///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Kathmandu News   Page 1    



Wisma Putra: 55 Malaysians unaccounted for following severe landslides and .. - Sinchew - 28/08 7:43 am

Although search and rescue operations are actively underway, access to the affected region remains restricted. Wisma Putra said that the Malaysian Embassy in Kathmandu is maintaining close contact with local authorities, search and rescue teams, the Nepal Tourism Board, travel agencies, and major hospitals in Kathmandu to verify the whereabouts and safety of the affected Malaysians





Tsunami daratan’ di Nepal buat pakar bingung - Utusan - 28/08 7:30 am

KATHMANDU: Umpama ‘tsunami daratan’, bencana aliran deras lumpur dan runtuhan sejauh hampir 170 kilometer merentasi lembah Bhote Koshi hingga ke Nepal Tengah bukan sahaja meratakan perkampungan dan meragut ratusan nyawa di negara itu, malah turut mencetus persoalan dalam kalangan pakar mengenai punca dan bagaimana fenomena dahsyat itu berlaku





Nepal berdepan ancaman banjir susulan, korban meningkat 359 - Utusan - 28/08 7:22 am

KATHMANDU: Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa di lembah dan lereng bukit Himalaya semalam selepas banjir besar mengorbankan sekurang-kurangnya 359 orang, manakala hampir 1,000 lagi dilaporkan masih hilang





Jabatan Pelancongan Nepal dedah nama individu terputus hubungan - Sinarharian - 27/08 11:13 pm

SHAH ALAM - Jabatan Pelancongan Nepal mengeluarkan senarai 668 individu daripada pelbagai negara yang dilaporkan masih terputus hubungan susulan banjir besar di Nepal.Menerusi dokumen bertajuk Tourist list (out of contact) in Bhotekoshi Flood yang dikemas kini pada jam 2.15 petang, pada Khamis dan dikongsikan menerusi Facebook Everest Today itu, senarai berkenaan memaparkan maklumat individu terbabit termasuk nama, tarikh lahir, jantina, negara serta agensi pelancongan yang digunakan.Daripada jumlah itu, seramai 51 individu dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan mereka direkodkan menggunakan khidmat beberapa agensi pelancongan, termasuk Leaf Holiday, Fishtail, Dream Tibet Travel and Tour dan Kailash Journey.Seramai 22 rakyat Malaysia disenaraikan di bawah Leaf Holiday, iaitu A Ganesan Anandan, Brabaakaran Krishnan, Eswary Mani Raj, Kalaiselvi P Narayanasamy, Kirubanithi Alagappan, Komathi Rethinam, Krishnan Vadivelu dan Lingam Samykanoo.Selain itu, Malani M Vellu, Mangala Vanan Krishnasamy, Nahentran Ganasan, Navein Palani, Poobalan Murgaya, Poornima Alagappan, Rajita Sivan, S Gomathi Sitoralingam, S Ramu Sawasamy, Santhanaletchmy Tirugnanasambandam, Saraswathi Nagaratnam, Saratha Alagappan, Suguna Balan dan Vallie Palaniasamy.Sementara itu, 19 individu direkodkan menggunakan Fishtail, terdiri daripada Appannah A Muthaloo, Arunasalam Karuppiah, Balasingam Kesavan, Gunanesan Vellaisamy, Gunavathy Muthusamy, Inthumathy Subramaniam dan Kalai Mathe Karuppaiah.Antara lain, Kannan Kerisna, Karunanithi Sundram, Letchumy Sinnappan, Murukan Supramaniam, Neelavany Marimuthu, Padmahwathi A Govindasamy, Raman Supramaniam, Ravindar Ayyavoo, Thanapalan Muthoo, Vanajah Vadival, Vennila Muniandy dan Yougesvari SubramaniamSelain itu, sembilan individu disenaraikan menggunakan Dream Tibet Travel and Tour, iaitu Azman Karim, Jason Ngeow, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, Mohd Nohan Salim, Mohd Padzil Daros, Mohd Sani Harul, Muhamad Nasir Abdul Talib, Muhammad Haziq Ismail dan Shabuddin Mun.Manakala Vijayan Perumal direkodkan menggunakan perkhidmatan Kailash Journey.Bagaimanapun, angka direkodkan pihak Nepal berbeza dengan maklumat terkini Kementerian Luar Malaysia, yang memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi.





Banjir besar Nepal, 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi - Mypress - 27/08 10:27 pm

KATHMANDU – Seramai 55 rakyat Malaysia masih terputus hubungan susulan banjir besar melanda daerah Rasuwa, Nepal, awal pagi Rabu, manakala angka korban akibat bencana itu meningkat kepada 165 orang





Tiada pengesahan kemalangan jiwa rakyat Malaysia di Nepal, kata Wisma Putra - FMT - 27/08 9:21 pm

Pihak kedutaan di Kathmandu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal mengesan keberadaan rakyat Malaysia terjejas.





No confirmed Malaysian casualties in Nepal floods, says Wisma Putra - FMT - 27/08 9:01 pm

The foreign ministry says its embassy in Kathmandu is working with Nepalese authorities to establish the whereabouts of Malaysians affected by the floods.





Belum ada pengesahan kemalangan jiwa rakyat Malaysia di Nepal - Wisma Putra - Sinarharian - 27/08 8:51 pm

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri memaklumkan belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai kemungkinan berlakunya kemalangan jiwa membabitkan warganegara Malaysia susulan bencana banjir di Daerah Rasuwa, Nepal.Menurut kementerian itu, pihaknya mengambil maklum mengenai maklumat tidak sahih yang tersebar di media sosial dan melalui sumber tidak rasmi berhubung kemungkinan terdapat rakyat Malaysia terkorban dalam bencana berkenaan.Menurutnya, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang giat mendapatkan pengesahan segera daripada pihak berkuasa Nepal."Pada peringkat ini, kementerian belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai sebarang kemalangan jiwa yang melibatkan warganegara Malaysia."Bagaimanapun, orang ramai digesa supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang tidak sahih, manakala pengamal media dimohon untuk tidak menerbitkan atau menyebarkan laporan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra terbabit memaklumkan, penyebaran maklumat tidak sahih boleh mencetuskan kebimbangan dan tekanan tidak sepatutnya kepada ahli keluarga yang terlibat."Oleh itu, semua pihak diseru untuk menunggu maklumat rasmi dan menghormati privasi keluarga mangsa yang terjejas," ujarnya lagi.Tambah kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan dan hospital utama di Kathmandu bagi memastikan keselamatan dan keberadaan warganegara Malaysia yang terlibat."Pegawai-pegawai konsular di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing juga telah diaktifkan untuk membantu usaha ini melalui libat urus dengan pihak berkuasa yang berkaitan di negara penempatan masing-masing," kongsinya lagi.Kementerian turut memberitahu, Bilik Operasi di Putrajaya telah beroperasi sejak jam 12 tengah hari bagi menyelaraskan maklumat dan menyediakan saluran komunikasi langsung kepada warganegara Malaysia di kawasan terjejas serta ahli keluarga mereka.Dalam pada itu, ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan, termasuk nama penuh, nombor pasport, jadual perjalanan, lokasi terakhir diketahui dan nombor telefon yang boleh dihubungi, digesa untuk menghubungi Kementerian melalui saluran Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri di talian +603 8887 4570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my.Mereka juga boleh menyalurkan butiran berkaitan secara terus kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerusi e-mel mwkathmandu@kln.gov.my, dengan salinan kepada Bilik Operasi Kementerian.BERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaSementara itu, warganegara Malaysia menetap atau melakukan perjalanan di Nepal terutama mereka yang berada di kawasan terjejas atau berhampiran dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi sepenuhnya semua arahan pihak berkuasa tempatan.Mereka turut digesa mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan menerusi portal e-Konsular.Kementerian akan terus memantau perkembangan situasi berkenaan dan menyalurkan maklumat terkini sebaik sahaja maklumat sahih diperoleh.





Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia belum dapat dikesan - FMT - 27/08 7:41 pm

Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, staf tambahan dari Dhaka, Bangladesh telah dihantar ke Kathmandu bagi membantu Kedutaan Malaysia mengurus situasi tersebut.





9 rakyat Malaysia dalam 'Team Loe' tidak dapat dihubungi, dipercayai berada di lembah ketika banjir Nepal - Sinarharian - 27/08 7:25 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Nasib sembilan rakyat Malaysia yang dikenali sebagai 'Team Loe' masih menjadi tanda tanya selepas kumpulan itu gagal dihubungi susulan banjir yang melanda kawasan Rasuwa, Nepal.Memetik laporan The Star, kumpulan terdiri daripada 10 individu termasuk seorang jurupandu Nepal dalam perjalanan dari Kathmandu menuju ke sempadan Nepal-Tibet dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraPengerusi Majlis Rekreasi Malaysia, Muhamad Nur Azrul Che Zabani berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada operator yang mengendalikan kumpulan itu, laluan yang dilalui mereka berada di kawasan lembah dan berisiko terjejas akibat kenaikan paras air secara mendadak."Berdasarkan analisis saya, mereka mungkin berdepan paras air yang sangat tinggi kerana kawasan itu merupakan laluan lembah."Ketika banjir berlaku, kedua-dua kenderaan itu dipercayai masih berada kira-kira 81 kilometer dari sempadan Nepal-Tibet," katanya pada Khamis.Muhamad Nur Azrul memaklumkan, buat masa ini, operator belum menerima sebarang berita daripada kumpulan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaBagaimanapun, beliau berkata, terdapat kemungkinan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan selamat sekiranya mereka sempat melepasi kawasan sempadan sebelum kejadian limpahan air yang dilaporkan berlaku sekitar jam 9 atau 10 pagi.Setakat ini, kerajaan Nepal bersama pasukan penyelamat dilaporkan sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang terjejas.Bagaimanapun, usaha mengesan kumpulan berkenaan dikatakan berdepan cabaran berikutan keadaan muka bumi yang sukar serta berbahaya kepada anggota penyelamat.





Nepal floods: Tok Mat says Malaysian embassy in Kathmandu searching for 55 missing citizens - Malaymail - 27/08 7:02 pm

JEDDAH, Aug 27 Fifty-five Malaysians are reportedly still unaccounted for following major flooding in Nepa...





Banjir Nepal: Rakyat Malaysia belum dapat dikesan, angka belum disahkan - Mohamad - Sinarharian - 27/08 6:37 pm

JEDDAH - [DIKEMAS KINI] Rakyat Malaysia dilaporkan masih belum dapat dikesan susulan banjir besar di Nepal namun jumlah tersebut juga belum disahkan oleh pihak berkuasa negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, maklumat itu diterima daripada agensi pelancongan dan sedang dikumpulkan serta disemak oleh Kedutaan Malaysia di Kathmandu."Kita cuba menghubungi mereka tetapi tidak ada jawapan





Terperangkap di sempadan Tibet: Mana hilangnya 55 rakyat Malaysia? - Mkini - 27/08 5:10 pm

Wisma Putra memaklumkan rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi,





Banjir Nepal: Tangguh pendakian selamatkan 10 rakyat Malaysia - Sinarharian - 27/08 4:08 pm

KUALA LUMPUR - Keputusan menangguhkan perjalanan membawa sekumpulan 10 rakyat Malaysia ke Lembah Langtang, Nepal, telah menyelamatkan mereka daripada terperangkap dalam tragedi banjir besar yang melanda daerah Rasuwa pada Rabu.Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin, 59, berkata, trip pendakian selama 11 hari itu pada asalnya dijadualkan bermula pada 20 Ogos lalu terpaksa ditolak atas masalah teknikal.Menurutnya, kawasan Rasuwa merupakan antara laluan permulaan menuju trek Lembah Langtang dan Gunung Kailash di Tibet."Daerah ini berhampiran sempadan negara China itu antara starting point ke trek Lembah Langtang dan Gunung Kailash di Tibet kini dilaporkan musnah."Namun, sekiranya pendaki mungkin berada di bahagian atas Lembah Langtang, mungkin mereka terselamat dan disebabkan masalah komunikasi, mereka terputus hubungan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraMohd Noor yang kini berada di Pokhara berkata, beliau menerima banyak panggilan daripada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai bencana berkenaan."Bagi yang mengikuti trip pendakian Annapurna Base Camp dan Everest Base Camp, laluan itu tidak terlibat secara langsung dengan bencana terbabit."Namun begitu, trip pendaki ke Lembah Langtang pada November ini terpaksa ditunda ke tahun hadapan, bergantung kepada keadaan semasa," katanya.Mengulas keadaan di lokasi bencana, Mohd Noor berkata, situasi ketika ini amat mencabar apabila hampir keseluruhan aset kerajaan Nepal dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa."Semua aset kerajaan dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 400 kilometer dari Kathmandu."Akses melalui jalan darat juga terputus sepenuhnya dan difahamkan bantuan disalurkan menggunakan helikopter





Banjir Nepal: 17 Rakyat Malaysia laksana upacara keagamaan di Gunung Kailash tidak dapat dihubungi - Sinarharian - 27/08 3:37 pm

Padmahwathi, 58, antara 17 rakyat Malaysia dalam kumpulan itu yang diuruskan oleh agensi pelancongan Fishtail Tours & Travels yang berpangkalan di Nepal.Beliau berkata, kumpulan itu tiba di Nepal pada 23 Ogos dan dijadual meneruskan perjalanan keagamaan sehingga 5 September ini."Perbualan secara langsung yang terakhir dengan kumpulan itu direkodkan kira-kira pada 8.18 pagi waktu Nepal semalam (pada 10.33 pagi waktu Malaysia), apabila mereka dilaporkan berada kira-kira dua kilometer dari Pusat Pemeriksaan Imigresen Nepal-Tibet."Selepas itu, semua hubungan dengan kumpulan itu terputus. Kami cuba menghubungi agensi pelancongan tersebut dan Kedutaan Malaysia tetapi setakat ini, kami masih belum menerima sebarang maklumat," katanya ketika dihubungi Bernama.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBeliau berkata, mesej terakhir menerusi aplikasi WhatsApp daripada keluarganya diterima kira-kira pada 8.40 pagi waktu Malaysia semalam.Sementara itu, Wisma Putra memaklumkan, sebanyak 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi dan pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai rakyat Malaysia yang terjejas setakat ini.Kedutaan Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, agensi pelancongan, pihak berkaitan yang lain bagi memastikan keselamatan serta mengesan keberadaan rakyat Malaysia terbabit.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengarahkan semua jabatan berkaitan supaya segera mengenal pasti dan menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas, dengan misi diplomatik Malaysia di Kathmandu serta New Delhi digerakkan untuk membantu usaha itu.Banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah Rasuwa dan Nuwakot di Nepal berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.Bencana itu menyebabkan gangguan komunikasi manakala laluan utama yang menghubungkan kawasan terjejas dengan ibu negara, Kathmandu, juga terputus.Keadaan sedemikian menyukarkan usaha menyelamat serta akses kepada mereka yang terjejas.Laluan tersebut lazimnya digunakan oleh mereka yang melakukan perjalanan keagamaan di Gunung Kailash dan kalangan pendaki yang menuju ke kawasan Everest.Sementara itu, satu lagi kumpulan yang diketuai pendaki Everest Malaysia, Datuk N





Banjir Nepal: 2 pegawai bomba antara rakyat Malaysia masih gagal dihubungi - Mygazette - 27/08 3:28 pm

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang berusaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa. Anwar turut mengarahkan semua jabatan berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar supaya segera mengenal pasti serta menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas, termasuk melalui kementerian dan kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal





Banjir Nepal: Kerajaan diminta segera hantar misi menyelamat 55 rakyat .. - Mygazette - 27/08 3:28 pm

Sehubungan itu, Rayer menggesa kerajaan menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat serta bantuan kemanusiaan Malaysia yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pasukan perubatan dan agensi berkaitan. Beliau turut mencadangkan supaya sebuah pusat arahan dan penyelarasan kecemasan Malaysia ditubuhkan di lokasi kejadian dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan pihak berkuasa Nepal





Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi - Mygazette - 27/08 3:28 pm

Kami masih mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi. "Ahli keluarga gagal menghubungi lebih 50 rakyat Malaysia, kata Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu Mohd Firdaus Azman kepada Bernama lewat Rabu





Desperate families search for missing after Nepal floods - SUN - 27/08 3:16 pm

Anxious families search Kathmandu hospitals for missing relatives after devastating Nepal-Tibet floods kill at least 165 and leave hundreds missing





Nepal floods: 55 Malaysians in Kathmandu remain uncontactable - Wisma Putra - Sinardaily - 27/08 3:01 pm

KUALA LUMPUR - Fifty-five Malaysians in Kathmandu are currently uncontactable following a devastating flood triggered by the overflowing of the Bhote Koshi River in Rasuwa District, Nepal, on Wednesday, according to the Foreign Ministry of Malaysia.In a statement on Thursday, the ministry widely known as Wisma Putra said the number is based on the latest information received from family members, travel agencies, and other relevant sources."The ministry understands that severe disruptions to communication and electricity networks in the affected areas may be contributing to the difficulties in establishing contact, it said.Citing local authorities, the ministry said the flash flood has caused severe damage to infrastructure such as roads, bridges, highways, and communication networks, and hampered access to the affected areas and search and rescue (SAR) operations.The Embassy of Malaysia in Kathmandu is in close communication with the Nepalese authorities, SAR teams, Nepal Tourism Board, travel agencies, and major hospitals in Kathmandu to ascertain the safety and whereabouts of the Malaysians involved."At this stage, the ministry has not received any official confirmation of Malaysian casualties, Wisma Putra said.To strengthen its consular response, Wisma Putra has deployed an officer from another Malaysian mission in the region to support the embassy in Kathmandu.The ministry has also activated its Operations Room in Putrajaya, effective from 12 pm Thursday, to coordinate information and provide a direct channel of communication.Malaysians in the affected areas and family members may contact the Ministry of Foreign Affairs Operations Room at +603 8887 4570, or email dutyofficer@kln.gov.my.Alternatively, family members may also email the Embassy of Malaysia in Kathmandu at mwkathmandu@kln.gov.my with details of the Malaysians involved, such as full name, passport number, travel itinerary, last known location, and contactable telephone number, and copy the email to Wisma Putras Operations Room to facilitate coordination.Wisma Putra extended its condolences to the government and people of Nepal, particularly to the families of those who lost their lives, and expressed its sympathies to all those affected by the disaster.Malaysians residing in or travelling through Nepal, particularly those in or near the affected areas, are advised to remain vigilant, prioritise personal safety, and adhere to all instructions issued by local authorities, and also to register and update their contact details via the e-Konsular portal at - BERNAMA





Banjir Nepal: Dua pegawai bomba antara rakyat Malaysia masih gagal dihubungi - Sinarharian - 27/08 2:24 pm

Mereka dalam perjalanan ke EBC. Mereka bukan mendaki, tetapi tracking dan menggunakan jip mengikut laluan Tibet," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang berusaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaAnwar turut mengarahkan semua jabatan berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar supaya segera mengenal pasti serta menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas, termasuk melalui kementerian dan kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal.Menurut laporan media, banjir kilat melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu berpunca daripada hujan lebat dan runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi, sekali gus mengganggu rangkaian komunikasi serta memutuskan akses jalan raya utama menghubungkan kawasan berkenaan dengan Kathmandu.- Bernama





Banjir Nepal: '9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, doakan mereka' - Sinarharian - 27/08 2:03 pm

SHAH ALAM Sekumpulan sembilan rakyat Malaysia yang dalam perjalanan menyertai misi pendakian di Tibet, China gagal dihubungi ketika berada kira-kira 18 kilometer dari sempadan Rasuwagadhi-Kerung, Nepal sejurus negara itu dilanda banjir buruk.Kesemua sembilan pendaki terbabit yang diketuai oleh wakil operator pendakian warga Nepal, Ganesh Neupane dianggarkan berusia antara 40 hingga 65 tahun.Mereka ialah Shabuddin Mun, Azman Karim, Mohd Fadzil Daros, Muhammad Haziq Ismail, Mohd Mohan Salim, Jason Ngeow, Muhamad Nasir Abdul Talib, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa dan Mohd Sani Harul.Rakan kumpulan pendaki itu, Azrul Zabani berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada operator pendakian di negara itu yang mengendalikan kumpulan terbabit, kesemua pendaki tersebut bertolak dari Kathmandu kira-kira jam 3.30 pagi dengan menaiki dua jip dan dalam perjalanan menuju ke sempadan Nepal-Tibet.Katanya, kejadian kepala air itu dipercayai berlaku sekitar jam 9 hingga 10 pagi waktu Nepal ketika kesemua mereka masih berada dalam jip dan wakil operator yang membawa sempat memaklumkan bahawa berlaku insiden kepala air."Saya baru mendapat perkhabaran bahawa rakan pendaki saya yang yang hendak ke Lhasa Tour, Tibet masih gagal ditemui





54 gagal dihubungi, kerajaan gembleng ikhtiar pastikan keselamatan rakyat Malaysia di Nepal - Mypress - 27/08 12:20 am

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan susulan bencana banjir kilat yang berlaku di Nepal





Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled - Sinarharian - 27/08 12:18 am

KUALA LUMPUR -Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membantu dalam usaha kemanusiaan susulan banjir besar yang melanda Nepal, tertakluk kepada keputusan kerajaan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata, ATM bersedia menyumbang kepakaran dan keupayaan dalam misi kemanusiaan serta berkaitan keamanan sekiranya penglibatannya diperlukan."ATM bersedia untuk menyumbang kepakaran dan keupayaan kepada misi-misi berkaitan keamanan berhubung banjir di Nepal."Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan kerajaan sekiranya mereka memutuskan penglibatan ATM diperlukan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Kementerian Pertahanan di sini pada Khamis.BERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraTerdahulu, Bernama melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu memaklumkan sebanyak 54 rakyat Malaysia gagal dihubungi susulan bencana banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa, Nepalsemalam.Kejadian banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet itu berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.Bencana tersebut mengganggu rangkaian komunikasi serta memutuskan akses jalan raya utama yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan ibu negara, Kathmandu, sekali gus menyukarkan perhubungan dan pergerakan keluar masuk mangsa terjejas.-Bernama





Nepal floods: Anwar expresses sadness, govt actively tracing Malaysians who cannot be contacted - Sinardaily - 27/08 12:17 am

KUALA LUMPUR - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today expressed concern and sadness over the flash floods that hit Rasuwa district, Nepal, saying the government is actively working to locate 54 Malaysians who remain uncontactable.He said the Malaysian Embassy in Kathmandu was working closely with the Nepalese authorities and relevant agencies.He added that officers from the Malaysian High Commission in Dhaka, Bangladesh, were also being mobilised to strengthen coordination efforts on the ground."I was deeply concerned when informed by the Foreign Ministry that 54 Malaysians remain uncontactable so far, and efforts to locate them and obtain updates on their condition are being actively pursued, he said in a Facebook post today.Anwar said the Madani Government, through the Foreign Ministry, would continue to closely monitor the latest developments and mobilise all necessary efforts to ensure the safety and welfare of affected Malaysians remained a priority."I urge all Malaysians to pray together that all of them will be found safe soon and that all search and rescue efforts will be facilitated





Banjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orang - Sinarharian - 27/08 12:00 am

PUTRAJAYA Angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar di daerah Rasuwa, Nepal terus meningkat kepada 55 orang.Perkara itu disahkan Wisma Putra dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain yang berkaitan.Ujar Wisma Putra, gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik di kawasan terjejas mungkin menyumbang kepada kesukaran untuk menghubungi rakyat Malaysia terbabit."Pada peringkat ini, kementerian belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai kemalangan jiwa melibatkan warganegara Malaysia," ujar KLN itu.Terdahulu, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan bahawa 11 rakyat Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa terputus hubungan susulan banjir berkenaan.BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBanjir kilat yang melanda kawasan Sungai Bhote Koshi di daerah Rasuwa turut menyebabkan kerosakan besar terhadap jalan raya, jambatan dan infrastruktur, selain menyukarkan akses ke kawasan terjejas.Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Nepal, termasuk penggunaan helikopter berikutan akses jalan raya ke kawasan terbabit terjejas akibat banjir.Dalam pada itu, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan serta hospital-hospital utama di Kathmandu.Langkah itu bagi mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terlibat.KLN berkata, banjir berkenaan turut menyebabkan kerosakan teruk terhadap infrastruktur termasuk jalan raya, jambatan, lebuh raya dan rangkaian komunikasi."Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, namun akses ke kawasan terjejas masih terhad," katanya.Pada masa sama, kementerian mengambil langkah segera menempatkan seorang pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh bagi membantu Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu.KLN turut mengaktifkan Bilik Operasi di Putrajaya mulai jam 12 tengah hari Khamis bagi menyelaras maklumat serta menyediakan saluran komunikasi langsung untuk rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan ahli keluarga mereka."Ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan rakyat Malaysia terbabit boleh mengemukakan butiran termasuk nama penuh, nombor pasport, jadual perjalanan, lokasi terakhir diketahui dan nombor telefon kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu bagi memudahkan penyelarasan," katanya.Dalam perkembangan sama, KLN menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau dalam perjalanan di Nepal, khususnya mereka yang berada atau berhampiran kawasan terjejas, supaya terus berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri.Rakyat Malaysia juga digesa mematuhi semua arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan serta mendaftar dan mengemas kini maklumat perhubungan masing-masing secara berkala melalui portal e-Konsular.Kementerian berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan dan memberikan maklumat terkini sekiranya perlu.





Banjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia - Sinarharian - 27/08 11:13 am

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamismenzahirkan rasa dukacita susulanbencana banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa, Nepal, selainmemaklumkan kerajaan sedang giat menjalankan usaha mengesan 54 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi.Beliau berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara itu dan agensi berkaitan dalam usaha mengesanserta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan rakyat Malaysia terbabit.Anwar berkata, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan."Saya juga amat terkesan apabila dimaklumkan oleh Kementerian Luar (KLN) bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini dan usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan mereka sedang giat dilakukan," katanya menerusi hantaran di Facebook.BERITA BERKAITAN:Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraBeliau berkata, Kerajaan Madani menerusi KLN akan terus memantau perkembangan terkini dengan teliti sertamenggembleng segala ikhtiar diperlukan bagi memastikan keselamatan dankebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan."Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan





Banjir di Nepal: 11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi Banjir di Nepal: .. - Mygazette - 27/08 7:58 am

# Banjir di Nepal: 11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi KUALA LUMPUR - 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, Nepal dilaporkan terputus hubungan dengan agensi pelancongan mereka susulan banjir besar di Nepal. Kementerian Luar memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan tersebut daripada agensi-agensi pelancongan terlibat





Banjir lumpur musnahkan kampung, 95 maut, 17 pelancong Malaysia hilang - Kosmo - 26/08 10:51 pm

KATHMANDU Sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh, manakala beratus-ratus pelancong hilang selepas banjir kilat dahsyat dan banjir lumpur melanda sempadan Nepal-Tibet, lapor stesen penyiaran BBC hari ini





31 maut, hampir 400 hilang dalam banjir kilat di Nepal - Kosmo - 26/08 10:44 pm

KATHMANDU Sekurang-kurangnya 31 orang disahkan terkorban manakala hampir 400 yang lain masih hilang selepas kejadian banjir kilat dan tanah runtuh melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet, meranapkan kawasan petempatan serta merosakkan fasiliti perhubungan dan infrastruktur utama, lapor stesen penyiaran BBC





Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal - Mypress - 26/08 9:39 pm

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, susulan banjir…





11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra - Sinarharian - 26/08 7:52 pm

PUTRAJAYA - Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi-agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa susulan banjir besar di Nepal.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan kehilangan komunikasi itu dipercayai berpunca secara langsung akibat gangguan teruk terhadap rangkaian komunikasi dan bekalan elektrik yang disebabkan oleh bencana berkenaan."Pihak Kedutaan sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan serta pasukan mencari dan menyelamat yang kini sedang dikerahkan oleh kerajaan Nepal bagi mengesan warganegara Malaysia yang terjejas dan memastikan keselamatan mereka," menurut kementerian itu dalam pemakluman media pada Rabu.Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan di Nepal, terutamanya mereka yang berada berhampiran kawasan terjejas, supaya kekal berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi sepenuhnya semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Kementerian itu turut menggesa warganegara Malaysia supaya mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan mereka menerusi portal e-Konsular di bantuan konsular segera atau kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerusi talian +977 1 544 5680 / +977 1 544 5681 (umum), +977 1 544 5689 (konsular), +977 980 100 8000 (talian kecemasan) atau e-mel mwkathmandu@kln.gov.my.Wisma Putra memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan insiden itu secara dekat dan menyalurkan maklumat terkini sebaik sahaja maklumat sahih mengenai warganegara Malaysia berkenaan diperoleh.Media melaporkan banjir kilat akibat limpahan Sungai Bhote Koshi melanda daerah Rasuwa di utara Nepal pada pagi Rabu, menyebabkan kerosakan di kawasan pasar, penempatan penduduk dan infrastruktur





Eleven Malaysians out of contact after Nepal floods, says Foreign Ministry - Malaymail - 26/08 7:42 pm

PUTRAJAYA, Aug 26 The Embassy of Malaysia in Kathmandu has received reports from travel agencies that they have...



PROTON e.MAS 5 Dilancarkan di Nepal Harga Bermula RM 93 Ribu - Careta - 4/08 4:20 pm

Nepal jadi destinasi eksport baharu e.MAS 5 Proton e.MAS 5 diperkenalkan oleh Jagdamba Motors, pengedar sah PROTON di Nepal, dalam satu majlis di Kathmandu yang turut dihadiri wakil Kedutaan Malaysia di Nepal, pegawai kerajaan, rakan perniagaan dan wakil media



Several towns in Nepal under curfew after sectarian violence - Straitstimes - 31/07 4:31 pm

KATHMANDU, July 31 - Several towns in southeastern Nepal remained under curfew on Friday as the region grappled with lingering tensions after days of sectarian violence that erupted on Sunday and left at least three people dead, authorities said.



Four bodies located after 10 climbers go missing on Pakistani mountain, sources say - Straitstimes - 31/07 2:21 pm

KATHMANDU/PESHAWAR, July 31 - The bodies of four climbers were located by Pakistani search crews on Friday after at least 10 mountaineers went missing in a suspected avalanche on Broad Peak a day earlier, Pakistani sources said.




Reformasi     >>



Judi Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, Malaysia .. - Harapandaily
PKR Kedah menyelar tindakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang cuba mengaitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan isu lesen premis perjudian di negeri itu. Pengarah Komunikasi PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, isu tersebut berpunca daripada keputusan pentadbiran kerajaan ..
Kroni     >>



RCI TH: PAC siasat kelemahan tadbir urus, kewangan - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (LTH), maklum Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin. Pengerusi PAC Parlimen itu berkata, keputusan itu ..
Tabloid     >>



Banjir Nepal: Polis keluarkan senarai nama individu .. - Hmetro
Hyderabad: Polis Nepal pada Khamis mengeluarkan senarai nama individu yang hilang dalam bencana banjir di negara itu, termasuk warga asing. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Incoming Apple CEO John Ternus meets with Tim Cook's .. - Appleinsider
The Pokemon team visited Apple Park on their way to the Pokemon World Championship starting on August 28 in San Francisco, giving Pikachu a chance to explore and meet the next CEO of Apple. Pikachu wonders around Apple Park One of the perks of being CEO of Apple is meeting all kinds of ..
World     >>



Evening update - Middleeasteye
Evening update Good evening Middle East Eye readers, Here are the latest developments: Qatari and Iranian officials meet in Tehran to discuss de-escalation of regional tensions and the necessity of resuming the diplomatic process. Three people were killed and several others wounded inIsraeli strikes on areas across Gaza on Thursday ..
Motor Trend     >>



Motosikal Yamaha Yzf-r2 Lancar Di India – Enjin .. - Mekanika
# YAMAHA YZF-R2 LANCAR DI INDIA - ENJIN 204CC, RIDING MODE, 26HP **Yamaha dengan rasminya memperkenalkan model baharu bagi keluarga YZF dengan pelancaran YZF-R2 di India.** Ciri signifikan yang terdapat pada R2 tertumpu pada ruangan enjin yang menempatkan unit satu silinder 204cc 4-valve DOHC ..