///
See Also: Shutterstock

Search : Lembaga Pengampunan News   Page 1    



Terkejut dengan keputusan mahkamah, isu pengampunan akan bawa implikasi .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

# Terkejut dengan keputusan mahkamah, isu pengampunan akan bawa implikasi meluas - Shafee KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah disifatkan pasukan pembelaan sebagai berpotensi mencetuskan preseden baharu dalam sistem keadilan. Ia khususnya melibatkan semakan terhadap keputusan Lembaga Pengampunan, kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan bela Najib





Najib kekal di Penjara Kajang, penyokong sebak terus laung ???bebas .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Terdahulu ketika prosiding, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching membuat keputusannya selepas meneliti hujahan semua pihak serta membaca alasan penghakiman selama hampir sejam. Dalam penghakimannya, hakim berkenaan mendapati Titah Adendum yang menjadi asas permohonan semakan kehakiman itu tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 yang diadakan pada 29 Januari tahun lalu





Keadilan hanya bermakna apabila undang-undang terpakai sama rata – .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Dengan itu, bekas Perdana Menteri itu kekal menjalani baki hukuman penjara tiga tahun di Penjara Kajang. Keputusan dibuat oleh Hakim Alice Loke Yee Ching selepas berpuas hati dengan isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.- MalaysiaGazette





Kediaman Najib di Langgak Duta kembali lengang - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Terdahulu, Najib kekal menjalani baki hukuman penjara tiga tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak semakan kehakimannya. Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





Najib kekal habiskan baki hukuman 3 tahun di Penjara Kajang - Mgazette - 22/12 3:39 pm

# Najib kekal habiskan baki hukuman 3 tahun di Penjara Kajang KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani baki hukuman penjara tiga tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak semakan kehakimannya. Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





Tiada keadaan mendesak benar Najib jalani pemenjaraan di rumah – .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

# Tiada keadaan mendesak benar Najib jalani pemenjaraan di rumah - Hakim KUALA LUMPUR - Kandungan Titah Adendum yang dipohon Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan keadaan mendesak yang mewajarkan Mahkamah Tinggi membenarkan beliau dipindahkan serta merta ke kediamannya dari Penjara Kajang. Hakim Alice Loke Yee Ching berpendapat, kandungan tersebut merupakan tambahan kepada perintah pelepasan awal yang dibenarkan oleh Lembaga Pengampunan pada 29 Januari tahun lalu





Hantaran Bee Yin: UMNO beri isyarat nilai semula kerjasama Kerajaan .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini, tulis Bee Yin dalam hantaran berkenaan. Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan bahawa Titah Adendum tersebut tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





Titah adendum tak sah dikuatkuasa, tak dibincang ketika sidang Lembaga .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

# Titah adendum tak sah dikuatkuasa, tak dibincang ketika sidang Lembaga Pengampunan KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi berpendirian, titah adendum yang dipohon Datuk Seri Najib Razak tidak sah untuk dikuatkuasakan kerana ia tidak dibincang dan direkodkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





Zambry tegur Bee Yin ???raikan??? keputusan mahkamah berkait Titah Adendum .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm

Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini, tulis Bee Yin dalam hantaran berkenaan. Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tersebut tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





Maklumat TIN tidak tepat antara punca e-Invois ditolak - Utusan - 22/12 3:26 pm

CYBERJAYA: Kegagalan mendapatkan maklumat tepat seperti Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dikenal pasti antara punca utama penolakan e-Invois yang dihantar oleh pembayar cukai





Mahkamah: Titah Adendum tidak sah dan tak pernah dibincangkan, Najib kekal .. - Wrlr - 22/12 3:17 pm

Yee Ching memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini. Beliau berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu





'Jangan simbah minyak pada api yang sedang marak' - Presiden UMNO - Sinarharian - 22/12 3:12 pm

SHAH ALAM - "Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak," demikian kenyataan tegas daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Meskipun hanya hantaran ringkas di Facebook pada Isnin, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada pemimpin DAP yang didakwa bersorak meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum.Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menegur sikap ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin dengan mengatakan tindakan wakil rakyat DAP itu tidak wajar kerana keputusan mahkamah melibatkan penderitaan dan kesan besar terhadap individu serta keluarga terlibat.Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh juga secara lantang menggesa supaya parti menarik balik sokongan daripada kerajaan sekarang.Tegasnya, lebih baik UMNO menjadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina rakan sekutu dalam kerajaan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk mendesak kerajaan melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Menurutnya, titah tersebut tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.Kata beliau, perintah tambahan hanya menyentuh saranan mempertimbangkan permintaan Najib selaku pemohon untuk mendapat pengampunan penuh dan pengurangan hukuman penjaranya.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman di Penjara Kajang lebih tiga tahun bermula 23 Ogos 2022 kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka beliau akan menjalani hukuman penjara di rumah sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Walau apa sahaja keputusannya kelak, kedua-dua pihak masih berpeluang untuk memfailkan rayuan bagi keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.





820.5 juta e-Invois dikeluarkan, libatkan 111,600 pembayar cukai - Utusan - 22/12 3:10 pm

CYBERJAYA: Sebanyak 820.5 juta e-Invois dikeluarkan secara keseluruhan dengan penyertaan lebih daripada 111,600 pembayar cukai setakat hari ini





LHDN terima lebih 850 juta e-Invois setakat 22 Disember - Sinarharian - 22/12 2:01 pm

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima lebih 820.5 juta e-Invois sejak ia dilaksanakan secara berfasa bermula pada 1 Ogos 2024 sehingga 22 Disember tahun ini.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, jumlah itu melibatkan penyertaan lebih 111,600 pembayar cukai di seluruh negara.Jelasnya, angka itu bukan sahaja melibatkan pembayar cukai fasa pertama hingga ketiga yang melaksanakan e-Invois secara mandatori, tetapi turut disertai oleh pembayar cukai fasa keempat secara sukarela."Statistik ini menggambarkan bahawa pelaksanaan e-Invois secara umumnya diterima dengan sangat baik dalam kalangan perniagaan di Malaysia."Tahap pematuhan pelaksanaan secara mandatori juga mencatatkan peratusan yang amat memberangsangkan."Di pihak LHDN, kami amat komited dalam memberikan bantuan dan khidmat nasihat kepada semua pembayar cukai yang terlibat untuk memastikan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan dan manfaat pelaksanaan e- Invois bagi perniagaan atau organisasi setiap pembayar cukai," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sempena Sesi Libat Urus LHDN Bersama Dengan Persatuan Perdagangan di Menara LHDN di sini pada Isnin.Sesi yang julung kali diadakan itu disertai 46 orang wakil daripada 21 dewan perniagaan dan persatuan perdagangan di Lembah Klang.Mengulas lanjut, Abu Tariq berkata, pelaksanaan e-Invois bermula 1 Ogos tahun lalu secara berfasa dan kini kita sedang menuju ke fasa empat.Justeru katanya, dewan perdagangan dan persatuan perdagangan memainkan peranan penting dalam memastikan pemahaman dan kesedaran dalam kalangan ahli-ahlinya terhadap pelaksanaan tersebut."Menjelang pelaksanaan fasa empat yang akan melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan sehingga RM5 juta, sudah pasti lebih banyak perkara yang perlu didengari oleh LHDN terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi memastikan objektifnya tercapai," katanya.Sementara itu, ditanya mengenai cabaran atau faktor yang menyebabkan pelaksanaan itu ditolak oleh sebelum ini, Abu Tariq berkata, terdapat beberapa sebab utama dikenal pasti."Antara yang utama e-Invois tidak dapat dilaksanakan (ditolak) ialah di mana mereka tidak mendapat data yang tepat, nombor pengenalan cukai (TIN) yang betul, yang menyebabkan invois tersebut ditolak."Jadi itulah antara usaha kita ialah membolehkan pembayar cukai khususnya penjual untuk menyemak nombor TIN yang betul daripada pihak LHDN," katanya.Menjawab mengenai pematuhan pelaksanaan e-Invois dalam fasa yang telah dilaksanakan, beliau berkata, ia menunjukkan perkembangan positif."Fasa satu dan dua, pematuhan melebihi 90 peratus





Akmal Saleh kecewa Titah Adendum diputuskan tidak sah - Sinarharian - 22/12 1:38 pm

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kecewa dengan keputusan mahkamah yang menyatakan Titah Adendum tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Beliau meluahkan kekesalan kerana titah itu dikatakan tidak sah selepas disorokkan begitu lama, sedangkan pihak Istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Titah Adendum berkenaan dikeluarkan oleh Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA)."Walaupun pihak istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan yang Titah Adendum itu dikeluarkan oleh Sultan Pahang ketika menjadi YDPA."Bila nak bentuk kerajaan atas titah YDPA menjadi alasan utama. Tetapi hari ini, titah pula dikatakan tidak sah," katanya menerusi di Facebook pada Isnin.Sehubungan itu, Muhamad Akmal berpandangan bahawa rakyat mampu menilai sendiri situasi yang berlaku berhubung isu berkenaan.Sebelum itu, Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Menurutnya, titah itu tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.Ketika membaca keputusan lebih 50 minit, beliau berkata, Lembaga Pengampunan tidak diberikan sebarang nasihat berhubung perkara yang dipertikaikan.





Mahkamah kurangkan kuasa Agong, dakwa peguam Najib - Mkini - 22/12 12:29 am

Hakim memutuskan titah tambahan berkaitan tahanan oleh Agong tidak sah dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan.





Isu tahanan rumah tidak pernah dibincang Lembaga Pengampunan - Hakim .. - Hmetro - 22/12 10:52 am

Kuala Lumpur: Isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu antara alasan penghakiman menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan Titah Adendum, supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah





Permohonan tahanan di rumah ditolak, Najib kekal di Penjara Kajang - Sinarharian - 22/12 10:43 am

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Harapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaksa kerajaan bagi melaksanakan Titah Adendum supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonannya pada Isnin.Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Menurutnya, titah itu tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.Ketika membaca keputusan lebih 50 minit, beliau berkata, Lembaga Pengampunan tidak diberikan sebarang nasihat berhubung perkara yang dipertikaikan.Katanya, perintah tambahan tersebut hanya menyentuh saranan untuk mempertimbangkan permintaan Najib selaku pemohon untuk mendapat pengampunan penuh dan pengurangan hukuman penjaranya."Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong ketika itu hanya membuat keputusan untuk pengurangan 50 peratus hukuman penjara dan denda tanpa menyebut mengenai tahanan rumah."Oleh itu, tiada nasihat Lembaga Pengampunan dikemukakan berkenaan tahanan rumah sekali gus titah tersebut tidak dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Perkara 42," katanya.Beliau berkata, kerajaan dan enam pihak lain selaku responden tidak berkewajipan untuk mematuhi atau menguatkuasakan titah berkenaan





Mahkamah Kuala Lumpur jadi tumpuan pengamal media, penyokong najib - Sinarharian - 22/12 9:10 am

KUALA LUMPUR - Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini menjadi tumpuan pengamal media bagi membuat liputan berhubung keputusan Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Isnin.Suasana di pekarangan kompleks mahkamah mula dipenuhi pengamal media yang hadir seawal jam 7 pagi.Tinjauan Sinar Harian turut mendapati penyokong Najib mula berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal 6.30 pagiKehadiran penyokong itu bagi menantikan keputusan semakan kehakiman difailkan Najib berhubung permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Pada Isnin, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Lokedijadual menyampaikan keputusannya dalam semakan kehakiman difailkan Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan yang memohon untuk menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.Keputusan itu akan menentukan sama ada Najib akan dibenar untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah atau sebaliknya iaitu terus kekal di penjara.Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa hukuman penjara asal Najib selama 12 tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada enam tahun penjara serta denda RM50 juta.Menurut kenyataan itu, Najib dijadual dibebaskan pada 23 Ogos 2028, namun sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara akan ditambah satu tahun dan tarikh pembebasan akan menjadi 23 Ogos 2029.Dua bulan kemudian, pada 1 April 2024, beliau memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan mendakwa wujud satu Titah Adendum atau perintah tambahan diraja yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Menerusi permohonan itu, beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri serta kerajaan sebagai responden pertama hingga ketujuh.Najib turut memohon perintah mandamus supaya semua atau mana-mana responden mengesahkan dan memperakui kewujudan perintah tambahan bertarikh 29 Januari 2024 itu.Najib juga memohon perintah mandamus supaya, sekiranya perintah tambahan itu wujud, semua atau mana-mana responden melaksanakan perintah diraja berkenaan dan memindahkannya dengan segera dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.Pada 4 Julai 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman Najib dengan alasan afidavit sokongan mengandungi keterangan dengar cakap.Keputusan itu mendorong Najib merayu ke Mahkamah Rayuan, di mana beliau memenangi rayuan berkenaan melalui keputusan majoriti 2-1, dengan perintah supaya perkara itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh.Pejabat Peguam Negara (AGC) kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu di Mahkamah Persekutuan.Pada 13 Ogos, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Malaya ketika itu, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim menolak rayuan AGC dan mengarahkan supaya semakan kehakiman Najib dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh berdasarkan merit kes.Kes itu kembali didengar di Mahkamah Tinggi di hadapan Alice yang mendengar hujahan semua pihak dan menetapkan hari ini (22 Disember) sebagai tarikh keputusan.





Harapan Najib penjara di rumah diketahui hari ini - Sinarharian - 22/12 8:22 am

KUALA LUMPUR Harapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaksa kerajaan bagi melaksanakan Titah Adendum supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.Hakim, Alice Loke membuat keputusan dalam prosiding yang dijadualkan jam 9 pagi berhubung permohonan Najib, 72, untuk mendesak kerajaan atau enam pihak lain menunaikan titah yang dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan lebih tiga tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas dihukum penjara kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka beliau akan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Walau apa sahaja keputusannya kelak, kedua-dua pihak masih berpeluang untuk memfailkan rayuan bagi keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Pada 24 November lalu, Alice menetapkan 5 Januari tahun depan untuk menyampaikan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam responden lain.Bagaimanapun, tarikh keputusan itu telah diawalkan kepada 22 Disember.Serentak prosiding berkenaan, mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memerintahkan permohonan berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kemudian telah memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Menerusi perintah itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Bekas Menteri Kewangan itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu negara bagi menjalani baki hukuman penjara.Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.





Semoga Najib dapat pulang semula ke rumah esok, doa penyokong - Mgazette - 22/12 7:43 am

Bekas perdana menteri itu sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan menyalah guna kuasa, pecah amanah, serta pengubahan wang haram membabitkan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB. Pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa hukuman penjara asal selama 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib telah dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta





Urus niaga meragukan, kegagalan penyelamat di Sarawak Cable - FMT - 22/12 7:00 am

Pemegang saham minoriti yang tidak berpuas hati mengecam lembaga pengarah Sarawak Cable kerana menjual unit menguntungkan, Trenergy Infrastructure, pada harga terlalu rendah.





'Saya tak sanggup lihat Najib terus meringkuk dalam penjara' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 21/12 4:16 pm

SEBERANG JAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selepas bekas Perdana Menteri itu menjalani hukuman penjara sejak tiga tahun lalu.Zahid berkata, sebagai sahabat sejati, beliau sentiasa mendoakan agar Najib diberikan keampunan pada masa yang sesuai, namun menegaskan kuasa berkenaan merupakan hak mutlak Seri Paduka Baginda."Saya dan kita semua tidak sanggup melihat Datuk Seri Najib terus meringkuk di dalam penjara."Namun, kuasa mutlak untuk memberi pengampunan adalah hak Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan ia tidak seharusnya dipertikaikan."Benar kita berdoa, benar kita mengharap, tetapi jangan mendesak atau memberi tekanan kepada Seri Paduka Baginda. Baginda tahu bila masa yang sesuai untuk membuat keputusan dan apa yang perlu dilakukan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ke-17 di sini pada Ahad.Mahkamah Tinggi pada Isnin dijangka memutuskan sama ada Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah atau kekal di Penjara Kajang.Hakim Datuk Alice Loke dijadual menyampaikan keputusan terhadap semakan kehakiman yang difailkan Najib, 72, bagi memohon menjalani baki hukuman penjara di rumah.Najib kini menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi mensabitkan beliau atas kesalahan menyalahgunakan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.Dalam kes berprofil tinggi itu, beliau telah melalui semua peringkat rayuan selepas gagal membatalkan sabitan dan hukuman berkenaan.Pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman penjara asal Najib selama 12 tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada enam tahun penjara serta denda RM50 juta.Menurut kenyataan itu, Najib dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.





Najib `balik rumah’ atau kekal ditahan di Penjara Kajang? - Mgazette - 21/12 3:02 pm

Kerajaan bersetuju titah itu wujud namun mempertikaikan cara atau pendekatan bukti baharu itu dikemukakan di mahkamah. Bagaimanapun, pasukan peguam mewakili Najib berpendirian Lembaga Pengampunan memberi diskaun kepada Najib terhadap hukuman penjara dan denda bagi kesalahan berkaitan SRC International Sdn





BN harap Najib diberi pengampunan - Utusan - 21/12 2:59 pm

BUKIT MERTAJAM: Barisan Nasional (BN) berharap agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengampunan dalam masa terdekat





Menjelang keputusan tahanan rumah, Zahid harap Najib dapat pengampunan diraja - FMT - 21/12 2:03 pm

Presiden Umno itu berkata Najib Razak sudah menjalani penjara tiga tahun, namun menegaskan keputusan pengampunan bidang kuasa penuh Agong.





Nasib Najib diketahui esok - Sinarharian - 21/12 9:00 am

KUALA LUMPUR Esok bakal mencatatkan satu lagi episod penting dalam sejarah negara, apabila Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan untuk menjalani hukuman penjara di rumah atau kekal di Penjara Kajang.Hakim, Alice Loke akan membuat keputusan dalam prosiding yang dijadualkan jam 9 pagi, berhubung permohonan Najib, 72, untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan lebih tiga tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas dihukum penjara enam tahun dan denda RM50 juta kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka dia akan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Pada 24 November, Alice menetapkan 5 Januari tahun depan untuk menyampaikan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam responden lain.Bagaimanapun, tarikh keputusan itu telah diawalkan kepada 22 Disember.Serentak prosiding berkenaan, mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memerintahkan permohonan berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kemudian telah memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Menerusi perintah itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Bekas Menteri Kewangan itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu negara bagi menjalani baki hukuman penjara.Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.





Dividen 15 peratus bukti prestasi kukuh Felcra - Utusan - 21/12 7:38 am

PETALING JAYA: Pengumuman kadar dividen 15 peratus oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) mencerminkan prestasi kewangan yang stabil dan memberangsangkan dalam jangka pendek, namun ia tidak boleh dijadikan satu-satunya petunjuk kepada kemampanan ekonomi jangka panjang agensi berkenaan





UEC tidak diiktiraf sistem pendidikan kebangsaan - Utusan - 21/12 7:20 am

PETALING JAYA: Tiada mana-mana negara di dunia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan mereka





Kadar tol kekal, hampir sejuta rakyat nikmati manfaat - Mgazette - 20/12 4:03 pm

# Kadar tol kekal, hampir sejuta rakyat nikmati manfaat KUALA LUMPUR - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengekalkan kadar tol sedia ada bagi 10 lebuh raya pada tahun 2026 selaras dengan komitmen Madani dalam melindungi kebajikan rakyat





Ustaz Elyas Ismail setuju coach cerai jadi kerjaya berlesen, risau jejas intitusi keluarga - Mdateline - 20/12 4:00 pm

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Elyas Ismail bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan servis Coach Cerai sebagai kerjaya berlesen supaya perkhidmatan mereka dapat dipantau oleh lembaga berautoriti





Bayaran balik cukai RM17 bilion selesai diproses – LHDN - Mdateline - 20/12 12:00 am

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) selesai memproses bayaran balik cukai sebanyak RM17 bilion melibatkan 7,819 kes setakat ini





Huffaz sebagai aset modal insan dalam masyarakat - Sinarharian - 20/12 11:35 am

SHAH ALAM - Huffaz bukan sahaja dianggap sebagai penjaga dan pemelihara al-Quran, malah mereka juga berperanan sebagai agen penyebar ilmu dan dakwah dalam masyarakat.Sejak penurunan wahyu al-Quran, hafalan dan pemahaman kalam Allah kekal terpelihara melalui generasi huffaz, yang memerlukan usaha, keikhlasan dan doa bagi memastikan legasi Qurani terus subur.Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PINTA dan Pengerusi Wifaqul Madaris Malaysia, Mohd Dailami Che Age berkata, seorang huffaz bukan sahaja bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan hafazan al-Quran dalam ingatannya namun perkara yang lebihpenting ialah memahami isi kandungannya, mengamalkannya dan menyebarkan dakwah kepada masyarakat."Orang yang berjaya menghafaz al-Quran adalah sebuah anugerah dan pilihan Ilahi yang memerlukan usaha yang bersungguh sungguh, keikhlasan dan doa."Selain dari Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sijil yang dikeluarkan oleh institusi tahfiz khususnya institusi tahfiz swasta (sepenuh masa) perlu diperkasa agar penerimaannya lebih menyeluruh."Gabungan Institusi Tahfiz Al Quran Kebangsaan (Pinta) melalui Wifaqul Madaris mengembleng tenaga bagi menumpukan perhatian dan usaha kepada pengiktirafan sijil yang dikeluarkan oleh institusi tahfiz agar dapat mengikut standard yang mencapai tahap kualiti hafazan yang diperlukan dan ianya diiktiraf diperingkat nasional dan antarabangsa," katanya menerusi satu kenyataan.Beliau berkata, masih ada ruang dan jurang yang perlu diperkasa bagi memberi pengiktirafan dan pensijilan dalam meraikan mereka yang berjaya supaya segala usaha yang dicurahkan diperingkat pelajar, guru dan institusi tahfi z ini dapat kita letak ditempat yang selayaknya."Warisan Qurani yang kita warisi adalah merupakan sebuah legasi agung dari penurunan wahyu pertama Iqra yang mana asasnya dibina daripada 23 tahun kenabian Baginda Nabi Muhammad SAW."Dari warisan ini lahirnya generasi rabbani yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidup, mengamalkan dan menyebarkan nilainya untuk mencapai keredhaan ALLAH," katanya.Tumpuan kepada kerjaya huffaz pada masa depanBeliau berkata, Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam memperkasa kerjaya para huffaz."Ia merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi bukan sahaja menyediakan teknikal, tetapi juga membentuk tenaga kerja yang relevan dan berdaya saing dalam pasaran kerja yang mampu memupuk keusahawanan dan inovasi dalam kalangan lepasan institusi tahfiz."Kesedaran dan minat masyarakat terhadap perniagaan dan keusahawanan wajar dipupuk serta ditingkatkan khususnya dikalangan para huffaz."TVET telah membuka peluang kerjaya yang begitu luas bagi lepasan tahfiz yang majoritinya tanpa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus ke alam pekerjaan atau ke peringkat universiti," katanya.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, para huffaz yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran layak menerima SKM Tahap 5 setaraf diploma manakala menghafaz 20 juzuk al-Quran layak dikurniakan SKM Tahap 3 setara SPM.Para huffaz perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan selain mempelajari ilmu pengurusan perniagaan, penguasaan teknologi, pemasaran dan jaringan perniagaan.Peluang ini bukan sekadar retorika namun kita menyaksikan hari ini lebih banyak Institusi pengajian TVET yang membuka peluang kepada lepasan Tahfiz untuk menyambung pengajian mereka dalam pelbagai bidang yang disediakan.Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah NusantaraSementara itu, Mohd Dailami berkata, ribuan huffaz dari institusi tahfiz yang bernaung di bawah Pinta dijangka akan berkumpul di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak pada 21 Disember 2025 bermula jam 11 pagi sehingga jam 4.30 petang melalui program Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara."Program itu merupakan kesinambungan dari Majlis Himpunan 24,000 Huffaz yang telah diadakan pada 14 September tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan telah berjaya mengumpul seramai 24,000 huffaz dari seluruh negara," katanya.Beliau berkata, program bagi tahun ini dianjurkan oleh pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan bertemakan Warisan Qurani, Membina Generasi Rabbani dapat menyuburkan lagi majlis ilmu dalam kalangan masyarakat."Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan seperti persembahan Qasidah dan Tausiah Bicara Hati Umat menampilkan tokoh penceramah jemputan yang istimewa iaitu Ustaz Abdul Somad Batubara serta pameran dari pelbagai agensi seperti Majlis TVET Negara dan JAKIM.Para huffaz dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis yang akan dirasmikan oleh Ahmad Zahid.Majlis itu bertujuan memperkukuhkan perpaduan umat Islam disamping mengharapkan keberkatan dari ALLAH dan ia juga turut menjadi medan di mana para guru, mudir, tokoh agama dan ulama tanah air berkumpul untuk menyumbangkan pemikiran serta berkongsi kearifan dalam menempuhi cabaran mengusahakan institusi tahfiz.Pelbagai inisiatif diadakan antaranya Pelancaran Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) dan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) akan diberi taklimat oleh wakil JAKIM supaya para huffaz mendapat maklumat yang lengkap bagi program ini.Mengharapkan dengan kejayaan himpunan ini serta impak yang positif bagi pendidikan tahfiz dengan kehadiran ulama dan sokongan umara akan memberikan sumbangan yang signifikan bagi kemajuan dan kemuliaan institusi pendidikan tahfiz di negara kita





Kadar tol kekal, LLM jamin perkhidmatan lebuh raya berkualiti - Sinarharian - 20/12 11:21 am

PUTRAJAYA - Selaras dengan keputusan kerajaan mengekalkan kadar tol sedia ada untuk 10 lebuh raya pada tahun hadapan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberikan jaminan kepentingan pengguna akan terus dilindungi melalui penyediaan perkhidmatan lebuh raya yang selamat, lancar dan berkualiti.Ketua Pengarahnya, Datuk Sazali Harun dalam kenyataan pada Sabtu berkata, syarikat konsesi akan sentiasa dipantau bagi memastikan operasi dan penyenggaraan lebuh raya dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan.Beliau berkata, langkah itu termasuk menaik taraf kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah supaya lebih kondusif dan dilengkapi kemudahan terkini, termasuk pengecas kenderaan elektrik (EV)."Di samping itu, penekanan terhadap pengurusan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan serta memendekkan masa perjalanan akan terus diperkasakan bagi memastikan lebuh raya kekal relevan dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat," katanya.Khamis lepas, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan kerajaan akan mengekalkan kadar tol sedia ada pada tahun hadapan, melibatkan 10 lebuh raya utama di seluruh negara sebagai usaha melindungi kebajikan rakyat.Lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).Turut terlibat ialah Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).Sazali berkata, keputusan itu mencerminkan keutamaan Kerajaan MADANI dalam mendahulukan kepentingan pengguna lebuh raya."Keputusan ini adalah selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia, yang kerajaan telah bersetuju supaya rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang kenaikan."Walaupun kerajaan perlu menanggung implikasi kewangan yang dianggarkan berjumlah RM591.56 juta, langkah ini memberikan manfaat kepada hampir satu juta pengguna lebuh raya setiap hari," katanya





Lebihan cukai RM17 bilion: LHDN sudah bayar balik - Thempress - 19/12 11:39 pm

PROSES bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17 bilion telah dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga 18 Disember ini yang membabitkan 3,529,748 kes susulan peruntukan tambahan diumum Perdana Menteri, Datuk…





Aliran trafik ke Pantai Timur, utara dijangka tinggi bermula hari ini - Mgazette - 19/12 4:07 pm

# Aliran trafik ke Pantai Timur, utara dijangka tinggi bermula hari ini KUALA LUMPUR Aliran trafik di lebuh raya utama hari ini dijangka meningkat khususnya ke Pantai Timur, utara dan selatan sempena sambutan Hari Krismasdengan anggaran 2.6 juta kenderaan sehari pada hari puncak





LLM Jangka Aliran Trafik Cecah 2.6 Juta Kenderaan Sehari Sempena Sambutan Krismas - Pandulaju - 19/12 3:48 pm

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan ketara aliran trafik di lebuh raya utama sempena sambutan Hari [Baca Lagi...] The post LLM Jangka Aliran Trafik Cecah 2.6 Juta Kenderaan Sehari Sempena Sambutan Krismas appeared first on PanduLaju.com.my .





LLM Jangka 2.6 Juta Kenderaan Sehari Di Lebuh Raya Utama Sempena Hari Krismas - Siakapkeli - 19/12 2:54 pm

LLM Jangka 2.6 Juta Kenderaan Sehari Di Lebuh Raya Utama Sempena Hari Krismas KAJANG, 19 Disember 2025 – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama pada hari-hari puncak sempena Sambutan Hari Krismas tidak lama lagi





Diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena Krismas - Sinarharian - 19/12 10:23 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember ini kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena dengan sambutan Hari Krismas.Diskaun tol ini diberikan kepada kenderaan kelas 1 (kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua plaza tol kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat."Pemberian diskaun tol ini diharap dapat meringankan sebahagian daripada beban kos perjalanan rakyat yang merancang pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama-sama keluarga, selaras dengan hasrat Kerajaan Madani membantu rakyat semua peringkat merentas kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," katanya.Beliau berkata, pemilihan tarikh diskaun tol juga bertujuan menyuraikan trafik musim perayaan dan cuti sekolah serta mengoptimumkan operasi lebuh raya di kawasan hentian serta Rehat & Rawat (RSA).Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan menggunakan TuJu Highway Navigation App LLM dan MyPLUS-TTA, serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan (TTA), had laju, papan tanda dan peraturan di lebuh raya bagi memastikan perjalanan selamat.Mereka boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook, X @LLMtrafik, TikTok @llmtrafik, atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM 1-800-88-7752





Najib boleh jalani hukuman dalam rumah jika semakan kehakiman berjaya .. - Mgazette - 19/12 8:03 am

# Najib boleh jalani hukuman dalam rumah jika semakan kehakiman berjaya Isnin ini KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak akan dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dengan serta-merta sekiranya Mahkamah Tinggi memutuskan semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum memihak kepadanya pada Isnin ini





Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka mulai 1 hingga 14 Januari 2026 - Fahmi - Sinarharian - 18/12 5:38 pm

KUALA LUMPUR - Dana Inovasi Media bagi Fasa 1 akan dibuka bermula dari 1 hingga 14 Januari 2026, bertujuan menyokong transformasi industri media negara agar kekal relevan, berdaya saing dan berdaya tahan dalam era digital.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dana itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 berhubung pemberian bantuan dana berjumlah RM30 juta."Dana ini menyasarkan untuk menggalakkan penghasilan kandungan media yang kreatif, interaktif, dan berimpak tinggi, memperkasakan kompetensi pengamal media melalui latihan."Selain itu, ia bagi menyokong transformasi industri media melalui pembangunan projek inovatif merangkumi aspek kandungan, teknologi media dan strategi digital serta memperkukuh daya saing organisasi media dalam menyampaikan maklumat yang tepat, relevan dan bermanfaat kepada rakyat," katanya dalam sidang media mingguan di Angkasapuri, di sini hari ini.Fahmi berkata, maklumat lanjut dan borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web www.komunikasi.gov.my mulai 1 Januari 2026.Bagi memastikan penyaluran dana dilaksanakan secara berintegriti dan berkesan, Fahmi berkata syarat kelayakan pemohon yang ditetapkan merangkumi syarikat atau organisasi media tempatan.Pemohon juga mestilah berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) serta petugas merupakan pemegang Kad Perakuan Media yang aktif.Menurut Fahmi, Dana Inovasi Media merangkumi empat skop utama, iaitu latihan kepada pekerja media dengan syarikat atau organisasi boleh memilih untuk penganjuran latihan dalaman, atau penghantaran pekerja media untuk mengikuti kursus dan latihan yang dianjurkan pihak luar, atau kedua-dua pilihan berkenaan.Skop kedua melibatkan perisian serta adaptasi teknologi dan dana ini boleh dimanfaatkan untuk pembelian atau sewaan perisian yang diperakukan bagi penghasilan kandungan berkualiti tinggi selaras dengan perkembangan pesat teknologi media pada peringkat global.Skop ketiga merangkumi peralatan, perkakasan dan kemudahan sokongan, dengan dana itu boleh dimanfaatkan bagi pembelian atau sewaan peralatan teknikal termasuk perkakasan, peralatan studio dan peralatan rakaman yang menyokong penghasilan kandungan berkualiti tinggi.Skop keempat pula ialah penyelidikan dan pembangunan (R&D) penghasilan kandungan, dengan dana itu menyokong aktiviti R&D termasuk adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan inovasi digital terkini.Sementara itu, Fahmi berkata, beliau akan mengemukakan pandangan serta syor Perdana Menteri kepada Majlis Media Malaysia (MMM) berhubung peranan badan itu dalam memperkukuh dan memajukan industri media negara.Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja untuk memastikan industri media kekal bebas, berdaya saing dan mampan, tetapi juga dapat mengatasi isu termasuk ekonomi yang melanda sektor media."Insya-ALLAH, dalam minggu pertama atau selewat-lewatnya minggu kedua bulan Januari saya akan mengadakan pertemuan dengan pihak Majlis Media dan setakat ini, saya belum dimaklumkan sama ada ahli-ahli lembaga telah memilih seorang pengerusi ataupun tidak." tetapi ada beberapa aspek termasuk penyaluran dana, pejabat, aspek-aspek administratif yang saya rasa perlu diuruskan," katanya.Semalam, Perdana Menteri pada Taklimat Bersama dengan Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa berkata, MMM boleh memainkan peranan sebagai penasihat kerajaan dalam usaha memperkukuh kebebasan media, termasuk mengenal pasti undang-undang atau peruntukan yang mungkin menyekat kebebasan media.Menurut Anwar, MMM perlu menetapkan garis panduan yang jelas tentang kebebasan media serta mencadangkan batasan yang wajar, khususnya dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama





Najib dipenjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihak kepadanya Peguam - Sinarharian - 18/12 3:08 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sekiranya keputusan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, maka bekas Perdana Menteri itu akan menjalani baki hukuman penjara di rumah serta-merta.Ketika sidang akhbar, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukan pembelaan percaya, Najib, 72, akan dibebaskan tanpa sebarang kelewatan.Bagaimanapun beliau memahami beberapa prosedur perlu dibuat sebelum bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan keluar dari Penjara Kajang."Isu yang akan timbul ialah di rumah mana anak guamnya akan ditempatkan, siapa yang akan mengawal di lokasi berkenaan."Saya faham persiapan perlu dibuat di kediaman yang akan dipilih, namun saya percaya anak guam mesti dibenarkan pulang tanpa berlengah lagi," katanya.Ditanya mengenai kemungkinan Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan sekiranya nasib menyebelahi anak jati Pahang itu, peguam utama kes 1MDB itu berkata, ia tidak akan menjejaskan keputusan mahkamah.Katanya, ia juga tidak akan mempengaruhi kes Titah Adendum sekiranya keputusan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diketahui Jumaat minggu hadapan."Jangan campur-adukkan kes 1MDB dengan Titah Adendum membabitkan kes SRC International Sdn Bhd."Kes ini melibatkan kebebasannya, yang mana Najib telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya pada tahun 2022," katanya.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Presiden UMNO itu memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Anak jati Pahang itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu Negara bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.





Agihan zakat RM36.5 juta bantu persekolahan pelajar asnaf - Kosmo - 18/12 2:46 pm

CYBERJAYA- Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan RM36.5 juta zakat kepada 39,240 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf bagi membantu keperluan persekolahan anak-anak sesi 2026





Ustaz madrasah tular 'hentak' guna topi keledar digantung tugas - Sinarharian - 18/12 12:17 am

KOTA KINABALU Seorang tenaga pengajar sebuah pusat madrasah di sini yang tular di media sosial kerana memukul sekumpulan pelajar menggunakan topi keledar digantung tugas buat sementara waktu sehingga siasatan polis selesai.Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani, berkata pihaknya telah melawat lokasi kejadian dan mengambil laporan penuh berhubung insiden berkenaan.Menurutnya, madrasah terbabit merupakan institusi swasta namun berdaftar dengan JHEAINS selepas memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan dalam proses pendaftaran."Apabila didapati isu ini tular dan pasukan JHEAINS telah melawat serta mengambil laporan, satu perkara yang kita ambil berat ialah kapasiti guru berkenaan yang telah mengasari pelajar supaya kejadian seperti ini tidak berulang pada masa akan datang."Pertama, guru ini telah kita nasihatkan supaya digantung daripada tugas berkenaan dan ahli lembaga telah memutuskan untuk menggantung tugas guru tersebut buat sementara waktu sehingga siasatan selesai," katanya.Beliau berkata demikian semasa ditanya pemberita mengenai perkembangan kes tersebut semasa sidang akhbar pengumuman keputusan Peperiksaan Sijil Rendah Ugama dan Sijil Menengah Ugama Tahun 2025 di Wisma MUIS, di sini pada Khamis.Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes berkenaan."Kita menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan





Kerajaan tidak cadang ganti subsidi bahan api dengan rebat tunai - Amir Hamzah - Sinarharian - 18/12 12:17 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menggantikan subsidi bahan api di bawah skim BUDI 95 dengan rebat tunai sebagai insentif untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) atau hibrid, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Beliau berkata, langkah itu akan mengubah tujuan asal pelaksanaan BUDI95 dan berpotensi menjejaskan keberkesanan penyasaran subsidi kepada kumpulan yang masih bergantung kepada kenderaan enjin pembakaran dalaman."Objektif utama BUDI95 adalah beralih daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar dan memastikan bantuan bahan api terus disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan bergantung kepada petrol sebagai sumber pendapatan atau keperluan harian," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr Lingeshwaran R





RMHC Malaysia sumbang geran tambahan RM480,000 untuk perubatan kanak-kanak - Sinarharian - 18/12 11:04 am

SHAH ALAM Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) menyalurkan sumbangan tambahan geran perubatan berjumlah RM480,000 kepada enam organisasi kebajikan berkaitan hospital bagi membantu kanak-kanak kurang mendapatkan rawatan perubatan kritikal.Enam organisasi kebajikan itu ialah Yayasan Institut Jantung Negara (IJN), Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-Kanak Hospital USM (PEKA), Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TABTAR) UKM, Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Hospital Tunku Azizah, PPUMCare dan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Nordin berkata, sumbangan tersebut bertujuan memastikan tiada kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan tercicir daripada menerima rawatan akibat kekangan kos."Perkataan paling sukar yang boleh diucapkan oleh seorang ibu bapa kepada anak ialah kami tidak mampu menanggung kos rawatan."Tiada keluarga yang sepatutnya terpaksa memilih antara nyawa anak dan bil rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ujar Mohd Nasri, dana berkenaan merupakan kesinambungan bantuan geran terdahulu pada September lalu, apabila RM300,000 telah disalurkan kepada enam organisasi kebajikan yang sama.Menurutnya, secara keseluruhan, jumlah geran perubatan RMHC sejak 2018 kini melebihi RM2.1 juta sekali gus, mencerminkan keprihatinan organisasi tersebut dalam memberi peluang kedua buat keluarga di seluruh negara."Geran perubatan ini adalah janji kami bahawa setiap ringgit merupakan peluang seorang kanak-kanak untuk sembuh, membesar dan kembali menjadi kanak-kanak."Kami akan berdiri bersama hospital dan tabung kebajikan supaya keluarga dapat menumpukan perhatian kepada perkara yang paling penting; iaitu berada di sisi anak mereka," ujarnya.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan IJN, Raja Datin Seri Zuraida Raja Mansur turut menyatakan penghargaan atas sokongan berterusan daripada RMHC dalam misi tersebut."Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan yang ditanggung keluarga terbabit, malah memberikan anak-anak mereka peluang baharu untuk masa depan yang lebih sihat."Kami menantikan kerjasama yang lebih kukuh agar bersama-sama, kita dapat memastikan setiap kanak-kanak menerima rawatan menyelamatkan nyawa yang mereka perlukan," ujar beliau.Inisiatif lain RMHC Malaysia turut merangkumi Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Gift of Smile dan Program Pek Kembali ke Sekolah, bagi membantu menghapuskan halangan, mengukuhkan institusi keluarga serta menggalakkan penyembuhan bagi kanak-kanak memerlukan





Reformasi DBKL, Kampung Baru, pengampunan diraja cabaran buat Hannah - Mkini - 18/12 8:30 am

Jawatan menteri Wilayah Persekutuan itu datang dengan cabaran baru selain tanggungjawab sedia ada yang perlu digalas.





Dividen FELCRA 2025 ditetapkan 15 peratus, dibayar awal tahun depan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 18/12 12:31 am

KUALA LUMPUR - Dividen berasaskan operasi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan pada kadar 15 peratus dan dijangka dibayar pada awal tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, penetapan dividen itu mencerminkan keupayaan FELCRA mengekalkan keuntungan yang lebih berdisiplin dan pemantauan rapi bagi memastikan koperasi dan anak-anak syarikatnya terus mencatatkan prestasi mampan tanpa ketirisan.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pendekatan yang telus perlu menjadi asas kepada prestasi kewangan koperasi itu, selain memastikan kepentingan ahli sentiasa diberi keutamaan."Kita mahu koperasi ini terus menjadi contoh terbaik, bukan sahaja dari segi keuntungan, tetapi dari segi tadbir urus dan manfaat kepada ahli





Sinar Harian rangkul tempat ketiga Anugerah Media Pembinaan CIDB - Sinarharian - 17/12 10:41 pm

KUALA LUMPUR - Sinar Harian merangkul tempat ketiga bagi kategori Media Cetak dan Portal Berita (Laporan Khas Berita) menerusi Malam Media Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).Laporan khas muka depan bertajuk 'Dilema Rumah Pasang Siap' dihasilkan oleh wartawan Meja Nasional, Nurul Huda Husain dan Siti Noor Faezah Muda.Menurut Nurul Huda, ia bukan kemenangannya dan rakan sekerja semata-mata, tetapi buat Sinar Harian juga secara keseluruhannya."Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya bos-bos di bahagian editorial kerana menyunting berita kami hingga melayakkan kami memperoleh kemenangan ini."Kemenangan ini juga diharap menjadi pembakar semangat kepada kami dan rakan-rakan di Sinar Harian untuk menghasilkan laporan lebih berkualiti pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis yang diadakan di M Resort & Hotel, di sini pada Rabu.Penerima tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM2,000, trofi berserta sijil penghargaan daripada CIDB.Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ucapan perasmian berkata, media berperanan sebagai rakan strategik penting bagi memastikan ketelusan, pematuhan peraturan serta keberkesanan pelaksanaan dasar dalam sektor pembinaan negara.Tambah beliau, melalui laporan yang tepat, seimbang, media bukan sahaja membantu menyampaikan dasar serta inisiatif kerajaan, malah menjadi pemangkin kepada pematuhan piawaian keselamatan, kualiti kerja dan amalan pembinaan mampan."Dalam sektor pembinaan yang melibatkan kepentingan awam dan dikawal selia secara ketat, liputan media berkualiti mampu memperkukuh akauntabiliti industri dan penguatkuasaan dasar."Penganjuran majlis kali kelapan ini cukup melambangkan hubungan erat dan strategik antara kementerian, agensi serta rakan media."Dalam masa sama menggalakkan penghasilan kandungan kewartawanan berkualiti berkaitan industri pembinaan, termasuk isu keselamatan tapak binaan, kelestarian alam sekitar, teknologi baharu dan pembangunan mampan," ujarnya.Sebanyak 187 penyertaan diterima merangkumi kategori media cetak dan portal berita, televisyen dan video dalam talian, radio, fotografi serta infografik.





Usaha ringan kos sara hidup antara fokus utama kerajaan - PM - Sinarharian - 17/12 9:46 pm

PUTRAJAYA - Usaha meringankan kos sara hidup rakyat menjadi antara hala tuju utama kerajaan tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, langkah itu termasuk memastikan subsidi dan bantuan tunai bersasar serta meningkatkan gaji minimum agar rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos harian."Kos sara hidup memang betul kita kata fenomena antarabangsa, tapi kita cuba (uruskan) macam kita buat STR (Sumbangan Tunai Rahmah), Jualan Rahmah dengan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), RM15 bilion, sumbangan kembali kepada rakyat untuk menampung kos sara hidup."Ini langkah yang diambil dan tidak pernah dilakukan sebelum ini





CIMB Islamic commits RM2.4 million to expand iTEKAD programme - Sinardaily - 17/12 3:35 pm

SHAH ALAM - CIMB Islamic Bank Berhad has allocated RM2.4 million to strengthen its flagship iTEKAD Programme aimed at empowering up to 220 micro-entrepreneurs, gig workers and agropreneurs through financial assistance, entrepreneurship training and capacity-building support.The programme is designed to foster sustainable livelihoods and strengthen long-term economic resilience through three key initiatives under one platform iTEKAD Program Keusahawanan CIMB IslamicTaylors, iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneurship Programme and iTEKAD CIMB Islamic Melon Manis Terengganu Graduate Agropreneur Programme.These initiatives leverage a blended funding structure that combines matching grants from Bank Negara Malaysia (BNM) with allocations from CIMB Islamics Zakat Wakalah funds, ensuring targeted capital deployment for income growth.CIMB Islamic chief executive officer Ahmad Shahriman Mohd Shariff said financial empowerment must go beyond short-term solutions.Financial empowerment goes beyond addressing short-term challenges





Operasi bersepadu JPJ - Lebih 6,400 saman dikeluarkan ke atas kenderaan lebih muatan - Careta - 17/12 8:19 am

Katanya, Agensi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan mengeluarkan 1,538 notis manakala Agensi Pengangkutan Awam Darat pula 123 notis





Menteri WP didominasi satu kaum timbul kegusaran orang Melayu ??? Aliff .. - Mgazette - 17/12 8:11 am

Tegasnya, Wilayah Persekutuan merupakan jantung pentadbiran negara dan segala dasar yang digubal di situ memberi kesan besar kepada landskap politik dan sosial negara, khususnya kepada orang Melayu bandar yang semakin terhimpit. Menurut beliau, kebimbangan utama juga adalah berkenaan pelaksanaan agenda parti seperti pemilihan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) serta peranan Menteri Wilayah Persekutuan sebagai Ahli Lembaga Pengampunan yang menuntut keadilan mutlak





Aliff Syukri Sumbang RM2 Juta Zakat, Penyumbang Tertinggi Di Selangor - Rotikaya - 16/12 6:41 pm

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur diumum sebagai penyumbang zakat perniagaan tertinggi selepas menunaikan zakat berjumlah RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS)





“Semua ini berkat jual jeruk mangga, beg…” – Aliff Syukri Syukur Jadi Antara Pembayar Zakat Tertinggi Selangor - Lobakmerah - 16/12 5:17 pm

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman muncul menjadi pembayar zakat perniagaan tertinggi pada tahun ini dengan nilai keseluruhan sebanyak RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor menerusi syarikatnya, D’herbs Holdings Sdn Bhd





Aerotree dapat injunksi sementara halang kerajaan guna jaminan bank RM1.87 .. - Mgazette - 16/12 3:11 pm

# Aerotree dapat injunksi sementara halang kerajaan guna jaminan bank RM1.87 juta KUALA LUMPUR - Aerotree Defence and Services Sdn





Nilai eksport sawit meningkat RM103 bilion Januari hingga November lalu .. - Mgazette - 16/12 3:11 pm

# Nilai eksport sawit meningkat RM103 bilion Januari hingga November lalu - Johari BANGI - Nilai eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit meningkat 3.7 peratus kepada RM103 bilion bagi tempoh Januari hingga November 2025 berbanding tempoh sama tahun lalu sekaligus menjadikan industri sawit Malaysia sebagai tunjang utama agrikomoditi negara





[VIDEO] Aliff Syukri & Shahida Bersyukur Jadi Pembayar Zakat Perniagaan Tertinggi Di Selangor - Murai - 16/12 3:00 pm

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida menitipkan rasa syukur apabila menjadi pembayar zakat perniagaan tertinggi di Selangor sebanyak RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor





Pindahan Akta 652 bakal ubah landskap kemahiran negara - Sinarharian - 16/12 2:55 pm

KUALA LUMPUR - Dalam era yang dipacu ledakan teknologi, digitalisasi dan perubahan struktur ekonomi global, Malaysia sedang melakar detik penting dalam reformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 atau RUU Akta 652 yang telah di baca di Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.Pindaan itu dilaksanakan selepas hampir dua dekad, Akta 652 menjadi teras pembangunan tenaga mahir negara dengan lebih 2.5 juta rakyat Malaysia telah berjaya dipersijilkan melalui Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia sejak 2006.Reformasi program latihan kemahiran tersebut bukan sahaja menjamin akses latihan yang lebih luas kepada rakyat, malah memastikan industricmemperoleh tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong ekonomi negara.Pindaan utama Akta 652 ialah peluasan keanggotaan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang kini turut merangkumi kementerian strategik seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta penyertaan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).Penstrukturan ini menjadikan MPKK lebih inklusif dan mencerminkan kepelbagaian ekosistem TVET negara, sekali gus memastikan keputusan dasar dibuat secara menyeluruh, seimbang dan responsif terhadap tuntutan industri.Salah satu pindaan yang memberi kesan langsung kepada rakyat ialah peluasan pengiktirafan program latihan di luar NOSS bagi tujuan pembiayaan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).Melalui pindaan ini, Ketua Pengarah JPK diberi kuasa mengiktiraf program-program berkenaan berdasarkan penilaian dan syor jawatankuasa khas yang dilantik, bagi memastikan hanya program luar NOSS yang berkualiti, berwibawa, relevan dan berimpak tinggi layak menerima pengiktirafan.Peruntukan baharu di bawah RUU Akta 652 ini turut meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640].Melalui gelaran Pakar Kemahiran, Pakar Kemahiran Kanan dan Perunding Kemahiran, kepakaran dan kompetensi pekerja tempatan ini akhirnya diiktiraf secara rasmi melalui pindaan Akta 652.Dari sudut kawal selia, tempoh pentauliahan dipanjangkan daripada tiga tahun kepada sehingga tidak melebihi enam tahun berdasarkan prestasi.Pindaan Akta 652 turut menggariskan tatacara penggantungan dan pembatalan sijil pentauliahan yang lebih jelas dan holistik.Pendekatan ini bagi mengukuhkan integriti, meningkatkan ketelusan dan memantapkan keyakinan industri terhadap Pusat Bertauliah (PB) yang menjadi tunjang Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).Satu lagi pembaharuan besar adalah Sijil Kemahiran Modular Malaysia (SKMM) diperkenalkan bagi laluan latihan fleksibel yang memberi peluang kepada belia, pekerja dan pelbagai golongan untuk meningkatkan kemahiran secara berperingkat mengikut keperluan industri.Lebih daripada sekadar pindaan undang-undang, RUU ini adalah strategi nasional untuk memperkukuh bakat tempatan, meningkatkan kebolehpasaran pelatih SPKM serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan kemahiran.Ia selaras dengan Dasar TVET Negara 2030, NIMP 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-13 yang menekankan pembangunan bakat sebagai tunjang daya saing negara.Dengan reformasi menyeluruh ini, Malaysia berada di landasan tepat untuk muncul sebagai Hab TVET Serantau menjelang 2030, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi berasaskan kompetensi yang mampu bersaing di pentas global.





Pindaan Akta 652 bakal ubah landskap kemahiran negara - Sinarharian - 16/12 2:55 pm

KUALA LUMPUR - Dalam era yang dipacu ledakan teknologi, digitalisasi dan perubahan struktur ekonomi global, Malaysia sedang melakar detik penting dalam reformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 atau RUU Akta 652 yang telah di baca di Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.Pindaan itu dilaksanakan selepas hampir dua dekad, Akta 652 menjadi teras pembangunan tenaga mahir negara dengan lebih 2.5 juta rakyat Malaysia telah berjaya dipersijilkan melalui Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia sejak 2006.Reformasi program latihan kemahiran tersebut bukan sahaja menjamin akses latihan yang lebih luas kepada rakyat, malah memastikan industricmemperoleh tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyokong ekonomi negara.Pindaan utama Akta 652 ialah peluasan keanggotaan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang kini turut merangkumi kementerian strategik seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta penyertaan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).Penstrukturan ini menjadikan MPKK lebih inklusif dan mencerminkan kepelbagaian ekosistem TVET negara, sekali gus memastikan keputusan dasar dibuat secara menyeluruh, seimbang dan responsif terhadap tuntutan industri.Salah satu pindaan yang memberi kesan langsung kepada rakyat ialah peluasan pengiktirafan program latihan di luar NOSS bagi tujuan pembiayaan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).Melalui pindaan ini, Ketua Pengarah JPK diberi kuasa mengiktiraf program-program berkenaan berdasarkan penilaian dan syor jawatankuasa khas yang dilantik, bagi memastikan hanya program luar NOSS yang berkualiti, berwibawa, relevan dan berimpak tinggi layak menerima pengiktirafan.Peruntukan baharu di bawah RUU Akta 652 ini turut meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640].Melalui gelaran Pakar Kemahiran, Pakar Kemahiran Kanan dan Perunding Kemahiran, kepakaran dan kompetensi pekerja tempatan ini akhirnya diiktiraf secara rasmi melalui pindaan Akta 652.Dari sudut kawal selia, tempoh pentauliahan dipanjangkan daripada tiga tahun kepada sehingga tidak melebihi enam tahun berdasarkan prestasi.Pindaan Akta 652 turut menggariskan tatacara penggantungan dan pembatalan sijil pentauliahan yang lebih jelas dan holistik.Pendekatan ini bagi mengukuhkan integriti, meningkatkan ketelusan dan memantapkan keyakinan industri terhadap Pusat Bertauliah (PB) yang menjadi tunjang Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).Satu lagi pembaharuan besar adalah Sijil Kemahiran Modular Malaysia (SKMM) diperkenalkan bagi laluan latihan fleksibel yang memberi peluang kepada belia, pekerja dan pelbagai golongan untuk meningkatkan kemahiran secara berperingkat mengikut keperluan industri.Lebih daripada sekadar pindaan undang-undang, RUU ini adalah strategi nasional untuk memperkukuh bakat tempatan, meningkatkan kebolehpasaran pelatih SPKM serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan kemahiran.Ia selaras dengan Dasar TVET Negara 2030, NIMP 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-13 yang menekankan pembangunan bakat sebagai tunjang daya saing negara.Dengan reformasi menyeluruh ini, Malaysia berada di landasan tepat untuk muncul sebagai Hab TVET Serantau menjelang 2030, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi berasaskan kompetensi yang mampu bersaing di pentas global.




Reformasi     >>



Zahid: Api marak, jangan simbah minyak - Mkini
Presiden Umno memberi maklum balas terhadap kenyataan berkait keputusan mahkamah tolak Najib jalani tahanan di rumah.
Kroni     >>



Ahmad Zahid ingatkan jangan simbah minyak pada api .. - Utusan
PETALING JAYA: ‘Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak’. Demikian peringatan tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin DAP, susulan keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini yang memutuskan Titah ..
Tabloid     >>



Coach Cerai Jelas Hubungan Dengan Uqasha Senrose, .. - Murai
Nampaknya isu perceraian antara aktres Uqasha Senrose dan aktor Kamal Adli masih lagi menjadi bualan hangat ramai selepas munculnya sosok seorang individu yang dikenali sebagai “Coach Cerai”. Menerusi platform Threads, Coach Cerai, atau nama sebenarnya Mohd Izary Ikhbal tampil ..
Tech     >>



Through gritted teeth, Apple and Google allow .. - Theregister
PLUS: Debian supports Chinese chips ; Hong Kongs Christmas Karaoke crackdown; Asahi admits it should have prevented hack; And more! APAC in Brief Google and Apple last week started to allow developers of mobile applications to distribute their wares through third-party app stores and accept payments ..
World     >>



US envoy Witkoff calls Ukraine talks productive - Star
WEST PALM BEACH, Florida, Dec 21 (Reuters) - Talks held between U.S., European and Ukrainian officials over the last three days in Florida aimed at ending Russia's war in Ukraine were productive and focused on aligning positions, U.S. special envoy Steve Witkoff said on Sunday. Read full story
Motor Trend     >>



Motosikal Rasmi: Vespa Officina 8 Lancar Di Malaysia .. - Mekanika
# RASMI: VESPA OFFICINA 8 LANCAR DI MALAYSIA - DARI RM22,000 **Sempena meraikan pembukaan Casa Della Vespa (House of Vespa) di Pulau Pinang, Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan Vespa Officina 8 untuk pasaran tempatan.** Vespa Officina 8 hadir menerusi ..