| /// |
|
| Search : Kuantan News | Page 1 |
|
Pekebun durian dihukum RM80,000 ceroboh tanah negeri Pahang - Mygazette - 22/06 3:15 pm # Pekebun durian dihukum RM80,000 ceroboh tanah negeri Pahang KUANTAN - Seorang pekebun durian dikenakan hukuman denda RM80,000 di Mahkamah Sesyen Raub hari ini selepas didapati bersalah menceroboh tanah kerajaan negeri secara tidak sah dua tahun lepas |
|
Buletin Isuzu Hicom Sumbang 11 Trak Sokong Tvet Negara Read More - Mekanika - 22/06 3:15 pm Kami berharap sumbangan ini dapat memberi pendedahan lebih praktikal kepada pelajar selain membantu institusi melahirkan graduan yang memiliki kemahiran selaras kehendak industri automotif dan pengangkutan, katanya ketika majlis penyerahan di Pekan, Pahang. Antara institusi yang menerima sumbangan ialah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC) Kuantan, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, GIATMARA Pekan, Kolej Komuniti Pekan, Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahya Ahmad dan DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHU) |
|
Elridge targets Kuantan plant completion by early next year amid land, approval delays - SUN - 22/06 2:04 pm KUALA LUMPUR: Elridge Energy Holdings Bhd is targeting to have its Kuantan facility, a key project funded by its 2024 IPO proceeds, operational by early next year, as land acquisition and regulatory approvals continue to delay the start of construction |
|
Wanita didenda RM80,000 ceroboh tanah kerajaan Pahang tanam durian - Mypress - 22/06 1:14 pm KUANTAN – Seorang pengusaha kebun durian didenda RM80,000 di Mahkamah Sesyen Raub, hari ini, selepas mengaku salah atas tuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran |
|
Indera Mahkota, Kuantan jadi titik permulaan Bersama di Pahang - Sinarharian - 22/06 12:34 am KUANTAN Parti Bersama Malaysia (Bersama) memilih Indera Mahkota dan Kuantan sebagai antara lokasi terawal untuk memperkenalkan perjuangan parti itu di Pahang.Pemimpin parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, kedua-dua kawasan berkenaan mempunyai hubungan yang dekat dengannya selain menjadi antara fokus awal gerakan Bersama di negeri ini.Menurutnya, penerimaan masyarakat terhadap parti itu akan menentukan langkah seterusnya untuk memperluaskan pengaruh ke kawasan lain di negeri ini."Tempat ini apa orang kata, tempat saya bermain, sangat dekat Kemaman dengan Indera Mahkota dan Kuantan ini |
|
Kenal pasti problem statement jika nak ubah landskap politik negara- Rafizi - Sinarharian - 22/06 10:24 am KUANTAN Setiap usaha untuk melakukan perubahan besar terhadap landskap politik negara perlu bermula dengan mengenal pasti problem statement (pernyataan masalah) yang jelas sebelum sebarang penyelesaian menyeluruh dapat dirangka secara strategik.Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan, perubahan tidak akan tercapai sekiranya parti politik masih terikat dengan budaya lama yang hanya menumpukan kepada perebutan jawatan serta retorik populariti jangka pendek.Menurutnya pendekatan berasaskan analisis data dan fakta wajar diterapkan dalam tadbir urus politik bagi memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan asas yang kukuh."Saya dilatih sebagai seorang jurutera dan juga seorang akauntan |
|
Orang akan kata ini kerja gila Rafizi - Sinarharian - 22/06 9:11 am KUANTAN Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengakui cabaran untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai sesuatu yang dianggap sukar dan luar daripada kebiasaan oleh banyak pihak.Pemimpin parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, langkah itu akan dilihat sebagai kerja gila kerana parti berkenaan masih baharu dan berdepan semua parti komponen utama dalam pilihan raya tersebut."Jadi kalau orang tanya, kamu ini buat kerja gila |
|
Rafizi dedah bapa kena serangan jantung sehari sebelum pelancaran Bersama - Sinarharian - 22/06 8:30 am KUANTAN Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan bapanya mengalami serangan jantung sehari sebelum pelancaran parti itu pada 17 Mei lalu.Menurutnya, bapanya pada mulanya menerima rawatan kecemasan di Kemaman sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta di Kuantan untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar jantung.Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika beliau sedang sibuk membuat persiapan akhir bagi pelancaran Bersama."Sehari sebelum Bersama dilancarkan, ayah saya kena serangan jantung dan masa itu kami semua kelam-kabut."Tapi keluarga kata tidak apa, teruskan dahulu dan tengok macam mana," katanya ketika berucap pada program Jelajah Kancil ke Pahang di Indera Mahkota di sini pada Ahad.Berkongsi lanjut, Rafizi berkata, beliau kerap berulang-alik ke Kuantan selepas pelancaran Bersama bagi menemani bapanya menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan.Menurutnya, pengalaman berada di hospital beberapa hari selepas pelancaran parti itu turut memperlihatkan bagaimana maklumat mengenainya tersebar dengan pantas dalam kalangan masyarakat.Katanya, ketika menunggu untuk mengambil ubat, beliau didekati seorang pesakit warga emas berbangsa Cina yang begitu teruja untuk berbual mengenai Bersama."Saya jumpa seorang pak cik Cina bersama isterinya |
|
PRN Johor: 73 individu tawar diri jadi calon Bersama - Sinarharian - 22/06 6:19 am KUANTAN Seramai 73 individu menawarkan diri untuk menjadi calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meskipun parti itu baru ditubuhkan kira-kira sebulan lalu.Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, proses pemilihan calon telah selesai dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada Jumaat.Menurutnya, Bersama akan terlebih dahulu mengumumkan jumlah serta kerusi yang bakal ditandingi menerusi satu kenyataan pada Isnin."Kita menerima lebih kurang 73 pemohonan dan proses pemilihan dah selesai |
|
Program RISE x Tamu 2026 tumpu Sektor Ketiga RMK13 - Mypress - 21/06 4:14 pm KUANTAN – Pengerusi Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) yang juga Ketua Wanita PKR Pahang, Sridayu Samsuri, diberi penghormatan sebagai panelis dalam Sidang Plenari bertajuk RMK13: Pemberdayaan Sektor Ketiga di program RISE… |
|
Nelayan darat Kampung Ubai terima manfaat geran Sejati MADANI - Mypress - 21/06 1:35 pm KUANTAN Komuniti nelayan darat di Kampung Ubai, dekat sini, berpeluang meningkatkan pendapatan mereka melalui Projek Kolam Asuhan Anak Ikan Patin yang berpotensi menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan bagi setiap… |
|
Pekan crash driver has six traffic summonses, including two for doubleline overtaking, say police - Malaymail - 21/06 10:22 am KUANTAN, June 21 The driver of a pick-up truck involved in yesterdays fatal three-vehicle crash near Peka... |
|
Nahas di Pekan: Pemandu pikap miliki 6 rekod saman – Polis - Mygazette - 21/06 7:56 am # Nahas di Pekan: Pemandu pikap miliki 6 rekod saman - Polis KUANTAN - Pemandu sebuah pikap yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga individu di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam memiliki enam rekod saman termasuk dua kesalahan memotong di garisan berkembar |
|
PKZ kutip zakat harta, fitrah bernilai RM252.9 juta tahun lepas - Mygazette - 21/06 7:56 am # PKZ kutip zakat harta, fitrah bernilai RM252.9 juta tahun lepas KUANTAN Sepanjang tahun 2025, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) berjaya merekodkan kutipan zakat harta sebanyak RM243.1 juta manakala zakat fitrah berjumlah RM9.8 juta menjadikan keseluruhan kutipan sebanyak RM252.9 juta di negeri ini |
|
TUDM terima sistem persenjataan FN MAG 58M untuk perkukuh misi CSAR - Mygazette - 21/06 7:56 am Katanya, sebelum penyerahan rasmi dibuat, proses Ujian Penerimaan Muktamad (FAT) telah dilaksanakan bermula 30 Mac hingga 4 Jun lalu melibatkan No. 10 Skuadron di Pangkalan Udara Kuantan dan No |
|
Selepas menunggu 3 tahun akhirnya helikopter EC-725 AP - Wrlr - 21/06 7:53 am Selepas menunggu 3 tahun akhirnya helikopter EC-725 AP Tentera Udara Diraja Malaysia telah dilengkapi dengan persenjataan general-purpose machine guns FN MAG 7.62mm di dua side helikopter Pada tahun 2022 Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan 1 tender perolehan 5 unit general-purpose machine guns FN MAG 7.62mm untuk 5 buah Helikopter EC-725 AP Perkara ini sangat baik kerana boleh guna dalam misi Combat Search and Rescue Kini EC-725 AP yang dipasang dengan persenjataan general-purpose machine guns FN MAG 7.62mm sedang dipamerkan di Pangkalan Udara Kuantan TUDM |
|
Tiga maut kemalangan: Pemandu pikap miliki enam rekod saman - Polis - Sinarharian - 20/06 8:48 pm KUANTAN - Pemandu sebuah pikap yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga individu di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam memiliki enam rekod saman termasuk dua kesalahan memotong di garisan berkembar.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zain berkata, pemandu lelaki berusia 31 tahun itu kini masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini."Polis telah ambil sampel darah dan air kencing pemandu bagi ujian toksikologi," katanya di sini pada Sabtu.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.ARTIKEL BERKAITAN:Doktor, anak perempuan antara tiga maut dalam nahas'Arwah ada buat kejutan beri kek, tak sangka itu yang pertama dan terakhir' - Bapa Dr Mohamad ZekryDalam nahas melibatkan tiga kenderaan kira-kira jam 6 petang semalam itu, tiga termasuk seorang doktor dilaporkan meninggal dunia manakala enam lagi cedera.Mereka yang maut ialah Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, yang bertugas di Hospital Segamat, Johor dan anaknya Dhea Sofia berusia dua tahun serta pegawai kanan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya, Selangor Azaharuddin Mohd Ali, 46.Siasatan awal mendapati ketika kejadian, sebuah pikap dari arah Kuantan menghala ke Muadzam Shah dipercayai cuba memotong sebuah lori telah terlanggar lopak air, sebelum hilang kawalan serta memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan dua kenderaan dipandu pegawai perubatan dan pegawai kanan LHDN itu |
|
Gangguan bekalan air berjadual 12 jam di Kuantan Selasa depan –... - Mygazette - 20/06 3:41 pm # Gangguan bekalan air berjadual 12 jam di Kuantan Selasa depan - PAIP KUANTAN Ribuan pengguna di sekitar Kuantan dijangka berdepan gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam susulan kerja-kerja segera baik pulih dan penyelenggaraan kritikal di Rumah Pam Kobat yang akan dilaksanakan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) minggu depan |
|
Dr Zekry tak pernah lupa kampung, pulang jumpa ibu bapa setiap minggu .. - Mygazette - 20/06 3:41 pm Setiap minggu, beliau akan pulang ke kampung demi menjenguk ibu bapanya, menikmati masakan ibunya dan memastikan segala keperluan mereka terjaga. Namun rutin penuh kasih sayang yang dilakukan tanpa gagal itu akhirnya terhenti buat selama-lamanya apabila doktor berusia 33 tahun tersebut maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat di sini semalam |
|
'Arwah ada buat kejutan beri kek, tak sangka itu yang pertama dan terakhir' - Bapa - Sinarharian - 20/06 3:27 pm PEKAN Seorang bapa tidak menyangka pemberian kek daripada anaknya minggu lalu menjadi pemberian pertama dan terakhir apabila anaknya yang merupakan doktor perubatan itu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 67, Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Jumaat.Dalam kejadian itu, mangsa, Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan dan anak perempuannya, Dhea Sofia, 2, maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan.ARTIKEL BERKAITAN: Doktor, anak perempuan antara tiga maut dalam nahasDua maut, 7 cedera dalam nahas 3 kenderaanTurut maut dalam kejadian itu ialah Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Cyberjaya, Azaharuddin Mohd |
|
Doctor, two-year-old daughter among three killed in Pekan crash triggered by puddle - Malaymail - 20/06 9:50 am KUANTAN, June 20 Three people, including a doctor, were killed while six others sustained injuries in a three-ve... |
|
Pegawai LHDN, doktor dan anak maut kemalangan - Hmetro - 20/06 7:44 am Pekan: Tiga termasuk seorang doktor dan anak perempuannya berusia dua tahun serta pegawai kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 67, Jalan Kuantan - Segamat dekat Chini, di sini, semalam |
|
Tiga maut kemalangan tiga kenderaan di Pekan - Utusan - 20/06 7:29 am PEKAN: Tiga individu termasuk kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta jenis Honda Civic, Toyota Alphard dan Isuzu Dmax di kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat di sini petang semalam |
|
Doktor, anak perempuan antara tiga maut dalam nahas - Sinarharian - 20/06 7:20 am PEKAN - Seorang doktor dan anak perempuannya berusia dua tahun antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 67 Jalan Kuantan - Segamat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini di sini pada Jumaat.Dalam kemalangan kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa, Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33 yang bertugas di Hospital Segamat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anak perempuannya, Dhea Sofia meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chini.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Mohd Zaidi Mat Zin berkata, isteri mangsa, Hana Ibrahim, 35, juga doktor di Hospital Segamat dilaporkan parah manakala ibu dan bapa mentuanya, Rose Abdullah, 72, dan Ibrahim Mat Taib, 80, cedera ringan.Menurutnya, turut maut pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Azaharuddin Mohd Ali, 46."Mangsa yang berjawatan Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Cyberjaya itu juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Isterinya, Siti Fatimah Awing Kechik, 46, dilaporkan cedera ringan manakala anak lelaki mereka yang juga pelajar Sekolah Menengah Agama Haji Mohamed Yatim, Rembau, Aiman Faez Al-Amini, 15 parah," katanya.Mohd Zaidi berkata, pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Isuzu D-Max, Syed Muhammad Izzat Aiman Syed Ahmad, 31, hanya cedera ringan.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta Honda Civic dipandu Mohamad Zekry Zuhairy dan Toyota Alphard dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke arah Kuantan manakala Isuzu D-Max dari arah bertentangan."Ketika tiba di lokasi kejadian, Isuzu D-Max dipandu mekanik mesin pertanian itu dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum terbabas ke laluan bertentangan akibat terlanggar lopak air."Akibat kejadian kenderaan terbabit bertembung dengan kereta dan MPV dipandu kedua-dua mangsa yang berada di laluan itu," katanya.Beliau berkata, mayat semua mangsa di bawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat."Mangsa yang cedera dihantar menerima rawatan di hospital sama," katanya.Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Dua beradik perempuan maut dalam nahas - Sinarharian - 19/06 10:29 pm KUANTAN - Dua wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Besar Jengka 19, berhampiran sebuah kolam pancing di Jengka pada Jumaat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang maut dipercayai dua beradik berusia 19 dan 23 tahun.Menurutnya, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.47 petang."Bertindak atas panggilan yang diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 26 kilometer dari balai."Ketika anggota tiba, didapati kedua-dua mangsa tersepit di dalam MPV jenis Toyota Unser yang terbalik dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan," katanya.Mohd Salahuddin berkata, mangsa yang berada di dalam kereta jenis Perodua Axia tidak dapat dikenal pasti kerana telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan bomba."Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kenderaan yang terbalik dengan menggunakan peralatan khas menyelamat."Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Dua maut, 7 cedera dalam nahas 3 kenderaan - Sinarharian - 19/06 10:13 pm KUANTAN Dua maut manakala tujuh lagi cedera, termasuk seorang parah, dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan pada Jumaat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan pada jam 5.57 petang itu, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dan pemandu kereta Honda Civic maut di tempat kejadian.Menurutnya, kemalangan itu turut mengakibatkan dua penumpang Toyota Alphard berusia 15 dan 35 tahun, termasuk seorang wanita, cedera."Penumpang hadapan kereta Honda Civic dilaporkan parah, manakala tiga penumpang lain termasuk seorang warga emas dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami kecederaan."Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.Mohd Salahuddin berkata, sepasukan anggota dari BBP Chini dengan bantuan anggota BBP Muadzam Shah bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat."Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kenderaan menggunakan peralatan khas menyelamat."Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Lorry lane change triggers East Coast pile-up near Maran involving Zahids aides and driver - Malaymail - 19/06 6:27 pm KUANTAN, June 19 Seven individuals, including a driver and three media officers to Deputy Prime Minister Datuk S... |
|
Pegawai media TPM antara tujuh cedera kemalangan di LPT - Sinarharian - 19/06 5:58 pm KUANTAN Tujuh individu termasuk seorang pemandu dan tiga pegawai media kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 144.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, awal pagi Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner dan dua lori masing-masing jenis Foton dan Hicom.Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati Toyota Fortuner berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Lumpur..Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Foton secara tiba-tiba mengubah haluan ke kanan jalan."Keadaan itu menyebabkan pemandu Toyota Fortuner tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan lori berkenaan."Dalam masa sama, sebuah lagi lori jenis Hicom yang berada di lokasi cuba mengelak sebelum hilang kawalan dan terbabas serta melanggar besi penghadang jalan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, akibat kemalangan itu kesemua mangsa mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk rawatan lanjut.Menurut Kim Wai, kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan lori Foton yang mengubah haluan secara mengejut sehingga menyebabkan perlanggaran.Katanya, kes disiasat di bawah Rule 6 (1) LN 166/59.Sehubungan itu, beliau meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Sarjan Mohd Junaidi Jamat di talian 019-4544864 atau hadir ke balai polis berhampiran.Terdahulu, Ahmad Zahid dalam hantaran di laman Facebooknya memaklumkan pegawai medianya terlibat dalam kemalangan jalan raya di laluan berhampiran Maran ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.Bagaimanapun, Ahmad Zahid memaklumkan semua yang terlibat dalam insiden tersebut berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. |
|
`Biar kita di London atau New York, jiwa kena Makkah dan... - Mygazette - 19/06 4:17 pm # `Biar kita di London atau New York, jiwa kena Makkah dan Madinah' - Ahmad Zahid KUANTAN - Umat Islam perlu sentiasa memelihara kesucian agama dan meneruskan agenda dakwah selaras zaman dan perkembangan arus teknologi |
|
Polis belum terima laporan kemalangan babitkan pegawai media Ahmad Zahid - Mygazette - 19/06 4:17 pm Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, kesemua individu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan dipercayai menyambung perjalanan ke destinasi masing-masing. Terdahulu, Ahmad Zahid dalam hantaran di laman Facebooknya memaklumkan kesemua mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran, ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026 di Yayasan Pahang, Kuantan malam tadi |
|
JKNP masih siasat dakwaan keracunan babitkan pengunjung sungai di Bentong - Mygazette - 19/06 4:17 pm # JKNP masih siasat dakwaan keracunan babitkan pengunjung sungai di Bentong KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) masih tidak dapat mengesahkan berlakunya kes Gastroenteritis Akut (AGE) dalam kalangan pengunjung kawasan rekreasi sungai di Bentong sehingga setakat ini |
|
Pegawai media Ahmad Zahid terlibat kemalangan - Sinarharian - 19/06 12:40 am KUANTAN Pegawai media kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran pada malam Khamis.Perkara itu dikongsikan Ahmad Zahid menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada pagi Jumaat.Berdasarkan hantaran tersebut, beliau meluahkan rasa syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana semua yang terlibat dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius."Tengah malam tadi, pegawai media yang bersama saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Maran ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026."Alhamdulillah, mereka semua selamat dan tidak mengalami kecederaan serius |
|
Cabinet approves National Tahfiz Council, Zahid to chair new body - Malaymail - 19/06 9:57 am KUANTAN, June 19 The federal government has approved the establishment of the National Tahfiz Council, marking a... |
|
Kerajaan lulus penubuhan Majlis Tahfiz Negara – TPM Kerajaan lulus .. - Mygazette - 19/06 7:33 am # Kerajaan lulus penubuhan Majlis Tahfiz Negara - TPM KUANTAN - Hasrat menubuhkan Majlis Tahfiz Negara menjadi realiti apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr |
|
Himpunan Huffaz Pahang cipta sejarah, himpun 5,000 huffaz - Kosmo - 19/06 12:31 am KUANTAN – Pahang melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan kira-kira 5,000 huffaz dari seluruh negeri menerusi penganjuran sulung Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026 yang berlangsung di Kompleks Yayasan Pahang malam tadi |
|
Kerajaan Persekutuan Lulus Penubuhan Majlis Tahfiz Negara - Siakapkeli - 19/06 12:11 am Kerajaan Persekutuan Lulus Penubuhan Majlis Tahfiz Negara. KUANTAN, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan meluluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara sebagai |
|
Kerajaan Persekutuan luluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara - Sinarharian - 18/06 11:43 pm KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Persekutuan meluluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara sebagai satu langkah besar bagimenyelaras hala tuju, model pendidikan, standard pengiktirafan dan laluan akademik pelajar tahfiz di seluruh negara.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah diluluskan dalam Mesyuarat Kabinet pada minggu lepas."Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meminta saya yang menjadi pengerusi (Majlis Tahfiz Negara) |
|
98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0 - Mypress - 18/06 10:05 pm KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang |
|
Kereta lawan arus bertembung lori di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak - Mygazette - 18/06 3:11 pm # Kereta lawan arus bertembung lori di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak KUANTAN - Kereta yang melawan arus di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak menjadi punca berlaku kemalangan di kilometer 54.7 menghala ke Bentong malam tadi |
|
Pahang catat GPS tertinggi STPM sejarah negeri - Utusan - 18/06 2:54 pm KUANTAN: Prestasi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Pahang mencatat sejarah tersendiri apabila negeri ini merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi sejak pelaksanaan sistem pentaksiran semasa dengan pencapaian 3.09 berbanding 3.02 pada tahun sebelumnya |
|
TUDM rancang ganti pesawat C-130 seiring keperluan operasi - Sinarharian - 18/06 1:08 pm SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang untuk menggantikan pesawat pengangkut C-130 Hercules sedia ada selari dengan peningkatan keperluan operasi dan faktor usia aset berkenaan yang semakin uzur.Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata, perancangan itu diberi perhatian khusus memandangkan pesawat C-130 Hercules terawal yang diterima TUDM kini mencecah usia 50 tahun, manakala pesawat paling muda berusia 31 tahun.Beliau berkata, faktor peningkatan kos penyelenggaraan pesawat lama dan kelebihan teknologi serta kapasiti beban pada pesawat generasi baharu menjadikan penggantian C-130 satu keperluan, walaupun keupayaan model sedia ada itu telah terbukti."Tugas TUDM akan menjadi lebih besar dan lebih mencabar, justeru kita memerlukan asetyang berkeupayaan untuk melaksanakan tugastersebut," katanya kepada pemberita ketika Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-68 di sini pada Khamis.TUDM ketika ini memiliki 10 pesawat C-130 Hercules yang terdiri daripada beberapa varian.Muhamad Norazlan berkata, TUDM sedang menjalankan kajian bagi penggantian pesawat tempur pelbagai peranan dan penambahan pesawat tempur ringan (LCA) menjelang 2035 kerana aset sedia ada sekarang inidijangka berdepan isu keusangan dan sokongan penyelenggaraan pada masa tersebut.Selain itu, katanya,TUDM belum membuat ketetapan sama ada pesawat generasi 4.5, kelima atau keenam yang akan dipilih kerana perolehan aset baharu perlu mengambil kira Dasar Pertahanan Negara yang bersifat defensif.Sementara itu, Muhamad Norazlan memaklumkan kesiapsiagaan TUDM bagi menerima pesawat tempur ringan FA-50 kini berada pada tahap 90 peratus dengan kemudahan infrastruktur di Pangkalan Udara Kuantan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober ini.Katanya, enam juruterbang TUDM kini sedang mengikuti latihan penerbangan pesawat FA-50 di Gwangju Airbase, Korea Selatan bersama kumpulan sokongan teknikal dengan dua daripadamereka dijadualkan tamat latihan pada Oktober manakala baki empat lagi pada Disember ini."Apabila mereka balik, sudah boleh mula terbang, kita hanya perlu menubuhkan skuadron dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) mengikut keperluan TUDM," katanya.Muhamad Norazlan berkata, kehadiran FA-50 akan membolehkan TUDM melatih lebih ramai juruterbang secara tempatan sebelum mereka beralih kepada pesawat yang lebih canggih.Kementerian Pertahanan memeterai kontrak dengan Korea Aerospace Industries (KAI) pada 2023 bagi pemerolehan 18 buah pesawat FA-50dengan dua pesawat pertama dijangka diterima oleh pada Oktober ini, manakala selebihnya secara berperingkat |
|
Ex-transgender sex worker on 23 years of regret: "I was heading towards destruction" - Sinardaily - 18/06 11:46 am KUANTAN More than two decades engaging in sex work while living under a female identity has become a painful source of regret for a former transgender sex worker seeking redemption.Abu Kassim, 45, not his real name, who used the name Rosalinda during his 23 years in the sex trade, admitted he never found peace despite being surrounded by the pleasures of nightlife."At that time, I was never afraid of what I was doing, as though life would last forever."I simply followed my desires because money came easily and there was always excitement, but little did I realise I was heading towards a very deep path of destruction," he said when met in Kuantan.Reflecting on his past, Abu Kassim said everything began after he moved to Kuala Lumpur in 2003 at the age of 18 under the influence of friends."I slowly drifted away until I began offering sexual services as a transgender sex worker |
|
Lelaki hilang jatuh bot ditemukan lemas - Mypress - 18/06 10:05 am KUANTAN Seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Kobat berhampiran Taman Impian di sini pada Selasa lalu ditemukan lemas awal pagi tadi |
|
Siti Khadijah ikuti jejak langkah bapa sebagai tentera - Mygazette - 18/06 8:00 am "Malam sebelum kejadian itu, ada gambar ketika dalam latihan yang dikongsinya," katanya. Siti Zaiha yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang berkata, kali terakhir adiknya pulang ke rumah adalah selama dua hari, iaitu kira-kira seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu |
|
Mangsa jatuh bot ditemukan lemas - Sinarharian - 18/06 7:59 am KUANTAN Seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Kobat berhampiran Taman Impian di sini pada Selasa lalu ditemukan lemas awal pagi Khamis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat Muhammad Firdaus Zuharsema, 26, ditemukan pasukan penyelamat pada jam 2.30 pagi di lokasi kira-kira 300 meter dari tempat mangsa terjatuh.Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua bermula pada jam 7.15 pagi, membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota serta BBP Taman Tas."Operasi turut disertai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan dan PPDA BBP Kuantan, selain Unit Anjing Pengesan (K9) bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Amal Malaysia dan orang awam."Pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan air sejauh satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, manakala pasukan PPDA melakukan selaman sejauh 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh pada kedalaman tujuh meter," katanya.Dalam kejadian pada Selasa lalu, mangsa yang berada di bahagian hadapan bot dipercayai tercampak ke dalam sungai selepas bot yang dinaikinya bersama rakan terlanggar bongkah kayu.Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, rakan mangsa, Badrul Afiq Jaillany Zam Zam, 24, selamat.Kejadian berlaku ketika dua rakan karib sejak kecil itu menaiki bot menuju ke jeti selepas keluar mencari umpan untuk rawai baung. |
|
Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3 - Mypress - 17/06 7:19 pm KUANTAN – Seramai 28 pelajar daripada Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) menyertai Misi Kasih Keluarga MAMPAN Bersama Komuniti di FELDA Lepar Hilir 3, semalam |
|
Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 2:23 pm KLUANG - Perbualan mengenai latihan membaling grenad yang dikongsi Prebet Siti Khadijah Sungip menerusi aplikasi WhatsApp sehari sebelum kejadian kini menjadi kenangan terakhir yang sukar dilupakan keluarganya.Kakak Allahyarham, Siti Zaiha, 39, berkata adiknya sempat berkongsi sekeping gambar ketika menjalani latihan menembak pada tengah malam 15 Jun dan memaklumkan bahawa latihan membaling grenad akan diteruskan keesokan harinya."Dalam perbualan itu dia beritahu esoknya masih ada latihan dan latihan membaling grenad akan bermula sekitar pukul 8 pagi.Menurut Siti Zaiha, adiknya sebelum itu memaklumkan bahawa dia sedang mengikuti latihan selama lapan hari yang melibatkan pelbagai modul termasuk latihan menembak dan membaling bom tangan."Seperti biasa, arwah aktif berhubung dengan kami dalam kumpulan keluarga. Dia ada berkongsi gambar ketika menjalani latihan malam sebelum kejadian," katanya sambil menahan sebak.Siti Zaiha yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan berkata, kali terakhir adiknya pulang ke rumah adalah kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.Pada pagi hari kejadian, arwah masih sempat menghantar pesanan kepada keluarga dan memaklumkan bahawa dia berada dalam kumpulan terakhir yang dijadualkan menjalani latihan membaling bom tangan."Dia beritahu lokasi latihan dan kami hanya mampu berpesan supaya berhati-hati.Dengar arahan jurulatih dengan teliti dan sentiasa fokus."Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa itu akan menjadi perbualan terakhir kami dengannya," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera"Namun kira-kira pukul 1 tengah hari saya menerima panggilan memaklumkan adik saya terlibat dalam kemalangan |
|
Diarrhoea, vomiting claims spark probe at Janda Baik river, Pahang Health Dept steps up checks - Malaymail - 17/06 11:33 am KUANTAN, June 17 The Pahang State Health Department (JKNP) is conducting an investigation following allegations... |
|
Two men killed, two injured as Perodua Axia collides with lorry in Kuala Lipis - Malaymail - 17/06 9:19 am KUANTAN, June 17 Two men were killed, while two others were injured after the car they were travelling in collid... |
|
Dakwaan hina B40: Pemilik Opah Strawberries mohon maaf - Mygazette - 17/06 7:32 am # Dakwaan hina B40: Pemilik Opah Strawberries mohon maaf KUANTAN - Saya tidak lahir dalam keluarga yang berada |
|
Dua lelaki maut kereta bertembung lori - Sinarharian - 16/06 11:30 pm KUANTAN - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta di Kuala Lipis malam ini.Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 9.03 malam sebelum sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis digegaskan ke lokasi.Beliau berkata, pihaknya mendapati seorang daripada empat lelaki yang berada di dalam Perodua Axia berjaya keluar sendiri, manakala tiga lagi masih tersepit di dalam kenderaan itu."Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit namun dua lelaki disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi," katanya dalam kenyataan.Mohd Salahuddin berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lipis.Beliau berkata, pemandu lori dan seorang penumpang wanita kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan |
|
Saya nampak Firdaus terkapai-kapai, tapi tak sempat capai – Rakan - Mygazette - 16/06 7:50 pm # Saya nampak Firdaus terkapai-kapai, tapi tak sempat capai - Rakan KUANTAN - Hasrat dua sahabat baik meluangkan masa cuti menaiki bot untuk menjaring ikan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka terjatuh ke dalam sungai dan hilang dihanyut arus |
|
Bot langgar bongkah kayu, mangsa tercampak jatuh depan mata-Rakan - Sinarharian - 16/06 6:22 pm KUANTAN- "Bot yang kami naiki terlanggar bongkah kayu menyebabkan mangsa yang berada di bahagian depan tercampak jatuh ke dalam sungai."Walaupun kejadian berlaku di depan mata, saya tidak sempat menyelamatkannya segera disebabkan bot hilang kendalian hingga berpusing beberapa kali ketika itu,"Demikian kata, Badrul Afiq Jaillany Zam Zam, 24, rakan Muhammad Firdaus Zuharsema, 26 yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh bot di Sungai Kuantan berhampiran Taman Impian, Jalan Sungai Lembing di sini pada Selasa.Katanya, selepas berjaya mengawal bot, dia segera mendekati mangsa yang masih terkapai-kapai dihanyutkan arus." Ketika saya cuba mencapainya, mangsa tiba-tiba tenggelam |
|
Rakan cuba selamatkan tetapi gagal, Muhammad Firdaus terus tenggelam depan mata - Utusan - 16/06 6:21 pm KUANTAN: Saya cuba capai tangan dia, tetapi tak sempat |
|
Lelaki dipercayai lemas, rakan selamat akibat terjatuh bot - Mypress - 16/06 5:58 pm KUANTAN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti menjaring ikan dengan menaiki sebuah bot bersama rakan di Sungai Kobat, Taman Impian, di sini, hari ini |
|
Lelaki dikhuatiri lemas, jatuh bot ketika menjaring ikan - Sinarharian - 16/06 1:18 pm KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala rakan selamat dipercayai terjatuh dari bot ketika menjaring ikan di Sungai Kobat berhampiran Taman Impian, Jalan Sungai Lembing di sini pada Selasa.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian menimpa mangsa, Muhammad Firdaus Zuharsema, 26, dan rakannya, Badrul Afiq Jaillany Zam Zam, 25, dilaporkan jam 10.23 pagi.Menurutnya, susulan panggilan diterima, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR)."Pasukan bomba menggerakkan operasi pencarian menggunakan bot penyelamat di permukaan air di kawasan mangsa disyaki jatuh."Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPD) bomba telah digerakkan ke lokasi," katanya.Beliau berkata, pihak Perhilitan juga telah dimaklumkan berkaitan kejadian."Sehingga jam 1 tengah hari mangsa masih belum ditemui, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan," katanya. |
|
[Review] Kuantan Arts Festival Was A Blast! And Here’s Why It Matters - Rakyatpost - 16/06 12:42 am When you let creatives organise an arts festival, you get KuArts. |
|
Penderma darah hero di belakang tabir – Razali - Mygazette - 16/06 7:38 am KUANTAN - Sempena Hari Penderma Darah Sedunia semalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan darah perlu diperkasakan melalui kerjasama strategik |
|
Kru MV Berkat Tuah harap gaji tertunggak diselesaikan - Utusan - 16/06 7:07 am KUANTAN: Nasib anak kapal MV Berkat Tuah yang terkandas di Pelabuhan Hamriya, Dubai belum menemukan titik noktah apabila sebahagian daripada mereka masih menunggu pembayaran gaji tertunggak selain kepastian berhubung status kepulangan ke tanah air |
|
Sultan Pahang Yakin Pendidikan Tahfiz Mampu Lahirkan Pakar, Pemimpin Dalam Bidang Strategik - Siakapkeli - 16/06 12:24 am Sultan Pahang Yakin Pendidikan Tahfiz Mampu Lahirkan Pakar, Pemimpin Dalam Bidang Strategik. KUANTAN, 15 Jun (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah |
|
Pahang Sultan: Tahfiz students can become future AI, medical, and engineering experts - Malaymail - 15/06 8:26 pm KUANTAN, June 15 Sultan of Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah is confident that... |
|
Tanpa Jaafar, kekuatan PAS di Muadzam Shah tak terjejas - Harakahdaily - 15/06 2:09 pm KUANTAN: Keputusan bekas calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah, Jaafar Mustafa, untuk kembali menyertai Umno tidak menjejaskan kekuatan PAS dan PN di kawasan itu, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar |
|
Sultan of Pahang mourns four killed in tragic Karak crash - Sinardaily - 15/06 12:39 am KUANTAN - The Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, and the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, have extended their condolences to the families of those killed in the accident in Karak, Bentong, yesterday.Through a Facebook post by the Pahang Sultanate today, Their Royal Highnesses expressed deep sorrow over the tragedy that claimed four lives, including a one-year-old infant, after the victims' car was involved in a collision with a trailer at KM43 of the Kuala Lumpur-Karak Expressway (KLK)."The Sultan of Pahang and the Tengku Ampuan of Pahang pray that their souls will be blessed by Allah SWT, forgiven for their sins, and placed among the faithful and the righteous, the post said.Their Royal Highnesses also expressed sympathy to the victims family members who are going through a difficult time following the tragedy."May the victims' families be granted strength, resilience and patience in facing this very difficult ordeal, the post added.According to the post, four individuals travelling in a Honda City were confirmed dead at the scene after their vehicle was involved in a collision with a trailer carrying a load of iron dust.Earlier today, Bentong police chief Supt Zaiham Mohd Kahar reportedly said that the 40-year-old lorry driver had tested positive for drugs |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |