| /// |
|
| Search : Krismas News | Page 1 |
|
Pertahan autoriti JAIM, jangan tarik balik saranan berlandaskan .. - Mgazette - 21/12 3:02 pm # Pertahan autoriti JAIM, jangan tarik balik saranan berlandaskan undang-undang Islam - Pas KUALA LUMPUR - DAP Melaka wajar menghentikan sikap mencampuri urusan hal ehwal Islam dengan mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berhubung saranan agar hotel dan premis yang memiliki pensijilan halal tidak memasang hiasan Krismas |
|
DAP tiada hak persoal saranan JAIM – Pas Melaka - Utusan - 21/12 2:44 pm MELAKA: DAP tidak mempunyai sebarang asas perundangan mahupun moral untuk mencampuri urusan hal ehwal Islam di negeri ini, khususnya dengan mempersoalkan saranan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berkaitan pematuhan pensijilan halal. Ketua Penerangan Pas Melaka, Ahmad Bilal Rahudin berkata, tindakan DAP negeri yang mempertikaikan saranan agar premis bersijil halal tidak mempamerkan hiasan Krismas, jelas .. |
|
Usah perbesarkan isu dekorasi Krismas – Ab Rauf - Mgazette - 21/12 7:57 am MELAKA Isu dekorasi Krismas yang menimbulkan polemik tidak seharusnya diperbesarkan sehingga menimbulkan persepsi kononnya tiada toleransi antara kepimpinan dan dasar yang telah ditetapkan |
|
Pertahan autoriti JAIM laksana perundangan Islam - Harakahdaily - 21/12 7:10 am DAP MELAKA wajar menghentikan sikap mencampuri urusan hal ehwal Islam dengan mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berhubung saranan agar hotel dan premis yang memiliki pensijilan halal tidak memasang hiasan Krismas |
|
YB Pas Sabah gembira sambut Krismas pertamanya - Harapandaily - 20/12 11:32 pm Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai dari Pas, Datuk Dr Aliakbar Gulasan memberitahu tahun ini merupakan perayaan Krismas pertama disambutnya selepas bergelar wakil rakyat |
|
Sarawak JPJ launches special Christmas op to ensure express bus safety - BorneoPost - 20/12 10:11 pm SIBU (Dec 20): The Sarawak Road Transport Department (JPJ) is conducting a 10-day special Christmas operation codenamed ‘Ops Khas Krismas’, which started yesterday, to ensure that the public using express bus services would reach their destinations safely |
|
Isu hiasan Krismas: Dasar mesti konsisten, jangan kelirukan pengusaha, kata Sim - FMT - 20/12 4:09 pm Menteri pembangunan usahawan dan koperasi berkata, penjelasan menteri agama Zulkifli Hasan wajar dihormati, jadi panduan bersama. |
|
SHMMP Krismas 23-27 Dis, pengguna nikmati harga berpatutan tanpa bebankan .. - Mgazette - 20/12 4:03 pm # SHMMP Krismas 23-27 Dis, pengguna nikmati harga berpatutan tanpa bebankan peniaga KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas bermula 23 hingga 27 Disember ini, bersempena sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember depan |
|
Bursa Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan - Mgazette - 20/12 4:03 pm Pengarah strategi pelaburan dan ahli ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, indeks petunjuk pasaran itu meningkat 61.43 mata, atau 3.83 peratus setakat bulan ini, termasuk kenaikan 1.72 peratus minggu ini, menjadikan Disember bulan yang kukuh bagi ekuiti tempatan. "Walaupun keadaan pendanaan domestik kekal stabil, jumlah dagangan mungkin berkurangan disebabkan sesi dagangan yang lebih pendek menjelang cuti Krismas dan akhir tahun, mengekalkan jumlah dagangan di bawah purata tiga bilion saham |
|
Selaraskan proses dan prosedur kerajaan, jangan biar peniaga keliru .. - Mgazette - 20/12 4:03 pm "Kini tiba masanya kita memastikan perniagaan Malaysia dapat terus maju tanpa mengira kaum, agama, negeri, dan wilayah, termasuk dalam sektor makanan dan hotel yang melibatkan banyak PMKS Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Steven berkata demikian susulan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung kebenaran kepada pengusaha hotel dan premis halal untuk mempamer perhiasan Krismas |
|
Hotel, premis halal dibenar pamer hiasan Krismas -Menteri - Mgazette - 20/12 4:03 pm # Hotel, premis halal dibenar pamer hiasan Krismas -Menteri KUALA LUMPUR - Hotel dan premis makanan yang mempunyai pensijilan halal dibenarkan mempamerkan hiasan Krismas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan |
|
Isu hiasan Krismas: Prosedur harus jelas, elak peniaga keliru - Steven - Sinarharian - 20/12 3:33 pm SHAH ALAM - Prosedur kerajaan di semua peringkat harus jelas dan selaras bagi memastikan peniaga di negara ini dapat beroperasi tanpa kekeliruan atau tafsiran peraturan yang pelbagai susulan kontroversi larangan dekorasi berkaitan perayaan Krismas baru-baru ini.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata, penyelarasan ini penting bagi memastikan perniagaan Malaysia dapat terus maju tanpa mengira kaum, agama, negeri dan wilayah.Menurutnya, ia termasuk dalam sektor makanan dan hotel yang melibatkan banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini."Berhubung isu berkaitan hiasan bertemakan sambutan Hari Natal di premis makanan dan hotel, Dr Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memperjelaskan bahawa hiasan bertemakan sambutan Hari Natal tidak melanggar syarat pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)."Penjelasan ini wajar dihormati dan dijadikan panduan bersama agar pelaksanaan di lapangan konsisten serta tidak mengelirukan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Zulkifli dilapor berkata, tiada larangan terhadap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam, namun ia perlu tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk tidak menjejaskan prinsip halalan thoyyiban.Beliau berkata, dekorasi, imej, hiasan dan ilustrasi yang berhubungan dengan perayaan selain daripada agama Islam pada produk makanan yang bersifat tidak kekal, turut dibenarkan.Sebelum ini, tular surat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berhubung pemakluman dekorasi sempena perayaan Krismas di hotel dan premis makanan yang dipersijilkan halal di Melaka.Menerusi surat itu, Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Melaka yang bersidang pada 31 Oktober lalu sebulat suara bersetuju bahawa hiasan sambutan perayaan tersebut tidak dibenarkan di dapur atau outlet hotel yang dipersijilkan halal kerana ia merupakan perayaan keagamaan dan bukan kebudayaan.Isu berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi termasuk pihak yang tidak bersetuju dengan pendirian tersebut. |
|
Dekorasi Krismas: Jakim perjelas kekeliruan pada klausa punca salah faham - Kosmo - 20/12 3:32 pm KUALA KANGSAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengakui kekeliruan terhadap klausa dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 menjadi punca berlakunya salah faham berkaitan pemaparan hiasan perayaan termasuk Krismas di premis atau dapur hotel yang memiliki pensijilan halal |
|
Boleh pamer dekorasi krismas asal tidak libat ritual agama - Utusan - 20/12 3:21 pm KUALA KANGSAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengakui kekeliruan terhadap klausa dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 menjadi punca berlakunya salah faham berkaitan pemaparan hiasan perayaan termasuk Krismas di premis atau dapur hotel yang memiliki pensijilan halal |
|
Cina bukan tolak GRS tapi GRS tak tanding di kawasan Cina-Armizan - Sinarharian - 20/12 12:29 am Di PDM ini, lebih lima pilihan raya sebelum ini parti kita tewas, termasuk ketika saya bertanding pada PRU lalu. Walaupun ada peningkatan, namun masih tewas."Namun, Alhamdulillah, dalam pilihan raya kali ini, kerusi majoriti masyarakat Cina di DUN Pantai Manis yang ditandingi calon GRS berjaya dimenangi selepas tujuh pilihan raya," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 di Dewan Terbuka Perpustakaan, di sini, pada Sabtu.Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai trend penolakan masyarakat Cina terhadap parti kerajaan dalam PRN lalu.Mengulas lanjut, Armizan berkata, untuk menyatakan secara keseluruhan bahawa masyarakat Cina menolak GRS atau rakan kerjasama adalah kurang tepat."Apa yang berlaku ialah di kawasan tertentu rakan kita, khususnya PH dan DAP, yang tewas," katanya.Bagaimanapun, Armizan berkata keputusan pilihan raya itu perlu diterima dengan hati terbuka kerana ia mungkin memberi isyarat kepada perkara yang memerlukan penambahbaikan bagi membina semula keyakinan rakyat."Bagi saya, kita perlu menerima dan menghormati keputusan ini serta melihat apa yang perlu ditambah baik |
|
PJRM Kembali Ke Sekolah, tawarkan penjimatan - Sinarharian - 20/12 11:18 am Hujung tahun sememangnya waktu yang mencabar buat kebanyakan ibu bapa dalam merancang kelengkapan persekolahan anak-anak, terutamanya apabila sesi persekolahan tahun 2026 dijadualkan bermula lebih awal pada pertengahan Januari.Pakaian seragam, kasut, beg sekolah dan alat tulis, semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit, khususnya bagi ibu bapa daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Di sinilah Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) membuktikan peranannya sebagai antara inisiatif kerajaan yang paling dekat di hati rakyat.Sejak diperkenalkan, PJRM telah membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan harian seperti ayam, telur, minyak masak serta barangan basah dan kering pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.Melangkah setapak ke hadapan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan segmen khas PJRM Kembali Ke Sekolah, khusus untuk membantu ibu bapa membuat persiapan persekolahan sesi 2026.Langkah awal ini nyata tepat pada masanya, lebih-lebih lagi ketika ramai keluarga sedang merancang perbelanjaan hujung tahun.Tiada had pembelianMenariknya, tiada had pembelian dikenakan sepanjang penganjuran PJRM Kembali Ke Sekolah, sekali gus memberi ruang kepada ibu bapa membeli kelengkapan sekolah secara menyeluruh dalam satu kunjungan.Konsep ini menjadikan PJRM bukan sekadar jualan murah, malah berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) yang melengkapkan segala keperluan persekolahan anak-anak.Program ini dilaksanakan secara meluas di seluruh negara bermula 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026, selari dengan tempoh cuti sekolah dan fasa persiapan sesi persekolahan baharu.Dalam masa yang sama, jualan RAHMAH khas sempena musim perayaan iaitu PJRM Krismas turut giat dianjurkan sepanjang bulan Disember bagi memastikan keperluan rakyat untuk musim perayaan dan persekolahan dapat dipenuhi secara seimbang.269 siri PJRM Kembali Ke SekolahSepanjang tempoh penganjuran, sebanyak 269 siri PJRM Kembali Ke Sekolah disasarkan untuk dilaksanakan di seluruh negara dengan penglibatan pemain industri.Antaranya termasuk Canggih, Mydin, Pasaraya Lotuss Malaysia, Pustaka Rakyat, Pasaraya Sakan serta beberapa gedung serbaneka terpilih di pelbagai negeri.Kerjasama strategik ini membolehkan pelbagai jenis barangan ditawarkan pada harga berpatutan dengan kualiti yang terjamin.Antara barangan yang terlibat merangkumi pakaian seragam sekolah seperti baju, seluar, songkok, stokin, tudung, skirt, baju kurung, pakaian dalam dan singlet.Turut ditawarkan ialah pakaian seragam kokurikulum termasuk t-shirt sukan, seluar trek serta aksesori badan beruniform.Selain itu, kelengkapan penting seperti beg sekolah, alat tulis, buku, folder, bekas makanan dan botol minuman turut disediakan, sekali gus menjadikan persiapan anak-anak lebih menyeluruh.Bagi memudahkan perancangan orang ramai, takwim dan lokasi PJRM sempena Krismas dan Kembali Ke Sekolah boleh diakses melalui portal rasmi KPDN serta saluran media sosial KPDN dan KPDN Negeri.Jadual ini sentiasa dikemaskini mengikut negeri bagi membantu pengguna merancang kunjungan ke lokasi terdekat.Orang ramai juga digalakkan mengikuti platform media sosial KPDN dan KPDN Negeri untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kepenggunaan serta slot PJRM yang akan datang.Ringankan kos perbelanjaan keluargaLebih daripada sekadar inisiatif jualan, PJRM mencerminkan komitmen kerajaan dalam mendepani isu kos sara hidup melalui pendekatan whole of nation.Melalui PJRM Krismas, penganut agama Kristian dapat membuat persiapan perayaan dengan keterjaminan bekalan barangan keperluan pada harga yang berpatutan.Manakala PJRM Kembali Ke Sekolah pula menjadi bukti sokongan berterusan kerajaan terhadap pendidikan dan kesejahteraan generasi muda.Akhirnya, peluang ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa dan penjaga.Dengan perancangan yang bijak serta kehadiran ke PJRM Kembali Ke Sekolah, persiapan anak-anak bukan sahaja menjadi lebih menjimatkan, malah memberi keyakinan kepada pelajar untuk memulakan tahun persekolahan baharu dengan lengkap, selesa dan bermotivasi tinggi.Tambah baik kaedah pelaksanaan Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penganjuran PJRM Kembali Ke Sekolah 2026 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan."Melalui peruntukan Payung RAHMAH, KPDN akan terus memperkasa pelaksanaan PJRM dengan menambah baik kaedah pelaksanaan serta memperluas golongan sasar, khususnya ketika rakyat membuat persiapan penting seperti kemasukan anak-anak ke sekolah," katanya.Beliau menegaskan bahawa program ini bukan sekadar jualan murah, sebaliknya satu usaha berterusan dalam menangani tekanan kos sara hidup.Peluang inilah yang wajar dimanfaatkan oleh orang ramai sebaik mungkin demi persiapan anak-anak yang lebih teratur dan menjimatkan.Maklumat lanjut mengenai tarikh dan lokasi penganjuran PJRM Kembali Ke Sekolah boleh didapati dengan melayari laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah |
|
Menteri Sarawak hairan dakwaan larangan hiasan Krismas di Melaka - FMT - 20/12 9:30 am Abdul Karim Rahman Hamzah berkata mereka yang telah mendesak dasar itu harus belajar berfikiran terbuka, terutamanya dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. |
|
Larangan hiasan Krismas di hotel, premis makanan halal beri kesan .. - Mgazette - 20/12 8:13 am # Larangan hiasan Krismas di hotel, premis makanan halal beri kesan negatif kepada usahawan DAP Melaka KUALA LUMPUR - DAP Melaka memandang serius dan melahirkan kebimbangan berhubung arahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)supaya tiada hiasan Krismas dibenarkan di hotel dan premis makanan yang diperakui halal di negeri itu |
|
Pemuda Umno tak setuju larangan hiasan Krismas Jaim - Mkini - 19/12 8:15 pm Menurut Akmal, beberapa mufti setuju halal atau haram makanan tak bergantung pada dekorasi tapi cara penyediaan, bahan |
|
Potongan tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember - Thempress - 19/12 7:39 pm KERAJAAN akan memberikan potongan tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember ini, kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena sambutan Hari Krismas |
|
Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Dis - Mkini - 19/12 6:28 pm Di semua plaza tol kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Plus dan Tanjung Kupang dan Linkedua. |
|
Pemuda DAP persoal larangan hiasan Krismas di premis halal di Melaka - Mkini - 19/12 5:34 pm Dalam arahan pada 16 Dis, dinyatakan bahawa dapur dan hotel yang mempunyai sijil halal tidak boleh mempunyai hiasan Krismas kerana ia adalah festival agama, bukan budaya. |
|
Hiasan Krismas tiada kena mengena status halal, kata Akmal - FMT - 19/12 4:40 pm Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh seru Jabatan Agama Islam Melaka teliti semula keputusan larang hiasan Krismas bagi premis halal di negeri itu. |
|
Kerajaan umum diskaun tol 50% sempena Krismas pada 23-24 Disember 2025 - Careta - 19/12 4:14 pm Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat |
|
Diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena Krismas - Mgazette - 19/12 4:07 pm # Diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena Krismas KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember 2025, bersempena sambutan Hari Krismas yang akan diraikan pada 25 Disember ini |
|
Diskaun Tol 50 Peratus untuk Dua Hari Sempena Krismas! - Pandulaju - 19/12 3:56 pm KERAJAAN bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus daripada kadar biasa selama dua hari, pada 23 dan [Baca Lagi...] The post Diskaun Tol 50 Peratus untuk Dua Hari Sempena Krismas! appeared first on PanduLaju.com.my . |
|
LLM Jangka Aliran Trafik Cecah 2.6 Juta Kenderaan Sehari Sempena Sambutan Krismas - Pandulaju - 19/12 3:48 pm LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan ketara aliran trafik di lebuh raya utama sempena sambutan Hari [Baca Lagi...] The post LLM Jangka Aliran Trafik Cecah 2.6 Juta Kenderaan Sehari Sempena Sambutan Krismas appeared first on PanduLaju.com.my . |
|
LLM Jangka 2.6 Juta Kenderaan Sehari Di Lebuh Raya Utama Sempena Hari Krismas - Siakapkeli - 19/12 2:54 pm LLM Jangka 2.6 Juta Kenderaan Sehari Di Lebuh Raya Utama Sempena Hari Krismas KAJANG, 19 Disember 2025 – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama pada hari-hari puncak sempena Sambutan Hari Krismas tidak lama lagi |
|
Pengguna lebuh raya nikmati diskaun tol 50 peratus sempena Krismas - Harapandaily - 19/12 12:37 am Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember ini kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena dengan sambutan Hari Krismas |
|
Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23 & 24 Disember – Nanta - Mdateline - 19/12 12:00 am Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus kepada pengguna kenderaan persendirian pada 23 dan 24 Disember 2025, sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember |
|
Dua Hari Diskaun Tol 50% Sempena Krismas Mulai 23 Disember - Hotfm - 19/12 10:51 am Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan pihak kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari, iaitu |
|
Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember - Hmetro - 19/12 10:28 am Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember ini kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena dengan sambutan Hari Krismas |
|
Diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena Krismas - Sinarharian - 19/12 10:23 am KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember ini kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena dengan sambutan Hari Krismas.Diskaun tol ini diberikan kepada kenderaan kelas 1 (kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua plaza tol kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat."Pemberian diskaun tol ini diharap dapat meringankan sebahagian daripada beban kos perjalanan rakyat yang merancang pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama-sama keluarga, selaras dengan hasrat Kerajaan Madani membantu rakyat semua peringkat merentas kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," katanya.Beliau berkata, pemilihan tarikh diskaun tol juga bertujuan menyuraikan trafik musim perayaan dan cuti sekolah serta mengoptimumkan operasi lebuh raya di kawasan hentian serta Rehat & Rawat (RSA).Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan menggunakan TuJu Highway Navigation App LLM dan MyPLUS-TTA, serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan (TTA), had laju, papan tanda dan peraturan di lebuh raya bagi memastikan perjalanan selamat.Mereka boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook, X @LLMtrafik, TikTok @llmtrafik, atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM 1-800-88-7752 |
|
Kerajaan umum diskaun tol 50% sempena Krismas - FMT - 19/12 9:38 am Inisiatif itu dijangka menelan kos kira-kira RM20.65 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya. |
|
Budaya Melanau khazanah berharga perlu dipelihara Soon Koh - Thempress - 18/12 9:49 pm SIBU – Masyarakat digesa untuk terus memperteguh nilai perpaduan dan keharmonian menjelang sambutan Krismas serta ketibaan Tahun Baharu 2026 |
|
'Treler Krismas Omoda C9 Matte Black' Edisi Terhad Warnai Lembah Klang - Pandulaju - 18/12 6:16 pm MUSIM perayaan akhir tahun bukan saja mengenai kerlipan lampu dan muzik Krismas, tetapi juga pengalaman yang [Baca Lagi...] The post 'Treler Krismas Omoda C9 Matte Black' Edisi Terhad Warnai Lembah Klang appeared first on PanduLaju.com.my . |
|
Togetherland 2025 Kini Masuk Percuma Sehingga 4 Januari 2026 - Siakapkeli - 18/12 10:20 am Menjelang musim perayaan, Togetherland by World Christmas Market 2025 kini dibuka dengan kemasukan percuma bagi semua pengunjung (kecuali pada Malam Krismas dan Malam Tahun Baru), susulan ramalan hujan sepanjang Disember 2025 |
|
Pavilion REIT & Nicol David Organisation Bawa Keceriaan Sempena Krismas Ini - Siakapkeli - 18/12 10:15 am Pavilion Bukit Jalil dipenuhi dengan gelak tawa dan keceriaan apabila lebih 200 Little Legends bersama keluarga mereka dari Nicol David Organisation (NDO) diraikan dalam sambutan Krismas istimewa |
|
PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari, Ini Senarai 30 Lokasi Smart Lane Untuk Elak Sesak Cuti Krismas & Tahun Baru! - Siraplimau - 18/12 9:13 am Pengaktifan 30 lokasi smart lane di sepanjang lebuh raya PLUS sempena musim perayaan Krismas 2025 dan sambutan Tahun Baharu 2026 memberi fokus utama kepada kelancaran trafik, termasuk tiga lokasi penambahan baharu |
|
2.2 juta kenderaan sehari guna lebuh raya PLUS sempena cuti akhir... - Mgazette - 18/12 8:08 am # 2.2 juta kenderaan sehari guna lebuh raya PLUS sempena cuti akhir tahun KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik akan mencecah sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak di rangkaian lebuh raya kendaliannya iaitu pada 19, 20, 22, 23 24, 26 dan 27 Disember 2025 dan 2 Januari 2026. Sehubungan itu, orang ramai disaran merancang perjalanan lebih awal menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi memastikan kelancaran pergerakan di lebuh raya sempena musim cuti persekolahan akhir tahun, perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2026 yang akan datang |
|
PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Akhir Tahun - Siakapkeli - 17/12 5:17 pm PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Akhir Tahun KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Dis ini sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas |
|
Plus jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti akhir tahun - Mkini - 17/12 5:08 pm Hari puncak adalah pada 19, 20, 22, 23, 24, 26, 27 Dis ini dan termasuk 2 Jan 2026 sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas. |
|
PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti akhir tahun - Sinarharian - 17/12 4:55 pm KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas.PLUS dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan jangkaan itu termasuk pada 2 Januari 2026 dengan Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan trafik bagi membantu aliran trafik di lebuh raya sempena musim percutian dan perayaan kali ini.Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS bagi memastikan kelancaran di lebuh raya sepanjang tempoh berkenaan."Dengan penambahbaikan terbaharu, jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA boleh diakses bukan sahaja pada musim-musim perayaan, malah pada hari-hari puncak terpilih," menurut kenyataan itu.PLUS memaklumkan pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi interaksi bersama Pembantu Maya-PUTRI, mengikuti aplikasi X@plustrafik dan aplikasi X @lpt2trafik serta paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menerusi saluran stesen radio utama negara," menurut kenyataan itu.Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 atau LPT2Line di 1800-88-0220 yang beroperasi 24 jam sehari untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan |
|
Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope, Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman - Siakapkeli - 16/12 10:43 pm Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope, Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman Petaling Jaya, 16 Disember 2025 — Musim perayaan menjadi momen yang sangat bermakna kerana ia diraikan dengan penuh kegembiraan serta kesyukuran |
|
Kerajaan Sabah anjur sambutan Krismas peringkat negeri 16 hingga 19 Disember ini - Thempress - 15/12 3:02 pm KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah bermula 16 hingga 19 Disember 2025 bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu |
|
Utamakan Bahasa Melayu, Penguasaan Bahasa Lain Digalakkan PM Anwar - Wrlr - 14/12 10:12 am Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember 2025 |
|
Kekalkan Keamanan Negara Disokong Dasar Adil, Tanpa Kebencian, Sikap .. - Wrlr - 14/12 9:29 am Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember 2025 |
|
Malaysia antara negara paling aman di dunia - PM - Sinarharian - 13/12 7:25 pm PETALING JAYA - Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia meskipun memiliki kepelbagaian kaum, agama dan serantau yang rumit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, keupayaan negara dalam mengurus kepelbagaian itu telah mengukuhkan keyakinan masyarakat antarabangsa dan meletakkan Malaysia sebagai kuasa penstabil di peringkat serantau."Apa pun yang diperkatakan dan dilakukan, negara ini meskipun mempunyai kerumitan dari segi aspirasi serantau, kaum dan agama, Malaysia sememangnya tergolong satu daripada negara paling aman di dunia," kata beliau.Anwar berkata demikian berucap pada majlis Minum Petang Sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di sini, pada Sabtu.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff.Perdana Menteri berkata, status Malaysia sebagai negara aman antara faktor utama menjadikan negara ini terus dihormati negara jiran dan komuniti antarabangsa.Hal berkenaan, kata Anwar dibuktikan menerusi kepercayaan diberikan oleh pemimpin serantau dan antarabangsa terhadap peranan Malaysia dalam meredakan konflik dan menggalakkan dialog termasuk oleh negara jiran.Beliau berkata, kedudukan Malaysia yang aman juga mendorong negara jiran seperti Kemboja dan Thailand untuk meletakkan kepercayaan kepada Malaysia bagi membantu memudah cara dialog dan meredakan ketegangan serantau.Majlis dihadiri kira-kira 800 tetamu dalam kalangan komuniti Kristian berkenaan turut diserikan dengan beberapa persembahan |
|
Menanti kebijaksanaan Anwar kemaskinikan kabinet - Msomelayu - 13/12 11:52 am Sama-sama kita tunggu kebijaksanaan Anwar mengemaskinikan kabinetnya kelak. Saya jangka ia akan diumum selepas Krismas nanti |
|
Hogwarts Legacy Kini Percuma Di Epic Games Store - Amanz - 12/12 6:05 pm Sempena perayaan Hari Krismas yang bakal mendatang, Epic Games Store menawarkan permainan Hogwarts Legacy secara percuma di Epic Games Store mulai hari ini hingga 18 Disember 2025 |
|
PDRM Sarawak lancar kempen keselamatan jalan raya sempena Krismas 2025 - Thempress - 9/12 4:40 pm KUCHING Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak melaksanakan Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya selama enam hari bermula 23 hingga 28 Disember ini sebagai persediaan menghadapi peningkatan trafik sempena… |
|
Klinik Kesihatan Long Lama semarakkan Krismas dengan pertandingan hiasan - Thempress - 5/12 8:48 pm LONG LAMA Klinik Kesihatan Long Lama menceriakan suasana perayaan Krismas tahun ini melalui penganjuran Pertandingan Hiasan Krismas yang melibatkan beberapa unit dalaman |
|
This is Love: Koleksi Krismas Minimalist Lab, Confirm Buat Hati Cair! - Rotikaya - 4/12 3:19 pm Design yang simple tapi sekali pandang boleh buat hati anda terus cair dan jatuh cinta. Inilah koleksi This is Love dari Minimalist Lab sempena Krismas yang bakal disambut bulan ini... |
|
Memang Rare! Gelanggang Luncur Ais Terbuka Pertama di Malaysia Kini Di Suria KLCC - Murai - 1/12 10:36 pm Hujung tahun memang waktu paling syok untuk buat benda lain daripada biasa, dan tahun ni Suria KLCC bagi alasan paling baik, A Majestic Krismas dah bermula dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026, dan ya ia totally vibe Krismas yang lain macam! Masuk je ke Centre Court, terus rasa macam masuk dunia fantasi |
|
Dari Glowing Tulip Garden Sampai Snowing Session, Semua Ada Di Echoes of Joy Gamuda Cove! - Hotfm - 28/11 7:18 pm Hujung tahun dah makin dekat dan kalau korang tengah cari port best untuk rasai suasana Krismas yang meriah, ini tempat yang korang tak boleh miss! Gamuda Cove bakal hidup dengan warna, cahaya dan kegembiraan menerusi 'Echoes of Joy'! Sebuah acara Krismas yang confirm buat semua lapisan umur rasa teruja! Ayuh [...] |
|
Keputusan Najib dipenjara di rumah atau Penjara Kajang diawalkan sebelum Krismas - Sinarharian - 25/11 3:51 pm KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memaksa kerajaan atau enam pihak lain di Mahkamah Tinggi di sini untuk melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani hukuman penjara di rumah atau tidak, diawalkan kepada 22 Disember depan.Tarikh asal yang ditetapkan pada 5 Januari 2026, diawalkan beberapa hari menjelang sambutan Krismas.Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mengesahkan tarikh itu selepas prosiding pengurusan kes dibuat secara dalam talian di hadapan Hakim Alice Loke Yee Ching.Berdasarkan surat yang dialamatkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Syeela Marlina Uttaman, pihak firma guaman Shafee & Co yang mewakili Najib, 72, memohon mahkamah mempertimbangkan semula tarikh keputusan tahun hadapan.Menurut surat itu, bekas Ahli Parlimen Pekan terbabit telah menjalani hukuman di Penjara Kajang hampir dua tahun lalu sejak Titah Adendum dikeluarkan.Katanya, ia melebihi perkara yang sepatutnya berlaku kerana titah berkenaan jelas memperuntukkan bahawa Najib boleh menjalani baki hukuman penjara di rumah."Sehingga hari ini, Najib masih ditahan di penjara disebabkan perjalanan prosiding ini."Setiap hari yang dihabiskan dalam tahanan merupakan hari yang tidak akan dapat dikembalikan kepadanya," katanya.Lebih-lebih lagi, surat itu menyatakan bahawa pada 13 Ogos lalu, bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim memerintahkan prosiding ini dimuktamadkan sebelum 14 September.Katanya, Hasnah menekankan kepentingan menyelesaikan perkara berkenaan dengan segera memandangkan ia melibatkan isu kebebasan seorang individu.Menurutnya, penahanan yang berterusan ini menafikan kebebasan seseorang dan bertentangan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang bukan sahaja melindungi kebebasan fizikal tetapi juga maruah serta keselamatan individu.Katanya, penahanan yang begitu lama menyebabkan Najib mengalami tekanan emosi yang serius, trauma dan kemerosotan ketara terhadap keadaan mental serta kesejahteraannya secara keseluruhan.Ia turut menyatakan, perkara tersebut dibawa ke mahkamah kerana tarikh keputusan kian menghampiri tempoh dua tahun sejak Titah Adendum yang sepatutnya dikuatkuasakan terhadap bekas Presiden UMNO itu."Dalam keadaan luar biasa ini dan atas arahan tegas anak guam yang semakin tertekan oleh kelewatan yang berpanjangan, kami dengan rendah diri dan penuh hormat memohon mahkamah mempertimbangkan semula serta mempercepatkan tarikh keputusan," kata surat itu.Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Najib juga memohon perintah bahawa jika titah itu wujud, semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur serta-merta untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu.Dalam semakan kehakiman itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Antara relif yang dipohon dalam semakan kehakiman itu ialah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn |
|
Keputusan Najib dipenjara di rumah atau Penjara Kajang 5 Januari tahun depan - Sinarharian - 24/11 5:07 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Keputusan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memaksa kerajaan atau enam pihak lain di Mahkamah Tinggi di sini untuk melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani hukuman penjara di rumah atau tidak, ditetapkan pada 5 Januari 2026.Hakim, Alice Loke Yee Ching menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, selaku pemohon sementara Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan bagi pihak kerajaan dan enam lagi yang dinamakan sebagai responden."Saya rasa patut ambil cuti Krismas untuk berfikir dan menimbangkannya dengan lebih mendalam," kata hakim.Semasa hujahan, Muhammad Shafee berkata, titah itu sah dan ia benar-benar wujud namun Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai sejarah penafian bermula permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman dibuat.Beliau berkata, AGC sepatutnya diperintahkan untuk menyerahkan satu salinan titah itu memandangkan lebih setahun dokumen berkenaan dikeluarkan tetapi tidak dikuatkuasakan."Sedangkan, anak guam saya sepatutnya berada di bawah tahanan rumah sekarang."Keadilan sudah selesai, kini yang tinggal hanyalah belas kasihan," kata peguam itu.Bagaimanapun, Shamsul berkata, jika tahanan rumah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu diputuskan sebagaimana dimaksudkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, maka ia sepatutnya dibincang dalam satu mesyuarat Lembaga Pengampunan.Katanya, keputusan itu selaras prosedur ditetapkan di bawah Perkara 42(8).Menurutnya, persoalan mengenai kesahihannya timbul kerana titah itu tidak diputuskan dalam mesyuarat lembaga dan pengeluarannya di luar kerangka prosedur yang dikehendaki."Susulan itu, Lembaga Pengampunan tidak dapat memberikan nasihat yang diwajibkan di bawah Perkara 42(9)."Titah Adendum tidak dikeluarkan mengikut kerangka prosedur yang betul seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 42(1) dibaca bersama Perkara 42(8) dan Perkara 42(9), oleh itu ia tidak boleh dikuatkuasakan dari segi undang-undang," katanya.Bekas Presiden UMNO itu memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Anak jati Pahang itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu negara bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Dia kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |