///
See Also: Shutterstock

Search : Keselamatan News   Page 1    



Bolt Catat Lonjakan 40% Pada Tahun Pertama di Malaysia - Careta - 16/12 8:06 am

Perkembangan Bolt setahun ini turut diperkukuhkan dengan pelbagai ciri baharu seperti integrasi caj tol automatik dalam tambang aplikasi, PIN Matching untuk keselamatan penumpang, serta pilihan Bolt Executive dan Bolt Business yang menyasarkan pengguna korporat





Op Mabuk:Enam lelaki ditahan, 10 saman dikeluarkan - Mgazette - 16/12 8:00 am

Menurutnya, 10 keping saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Operasi sedemikian akan kerap dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin dan tidak berlaku sebarang kecelakaan yang tidak diingini, ujarnya





Tangani isu UEC secara matang, berprinsip - Mgazette - 16/12 8:00 am

Pendidikan yang berjaya katanya, bukan sahaja menghormati kepelbagaian ilmu dan budaya tetapi memperkukuh identiti kebangsaan dan kesetiaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Tambahnya, Pejuang Johor kekal komited untuk pendidikan yang berlandaskan prinsip kenegaraan, meritokrasi dan keadilan untuk semua rakyat.- MalaysiaGazette Program RXZ Members Ride 3.0 yang diadakan selama dua hari sejak Jumaat lalu telah memberi kesan serius terhadap rutin harian penduduk, ketenteraman awam serta keselamatan jalan raya di negeri ini





Kren runtuh dua maut: Seorang mangsa parah dibenar keluar hospital Kren .. - Mgazette - 16/12 8:00 am

Mengulas lanjut, Malakoff memaklumkan pihaknya giat melaksanakan siasatan dalaman insiden terbabit dan memberitahu Operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin berjalan seperti biasa. "Malakoff akan bekerjasama rapat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak berkuasa pengawal seliaan berkaitan bagi mengenal pasti punca kejadian





Konvensyen 153 satu peringatan keras mengenai masa depan orang Melayu - Mgazette - 16/12 8:00 am

Ibrahim menegaskan, sejarah tidak akan menilai perjuangan melalui slogan atau konvensyen semata-mata, sebaliknya melalui keberanian untuk bertindak dan berkorban, sambil mengingatkan bahawa generasi hari ini akan dihakimi sama ada sebagai pejuang sebenar atau sekadar pelakon di pentas politik. MalaysiaGazette Program RXZ Members Ride 3.0 yang diadakan selama dua hari sejak Jumaat lalu telah memberi kesan serius terhadap rutin harian penduduk, ketenteraman awam serta keselamatan jalan raya di negeri ini





Kampung Bukit Sapi dipilih Kampung Angkat MADANI, perkasa pembangunan .. - Mgazette - 16/12 8:00 am

Satu lagi inisiatif yang amat bermakna di bawah Program Kampung Angkat Madani adalah Program Selenggara Elektrik Rumah Impian atau SERI. Program itu dilaksanakan khusus untuk membantu golongan B40 bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan keselesaan elektrik di rumah mereka, tetapi juga memberi peluang kepada para pelatih TVET GIATMARA untuk mengaplikasikan kemahiran sebenar yang telah mereka pelajari di lapangan





Label komuniti RXZ Members gangguan sangat memalukan ??? Danial Al-Rashid - Mgazette - 16/12 8:00 am

# Label komuniti RXZ Members gangguan sangat memalukan Danial Al-Rashid KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid menyifatkan kenyataan yang melabelkan komuniti RXZ Members sebagai 'gangguan ketenteraman dan keselamatan awam' sebagai sangat memalukan





Sukarelawan tidak gentar angkat senjata lindungi kampung di sempadan Thailand - Utusan - 16/12 8:00 am

BURIRAM: Kira-kira 10 kilometer dari sempadan Thailand-Kemboja yang dipertikaikan, seorang petani yang kini bertugas sebagai pengawal keselamatan kampung, Narongchai Putthet berdiri di sekatan jalan raya dengan senapang tergantung di bahunya, lengkap berseragam biru gelap





Kren runtuh: Dua masih dirawat, siasatan dalaman dijalankan - Sinarharian - 15/12 10:02 pm

PONTIAN - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) memaklumkan seorang daripada tiga kakitangan kontraktor yang cedera dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Tanjung Bin, Kukup di sini pada Sabtu lalu, sudah dibenar keluar hospital."Dua lagi masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan perubatan."Keadaan mereka akan terus dipantau dengan rapi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Dalam kejadian pada Sabtu, dua pekerja, Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.Mengulas lanjut, Malakoff memaklumkan pihaknya giat melaksanakan siasatan dalaman insiden terbabit dan memberitahu operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin berjalan seperti biasa."Malakoff akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak berkuasa pengawal seliaan berkaitan bagi mengenal pasti punca kejadian."Keselamatan dan integriti operasi kami kekal sebagai keutamaan tertinggi dan kami komited terhadap ketelusan sepanjang proses ini," katanya.Dalam pada itu, syarikat berkenaan turut menzahirkan dukacita atas kehilangan dua kakitangan kontraktor dalam insiden terbabit.





Cubaan seludup dua spesies ungka RM6,000 ke India gagal - Sinarharian - 15/12 7:40 pm

SEPANG - Cubaan menyeludup dua spesies ungka melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini digagalkan selepas pemeriksaan bagasi mengesan imej mencurigakan pada Ahad.Operasi dijalankan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasam Polis Bantuan KLIA Terminal 1 dan pegawai keselamatan syarikat penerbangan.Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan bagasi itu dijalankan kira-kira jam 8 malam."Pemeriksaan lanjut menemui dua ekor ungka bernilai RM6,000 yang disorokkan dalam bagasi."Anggota operasi telah menahan seorang wanita tempatan berusia 38 tahun bagi membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Tambahnya, dipercayai wanita itu akan berlepas menaiki pesawat ke Mumbai, India pada jam 7.50 petang.Tegasnya, wanita terbabit telah dibawa ke Balai Polis Aeropolis untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]."Barang kes yang disita telah dibawa ke Pejabat Perhilitan KLIA untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.





SKMM dipuji laksana peruntukan deeming bagi keselamatan digital - FMT - 15/12 6:45 pm

Platform pesanan internet dan media sosial utama dianggap pemegang lesen penyedia perkhidmatan secara automatik bermula 1 Jan.





Platform media sosial dianggap berlesen automatik mulai 2026 SKMM - Wrlr - 15/12 6:21 pm

Pendekatan ini juga selaras dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025 bagi mengukuhkan akauntabiliti serta pematuhan terhadap undang-undang Malaysia. Inisiatif ini bagi memastikan semua platform terlibat untuk memikul tanggungjawab yang lebih jelas terhadap keselamatan pengguna, khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan keluarga, maklum SKMM dalam kenyataan





Peruntukan Deeming cerminkan prinsip akauntabiliti - Sinarharian - 15/12 6:20 pm

PUTRAJAYA- Inisatif Peruntukan Deeming mencerminkan prinsip akauntabiliti yang menjadi teras kepada Akta 866 iaitu memastikan penyedia perkhidmatan mempunyai tanggungjawab jelas terhadap keselamatan pengguna bagi melindungi golongan rentan khususnya kanak-kanak daripada kemudaratan dalam talian seperti buli siber, penipuan kewangan, eksploitasi dan penyebaran kandungan memudaratkan.Bahagian Hal Ehwal UndangUndang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) berkata, langkah itu adalah signifikan bagi melengkapkan pelaksanaan dan memperkukuh matlamat utama Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) dengan memastikan penyedia perkhidmatan beroperasi secara teratur di bawah kerangka kawal selia negara tanpa menjejaskan kesinambungan operasi platform global."Inisiatif itu juga dilaksanakan dengan mengambil kira keseimbangan antara keselamatan dalam talian dan kebebasan bersuara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ujar BHEUU, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC), kementerian dan agensi yang berkaitan serta pihak berkepentingan untuk memastikan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 berjalan secara berfasa, telus dan berkesan, termasuk melalui mekanisme Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian seliaan bahagian itu yang dtubuhkan di bawah akta tersebut."Kerajaan kekal komited untuk membina ekosistem digital yang selamat, beretika dan bertanggungjawab di samping memastikan kemajuan teknologi dimanfaatkan tanpa mengorbankan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan awam rakyat," jelas BHEUU.Terdahulu, MCMC mengumumkan semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai 8 juta atau lebih pengguna di Malaysia akan secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula 1 Januari 2026, melalui pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Langkah itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka undang-undang serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan.





Op Mabuk: Enam lelaki ditahan, 10 saman dikeluarkan - Sinarharian - 15/12 5:55 pm

KLUANG Polis menahan enam lelaki tempatan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Mabuk yang dijalankan sekitar bandar Kluang dan Simpang Renggam selama tiga hari bermula JumaatKetua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, operasi itu dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.Menurutnya, enam lelaki berusia antara 22 hingga 50 tahun ditahan sepanjang tempoh operasi berkenaan."Dua daripada mereka ditangkap di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda antara RM5,000 hingga RM15,000," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, empat lagi lelaki ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan)."Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun jika disabitkan," jelasnya.Menurut Bahrin, semua suspek direman selama dua hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan seramai 25 individu bersama 31 buah kenderaan diperiksa sepanjang operasi dijalankan.Katanya, sebanyak 10 saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik."Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin serta mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kesalahan trafik boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPD Kluang di talian 07-7784222, talian terus 07-7784256, hotline 07-7766822 atau Tablet DCC 014-3656822.





Peruntukan Deeming perkukuh keselamatan siber - KPN - Sinarharian - 15/12 4:34 pm

KUALA LUMPUR - Inisiatif Peruntukan Deeming yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Isnin mampu tangani ancaman jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak serta pelbagai ancaman lain.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif MCMC itu."Ekosistem digital kini menuntut pendekatan pengawalseliaan yang lebih responsif bagi menangani ancaman seperti jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyebaran kandungan ekstremisme dan penyalahgunaan platform digital."Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen bersama untuk melindungi anak bangsa Malaysia dan memastikan mereka selamat dalam persekitaran siber masa hadapan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Khalid berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan MCMC dan agensi lain melalui pendekatan 'whole-of-government' bagi memastikan mekanisme baharu yang sedang dimuktamadkan dapat meningkatkan keberkesanan siasatan."Selain itu, memperkukuh perkongsian maklumat, serta mempercepatkan tindakan terhadap kandungan atau aktiviti berbahaya di ruang digital," katanya.Beliau berkata, polis komited melaksanakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang semasa dan meningkatkan kesiapsiagaan dalaman bagi memastikan kerangka keselamatan digital yang bakal diperkenalkan dapat disokong dengan berkesan."Kita yakin bahawa pelaksanaan rangka kerja baharu ini akan meningkatkan perlindungan kepada rakyat, memantapkan integriti ruang digital negara dan memperkukuh kerjasama antara kerajaan serta penyedia platform digital."Langkah ini turut menjadi asas penting dalam memastikan keselamatan generasi masa hadapan terutama kanak-kanak dan keluarga terjamin dalam landskap siber yang semakin mencabar," katanya.Terdahulu media melaporkan semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula 1 Januari 2026, melalui pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.MCMC memaklumkan langkah itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka undang-undang serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan.Pendekatan itu juga selaras dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu, bagi mengukuhkan akauntabiliti serta pematuhan terhadap undang-undang Malaysia.





Peruntukan Deeming tingkatkan keselamatan murid daripada jenayah siber - KPM - Sinarharian - 15/12 4:05 pm

PUTRAJAYA- inisiatif Peruntukan Deeming terhadap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial dapat meningkatkan keselamatan murid dan seluruh warga pendidikan daripada ancaman jenayah siber seperti eksploitasi seksual, penipuan dan penyalahgunaan platform digital.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, pihaknya menyambut baik langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan inisiatif tersebut dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara yang teratur, konsisten dan berkesan."KPM akan meningkatkan kerjasama dengan semua pemegang taruh termasuk MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aspek keselamatan digital dalam kalangan murid dan warga pendidikan dapat terus dipertingkatkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu, MCMC mengumumkan semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai 8 juta atau lebih pengguna di Malaysia akan secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula 1 Januari 2026, melalui pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Langkah itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka undang-undang serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan.





Pemuliharaan Seri Negara amanah besar buat Khazanah Nasional - Sinarharian - 15/12 3:57 pm

KUALA LUMPUR - Pemuliharaan Seri Negara merupakan suatu amanah besar yang cukup istimewa buat Khazanah Nasional Bhd, kata Pengarah Urusannya, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.Beliau berkata, matlamat mereka bukan sekadar memulihkan sebuah bangunan tetapi untuk menghidupkan semula semangat dan kisah yang telah membentuk perjalanan sejarah negara.Katanya, Khazanah Nasional turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan atas kepercayaan untuk memulihara bangunan ikonik yang begitu penting dalam lipatan sejarah negara."Kami berharap agar Seri Negara akan terus berkembang menjadi ruang yang inklusif, mencetus inspirasi, dan sebuah tempat di mana rakyat Malaysia serta para pelancong dapat menghargai sejarah dan warisan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis penyempurnaan pemuliharaan Seri Negara serta pembukaan rasminya.Seri Negara merupakan salah satu bangunan paling bersejarah di Malaysia yang menjadi lokasi termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, iaitu detik penting menuju kemerdekaan negara.Bangunan itu dibina pada 1896 oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral British pertama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan dijadikan kediaman rasmi beliau sejak 1904.Usaha pemuliharaan dan peremajaan Seri Negara diterajui oleh Khazanah Nasional sebagai sebahagian daripada program Dana Warisan.Di bawah inisiatif nasional Warisan KL, Khazanah telah diamanahkan untuk memelihara dan memperbaharui lapan bangunan bersejarah Malaysia yang penting, iaitu Seri Negara dan Carcosa di Bukit Carcosa, serta Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) yang merangkumi Bangunan Sultan Abdul Samad, Pejabat Pos Lama, bekas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Panggung Bandaraya, bekas Pejabat Ukur FMS dan Muzium Tekstil Negara.Selain itu, sebuah jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Seri Negara dan Carcosa ke Taman Botani Perdana Kuala Lumpur juga akan dibina.Menerusi pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri memaklumkan, Khazanah Nasional memperuntukkan RM600 juta bagi kerja-kerja membaik pulih Seri Negara.Amirul Feisal berkata, pelaburan ini sejajar dengan strategi domestik Khazanah yang bertujuan memperkukuh ketersambungan dan memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab ekonomi dan budaya yang dinamik dan rancak bagi menjana nilai jangka panjang, memperkasa jati diri nasional serta merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan, rekreasi dan industri kreatif tempatan.Katanya, sektor pelancongan berupaya menjana kesan pengganda lebih dua kali ganda dalam merangsang ekonomi tempatan."Seri Negara hanyalah titik permulaan. Khazanah akan terus bekerjasama rapat bersama agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan rakan strategik untuk menghidupkan semula bangunan-bangunan yang telah dipulihara ini sebagai ruang budaya awam, perantaraan pendidikan, dan simbol kebangsaan untuk generasi akan datang," katanya.Kerja pemulihan Seri Negara yang dilaksanakan dalam tempoh masa 10 bulan mengekalkan ciri-ciri asal seni bina bangunan tersebut, di samping meningkatkan aspek keselamatan, kebolehcapaian, dan kemudahan awam bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat berkunjung, mengalami serta menghayati semula warisan negara.Seri Negara akan menempatkan Galeri Seri Negara yang meraikan perjalanan negara menuju kemerdekaan dan bertujuan mendidik orang ramai mengenai tempoh bermakna dalam sejarah Malaysia.Turut disediakan ialah sebuah kafe dan restoran dikendalikan oleh Serai Group, menawarkan pengalaman menjamu selera yang bernostalgia, mencerminkan keindahan warisan Seri Negara di samping meraikan kepelbagaian hidangan terbaik Malaysia.Semuka Cafe kini dibuka kepada orang awam manakala Serai House akan dibuka secara tempahan sahaja buat sementara waktu.Sebagai bangunan berstatus Warisan Negara, pengunjung perlu mendaftar melalui program Sahabat Seri Negara untuk melawat Galeri Seri Negara.Pendaftaran boleh dibuat melalui www.serinegara.com.my dan pengunjung boleh memilih slot masa yang diingini.Para pendaftar akan menerima maklumat lanjut mengenai cara menempah slot lawatan serta menyertai program yang bakal diperkenalkan.





KPWKM perkukuh kerjasama rentas agensi demi keselamatan ruang digital kanak-kanak - Sinarharian - 15/12 3:40 pm

PUTRAJAYA- Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus melaksanakan serta memperkukuh pelbagai inisiatif perlindungan kanak-kanak yang menyeluruh termasuk program kesedaran keselamatan dalam talian, penguatkuasaan perundangan berkaitan serta kerjasama strategik dan bersepadu.Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu seiring dengan usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam memperkukuh kawal selia serta meningkatkan tahap keselamatan ruang digital di Malaysia."Pendekatan kolaboratif inipenting bagi memastikan langkah pencegahan, pengesanan awal dan perlindungan dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tegasnya, langkah pengukuhan kawal selia digital amat signifikan dalam konteks perlindungan kanak-kanak, memandangkan mereka semakin terdedah kepada pelbagai risiko dalam talian termasuk eksploitasi seksual, penipuan,gangguan siber serta pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai dan berbahaya."Perlindungan kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama."Persekitaran digital yang lebih selamat bukan sahaja membantu melindungi kesejahteraan kanak-kanak malah memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan keluarga dalam membimbing penggunaan teknologi secara lebih bertanggungjawab," jelas Nancy.Menurutnya, masyarakat digalakkan untuk tampil melaporkan sebarang kebimbangan atau kes berkaitan keselamatan kanak-kanak dan keluarga agar tindakan segera dapat diambil.Sebarang laporan katanya, boleh disalurkan melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam bagi memastikan bantuan dan perlindungan disampaikan tanpa kelewatan."Usaha memperkukuh keselamatan ruang digital ini memerlukan kesedaran, kebersamaan dan komitmen berterusan daripada semua pihak demi memastikan kanak-kanak dapat membesar dalam persekitaran yang selamat, sejahtera dan terlindung selaras dengan hasrat kerajaan untuk memelihara kesejahteraan keluarga dan masyarakat secara menyeluruh," katanya.Mulai tahun depan, rakyat Malaysia di bawah umur 16 tahun akan dilarang daripada mewujudkan akaun media sosial yang merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan untuk memperkukuh keselamatan dalam talian golongan bawah umur melalui peraturan pengesahan baharu.Usaha memperkukuh kawal selia ruang digital kini menjadi antara keutamaan kerajaan susulan peningkatan risiko keselamatan dalam talian, khususnya melibatkan kanak-kanak.Pelbagai pihak termasuk MCMC dan agensi penguat kuasa memberi tumpuan kepada pematuhan undang-undang oleh platform digital, kawalan kandungan berbahaya serta tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam memastikan persekitaran siber yang lebih selamat untuk pengguna.





Polis masih kesan suspek kes tembak, tikam anggota di Simpang Pulai - Sinarharian - 15/12 3:39 pm

IPOH - Polis masih giat mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kes menembak dan menikam seorang anggota di Simpang Pulai, sebelum mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah kereta yang dipandunya pada 7 September lepas.Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek terbabit dipercayai kini berada di luar negara dan usaha mengesan individu berkenaan sedang dijalankan secara berterusan dengan kerjasama Bukit Aman serta beberapa agensi dan pihak berkaitan."Siasatan terhadap kes berkenaan masih diteruskan dan polis tidak menolak sebarang kemungkinan bagi menjejaki suspek yang kini dalam tindakan pihak berkuasa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya (OPS Kerja) Tahun 2025 di Unisem Ipoh di sini pada Isnin.Dalam perkembangan sama, Noor Hisam berkata, anggota polis yang mengalami kecederaan akibat ditembak dalam kejadian itu telah dipindahkan semula ke negeri kelahirannya di Sarawak atas faktor kebajikan bagi memudahkan rawatan susulan."Pihak polis akan terus komited menjalankan siasatan sehingga suspek berjaya dikesan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan suspek.Dalam kejadian itu, polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai terkena tembakan pada bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek





Elon Musk Perlekeh Waymo, Dakwa Mereka (Waymo) Tidak Pernah Berpeluang Atasi Tesla - Careta - 15/12 3:36 pm

Latar Belakang Perselisihan Musk dan Waymo Kenyataan Musk itu tercetus selepas perbualan tentang data keselamatan terbaharu Waymo





53.9 peratus lepasan SPM pilih TVET, hampiri sasaran 70 peratus RMK-13 - Mgazette - 15/12 3:30 pm

Sementara itu, UniKL BMI dalam satu kenyataan memaklumkan lawatan kerja Ahmad Zahid itu mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan institusi berkenaan sebagai peneraju pembangunan modal insan TVET khususnya dalam sektor tenaga elektrik, elektronik, semikonduktor, telekomunikasi dan bioperubatan elektronik Pada sesi lawatan kerja itu Ahmad Zahid turut merasmikan bangunan Sustainable Energy Living Lab (SELL), bangunan net-zero/energy-plus pertama di Malaysia yang dilengkapi teknologi penjanaan dan pengurusan tenaga pintar bagi menyokong agenda peralihan tenaga negara. MalaysiaGazette Program RXZ Members Ride 3.0 yang diadakan selama dua hari sejak Jumaat lalu telah memberi kesan serius terhadap rutin harian penduduk, ketenteraman awam serta keselamatan jalan raya di negeri ini





Penyedia khidmat internet, media sosial disifatkan berdaftar pemegang .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm

Pendekatan itu juga selaras dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu, bagi mengukuhkan akauntabiliti serta pematuhan terhadap undang-undang Malaysia. Inisiatif ini juga bagi memastikan semua platform terlibat untuk memikul tanggungjawab yang lebih jelas terhadap keselamatan pengguna khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan keluarga, katanya





Ambil langkah proaktif perkukuh sistem kesiapsiagaan hadapi risiko banjir .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm

Sebelum ini, Gelombang Monsun Kedua dijangka melanda Pantai Timur, Johor, Sabah dan Sarawak mulai 5 hingga 8 Disember membawa hujan berterusan ke seluruh kawasan terlibat. Sehubungan itu, penduduk digesa untuk bersiap sedia, mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga keselamatan diri





Mangsa pelaburan koperasi rugi cecah RM4.9 juta, MHO mohon polis siasat .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm

MHO mencadangkan agar PDRM mempertimbangkan untuk menjalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi memastikan keadilan kepada mangsa yang menanggung kerugian besar. Ini bukan sekadar melibatkan kerugian kewangan, sebaliknya turut membabitkan kepercayaan dan keselamatan pelabur awam di negara ini





Langkah signifikan MCMC lengkapkan Akta Keselamatan Dalam Talian – .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm

# Langkah signifikan MCMC lengkapkan Akta Keselamatan Dalam Talian - BHEUU JPM KUALA LUMPUR - Menyifatkan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial dengan jumlah pengguna berskala besar sebagai berdaftar melalui mekanisme Peruntukan Deemin merupakan langkah signifikan bagi melengkapkan pelaksanaan dan memperkukuh Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866)





Kes acu pistol: Albert Tei, isteri sedia bantu siasatan polis - Mgazette - 15/12 3:30 pm

Tetapi siasatan masih berlangsung dan kita masih mencari dan mengumpul keterangan dan bukti-bukti lain, katanya lagi. MalaysiaGazette Program RXZ Members Ride 3.0 yang diadakan selama dua hari sejak Jumaat lalu telah memberi kesan serius terhadap rutin harian penduduk, ketenteraman awam serta keselamatan jalan raya di negeri ini





19 pegawai AKPS KLIA kena tindakan tatatertib - Mgazette - 15/12 3:30 pm

Unit Komunikasi Korporat AKPS KLIA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua mereka didapati bersalah oleh Lembaga Tatatertib (LTT) yang bersidang pada 12 Disember lalu. Menurutnya, antara kesalahan itu termasuk tidak hadir bertugas dan melanggar prosedur kerja berkaitan cap keselamatan masuk serta keluar negara





Tapak warisan tak boleh jadi ruang eksklusif untuk golongan elit sahaja .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm

"Ruang ini mesti milik rakyat, kanak-kanak sekolah, anak muda Malaysia dan rakyat biasa supaya mereka dapat memahami bahawa kemerdekaan datang dengan pengorbanan, perjuangan, keringat dan air mata," katanya. - MalaysiaGazette Program RXZ Members Ride 3.0 yang diadakan selama dua hari sejak Jumaat lalu telah memberi kesan serius terhadap rutin harian penduduk, ketenteraman awam serta keselamatan jalan raya di negeri ini





Kekalahan waris Kesultanan Sulu??tak bermaksud ancaman terhadap Sabah .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm

Sebaliknya, pemerhati politik tempatan, Mohd. Zaki Harry Susanto berkata, ancaman dari sudut keselamatan, geopolitik serta kedaulatan Sabah masih wujud dan perlu diberi perhatian serius





Kampung Angkat MADANI: MDIO siapkan infrastruktur RM1 juta di Jeram Besu - Mgazette - 15/12 3:30 pm

Projek di bawah pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI 2025 itu mencerminkan komitmen kerajaan memperkukuh pembangunan desa melalui pendekatan 'whole of government'. Majlis peluncuran projek tersebut disempurnakan dengan kehadiran Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Razali Alias, yang mewakili kepimpinan tertinggi sektor keselamatan dan kerajaan negeri





Buletin Kineta Kini Tawar Pemasangan Pengecas Ev Semua Jenama Di Malaysia .. - Mekanika - 15/12 3:30 pm

# KINETA KINI TAWAR PEMASANGAN PENGECAS EV SEMUA JENAMA DI MALAYSIA **KINETA Sdn Bhd mengumumkan peluasan perkhidmatannya dengan menawarkan pemasangan profesional pengecas EV pelbagai jenama utama AC dan DC seperti ZD Energy, Wallbox, Joint, Sino dan lain-lain di seluruh negara.** Inisiatif ini mengukuhkan komitmen KINETA dalam menyokong penggunaan EV melalui penyelesaian pengecasan yang selamat, boleh dipercayai dan mematuhi piawaian bagi kediaman serta premis komersial. Menurutnya, perkhidmatan pemasangan ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang dengan standard keselamatan serta spesifikasi pengeluar





10 lokasi baharu kamera Awas tahun hadapan – MOT - Kosmo - 15/12 2:19 pm

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan





Suami Kongsi Pesan Ibu Pasal 2 Benda Penting Bila Pilih Rumah - Siakapkeli - 15/12 1:55 pm

Sebaliknya, ia melibatkan isteri yang dicintai dan anak-anak yang bakal membesar di bawah lindungan kita. Soal makan pakai, emosi, keselamatan dan masa depan semuanya perlu […] The post Suami Kongsi Pesan Ibu Pasal 2 Benda Penting Bila Pilih Rumah appeared first on Siakap Keli .





Ismail Sabri lulus viva PhD UUM, tesis fokus pengurusan krisis Covid-19 - Sinarharian - 15/12 1:53 pm

SINTOK Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakar satu lagi pencapaian peribadi apabila berjaya melepasi sesi viva Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Isnin.Peperiksaan lisan yang berlangsung di Bilik Viva, Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), UUM itu menyaksikan beliau lulus dengan pindaan kecil.Tesis bertajuk Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 20202022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik Covid-19 meneliti pendekatan kerajaan dalam menangani krisis kesihatan awam sepanjang tempoh pandemik.Perkara tersebut selaras dengan pengalaman beliau sebagai Perdana Menteri ketika negara berdepan cabaran getir tersebut.Sesi viva tersebut dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Kamarul Azman Khamis, Prof Datuk Dr Sivamuragan Pandian pula bertindak sebagai pemeriksa luar manakala Prof Madya Dr Nazariah Osman sebagai pemeriksa dalaman.Ismail Sabri dibimbing oleh tiga penyelia iaitu Prof Dr Rusdi Omar selaku penyelia utama yang juga Dekan GSGSG, serta Prof Madya Dr Che Mohd Aziz Yaacob dan Prof Madya Dr Jessica Ong Hai Liaw sebagai penyelia kedua dan ketiga.Bagaimanapun, kelulusan penuh masih tertakluk kepada keputusan rasmi Senat Universiti seperti yang ditetapkan dalam prosedur akademik institusi pengajian tinggi tersebut.Ketibaan beliau di kampus UUM pagi Isnin disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed yang kini menjalankan fungsi Naib Canselor.





Platform pesanan Internet, media sosial lebih 8 juta pengguna dianggap berdaftar mulai 2026 - MCMC - Sinarharian - 15/12 1:02 pm

PUTRAJAYA - Semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula 1 Januari 2026, melalui pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan langkah itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka undang-undang serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan."Pendekatan ini juga selaras dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang dikuatkuasakan pada 1 Jan 2025 bagi mengukuhkan akauntabiliti serta pematuhan terhadap undang-undang Malaysia," menurut kenyataan MCMC pada Isnin.Menurut MCMC, Peruntukan Deeming bertujuan memastikan semua platform terlibat memikul tanggungjawab yang lebih jelas terhadap keselamatan pengguna, khususnya bagi melindungi kanak-kanak dan keluarga."Pelaksanaan Peruntukan Deeming ini akan dikenakan ke atas penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria ditetapkan, termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, berkuat kuasa 1 Januari 2026," menurut kenyataan itu.MCMC memaklumkan penyedia perkhidmatan yang telah berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) akan kekal berdaftar, dan pelaksanaan itu hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh pendaftaran sedia ada tamat.Suruhanjaya turut menegaskan bahawa penyedia perkhidmatan yang terlibat akan terus beroperasi menerusi platform global masing-masing seperti biasa, dan pendekatan itu sejajar dengan amalan antarabangsa dalam mengawal selia platform dalam talian berskala besar."MCMC akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memperkukuh keselamatan dalam talian, terutamanya kanak-kanak dan keluarga, demi manfaat semua pengguna di Malaysia," menurut kenyataan itu





19 pegawai AKPS KLIA dikenakan tindakan tatatertib - Sinarharian - 15/12 11:57 am

SEPANG Seramai 19 pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikenakan tindakan tatatertib selepas didapati terlibat dalam pelbagai kesalahan yang melibatkan pelanggaran integriti dan prosedur kerja.AKPS KLIA dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, keputusan itu dibuat hasil persidangan Lembaga Tatatertib pada Jumaat."Seramai 19 pegawai terlibat didapati bersalah atas pelbagai kesalahan antaranya tidak hadir bertugas, langgar prosedur kerja berkaitan cap keselamatan masuk/keluar negara."Kesemua mereka dikenakan tindakan tatatertib antaranya amaran, tangguh pergerakan gaji serta penurunan gaji, ia selaras dengan peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa," katanya.Selain itu, AKPS KLIA turut membuka 43 kes siasatan tatatertib melibatkan isu integriti pegawai berhubung pelbagai kesalahan, termasuk pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP), prosedur dan peraturan kerja."Iq melibatkan penggunaan cap keselamatan masuk dan keluar negara, kawalan pemeriksaan kaunter serta kesalahan berkaitan amalan 'flying passport' dan 'counter setting' yang menjejaskan integriti kawalan sempadan negara," katanya.AKPS KLIA menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran integriti, terutamanya dalam aspek kawalan masuk dan keluar negara yang merupakan elemen kritikal keselamatan negara





Insiden Putra Heights, Tragedi FRU & Nahas UPSI Antara Coretan Duka 2025 - Siakapkeli - 15/12 11:00 am

Insiden Putra Heights, Tragedi FRU & Nahas UPSI Antara Coretan Duka 2025 KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Tahun 2025 turut dikenang dengan rentetan beberapa peristiwa tragis memilukan dan menggemparkan negara yang bukan sahaja meragut nyawa tetapi turut membuka ruang kepada penilaian aspek keselamatan, tahap kesiapsiagaan dan kesedaran awam





Malaysia, UAE perkukuh kerjasama pertahanan strategik - Sinarharian - 15/12 11:00 am

SHAH ALAM Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus memperkukuh kerjasama pertahanan strategik dua hala menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan sempena lawatan kerja dua hari Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke negara itu.Mohamed Khaled berkata, MoU tersebut menandakan satu perbatuan penting dalam hubungan strategik MalaysiaUAE, khususnya dalam memperluas skop kerjasama pertahanan secara lebih menyeluruh dan berpandangan jauh."Jika sebelum ini kerjasama lebih tertumpu kepada aspek ketenteraan, MoU ini meluaskan kerjasama merangkumi penyelidikan pertahanan, pembangunan keupayaan baharu serta pengeluaran produk pertahanan yang memberi manfaat bersama."Diharapkan MoU ini akan membuka lembaran baharu kerjasama pertahanan Malaysia-UAE yang lebih kukuh, saling melengkapi dan berpaksikan keamanan serta kestabilan serantau dan sejagat," katanya.Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena lawatan kerja ke UAE yang turut merangkumi pertemuan dua hala bersama Minister of State for Defence Affairs UAE, Mohamed Bin Mubarak Fadhel Al Mazrouei di Kementerian Pertahanan UAE, Abu Dhabi.Mohamed Khaled berkata, pihak UAE turut mengalu-alukan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia untuk menjalin kerjasama dengan EDGE Group, sebuah konglomerat teknologi dan pertahanan milik Kerajaan UAE."Saya juga berpeluang membentangkan keupayaan negara dalam bidang semikonduktor dan komponen aeroangkasa yang dilihat berpotensi untuk menyokong rantaian bekalan produk pertahanan EDGE Group pada masa hadapan."Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk terus memperkukuh perkongsian maklumat, pembangunan modal insan, kerjasama pertahanan serta pembangunan inisiatif baharu yang membawa manfaat bersama," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata Malaysia turut mencadangkan kolaborasi latihan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kapal kelas Gowind milik UAE sebagai sebahagian daripada persediaan mengoperasikan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Malaysia yang menggunakan teknologi sama."Cadangan ini disambut baik oleh pihak UAE dan akan diteliti dengan lebih lanjut dari segi bentuk serta keperluan latihan yang bersesuaian," katanya.Sempena lawatan kerja itu juga, Mohamed Khaled berkesempatan mengadakan kunjungan ke Kedutaan Besar Malaysia di UAE, Abu Dhabi.Beliau menzahirkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin serta seluruh warga kedutaan atas komitmen dalam memperkukuh hubungan dua hala MalaysiaUAE, termasuk dalam aspek diplomasi pertahanan dan pemeliharaan kepentingan rakyat Malaysia di luar negara."Saya berharap usaha-usaha ini akan terus menyumbang kepada pengukuhan keselamatan dan keamanan serantau serta sejagat, di samping mempererat hubungan strategik MalaysiaUAE dalam bidang pertahanan," katanya.Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MINDEF, Mohd Yani Daud; Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman serta Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik MINDEF, Datuk Muhammad Ammir Haron





Akta Keselamatan Dalam Talian untuk lindungi bukan kawal pengguna, kata SKMM - FMT - 15/12 11:00 am

Undang-undang itu benarkan kerajaan bertindak terhadap penyedia platform media sosial yang gagal tapis keluar kandungan bahaya.





Ternak kambing guna ilmu perang - Kosmo - 15/12 8:20 am

KUALA PILAH Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mahir dalam ilmu navigasi peperangan di laut dan darat, menggunakan sepenuhnya segala pengalaman dimilikinya dalam bidang keselamatan makanan untuk haiwan ternakan





Kren Runtuh: JKKP keluar dua notis larangan, penutupan lokasi kejadian - Mgazette - 15/12 8:16 am

# Kren Runtuh: JKKP keluar dua notis larangan, penutupan lokasi kejadian JOHOR BAHRU - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengeluarkan dua notis larangan dan arahan penutupan lokasi kejadian kren runtuh di sebuah loji jana kuasa semalam, sehingga siasatan selesai dijalankan





Kawasan runtuhan struktur kren di fasiliti janakuasa elektrik Pontian .. - Mgazette - 15/12 8:16 am

# Kawasan runtuhan struktur kren di fasiliti janakuasa elektrik Pontian diarah tutup KUALA LUMPUR Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengesahkan menerima laporan berhubung satu insiden kemalangan maut melibatkan runtuhan struktur kren di sebuah fasiliti janakuasa elektrik di Daerah Pontian semalam





Nasib penjaga stor jadi contoh pentingnya RUU Lindung 24 jam - Mgazette - 15/12 8:15 am

# Nasib penjaga stor jadi contoh pentingnya RUU Lindung 24 jam GEORGE TOWN - Nasib seorang penjaga stor yang patah kaki akibat kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja terbela apabila rayuan tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang dikemukakan berjaya, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim





Kren runtuh: Jenazah Muhammad Amaluddin selamat dikebumikan - Sinarharian - 14/12 5:28 pm

JOHOR BAHRU - Jenazah mangsa kejadian kren runtuh di sebuah loji janakuasa semalam, Muhammad Amaluddin Hisamudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah pada 3.45 petang tadi.Pengebumian Muhammad Amaluddin, 22, dihadiri ratusan ahli keluarga dan sahabat terdekat serta wakil syarikat Malakoff.Terdahulu, solat jenazah dilakukan di rumah keluarganya di Jalan Nusa Perintis di sini, selepas semua urusan di Unit Forensik Hospital Pontian selesai pada jam 2 petang.Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa Muhammad Alfarid Ahmad, 19, akan dikebumikan di Tanah Merah, Kelantan.Ahli keluarga dua mangsa terlibat mula berada di Hospital Pontian pada jam 9 pagi bagi menguruskan urusan berkaitan jenazah.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata siasatan masih dijalankan dengan pihaknya sedang menunggu laporan pihak berkaitan."Kami masih menunggu laporan penuh bomba dan Tanjung Bin sebelum kenyataan dikeluarkan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.Semalam, dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kren mengangkat arang batu runtuh di kawasan loji janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian pada kira-kira 1 tengah hari dengan kejadian juga menyebabkan kebakaran kecil.Mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini.Susulan kejadian itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu supaya siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan dengan pihak pengurusan loji serta kontraktor terlibat diarahkan memberi kerjasama penuh.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan polis dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal terlibat mengenal pasti punca kejadian





Kren runtuh: JKKP keluar dua notis larangan, lokasi insiden ditutup - Sinarharian - 14/12 4:56 pm

JOHOR BAHRU Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor telah mengeluarkan dua notis larangan serta mengarahkan penutupan kawasan lokasi kemalangan maut susulan insiden runtuhan struktur kren di sebuah fasiliti janakuasa elektrik di Pontian, pada Sabtu.JKKP Johor dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan berkaitan insiden tersebut pada jam 12.10 tengah hari dan segera menggerakkan pasukan penyiasat ke tempat kejadian."Berdasarkan maklumat awal yang diterima, insiden ini melibatkan lima pekerja kontraktor yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di fasiliti berkenaan."Semasa aktiviti tersebut dijalankan, struktur kren runtuh, mengakibatkan dua pekerja meninggal dunia, manakala tiga pekerja lain cedera dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan tersebut.Tambah kenyataan itu lagi, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan."Tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994."Di bawah akta ini, hukuman maksimum terhadap majikan ialah denda sebanyak RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan," katanya.JKKP Johor turut memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius setiap kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan menasihatkan semua majikan agar lebih cakna terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menggesa siasatan yang rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, Pontian.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, dalam satu kenyataan, menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya JKKP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal terlibat, untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mahadir Mamat, dilaporkan berkata dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kren yang mengangkat arang batu runtuh dalam kejadian di Loji Janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian, kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu.Mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan kira-kira jam 3 petang sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala tiga lagi pekerja lelaki tempatan yang cedera dibawa ke Hospital Pontian sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan.





Pikul guni masuk hutan taktik seludup dadah di sempadan - Sinarharian - 14/12 3:27 pm

ALOR SETAR Penyeludupan dadah menggunakan guni yang dipikul sejauh kira-kira empat kilometer melalui hutan Durian Burung, Padang Terap, terbongkar apabila seorang lelaki warga asing ditahan.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek ditahan bersama sembilan guni mengandungi 331 bungkusan dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai hampir RM11 juta.Menurutnya, taktik terbaharu penyeludupan itu dikesan menggunakan laluan hutan dengan sanggup berjalan kaki memikul guni berisi dadah merentasi sempadan MalaysiaThailand, kononnya bagi mengaburi pihak berkuasa."Bagaimanapun, seorang lelaki warga Thailand berusia 37 tahun ditahan sepasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika operasi khas di kawasan hutan berkenaan pada jam 4.30 pagi, 9 Disember lalu, setelah menyedari ada pergerakan mencurigakan."Kita dimaklumkan rakan suspek lain berada kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian untuk memantau pergerakan pasukan keselamatan





Fadillah mahu siasatan rapi insiden runtuhan, kebakaran kren Loji .. - Mgazette - 14/12 3:14 pm

# Fadillah mahu siasatan rapi insiden runtuhan, kebakaran kren Loji Janakuasa Malakoff KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff di Pontian, Johor semalam. Menerusi satu kenyataan, beliau menggesa pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal terlibat, mengenal pasti punca sebenar kejadian





RXZ Members Ride ganggu kententeraman, keselamatan awam – DAP Melaka - Mgazette - 14/12 3:14 pm

# RXZ Members Ride ganggu kententeraman, keselamatan awam - DAP Melaka MELAKA - Program RXZ Members Ride 3.0 yang diadakan selama dua hari sejak Jumaat lalu telah memberi kesan serius terhadap rutin harian penduduk, ketenteraman awam serta keselamatan jalan raya di negeri ini





Putra dakwa kerajaan gagal tangani isu banjir, pemandu mabuk - Mgazette - 14/12 3:14 pm

# Putra dakwa kerajaan gagal tangani isu banjir, pemandu mabuk KUALA LUMPUR - Kerajaan didakwa gagal mempamerkan visi strategik apabila lebih menumpukan isu-isu kecil berbanding menangani masalah besar yang menjejaskan nyawa, keselamatan serta ekonomi rakyat





DAP Melaka jangan sensasikan himpunan RXZ – Exco - Mgazette - 14/12 3:14 pm

"Tindakan tegas terhadap pelanggaran undang-undang adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa dan kerajaan negeri menyokong sepenuhnya langkah tersebut," tegasnya lagi. Tambah beliau, kerajaan negeri akan terus menyokong penganjuran acara komuniti yang membawa manfaat ekonomi dan sosial kepada rakyat Melaka, namun tidak akan pernah sesekali berkompromi terhadap keselamatan dan pematuhan undang-undang





Bab pemandu mabuk kamu bisu, RXZ pula pukul rata ??? Dr... - Mgazette - 14/12 3:14 pm

Menurut beliau, kritikan terhadap penganjuran RXZ adalah tidak adil apabila keseluruhan program dihukum hanya disebabkan tindakan segelintir peserta yang melanggar peraturan jalan raya. "Yang kecam sebab ada segelintir peserta tidak mematuhi peraturan jalan raya, langgar lampu isyarat dan menunggang bertentangan arah, itu patut ditegur dan dikecam kerana melibatkan keselamatan nyawa orang lain





Pandu Uji Xpeng G6 2025, 10-80% 12 Minit Je Caj…. Read More - Mekanika - 14/12 3:14 pm

Platform ini mengetengahkan sistem 800V, digandingkan dengan suspensi double wishbone di roda hadapan dan multilink di roda belakang. Otak kepada platform ini dipacu oleh cip NVIDIA Orin Driving Chip, yang bertindak mengawal motor elektrik, sistem kawalan kuasa bateri dan juga aspek keselamatan





PATI sanggup sembunyi atas bumbung, elak dicekup - Sinarharian - 14/12 9:52 am

JOHOR BAHRU Tindakan nekad beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba melarikan diri dengan bersembunyi di atas bumbung bangunan didapati gagal apabila taktik itu di kesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor yang melakukan serbuan mengejut di kawasan Johor Jaya, awal pagi Sabtu.Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, Ops Sapu bermula pada kira-kira jam 12.10 tengah malam itu melibatkan 24 pegawai dan anggota penguat kuasa dari Bahagian Penguatkuasa Negeri Johor.Jelas beliau, serbuan dijalankan hasil risikan dan aduan awam mengenai kehadiran warga asing yang dipercayai menetap serta bekerja secara haram di rumah kedai dan rumah kediaman sekitar kawasan berkenaan."Ketika serbuan dijalankan, sebahagian warga asing terbabit cuba meloloskan diri dengan memanjat dan bersembunyi di bahagian atas bumbung bangunan, namun berjaya dikesan serta diberkas oleh pasukan penguat kuasa."Hasil operasi ini, seramai 49 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Menurut Mohd Rusdi, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga Indonesia, 12 lelaki warga Myanmar, 11 lelaki warga Pakistan, lapan lelaki warga Bangladesh, 12 wanita warga Myanmar serta empat wanita warga Indonesia, berusia antara 20 hingga 49 tahun."Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan individu terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan."Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika bagi siasatan lanjut serta tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya.Dalam pada itu, JIM Negeri Johor menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran PATI serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara





30 rumah musnah dalam kebakaran besar di Kampung Sri Aman, Tawau - Sinarharian - 14/12 9:20 am

TAWAU - Sebanyak 30 buah rumah tidak kekal di perkampungan atas air musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran besar yang berlaku lewat malam tadi di Kampung Sri Aman, Lorong Jade 4, Jalan Apas.Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.23 malam, dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.Komander Operasi, PBK I Suheizan Sahak berkata, kebakaran melibatkan struktur rumah papan dan kayu yang terbakar 100 peratus."Operasi pemadaman dijalankan secara berperingkat menggunakan kaedah Pemadaman Pertama, Kedua dan Ketiga, dengan bantuan beberapa aliran pancutan air serta sumber air terbuka dari laut," katanya.Bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang operasi, pasukan bomba turut menggunakan pam angkut dan sistem relay air daripada jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta Water Tanker.Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke kawasan berhampiran, sekali gus menyelamatkan kira-kira 300 buah rumah lain di sekitar lokasi kejadian.Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.44 tengah malam, dan operasi ditamatkan pada jam 3.10 pagi selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan bagi memastikan tiada risiko bahaya susulan.Seramai 24 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi ini, melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Kunak serta Bomba Komuniti Kampung Titingan.Operasi turut mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sabah Electricity dan Jabatan Air.Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian tersebut





Dua maut insiden kren runtuh: Siasatan dalaman dilakukan - Mgazette - 14/12 8:16 am

Malakoff turut memaklumkan bahawa kawasan terjejas telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga dan siasatan akan dimulakan sebaik sahaja operasi menyelamat selesai sepenuhnya. "Keselamatan dan kesejahteraan semua kakitangan yang terlibat kekal sebagai keutamaan tertinggi kami, katanya





Berapa daerah di Johor berpotensi banjir susulan hujan berterusan mula esok - Mgazette - 14/12 8:16 am

Menurut Onn Hafiz, agensi-agensi utama di peringkat negeri dan daerah juga berada dalam mod siap siaga, dengan pasukan operasi bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sekiranya keadaan memerlukan tindakan segera. "Saya menyeru seluruh Bangsa Johor agar sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan cuaca terkini daripada sumber rasmi dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya





Enam remaja 15-18 tahun ditahan berlumba, buat aksi ???Superman’ - Mgazette - 14/12 8:16 am

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Kumarasan Muniandy berkata, remaja remaja terbabit berumur antara 15 hingga 18 tahun dicekup hasil operasi dan pemantauan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah itu. "Semua remaja terbabit dipercayai melakukan aksi meniarap di atas motosikal ketika berlumba tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain, sekali gus membahayakan nyawa orang awam





ASEAN kecam serangan udara ke atas hospital Mynmar, gesa hentikan keganasan - Sinarharian - 14/12 12:20 am

KUALA LUMPUR - ASEAN menggesa semua pihak di Myanmar mengambil tindakan konkrit serta-merta untuk menghentikan keganasan sembarangan dan menamatkan serangan terhadap orang awam serta infrastruktur awam, berikutan serangan udara ke atas sebuah hospital di barat Negeri Rakhine pada Rabu.Menurut Kenyataan Pengerusi ASEAN yang dikeluarkan pada Sabtu, ASEAN meluahkan kebimbangan mendalam dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara ke atas Hospital Mrauk-U, yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 31 orang awam dan mencederakan sekurang-kurangnya 76 yang lain.Kenyataan itu menyatakan bahawa serangan menyasarkan orang awam dan kemudahan perubatan, melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva 1949 dan tidak boleh diterima serta tidak selaras dengan prinsip yang termaktub dalam Piagam ASEAN."Kami mengucapkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang berdukacita dan komuniti terjejas, semoga mereka yang cedera agar cepat sembuh."Kami menggesa semua pihak di Myanmar mengambil tindakan konkrit untuk segera menghentikan keganasan sembarangan, hentikan serangan sasaran terhadap orang awam dan infrastruktur awam, mengamalkan tahap berhemah tertinggi dan memastikan perlindungan serta keselamatan semua orang awam dan infrastruktur awam," menurut kenyataan itu.ASEAN mengulangi seruannya untuk pelaksanaan penuh gencatan senjata diperluas dan dilanjutkan di seluruh Myanmar, seperti ditegaskan oleh Kenyataan Pemimpin ASEAN mengenai Gencatan Senjata Diperluas dan Dilanjutkan di Myanmar yang dikeluarkan pada 26 Mei tahun ini.Menurut Kenyataan Pengerusi ASEAN, ia mengulangi bahawa Konsensus Lima Perkara kekal rujukan utama untuk menangani krisis politik di Myanmar."...gesa pelaksanaan penuhnya untuk membantu rakyat Myanmar mencapai resolusi damai inklusif dan mampan ke arah kesejahteraan rakyat Myanmar, sekali gus menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini," menurut kenyataan itu





Kren runtuh: Fadillah mahu siasatan menyeluruh - FMT - 13/12 10:51 pm

Sebarang unsur kecuaian, kegagalan pematuhan SOP atau kelemahan aspek keselamatan tidak boleh dikompromi, tegas TPM.





Insiden kren runtuh: Fadillah mahu siasatan menyeluruh - Sinarharian - 13/12 10:41 pm

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, Pontian pada Sabtu.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam satu kenyataan menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal yang terlibat, mengenal pasti punca sebenar kejadian.Beliau berkata, sebarang unsur kecuaian, kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) atau kelemahan aspek keselamatan tidak boleh dikompromi dan mesti diambil tindakan sewajarnya."Saya turut mengarahkan supaya pihak pengurusan loji dan kontraktor terlibat memberikan kerjasama penuh kepada siasatan serta memastikan semua SOP keselamatan, penyelenggaraan peralatan dan pengurusan risiko dipatuhi sepenuhnya bagi mengelak tragedi seumpama ini daripada berulang."Kementerian akan terus memantau perkembangan kes ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan demi memastikan tahap keselamatan industri tenaga negara sentiasa berada pada tahap tertinggi," katanya dalam kenyataan itu.Fadillah berkata, keselamatan dan kebajikan pekerja dalam sektor tenaga sentiasa menjadi keutamaan kementeriannya dan setiap nyawa adalah amat berharga.Dalam kenyataan itu, beliau turut merakamkan rasa simpati dan menzahirkan ucapan takziah terhadap dua mangsa yang terkorban dalam kejadian itu iaitu Allahyarham Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22."Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini





Kertas cadangan Sekolah Selamat 2.0 dikemuka suku pertama 2026 - FMT - 13/12 9:57 pm

Teras utama dicadang ialah Dasar Kesejahteraan Mental Sekolah Nasional agar program berkaitan keselamatan mental dan psikologi dapat dilaksana secara tersusun dan bersepadu.





Siasatan dalaman akan dilakukan susulan insiden kren runtuh di Kompleks Tanjung Bin - Sinarharian - 13/12 8:00 pm

JOHOR BAHRU - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) akan menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan punca sebenar insiden kren runtuh yang berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di jeti Kompleks Tanjung Bin, Pontian, di sini hari ini.Kenyataan syarikat itu memaklumkan bahawa insiden itu berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari dan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) loji segera dikerahkan ke lokasi kejadian."Susulan insiden itu, dua pekerja kontraktor terbabit telah meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dan dimasukkan ke hospital," menurut kenyataan itu.Malakoff turut memaklumkan bahawa kawasan terjejas telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga, dan siasatan akan dimulakan sebaik sahaja operasi menyelamat selesai sepenuhnya."Keselamatan dan kesejahteraan semua kakitangan yang terlibat kekal sebagai keutamaan tertinggi kami," katanya.Sementara itu, syarikat berkenaan memaklumkan bahawa operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin serta Loji Janakuasa Tenaga Tanjung Bin akan diteruskan seperti biasa dan tidak terjejas oleh insiden tersebut.Malakoff memaklumkan bahawa pihaknya akan memberikan maklumat lanjut jika terdapat sebarang perkembangan penting




Reformasi     >>



Ini sebabnya akaun Bersatu masih disita oleh SPRM - Harapandaily
Peguam kanan persekutuan Nurhafizza Azizan menjelaskan bahawa Bersatu dan presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu didakwa bersekali di dalam kes sitaan akaun Bersatu. Sitaan tersebut belum tamat tempoh kerana tuduhan telah mengatasi perintah tersebut. Selagi penghakiman belum diumumkan, ..
Kroni     >>



Business : Captain Izham Bids Farewell To Final Media .. - Bernama
KUALA LUMPUR, Dec 15 (Bernama) -- Outgoing Malaysia Aviation Group (MAG) group managing directorDatuk Captain Izham Ismail on Monday marked his final official engagement with the media, closing a chapter spanning more than four decades with the company, withgratitude, reflection and quiet ..
Tabloid     >>



'Mahu tenang bersama bukan nak cari drama' - Hmetro
Selepas bertahun-tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, tanggal 12 Disember lalu menyaksikan status penyanyi dan pelakon, Erra Fazira berubah menjadi isteri kepada usahawan, Ezwan Zain. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



In 2025, tech giants decided smart glasses are the .. - Engadget
There's a growing sentiment that gadgets have gotten boring. And while I don't fully agree, I understand why people might feel that way. Just think about some of the novel device types that companies have tried to push since the original iPhone came out. 3D TVs were a massive flop and tablets ..
World     >>



Toronto relative says rabbi killed in Sydney Hanukkah .. - Globalnews
Rabbi Eli Schlanger was one of at least 15 people killed at the event on Bondi Beach on Sunday after two gunmen opened fire on the crowd.
Motor Trend     >>



Motosikal Rasmi: Gracshaw Buka Concept Store Pertama .. - Mekanika
# RASMI: GRACSHAW BUKA CONCEPT STORE PERTAMA DI MALAYSIA **Jenama helmet tempatan, Gracshaw mengorak langkah kedua terbesar selepas penjenamaan semula dengan pelancaran Gracshaw Concept Store pertama seumpamanya.** Bertempat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Concept Store ini adalah antara ..