| /// |
|
| Search : Kos Sara Hidup News | Page 1 |
|
Diskaun tren 30 peratus, pas rel hingga 90 peratus lebih murah... - Mgazette - 14/04 2:23 pm # Diskaun tren 30 peratus, pas rel hingga 90 peratus lebih murah - Anthony PUTRAJAYA Kerajaan melancarkan pakej diskaun besar-besaran pengangkutan awam rel bagi mengurangkan beban kos perjalanan rakyat susulan kenaikan harga bahan api akibat krisis Asia Barat. Menteri Pengangkutan, Anthony Lokeberkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan rakyat beralih kepada pengangkutan awam sekali gus mengekang peningkatan kos sara hidup |
|
Pengusaha trak tunda gesa kerajaan senaraikan pihaknya penerima subsidi .. - Mgazette - 14/04 2:23 pm Menurutnya, tanpa subsidi diesel, kos operasi yang semakin meningkat akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan caj perkhidmatan. Dalam pada itu, Penasihat 1MTTCC, Saravanan Palani berkata, permohonan rasmi bagi mendapatkan subsidi diesel telah dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 18 Jun 2024, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan konkrit |
|
Kenaikan Kos Bahan Api: KTMB Tawar Diskaun 30% Tiket ETS Semua... - Mgazette - 14/04 2:23 pm # Kenaikan Kos Bahan Api: KTMB Tawar Diskaun 30% Tiket ETS Semua Sektor - Loke Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan rakyat beralih kepada pengangkutan awam sekali gus mengekang peningkatan kos sara hidup. |
|
Isu stesen minyak kehabisan bekalan hanya kes terpencil ??? Anthony Isu .. - Mgazette - 14/04 2:23 pm Ahad lalu, tular insiden meter pam terus merekodkan jumlah bayaran walaupun bekalan diesel telah habis, susulan stesen minyak berkenaan tidak dilengkapi sistem pengesan isi padu automatik (automatic cut-off) apabila stok kehabisan. Menurut Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Fuziah Salleh, keadaan itu menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih mahal berbanding harga sebenar diesel yang diisi |
|
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik – Armizan - Mgazette - 14/04 7:43 am # Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan KUCHING - Kerajaan memberi jaminan bekalan diesel mencukupi, namun langkah penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan tiada ketirisan dalam rantaian bekalan, khususnya semasa situasi ketidaktentuan global ketika ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata terdapat beberapa gangguan terpencil dilaporkan namun ia berpunca daripada isu logistik seperti kelewatan penghantaran ke pelabuhan serta depoh dan bukan kekurangan bekalan |
|
Ops Tiris 4.0: Kerajaan perhebat 5 usaha kekang ketirisan minyak - Mgazette - 14/04 7:43 am Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata antara usaha berkenaan ialah menetapkan agensi peneraju mengikut sektor, tindakan tegas terhadap penyalahgunaan kad fleet, menubuhkan pasukan khas Ops Tiris 4.0 Sabah, Labuan dan Sarawak, serta memperluas penggunaan kad fleet Skim Kawalan Sistem Bersubsidi (SKDS). Keputusan utama dipersetujui mesyuarat tersebut ialah penetapan agensi peneraju bagi tiga sektor utama iaitu sektor darat akan diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sektor sempadan oleh polis dan sektor perairan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan secara bersepadu |
|
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi – Fadillah - Mgazette - 14/04 7:43 am # Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah KUCHING - Anggota polis akan ditempatkan sementara di 151 stesen minyak yang dikenal pasti berisiko tinggi dalam usaha membanteras ketirisan bahan api, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata langkah berkenaan bagi membolehkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberikan tumpuan penguatkuasaan di lokasi berisiko lain termasuk depoh diesel nelayan, stesen tanpa jenama, jeti haram dan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal atau_bunkering_haram |
|
PKR hanya calonkan individu dari cabang aktif, ada kekuatan anggota .. - Mgazette - 14/04 7:43 am Lebih baik kita tumpu ke kawasan mempunyai kepimpinan yang kuat, katanya ketika berucap pada program Mini Konvensyen Keadilan Terengganu di sini hari ini. Hadir sama Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang, Setiausaha Agung PKR yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh serta Ketua Penerangan parti yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil |
|
Kerajaan terus teliti langkah tangani kenaikan harga barang, bahan api .. - Mgazette - 14/04 7:43 am "Esok kita adakan mesyuarat lagi untuk cari jalan kalau perlu apa-apa tindakan, setakat ini bekalan masih terkawal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mini Konvensyen PKR di sini hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh |
|
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Sinarharian - 13/04 10:39 pm KUCHING - Kerajaan memberi jaminan bekalan diesel mencukupi, namun langkah penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan tiada ketirisan dalam rantaian bekalan, khususnya semasa situasi ketidaktentuan global ketika ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, terdapat beberapa gangguan terpencil dilaporkan namun ia berpunca daripada isu logistik seperti kelewatan penghantaran ke pelabuhan serta depoh dan bukan kekurangan bekalan."Isu-isu ini telah dan sedang ditangani segera |
|
Jata Negara dijana AI, KPDN akui stesen minyak tersilap cetak - Kosmo - 13/04 10:02 pm PETALING JAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengakui berlaku kesilapan cetakan melibatkan paparan Jata Negara pada poster Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Minyak RON95) yang tular di media sosial |
|
PMX beri RM60 juta untuk basmi kemiskinan Terengganu - Harapandaily - 13/04 8:30 pm Kerajaan MADANI mengumumkan peruntukan khas RM60 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun depan, dengan fokus kepada peningkatan pendapatan dan perumahan golongan berpendapatan rendah. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu merupakan sebahagian usaha kerajaan MADANI untuk menangani tekanan kos sara hidup dan memastikan bantuan disalurkan secara lebih tersasar |
|
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah - Sinarharian - 13/04 8:15 pm KUCHING - Anggota polis akan ditempatkan sementara di 151 stesen minyak yang dikenal pasti berisiko tinggi dalam usaha membanteras ketirisan bahan api, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.Beliau berkata, langkah berkenaan bagi membolehkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberikan tumpuan penguatkuasaan di lokasi berisiko lain termasuk depoh diesel nelayan, stesen tanpa jenama, jeti haram dan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal atau bunkering haram."Daripada jumlah itu, sebanyak 87 stesen minyak terletak di kawasan sempadan manakala 64 lagi dikategorikan berisiko tinggi berdasarkan lonjakan jualan mencurigakan serta aktiviti melibatkan kenderaan asing dan tangki ubah suai."Di Sarawak sahaja, 22 stesen minyak di kawasan sempadan seperti Limbang, Lubok Antu dan Lundu akan dipantau pihak polis melalui operasi bersepadu," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) peringkat negeri itu di sini pada Isnin.Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki.Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata, sejak pelaksanaan Ops Tiris 4.0 pada 16 Mac hingga semalam, sebanyak 13,759 pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 239 kes dikesan dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM11 juta, termasuk RM6.7 juta di Sarawak sahaja."Kes melibatkan diesel mencatatkan jumlah tertinggi dengan 99 kes bernilai lebih RM3.1 juta, diikuti petrol RON95, Gas Petroleum Cecair (LPG) serta barangan kawalan lain seperti minyak masak, gula dan tepung gandum," katanya.Beliau turut menyeru orang ramai menyokong inisiatif Kita Gempur, iaitu langkah kerajaan untuk membina gerakan massa dalam menangani isu ketirisan barang kawalan dan bersubsidi demi melindungi kedaulatan ekonomi negara |
|
PKR hanya calonkan individu dari cabang aktif, ada kekuatan anggota - Anwar - Sinarharian - 13/04 7:02 pm KUALA TERENGGANU - PKR hanya mempertimbangkan calon daripada cabang dengan keanggotaan dan jentera yang kuat untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kriteria pemilihan calon juga bergantung kepada keaktifan program yang dilaksanakan di peringkat cabang berkenaan."Walaupun peringkat jawatankuasa (Majlis Pimpinan Pusat) yang cadangkan (seseorang calon) saya akan reject (tolak) kalau (cabang) tidak mempunyai anggota atau lemah."Lebih baik kita tumpu ke kawasan mempunyai kepimpinan yang kuat," katanya ketika berucap pada program Mini Konvensyen Keadilan Terengganu di sini hari ini.Hadir sama Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang; Setiausaha Agung PKR yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh serta Ketua Penerangan parti yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Pada masa sama, Perdana Menteri menyeru ahli PKR di Terengganu agar sentiasa menyampaikan maklumat jelas mengenai usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutama agenda membasmi kemiskinan."Rencana kita yang penting dan nombor satu ialah membebaskan kelompok yang paling miskin, iaitu miskin tegar."Dan bagi menyelesaikan kemiskinan ini mestilah ada pelaburan, peningkatan dan pertumbuhan ekonomi, dana sebagainya |
|
Kerajaan teliti langkah bersesuaian bantu rakyat tangani kos sara hidup - Sinarharian - 13/04 6:46 pm KUALA TERENGGANU - Kerajaan akan terus meneliti langkah serta kaedah bersesuaian bagi menangani isu kenaikan harga barang keperluan dan bahan api yang sedang dialami ketika ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited dalam mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya terdapat keperluan untuk melaksanakan sebarang langkah tambahan atau pelarasan pada masa hadapan.Menurut beliau, ketika ini beberapa langkah berbentuk rangsangan sudah pun dilaksanakan bagi meringankan beban orang ramai, antaranya pengekalan harga minyak pada paras RM1.99."Selain itu, bantuan diesel untuk sektor pengangkutan termasuk bas sekolah turut diberikan. Itu merupakan antara bentuk bantuan yang sedang dilaksanakan sekarang," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan pelarasan bajet atau pengenalan semula pakej rangsangan ekonomi dalam mendepani cabaran kos sara hidup.Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa satu mesyuarat penting akan diadakan esok (Selasa) bagi menilai implikasi keselamatan negara, selain perbincangan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta sekretariat ekonomi."Esok akan diadakan mesyuarat melibatkan aspek keselamatan negara bagi menilai implikasi keselamatan, selain perbincangan di peringkat MTEN dan sekretariat ekonomi."Usaha akan terus dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian sekiranya terdapat keperluan untuk sebarang langkah tambahan (bantuan)," jelas beliau.Anwar sebelum itu meluangkan masa dalam lawatan kerja selama sehari di Terengganu.Beliau turut menghadiri Mini Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu Equestrian Resort (TER). |
|
170 Stesen Minyak Sempadan, PDRM Perhalusi Aspek Penguatkuasaan Saifuddin .. - Wrlr - 13/04 4:14 pm PUTRAJAYA, 13 Apr Aspek penguatkuasaan di stesen minyak termasuk memperhalusi kaedah penugasan dan perundangan sedang dalam kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama di kawasan sempadan di seluruh negara. Sebanyak 170 stesen minyak terlibat dalam aspek berkenaan yang juga dipantau dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) |
|
KPT pantau isu kenaikan harga makanan di kafetaria IPT KPT pantau isu .. - Mgazette - 13/04 4:13 pm # KPT pantau isu kenaikan harga makanan di kafetaria IPT KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan inisiatif Menu Kasih Siswa dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) agar tidak membebankan mereka bagi mastikan harga makanan di kafetaria kekal berpatutan |
|
KPDN Sabah tumpas penyelewengan diesel, rampasan hampir RM13,000 - Thempress - 13/04 3:24 pm KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya mematahkan satu kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi menerusi serbuan Ops Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di… |
|
DAP Johor sokong cadangan tangguh PRN, fokus ekonomi dan kos sara hidup - Harapandaily - 13/04 3:02 pm Menurutnya, situasi global... The post DAP Johor sokong cadangan tangguh PRN, fokus ekonomi dan kos sara hidup appeared first on Harapan Daily . |
|
PDRM perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan - Saifuddin - Sinarharian - 13/04 12:24 am Pertama, perhalusi dulu apa maksud penugasan, akta mana nak diguna pakai, pasukan mana yang kita nak atur gerak. Itu saya serahkan kepada pasukan polis," katanya.Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan risiko ketirisan bahan api akibat krisis tenaga global.Ia sebagai peluasan kepada penempatan secara statik penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dilaksanakan sejak 20 Mac lepas.Dalam perkembangan lain, beliau turut mengarahkan penambahbaikan segera fasiliti anggota keselamatan yang bertugas di kawasan sempadan selepas mendapati keadaan kemudahan sedia ada kurang memuaskan.Beliau berkata, terdapat pos kawalan dan tempat rehat anggota yang berada dalam keadaan daif dan tidak selesa walaupun mereka memainkan peranan penting dalam mengekang aktiviti penyeludupan."Kita ubah seperti mana kita ubah pos Wang Kelian |
|
Kos diesel, bahan binaan melonjak: Projek jalan berdepan risiko lewat - Sinarharian - 13/04 12:23 am KULAI Kenaikan harga bahan binaan serta peningkatan kos operasi terutama diesel dijangka memberi kesan langsung terhadap pelaksanaan projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan di seluruh negara ketika ini.Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, krisis geopolitik di Asia Barat yang berlarutan memberi tekanan kepada sektor termasuk pembinaan.Jelas beliau, kontraktor dijangka mengemukakan permohonan lanjutan masa (Extension of Time, EOT) bagi memastikan projek dapat diteruskan mengikut situasi semasa."Difahamkan, terdapat 855 projek sedang dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana bagi 28 kementerian."Daripada 855 projek tersebut, sebelum ini satu pertiga direkodkan berada mendahului jadual, satu pertiga mengikut jadual dan satu pertiga lagi mengalami kelewatan," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke JKR Daerah Kulai di Pejabat Jurutera Daerah Kulai, di sini, pada Isnin.Beliau menjelaskan projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan merupakan sektor paling terjejas berikutan kebergantungan tinggi terhadap penggunaan diesel bagi menggerakkan jentera berat seperti lori dan mesin penggelek.Pada masa yang sama, Ahmad menegaskan kontraktor tidak dibenarkan menghentikan kerja walaupun terdapat permohonan untuk memperlahankan operasi bagi mengawal kos, yang masih belum diluluskan secara rasmi oleh kementerian.Menurut beliau, pihaknya kini masih menunggu data rasmi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mendapatkan angka tepat berhubung kenaikan harga bahan binaan.Katanya, walaupun terdapat anggaran kasar kenaikan antara 30 hingga 40 peratus, kementerian tidak akan mengesahkannya selagi data saintifik dan sistematik belum diperoleh.Tambah beliau, empat persatuan kontraktor telah mengemukakan empat permohonan utama kepada kerajaan, antaranya syarat perubahan harga (VOP), lanjutan masa (EOT), kawalan harga bahan binaan termasuk simen, pasir, batu, besi serta konkrit, selain permohonan untuk memperlahankan kerja bagi mengurangkan tekanan kos operasi.Katanya, semua permohonan itu kini sedang diteliti bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum dibawa ke Mesyuarat Kabinet akan datang pada Rabu ini. |
|
Op Tiris 4.0: PDRM hanya fokus di sempadan, bukan semua stesen minyak - Sinarharian - 13/04 12:10 am KUALA TERENGGANU Penempatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras ketirisan bahan api tidak melibatkan semua stesen minyak di seluruh negara, sebaliknya hanya tertumpu di kawasan pintu masuk sempadan dan lokasi berisiko tinggi.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah berkenaan merupakan strategi di bawah penguatkuasaan Op Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi mengekang aktiviti penyeludupan diesel dan petrol bersubsidi daripada dibawa lari ke negara jiran.Menurutnya, buat masa ini penugasan anggota PDRM difokuskan di pintu masuk utama negara yang bersempadan dengan Indonesia, Thailand dan Singapura."Memang ada cadangan (untuk perluasan penempatan), namun ketika ini anggota PDRM hanya difokuskan di kawasan sempadan sahaja memandangkan terdapat kekangan jumlah anggota untuk ditempatkan di setiap stesen minyak."Menerusi Op Tiris 4.0 yang sedang rancak berjalan ketika ini, sememangnya sudah ada anggota polis yang melakukan kawalan di sempadan darat serta perairan yang dikenal pasti sebagai 'laluan panas' ketirisan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan pematuhan larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 di Stesen Minyak Petronas Jalan Tok Adis, di sini pada Isnin.Inisiatif yang diputuskan menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 April lalu itu bertujuan memperkukuh pemantauan berikutan peningkatan risiko ketirisan bahan api susulan krisis tenaga global.Dalam pada itu, mengulas mengenai isu bekalan diesel, Fuziah menegaskan tiada gangguan bekalan secara menyeluruh dilaporkan di seluruh negara, kecuali melibatkan beberapa kes terpencil."Hasil pemantauan mendapati stesen Petronas tidak mengalami sebarang gangguan bekalan |
|
Ops Tiris 4.0: KPDN rampas bahan api bersubsidi RM11 juta - Sinarharian - 13/04 12:02 am KUALA TERENGGANU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM11,007,104.04 melibatkan bahan api bersubsidi dan barangan kawalan menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu).Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, rampasan tersebut adalah hasil daripada 13,759 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara bagi tempoh 16 Mac hingga 12 April lalu."Daripada jumlah pemeriksaan itu, sebanyak 239 kes telah dikesan dengan tangkapan melibatkan seramai 68 individu."Antara komoditi utama yang dirampas ialah diesel sebanyak 865,205 liter, petrol (26,408 liter) dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 8,690 kilogram |
|
Baru Dapat Baby? Ini Bantuan RM100 Negeri Sembilan Yang Rugi Kalau Tak Mohon! - Murai - 13/04 11:15 am Dalam keadaan kos sara hidup yang makin mencabar, setiap bantuan kecil sebenarnya boleh beri impak besar, lagi-lagi bila melibatkan masa depan anak |
|
Pengusaha bas sekolah boleh semak kelayakan petrol, diesel subsidi melalui portal MySubsidi - Sinarharian - 12/04 10:04 pm SHAH ALAM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa pengusaha bas dan van sekolah berdaftar layak memohon subsidi bahan api melalui sistem sedia ada.Menurutnya, kenderaan berkenaan termasuk dalam kategori pengangkutan darat awam yang disenaraikan di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)."Untuk makluman, bas dan van sekolah adalah dalam senarai pengangkutan darat awam yang layak memohon subsidi petrol dan diesel melalui sistem SKPS dan SKDS."Semak kelayakan dan mohon melalui portal https://mysubsidi.kpdn.gov.my," jelasnya menerusi hantaran komen Facebook akaun KPDN Laman Rasmi pada Ahad.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kira-kira 2,000 pengusaha bas sekolah berdaftar (van) dijangka menaikkan kadar tambang seawal bulan depan berikutan kelewatan menerima kemudahan kad fleet di bawah SKPS.Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia memaklumkan kebanyakan pengusaha kini bergantung kepada kuota subsidi di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi menampung operasi harian |
|
Tekanan kos bahan api: Pengusaha bas, van sekolah dijangka naik harga tambang bulan depan - Sinarharian - 12/04 7:23 pm SHAH ALAM - Kira-kira 2,000 pengusaha bas sekolah berdaftar (van) dijangka terpaksa menaikkan kadar tambang mulai bulan depan susulan tekanan kos bahan api.Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, perkara itu disebabkan kelewatan menerima kemudahan kad fleet dibawah Skim Kawalan Petrol Subsidi (SKPS).Menurut beliau, kebanyakan pengusaha kini terpaksa bergantung kepada kuota subsidi program Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi menampung keperluan operasi harian."Bas sekolah layak menerima manfaat di bawah sektor pengangkutan darat awam SKPS dan permohonan telah dikemukakan sejak Januari melalui sistem MySubsidi dan pejabat Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Mac lalu namun, sehingga kini tiada maklum balas diterima."Ada juga pengusaha bas sekolah yang sudah diluluskan tetapi mereka masih belum menerima kad fleet itu lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.Jelas Amali Munif, kenaikan tambang tersebut merupakan sebahagian langkah untuk menampung kesan kerugian berterusan."Sektor kami layak menerima kemudahan subsidi petrol namun pelaksanaannya tidak nampak lagi dan kebanyakan operator hanya boleh bertahan sehingga hujung bulan ini."Sekiranya krisis bahan api ini berlanjutan kemungkinan kos operasi dan penyelenggaraan dijangka akan meningkat walaupun ketika ini, kesan itu tidak nampak lagi," ujarnya.Beliau berkata, kerajaan diminta segera campur tangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut selaras dengan peningkatan kos petrol."Kami sedaya upaya tidak mahu membebankan pengguna kerana mereka juga dalam kalangan penduduk setempat yang mana lebih 80 peratus daripada keluarga B40."Syarikat kecil kami juga sudah tidak mampu lagi menyerap kerugian yang berterusan |
|
Peruntukan ADUN perlu diagih menyeluruh, elak rakyat keliru - Pas Pahang - Sinarharian - 12/04 5:20 pm KUANTAN - Agihan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira blok politik bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar berkata, setakat ini blok pembangkang masih belum menerima makluman rasmi berhubung mekanisme agihan peruntukan RM15,000 seminggu yang diumumkan kerajaan."Sama ada bila disebut ADUN itu merujuk kepada semua ADUN dan kita jangkakan bagi kawasan pembangkang mungkin tidak disalurkan kepada ADUN pembangkang, sebaliknya melalui penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)."Cuma kita mengharapkan agihan itu dibuat secara menyeluruh termasuk kepada ADUN pembangkang."Tapi, jika benar ia tidak diberikan maka benarlah kami ini dianggap 'anak tiri'," katanya ketika ditemui pada Jamuan Aidilfitri 1447H Pas DUN Tanjung Lumpur di Pantai Anak Air di sini pada Ahad.Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilaporkan berkata, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif bagi meringankan beban rakyat susulan isu harga minyak dan subsidi.Beliau memaklumkan peruntukan RM15,000 seminggu disalurkan kepada semua wakil rakyat bagi membeli barangan asas untuk diagihkan kepada rakyat.Mengulas lanjut, ADUN Tanjung Lumpur memberitahu, peruntukan berkenaan difahamkan diperkenalkan susulan kegawatan geopolitik di Asia Tengah yang memberi kesan kepada keadaan ekonomi dan kos sara hidup semasa.Ujar beliau, namun ketidakseimbangan dalam agihan peruntukan boleh memberi kesan persepsi dalam kalangan rakyat terhadap peranan wakil rakyat di kawasan masing-masing."Nanti rakyat keliru dan mereka anggap kita sebagai ADUN turut menerima peruntukan, sedangkan masyarakat kini berdepan kenaikan kos hidup dan semua terkesan."Jika bantuan itu tidak disampaikan maknanya ada benda yang tak kena, tidakkah perkara tu menyebabkan terasa blok pembangkang ni seperti macam anak tiri?"Kalau sebelum ini pun peruntukan tidak diberikan, hanya melibatkan peruntukan kecil melalui Jabatan Daerah dan pusat khidmat ADUN," katanya.Dalam pada itu, Rosli menegaskan pihaknya tetap akan meneruskan usaha membantu rakyat di kawasan masing-masing walaupun berdepan kekangan peruntukan."Walau apa pun, kita akan berusaha sedaya upaya untuk bantu rakyat dengan kemampuan yang ada," katanya.Menjawab mengenai perkembangan politik di Parlimen Indera Mahkota, Rosli berkata pengumuman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang menamakan Datuk Ahmad Farhan Fauzi sebagai calon kawasan itu merupakan perkembangan awal menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Menurutnya, kawasan berkenaan merupakan kerusi strategik yang memerlukan gerak kerja akar umbi yang tersusun serta kekuatan jentera parti."Rakyat lebih melihat siapa daripada kalangan individu yang betul-betul membantu rakyat dan sebagainya." katanya.Pada Jumaat, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang parti itu mengakui beliau telah diamanahkan oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU16.Beliau menyifatkan amanah itu sebagai tanggungjawab besar serta cabaran untuk memastikan kemenangan semula PKR di kerusi berkenaan.Pada PRU15, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota yang disandangnya dengan majoriti 8,399 undi serta menewaskan tiga pencabarnya daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Pejuang.Saifuddin menyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota sejak 2018, ketika bersama PKR dan kemudian mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). |
|
Tular stok habis ketika isi diesel: Stesen minyak tiada sistem auto... - Mgazette - 12/04 5:11 pm Sebaliknya, ia hanya bergantung kepada pemeriksaan manual. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, penemuan itu adalah hasil siasatan yang dijalankan pasukan penguatkuasa KPDN Kuala Lumpur di stesen minyak terbabit |
|
KDN nilai jumlah jualan bahan api bagi penguatkuasaan stesen minyak di .. - Mgazette - 12/04 5:11 pm # KDN nilai jumlah jualan bahan api bagi penguatkuasaan stesen minyak di sempadan PENGKALAN HULU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menilai jumlahjualan bahan api di stesen minyak berhampiran sempadan negara dalampelaksanaanpenguatkuasaan bagi mengekangpenyeludupan bahan api. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akanmendapatkandata jualan daripada Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengenal pasti stesen minyak yang mencatatkan jualan tidak munasabah |
|
Kenapa tiada Hadiah Pengajian Tinggi di Wilayah Persekutuan – PPP - Mgazette - 12/04 5:11 pm Persoalannya, mengapa wujud perbezaan layanan terhadap anak-anak Wilayah Persekutuan? Adakah pelajar di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kurang layak menerima sokongan dan penghargaan yang sama? katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Sathiah yang juga Ketua Pemuda Kebangsaan PPP, dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat, inisiatif seperti ini amat signifikan kerana bukan sahaja memberi motivasi kepada pelajar cemerlang |
|
Krisis tenaga global: JPJ seru pengguna manfaat perkhidmatan digital - Mgazette - 12/04 5:11 pm # Krisis tenaga global: JPJ seru pengguna manfaat perkhidmatan digital KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan bagi melaksanakan urusan berkaitan tanpa perlu hadir ke kaunter, bagi mengurangi impak kenaikan kos sara hidup susulan konflik Asia Barat |
|
Pas dakwa kerajaan hilang punca depani krisis global Pas dakwa kerajaan .. - Mgazette - 12/04 5:11 pm Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu tampil segera dengan pelan menyeluruh bagi melindungi ekonomi negara daripada kesan gelombang ketidaktentuan global. Menurutnya, setakat ini kerajaan dilihat tidak menunjukkan hala tuju yang jelas, sedangkan rakyat semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup |
|
Stok habis punca pam diesel 'keluar angin' - KPDN - Sinarharian - 12/04 5:02 pm PUTRAJAYA Ketiadaan sistem pengesan isipadu automatik atau automatic cut-off di sebuah stesen minyak di Jalan Segambut, Kuala Lumpur dikenal pasti menjadi punca insiden meter pam terus merekodkan bayaran meskipun bekalan diesel telah habis semasa pengisian.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, perkara itu disahkan selepas siasatan dijalankan susulan video tular di media sosial."Stesen minyak tersebut bergantung kepada kaedah pemeriksaan manual (manual dipping)."Semakan turut mengesahkan bahawa jumlah sebenar diesel yang diisi adalah sebanyak RM232.07 dan pihak stesen telah mengambil tindakan segera dengan memulangkan semula bayaran penuh kepada pelanggan yang terlibat, Khamis lalu."Pihak pengadu telah bersetuju dengan penyelesaian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurut Fuziah, pemeriksaan teknikal yang dijalankan mendapati semua pam minyak di premis berkenaan masih berada dalam tempoh tentusah yang sah dan ujian menggunakan Sukat Isipadu Cecair (SIC) 20 liter menunjukkan bacaan sukatan berada dalam had selisih yang dibenarkan.Tambah beliau, semakan ke atas lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 mendapati Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) dan kebenaran di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Petroleum Development Act, PDA) stesen berkenaan adalah sah dan masih berkuat kuasa."Bagaimanapun, pihak stesen telah diberikan amaran keras agar memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluan perundangan serta meningkatkan pemantauan operasi bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang."KPDN ingin menegaskan bahawa kejadian ini bersifat terpencil dan tidak mencerminkan keadaan keseluruhan sistem bekalan bahan api yang kekal stabil dan terkawal," ujarnya lagi. |
|
Pam tiada sistem ‘auto cut-off’ punca meter terus rekod bayaran – KPDN - Utusan - 12/04 4:38 pm PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyiasat penularan satu video di media sosial berhubung dakwaan pengisian diesel di sebuah stesen minyak di Jalan Segambut, Kuala Lumpur |
|
Bukan sekadar sumbangan, Sunway hadir dengan rasa kemanusiaan - Sinarharian - 12/04 11:48 am SUBANG JAYA- Kenaikan harga barang keperluan hinggalah bebanan bil utiliti, kos sara hidup yang kian mencabar menjadikan kemeriahan Aidilfitri satu kemewahan bagi komuniti terpinggir.Buat anak-anak yatim, Syawal sering kali hadir dengan rintihan sunyi, sebuah musim yang seolah-olah mengimbau kembali kehilangan insan tersayang.Menyedari jurang ini, Kumpulan Sunway bersama rakan NGO dan sukarelawan kembali menyemarakkan kemeriahan Sinar Raya.Dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY), lebih 300 anak yatim serta penjaga diraikan dalam satu majlis penuh keberkatan.Program yang bertempat di Sunway City Kuala Lumpur baru-baru ini bertambah seri dengan keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunway, Datin Paduka Sarena Cheah, yang meluangkan masa beramah mesra dan menyertai aktiviti bersama kanak-kanak, sekali gus mencipta memori indah sekali seumur hidup buat mereka.Anak-anak yang diraikan pada majlis itu turut menerima duit raya, suplemen vitamin C, beg sekolah, bekas makanan, juadah ringan serta pek susu yang ditaja oleh Kumpulan Sunway, Farm Fresh dan Kelab Sosial Sunway (KSS).Kolaborasi korporat dan NGO demi komunitiInisiatif Kumpulan Sunway meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporatnya melalui penganjuran Program Sinar Ramadan 2026 bermula penjelajahan program dengan.Menyantuni warga emas tanpa waris di Pusat Jagaan Impian Syimah, Johor Bahru pada bulan Februari, seterusnya dengan lawatan ke komuniti Orang Asli di Kampung Chadak, Ulu Kinta.Walaupun lokasi berbeza, setiap perjalanan membawa misi yang sama menghulurkan bantuan, menyentuh hati dan menghidupkan semula makna Ramadan dan Syawal bulan berkongsi rezeki dan memperkukuh nilai kemanusiaan.Sewaktu melawat Kampung Chadak di Ulu Kinta, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Mohammad Nizar berkata, program seperti itu amat signifikan dalam membantu komuniti Orang Asli yang berdepan kekangan termasuk dari segi akses kepada bantuan."Program seperti ini amat dialu-alukan kerana ia bukan sahaja meringankan beban penduduk kampung, malah membuatkan mereka berasa dihargai."Kita berharap lebih banyak syarikat tampil melaksanakan program khidmat masyarakat di kawasan seperti ini," katanya.Selebriti sokongan MAF Shah Shamshiri, yang juga merupakan seorang penulis lirik terkenal dengan hasil karya puitis dan mendalam, berkata penglibatan beliau dalam program Sinar Ramadan di Perak ini merupakan pengalaman bermakna kerana beliau berpeluang berinteraksi secara dekat dengan komuniti Orang Asli."Ini merupakan kali pertama saya berpeluang turun padang dan berinteraksi secara dekat dengan komuniti Orang Asli."Pengalaman ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada saya untuk lebih bersyukur serta membantu golongan yang memerlukan," katanya.Program berskala nasionalSementara itu, Presiden Kumpulan Sunway, Anuar menekankan Program Sinar Ramadan merupakan sebahagian daripada payung inisiatif #SunwayforGood yang dilaksanakan sejak 2014.Menurutnya, program tersebut kini berkembang sebagai usaha berskala nasional yang memberi manfaat kepada komuniti kurang bernasib baik di seluruh negara."Sejak dimulakan, inisiatif ini telah menjangkau lebih 100,000 penerima manfaat di seluruh Malaysia."Bagi tahun ini sahaja, seramai 8,000 individu menerima manfaat melalui pelaksanaan di lima negeri iaitu Johor, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah," katanya.Beliau berkata, setiap lokasi dipilih berdasarkan keperluan komuniti setempat dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Kerjasama sektor swasta bantu komunitiProgram Sinar Raya 2026 merupakan antara siri Jelajah Sinar Ramadan Sunway 2026 yang dilaksanakan secara berperingkat di beberapa negeri termasuk Johor, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah.Pelaksanaannya merupakan kesinambungan kepada usaha terdahulu di Johor Bahru yang menyantuni warga emas, sekali gus memperluaskan manfaat kepada komuniti lain termasuk masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman.Melalui pendekatan ini, Sunway terus memainkan peranan dalam memastikan lebih ramai golongan yang memerlukan dapat disantuni, selain menyemai nilai kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat sepanjang Ramadan.Program Sinar Ramadan menanda program CSR Sinar Ramadan Sunway selama sebulan di seluruh negara berakhir.REAKSI"Program Sinar Ramadan ini menjadi antara inisiatif yang amat dinantikan oleh penduduk kampung kerana bukan sahaja membawa bantuan keperluan, malah turut menghidupkan suasana Ramadan dalam komuniti kami |
|
Boleh pertimbang pembiayaan - Sinarharian - 12/04 9:30 am GEORGE TOWN Keluarga yang mempunyai anak autisme terus diberi perhatian melalui pelbagai bentuk bantuan sedia ada berdasarkan penilaian keperluan dan kelayakan setiap kes.Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP), Mohamad Kairi Ghazalli berkata, ketika ini pihaknya tidak mempunyai skim bantuan yang dikhaskan secara khusus untuk kanak-kanak autisme.Menurutnya, walaupun tiada skim khusus, pihaknya amat memahami cabaran yang dihadapi keluarga yang mempunyai anak autisme terutama melibatkan keperluan rawatan, pendidikan dan kos sara hidup berterusan."Sebagai contoh, bagi keperluan rawatan dan intervensi perubatan, permohonan boleh dikemukakan kepada Zakat MAINPP untuk dinilai dan pembiayaan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat ditetapkan."Selain itu, terdapat juga keluarga yang mempunyai anak autisme menerima Skim Agihan Kewangan Bulanan dan bantuan berkaitan perubatan bagi meringankan beban ditanggung," katanya.Tambah beliau, Zakat MAINPP akan terus meneliti dan menambah baik pendekatan bantuan dari masa ke masa agar lebih responsif terhadap keperluan semasa termasuk melibatkan keluarga yang mempunyai anak istimewa."Zakat MAINPP sentiasa memastikan kebajikan golongan asnaf terbela," jelasnya. |
|
Peniaga kedai makan diberkas seleweng minyak masak peket bersubsidi - Mgazette - 12/04 7:56 am # Peniaga kedai makan diberkas seleweng minyak masak peket bersubsidi PASIR GUDANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menahan seorang pemilik kedai makan kerana menyeleweng minyak masak peket bersubsidi di Taman Megah Ria, Masai di sini, kelmarin |
|
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah - Sinarharian - 11/04 11:30 pm KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan bahawa bekalan bahan api negara masih stabil dan mencukupi.Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai supaya tidak panik dan meneruskan pembelian seperti biasa."Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan keadaan kekal terkawal dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.Berhubung gangguan bekalan sementara di segelintir stesen minyak, Fuziah berkata kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta pihak industri sedang memantau perkara itu secara rapi.Beliau berkata langkah pemulihan bekalan juga sedang dilaksanakan dengan segera.Terdahulu, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan kemungkinan terdapat peningkatan permintaan sementara yang mengakibatkan kekurangan bahan api secara sementara di beberapa stesen.Syarikat itu menyatakan pihaknya sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan bekalan di stesen terlibat secepat mungkin |
|
Isu diesel dan sekuriti makanan: PN gesa kerajaan bertindak segera lindungi ekonomi - Sinarharian - 11/04 10:18 pm Kos keseluruhan termasuk baja serta racun mencecah sehingga 65 peratus yang akan meningkatkan risiko kelewatan musim penanaman, pengurangan keluasan tanaman dan kemerosotan pengeluaran padi tempatan."Perkembangan ini berpotensi menjejaskan keselamatan makanan negara sekali gus meningkatkan kebergantungan kepada import," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob yang memaklumkan keadaan itu diburukkan lagi oleh faktor cuaca serta kenaikan harga bahan api dan memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran.Atas dasar itu, katanya golongan pesawah di seluruh negara semakin tertekan dan bersedia menghentikan penanaman padi sekiranya kerajaan tidak segera campur tangan dalam menangani peningkatan kos operasi yang semakin membebankan kesan kenaikan harga diesel.Takiyuddin berkata, kerajaan menyasarkan tahap sara diri beras negara mencecah 75 peratus pada 2025 daripada 62.6 peratus (2022), namun jika diperhatikan secara lebih teliti, angka itu sebenarnya menurun kepada 56.2 peratus (2023) dan 52.9 peratus (2024).Ahli Parlimen Kota Bharu itu menjangkakan ia terus menurun pada 2025 dan tahun ini.Beliau berpandangan kebimbangan peningkatan kos bukan sahaja disuarakan oleh pesawah, malah turut dikongsi pelbagai sektor termasuk logistik, pengangkutan, pembinaan, perladangan, perikanan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Tambah beliau, peningkatan kos operasi dalam sektor-sektor tersebut dijangka memberi kesan rantaian kepada harga barangan dan perkhidmatan yang akhirnya membebankan rakyat."Umum mengetahui tekanan harga semasa sebahagiannya dipengaruhi oleh ketidaktentuan global, termasuk konflik geopolitik di Asia Barat yang menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran tenaga dunia."Walaupun begitu, semua pihak turut menggesa kerajaan supaya mengambil langkah segera dan konkrit bagi mengurangkan kesan buruknya terhadap ekonomi domestik sehingga ke tahap melumpuhkan daya tahan serta kemampuannya untuk pulih."Perkembangan global tidak boleh terus dijadikan alasan untuk lewat bertindak. Kerajaan perlu melaksanakan langkah segera dan konkrit bagi melindungi sektor kritikal sebelum tekanan kos menjadi lebih serius," ujarnya.Tambahnya lagi, keadaan sebegini turut berlaku ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang berterusan termasuk kesan pelarasan tarif elektrik, kenaikan kos bahan mentah lain serta peningkatan caj perkhidmatan."Kenaikan harga gas juga memburukkan keadaan kerana ia akan meningkatkan kos penjanaan elektrik, pengeluaran industri serta sektor pembuatan yang berpotensi mencetuskan kenaikan harga lebih meluas dalam ekonomi."Harga gas industri misalnya meningkat lebih 20 peratus bagi tong 15 kilogram (kg) daripada RM70 kepada RM84 dan bagi tong 50 kg pula naik lebih 22 peratus iaitu daripada RM220 kepada RM270," jelas Setiausaha Agung Pas itu. |
|
Krisis Asia Barat: Agih peruntukan secara adil kepada semua ADUN - PN Pahang - Sinarharian - 11/04 8:47 pm KUANTAN Perikatan Nasional (PN) Pahang menggesa Kerajaan Negeri Pahang agar menyalurkan peruntukan bantuan secara adil kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira fahaman politik.Pengerusinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung peruntukan RM15,000 kepada wakil rakyat bagi membantu rakyat susulan krisis Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi dan kos sara hidup.Menurutnya, langkah membantu rakyat yang berdepan tekanan kos hidup yang semakin meningkat ini sememangnya wajar disokong."Namun begitu, amat mendukacitakan apabila pengumuman Menteri Besar menyatakan bahawa bantuan tersebut akan disalurkan hanya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)."Pendekatan ini menzahirkan bahawa kerajaan BN Pahang masih bermain politik ketika rakyat sedang terhimpit dengan kesukaran hidup."Amalan sebegini bukan sahaja tidak menghormati mandat rakyat, malah menimbulkan persepsi bahawa bantuan kebajikan dijadikan alat kepentingan politik pihak pemerintah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, Wan Rosdy dilaporkan berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif bagi meringankan beban rakyat susulan isu harga minyak dan subsidi.Beliau memaklumkan peruntukan RM15,000 seminggu disalurkan kepada wakil rakyat bagi membeli barangan asas untuk diagihkan kepada rakyat.Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menegaskan peruntukan tersebut sepatutnya disalurkan secara adil kepada semua ADUN yang dipilih oleh rakyat, tanpa mengira sama ada mereka daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.Jelasnya, Kerajaan negeri wajar mengambil teladan daripada pendekatan kerajaan PN pada tahun 2020 yang menyalurkan bantuan kepada semua Ahli Parlimen ketika negara menghadapi krisis wabak Covid-19 .Beliau menambah, semua ADUN berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti politik."Kesempitan hidup yang dihadapi rakyat hari ini tidak mengenal bangsa, agama, kawasan mahupun warna parti."Jika ada kebimbangan bahawa pemberian peruntukan secara sama rata akan menguatkan pembangkang, hakikatnya ketidakadilan itulah yang sering menimbulkan simpati rakyat terhadap pembangkang," jelasnya.ADUN Cheka itu juga mengingatkan bahawa sejarah membuktikan kerajaan yang gagal berlaku adil akhirnya akan dihukum oleh rakyat.Katanya, pengalaman di beberapa negeri seperti Kelantan dan Terengganu pada masa lalu menunjukkan bahawa tindakan menafikan hak wakil rakyat pembangkang bukan menguatkan kerajaan, sebaliknya menimbulkan kemarahan rakyat."Ketidakadilan bukan sahaja merosakkan kepercayaan rakyat, malah menghilangkan keberkatan dalam pemerintahan," tegasnya.Sehubungan itu, PN Pahang sekali lagi menggesa kerajaan negeri agar memperbetulkan pendekatan ini.Ujarnya, kebajikan rakyat tidak seharusnya dipolitikkan dan kerajaan perlu berlaku adil dengan menghormati mandat rakyat serta menyalurkan bantuan kepada semua wakil rakyat tanpa diskriminasi."Jika pendekatan tidak adil ini berterusan, rakyat akan melihat bahawa yang diutamakan bukan kebajikan rakyat, tetapi kelangsungan kuasa politik semata-mata," katanya. |
|
Bukan mudah PKR rampas Indera Mahkota - Mohd Tarmizi - Sinarharian - 11/04 6:57 pm KUANTAN Perikatan Nasional (PN) Pahang melihat hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan Setiausaha Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi sebagai calon di Parlimen Indera Mahkota sebagai 'langkah berisiko' buat parti itu.Ketua Penerangannya, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kedudukan PN di kerusi tersebut kekal teguh bersandarkan trend sokongan padu rakyat yang dilihat terus memihak kepada mereka.Menurutnya, kekuatan undi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti di Beserah akan menjadi 'undi bantu' yang sangat signifikan bagi menjamin kemenangan di peringkat Parlimen."Bukan satu perkara mudah untuk PKR merampas kerusi ini kerana kekuatan PN di sini masih tinggi. Kita yakin dapat mempertahankan Parlimen Indera Mahkota kerana sokongan terhadap PKR kini semakin merudum."Rakyat hari ini tidak lagi melihat PKR sebagai parti yang memperjuangkan hak mereka, sebaliknya dilihat gagal menangani tekanan kos sara hidup dan kebajikan rakyat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahmad Farhan sebelum ini yang mengakui diamanahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan semula Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Mengulas lanjut, Mohd Tarmizi mempersoalkan kredibiliti Ahmad Farhan yang didakwa masih gagal menyelesaikan isu asas di kawasan tersebut walaupun memegang kedudukan penting di Putrajaya.Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADU) Panching itu, masalah infrastruktur termasuk jalan raya dan kebajikan penduduk masih belum diselesaikan, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kemampuan calon berkenaan kelak."Jika sekarang sebagai Setiausaha Khas pun isu rakyat masih gagal diselesaikan, apa jaminan ia mampu diperbaiki selepas dipilih nanti? Rakyat hari ini menilai prestasi, bukannya sekadar jawatan," tegas beliau.Dalam pada itu, Mohd Tarmizi mendakwa, langkah PKR menampilkan calon di kawasan tersebut seolah-olah merendahkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan.Katanya, tindakan itu turut didakwa mencetuskan ketidakpuasan hati dan 'suara penolakan' dalam kalangan pimpinan UMNO di kawasan berkenaan."Saya difahamkan wujud penolakan dalam kalangan pimpinan UMNO kerana perkara ini didakwa tidak dibincangkan di peringkat kawasan |
|
KPDN, industri pantau rapi gangguan sementara bekalan bahan api - Sinarharian - 11/04 6:43 pm SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama pihak industri sedang memantau secara rapi situasi peningkatan permintaan bahan api yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan sementara di segelintir stesen minyak.Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah pemulihan bekalan kini dilaksanakan dengan kadar segera.Beliau turut menegaskan bahawa kedudukan bekalan bahan api negara masih stabil dan mencukupi."Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak panik dan meneruskan pembelian seperti biasa."Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan keadaan kekal terkawal |
|
Anggota polis ditempatkan di stesen minyak perkasa pemantauan ketirisan .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm # Anggota polis ditempatkan di stesen minyak perkasa pemantauan ketirisan bahan api KOTA KINABALU - Jemaah Menteri mempersetujui syormenempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakanpemantauan dan penguatkuasaan kerana peningkatan risiko ketirisan bahan api akibat krisis tenaga global, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali |
|
Pengusaha bas, van sekolah boleh mohon fleet card – KPDN - Kosmo - 11/04 3:46 pm PETALING JAYA Pengusaha bas dan van sekolah yang berdepan tekanan kos bahan api kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan mereka layak memohon kemudahan fleet card |
|
Anggota polis ditempatkan di stesen minyak, bendung ketirisan bahan api - Thempress - 11/04 3:11 pm KOTA KINABALU – Kerajaan memperkukuh kawalan di stesen minyak dengan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyokong operasi penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam… |
|
71.3 tan lebihan makanan diselamatkan Ramadan lalu - Armizan - Sinarharian - 11/04 1:54 pm KOTA KINABALU - Sebanyak 71.3 tan lebihan makanan berjaya diselamatkan sepanjang Ramadan lalu menerusi pelaksanaan Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kejayaan itu dicapai hasil kerjasama bersepadu antara kementerian bersama rakan strategik termasuk pihak industri, peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO)."Dalam menggerakkan inisiatif i-FB, sepanjang Ramadan lalu, KPDN bersama rakan strategik telah berjaya menyelamatkan sejumlah 71.3 tan lebihan makanan."Bagi negeri Sabah, sebanyak 2.6 tan makanan berjaya diselamatkan dan telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan."Program ini dilaksanakan di 119 bazar Ramadan di seluruh negara dengan penglibatan seramai 2,875 sukarelawan," katanya ketika ditemui pemberitapadaprogram Inisiatif i-FB Santuni Komuniti @ Dapur Kita-Kita bersama KPDN di sini pada Sabtu.Beliau berkata, pelaksanaan i-FB@Bazar Ramadan 2026 membuktikan keberkesanan pendekatan bersepadu dalam meminimumkan pembaziran makanan serta memperluas manfaat kepada komuniti yang memerlukan."Ini juga dapat mengurangkan lambakan sisa makanan di pusat-pusat pelupusan sampah."Inisiatif itu turut menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar melalui pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2)," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian melalui Sekretariat Inisiatif i-FB di bawah NACCOL sedang menyediakan Pelan Tindakan Food Bank Kebangsaan bagi memperkasa pelaksanaan inisiatif berkenaan."Ini termasuk mengenal pasti bentuk pengiktirafan yang wajar diberikan kepada pihak yang menunjukkan komitmen yang konsisten," katanya.Sementara itu, sebuah syarikat pembekal dan peruncit makanan sejuk beku halal, Jetsin Sdn Bhd yang beroperasi di sini, secara rasmi menyertai Inisiatif i-FB tersebut."Penyertaan ini dijangka dapat memperkukuh pelaksanaan program 'Dapur Kita-Kita', iaitu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sedia ada syarikat yang telah dimulakan sejak Disember 2024."Melalui inisiatif i-FB@Dapur Kita-Kita, sebanyak 200 pek bantuan makanan bermasak telah disalurkan kepada golongan memerlukan di sekitar Kota Kinabalu dengan penglibatan sukarelawan termasuk mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya. |
|
KPDN tahan pemandu Singapura isi RON95, sita kereta - Mgazette - 11/04 7:44 am # KPDN tahan pemandu Singapura isi RON95, sita kereta JOHOR BAHRU - Seorang pemandu warga Singapura menjadi individu pertama ditahan di negeri ini susulan larangan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan asing berkuat kuasa 1 April lalu. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, kejadian dikesan ketika pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan statik di sebuah stesen minyak di bandar raya ini |
|
Rumah tempat seleweng minyak masak di Mantin diserbu - Mgazette - 11/04 7:44 am # Rumah tempat seleweng minyak masak di Mantin diserbu KUALA LUMPUR - Kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi tumpas dalam satu operasi Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Mantin, Negeri Sembilan pada Selasa lalu |
|
Legasi DEB: Kemunculan elit, ketidaksamaan berterusan - FMT - 11/04 7:00 am Bagi banyak isi rumah gaji sukar menyaingi inflasi dan kos sara hidup terus meningkat. |
|
Memugar kedaulatan sumber negara: Menilai semula rasional harga minyak - Harakahdaily - 10/04 10:49 pm KENYATAAN YB Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS bahawa Malaysia tidak mempunyai sebab munasabah untuk menaikkan harga minyak domestik wajar dinilai secara objektif dan berasaskan realiti semasa. Dalam keadaan kos sara hidup yang terus meningkat, isu ini bukan lagi sekadar soal pelarasan harga, tetapi menyentuh persoalan yang lebih besar iaitu sejauh mana negara mengurus sumber […] The post Memugar kedaulatan sumber negara: Menilai semula rasional harga minyak appeared first on Harakahdaily . |
|
Kenderaan asing ditahan isi petrol RON95 - Sinarharian - 10/04 5:57 pm JOHOR BAHRU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor berjaya menggagalkan cubaan penyelewengan petrol RON95 melibatkan sebuah kenderaan berpendaftaran asing dipercayai dari Singapura dalam operasi penguatkuasaan di sekitar bandar raya ini pada Khamis.Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, kejadian dikesan ketika pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan statik di sebuah stesen minyak kira-kira jam 10 malam.Menurutnya, hasil pemerhatian mendapati kenderaan berpendaftaran asing tersebut sedang mengisi petrol RON95 ke dalam tangki sebelum tindakan segera diambil."Pegawai penguat kuasa menahan pemandu kenderaan itu daripada meneruskan pengisian petrol."Pemeriksaan lanjut turut dijalankan termasuk semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), resit pembelian serta rakaman percakapan pekerja stesen minyak," katanya dalam kenyataan.Lilis Saslinda berkata, hasil siasatan awal mengesahkan transaksi tersebut melibatkan petrol RON95 yang merupakan barang kawalan bersubsidi.Susulan itu, pihak KPDN Johor menyita sebuah kenderaan, rakaman CCTV, salinan resit pembelian serta dokumen berkaitan."Seorang lelaki warganegara asing berusia lingkungan 50-an yang juga pemilik kenderaan berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membeli petrol RON95 menggunakan kenderaan berpendaftaran asing," katanya.Berkuat kuasa 1 April 2026, pemandu kenderaan berpendaftaran asing yang membeli petrol RON95 bakal berdepan tindakan undang-undang.Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, langkah tersebut merupakan pengukuhan kepada kerangka perundangan sedia ada yang sebelum ini hanya meletakkan kesalahan kepada pengusaha stesen minyak. |
|
'Rafizi digesa bersara politik, henti beri kenyataan ganggu kestabilan negara' - Sinarharian - 10/04 4:33 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli digesa untuk bersara sepenuhnya daripada arena politik Malaysia.Aktivis politik, Faizan Mohd Nor berkata, ini kerana banyak tindakan Rafizi yang dilihat boleh menjejaskan persekitaran sosioekonomi negara sedia ada.Menurutnya, sedangkan rakyat kini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk peningkatan kos sara hidup seperti harga minyak yang semakin naik."Sudah tiba masanya Rafizi menghentikan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh mengganggu kestabilan negara, khususnya demi kepentingan politik peribadi."Kami merasakan semua pihak perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi rakyat."Fokus kami adalah kepada keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu |
|
Kenaikan harga diesel: MCA gesa kerajaan laksana pelarasan dasar tepat, .. - Mgazette - 10/04 3:59 pm Timbalan Setiausaha Organisasi MCA, Datuk Kang Meng Fuat berkata, ia termasuk mengkaji semula mekanisme subsidi bahan api, mengurangkan kos pengangkutan dan logistik serta menyediakan bantuan bersasar kepada perusahaan kecil dan sederhana. Selain itu, katanya, menstabilkan harga barangan makanan asas, serta memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah agar tekanan kos sara hidup tidak terus meningkat |
|
Anwar perlu fokus tangani krisis tenaga, bukan minta rakyat bersyukur .. - Mgazette - 10/04 3:59 pm "Kerajaan seharusnya terlebih dahulu berterima kasih kepada rakyat kerana mereka yang menanggung kesan dasar yang tidak berkesan, membayar harga inflasi dan terus memberi kepercayaan walaupun janji tidak ditunaikan, katanya dalam kenyataan hari ini. Tambah beliau, dalam situasi krisis tenaga global ketika ini, rakyat seharusnya melihat langkah berkesan kerajaan dalam mengawal inflasi, meringankan kos sara hidup serta meningkatkan kecekapan pentadbiran, bukannya mengalihkan perhatian kepada isu lain |
|
Bekalan minyak bulan ini, Mei terkawal ??? PM - Mgazette - 10/04 3:59 pm Sehubungan itu, katanya, beberapa kementerian kini sedang menjalankan kajian bagi mengenal pasti langkah terbaik untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh kumpulan-kumpulan terlibat. Tambahnya, kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara sambil meneliti pendekatan yang lebih menyeluruh dan berkesan dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup |
|
Bil Elektrik Melambung? PETRA Galak Rakyat Beralih ke Skim ‘Time of Use’ - Lobakmerah - 10/04 11:26 am Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) kini giat menggalakkan rakyat Malaysia untuk beralih kepada Skim Time of Use (ToU) dalam mendepani ketidaktentuan harga tenaga global. Langkah ini bukan sahaja bertujuan menyokong agenda kecekapan tenaga negara, malah bertindak sebagai solusi praktikal untuk mengurangkan beban kos sara hidup melalui penjimatan bil bulanan |
|
Kegiatan seleweng diesel terbongkar, rampasan lebih RM56,000 - Sinarharian - 10/04 10:39 am MANJUNG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya membongkar kegiatan penyelewengan diesel selepas merampas 5,070 liter bahan api bernilai lebih RM56,000 dalam satu operasi di Kampung Raja Hitam, Ayer Tawar di sini pada Khamis.Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi kira-kira jam 12.30 pagi itu dijalankan menerusi Op Tiris 4.0 dan Op Jeriji dengan kerjasama Pasukan Polis Marin melibatkan premis perniagaan kayu dan perkakasan.Menurutnya, hasil risikan mendapati, premis tersebut digunakan sebagai pusat transit pengumpulan diesel secara tidak sah."Ketika serbuan, seorang lelaki tempatan dikesan sedang memindahkan cecair disyaki minyak diesel dari sebuah lori tiga tan ke dalam tangki jenis IBC (Intermediate Bulk Container)."Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati lori tersebut telah diubah suai dengan pemasangan tangki fiber tambahan di bahagian belakang bagi menampung muatan diesel dalam kuantiti besar," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Beliau berkata, pihak penguat kuasa turut menemui lapan invois pembelian yang menunjukkan suspek membuat pembelian berulang di stesen minyak sama di Sitiawan bagi mengumpul stok."Bekalan tersebut kemudiannya disimpan di stor sebelum dijual semula kepada pasaran industri," katanya.Kamalludin berkata, selain diesel, pihak KPDN turur menyita pelbagai barangan antaranya sebuah lori tiga tan, satu skid tank, dua tangki IBC, dua pam elektrik, satu tangki fiber serta empat unit hos dengan nilai rampasan berjumlah RM56,371.40.Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974."Siasatan akan dijalankan terhadap stesen minyak yang disyaki terlibat termasuk kemungkinan pembatalan Lesen Controlled Supply Act (CSA) Runcit sekiranya didapati bersalah," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |