| /// |
|
| Search : Ketua Pembangkang News | Page 1 |
|
Lelaki maut motosikal, MPV bertembung Lelaki maut motosikal, MPV bertembung - Mgazette - 5/04 3:08 pm KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di kilometer 17, Jalan Like Heng-Mawai di sini hari ini |
|
Pelajar sekolah antara 16 ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Melaka .. - Mgazette - 5/04 3:08 pm # Pelajar sekolah antara 16 ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Melaka MELAKA Seramai 16 lelaki termasuk pelajar sekolah ditahan dalam Op Khas Bersepadu Motosikal di Jalan Paya Luboh, Tangga Batu di sini awal pagi tadi |
|
Amanah Muar batal penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Muar batal .. - Mgazette - 5/04 3:08 pm # Amanah Muar batal penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri MUAR - Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Muar membatalkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri pada tahun ini walaupun persiapan sudah dibuat |
|
Himpunan bantah harga minyak tidak selesai masalah – Faezuddin - Mgazette - 5/04 3:08 pm # Himpunan bantah harga minyak tidak selesai masalah - Faezuddin JOHOR BAHRU - Himpunan bantah kenaikan harga minyak yang digerakkan pembangkang hari ini tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya menjadi pentas pembangkang menunggang kemarahan rakyat |
|
Polis tahan seorang lelaki lakukan gangguan seksual di MRT Kajang - Mgazette - 5/04 3:08 pm # Polis tahan seorang lelaki lakukan gangguan seksual di MRT Kajang KUALA LUMPUR - Polis memberkas lelaki yang melakukan gangguan seksual di pintu masuk Stesen MRT Kajang, baru-baru ini |
|
Noraishah keluar PKR, ikrar sokong Rafizi - Mgazette - 5/04 3:08 pm PUTRAJAYA - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Putrajaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz mengumumkan penarikan dirinya daripada parti itu berkuat kuasa hari ini |
|
Aksi pandu lawan arus tular, polis buru pemandu kereta - Sinarharian - 5/04 3:05 pm KUALA LUMPUR Aksi sebuah kereta dipandu secara melawan arus di Jalan Klang Lama, di sini, pada Ahad mengundang padah apabila kejadian itu dirakam sebelum tular di media sosial.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung video tular itu pada jam 11.38 pagi, Ahad.Menurutnya, susulan itu, pihak JSPT Kuala Lumpur telah bertindak segera menjalankan semakan dan siasatan lanjut."Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 5 April, Ahad, kira-kira jam 9.44 pagi di Jalan Klang Lama."Pergerakan kenderaan itu dikesan bermula dari persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Sepadu sehingga ke persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Kuchai Lama dengan anggaran jarak kira-kira 500 meter," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, setakat semakan melalui sistem aduan, tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan.Menurutnya, polis telah mengarahkan usaha mengesan pemandu serta kenderaan terbabit bagi tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 |
|
Polis cari pemandu Proton Saga pandu lawan arus - Utusan - 5/04 2:56 pm PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemandu Proton Saga yang tular memandu secara melawan arus di Jalan Klang Lama dekat sini |
|
Kayak dinaiki pelajar IPG dipercayai terbalik kerana arus deras - Polis - Sinarharian - 5/04 2:47 pm SUNGAI PETANI - Siasatan awal polis mengesahkan tragedi membabitkan dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang maut semasa aktiviti kayak di perairan Pantai Merdeka pada Sabtu dipercayai akibat arus deras.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan bagaimanapun berkata, pihaknya akan merujuk kes berkenaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk siasatan lanjut."Polis merujuk kes ini kepada pihak maritim untuk siasatan lanjut," katanya.Selain itu, Hanyan berkata, kayak dinaiki mangsa dipercayai terbalik semasa kejadian.Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja ditemui sekitar jam 7.30 malam.Beliau juga memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa memakai jaket keselamatan ketika menjalankan aktiviti tersebut.Dalam kejadian pada Sabtu, dua mangsa dikenal pasti sebagai Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, dilaporkan lemas semasa menjalankan aktiviti kayak di Pantai Merdeka.Dalam masa sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua pelajar terbabit.Menurut kenyataan itu, bantuan segera sedang diuruskan kepada keluarga termasuk sokongan psikososial dan kebajikan.Kementerian juga memaklumkan siasatan dalaman telah dimulakan bagi meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP), di samping mengingatkan semua institusi pendidikan mematuhi garis panduan keselamatan semasa melaksanakan aktiviti luar. |
|
'Individu tidak layak masih berlegar-legar guna jawatan Ketua Pembangkang' - Muhyiddin - Sinarharian - 5/04 2:45 pm MUAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyuarakan kekecewaan terhadap Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) kerana pelantikan Ketua Pembangkang masih belum dibuat, sementara individu yang telah dipecat parti terus menggunakan jawatan itu.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menghantar surat mencadangkan pelantikan itu perlu dibuat segera, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil."Sudah tentu tidak wajar orang yang tidak layak masih berlegar-legar menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang."Kalau sudah kosong, isi...tak kan tak ada (calon) |
|
[VIDEO] Pemandu lawan arus di Jalan Klang Lama diburu - Kosmo - 5/04 2:40 pm KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang pemandu yang dirakam memandu melawan arus di Jalan Klang Lama selepas video kejadian itu tular di media sosial hari ini |
|
Teguran minum bawa maut - Kosmo - 5/04 2:35 pm KLANG – Hanya kerana menegur seorang penyelia pembinaan minum bersama rakannya membuatkan seorang pengawal keselamatan maut dibunuh selepas bergaduh di sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja di sini, hari ini |
|
Ketua cabang, wanita, pemuda bukan jaminan jadi calon –Anwar - Utusan - 5/04 2:35 pm JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya di Johor untuk menggerakkan jentera parti menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang |
|
Rafizi selamat dari usul digantung jawatan ketua cabang Pandan dengan 8 undi - Harapandaily - 5/04 2:15 pm Bekas Timbalan Presiden PKR yang juga Ketua Cabang PKR Pandan, Rafizi Ramli selamat dari usul untuk menggantung jawatan beliau oleh kawasan beliau sendiri, dengan kelebihan lapan undi sahaja |
|
Peserta paling tua tamat cabaran Mara Lasak 2.0 - Utusan - 5/04 2:13 pm PEKAN: Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Walid Abu Hassan, 63, membuktikan usia bukan penghalang apabila berjaya menamatkan larian sejauh 15 kilometer dalam program Mara Lasak Pahang 2.0 di Felda Chini, di sini |
|
'PN tiada masalah bincang tapi jangan sekadar ajak-ajak ayam' - Muhyiddin - Sinarharian - 5/04 2:13 pm MUAR Sebarang usaha perbincangan bersama pembangkang bagi menangani isu tenaga global ketika ini perlu dilakukan kerajaan secara ikhlas dan serius.Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendekatan terbuka kerajaan untuk melibatkan pembangkang dalam sebarang pasukan petugas disambut baik, namun ia mesti dilakukan dengan komitmen sebenar."Kita mengalu-alukan jika Perdana Menteri bersikap terbuka dalam hal ini, tetapi tidak boleh sekadar ajak-ajak ayam."Kita boleh duduk bersama berbincang kerana masalah ini melibatkan semua pihak dan membabitkan rakyat yang akan terkesan," katanya pada sidang akhbar Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Belia dan Sukan Pagoh pada Ahad.Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan membuka ruang seluas-luasnya kepada pembangkang serta mana-mana pihak yang berhasrat untuk berbincang bagi membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian menangani krisis tenaga global.Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menolak pelantikan Tan Sri Mohd Hassan Marican sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaras usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.Ujar Ahli Parlimen Pagoh itu, jawatan tertinggi dalam sebuah jawatankuasa penting itu sepatutnya digalas oleh Perdana Menteri sebagaimana beliau melakukannya ketika dunia dilanda pandemik Covid-19."Urusan seperti ini yang paling kritikal seharusnya dipimpin oleh Perdana Menteri sendiri |
|
Hamzah Zainuddin mahu kekal dalam PN, dakwa terima sokongan 19 Ahli Parlimen - Mdateline - 5/04 2:00 pm Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak menolak kemungkinan akan menyertai salah satu parti dalam Perikatan Nasional (PN) untuk meneruskan perjalanan politiknya bersama gabungan berkenaan |
|
Buah tak terusik, rupanya sudah lima hari meninggal dunia - Sinarharian - 5/04 1:21 pm SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu di kediamannya di Kampung Berapit, Tikam Batu sebelum disedari jiran pada Sabtu.Wanita berusia kira-kira 61 tahun itu dipercayai tinggal seorang diri serta tidak pernah berkahwin.Difahamkan, mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit serius.Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kejadian itu mula menimbulkan tanda tanya apabila buah yang dihantar ke rumah mangsa beberapa hari lalu tidak terusik."Buah yang dihantar empat hari lalu masih ada dan tidak disentuh |
|
Pelajar IPG lemas ketika berkayak: KPM siasat pematuhan SOP - Sinarharian - 5/04 12:58 am KANGAR - Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan kejadian dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang dilaporkan lemas ketika menjalani aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah, sedang dalam siasatan pihak berkuasa, selain kementerian itu turut memulakan siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi hari ini, KPM menegaskan penelitian menyeluruh sedang dijalankan bagi memastikan setiap garis panduan keselamatan dipatuhi dalam penganjuran Program Pendidikan Luar Kampus.Menurut KPM, semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya diingatkan supaya sentiasa memastikan setiap aktiviti luar mematuhi SOP yang berkuat kuasa, dengan aspek keselamatan peserta diberi keutamaan.Dalam masa sama, KPM turut menguruskan bantuan segera kepada keluarga mangsa serta menyediakan sokongan psikososial, selain memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kesejahteraan mereka yang terlibat."KPM menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua pelajar IPG Kampus Perlis yang mengalami kemalangan sewaktu mengikuti Program Pendidikan Luar Kampus pada Sabtu |
|
Pengawal keselamatan maut dipukul selepas tegur lelaki minum ketika buat rondaan - Sinarharian - 5/04 12:39 am KLANG [KEMAS KINI] Tindakan menegur seorang lelaki yang sedang minum bertukar tragedi apabila seorang pengawal keselamatan maut selepas dipukul dalam kejadian di sebuah pondok keselamatan di taman perumahan di Bandar Bukit Raja di sini pada awal pagi Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Polis S Vijaya Rao berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika mangsa berusia 40 tahun itu sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.Menurutnya, mangsa menegur suspek yang sedang minum bersama rakan sebelum berlaku salah faham antara mereka."Perselisihan itu kemudian bertukar menjadi pergaduhan sehingga mangsa diserang menggunakan objek tumpul."Mangsa yang mengalami kecederaan akibat serangan fizikal telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4.18 pagi ketika menerima rawatan.Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an kira-kira jam 10 pagi di Bukit Raja bagi membantu siasatan."Polis turut merampas sebatang besi pengunci kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut |
|
'Anwar jangan emosi dengan kritikan' - Pas - Sinarharian - 5/04 12:34 am KAMPAR Pas menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak bersikap emosi dalam menangani kritikan pembangkang berhubung isu semasa negara.Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, kenyataan pemimpin kerajaan perlu konsisten dan tidak bercanggah dengan pendirian terdahulu, khususnya berkaitan isu ekonomi dan pengurusan negara.Menurutnya, pembangkang sebelum ini telah lebih awal menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dalam mendepani krisis melibatkan ekonomi, keselamatan dan kesihatan."Ini isu bersama, bukan isu politik semata-mata |
|
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang - Sinarharian - 5/04 11:47 am KAJANG Seorang lelaki diberkas pada Sabtu susulan kes gangguan seksual di pintu masuk Stesen MRT Kajang, di sini.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, tangkapan dibuat pada Sabtu selepas pihaknya menjalankan siasatan berhubung video berdurasi 23 saat yang tular di aplikasi Threads."Video tersebut memaparkan kejadian dipercayai berlaku di Gate A stesen berkenaan pada Khamis kira-kira jam 6.15 petang."Suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang bagi permohonan perintah reman untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes gangguan seksual di sebuah Stesen MRT Kajang, di sini.Terdahulu, menerusi perkongsian di media sosial, seorang individu mendakwa kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggu di kawasan terbuka berhampiran tangga stesen sebelum didatangi seorang lelaki yang bertindak menyentuh bahagian badan mangsa tanpa kebenaran.Dalam perkongsian sama, mangsa menyatakan dia hanya menyedari kejadian tersebut selepas disentuh sebelum suspek bertindak melarikan diri |
|
Rahman berjiwa besar, beri laluan kepada pelapis, kata Naim - FMT - 5/04 10:54 am Naim Kurniawan Moktar menyifatkan keputusan Abdul Rahman Dahlan melepaskan jawatan ketua Umno Tuaran sebagai langkah menyuburkan perjuangan parti di peringkat akar umbi. |
|
Serangan AS, Israel ke tapak nuklear berisiko pencemaran radioaktif serantau - Iran - Mkini - 5/04 10:33 am Iran utus surat kepada SU Agung PBB, anggota Majlis Keselamatan PBB dan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa. |
|
Sambutan Aidil Fitri DUN Taman Templer meriah, kerajaan negeri komited pelihara kesejahteraan rakyat - Harapandaily - 5/04 9:24 am FOTO BERITA: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Taman Templer 2026 bersama YB Anfaal Saari ADUN Taman Templer merangkap EXCO EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat |
|
'Parti' saya mungkin sudah ada dalam PN - Hamzah - Sinarharian - 5/04 8:14 am KUALA NERUS - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin masih berteka-teki mengenai status 'rumah baharu' yang bakal diumumkan malah turut memberi bayangan bahawa wadah politik tersebut mungkin sebuah parti sedia ada yang kini berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjelaskan, kekeliruan timbul apabila beliau menggunakan istilah 'rumah baharu', sedangkan ia tidak semestinya merujuk kepada sebuah parti yang baharu ditubuhkan secara rasmi.Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelaskan, kekeliruan timbul apabila beliau menggunakan istilah 'rumah baharu', sedangkan ia tidak semestinya merujuk kepada sebuah parti yang baharu ditubuhkan secara rasmi."Dia bila kita kata rumah baharu tu, apakah ia merupakan parti baharu ataupun parti yang sedia ada? Jawapannya adalah tidak semestinya parti yang baharu ditubuhkan."Ya.. |
|
Sesi dialog rentas parti buka dimensi baharu politik negara – AMK - Mgazette - 5/04 8:02 am # Sesi dialog rentas parti buka dimensi baharu politik negara - AMK KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka ruang perbincangan rentas parti sebagai langkah yang membuka dimensi baharu dalam politik negara |
|
Ulang tahun ke-27: Apakah PKR masih berada di landasan perjuangan asal? .. - Mgazette - 5/04 8:02 am # Ulang tahun ke-27: Apakah PKR masih berada di landasan perjuangan asal? - Razeef KUALA LUMPUR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran, Razeef Rakimin membangkitkan persoalan mengenai semangat reformasi, keadilan dan keberanian melawan kezaliman yang menjadi tunjang kepada parti tersebut |
|
TH lancar inisiatif Haji Lestari, program kitar semula kain ihram terpakai - Mgazette - 5/04 8:02 am # TH lancar inisiatif Haji Lestari, program kitar semula kain ihram terpakai KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan, memaklumkan Lembaga Tabung Haji akan melaksanakan program Haji Lestari pada musim haji 1447H/2026M bagi menyokong usaha menjaga alam sekitar |
|
Reman suspek koperal pukul anggota tentera dilanjutkan hingga Isnin - Mgazette - 5/04 8:02 am # Reman suspek koperal pukul anggota tentera dilanjutkan hingga Isnin KUANTAN - Polis memperoleh perintah lanjutan reman terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal yang disyaki memukul tujuh rakan setugas, termasuk seorang yang cedera parah, di Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini, Isnin lepas |
|
Himpunan bantah kenaikan harga bahan api tak membantu tangani isu kos sara .. - Mgazette - 5/04 8:02 am # Himpunan bantah kenaikan harga bahan api tak membantu tangani isu kos sara hidup - AMK Johor JOHOR BAHRU - Himpunan bantah kenaikan harga bahan apiyang dianjurkan pihak pembangkangtidak membantu dalam menangani isu kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat ketika ini |
|
Tanah gambut terbakar beri kesan jangka panjang, kerugian kepada negara - Mgazette - 5/04 8:02 am # Tanah gambut terbakar beri kesan jangka panjang, kerugian kepada negara PEKAN - Kebakaran hutan tanah paya gambut boleh menjejaskan ekosistem unik yang melibatkan pelbagai biodiversiti di negara ini untuk jangka masa panjang |
|
Peniaga rugi RM190,800 ditipu urusan tukaran mata wang asing - Mgazette - 5/04 8:02 am # Peniaga rugi RM190,800 ditipu urusan tukaran mata wang asing SIBU - Seorang peniaga warga emas berusia lingkungan 60-an mengalami kerugian RM190,800 selepas menjadi mangsa penipuan urusan tukaran mata wang dalam talian yang tidak wujud |
|
2 individu ditemukan lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka - Mgazette - 5/04 8:02 am # 2 individu ditemukan lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka SUNGAI PETANI - Dua individu, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, dekat sini petang tadi |
|
Kerajaan pantau BDR penjawat awam, pastikan integriti terpelihara - Mgazette - 5/04 8:02 am # Kerajaan pantau BDR penjawat awam, pastikan integriti terpelihara IPOH Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan mempunyai kaedah tersendiri bagi memantau pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam |
|
Nelayan hilang ketika mencandat ditemukan lemas, hanyut sejauh 32km - Mgazette - 5/04 8:02 am # Nelayan hilang ketika mencandat ditemukan lemas, hanyut sejauh 32km KUANTAN Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas yang keluar mencandat sotong sejak tiga hari lalu akhirnya terjawab apabila mangsa ditemukan lemas di Pantai Laganda, Tanjung Gosong, Pekan, petang tadi |
|
Rahman Dahlan letak jawatan Ketua UMNO Tuaran - Mgazette - 5/04 8:02 am KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tuaran berkuat kuasa serta-merta |
|
Kuota Haji Malaysia 1447H penuh 100 peratus – Zulkifli - Mgazette - 5/04 8:02 am # Kuota Haji Malaysia 1447H penuh 100 peratus - Zulkifli KUALA LUMPUR Malaysia mengesahkan telah memenuhi 100 peratus kuota haji bagi musim 1447H, sekali gus menandakan persiapan jemaah negara ke Tanah Suci berada pada tahap akhir |
|
Konvoi Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah simbol perjalanan satu ummah .. - Mgazette - 5/04 8:02 am Acara kemuncak program itu akan berlangsung malam ini menerusi Pidato Penyatuan Ummah yang menghimpunkan barisan pemimpin pelbagai latar belakang. Antara pemimpin yang dijadual menyertai pidato tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin |
|
Anwar jangan mudah koyak, tersinggung ditegur isu kenaikan harga diesel .. - Mgazette - 5/04 8:02 am # Anwar jangan mudah koyak, tersinggung ditegur isu kenaikan harga diesel Andansura KUANTAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mudah melenting dalam menerima teguran rakyat berhubung isu kenaikan harga bahan api |
|
Samsuri nafi wujud perbezaan pandangan dalam PN soal Ketua Pembangkang - Mgazette - 5/04 8:02 am # Samsuri nafi wujud perbezaan pandangan dalam PN soal Ketua Pembangkang KUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar menafikan wujud sebarang krisis atau perbezaan pandangan dalam gabungan itu berhubung pemilihan calon Ketua Pembangkang di Parlimen |
|
Rumah baharu tidak semestinya parti baharu, Hamzah mahu kekal dalam PN - Utusan - 5/04 7:37 am KUALA NERUS: ‘Rumah baharu’ yang bakal disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak semestinya menubuhkan parti baharu, sebaliknya kemungkinan berada dalam parti sedia ada |
|
Bomba jimt bahan api bagi perkhidmatan bukan kritikal - FMT - 5/04 7:15 am Ketua pengarah Nor Hisham Mohammad mengarahkan pengarah bomba negeri mengadakan mesyuarat mingguan secara dalam talian bagi mengurangkan penggunaan kenderaan. |
|
Dua maut, tiga cedera nahas empat kenderaan - Sinarharian - 5/04 7:15 am KUALA LUMPUR - Dua lelaki maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 10.4 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dari arah Tol Ayer Panas menghala ke Ampang pada Sabtu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku jam 3.43 petang membabitkan tiga lori jenis Hicom dan Isuzu serta sebuah kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton."Siasatan awal mendapati sebuah lori berhenti di lorong tengah akibat kerosakan enjin sebelum sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah belakang gagal mengawal kenderaan lalu merempuh lori terbabit."Susulan itu, sebuah lagi lori berhenti bagi memberi bantuan, namun sebuah lori lain yang datang dari arah belakang dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar semua kenderaan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Mohd Zamzuri berkata, akibat kemalangan itu, dua lelaki masing-masing berusia 52 tahun dan 53 tahun maut di lokasi kejadian."Mangsa adalah seorang lelaki tempatan yang juga pemandu lori serta pemandu pikap dan seorang lelaki warga Bangladesh."Kedua-duanya berada di luar kenderaan ketika kejadian sebelum tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan," katanya.Menurutnya, tiga lagi individu iaitu dua lelaki berusia 43 dan 35 tahun serta seorang lelaki warga asing berusia 38 tahun cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut."Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu lori terakhir mengawal kenderaan sehingga melanggar kenderaan yang berhenti di lorong tengah."Ujian saringan pernafasan (EBA) terhadap pemandu terbabit didapati negatif, manakala ujian saringan air kencing masih dalam tindakan lanjut," katanya.Mohd Zamzuri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,'" katanya. |
|
Dua pelajar IPG lemas ketika berkayak - Sinarharian - 5/04 12:11 am SUNGAI PETANI - Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis dilaporkan lemas ketika sedang melakukan aktiviti kayak di Pantai Merdeka kira-kira jam 5 petang Sabtu.Difahamkan, kedua-dua mangsa berusia 20-an terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.Berdasarkan saksi kejadian, sekumpulan pelajar menaiki kira-kira 30 buah kayak bergerak dari Teluk Bayu di sini menuju ke Teluk Nipah di Pantai Merdeka.Bagaimanapun, secara tiba-tiba berlaku arus deras di muara Sungai Merbok menyebabkan beberapa kayak dinaiki pelajar terbalik.Operasi pencarian kemudian menemui dua orang mangsa dipercayai tersangkut di bawah pukat kira-kira jam 7.30 malam.Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat sementara beberapa pelajar yang dikesan trauma dihantar Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan, dua mangsa disahkan meninggal dunia."Kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya. |
|
Krisis tenaga global: Kerajaan beri perhatian serius, cari jalan penyelesaian - Ahmad Zahid - Sinarharian - 4/04 11:12 pm BAGAN DATUK - Kerajaan memberikan perhatian dan fokus serius terhadap usaha penyelesaian krisis tenaga global bagi mengelak kesannya terus membebankan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memainkan peranan penting dalam perkara itu dengan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi merangka langkah terbaik menangani situasi berkenaan.Menurutnya, kerajaan turut mendapatkan pandangan daripada pemain industri mengikut sektor bagi memastikan setiap keputusan yang diambil bersifat holistik dan praktikal."MTEN bermesyuarat setiap minggu dan memanggil peneraju industri untuk memberikan taklimat serta pandangan |
|
Ejen pelancongan gesa tindakan kerajaan susulan notis surcaj bahan api - Hotfm - 4/04 10:35 pm Ketua agensi pelancongan di Sabah berkata, syarikat penerbangan lain mungkin ikut jejak China Southern Airlines kenakan surcaj bermula 6 April. |
|
Ejen pelancongan gesa tindakan kerajaan susulan notis surcaj bahan api - FMT - 4/04 10:35 pm Ketua agensi pelancongan di Sabah berkata, syarikat penerbangan lain mungkin ikut jejak China Southern Airlines kenakan surcaj bermula 6 April. |
|
Kejohanan kedua bakal lonjak nama ABKL - Kosmo - 4/04 9:47 pm KUALA LUMPUR – Komuniti digital tempatan, Adik Beradik Kuala Lumpur (ABKL) memiliki misi lebih besar apabila memiliki perancangan untuk menganjurkan Adik Beradik Tournament Arena 2026 November depan |
|
Rahman Dahlan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Tuaran - Sinarharian - 4/04 8:51 pm KOTA KINABALU - Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.Bagaimanapun, difahamkan bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu masih kekal sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.Beliau berkata, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada kepimpinan tertinggi parti, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Abdul Rahman yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Sabah berkata, peletakan jawatan tersebut dibuat atas pertimbangan peribadi dan bukan disebabkan sebarang masalah dalam UMNO Sabah."Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk hala tuju politik dan peranan saya selepas ini," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan portal berita tempatan.Sementara itu, memetik laporan FMT, Rahman yang juga bekas menteri berkata, situasi semasa politik UMNO Sabah memerlukan pemimpin 'berdarah muda' untuk memastikan kelangsungannya.Sebelum itu, kali terakhir beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kerusi Parlimen Kota Belud namun ditewaskan oleh calon Parti Warisan (Warisan), Isnaraissah Munirah Majilis.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu, beliau dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (PRN) Tempasuk namun mengambil keputusan untuk menarik diri. |
|
Madani Mart 'copy' KR1M - Pemuda MCA - Sinarharian - 4/04 7:05 pm SHAH ALAM - Pemuda MCA menyifatkan pelaksanaan Madani Mart hanya mengulangi konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, inisiatif yang diperkenalkan kerajaan itu dilihat sekadar penjenamaan semula program termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH)."Ketika BN melancarkan KR1M, pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH) ketika itu mengkritiknya secara keras menyifatkannya sebagai pembaziran dana awam, penyelesaian jangka pendek, serta menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kronisme."Kini, apabila PH berada dalam kerajaan, konsep yang sama diperkenalkan semula dengan nama baharu |
|
JAKIM Tegaskan Tiada Kompromi, Sijil Halal Ditarik Susulan Penemuan Berus Bulu Babi - Lobakmerah - 4/04 6:13 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Wanita antara 9 ditahan disyaki terlibat kes samun berkumpulan - Sinarharian - 4/04 5:50 pm KUCHING - Sembilan individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat kes samun berkumpulan di sebuah rumah di Goodwill Garden, Batu Niah, Miri.Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kejadian pada 27 Mac lepas itu, mangsa melaporkan sekumpulan suspek dipercayai telah memecah masuk melalui pintu hadapan ketika mangsa berada di dalam rumah."Suspek kemudian bertindak menahan mangsa dan melarikan pelbagai barangan berharga, termasuk dua unit telefon bimbit, sebuah tablet serta dua bentuk cincin emas."Bertindak atas maklumat dan melalui pelaksanaan Ops Casa oleh pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, lima suspek berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan diterima," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.Mohd Farhan berkata, susulan itu empat lagi suspek ditahan semasa operasi mengesan dijalankan dan merampas barangan dipercayai milik mangsa iaitu seunit telefon bimbit serta dua cincin emas bagi membantu siasatan.Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati kesemua suspek berusia antara 17 dan 48 tahun, positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan |
|
Tiada kelibat wakil UMNO pada Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah - Sinarharian - 4/04 5:36 pm Cuma terpulang kepada mereka sama ada dapat hadir atau tidak."Ada yang memaklumkan tidak dapat hadir kerana bertembung dengan program parti mereka sendiri, jadi tidak mengapa. Asalkan kita sudah menghantar jemputan."Mungkin tidak berkesempatan dalam program ini, kita boleh bertemu pada masa lain dalam pertemuan majlis, perbincangan, mesyuarat dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas perasmian program tersebut di sini pada Sabtu.Mengulas mengenai penganjuran kali ini, Ahmad Samsuri berkata, ijtimak tersebut merupakan program berkala yang dilaksanakan bagi mengukuhkan perpaduan ummah."Ini adalah program berkala yang biasa kita laksanakan dari semasa ke semasa, tidak semestinya setiap tahun, dan kali ini merupakan penganjuran kali kelima."Terengganu dipilih menjadi tuan rumah dan objektif penganjuran ini saya rasa semua sudah sedia maklum," jelasnya.Menyentuh mengenai pengisian program tersebut, beliau berkata, acara kemuncak akan berlangsung malam ini dengan menampilkan kepimpinan daripada pelbagai latar belakang bagi berkongsi pandangan menerusi Pidato Penyatuan Ummah."Malam ini adalah pidato daripada wakil kepimpinan dalam negara kita, daripada pelbagai latar belakang."Kita memberi ruang kepada setiap kelompok untuk menyatakan pandangan dan ucapan mereka," katanya.Selain Ahmad Samsuri, lapan pemimpin yang terlibat dalam pidato tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya; dan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa. |
|
Krisis tenaga global: Malaysia tentukan dasar sendiri, jalin hubungan baik - PM - Sinarharian - 4/04 5:19 pm IPOH - Malaysia menegaskan komitmennya untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara serta menentukan dasar sendiri sebagai sebuah negara merdeka, termasuk dalam mengurus cabaran krisis tenaga global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, pendekatan berkecuali dan terbuka itu penting, bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara khususnya ketika ketidaktentuan geopolitik memberi tekanan kepada ekonomi global.Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak bergantung kepada persetujuan mana-mana kuasa besar dalam menentukan dasar negara, sebaliknya membuat keputusan sendiri sebagai negara berdaulat."Kita kena berkawan dengan semuanegara Malaysia ini bebas dan merdeka, kita putuskan sendiri dasar kita," kata beliau berucap pada Majlis Jalinan Mesra Madani Taman Perpaduan Koperasi Tambun di pekarangan Masjid Ar-Rashid, di sini pada Sabtu.Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa hubungan baik Malaysia dengan negara Arab dan Teluk termasuk Iran, membolehkan komunikasi serta kerjasama berterusan, selain memastikan laluan kapal negara melalui Selat Hormuz kekal terbuka."Walaupun negara kita ini tidaklah negara besar, kita bersyukur kerana semua negara Arab dan negara Teluk yang terlibat telah menghubungi kita, termasuk Presiden Iran," kata Perdana Menteri.Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza di Palestin, termasuk melalui misi penghantaran bekalan makanan dan ubat-ubatan.Perdana Menteri berkata, beliau turut berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bagi memastikan laluan ke Rafah dibuka, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza.Beliau berkata, rakyat di Gaza berdepan kebuluran dan Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha bantuan sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib mereka.Semalam, Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan Datuk Seri Amirudin Shari akan mewakili Perdana Menteri untuk mengetuai Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0.Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu akan menyampaikan 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan terus mencari penyelesaian terbaik dalam menghadapi krisis tenaga global, termasuk memberi perhatian kepada golongan peniaga, petani dan nelayan."Saya tak kata tak ada masalah |
|
Pelantikan Ketua Pembangkang selesai dalam masa terdekat - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 4/04 4:34 pm KUALA TERENGGANU Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta semua pihak agar bersabar berhubung keputusan pelantikan Ketua Pembangkang dalaman gabungan itu yang dijangka selesai dalam tempoh terdekat.Beliau memberi jaminan bahawa perkara yang sedang dibincangkan ketika ini berjalan mengikut proses ditetapkan."Ada beberapa proses yang perlu dilaksanakan, insya-ALLAH |
|
Reman koperal didakwa pukul tujuh anggota tentera dilanjutkan dua hari lagi - Sinarharian - 4/04 4:29 pm BENTONG Perintah reman terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal yang disyaki memukul tujuh rakan setugasnya di Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD di sini Isnin lalu, dilanjutkan selama dua hari lagi.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, permohonan sambungan reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan."Reman suspek berusia 37 tahun itu dilanjutkan bermula dari 5 hingga 6 April ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.Jelasnya, ziasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa terlibat.Terdahulu, media melaporkan seorang anggota tentera berusia 24 tahun dilaporkan koma manakala enam lagi rakan setugasnya cedera selepas dipercayai dipukul dalam kejadian kira-kira jam 8 malam di kawasan kem berkenaan.Mangsa yang koma dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan alat pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.Siasatan awal mendapati kesemua mangsa merupakan anggota tentera berusia antara 19 hingga 22 tahun dan bukannya pelatih seperti yang tular di media sosial sebelum ini.Suspek sebelum ini telah ditahan reman selama empat hari bermula 1 hingga 4 April bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen sama. |
|
MATTA Fair: Sia Sitok Sarawak 2026 tawar pakej percutian jimat 40 peratus - Sinarharian - 4/04 4:17 pm KUALA LUMPUR - Kempen Sia Sitok Sarawak 2026 secara rasminya dilancarkan dengan memperkenalkan promosi terhad khas buat pengunjung MATTA Fair April 2026 iaitu penjimatan sehingga 40 peratus bagi pakej percutian ke negeri tersebut.Bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), pengunjung berpeluang merasai sendiri kepelbagaian budaya negeri itu dan mendapatkan pakej percutian berbaloi di Pavilion Sarawak dari 3 hingga 5 April ini.Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Datuk Dennis Ngau berkata, pelancaran kempen tersebut bertujuan menggalakkan pelancong untuk meneroka Sarawak sambil menikmati tawaran perjalanan eksklusif yang disediakan oleh pengendali pelancongan profesional dan berlesen.Menurut beliau, inisiatif itu menekankan fokus berterusan Sarawak terhadap pasaran domestik, dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk meneroka destinasi tersebut melalui pengalaman pelancongan yang disusun rapi dan berbaloi.Jelasnya lagi, Sia Sitok Sarawak 2026 hadir pada waktu yang tepat iaitu menjadikan perjalanan lebih mampu milik dan mudah diakses, di samping membuka peluang menikmati pelbagai pengalaman di seluruh negeri."Pelancong domestik sentiasa menjadi teras kepada perkembangan pelancongan Sarawak dan sokongan kukuh mereka sejak beberapa tahun lalu menyumbang secara signifikan terhadap pertumbuhan stabil yang kita lihat hari ini."Ketika kita melangkah dalam Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), inisiatif seperti Sia Sitok Sarawak membolehkan STB berhubung secara langsung dengan pelancong dan menjemput mereka merasai pelbagai keunikan di Sarawak."Jadi, pengunjung MATTA Fair April 2026 boleh ambil peluang ini untuk menikmati penjimatan sehingga 40 peratus bagi pakej percutian Sarawak yang terpilih dengan tempoh perjalanan sah sehingga 15 Disember," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media pelancaran kempen Sia Sitok Sarawak 2026 bertempat di Pavilion Sarawak, MATTA Fair April 2026, di sini pada Sabtu.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Dr Sharzede Datu Haji Salleh Askor dan Pengerusi MATTA Chapter Sarawak, Oscar Choo Chon Foong.Promosi menampilkan lebih 80 pakej percutian yang disusun khas dengan kerjasama 17 pengendali pelancongan berlesen Sarawak di mana setiap satunya direka sebagai pengalaman perjalanan sekurang-kurangnya tiga hari dua malam (3H2M) menggabungkan penginapan, lawatan dan itinerari terpilih.Di Sarawak Selatan, Kuching menampilkan keunikan warisan, kemeriahan budaya serta akses yang mudah ke kawasan hidupan liar dan taman negara.Sarawak Tengah yang berpusat di Sibu pula memperkenalkan pengalaman menyusuri Sungai Rajang, lawatan ke rumah panjang tradisional dan interaksi budaya autentik.Sementara itu, Sarawak Utara membawa pengunjung dari bandar pesisir Miri ke tapak warisan UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Niah, selain keindahan tanah tinggi yang sejuk di Bario.Selain pakej pelancongan tersusun, pengunjung turut digalakkan merancang perjalanan selari dengan kalendar acara Sarawak di mana negeri itu menganjurkan lebih 110 acara sepanjang tahun ini.Antaranya, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2026 yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Jun depan di Kampung Budaya Sarawak.Diiktiraf sebagai antara festival muzik paling unik di Asia Tenggara, acara tersebut bakal menampilkan artis tempatan dan antarabangsa seperti Datuk M Nasir, The Commodores yang menampilkan Thomas McClary serta Incognito selain bengkel interaktif pada waktu siang serta pertukaran budaya berlatarbelakangkan hutan hujan Borneo.Selepas festival tersebut, lebih 70 acara lain akan terus berlangsung di seluruh negeri, merangkumi pelbagai pengalaman budaya, gaya hidup dan sukan.Sepanjang tiga hari MATTA Fair April 2026 berlangsung, pengunjung Pavilion Sarawak turut berpeluang merasai budaya Sarawak melalui pelbagai pameran interaktif.Antaranya termasuk persembahan muzik tradisional menggunakan sape dan seruling hidung, demonstrasi kraftangan secara langsung, sulaman keringkam, lukisan batik, sesi kuiz serta pemberian cenderamata. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |