///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Kwsp News   Page 1    



Gerakan ramal PRU16 tahun ini - Sinarharian - 1/03 2:40 pm

IPOH - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berkemungkinan besar diadakan tahun ini berdasarkan beberapa perkembangan politik semasa.Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, antara petunjuk yang dilihat ialah pengumuman dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain usaha kerajaan mewujudkan situasi feel good dalam kalangan rakyat.Selain itu katanya, kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengenai hasrat mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dan PRU secara serentak turut menguatkan lagi kemungkinan tersebut."Kalau kita lihat, ada PRN Melaka dan dimaklumkan PRN Johor juga akan diadakan tahun ini





Dividen 6.15 peratus masih kompetitif - Pakar - Sinarharian - 1/03 9:20 am

SHAH ALAM - Pengumuman kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus disifatkan masih kompetitif dan mencerminkan kedudukan ekonomi negara yang kekal stabil meskipun sedikit rendah berbanding tahun sebelumnya.Pakar ekonomi dari Putra Business School, Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kadar tersebut masih tinggi berbanding purata kadar dividen yang lepas.Menurutnya, peningkatan jumlah simpanan ahli setiap tahun turut memberi kesan kepada jumlah agihan dividen secara keseluruhan."Pada pandangan saya, walaupun kadar 6.15 peratus itu lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, ia masih lebih tinggi daripada purata kadar dividen bagi tempoh lima, 10, 15 dan 20 tahun lalu."Selain itu, pertambahan jumlah simpanan memerlukan agihan dividen lebih tinggi iaitu RM79.6 bilion berbanding RM73.24 bilion," katanya kepada Sinar Ahad.Mengulas kebimbangan segelintir pihak bahawa penurunan kecil kadar dividen mungkin menjadi isyarat prestasi ekonomi yang negatif, Ahmed Razman menegaskan tanggapan itu tidak tepat.Ini kerana, katanya, prestasi pasaran saham tempatan menerusi Bursa Malaysia kekal positif tahun lalu dengan pertumbuhan sekitar 2.3 peratus."Prestasi ini sekali gus menafikan andaian ekonomi berada dalam keadaan lemah."Sebaliknya, kadar 6.15 peratus itu mencerminkan ekonomi yang stabil, berdaya tahan dan mempunyai potensi terus berkembang," ujarnya.Beliau turut menjangkakan kadar dividen KWSP bagi 2026 berpotensi kekal pada paras kompetitif seperti dicatatkan pada 2024 dan 2025.Mengulas cadangan supaya dividen tahun kewangan 2025 disalurkan ke Akaun 3 (Fleksibel), beliau berkata, pencarum perlu mengurus purata simpanan dalam akaun tersebut dengan baik agar tidak menjejaskan pulangan dividen."Bagi memperoleh dividen lebih tinggi dalam Akaun Fleksibel, pencarum perlu memastikan purata simpanan dalam akaun itu kekal tinggi dan tidak membuat pengeluaran tanpa keperluan mendesak," katanya.





Meski berdepan cabaran, dividen 6.15% KWSP memberangsangkan, kata ahli ekonomi - FMT - 1/03 8:30 am

Barjoyai Bardai dari the Malaysia University of Science and Technology berkata turun naik dolar AS mengurangkan secara ketara pulangan keseluruhan KWSP.





Meski berdepan cabaran, dividen 6.15% KWSP memberangsangkan, kata ahli ekonomi - Hotfm - 1/03 8:30 am

Barjoyai Bardai dari the Malaysia University of Science and Technology berkata turun naik dolar AS mengurangkan secara ketara pulangan keseluruhan KWSP.





HAKS gesa dividen 6.15 peratus KWSP disalur ke akaun 3 - Mgazette - 1/03 8:09 am

# HAKS gesa dividen 6.15 peratus KWSP disalur ke akaun 3 KUALA LUMPUR Kerajaan digesa supaya mempertimbangkan semula agihan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2025 sebanyak 6.15 peratus yang diumumkan untuk disalur ke Akaun 3 dan bukan sepenuhnya ke Akaun 1 demi memberi akses lebih langsung kepada pencarum yang memerlukan





Dividen 6.15% cermin kekuatan pengurusan pelaburan KWSP – PM - Mgazette - 1/03 8:09 am

# Dividen 6.15% cermin kekuatan pengurusan pelaburan KWSP - PM KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemberian dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus bagi kedua-dua simpanan konvensional dan syariah mencerminkan kekuatan pengurusan pelaburan KWSP serta keyakinan berterusan rakyat terhadap sistem simpanan persaraan negara





Dividen KWSP dah masuk, tapi kenapa tak penuh ke Akaun 3? Ini jawapannya - Mdateline - 1/03 8:00 am

Bagi pencarum yang mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pengumuman dividen 6.15 peratus pastinya mengundang rasa teruja dan lega





Dividen 6.15 peratus bukti kecekapan pengurusan KWSP – PM - Thempress - 28/02 9:48 pm

KUALA LUMPUR – Keupayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengekalkan kadar dividen melebihi enam peratus bagi tahun kewangan 2025 membuktikan keteguhan pengurusan pelaburannya walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global





Caruman sukarela RM19.2 bilion bukti rakyat ada lebihan pendapatan untuk simpanan - Amir Hamzah - Sinarharian - 28/02 6:09 pm

PUTRAJAYA - Jumlah caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencecah RM19.2 bilion pada 2025 membuktikan rakyat mempunyai lebihan pendapatan untuk dilaburkan sebagai simpanan persaraan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Menerusi hantaran di laman X beliau, Amir Hamzah berkata, ia diperkukuhkan lagi dengan lonjakan sebanyak 50.8 peratus dalam caruman i-Saraan sebanyak RM4.0 bilion yang menunjukkan golongan pekerja sektor gig dan tidak formal kini lebih mampu membina perlindungan kewangan hasil daripada kerancakan aktiviti ekonomi domestik.Merujuk kepada pengumuman dividen KWSP hari ini beliau berkata, biarpun berdepan dengan cabaran persekitaran ekonomi yang tidak menentu, limpahan kemakmuran daripada pertumbuhan ekonomi dapat dilihat dalam jumlah caruman yang semakin meningkat, kenaikan gaji yang stabil, pendaftaran ahli dan majikan aktif."Keyakinan rakyat untuk mencarum melebihi kadar berkanun melalui i-Topup (naik 26 peratus), juga menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap kestabilan institusi kewangan negara," katanya.KWSP hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025 untuk akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.Bagi tahun berakhir 31 Disember 2025, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus daripada RM75.5 bilion pada 2024.Menurut Amir Hamzah lagi, pencapaian itu turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam menstruktur semula ekonomi bagi menjamin kemampanan kemakmuran negara dan meningkatkan perlindungan sosial rakyat."Kerajaan Madani akan terus memastikan kemakmuran negara bersifat inklusif, mampan, dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Malaysia," katanya





Dividen 6.15% cermin kecekapan urus pelaburan KWSP, kata PM - FMT - 28/02 5:59 pm

KWSP mengumumkan kadar dividen 6.15% bagi 2025 untuk akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.





Dividen 6.15 peratus cerminkan kecekapan pengurusan pelaburan KWSP - Anwar - Sinarharian - 28/02 5:41 pm

KUALA LUMPUR - Pengumuman dividen sebanyak 6.15 peratus bagi simpanan konvensional dan shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tahun 2025 mencerminkan kecekapan pengurusan pelaburan dana simpanan persaraan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, pengumuman itu juga menunjukkan keyakinan berterusan rakyat terhadap sistem simpanan persaraan negara."Pencapaian ini, meski dalam keadaan pasaran global yang mencabar, mencerminkan kekuatan pengurusan pelaburan KWSP serta keyakinan berterusan rakyat terhadap sistem simpanan persaraan negara," kata Anwar dalam laman media sosial beliau hari ini.Beliau berkata, Kerajaan Madani menyambut baik prestasi ini dan akan terus melaksanakan dasar yang mampan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat agar setiap warga mampu merancang masa depan dengan lebih yakin dan bermaruah.KWSP hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025 untuk akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.Bagi tahun berakhir 31 Disember 2025, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus daripada RM75.5 bilion pada 2024.Keahliannya juga meningkat kepada 18.1 juta pada 2025 disokong oleh penyertaan tenaga kerja yang lebih meluas termasuk pekerja bukan warganegara Malaysia.Bilangan ahli aktif meningkat kepada 10.6 juta, sekali gus menambah baik nisbah ahli aktif kepada tidak aktif kepada 59:41





PM puji prestasi KWSP, dividen 6.15 peratus cermin pengurusan kukuh - Harapandaily - 28/02 5:03 pm

Kerajaan MADANI menyambut baik pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hari ini mengumumkan dividen 6.15% bagi Simpanan Konvensional dan Shariah untuk tahun 2025 dengan jumlah agihan RM79.6 bilion





Pembayaran dividen berdasarkan baki setiap akaun - KWSP - Mkini - 28/02 3:50 pm

Kata Ahmad Zulqarnain pengukuhan ringgit turut menyumbang kepada prestasi kewangan KWSP





KWSP beri 2 sebab dividen rendah - Sinarharian - 28/02 3:00 pm

SHAH ALAM - Pengukuhan ringgit menjadi antara dua faktor utama kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 menurun, meskipun jumlah agihan lebih besar berbanding tahun sebelumnya.Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memberi kesan kepada pulangan pelaburan luar negara yang dinilai dalam dalam mata wang antarabangsa itu.Menurutnya, faktor kedua pula disebabkan persekitaran pelaburan tidak menentu susulan dasar perdagangan global yang sukar diramal, termasuk ketegangan tarif dan perkembangan geopolitik semasa."Kenapa dividen kurang daripada tahun lepas? Ada dua alasan





Keahlian KWSP meningkat 18.1 juta pada 2025 - Ahmad Zulqarnain - Sinarharian - 28/02 1:46 pm

KUALA LUMPUR -Keahlian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat kepada 18.1 juta, disokong oleh penyertaan tenaga kerja yang lebih meluas termasuk pekerja bukan warganegara Malaysia.Bilangan ahli aktif meningkat kepada 10.6 juta, sekali gus menambah baik nisbah ahli aktif kepada tidak aktif kepada 59:41."Keahlian KWSP catat pertumbuhan luar biasa kepada 18.1 juta (2024: 16.2 juta) didorong oleh perubahan dalam dasar carumannya untuk pekerja bukan warganegara," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn pada pengumuman dividen KWSP 2025 pada Sabtu.Pendaftaran baharu kekal kukuh dengan 2.8 juta ahli baharu dan 89,649 majikan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan majikan aktif sebanyak 640,391





KWSP umum dividen 6.15 peratus untuk simpanan syariah, konvensional - Mkini - 28/02 12:25 am

Ekuiti kekal jadi penyumbang utama dengan menjana RM50.7 bilion atau 64 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan





KWSP belum buat keputusan mengenai tawaran Sunway ambil alih IJM - Sinarharian - 28/02 12:22 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum membuat keputusan mengenai tawaran pengambilalihan IJM Corporation Berhad (IJM) oleh Sunway Bhd.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, ini kerana ada pelbagai perkara yang perlu diteliti."Berkenaan dengan tawaran Sunway terhadap IJM, kita belum membuat keputusan lagi."Kita masih menunggu penilaian bebas selesai dan dibentangkan pada 16 Mac dan kita akan buat pertimbangan sebaiknya," katanya ketika Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara di sini pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan KWSP berhubung tawaran tersebut.Media sebelum ini melaporkan, Sunway mengumumkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat ke atas IJM dengan nilai keseluruhan kira-kira RM11 bilion.Tawaran itu mencetuskan pelbagai reaksi memandangkan IJM sekian lama menjadi platform penyertaan institusi berkaitan bumiputera dalam sektor pembinaan, lebuh raya, pelabuhan dan infrastruktur berasaskan konsesi.KWSP kekal sebagai pemegang saham terbesar IJM dengan pegangan 20.12 peratus atau 705.28 juta saham setakat 19 Januari, meningkat daripada 18.17 peratus pada akhir 2024.Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Dewan Muda (DPMM Dewan Muda) sebelum ini menegaskan cadangan pengambilalihan IJM oleh Sunway bukan urus niaga korporat biasa atau sekadar keputusan Lembaga Pengarah kerana melibatkan isu kepentingan negara.Pengerusinya, Hisham Abdul Hamid berkata, kerajaan khususnya Perdana Menteri wajar campur tangan dan mempertimbangkan supaya urusniaga ini ditangguhkan sementara untuk penelitian yang lebih menyeluruh.





Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke akaun Fleksibel - Sinarharian - 28/02 11:46 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Cadangan supaya dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 (Fleksibel) tidak boleh dilaksanakan.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, ini kerana perkara tersebut sudah termaktub di bawah peruntukan undang-undang sedia ada."Dari segi Akta KWSP yang sedia ada, dividen perlu dikreditkan kepada akaun berkenaan."Jadi kalau Simpanan Shariah atau akaun satu atau akaun dua, dividen perlu dikreditkan mengikut Akta KWSP pada akaun terbabit," katanya ketika Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara di sini pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan seorang ahli Parlimen pembangkang berhubung perkara itu bagi meringankan beban pencarum yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup.Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, langkah itu penting bagi membantu pencarum yang sangat memerlukan wang ketika menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.Mengulas lanjut, Ahmad Zulqarnain berkata, pencarum yang menyimpan dana dalam Akaun Fleksibel atau Akaun 3 tetap layak menerima dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan 2025.Bagaimanapun katanya, agihan itu dibuat berdasarkan baki sebenar dalam setiap akaun, bukan secara pukal."Dividen dikreditkan mengikut baki purata harian dalam Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3), dan bukannya tertumpu kepada satu akaun sahaja."Jika pencarum sudah mengeluarkan keseluruhan simpanan dalam Akaun Fleksibel, maka akaun itu tidak akan menerima dividen," katanya.





Terkini KWSP umum dividen 6.15 peratus untuk simpanan konvensional dan shariah - Harapandaily - 28/02 11:27 am

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2025 sebanyak 6.15% bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah





KWSP umum dividen 6.15% - Hotfm - 28/02 11:15 am

Kadar dividen itu bagi kedua-dua akaun simpanan konvensional dan syariah untuk 2025.





KWSP umum dividen 6.15% - FMT - 28/02 11:15 am

Kadar dividen itu bagi kedua-dua akaun simpanan konvensional dan syariah untuk 2025.





KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional, Shariah - Sinarharian - 28/02 11:14 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen masing-masing 6.15 peratus untuk simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun berakhir 31 Disember 2025.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, berkata jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional membabitkan RM67.1 bilion dan RM12.5 billion untuk Simpanan Shariah.Beliau menambah, keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk 2025 adalah RM79.6 bilion."Bagi tahun berakhir 31 Disember 2025, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus berbanding RM75.5 bilion pada tahun 2024."Aset pelaburan meningkat kepada RM1.409 bilion, naik 12.8 peratus daripada RM1.25 bilion, didorong oleh pendapatan portfolio serta jumlah caruman bersih sebanyak RM66.5 bilion," katanya.Beliau berkata demikian ketika Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara di sini pada Sabtu.Ujarnya, pengkreditan dividen bagi kedua-dua simpanan berkenaan akan selesai pada Ahad (1 Mac).Ahli katanya, boleh menyemak akaun mereka melalui i-Akaun atau mendapatkan penyata di Terminal Layan Diri (SST) KWSP di seluruh negara.Mengulas lanjut, Ahmad Zulqarnain berkata, pihaknya berbesar hati dengan catatan prestasi yang memberangsangkan itu, meskipun berdepan persekitaran yang tidak menentu berikutan dasar perdagangan yang sukar diramal.Menurutnya, pasaran ekuiti yang berdaya tahan menjadi pemacu utama pendapatan KWSP, disokong oleh pulangan stabil daripada pendapatan tetap dan kepelbagaian portfolio yang kukuh."Pencapaian ini mencerminkan pendekatan jangka panjang kami dalam melindungi simpanan ahli bagi memastikan pulangan yang mampan," katanya.Beliau menambah, meskipun berdepan tekanan tarif dan perkembangan geopolitik, ekonomi global kekal kukuh pada tahun lalu."Inflasi yang semakin terkawal membolehkan bank-bank pusat utama melonggarkan dasar monetari, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk pelabur jangka panjang," katanya.KWSP mengisytiharkan kadar dividen tahun 2024 sebanyak 6.3 peratus bagi akaun simpanan konvensional dan syariah.Kadar dividen bagi 2023 pula masing-masing 5.5 peratus dan 5.4 peratus untuk simpanan konvensional dan simpanan syariah.





KWSP umum dividen 6.15 peratus untuk simpanan konvensional dan shariah - Hmetro - 28/02 11:10 am

Shah Alam: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan sebanyak RM67.1 bilion dan 6.15 peratus bagi Simpanan Shariah dengan agihan sebanyak RM12.5 bilion, menjadikan keseluruhan jumlah agihan bagi tahun 2025 sebanyak RM79.6 bilion





Debaran menunggu pengumuman dividen KWSP - Sinarharian - 28/02 7:00 am

PENGUMUMAN kadar dividen bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 hari ini pastinya dinanti-nantikan jutaan pencarum, terutama dalam keadaan kos sara hidup yang masih mencabar.Berdasarkan perkembangan semasa, ramai menjangkakan kadar dividen kali ini berada di antara 5.5 peratus hingga 6.3 peratus, hampir setanding atau sedikit lebih baik berbanding tahun lalu.Meskipun sepanjang tahun lalu keadaan ekonomi global agak tidak menentu, prestasi pelaburan KWSP dilihat masih stabil, khususnya dengan pemulihan pasaran pada hujung tahun.Dalam masa sama, pendekatan KWSP yang tidak bergantung kepada satu jenis pelaburan sahaja membantu mengekalkan kestabilan pulangan.Bagi pencarum, apa yang lebih penting bukanlah angka yang terlalu tinggi, tetapi konsistensi.Dalam masa yang sama, rata-rata pencarum di media sosial menaruh harapan agar wang dividen tersebut dikreditkan sepenuhnya ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.Permintaan itu mempunyai rasional tersendiri memandangkan ramai ketua keluarga memerlukan tunai tambahan bagi menampung persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.Perkara sama pernah dibangkitkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang melihat tindakan itu akan meringankan beban pencarum yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup.Malah menurutnya, ia penting bagi membantu pencarum yang sangat memerlukan wang ketika menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan perayaan.Namun memetik pandangan daripada penganalisis ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ida Md Yasin, cadangan menyalurkan 100 peratus dividen ke Akaun Fleksibel berpotensi menjejaskan kecukupan simpanan persaraan majoriti pencarum.Pengumuman rasmi hari ini akan menentukan sama ada ramalan ini tepat atau sebaliknya, di samping bakal menjadi penanda aras keyakinan pencarum terhadap pengurusan dana mereka.





Sistem tergendala: ‘Tolong KWSP banyak benda lagi kami nak pantau’ - Kosmo - 27/02 10:27 pm

PETALING JAYA Notis penyelenggaraan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan hari ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pencarum, khususnya ketika ramai menunggu pengumuman dividen tahunan





Debaran 16.5 juta pencarum KWSP esok - Kosmo - 27/02 9:30 pm

PETALING JAYA Debaran 16.5 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menantikan pengumuman kadar dividen bagi tahun 2025 bakal terjawab esok





Pertumbuhan TK2025 TNB kembalikan nilai kepada rakyat - Sinarharian - 26/02 9:47 pm

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, kejayaan itu diterjemahkan secara langsung kepada manfaat yang nyata kepada rakyat. "Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama yang berkhidmat untuk negara, keutamaan kami melangkaui prestasi kewangan yang kukuh, ia adalah tentang menyalurkan pencapaian kami kepada pelaburan bermakna yang mengukuhkan negara serta memberikan manfaat sosioekonomi yang signifikan kepada rakyat," kata Megat Jalaluddin.Dividen memberi manfaat kepada negara Prestasi TNB bagi TK2025 membolehkannya mengisytiharkan anggaran dividen sebanyak RM3.1 bilion kepada para pemegang saham, dengan 60.7 peratus akan diagihkan kepada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)





Banjir: KWSP tutup sementara pejabat di Beaufort - Mgazette - 26/02 3:10 pm

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabatnya di Beaufort, Sabah, mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak berikutan peningkatan paras air banjir di kawasan tersebut





Shahidan Kassim Cadang 100% Dividen KWSP Masuk Akaun 3, Bantu Rakyat Pada Ramadan Dan Syawal - Ohmedia - 26/02 10:51 am

Katanya, ramai rakyat memerlukan untuk hadapi Ramadan dan Syawal. The post Shahidan Kassim Cadang 100% Dividen KWSP Masuk Akaun 3, Bantu Rakyat Pada Ramadan Dan Syawal appeared first on Oh! Media .





Ramai Pencarum Harap Dividen Masuk Akaun 3? Ini Respon KWSP - Thevocket - 26/02 9:22 am

Berbaki dua hari lagi untuk mendengar berita gembira agihan dividen 2025 bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan jangkaan kadar antara 6.3 peratus hingga..





KWSP dijangka umum dividen antara 6 hingga 6.2% untuk 2025 - FMT - 26/02 8:00 am

Walaupun ia lebih rendah sedikit berbanding 2024 dengan 6.3%, ia masih dianggap tertinggi yang diisytiharkan dalam tempoh lima tahun lalu.





Shahidan gesa semua dividen KWSP masuk Akaun 3 bantu pencarum beraya - Sinarharian - 25/02 7:52 pm

KUALA LUMPUR Seorang ahli Parlimen pembangkang menggesa supaya dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 (Fleksibel) bagi meringankan beban pencarum yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup.Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, langkah itu penting bagi membantu pencarum yang sangat memerlukan wang ketika menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi."Menjelang pengumuman kadar dividen 2025 oleh KWSP pada Sabtu ini, saya ingin menyeru agar pihak kerajaan mempertimbangkan satu langkah yang benar-benar memberi kelegaan kepada rakyat."Saya memohon agar dividen yang diumumkan dimasukkan 100 peratus terus ke Akaun 3 supaya ia boleh dimanfaatkan segera oleh pencarum yang memerlukan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Perkara itu terdahulu turut dibangkitkan Shahidan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.Pada Selasa, KWSP dilaporkan akan mengumumkan kadar dividen bagi 2025 pada Sabtu ini berdasarkan jemputan media yang dikeluarkan kumpulan tersebut bagi mengadakan taklimat mengenai dividen 2025 pada hari berkenaan.KWSP mengisytiharkan kadar dividen tahun 2024 sebanyak 6.3 peratus bagi akaun simpanan konvensional dan syariah.Kadar dividen bagi 2023 pula masing-masing 5.5 peratus dan 5.4 peratus untuk simpanan konvensional dan simpanan syariah.Jumaat lalu, media turut melaporkan pencarum KWSP mengharapkan semua dividen yang bakal diumumkan dimasukkan sepenuhnya ke Akaun 3 supaya boleh digunakan bagi perbelanjaan sempena Hari Raya Aidilfitri.Menurut Shahidan, cadangan berkenaan tidak memberi sebarang implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan kerana ia hanya melibatkan pengagihan dividen KWSP."Kerajaan tidak perlu buat apa-apa, hanya dividen KWSP yang akan diberikan pada Mac ini perlu dimasukkan semuanya ke Akaun 3."Sekarang dividen dimasukkan ke Akaun 1 dan Akaun 2 yang sukar dikeluarkan dan hanya sedikit ke Akaun 3," ujarnya.Beliau turut memberi contoh seorang pegawainya yang mempunyai simpanan sebanyak RM300,000, namun tidak boleh mengeluarkan wang berkenaan kerana faktor umur yang masih muda.Tambahnya, dividen tahunan yang diterima pegawainya itu dianggarkan hampir RM10,000."Dia (pegawai saya) kata kalau dapat dividen berkenaan, ia cukup-cukup menolongnya





Pelajar Pendidikan Khas Berjaya Hasilkan Puding Karamel, Cikgu Ucap “Terima Kasih Khairul Aming Jadi Guru Kami…” - Siraplimau - 25/02 3:23 pm

Perkongsian seorang guru mengenai kejayaan pelajar PPKI menghasilkan puding karamel mencuri perhatian warga maya.Menerusi satu hantaran di platform Threads oleh pengguna dikenali sebagai siguelovera, guru berkenaan menzahirkan penghargaan kepada pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming atas perkongsian resepi yang mudah difahami dan diikuti. Baca juga: Berita Baik! KWSP Akan Umum Dividen Sabtu Ini, Kadar Dijangka Antara […] The post Pelajar Pendidikan Khas Berjaya Hasilkan Puding Karamel, Cikgu Ucap Terima Kasih Khairul Aming Jadi Guru Kami first appeared on SirapLimau.com .





Berita Baik! KWSP Akan Umum Dividen Sabtu Ini, Kadar Dijangka Antara 5.5 Hingga 6.3% - Siraplimau - 25/02 8:03 am

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijadual mengumumkan kadar dividen KWSP 2025 pada Sabtu ini.Perkara itu dimaklumkan menerusi jemputan media yang dikeluarkan badan persaraan berkenaan bagi menghadiri sesi taklimat pengumuman dividen 2025 pada 28 Februari 2026





Gaji patut naik bukan ‘tarah’ duit KWSP - Kosmo - 24/02 10:20 am

Dr. Barjoyai Bardai berkata, tindakan itu seharusnya diambil berat agar sebahagian pekerja tidak terus mengharapkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kelangsungan hidup





Harapan belanja raya guna Akaun 3 makin tipis - Kosmo - 24/02 9:01 am

PETALING JAYA Hasrat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menikmati keseluruhan dividen sempena Hari Raya Aidilfitri sukar direalisasikan





Rakyat tolak kenaikan had pengeluaran KWSP, gesa dividen dimasukkan ke .. - Mgazette - 23/02 5:52 pm

# Rakyat tolak kenaikan had pengeluaran KWSP, gesa dividen dimasukkan ke akaun fleksibel HAKS KUALA LUMPUR Rakyat secara keseluruhan menolak cadangan menaikkan had pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada RM1 juta kepada RM1.1 juta dan seterusnya RM1.3 juta kerana didakwa tidak memberi manfaat kepada majoriti pencarum





KWSP dijangka umum dividen hingga 6.5% - FMT - 16/02 4:50 pm

KWSP mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.3% untuk akaun simpanan konvensional dan syariah bagi 2024.





KWSP dijangka umum dividen 6.3 hingga 6.5 peratus bagi 2025 - Mkini - 16/02 4:20 pm

Ahli ekonomi berkata dana persaraan itu kekal berada pada landasan untuk pembayaran dividen yang memberangsangkan.



Wanita rugi lebih RM1.3 juta terpedaya bungkusan terlarang - Mgazette - 9/02 2:56 pm

"Suspek telah memperdaya mangsa dengan mendakwa wang simpanan mangsa perlu disiasat bagi mengenal pasti sumber kewangan, menyebabkan mangsa berasa takut dan cemas," katanya menerusi kenyataan hari ini. Jelas Yahaya, mangsa seterusnya telah diarahkan untuk mengeluarkan wang simpanan daripada akaun KWSP serta pelaburan Public Bank Mutual, sebelum memasukkan wang tersebut ke dalam tiga akaun bank yang diberikan oleh suspek



Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta ditipu sindiket phone scam - Sinarharian - 9/02 12:02 am

KUANTAN Seorang penolong pengurus wanita mengalami kerugian RM1.313 juta selepas menjadi mangsa penipuan sindiket panggilan telefon yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan polis.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 11 Disember lalu apabila mangsa berusia 55 tahun menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang mendakwa sebagai wakil syarikat kurier.Menurutnya, mangsa diberitahu kononnya menerima satu bungkusan mengandungi barangan terlarang sebelum panggilan itu disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis.Beliau berkata, suspek kedua memperdaya mangsa dengan mendakwa wang simpanannya perlu disiasat bagi mengenal pasti sumber kewangan, sekali gus menyebabkan mangsa berasa takut dan cemas."Mangsa seterusnya diarahkan mengeluarkan wang simpanan daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelaburan Public Bank Mutual sebelum memasukkan wang tersebut ke dalam tiga akaun bank yang diberikan oleh suspek."Sebanyak lima transaksi pemindahan wang dilakukan ke akaun berkenaan dalam tempoh 24 Disember 2025 hingga 4 Januari lalu, dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM1.313 juta," katanya.Yahaya berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas gagal menghubungi suspek apabila nombor telefon yang digunakan telah disekat."Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.Tegasnya, masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum melakukan sebarang transaksi."Orang awam yang mengesyaki diri mereka menjadi mangsa penipuan dinasihatkan supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," katanya.



Pengalaman 3 mangsa skim 'pinjam dulu, bayar masa keluar KWSP' - Mkini - 6/02 7:50 pm

Mereka juga berpendapat jalan keluar daripada terbelenggu masalah itu ialah pengeluaran bersasar



NGO dedah aktiviti 'along KPKT' jerat KWSP warga emas - Mkini - 3/02 12:52 am

PGIRM mendakwa pemberi pinjaman di bawah kawal selia KPKT itu menawarkan skim pinjam dulu, bayar bila keluar KWSP.



Simpanan KWSP mungkin tak lagi mencukupi bagi kebanyakan orang - FMT - 3/02 8:30 am

Peningkatan kos sara hidup dan perbelanjaan perubatan perlu ditanggung akan menambah tekanan kepada dana persaraan yang sedia kurang.



Guna KWSP tampung pelan insuran bukan penyelesaian mutlak - Utusan - 2/02 7:05 am

PETALING JAYA: Cadangan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan simpanan bagi membayar premium Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas bukan penyelesaian mutlak untuk menampung kos perubatan



GLIC terjemah nilai Madani kepada tindakan dan impak pada 2025 - Sinarharian - 30/01 5:43 pm

KUALA LUMPUR - Tahun 2025 meninggalkan catatan bermakna buat Malaysia apabila syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tampil bukan sekadar sebagai pengurus dana negara tetapi rakan pembangunan yang hadir bersama rakyat, menterjemahkan aspirasi Malaysia MADANI dan GEAR-uP kepada tindakan nyata di lapangan.Sepanjang tahun itu, enam GLIC utama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), telah memanfaatkan pelaburan, kepakaran serta jaringan kerjasama strategik bagi menyantuni keperluan rakyat secara menyeluruh dan bersasar.Daripada kampung di luar bandar dan kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga ke sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan tempat kerja, pendekatan kolektif ini membentuk satu ekosistem sokongan nasional yang memastikan kemajuan di bawah Ekonomi MADANI tidak terhenti di peringkat dasar, sebaliknya dirasai dalam kehidupan seharian melalui pendidikan, pembangunan bakat dan sokongan kelangsungan hidup.Mengulas mengenai impak kolektif inisiatif itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata: "Satu daripada ukuran kejayaan Ekonomi MADANI adalah kesannya kepada kehidupan rakyat, keadaan pelajar dalam bilik darjah, keluarga dalam komuniti, serta generasi muda Malaysia yang memasuki alam pekerjaan."GEAR-uP menjadi platform bagi GLIC untuk menterjemahkan aspirasi nasional kepada tindakan nyata yang berterusan dan inklusif, meluaskan peluang serta meningkatkan darjat kehidupan rakyat."Beliau menegaskan usaha itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan berfokuskan rakyat yang berpandukan tadbir urus yang cekap."Apabila institusi awam bergerak seiring dengan tujuan yang jelas dan akauntabiliti, pertumbuhan negara bukan sahaja angka di atas kertas tetapi kemakmuran yang bermakna dan dirasai oleh rakyat," tambah beliau.Antara teras utama penglibatan GLIC pada 2025 ialah pelaksanaan Kampung Santuni MADANI, satu inisiatif bersifat menyeluruh yang menumpukan kepada intervensi berasaskan keperluan sebenar komuniti, dengan pendekatan berteraskan empati, maruah dan kefahaman setempat.Dalam ekosistem pertahanan negara, LTAT melaksanakan inisiatif bersasar dikenali sebagai Kem Santuni MADANI yang memfokuskan kepada kem ATM di seluruh negara.Dengan nilai sokongan melebihi RM500,000 merangkumi lima kem, program ini memberi manfaat kepada lebih 5,700 keluarga warga tentera melalui naik taraf infrastruktur, bantuan kebajikan, perkhidmatan kesihatan serta program literasi kewangan, hasil kerjasama bersama syarikat kumpulannya.Inisiatif yang dilancarkan pada Mac dan disempurnakan sepenuhnya menjelang Disember 2025 itu meliputi kem di Sabah dan Pulau Pinang, dengan penambahbaikan kepada kemudahan komuniti, ruang ibadah dan persekitaran tempat tinggal, selain penyampaian bantuan bersasar kepada keluarga asnaf dan B40.PNB pula mengangkat dua kampung iaitu Kampung Merlimau Pantai, Melaka, dan Kampung Telok Kandis, Kedah, dengan peruntukan RM1.32 juta di bawah rangka kerja Satu Pemimpin Satu Kampung dan GEAR-uP.Inisiatif tersebut memberi manfaat kepada kira-kira 700 penduduk melalui sokongan keusahawanan mikro, biasiswa TVET untuk belia, penambahbaikan infrastruktur komuniti serta bantuan kebajikan kepada isi rumah asnaf.KWSP memfokuskan usaha Kampung Santuni MADANI di Kampung Melayu Subang, Kwasa Damansara dengan menumpukan kemahiran kebolehpasaran dan keusahawanan, serta kesejahteraan komuniti bagi memperkukuh kelangsungan hidup, daya tahan dan keupayaan berdikari.Rangka kerja pembangunan komuniti dan pemerkasaan sosial KWSP turut merangkumi literasi kewangan untuk belia serta literasi digital untuk warga emas




Reformasi     >>



Sembang santai betul ni, PM Anwar santuni mahasiswa di .. - Harapandaily
Suasana di Kompleks Seri Perdana malam tadi bukan sekadar majlis berbuka puasa biasa. Ia menjadi ruang sembang santai penuh kemesraan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni mahasiswa yang dijemput khas dalam satu sesi interaksi tanpa protokol yang kaku. ..
Kroni     >>



Iran berhak pertahan diri di bawah Piagam PBB Hamzah - Utusan
PETALING JAYA: Iran mempunyai hak untuk mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negaranya susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebagai sebuah negara berdaulat, Iran tidak boleh dinafikan haknya untuk mengambil tindakan ..
Tabloid     >>



Lain macam sampai Aeon pun sediakan sudut khas untuk .. - Mdateline
Pengaruh usahawan kelahiran Kelantan, Khairul Aming, bukan calang-calang apabila setiap resipi masakan mahupun minuman yang dikongsikan sepanjang Ramadan sentiasa menjadi ikutan pengikutnya. Malah, inisiatif pasar ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



Anthropic's Claude hits No. 1 on Apple's top free apps .. - Cnbc
Claude has surpassed OpenAI's ChatGPT as the top free app in the U.S. on Apple's rankings.
World     >>



Chris Mason: Trump calls Starmer as US and Europe .. - BBC
The UK was not involved in, nor has it endorsed, the strikes on Iran by Israel and the US.
Motor Trend     >>



Honda Paling Efisien Penggunaan Petrol Dalam Kalangan .. - Careta
Mendahului Semua Jenama Utama Bagi Tahun Model 2024 Berikut ialah kedudukan pengeluar utama berdasarkan purata penggunaan bahan api Honda 13.18 km/l Hyundai 12.67 km/l Kia 12.41 km/l Toyota 12.33 km/l Nissan 12.33 km/l BMW 12.33 km/l Subaru 12.20 km/l Mazda 11.90 km/l Volkswagen 11.27 km/l