| /// |
|
| Search : Kota Bharu News | Page 1 |
|
Mangsa banjir 3 negeri cecah 2,054 orang - Mgazette - 23/11 3:19 pm Menurut laman web Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sehingga pukul 10 pagi, seramai 1,565 orang di Kelantan, 264 orang di Terengganu manakala 225 orang di Kedah. Kesemuanya berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) manakala daerah yang terjejas ialah Tumpat, Bachok dan Kota Bharu di Kelantan, Kuala Nerus di Terengganu dan Kulim di Kedah |
|
Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000, NADMA arah siap siaga... - Mgazette - 23/11 3:19 pm # Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000, NADMA arah siap siaga bencana dipertingkat KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang manakala di Terengganu tidak berubah setakat 8 malam ini. Di KELANTAN, kesemua mangsa melibatkan penduduk di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat yang berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) |
|
Dayang Syafiqah tuntut dasar adil, jurang pendidikan luar bandar - Mgazette - 23/11 3:19 pm # Dayang Syafiqah tuntut dasar adil, jurang pendidikan luar bandar KOTA KINABALU - Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N.35 Sindumin, Dayang Syafiqah Abdul Hamid berkongsi pengalaman peribadi yang menyentuh hati sebagai asas tuntutannya untuk reformasi dasar pendidikan luar bandar Sabah |
|
MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan, tahap bahaya di .. - Mgazette - 23/11 3:19 pm # MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan, tahap bahaya di Kelantan KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat sangat lebat berterusan melibatkan kawasan-kawasan tertentu di beberapa negeri antara 24 hingga 26 November. Di Kelantan, amaran hujan bahaya diramal berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga 25 November ini |
|
Melaka sokong teguh manifesto BN Sabah - Mgazette - 23/11 3:19 pm KOTA KINABALU Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Melaka menyatakan sokongan penuh terhadap manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan menyifatkan dokumen itu sebagai pelan tindakan strategik dan bukan sekadar janji kosong |
|
BN tawar harapan baharu kepada generasi muda Sabah - Mgazette - 23/11 3:19 pm # BN tawar harapan baharu kepada generasi muda Sabah KOTA KINABALU - Manifesto Orang Muda Pemangkin Perubahan yang ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) Sabah disifatkan sebagai suntikan harapan baharu kepada generasi muda negeri itu |
|
Peluru politik: BN diserang spiritual, fizikal - Mgazette - 23/11 3:19 pm KOTA KINABALU Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menafikan menerima serangan luar biasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 |
|
Manifesto BN lengkap untuk semua golongan - Mgazette - 23/11 3:19 pm KOTA KINABALU Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 merangkumi semua lapisan masyarakat di negeri itu |
|
Serangan politik tidak patahkan semangat Bung kembalikan gelombang biru di .. - Mgazette - 23/11 3:19 pm # Serangan politik tidak patahkan semangat Bung kembalikan gelombang biru di Sabah - Zahid KOTA KINABALU Serangan berterusan musuh politik terhadap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak menghalang beliau untuk mengembalikan gelombang biru dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 |
|
Banjir: MB Nasihat Penduduk Terjejas Banjir Di Kelantan Segera Berpindah - Siakapkeli - 23/11 3:17 pm Banjir: MB Nasihat Penduduk Terjejas Banjir Di Kelantan Segera Berpindah KOTA BHARU, 23 Nov (Bernama) — Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud menasihati penduduk terjejas banjir di negeri ini supaya segera berpindah apabila diarahkan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan masing-masing |
|
Dua penunggang motosikal maut kemalangan babit empat kenderaan - Sinarharian - 23/11 3:15 pm JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut apabila motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM133.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Muar malam tadi.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira 11 malam itu menyebabkan masing-masing yang berusia 20 dan 24 tahun meninggal dunia akibat cedera parah di kepala serta badan."Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang berusia 20 tahun melanggar bahagian belakang kanan sebuah lori lalu hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan."Mangsa kemudian dirempuh dua motosikal termasuk motosikal ditunggang mangsa berusia 24 tahun itu dari arah belakang," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal cedera parah dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.Raiz Mukhliz berkata pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan saksi kejadian diminta menghubungi Insp Muhamad Azim Aziz melalui talian 018-9704143 atau Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu di KOTA TINGGI, seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Jalan Waha, Felda Bukit Waha pagi tadi.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira 7 pagi dan kejadian berlaku ketika peneroka Felda berusia 75 tahun itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Masjid Jamek Felda Waha ke rumahnya."Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala |
|
With Sabahs election days away, young voters called to choose leaders .. - Malaymail - 23/11 2:59 pm KOTA KINABALU, Nov 23 With less than a week before Sabahans cast their ballots, young people, who form a large p... |
|
Hajiji janji bawa lebih banyak kemajuan di Sulaman - Sinarharian - 23/11 2:46 pm KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.Beliau berkata, keyakinan tersebut bersandarkan pada kekuatan semangat rakyat serta jentera parti yang bekerja tanpa henti.Malah katanya, keykinan tersebut juga berdasarkan pengamatannya melihat banyak keluarga yang meletakkan harapan kepada perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)."Semalam (Sabtu malam) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batangan dan PDM Sub Tambalang, saya sekali lagi menyaksikan komitmen luar biasa daripada jentera-jentera kita."Mereka turun padang dengan penuh keikhlasan, memastikan setiap rumah menerima mesej pembangunan, kestabilan dan masa depan yang lebih terjamin untuk anak-anak Sulaman."Insya-ALLAH dengan gerak kerja yang padu seperti ini, kita akan terus mempertahankan DUN Sulaman dan membawa lebih banyak kemajuan untuk semua keluarga di kawasan ini," katanya menerusi laman Facebook rasminya pada Ahad.Terdahulu, Hajiji yang juga Presiden GRS ditentang calon muda dan muka baharu iaitu Dr Shahnon Rizal Thaijuddin daripada Barisan Nasional; Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah). |
|
Banjir Kelantan kian buruk, Pasir Puteh jajahan terbaru dinaiki air - Utusan - 23/11 2:43 pm KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah penduduk yang terjejas meningkat kepada 3,977 orang berbanding 1,567 pagi ini |
|
Peneroka maut pulang dari solat Subuh di masjid - Sinarharian - 23/11 2:42 pm KOTA TINGGI Perjalanan pulang seorang warga emas selepas menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid bertukar tragedi apabila maut setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Waha, Felda Bukit Waha pada awal pagi Ahad.Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan berkenaan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Wave ditunggang mangsa."Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, seorang peneroka Felda Bukit Waha berusia 75 tahun difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Jamek Felda Waha."Bagaimanapun, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas."Mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Tambah Yusof, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Dalam masa sama, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka serta mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya demi keselamatan semua pengguna," katanya |
|
Siasat akidah, kesalahan jenayah syariah lelaki disyaki bersilat di kubur - Kosmo - 23/11 2:38 pm KOTA TINGGI – Masyarakat diminta tidak membuat spekulasi dan memberikan peluang kepada pihak berkuasa agama menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki melakukan pergerakan seakan-akan bersilat di tanah perkuburan Islam di Kluang |
|
Sabah polls: EC sets up enforcement team - Star - 23/11 2:21 pm KOTA KINABALU: An Election Campaign Enforcement Team has been set up following the dissolution of the Sabah assembly for the 17th state polls on Nov 29 |
|
'Muka baharu atau 'cicak kubin'?' - Dilema pengundi Sabah pilih wakil rakyat - Sinarharian - 23/11 2:20 pm KOTA KINABALU - Kerap bertukar parti sehingga digambarkan sebagai cicak kubin meyukarkan calon untuk meraih majoriti, sekali gus mencerminkan persaingan sengit di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.Bagi kawasan pedalaman, calon yang bekerja akan mendapat perhatian dan sokongan pengundi namun isu lompat parti menyebabkan segelintir calon berdepan laluan yang lebih sukar untuk menang.Situasi itu didakwa jelas terlihat di DUN Melalap yang menyaksikan pertembungan lapan penjuru dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), termasuk calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Jamawi Jaafar yang dianggap menghadapi laluan sukar dan peluang menang majoriti agak tipis.Pengundi DUN Melalap, Eshak Musa, 68, berkata, persaingan sengit bukan sahaja kerana pertembungan lapan penjuru tetapi juga kehadiran beberapa nama besar yang menjadikan keputusan pilihan raya di kawasan itu agak seimbang."Secara peribadi, saya melihat seseorang itu mampu bekerja atau tidak berdasarkan rekod sebelum ini."Di sini ada dua situasi iaitu pengundi yang mahu mencuba orang baharu dan calon yang sudah pernah bekerja tetapi kerap menukar parti," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah kedai kopi di Pekan Tenom.Eshak mendakwa, walaupun Jamawi mempunyai potensi untuk mendapat kepercayaan pengundi, namun kekerapan beliau bertukar parti memberi kesan terhadap laluan kemenangan."Saya lihat Jamawi boleh mendapat kepercayaan pengundi, tetapi keadaannya yang sering beralih parti menyebabkan laluan agak sukar dan saya rasa keputusan mungkin 50-50."Beliau masih ada penyokongnya, cuma sebahagian pengundi menganggap beliau bukan lagi 'katak' tetapi 'cicak kubin' yang sering bertukar warna kulit."Namun bagi saya, yang penting ialah kerja yang telah dibuat dan hubungan beliau dengan pihak berkaitan, yang mungkin memudahkan pelaksanaan kerja selepas ini," tambahnya.Eshak juga tidak menolak peluang calon muka baharu daripada parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Priscella Peter yang turut mempunyai peluang cerah memandangkan bapanya bekas penyandang kawasan tersebut dan masih mempunyai pengaruh kuat."Calon KDM pun ada pengaruh sendiri, begitu juga seorang lagi calon dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang turut mendapat perhatian masyarakat setempat," katanya.Sementara itu, pengundi DUN Sook, Kenny Lee, 58, menekankan bahawa undi yang akan dipertaruhkan pada 29 November nanti banyak bergantung kepada hasil kerja calon sebelum ini."Saya lihat calon dan kerja yang telah dilakukan |
|
Missing nine-year-old boy found drowned in Pitas District - Star - 23/11 2:18 pm KOTA KINABALU: A nine-year-old boy who fell into a river while playing by the riverbank in the Pitas district has been found dead |
|
Mangsa banjir di enam negeri terus meningkat, Kelantan paling tinggi - Sinarharian - 23/11 2:09 pm SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di enam negeri terus merekodkan peningkatan kepada 5,053 orang dengan Kelantan mencatatkan jumlah paling tinggi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 1.40 tengah hari Ahad.Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 4,421 mangsa daripada 1,702 keluarga dipindahkan di empat daerah di Kelantan berbanding 1,970 mangsa yang direkodkan pada jam 9.56 pagi.Ia membabitkan 2,273 orang di Tumpat, Kota Bharu (1,079), Bachok (975 orang) dan Pasir Puteh (tujuh orang).Mangsa ditempatkan di 22 PPS melibatkan 11 di Kota Bharu, Tumpat (enam), Bachok (empat) dan Pasir Puteh (sebuah).Mangsa banjir di Terengganu pula bertambah kepada 548 orang daripada 139 keluarga di dua daerah iaitu Kuala Nerus dan Besut.Daripada jumlah itu, seramai 342 mangsa berlindung di sebuah PPS di Kuala Nerus manakala 213 mangsa pula ditempatkan di dua PPS di Besut.Di Kedah pula seramai 40 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di daerah Kulim.Sementara itu, Perlis dan Pulau Pinang masing-masing turut merekodkan pengaktifan dua dan sebuah PPS namun jumlah mangsa yang dipindahkan sedang dikemas kini.Terdahulu, lima daerah di Kelantan diramal berdepan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga Selasa ini.Kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, setakat jam 11 pagi Ahad, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. |
|
Banjir Kelantan: Mangsa terus meningkat, empat daerah terjejas - Harapandaily - 23/11 2:07 pm Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,591 orang sehingga jam 2 petang ini, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Semua mangsa banjir membabitkan 1,741 keluarga kini ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pasir Puteh merekodkan daerah terbaharu dilanda banjir selepas Bachok, Kota Bharu dan Tumpat |
|
Taufan Tropika Fina badai utara Australia, 19,000 penduduk bergelap - Utusan - 23/11 2:00 pm SYDNEY: Taufan tropika melanda Wilayah Utara, Australia dengan tiupan angin mencecah 110 kilometer sejam (km/j) yang menumbangkan pokok, lampu isyarat serta memutuskan bekalan elektrik di beberapa kawasan termasuk ibu kota Darwin yang menjejaskan lebih 19,000 penduduk |
|
PRN Sabah: 596 calon, 14 penjuru meraikan demokrasi atau kecelaruan politik? - Sinarharian - 23/11 2:00 pm KOTA KINABALU - Sebanyak 596 calon mengesahkan pencalonan bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 15 Nov lepas, berbanding 447 calon semasa PRN ke-16 pada 2020.Fenomena itu memberikan kesan besar dengan pertandingan tertinggi 14 penjuru di DUN Tulid, diikuti 13 penjuru di Bandau, Tamparuli, Inanam dan Kapayan manakala Banggi dan Moyog masing-masing 12 penjuru |
|
Principal hopeful of having Form 6 College in Simunjan - BorneoPost - 23/11 12:56 am KOTA SAMARAHAN (Nov 23): The establishment of a Form 6 College at SMK Simunjan No 1 near here would greatly pave the next step in education for many Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) holders not only from the Simunjan District, but also those from Sebuyau and Gedong |
|
JPN Daerah Bachok, Tumpat tutup operasi akibat banjir - Sinarharian - 23/11 12:22 am KOTA BHARU - Hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bachok dan Tumpat terpaksa menutup operasinya pada Ahad.Tindakan itu susulan rumah kakitangan agensi itu ditenggelami banjir menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan tugas.Pengarah Jabatan Pendaftaran negeri, Halimatusaadiah Ramli berkata, operasi di kedua-dua pejabat itu ditutup pada Ahad sahaja."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurut beliau, operasi di kedua-dua pejabat itu terpaksa ditutup selepas laluan masuk ke pejabat tersebut turut dinaiki air.Halimatusaadiah berkata, orang ramai diminta mengunjungi Pejabat JPN berdekatan atau menghubungi talian 09-7441717 atau 09-7482793. |
|
Lima daerah di Kelantan diramal hujan lebat tahap bahaya hingga Selasa - Sinarharian - 23/11 12:13 am SHAH ALAM - Lima daerah di Kelantan diramal berdepan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga Selasa ini.Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat 11 pagi ini, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh."Amaran hujan lebat berterusan (tahap buruk) pula membabitkan Perlis; Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling (Kedah) serta Hulu Perak (Perak)."Selain itu, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai (Kelantan) serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun (Terengganu), juga hingga Selasa ini (25 November)," katanya pada Ahad.Bagi amaran hujan berterusan (tahap waspada), MetMalaysia turut memaklumkan daerah yang terkesan hingga 24 November (Isnin) ialah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah); Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim."Untuk amaran tahap waspada hingga 26 November (Rabu) pula melibatkan kawasan Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu."Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan platform media sosial rasmi kami."Talian 'hotline' MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut," ujar kenyataan itu lagi. |
|
MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan, Kelantan Dijangka Paling Teruk Terjejas - Lobakmerah - 23/11 12:07 am Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa daerah di Kelantan, dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga Selasa, 25 November 2025. Amaran itu membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh |
|
Air naik mendadak, peniaga durian terpaksa pindah - Sinarharian - 23/11 11:30 am KOTA BHARU Peniaga durian di Kampung Seribong di sini terpaksa memindahkan semua jualannya selepas gerai mula dinaiki air pada Ahad.Nazrul Hisyam Samsudin, 35, yang sudah berniaga sejak lapan tahun lalu berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan air naik secara mendadak."Saya dan pekerja terpaksa pindahkan semua buah durian ini bimbang akan ditenggelami air."Tengok pada keadaan cuaca sekarang, walaupun sudah hampir jam 11 pagi, tapi tetap gelap serta hujan tidak berhenti," katanya kepada Sinar Harian.Menurutnya, keadaan banjir kali ini dijangka lebih buruk berbanding tahun lepas.Ujarnya, bagi mengelak durian rosak serta mengalami kerugian teruk, dia akan menjual buah-buahan tersebut di tepi jalan di Pengkalan Chepa.Nazrul Hisyam berharap keadaan cuaca buruk ini tidak berterusan kerana stok durian masih banyak dan belum sempat dijual. |
|
Raikan Warisan Orang Asli & Orang Asal di Irama Asli & Asal 2025 Festival Percuma Menanti Anda! - Murai - 23/11 11:00 am Irama Asli dan Asal 2025 kembali memeriahkan ibu kota dengan mempersembahkan warisan dan budaya kaum Orang Asli dan Orang Asal Malaysia |
|
'Kami tak dapat pergi kerja, beli barang dapur' - Sinarharian - 23/11 10:49 am KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,717 orang setakat pagi Ahad melibatkan 688 keluarga yang kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga jajahan.Jajahan terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu dan Bachok dengan Tumpat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 700 orang, diikuti Bachok (584) dan Kota Bharu (433).Tinjauan Sinar Harian pada Ahad sekitar jam 10 pagi di sini, mendapati situasi banjir yang semakin memburuk turut menjejaskan urusan harian penduduk termasuk ke tempat kerja dan membeli barang keperluan.Nik Hasmayati Abu Seman, 48, dari Melor berkata, dia terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kota Bharu selepas laluan di Kampung Seribong di sini dinaiki air sedalam kira-kira 0.4 meter."Semalam (Sabtu) sekitar jam 4 petang, laluan di sini masih boleh dilalui |
|
MTL: Kedah negeri terbaharu dilanda banjir - Sinarharian - 23/11 10:10 am KUALA LUMPUR - Kedah menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir, selepas Kelantan dan Terengganu, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga buah negeri itu sebanyak 2,112 mangsa pagi ini.Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan memaklumkan, kesemua 225 mangsa daripada 66 keluarga dari daerah Kulim ditempatkan di PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang, Surau Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Naga Lilit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik."Mukim yang terlibat ialah Sungai Seluang dan mangsa adalah dari Kampung Siam, Kampung Bukit Sarang Ayam, Kampung Paya Serdang, Kampung Titi Tok Aris dan Kampung Padang Cina," menurut kenyataan itu hari ini.Sementara itu, mangsa banjir di KELANTAN mencatat peningkatan kepada 1,623 orang pagi ini berbanding 1,170 orang malam tadi melibatkan tiga jajahan yang terjejas susulan hujan lebat berterusan tahap waspada sejak Jumaat lepas.Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan ekoran itu, 12 PPS kini beroperasi di Kota Bharu, Tumpat dan Bachok.PPS yang terlibat di Kota Bharu ialah SK Sering, SK Raja Sakti, SK Tapang, SK Parang Puting, SK Islah, SK Seribong, dan SK Sabak, manakala di Tumpat melibatkan SK Seri Tumpat 2 dan SK Pengkalan Kubor 2, selain tiga PPS di Bachok, iaitu SK Sembilan Pauh, SK Jelawat dan SK Pa'Pura.Di TERENGGANU, situasi banjir menunjukkan sedikit penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berbanding malam tadi.Menurut laman web info bencana JKM, sebanyak 264 mangsa daripada 87 keluarga dari Kampung Baru, Pulau Redang masih berlindung di PPS Masjid Kampung Pulau Redang di Kuala Nerus berbanding 276 mangsa malam tadi.Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di tujuh negeri setakat 1 tengah hari ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perak membabitkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub).Turut terlibat ialah kawasan Sabak Bernam dan Hulu Selangor di Selangor; Port Dickson, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak dan Muar di Johor, serta Melaka.Amaran itu turut melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah.- Bernama |
|
Pakatan set to unveil Komitmen Pakatan Harapan Sabah manifesto in Kota .. - Malaymail - 23/11 9:10 am KOTA KINABALU, Nov 23 Pakatan Harapan (PH) will launch its manifesto for the 17th Sabah State Election toda... |
|
'Hampir setiap hari 'blackout', penduduk terpaksa guna air perigi' - Sinarharian - 23/11 9:03 am KOTA KINABALU - Masalah gangguan bekalan air dan elektrik yang sering berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu menjadi isu utama yang mahu ditangani calon Barisan Nasional (BN), Datuk Awang Aslee Lakat sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).Awang Aslee berkata, aduan penduduk menunjukkan gangguan bekalan itu masih kerap berlaku sehingga menjejaskan kehidupan harian mereka."Saya kira paling mendesak adalah masalah air dan elektrik |
|
Kadazan, Dusun and Murut heavyweights unite in call for Sabahans to back local parties for govt - Malaymail - 23/11 8:49 am KOTA KINABALU In a rare display of unity, Sabahs most influential Kadazan, Dusun and Murut (KDM) leaders... |
|
Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000 orang - Sinarharian - 22/11 10:59 pm KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang manakala di Terengganu tidak berubah setakat jam 8 malam ini.Di KELANTAN, kesemua mangsa melibatkan penduduk di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat yang berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).PPS di Kota Bharu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti, Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, SK Parang Puting dan SK Sering; SK Pengkalan Kubor 2 dan SK Seri Tumpat 2 di Tumpat manakala SK Pauh Sembilan dan SK Jelawat di Bachok.Tinjauan Bernama di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini malam ini mendapati sebahagian laluan utama di kawasan kampus telah dinaiki air hingga paras lutut.Selain itu, menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima lembangan sungai utama di negeri itu berisiko berdepan peningkatan paras air sekiranya hujan lebat berterusan.Ia melibatkan Jajahan Pasir Mas iaitu Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kelantan), Pasir Puteh - Lembangan Sungai Semerak (Sungai Semerak dan Sungai Buaya Ikat), Kota Bharu - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kemasin dan Sungai Kelantan)."Bachok iaitu Lembangan Sungai Semerak (Sungai Kemasin dan Sungai Semerak), Kuala Krai - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Lebir) dan Tumpat - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Golok dan Sungai Kelantan)," menurut kenyataan itu.Sementara di TERENGGANU, situasi banjir gelombang pertama di negeri itu tidak berubah sejak petang tadi dengan jumlah mangsa kekal 276 orang berlindung di PPS Masjid Kampung, Pulau Redang.Di KUALA LUMPUR, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan operasi bencana yang mengarahkan pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan.Arahan itu dikeluarkan berikutan amaran hujan berterusan peringkat buruk dan waspada yang melibatkan enam negeri, dengan tumpuan terhadap kawasan berisiko tinggi.Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan bermula hari ini hingga 24 November.Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) untuk tempoh sama, manakala situasi serupa diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu hingga 26 November |
|
PRN Sabah: Wanita mesti berani bawa perubahan - Harakahdaily - 22/11 10:17 pm KOTA KINABALU: Peranan wanita dalam konteks pilihan raya hari ini bukan lagi sekadar penyokong, sebaliknya bertindak sebagai penapis dalam menentukan hala tuju kepimpinan negeri, maka wanita perlu berani berubah dan memilih kepimpinan yang bersih seperti PERIKATAN NASIONAL (PN), gesa Darma Yusop |
|
Ewon muat naik gambar pertemuan dengan Presiden PBS, STAR - Sinarharian - 22/11 9:29 pm KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) memuat naik sekeping gambar bersama presiden parti tempatan melalui akaun rasmi Facebooknya pada Sabtu.Dalam statusnya Datuk Ewon Benedick berkata, beliau bertemu dengan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)."Bersama Huguan Siou Tan Sri Pairin Kitingan, Tan Sri Bernard Dompok, Tun Richard Malanjum, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dalam pertemuan pada 17 November 2025."Di sebalik persaingan, tetap ada wawasan ke arah penyatuan parti-parti tempatan, menubuhkan kerajaan Sabah oleh parti-parti tempatan," katanya.Ewon berkata, beliau juga berbangga mewakili generasi muda Sabah dan pimpinan UPKO dalam pertemuan terbabit.Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan tiga parti berkenaan akan mengadakan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah. |
|
Bachok flood evacuees triple to 148 as alert-level rain continues - Malaymail - 22/11 7:56 pm KOTA BHARU, Nov 22 The number of flood victims at the two Temporary Relief Centres (PPS) in Bachok has risen to... |
|
Mangsa banjir di Bachok meningkat kepada 148 orang petang ini - Sinarharian - 22/11 6:10 pm KOTA BHARU - Mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok meningkat kepada 148 orang daripada 51 keluarga, petang ini.Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, Tawang dan SK Jelawat."Dua PPS tambahan turut dibuka iaitu di SK Tapang di Kota Bharu dan SK Pengkalan Kubor 2 di Tumpat, namun setakat ini belum menempatkan sebarang mangsa banjir," menurut InfoBencana JKM.Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini |
|
Hajiji jawab tuduhan pembangkang - Sinarharian - 22/11 5:41 pm TUARAN - Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menafikan tuduhan pembangkang kononnya tiada sebarang perubahan dibawa ke kawasan Sulaman yang diwakilinya selama lapan penggal.Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga calon kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Sulaman itu menegaskan, beliau berjaya membawa pelbagai perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat selama ini.Menurutnya, rakyat di Sulaman tahu apa yang dilaksanakannya dan kekal menyokongnya selama lapan penggal serta yakin mereka sekali lagi akan memberi kemenangan kepadanya pada Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah pada 29 November ini."Sebenarnya Sulaman ini cukup kita sayangi, saya nampak majalah 'Sulaman Yang Ku Sayang', memang saya sayang betul Sulaman."Jadi selama ini, kita bukan takbur tapi sokongan rakyat di Sulaman begitu hebat sekali kepada saya, kerana itulah selama saya jadi wakil rakyat, saya beri tumpuan, apa kita buat di Sulaman?"Saya bawa pelbagai perubahan di Sulaman, hanya pembangkang saja yang tidak nampak apa kita buat."Perumahan besar di Sulaman, di pekan Tuaran, cukup untuk rakyat kita, kemudahan asas jalan raya ke kampung-kampung hampir 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.Beliau juga tidak lupakan kawasan Mengkabong kerana sedar penduduk di situ merupakan penyokong kuatnya sejak sekian lama."Apa kita buat di sana, rumah atas air kita ganti dengan rumah atas tanah, sekarang selesa sudah berumah di atas tanah."Pembinaan kampung tersusun di Mengkabong itu adalah antara pencapaian besar hasil usaha saya membantu rakyat, selain satu lagi di Kampung Penimbawan."Dahulu masyarakat nelayan di kedua kampung tinggal di atas air, tapisekarang sudah pindah di daratan dengan diberi rumah percuma setiap keluarga," katanyaMenurut Hajiji, beliau melakukan semua itu kerana mahu membantu nelayan yang tinggal di atas air dengan memberi mereka perumahan."Sekarang kita ada Rumah SMJ lagi, walaupun ramai belum dapat tapi ini satu usaha yang baik."Untuk belia kita bina Kompleks Sukan Tuaran, bantu persatuan belia setiap tahun, bagi peruntukan."Jadi, siapa cakap kita tidak peduli orang muda di Sulaman, kita bagi bantuan bermacam-macam termasuk untuk berniaga kecil-kecilan."Sekarang kompleks sukan sedang dibina astaka membabitkan kos RM15 juta |
|
Sabah polls: Perikatan unveils 12 pillars, 159 pledges in state manifesto - Malaymail - 22/11 4:05 pm KOTA KINABALU, Nov 22 Perikatan Nasional (PN) has promised to implement 12 main pillars for Sabahs develo... |
|
Flood watch: Kelantan rivers breach alert levels as heavy rain continues - Malaymail - 22/11 2:08 pm KOTA BHARU, Nov 22 Two major rivers in Kelantan have risen above the alert level as of 12.45 pm today, according... |
|
Ahmad Zahid akan desak Kabinet laksana MA63 - Sinarharian - 22/11 1:58 pm KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mendesak Kabinet supaya hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilaksanakan sepenuhnya.Beliau yang juga Presiden UMNO mengakui bahawa pelaksanaan MA63 adalah antara isu utama dan keutamaan bagi rakyat di negeri ini."Saya bersetuju perkara utama yang menjadi perhatian di Sabah ialah pelaksanaan MA63 |
|
'Duit ambil, itu rezeki tapi tetap undi BN' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 22/11 1:17 pm KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Barisan Nasional (BN),Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pihaknya mengetahui ada parti yang memberikan wang tunai kepada pengundi di Sabah.Ahmad Zahid akui, ia merupakan rezeki pengundi namun dalam masa sama, beliau mengingatkan pengundi di Sabah supaya tetap memilih BN."Kita dapat tahu, ada parti dan gabungan yang memberikan wang tunai untuk pengundi |
|
PRN Sabah: UMNO tidak lemah diserang - Ahmad Zahid - Sinarharian - 22/11 12:50 am KOTA KINABALU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui pihaknya menerima pelbagai serangan yang ditujukan kepada UMNO dan pemimpin utama sepanjang bertarung dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan bahawa mereka tidak pernah lemah menghadapi sebarang serangan, sama ada melalui fitnah atau fizikal."Ya, ini memang berlaku, tetapi kita tidak akan pernah lemah semangat dengan apa sahaja serangan, fitnah, sama ada secara fizikal ataupun secara spiritual."Kita yakin kekuatan dokongan itu memberikan semangat kepada pemimpin-pemimpin dan calon-calon UMNO Sabah untuk memenangi kursi-kursi yang akan ditandingi," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Manifesto Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) di bangunan UMNO Sabah, di sini, pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika ditanya susulan serangan yang dilakukan pihak tertentu termasuk Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika sedang berhadapan dengan PRN kali ini.Diminta mengulas bagaimana perjalanan kempen dan seterusnya keyakinan untuk BN mengambil semula Sabah, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sudah tentu pihaknya ingin memenangi kesemua kerusi yang telah diletakkan calon."Kalau boleh, kita nak menang semua |
|
No nominee yet as Zahid bets on a blue wave before naming BNs Sabah chief minister - Malaymail - 22/11 12:32 am KOTA KINABALU, Nov 22 Barisan Nasional (BN) will only name its chief minister candidate after securing substanti... |
|
'Air makin naik, bekalan makanan habis,' - Rakyat Malaysia terperangkap .. - Hmetro - 22/11 12:15 am Kota Bharu: Rakyat Malaysia yang terperangkap banjir di Hatyai, Thailand meminta bantuan pihak kedutaan bagi membantu mereka |
|
Manifesto BN Sabah tumpu isu pembangunan tertunggak - Ahmad Zahid - Sinarharian - 22/11 11:51 am KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) Sabah menggariskan komitmen menyeluruh dalam manifesto baharu mereka dengan memberi tumpuan kepada usaha mengatasi isu pembangunan tertunggak, khususnya melibatkan 'tiga serangkai' yang sekian lama menjadi keluhan rakyat Sabah, iaitu bekalan air, elektrik dan jalan raya.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto yang dilancarkan hari ini disediakan sepenuhnya oleh BN Sabah dan merangkumi enam tonggak utama yang dirangka bagi memenuhi keperluan semua kelompok rakyat di negeri ini."Selain isu tiga serangkai, kita juga melihat bahawa Mahkamah Anak Negeri akan diperkasakan dan jawatannya diserap sebagai jawatan tetap |
|
PRN Sabah: BN tawar 6 teras utama dalam manifesto - Sinarharian - 22/11 11:18 am KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) pada Sabtu melancarkan manifestonya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan memperkenalkan Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) yang menawarkan enam teras utama kepada rakyat Sabah jika diberi mandat untuk memerintah kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, RPS1 dirangka secara komprehensif merangkumi aspek Kemakmuran Ekonomi dan Kesejahteraan Hidup, Wanita dan Orang Muda sebagai Tonggak Negara, serta Pendidikan Berkualiti Untuk Semua.Beliau yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan berkata, RPS1 turut menekankan agenda Transformasi Politik dan Tadbir Urus, Masyarakat Sihat dan Negeri Berkebajikan serta Kelestarian Sumber Alam.Beliau berkata, menerusi enam aspek itu, pelbagai program dan dasar akan dilaksanakan."Antaranya penubuhan Dana Kemakmuran Sabah, pembinaan rumah Rumah Sabahku, lapangan antarabangsa baharu, skim belian makanan tunai."Memastikan 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat dasar, rumah untuk belia sifar deposit dan Dana Belia Negara."Skim insentif sebanyak RM2,000 hingga RM2,500 kepada anak Sabah yang melanjutkan pendidikan ke universiti awam atau swasta," katanya ketika menyampaikan manifesto UMNO Sabah di Pejabat UMNO Sabah, di Kota Kinabalu, pada Sabtu.Turut hadir pada pelancaran yang diadakan di Bangunan UMNO Sabah di sini ialah Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Katanya, selain itu UMNO Sabah akan mewujudkan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan tempatan kerana lebih 33 kaum di Sabah dan semua perlu terlibat."UMNO Sabah penubuhan Majlis Petroleum Sabah bagi memelihara kepentingan Sabah dan mewajibkan pengambilan minimum 50 peratus pekerja anak Sabah."Kita juga akan meneroka tenaga boleh diperbaharui dan membina loji tenaga elektrik biojisim di pedalaman," katanya. |
|
'Kami rakyat Malaysia, tak pernah paksa sesiapa guna khidmat' - Sinarharian - 22/11 10:19 am KUALA LUMPUR "Kami warga tempatan, bukan orang luar atau warga asing seperti didakwa |
|
PN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah, kekal pendirian tolak PH - Sinarharian - 22/11 9:00 am KOTA BHARU Perikatan Nasional (PN) terbuka untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan parti-parti tempatan Sabah, namun menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kesediaan itu akan dipertimbangkan selepas pilihan raya, sekiranya keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti menunjukkan tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan negeri."Kalaulah tidak ada satu parti yang secara sendiri boleh menubuhkan kerajaan negeri Sabah, mungkin akan ada rundingan selepas pilihan raya."Tapi semestinya bukan bersama PH," katanya selepas menyampaikan Ceramah Isu Semasa Sidang DUN Belanjawan Kelantan peringkat Parlimen Kota Bharu di Dewan Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pada Jumaat.Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas menegaskan bahawa pendirian PN terhadap PH tidak berubah dan menjadi garis dasar yang jelas dalam soal kerjasama politik.Menurut Takiyuddin, rundingan terbuka PN itu meliputi parti-parti tempatan Sabah seperti Parti Warisan (Warisan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan mana-mana parti negeri lain yang berpotensi membentuk gabungan stabil selepas PRN."Warisan, parti-parti Sabah lain, STAR dan sebagainya kita boleh pertimbangkan, tiada masalah," katanya.Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah turut berpandangan bahawa landskap politik Sabah menjadikan pembentukan kerajaan oleh satu parti dominan sebagai sesuatu yang sukar.Hari pengundian bagi PRN ke-17 yang membabitkan 73 kerusi DUN ditetapkan pada 29 November, manakala undi awal pada 25 November.Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 1,784,843 pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini, merangkumi 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera bersama pasangan dan 12,729 anggota polis beserta pasangan. |
|
Rayuan gantung, pecat ahli Bersatu perlu segera diselesaikan - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 22/11 8:49 am KOTA BHARU Rayuan penggantungan dan pemecatan beberapa pemimpin susulan kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didesak supaya segera diselesaikan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah |
|
'Kerajaan Sabah perlu beza dengan Persekutuan untuk realisasi tuntutan 40 peratus' Takiyuddin - Sinarharian - 22/11 8:38 am KOTA BHARU Sabah hanya mampu merealisasikan sepenuhnya tuntutan 40 peratus hasil negeri sekiranya ditadbir oleh kerajaan baharu yang berbeza dengan kerajaan Persekutuan.Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri yang sama dengan Putrajaya dikhuatiri tidak mampu menuntut hak tersebut secara tegas kerana wujud tekanan yang mungkin menjejaskan proses rundingan."Kalau kerajaan Sabah nanti sama dengan Persekutuan, tuntutan 40 peratus itu tak akan memberi apa-apa makna."Sabah perlukan kerajaan baharu yang tidak sama dengan Persekutuan, barulah rundingan itu benar-benar menguntungkan rakyat Sabah," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Ceramah Isu Semasa Sidang DUN Belanjawan Kelantan peringkat Parlimen Kota Bharu di Dewan Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pada Jumaat.Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad sejak 1974.Mahkamah turut mengarahkan kerajaan Persekutuan menjalankan semakan serta mengembalikan pembayaran berasaskan hak tersebut yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.Seterusnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan memaklumkan bahawa proses rundingan teknikal diteruskan secara teratur berhubung tuntutan tersebut.Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas menegaskan bahawa perundingan hanya akan menjadi lebih efektif jika kedua-dua kerajaan itu adalah berbeza. |
|
Calon GRS sanggup redah sungai demi pastikan kerja ukur tanah di Karambunai telus - Sinarharian - 22/11 8:36 am KOTA KINABALU Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai berjanji akan turun padang menyertai kerja-kerja pengukuran tanah di kawasan berkenaan jika diberikan mandat kelak.Datuk Arshad Idris berkata, beliau sanggup merentasi sungai asalkan proses penggazetan tanah dapat dijalankan."Saya sendiri akan ikut Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) turut ke sungai untuk mengukur tanah yang telah diluluskan."Kalau JTU sendiri sahaja, takut bilang menipu, biarlah saya sendiri ikut, sama-sama supaya penduduk kampung tahu dan faham inilah pemimpin yang sentiasa berjuang bagi masyarakat di kawasan sekitar ini," katanya ketika berucap sempena Program Bersama Pemimpin di Kampung Numbak, pada Jumaat malam.Menurutnya, usaha tersebut bukan perkara baharu."Beberapa tahun selepas menjadi ketua bahagian di kawasan ini, sudah sepuluh kampung kita gazetkan.""Ini sebagai bukti bahawa perjuangan kita di kawasan ini sentiasa memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan," katanya.Sehubungan itu, Arshad berharap diberikan peluang untuk memimpin DUN Karambunai. |
|
Mayat wanita ditemui bawah lori terbakar - Sinarharian - 21/11 9:52 pm KOTA TINGGI - Mayat seorang wanita ditemukan di bawah lori yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Lok Heng-Mawai pada petang Khamis yang mengorbankan pemandu kenderaan tersebut.Mangsa ditemui ketika operasi mengangkat lori berkenaan pada petang Jumaat.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa dipercayai merupakan kakak angkat lelaki tersebut."Pada tengah malam semalam, polis dimaklumkan oleh keluarga mangsa, terdapat seorang lagi mangsa bersama pemandu lelaki tersebut iaitu perempuan merupakan kakak angkatnya."Pada kira-kira jam 4.30 petang, mayat penumpang tersebut telah berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum itu, seorang lelaki dilaporkan rentung selepas lori dipandu terbakar dan dalam kejadian kira-kira jam 4.35 petang Khamis.Yusof berkata, nahas tersebut melibatkan sebuah lori jenis Volvo yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung dan terbakar.Katanya, mangsa yang memandu lori berkenaan mengalami kecederaan parah akibat kebakaran melibatkan keseluruhan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Muhyiddin bantu perkenal calon PN, Dr Afifi bagi DUN Petagas - Sinarharian - 21/11 6:44 pm KOTA KINABALU Kehadiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi tinjauan mesra di sekitar Pekan Putatan, dekat sini, hari ini menarik perhatian masyarakat setempat yang masih mengingati beliau sebagai Perdana Menteri semasa negara berdepan pandemik Covid-19 pada 2020.Muhyiddin yang baru tiba dari Kuala Lumpur, meluangkan kira-kira 10 minit bertemu dan menyapa orang ramai sambil mengiringi serta memperkenalkan calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, Dr Afifi Saif.Ketika menyantuni pengundi, ada dalam kalangan penduduk yang menegur perubahan fizikal Muhyiddin yang kini kelihatan lebih kurus, lalu dibalas dengan gurauan mesra oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.Beliau turut beramah mesra dengan para peniaga makanan dan buah-buahan di sekitar kawasan berkenaan sebelum beredar untuk menghadiri program seterusnya.Muhyiddin dijadualkan melancarkan Tawaran Kasi Bagus Sabah malam ini, pada jam 7.30 malam di Dataran Pomoi, di sini. |
|
Saksi dengar perbualan ahli keluarga Zara Qairina mahu cepatkan pengebumian - Sinarharian - 21/11 6:25 pm KOTA KINABALU Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, pada Jumaat mendedahkan bahawa ahli keluarganya pernah menyatakan hasrat untuk tidak menjalankan bedah siasat kerana mahu mempercepatkan urusan pengebumian.Solehah Md Noh, saksi ke-50 yang juga guru di sekolah menengah agama tempat Allahyarhamah bersekolah berkata demikian semasa memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.Saksi berkata, pada 17 Julai sekitar jam 1 tengah hari, beliau bersama empat guru lain menziarahi Zara Qairina di tingkat 10, Hospital Queen Elizabeth I."Saya mendengar perbualan antara ibu saudara arwah dengan seorang wanita lain |
|
Cikgu setuju jika CCTV dipasang, insiden Zara Qairina dapat dielak - Sinarharian - 21/11 6:24 pm KOTA KINABALU Seorang guru yang juga saksi dalam inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir bersetuju bahawa insiden tragis itu mungkin dapat dielakkan sekiranya kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang lebih awal di asrama sekolah agama berkenaan.Saksi ke-49, Yuslina Badrum dalam keterangannya di Mahkamah Koroner di sini pada Jumaat, memaklumkan bahawa CCTV hanya dipasang selepas kejadian yang berlaku pada 15 Julai lalu, namun beliau tidak mengetahui lokasi pemasangan sistem tersebut."Ya, CCTV telah dipasang |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri - Sinarharian - 21/11 5:04 pm SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.Menurut kenyataan rasmi, negeri-negeri yang terlibat adalah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, selain seluruh WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.Di Perak, daerah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim dijangka mengalami hujan lebat |
|
'Selagi lesen tak dikeluarkan, tak boleh mendulang, sabar dulu' - MB .. - Hmetro - 21/11 2:15 pm Kota Bharu: Rakyat Kelantan diminta bersabar dan tidak terburu-buru untuk menjalankan aktiviti mendulang emas kerana proses kelulusan lesen serta garis panduan masih lagi di peringkat penilaian |
|
Polis mohon bantuan kesan Nur Danisha Amira - Mgazette - 21/11 7:38 am KOTA BHARU - Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bedal, Kuala Krai, Ahad lepas |
|
Perketat SOP di sempadan darat Johor-Singapura elak kejadian .. - Mgazette - 21/11 7:38 am # Perketat SOP di sempadan darat Johor-Singapura elak kejadian 'lolos' berulang ISKANDAR PUTERI - Prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan yang diperketatkan di pintu masuk darat Johor-Singapura baru-baru ini susulan kes penunggang motosikal melepasi pemeriksaan tanpa mengimbas pasport |
|
Timbalan Ketua Bahagian Libaran ‘lari’, lebih 300 ahli .. - Mgazette - 21/11 7:38 am # Timbalan Ketua Bahagian Libaran 'lari', lebih 300 ahli tinggalkan GRS KOTA KINABALU - Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) menerima tamparan hebat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga apabila Timbalan Ketua Bahagian Libaran, Emran Elan bersama lebih 300 ahli termasuk barisan Pemuda membuat kejutan dengan mengumumkan penyertaan ke dalam UMNO |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |