///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Kementerian Kewangan News   Page 1    



Kalau saya tak faham, KSP pun tak faham? Kamil persoal kenyataan... - Mygazette - 4/09 8:01 am

Jelas beliau, kekangan pembayaran kepada kontraktor pula berlaku apabila peruntukan tahun semasa hampir habis dibelanjakan, berdasarkan penjelasan berkenaan. Angka Kementerian Kewangan turut menunjukkan perbelanjaan projek itu melebihi peruntukan bagi tiga tahun berturut-turut iaitu RM1.1 bilion diperuntukkan berbanding RM1.8 bilion dibelanjakan pada 2023





`Saya tidak jahat atau `miskin hina’ untuk jual nama Muhyiddin’ - Mygazette - 4/09 8:01 am

Meskipun mengetahui perbuatan Presiden Bersatu itu salah, beliau tidak membuat laporan kerana ia (sumbangan kepada Bersatu) merupakan permintaan Muhyiddin. "Rasuah melibatkan pihak yang mempunyai kuasa walhal saya tiada kuasa untuk memberikan projek kepada mana-mana syarikat kerana kuasa hanya ada pada Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan," ujarnya





Jangan hukum KKDW berdasarkan satu jadual, jelaskan komitmen projek ??? .. - Mygazette - 4/09 8:01 am

Adakah angka disebut itu benar-benar bermaksud KKDW berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan, atau ia turut merangkumi komitmen kontrak dan tuntutan projek yang diluluskan serta dibawa dari tahun sebelumnya? Ini perbezaan yang sangat besar, katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. Farhan berkata, angka yang dipetik dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan (MOF) menunjukkan peruntukan KKDW berbanding perbelanjaan bagi 2023 ialah RM1.1 bilion berbanding RM1.8 bilion, manakala pada 2024 sebanyak RM1.3 bilion berbanding RM2 bilion dan 2025 pula RM1.6 bilion berbanding RM2.3 bilion





???Mana pergi baki RM24.6 bilion???? ??? Afnan desak penjelasan KKDW - Mygazette - 4/09 8:01 am

# Mana pergi baki RM24.6 bilion? Afnan desak penjelasan KKDW KOTA BHARU Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan status baki peruntukan RM36.6 bilion yang diluluskan untuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), selepas hanya kira-kira RM12 bilion didakwa telah disalurkan





Ahli perniagaan nafi guna kedudukan untuk bergaul rapat dengan menteri - Mygazette - 4/09 8:01 am

# Ahli perniagaan nafi guna kedudukan untuk bergaul rapat dengan menteri KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan menafikan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau menggunakan kedudukan selaku Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) untuk bergaul rapat dengan Menteri Kerja Raya bagi memperoleh projek kerajaan





Realiti di sebalik isu pertikaian peruntukan antara MOF dan KKDW - Utusan - 4/09 8:00 am

PERTIKAIAN mengenai pembiayaan jalan luar bandar Malaysia sedang digambarkan sebagai pertelingkahan politik antara Kementerian Kewangan (MOF) dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)





Kaunselor fasih Tamil diperlukan bantu keluarga mangsa bencana Nepal - Sinarharian - 3/09 11:41 pm

KUALA LUMPUR - Penyediaan kaunselor yang fasih berbahasa Tamil dapat membantu ahli keluarga rakyat Malaysia yang berhadapan trauma akibat bencana di Nepal.Jurucakap Solidariti Malaysia: Famili Dalam Harapan (MASFIH), Dr R Manivannan berkata,khidmat berkenaan amat diperlukan ketika keluarga menunggu perkembangan mengenai ahli keluarga yang masih terputus hubungan susulan kejadian itu.Menurutnya, setiap individu mempunyai cara berbeza dalam menghadapi tekanan dan ketidakpastian."Kita berharap ada ahli psikologi yang fasih berbahasa Tamil sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta dapat tampil membantu kami."Mereka yang berkelayakan boleh berhubung dengan saya kerana perkara ini sangat sensitif," katanya dalam sidang media di Desa Petaling di sini pada Khamis.Manivannan berkata, cabaran komunikasi itu perlu diberi perhatian terutama membabitkan ahli keluarga warga emas yang mungkin menghadapi kesukaran memahami istilah tertentu yang digunakan dalam sesi kaunseling.Katanya, Wisma Putra dan Mercy Malaysia turut menawarkan khidmat kaunseling dan berusaha mendapatkan penterjemah."Kaunseling perlu menyentuh hati disebabkan itu mereka perlu berasa selesa dan dapat berkomunikasi dengan baik."Kalau menggunakan penterjemah, kita juga perlu pastikan mesej itu benar-benar sampai kerana penterjemah bukan pakar psikologi," katanya.Menurutnya, setakat ini hanya sebuah keluarga memohon bantuan berkenaan berikutan keadaan ibu bapa mereka yang menunjukkan kebimbangan dan ketakutan.Pada Selasa, Kementerian Luar memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di daerah Rasuwa, Nepal, pada 26 Ogos lalu.





Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes - Mypress - 3/09 9:48 pm

ARAU Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…





TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional - Mypress - 3/09 9:39 pm

BANGI Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…





Masyarakat India tidak akan dipinggir dalam agenda pembangunan negara - PM - Sinarharian - 3/09 9:08 pm

KUALA LUMPUR - Masyarakat India tidak akan sesekali dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara dengan Kerajaan Madani akan terus memperluas pelbagai ikhtiar bagi meningkatkan taraf hidup komuniti itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, usaha itu termasuk memperluas akses pembiayaan kepada usahawan, memperkukuh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), memperkasakan latihan keusahawanan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain membuka lebih banyak ruang pembangunan belia menerusi program mentor-mentee.Perdana Menteri hari ini meneruskan siri libat urus bersama pimpinan masyarakat India bagi meneliti kemajuan pelaksanaan agenda Kerajaan Madani, di samping mendengar pandangan serta keresahan yang masih membelenggu komuniti itu."Pelbagai ikhtiar telah digerakkan dalam bidang pendidikan, keusahawanan, pembiayaan mikro, kebajikan dan bantuan tunai bagi meringankan beban keluarga serta meningkatkan taraf hidup," kata beliau dalam hantaran Facebook malam ini.Dalam pada itu, Anwar berkata, segala kelompongan yang masih wujud termasuk berkaitan kemiskinan, kewarganegaraan dan akses kepada bantuan mesti ditangani dengan segera dan berkesan.Beliau turut menggesa kementerian dan agensi berkaitan memperkukuh sinergi serta memperkemas penyampaian bagi memastikan setiap peruntukan dan dasar yang digerakkan benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran dan membawa perubahan nyata dalam kehidupan rakyat





Kalau saya tak faham, KSP pun tak faham asas kewangan kerajaan ke? – Kamil bidas Akmal - Harapandaily - 3/09 8:38 pm

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mendakwa beliau tidak memahami asas kewangan kerajaan. Kamil berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana pandangannya dibuat berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan (MOF), termasuk penjelasan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Johan Mahmood Merican





Kes Jana Wibawa: Hadir ke mahkamah untuk bercakap benar - Saksi - Sinarharian - 3/09 8:13 pm

Saya telah mengangkat sumpah," kata saksi pendakwaan ke-27 itu.Azman turut menyifatkan kandungan borang aduan yang mendakwa beliau meminta dan menerima wang daripada syarikat kontraktor berkaitan perolehan projek Jana Wibawa sebagai fitnah terhadapnya."Saya tidak direman dan tidak dituduh di mahkamah kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan."Rasuah hanya melibatkan orang yang ada kuasa. Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan (MOF) ada kuasa jadi bagi saya, hanya orang yang ada kuasa boleh meminta dan menerima (rasuah)





'Kalau saya tak faham, KSP pun tak faham?' Kamil Munim persoal Akmal Saleh - Sinarharian - 3/09 7:23 pm

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mendakwa beliau tidak memahami asas kewangan kerajaan.Muhammad Kamil berkata, kenyataannya sebelum ini berhubung peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibuat berdasarkan penjelasan rasmi Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementerian Kewangan (MOF), Tan Sri Johan Mahmood Merican, dan bukannya dipetik secara sembarangan.Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan mengaskan, kenyataan media yang dikeluarkan sendiri oleh KSP pada Rabu jelas menyebut bahawa tiada sekatan terhadap peruntukan projek jalan luar bandar KKDW, malah ia telah disalurkan sepenuhnya.Menurutnya, kekangan pembayaran kepada kontraktor berlaku apabila peruntukan tahun semasa hampir habis dibelanjakan."Angka MOF pula jelas, pada 2023 sebanyak RM1.1 bilion diperuntukkan danRM1.8 bilion dibelanjakan manakala 2024, RM1.3 bilion diperuntukkan dan RM2 bilion dibelanjakan."Bagi 2025, RM1.6 bilion diperuntukkan dan RM2.3 bilion dibelanjakan





Tingkat cabutan nombor ramalan keputusan bersama kerajaan terdahulu, kata Tengku Zafrul - FMT - 3/09 7:17 pm

Katanya, cabutan khas diperkenalkan sejak 1999, malah had siling 22 cabutan setahun wujud semasa pentadbiran Barisan Nasional, sebelum beliau dilantik sebagai menteri kewangan.





Daud Bakar tuntut RM21.5 juta, dakwa nama, reputasi disalah guna - FMT - 3/09 7:16 pm

Tokoh kewangan Islam itu berkata, beliau hanya sedar namanya disalah guna selepas EEB gagal bayar dividen dan para pelabur mula hubunginya.





Tindakan KPKS sah di sisi undang-undang - Sinarharian - 3/09 6:04 pm

PUTRAJAYA Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman mengesahkan tindakan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (KPKS) dalam melaksanakan fungsi pengawalseliaan kesatuan sekerja adalah sah di sisi undang-undang.Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, keputusan itu memberikan penegasan penting terhadap kuasa dan tanggungjawab statutori KPKS, termasuk dalam memastikan pematuhan terhadap syarat kelayakan seseorang untuk menjadi anggota dan memegang jawatan dalam kesatuan sekerja.Menurut KESUMA, permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pengurusan Sisa Semenanjung Malaysia susulan keputusan KPKS pada 9 Mei 2024 yang tidak mendaftarkan Kamarul Baharin Mansor sebagai Setiausaha Kesatuan bagi sesi 2023/2026 berikutan isu berkaitan status pekerjaan beliau."Isu utama dalam kes berkenaan adalah berkaitan status Kamarul Baharin sebagai seorang pekerja dan kelayakannya untuk memegang jawatan dalam kesatuan sekerja di bawah Seksyen 26(1A) Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262]," menurut kenyataan itu.Ujar kementerian itu, mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman berkenaan dan memerintahkan pemohon membayar kos sebanyak RM5,000."Mahkamah turut memutuskan tindakan KPKS adalah sah di sisi undang-undang berdasarkan kuasa siasatan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4A Akta Kesatuan Sekerja 1959," katanya.Jelas KESUMA, keputusan itu turut memperkukuh kedudukan KPKS dalam melaksanakan fungsi pengawalseliaan kesatuan sekerja, khususnya berkaitan pematuhan syarat kelayakan individu untuk menjadi anggota dan memegang jawatan dalam kesatuan.Dalam pada itu, kementerian menegaskan kebebasan berkesatuan hendaklah dilaksanakan dalam kerangka undang-undang.Menurutnya, hak pekerja untuk menubuhkan, menyertai dan mengambil bahagian dalam kesatuan sekerja kekal dihormati dan dilindungi, manakala syarat serta kelayakan yang ditetapkan oleh undang-undang hendaklah dipatuhi."KESUMA akan terus memperkukuh kebebasan berkesatuan dan tadbir urus kesatuan sekerja yang baik selaras dengan kerangka perundangan negara."Kedaulatan undang-undang akan terus menjadi asas dalam memastikan hak pekerja dan kesatuan sekerja dilindungi serta ekosistem perburuhan negara kekal adil, teratur dan harmoni," jelasnya.





Situasi Selatan Thailand: Kawalan sempadan Malaysia-Thailand dipertingkat - Mohamed Khaled - Sinarharian - 3/09 5:50 pm

BUKIT KAYU HITAM - Kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand akan terus dipertingkat, susulan perkembangan dan insiden yang berlaku di Selatan Thailand, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara, selain mengelakkan sebarang perkara tidak diingini daripada merebak ke kawasan sempadan Malaysia."Bukan sahaja terhadap kegiatan-kegiatan biasa seperti jenayah dan penyeludupan, tetapi juga memandangkan kepada insiden dan apa yang sekarang ini berlaku di Selatan Thailand."Jadi kita nak pastikan supaya negara kita ini berada dalam keadaan yang terus selamat dan dapat menghindar perkara-perkara yang mungkin tidak diingini," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (5 RS), Kem Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.Mohamed Khaled berkata, 5 RS yang diwujudkan khusus bagi melaksanakan tanggungjawab menjaga sempadan negara, memainkan peranan penting dalam memastikan kedaulatan Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia-Thailand, sentiasa terpelihara.Beliau berkata, kawalan sempadan dilaksanakan secara berterusan, 24 jam sehari sepanjang tahun, menerusi rondaan dan operasi yang turut dijalankan bersama dengan agensi keselamatan lain.Mengenai kekuatan 5 RS, beliau berkata, jumlah anggota di kem berkenaan ketika ini adalah mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan, mengambil kira operasi kawalan sempadan dari Perlis hingga Kelantan turut melibatkan beberapa kem Tentera Darat.Mohamed Khaled berkata, operasi kawalan sempadan dilaksanakan secara bergilir-gilir oleh anggota dari beberapa kem, termasuk di Gerik, Perak dan Kelantan, bagi memastikan keupayaan serta kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap tinggi.Beliau berkata, pendekatan penugasan secara bergilir itu juga penting, bagi memastikan anggota daripada pelbagai formasi dan kem Tentera Darat mempunyai pengalaman serta kompetensi dalam melaksanakan operasi kawalan sempadan.Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Mohamed Khaled berkata Kementerian Pertahanan akan menyediakan satu Nota Kabinet, bagi menyegerakan peruntukan untuk pembangunan kem tersebut.Beliau berkata, antara perkara yang akan dimasukkan dalam Nota Kabinet itu ialah pembangunan kem secara menyeluruh serta pembinaan 205 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT)."Untuk RKAT, kita telah pun merancang dan kita telah pun kemukakan kepada pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan kita minta kepada kerajaan, untuk menyegerakan kelulusan supaya anggota-anggota yang telah berumah tangga dapat tinggal dalam satu kawasan," katanya.Pada lawatan kerja itu, Mohamed Khaled turut diberikan taklimat mengenai pembangunan kem serta operasi dan keselamatan sempadan, selain peranan penting 5 RS dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan di kawasan sempadan negara, sentiasa berada pada tahap tertinggi.Beliau kemudian meninjau keadaan pembinaan 10 blok penginapan baharu di kem berkenaan, yang mula dilaksanakan pada 20 Jun 2024 dan siap sepenuhnya pada 13 Feb lepas, dengan jumlah kos keseluruhan RM44.87 juta





Had BUDI95: PM urus ekonomi secara konsisten, pertumbuhan ekonomi diterjemah kesejahteraan rakyat - Penganalisis - Sinarharian - 3/09 5:40 pm

KUALA LUMPUR - Kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengurus ekonomi dan kewangan negara secara konsisten dapat dilihat melalui usaha menjaga disiplin fiskal serta memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat.Perkara itu antara lain dapat dilihat susulan keputusan kerajaan mengembalikan had kelayakan bulanan Budi Madani RON95 (BUDI95) dan Budi Madani Diesel (BUDI Diesel).Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Dr Mashitah Mohd Udin berkata, keputusan berkaitan BUDI95 dan BUDI Diesel wajar dilihat dalam konteks lebih luas, khususnya dari sudut pengurusan fiskal, kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat.Beliau berkata pengembalian atau penyesuaian had kelayakan sememangnya memberi kelegaan kepada sebahagian rakyat, namun pada masa sama kerajaan perlu memastikan langkah berkenaan dapat dilaksanakan secara mampan tanpa memberi tekanan berlebihan terhadap kedudukan kewangan negara."Sama ada keputusan ini dipengaruhi pertimbangan ekonomi semata-mata atau turut mengambil kira perkembangan politik dan pilihan raya, yang lebih penting ialah keberkesanan pelaksanaannya."Ini termasuk ketelusan dasar serta sejauh mana manfaat benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran," katanya hari ini.Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI dinaikkan semula daripada 200 kepada 300 liter bermula 1 September lalu.Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan pelarasan itu melibatkan BUDI95 dan BUDI Diesel pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter bagi diesel.Kementerian itu menjelaskan, antara faktor lain yang dipertimbangkan ialah pengurusan bekalan yang semakin tersusun serta penguatkuasaan yang lebih tegas.Kerajaan juga akan terus memastikan subsidi bahan api disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak, selain memperkukuh usaha membendung ketirisan, penyeludupan dan penyalahgunaan.Mengulas lanjut, Mashitah berkata prestasi sesebuah kerajaan bukan hanya dinilai berdasarkan satu-satu keputusan atau bantuan tertentu, sebaliknya melalui keupayaan mengurus ekonomi secara konsisten, menjaga disiplin fiskal serta memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat.Dalam konteks itu, katanya, sokongan atau kritikan terhadap kerajaan sewajarnya berasaskan prestasi, data dan hasil dasar, bukan semata-mata sentimen politik





MITI, Kastam perlu perkukuh data, audit kargo berisiko tinggi - Sinarharian - 3/09 4:30 pm

KUALA LUMPUR Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia perlu mengumpulkan data industri yang disahkan, mengaudit pergerakan kargo berisiko tinggi dan membuktikan penguatkuasaan berkesan terhadap sekatan import berkaitan buruh paksa.Pemain industri maritim, Datuk Seri R Jeyenderan berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan Malaysia mampu membuktikan keberkesanan kawal selia negara, selain memperkukuh kedudukan dalam menghadapi penelitian berterusan Amerika Syarikat (AS)."Malaysia perlu menggunakan tempoh sebelum AS mengumumkan hasil siasatan untuk memperkukuh bukti serta memastikan setiap komitmen yang dibuat kepada Washington dilaksanakan secara berkesan."Malaysia perlu menunjukkan bukan sahaja bahawa peraturan itu wujud, tetapi ia dilaksanakan, dipantau dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, keupayaan mengesan pergerakan barangan sepanjang rantaian bekalan juga penting bagi memastikan eksport yang dikaitkan dengan Malaysia benar-benar berasal daripada pengeluaran tempatan.Katanya, kebimbangan AS terhadap pergerakan barangan melalui negara ketiga menjadikan kawalan transshipment yang kukuh antara perkara penting dalam usaha mempertahankan kedudukan Malaysia."Rekod yang lemah akan menyukarkan usaha membezakan antara pengeluaran sebenar di Malaysia dengan barangan yang hanya melalui negara ini."Ini boleh menjejaskan kredibiliti, walaupun ia dengan sendirinya tidak membuktikan berlakunya lebihan kapasiti," katanya.Media sebelum ini melaporkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, AS dijangka mengumumkan hasil siasatan mengenai lebihan kapasiti yang melibatkan Malaysia dalam tempoh tiga hingga empat minggu.Johari turut menjelaskan tarif 10 peratus yang dikenakan AS ketika ini adalah sebahagian daripada tindakan lebih luas membabitkan 60 ekonomi di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974, dengan Malaysia antara 17 ekonomi yang dikenakan kadar tarif lebih rendah itu.Jeyenderan dalam pada itu berkata, perkembangan berkenaan menunjukkan kepentingan Malaysia memastikan semua rekod berkaitan industri dan pergerakan kargo dapat dikemukakan dengan jelas sekiranya diperlukan dalam proses siasatan.Katanya, persoalan berkaitan kebolehkesanan kargo juga perlu dijawab secara berdokumen, khususnya membabitkan kargo petroleum K8."Pihak berkuasa perlu mengeluarkan penentuan bertulis yang jelas mengenai penyimpanan dan pencampuran yang dibenarkan, pengisytiharan yang betul serta klasifikasi dan layanan cukai yang terhasil."Menyelesaikannya akan memberikan kepastian kepada perniagaan dan mengukuhkan keupayaan Malaysia mempertahankan kawal selianya di peringkat antarabangsa," katanya.Beliau berkata, pendirian yang jelas dan didokumenkan daripada pihak berkuasa berkaitan turut dapat mengurangkan ketidaktentuan dalam kalangan syarikat yang terlibat dalam perdagangan petroleum dan maritim.Dalam pada itu, Jeyenderan berkata, tarif 10 peratus yang kini dikenakan AS ke atas barangan Malaysia tidak harus dianggap sebagai kadar yang terjamin.Katanya, kadar berkenaan boleh dikaji semula sekiranya Washington tidak berpuas hati dengan usaha Malaysia menangani kebimbangannya."Perniagaan perlu memahami bahawa kadar 10 peratus bukanlah had yang terjamin, sekiranya AS tidak berpuas hati dengan maklum balas Malaysia atau berpendapat komitmen yang dibuat tidak dilaksanakan dengan sewajarnya, terdapat kemungkinan langkah lanjut dipertimbangkan," katanya.Jeyenderan berkata, Malaysia perlu memastikan sebarang kelemahan yang dikenal pasti melalui siasatan AS ditangani segera dan telus, bukannya menunggu sehingga langkah tarif tambahan dikenakan.





Daud Bakar tuntut RM10.75 juta daripada Norliza, Mahadi - Sinarharian - 3/09 4:15 pm

KUALA LUMPUR - Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menyerahkan notis tuntutan kepada dua individu bagi menuntut bayaran balik RM750,000 serta pampasan RM10 juta berhubung dakwaan penggunaan nama dan reputasi profesionalnya tanpa pengetahuan dalam satu skim pelaburan.Bekas Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Energy Eco Berhad berusia 62 tahun itu menyerahkan dua notis menerusi Tetuan Shahrul & Haziq kepada dua pihak secara berasingan bertarikh 18 Ogos lalu.Mereka ialah Pengarah Syarikat Energy Eco Berhad, Datuk Norliza Tajudin dan pengasas serta rakan kongsi AUF MBZ Consortium PLT (AUF), Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.Mohd Daud yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), menuntut kedua-dua individu berkenaan menanggung segala kos dan perbelanjaan berkaitan susulan dakwaan tersebut.Berdasarkan notis itu, beliau berkata, tuntutan berkenaan dibuat kerana terpaksa menggunakan RM750,000 daripada dana peribadi bagi memelihara nama serta kedudukan profesionalnya.Kedua-dua individu terbabit diberikan tempoh 14 hari untuk memberikan maklum balas yang memuaskan sebelum tindakan undang-undang dimulakan."Sekiranya gagal berbuat demikian, saya telah mengarahkan peguam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap mereka," menurut dokumen berkenaan.Mohd Daud mendakwa tindakan itu berkaitan penggunaan dan eksploitasi nama, jawatan serta reputasi profesionalnya tanpa kebenaran berkaitan skim pelaburan yang dikendalikan oleh Energy Eco.Menurutnya, Norliza pada masa berkenaan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu dan bertanggungjawab bersama pihak pengurusan terhadap pentadbiran, kewangan serta operasi harian syarikat.Beliau mendakwa, Mahadi yang juga suami kepada seorang penyanyi dan aktivis pula merupakan pengasas dan rakan kongsi AUF, dilantik sebagai pihak pemasaran dan pengedaran bagi skim pelaburan Energy Eco, termasuk terlibat dalam aktiviti mempromosikan tawaran berkenaan melalui firma tersebut.Mohd Daud berkata, walaupun pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Energy Eco, beliau tidak pernah terbabit dalam pengurusan harian, urusan kewangan, promosi pelaburan, rundingan dengan pelabur atau pengendalian wang mereka.Beliau mendakwa, nama dan reputasi profesionalnya telah digunakan tanpa pengetahuan atau persetujuannya bagi meningkatkan keyakinan terhadap skim tersebut serta mendorong orang ramai menyertainya.Menurutnya, perkara itu hanya disedari selepas Energy Eco gagal membuat bayaran dan pelabur mula menghubunginya secara langsung.Notis tuntutan berkenaan dikeluarkan tanpa menjejaskan hak serta pembelaan Mohd Daud dalam prosiding jenayah yang sedang berjalan.Pada 23 Februari lalu, Mohd Daud mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan bersubahat menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen.Pada hari sama, Mahadi, 43, didakwa sebagai wakil AUF MBZ Consortium PLT menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen yang sah.Pada 11 Mei lalu, Mohd Daud dan Norliza didakwa sebagai ejen, iaitu pengarah dan pemegang saham Energy Eco telah diamanahkan dengan harta, dengan niat bersama melakukan pecah amanah jenayah ke atas wang milik empat pelabur.Norliza pula sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Ogos atas 10 pertuduhan menerima wang berjumlah RM13.4 juta hasil aktiviti haram.





'Saya tidak campur tangan dalam TH, cuma pimpin dasar' - Mujahid - Sinarharian - 3/09 3:50 pm

BANGI - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang berkhidmat sebagai anggota kabinet.Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), beliau mengambil pendekatan menyerahkan perkara tersebut kepada golongan profesional termasuklah dalam isu penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV)."Saya cuma pimpin dasar sahaja dan menjadi orang tengah antara TH dengan Kabinet."Saya membentangkan (cadangan) dan Alhamdulillah diluluskan





Hibah TH tidak perlu ???disucikan???, tanggungjawab pada pembuat keputusan - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Hibah TH tidak perlu disucikan, tanggungjawab pada pembuat keputusan BANDAR BARU BANGI Pendeposit Tabung Haji (TH) tidak perlu lagi mempersoal atau menyucikan hibah yang diterima susulan isu berkaitan status halal pembayaran berkenaan





RCI TH: Jangan cari kambing hitam, cari punca sebenar – Presiden... - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# RCI TH: Jangan cari kambing hitam, cari punca sebenar - Presiden Wadah BANDAR BARU BANGI Semua pihak diseru mengelakkan budaya mencari kambing hitam susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH), sebaliknya mencari punca sebenar kelemahan yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian





Tabung Haji bukan milik kerajaan, parti politik - Mygazette - 3/09 3:34 pm

BANDAR BARU BANGI Tabung Haji (TH) bukan milik kerajaan, mana-mana parti politik atau pengurusan institusi itu sebaliknya ia merupakan amanah umat Islam yang perlu dipelihara melalui sebuah institusi negara





1.95 peratus bukan 53.8 peratus, jangan kelirukan rakyat, AMK bidas... - Mygazette - 3/09 3:34 pm

Lebihnya cuma sekitar 1.95 peratus, ujarnya dalam kenyataan hari ini. Menurut Danish, berdasarkan angka rasmi Kementerian Kewangan (MOF), KKDW pada 2023 diperuntukkan RM1.1 bilion tetapi membelanjakan RM1.8 bilion, iaitu lebihan 63.6 peratus





Jangan terus tuduh, semak dulu kelulusan bajet ??? Nordin Kardi - Mygazette - 3/09 3:34 pm

Sekiranya prestasi rendah dan dianggar tidak habis pada tahun kewangan berkenaan, kebiasaannya dilaporkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana, maka bajet boleh dipindahkan, katanya dalam hantaran di Facebook. Mengulas kenyataan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berhubung perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) semalam, Nordin berkata, adalah tidak diketahui sama ada lebih perbelanjaan dariada bajet itu telah mendapat kelulusan daripada permohonan tambahan dikemukakan pada semakan suku tahun, setengah tahun atau tiga suku tahun telah diluluskan





Tiada lagi ahli politik aktif dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Tiada lagi ahli politik aktif dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji BANDAR BARU BANGI Lembaga Tabung Haji kini tidak lagi mempunyai ahli politik aktif dalam komposisi lembaga pengarahnya





RCI beri ruang Madinah utama jawab 75 soalan – Rashid - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# RCI beri ruang Madinah utama jawab 75 soalan - Rashid BANDAR BARU BANGI Tan Sri Abdul Rashid Hussain menolak dakwaan seorang saksi utama Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH tidak diberikan peluang secukupnya untuk memberikan penjelasan kepada suruhanjaya berkenaan





KKDW perlukan RM4 bilion setahun bagi pastikan projek jalan luar bandar... - Mygazette - 3/09 3:34 pm

KKDW menambah, kementerian itu sentiasa mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan peruntukan yang tersedia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, dengan keutamaan diberikan kepada kesinambungan projek yang sedang dilaksanakan. Kementerian itu turut menghargai kelulusan peruntukan tambahan RM300 juta oleh Kementerian Kewangan (MOF) yang disifatkan dapat membantu memenuhi keperluan semasa pelaksanaan projek JALB





SUA Kanan PM minta Fadzmel semak semula fakta - Mygazette - 3/09 3:34 pm

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Fadzmel Fadzil digesa menyemak semula fakta berhubung isu peruntukan dan pembayaran kepada kontraktor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah yakin kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung perkara itu tidak dibuat secara semborono





Saya tidak benarkan ahli politik dalam Lembaga Tabung Haji – Abdul .. - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# Saya tidak benarkan ahli politik dalam Lembaga Tabung Haji - Abdul Rashid BANDAR BARU BANGI - Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, tiada ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini





Buletin Tan Chong Motor Raih Nissan Global Award 2026 Read More - Mekanika - 3/09 3:34 pm

**Tan Chong & Sons Motor Company Sdn





Had BUDI Madani naik: PM urus ekonomi secara konsisten, pertumbuhan ekonomi diterjemah kesejahteraan rakyat – Penganalisis - Utusan - 3/09 3:27 pm

KUALA LUMPUR: Kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menguruskan ekonomi dan kewangan negara secara konsisten dapat dilihat dalam keupayaan menjaga disiplin fiskal dan memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat





Peruntukan jalan luar bandar perlu ambil kira projek semasa - Utusan - 3/09 3:18 pm

PETALING JAYA: Peruntukan bagi projek Jalan Luar Bandar (JALB) perlu mengambil kira dua faktor iaitu projek baru diluluskan dan yang sedang berjalan, setiap tahun





Kontroversi babitkan TH tidak boleh diulang lagi - Pengerusi TH - Sinarharian - 3/09 2:04 pm

BANGI - Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak untuk memastikan kontroversi melibatkan institusi kewangan Islam itu tidak berulang.Pengerusi TH, Tan Sri Rashid Hussin berkata, kelompongan yang berlaku sebelum ini bukan sahaja mencalarkan imej institusi berkenaan tetapi boleh menghakis kepercayaan umat Islam."Kontroversi membabitkan TH tidak boleh diulang lagi





NGO alam sekitar sokong kerajaan hentikan permohonan Lesen Pelanggaran - Sinarharian - 3/09 1:34 pm

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ekologi Malaysia (PEM) menyokong penuh tindakan kerajaan yang menghentikan permohonan baharu Lesen Pelanggaran di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (PUB 2014) bermula 1 Januari 2027.Presiden PEM, Prof Dr Ahmad Ismail berkata, tindakan sedemikian selaras dengan komitmen berterusan dalam memelihara kualiti udara negara demi kesejahteraan dan kesihatan awam."Undang undang mesti diperkasakan mengambil kira kesejahteraan manusia dan alam sekitar terutamanya kepelbagaian biologi





Banjir Nepal: 25 keluarga serah sampel DNA - MASFIH - Sinarharian - 3/09 1:09 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 25 keluarga daripada 55 rakyat Malaysia yang masih gagal dikesan selepas tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal telah menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) setakat semalam.Wakil Solidariti Malaysia: Famili Dalam Harapan (MASFIH), Dr R Manivannan berkata, beliau antara waris yang telah berbuat demikian bersama dengan empat lagi ahli keluarganya bagi membantu proses padanan identiti mangsa.Beliau berkata adiknya Komathi Rethinam, 48, dilaporkan masih belum dapat dikesan selepas ke negara itu untuk mengikuti upacara keagamaan ke Gunung Kailash di Tibet, China."Polis datang ke rumah kami di Cheras semalam untuk mengambil sampel DNA, lima ahli keluarga menyerahkan sampel melibatkan ibu bapa, anak mangsa dan dua adik-beradik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.Manivanna berkata, terdapat waris yang diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi menyerahkan sampel DNA dan beliau difahamkan pihak berkuasa menyasarkan proses pengumpulan sampel semua keluarga diselesaikan minggu ini.Beliau berkata, waris turut diminta menyerahkan barangan peribadi mangsa seperti berus gigi, sikat rambut dan berus maskara selain memberikan maklumat berkaitan pakaian, jenama barangan, telefon bimbit, kasut serta tanda fizikal pada tubuh mangsa."Semua maklumat ini diperlukan untuk membantu proses pengecaman sekiranya jasad yang ditemukan belum dikenal pasti," katanya.Dalam pada itu, Manivanna berkata, beliau dimaklumkan Kementerian Luar akan menghantar pasukan rasmi ke Kathmandu bagi membantu urusan konsular dan operasi di lapangan.Kehadiran pasukan itu penting bagi mendapatkan maklumat secara terus serta membantu proses pengecaman mangsa di hospital dan lokasi penyimpanan jasad.Kementerian Luar pada Ahad lepas memaklumkan waris rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan digalakkan menjalani ujian DNA sebagai persediaan awal susulan penemuan beberapa jasad yang belum dikenal pasti dan terpaksa dikebumikan segera berikutan ketiadaan fasiliti penyimpanan bersesuaian.Sebelum ini, rakyat Malaysia yang dilaporkan tidak dapat dihubungi kekal 36 orang di China dan 55 di Nepal susulan banjir kilat dahsyat serta tanah runtuh di Daerah Rasuwa, Nepal pada 26 Ogos.Agensi Anadolu melaporkan angka korban akibat bencana itu meningkat kepada kepada 1,220 orang manakala sebanyak 4,762 orang termasuk 844 warga asing masih hilang





Tiada lagi ahli politik aktif dilantik dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji - Sinarharian - 3/09 12:58 am

BANGI Lembaga Tabung Haji (TH) kini tidak lagi membenarkan penglibatan dan pelantikan ahli politik aktif dalam Lembaga Pengarahnya.Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, tindakan itu sebagai antara langkah pembaharuan dan penambahbaikan tadbir urus institusi itu."Sekarang ini tidak ada lagi perantikan atau penglibatan ahli politik aktif dan akan dilaksanakan juga dalam pindaan kepada Akta nanti."Langkah itu selaras dengan usaha memperkukuh tadbir urus TH, selain memastikan semua pelantikan ke Lembaga Pengarah dibuat berdasarkan amalan fit and proper sebagai mana dilaksanakan Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia," katanya ketika Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji menerusi slot Tabung Haji: Pencapaian dan Strategi Masa Depan, di sini pada Khamis.Dalam pembaharuan lain katanya, TH turut mewujudkan garis panduan pengagihan keuntungan dengan pengisytiharan keuntungan hanya dibuat selepas penyata kewangan diaudit.Menurutnya, TH juga menubuhkan semula panel pelaburan pada 2021 dan memperhalusi dasar-dasar pelaburan.Dalam pada itu katanya, berhubung status pelaksanaan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), 19 daripada 25 syor berkenaan telah diselesaikan atau dimuktamadkan, manakala enam lagi masih dalam tindakan.Katanya, antara perkara yang masih dalam proses termasuk cadangan berkaitan dasar yang perlu dibawa ke Kabinet serta Parlimen."Lebih 90 peratus (pelaksanaan) sedang berjalan tetapi masih ada perjalanan yang panjang untuk membawanya ke Kabinet."Manakala enam syor berkenaan yang dalam tindakan antaranya melibatkan pindaan kepada Akta 535, mengehadkan skop pengawasan Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap TH dan memperkukuh proses tataterib."Selain itu ia merangkumi tindakan terhadap dasar pengeluaran simpanan, kelayakan haji secara automatik dan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) bersasar, meningkatkan jumlah simpanan pendaftaran haji kepada RM12,980 dan fungsi pelaburan di bawah Dana Haji," katanya.Mustakim berkata, pembaharuan dan penambahbaikan yang dilaksanakan TH itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada isu sebelum tahun 2018 tetapi merangkumi tempoh selepas itu.Beliau turut menegaskan usaha itu selaras dengan objektif TH antaranya mengurus dana pendeposit secara berhemah, memberikan perkhidmatan deposit yang cemerlang secara berterusan dan menjana pulangan patuh syariah yang mampan."Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan simpanan para pendeposit selamat, Tabung Haji boleh membawa jemaah haji yang mampu untuk menunaikan haji dalam keadaan yang selamat dan baik."Kita mengakui kelemahan lalu dan menunjukkan kemajuan hari ini untuk membina semula keyakinan pendeposit, selain meneruskan komitmen terhadap pembaharuan yang dilaksanakan sejak 2018," katanya.





Keselamatan deposit keutamaan Tabung Haji, keuntungan hanya diumum selepas audit - Mypress - 3/09 12:56 am

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) hanya mengisytiharkan keuntungan selepas penyata kewangan diaudit sepenuhnya, berbeza dengan amalan sebelum ini yang menyaksikan pengumuman dibuat sebelum proses audit selesai





RCI TH: Tan Sri Madinah tidak bercakap benar - Pengerusi TH - Sinarharian - 3/09 12:45 am

BANGI Kenyataan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang mendakwa beliau tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) adalah tidak benar.Pengerusi TH, Tan Sri Rashid Hussin berkata, suruhanjaya itu telah menyerahkan sapina kepada Madinah bagi membolehkannya hadir memberikan keterangan kepada panel siasatan.Menurut beliau, Madinah bagaimanapun memohon untuk hadir bersama Timbalan Pengarah Bahagian Audit Kewangan ketika itu, Mona Othman, namun permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi."Mengikut prosiding RCI, siasatan dijalankan secara individu





Bawa ke kabinet, bukan mikrofon media – Akmal disindir isu KKDW - Harapandaily - 3/09 11:52 am

Pertikaian mengenai peruntukan dan perbelanjaan projek jalan luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) semakin hangat apabila seorang penulis menyarankan isu berkenaan dibawa ke meja Kabinet, bukannya diperdebatkan melalui media





CMCF buka rundingan awam 45 hari bagi garis panduan pempengaruh, kerjasama jenama - Sinarharian - 3/09 11:28 am

CYBERJAYA Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) membuka rundingan awam selama 45 hari berhubung cadangan Garis Panduan untuk Pempengaruh dan Kerjasama Jenama, yang merangkumi pelbagai risiko baharu dalam ekonomi pencipta kandungan.Ketua Pegawai Eksekutif CMCF, Mediha Mahmood berkata, rundingan yang dibuka sehingga 30 September depan itu mencerminkan perubahan pesat dalam peranan pempengaruh pada masa kini."Tujuan rundingan ini adalah untuk memastikan kita dapat mencapai titik keseimbangan yang paling tepat," katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, orang ramai, pencipta kandungan, jenama, agensi, penyedia platform, warga pendidik, persatuan pengguna, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain digalakkan menyemak draf garis panduan tersebut serta mengemukakan maklum balas menerusi laman sesawang www.contentforum.my."CMCF akan menyemak dan meneliti setiap maklum balas yang diterima sebelum memuktamadkan garis panduan berkenaan," katanya.Mengulas lanjut, Mediha berkata, pemasaran pempengaruh kini memberi impak yang jauh melangkaui pengiklanan konvensional.Menurutnya, sektor itu kini terlalu penting untuk ditadbir berdasarkan andaian semata-mata, manakala peraturan atas kertas sahaja juga tidak mencukupi."Garis panduan ini perlu berfungsi secara praktikal dalam situasi sebenar, apabila pencipta kandungan cuba memahami keperluan pendedahan, ibu bapa bimbang tentang kandungan yang ditonton anak-anak mereka, dan pengguna pula perlu menentukan sama ada sesuatu cadangan itu boleh dipercayai."Sebab itulah maklum balas daripada orang ramai amat penting," katanya.Beliau menjelaskan, garis panduan itu bertujuan membantu pencipta kandungan dan perniagaan yang bertanggungjawab membuat pertimbangan lebih baik sebelum sesuatu kandungan diterbitkan.Draf berkenaan dibangunkan selama beberapa bulan melalui kerjasama dengan pencipta kandungan, jenama, agensi, pengiklan, ahli akademik, pertubuhan masyarakat sivil, pendukung keselamatan kanak-kanak serta pakar industri.Antara isu yang diberi perhatian termasuk pempengaruh maya dan yang dijana kecerdasan buatan (AI), dakwaan mengelirukan atau tidak berasas, eksploitasi kanak-kanak, promosi kewangan dan kesihatan serta penggunaan pengikut dan keterlibatan palsu.Ia turut meliputi produk yang tertakluk kepada had umur, imej tubuh yang diubah secara digital, taktik jualan melalui penstriman langsung, peraduan dan pemberian hadiah, kewartawanan awam serta kandungan yang menyerupai laporan berita, selain sensitiviti budaya dan agama.Bagi melindungi kanak-kanak yang kerap muncul dalam kandungan menjana pendapatan termasuk pempengaruh kanak-kanak atau kidfluencer, draf itu mencadangkan larangan terhadap kandungan yang sengaja menimbulkan ketakutan, tekanan emosi, rasa malu atau penghinaan semata-mata untuk meraih keterlibatan.Draf tersebut turut mencadangkan supaya pempengaruh maya atau yang dijana AI tidak mendakwa mempunyai pengalaman peribadi yang mustahil dialami mereka sendiri.Sebarang penggunaan AI atau pengubahan digital yang mengubah persepsi terhadap sesuatu produk, hasil atau penampilan manusia secara ketara juga perlu didedahkan dengan jelas.Dalam pada itu, pemasaran pempengaruh yang melibatkan imej tubuh turut diberi perhatian khusus





Pertikaian peruntukan tercetus antara kementerian Zahid dan Anwar - Mkini - 3/09 11:26 am

Pertikaian itu bermula pada Isnin apabila Ahmad Zahid meluahkan kekecewaannya berhubung penyaluran peruntukan.





Nak tahu OPR kekal atau berubah? Bursa dah beri petunjuk awal - Harapandaily - 3/09 11:00 am

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, dengan saham sektor kewangan, perladangan dan utiliti menjadi antara penyokong utama ketika pelabur menanti keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan diumumkan hari ini





MILO semarak perpaduan masyarakat, sokong pembangunan sukan - Sinarharian - 3/09 10:55 am

PUTRAJAYA - MILO terus komited menyokong pembangunan sukan negara menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang menjadi wadah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, semangat perpaduan itu diterjemahkan menerusi kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan penyertaan perarakan kereta berhias.Ketua Bahagian Pembangunan Sukan MILO, Lim Kerwin berkata, kereta berhias itu bukan sekadar meraikan sambutan berkenaan, malah bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Sukan SEA dan Para Sukan SEA 2027 yang bakal dianjurkan di Malaysia."Inisiatif ini turut menjadi suntikan motivasi kepada atlet negara, khususnya mereka yang pernah mengharumkan nama negara di pentas Sukan Komanwel."Kita ingin menjemput semua lapisan masyarakat untuk datang menyokong atlet-atlet kebangsaan ketika Malaysia menganjurkan temasya sukan berkenaan selain memberi motivasi kepada mereka bahawa kita turut mengetengahkan dan menghargai mereka," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, pada Isnin.Ketika perarakan Hari Kebangsaan, kereta berhias khas tersebut menampilkan wira-wira sukan Malaysia dan pemenang pingat Sukan Komanwel yang bakal mewakili Malaysia di Sukan SEA 2027.Kerwin memaklumkan, enam atlet pemenang pingat Sukan Komanwel dan seorang atlet para, selain lima atlet muda dalam acara terjun diberi ruang menerusi inisiatif berkenaan.Antara enam atlet yang menyertai kereta berhias ialah atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Hafizuddin Roslin; pemain boling padang negara, Aleena Ahmad Nawawi; atlet lompat jauh para negara, Eljoe Gotuoh dan atlet bola keranjang berkerusi roda, Freday Tan."Penglibatan mereka diharap dapat meningkatkan semangat atlet negara untuk terus berusaha membawa kejayaan buat Malaysia, selain menjadi inspirasi kepada generasi muda."Pada masa sama, kita juga mahu menghargai mereka kerana mereka adalah pemenang pingat di Sukan Komanwel, supaya terus berusaha membawa kejayaan kepada Malaysia," ujarnya.Kereta berhias berkenaan menampilkan elemen Sukan SEA, Jalur Gemilang, mercu tanda ikonik negara, motif belang yang melambangkan semangat Harimau Malaya serta replika Stadium Negara Bukit Jalil.Van ikonik MILO turut menyusuli kereta berhias berkenaan sebagai simbol komitmen berterusan syarikat itu dalam menyokong pembangunan sukan di Malaysia.Selain itu, MILO menyediakan lebih 100,000 cawan minuman percuma sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi membekalkan tenaga kepada rakyat Malaysia yang menyertai sambutan.Dalam pada itu Kerwin menjelaskan, MILO sentiasa memberi komitmen berterusan dalam pembangunan atlet negara sejak di bangku sekolah, termasuk melalui program sukan sekolah, kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan kerjasama bersama persatuan sukan.Menurutnya, sokongan berterusan penting bagi memastikan atlet mendapat dorongan sejak peringkat awal sehingga mereka mampu mencapai kejayaan di pentas antarabangsa."Kerjasama ini juga selari dengan persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027, selain mengangkat nilai kesungguhan, daya tahan, kecemerlangan dan perpaduan menerusi sukan," katanya.





Isu peruntukan KKDW: Tunku Nashrul minta Fadzmel semak semula fakta - Astroawani - 3/09 10:30 am

Tunku Nashrul berkata kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) mengenai perkara itu dibuat berdasarkan fakta dan bukan secara semborono.





Bekas COO TH ada masalah jantung, tidak hadir ke mahkamah - Sinarharian - 3/09 10:24 am

SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) yang sepatutnya didakwa atas pertuduhan jenayah dipercayai berkait tadbir urus badan tersebut tidak hadir ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jantung.Peguam, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin yang mewakili individu berpangkat Datuk itu, mengesahkan perkara berkenaan semasa prosiding di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.Beliau berkata, pihak pembelaan telah menghantar surat kepada mahkamah bagi memaklumkan bahawa anak guamnya dimasukkan ke sebuah hospital pada 31 Ogos lalu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan."Pakar perunding kanan hospital itu telah memeriksa anak guam dan mendapati beliau memerlukan ujian perubatan yang mengukur aktiviti serta irama elektrik jantung atau elektrokardiogram (ECG)," katanya yang hadir bersama peguam, Datuk Tania Scivetti dan Effa Azuin Aidrul Hisham.Sementara itu, isteri individu berkenaan turut mengesahkan bahawa suaminya mengalami sakit dada yang menjadi semakin kerap pada hujung minggu lalu.Datin berkenaan berkata, suaminya kini sedang menjalani angiogram di Pusat Pakar Universiti Malaya (PPUM)."Doktor menasihatinya untuk terus menjalani pemeriksaan ECG setiap hari, jadi saya tidak pasti berapa lama beliau akan berada di hospital."Ia bergantung kepada hasil ujian dan nasihat pihak hospital," katanya yang memakai baju kurung berwarna hitam, ketika disoal oleh Hakim.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan menyerahkan budi bicara kepada mahkamah sama ada meneruskan prosiding pertuduhan di mahkamah atau hospital.Bagaimanapun, Awang Kerisnada kemudiannya berkata, mahkamah menerima penjelasan isteri bekas COO TH itu."Mahkamah berpendapat pendakwaan tidak perlu dilakukan di hospital, biarkan beliau berehat di sana memandangkan situasinya agak serius."Mahkamah menangguhkan pendakwaan ini dua minggu lagi iaitu pada 24 September," katanya.Krisis kewangan TH bermula selepas timbul isu ketidakpadanan antara aset dan liabiliti yang membawa kepada pelaksanaan pelan pemulihan berskala besar.Perkara itu disusuli penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit, termasuk pelaburan pajakan hotel TH di Mekah dan Madinah.Justeru, bermula 14 Ogos lalu, beberapa individu ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), antaranya bekas menteri, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkapalan, pengarah syarikat pembinaan, bekas pengarah syarikat serta empat bekas anggota pengurusan kanan TH.





KKDW belanja lebih daripada bajet? Orang Zahid kata mustahil, orang Anwar minta semak fakta - Harapandaily - 3/09 10:06 am

Pertikaian mengenai peruntukan projek jalan luar bandar antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Perbendaharaan kini memasuki fasa baharu apabila seorang pegawai kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pihak yang mempertikaikan penjelasan kerajaan supaya menyemak semula fakta





Semak semula fakta, kenyataan MoF bukan semborono: Tunku Nashrul - Sinarharian - 3/09 9:54 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah meminta Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Fadzmel Fadzil menyemak semula fakta berhubung isu peruntukan kementerian itu.Tunku Nashrul berkata, beliau yakin kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) berhubung perkara itu tidak dibuat secara semborono, malah Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Johan Mahmood Merican merupakan penjawat awam kanan yang teliti dan cekap dalam urusan kewangan negara."Elok saudara Fadzmel semak semula fakta





Tenaga solar, langkah baharu SADA urus kos operasi - Sinarharian - 3/09 9:30 am

KUALA MUDA Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) terus memperkukuh usaha meningkatkan kecekapan operasi menerusi pelaksanaan Perkhidmatan Pembangunan Solar di tiga buah loji rawatan air (LRA) milik syarikat





KDN catat tahap kesiapsiagaan AI 75 peratus – Saifuddin - Mygazette - 3/09 8:05 am

# KDN catat tahap kesiapsiagaan AI 75 peratus - Saifuddin BANDAR BARU BANGI Tahap kesiapsiagaan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menerima dan mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) direkodkan pada 75 peratus





Jenayah siber di Malaysia naik berganda, kerugian cecah RM2.97 bilion - Mygazette - 3/09 8:05 am

# Jenayah siber di Malaysia naik berganda, kerugian cecah RM2.97 bilion BANDAR BARU BANGI Malaysia merekodkan peningkatan hampir dua kali ganda kes jenayah siber dalam tempoh setahun, dengan jumlah kerugian melonjak kepada RM2.97 bilion pada 2025 berbanding RM1.57 bilion pada tahun sebelumnya





Besar pasak daripada tiang, jahanam negara macam ini -Kamil Besar pasak .. - Mygazette - 3/09 8:05 am

Jahanam negara macam ini," kataSetiausaha Politik Menteri Kewangan itu menerusi hantaran di Facebookmalam ini. Beliau turut memuat naik kenyataan Kementerian Kewangan berhubung penjelasan mengenai peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican dalam kenyataan itu berkata, sejak beberapa tahun lepas, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan untuk projek jalan luar bandar





Jika MOF yang keluarkan waran, bagaimana KKDW boleh ???terlebih .. - Mygazette - 3/09 8:05 am

# Jika MOF yang keluarkan waran, bagaimana KKDW boleh terlebih belanja? - Shahaniza KUANTAN - Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terlebih belanja perlu dijelaskan secara terperinci dengan mengemukakan dokumen, angka serta kronologi berkaitan waran peruntukan yang diluluskan Kementerian Kewangan (MOF)





Madu atau Racun: Pihak produksi, IQIYI diarah beri penjelasan – Fahmi - Mygazette - 3/09 8:05 am

# Madu atau Racun: Pihak produksi, IQIYI diarah beri penjelasan - Fahmi PUTRAJAYA - Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) bersama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), akan mengadakan pertemuan dengan pihak produksi dan platform penstriman iQIYI petang ini, bagi mendapatkan penjelasan menyeluruh berhubung kandungan drama Madu atau Racun, yang mencetuskan keresahan serta kontroversi dalam kalangan masyarakat





Kenyataan KSP tak tepat, KKDW nafi belanja melebihi peruntukan Kenyataan .. - Mygazette - 3/09 8:05 am

"Pertama, saya tidak pasti bagaimana Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) boleh menyatakan bahawa KKDW telah berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan. "Setiap permohonan peruntukan dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dan setiap perbelanjaan tertakluk kepada sistem kewangan Kerajaan yang menggunapakai Intergrated Government Financial Management Accounting System (iGFMAS) "Malah, setiap projek/program pembangunan mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini





Penjelasan KKDW patahkan hujah Akmal – Saifuddin Shafi - Mygazette - 3/09 8:05 am

Sebab itu angka daripada kategori yang berlainan tidak boleh dicampur aduk semata-mata untuk membina satu kesimpulan politik, tegasnya. Saifuddin berkata, rekod rasmi Kementerian Kewangan menunjukkan KKDW menguruskan peruntukan yang besar, dengan peruntukan keseluruhan sekitar RM11.55 bilion pada 2024 dan meningkat kepada kira-kira RM11.96 bilion pada 2025





Jomo : Dolar AS mula ditinggalkan dunia? Dasar Trump buat dominasi makin retak - Harapandaily - 3/09 8:03 am

Kedudukan dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai mata wang rizab utama dunia masih kukuh, namun pengaruhnya menunjukkan tanda-tanda semakin terhakis selepas beberapa dekad menjadi tunjang sistem kewangan antarabangsa





Malaysia perlu belajar daripada krisis ekonomi - Utusan - 3/09 8:00 am

KRISIS bukan sesuatu yang asing bagi Malaysia





Tiket MADANI F1 RM200 laris, 10,000 habis terjual - Sinarharian - 2/09 7:46 pm

SEBANYAK 10,000 tiket MADANI yang diperuntukkan bagi perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix (GP) 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) habis terjual selepas ditawarkan pada harga RM200 sekeping.Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pihaknya ketika ini belum membuat sebarang keputusan untuk menambah kuota tiket berkenaan.Bagaimanapun, beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti kemungkinan menyediakan tambahan tiket MADANI sekiranya terdapat lokasi atau ruang yang sesuai di SIC."Setakat ini, belum ada penambahan dan semua 10,000 tiket MADANI yang diperuntukkan sudah habis terjual."Kita akan melihat sama ada terdapat tempat yang boleh dipertimbangkan untuk penambahan tiket MADANI dalam masa terdekat," katanya selepas Majlis Peluncuran Pendaftaran Sukarelawan Rakan Muda sempena penganjuran F1 GP Bahrain di Malaysia di Sepang pada Rabu.Perlumbaan yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober itu turut mendapat sambutan menggalakkan apabila keseluruhan jualan tiket kini mencecah 85,000 keping, termasuk tiket MADANI, manakala kira-kira 27,000 lagi masih dalam tempahan.Sementara itu, Taufiq berkata, KBS turut membuka peluang kepada 1,000 rakyat Malaysia untuk menyertai program sukarelawan Rakan Muda bagi membantu kelancaran penganjuran F1 dan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di SIC bulan depan.Daripada jumlah itu, 500 sukarelawan akan ditempatkan sepanjang penganjuran F1, manakala baki 500 lagi akan membantu menjayakan MotoGP Malaysia yang dijadual berlangsung pada hujung Oktober.Permohonan dibuka mulai hari ini, 2 September, menerusi sistem MyProfil di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).Sukarelawan yang terpilih akan ditempatkan dalam empat bidang utama meliputi perkhidmatan pelanggan, pengurusan tiket dan kemasukan, perhubungan atau penyambut tetamu serta pengurusan kawasan MADANI.Menurut Taufiq, penglibatan rakyat penting dalam memastikan kejayaan sesuatu acara berskala besar, selain memberi peluang kepada sukarelawan tempatan menimba pengalaman dalam industri penganjuran sukan."Ini peluang untuk rakyat Malaysia mendapat pengalaman menguruskan acara berskala besar, lebih-lebih lagi selepas sembilan tahun F1 tidak dianjurkan di negara ini," katanya.Penganjuran GP Bahrain di SIC dibuat bagi memastikan perlumbaan itu kekal dalam kalendar F1 musim 2026 selepas ia dibatalkan pada awal musim berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat.




Reformasi     >>



Rashid patahkan dakwaan Madinah isu tak dipanggil RCI .. - Harapandaily
Bekas anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Rashid Hussain menolak dakwaan bahawa bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad tidak diberikan peluang untuk memberikan penjelasan kepada suruhanjaya berkenaan. Rashid yang juga Pengerusi ..
Kroni     >>



Pemuda Umno buka lembaran Penyatuan Ummah - Harakahdaily
KOTA BHARU: Kehadiran 25 pimpinan dan wakil Pemuda Umno pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-67 disifatkan sebagai detik bersejarah yang membuka ruang ke arah memperkukuh kembali Penyatuan Ummah.Pendaki Everest Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, rombongan ..
Tabloid     >>



Sedia terima apa sahaja komen netizen biarpun ada yang .. - Hmetro
PERNAH merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM), nama Cristina Suzanne, 41, sudah berada pada kelas tersendiri. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



OpenAI throws Astra into the top-tier model ring - Register
OpenAI slow-walks debut of delayed GPT-6, with Trusted Access Program participants getting first shot
World     >>



Vance: US investigating strike on Iran wedding 'very .. - Middleeasteye
Vance: US investigating strike on Iran wedding 'very fully' Submitted by Yasmine El-Sabawi on Thu, 09/03/2026 - 20:18 The US vice president insisted that there is no ongoing 'war' with Iran US Vice President JD Vance take questions from reporters at the White House in Washington, on 3 ..
Motor Trend     >>



Buletin Prototaip Ford Fathom Didedahkan – .. - Mekanika
# PROTOTAIP FORD FATHOM DIDEDAHKAN - LANCAR TAHUN DEPAN, JANGKAAN HARGA DARI RM115K **Ford mula mendedahkan gambaran lebih jelas mengenai trak pikap elektrik baharunya, Ford Fathom, menerusi beberapa imej rasmi yang dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Jim Farley.** Model yang masih dalam ..