| /// |
|
| Search : Kota Melaka News | Page 1 |
|
RM1.01 billion pengeluaran akuakultur ikan makan, ikan hiasan di Johor .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm # RM1.01 billion pengeluaran akuakultur ikan makan, ikan hiasan di Johor tahun lalu ISKANDAR PUTERI - Sebanyak RM1.01 billion nilai pengeluaran akuakultur ikan makan dan ikan hiasan di Johor direkodkan pada tahun lalu |
|
PH Sabah sokong Hajiji kekalkan kerjasama GRS-BN-PH - Mygazette - 23/11 6:37 pm # PH Sabah sokong Hajiji kekalkan kerjasama GRS-BN-PH KOTA KINABALU - Pakatan Harapan (PH) Sabah menyokong pendirian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor untuk meneruskan kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN) dan PHdalam kerajaan negeri, demi kestabilan politik Sabah |
|
Tuan Ibrahim ‘jual’ pantun merisik BN ketika sidang DUN Pahang - Mygazette - 23/11 6:37 pm # Tuan Ibrahim 'jual' pantun merisik BN ketika sidang DUN Pahang KUANTAN - "Saya sekadar menyampaikan hasrat orang di bawah," demikian penjelasan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung dua rangkap pantun yang 'dijual' semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini |
|
PRN Sarawak: DAP umum 7 lagi calon - Mygazette - 23/11 6:37 pm KUCHING - DAP Sarawak mengumumkan tujuh lagi calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 |
|
DAP berdepan cabaran sukar, tidak boleh terlalu selesa – Loke - Mygazette - 23/11 6:37 pm # DAP berdepan cabaran sukar, tidak boleh terlalu selesa - Loke SHAH ALAM - DAP berdepan cabaran sukar dalam berhadapan Pilihan Raya Umum akan datang susulan strategi politik diambil pihak lawan seperti berlaku pada beberapa pilihan raya negeri, sekali gus menuntut penyelesaian yang lebih kreatif dan berani |
|
Rafizi tuduh NGO dibayar, siapa pula bayar beliau serang kerajaan? ??? Lum .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm # Rafizi tuduh NGO dibayar, siapa pula bayar beliau serang kerajaan? Lum Yong KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli dicabar menjelaskan siapa pula yang membayarnya untuk menyerang kerajaan dengan matlamat menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR |
|
12 Timbalan Exco perkukuh perkhidmatan Melaka kepada rakyat ??? Ab Rauf - Mygazette - 23/11 6:37 pm # 12 Timbalan Exco perkukuh perkhidmatan Melaka kepada rakyat Ab Rauf MELAKA Pelantikan seramai 12 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam pentadbiran baharu Melaka bertujuan memperkukuh keupayaan pentadbiran negeri dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat lebih berkesan |
|
Sabah mulls solar, battery backup systems for main hospitals - NST - 23/11 6:33 pm KOTA KINABALU: The Sabah government is considering installing solar-powered and battery-powered backup systems at the states main hospitals. |
|
RUU tangani isu gelandangan dijangka dibentang dalam dua tahun - Nancy - Sinarharian - 23/11 6:21 pm SHAH ALAM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memulakan kajian awal bagi menggubal Rang Undang-Undang (RUU) khusus menangani isu gelandangan di negara ini yang dijangka dibentangkan dalam tempoh dua tahun akan datang.Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kajian itu bertujuan mengenal pasti pendekatan lebih menyeluruh dalam menangani isu gelandangan yang memerlukan kerjasama pelbagai agensi.Menurut beliau, usaha penggubalan RUU itu masih di peringkat awal dan memerlukan penelitian lanjut sebelum dibentangkan."Insya-ALLAH, mungkin dalam tempoh dua atau (beberapa) tahun lagi, kita akan ada satu RUU yang akan dibentangkan mengenai gelandangan."(Perkara) ini baru nak mula dan masih dalam peringkat kajian," katanya ketika ditemui selepas Majlis Santai Kasih KPWKM bersama Media di Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) di sini pada Isnin.Mengulas isu gelandangan dan kegiatan meminta sedekah membabitkan warga asing yang semakin berleluasa di ibu kota serta bandar lain, Nancy berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani masalah itu.Menurut beliau, kerjasama rentas agensi amat penting memandangkan isu itu bukan hanya di bawah tanggungjawab satu kementerian, sebaliknya memerlukan tindakan berdasarkan bidang kuasa masing-masing."Operasi bersepadu turut dilaksanakan dengan kerjasama agensi berkaitan bagi menangani isu ini secara bersama," jelas beliau.Dalam perkembangan lain, Nancy berkata, Majlis Santai Kasih KPWKM bersama Media yang dianjurkan setiap tahun merupakan tanda penghargaan kepada pengamal media atas peranan mereka menyampaikan maklumat berkaitan dasar, perkhidmatan dan inisiatif kementerian kepada masyarakat.Katanya, media menjadi jambatan penghubung antara kementerian dengan rakyat, sekali gus memastikan maklumat mengenai pelbagai inisiatif dan perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan secara berkesan.Sinar Harian turut menerima penghargaan pada majlis itu yang turut diserikan dengan persembahan penyanyi Kaka Azraff. |
|
Muslim workers denied Friday prayers urged to report employers - FMT - 23/11 5:26 pm Melaka exco member Rais Yasin says preventing Muslim men from attending Friday prayers is inappropriate, as the prayers are an obligation for all Muslim men. |
|
Amalan lantik timbalan exco bukan perkara baharu, kata KM Melaka - FMT - 23/11 4:49 pm Ab Rauf Yusoh berkata, amalan yang diteruskan ini adalah untuk bantu exco jalankan tugas dengan lebih efisien, seperti penggal lepas. |
|
Proses penyahklasifikasi minit pengampunan Najib: PM perlu beri penjelasan terbuka - Sinarharian - 23/11 4:42 pm KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberikan penjelasan terbuka berhubung proses penyahklasifikasi minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan proses berkenaan dilakukan mengikut peruntukan undang-undang dan tatacara pentadbiran yang sewajarnya.Beliau berkata, antara perkara perlu diperjelaskan ialah pihak yang mengarahkan atau meluluskan penyahklasifikasi itu dan asas perundangan digunakan serta sama ada proses berkenaan mendapat kelulusan sewajarnya termasuk peranan Jemaah Menteri.Menurutnya, pendedahan minit mesyuarat yang membabitkan institusi tertinggi negara itu bukan perkara kecil kerana turut menimbulkan persoalan berkaitan tadbir urus, keselamatan dokumen rasmi kerajaan dan pematuhan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972."Perdana Menteri tidak boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab politik dan pentadbiran berhubung isu ini kerana beliau mengetuai pentadbiran negara."Jika penyahklasifikasi dibuat tanpa melalui kelulusan atau proses sewajarnya, ia satu persoalan serius yang perlu diberikan perhatian," katanya dalam kenyataan.Noor Hariri berkata, pendedahan kandungan minit berkenaan juga menimbulkan kebimbangan apabila membuka ruang kepada pihak tertentu untuk mempersoalkan kewibawaan institusi Yang di-Pertuan Agong.Katanya, kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan dan perlu dihormati semua pihak.Beliau berkata, perbincangan dalaman Lembaga Pengampunan tidak seharusnya dijadikan bahan politik sehingga mencetuskan persepsi negatif terhadap institusi berkenaan."Kerajaan tidak boleh bersikap selektif dalam soal ketelusan sehingga dokumen berkaitan proses pengampunan tertentu didedahkan kepada umum tanpa memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap implikasi kepada institusi Diraja dan kepentingan perlembagaan negara," katanya.Sehubungan itu, beliau mendesak supaya siasatan bebas dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap penyahklasifikasi dan penyebaran dokumen tersebut selain memastikan semua tindakan mematuhi undang-undang.Katanya, kepentingan politik kepartian tidak sepatutnya mengatasi kepentingan negara serta penghormatan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong."Institusi Raja-Raja Melayu bukan alat politik, Perlembagaan bukan bahan percaturan dan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong wajib dihormati serta dipelihara setiap lapisan kepimpinan negara," katanya. |
|
Buat laporan jika pekerja lelaki Islam tidak dibenarkan solat Jumaat - Exco - Mkini - 23/11 4:41 pm Rais Yasin berkata setakat ini, tiada keperluan untuk kerajaan negeri Melaka melaksanakan cadangan penutupan sementara premis perniagaan bagi memberi laluan kepada pekerja lelaki Islam menunaikan sola |
|
C by camel active Perluas Jenama Dengan Pembukaan Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka - Siakapkeli - 23/11 4:41 pm C by camel active Perluas Jenama Dengan Pembukaan Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya MelakaMelaka, Malaysia C by camel active, sub-jenama... |
|
Deputy exco members not new to Melaka, says Rauf - FMT - 23/11 4:25 pm The chief minister says the state government has conducted studies on the matter, and challenges critics to do the same. |
|
Exco Melaka minta pekerja tak dibenar solat Jumaat buat repot - FMT - 23/11 3:57 pm Tindakan menghalang golongan berkenaan adalah tidak wajar kerana ia kewajipan bagi semua lelaki Islam yang akil baligh menunaikan solat Jumaat. |
|
Firemen uncover shoplots illegally converted into 10 rooms, charging up to RM400 per bed - NST - 23/11 3:29 pm KOTA KINABALU: Firemen have uncovered shoplot units illegally converted into rental rooms, with one unit divided into up to 10 rooms by plywood partitions and narrow escape routes that could put occupants at risk in the event of a fire. |
|
Mother, 44, sits SPM alongside autistic son to keep him motivated - Sinardaily - 23/11 1:00 pm KOTA BHARU - A mother's determination to motivate her autistic son has brought her back to the examination hall after more than two decades, as she sits for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination alongside him today.Mazlina Abdul Majid, 44, said she decided to retake the examination to ensure her eldest son, Muhammad Adam Danial Othman, 17, would not feel alone and to encourage him to strive for academic success.She said her son had initially lost motivation to study, prompting her to register as an SPM candidate to foster a sense of healthy competition between them."I'm excited to sit for the SPM again, especially alongside my son |
|
Kapal PH hampir karam, lautan pula disalahkan - Denyutreformasi - 23/11 12:56 am Oleh Sadiq Asyraf Tidak sampai sehari selepas Pakatan Harapan (PH) kalah dalam PRN Melaka, pemimpinnya tampil menjelaskan puncanya |
|
Penyeludup lari, tinggalkan 120,000 batang rokok putih tepi sungai - Kosmo - 23/11 12:46 am PASIR PUTEH Taktik licik sekumpulan penyeludup menggunakan laluan sungai yang sempit dan cetek untuk meloloskan diri gagal apabila mereka terpaksa meninggalkan 120,000 batang rokok putih bernilai RM96,000 di tebing sungai Kampung Madat, Kota Bharu, Jumaat lalu |
|
[VIDEO] ‘Jalan Masjid India elok tukar nama Jalan Dhaka’ - Kosmo - 23/11 12:38 am PETALING JAYA – Warga kota menyeru supaya Jalan Masjid India ‘ditukarkan’ nama kepada Jalan Dhaka kerana kawasan berkenaan kini dikuasai oleh warga asing |
|
List GST rate, items for exemption, BN told - FMT - 23/11 12:28 am Melaka PKR information chief Eddiarman Yunos says reintroducing the GST would be ill-advised as the public is still struggling with the cost of living. |
|
Demi anak autisme yang hampir putus asa, ibu sanggup ambil SPM semula - Hmetro - 23/11 11:28 am Kota Bharu: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kali ini melakar sejarah buat dua beranak apabila ibu dan anak lelakinya menjadi calon menduduki peperiksaan itu |
|
Kereta remuk, sisi rumah roboh dirempuh Proton Satria terbabas - Sinarharian - 23/11 11:20 am JASIN - Sebahagian struktur sebuah rumah, termasuk beranda serta bumbung di bahagian hadapan dan sisi, roboh selepas dirempuh sebuah kereta Proton Satria yang terbabas di Jalan Kampung Tehel Hulu, di sini, pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, kereta yang dipandu seorang penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berusia 23 tahun turut merempuh sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Proton Satria itu dipandu dari arah Jasin menghala ke Melaka.Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh rumah di sebelah kanan jalan serta sebuah Perodua Myvi yang diparkir di hadapan rumah berkenaan."Pemandu Proton Satria mengalami kecederaan ringan di bahagian tengkuk dan pinggang serta beberapa calar pada badan sebelum dibawa ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan."Bagaimanapun, pemilik Perodua Myvi berusia 41 tahun dan pemilik rumah berusia 64 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Beliau berkata, impak rempuhan menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk, manakala beranda serta bumbung di bahagian hadapan dan sisi rumah tersebut turut roboh.Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan."Pemandu juga tidak disyaki berada di bawah pengaruh alkohol."Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau kamera papan pemuka diperoleh setakat ini," katanya.Kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan siasatan lanjut masih diteruskan. |
|
Konon teman remaja demam, janda muda dicekup khalwat - Sinarharian - 23/11 10:51 am KOTA TINGGI Seorang janda muda yang datang untuk menemani seorang remaja lelaki yang didakwa demam ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah sewa di Pengerang.Menurut JAINJ, pemeriksaan yang dijalankan kira-kira jam 10.35 malam baru-baru ini dilakukan susulan aduan awam sebelum mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri.Hasil pemeriksaan mendapati masing-masing berusia 25 dan 18 tahun."Ketika pemeriksaan dijalankan, lelaki terbabit hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju, manakala wanita berkenaan memakai seluar panjang serta kemeja-T."Apabila ditanya mengenai hubungan mereka, kedua-duanya mengaku bukan pasangan suami isteri," menurut kenyataan itu.Menurut JAINJ, wanita terbabit memberi alasan dia datang ke rumah berkenaan untuk menemani lelaki tersebut yang dikatakan sedang demam.Lelaki berkenaan turut menunjukkan sijil cuti sakit (MC) yang dikeluarkan oleh sebuah klinik bagi membuktikan dia tidak bekerja pada hari kejadian.Malah, ubat yang diberikan selepas mendapatkan rawatan turut ditunjukkan kepada penguat kuasa ketika pemeriksaan dilakukan.Bagaimanapun, JAINJ menjelaskan alasan tersebut tidak boleh dijadikan justifikasi untuk pasangan bukan mahram berada berdua-duaan di dalam rumah tanpa ikatan perkahwinan yang sah."Walaupun benar lelaki itu demam, keadaan tersebut bukan alasan untuk mereka berada berdua-duaan di dalam rumah."Wanita terbabit bukan doktor atau jururawat yang hadir untuk merawat pesakit, manakala lelaki itu pula bukan individu uzur yang tidak berdaya untuk menguruskan dirinya, sebaliknya hanya mengalami demam biasa," menurut kenyataan sama.Pemeriksaan lanjut mendapati rumah sewa berkenaan mempunyai dua bilik dan salah sebuah bilik dilengkapi katil yang berada dalam keadaan tidak terurus.Menurut JAINJ, rumah tersebut disewa oleh lelaki berkenaan, manakala wanita terbabit dipercayai datang berkunjung ke situ.Pasangan itu turut mengakui telah berkenalan dan menjalinkan hubungan selama lebih setahun serta mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.Bagaimanapun, mereka masih belum menetapkan tarikh pernikahan."Berdasarkan maklumat pengadu, wanita terbabit dipercayai telah beberapa kali datang ke rumah tersebut sebelum ini," menurut kenyataan itu.Kedua-duanya kemudian ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat. |
|
PM and I have yet to meet, says Loke on resignation - Sinardaily - 23/11 10:04 am SHAH ALAM - Anthony Loke says he has yet to meet Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim since resigning as Transport Minister on Nov 10.No, I have not met him (Anwar) |
|
Blaming the sea for a sinking ship - FMT - 23/11 9:30 am PH's post-mortem of the Melaka polls acknowledges operational weaknesses but stops short of PKR's deeper electoral problem. |
|
Hajiji mahu jajaran politik GRS-BN-PH kekal demi kestabilan Sabah - Sinarharian - 23/11 9:20 am KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mahu jajaran politik sedia ada yang melibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dikekalkan bagi memastikan kestabilan kerajaan negeri.Beliau berkata, sebarang pandangan daripada BN dan PH berhubung kerjasama berkenaan akan dibawa ke perbincangan bagi mencapai persetujuan bersama, namun menegaskan kerajaan negeri ketika ini diterajui GRS."Kita belum lagi berbincang tetapi kita maklum bahawa kerajaan negeri pada hari ini adalah kerajaan yang terdiri daripada BN dan juga PH dan rakan-rakan yang lain |
|
Sarawak polls: DAP announces seven more candidates - Sinardaily - 23/11 9:20 am KUCHING - DAP Sarawak has announced another seven candidates for the 13th Sarawak State Election.DAP Sarawak chairman Chong Chieng Jen will contest the Kota Sentosa seat, while incumbent Violet Yong will defend her Pending seat.The other candidates are retired policeman Lim Nee Kon for Opar, Michael Kong (Padungan), Jordan Soo (Batu Kitang), Sim Kiat Leng (Batu Kawa) and Bandar Kuching Member of Parliament Dr Kelvin Yii for Batu Lintang.Speaking at the partys mobilisation night here tonight, Chong said the line-up reflected DAPs intention to strengthen its presence in the Sarawak State Legislative Assembly and provide effective opposition representation."One thing we can be certain of is that after the upcoming state election, Gabungan Parti Sarawak (GPS) will still form the state governmentthe importance of having a functioning opposition to serve as a check and balance should not be overlooked, he said.On Friday, DAP Sarawak announced two candidates for the coming polls, naming Irene Wong for Pelawan and Stanley Chiew (Bukit Assek), both in Sibu.The party is expected to announce its decisions on the seats in Sarikei, Bintulu and Miri soon.In the 12th Sarawak State Election held on Dec 18, 2021, GPS secured 76 of the 82 seats contested, while Parti Sarawak Bersatu (PSB) won four seats and DAP secured two |
|
Empat jam dari Gombak ke Kota Bharu - Sinarharian - 23/11 8:30 am PERJALANAN menaiki tren Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Gombak ke Kota Bharu mengambil masa sekitar empat jam, namun perjalanan menuju ke pusat bandar negeri Cik Siti Wan Kembang itu memerlukan masa dan kos pengangkutan tambahan.Bagi perjalanan kira-kira 10 kilometer dari Stesen ECRL Kota Bharu ke Pasar Besar Siti Khadijah, wartawan Sinar Harian bersama rakan media membayar RM46 untuk perkhidmatan e-hailing enam tempat duduk.Pengalaman itu antara dapatan ketika menyertai program Familiarisation Trip (FAM Trip) Jelajah Landasan ECRL yang turut membuka peluang untuk menilai sendiri keselesaan tren dan keadaan kemudahan di stesen.Lawatan berkenaan berlangsung ketika ECRL menjalani operasi percubaan sebelum perkhidmatan penumpang komersial disasarkan bermula pada 12 Disember ini.Perjalanan bermula dari Terminal Bersepadu Gombak menggunakan tren ekspres yang mencapai kelajuan 160 kilometer sejam (km/j) dan tetap memberikan keselesaan kepada penumpang tanpa gegaran ketara.Malah, kelajuan tersebut hampir tidak terasa apabila penulis masih boleh menggunakan telefon, berjalan di dalam tren dan merakam pemandangan luar.Kestabilan itu berbeza daripada jangkaan awal bahawa tren yang bergerak pada kelajuan tinggi akan menghasilkan gegaran menakutkan sehingga berisiko mengundang rasa cemas.Kerusi dengan penyandar boleh laras memberikan sokongan yang baik, malah penulis dapat tidur dengan selesa ketika perjalanan merentasi tiga negeri di Pantai Timur.Ruang kaki yang luas, soket pengecas telefon dan kerusi yang boleh dipusingkan sehingga 360 darjah turut menambah keselesaan penumpang.Sistem pendingin hawa berfungsi dengan baik, manakala kemudahan tandas di dalam gerabak selesa digunakan ketika tren bergerak.Bagi penulis yang berasal dari Selangor, perjalanan itu turut membuka peluang menikmati panorama sawah padi, kawasan hutan berbukit dan perkampungan yang silih berganti sepanjang laluan, sekali gus memberikan pengalaman berbeza berbanding dengan perjalanan melalui lebuh raya.Bagaimanapun, terdapat kekangan apabila telefon penulis kehilangan liputan di beberapa kawasan, menyebabkan capaian internet terputus buat sementara waktu.Gangguan komunikasi itu menjadi antara aspek yang wajar diberikan perhatian, terutama bagi penumpang yang mahu bekerja atau berhubung dengan keluarga sepanjang perjalanan ataupun membuat siaran langsung di TikTok.Punca sebenar gangguan berkenaan belum dapat dipastikan sama ada disebabkan oleh keadaan geografi, terowong atau liputan rangkaian telekomunikasi.Berdasarkan catatan perjalanan, tren tiba di KotaSAS, Kuantan pada jam 8.37 pagi sebelum melalui kawasan Cherating sekitar jam 9.02 pagi dan Chukai, 12 minit kemudian.Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu dengan catatan ketibaan pada jam 10.11 pagi sebelum tiba di Stesen Kota Bharu tepat jam 11.11 pagi.Ketibaan di Stesen Kota Bharu memberikan peluang kepada penulis untuk meninjau keadaan premis itu yang mempunyai ruang menunggu yang luas, selesa dan persekitaran yang tenang.Bagaimanapun, pemerhatian mendapati beberapa kemudahan masih dalam persiapan, termasuk tandas yang belum boleh digunakan kerana sedang disenggarakan.Premis perniagaan di dalam stesen juga belum beroperasi, manakala sebahagian laluan di luar bangunan masih berpasir dan terdapat penghadang di kawasan akses jalan masuk.Keadaan tersebut bagaimanapun direkodkan ketika operasi percubaan dan tidak semestinya menggambarkan kemudahan yang bakal tersedia apabila perkhidmatan dibuka kepada orang ramai.Pengamal media turut diberikan makanan dan minuman oleh penganjur sebelum menikmati waktu bebas sehingga sesi berkumpul semula pada jam 4 petang.Tanpa kenderaan khas yang disediakan bagi aktiviti persendirian, penulis bersama beberapa rakan media mengambil keputusan untuk menempah perkhidmatan e-hailing bagi mengunjungi Pasar Besar Siti Khadijah.23 minit ke pusat bandarTempahan kenderaan e-hailing enam tempat duduk ketika waktu puncak tengah hari, iaitu pada jam 12.33 tengah hari, dikenakan tambang RM46 bagi perjalanan selama 23 minit.Bagaimanapun, perjalanan pulang pada jam 3.15 petang menggunakan kenderaan kategori sama hanya menelan belanja RM22, dengan ketibaan di stesen pada jam 3.40 petang.Perbezaan RM24 antara kedua-dua perjalanan itu berkemungkinan dipengaruhi oleh perubahan permintaan mengikut waktu tempahan, selain faktor penetapan harga dinamik perkhidmatan e-hailing.Secara keseluruhan, kos pengangkutan pergi balik ialah RM68 bagi satu kenderaan, sekali gus memperlihatkan bahawa penumpang juga perlu mengambil kira perbelanjaan tambahan untuk meneruskan perjalanan selepas tiba di stesen.Sebagai rekod, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) sebelum ini mengumumkan tambang ekonomi dari Gombak ke Kota Bharu bermula pada RM147 sehala bagi perkhidmatan ekspres dan RM125 bagi perkhidmatan transit.Kedua-dua kadar tersebut menggunakan mekanisme tambang dinamik yang berubah mengikut waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk.Kerajaan pada 3 November lalu turut meluluskan peruntukan RM30 juta bagi pembinaan terminal bas baharu di Stesen ECRL Kota Bharu untuk memperkukuh hubungan antara pengangkutan rel dengan jalan raya.Pembangunan kemudahan itu penting kerana pengalaman penumpang bukan hanya bergantung pada kepantasan tren, tetapi juga akses pengangkutan selepas tiba di destinasi.Perjalanan pulang penulis menggunakan tren transit, berbeza daripada perkhidmatan ekspres ketika menuju ke Kota Bharu.Menurut MRL, operasi percubaan berlangsung dari 7 November hingga 2 Disember bagi menilai kesiapsiagaan perkhidmatan, pengurusan stesen dan pengalaman penumpang sebelum pembukaan komersial.Pengalaman penulis membuktikan ECRL berupaya menawarkan perjalanan antara Lembah Klang dengan Pantai Timur yang pantas, lancar dan selesa.Namun, keadaan di Stesen Kota Bharu serta gangguan komunikasi di beberapa lokasi sepanjang laluan memperlihatkan masih terdapat ruang penambahbaikan bagi memastikan kemudahan itu memenuhi keperluan dan jangkaan pengguna. |
|
DAP faces tough challenge ahead, cannot afford to be complacent Anthony Loke - Sinardaily - 23/11 8:26 am SHAH ALAM - DAP faces a tough challenge in the next general election following the political strategies adopted by its opponents in several recent state elections, requiring the party to develop more creative and bold responses.DAP secretary-general Anthony Loke said the party must learn from the disappointing results of several state elections and ensure that all levels of its leadership do not become too comfortable with their current positions.They are consolidating their votes, combining the votes of two coalitions |
|
Titian sempit PRU16: Kekal bersama PN atau kembali kepada PH? - Denyutreformasi - 23/11 8:00 am Oleh Moaz Nair Segar dengan rentetan kemenangan dominan dalam PRN sepanjang 2026, Barisan Nasional (BN) kini berada pada kedudukan politik yang amat selesa menjelang PRU16 |
|
Amanah's defeats are not the end, struggle has only begun Mujahid - Sinardaily - 23/11 7:00 am SHAH ALAM Losing in three state elections does not mean Parti Amanah Negara's (Amanah) political struggle is over, but rather marks the beginning of a long journey towards achieving the party's aspirations.Amanah deputy president Datuk Seri Dr Mujahid Yusof said party members must accept the reality of their electoral performance and use the results as a starting point to rebuild the party's strength.He said Amanah must be prepared to work harder and strengthen its membership to sustain its political struggle, despite having to face electoral defeats."Looking at our overall performance in the state elections, excluding Sabah, we are referring to Johor, Negeri Sembilan and most recently Melaka |
|
MCA aims to increase BN's electoral victories in GE16, state polls Wee Ka Siong - Sinardaily - 23/11 7:00 am KUALA LUMPUR MCA aims to secure more victories for Barisan Nasional (BN), both at parliamentary and state assembly levels, in upcoming state elections and the 16th General Election (GE16).MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong said the party, as a loyal BN component, would remain united and support whatever plans were pursued by coalition chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahead of GE16, he said MCA would continue working hard under the BN coalition, whether contesting independently, alongside strategic partners or through political cooperation arrangements such as the one adopted in Melaka."As a BN component party, MCA is grateful that the governments formed in all three states reflect diversity."In Johor, two MCA representatives continue to serve in the state executive council (Exco) |
|
Chong returns to Kota Sentosa, Yong to defend Pending in Sarawak polls - FMT - 22/11 11:33 pm Party announces seven more candidates, including Bandar Kuching MP Dr Kelvin Yii, standing in Batu Lintang. |
|
DAP Sarawak umum 7 lagi calon - FMT - 22/11 11:11 pm Pengerusi Chong Chieng Jen akan mempertahankan Kota Sentosa manakala Violet Yong akan mempertahankan Pending. |
|
Cadangan PRU16 tanpa BN dibawa ke Majlis Presiden PH - Mat Sabu - Sinarharian - 22/11 7:35 pm SHAH ALAM - Cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) akan dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi mendapatkan keputusan bersama.Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketetapan yang dicapai pada Konvensyen Nasional 2026 Amanah itu merupakan saranan parti manakala keputusan muktamad mengenai kerjasama berkenaan perlu dibuat di peringkat PH."Kita tak buat keputusan, kita hanya buat saranan |
|
Kekalahan bukan noktah, perjuangan Amanah baru bermula - Mujahid - Sinarharian - 22/11 7:15 pm SHAH ALAM Kekalahan dalam tiga pilihan raya negeri (PRN) bukan bermakna perjuangan Parti Amanah Negara (Amanah) sudah berakhir, sebaliknya parti itu baru sahaja memulakan perjalanan panjang untuk mencapai cita-citanya.Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, ahli parti perlu menerima realiti prestasi pilihan raya yang dilalui dan menjadikan keputusan berkenaan sebagai titik permulaan untuk membina semula kekuatan parti.Menurutnya, Amanah perlu bersedia bekerja lebih keras dan memperkukuh keahlian untuk meneruskan perjuangan meskipun terpaksa berhadapan kekalahan dalam pilihan raya."Kalau kita tengok rumusan prestasi kita dalam pilihan raya negeri tolak Sabah, kita ambil dari Johor, Negeri Sembilan dan baru-baru ini di Melaka |
|
Penggunaan bahasa Melayu dalam prosiding mahkamah perlu diperkukuh - Sinarharian - 22/11 5:19 pm KOTA BHARU -Amalan penghujahan undang-undang dalam bahasa Melayu perlu diperkukuh bagi membiasakan pengamal undang-undang menggunakan bahasa kebangsaan secara profesional ketika mengendalikan prosiding mahkamah.Pengerusi Pertubuhan Bertindak Peguam dan Intelek Kelantan, Nik Saiful Adli Burhan berkata, kebergantungan terhadap bahasa Inggeris dalam amalan kehakiman tidak seharusnya berterusan atas alasan latar sejarah pendidikan undang-undang negara yang banyak dipengaruhi sistem British."Profesionalisme peguam diukur melalui ketepatan undang-undang, kekuatan hujahan dan integriti, bukannya bahasa asing yang dituturkan."Menganggap bahasa Melayu kurang bermartabat ialah mentaliti penjajahan yang mesti diperbetulkan," katanya dalam satu kenyataan kepada media.Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penggunaan bahasa Inggeris dalam prosiding mahkamah menerusi kenyataan bertajuk 'Sampai bila mahkamah mahu terus bergantung kepada bahasa Inggeris?'Menurut Nik Saiful Adli, sistem pendidikan tempatan sudah melahirkan ramai hakim dan pengamal undang-undang berwibawa sekali gus membuktikan kemampuan institusi pendidikan negara membangunkan kepakaran dalam bidang berkenaan.Beliau memberi contoh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang memperoleh pendidikan undang-undang di Universiti Malaya (UM) sebelum menamatkan pengajian pada 1982.Selain itu, katanya, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais dan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah juga graduan universiti sama, masing-masing pada 1986 dan 1985.Beliau turut menyebut bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum yang mengikuti pengajian undang-undang di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) menerusi program luaran University of London sebelum memperoleh ijazah pada 1975.Nik Saiful berkata, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan manakala Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memperuntukkan penggunaannya dalam prosiding mahkamah, tertakluk kepada kelonggaran penggunaan bahasa Inggeris atas pertimbangan kepentingan keadilan.Katanya, penggunaan bahasa Inggeris dalam penghujahan walaupun semua pihak yang terlibat memahami bahasa Melayu menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar diperlukan atau sekadar kebiasaan yang diwarisi.Beliau bagaimanapun tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris dalam rujukan undang-undang antarabangsa, dokumen teknikal dan autoriti common law, namun kelebihan menguasai bahasa itu tidak seharusnya menjadi ukuran profesionalisme seseorang pengamal undang-undang."Perubahan boleh dilakukan secara berperingkat dengan memperkukuh istilah perundangan, latihan profesional serta bahan rujukan dalam bahasa Melayu tanpa mengetepikan penggunaan bahasa lain apabila diperlukan demi keadilan dan kefahaman pihak terlibat," katanya. |
|
Di mana silap Anwar Ibrahim? - Denyutreformasi - 22/11 4:50 pm Oleh Wai Tee Empat kekalahan PRN menimbulkan persoalan besar: Mengapa kerajaan yang mencatat beberapa pencapaian ekonomi masih gagal mempertahankan sokongan politik? Empat PRN, empat kekalahan buat Pakatan Harapan |
|
DAP berdepan cabaran sukar, tidak boleh terlalu selesa - Anthony Loke - Sinarharian - 22/11 4:38 pm SHAH ALAM - DAP berdepan cabaran sukar dalam berhadapan Pilihan Raya Umum akan datang susulan strategi politik diambil pihak lawan seperti berlaku pada beberapa pilihan raya negeri, sekali gus menuntut penyelesaian yang lebih kreatif dan berani.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, mengambil iktibar daripada siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mencatatkan keputusan tidak memberangsangkan, semua pihak termasuk di peringkat pimpinan tidak boleh terlalu selesa dengan kedudukan semasa."Mereka menyatukan undi mereka, satukan undi dua gabungan, tidak kira apa pencapaian tetapi apabila undi itu disatukan bermain dengan sentimen, asalkan bukan DAP dalam kerajaan.. |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri - Sinarharian - 22/11 4:01 pm KUALA LUMPUR Lapan negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.40 petang, Ahad, memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah.Di Perlis, cuaca berkenaan dijangka melanda seluruh negeri, manakala di Kedah melibatkan Langkawi, Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Sik, Baling, Yan dan Kuala Muda.Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang dan Hulu Perak.Sementara itu, di Kelantan, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Pasir Puteh, Bachok, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Machang.Di Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu, manakala di Johor melibatkan Pontian dan Kulai.Di Sarawak, cuaca berkenaan dijangka melanda Bintulu (Bintulu dan Tatau), Sibu, Mukah (Daro dan Tanjung Manis), Kapit (Song), Kuching, Sarikei dan Betong (Kabong dan Saratok).Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Kota Kinabalu, Penampang dan Papar), Pedalaman (Membakut, Tambunan dan Beaufort), serta Tawau (Kalabakan dan Tawau).Amaran ribut petir itu berkuat kuasa sehingga jam 7 malam ini. |
|
Kedah dijangka guna formula PRN Melaka - Sanusi - Sinarharian - 22/11 3:56 pm KULIM - Perikatan Nasional (PN) dijangka menggunakan formula pembahagian kerusi seperti dipersetujui pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi penyelarasan kerusi di Kedah.Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, formula terbaharu itu dilihat paling sesuai diguna pakai di negeri ini, selain Terengganu dan Kelantan.Menteri Besar Kedah itu berkata, persetujuan kedua-dua pihak terhadap formula berkenaan perlu dicapai sebelum rundingan pembahagian kerusi dilakukan."Secara prinsipnya, kita guna formula Melaka yang terkini, paling sesuai di Kedah, Terengganu dan Kelantan."Bila diterima di sana, di sini pun kena terima kedua-dua pihak |
|
Umno open to GE16 talks with Perikatan to ensure that Umno and BN remain relevant, says VP Khaled - Malaymail - 22/11 3:49 pm KOTA TINGGI, Nov 22 Umno cannot expect to win the 16th General Election on its own, vice-president Datuk Seri Khaled N... |
|
Police foil underground cable theft but suspects flee after chase from Malim Jaya to Alor Gajah - Malaymail - 22/11 3:07 pm MELAKA, Nov 22 Police foiled an attempt by a group of individuals to steal underground cables in Taman Malim Jaya here... |
|
Tonjol lebih ramai jurucakap muda fasih Mandarin bawa Agenda Malaysia Biru - Ahmad Zahid - Sinarharian - 22/11 2:03 pm KUALA LUMPUR - Keperluan mengetengahkan lebih ramai jurucakap muda yang boleh berhujah dalam Bahasa Mandarin antara tiga pelan tindakan yang dicadangkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahmad Zahid berkata, BN mahukan bakat-bakat sebegini menyerlah sambil membawa hujah dan fakta tentang Agenda Malaysia Biru.Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau sendiri melihat bagaimana anak-anak muda MCA menunjukkan taringnya tidak kira di atas pentas ceramah mahupun semasa siaran 'podcast' sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Negeri Sembilan termasuk di Melaka baru-baru ini."Saya nak tengok mereka di atas pentas BN |
|
Sindiket dadah TUDM: MINDEF tubuh jawatankuasa khas - Sinarharian - 22/11 1:22 pm KOTA TINGGI - Kementerian Pertahanan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti insiden penemuan dadah di Bangunan Pergerakan Udara (AMS), Pangkalan Udara Subang, baru-baru ini.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semakan itu turut bertujuan menentukan sama ada kegiatan berkenaan merupakan kes terpencil atau telah menjadi budaya dalam organisasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Menurutnya, jawatankuasa tersebut akan mengenal pasti sebarang kelemahan dalam prosedur keselamatan selain menyiasat kemungkinan terdapat anggota lain yang bersekongkol dengan sindiket berkenaan."Mereka kini ditahan, jadi bagaimana hendak kita siasat |
|
Sara didakwa pakai baju kelawar, rambut panjang - Sinarharian - 22/11 1:03 pm KOTA BHARU - Seorang lelaki yang mesra disapa Sara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Ahad atas pertuduhan berlagak seperti wanita dengan memakai baju kaftan dan berambut panjang.Sara atau nama sebenarnya Mohd Hafizam Hamid, 40, didakwa di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Firdaus Wan Ibrahim.Berdasarkan pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa berlagak seperti perempuan dengan memakai baju kaftan panjang hingga paras kaki dan berambut panjang paras bahu.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah inap desa di Kampung Hutan Pasir, Ketereh pada jam 12.15 pagi, 14 Januari lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019.Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Kelantan, Syafika Mat Husin manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Muhammad Syarafi Mohd Salleh.Mahkamah menetapkan 24 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM1,500 dengan dua penjamin. |
|
Usul jamin 30 peratus pencalonan wanita diluluskan - Amanah - Sinarharian - 22/11 12:57 am SHAH ALAM - Usul mendesak penggubalan Akta Pariti Gender dalam Perwakilan Politik bagi menjamin sekurang-kurangnya 30 peratus pencalonan wanita telah diluluskan pada Konvensyen Nasional 2026 Parti Amanah Negara (Amanah) selepas menerima 225 undi daripada perwakilan.Sebanyak 164 perwakilan pula membantah usul berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim, berkata, Wanita Amanah mengemukakan lima tuntutan utama, termasuk mempercepat penggubalan Akta Pariti Gender dalam Perwakilan Politik.Menurutnya, kerajaan perlu menyegerakan proses penelitian dan konsultasi rentas parti dengan sasaran pembentangan rang undang-undang tersebut pada tahun 2027, sebaik-baiknya sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Selain itu, menetapkan minimum 30 peratus pencalonan wanita dalam PRU dan Pilihan Raya Negeri (PRN), selain mewujudkan dana insentif bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam politik."Seterusnya, memastikan pelaporan dan pemantauan bebas |
|
Kejayaan PRN 3 negeri jadi asas rundingan BN-PN hadapi PRU16 - Mohamed Khaled - Sinarharian - 22/11 12:51 am KOTA TINGGI Pengalaman menjalinkan kerjasama politik di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka menjadi antara asas yang boleh dimanfaatkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam merangka kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketiga-tiga negeri berkenaan mempunyai pendekatan berbeza dalam membentuk hubungan politik, sekali gus membuktikan rundingan boleh dilaksanakan berdasarkan persetujuan bersama.Menurutnya, pengalaman itu boleh dijadikan rujukan dalam menangani sebarang cabaran atau perbezaan pandangan yang mungkin timbul sepanjang rundingan antara kedua-dua gabungan."Di Johor mereka bersetuju untuk bertanding hanya beberapa kerusi |
|
54,042 pelawat asing dikenakan Notis Penolakan Masuk - AKPS - Sinarharian - 22/11 12:35 am SHAH ALAM - Seramai 54,042 pelawat asing dari pelbagai negara dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) sejak tahun lalu.Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkata, statistik itu direkodkan sehingga Ogos tahun ini membabitkan semua pintu masuk di bawah kawalannya, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Kota Kinabalu, LTA Kuching, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang serta ICQS Bukit Kayu Hitam.Menurut AKPS, daripada jumlah keseluruhan itu, 29,411 individu dikenakan NPM pada tahun lalu, manakala 24,631 individu lagi direkodkan setakat Ogos tahun ini."Antara sebab notis ini dikenakan terhadap warga asing ialah tidak memiliki pasport yang sah, tidak mempunyai visa yang sah mengikut Akta Pasport 1966 bagi negara yang memerlukan visa untuk memasuki Malaysia, selain tersenarai dalam senarai syak atau senarai hitam."Mereka juga gagal memenuhi syarat kemasukan seperti mempunyai tempahan penginapan, bukti kewangan yang mencukupi untuk menyara diri dan tiket pulang yang disahkan."Setiap modus operandi kemasukan warga asing ke negara ini sentiasa berada dalam pemantauan dan tindakan AKPS," katanya kepada Sinar Harian.Tambahnya, tindakan NPM dilaksanakan mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.AKPS berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pihak berkepentingan di lapangan terbang bagi memastikan kehadiran warga asing di kawasan terminal adalah untuk tujuan perjalanan atau penerbangan, sama ada transit ke negara asal, negara ketiga atau memasuki Malaysia."Kami sentiasa menjalankan pemantauan tanpa mengira masa |
|
Sindiket dadah eksploitasi TUDM: Jangan hukum ATM - Khaled Nordin - Sinarharian - 22/11 11:58 am KOTA TINGGI - Masyarakat diminta tidak menghukum keseluruhan institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan kes penemuan dadah di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang yang dipercayai membabitkan segelintir anggotanya.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada kira-kira 120,000 anggota tentera yang sedang berkhidmat, hanya segelintir individu dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.Menurutnya, anggota lain masih menjalankan amanah dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh integriti bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terus terpelihara."Saya berharap supaya masyarakat tidak menghukum institusi kerana daripada 120,000 anggota tentera yang berkhidmat |
|
UMNO Terengganu tak terkilan jika Pas hanya mahu beri lima kerusi - Nik Dir - Sinarharian - 22/11 11:55 am KUALA TERENGGANU - UMNO Terengganu tidak terkilan mahupun terasa hati dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang memberi bayangan bahawa hanya lima daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu terbuka untuk dirundingkan bersama Barisan Nasional (BN).Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, pihaknya menghormati pendirian dan hak pemimpin Pas itu untuk mengemukakan pandangan berdasarkan perbandingan formula kerjasama di Melaka.Menurut beliau, setakat ini belum ada sebarang perbincangan rasmi diadakan antara UMNO Terengganu dengan Pas berhubung pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Kalau tanya saya, itu hak dia (Ahmad Samsuri) untuk komen |
|
MCA mahu tambah kemenangan BN pada PRU16 - Sinarharian - 22/11 10:32 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] MCA berhasrat menambah kemenangan buat Barisan Nasional (BN) tidak kira di kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam siri pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya selaku rakan setia BN akan tetap bersama dan sepakat dalam apa sahaja perancangan digerakkan Pengerusi gabungannya iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Menjelang PRU16, Ka Siong menegaskan bahawa MCA akan terus bekerja kuat di bawah payung BN sama ada secara solo, bersama rakan strategik atau melalui konsep muafakat seperti di Melaka."Sebagai sebuah parti komponen BN, MCA bersyukur kerana di ketiga-tiga negeri, kerajaan yang dibentuk mempunyai ciri kepelbagaian."Di Johor, dua wakil MCA terus berkhidmat dalam barisan EXCO |
|
Enam penunggang motosikal dirempuh Proton Wira hilang kawalan - Sinarharian - 22/11 10:22 am MELAKA - Enam penunggang motosikal cedera selepas dirempuh sebuah kereta Proton Wira yang hilang kawalan dalam kejadian di Jalan Taming Sari, berhampiran Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka Tengah, awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 2.27 pagi itu, kesemua mangsa yang berusia antara 23 hingga 29 tahun mengalami pelbagai kecederaan, termasuk luka pada anggota badan, patah kaki yang disyaki serta kecederaan pada bahagian mulut.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas dua buah kereta Proton Wira bergesel sebelum salah sebuah daripadanya hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua kereta terbabit dalam perjalanan dari arah Bandar Melaka menghala ke Lebuh AMJ, manakala enam motosikal berkenaan datang dari arah bertentangan."Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah Proton Wira dipercayai sedang menukar lorong dari kiri ke kanan sebelum dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi Proton Wira."Akibat pelanggaran itu, kereta berkenaan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh enam motosikal terbabit," katanya.Beliau berkata, semua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala kedua-dua pemandu kereta yang berusia 21 dan 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan."Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua pemandu mendapati mereka negatif dadah, manakala semua kenderaan yang terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut oleh PUSPAKOM."Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Dalam pada itu, polis turut menafikan dakwaan bahawa kedua-dua kereta Proton Wira berkenaan sedang berlumba sehingga menyebabkan kemalangan tersebut. |
|
Mount Kinabalu qibla marker doesnt shut out other faiths, says Sabah mufti - Malaymail - 22/11 9:49 am KOTA KINABALU, Nov 22 The qibla (direction of prayer) marker on Mount Kinabalu is a basic facility for Muslims to perf... |
|
Pemuda MCA mahu pilihan raya PBT dikembalikan di Wilayah Persekutuan - Mygazette - 22/11 8:01 am # Pemuda MCA mahu pilihan raya PBT dikembalikan di Wilayah Persekutuan KUALA LUMPUR - Mengembalikan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan antara tuntutan utama Pemuda MCA yang mahu penduduk ibu kota diberi peluang memilih wakil dalam pentadbiran kerajaan tempatan |
|
PH perlu bersedia hadapi gabungan BN-PN pada PRU16 - Mygazette - 22/11 8:01 am # PH perlu bersedia hadapi gabungan BN-PN pada PRU16 SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) perlu membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi kemungkinan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diperluaskan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) |
|
Ajak siapa pun, Melayu tetap tolak PH – Pemerhati politik - Mygazette - 22/11 8:01 am # Ajak siapa pun, Melayu tetap tolak PH - Pemerhati politik KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan lebih banyak parti teras Melayu untuk membentuk khemah besar PH Plus, sebaliknya perlu mempunyai keberanian menjawab persoalan lebih besar - mengapa sebahagian pengundi Melayu masih menolak gabungan itu |
|
Senada dengan Zahid, MCA mahu segera bubar Parlimen ??? Sin Woon - Mygazette - 22/11 8:01 am # Senada dengan Zahid, MCA mahu segera bubar Parlimen Sin Woon KUALA LUMPUR Senada dengan gesaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Parlimen dibubarkan, MCA berpendirian pilihan raya umum perlu diadakan bagi membolehkan rakyat menentukan mandat baharu |
|
Poay Tiong tidak wajar dicalon semula di Kota Melaka ??? Kamil - Mygazette - 22/11 8:01 am # Poay Tiong tidak wajar dicalon semula di Kota Melaka Kamil PADANG RENGAS - Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong tidak wajar dipilih semula sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum akan datang ekoran mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini |
|
Jangan cetus ketakutan, hormati dasar tempatan Terengganu ??? Jeremy Ang - Mygazette - 22/11 8:01 am Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan, Jeremy Ang berkata, orang ramai perlu meneliti peraturan sebenar yang dikuatkuasakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berhubung arahan penutupan premis perniagaan ketika solat Jumaat. Merujuk kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, beliau menjelaskan, arahan berkenaan hanya melibatkan premis milik orang Islam serta premis makanan bukan Islam yang menggaji pekerja beragama Islam |
|
Kajian Kampung Digital hadiah istimewa buat rakyat Melaka ??? Ab Rauf - Mygazette - 22/11 8:01 am # Kajian Kampung Digital hadiah istimewa buat rakyat Melaka Ab Rauf BANGI Penganugerahan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) yang diterima oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr Ab Rauf Yusoh menerusi kajian inisiatif Kampung Digital disifatkan sebagai hadiah istimewa buat seluruh rakyat negeri itu, selain berpotensi menjadi rujukan kepada generasi akan datang |
|
Poay Tiong, jangan porak-peranda keharmonian masyarakat – DHPP .. - Mygazette - 22/11 8:01 am # Poay Tiong, jangan porak-peranda keharmonian masyarakat - DHPP Terengganu KUALA LUMPUR Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan mengingatkan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang sekian lama terpelihara di Terengganu |
|
Surat peletakan jawatan Ismail misteri, siapa paksa Ismail? – Puad - Mygazette - 22/11 8:01 am # Surat peletakan jawatan Ismail misteri, siapa paksa Ismail? - Puad KUALA LUMPUR: Adakah Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar baharu yang mewajibkan penyandang jawatan Menteri Besar menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh? Datuk Dr |
|
Selepas dikritik, Poay Tiong mohon maaf secara terbuka - Mygazette - 22/11 8:01 am # Selepas dikritik, Poay Tiong mohon maaf secara terbuka KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong memohon maaf secara terbuka berhubung hantaran sebelum ini mengenai arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu pada setiap Jumaat |
|
Senarai Pasukan Ke Separuh Akhir STL 2026 GP Kuala Lumpur - Vocket - 22/11 12:20 am Slot empat pasukan yang bakal beraksi di separuh akhir STL 2026 bagi GP Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa sudah pun diketahui |
|
Star City ikat Melaka 2-2, KRWFC bangkit tewaskan Sabah 2-1 - Sinarharian - 21/11 11:48 pm STAR City FC mencipta kejutan apabila mengikat Melaka FC 2-2 dalam aksi Liga Super 2026/2027, sekali gus berkongsi satu mata dengan pasukan tuan rumah di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka malam ini.Keputusan itu menyaksikan kedudukan skuad Star City melonjak ke tangga ketujuh dengan enam mata manakala Melaka yang mengumpul 10 mata di tangga keenam selepas tujuh perlawanan musim ini.Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Jafri Firdaus Chew yang melepaskan rembatan dari sebelah kiri untuk menewaskan penjaga gol pasukan pelawat Muhammad Farhan Abdul Majid.Memasuki babak kedua, Star City FC berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Pedro Henrique Oliveira da Silva pada minit ke-55 selepas menerima hantaran Douglas Felisbino de Oliveira.Melaka FC bagaimanapun menggandakan kedudukan lima minit kemudian apabila Noel Abgre menyudahkan hantaran Pak Kwangil untuk menghasilkan gol kedua tuan rumah.Kegembiraan skuad tuan rumah tidak kekal lama apabila Star City FC kembali mengikat kedudukan 2-2 apabila Douglas Felisbino menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-68 yang gagal diselamatkan Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil.Sepakan penalti itu diberikan selepas Douglas dijatuhkan Dino Kalesic di dalam kotak penalti dan keputusan 2-2 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.Sementara itu, aksi diStadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan menyaksikan Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sabah FC 2-1.Sabah FC terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-31 menerusi tandukan Jose Martin yang menyempurnakan hantaran daripada sepakan percuma rakan sepasukannya di dalam kotak penalti tuan rumah.Selepas ketinggalan pada babak pertama, KRWFC meningkatkan tekanan sebaik sahaja permainan bersambung dengan melakukan lebih banyak asakan ke kawasan pertahanan pelawat bagi memburu gol penyamaan.Usaha tuan rumah membuahkan hasil pada minit ke-71 apabila pemain gantian Rizuan Muda meledakkan gol penyamaan menerusi rembatan dari dalam kotak penalti.KRWFC kemudian melengkapkan kebangkitan pada minit ke-84 menerusi rembatan Mbarga dari dalam kotak penalti untuk memastikan kemenangan 2-1.Kemenangan itu membolehkan KRWFC mengutip tiga mata pertama selepas mengharungi tujuh perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini |
|
Leraikan kereta selepas curi beg tangan, tiga lelaki ditahan - Sinarharian - 21/11 10:19 pm KOTA TINGGI - Empat lelaki dipercayai meleraikan sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna biru yang digunakan untuk mencuri beg tangan di Medan Selera Sanggar di sini, pada Isnin.Bagaimanapun, tindakanmelupuskan kenderaan itu tidak berhasilapabila polis berjaya menahan tiga daripada mereka menerusi beberapa serbuan di sekitar Sungai Tiram dan Ulu Tiram, Johor, kira-kira jam 4.30 pagi, Sabtu.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, tiga lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 42 tahun itu ditahan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Kota Tinggi."Siasatan mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai bersama seorang lagi rakan jenayah yang masih bebas telah meleraikan kenderaan jenis Proton Wira berwarna biru yang digunakan dalam kejadian itu di kawasan ladang kelapa sawit di Sungai Tiram bagi tujuan melupuskan kenderaan berkenaan."Hasil pemeriksaan dan tindakan polis turut membawa kepada rampasan beberapa barang kes termasuk sebuah beg tangan berwarna hitam, sebuah rangka kereta yang telah dileraikan serta dua telefon bimbit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, polis sedang mengambil tindakan lanjut bagi mengesan dan merampas barang kes lain yang masih belum ditemukan.Katanya, semakan rekod mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah dan narkotik lampau."Ujian saringan awal air kencing mendapati seorang suspek positif methamphetamine manakala dua lagi negatif."Polis turut mendapati salah seorang suspek dipercayai terbabit dalam satu lagi kes curi di daerah Johor Bahru yang masih dalam siasatan," katanya.Tambahnya, usaha mengesan seorang lagi rakan jenayah yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pada Isnin, tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita mengejar seorang lelaki yang dipercayai melarikan beg tangannya di Medan Selera Sanggar, Kota Tinggi.Lelaki terbabit kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna biru.Susulan kejadian itu, polis mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes kecurian berkenaan selepas menerima laporan pada jam 3.58 petang.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku di sebuah gerai makanan di medan selera berkenaan.Beg tangan milik mangsa mengandungi beberapa barangan peribadi dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3,000. |
|
Three arrested over viral handbag theft at Kota Tinggi eatery - NST - 21/11 10:08 pm KOTA TINGGI: Police have arrested three men over the theft of a handbag from an eatery at Medan Selera Sanggar Kota here, following the circulation of a video of the incident on social media. |
|
Sabah PWD denies reports of landslides closing 2 Keningau roads - NST - 21/11 9:56 pm KOTA KINABALU: The Sabah Public Works Department (PWD) has clarified that reports of landslides forcing the closure of two major roads in Keningau due to continuous rain are false. |
|
Polis kelantan hargai kerjasama Thailand sekat kemasukan 700 kilogram syabu - SUN - 21/11 8:54 pm KOTA BHARU: Kerjasama keselamatan rentas sempadan Malaysia-Thailand terus diperkukuh apabila pihak berkuasa negara jiran itu berjaya mengekang kemasukan lebih 700 kilogram dadah jenis syabu ke Malaysia |
|
Thailand only a transit route for drug syndicates targeting Malaysia, says Kelantan police chief after 700kg meth bust - Malaymail - 21/11 8:16 pm KOTA BHARU, Nov 21 Malaysia-Thailand cross-border security cooperation has continued to strengthen, with authorities i... |
|
Kenyataan Poay Tiong wajar disiasat di bawah peruntukan 3R Shahidan Kassim - Sinarharian - 21/11 7:00 pm SHAH ALAM Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong disiasat mengikut peruntukan berkaitan 3R (kaum, agama dan institusi) susulan kenyataannya berhubung isu solat Jumaat.Beliau berkata, tindakan tersebut perlu diberi perhatian dan diserahkan kepada mahkamah untuk menentukan perkara berkenaan."Perbuatan sebegini wajar disiasat di bawah peruntukan 3R |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |