| /// |
|
| Search : Lapangan Terbang Antarabangsa News | Page 1 |
|
Kes dadah babit juruterbang: Tempatkan anggota polis bersama AVSEC di lapangan terbang - Utusan - 5/08 4:23 pm PUTRAJAYA: Beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan dalam kadar segera melibatkan keselamatan penerbangan iaitu dengan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) di lapangan terbang, susulan kes penahanan membabitkan seorang pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAG) di Indonesia minggu lalu kerana disyaki menyeludup dadah |
|
Kerajaan masih teliti penghantaran pulang 5,000 pelarian ke Myanmar - Mygazette - 5/08 4:22 pm # Kerajaan masih teliti penghantaran pulang 5,000 pelarian ke Myanmar PUTRAJAYA Kerajaan masih meneliti cadangan penghantaran pulang 5,000 pelarian Rohingya ke negera asal, Myanmar dengan aspek keselamatan dan risiko terhadap nyawa mereka menjadi keutamaan sebelum sebarang keputusan dibuat |
|
“Apa Masalahnya? Your Problem Is My Business!” – Ketua .. - Mygazette - 5/08 4:22 pm # "Apa Masalahnya? Your Problem Is My Business!" - Ketua Menteri Sayang Rakyat Menjelajah DUN Duyong Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyantuni penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menerusi program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bagi melihat sendiri keadaan di lapangan, mendengar secara langsung isu dan keperluan rakyat, selain menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan |
|
Dadah: Anggota polis ditempatkan dalam Pasukan Keselamatan Penerbangan - Mygazette - 5/08 4:22 pm Mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan beberapa tindakan menyeluruh perlu kita ambil bagi memastikan semua kelompangan dapat ditutup dengan segera," katanya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan hari ini berkata, pihaknya mengenal pasti seorang kakitangan beruniform yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyiasat punca dadah dibawa oleh seorang pembantu juruterbang berjaya melepasi tapisan keselamatan di sana |
|
Buletin Dji Lancar Mic Mini 2s Untuk Pasaran Malaysia – Harga Mula .. - Mekanika - 5/08 4:22 pm # DJI LANCAR MIC MINI 2S UNTUK PASARAN MALAYSIA - HARGA MULA RM419 **DJI memperkenalkan mikrofon wayarles terbaharunya, DJI Mic Mini 2S, ke pasaran Malaysia dengan pelbagai peningkatan yang disasarkan kepada pencipta kandungan profesional mahupun amatur.** Peranti bersaiz kompak itu menjadi model pertama dalam siri Mic Mini yang menawarkan rakaman dalaman terbina dalam, sekali gus memberi lebih keyakinan kepada pengguna untuk merakam audio tanpa bimbang kehilangan fail penting |
|
MAG diarah semak semula protokol saringan juruterbang - Sinarharian - 5/08 4:06 pm PUTRAJAYA - Malaysia Aviation Group (MAG) diarahkan menyemak semula protokol saringan latar belakang dan kesihatan juruterbang serta pembantu juruterbang susulan penahanan seorang penolong juruterbang Malaysia Airlines (MAS) di Jakarta yang dipercayai terbabit dalam cubaan menyeludup dadah.Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, arahan itu diputuskan Jemaah Menteri selepas menerima taklimat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan berhubung insiden berkenaan.Menurutnya, semakan itu perlu dibuat dengan mengambil kira insiden yang berlaku bagi memastikan sistem saringan sedia ada terus relevan dan mampu mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang."MAGdiminta untuk melihat semula protokol mereka, dari segi saringan latar belakang dan juga saringan kesihatan bagi juruterbang serta pembantu juruterbang mengambil kira insiden yang telah berlaku," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Rabu.Beliau berkata, kerajaan turut memutuskan supaya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan bersama pasukan Aviation Security di lapangan terbang bagi memperkukuh kawalan keselamatan.Selain itu, katanya, KDN dan PDRM turut diarahkan mengenal pasti serta menutup sebarang kelompangan dalam sistem keselamatan penerbangan yang berpotensi dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.Media sebelum ini melaporkan seorang penolong juruterbang Malaysia Airlines ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta selepas disyaki cuba menyeludup 26 kg dadah jenis ekstasi.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaPDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di IndonesiaKes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa IndonesiaJuruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIAJuruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesanKes dadah juruterbang Malaysia: MAHB beri kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasaKes juruterbang seludup dadah: SOP keselamatan lapangan terbang diteliti semulaMengulas lanjut, Fahmi berkata, kerajaan masih menunggu laporan penuh berhubung kes itu sebelum memutuskan sama ada terdapat keperluan untuk mengambil tindakan tambahan."Kita baru menerima laporan lisan daripada Menteri Pengangkutan dan Menteri Dalam Negeri |
|
Juruterbang Malaysia ditahan: Kerajaan arah tutup segera kelompangan di lapangan terbang - Sinarharian - 5/08 3:12 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengarahkan semua kelompangan dalam sistem keselamatan penerbangan negara dikenal pasti dan ditutup segera susulan insiden penahanan penolong juruterbang Malaysia Airlines (MAS) di Jakarta, bagi mengelakkan kelemahan sedia ada terus dieksploitasi kegiatan jenayah.Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri menerima taklimat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan mengenai insiden berkenaan dalam mesyuarat Kabinet.Menurutnya, langkah tersebut merupakan penambahbaikan segera segera bagi memperkukuh kawalan keselamatan di lapangan terbang serta sistem saringan terhadap kru penerbangan."Pertama, yang melibatkan aviation security, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu ditempatkan kerana pada waktu ini pasukan yang menguruskan adalah daripada kalangan polis bantuan."Malaysia Airlines Group (MAG) juga akan diminta menyemak semula protokol saringan latar belakang dan juga saringan kesihatan bagi juruterbang serta pembantu juruterbang selepas mengambil kira insiden yang telah berlaku," katanya pada sidang akhbar mingguan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Rabu.Media sebelum ini melaporkan seorang penolong juruterbang MAS ditahan pihak berkuasa Indonesia di Jakarta selepas disyaki terbabit dalam cubaan menyeludup dadah |
|
Malaysia-Indonesia bangunkan model pembelajaran kerja untuk perkasa pekerja migran - Sinarharian - 5/08 3:06 pm KUALA LUMPUR Kerjasama pendidikan antara Malaysia dan Indonesia diperkukuh menerusi pembangunan model Integrated Work-Based Learning Ecosystem (IWBLE) yang bertujuan meningkatkan kompetensi serta daya saing tenaga kerja Indonesia di peringkat antarabangsa.Inisiatif itu diperkenalkan menerusi Seminar Antarabangsa Integrated Work-Based Learning Ecosystem for Indonesian Migrant Workers: A Human Capital Development Framework yang dianjurkan bersama Innovative University College (IUC), Sekolah Tinggi Teknologi Bina Tunggal dan Forum Komunikasi Lembaga Pelatihan dengan Industri Daerah Jawa Barat di pejabat IUC di sini pada Selasa.Model IWBLE menggabungkan peranan institusi pendidikan, industri, kerajaan, teknologi serta latihan vokasional dalam membentuk ekosistem pembangunan sumber manusia yang lebih mampan, inklusif dan berorientasikan keperluan pasaran kerja global.Pengarah program IWBLE dari IUC, Mejar (B) Mohd Yusri Abdul Rahim berkata, program Work Based Learning (WBL) memberi peluang kepada peserta mengikuti pengajian akademik sambil memperoleh pengalaman kerja sebenar dalam industri.Menurutnya, peserta WBL dipilih melalui proses saringan bersama pihak universiti dan industri sebelum mengikuti program yang menggabungkan pembelajaran teori dengan latihan praktikal."Peserta WBL menjalani pembelajaran akademik selama tiga tahun sambil bekerja dalam industri |
|
Lee Lam Thye Gesa Semak Prosedur Saringan Di KLIA Susulan Penahanan Juruterbang - Mydateline - 5/08 2:28 pm Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat menggesa pihak berkuasa berkaitan untukmenjalankan semakanmenyeluruh terhadap prosedur saringan keselamatan sedia ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan penahanan .. |
|
Sempena F1 Di Malaysia, JKR Daerah Sepang Dapat RM17.5 Juta Untuk Baik Pulih Jalan Raya - Vocket - 5/08 1:03 pm Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan infrastruktur jalan raya bersempena dengan penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 yang bakal berlangsung pada.. |
|
Pemburu haram negara jiran sasar Harimau Malaya - Sinarharian - 5/08 11:35 am KUALA LUMPUR - Sempadan darat di utara tanah air menjadi laluan utama pemburu haram dari luar negara, terutamadariVietnam untuk menyusup masuk bagi memburu spesies hidupan liar terancam negara ini antaranya Harimau Malaya.Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, sindiket ini menggunakan 'laluan tikus' untuk melepasi sempadan negara sebelum menceroboh hutan-hutan simpan yang dipercayai menjadi habitat hidupan liar yang menjadi sasaran mereka."Apabila berjaya masuk, mereka sanggup menetap dan berkhemah di dalam hutan berkenaan dalam tempoh yang panjang, malah boleh melebihi enam bulan."Masa yang panjang ini diperlukan untuk mereka mencari kenalan sindiket di Malaysia, mengumpul hasil buruan, dan seterusnya membawa pulang spesies tersebut untuk dipasarkan di negara asal berikutan permintaan yang sangat tinggi di sana," katanya kepada Bernama.Beliau berkata, spesies haiwan terancam seperti Harimau Malaya yang kini dipercayai hanya tinggal 200 ekor di habitat liar terus menjadi sasaran paling utama pemburu haram dari luar negara kerana nilainya yang amat tinggi di pasaran gelap dengan seekor harimau mampu mencecah harga hingga RM500,000.Beliau mendedahkan selain Harimau Malaya, pemburu haram juga menyasarkan gajah, tenggiling, rusa, burung enggang, pelbagai spesies burung eksotik, reptilia serta beberapa spesies primat yang dilindungi susulan permintaan tinggi di pasaran gelap."Selain haiwan hidup, sindiket turut menyasarkan bahagian atau produk berasaskan hidupan liar seperti gading, sisik tenggiling, taring, kulit dan bahagian lain yang mempunyai nilai pasaran tinggi."Setiap spesies mempunyai nilai yang berbeza mengikut permintaan pasaran domestik dan antarabangsa, oleh itu WCB/PSK sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan melalui risikan serta kerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengesan sebarang ancaman terhadap spesies yang dilindungi," katanya.Beliau berkata, pemburu haram berkenaan akan membawa keluar hasil buruan mereka untuk dijual di negara lain kerana permintaan dan harga yang tinggi berbanding dijual di sini berikutan terdapat permintaan bagi makanan eksotik dan perubatan tradisional.Mohd Zaki berkata, berdasarkan risikan dan trend semasa permintaan terhadap produk hidupan liar juga kini tidak lagi terhad kepada penggunaan bagi perubatan tradisional, malah terdapat sebahagian produk hidupan liar diperdagangkan sebagai barangan koleksi, hiasan, aksesori, trofi, cenderamata eksklusif atau simbol status."Perkembangan platform e-dagang dan media sosial turut memudahkan urus niaga dijalankan secara lebih tertutup serta merentas sempadan," katanya.Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata bagi menangani isu pemburuan haram, pihaknya meningkatkan usaha penguatkuasaan melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perhutanan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).Sejak 2019 hingga Mei lepas, beliau berkata operasi berkenaan berjaya memusnahkan sejumlah 2,851 jerat dan menahan sebanyak 1,230 individu dengan nilai sitaan berjumlah RM416.3 juta."Kejayaan terbesar OBK ialah menumpaskan sindiket pemburuan hidupan liar terbesar melibatkan warga Vietnam pada 2023 yang dihukum denda RM128.9 juta serta penjara selama lapan tahun enam bulan kepada tiga pesalah berkenaan yang merupakan antara hukuman paling berat dikenakan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]," katanya.Beliau berkata dalam memperkasakan usaha menyokong pelaksanaan rondaan dan penguatkuasaan secara menyeluruh, Perhilitan telah melantik secara kontrak 1,950 Ranger Komuniti (RK) yang terdiri daripada veteran Angkatan Tentera Malaysia, Orang Asli dan orang awam melalui Program Perlindungan Biodiversiti dan Rondaan (BP3) pada tahun ini.Abdul Kadir berkata, daripada jumlah itu, sebanyak1,075 RK terdiri daripada Orang Asli, sekali gus membuktikan mereka turut memainkan peranan penting dalam melindungi khazanah negara ini."Mereka (RK) ditempatkan di 203 pos kawalan termasuk pos kerjasama strategik dengan rakan NGO, sekali gus memperluas jaringan perlindungan di kawasan sensitif di seluruh Semenanjung."Tugas dan peranan utama RK ialah menjalankan rondaan penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar oleh warga tempatan dan asing serta sindiket terancang di dalam kawasan perlindungan jabatan serta Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terlibat," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, Perhilitan sedang membangunkan aplikasi bagi mempercepat proses analisis data daripada perangkap kamera dalam usahamenjaga hidupan liar, terutama daripada spesies terancam.Abdul Kadir berkata, aplikasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) berupaya mengenal pasti spesies dengan lebih pantas, termasuk membezakan Harimau Malaya berdasarkan corak belangnya yang akan meningkatkan kecekapan pemantauan populasi dan menyokong usaha pemuliharaan spesies terancam secara lebih berkesan.Menurut beliau, jabatan berkenaan memanfaatkan pelbagai jenis teknologi lain antaranya pemasangan kolar satelit pada individu hidupan liar terpilih bagi memantau pergerakan secara masa nyata yang membolehkan pelaksanaan Sistem Amaran Awal bagi memaklumkan pihak berkaitan dan komuniti setempat sekiranya hidupan liar menghampiri kawasan petempatan untuk mengurangkan konflik manusia-hidupan liar."Teknologi lain yang digunakan antaranya melibatkan pemasangan perangkap kamera bagi mencerap kehadiran spesies, memantau trend populasi hidupan liar serta merekod sebarang aktiviti pencerobohan di kawasan hutan, dron turut digunakan bagi pemantauan udara di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot kemalangan hidupan liar," katanya.- Bernama |
|
Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati di Indonesia - Mkini - 5/08 10:05 am Sementara itu, polis Indonesia masih menahan suspek yang dakwa dirinya keldai dadah dan ditangkap di lapangan terbang Surabaya. |
|
PM Anwar: Pengiktirafan Sharifah Hapsah harumkan nama Malaysia di persada antarabangsa - Mydateline - 5/08 9:15 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Prof |
|
Art of Speed 2026 Pecah Rekod, Buktikan Budaya Kustom Terus Berkembang di Malaysia - Careta - 5/08 8:11 am Tarikan Antarabangsa Jadi Perhatian Salah satu kekuatan utama Art of Speed ialah kehadiran tokoh-tokoh terkenal dunia dalam industri automotif kustom |
|
PDRM siasat rakyat Malaysia ditahan bawa dadah ke Surabaya - Mygazette - 5/08 8:07 am # PDRM siasat rakyat Malaysia ditahan bawa dadah ke Surabaya SHAH ALAM - Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, Indonesia atas dakwaan terlibat dalam pengedaran dadah, susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines di Jakarta baru-baru ini |
|
Aset dipulihkan 1MDB cecah RM31.3 bilion, melebihi tuntutan RM24 bilion .. - Mygazette - 5/08 8:07 am # Aset dipulihkan 1MDB cecah RM31.3 bilion, melebihi tuntutan RM24 bilion - Shafee KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Dr |
|
Mangsa rugi RM29 juta rayu AGC siasat semula skim pelaburan bawah... - Mygazette - 5/08 8:07 am # Mangsa rugi RM29 juta rayu AGC siasat semula skim pelaburan bawah Seksyen 420 PUTRAJAYA - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti semula siasatan terhadap satu skim pelaburan yang didakwa memperdaya lebih 100 pelabur sehingga mengakibatkan kerugian melebihi RM29 juta |
|
Di mana kelompongan penguatkuasaan dalam sindiket hidupan liar? - Utusan - 5/08 8:00 am ABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sering digambarkan sebagai agensi yang mempunyai keupayaan penguatkuasaan kukuh |
|
RM1.1 juta ganjaran untuk wira-wirawati Sukan Komanwel Glasgow - Sinarharian - 4/08 9:34 pm SEPANG - Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.1 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebagai ganjaran kepada atlet kontinjen Malaysia yang berjaya meraih pingat pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, peruntukan itu merupakan tanda penghargaan terhadap pengorbanan, komitmen serta kejayaan atlet yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.Beliau berkata, pemenang pingat emas akan menerima imbuhan sebanyak RM80,000, manakala tambahan RM10,000 diberikan kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod temasya."Pingat perak pula menerima RM40,000 dan pingat gangsa sebanyak RM20,000," katanya ketika berucap pada majlis sambutan kepulangan wira dan wirawati negara Glasgow 2026 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.Mengulas lanjut, beliau berkata, Majlis Sukan Negara (MSN) kini sedang mengadakan perbincangan bagi meningkatkan kadar ganjaran SHAKAM menerusi penambahan dana daripada pihak korporat.Malaysia menutup kempen di Glasgow dengan pencapaian melebihi sasaran apabila membawa pulang lapan pingat emas, tiga perak dan lima gangsa.Sementara itu, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia Datuk Awalan Abdul Aziz berkata, pingat emas sememangnya menjadi sasaran dalaman skuad boling padang, namun ia tidak ditetapkan sebagai sasaran rasmi bagi mengelakkan tekanan berlebihan terhadap atlet.Beliau berkata pencapaian skuad boling padang yang meraih dua pingat perak dan dua gangsa di Glasgow merupakan peningkatan berbanding edisi Birmingham 2022 yang menyaksikan pasukan negara membawa pulang satu pingat perak dan satu pingat gangsa.Secara keseluruhan, beliau menzahirkan rasa syukur atas kejayaan kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran bagi setiap warna pingat hasil kerja keras atlet serta barisan kejurulatihan |
|
Azizul tunggu isyarat ke LA 2028 - Kosmo - 4/08 9:04 pm SEPANG Misi Datuk Azizulhasni Awang di pentas antarabangsa mungkin belum berakhir, namun jaguh berbasikal trek negara itu menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) serta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk menentukan sama ada khidmatnya masih diperlukan |
|
Sembunyi dadah sebalik bengkung, lelaki Malaysia ditahan di Indonesia - FMT - 4/08 7:31 pm Suspek ditahan dengan hampir satu kilogram syabu dan lebih 1,000 biji pil ekstasi bernilai RM658,460 selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Jawa Timur. |
|
Penyanyi imzoo Lancar Single Kolaborasi “waiting for u” Bersama will hyde - Murai - 4/08 7:00 pm Penyanyi dan penulis lagu Korea, imzoo melancarkan kolaborasi antarabangsa pertamanya, “waiting for u” bersama penyanyi dan penulis lagu Australia, will hyde |
|
Impian Nik Haziera jadi atlet para lawan pedang akhirnya tercapai - Sinarharian - 4/08 6:43 pm TEMERLOH Impian atlet para lawan pedang negara, Nik Haziera Saffiya Nik Husmadi untuk mengembangkan bakat dalam arena sukan akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau secara rasmi dipilih sebagai Atlet Program Latihan Pelapis Kebangsaan.Perkembangan itu diumumkan ketika kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari ke kediaman atlet berusia 18 tahun itu di Temerloh baru-baru ini bagi menyampaikan sendiri kontrak lantikannya selain memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan keluarga.Pelantikan tersebut membuka lembaran baharu buat Nik Haziera yang sebelum ini mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila kisah ketabahannya bangkit daripada tragedi kemalangan sehingga kehilangan kaki kanan menjadi inspirasi ramai.Dalam kunjungan berkenaan, Dr Mohammed Taufiq turut memaklumkan bahawa Nik Haziera akan mengikuti pakej latihan sepenuh masa sebagai persediaan mempertingkatkan prestasi dan mengembangkan potensinya di peringkat lebih tinggi.Pelantikan Nik Haziera sebagai Atlet Pelapis Kebangsaan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja berkaitan pada 27 April lalu, manakala sukan para lawan pedang turut diputuskan menjalani latihan secara sepenuh masa mulai tahun ini susulan pencapaian memberangsangkan di Sukan Para ASEAN sebelum ini.Malah, beliau juga telah menyertai Kem Fasa 1 Sukan Para ASEAN 2027 yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan sebagai persediaan awal menghadapi temasya dwitahunan itu.Sebelum ini, akhbar melaporkan Nik Haziera menyimpan impian untuk bergelar atlet negara walaupun dalam masa sama membantu kakaknya, Nik Haznita mengusahakan perniagaan cendol bagi menampung kehidupan keluarga selepas kedua-dua mereka kehilangan kaki kanan akibat kemalangan jalan raya.Kisah kecekalan dua beradik itu mengundang perhatian ramai apabila mereka memilih untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan berniaga cendol demi membantu meringankan beban keluarga, sambil Nik Haziera terus mengejar cita-citanya dalam sukan para lawan pedang.Kunjungan Menteri Belia dan Sukan itu sekali gus menjadi simbol sokongan kerajaan terhadap pembangunan atlet para serta membuktikan bahawa kesungguhan dan semangat juang mampu membuka ruang kepada atlet berpotensi untuk terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Sofian Hamzah dan Pengarah Bahagian Para MSN, Shukri Harun. |
|
JSJN, pihak berkuasa kerjasama siasat kes lelaki ditahan seludup dadah di Indonesia - Sinarharian - 4/08 6:22 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk di lapangan terbang negara dalam menjalankan siasatan susulan seorang lagi warga Malaysia ditahan menyeludup dadah di Indonesia.Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Sidoarjo selepas tiba dengan penerbangan Batik Air dari Kuala Lumpur ke Surabaya.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung penahanan suspek itu daripada pihak berkuasa negara berkenaan."Lelaki berasal dari Johor itu ditahan bersama empat bungkusan yang mengandungi satu kilogram (kg) syabu dan empat bungkusan kira-kira 1,000 pil estacy (MDMA)."Bungkusan itu dibalut dan dilekatkan pada badannya |
|
Lelaki Dari Johor Ditahan Di Lapangan Terbang Indonesia Kes Seludup Dadah, Kali Ini Balut Di Badan - Ohmedia - 4/08 6:10 pm Warga Malaysia ditahan di Indonesia selepas didakwa cuba seludup dadah yang dibalut pada badan |
|
SUARA PEMBACA Seruan untuk lindungi hidupan liar melalui penguatkuasaan lebih menyeluruh - Harapandaily - 4/08 6:05 pm OLEH ANNA J Perdagangan hidupan liar kini tidak lagi dilakukan secara bersendirian atau berskala kecil |
|
Lagi kes rakyat Malaysia ditahan seludup hampir 1kg dadah ke Indonesia - Harapandaily - 4/08 5:34 pm Selepas kes seorang juruterbang Malaysia Airlines ditahan atas kes penyeludupan dadah, seorang lagi rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas menemui hampir satu kilogram (kg) dadah yang disembunyikan di dalam korset yang dipakainya |
|
Lagi warga Malaysia ditahan seludup dadah di lapangan terbang Indonesia - Hmetro - 4/08 4:48 pm Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang warga Malaysia berusia 22 tahun selepas didakwa menemui hampir satu kilogram (kg) methamphetamine dan lebih 1,000 pil ekstasi yang disembunyikan di bawah korset di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Sidoarjo |
|
Juruterbang ditahan di Jakarta: MP kepong gesa dedahkan rakaman CCTV suspek di KLIA - Sinarharian - 4/08 4:46 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa pihak berkuasa mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pemeriksaan dijalankan terhadap seorang juruterbang yang ditahan di Indonesia kerana disyaki menyeludup 25 kilogram dadah ke negara itu.Menurutnya, gesaan itu dibuat selepas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan bahawa warga Malaysia berusia 39 tahun itu telah melepasi pemeriksaan keselamatan wajib di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang ditahan di Jakarta: Dadah dipercayai dibawa dari KL sebelum transit di Kota KinabaluPolis kenal pasti staf lapangan terbang dikaitkan kes juruterbang ditahan di JakartaJuruterbang Malaysia ditahan di Indonesia, dadah diambil dari apartmen di AmpangJuruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaKes dadah juruterbang Malaysia: Pegawai penyiasat JSJN ke Jakarta bantu siasatanKastam Indonesia dedah rakaman CCTV percubaan juruterbang Malaysia seludup dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIA"Jika benar semua prosedur keselamatan telah dipatuhi, tiada alasan untuk rakaman CCTV ketika suspek menjalani pemeriksaan dan bagasinya diimbas di KLIA tidak didedahkan kepada umum."Rakyat tidak sepatutnya diminta menerima kenyataan rasmi semata-mata sebaliknya, rakaman CCTV itu merupakan bukti paling jelas untuk menunjukkan bagaimana pemeriksaan tersebut dijalankan dan sama ada semua prosedur keselamatan benar-benar dipatuhi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ahli politik DAP itu berkata, mana-mana bahagian sensitif dalam rakaman itu boleh dikaburkan tanpa menyembunyikan keseluruhan proses pemeriksaan."Saya menggesa pihak berkuasa menyiarkan rakaman CCTV yang berkaitan dengan segera, secara penuh dan tanpa sebarang suntingan yang boleh menjejaskan konteks kejadian."Ketelusan akan melindungi keyakinan rakyat terhadap keselamatan KLIA |
|
Satu lagi kes dadah libatkan rakyat Msia di Indonesia - Mkini - 4/08 4:43 pm Seorang lelaki 22 tahun ditahan di lapangan terbang di Surabaya kerana disyaki menyeludup dadah bernilai RM660,000. |
|
KLIA lebih ‘diminati’ sindiket sebagai transit bunga ganja ke .. - Mygazette - 4/08 4:16 pm # KLIA lebih 'diminati' sindiket sebagai transit bunga ganja ke Eropah SHAH ALAM - Permintaan tinggi dadah melibatkan bunga ganja di benua Eropah dipercayai menjadi faktor utama lonjakan aktiviti penyeludupan barang terlarang itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) |
|
Juruterbang peroleh dadah dari Ampang, terbang ke KK sebelum Jakarta .. - Mygazette - 4/08 4:16 pm Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu berkata, suspek mendaftar masuk bagasi terbabit lebih awal sebelum berlepas. "Suspek dipercayai ambil dadah itu dari sebuah apartmen di Ampang, Selangor sebelum melakukan _early check in_ bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kemudian ada penerbangan ke Kota Kinabalu (KK) pagi itu |
|
Rampasan dadah meningkat 6 kali ganda berbanding tahun lalu - Mygazette - 4/08 4:16 pm # Rampasan dadah meningkat 6 kali ganda berbanding tahun lalu SHAH ALAM - Statitik rampasan dadah dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) catat peningkatan enam kali ganda kepada 1.3 tan berbanding hanya 235 kilogram (kg) bagi tempoh sama tahun lalu |
|
Malaysia tidak seharusnya tanggung beban pelarian sendirian -Pakar - Mygazette - 4/08 4:16 pm # Malaysia tidak seharusnya tanggung beban pelarian sendirian -Pakar KUALA LUMPUR - Malaysia telah memikul sebahagian besar tanggungjawab terhadap pelarian di rantau ini sejak berdekad-dekad lalu meskipun bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951, menurut pakar undang-undang antarabangsa Prof Dr Salawati Mat Basir |
|
Saringan, imbasan bagasi kesan dadah di KLIA perlu dipertingkatkan – .. - Mygazette - 4/08 4:16 pm # Saringan, imbasan bagasi kesan dadah di KLIA perlu dipertingkatkan - Hussein SHAH ALAM - Taktik penyeludupan dadah yang menggunakan laluan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipertingkatkan terutama di bahagian saringan dan imbasan bagasi |
|
Saman 1MDB: Peguam Najib cabar kredibiliti penyiasat kewangan antarabangsa .. - Mygazette - 4/08 4:16 pm # Saman 1MDB: Peguam Najib cabar kredibiliti penyiasat kewangan antarabangsa KUALA LUMPUR - Pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan kes saman 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mencabar kredibiliti seorang penyiasat kewangan antarabangsa dengan mendakwa beliau bukan saksi pakar dalam prosiding itu |
|
RCI TH: Bekas pengurus lapangan direman disyaki terlibat seleweng kontrak bekalan anak benih nilai RM8 JUTA - Utusan - 4/08 4:13 pm PUTRAJAYA: Seorang bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekalan anak benih pokok getah di Lembah Klang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng kontrak pembekalan anak benih kepada anak syarikat sebuah badan berkanun yang terlibat sektor perladangan bernilai kira-kira RM8 juta |
|
Ketengahkan Rasa ‘Asam Pedas’, Pengasas Mokky’s Pizza Raih Tempat Ke-3 Pertandingan Antarabangsa - Vocket - 4/08 4:08 pm Sebuah detik bersejarah dan penuh kebanggaan buat jenama Malaysia apabila salah seorang Pengasas Mokky’s Pizza, Muhamad Shahmi, berjaya meraih Tempat Ketiga dalam pertandingan kulinari California.. |
|
Orang dalam antara fokus siasatan sindiket dadah di KLIA - Kosmo - 4/08 3:45 pm SHAH ALAM – Penglibatan orang dalam antara aspek yang diteliti selepas mendapati sindiket terus menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai laluan utama penyeludupan bahan terlarang itu |
|
Kakitangan KLIA Ditahan, Disyaki Terlibat Kes Juruterbang Seludup 25 Kilogram Ekstasi Ke Jakarta - Beautifulnara - 4/08 3:29 pm Seorang kakitangan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang disyaki mempunyai kaitan dengan kes penahanan seorang juruterbang Malaysia yang cuba menyeludup 25 kilogram dadah jenis ekstasi ke Jakarta, Indonesia |
|
Seruan Reformasi Hentikan Dalih Perbaiki Kekurangan - Wrlr - 4/08 2:52 pm Usah pinggirkan jentera tempatan yang akhirnya bertindak merajuk di bilik gerakan dan memaksa parti bergantung kepada pelancong politik yang hanya tahu merakam gambar sebagai bukti kerja |
|
Kemungkinan wujud 'orang dalam' bantu sindiket seludup dadah di KLIA - Polis - Sinarharian - 4/08 2:49 pm SHAH ALAM Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti kemungkinan wujud penglibatan 'orang dalam' yang membantu sindiket pengedaran dadah menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai laluan untuk menyeludup dadah ke luar negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan itu antara aspek yang sedang diberikan perhatian susulan peningkatan cubaan sindiket menggunakan KLIA bagi membawa keluar dadah.Menurutnya, sindiket bukan melihat KLIA sebagai lokasi yang mudah ditembusi, sebaliknya mengambil kesempatan terhadap sebarang kelonggaran yang mungkin wujud."Kalau hendak kata mudah, tidak, mungkin ada kelonggaran tertentu yang digunakan oleh sindiket untuk membawa keluar dadah melalui KLIA."Walaupun banyak rampasan dan tangkapan dibuat oleh PDRM bersama pihak berkuasa lapangan terbang, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia, masih ada cubaan membawa keluar dadah melalui KLIA," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika mengulas persepsi sindiket yang dilihat terus menjadikan KLIA sebagai laluan utama penyeludupan dadah.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan jumlah dadah yang dirampas di KLIA sepanjang Januari hingga Julai tahun ini meningkat hampir enam kali ganda kepada 1.3 tan berbanding 235 kilogram bagi tempoh sama tahun lalu.Peningkatan itu turut menyaksikan nilai rampasan melonjak kepada kira-kira RM108 juta berbanding RM18.4 juta bagi tempoh sama tahun 2025.Dalam pada itu Hussein, sindiket akan terus mengulangi percubaan kerana percaya sebahagian penghantaran mereka berjaya melepasi pemeriksaan."Mereka akan terus mencuba, kalau cuba 10 kali, mungkin dua atau tiga kali berjaya, sebab itu mereka tidak pernah berputus asa."Mereka tahu ada cubaan yang berjaya melepasi kawalan, jadi mereka akan terus mengulangi percubaan membawa keluar dadah melalui KLIA."Ini antara aspek yang sedang dilihat oleh PDRM, termasuk sama ada wujud penglibatan orang dalam," katanya. |
|
5 Pembeli Terpantas Sambal Nyet Bilis KA Akan 'Terbang' Ke Itali - Siakapkeli - 4/08 2:39 pm 5 Pembeli Terpantas Sambal Nyet Bilis KA Akan 'Terbang' Ke Itali Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA) telah memperkenalkan |
|
Tempatkan unit K9 terlatih di lapangan terbang - Juruterbang - Sinarharian - 4/08 2:01 pm SHAH ALAM - Juruterbang, Mohd Ezairol Rezan Zainol mencadangkan pihak berkaitan menambah baik sistem saringan sedia ada termasuk mempertimbangkan penempatan anggota keselamatan bersama Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memperkukuh kawalan keselamatan di lapangan terbang.Beliau berkata, langkah itu penting bagi mengurangkan risiko objek atau bahan yang mencurigakan melepasi pemeriksaan dan menjadikan setiap penerbangan lebih selamat di masa hadapan.Menurutnya, sistem saringan bagasi diwujudkan bagi memastikan keselamatan penerbangan dengan mengesan bahan letupan, senjata atau barangan berbahaya."Selain itu, ia membantu mencegah penyeludupan dadah, barangan kontraband dan mata wang yang menyalahi undang-undang."Pemeriksaan itu juga memainkan peranan dalam aspek kesihatan dan biosekuriti, termasuk mengesan tumbuhan, haiwan atau produk makanan yang dilarang dibawa masuk ke sesebuah negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Pada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa menyeludup 25 kilogram dadah.Menurut bekas Jurulatih Penerbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, berdasarkan rakaman video yang tular, timbul persoalan mengenai bagaimana sebuah bagasi yang telah didaftarkan masuk boleh melepasi sistem saringan keselamatan."Memang tak dapat kesan sebab ikut video terkini, dia dah check in beg tersebut kat kaunter di luar |
|
Permintaan tinggi bunga ganja di Eropah jadikan KLIA sasaran sindiket - Sinarharian - 4/08 1:41 pm SHAH ALAM - Permintaan tinggi terhadap bunga ganja di negara-negara Eropah dikenal pasti menjadi antara faktor utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadikan sasaran sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk membawa keluar bahan terlarang itu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain permintaan yang meningkat, sindiket turut percaya KLIA mempunyai kelebihan tertentu berbanding lapangan terbang lain sebagai laluan transit ke Eropah."Daripada jumlah tangkapan dan rampasan yang dibuat, memang boleh dikatakan KLIA menjadi antara hab utama untuk membawa keluar bunga ganja ke Eropah."Bagaimanapun, kita tidak mahu mengulas secara terperinci mengenai prosedur keselamatan di lapangan terbang lain," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa.Menurut beliau, peningkatan permintaan bunga ganja di Eropah didorong oleh penggunaannya bagi tujuan perubatan di beberapa negara selain ekstraknya digunakan dalam produk vape.Hussein berkata, siasatan turut mendapati sindiket yang beroperasi mempunyai rangkaian antarabangsa selain rangkaian tempatan.Beliau berkata, polis percaya bekalan bunga ganja dibawa masuk ke Malaysia melalui laluan laut dan darat di bahagian utara Semenanjung sebelum dihantar ke pasaran luar negara."Kira-kira 80 peratus bekalan yang masuk ke Malaysia dibawa keluar semula ke pasaran luar negara seperti Indonesia, Filipina dan beberapa negara lain," katanya.Mengulas mengenai aspek keselamatan, Hussein berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama semua agensi berkaitan sedang meneliti penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) di KLIA."Sebelum ini, keutamaan pemeriksaan keselamatan lebih tertumpu kepada penyeludupan senjata api dan barangan terlarang."Bagaimanapun, kini semua pihak bersetuju supaya ancaman penyeludupan dadah turut dijadikan keutamaan dalam prosedur keselamatan di KLIA," katanya.Beliau menambah, polis tidak menganggap KLIA mudah ditembusi, namun mengakui sindiket sentiasa mencari dan mengeksploitasi sebarang kelonggaran yang wujud."Walaupun banyak tangkapan dan rampasan berjaya dilakukan, sindiket tidak pernah berputus asa dan akan terus mencuba membawa keluar dadah melalui KLIA," katanya. |
|
Rampasan dadah di KLIA meningkat hampir 6 kali ganda tahun ini - Sinarharian - 4/08 1:31 pm SHAH ALAM - Jumlah dadah yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sepanjang Januari hingga Julai tahun ini meningkat hampir enam kali ganda kepada 1.3 tan berbanding hanya 235 kilogram (kg) bagi tempoh sama tahun lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, peningkatan itu turut disertai lonjakan nilai rampasan kepada kira-kira RM108 juta berbanding RM18.4 juta pada tempoh sama tahun 2025.Menurutnya, bagi tempoh sama tahun ini, sebanyak 108 kes direkodkan di KLIA berbanding 54 kes tahun lalu, manakala jumlah tangkapan meningkat kepada 121 individu berbanding 57 individu."Seramai 42 warga asing turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah melalui KLIA."Peningkatan ini menunjukkan tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif hasil kerjasama strategik antara PDRM dengan pelbagai agensi di KLIA termasuk Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Polis Bantuan dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa.Hussein berkata, dalam Ops Khas KLIA Bilangan 1/2026, JSJN berjaya mengesan sembilan kes dengan penahanan 13 individu berusia antara 18 hingga 53 tahun yang disyaki berperanan sebagai keldai dadah.Katanya, mereka terdiri daripada tiga lelaki tempatan, dua wanita tempatan, enam lelaki warga asing dan dua wanita warga asing."Rampasan membabitkan 260kg bunga ganja dan satu kilogram kokain bernilai RM21.26 juta yang dianggarkan mampu menjejaskan kira-kira 525,000 penagih."Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.Beliau menegaskan PDRM tidak akan memberi ruang kepada mana-mana sindiket menjadikan KLIA atau pintu masuk negara sebagai laluan penyeludupan dadah."Kerjasama dengan semua agensi penguat kuasa sempadan akan terus diperkukuhkan bagi mengesan, memburu dan melumpuhkan sindiket sehingga ke akar umbi," katanya. |
|
Juruterbang ditahan di Jakarta: Dadah dipercayai dibawa dari KL sebelum transit di Kota Kinabalu - Sinarharian - 4/08 12:53 am SHAH ALAM - Dadah yang dirampas daripada seorang juruterbang warga Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia dipercayai dibawa dari ibu negara sebelum suspek berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah dan seterusnya ke Jakarta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengambil bekalan dadah itu dariSelangor sebelum membuat daftar masuk bagasi lebih awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)."Suspek dipercayai mengambil dadah itu dari sebuah apartmen di Ampang sebelum melakukan early check-in bagasi di KLIA dan menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu pada sebelah pagi."Laluan perjalanannya ialah dari KLIA ke Kota Kinabalu, kemudian kembali ke KLIA sebelum berlepas ke Jakarta pada malam yang sama, kita juga telah memperoleh kesan nombor telefon yang dihubungi suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.Menurut Hussein, PDRM kini memberi tumpuan kepada tiga aspek utama siasatan iaitu mengenal pasti sumber bekalan dadah di negara ini, meneliti bagaimana suspek boleh melepasi saringan keselamatan di KLIA serta mengesan rangkaian sindiket antarabangsa yang dipercayai terlibat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang juruterbang warga tempatan bersama seorang kru kabin ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki membawa beberapa jenis dadah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.Media Indonesia melaporkan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas sinar-X ke atas bagasi milik juruterbang berusia 39 tahun itu menemukan 14 bungkusan mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat 25.19 kilogram, selain satu bungkusan syabu seberat 2.75 gram dan sisa syabu seberat 0.08 gram dalam paip kaca.Dalam perkembangan sama, Hussein berkata, pihaknya turut meneliti kaedah yang digunakan POLRI untuk mengesan kegiatan penyeludupan itu."Kita masih mendapatkan maklumat bagaimana mereka berjaya mengesan kegiatan tersebut."Adakah mereka menggunakan sistem saringan, pemeriksaan fizikal, kombinasi kedua-duanya atau hasil risikan yang membawa kepada pemeriksaan secara rawak, semua itu sedang kita teliti," katanya.Beliau berkata, hasil perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Isnin turut memutuskan prosedur pemeriksaan di KLIA perlu diperkukuhkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang."Semua pihak bersetuju terdapat keperluan untuk mengetatkan lagi atau menambah baik prosedur pemeriksaan di KLIA," katanya. |
|
Polis kenal pasti staf lapangan terbang dikaitkan kes juruterbang ditahan di Jakarta - Sinarharian - 4/08 12:43 am SHAH ALAM - Polis telah mengenal pasti seorang individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penahanan seorang juruterbang bersama rampasan beberapa jenis dadah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu terbabit dipercayai merupakan kakitangan yang bertugas ketika proses saringan keselamatan dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum juruterbang berkenaan berlepas ke Indonesia."Individu terbabitakan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan seorang juruterbang warga tempatan ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki membawa beberapa jenis dadah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.Susulan penahanan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana dadah berkenaan boleh dibawa keluar dari negara selain meneliti kemungkinan wujud pembabitan individu lain.Mengulas lanjut, Hussein berkata, siasatan kini memfokuskan beberapa aspek termasuk bagaimana suspek melepasi saringan keselamatan di pintu keluar negara serta kemungkinan wujud kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa."Kita juga sedang bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (Polri) dan Badan Narkotika Nasional (BNN) bagi melihat keseluruhan rangkaian sindiket ini sebelum tindakan susulan diambil untuk membanteras kegiatan mereka."Siasatan masih berjalan dan kita sedang meneliti keseluruhan spektrum kes ini," katanya.Beliau berkata, berdasarkan prosedur di KLIA, setiap penumpang akan melalui beberapa peringkat saringan keselamatan."Jika saringan peringkat pertama yang dijalankan menggunakan sistem pengimbas tidak mengesan sebarang unsur mencurigakan, penumpang tidak akan melalui pemeriksaan di peringkat seterusnya."Dalam kes ini, juruterbang berkenaan telah melepasi semua saringan keselamatan termasuk saringan peringkat pertama tanpa sebarang petunjuk yang mencurigakan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan," katanya. |
|
Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia, dadah diambil dari apartmen di Ampang - Sinarharian - 4/08 12:12 am SHAH ALAM - Dadah yang dirampas susulan penahanan seorang juruterbang warga Malaysia di Indonesia dipercayai diambil dari sebuah apartmen di Ampang, Selangor, sebelum cuba diseludup ke negara itu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis kini tertumpu kepada keseluruhan rangkaian pengedaran dadah berkenaan termasuk sumber bekalan yang diperoleh suspek di negara ini.Menurutnya, siasatan setakat ini berjaya mengesan lokasi dipercayai digunakan suspek untuk mendapatkan bekalan dadah selain memperoleh nombor telefon yang dihubungi bagi membantu siasatan lanjut."Kita sedang melihat keseluruhan spektrum pengedaran ini, PDRM sedang menyiasat bagaimana dia mendapatkan bekalan dalam negara."Kita dapat mengesan bekalan itu dipercayai diambil di sebuah apartmen di Ampang dan kita juga telah memperoleh nombor telefon yang dihubungi, semua itu kini dalam tindakan pihak polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaPDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di IndonesiaJuruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesanSebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang juruterbang warga Malaysia berdepan hukuman mati di Indonesia selepas didakwa cuba menyeludup masuk 26 kilogram (kg) dadah jenis MDMA ke negara itu selain didapati positif beberapa jenis dadah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.Menurut pihak berkuasa Indonesia, lelaki berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai MSO itu ditahan Rabu lalu sejurus selepas menerbangkan pesawat penumpang dari Kuala Lumpur ke Jakarta.Hasil pemeriksaan menemukan 14 bungkusan mengandungi lebih 70,000 pil ekstasi di dalam bagasi suspek, selain empat gram methamphetamine yang dipercayai untuk kegunaan peribadi di dalam beg tangan.ARTIKEL BERKAITAN: Kes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa IndonesiaJuruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIAMengulas perkembangan siasatan, Hussein berkata, PDRM kini menunggu kebenaran daripada POLRI untuk menghantar pegawai ke Jakarta bagi menemu bual suspek."Kita sedang menunggu clearance daripada POLRI kerana tangkapan dibuat oleh pihak kastam di lapangan terbang dan kes disiasat oleh polis Indonesia."Sebaik sahaja mendapat kebenaran, pegawai kita akan ke Jakarta untuk menemu bual suspek," katanya. |
|
Ikon Bola Sepak Steven Gerrard, Michael Owen & Ryan Giggs Bakal Beraksi Di Malaysia - Siakapkeli - 4/08 11:53 am Ikon Bola Sepak Steven Gerrard, Michael Owen & Ryan Giggs Bakal Beraksi Di MalaysiaBarisan legenda bola sepak antarabangsa bakal berhimpun di Malaysia Oktob... |
|
Malaysia tidak seharusnya menanggung beban pelarian sendirian - Pakar - Sinarharian - 4/08 9:55 am KUALA LUMPUR - Malaysia telah memikul sebahagian besar tanggungjawab terhadap pelarian di rantau ini sejak berdekad-dekad lalu meskipun bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951, menurut pakar undang-undang antarabangsa, Prof Dr Salawati Mat Basir.Ketika tampil dalam program Bernama World baru-baru ini bagi membincangkan tajuk Pendekatan Baharu Malaysia dalam Pengurusan Pelarian, beliau berkata, keadaan itu turut dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peluang penempatan semula ke negara ketiga yang terhad."Malaysia telah menerima komuniti ini selama kira-kira 40 tahun, sedangkan proses penempatan semula ke negara ketiga semakin perlahan kerana banyak negara maju mengurangkan pengambilan atau menutup sempadan mereka," katanya.Salawati menegaskan bahawa Malaysia tidak seharusnya dibiarkan menguruskan kesan krisis itu secara bersendirian.Menurut angka Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) setakat akhir Februari 2026, Malaysia menempatkan kira-kira 215,600 pelarian dan pemohon suaka berdaftar, termasuk 193,824 orang dari Myanmar.Daripada jumlah itu, kira-kira 126,144 orang ialah etnik Rohingya.Menurut laporan media, pihak berkuasa Malaysia telah mula mengenal pasti dan menyaring warga Myanmar yang ditahan di depoh imigresen untuk kemungkinan dihantar pulang menerusi satu aturan yang membolehkan Myanmar menerima sehingga 5,000 orang."Myanmar perlu melakukan lebih daripada itu kerana negara berkenaan merupakan punca utama berlakunya perpindahan penduduk."Myanmar mesti memastikan sebarang penghantaran pulang dilakukan secara selamat, sukarela dan bermaruah sebelum Malaysia boleh menghantar pulang sesiapa," katanya.Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat ketidakpastian sama ada aturan itu turut merangkumi pelarian Rohingya berikutan kenyataan rasmi yang berbeza mengenai sama ada ia hanya terpakai kepada warga Myanmar yang diiktiraf pihak berkuasa di Naypyidaw."Apabila diumumkan bahawa 5,000 warga Myanmar akan diterima, ramai menganggap mereka ialah etnik Rohingya |
|
Malaysia seru kuasa besar hormati undang-undang antarabangsa - Sinarharian - 4/08 9:32 am KUALA LUMPUR - Malaysia menegaskan keamanan dan kestabilan serantau merupakan faktor penting kepada pembangunan negara kerana akan mewujudkan kerjasama serta keyakinan kepada pelaburan.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehubungan itu Asia Tenggara mesti terus kekal sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).Menurutnya, ZOPFAN bukanlah suatu konsep baharu bagi Malaysia malah merupakan inisiatif yang dicetuskan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein."Pada tahun 1971, ketika dunia berada dalam era Perang Dingin dan persaingan sengit kuasa-kuasa besar, Malaysia telah mengemukakan gagasan untuk meneutralkan Asia Tenggara."Lebih lima dekad kemudian, visi tersebut masih kekal relevan bagi rantau Asia Tenggara |
|
PM Anwar perkukuh kerjasama Malaysia-Kemboja, AI dan industri halal antara agenda utama - Mydateline - 4/08 8:30 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn, yang sedang mengadakan lawatan .. |
|
AKPS sahkan juruterbang disyaki bawa dadah lepasi semua saringan .. - Mygazette - 4/08 7:55 am # AKPS sahkan juruterbang disyaki bawa dadah lepasi semua saringan keselamatan KLIA SEPANG Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan juruterbang Malaysia Airlines yang ditahan di Jakarta kerana disyaki membawa dadah telah melepasi semua proses saringan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Indonesia |
|
Siasat segera kelemahan sistem pengawasan kru penerbangan KLIA – MP .. - Mygazette - 4/08 7:55 am # Siasat segera kelemahan sistem pengawasan kru penerbangan KLIA - MP Parit KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) perlu segera menyiasat berhubung kelemahan sistem pengawasan dan saringan kru penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) |
|
Kerja keras, niat baik akhirnya berhasil – Azizulhasni - Mygazette - 4/08 7:55 am # Kerja keras, niat baik akhirnya berhasil - Azizulhasni KUALA LUMPUR - Usia, saiz fizikal mahupun cabaran berpisah berbulan-bulan dengan keluarga tercinta tidak pernah menjadi halangan buat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk terus menggegarkan pentas antarabangsa apabila berjaya meraih pingat emas acara keirin pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 |
|
Tanah runtuh Bukit Antarabangsa: Menggalas amanah di 'ground zero' - Hmetro - 4/08 7:10 am Pada 6 Disember 2008, negara sekali lagi dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang yang mengorbankan empat nyawa manakala ratusan yang lain cedera |
|
Malaysia-Kemboja perkukuh kerjasama menjelang ulang tahun ke-70 - Kosmo - 3/08 9:02 pm PETALING JAYA Malaysia dan Kemboja komited memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), industri halal dan keselamatan makanan bagi manfaat bersama |
|
KKR jamin konsep kabin untuk bilik darjah tambahan selamat - Sinarharian - 3/08 8:42 pm LUMUT - Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi jaminan konsep kabin yang digunakan bagi pembinaan bilik darjah tambahan adalah selamat susulan kemasukan murid enam tahun ke Tahun Satu bermula tahun hadapan.Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kemudahan melalui konsep Modular Precast System (MPS) tersebut adalah kukuh dan berkualiti meskipun disiapkan dalam tempoh singkat."Tidak ada sebab kenapa kita tidak percaya kepada kaedah yang kita gunakan."Dengan teknologi yang ada sekarang, bangunan boleh disiapkan lebih awal tanpa menjejaskan kualiti dan keselamatan," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan kerja ke tapak projek pembinaan bangunan prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Samudera di Manjung di sini pada Isnin.Hadir sama, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Ir Zamri Mat Kasim.Ahmad berkata, terdapat contoh di negara luar seperti di China yang berjaya menyiapkan bangunan setinggi 10 tingkat dalam tempoh kurang 29 jam serta bangunan 57 tingkat dalam masa 19 hari."Jadi, untuk bangunan satu tingkat yang disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan, ia bukan satu isu," katanya.Dalam pada itu, beliau memaklumkan, sebanyak 29 projek melibatkan kategori kabin dan dewan serbaguna terbuka telah diluluskan di Perak dengan kos RM34.2 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).Katanya, daripada jumlah itu, 25 projek sedang dalam pembinaan manakala empat lagi di peringkat perancangan melibatkan beberapa daerah termasuk Kinta, Manjung, Batang Padang dan Muallim."Projek ini penting bagi menampung keperluan kelas tambahan susulan kemasukan murid Tahun Satu berumur enam tahun dan semua projek ini disasarkan siap menjelang Disember ini."Kebanyakan projek menggunakan kaedah MPS yang membolehkan pembinaan sekolah berbentuk kabin lengkap dengan kemudahan asas serta memenuhi standard keselamatan," katanya.Sementara itu, mengulas mengenai projek di SK Seri Samudera, Ahmad berkata, pembinaan bangunan prasekolah itu melibatkan dua bilik darjah serta pelbagai kemudahan lain termasuk ruang makan, bilik penyediaan makanan dan taman permainan.Menurutnya, projek bernilai RM2.29 juta itu berjaya disiapkan 53 hari lebih awal daripada jadual ditetapkan."Apabila projek berjaya disiapkan dengan baik, ia kerana pengurusan pekerja, bahan, jadual dan pembayaran dilaksanakan secara teratur."Selain itu, peranan pegawai JKR sebagai Superintending Officer yang sentiasa memantau di lapangan turut menjadi faktor penting," katanya. |
|
Kes dadah juruterbang Malaysia: Pegawai penyiasat JSJN ke Jakarta bantu siasatan - Sinarharian - 3/08 7:34 pm KUALA LUMPUR - Polis akan menghantar sepasukan pegawai penyiasat ke Indonesia bagi membantu siasatan berhubung penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) kerana didakwa menyeludup dadah ke negara berkenaan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu sedang diselaraskan dengan pihak berkuasa negara berkenaan, ketika pihaknya berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes terbabit."Kita sedang membuat persiapan untuk menghantar pegawai penyiasat ke Jakarta."Ia untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Indonesia dan membantu siasatan yang sedang kami jalankan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaPDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di IndonesiaKes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa IndonesiaJuruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIAJuruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesanKes dadah juruterbang Malaysia: MAHB beri kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasaKes juruterbang seludup dadah: SOP keselamatan lapangan terbang diteliti semulaPada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.Menurut Polis Republik Indonesia (POLRI), pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia. |
|
Kes juruterbang seludup dadah: SOP keselamatan lapangan terbang diteliti semula - Sinarharian - 3/08 6:46 pm SEPANG -Kementerian Pengangkutan (MOT) mengadakan mesyuarat khas bersama agensi berkaitan penerbangan bagi meneliti semula prosedur saringan keselamatan di lapangan terbang susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia kerana disyaki terbabit dalam cubaan penyeludupan dadah.Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha MOT itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, AKPS, Malaysia Aviation Group (MAG), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta agensi berkaitan."Mesyuarat khas itu diadakan bagi meneliti kaedah memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) sedia ada serta meningkatkan penyelarasan antara semua agensi yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penerbangan serta melihat bagaimana kita boleh menambah baik prosedur sedia ada," katanya.Beliauberkata demikian dalam sidang media selepas meninjau operasi saringan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Isnin.Pada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.Menurut Polis Republik Indonesia (POLRI), pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia.Mohd Shuhaily berkata, pihaknya kini masih menunggu hasil siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan bagaimana suspek boleh melepasi proses pemeriksaan sebelum berlepas."Orang nak bawa barang-barang terlarang ini menggunakan pelbagai cara dan helah, berkemungkinan dia menyembunyikannya."Antara cara yang sering digunakan oleh penyeludup dadah adalah membaluti barang-barang tersebut yang menyebabkan mesin pengimbas tidak dapat mengesan barang salah yang dibawa," katanya.Beliau berkata, AKPS memandang serius insiden itu kerana berpotensi menjejaskan integriti kawalan keselamatan sempadan negara selain menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan pelaksanaan prosedur saringan di KLIA."Perhatianturut diberikan terhadap dakwaan kemungkinan wujud kelemahan atau kelompangan dalam pelaksanaan proses saringan bagasi dan pemeriksaan keselamatan yang membolehkan bahan terlarang dibawa keluar dari negara."Perkara itu perlu disiasat secara menyeluruh bagi mengenal pasti sama ada terdapat kelemahan prosedur, ketidakpatuhan terhadap SOPatau unsur lain yang menyumbang kepada insiden berkenaan," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |