///
See Also: Shutterstock

Search : Lamag News   Page 1    





PRK Kinabatangan, Lamag: SPR terima lima laporan kesalahan sepanjang kempen - Sinarharian - 24/01 12:44 am

KINABATANGAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak lima laporan kesalahan yang diterima sepanjang berlangsungnya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kesalahan yang direkodkan dalam tindakan pihak badan pemantau yang telah dilantik."Ada lima laporan kesalahan yang telah kita terima, di mana empat merupakan kesalahan dalam kempen dan satu yang melibatkan provokasi."Ini dalam tindakan pihak badan pemantau yang kita lantik





Voter turnout at almost 40% in Kinabatangan, Lamag polls at 12pm - FMT - 24/01 12:40 am

Election Commission says 36 polling centres opened at 7.30am.





PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi - Sinarharian - 24/01 10:03 am

KINABATANGAN - Dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing, setakat 9 pagi ini.Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bilit pada jam 8.51 pagi dan selesai mengundi pada 8.58 pagi.Sementara itu, calon Bebas Goldam Hamid pula melaksanakan tanggungjawab mengundi di SK Minusoh pada jam 8.54 pagi.Pusat pengundian bagi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dibuka serentak pada 7.30 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang ini dengan sebahagian daripadanya ditutup secara berperingkat.Proses pengundian pada pagi ini berlangsung dalam keadaan cuaca baik.Penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, iaitu di Dewan Sri Lamag dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada jam 10 malam.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam, manakala bagi DUN Lamag menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas





12.5% mengundi di Kinabatangan, Lamag 10.5% setakat 9 pagi - FMT - 24/01 9:38 am

Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan 36 pusat mengundi dibuka bermula 7.30 pagi.





PBS reaffirms full support for BN in Lamag, Kinabatangan by-elections - BorneoPost - 23/01 8:02 pm

PENAMPANG (Jan 23): Parti Bersatu Sabah (PBS) has reaffirmed its full support for the Madani Government and its commitment to provide strong backing to Barisan Nasional (BN) candidates in the Lamag and Kinabatangan by-elections this Saturday





PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman - Sinarharian - 23/01 6:27 pm

KINABATANGAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menggunakan helikopter untuk menghantar peti undi ke tiga pusat pengundian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuamut, SK Inarad dan SK Abai, sebagai persiapan akhir menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, esok.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah berkata, penggunaan helikopter itu dibuat mengambil kira faktor geografi Parlimen Kinabatangan yang luas selain lokasi pusat pengundian terletak jauh di pedalaman."Hari ini, pergerakan awal menggunakan helikopter telah dilaksanakan ke tiga pusat mengundibermula seawal 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi





PRK Kinabatangan, Lamag: Hentikan sebarang aktiviti berkempen jam 11.59 malam ini - Sinarharian - 23/01 6:14 pm

KINABATANGAN - Semua pihak yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag diingatkan untuk menghentikan sebarang bentuk aktiviti kempen mereka sejurus tempoh rasmi berkempen tamat pada jam 11.59 malam ini.Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, aktiviti berkempen itu termasuk merayu undi di luar pusat mengundi, melalui saluran media sosial seperti Facebook, X, Instagram, TikTok, Threads dan lain-lain."SPR juga mengingatkan bahawa semua parti atau calon bertanding dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara barung pada hari mengundi kerana perkara tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954."Semua calon diingatkan untuk membersihkan bahan-bahan kempen yang telah diletakkan atau dipamerkan sepanjang tempoh berkempen dalam masa yang telah ditetapkan dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Katanya lagi, semua pengundi, calon dan petugas yang ingin memasuki pusat mengundi pada hari mengundi dilarang memakai baju, topi, pelitup separuh muka atau membawa material yang mempunyai nama, lambang, simbol, gambar parti atau calon yang bertanding."Ini juga termasuk apa-apa bahan kempen serta sebarang tagline atau slogan kempen yang menjurus atau membawa maksud sokongan atau cenderung kepada mana-mana fahaman politik."Kegagalan pengundi mematuhi atau melanggari peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan pengundi dilarang dari memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya," katanya.Beliau turut memaklumkan,pengundi pada PRK tersebut berhubung larangan penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi atau saluran."SPR mengingatkan kepada semua pengundi bahawa penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah tidak dibenarkan."Sebagai peringatan, notis atau poster larangan penggunaan telefon bimbit akan diletakkan di luar dan di dalam tempat mengundi."SPR turut menetapkan bahawa pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi," katanya.Beliau berkata, pelaksanaan tatacara pengundian yang baharu itu boleh dirujuk menerusi poster Tatacara 10 Langkah Pengundian yang menjelaskan proses pengundian sepenuhnya."Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing," katanya.Sehubungan itu katanya, SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam."Sebarang pelanggaran undang-undang yang berkaitan boleh dikenakan tindakan," katanya.





PRK Kinabatangan, Lamag: Pengundi celup jari kelingking kiri esok - SPR - Sinarharian - 23/01 6:07 pm

KINABATANGAN - Penandaan dakwat kekal untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag akan dibuat pada jari kelingking tangan kiri pengundi semasa hari pengundian yang berlangsung pada Sabtu.Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, dalam PRK tersebut, seramai 48,282 pengundi biasa bakal mengundi."SPR telah menjalankan proses semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya bagi kegunaan hari mengundi dalam PRK Parlimen Kinabatangan dan PRK DUN Lamag."Seramai 1,106 petugas akan mengendalikan proses pengundian ini nanti



Calon BN harap pengundi Kinabatangan, Lamag keluar tunai tanggungjawab Calon BN harap pengundi Kinabatangan, Lamag keluar tunai tanggungjawab - SUN - 23/01 5:39 pm



Kinabatangan, Lamag by-election candidates make final push for votes Kinabatangan, Lamag by-election candidates make final push for votes - SUN - 23/01 5:39 pm



Hari terakhir kempen PRK Kinabatangan dan Lamag, calon perhebat usaha Hari terakhir kempen PRK Kinabatangan dan Lamag, calon perhebat usaha - SUN - 23/01 5:39 pm





Ballots by air and sea: EC deploys helicopters, boats ahead of Kinabatangan and Lamag by-elections - Malaymail - 23/01 5:20 pm

KINABATANGAN, Jan 23 The Election Commission (EC) today deployed helicopter services to deliver ballot boxes to...





PRK Kinabatangan, Lamag: PBS sokong calon BN, tiada kompromi ahli yang ingkar - Sinarharian - 23/01 4:30 pm

PENAMPANG - Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan ahlinya yang bercanggah dengan keputusan parti menyokong calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.Perkara itu ditegaskan Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, yang menegaskan sokongan penuh parti terhadap kedua-dua calon BN yang akan bertanding esok."PBS kekal konsisten dalam pendirian politiknya dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN dalam PRK DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan."Sekiranya terdapat mana-mana ahli yang ingkar atau bertindak bertentangan dengan arahan parti, perkara tersebut akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil," katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS pertama bagi tahun 2026, di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat PBS, di sini, pada Jumaat.Joachim turut berkata, PBS akan bekerjasama secara erat dengan jentera BN bagi memastikan kemenangan calon sekali gus mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut."Kerjasama ini adalah selari dengan semangat kestabilan politik serta sokongan terhadap Kerajaan Madani," katanya.Sementara itu, mengulas mengenai mesyuarat AMT itu, beliau memaklumkan antara perkara dibincangkan ialah beberapa hala tuju strategik serta pelan tindakan (way forward) parti dalam memperkukuhkan peranan PBS sebagai sebuah parti tempatan yang relevan dan terus memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah."PBS akan terus memainkan peranan konstruktif dalam landskap politik negeri dan persekutuan, serta memperkukuh kerjasama dalam gabungan demi kestabilan dan kemajuan Sabah," katanya.





Candidates ramp up outreach in Kinabatangan and Lamag ahead of tomorrows vote - Malaymail - 23/01 2:08 pm

KINABATANGAN, Jan 23 Candidates contesting in the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections steppe...





Kinabatangan, Lamag by-elections: 48,526 voters set to cast ballots tomorrow - Sinardaily - 23/01 9:42 am

KINABATANGAN - A total of 48,526 voters are set to cast their ballots for a new Member of Parliament in the Kinabatangan by-election, while 13,703 voters will go to the polls for the Lamag state seat tomorrow.All 36 polling centres, comprising 117 polling stations, will be open from 7.30am to 5.30pm, except for 25 centres, which will close earlier, between noon and 5pm.All 25 early-closing polling centres include Sekolah Kebangsaan (SK) Inarad and SK Sri Ganda, which will close at noon, followed by SK Kuamut, SK Masaum, SK Sangau, SK Tundun Bohangin, SK Litang, and SK Ladang Tomanggong, which will close at 1pm.Polling centres at SK Keramuak, SK Sungai Lokan, Dewan Serbaguna Kampung Balat Kinabatangan, SK Bilit, and SK Abai will close at 2pm, while SK Penangah, SK Minusuh, SK Saguon, SK Tanjong Aru, SK Tanjong Batu, and SK Mumiang will close at 3pm.SK Pulau Lubukan is the only polling centre to close at 4pm, followed by SK Menanam, SK Sogo-Sogo, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entilibon, SK Pekan Tongod, and SK Batu Puteh, which will close at 5pm.The voting process for the Member of Parliament and state assemblyman concludes after the last 11 polling centres close at 5.30pm





BN terima kemasukan semula PPP BN terima kemasukan semula PPP - Mgazette - 22/01 8:32 am

Sementara itu, Datuk Mohd Hasnol Ayub pula dilantik sebagai Setiausaha, bagi memastikan urus tadbir dan penyelarasan pentadbiran parti berjalan dengan lebih tersusun dan berkesan. Dalam masa yang sama, Barisan Nasional memaklumkan parti itu sedang mempertingkatkan gerak kerja serta tahap kesiapsiagaan jentera bagi menghadapi kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) P.187 Parlimen Kinabatangan dan N.58 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag



Kinabatangan, Lamag by-elections see 93% early voter turnout Kinabatangan, Lamag by-elections see 93% early voter turnout - SUN - 21/01 7:56 am





Back BN in Kinabatangan, Lamag by-elections for continued agricultural development, farming community urged - BorneoPost - 20/01 8:42 pm

KINABATANGAN (Jan 20): The farming community in the Kinabatangan constituency and Lamag constituency should give their full support to Barisan Nasional (BN) candidates in the Jan 24 by-elections





PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR - Sinarharian - 20/01 8:05 pm

KINABATANGAN - Sebanyak 93peratus atau 176 anggota polis telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Selasa.Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrusberkataagensi itu, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukannya kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik."Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia, petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,"katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Proses pengundian awal yang berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, melibatkan satu saluran pengundian dan sebanyak 189 orang anggota polis layak untuk mengundi awal dalam kedua-dua PRK berkenaan.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).Ia diadakan susulan kematian penyandangnyaDatuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan





93 peratus pengundi awal PRK Kinabatangan, Lamag keluar mengundi - Mgazette - 20/01 7:57 pm

# 93 peratus pengundi awal PRK Kinabatangan, Lamag keluar mengundi KUALA LUMPUR Proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.187 Kinabatangan dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag, Sabah berlangsung lancar hari ini



Early voting for Kinabatangan and Lamag by-elections proceeds smoothly Early voting for Kinabatangan and Lamag by-elections proceeds smoothly - SUN - 20/01 6:23 pm



BN candidate intensifies Lamag by-election campaign in final days BN candidate intensifies Lamag by-election campaign in final days - SUN - 20/01 6:23 pm





Baki tiga hari kempen PRK DUN Lamag, jentera BN jangan alpa - Sinarharian - 20/01 3:19 pm

KINABATANGAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Mohd Ismail Ayobakan memanfaatkan tempoh kempen yang berbaki tiga hari sebelum hari pengundian Sabtu ini dengan melipatgandakan gerak kerja.Mohd Ismailyang lebih dikenali sebagai Miha berkata, walaupun momentum kempennya kini berada pada tahap terbaik, beliau tidak mahu jentera pilihan rayanya alpa, sebaliknya terus giat mendekati seberapa ramai pengundi di kawasan DUN berkenaan."Kami sudah selesai melawat semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam kawasan DUN Lamag dan akan berusaha mengadakan pusingan kedua agar dapat bertemu semula dengan semua pengundi," katanya di sini pada Selasa.Beliau berkatademikian ketika ditemui selepas meninjau proses pengundian awalPRKParlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diTeratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatanganyang melibatkan196 anggota polis dengan 189 daripadanyamengundisecara fizikal, manakala tujuh anggota lagi secara undi pos.Dalam pada itu, beliau optimis BN mampu melakar kemenangandi DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan pada PRK kali ini berdasarkan maklum balas positif pengundi yang diperoleh menerusi tinjauan serta lawatan ke seluruh PDM.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas) manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail dengan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).Ia diadakan susulan kematian penyandang Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.- Bernama





Kinabatangan, Lamag by-election results expected by 10pm on Saturday, says EC - Malaymail - 20/01 1:14 pm

KINABATANGAN, Jan 20 The results of the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections are e...





PRK Kinabatangan: 83.07 peratus pengundi selesai tunai tanggungjawab setakat 12 tengah hari - Sinarharian - 20/01 1:13 pm

KINABATANGAN - Proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan yang berlangsung pada Selasa mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak83.07 peratus atau 157 anggota polis setakat 12 tengah hari.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula, sebanyak147 anggota polis atau 78.19 peratus telah menunaikan tanggungjawab masing-masingdalam tempoh yang sama.Proses pengundian bagi memilih Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu di situ berlangsung di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan melibatkan196 anggota polis dengan 189 daripadanya mengundisecara fizikal, manakala tujuh anggota lagi secara undi pos.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas) manakala di DUN Lamag,pertandingan satu lawan satu berlangsung antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).Iadiadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.Parlimen Kinabatangan merangkumi tiga DUN iaitu Sukau, Lamag dan Kuamut dengan keseluruhan 48,722 pengundi berdaftar, manakala DUN Lamag mempunyai 13,899 pengundi.SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan





BN Sabah leads unity government machinery for Kinabatangan, Lamag by-elections - BorneoPost - 20/01 12:24 am

KOTA KINABALU (Jan 20): Barisan Nasional (BN) Sabah is taking the lead in coordinating the Sabah unity government’s machinery, with a clear focus on strengthening campaign strategies to secure victories in the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections this weekend





PRK Kinabatangan, Lamag: SPR tutup lebih awal pusat undian di pedalaman, elak risiko cuaca - Sinarharian - 20/01 12:17 am

KINABATANGAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil langkah menutup pusat undian yang terletak di kawasan pedalaman lebih awal bagi mengelak risiko gangguan cuaca serta memastikan peti undi dapat dibawa keluar dengan selamat ke pusat penjumlahan undi kelak.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini menjadi faktor utama dalam keputusan tersebut."Ya, cuaca agak tak menentu di kebelakangan ini dan kita berharap pengundi-pengundi maklum dengan keadaan cuaca dan mengikuti perkembangan semasa





Kesan dakwat undi PRN belum hilang, polis guna jari kelingking - Sinarharian - 20/01 12:07 am

KINABATANGAN - Meskipun baharu selesai menjalankan tugasan syif malam, beberapa anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan tetap komited menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Selasa.Inspektor Siti Hajar Mohd Taupek, 37, yang baru sahaja selesai bertugas, merupakan antara anggota terawal yang hadir menunggu giliran untuk mengundi di pusat pengundian awal di Teratak IPD Kinabatangan yang dibuka pada 8 pagi."Saya baharu sahaja selesai kerja syif malam pada pagi ini dan sebelum balik berehat di rumah, saya terus datang ke sini untuk mengundi awal."Saya bertugas di sini sejak 2019 dan ini adalah kali keempat saya mengundi awal di sini," katanya ketika ditemui Bernama di luar perkarangan pusat pengundian berkenaan.Koperal Sophia Lim Ian Ian, 32, turut tidak menjadikan keletihan selepas bertugas pada syif malam sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi awal."Pada PRK kali ini kami menggunakan jari kelingking untuk dicelup dakwat kerana jari telunjuk masih mempunyai kesan dakwat daripada pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 Novemberlepas," katanya.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.Parlimen Kinabatangan merangkumi tiga DUN iaitu Sukau, Lamag dan Kuamut dengan keseluruhan 48,722 pengundi berdaftar, manakala DUN Lamag mempunyai 13,899 pengundi.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan.- Bernama





EC: Kinabatangan, Lamag results expected as early as 10pm - BorneoPost - 20/01 11:57 am

KINABATANGAN (Jan 20): The results of the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections are expected to be known as early as 10pm on Saturday, according to the Election Commission (EC)





PRK Kinabatangan: 114 polis selesai mengundi setakat jam 10 pagi - SPR - Sinarharian - 20/01 11:54 am

KINABATANGAN -Seramai 80 anggota polis atau 47.09 peratus telah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, setakat 10 pagi Selasa.Menurut grafik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula, seramai 34 anggota polis atau 47.34 peratus telah selesai mengundi dalam tempoh yang sama.SPR memaklumkan bahawa daripada keseluruhan 196 anggota polis yang layak mengundi awal, 189 anggota menunaikan tanggungjawab masing-masing secara fizikal, manakala tujuh anggota lagi mengundi melalui undi pos.Proses pengundian awal diadakan di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan yang dibuka pada 8 pagi danakan ditutup pada 5 petang ini, berlangsung dalam keadaan cuaca baik.Kedua-dua PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN) Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag,pertandingan satu lawan satu berlangsung antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).Parlimen Kinabatangan merangkumi tiga DUN iaitu Sukau, Lamag dan Kuamut dengan keseluruhan 48,722 pengundi berdaftar, manakala DUN Lamag mempunyai 13,899 pengundi.Suruhanjaya Pilihan Rayamenetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan





PRK Kinabatangan, Lamag: 8 pusat undi perlu helikopter, 1 bot bawa peti undi - Sinarharian - 20/01 11:39 am

KINABATANGAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lapan pusat undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag memerlukan pengangkutan udara manakala sebuah bot untuk membawa peti undi pada hari pengundian yang berlangsung pada Sabtu ini.Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, beliau tidak pasti jika sebanyak lapan helikopter akan digunakan untuk kelapan-lapan pusat pengundian tersebut."Ada lapan pusat mengundi perlu helikopter, tetapi saya tidak pasti sama ada lapan helikopter akan digunakan tetapi ada sebahagiannya helikopter yang sama akan datang ke beberapa pusat undi."Ada satu bot akan digunakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tundung Bohangin





PRK Kinabatangan, Lamag: 20.11 peratus, 23.40 peratus keluar undi awal setakat 9 pagi - SPR - Sinarharian - 20/01 10:49 am

KINABATANGAN - Peratusan keluar mengundi bagi pengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag setakat jam 9 pagi ini masing-masing ialah 20.11 peratus dan 23.40 peratus.Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah tersebut melibatkan seramai 38 pengundi bagi Parlimen Kinabatangan dan 44 pengundi bagi DUN Lamag, yang berdaftar di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan.Pusat pengundian awal tersebut dibuka seawal jam 8 pagi dan dijadualkan tutup pada 5 petang ini.Proses pengundian awal itu melibatkan seramai 196 anggota polisyang menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu bagi kedua-dua kawasan.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Kurniawan Naim Moktar, calon Parti Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman dan calon bebas, Goldam Hamid, manakala diPRK DUN Lamag,pertandingan satu lawan satu berlangsung antara Mohd Ismail Ayob atau Miha dari BN dan Mazliwati Abdul Malek mewakili Warisan.PRK diadakan susulan penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, meninggal dunia pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.





PRK Kinabatangan, Lamag: Bukan sekadar pertandingan politik, ini soal mandat rakyat - Sinarharian - 20/01 10:43 am

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah bagi menyelaras gerak kerja jentera dan memperkukuh strategi kempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.Penyelarasan itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah yang dipengerusikan Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin, bagi memastikan pergerakan jentera parti lebih tersusun, selain memperkukuh kerjasama antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.Mesyuarat berkenaan turut dihadiri wakil kepimpinan daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam menghadapi PRK tersebut.Menurut Jafry, kesepakatan antara parti-parti komponen merupakan elemen penting dalam memastikan kestabilan politik dan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri."Kestabilan politik dan keberkesanan pentadbiran negeri sangat bergantung kepada kesepakatan parti-parti komponen dalam membina dasar yang konsisten, menyeluruh dan berpandangan jauh demi kepentingan rakyat," katanya selepas mesyuarat tersebut pada malam Isnin.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Nooratas sokongan terhadap usaha penyelarasan berkenaan.Dalam pada itu, Jafry menegaskan bahawa PRK Kinabatangan dan Lamag bukan sekadar pertandingan politik, sebaliknya melibatkan soal mandat rakyat dan kestabilan masa depan kawasan terbabit."PRK ini bukan sekadar pertandingan politik, tetapi soal mandat rakyat dan kestabilan masa depan kawasan."Kita bergerak sebagai satu pasukan, satu suara dan satu matlamat untuk menang," ujarnya.Untuk rekod, BN mempertaruhkan Mohd Kurniawan Naim iaitu anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai calon Parlimen Kinabatangan, manakala Mohd Ismail Ayob atau Miha dicalonkan bagi kerusi DUN Lamag.PRK diadakan selepas penyandangnya, Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.





Keputusan PRK Kinabatangan, Lamag Sabtu ini dijangka awal - SPR - Sinarharian - 20/01 10:15 am

KINABATANGAN - [KEMAS KINI] Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dijangka diketahui seawal 10 malam pada Sabtu ini.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, jangkaan masa itumengambil kira faktor geografi serta kedudukan pusat-pusat pengundian yang terletak agak jauh, khususnya di kawasan pedalaman."SPR memberi jaminan semua peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag mengikut masa yang ditetapkan





Early voting kicks off today as Kinabatangan and Lamag prepare for Jan 24 polls - Malaymail - 20/01 9:14 am

KINABATANGAN, Jan 20 An early voting centre for the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections...





PRK Kinabatangan, Lamag: Satu pusat undi dibuka awal - Sinarharian - 20/01 8:12 am

KINABATANGAN - [KEMAS KINI]Satu pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan dibuka pada 8 pagi ini.Proses pengundian awal itu melibatkan seramai 196 anggota polisyang menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.Pusat pengundian awal berkenaan dijadualkan ditutup pada 5 petang nanti.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN) Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala diPRK DUN Lamag,pertandingan satu lawan satu berlangsung antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.Parlimen Kinabatangan mempunyaisebanyak 48,722 pengundi berdaftar manakala DUN Lamag mempunyai 13,899 pengundi.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan pada Sabtu ini





PRK Kinabatangan, Lamaq: Persiapan undi awal berjalan lancar - Sinarharian - 19/01 11:35 pm

KINABATANGAN - Persiapan bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag esok, yang membabitkan 196 anggota polis serta pasangan, berjalan lancar.Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah berkata persiapan yang mula dilaksanakan pada 8 pagi tadi di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, yang menjadi satu-satunya pusat pengundian awal, membabitkan 14 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."Persiapan untuk undi awal esok yang melibatkan 196 anggota polis serta pasangan setakat ini berjalan lancar, dan kita sasarkan 100 peratus jumlah itu akan keluar mengundi," katanya kepada Bernama hari ini.Proses pengundian awal akan berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang membabitkan satu saluran.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar, yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas) manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu menyaksikan pertembungan antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian



Police personnel to cast early votes in Kinabatangan, Lamag by-elections Police personnel to cast early votes in Kinabatangan, Lamag by-elections - SUN - 19/01 12:58 am





Jafry: BN Sabah appreciates GRS support in Kinabatangan, Lamag byelections - Malaymail - 19/01 11:08 am

KINABATANGAN, Jan 19 Barisan Nasional (BN) Sabah has expressed appreciation for the commitment of Gabungan Rakya...





SPRM lancar bilik gerakan, lapor aktiviti rasuah sepanjang PRK Kinabatangan, Lamag - Sinarharian - 18/01 4:15 pm

KOTA KINABALU - Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Menurut kenyataan SPRM, aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada agensi itu menerusi pelancaran pembukaan bilik gerakan di cawangan Sandakan.Bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula 10 hingga 25 Januari ini dan terletak di Tingkat 7, Bangunan Persekutuan, Jalan Labuk, Sandakan.Selain itu, orang ramai juga boleh mengemukakan aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel di prnsabah@sprm.gov.my atau menghubungi talian 089-668746 dan 011-18669877.Dalam pada itu, SPRM mengingatkan semua calon serta parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).





From RM1,000 for youth to new town plans: What BN is promising Lamag voters - Malaymail - 18/01 10:57 am

KINABATANGAN, Jan 18 Barisan Nasional (BN) tonight launched its manifesto for the Lamag state by-election, theme...





PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka 7 tawaran - Sinarharian - 18/01 12:29 am

KINABATANGAN - Barisan Nasional (BN) malam ini melancarkan manifesto bertema "Lamag Wajah Baharu" yang mengandungi tujuh tawaran untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.Pelancaran manifesto itu disempurnakan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Lamag Mohd Ismail Ayob.Tujuh tawaran itu adalah pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi menyediakan rumah mampu milik kepada golongan B40 dan M40 serta menambah baik infrastruktur asas jalan raya, elektrik, air dan capaian Internet.Selain itu, mewujudkan sektor pelancongan, kraftangan, usahawan dan kebudayaan di Lamag; cadangan penubuhan kolej atau institut kemahiran Kinabatangan bagi menyediakan peluang belajar dan bekerja untuk anak tempatan; meningkatkan prasarana sukan dengan pembinaan kompleks atau mini kompleks sukan di Kinabatangan; dan menaik taraf infrastruktur asas di Lamag.Turut diberi penekanan kewujudan bandar baharu iaitu Bandar Seri Milian sebagai pemangkin kepada pembangunan Lamag; dan insentif khas RM1,000 bagi golongan muda di kawasan itu yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi serta belia DUN Lamag yang baharu mendirikan rumah tangga.Pelancaran manifesto pada program Malam Galau di Dataran Terminal di sini itu turut dihadiri calon BN bagi PRK kerusi Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim MoktarSementara itu, Mohd Kurniawan Naim ketika ditemui pemberita berkata manifesto beliau untuk rakyat Kinabatangan yang mengandungi 10 perkara akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.Beliau berkata antara yang terkandung manifesto itu ialah usaha memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan anak muda Kinabatangan tidak tercicir dalam pelajaran, selain memperbanyak pusat pembangunan belia di kawasan luar bandar.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan Mohd Kurniawan Naim ditentang Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas) manakala PRK DUN Lamag pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 24 Jan manakala 20 Jan ini sebagai undi awal





Kinabatangan, Lamag by-elections: Final push as campaign enters second phase - Malaymail - 17/01 11:00 am

KINABATANGAN, Jan 17 The first phase of campaigning for the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-electio...





Umno president to discuss Muafakat Nasional, Youth convention at AGM - Sinardaily - 14/01 7:16 pm

Wait till the president delivers his policy speech where he will elaborate on this, he told reporters at the World Trade Centre on Wednesday (Jan 14) following a closed-door briefing held by Zahid.The possibility of reviving cooperation between Umno and Pas was raised during the recent special Umno Youth convention earlier this month.The proposal, raised by Umno Youth Chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, also included Umno withdrawing from the current unity government.This, however, drew a negative reaction from the Umno president.Dr Akmal then hinted at stepping aside from his position. He is the elected Merlimau assemblyman and an exco in the Melaka state government.Separately, fellow Umno supreme council member Datuk Seri Ahmad Maslan expressed confidence in retaining the coming by-elections for the Kinabatangan parliamentary seat and the Lamag seat in the Sabah state assembly.National party leaders are also set to help campaigns there in the coming week, he said.The by-elections are set to be held on Jan 24, following the passing of the late Datuk Seri Bung Moktar Radin, who was the incumbent for both seats.Bung Moktar passed away in December last year





PRK Kinabatangan: Naim Moktar pikul amanah berat, tekad sambung legasi bapa - Sinarharian - 14/01 10:35 am

Saya tahu bagaimana beliau bekerja, dan ia adalah satu beban bagi saya untuk mengekalkan momentum ini." tetapi apabila sudah tiba masanya, mahu atau tidak mahu, ini tanggungjawab saya apabila telah dipilih oleh parti (untuk bertanding di Parlimen Kinabatangan)."Saya akan usahakan kalau tidak lebih baik, sama baik dengan yang beliau (Bung Moktar) telah usahakan," katanya ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini.Berhadapan kritikan bahawa pencalonannya dipengaruhi oleh faktor legasi keluarga, Naim Moktar, 32, berkata, perkara itu diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti dan bukan datang daripada permintaannya.Beliau berkata, sejak terlibat dalam arena politik pada 2013 sebagai ahli biasa UMNO, beliau lebih selesa berperanan di belakang tabir dengan fokus kepada kerja-kerja pengukuhan parti berbanding menonjolkan diri, namun bersedia menggalas tanggungjawab yang diberi kepimpinan parti.Bendahari Pemuda UMNO pusat itu berkata, walaupun tanggungjawab itu datang bersama tekanan, namun beliau kekal fokus untuk berkhidmat secara berkesan, di samping menegaskan akan memperjuangkan isu persempadanan semula Parlimen Kinabatangan yang disifatkannya terlalu luas."Keutamaan saya ialah memperjuangkan peruntukan untuk Kinabatangan. Kawasan ini seluas Johor, tetapi hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen."Disebabkan keluasan yang terlalu besar dan (kedudukan penduduk) yang berselerak, saya akan memperjuangkan persempadanan semula supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan di semua tempat dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.Parlimen Kinabatangan yang merangkumi keluasan kira-kira 18,068 kilometer persegi dengan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lamag, Kuamut dan Sukau berada di bawahnya, hampir menyamai keluasan negeri Johor yang berkeluasan 19,210 kilometer persegi dan mempunyai 10 daerah iaitu Johor Bahru, Tangkak, Pontian, Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai, Batu Pahat dan Muar.Mengulas mengenai persaingan tiga penjuru pada PRK berkenaan, Naim Moktar yang juga Exco Pemuda BN berkata, meskipun masih belum cukup pengalaman, beliau tidak memandang mudah cabaran yang diberikan dua lawannya.Beliau berkata, politik bukan sekadar mengenang jasa lepas, sebaliknya soal memastikan suara masyarakat Kinabatangan dibawa secara konsisten dan berkesan di peringkat nasional."Saya akui mencipta kemenangan ini bukan mudah (kerana) lawan saya juga orang berpengalaman."Namun apa yang saya tawarkan ialah masa depan dan harapan supaya suara masyarakat Kinabatangan dapat dibawa secara konsisten dan tidak ada mana-mana golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negeri dan negara," katanya.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan Naim Moktar ditentang Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).Satu lagi PRK ialah DUN Lamag yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dengan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar, 66, pada 5 Dis tahun lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan pada 24 Januari manakala undi awal pada 20 Januari ini





PRK Lamag: Gelombang penolakan parti nasional beri kelebihan kepada Warisan - Sinarharian - 13/01 2:56 pm

KINABATANGAN Gelombang penolakan terhadap parti nasional atau parti dari Semenanjung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dilihat memberi kelebihan kepada Parti Warisan (Warisan) dalam persaingan dua penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kali ini.Calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek, mengakui persaingan PRK kali ini sengit, namun berpandangan sentimen rakyat yang menolak parti dari Semenanjung masih wujud dan berpotensi mempengaruhi keputusan pengundian."Saya tidak mahu terlalu yakin walaupun pertandingan kali ini satu lawan satu





PRK: BN yakin dapat pertahankan kerusi Kinabatangan, Lamag - Sinarharian - 12/01 10:48 pm

SANDAKAN - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan,24 Januari ini.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, keyakinan itu berdasarkan kempen yang dijalankan BN turut mendapat sokongan daripada parti dalam Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah yang jugaPengerusiGabungan Rakyat Sabah (GRS)Datuk Seri Hajiji Noor."Saya melihat dari segi persiapan (kempen) berjalan dengan baik dan kerjasama yang ditunjukkan, hasil daripada pembentukan kerajaan ini (Kerajaan Negeri Sabah) telah pun membina satu persefahaman yang baik."Beliau (Hajiji) memberikan komitmen besar untuk memastikan kerusi ini dapat terus dipegang oleh calon BN yang bertanding di Parlimen dan juga DUN," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek asrama baharu Politeknik Sandakan di sini pada Isnin.Turut hadir ialahPengerusi BN Sabah yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.Dalam masa sama, Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggiberkata, legasi pembangunan yang ditinggalkan bekas Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin di Kinabatangan khususnya dalam aspek pendidikan dan pembangunan desaakan terus diperjuangkan.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas)manakala DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob dengan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).PRK berkenaan diadakan susulan kematian Bung Moktar, 66, pada 5 Disember tahun lepas.PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag mempunyai 48,722 pemilih berdaftar merangkumi 48,526 pengundi biasa dan 196 polis serta pasangan sebagai pengundi awal.Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran dan satu pusat mengundi awal dengan satu saluranakan digunakan.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkanhari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan adalah pada 24 Januari, manakalapengundian awal pada20 Januari ini.- Bernama





Kinabatangan, Lamag by-elections spark surge for homestays and laundromats in Sabah - Malaymail - 12/01 9:00 pm

KINABATANGAN, Jan 12 Beyond the clash of ideas and political strategies, the Kinabatangan parliamentary and Lama...





Parlimen Kinabatangan luas, jadi cabaran UMNO pertahan kerusi - Mgazette - 12/01 8:05 am

# Parlimen Kinabatangan luas, jadi cabaran UMNO pertahan kerusi PONTIAN - Faktor kawasan luas akan menjadi antara cabaran jentera UMNO mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 24 Januari ini





PRK Kinabatangan: Mohd Naim pilihan tepat ada pengaruh, pengalaman - Mgazette - 11/01 5:40 pm

"Ini adalah teori dan atas kertas kita memang boleh menang," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya. PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 14 Januari ini bakal menyaksikan pertandingan sengit apabila Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru, manakala DUN Lamag hanya membabitkan pertandingan satu lawan satu





Keluasan Parlimen Kinabatangan cabaran utama PRK - Ahmad Maslan - Sinarharian - 11/01 2:24 pm

PONTIAN - Kawasan yang luas menjadi cabaran utama yang perlu ditangani jentera UMNO bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 24 Januari depan.Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Parlimen Kinabatangan yang mempunyai tiga DUN mempunyai keluasan yang hampir sama dengan negeri Johor.Jelasnya, keadaan itu menuntut kerja keras daripada jentera untuk bertemu kira-kira 48,722 pemilih terdiri daripada 48,562 pengundi biasa dan 196 polis serta pasangan sebagai pengundi awal."Pada PRK kali ini, tiada keluarga angkat dihantar dari UMNO Bahagian di Semenanjung





Anak Bung Moktar berdepan saingan tiga penjuru di Kinabatangan - Mgazette - 10/01 5:50 pm

# Anak Bung Moktar berdepan saingan tiga penjuru di Kinabatangan KUALA LUMPUR Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru, manakala PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag melibatkan pertandingan satu lawan satu





SPR jangka 65% keluar undi PRK Kinabatangan, Lamag - FMT - 10/01 2:21 pm

Pengerusi Ramlan Harun berkata jangkaan itu sama seperti disasarkan pada PRN Sabah tahun lalu.





EC anticipates 65 pct voter turnout for Kinabatangan, Lamag by-elections - BorneoPost - 10/01 2:17 pm

KINABATANGAN (Jan 10): The Election Commission (EC) anticipates a 65 per cent voter turnout for the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections on Jan 24





EC expects 65pc voter turnout for Kinabatangan and Lamag byelections - Malaymail - 10/01 2:14 pm

KINABATANGAN, Jan 10 The Election Commission (EC) anticipates a 65 per cent voter turnout for the Kinabatangan p...





Sabah by-elections: BN banks on both new and experienced faces in Kinabatangan, Lamag - BorneoPost - 10/01 1:21 pm

KOTA KINABALU (Jan 10): Barisan Nasional (BN) has put forward what it described as credible and service-ready candidates for the Kinabatangan parliamentary seat and the Lamag state constituency, reaffirming its commitment to political stability, sustainable development and the well-being of the people in Sabah





Saddi mahu ubah status Kinabatangan daripada daerah termiskin - Sinarharian - 10/01 1:02 pm

Kita mahu angkat darjatnya."Kita tidak mahu dalam tempoh dua tahun akan datang ini, Sukau dan Kinabatangan terus dilabel sebagai daerah termiskin. Apabila kita mengangkat darjat itu, kita mahu jalan raya yang bagus, bekalan air yang baik dan elektrik yang tidak putus-putus," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Sabtu.Beliau menegaskan bahawa penyelesaian masalah infrastruktur asas atau tiga serangkai merupakan langkah awal sebelum pembangunan lain dapat dilaksanakan secara menyeluruh."Itulah misi kita





PRK Kinabatangan medan uji tolak amalan politik wang - Goldam - Sinarharian - 10/01 12:37 am

Sebab itu saya menyeru calon-calon lain dan rakyat Kuamut, khususnya pengundi di Kuamut, supaya kita menguji kali ini tanpa politik wang."Kita uji kekuatan sebenar, uji populariti sebenar tanpa politik wang. Politik wang ini sangat berbahaya kepada negeri dan negara, seperti yang disebutkan dalam hantaran media sosial tersebut," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini pada Sabtu.Mengulas mengenai fokus utama kempen beliau, Goldam yang juga seorang peguam berkata, beliau akan menekankan kesedaran rakyat terhadap hak-hak Sabah yang termaktub dalam pembentukan Malaysia."Fokus utama saya adalah membawa kesedaran kepada seluruh rakyat Kinabatangan mengenai hak Sabah, termasuk hak 40 peratus dan hak-hak lain yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," ujarnya.Tambahnya, isu tersebut perlu diberi keutamaan kerana ia berkait rapat dengan keupayaan Sabah untuk dibangunkan secara menyeluruh."Rakyat Kuamut khususnya perlu sedar bahawa isu ini sangat penting





PRK Lamag: 'Satu lawan satu', Miha tidak pandang remeh - Sinarharian - 10/01 12:17 am

KINABATANGAN Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha, tidak memandang remeh persaingan satu lawan satu menentang calon Parti Warisan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan.Miha menyifatkan pertandingan tersebut sebagai persaingan yang jelas kerana hanya akan melahirkan seorang pemenang."Kita tidak memandang remeh setiap calon dan parti




Reformasi     >>



Malaysias PAS preaches racial domination to woo young .. - Scmp
Malaysias next general election may well be decided by the countrys millions of young voters and its biggest conservative Islamist party is determined to win them over. For the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS), winning young peoples support means dominating the online spaces they inhabit. ..
Kroni     >>



Shafee: RM42mil was Saudi gift - Star
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, who is the counsel of Datuk Seri Najib Razak, has made known that his client continues to maintain that the RM42mil deposited into the former prime minister's personal bank account was a donation from a Saudi monarch. Read full story
Tabloid     >>



Puteri Balqis Dakwa Mia Sara Kaki Club, Gugur .. - Hotfm
Puteri Balqis jelas ibunya bukanlah seorang yang mengamalkan gaya hidup bebas seperti berhibur di kelab malam atau mengambil minuman keras seperti yang didakwa.
Tech     >>



Apple once again rumored to partner with Intel for .. - Gsmarena
In early December, we first heard that Apple was talking to Intel about chip manufacturing, in a bid to diversify its suppliers and not be entirely dependent on TSMC. Now a new research note by GF Securities analyst Jeff Pu reiterates this rumor. Pu says he expects Intel to begin making Apple ..
World     >>



What Trumps renewed attack on Iran could mean for oil .. - Cnbc
U.S. President Donald Trump's renewed threats against Iran have stoked fears of possible supply disruption in the oil-rich Middle East.
Motor Trend     >>



Motosikal Beg Tangki Klasik Givi Cla01 Kembali – .. - Mekanika
**GIVI Malaysia menghadirkan berita gembira buat peminat apabila mengembalikan semula beg tangki GIVI CLA01 Classic Tankbag yang boleh didapati dengan harga jualan RM245.** Memandangkan motosikal klasik kembali popular di Malaysia, GIVI memutuskan untuk mengembalikan beg tangki klasik bagi ..