| /// |
|
| Search : Kembangan News | Page 1 |
|
Polis sedang lengkapkan kertas siasatan libat Tony Pua - Sinarharian - 22/05 3:30 pm KUALA LUMPUR - Kertas siasatan ke atas bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara sedang dilengkapkan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, setakat ini sebanyak 98 laporan polis sudah diterima di seluruh negara."Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita sudah merakam keterangan beliau (Tony Pua)."Siasatan sedang dilengkapkan dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Tony diambil keterangan kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 1.30 petang untuk mengatur rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.Terdahulu, polis membuka kertas siasatan terhadap Tony susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu sensitif.Menerusi hantaran itu, Tony menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara. |
|
Tony Pua dipanggil polis, beri keterangan hampir 40 minit - Sinarharian - 21/05 7:30 pm SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menghabiskan masa kira-kira 40 minit untuk diambil keterangan susulan kontroversi hantaran di media sosial berkaitan Rukun Negara.Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 1.30 petang untuk mengatur rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah."Saya menawarkan diri untuk hadir pagi esok, namun Inspektor yang bertanggungjawab menyatakan menerima arahan untuk diambil kenyataan hari ini (Khamis)."Janji temu dibuat di Petaling Jaya hari ini jam 4 petang dengan saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada dua pegawai yang profesional. Proses itu mengambil masa kira-kira 40 minit," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN:Tony Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriPengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.Beliau memaklumkan bahawa siasatan dimulakan selepas polis menerima lebih 80 laporan dan yang pertama dibuat di Sri Muda di sini."Sebagai sebahagian daripada kenyataan itu, saya mengesahkan bahawa saya sendiri menulis siaran Facebook itu sendiri, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak lain."Apabila ditanya tujuan hantaran itu dibuat, saya menjawab bahawa ia adalah untuk berkongsi pandangan mengenai Rukun Negara."Apabila ditanya tentang maksud hantaran tersebut, saya menjawab ia mengikut apa yang ditulis," katanya lagi.Berhubung tindakan selanjutnya, kata Tony, beliau perlu menunggu dan lihat dan pihaknya tidak bertanya lanjut berhubung saksi lain yang mungkin diambil keterangan.Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar mengesahkan polis membuka kertas siasatan terhadap Tony susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Menerusi hantaran itu, Tony menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara. |
|
59 laporan polis dibuat, Tony Pua akan dipanggil beri keterangan - Mygazette - 21/05 4:10 pm Keseluruhan 59 laporan itu melibatkan pelbagai balai polis di seluruh negara, bukan hanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sahaja, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Sebelum ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi titah baginda menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu supaya hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang dipamerkan di plak lokasi berkenaan selain menghormati institusi raja |
|
Terima Datuk tapi Suee Lim diam bila institusi diraja Selangor diasak... - Mygazette - 21/05 4:10 pm Ketua Pemuda Pas Selangor, Sukri Omar berkata, tindakan berdiam diri itu menimbulkan persoalan sama ada mereka benar-benar menghormati institusi Raja Berperlembagaan atau sekadar selesa menerima darjah kebesaran. Beliau secara terbuka menamakan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim supaya menyatakan pendirian berhubung isu melibatkan dua pemimpin veteran DAP, Tony Pua dan Ronnie Liu serta ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki |
|
Jangan putar belit titah Sultan Selangor demi kepentingan politik sempit .. - Mygazette - 21/05 4:10 pm Ia bukanlah satu perintah mutlak seperti yang disalah tafsir oleh segelintir pemimpin politik, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, Sultan Selangor menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan |
|
Malaysia akan aman tanpa DAP ??? Ahmad - Mygazette - 21/05 4:10 pm Namun tidak sesekali bagi parti berlatar belakang cauvinis seperti DAP yang masih tegar bertembung dengan istana, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, Sultan Selangor bertitah ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew supaya hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan |
|
59 police reports lodged against Tony Pua - Sinardaily - 21/05 2:57 pm SHAH ALAM - Police have received 59 reports nationwide against former Damansara MP Tony Pua following a post on his Facebook account that allegedly touched on sensitive issues involving the Constitutional Monarchy and Rukun Negara.Selangor police chief Comm Datuk Shazeli Kahar said the case will be investigated and that Pua will be called to give his statement soon."As of this morning, I have been briefed that 59 police reports have been lodged nationwide, and the investigation is being conducted by the Selangor Royal Malaysia Police (PDRM)," he told reporters at a press conference at the Selangor Contingent Police Headquarters Senior Officers' Mess today.Yesterday, police opened an investigation paper against Pua following a Facebook post that allegedly touched on sensitive issues related to the Constitutional Monarchy and Rukun Negara.Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director Comm Datuk M. Kumar said the investigation was being conducted under Section 505(b) of the Penal Code for statements conducive to public mischief and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998.The DAP Disciplinary Committee chairman reportedly issued a statement saying that Malaysia practices a Constitutional Monarchy system in which the King's power is generally limited to certain areas.The statement is believed to have been made following the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah's, decree advising Seri Kembangan state assemblyman Wong Siew Ki and former Selangor executive councillor Ronnie Liu to visit Dataran Selangor once a week to understand and appreciate the true meaning of the Rukun Negara |
|
Kritik titah Sultan Selangor: Pemuda Pas persoal pendirian Suee Lim - Sinarharian - 21/05 2:11 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mempersoalkan pendirian Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim susulan kontroversi melibatkan pemimpin politik yang didakwa mengkritik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Beliau berkata, Suee Lim sepatutnya tampil mengeluarkan kenyataan mempertahankan institusi diraja serta menunjukkan pendirian yang jelas terhadap tindakan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki selain bekas pemimpin DAP, Tony Pua dan Ronnie Liu.Menurutnya, gelaran Datuk yang diterima bukan sekadar untuk ditulis di hadapan nama, sebaliknya lambang penghormatan dan pengiktirafan daripada institusi diraja negeri."Bila institusi yang menganugerahkan darjah kebesaran diasak dan dipersoalkan secara terbuka, sekurang-kurangnya tampilkan pendirian yang jelas dan bermaruah."Kalau benar hormat kepada Raja Berperlembagaan, inilah waktunya tunjukkan kesetiaan kepada institusi negeri bukan sekadar diam membisu melihat penghinaan demi penghinaan berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Mohamed Sukri berkata, rakyat sedang memerhati sikap pemimpin yang menerima anugerah kebesaran tetapi didakwa gagal mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya."Jangan sampai rakyat melihat ada pihak hanya selesa menerima anugerah, tetapi terlalu sukar mempertahankan kehormatan institusi yang menganugerahkannya," tambah beliau.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara. |
|
59 laporan polis dibuat terhadap Tony Pua, polis akan panggil rakam keterangan - Sinarharian - 21/05 12:33 am SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil untuk direkod keterangan dalam masa terdekat susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan berhubung kes itu kini dikendalikan Polis Kontinjen Selangor.Menurutnya, sehingga pagi Khamis, sebanyak 59 laporan polis telah dibuat membabitkan kenyataan yang dimuat naik oleh Tony Pua itu."Sehingga pagi tadi saya telah ditaklimatkan sebanyak 59 laporan polis dibuat di seluruh negara dan siasatan dijalankan oleh pihak IPK Selangor."Keseluruhan 59 laporan itu melibatkan pelbagai balai polis di seluruh negara, bukan hanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sahaja," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.href=" Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriMedia sebelum ini melaporkan, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja.Susulan itu, Tony Pua menerusi hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). |
|
Tony Pua in hot water over monarchy remarks - Sinardaily - 21/05 11:56 am SHAH ALAM A Facebook post about Malaysia's constitutional monarchy has landed former Damansara Member of Parliament Tony Pua in the crosshairs of federal police, after 28 reports were lodged against him nationwide.Pua is now being investigated under Section 505(b) of the Penal Code for public mischief and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998. Authorities have indicated he may be called in for questioning soon.How it startedThe controversy traces back to Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, who publicly advised DAP Seri Kembangan assemblyman Wong Siew Ki and former Selangor exco Ronnie Liu to better understand and appreciate the Rukun Negara specifically, the importance of respecting the royal institution.The royal reminder came amid a simmering dispute over pig farming in Selangor |
|
Puchong timber factory destroyed in fire - Sinardaily - 21/05 10:17 am PUCHONG - A timber factory in Taman Putra Perdana was destroyed in a fire on Thursday.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ahmad Mukhlis Mukhtar said the department received an emergency call at 2.05am."A total of 38 personnel and officers with equipment from the Cyberjaya Fire and Rescue Station, assisted by units from Dengkil, Puchong and Seri Kembangan, rushed to the scene 14 kilometres away," he said in a statement on Thursday.Mukhlis said upon arrival about 11 minutes later, the team found the Class C timber factory 80 per cent ablaze."Firefighters carried out suppression operations using two hoselines of 61 metres with six nozzle jets, drawing water from fire hydrants and a water tanker," he said.He said the fire was brought under control at 4am and fully extinguished at about 5am.No casualties were reported |
|
Kilang kayu musnah dalam kebakaran - Sinarharian - 21/05 7:45 am PUCHONG Sebuah kilang kayu di Taman Putra Perdana di sini musnah dalam kebakaran pada Khamis.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.05 pagi."Seramai 38 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya serta bantuan BBP Dengkil, BBP Puchong dan BBP Seri Kembangan bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 14 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian, mendapati sebuah kilang kayu kelas C terbakar 80 peratus."Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos sepanjang 61 meter dengan enam pancutan nozel daripada sumber air pili bomba serta water tanker," katanya.Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 4 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi."Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. |
|
DAP jangan jadikan institusi diraja bahan eksperimen politik ??? Fariz - Mygazette - 21/05 7:36 am Keharmonian negara perlu dipelihara dan semua pihak wajib menghormati semangat Perlembagaan, katanya. Dalam masa sama, Fariz Hazurin mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki supaya segera tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor serta seluruh rakyat Malaysia |
|
Polis buka kertas siasatan terhadap Tony Pua, terima 28 laporan setakat ini - Mygazette - 21/05 7:36 am Bukan dekri atau titah, katanya. Kenyataan itu dimuat naik Tony Pua tidak lama selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja |
|
Siew Ki junjung titah Sultan Selangor, hormati dan patuhi prinsip Rukun... - Mygazette - 21/05 7:36 am # Siew Ki junjung titah Sultan Selangor, hormati dan patuhi prinsip Rukun Negara KUALA LUMPUR Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penghayatan terhadap Rukun Negara |
|
'Tony Pua, hormat titah tidak bermakna tolak Perlembagaan' - Peguam - Sinarharian - 20/05 8:42 pm SHAH ALAM Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua digesa memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa boleh mengelirukan rakyat mengenai kedudukan institusi diraja dalam sistem Raja Berperlembagaan negara.Peguam, M Partiben berkata, kenyataan Tony yang dipetik sebagai 'beliau akan patuh Perlembagaan, bukan titah semata-mata berhubung titah Sultan Selangor', seolah-olah memisahkan institusi itu daripada Perlembagaan Persekutuan.Hakikatnya, beliau berkata, kedudukan dan kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam dan Ketua Negeri diperuntukkan secara jelas di bawah Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan serta Perlembagaan Negeri Selangor."Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan sememangnya menetapkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi."Bagaimanapun kuasa Sultan yang termaktub dalam Perlembagaan itu sendiri adalah sebahagian daripada undang-undang tertinggi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPartiben berkata, menghormati titah dan nasihat Sultan tidak bermakna menolak Perlembagaan.Beliau turut menggesa Tony memberi penjelasan segera sama ada kenyataan itu bermaksud mempertikai kuasa perlembagaan Sultan atau sebaliknya.Katanya, kekeliruan tersebut tidak sepatutnya dibiarkan kerana boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi yang menjadi tunggak kestabilan negara.Sebelum ini, Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP dilaporkan menegaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem pemerintahan mutlak yang membolehkan raja menggubal atau mengikat semua aspek kehidupan rakyat melalui titah semata-mata.Kenyataan tersebut dibuat susulan titah Sultan Selangor yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu supaya hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi memahami serta menghayati makna sebenar Rukun Negara.Baginda bertitah, langkah itu penting agar mereka menjadi rakyat yang memahami kepentingan menghormati kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu selain menjaga adab, kesopanan dan kesusilaan sebagaimana terkandung dalam prinsip Rukun Negara. |
|
Polis terima 28 laporan berkaitan hantaran Tony Pua - Sinarharian - 20/05 7:19 pm KUALA LUMPUR - Polis menerima sebanyak 28 laporan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan hantaran di Facebook yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar berkata, polis telah membuka siasatan berhubung hantaran berkenaan selepas menerima laporan yang dibuat di seluruh negara."Kita telah memulakan siasatan selepas menerima 28 laporan polis dari seluruh negara."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Ditanya sama ada Tony Pua akan dipanggil, Kumar berkata, semua pihak berkaitan akan dipanggil bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.Pada Selasa, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja.Susulan itu, Tony Pua dalam hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).Hantaran itu mengundang kritikan daripada beberapa pemimpin politik yang membidas kenyataan veteran DAP berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN:Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed Sukri |
|
Tony Pua jangan cabar sensitiviti rakyat terhadap institusi diraja - MHO - Sinarharian - 20/05 4:27 pm SHAH ALAM Kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mempersoalkan kedudukan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam sistem Raja Berpelembagaan sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.Ketua Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Daniel Khoo berkata, kenyataan DAP itu yang mempersoalkan kedudukan titah Raja dan Rukun Negara dilihat tidak sensitif selain berpotensi mengelirukan rakyat mengenai peranan institusi diraja di negara ini."Walaupun Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, ia tidak bermaksud institusi diraja boleh diperkecil atau dipersoalkan sesuka hati oleh ahli politik."Titah Sultan Selangor itu menyentuh soal adab, penghormatan kepada Rukun Negara serta institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi asas kestabilan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Tony Pua yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP dilaporkan menegaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.ARTIKEL BERKAITAN TONY PUA: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriMenurut beliau, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem pemerintahan mutlak yang membolehkan raja menggubal atau mengikat semua aspek kehidupan rakyat melalui titah semata-mata.Kenyataan tersebut dibuat susulan titah Sultan Selangor yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu supaya hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi memahami serta menghayati makna sebenar Rukun Negara.Baginda bertitah, langkah itu penting agar mereka menjadi rakyat yang memahami kepentingan menghormati kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu selain menjaga adab, kesopanan dan kesusilaan sebagaimana terkandung dalam prinsip Rukun Negara.Mengulas lanjut, Daniel berkata, majoriti rakyat Malaysia masih menjunjung tinggi institusi diraja dan menyokong titah Sultan Selangor yang sering menekankan aspek perpaduan serta keharmonian negara.Beliau berkata, pemimpin politik sewajarnya menunjukkan teladan baik kepada masyarakat dengan menjaga tutur kata apabila menyentuh isu berkaitan institusi Raja-Raja Melayu."Jangan kerana mahu mempertahankan kenyataan tertentu, akhirnya adab terhadap institusi diraja diketepikan."Rakyat masih tahu membezakan antara kebebasan bersuara dengan kenyataan yang boleh dianggap tidak menghormati Raja-Raja Melayu," katanya. |
|
Pemuda Amanah gesa DAP ambil tindakan disiplin terhadap Tony Pua - Mygazette - 20/05 3:59 pm Menurut yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP berkata, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat. Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Tony Pua bagai kaduk naik junjung, UMNO bersama Tuanku! – Asyraf... - Mygazette - 20/05 3:59 pm Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat. Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Bukan ketelanjuran tetapi Tony Pua sengaja cetuskan polemik baharu - Mygazette - 20/05 3:59 pm Di Selangor, UMNO ikut Himpunan Daulat Tuanku di Shah Alam, tapi dua orang ADUN UMNO menikus dalam Dewan Negeri dan tidak berani menegur perbahasan biadap ADUN DAP. "UMNO malah turut bersekongkol untuk menolak usul supaya ADUN Seri Kembangan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor, katanya lagi |
|
Titah sultan perlu dijadikan nasihat, bukan polemik politik - Amanah Selangor - Sinarharian - 20/05 2:44 pm SHAH ALAM - Semua pihak khususnya ahli politik digesa agar tidak mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Abbas Azmi berkata, semua pihak seharusnya berlapang dada dan memahami maksud di sebalik titah baginda yang mengingatkan generasi baharu tentang kepentingan Rukun Negara dan perpaduan rakyat.Menurutnya, tindakan segelintir ahli politik yang cuba memanipulasi titah tersebut untuk kepentingan sendiri adalah sangat tidak wajar."Jadikanlah titah Tuanku Sultan Selangor itu sebagai satu nasihat yang berguna sepertimana nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya."Tiada untungnya kepada mana-mana pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan di atas titah baginda selain untuk mengeruhkan keadaan dan mungkin cubaan untuk meraih populariti politik semata-mata. Berpolitik ada batasnya," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan Sultan Sharafuddin menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Titah baginda, langkah itu penting agar semua pihak terutamanya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.Mengulas lanjut, Abbas menegaskan, fokus utama ketika ini harus diberikan kepada usaha memperkukuh keadaan negeri dan negara yang sedang berhadapan cabaran krisis ekonomi global."Nasib rakyat harus menjadi keutamaan dan seperti yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Amiruddin Shari, pakej rangsangan ekonomi khusus bagi negeri Selangor berhadapan dengan krisis itu kesan dari pergolakan di negara Timur Tengah dengan peruntukan permulaan sebanyak RM131 juta."Ini yang harus diberi keutamaan bukan hanya cubaan menangguk di air yang keruh dan menjadi pengadu domba bagi mengeruhkan suasana," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pihak mengambil iktibar secara positif atas titah Sultan Sharafuddin sebagai tanda sayang baginda terhadap kerajaan dan rakyat negeri Selangor. |
|
'Junjung Rukun Negara demi kepentingan rakyat' - Siew Ki - Sinarharian - 20/05 2:43 pm SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan prinsip-prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan, inspirasi dan asas utama dalam melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada seluruh rakyat.Beliau berkta, sebagai wakil rakyat, lima prinsip Rukun Negara sentiasa dijunjung dan diamalkan dalam setiap tindakan demi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia terus diutamakan.Menurutnya, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan menjadi asas penting dalam memikul amanah yang diberikan rakyat."Patik menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj."Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan patik demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.Siew Ki sebelum ini semasa membahaskan titah ucapan Sultan Sharafuddin pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memohon pertimbangan kerajaan negeri memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.Beliau berkata, cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. |
|
Armada Perak mulakan laporan polis terhadap Tony Pua - Sinarharian - 20/05 2:07 pm IPOH Angkat Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak memulakan tindakan membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan kenyataan dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya yang didakwa menyentuh isu sensitif melibatkan institusi Raja Berperlembagaan.Ketua Armada Bersatu Perak, Halim Nayan berkata, tindakan tersebut dibuat sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan yang disifatkan tidak bertanggungjawab serta melampaui batas sebagai rakyat Malaysia.Menurutnya, kenyataan berkenaan dilihat cuba mencabar asas penting dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang kestabilan negara sejak sekian lama."Malaysia bukan negara yang dibina atas emosi politik sempit atau ideologi songsang yang bebas menghina sesuka hati institusi negara."Negara ini dibina atas lunas Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta penghormatan kepada institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kepada keharmonian dan kestabilan negara," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiHadir sama Naib Ketua Armada Bersatu Perak, Izwan Yudin Rizal Sham.Halim berkata, mana-mana pihak yang cuba mengelirukan rakyat sehingga prinsip kesetiaan kepada raja dan negara dipersoalkan mengikut kepentingan politik tertentu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya.Katanya, kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mencetuskan kebencian terhadap sistem negara manakala demokrasi pula bukan tiket untuk mencabar institusi yang menjadi tunjang kestabilan Malaysia.Sehubungan itu, beliau mendesak pihak polis agar menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat mengikut Akta Hasutan 1948 serta peruntukan undang-undang berkaitan tanpa kompromi.Tambah Halim, Armada Bersatu Perak juga memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menormalisasikan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian negara atas nama kebebasan bersuara."Malaysia ada batas, Malaysia ada Perlembagaan dan Malaysia juga mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang perlu dihormati semua pihak."Kami di Armada Bersatu Perak akan terus berada di barisan hadapan dalam mempertahankan institusi diraja," katanya.Menurut beliau, setakat ini Armada Bersatu Perak merupakan antara pihak terawal membuat laporan polis berhubung isu tersebut dan tindakan sama dijangka akan disusuli beberapa Armada negeri lain termasuk di peringkat bahagian.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara. |
|
DAP sedang rancak laksanakan agenda, dakwa Armada Bersatu - Sinarharian - 20/05 1:12 pm SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa kenyataan biadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua sebagai sengaja dibuat untuk meneruskan polemik dan krisis meskipun boleh menggugat keharmonian rakyat.Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham mendakwa pimpinan DAP dilihat terus mengkritik Institusi Raja Berperlembagaan kerana merasakan mereka berada dalam kedudukan yang kukuh dalam kerajaan ketika ini.Menurut beliau, situasi itu menyebabkan tiada pemimpin dalam kerajaan Perpaduan yang berani menegur atau menghentikan tindakan yang dilihat mencabar sensitiviti.ARTIKEL BERKAITAN:Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed Sukri"Armada yakin, DAP akan terus menggasak dan memperlekeh Institusi Raja Berperlembagaan kerana mereka berasa kebal."Maka, tidak ada pemimpin Madani yang akan berani menghentikan kebiadapan yang sedang dilakukan DAP sekali pun UMNO dilihat cuba melawan dan mencabar parti itu, tapi itulah hipokrasi mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sayap pemuda Bersatu itu juga turut percaya kedudukan dominan DAP dalam kerajaan memberi ruang kepada mereka melaksanakan pelbagai agenda parti."DAP sedang rancak melaksanakan agenda mereka yang mana minggu lalu, Kabinet Madani mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) biarpun ianya bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan malah menjadikan Tahfiz sebagai perisai mempertahankan UEC."Justeru, DAP semakin rancak dan berani kerana ketika ini kerana pelbagai agenda mereka berjaya direalisasikan, mereka akan terus mencabar institusi Raja Berperlembagaan dan meneruskan polemik ini kerana agenda seterusnya adalah mengurangkan kuasa Raja-Raja," dakwanya.Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara. |
|
DAP rep acknowledges Selangor rulers call to uphold Rukun Negara - FMT - 20/05 1:10 pm Seri Kembangan assemblyman Wong Siew Ki says she humbly upholds Sultan Sharafuddin Idris Shahs decree for elected representatives to better understand the principles. |
|
Bersatu Selangor tegas semua wakil rakyat perlu hormati institusi Raja-Raja Melayu - Sinarharian - 20/05 8:19 am SHAH ALAM Semua wakil rakyat wajib menghormati institusi Raja-Raja Melayu, beradab serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, pendirian itu dinyatakan susulan sokongan penuh parti berkenaan terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkaitan Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor.Menurutnya, Bersatu Selangor turut mengambil maklum teguran khusus Sultan Selangor terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew."Sebagai parti yang menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu, kami berpandangan bahawa semua wakil rakyat wajib menghormati institusi Raja, beradab dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian serta kedudukan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, parti itu juga menjunjung kasih serta menyokong penuh titah Sultan Selangor yang memperkenalkan Plak Monumen Rukun Negara sebagai usaha mendidik rakyat, khususnya generasi muda mengenai asas perpaduan negara.Tegasnya, peristiwa 13 Mei 1969 ialah sejarah hitam yang tidak boleh diulang dan Rukun Negara perlu terus dijadikan pegangan bersama rakyat pelbagai kaum dan agama.Dalam pada itu, beliau berkata, Bersatu Selangor bersetuju dengan seruan Sultan Selangor supaya setiap Ahli Yang Berhormat di negeri itu menjadikan lawatan ke Dataran Selangor sebagai amalan."Memahami dan menghayati maksud Rukun Negara adalah tanggungjawab semua pemimpin tanpa mengira parti politik," katanya.Beliau berkata, Bersatu Selangor akan terus berpegang kepada prinsip mempertahankan agama Islam serta berkhidmat kepada rakyat dan negara seperti dititahkan Sultan Selangor. |
|
Isu ternakan babi: Pas Selangor desak Weng San letak jawatan Speaker... - Mygazette - 20/05 7:56 am Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya menjunjung kasih atas titah tegas Sultan Selangor yang mengingatkan semua pihak supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara khususnya berkaitan kesopanan, kesusilaan serta penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan. Malah, menurut beliau, teguran terbuka Sultan Selangor terhadap Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu membuktikan tahap kebiadaban politik yang berlaku kini sudah melampaui batas |
|
DAP patut hantar pemimpin tertinggi menghadap Sultan Selangor -Fadhli - Mygazette - 20/05 7:56 am "Molek sekali jika parti-parti ini dialihkan bersama sekaligus sebagai pembangkang di Selangor dan juga di Putrajaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam hantaran di Facebook, hari ini. Cadangan itu susulan titah terbaharu Sultan Selangor yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Kuasa raja adalah terhad, kata Tony Pua Kuasa raja adalah terhad, kata .. - Mygazette - 20/05 7:56 am "Bukan berdasarkan titah semata-mata," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. Terdahulu,Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Tony Pua jangan keruhkan isu institusi raja – Saifuddin - Mygazette - 20/05 7:56 am Gabungan antara kedaulatan diraja dan demokrasi berparlimen inilah yang memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, ujarnya. Saifuddin yang juga Setiausaha Politik Datuk Menteri Besar Selangor turut mencadangkan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki mengambil pendekatan lebih diplomatik termasuk memohon menghadap Sultan Selangor atau mengutus surat bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu berkenaan demi meredakan keadaan |
|
Hina institusi raja: PN Selangor desak ADUN DAP minta maaf terbuka - Mygazette - 20/05 7:56 am # Hina institusi raja: PN Selangor desak ADUN DAP minta maaf terbuka KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) Selangor mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah |
|
Lima prinsip Rukun Negara perlu difahami secara menyeluruh - Ronnie Liu - Sinarharian - 19/05 11:34 pm SHAH ALAM - Kelima-lima prinsip Rukun Negara tidak boleh difahami secara terpilih, sebaliknya perlu dihayati secara menyeluruh sebagai asas budaya politik negara.Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, prinsip itu merangkumi Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi semangat kebangsaan lengkap untuk semua rakyat Malaysia.Menurut beliau, dalam suasana politik dan masyarakat yang semakin dipenuhi emosi serta perpecahan, semua ahli politik perlu kembali memahami semangat sebenar Rukun Negara."Pada pandangan patik, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya ahli politik hadir ke Dataran Selangor sebanyak dua kali sebulan untuk mendekati rakyat dan menghayati semula Rukun Negara bukan sekadar satu aktiviti simbolik atau formaliti semata-mata," katanya dalam satu kenyataan pada SelasaRonnie berkata, saranan Sultan Selangor ahli politik hadir ke Dataran Selangor dua kali sebulan membawa mesej lebih mendalam mengenai kepentingan kembali kepada asas pembinaan negara.Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi Malaysia ketika ini bukan sekadar persaingan politik, tetapi budaya politik yang semakin ekstrem dan saling menyerang sehingga menjauh daripada semangat asal pembinaan negara.Menurutnya, politik era baharu tidak sepatutnya lagi dibina atas kebencian, emosi dan perpecahan, sebaliknya perlu berteraskan kematangan, rasional dan rasa hormat demi kestabilan negara.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Sultan Selangor menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan Ronnie Liu hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara. |
|
Respons Ronnie Liu terhadap titah Sultan Selangor - Mkini - 19/05 8:39 pm Sultan Selangor sebelum ini menyarankan Liu dan Adun Seri Kembangan, Wong Siew Ki membaca dan memahami makna Rukun Negara. |
|
Selangor Pas Youth urges Speakers resignation, demands DAP to respect Sultans Royal Address - Sinardaily - 19/05 5:54 pm SHAH ALAM - Selangor Pas Youth has called for the resignation of the Selangor State Assembly Speaker Lau Weng San, while also urging DAP to respect the Royal Address delivered by the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.The group argued that the situation reflects a broader issue of declining political decorum and alleged disregard for the constitutional monarchy, which it described as a cornerstone of national stability.Selangor Pas Youth chief Mohamed Sukri Omar issued a strongly worded statement defending the Sultans intervention and criticising political conduct during the state assembly sitting.The Royal Address of His Royal Highness the Sultan of Selangor must be respected, DAP is synonymous with disrespect towards the Royal Institution. We demand the Selangor State Assembly speaker to resign.The highest respect and gratitude for the firm statement by His Royal Highness the Sultan of Selangor who reminded all parties of the importance of understanding and appreciating the principles of the Rukun Negara, particularly in matters of courtesy, decorum and respect for the Constitutional Monarchy Institution.When His Royal Highness the Sultan of Selangor himself publicly rebuked the Seri Kembangan Member of Parliament (MP) Wong Siew Ki and DAP's former state exco, Ronnie Liu, it proves that the level of political disrespect has crossed acceptable boundaries.More disappointingly, Ronnie still went so far as to suggest that pig farmers take legal action after the issue had received serious attention from the Selangor Palace |
|
Speaker DUN Selangor digesa letak jawatan - Sinarharian - 19/05 3:56 pm SHAH ALAM Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San digesa meletakkan jawatan susulan kegagalan mengambil tindakan tegas terhadap kontroversi membabitkan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung isu babi ketika sidang DUN baru-baru ini.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, kegagalan Speaker mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa memperlihatkan kelemahan serius dalam mempertahankan kemuliaan Dewan serta menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Menurutnya, Speaker tidak boleh lari daripada tanggungjawab susulan isu berkenaan yang mencetuskan kontroversi dan keresahan rakyat."Justeru, kami menggesa Speaker DUN Selangor meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab atas kegagalan beliau mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa dan mempertahankan kehormatan institusi negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, Mohamed Sukri berkata, pihaknya menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor yang mengingatkan semua pihak mengenai kepentingan memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara khususnya berkaitan kesopanan, kesusilaan serta penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan.Katanya, teguran terbuka Sultan Selangor terhadap Siew Ki dan Ronnie Liu Tian Khiew membuktikan tahap kebiadaban politik yang berlaku kini sudah melampaui batas.Beliau turut mendakwa DAP semakin sinonim dengan budaya politik biadab terhadap institusi diraja susulan beberapa insiden yang disifatkan gagal menghormati adab, tradisi dan semangat Perlembagaan negara."Rakyat Selangor mahukan politik matang, beradab dan menghormati institusi negara, bukannya politik angkuh yang mencabar sentimen rakyat serta memperlekehkan institusi Raja Berperlembagaan," tegas beliau.Terdahulu, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan Ronnie Liu hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara. |
|
Ditegur secara terbuka Sultan Selangor; Afnan persoal sikap pemimpin DAP - Mygazette - 19/05 3:32 pm Sibuk dengan kuasa dan harta sedangkan tanah sendiri makin tergadai," katanya. Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Sultan Sharafuddin titah Siew Ki; Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor, .. - Mygazette - 19/05 3:32 pm # Sultan Sharafuddin titah Siew Ki; Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor, baca dan fahami Rukun Negara KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Sultan Selangor saran Adun DAP, bekas exco hayati Rukun Negara - FMT - 19/05 3:21 pm Sultan Sharafuddin Idris Shah gesa Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki dan bekas exco Ronnie Liew membaca plak Rukun Negara di Dataran Selanor sekurang-kurangnya seminggu sekali. |
|
Sultan titah Siew Ki, Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor fahami Rukun Negara - Harapandaily - 19/05 2:51 pm Sultan Selangor bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Kondo sama tetapi tawar skim dan harga berbeza, 149 pembeli tuntut .. - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Kondo sama tetapi tawar skim dan harga berbeza, 149 pembeli tuntut penjelasan pemaju SERI KEMBANGAN Seramai 149 pembeli rumah Prestige Residence di Lestari Perdana di sini menuntut penjelasan pemaju apabila mendakwa unit kediaman yang dibeli mereka memiliki perbezaan harga dan skim yang tidak didedahkan sebelum pembelian dilakukan |
|
Wakil rakyat DAP ???tak reti bahasa??? punca Himpunan Daulat Tuanku .. - Mygazette - 17/05 8:04 am # Wakil rakyat DAP tak reti bahasa punca Himpunan Daulat Tuanku depan SUK Sukri Omar SHAH ALAM Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan DAP yang masih tak reti bahasa walaupun selepas menerima memorandum bantahan, menjadi punca Himpunan Daulat Tuanku dianjurkan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor |
|
Weng San tak layak jadi Speaker, `berambus’ dari Dewan Negeri .. - Mygazette - 17/05 8:04 am # Weng San tak layak jadi Speaker, `berambus' dari Dewan Negeri Selangor - Dr Afif SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin mendakwa ketidakharmonian yang berlaku di Selangor ketika ini bukan berpunca daripada pihak pembangkang, sebaliknya dicetuskan oleh wakil dalam kerajaan negeri sendiri. Beliau mempersoalkan kenyataan ADUN Seri Kembangan, Wong Sie Ki yang menyentuh soal `kesamarataan' sehingga menimbulkan persepsi bahawa titah Sultan Selangor berkaitan larangan penternakan babi boleh dipersoalkan |
|
Daulat Tuanku rally: Reject DAP in GE16, PAS leader tells 3k attendees - Mkini - 16/05 6:06 pm Sukri also calls for action to be taken against Seri Kembangan lawmaker. |
|
Majikan warga China gaji pekerja senegara tanpa permit di kilang kusyen... - Mygazette - 14/05 8:36 am # Majikan warga China gaji pekerja senegara tanpa permit di kilang kusyen kereta KUALA LUMPUR Tindakan seorang warga China sengaja menggaji pekerja senegaranya tanpa permit sah dikesan dalam serbuan di sebuah kilang pengubahsuaian dan pembekal kusyen kereta di Seri Kembangan dekat sini semalam |
|
Kilang kusyen kereta guna pekerja asing tanpa permit diserbu - Sinarharian - 13/05 9:16 pm PUTRAJAYA - Kegiatan sebuah kilang pengubahsuaian dan pembekal kusyen kereta yang dipercayai menggaji warga asing tanpa permit sah terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi Ops Mahir di Seri Kembangan Selangor pada Selasa.Serbuan itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya kira-kira jam 12.30 tengah hari hasil risikan selama seminggu terhadap premis berkenaan.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, premis itu dipercayai dimiliki dan diuruskan seorang majikan warga China yang sengaja menggaji warga asing tanpa dokumen dan permit kerja sah."Kebanyakan pekerja yang diambil bekerja terdiri daripada rakan senegara warga China," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Lokman berkata, pasukan serbuan melibatkan 17 pegawai pelbagai pangkat telah melakukan pemeriksaan terhadap 24 individu terdiri daripada 21 warga asing dan tiga warga tempatan."Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan 16 warga asing termasuk majikan warga China dan Myanmar berusia antara 26 hingga 35 tahun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.Beliau berkata, tiga Borang 29 saman kepada saksi turut dikeluarkan kepada warga tempatan bagi membantu siasatan."Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya.Tambah beliau, JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal lebih masa serta menyalahgunakan pas di negara ini."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya. |
|
Majikan warga China dicekup gaji pekerja haram - Kosmo - 13/05 8:59 pm KUALA LUMPUR – Taktik seorang majikan warga China menggaji pekerja senegaranya tanpa permit kerja sah terbongkar selepas premis pengubahsuaian dan pembekal kusyen kereta diserbu Jabatan Imigresen (JIM) menerusi Ops Mahir di Seri Kembangan, semalam |
|
Hina Sultan, Pas desak Dewan Negeri Selangor dibubarkan - Mygazette - 12/05 7:40 am Sepatutnya wakil rakyat, menjunjung kasih dan mendukung titah Tuanku, katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini. Sukri menyifatkan tindakan Siew Ki yang juga Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan yang menyanggah titah Sultan Selangor berhubung larangan penternakan babi di negeri itu sebagai penolakan halus |
|
“Dia pun tak sedar semua tu” – Pelajar Duduk Di Belebas Tingkap Asrama Disyaki Alami Gangguan ‘Anxiety’ - Lobakmerah - 11/05 5:56 pm Berikutan dengan tular satu foto memperlihatkan pelajar duduk di belebas tingkap asrama, di Serdang baru-baru ini, pihak bomba menjelaskan bahawa pelaku mengalami gangguan keresahan sehingga bertindak di luar kawalan. Namun tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan telah berjaya memujuk dan menurunkan wanita tersebut dengan selamat |
|
Police seek lorry driver after 65yearold man killed in Seri Kembangan hitandrun - Malaymail - 11/05 5:55 pm KUALA LUMPUR, May 11 Police are looking for a lorry driver and witnesses to help investigate a hit-and-run accid... |
|
Pelajar perempuan cuba terjun dari tingkat satu - Mygazette - 11/05 4:24 pm Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar 7.37 pagi. Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Kembangan bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian |
|
Pemuda Pas arah buat laporan polis terhadap PM, dakwa derhaka titah... - Mygazette - 11/05 4:24 pm Menurut beliau, tempoh yang diberikan untuk pihak terlibat memohon maaf juga didakwa sudah berakhir. "Pemuda Pas Malaysia akan mengarahkan seluruh jentera Pemuda Pas di seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Menteri Komunikasi termasuk ADUN Seri Kembangan atas penderhakaan mereka terhadap titah DYMM Sultan Selangor, katanya dalam kenyataan hari ini |
|
Polis kesan pemandu lori sebabkan penunggang motosikal maut - Utusan - 11/05 4:20 pm PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang pemandu lori yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Jalan Desa Serdang, Seri Kembangan, Selangor, Sabtu lalu |
|
[VIDEO] Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori - Kosmo - 11/05 3:56 pm KAJANG – Polis sedang mengesan pemandu sebuah lori selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan seorang penunggang motosikal warga emas di Jalan Desa Serdang, Seri Kembangan di sini, kelmarin |
|
DAP kena henti main naratif politik dalam isu ladang babi –... - Mygazette - 9/05 7:31 am Politik hari ini bukan lagi tentang siapa paling lantang mempertahankan kelompok sendiri, tetapi siapa paling bijak membaca emosi rakyat dan menjaga keseimbangan dalam kerajaan gabungan, katanya. Dalam masa sama, beliau turut menegaskan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki tidak boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab politik terhadap kekecohan yang berlaku kerana beliau dilihat antara suara utama yang menongkah arus terhadap titah Sultan Selangor |
|
Isu penternakan babi bukan soal kaum, agama - PN Selangor - Sinarharian - 8/05 1:35 pm SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) Selangor menegaskan isu penternakan babi di negeri ini tidak wajar dipolemikkan sebagai isu perkauman atau agama sempit kerana ia melibatkan kepentingan alam sekitar serta kesejahteraan rakyat.Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, penamatan aktiviti penternakan babi di Selangor tidak bermaksud menafikan hak masyarakat bukan Islam mendapatkan bekalan daging babi.Menurut mereka, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri telah mencadangkan supaya bekalan daging babi diimport bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam di negeri ini."Tiada agama, kaum, keturunan atau jantina yang didiskriminasikan sekiranya aktiviti penternakan babi dinoktahkan di Selangor."Tiada mana-mana pihak yang menoktahkan bekalan daging babi untuk keperluan masyarakat bukan Islam di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN Selangor pada Jumaat.Dalam masa sama, PN Selangor mendakwa terdapat pihak cuba meniup sentimen perkauman dan agama bagi mempolitikkan isu berkenaan.Menurut kenyataan itu, pendirian Sultan Selangor supaya aktiviti penternakan babi dihentikan sepenuhnya adalah berasaskan faktor pencemaran alam sekitar termasuk risiko terhadap sungai dan kawasan tadahan air.Jelas beliau, titah baginda juga telah dizahirkan beberapa kali termasuk ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor pada 20 April lalu."Titah Tuanku jelas dan sangat berhemah demi memastikan keharmonian serta keamanan rakyat Selangor terus terpelihara," jelas kenyataan itu.PN Selangor turut mempersoalkan sikap kerajaan negeri yang didakwa gagal mengambil pendirian tegas bagi meredakan polemik berhubung isu terbabit.Selain itu, mereka turut mengkritik kenyataan pihak tertentu yang didakwa memberi gambaran aktiviti penternakan babi masih boleh diteruskan di Selangor sehingga mencetuskan reaksi rakyat di media sosial.Menurut mereka, keadaan itu menyebabkan pihak istana terpaksa mengeluarkan satu lagi kenyataan pada Khamis bagi menegaskan semula pendirian Sultan Selangor supaya isu penternakan babi dihentikan sepenuhnya."Seluruh kepimpinan Bersatu dan Pas Selangor akan terus mempertahankan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu serta menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan," jelas beliau.Dalam kenyataan sama, PN Selangor turut mendakwa ADUN mereka dikenakan tindakan ketika cuba membawa isu berkaitan titah Sultan Sharafuddin dalam persidangan DUN Selangor."Tiga ADUN PN dihalau keluar dan digantung daripada menghadiri sidang dewan, selain usul untuk merujuk ADUN Seri Kembangan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri turut ditolak Speaker.Menurut kenyataan itu, tindakan itu dilihat mengekang peranan pembangkang dalam melaksanakan fungsi semak dan imbang seperti disarankan Sultan Selangor."Mengapa Perikatan Nasional dihukum sedangkan kami hanya mempertahankan kewibawaan titah Tuanku Sultan? ujar kenyataan itu.Sinar Harian pada Khamis melaporkan Sultan Selangor kekal dengan pendirian tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di negeri ini sama ada berskala besar mahupun kecil susulan faktor kesesuaian guna tanah serta risiko alam sekitar yang boleh menjejaskan kepentingan awam.Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda itu kekal seperti yang telah ditegaskan menerusi kenyataan media bertarikh 10 Februari lalu berhubung isu penternakan babi di negeri ini. |
|
Isu ternak babi: Pemuda Pas gesa permohonan maaf atau sedia dengan laporan polis - Sinarharian - 7/05 11:26 pm SHAH ALAM- Pemuda Pas menggesa Kerajaan Madani khususnya Perdana Menteri, Menteri Komunikasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan daripada DAP memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai isu penternakan babi di negeri tersebut.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, jika tidak ada permohonan maaf dibuat dalam tempoh 24 jam, Pemuda Pas tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan laporan polis di seluruh negara berkenaan penderhakaan terhadap institusi diraja.Menurutnya, ini kerana Sultan Selangor sekali lagi menegaskan titah baginda sebelum ini bahawa tidak wajar lagi timbul sebarang perbincangan atau perbahasan berhubung cadangan pembinaan ladang ternakan babi di negeri Selangor."Namun amat mendukacitakan, apabila ketegasan titah baginda itu seolah-olah tidak diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan Madani yang mentadbir Selangor mahupun Kerajaan Persekutuan."Mengapa pula Kerajaan Madani dilihat begitu bersungguh-sungguh mempertahankan pembinaan ladang ternakan babi sedangkan isu pesawah di Kedah sekadar dipandang sepi?"Lebih malang lagi, mengapa Kerajaan Madani seolah-olah sengaja menderhaka titah Baginda yang disampaikan dengan jelas, terang dan terbuka," katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.Sebelum ini, Sultan Selangor kekal dengan pendirian tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di negeri ini sama ada berskala besar mahupun kecil susulan faktor kesesuaian guna tanah serta risiko alam sekitar yang boleh menjejaskan kepentingan awam.Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda itu kekal seperti yang telah ditegaskan menerusi kenyataan media bertarikh 10 Februari lalu berhubung isu penternakan babi di negeri ini.Menurut beliau, pendirian baginda dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai implikasi termasuk risiko pencemaran terhadap tanah, udara serta sumber air akibat pelepasan najis dan sisa kumbahan ternakan tersebut.Tambah Afnan Hamimi, sepatutnya semua pihak akur dengan pendirian yang disampaikan, bukannya membuka semula perbincangan sehingga mengenepikan pandangan baginda dalam isu ini."Pemuda Pas juga kesal dengan kenyataan yang diberikan oleh Menteri Komunikasi semalam yang menyatakan bahawa penternakan babi di Selangor dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan," ujarnya. |
|
BISA 2026: Pesakit jadi 'marketer' promosi jenama ANDORRA sehingga dikenali ramai - Sinarharian - 7/05 4:38 pm PETALING JAYA - Pengiktirafan Anugerah Hospitaliti Premium Wanita dan Anugerah Pilihan Juri menerusi Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026 memberikan motivasi kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA untuk terus mengorak langkah ke hadapan setanding jenama besar dalam industri penjagaan kesihatan.Demikian perkongsian Pengasas Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA, Dr Khamsiah Muda ketika ditanya tentang 'next move' jenama hospital terkemuka itu.Selain itu, beliau berkata, servis di ANDORRA yang sering menerima sambutan luar biasa daripada pesakit sehinggakan permintaan tidak putus-putus juga menjadi pembakar semangat untuk pihaknya menambah baik mutu perkhidmatan setiap masa."Selepas memperoleh pengiktirafan di BISA 2026, ia memotivasikan ANDORRA untuk mengorak langkah ke hadapan dengan lebih yakin setanding jenama besar yang lain dalam industri penjagaan kesihatan."Ini juga pemangkin kepada usaha meneruskan perjuangan ANDORRA dalam memartabatkan kaum wanita."Kami bersedia untuk memperbesarkan lagi pusat penjagaan ibu berpantang dan klinik pakar di Seri Kembangan, dalam masa sama sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan di ANDORRA," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas BISA Awards 2026 di Hotel Royale Chulan Damansara, di sini pada Rabu.Lebih 30 usahawan dan organisasi daripada pelbagai sektor menerima pengiktirafan dalam BISA 2026 menerusi 37 kategori secara keseluruhannya.Pengiktirafan itu meliputi bidang hospitaliti, fesyen, kesihatan, pendidikan, teknologi, peruncitan dan logistik yang dilihat menjadi pemacu utama pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).Dr Khamsiah dalam masa sama menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga buat pelanggan yang sentiasa mempercayai dan menyokong ANDORRA sejak 2017.Baginya, pelanggan bukan sahaja pesakit, malah 'marketer' kerana sudi mempromosikan jenama ANDORRA kepada khalayak ramai khususnya kaum Hawa yang mendambakan keselesaan ketika bersalin dan berpantang."Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang bukan sahaja pengguna perkhidmatan, malah marketer kami dalam mempromosikan ANDORRA."Sebenarnya ANDORRA menjadi begitu dikenali kerana pesakit-pesakit kami sendiri yang telah bercakap mengenai ANDORRA di luar sana |
|
Kisah Sepasang Selipar Diikat Tali 'Peneman Setia' Di Tanah Suci - Siakapkeli - 7/05 10:44 am Kisah Sepasang Selipar Diikat Tali 'Peneman Setia' Di Tanah Suci MAKKAH, 7 Mei (Bernama) -- Dalam langkah yang tidak lagi segagah dahulu, seorang wanita warga emas dari Seri Kembangan |
|
Keluarga Teoh Beng Hock mohon PDRM siasat semula kes kematian - Sinarharian - 5/05 3:40 pm KUALA LUMPUR - Keluarga mendiang Teoh Beng Hock memfailkan tindakan undang-undang baharu di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap kematiannya, 17 tahun lepas di bawah kesalahan membunuh.Abang mendiang, Teoh Meng Kee, bersama ibu bapa mereka, Teoh Leong Hwee dan Teng Shuw Hoi, selaku pemohon, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman menerusi Tetuan Lim Wei Jiet pada 17 April lepas.Mereka menamakan Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, PDRM, Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga kelima.Permohonan itu ditetapkan untuk pendengaran pada 18 Mei ini.Dalam permohonan berkenaan, pemohon memohon deklarasi bahawa semua responden mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk memulakan siasatan terhadap kematian Beng Hock pada 16 Julai 2009 di bawah kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau menyebabkan kematian tanpa niat di bawah Seksyen 304 kanun sama.Mereka turut memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden melengkapkan siasatan dalam tempoh 120 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.Meng Kee menerusi afidavit sokongannya mendakwa responden gagal memberikan alasan dan penjelasan mengapa tiada siasatan dijalankan di bawah Sesyen 302 dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, kes kematian mendiang merupakan isu berlarutan yang melibatkan kepentingan awam, namun sehingga kini tiada mana-mana individu atau pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa berhubung kematian tersebut walaupun terdapat keputusan Mahkamah Rayuan mengenainya."Sekiranya permohonan semakan kehakiman ini tidak didengar, ia akan menjejaskan usaha keluarga untuk mendapatkan keadilan berhubung kematian mendiang," katanya dalam afidavit itu.Pada 21 Nov 2024, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan PDRM untuk melengkapkan siasatan kes kematian Beng Hock dalam tempoh enam bulan selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh ibu bapa mendiang.Bagaimanapun, pada 20 Mei 2025, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor memaklumkan menerusi surat kepada bekas peguam cara keluarga mendiang bahawa siasatan dijalankan di bawah kesalahan pengurungan salah mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.Surat itu turut menyatakan Jabatan Peguam Negara memutuskan Tiada Tindakan Lanjut (NFA) berhubung kes berkenaan.Beng Hock, yang ketika itu Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, ditemukan maut pada 16 Julai 2009 di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di tingkat 14 premis berkenaan.Pada 5 Jan 2011, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Beng Hock bukan akibat membunuh diri atau dibunuh, serta mendapati tiada penglibatan pihak ketiga.Bagaimanapun, pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu memutuskan kematian berkenaan berpunca daripada tindakan membunuh diri.Pada 5 Sept 2014, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan terbuka sebelum ini dan memutuskan kematian Beng Hock berpunca daripada tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa individu yang tidak dikenali |
|
Kecewa ADUN digantung: Armada Selangor lancar ‘Kempen Demokrasi .. - Mygazette - 30/04 7:43 am Semalam, ADUN Gombak Setia, Hilman Idham digantung dua hari daripada menghadiri DUN Selangor, menjadikan beliau wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) ketiga yang dikenakan tindakan disiplin. Terdahulu, dua ADUN PN digantung tiga hari kerana mencabar keputusan speaker menolak usul merujuk ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan |
|
Desakan pecat Exco UMNO tidak berasas, bersifat politik persepsi - Omar Al-Khattab - Sinarharian - 29/04 3:33 pm HULU SELANGOR Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash yang mendesak Exco kerajaan negeri dari UMNO dipecat daripada pentadbiran negeri sebagai tidak berasas dan bersifat politik persepsi.Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Omar Al-Khattab Kasim berkata, tindakan itu menunjukkan pihak berkenaan seolah-olah ketandusan idea apabila terpaksa mengaitkan isu dari negeri lain untuk menyerang UMNO di Selangor."Pemuda UMNO Hulu Selangor memandang sinis kenyataan Sathia yang begitu ghairah mendesak wakil UMNO dipecat daripada pentadbiran negeri."Lebih menghairankan apabila mereka mengheret isu politik di negeri lain untuk dijadikan modal menyerang UMNO di Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Omar Al-Khattab memberitahu, tindakan itu jelas membuktikan mereka ketandusan idea serta gagal menjawab pelbagai kelemahan pentadbiran sendiri di negeri ini.Menurut beliau, isu yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan juga tidak berkaitan dengan Selangor, sebaliknya melibatkan situasi di Negeri Sembilan, namun cuba dijadikan bahan politik di negeri ini."Kita hairan, isu yang berlaku ini hanya melibatkan Negeri Sembilan, tetapi seolah-olah pemimpin PKR ingin mencetuskan perpecahan dalam Pakatan Harapan di Selangor."Isu Negeri Sembilan berbeza dengan isu di Selangor," jelas beliau.Omar Al-Khattab berkata, rakyat Selangor ketika ini lebih memerlukan perhatian terhadap isu-isu asas seperti kos sara hidup, banjir berulang, pembangunan tidak seimbang, peluang pekerjaan dan masalah perumahan."Rakyat sedang berdepan tekanan harian yang memerlukan perhatian segera, bukannya pertelingkahan politik tidak berkesudahan," katanya.Beliau dalam masa sama turut membangkitkan isu lain yang didakwa kurang diberi perhatian oleh pihak tertentu termasuk polemik melibatkan penternakan babi di Seri Kembangan yang menimbulkan keresahan rakyat."Lebih memalukan apabila mereka lantang menyerang pihak lain, namun membisu apabila timbul isu yang membabitkan ADUN Seri Kembangan," katanya.Omar Al-Khattab menegaskan, jika benar soal prinsip dan tanggungjawab menjadi keutamaan, maka PKR Selangor perlu terlebih dahulu menilai dan menegur kepimpinan dalam parti sendiri."Utamakan titah Tuanku, antaranya menyelesaikan isu banjir yang masih berlarutan di Selangor," katanya.Beliau pada masa sama yakin rakyat Selangor kini semakin matang dalam menilai tindakan politik semua pihak."Jangan pinjam isu negeri lain untuk menutup masalah sendiri di Selangor," tegas beliau.Terdahulu, Sathia menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memecat Exco kerajaan negeri daripada Umno, Datuk Rizam Ismail.Gesaan itu dibuat susulan tindakan Umno mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan PKR di Negeri Sembilan. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |