| /// |
|
| Search : Kpt News | Page 1 |
|
Isu `pintu belakang’ UA: Haim Hilman sedia berdepan tindakan .. - Mygazette - 17/06 3:22 pm Sebaliknya, beliau yang juga bekas Naib Canselor, Universiti Utara Malaysia (UUM) bersedia berdepan tindakan undang-undang bagi membuktikan bahawa kemasukan penuntut tanpa melalui saluran Unit Pusat Universiti (UPU), memang wujud. Beliau yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhak mengambil apa jua tindakan, namun berpendapat perkara itu perlu dijawab dengan fakta dan data yang jelas kepada rakyat |
|
Dakwaan 60,000 pelajar masuk IPTA ikut ???pintu belakang??? perlu .. - Mygazette - 17/06 3:22 pm Menurut beliau, tradisi akademik menuntut budaya perbahasan yang beradab, beretika dan membina, bukannya berasaskan tuduhan melulu, persepsi atau angka yang tidak dapat disahkan. Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa bersikap terbuka menerima pelbagai pandangan dan kritikan yang konstruktif demi memperbaiki kelemahan serta meningkatkan mutu pendidikan tinggi negara |
|
Sedia ke mahkamah desak KPT jawab dengan data - Harakahdaily - 16/06 10:14 pm KUALA LUMPUR: Dr Haim Hilman Abdullah tidak akan sesekali menarik balik pendiriannya dan sedia berdepan di mahkamah bagi mengemukakan segala data, fakta, serta bukti berhubung isu saluran terbuka kemasukan ke Universiti Awam (UA). Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu berkata demikian sebagai tindak balas terhadap kenyataan media Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) semalam yang sedang mempertimbangkan […] The post Sedia ke mahkamah desak KPT jawab dengan data appeared first on Harakahdaily . |
|
KPT kaji kemungkinan libatkan IPTS dalam PLKN - Zambry - Sinarharian - 16/06 3:55 pm TANJONG MALIM - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mengkaji kemungkinan melibatkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa depan.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada perbincangan bersama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mej Jen Datuk Marzuki Mokhtar."Beliau yang akan mengaturkan dari segi urutannya (sama ada bersekali dengan IPT awam (IPTA) atau tidak) |
|
KPT pertimbang tindakan undang-undang terhadap ADUN Jitra - Mygazette - 16/06 7:38 am # KPT pertimbang tindakan undang-undang terhadap ADUN Jitra KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti dan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan tidak berasas mengenai sistem kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) |
|
KPT pandang serius tuduhan Haim Hilman, teliti tindakan perundangan - Mkini - 15/06 9:29 pm KPT mempertimbangkan tindakan serta prosedur perundangan yang sewajarnya bagi mempertahankan integriti kementerian itu. |
|
Universiti jual tempat kepada orang kaya? KPT pertimbang tindakan undang-undang - Harapandaily - 15/06 9:10 pm Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi amaran keras terhadap dakwaan kononnya universiti awam (UA) menjual tempat kepada golongan berduit dan menerima puluhan ribu pelajar melalui “pintu belakang”, dengan memaklumkan ia sedang meneliti tindakan serta prosedur perundangan yang sesuai |
|
KPT ambil serius dakwaan jual tempat, teliti tindakan perundangan terhadap Haim Hilman - Sinarharian - 15/06 7:05 pm SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius beberapa tuduhan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah berkaitan sistem kemasukan ke universiti awam, termasuk dakwaan kononnya institusi itu menjual tempat kepada golongan tertentu.KPT dalam satu kenyataan berkata, susulan itu pihaknya meneliti dan mempertimbangkan tindakan serta prosedur perundangan yang sewajarnya.Menurutnya, ia bagi mempertahankan integriti kementerian, universiti awam dan sistem pendidikan tinggi negara daripada fitnah serta tuduhan yang tidak berasas."Perlu ditegaskan bahawa ini bukan kali pertama tuduhan sedemikian dilemparkan oleh Haim Hilman terhadap KPT."Kementerian sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina dan berasaskan fakta namun, sebarang tuduhan yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi pendidikan tinggi negara mestilah disertakan dengan bukti yang kukuh," ujarnya pada Ahad.Sebelum ini, Haim Hilman didakwa menyatakan bahawa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menafikan 30,000 pelajar yang layak kerana amalan tidak telus dan wujud unsur pintu belakang dalam satu ceramah umum di Markas Pas Kawasan Seremban pada 13 Jun lalu.Menurut KPT, tuduhan tersebut bukan sahaja sangat berat, malah berpotensi menjejaskan reputasi dan kredibiliti keseluruhan sistem pendidikan tinggi negara."Ia termasuk universiti awam, pengurusan universiti, pegawai kerajaan serta ribuan pelajar yang mengikuti saluran kemasukan yang sah."KPT juga tidak akan membenarkan sebarang pihak melemparkan tuduhan yang mencemarkan nama baik institusi pendidikan negara tanpa bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat," ujarnya. |
|
KPT teliti tindakan perundangan terhadap exco Kedah - FMT - 15/06 6:36 pm Kementerian Pendidikan Tinggi berkata dakwaan Haim Hilman Abdullah berhubung kemasukan ke universiti awam sangat berat. |
|
Menteri KPT tak mahu jawab, hanya kongsikan respon Naib Canselor UPSI - Harapandaily - 14/06 9:14 pm Di sebalik polemik dakwaan kononnya terdapat penyelewengan dalam proses kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, hanya tampil berkongsi luahan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, yang menggesa semua pihak berhenti melemparkan tuduhan tanpa membantu pelajar yang memerlukan.... The post Menteri KPT tak mahu jawab, hanya kongsikan respon Naib Canselor UPSI appeared first on Harapan Daily . |
|
Dakwa IPTA jual tempat, Amanah gesa Haim Hilman kemuka bukti - Sinarharian - 14/06 5:56 pm SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Haim Hilman Abdullah mengemukakan fakta, data dan bukti yang jelas berhubung dakwaan terdapat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjual tempat kepada golongan tertentu.Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat Amanah, Azli Yusof berkata, jika benar wujud penyelewengan seperti yang didakwa, beliau bertanggungjawab menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat dijalankan.Namun katanya, jika dakwaan tersebut tidak disertakan dengan bukti kukuh, ia hanya akan menimbulkan keresahan dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan masyarakat serta mencemarkan reputasi institusi pendidikan tinggi (IPT) negara."Amanah juga menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan penjelasan rasmi bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap sistem kemasukan ke IPTA terus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau menegaskan, integriti sistem pendidikan negara tidak wajar dipolitikkan melalui tuduhan tidak berasas, sebaliknya mana-mana pihak yang membuat dakwaan serius perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan."Haim Hilman harus berani bertanggungjawab mengemukakan bukti |
|
KPT bantu Sarawak naik taraf i-CATS jadi universiti penuh - Zambry - Sinarharian - 9/06 11:41 pm SAMARAHAN - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi komitmen untuk mencari jalan penyelesaian isu membabitkan empat penuntut Malaysia yang terjejas susulan masalah pengiktirafan program farmasi yang diikuti di Universiti Alexandria, Mesir.Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu timbul berpunca daripada keputusanuniversiti terbabit yang menukar nama program farmasi kepada Doctor of Pharmacy (PharmD)."Apabila pihak Universiti Alexandria menukar nama program itu daripada program farmasi kepada Pharm-D, itu yang menjadi masalah kepada pengiktirafan program kerana tiada makluman kepada pihak sepatutnya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Program MySiswa@Job On Campus Universiti Awam Peringkat Kebangsaandi Universiti Malaysia Sarawak di sini pada Selasa.Beliau berkata, pertukaran nama program itu menimbulkan kekeliruan kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM)manakala pihak universiti juga tidak membuat pemakluman terkini kepada pihak berkaitan."Isu berkenaan tidak membabitkan Agensi Kelayakan Malaysia kerana pengiktirafan profesion farmasi terletak dalam bidang kuasa LFM di bawah Kementerian Kesihatan," katanya sambil menambah pihaknya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk mencari jalan penyelesaian.Sebelum ini, empat penuntut Malaysia yang mengikuti pengajian farmasi di Universiti Alexandria berdepan masalah apabila program PharmD tidak diiktiraf oleh LFM bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan Poison Law, iaitu antara syarat yang perlu dipenuhi sebelum berkhidmat sebagai ahli farmasi di tanah air.Sebelum ini, pengajian yang ditawarkan kepada mereka melalui surat rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi ialah farmasi, namun program itu dinaik taraf kepada PharmD pada 2019.Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, KPT bersedia membantu Kerajaan Negeri Sarawak dalam proses naik taraf Kolej Universitii-CATS (ICATS) kepada sebuah universiti penuh.Beliau berkata, hal ini kerana pihaknya menghargai usaha berterusankerajaan negeri berkenaan dalam memperkasakan bidang pendidikan dan institusi pendidikan tinggi miliknya.Baru-baru ini, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa ICATS telah diiktiraf secara rasmi sebagai universiti penuh selepas menerima keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung status institusi pengajian tinggi itu.Abang Johari berkata, pengiktirafan itu menjadikan Sarawak kini memiliki dua universiti penuh milik negeri termasuk Universiti Teknologi Sarawak di Sibu.-Bernama |
|
KPT sokong penuh hasrat Sarawak naik taraf iCATS jadi universiti - Mypress - 9/06 9:20 pm KOTA SAMARAHAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyatakan kesediaan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri Sarawak bagi menaik taraf Kolej Universiti iCATS kepada sebuah universiti penuh |
|
KPT, KKM diarah segera selesaikan isu pengiktirafan graduan farmasi .. - Mygazette - 6/06 7:32 am # KPT, KKM diarah segera selesaikan isu pengiktirafan graduan farmasi Universiti Alexandria KUALA LUMPUR - Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya memberikan perhatian serta memuktamadkan penyelesaian terhadap isu aduan dikemukakan pelajar bidang farmasi di Universiti Alexandria, Mesir berhubung pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi (PharmD) untuk tujuan pendaftaran dan amalan profesional di Malaysia |
|
Kelulusan Doktor Farmasi tak diiktiraf, Anwar arah KPT, KKM selesai segera - Mygazette - 5/06 3:24 pm # Kelulusan Doktor Farmasi tak diiktiraf, Anwar arah KPT, KKM selesai segera KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan perhatian serta memuktamadkan penyelesaian terhadap isu pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi (PharmD) di Mesir dengan kadar segera demi kepentingan pelajar yang terlibat |
|
KPT, KKM diarah selesai segera isu graduan farmasi Universiti Alexandria - Harapandaily - 5/06 12:21 am Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mempercepatkan penyelesaian isu pengiktirafan graduan program Doktor Farmasi (PharmD) dari Universiti Alexandria, Mesir yang berlarutan sejak sekian lama |
|
PM arah KPT, KKM selesaikan isu pengiktirafan program Doktor Farmasi - Mkini - 5/06 11:57 am Selepas isu itu dibangkitkan penuntut Universiti Alexandria, Mesir. |
|
Pelaksanaan MyKad struktur baharu bermula secara berfasa bulan ini - Sinarharian - 1/06 9:10 am KUALA LUMPUR - Selepas lebih dua dekad menjadi dokumen pengenalan utama rakyat Malaysia, MyKad kini melangkah ke satu lagi fasa baharu menerusi pengenalan MyKad Struktur Baharu yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih, bagi memperkukuh perlindungan identiti dan data peribadi rakyat dalam era digital.Pelaksanaan MyKad Struktur Baharu secara berfasa bermula bulan ini, menandakan kesinambungan usaha kerajaan dalam mempertingkatkan keselamatan MyKad yang diperkenalkan pada 5 September 2001, agar kekal relevan dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran keselamatan siber serta ancaman pemalsuan dokumen.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, pengenalan MyKad generasi baharu itu, bertujuan memperkukuh sistem identiti nasional menerusi penggunaan teknologi dan ciri keselamatan terkini yang dipertingkatkan.Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias berkata, MyKad Struktur Baharu, akan dilengkapi 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada.Beliau berkata, antara penambahbaikan yang diperkenalkan termasuk penggunaan kod QR bagi tujuan pengesahan dan penguatkuasaan, teknologi hologram, teks mikro, ciri keselamatan ultraungu, turihan laser serta cip dengan tahap enkripsi yang lebih tinggi.Penambahbaikan itu dijangka mampu meningkatkan keupayaan pengesahan identiti, selain mengurangkan risiko pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.Pengeluaran dan penggantian MyKad Struktur Baharu dijangka dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tarikh yang akan diumumkan kelak.Sebagai permulaan, JPN memaklumkan pengeluaran MyKad Struktur Baharu akan dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya serta 18 pejabat JPN terpilih, melalui sistem janji temu sebelum diperluas secara berperingkat ke seluruh negara.Pendekatan berfasa itu bertujuan memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan teratur, serta mengelakkan kesesakan di kaunter.Sehubungan dengan itu, JPN menasihati orang ramai tidak perlu tergesa-gesa untuk menukar MyKad masing-masing, memandangkan pelaksanaan dilakukan secara berperingkat dan tidak melibatkan pertukaran serentak.JPN menetapkan keutamaan pengeluaran kepada pemohon yang membuat janji temu melalui Sistem Janji Temu JPN serta pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan MyKad Versi 1."Pemegang KPP, KPT dan MyKad Versi 1 diwajibkan menukar kepada MyKad Struktur Baharu secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun," menurut kenyataan JPN.Dalam masa sama, JPN memberi jaminan bahawa dokumen pengenalan sedia ada, masih sah digunakan bagi semua urusan rasmi termasuk penebusan subsidi dan bantuan kerajaan, selain menjamin keselamatan data dan maklumat peribadi pemegang MyKad terus dilindungi.Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau saluran rasmi media sosial JPN.Pengenalan MyKad Struktur Baharu merupakan episod terbaharu dalam evolusi sistem identiti negara yang bermula sejak 1948, menerusi penggunaan kad pengenalan berasaskan kertas di Semenanjung sebelum diperluas ke Sabah dan Sarawak.Sistem itu kemudiannya berkembang kepada penggunaan kad plastik pada sekitar 1960-an, bagi meningkatkan ketahanan dokumen berkenaan, sebelum kad pengenalan bermutu tinggi diperkenalkan pada 1980-an dengan ciri keselamatan yang lebih baik.Malaysia seterusnya mencipta sejarah pada 2001 menerusi pelancaran MyKad, yang diiktiraf sebagai antara kad pintar pelbagai guna terawal di dunia dan teknologi itu dipertingkatkan lagi pada 2012 dengan penggunaan cip keselamatan yang lebih maju, sebelum pelaksanaan MyKad Struktur Baharu hari ini menjadi kesinambungan kepada evolusi sistem identiti negara yang berkembang seiring keperluan semasa |
|
Tak perlu tergesa-gesa tukar MyKad baharu, pelaksanaannya selepas .. - Mygazette - 30/05 7:55 am Pendekatan itu bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, teratur dan mengelakkan kesesakan di kaunter JPN. "Jabatan ini telah menetapkan keutamaan pelaksanaan pengeluaran MyKad Struktur Baharu hanya kepada pemohon yang telah membuat janji temu melalui Sistem Janji Temu JPN serta pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan MyKad Versi 1 (Tanpa Ghost-Image)," kata JPN dalam satu kenyataan, hari ini |
|
Program Matrikulasi Berada Di Bawah KPM, Dakwaan ADUN Kota Kemuning Tidak Tepat - KPT - Siakapkeli - 29/05 5:50 pm Program Matrikulasi Berada Di Bawah KPM, Dakwaan ADUN Kota Kemuning Tidak tepat - KPT PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa program matrikulasi |
|
Dakwaan Adun Kota Kemuning tak tepat, program matrikulasi bawah KPM, kata KPT - FMT - 29/05 2:12 pm KPT menyifatkan kenyataan Adun Kota Kemuning Preakas Sampunathan berhubung isu kemasukan seorang pelajar cemerlang SPM ke program itu sebagai tidak tepat dan mengelirukan. |
|
Ibu pelajar cemerlang kecewa kursus pengajian anak tak diiktiraf - Mkini - 29/05 9:00 am Kursusnya tidak diiktiraf meski tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Alexandaria, Mesir itu dikeluarkan oleh KPT. |
|
Pelajar 11A gagal ke matrikulasi, ADUN Kota Kemuning minta penjelasan KPT - Mygazette - 28/05 6:07 pm # Pelajar 11A gagal ke matrikulasi, ADUN Kota Kemuning minta penjelasan KPT SHAH ALAM - Kegagalan seorang pelajar yang memperoleh keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat tempat dalam program matrikulasi mengundang persoalan terhadap pelaksanaan dasar kemasukan yang diumumkan kerajaan sebelum ini |
|
PTPTN, UDA salur RM240,000 bantu 1,200 pelajar - Sinarharian - 20/05 11:20 am NIBONG TEBAL - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan UDA Holdings Berhad (UDA) terus memperkukuh sinergi strategik menerusi pelaksanaan Program Sinar Kasih UDA Cares - PTPTN (SAKURA) membabitkan dana berjumlah RM240,000.Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, menerusi program berkenaan, UDA menyalurkan sumbangan wakalah zakat kepada 1,200 pelajar asnaf dari Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih seluruh negara di mana setiap orang menerima RM200 dikreditkan melalui akaun Simpan SSPN Prime.Menurutnya, tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut merupakan kesinambungan kepada kolaborasi strategik dimeterai antara kedua-dua organisasi sejak 2024 selaras aspirasi bersama memperkasa agenda pendidikan tinggi negara di samping membudayakan amalan menabung serta perancangan kewangan pendidikan dalam kalangan masyarakat."Semua pelajar yang menerima sumbangan daripada UDA pada hari ini, diharapkan dapat memanfaatkan sumbangan tersebut sebaiknya ke arah kebaikan. Setelah tamat pengajian kelak, jangan terburu-buru menutup akaun Simpan SSPN kerana simpanan ini bukan sahaja menawarkan dividen yang kompetitif, malah turut menyediakan pelbagai manfaat lain untuk jangka masa panjang."Teruskan membuat simpanan, sekurang-kurangnya RM30 atau RM50 sebulan atau mengikut kemampuan masing-masing kerana Simpan SSPN membolehkan anda terus menabung sehingga usia 69 tahun," katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Sakura di Dewan Auditorium Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin Universiti Sains Malaysia (USM) kepada 100 penerima di sini pada Isnin.Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Dr Shamsuri Abdullah; Ketua Pegawai Kewangan UDA Holdings Berhad, Farizal Zainudin; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya.Dalam masa sama, Norliza turut mengingatkan penerima supaya memanfaatkan sumbangan dengan baik."Penubuhan PTPTN dahulu adalah untuk memastikan tidak ada pelajar tercicir untuk menyambung pelajaran disebabkan masalah kewangan |
|
`Kaji semula keputusan iktiraf UEC atau kami cabar di mahkamah’ .. - Mygazette - 20/05 7:56 am Justeru keputusan kerajaan membuka laluan kemasukan ke IPTA kepada lepasan UEC adalah sesuatu bercanggah dengan dasar pembinaan negara bangsa dan Akta Pendidikan 1996 yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Selain itu, menyamakan pendekatan itu dengan kemasukan pelajar maahad tahfiz, tidak sepatutnya kerana ada dalam kalangan mereka menduduki peperiksaan SPM bagi membolehkan pengajian Hujah KPT bahawa pembukaan kemasukan ke IPTA bukan pengiktirafan UEC adalah tidak boleh diterima dan mengelirukan rakyat, katanya |
|
SPM kekal asas kemasukan ke IPTA selagi saya Menteri KPT – Zambry - Kosmo - 19/05 3:32 pm Selagi ... Read more The post SPM kekal asas kemasukan ke IPTA selagi saya Menteri KPT – Zambry appeared first on Kosmo Digital . |
|
KPT sasar lebih banyak rekod kebangsaan dipecahkan di SUKIPT 2026 - Sinarharian - 19/05 1:55 pm KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) menyasarkan lebih banyak rekod kebangsaan dapat dipecahkan pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 susulan peningkatan penyertaan atlet institusi pengajian tinggi (IPT) bertaraf tinggi dalam temasya itu.Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Dr Hanafiah Ayub berkata, SUKIPT bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah platform penting buat atlet IPT mempamerkan potensi terbaik mereka sebagai persediaan menghadapi kejohanan lebih besar seperti Sukan Asia."Kita sasar lebih banyak rekod kebangsaan dipecahkan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |