| /// |
|
| Search : Langkawi News | Page 1 |
|
Polis sahkan pelajar lelaki terjatuh dari tingkat 22 di bangunan kediaman .. - Mygazette - 1/09 7:30 am # Polis sahkan pelajar lelaki terjatuh dari tingkat 22 di bangunan kediaman KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian seorang lelaki Melayu berusia 18 tahun yang ditemukan terjatuh dari sebuah bangunan kediaman di Residensi Teratai, Jalan Langkawi, Setapak di sini hari ini |
|
Cadangan pindahkan LIMA dari Langkawi tak sesuai – Zaki - Mygazette - 1/09 7:30 am # Cadangan pindahkan LIMA dari Langkawi tak sesuai - Zaki KUALA LUMPUR Cadangan memindahkan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke lokasi lain termasuk Melaka adalah tidak sesuai kerana Langkawi telah sinonim dengan acara berkenaan sejak 1991 |
|
At 101, Dr Mahathir celebrates Merdeka - waving from a wheelchair at the parade - Sinardaily - 31/08 12:56 am PUTRAJAYA Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad once again drew attention when he appeared at Dataran Putrajaya on Monday to join Malaysians in celebrating the 2026 National Day and Malaysia Day celebrations - this time from an electric wheelchair.At 101, the statesman arrived in an electric wheelchair, but his presence still drew warmth and excitement from the crowd.In a livestream posted on TikTok by @chedetofficial, Dr Mahathir was seen waving to visitors from his wheelchair as he took in the atmosphere of the national celebration.He also took time to meet and greet members of the public, with Malaysians and security personnel alike seizing the opportunity to shake his hand and take selfies with the former Langkawi MP.For a man who has spent decades at the centre of Malaysia's political history, the moment offered a strikingly human glimpse of a former leader now attending the nation's celebrations from a wheelchair.Dr Mahathir also recorded a brief National Day message on his Facebook page, accompanied by a video tracing his years leading Malaysia - from his first tenure as prime minister from 1981 to 2003, and his return to office from 2018 to 2020."Happy Independence Day and the 69th National Day, Malaysia," he said in the posting |
|
Tun M berkerusi roda hadiri sambutan Hari Kebangsaan 2026 - Sinarharian - 31/08 12:08 am PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila hadir ke Dataran Putrajaya bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 di sini pada Isnin.Menerusi video penstriman langsung TikTok @chedetofficial, tokoh negarawan berusia 101 tahun itu dilihat melambaikan tangan ke arah pengunjung sambil duduk di atas kerusi roda elektrik.Dr Mahathir juga sempat berjumpa dan beramah mesra dengan orang ramai.Bukan itu sahaja, orang awam termasuk anggota keselamatan tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berswafoto dengan Dr Mahathir.Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga sempat merakamkan ucapan ringkas di Facebook beliau sambil disertakan video perjalanannya mentadbir Malaysia sejak 1981 hingga 2003 (penggal pertama) dan 2018 hingga 2020 (penggal kedua)."Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan yang ke-69, Malaysia," katanya.Ini bukan kali pertama beliau menghadiri Sambutan HKHM di Putrajaya, namun ia penampilan sulungnya datang dengan berkerusi roda.Sebelum ini, Dr Mahathir ketika ditanya media pada Sambutan HKHM 2025 memaklumkan tidak pernah menerima sebarang jemputan rasmi ke acara tahunan itu, namun beliau mengakui tidak berkecil hati.Sebagai rakyat Malaysia, beliau berpendirian sesiapa sekalipun berhak hadir dalam acara sambutan tersebut.Pada 6 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemulihan tulang pinggul yang patah akibat terjatuh ketika melakukan senaman di kediamannya di The Mines.Pada 13 Julai 2025, tokoh politik berkenaan pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan sewaktu program Picnic & Potluck sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.Beliau ketika itu dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar 10 pagi. |
|
Cadangan pindah LIMA dari Langkawi tidak sesuai Penganalisis pertahanan - Sinarharian - 31/08 10:57 am SHAH ALAM Sebarang cadangan untuk memindahkan atau menganjurkan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di lokasi lain termasuk Melaka dilihat tidak sesuai.Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, Langkawi telah menjadi sebahagian daripada identiti acara berkenaan sejak ia mula dianjurkan pada 1991 khususnya dalam kemajuan industri aeroangkasa dan maritim.Menurutnya, keunikan LIMA adalah menggabungkan kedua-dua elemen aeroangkasa dan maritim secara serentak.Katanya, LIMA bukan sekadar sebuah acara yang kebetulan diadakan di Langkawi, sebaliknya penganjurannya mempunyai kaitan rapat dengan kedudukan strategik pulau berkenaan."Pemilihan Langkawi mengambil kira faktor geografi pantai dan lapangan terbang selain pembangunan pelancongan serta ekonomi pulau berkenaan |
|
Cadangan pindah LIMA perlu dihentikan, fokus selesaikan akses ke Langkawi - Sinarharian - 30/08 6:10 pm LANGKAWI Cadangan untuk menganjurkan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di lokasi lain pada masa depan perlu dihentikan, sebaliknya kerajaan wajar memberi tumpuan kepada usaha menambah baik akses dan perhubungan ke pulau peranginan itu.Naib Presiden Parti Wawasan Negara, Datuk Mohd Omar Mustapha berkata, kerajaan Persekutuan perlu memberikan komitmen yang jelas bahawa pameran berprestij tersebut akan terus kekal di Langkawi.Menurut beliau, selepas lebih tiga dekad penganjurannya, LIMA bukan lagi sekadar acara yang berlangsung di Langkawi, malah telah menjadi sebahagian daripada identiti pulau berkenaan."Nama pameran itu sendiri membawa nama Langkawi ke seluruh dunia dan LIMA juga menjadi sebahagian daripada kedudukan strategik serta ekonomi Langkawi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Wawasan Negara Langkawi berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai usaha kerajaan meneroka alternatif untuk menganjurkan LIMA di Melaka pada masa hadapan.Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan tersebut memerlukan pelaburan besar bagi memastikan semua infrastruktur berkaitan dapat disediakan dengan sempurna sebelum pameran itu dapat dilaksanakan.Mohd Omar berkata, terdapat tiga sebab utama mengapa cadangan pemindahan LIMA tidak wajar diteruskan.Menurutnya, faktor pertama ialah isu kesukaran orang ramai ke Langkawi berpunca daripada masalah akses dan perhubungan yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk diselesaikan."Jika perkhidmatan feri tidak menentu, ia perlu diperbaiki |
|
Ferry operators urge urgent dredging of Kuala Kedah, Kuala Perlis lanes, warn silted routes could disrupt Langkawi schedules during peak season - Malaymail - 30/08 6:08 pm ALOR SETAR, Aug 30 Langkawi ferry operators are appealing to the federal government to expedite dredging works i... |
|
'Rasa macam muda semula Sanusi sertai legenda Kedah lawan Singapura - Sinarharian - 30/08 3:49 pm MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui berasa seperti kembali ke zaman muda apabila berpeluang beraksi bersama barisan legenda Kedah era 1990-an menentang Singapura pada malam Sabtu.Menurut beliau, kesempatan menyertai perlawanan bola sepak Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993 di Stadium Langkawi merupakan pengalaman cukup bermakna dan sukar dilupakan."Usia (saya) kini mencecah 52 tahun berbanding 19 tahun ketika menyaksikan kejayaan Kedah menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1993."(Beraksi bersama mereka) saya rasa saya muda, cuma tak boleh beat pertahanan Singapura sebab dia cergas dan tinggi."Tapi saya rasa teruja di usia yang sudah tua ini dapat main dengan mereka |
|
Melaka berpotensi jadi alternatif Langkawi anjur LIMA ??? Mohamed Khaled - Mygazette - 30/08 3:19 pm # Melaka berpotensi jadi alternatif Langkawi anjur LIMA Mohamed Khaled MELAKA Melaka berkeupayaan menjadi lokasi alternatif kepada Langkawi bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa akan datang berikutan kedudukan negeri itu yang strategik |
|
Melaka sedia anjur LIMA jika diberi kepercayaan ??? Ab Rauf - Mygazette - 30/08 3:19 pm # Melaka sedia anjur LIMA jika diberi kepercayaan Ab Rauf MELAKA Melaka bersedia menjadi tuan rumah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) sekiranya diberi kepercayaan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menganjurkan acara dwitahunan berprestij itu |
|
Khaled: Govt explores Melaka as alternative Lima venue - NST - 30/08 2:06 pm MELAKA: The government is exploring the possibility of holding the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (Lima) in Melaka in the future, Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said. |
|
Govt explores Melaka as alternative venue for LIMA, says Khaled Nordin - Malaymail - 30/08 1:20 pm MELAKA, Aug 30 The government is exploring the possibility of holding the Langkawi International Maritime and Ae... |
|
Kerajaan teroka alternatif anjur LIMA di Melaka - Khaled - Astroawani - 30/08 1:10 pm Kerajaan meneroka alternatif untuk menganjurkan Pameran Maritim dan Aeorangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Melaka pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. |
|
Melaka bakal jadi lokasi penganjuran LIMA - Kosmo - 30/08 12:56 am MELAKA – Kerajaan meneroka alternatif untuk menganjurkan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Melaka pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin |
|
Football legends relive 1993 Malaysia Cup rivalry in Langkawi - NST - 30/08 12:25 am LANGKAWI: Singapore Legends avenged their 1993 Malaysia Cup defeat to their Kedah counterparts with a 2-1 victory at the Langkawi Merdeka Cup Nostalgia match at Langkawi Stadium on Saturday. |
|
Dua beradik kuasai kategori dewasa - Hotfm - 29/08 5:41 pm Langkawi: Larian Ria sejauh lima kilometer (5km) di Pulau Tuba, di sini, hari ini, bertukar menjadi 'pertarungan keluarga' apabila dua beradik menguasai dua kedudukan teratas kategori dewasa. |
|
Kedah hidup tanpa buffer air: Cabaran sebenar bukan sekadar kekurangan bekalan - Sinarharian - 27/08 4:15 pm Rekod Parlimen menunjukkan isu itu akhirnya menimbulkan persoalan mengenai pembahagian tanggungjawab antara SADA, Kerajaan Negeri Kedah, agensi Persekutuan, JKR dan pihak pelaksana projek.Namun, membina lebih banyak LRA sahaja belum mencukupi. Pada 2023, kadar Air Tidak Terhasil (NRW) Kedah direkodkan pada 50.52 peratus bagi tanah besar Kedah dan 50.7 peratus apabila Langkawi dimasukkan |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - Sinarharian - 26/08 6:02 pm KUALA LUMPUR -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri dan ibu negara sehingga 9 malam ini.Dalam kenyataan pada Rabu,MetMalaysia memaklumkanamaran itu meliputi seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena dan Padang Terap) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah).Negeri yang turut terjejas ialah Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Krai), Terengganu (Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Besut) danNegeri Sembilan (Jelebu).Amaran turut melibatkan negeri Pahang (Jerantut, Raub, Temerloh, Bentong dan Bera) danSelangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).Sementara itu, di Sarawak amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Kapit (Song), Sibu (Kanowit dan Selangau), Sarikei (Julau), Mukah (Matu, Dalat, Daro dan Tanjung Manis), Kuching danBintulu (Tatau).Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas termasukPedalaman (Tambunan dan Pensiangan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Paitan dan Labuk & Sugut) |
|
Langkawi Merdeka Cup nostalgia 1993: Football legends gather for historic reunion - SUN - 25/08 4:26 pm Kedah football legends Peter Nieketien and Olubunmi Adigun return to Malaysia for the Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993 reunion |
|
Thunderstorm, heavy rain warning for five states until 1pm - Sinardaily - 25/08 11:33 am KUALA LUMPUR - Four states in Peninsular Malaysia and Sarawak are expected to experience thunderstorms, heavy rain and strong winds until 1pm today, according to the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia).In a statement, MetMalaysia said the whole of Perlis and Melaka are expected to be affected.In Kedah, the warning covers Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena and Padang Terap.In Selangor, the areas forecast to be hit are Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor and Gombak, while in Sarawak, the areas involved are Bintulu and several areas in Miri, namely Subis, Miri, Beluru and Marudi.Meanwhile, in a separate statement, MetMalaysia also issued a Tropical Storm Advisory (NARRA) after a tropical storm was detected in northwestern China today, but stressed that the phenomenon would not have a significant impact on Malaysia.According to MetMalaysia, the tropical storm was detected at latitude 19.9 north and longitude 108.0 east, about 114 kilometres northwest of Basuo, China, and 1,650 km north of Tumpat, Kelantan, as of 8 am today, with maximum wind speeds of 65 kph |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri - Sinarharian - 25/08 10:35 am KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga jam 1 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Semenanjung, kawasan terlibat meliputi seluruh Perlis dan Melaka.Di Kedah, kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.Kawasan lain yang turut terjejas ialah Selangor membabitkan Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak, manakala di Sarawak meliputi Bintulu serta beberapa kawasan di Miri iaitu Subis, Miri, Beluru dan Marudi.Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan berasingan turut mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (NARRA) yang dikesan di barat laut China hari ini, namun menegaskan fenomena itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia.Menurut MetMalaysia, ribut tropika berkenaan dikesan pada latitud 19.9 utara dan longitud 108.0 timur, kira-kira 114 kilometer (km) dari Barat Laut Basuo, China dan 1,650 km dari utara Tumpat, Kelantan setakat jam 8 pagi ini dengan kelajuan angin maksimum 65 km sejam |
|
Sambut Hari Kebangsaan dengan semangat untuk teroka Malaysia! - Sinarharian - 25/08 9:30 am Hari Kebangsaan bukan sekadar masa mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi ia peluang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil meneroka keindahan negara sendiri.Dari utara hingga selatan, semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, Malaysia menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk diterokai.Jadi, apa kata manfaatkan cuti kali ini untuk escape seketika, berehat dan cipta memori baharu bersama insan tersayang?Bersama Batik Air, perjalanan domestik kini lebih mudah dengan pelbagai pilihan destinasi.Bermula 1 September 2026, penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang ke Kuching dan Langkawi turut tersedia, melengkapkan laluan sedia ada ke Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.Lebih menarik, Batik Air turut menawarkan kelas perniagaan pada harga yang mampu milik, sesuai buat mereka yang mahukan pengalaman penerbangan lebih selesa dan tenang.Bukan itu sahaja, penumpang yang terbang dari Lapangan Terbang Subang boleh menikmati bagasi tanpa caj sehingga 10 kilogram (kg) bagi destinasi yang ditawarkan.Keluarga yang membawa anak-anak juga boleh menikmati snek kanak-kanak secara percuma, tidak kira ke mana destinasi Batik Air.Mahu terbang lebih jauh? Penumpang ke Sydney atau Melbourne boleh menikmati bagasi tanpa caj sehingga 20 kg.Jadi, tidak perlu kir panjang untuk merancang percutian seterusnya! Bagi kaki makan pula, Pulau Pinang pastinya pilihan untuk food hunting, Langkawi sesuai untuk island escape, manakala Sabah dan Sarawak pula menanti dengan pengalaman pengembaraan lebih dekat dengan alam.Batik Air turut menghubungkan Malaysia dengan pelbagai destinasi antarabangsa seperti Tashkent, Shanghai, Sydney, Melbourne, Osaka, Tokyo dan Maldives.Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pilihan domestik pula termasuk Bintulu sehingga 14 penerbangan seminggu, Tawau dan Sibu.Sempena Hari Kebangsaan, nikmati Hari Kebangsaan Sale dengan tambang sehala bermula RM159!Tempah sehingga 31 Ogos 2026 untuk perjalanan sehingga hujung Mac 2027, dengan pilihan Super Saver, Value atau Flexi.Jangan tunggu saat akhir |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri - Sinarharian - 24/08 9:24 pm KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga tengah malam ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 8.30 malam memaklumkan seluruh Perlis terlibat manakala di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.Di Sarawak, amaran itu meliputi Mukah (Dalat, Matu dan Mukah), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Bario dan Marudi) serta Limbang.Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang dan Tenom) serta Sandakan (Sandakan dan Labuk & Sugut) |
|
Kematian pelajar Tingkatan Dua: Ibu dakwa anak dibuli, polis rekod keterangan 92 individu - Sinarharian - 24/08 6:59 pm KUALA LUMPUR - Polis merekodkan 92 keterangan saksi untuk membantu siasatan kes kematian seorang pelajar sekolah menengah di rumahnya di Jalan Langkawi di sini dengan dakwaan elemen buli.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan polis dibuat ibu mangsa pada jam 7.49 pagi, 19 Ogos lalu.Menurutnya, hasil maklumat awal, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menjalankan siasatan."Sebanyak 92 keterangan saksi telah dirakam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Kes masih dalam siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi ke atas kejadian ini," katanya dalam kenyataan.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat kepada Pengawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Baldev Singh Gurdial Singh di talian 03-92899222 atau 012-4806062 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.Sebelum itu, ibu mangsa dikenali Kasturi dilaporkan berkata, apa yang diharapkannya kini hanyalah keadilan dan kebenaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada anaknya.Kata Kasturi, dia mahu kes yang menimpa anaknya itu menjadi yang terakhir dan tidak ada lagi anak lain menjadi mangsa.Kasturi juga mendakwa anaknya berdepan tekanan buli.Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan siasatan dalaman berhubung kematian pelajar Tingkatan Dua itu yang dikaitkan dengan dakwaan buli verbal, termasuk kata-kata berunsur perkauman dapat diselesaikan segera. |
|
Two Days, One Good Escape: Agoda Reveals Where Malaysians Are Looking This Merdeka Season - Rakyatpost - 24/08 3:52 pm Kota Kinabalu, Langkawi, and Kuantan lead accommodation searches, while Kota Bharu emerges as the destination getting a fresh look. |
|
Polis rakam 92 saksi bantu siasatan kematian pelajar 14 tahun - Mygazette - 23/08 5:52 pm # Polis rakam 92 saksi bantu siasatan kematian pelajar 14 tahun KUALA LUMPUR Polis telah merakam 92 keterangan saksi bagi membantu siasatan kematian seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ditemukan tergantung di kediamannya di Jalan Langkawi di sini pada 18 Ogos lalu |
|
Nostalgia Final Piala Malaysia 1993 Kembali, Legenda Kedah-Singapura Bakal ‘Berentap’ Di Langkawi Merdeka Cup - Vocket - 22/08 5:54 pm Kejohanan Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993 bakal menjadi pentas pertemuan semula beberapa legenda yang pernah mencipta sejarah bersama skuad Kedah dan Singapura |
|
Nostalgia Final Piala Malaysia 1993 Kembali, Legenda Kedah-Singapura Bakal ‘Berentap’ Di Langkawi Merdeka Cup - Hotfm - 22/08 5:54 pm Kejohanan Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993 bakal menjadi pentas pertemuan semula beberapa legenda yang pernah mencipta sejarah bersama skuad Kedah dan |
|
Bawa Kereta Sekali Atau Diri Je? 5 Situasi Kena Consider Kalau Ke Langkawi Naik RoRo - Siakapkeli - 20/08 2:09 pm Sudah sedia maklum, Langkawi merupakan pulau pelancongan yang sangat ikonik di Malaysia dan ia menjadi destinasi terkenal dalam kalangan pelancong luar negara.... |
|
Mercedes used by Bangladeshi man in Langkawi seized - Paultan - 20/08 9:46 am The Kedah road transport department (JPJ) has seized a Mercedes-Benz that a 38-year old Bangladeshi vegetable farmer has been using in Langkawi since May 27, 2025, Bernama reports |
|
Mahkamah putuskan pemecatan koperal polis tidak patuh prosedur tatatertib - Sinarharian - 19/08 1:09 pm PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan pemecatan seorang anggota polis berpangkat koperal pada tiga tahun lalu, dilakukan tanpa mematuhi prosedur tatatertib.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Rhodzariah Bujang memutuskan demikian selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dan Mahkamah Rayuan di sini.Mahkamah menolak rayuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan dengan kos RM50,000 pada 6 Ogos lalu.Beliau yang bersidang bersama Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Collin Lawrence Sequerah turut memutuskan pangkat dan jawatan Mohd Sahamuddin Mohd Sapari, 36,selaku pemohon, dikembalikan.Ketika dihubungi, peguam, EN Amnach yang mewakili pemohon berkata, mahkamah mendapati prosiding tatatertib oleh pihak polis terhadap anak guamnya sebagai tidak sah.Katanya, ia berhubung ketidakpatuhan terhadap Peraturan 29(1) yang menyatakan 'hendaklah dengan segera' namun pihak polis mengambil masa selama lebih dua tahun untuk tindakan susulan, sebagai satu kelewatan yang tidak munasabah.Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, pada 4 Mac 2021, pemohon telah dituduh di Mahkamah Majistret Langkawi kerana disyaki mengambil dadah di Balai Polis Air Hangat, daerah sama, mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan, anggota polis berpangkat koperal tersebut didenda sebanyak RM1,500 pada hari sama pendakwaan dibuat.Pada 15 April 2021 pemohon dikenakan perintah gantung kerja oleh Ketua Polis Kedah seterusnya menyebabkan beliau tidak berhak menerima sebarang emolumen di sepanjang tempoh tahan kerja.Pada 18 September 2023, pemohon mendakwa telah dibuang kerja oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib Kontinjen Kedah, Asisten Komisioner (ACP) Zaimy Mohamad Nawi kerana telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman berhubung kes dadah tersebut.Pemohon yang bertugas di Balai Polis Lapangan Terbang, Langkawi telah berkhidmat dengan PDRM selama 12 tahun, ditahan kerja selama dua tahun dan lima bulan.Susulan itu, pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.Beliau menamakan empat pihak iaitu Zaimy, Ketua Polis Kedah, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keempat, pada 11 Januari 2024.Beliau membuat permohonan berkenaan kerana tidak berpuas hati selepas digantung kerja terlalu lama dan tidak munasabah sebelum tindakan tatatertib buang kerja diambil.Tindakan itu katanya, merupakan satu penyalahgunaan proses prosiding tatatertib kerana pemohon tidak menerima sebarang emolumen, tiada pendapatan kerana tidak boleh bekerja dengan gaji tetap.Hakim, Mahazan Mat Taib kemudiannya membenarkan semakan kehakiman pemohon dengan menyatakan, keputusan buang kerja oleh responden pertama setelah digantung kerja selama dua tahun lima bulan sebagai satu penyalahgunaan proses prosiding tatatertib.Katanya, ia termasuk keputusan buang kerja tersebut tidak mematuhi Peraturan 29 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.Tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan, responden membuat rayuan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 24 Oktober tahun sama.Bagaimanapun panel hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan yang membawa kepada rayuan terakhir mereka di Mahkamah Persekutuan. |
|
Ipoh dalam radar ejen pelancongan dunia - Sinarharian - 19/08 9:30 am IPOH - Pengalaman beberapa ejen pelancongan antarabangsa yang menyertai program Ipoh Heritage and Cultural Experience pada Julai lalu membuktikan bandar raya ini semakin mendapat tempat sebagai destinasi pelancongan berasaskan warisan dan budaya di negara ini.Wakil ejen pelancongan dari Uzbekistan, Sanobar menyifatkan kunjungan pertamanya ke Ipoh sebagai satu pengalaman yang mengagumkan walaupun sebelum ini sudah beberapa kali ke Malaysia."Ipoh memiliki nilai tambah yang besar dari segi sejarah dan budaya yang boleh diketengahkan kepada pelancong antarabangsa, sekali gus berpotensi dimasukkan dalam pakej pelancongan agensinya."Melalui promosi yang berterusan dan penyusunan produk pelancongan yang menarik, saya yakin Ipoh mampu menarik lebih ramai pelancong dari Uzbekistan," katanya.Sementara itu, ejen pelancongan dari India, Sarah berpandangan Ipoh mempunyai keunikan tersendiri sebagai sebuah bandar yang tulen, bersih dan kaya dengan kawasan hijau.Katanya, faktor ketenangan dan suasana santai menjadikan Ipoh sesuai sebagai destinasi percutian lebih panjang, khususnya bagi pelancong warga emas dan pencinta alam semula jadi."Saya melihat Ipoh sebagai destinasi baharu yang berpotensi dalam pasaran India memandangkan kebanyakan pelancong dari negara kami lebih tertumpu ke Kuala Lumpur, Genting Highlands, Pulau Pinang dan Langkawi," katanya.Dalam pada itu, wakil Indonesia, Ulul Azmi menyifatkan pemeliharaan bangunan bersejarah di Ipoh sebagai antara tarikan utama yang membezakan bandar ini dengan destinasi lain.Beliau berkata, keaslian seni bina peninggalan zaman penjajahan yang masih digunakan sehingga kini memberikan pengalaman autentik kepada pelancong."Saya suka menikmati makanan tempatan seperti tauhu, taugeh dan hidangan popular lain |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri - Sinarharian - 18/08 7:19 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung hingga 9 malam ini.MetMalaysia memaklumkan, kawasan terlibat ialah seluruh Perlis dan beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.Kawasan lain turut terjejas ialah Perak iaitu di Kuala Kangsar, Hulu Perak, Selama, Larut Matang dan Kerian serta Kelantan melibatkan Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat.Di Pahang, kawasan turut terjejas ialah Maran, Rompin, Pekan dan Kuantan manakala di Johor membabitkan Johor Bahru.- Bernama |
|
Hujan lebat landa 7 negeri petang ini - Kosmo - 18/08 2:55 pm MetMalaysia berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga pukul 5 petang nanti. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi, Bandar Baharu, Kulim, Baling dan .. |
|
Permohonan laporan RCI Batu Puteh babit Tun M sebagai bukti baharu - Sinarharian - 18/08 1:02 pm PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tempoh dua minggu untuk memfailkan permohonan supaya laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dimasukkan sebagai bukti baharu dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa.Ia membabitkan prosiding RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.Semasa prosiding, panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azizul Azmi Adnan menyoal peguam, Zainur Zakaria sama ada pihaknya bergantung kepada penemuan dalam laporan akhir RCI berkenaan.Zainur yang mewakili Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-101 pada Julai lalu itu, kemudiannya menjawab "Ya".ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu PutihAzizul berkata, permohonan semakan kehakiman oleh Dr Mahathir selaku perayu difailkan sebelum laporan RCI disiapkan."Sebelum ini tiada permohonan dibuat untuk mengemukakan laporan berkenaan sebagai bukti baharu," kata Azizul yang bersidang bersama Datuk Ong Chee Kwan dan Datuk Seri Mohd Radzi Harun.Justeru, mahkamah menetapkan 10 September depan untuk pengurusan kes seterusnya.Ketika berhujah, Zainur berkata, bekas Ahli Parlimen Langkawi berkenaan tidak diberi peluang untuk hadir sepanjang prosiding RCI serta mencabar keterangan yang dikemukakan terhadapnya.Menurutnya, pasukan petugas yang ditubuhkan pada 8 Oktober 2021 sebagai langkah awal sebelum penubuhan RCI, telah membuat kesimpulan bahawa anak guamnya bertanggungjawab terhadap kehilangan wilayah yang dipertikaikan itu."RCI kemudiannya membuat penemuan yang mengaitkan anak guam kami, termasuk dakwaan bahawa beliau telah mengelirukan Kabinet mengenai isu berkenaan," katanya yang hadir bersama peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nurmustanir Md Nor.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan membantah permohonan perayu dengan alasan ia bersifat akademik iaitu tidak lagi mempunyai kesan terhadap kes berkenaan.Selain Shamsul, kerajaan selaku responden turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Nur Hafizza Azizan dan Peguam Persekutuan, Ng Wee Li.RCI yang menyiasat pengendalian kedaulatan Malaysia ke atas pulau berkenaan telah mendengar keterangan daripada Dr Mahathir pada 12 Jun 2024.Laporannya telah dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum pada 5 Disember tahun sama.RCI menyimpulkan bahawa, Dr Mahathir mungkin sengaja menggalakkan Kabinet untuk tidak meneruskan dua permohonan undang-undang bagi menyemak dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa 2008 yang menganugerahkan kedaulatan ke atas Batu Puteh kepada Singapura.RCI juga mengesyorkan, siasatan jenayah dimulakan terhadap Dr Mahathir di bawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan, dengan kemungkinan hukuman di bawah Seksyen 417 dan 418 kanun sama.Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, pada 22 Julai 2025, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan terhadap Dr Mahathir, atas pertimbangan usia.Pada 5 Jun 2024, Dr Mahathir memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman supaya prosiding RCI itu, dijalankan secara terbuka.Berdasarkan afidavit sokongan, bekas pemimpin politik itu mendakwa, keputusan RCI untuk tidak mengadakan prosiding secara terbuka kepada orang awam, sebagai tidak munasabah.Beliau memfailkan permohonan itu melalui Law Practise of Rafique di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan lapan responden iaitu Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif dan Timbalannya, Tan Sri Zainun Ali.Lima lagi responden ialah ahli RCI iaitu Pengamal Undang-Undang Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, bekas Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Datuk Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran, Datin Dr Faridah Jalil, Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia Dickson Dollah serta Setiausaha RCI, Zamri Misman.Dr Mahathir memohon deklarasi bahawa beliau merupakan individu yang terlibat atau berkaitan dengan perkara yang disiasat oleh RCI untuk mengkaji perkara mengenai pengendalian kes itu di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.Selain itu, beliau memohon perintah melarang Md Raus daripada bertindak selaku Pengerusi RCI dan melarang Dr Baljit serta Mohammed Ridha menjadi ahlinya.Dr Mahathir berkata, pelantikan Md Raus sebagai Pengerusi badan bebas berkenaan, menimbulkan bahaya sebenar sikap berat sebelah kerana wujud perselisihan faham antara Md Raus dengan beliau.Seterusnya beliau mendakwa, ia akan memberi kesan terhadap ketelusan Md Raus dalam membuat keputusan bagi prosiding RCI.Di Mahkamah Tinggi pada 13 Januari 2025 lalu, Hakim, Datuk Amarjeet Singh yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonan semakan kehakiman Dr Mahathir agar beliau dan peguamnya dibenarkan untuk hadir dalam prosiding RCI berkenaan. |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri - Sinarharian - 18/08 12:54 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di tiga negeri sehingga petang ini.MetMalaysia menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan amaran berkenaan melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.Di Kedah, kawasan yang terjejas ialah Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Langkawi, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.Sementara itu, di Perak, amaran sehingga jam 3 petang melibatkan Kerian, Larut Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak serta Bagan Datuk.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Batang Padang, Muallim, Kampar dan Kinta di Perak sehingga jam 4 petang.MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap keadaan cuaca berkenaan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca. |
|
Buat Macam ‘Lori Sayur’, JPJ Sita Mercedes Milik Warga Bangladesh - Vocket - 18/08 10:44 am Tindakan seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan sebuah Mercedes untuk mengangkut sayur-sayuran ke pasar membawa padah apabila dia ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Langkawi dalam.. |
|
JPJ sita Mercedes milik penanam sayur warga Bangladesh di Langkawi - Careta - 18/08 8:09 am "Lelaki tersebut ditahan ketika sedang membawa sayur-sayurannya untuk dijual kepada pihak ketiga di sebuah pasar basah di Padang Matsirat |
|
No licence, no insurance, so no Mercedes: Langkawi JPJ seizes Bangladeshi farmers luxury ride - Malaymail - 17/08 7:41 pm ALOR SETAR, Aug 17 The Kedah Road Transport Department (JPJ) seized a Mercedes-Benz vehicle used by a Bangladesh... |
|
JPJ seizes luxury car driven by unlicensed Bangladeshi man - Sinardaily - 17/08 6:54 pm ALOR SETAR - The Kedah Road Transport Department (JPJ) seized a Mercedes-Benz vehicle used by a Bangladeshi man during Ops Luxury around Jalan Padang Matsirat, Langkawi, yesterday.In a statement today, Kedah JPJ director Stien Van Lutam said the 38-year-old man, who works as a vegetable farmer, had been using the vehicle since May 27, 2025."The man was detained while transporting vegetables to be sold to a third party at a wet market in Padang Matsirat |
|
JPJ sita Mercedes-Benz milik penanam sayur warga Bangladesh - Sinarharian - 17/08 6:06 pm ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita sebuah kenderaan mewah jenis Mercedes Benz milik seorang lelaki warga Bangladesh menerusi Ops Luxury yang dijalankan di sekitar Jalan Padang Matsirat, Langkawi, semalam.Pengarah JPJ Kedah Stien Van Lutam berkata lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penanam sayur itu menggunakan kereta mewah berkenaan sejak 27 Mei 2025."Lelaki tersebut ditahan ketika sedang membawa sayur-sayurannya untuk dijual kepada pihak ketiga di sebuah pasar basah di Padang Matsirat |
|
Nelayan disyaki jatuh bot ketika tarik pukat - Sinarharian - 17/08 4:02 pm ALOR SETAR Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang disyaki terjatuh di kedudukan kira-kira 27 batu nautika barat Tanjung Dawai pada Ahad.Pengarah Maritim Zon Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah menerima maklumat berhubung kejadian, pada jam 4.23 petang.Menurutnya, laporan polis dibuat pemilik bot sebelum Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi SAR pada jam 5 petang."Operasi SAR diaktifkan selepas seorang awak-awak warga Thailand disyaki terjatuh ke laut ketika menarik pukat."Mangsa dikenali sebagai Nattapong Phakhokthom, yang merupakan awak-awak bot nelayan tempatan (VNT)," katanya.Menurut beliau, Bot Perkasa 1226 dari Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah diatur gerak ke lokasi bagi melaksanakan pencarian awal."Bagaimanapun, operasi terpaksa dihentikan sementara berikutan keadaan cuaca buruk dan laut bergelora yang boleh menjejaskan keselamatan anggota serta aset terlibat," katanya.Beliau berkata, operasi pencarian pada Isnin diteruskan dalam keadaan cuaca berada pada tahap baik.Katanya, perkembangan berkaitan operasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah di talian 04 - 7310579 atau talian kecemasan 999. |
|
Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 16/08 4:09 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri serta Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)memaklumkan, ia melibatkan Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Sik, Baling dan Pendang) serta Perak (Hulu Perak).Amaran itu turut melibatkan Kelantan (Gua Musang), Terengganu(Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Terengganu), Pahang (Cameron Highlands, Bera, Rompin, Pekan dan Jerantut) sertaSelangor (Hulu Langat, Sepang, Petaling, Gombak dan Kuala Langat).Cuaca sama juga dijangka melanda Negeri Sembilan (Jempol, Tampin, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu dan Rembau),Johor (Segamat, Kota Tinggi dan Mersing) sertaSarawak (Miri,Marudi danLimbang).- Bernama |
|
Thunderstorms, heavy rain in several states until 1pm - MetMalaysia - Sinardaily - 16/08 10:01 am KUALA LUMPUR - Thunderstorms, heavy rain and strong winds are expected to hit several areas in the Peninsula and Sarawak until 1pm today.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) through an alert at 8.35am informed that the affected areas in the Peninsula include the entire states of Perlis and Melaka, as well as Langkawi, Kubang Pasu and Kota Setar in Kedah.The weather warning also involves Kuantan, Pekan and Jerantut in Pahang; Sepang and Kuala Langat in Selangor; Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah and Tampin in Negeri Sembilan; and Tangkak and Muar in Johor.For Sarawak, the same forecast was issued for the areas of Mukah, Selangau, Sibu, Sarikei, Maradong, Bintulu, Kapit, Bukit Mabong and Subis in Miri.The warning is a short-term warning valid for a period not exceeding six hours for each advisory |
|
MetMalaysia: Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri - Sinarharian - 16/08 9:51 am KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran dikeluarkan pada 8.35 pagi memaklumkan kawasan yang terjejas di Semenanjung merangkumi Perlis dan Melakaselain Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Setar di Kedah.Amaran itu turut melibatkan Kuantan, Pekan dan Jerantut di Pahang, Sepang danKuala Langat di Selangor; Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan serta Tangkak dan Muar di Johor.Di Sarawak, ramalan itu dikeluarkan bagi kawasan Mukah, Selangau, Sibu, Sarikei, Maradong, Bintulu, Kapit, Bukit Mabong dan Subis di Miri.Amaran itu adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran |
|
Tabung Haji Bukan Mesin Atm Membeli Undi . Ibadah Haji Bukan Mata Wang Politik . Amanah Pendeposit Bukan Modal Politik - Denyutreformasi - 16/08 9:14 am Rakyat terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Langkawi di Dewan Rakyat mengenai dakwaan penggunaan kemudahan berkaitan Tabung Haji untuk mendapatkan sokongan dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Jerai sebagai satu dakwaan yang amat serius dan tidak boleh dipandang ringan |
|
Penduduk Langkawi rasa gegaran beberapa saat - Kosmo - 15/08 8:18 pm LANGKAWI – Penduduk di pulau ini merasakan gegaran selama beberapa saat susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada petang ini |
|
Gempa bumi Indonesia: Rasa gegaran, sliding door bergetar - Kosmo - 15/08 8:12 pm Pengalaman itu dikongsikan mereka menerusi ruangan komen pada Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) selepas pihak berkenaan memaklumkan kejadian gempa bumi di negara jiran itu. “Langkawi rasa gegaran .. |
|
Dakwaan ibadah haji ditukar undi, PKR tuntut penjelasan UMNO - Sinarharian - 14/08 12:01 am SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut penjelasan UMNO berhubung dakwaan ibadah haji dijadikan sebagai pertukaran sokongan atau undi dalam pemilihan UMNO Bahagian Jerai, suatu ketika dahulu.Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan berkata, pendedahan tersebut amat mengejutkan dan memerlukan penjelasan."Jika perkara ini benar-benar terjadi, jelas menunjukkan ia satu perkara fahsya yang merosakkan kesucian ibadah haji sendiri."Wang Tabung Haji bukan sahaja digunakan untuk menyelamatkan projek-projek sakit pihak tertentu tetapi dijadikan bahan rasuah dalam pemilihan UMNO," dakwanya menerusi kenyataan pada Khamis.Sebelum ini Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020 didedahkan kepada umum pada 29 Julai lepas dan mengandungi 25 syor penambahbaikan.Susulan itu, Sidang Khas Dewan Rakyat diadakan bagi membolehkan laporan berkenaan diterangkan, dibahas dan dibincangkan oleh ahli Parlimen.Ketika perbahasan RCI itu di Dewan Rakyat pada Selasa, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohamad Suhaimi Abdullah mendakwa lawannya menjadikan ibadah haji sebagai pertukaran sokongan dalam pemilihan UMNO bahagian.Dalam pada itu Amidi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan menegaskan, isu berkaitan ibadah haji tidak seharusnya dilihat semata-mata dari sudut kewangan kerana turut membabitkan hak serta kepentingan rakyat."Untuk ibadah haji, ia bukan sahaja melibatkan duit tetapi menzalimi warga Melayu Malaysia yang menunggu giliran selama puluhan tahun."Kepentingan orang Melayu bukan hanya bergantung kepada sentimen dan semangat semata-mata, sudah tentu juga tidak boleh dengan hanya menyalahkan bangsa lain," ujarnya. |
|
Sogok ahli ke Makkah? – Hasbie persoal dakwaan 99% ketua cawangan ketika pemilihan Umno - Harapandaily - 13/08 5:30 pm Ketua Pemuda AMANAH, Hasbie Muda mempersoalkan pendedahan dalam Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) yang mendakwa kemudahan menunaikan haji digunakan ketika berlangsungnya pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno. Mengulas pendedahan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, Hasbie menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai sesuatu yang mengejutkan sekiranya benar berlaku... |
|
Taktik simpan bunga ganja RM1.01 juta dalam kotak permainan terbongkar .. - Mygazette - 13/08 3:45 pm Aspalila berkata, semakan dua bagasi itu berjaya membongkar kandungan berisi dadah jenis bunga ganja bernilai RM3.82 juta dengan berat 47.8 kg. "Siasatan mendapati, bagasi berkenaan dijadualkan untuk dibawa menaiki penerbangan ke Langkawi, namun telah ditinggalkan penumpang terbabit |
|
Customs foil four smuggling attempts at KLIA worth millions - Sinardaily - 13/08 1:42 pm SEPANG - Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Customs foiled four smuggling cases last month, seizing 1.53 million cigarette sticks and 60.47 kg of cannabis buds worth more than RM6.17 million, including duties and taxes.Its director Aspalila Ag Tuah said two of the cases involved cigarette smuggling at the KLIA Free Commercial Zone, while the other two involved cannabis buds, including 47.8 kg of the drug worth RM3.824 million that was found in two pieces of luggage abandoned at the Lost and Found office in the International Arrival Hall of KLIA Terminal 1.She said the two pieces of luggage had been booked for a flight from Kuala Lumpur to Langkawi on July 14 but were abandoned by the passengers."A scan of the luggage revealed suspicious images, and further inspection uncovered airtight plastic packets believed to contain cannabis buds."The airline was called in to assist in tracing the owners of the luggage," she told a press conference here today.Aspalila said in another drug case on July 13, the department seized 12.675 kg of cannabis buds worth RM1.014 million that had been concealed in children's toy boxes.She said the drugs were found in four packages at the KLIA Customs mail and courier centre and were believed to have been destined for export to a European country via cargo services."The syndicate concealed the cannabis in airtight plastic packaging before placing it inside children's toy boxes to evade detection by the authorities," she said.She said both drug cases were being investigated under the Dangerous Drugs Act 1952.Meanwhile, Aspalila said KLIA Customs also foiled two attempts to smuggle a total of 1.53 million cigarette sticks on July 29 and 30, with the cigarettes, duties and taxes valued at about RM1.35 million.In the first case, she said an inspection of a warehouse at the KLIA Free Commercial Zone on July 29 uncovered 410,000 cigarettes suspected to have been brought in without payment of customs duty under an air waybill from a West Asian country.Aspalila said the cigarettes were worth about RM102,000, with duties and taxes amounting to RM290,152."The consignment was declared as clothing to mislead the authorities and circumvent the requirement for an import permit," she added.The following day, she said the department found 1.12 million cigarettes worth RM168,000, with duties and taxes amounting to RM786,400, in a warehouse in the same zone.She said the cigarettes had arrived from an Asian country for transit and were believed to have been destined for a country in Oceania."This time, the consignment was declared as slippers to evade detection by the authorities," she said, adding that the companies handling the shipments in both cases had been called in to assist in the investigations |
|
Sorok bunga ganja RM1 juta dalam kotak mainan kanak-kanak - Sinarharian - 13/08 12:37 am SEPANG - Helah sorok bunga ganja dalam kotak permainan kanak-kanak terbongkar dalam rampasan di Cawangan Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.Rampasan dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, 13 Julai lalu.Pengarah Kastam KLIA, Aspalila AG Tuah berkata, empat bungkusan kotak telah dirampas dan pemeriksaan menemui bungkusan plastik lut sinar kedap udara mengandungi 12.675 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM1.01 juta yang disorokkan dalam kotak permainan kanak-kanak."Siasatan awal mendapati bungkusan itu dipercayai hendak dieksport ke salah sebuah negara eropah menggunakan perkhidmatan kargo."Semakan mendapati nombor telefon di paparan kotak gagal dihubungi selain alamat pengirim serta penerima adalah palsu," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Kargo KLIA di sini pada Khamis.Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dari mana bahan terlarang itu dibawa masuk selain mengesan individu terlibat.Dalam kes berlainan, dua bagasi yang ditinggalkan di Pejabat Lost & Found Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal 1 KLIA selama sebulan sebelum diperiksa pada 14 Julai lalu membongkar kandungan berisi dadah jenis bunga ganja bernilai RM3.82 juta.Aspalila berkata, semakan mendapati dua bagasi itu dijadualkan untuk dibawa menaiki penerbangan ke Langkawi, namun telah ditinggalkan penumpang terbabit."Imbasan bagasi kemudian telah dilakukan dan mengesan imej mencurigakan sebelum pemeriksaan rapi dibuat."Pemeriksaan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA menemukan plastik kedap udara mengandungi bunga ganja seberat 47.8 kg," katanya.Jelasnya, kes masih dalam siasatan termasuk memanggil syarikat penerbangan untuk membantu mengesan pemilik bagasi.Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. |
|
RM2.21mil damages for man paralysed by falling coconut tree in Langkawi - FMT - 13/08 12:30 am Justice Johan Lee says the damages represent fair, lawful and just compensation to which Yong Shui Tian is entitled. |
|
Dah Popular Di Hollywood, Henry Golding Tetap Puji Keindahan Alam Malaysia & Resort Di Langkawi - Lobakmerah - 13/08 11:09 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Rupanya Ini Destinasi Malaysia Paling Dicari Pelancong Eropah, No.1 Tak Mengejutkan! - Murai - 13/08 11:00 am Kalau pelancong Eropah datang ke Malaysia, agaknya destinasi mana yang mereka cari dulu? Data terbaru daripada Agoda mendedahkan Kuala Lumpur, Pulau Perhentian dan Langkawi menjadi tiga destinasi Malaysia paling banyak dicari berdasarkan carian penginapan bagi perjalanan Julai dan Ogos 2026 |
|
Dua pasukan WorldTeam sahut cabaran LTdL 2026 - Utusan - 13/08 7:45 am KUALA LUMPUR: Penyertaan dua pasukan WorldTeam, XDS Astana dari Kazakhstan dan Picnic PostNL dari Belanda menjadikan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 lebih mencabar dengan jumlah penyertaan 20 pasukan keseluruhannya dalam edisi ke-30 ini |
|
Tun M and Dr Hasmah set historic centenarian milestone as former leader couple - Sinardaily - 12/08 6:43 pm SHAH ALAM -Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali have made history after being recognised as the first former head of government and spouse in Asia to both become living centenarians.The couple, with a combined age of 201, received three official records from Asean Records and Asia Records during a ceremony at the Perdana Leadership Foundation in Putrajaya.At 101, Dr Mahathir who was also a former Langkawi Member of Parliament was recognised by Asean Records as the Oldest Living Former Prime Minister, while Dr Siti Hasmah, 100, was recognised as the Oldest Living Spouse of a Former Prime Minister.The third record, jointly conferred by Asia Records, recognised the couple as the First Former Head of Government and Spouse to Both Become Living Centenarians.The recognition came as the couple marked two remarkable birthdays within days of each other, with Dr Mahathir turning 101 on July 10 and Dr Siti Hasmah celebrating her 100th birthday on July 12.Their milestone came just days after the couple celebrated their 70th wedding anniversary on Aug 5, having married in 1956 after first meeting as young medical students at King Edward VII College of Medicine in Singapore in 1947.Over seven decades together, the couple raised seven children while building a life that spanned medicine, family and public service.Dr Mahathir served two non-consecutive terms as prime minister, from 1981 to 2003 and again from 2018 to 2020.During the same periods, Dr Siti Hasmah served as the country's first lady, accompanying her husband through two separate periods of national leadership.The adjudication team said its verification found no equivalent achievement publicly documented across the Asean region and major Asian markets.The certificates were presented by Asean Records and Asia Records Advisory Board chairman Tan Sri Datuk Danny Ooi, accompanied by chief adjudicators Gillian Ooi and Eldrick Koh.The latest recognition added another milestone to the couple's remarkable public journey, which had spanned seven decades of marriage, medical service, family life and national leadership. |
|
Warga Myanmar sanggup bayar RM6,000 demi masuk Malaysia secara haram - Mygazette - 12/08 4:07 pm # Warga Myanmar sanggup bayar RM6,000 demi masuk Malaysia secara haram KAJANG - Seorang wanita warga Myanmar mendakwa sanggup membayar kira-kira RM6,000 kepada seorang tekong di Thailand untuk membolehkannya dan keluarga memasuki Malaysia secara haram melalui laluan laut. Wanita berusia 37 tahun itu berkata bayaran tersebut dibuat bagi tujuan mengurus perjalanannya bersama-sama suami dan dua anaknya dari Myanmar sebelum dibawa masuk melalui perairan Langkawi menggunakan bot haram |
|
Suhaimi ungkit semula dakwaan 99% ketua cawangan ke Makkah? - Harapandaily - 12/08 12:20 am Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mengungkit kembali pengalaman ketika bertanding jawatan Ketua Bahagian Umno yang didakwa menyaksikan sebahagian besar ketua cawangan dibawa menunaikan haji, ketika membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di Dewan Rakyat |
|
Isu feri jejas pelancongan Langkawi - Careta - 12/08 8:20 am Apabila feri tidak dapat beroperasi dengan baik pelancong domestik akan terjejas, inilah isu yang membelenggu Langkawi sejak sekian lama kerana pelancong domestik bergantung kepada feri, katanya pada sidang akhbar Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, di Alor Setar pada Selasa |
|
Jadikan sakau perkataan rasmi - MP Langkawi - Mkini - 11/08 4:49 pm PARLIMEN Cadangan itu lepas MP Shah Alam jelaskan 'sakau' tidak terdapat dalam laporan RCI TH kerana ia bahasa slanga. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |