LUMPUR -Belanjawan 2027 mesti menyambut suara rakyat serta memenuhi harapan mereka dengan usaha merancakkan pembangunan negara serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewanganberkata, Malaysia tidak terkecuali daripada tempias krisis tenaga dan tekanan kos sara hidup susulankonflik di Asia Barat, justeru Kerajaan Madani akan mengutamakan harapanserta menangani isu keresahan rakyat demi melindungi kesejahteraan keluarga."Kita harus mendengar suara daripada segenap lapisan masyarakat supaya kemajuan negara tidak hanya terlihat pada angka, tetapi benar-benar dirasai rakyat di seluruh pelosok negara," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) selepas mempengerusikan Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 pada Selasa.Menurut MOF, majlis libat urus itu merupakanmukadimah kepada perjalanan menuju Belanjawan Madani Kelima yang akan dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober 2026.Bertemakan'Malaysia Madani: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi',Belanjawan 2027 kekal berpaksikan tiga tonggak Ekonomi Madani, yakni Menaikkan Siling pertumbuhan negara, Menaikkan Lantai kesejahteraan hidup rakyat serta Memacu Pembaharuan Tatakelola pentadbiran negara.Hampir 400 peserta daripada agensi kerajaan, sektor swasta dan industri, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta pertubuhan antarabangsa telah memberikan pandangan dan mengemukakan cadangan untuk memantapkan penyediaan Belanjawan 2027."Kerajaan Madani merakamkan penghargaan kepada semua yang menyumbang pandangan dalam Majlis Libat Urus Belanjawan 2027," kata Perdana Menteri.Sementara itu pada masa sama Kementerian Kewangan (MoF) turut melancarkan Portal Cadangan Belanjawan 2027 dan Kenyataan Pra-Belanjawan 2027.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kenyataan Pra-Belanjawan 2027 yang diterbitkan hari ini menggariskan 10 bidang tumpuan sebagai panduan kepada proses libat urus sebelum Belanjawan 2027 dimuktamadkan."Ini termasuk usaha menangani tekanan kos sara hidup; memperkukuh perlindungan sosial; memperkasa pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan asas; meningkatkan daya saing perniagaan dan produktiviti; serta memperkukuh keterjaminan makanan dan daya tahan ekonomi," katanya.Antara perkara yang turut dibincangkan dalam Majlis Libat Urus hari ini ialah memperluas perlindungan sosial dan penjagaan kesihatan primer, meningkatkan daya saing perniagaan melalui automasi dan kecerdasan buatan (AI), mempercepat peralihan hijau serta kesiapsiagaan pasaran karbon, di samping memperkukuh daya tahan isi rumah dan keterjaminan makanan."Sesi hari ini merupakan permulaan kepada siri mesyuarat kumpulan fokus yang akan dilaksanakan bagi memperhalusi cadangan daripada pelbagai sektor dan lapisan masyarakat."MOF akan menyusul dengan siri jelajah Belanjawan 2027 bagi menyantuni rakyat serta pemegang kepentingan di serata wilayah dan negeri," menurut kementerian itu.Orang ramai dijemput untuk mengemukakan pandangan dan cadangan melalui Portal Cadangan Belanjawan 2027 di - Bernama |
|
Over five million Malaysians to receive Phase 3 STR cash aid - Sinardaily - 15/08 4:41 pm PUTRAJAYA - The Ministry of Finance (MOF) said Phase 3 payments of the Sumbangan Tunai Rahmah (STR) cash aid will be disbursed in stages starting today to 5.3 million recipients, with an allocation of RM1.2 billion.The number of recipients has grown by 300,000 since the start of the year, when it stood at five million |
|
5.3 Juta Penerima STR Mula Terima Bayaran Secara Berperingkat Mulai Hari Ini – MOF - Mydateline - 15/08 2:59 pm Sebanyak 5.3 juta penerima akan mula menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 secara berperingkat mulai hari ini, membabitkan peruntukan RM1.2 bilion, menurut Kementerian .. |
|
STR Fasa 3 disalur kepada 5.3 juta penerima mulai hari ini - Sinarharian - 15/08 1:27 pm PUTRAJAYA - Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 disalurkan secara berperingkat bermula hari ini kepada 5.3 juta penerima dengan peningkatan sebanyak 300,000 individu berbanding lima juta pada awal tahun.Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan berkata, Kerajaan Madani memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi pembayaran STR Fasa 3.Menurut kementerian itu, seramai 3.9 juta dari 5.3 juta penerima merupakan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana rendah, manakala selebihnya warga emas tiada pasangan."Bagi Fasa 3, penerima bakal menerima antara RM150 hingga RM600, bergantung kepada pendapatan dan bilangan anak manakala warga emas tiada pasangan RM150."Jumlah keseluruhan STR yang disalurkan bagi tiga fasa tahun ini mencecah RM3.6 bilion |
|
UAE condemns Iranian attack on two vessels in Hormuz strait - Middleeasteye - 14/08 6:11 am Adnoc confirmed "two of its vessels were attacked while transiting" the waterway on Thursday evening, adding the situation was "brought under control", the official WAM news agency reported. UAE Strongly Condemns Targeting of Two ADNOC Vessels While Transiting Strait of Hormuz pic.twitter.com/dGL9pt8RaW MoFA (@mofauae) August 13, 2026 |
|
MOT rujuk MOF isu cukai kargo minyak di Tanjung Langsat - Utusan - 13/08 3:27 pm PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan maklum balas daripada Kemeterian Kewangan (MOF) berhubung aduan pemain industri berkait ketidakpastian mengenai cukai terhadap kargo minyak yang dicampur dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor |
|
MOT dapatkan maklum balas MOF berkaitan isu cukai kargo minyak - Sinarharian - 13/08 2:26 pm PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu ketidakpastian cukai terhadap kargo minyak yang dicampur dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor.Menterinya, Loke Siew Fook berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung mekanisme penetapan cukai berkenaan seperti yang dilaporkan media sebelum ini."Perkara ini di bawah Kastam dan MoF, kami akan mendapatkan maklumat lanjut daripada MoF," katanya ringkas dalam sidang akhbar ketika Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kementerian Pengangkutan di sini pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan aduan pemain industri yang mendakwa ketidakpastian mengenai isu berkenaan menjejaskan perniagaan perkapalan dan petroleum di pelabuhan terbabit.Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy dilaporkan menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi penjelasan sama ada amalan mencampurkan kargo minyak dalam tangki darat dibenarkan serta kaedah cukai yang perlu dikenakan.Menurutnya, perkara itu penting kerana Pelabuhan Tanjung Langsat mengendalikan kargo petroleum yang dipunggah dari kapal ke tangki darat bagi operasi pemindahan kapal atau transhipment.Media sebelum ini turut melaporkan timbul kebimbangan mengenai dakwaan minyak daripada konsainan berbeza dicampurkan dalam tangki darat selepas dipunggah dari kapal.Tindakan berkenaan didakwa boleh mengubah keadaan kargo dan menimbulkan persoalan berkaitan klasifikasi, penilaian serta cukai sekiranya dokumen berkaitan tidak dikemas kini dengan sewajarnya.Selain itu, Malaysia Corruption Watch (MCW) dilaporkan turut menggesa dakwaan ketidakpadanan antara bil muatan dan pergerakan fizikal kargo petroleum di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor itu perlu disiasat secara menyeluruh kerana berpotensi menjejaskan kutipan hasil negara serta integriti sistem perdagangan.Presidennya Jais Abdul Karim berkata, sekiranya dakwaan itu mempunyai asas, ia boleh membuka ruang kepada penipuan perdagangan, manipulasi dokumentasi, pengelakan cukai dan duti serta penyeludupan produk petroleum. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |