///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Klia News   Page 1    



Kastam rampas dadah bernilai lebih RM1 juta, sita dua Mini Cooper - Mygazette - 28/10 3:30 pm

# Kastam rampas dadah bernilai lebih RM1 juta, sita dua Mini Cooper SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah jenis bunga ganja dan ketamin bernilai lebih RM1 juta serta menyita dua kereta Mini Cooper S dalam tiga kes berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sekitar Sepang





Status Shuhaily belum dimuktamadkan – KDN - Mygazette - 28/10 3:30 pm

Isu status perkhidmatan Mohd Shuhaily timbul susulan pendakwaan yang dihadapinya di Mahkamah Majistret Sepang pada 21 Oktober lalu. Beliau mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis, masing-masing didakwa berlaku dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu





Bekas anggota polis dakwa pernah jadi mangsa kekerasan Shuhaily mahu .. - Mygazette - 28/10 3:30 pm

"Melihat kepada manifestasi kesamarataan di sisi undang-undang tanpa diskriminasi yang ditunjukkan oleh Peguam Negara apabila Datuk Seri Shuhaily telah dituduh di mahkamah atas sikapnya yang panas baran ke atas anggota pangkat rendah (APR) maka pengadu merasakan beliau masih mempunyai peluang untuk mendapatkan keadilan di bawah pentadbiran kerajaan malaysia pada masa ini," kata kedua-dua peguam tersebut dalam kenyataan hari ini. Perkembangan terbaharu itu menyusul selepas Mohd Shuhaily didakwa di mahkamah pada 21 Oktober lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan melakukan kekerasan terhadap dua anggota polis di kaunter J, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, antara jam 1.17 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu





Kastam rampas 30 server cip AI bernilai RM49.5 juta - Mygazette - 28/10 3:30 pm

# Kastam rampas 30 server cip AI bernilai RM49.5 juta SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 30 unit server yang mengandungi cip kecerdasan buatan (AI) bernilai hampir RM49.5 juta termasuk cukai dipercayai dibawa masuk ke Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dieksport semula ke negara Asia lain





Helah seludup dadah guna alamat palsu, ikrar permainan - Sinarharian - 28/10 2:03 pm

SEPANG - Taktik lapuk penyeludupan dadah jenis bunga ganja dan ketamin bernilai RM1.03 juta menggunakan perkhidmatan parcel serta kargo selain alamat penghantaran palsu ditumpaskan dalam kes berasingan baru-baru ini.Rampasan dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pemeriksaan rutin.Pengarah Kastam KLIA, Aspalila AG Tuah berkata, bagi kes pertama pada 12 Oktober, tujuh bungkusan kotak disyaki berisi bunga ganja seberat 7.280 kilogram (kg) dirampas di Pos Malaysia International Hub KLIA.Menurutnya, kesemua bungkusan itu dipercayai hendak dieksport ke salah sebuah negara Eropah."Bunga ganja bernilai RM582,400 itu cuba dibawa keluar menggunakan perkhidmatan parcel dan disembunyikan di dalam plastik kedap udara serta kotak yang diikrar sebagai kasut dan permainan kanak-kanak," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Kargo KLIA di sini pada Rabu.Kes kedua pada 9 Oktober, dadah jenis ketamin seberat 9.114 kg bernilai RM455,700 dalam satu bungkusan kotak dirampas salah sebuah Pengendali Terminal Kargo (CTO) Zon Perdagangan Bebas KLIA.Aspalila berkata, dadah itu diletakkan dalam sembilan bungkusan aluminium."Ketamin ini cuba dibawa masuk menggunakan khidmat kargo dan diikrar sebagai sepana paip dan kotak peralatan," ujarnya.Dedahnya, kedua-dua kes ini dikesan menggunakan alamat penerima dan pengirim palsu dan tidak lengkap sebagai salah satu modus operandi sindiket.Dalam kes berlainan, kata beliau, dua kereta jenis Mini Cooper S bernilai RM334,620 termasuk duti dan cukai dirampas di sekitar Sepang pada 14 September lalu kerana dipercayai diseludup masuk tanpa permit import yang sah selain menggunakan nombor pendaftaran palsu."Pemeriksaan kenderaan itu didapati tidak mempunyai rekod pendaftaran di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," ujarnya.





Zon Perdagangan Bebas KLIA jadi transit seludup server cip AI canggih - Sinarharian - 28/10 1:39 pm

SEPANG - Taktik menjadikan Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lokasi transit bagi membawa masuk 30 unit pelayan (server) yang mengandungi cip kecerdasan buatan (AI) canggih, dipercayai berpotensi digunakan dalam pembangunan senjata, dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, baru-baru ini.Kes itu direkodkan pada 15 Oktober lalu, membabitkan keseluruhan barangan bernilai RM49.5 juta termasuk cukai.Pengarah Kastam KLIA, Aspalila AG Tuah berkata, siasatan mendapati 30 unit pelayan itu dibawa masuk ke Zon Perdagangan Bebas KLIA dari salah sebuah negara Asia menggunakan satu 'Air Waybill'."Siasatan awal juga mendapati server itu akan dieksport semula ke salah sebuah negara di Asia."Barangan itu dibawa masuk dengan diikrar sebagai komponen elektronik bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Kargo KLIA di sini, Rabu.Aspalila berkata, sindiket terbabitmenggunakan Malaysia sebagai lokasi transit bagi memastikan tiada sekatan ketika pelayan berkenaan dieksport ke negara destinasi seterusnya.Katanya, kes masih dalam siasatan dan syarikat pengendali penghantaran barang dagangan telah dipanggil untuk membantu siasatan.Beliau berkata, ini merupakan kes kelima pada tahun ini dengan nilai rampasan melebihi RM100 juta dan dipercayai melibatkan sindiket yang sama."Mana-mana individu yang berhasrat untuk mengeksport, memindah kapal atau membawa masuk sebagai transit cip AI canggih yang telah dikategorikan hendaklah memaklumkan kepada Sekretariat Perdagangan Strategik (STS), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010.





Kedudukan Mohd Shuhaily dirujuk kepada AGC sebelum dipersembahkan kepada Agong - KPN - Sinarharian - 28/10 1:17 pm

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelumkeputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu turut dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan bagi tindakan selanjutnya."Penugasan beliau di AKPS adalah untuk tempoh dua tahun (dan)ia seperti kontrak yang memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepasPersidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026 di sini pada Rabu.Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Mohd Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertanggungjawab terhadap Mohd Shuhaily kerana beliau ialah pegawai polis yang dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS.Setakat ini, Mohd Shuhaily masih berkhidmat di AKPS.Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi kenyataan memaklumkan urusan perkhidmatan Mohd Shuhailymasih dalam proses untuk dimuktamadkan bagi memastikan ia dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.Kementerian itu juga menegaskan bahawa kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas AKPS menjadi antara keutamaan dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawainya.KDN memaklumkan AKPS yang baru memasuki tahun kedua penubuhannya memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara."Kementerian akan terus memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin."Keutamaan KDN adalah untuk memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara," menurut kenyataan itu.Pada 21 Oktober, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah diMahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September





Urusan perkhidmatan Mohd Shuhaily sebagai KP AKPS akan dimuktamadkan - KDN - Sinarharian - 28/10 12:34 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang sebelum ini berdepan dengan dua pertuduhan di mahkamah sesyen, masih dalam proses untuk dimuktamadkan.Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian dan menghargai pandangan masyarakat berhubung urusan perkhidmatan pegawai berkenaan."KDN akan memastikan urusan tersebut dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa," katanya pada Rabu.Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily didakwa atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan memohon untuk dibicarakan.Dalam pada itu, KDN menegaskan keutamaan kementerian adalah memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara."Secara umumnya, penubuhan AKPS yang baru mencecah tahun kedua ini adalah untuk memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara."Sebagai agensi penting yang berpegang teguh pada pengukuhan keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin, keutamaan KDN adalah akan memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara."Dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai, KDN turut memberikan perhatian kepada kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas di AKPS," ujarnya.Kedudukan Mohd Shuhaily sebagai orang nombor satu agensi itu menjadi tanda tanya apabila beliau tidak hadir pada majlis Majlis Sambutan Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-2 AKPS yang berlangsung di sebuah hotel, di Sepang baru- baru ini.Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang sepatutnya merasmikan sambutan itu diwakili Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Awang Alik Jeman untuk menyempurnakan majlis berkenaan.





Another former police officer claims to have been assaulted by Shuhaily - Sinardaily - 28/10 11:46 am

KUALA LUMPUR Another former police officer has claimed to have been a victim of assault involving Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) director-general Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain when the senior officer was serving as Hilir Perak district police chief 11 years ago.Following the allegation, lawyer Kamal Hisham Jaafar, who represents the former officer, has urged the Attorney-General to review and reconsider a police report lodged against Mohd Shuhaily on Nov 19, 2015.According to a media statement issued by Kamal Hisham & Associates on Wednesday, the report was lodged in Teluk Intan, Perak.However, Kamal Hisham claimed that no action had been taken against Mohd Shuhaily in connection with the report.He said the complainant, who was still serving as a police officer at the time, also faced various challenges and difficulties in the force after lodging the report.Kamal Hisham said the situation eventually led to the complainant's dismissal from the Royal Malaysia Police (PDRM).The latest development follows Mohd Shuhaily's court charge on Oct 21 under Section 323 of the Penal Code over allegations that he assaulted two police officers at Counter J, Terminal 1 of Kuala Lumpur International Airport (KLIA), between 1.17 pm and 1.35 pm on Sept 28.Kamal Hisham said the charge had given his client hope of obtaining justice, describing it as a manifestation of the principle of equality before the law without discrimination.In this regard, he and another lawyer, Muhammad Nor Tamrin, have submitted a formal application to the Attorney-General for the police report to be reviewed and reconsidered in accordance with the law.The lawyers also expressed hope that the matter would receive due attention to ensure that the rule of law continues to be upheld without discrimination.





Seorang lagi bekas anggota polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily - Sinarharian - 28/10 10:03 am

KUALA LUMPUR Seorang lagi bekas anggota polis mendakwa pernah menjadi mangsa kekerasan membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika pegawai kanan itu bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak, 11 tahun lalu.Susulan itu, peguam yang mewakili bekas anggota tersebut, Kamal Hisham Jaafar memohon Peguam Negara meneliti dan mempertimbangkan semula laporan polis yang dibuat terhadap Mohd Shuhaily pada 19 November 2015.Menurut kenyataan media daripada Tetuan Kamal Hisham & Associates pada Rabu, laporan berkenaan dibuat di Teluk Intan, Perak.Bagaimanapun, Kamal Hisham mendakwa, tiada sebarang tindakan diambil terhadap Mohd Shuhaily berhubung laporan itu.Beliau berkata, pengadu yang ketika itu masih berkhidmat sebagai anggota polis turut berdepan pelbagai cabaran dan kesukaran dalam perkhidmatan selepas membuat laporan tersebut.Keadaan itu, katanya, berakhir dengan pemberhentian pengadu daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Perkembangan terbaharu itu menyusul selepas Mohd Shuhaily didakwa di mahkamah pada 21 Oktober lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan melakukan kekerasan terhadap dua anggota polis di kaunter J, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, antara jam 1.17 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.Kamal Hisham berkata, pertuduhan itu memberi harapan kepada anak guamnya untuk mendapatkan keadilan, selain melihatnya sebagai manifestasi prinsip kesamarataan di sisi undang-undang tanpa diskriminasi.Sehubungan itu, beliau bersama seorang lagi peguam, Muhammad Nor Tamrin telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Peguam Negara (AG) supaya laporan polis tersebut diteliti dan dipertimbangkan semula mengikut lunas undang-undang.Peguam turut berharap, perkara itu diberi perhatian bagi memastikan prinsip kedaulatan undang-undang terus dipertahankan tanpa sebarang diskriminasi.





From among the bottom three, Pahang now records the country's fourth-highest GDP - Sinardaily - 27/10 12:11 am

Even when I was studying, Penang was already an industrial state. Johor has Singapore, while Pahang has nothing," he said.However, he noted that Pahang had climbed from among the three lowest-ranked states to become the country's fourth-highest state in terms of GDP.He said Pahang's economic potential was expected to continue growing through several strategic developments, including a planned aerospace city that would serve as a new driver of economic growth.The project is estimated to cost between RM30 billion and RM40 billion to develop, covering approximately 10,000 hectares and potentially creating 12,000 jobs upon completion, he said.Meanwhile, the expansion of Kuantan Port is also expected to enhance Pahang's appeal as an investment destination, particularly by reducing cargo transportation time and costs.Wan Rosdy said the port expansion was expected to create more opportunities for investors to establish economic activities in the state."With the expansion of the Kuantan Port Authority, I believe more investors will come to Pahang because it will save them time and costs," he said.He added that aviation infrastructure development was also a key focus of the planned aerospace city, including a 4.1-kilometre airport runway which, according to his statement, would be 100 metres longer than the runway at Kuala Lumpur International Airport (KLIA).Wan Rosdy expressed confidence that these economic and infrastructure developments could strengthen Pahang's competitiveness over the next decade."Insya Allah, within the next 10 years, Pahang may be able to overtake Selangor and Penang," he said.





SG4 Ibarat Gergasi Tidur: Mengapa Mahathir Biarkan Tidur Masa Jadi PM? - Wrlr - 27/10 11:15 am

Namun ironinya, negeri-negeri inilah yang sering terpinggir dari arus pembangunan perdana semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan, hanya kerana perbezaan politik. Kesilapan sebenar terletak kepada Mahathir sendiri apabila pembangunan hanya tertumpu di Lembah Klang dan Pantai Barat, melalui projek seperti Putrajaya, KLIA dan Koridor Raya Multimedia (MSC) menyebabkan jurang antara Pantai Barat dan Pantai Timur kekal ketara





Kepulangan Lufthansa Ke KLIA Perluas Akses Malaysia Ke Hab Eropah - Wrlr - 27/10 11:07 am

Penerbangan sulung Lufthansa dari Frankfurt ke Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 26 Oktober 2026





Polis tahan 93 individu, rekod 77 kes berkaitan keldai dadah di KLIA - Mygazette - 27/10 8:06 am

# Polis tahan 93 individu, rekod 77 kes berkaitan keldai dadah di KLIA KUALA LUMPUR - Polis merekodkan 77 kes berkaitan kegiatan sindiket keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan 93 individu ditahan bagi tempoh Januari hingga 15 Okt lepas





Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Hafizul mula hukuman dari .. - Mygazette - 27/10 8:06 am

# Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Hafizul mula hukuman dari tarikh tangkapan SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan bekas pengurus agensi pelancongan yang memohon hukuman penjara tujuh tahun terhadapnya kerana menembak isterinya dan mencederakan seorang pengawal peribadi, dikira bermula dari tarikh tangkapannya pada 2024





Dari tiga terbawah, Pahang kini catat KDNK keempat terbaik negara - Sinarharian - 26/10 11:36 pm

Johor ada Singapura, Pahang tak ada apa," ujarnya lagi.Bagaimanapun, beliau memaklumkan, Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah satu ketika dahulu kepada kini tempat keempat teratas KDNK di Malaysia.Menurutnya, potensi ekonomi Pahang dijangka terus berkembang menerusi beberapa pembangunan strategik, termasuk bandar aeroangkasa yang dirancang sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu negeri itu.Beliau berkata, projek berkenaan dianggarkan menelan kos pembangunan antara RM30 bilion hingga RM40 bilion, meliputi kawasan seluas kira-kira 10,000 hektar serta berpotensi mewujudkan 12,000 peluang pekerjaan apabila siap sepenuhnya.Selain itu, menurutnya, pembesaran Pelabuhan Kuantan turut dilihat mampu meningkatkan daya tarikan Pahang sebagai destinasi pelaburan, khususnya melalui penjimatan masa dan kos penghantaran kargo.Wan Rosdy berkata, perkembangan pelabuhan berkenaan dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pelabur untuk menjalankan kegiatan ekonomi di negeri itu."Apabila berlaku pembesaran Lembaga Pelabuhan Kuantan ni. Saya fikir lagi ramai dan lagi banyak pelabur-pelabur yang akan datang untuk melabur di Pahang kerana menjimatkan masa dan kos mereka," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, pembangunan infrastruktur penerbangan turut menjadi antara tumpuan menerusi perancangan bandar aeroangkasa, termasuk landasan lapangan terbang sepanjang 4.1 kilometer, iaitu 100 meter lebih panjang berbanding landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berdasarkan kenyataannya.Wan Rosdy turut menyuarakan keyakinan bahawa pembangunan ekonomi dan infrastruktur berkenaan berpotensi meningkatkan daya saing Pahang dalam tempoh sedekad akan datang."Insya-ALLAH, dalam masa 10 tahun akan datang ni, Pahang mungkin boleh mengambil alih tempat Selangor dan juga Pulau Pinang," katanya.





Polis tahan 93 individu, rekod 77 kes berkaitan keldai dadah di KLIA - Astroawani - 26/10 7:00 pm

Polis merekodkan 77 kes berkaitan kegiatan sindiket keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan 93 individu ditahan bagi tempoh Januari hingga 15 Okt lepas.





Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan mula hukuman dari tarikh tangkapan - FMT - 26/10 6:36 pm

Hakim putuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang berkenaan hukuman penjara Hafizul Hawari sah di sisi undang-undang dan adil.





Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan tertuduh mula hukuman dari tarikh tangkapan - Mkini - 26/10 6:22 pm

Hakim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang supaya hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari, 39, bermula selepas dia selesai menjalani hukuman bagi kesalahan berasingan di Kota Bharu, Kelantan ada





British nationals top KLIA drug mule arrests, drugs worth RM202.76m seized - Malaymail - 26/10 6:18 pm

KUALA LUMPUR, Oct 26 A total of 77 cases linked to drug mule syndicates at Kuala Lumpur International...





High Court rejects KLIA shooter's appeal to start seven-year sentence from 2024 arrest - Mkini - 26/10 5:57 pm

Session Court's order lawful and fair, judge rules.





Kes bunuh pegawai AKPS: Suami didakwa di mahkamah - Mygazette - 26/10 5:41 pm

# Kes bunuh pegawai AKPS: Suami didakwa di mahkamah SEREMBAN - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Kompleks Perumahan Penjawat Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 15 Okt lepas





SG4 Ibarat Gergasi Tidur: Mengapa Mahathir Biarkan Tidur Masa Jadi PM? - Wrlr - 26/10 4:05 pm

Namun ironinya, negeri-negeri inilah yang sering terpinggir dari arus pembangunan perdana semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan, hanya kerana perbezaan politik. Kesilapan sebenar terletak kepada Mahathir sendiri apabila pembangunan hanya tertumpu di Lembah Klang dan Pantai Barat, melalui projek seperti Putrajaya, KLIA dan Koridor Raya Multimedia (MSC) menyebabkan jurang antara Pantai Barat dan Pantai Timur kekal ketara





AKPS perkenal hologram di KLIA Terminal 1, bantu pengembara dapatkan maklumat ketibaan - Astroawani - 26/10 3:20 pm

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKPS Ismail Mokhtar berkata inisiatif itu antara usaha agensi berkenaan memanfaatkan teknologi bagi memudahkan pengembara memperoleh maklumat yang diperlukan sebaik tiba di Malaysia.





Tembak isteri di KLIA: Rayuan Hafizul mula hukuman dari tarikh tangkapan ditolak - Astroawani - 26/10 3:00 pm

Hakim, Datuk Shamsulbahri Ibrahim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang yang mengarahkan hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari bermula selepas menjalani hukuman bagi kes di Kota Bharu sebagai sah dan adil.





High Court rejects bid by man in KLIA shooting to start jail sentence earlier - FMT - 26/10 1:42 pm

It upholds a lower courts decision ordering Hafizul Hawari to begin his seven-year sentence after completing a previous six-year term.





Tembak isteri di KLIA: Rayuan Hafizul mula hukuman dari tarikh tangkapan ditolak - Sinarharian - 26/10 1:38 pm

SHAH ALAM Rayuan seorang lelaki yang mengaku melepaskan tembakan terhadap isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga mencederakan seorang pengawal peribadi supaya hukuman penjaranya dikira dari tarikh tangkapan di Kota Bharu pada 2024, ditolak Mahkamah Tinggi di sini.Hakim, Datuk Shamsulbahri Ibrahim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang yang mengarahkan hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari bermula selepas menjalani hukuman bagi kes di Kota Bharu sebagai sah dan adil.Di Sepang, lelaki itu berdepan dua kes iaitu melepaskan tembakan dan mencederakan individu manakala di Kota Bharu pula, dia didakwa atas tujuh kes memiliki senjata, kad pengenalan dan memandu kereta nombor pendaftaran palsu.Bagi kes di Kota Bharu, dia dihukum penjara enam tahun bermula dari tarikh tangkapan dan enam sebatan sementara tujuh tahun penjara bagi kes di Sepang.Mahkamah memerintahkan hukuman bagi kes Sepang berjalan selepas tamat hukuman bagi kes di Kota Bharu.Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, dia merayu agar hukuman bagi kes Sepang berjalan serentak dengan kes di Kota Bharu.Menerusi keputusan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman pada Isnin minggu lalu, Shamsulbahri menegaskan, pengiraan hukuman dari tarikh tangkapan bukanlah hak automatik seseorang yang disabitkan kesalahan, sebaliknya tertakluk kepada budi bicara hakim berdasarkan fakta dan keadaan setiap kes."Keputusan mahkamah rendah tidak menyalahi undang-undang kerana peruntukan berkenaan membenarkan hukuman penjara baharu dimulakan selepas hukuman terdahulu selesai," katanya.Shamsulbahri berpendapat, hukuman berkenaan selaras dengan Seksyen 292 Kanun Tatacara Jenayah.Katanya, perkara berkenaan memberi mahkamah kuasa menentukan sama ada hukuman penjara terhadap seseorang yang sedang menjalani hukuman terdahulu perlu bermula serta-merta atau selepas hukuman sedia ada selesai.Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi itu, rayuan Hafizul ditolak dan perintah Mahkamah Sesyen Sepang bertarikh 5 Disember 2025 dikekalkan.Hafizul sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sepang pada 5 Disember 2025 iaitu cubaan membunuh isterinya, Farah Md Isa, 39, dan menyebabkan kecederaan parah terhadap pengawal peribadi, Mohd Nur Hadith Zaini, menggunakan senjata api.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, manakala tujuh tahun bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata api mengikut Seksyen 326 kanun sama.Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak antara satu sama lain, namun selepas selesai menjalani hukuman penjara yang dikenakan dalam prosiding jenayah berasingan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.Hafizul merayu terhadap keputusan berhubung tarikh permulaan hukuman itu, bukannya sabitan atau tempoh pemenjaraan yang dikenakan.Dalam rayuannya, pihak pembelaan berhujah Hafizul telah ditahan tanpa jaminan sejak 15 April 2024 hingga 5 Disember 2025, iaitu hampir 20 bulan, dan tempoh tahanan itu wajar diambil kira ketika menentukan hukuman.Pembelaan turut menyatakan Hafizul mengaku bersalah pada peringkat awal, tidak mempunyai rekod sabitan jenayah terdahulu sebelum kejadian berkenaan selain menunjukkan penyesalan serta keinsafan.Berdasarkan pertuduhan, Hafizul didakwa cuba membunuh Farah di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1, KLIA, pada jam 1.09 pagi 14 April 2024.Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika menyebabkan kecederaan, penjara maksimum 20 tahun.Bagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas pengawal peribadi bekas isterinya, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas pengawal peribadi bekas isterinya, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Susulan itu, Mahkamah Tinggi mendapati, Hafizul mengetahui isterinya pulang daripada menunaikan umrah, menunggu berhampiran tiang berdekatan lif sebelum melepaskan tembakan ke arah Farah dan pengawal peribadinya.Pengawal peribadi itu mengalami kecederaan tembakan menembusi abdomen sehingga menyebabkan kecederaan pada usus sehingga memaksa mangsa menjalani pembedahan kecemasan dan menerima rawatan selama 13 hari di Hospital Cyberjaya.Selepas kejadian, Hafizul melarikan diri dari kawasan KLIA namun berjaya ditahan di Kota Bharu pada 15 April 2024 ketika memandu sebuah kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu.Di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Hafizul sebelum ini dijatuhi hukuman penjara bagi kesalahan memiliki pistol Glock 19 buatan Austria secara haram, memiliki 33 butir peluru tanpa lesen, memiliki mercun tanpa permit, memiliki kad pengenalan milik individu lain serta memandu kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu.Hukuman penjara bagi kesalahan-kesalahan berkenaan diperintahkan berjalan serentak antara satu sama lain dan berkuat kuasa mulai tarikh tangkapannya pada 15 April 2024.Bagi kes di Kota Bharu, pertuduhan pertama, Hafizul dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan, pertuduhan kedua dan ketiga masing-masing hukuman penjara tiga tahun.Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan dan pertuduhan ketujuh, tertuduh dihukum penjara setahun.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata api jenis pistol tertulis Glock 19 Austria, Made in Turkey, yang menyalahi Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali jika disabitkan.Pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 33 butir amunisi PMC 380 Auto tanpa lesen sah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 akta sama.Ia memperuntukkan hukuman maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.Pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki satu bungkusan plastik cerah mengandungi mercun bola tanpa permit mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah akta sama.Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh didakwa memiliki tiga kad pengenalan milik tiga individu lain yang menjadi kesalahan mengikut 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau dengan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.Untuk pertuduhan ketujuh, Hafizul didakwa memandu Honda Civic putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah akta sama.Semua pertuduhan dilakukan dalam sebuah kereta Honda Civic di perkarangan KPJ Perdana Specialist Hospital di sini, jam 2 petang, 15 April tahun lalu.





Usia dua tahun AKPS pamer taring, rampasan cecah RM322.74 juta - Sinarharian - 26/10 1:31 pm

SEPANG - Biar pun Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) baharu beroperasi pada kadar kekuatan awal, agensi itu membuktikan kejayaan luar biasa apabila ketirisan hasil negara bernilai RM322.74 juta tahun ini setakat Oktober berjaya diselamatkan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini sekali gus lonjakan empat kali ganda berbanding tahun lalu.Menurutnya, pencapaian ini membuktikan bahawa AKPS bukan sekadar instrumen penguatkuasaan undang-undang, tetapi adalah benteng fiskal negara."Penubuhan AKPS dua tahun lalu berakar umbi daripada wawasan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meruntuhkan amalan kerja secara silo dan membina benteng kedaulatan negara yang moden, bersepadu dan berintegriti di bawah satu chain of command berteraskan semangat Single Border Agency (SBA)."Dalam tempoh singkat ini, kita telah menganalisis dan menilai keberkesanan pengoperasian agensi ini menerusi pendekatan berfasa serta mengambil kira tahap ancaman semasa dan kesediaan sumber manuaia dan logistik," katanya menerusi ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr Awang Alik Jeman.Beliau berkata, ketangkasan dan kecekapan AKPS telah diuji susulan insiden penahanan seorang juruterbang di Jakarta pada 28 Julai lalu.Katanya, bertindak pantas atas keputusan Jemaah Menteri pada 5 Ogos dan kelulusan 17 syor keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hasil Memorandum Bersama KDN dan Kementerian Pengangkutan pada 19 Ogos, kerajaan menetapkan Pelan Tindakan Penambahbaikan dan Mitigasi Keselamatan berteraskan tiga komponen utama iaitu Keselamatan Penerbangan, Keselamatan Negara dan Sempadan serta Keselamatan Fizikal dan Perlindungan.Tambahnya, dalam pelan ini, AKPS telah diberi kepercayaan penuh sebagai agensi peneraju bagi Teras Keselamatan Negara dan Sempadan untuk melaksanakan tiga syor utama di bawah seliaannya."Pertama, pelaksanaan saringan bersasar berasaskan risiko merangkumi prosedur pemeriksaan tambahan khusus terhadap penerbangan, penumpang, kru serta bagasi yang dikenal pasti berprofil risiko tinggi."Kedua, pengukuhan Unit Anjing Pengesan (K9) dengan mempertingkatkan keupayaan K9 sebagai pelengkap saringan bagi mengesan bahan terlarang yang sukar dikesan oleh mesin pengimbas biasa."Ketiga ialah penyelarasan risikan antara agensi di mana AKPS bertindak sebagai hab peneraju perkongsian maklumat risikan bersama agensi sahabat secara pantas dan berkesan," ujarnya.Menerusi majlis itu, AKPS turut memperkenalkan logo baharuSelain itu, AKPS juga memperkenalkan hologram yang akan ditempatkan di bangunan satelit KLIA bertujuan membantu pengembara yang baru sampai dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang perlu disediakan semasa ketibaan di negara ini.Dalam ucapan itu juga, kejayaan yang dilakar AKPS sepanjang dua tahun ini tidak mungkin tercapai secara bersendirian."Ia merupakan hasil sinergi utuh merentas kementerian dan agensi rakan, termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Kementerian Kesihatan Malaysia," ujarnya.





KLIA quarters murder: Man charged with killing his AKPS wife - Malaymail - 26/10 11:25 am

SEREMBAN, Oct 26 A man was charged at the Magistrates Court here today with murdering his wife, an office...





Pegawai AKPS maut: Suami berdepan pertuduhan bunuh - Sinarharian - 26/10 11:07 am

SEREMBAN - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Kompleks Perumahan Penjawat Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 15 Oktober lepas.Mohd Khairudin Safiai, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, Mohd Khairudin didakwa membunuh Norhazwani Ibrahim, 35, di sebuah rumah di Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA, Nilai, kira-kira 7 petang, 15 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan bedah siasat





Kes pegawai AKPS: Lelaki didakwa bunuh isteri - Astroawani - 26/10 10:55 am

Lelaki didakwa membunuh isterinya, pegawai AKPS, di perumahan KLIA pada 15 Okt lalu; Mahkamah Majistret menetapkan sebutan semula kes 22 Dis.





Pedulikan kecamuk politik, agenda bangun negara jangan dilupa - Denyutreformasi - 26/10 8:30 am

Oleh Zulkifli Jalil Memasuki bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan gegak-gempita muncul isu Perikatan Nasional (PN) dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), kemudian ditarik balik oleh mahkamah serta insiden-insiden tidak terduga, termasuk kes Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semua pihak perlu muhasabah diri





Husband to be charged tomorrow with murder of MCBA officer - NST - 25/10 3:15 pm

NILAI: A 37-year-old man suspected of murdering his wife, a Malaysia Border Control and Protection Agency (MCBA) officer, at the KLIA Quarters on Oct 15 will be charged tomorrow.





Kes Ketua Pengarah AKPS perlu diselesaikan secara adil, telus - G25 - Sinarharian - 23/10 9:17 pm

SHAH ALAM - Kumpulan bekas penjawat awam kanan (G25) menggesa agar kes pendakwaan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain diselesaikan segera menerusi proses undang-undang yang adil dan tidak memihak.G25 berkata, keyakinan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan dan institusi negara bergantung sepenuhnya kepada kedaulatan undang-undang yang dikuatkuasakan secara konsisten kepada semua tanpa rasa takut atau pilih kasih.Menurutnya, setiap individu yang didakwa berhak mendapat anggapan tidak bersalah dan perbicaraan yang penuh serta adil."Memandangkan perkara berkenaan kini berada di hadapan mahkamah, kami tidak mengulas mengenai merit kes tersebut."Kami mengambil maklum dan memuji kenyataan yang dibuat oleh Mohd Shuhaily bahawa beliau akan menghormati proses undang-undang, kami juga percaya bahawa kes itu akan didengar sepenuhnya, adil dan telus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah berhubung dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada bulan lalu.Mohd Shuhaily selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter Terminal 1 KLIA di sini jam 1.17 hingga 1.30 tengah hari pada 28 September lalu.Mengulas lanjut, G25 berkata, penguatkuasaan sempadan merupakan antara bidang perkhidmatan awam yang paling mencabar kerana pegawai bertugas sering berdepan ancaman penyeludupan, pemerdagangan orang dan rangkaian jenayah terancang.Justeru, menurutnya, pegawai penguat kuasa wajar mendapat sokongan institusi yang kukuh bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan integriti.Tambahnya lagi, Mohd Shuhaily telah berkhidmat kepada negara selama lebih 26 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)."G25 mengiktiraf dan memuji rekod perkhidmatan jangka panjang Shuhaily kepada negara."Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera demi kepentingan negara serta bagi memelihara keyakinan awam terhadap agensi penguatkuasaan dan institusi kehakiman," katanya.





Stor kuil tak berdaftar di Klang Selatan tempat simpan dadah diserbu - Mygazette - 23/10 3:39 pm

Tanah tersebut bukan untuk kuil (tetapi) untuk pembentungan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini. Terdahulu beliau berkata, stor kuil itu antara lima siri serbuan berasingan di Klang, Rawang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 13 hingga 19 Oktober lalu





Two Chinese citizens jailed, fined over contraband cigarettes at KLIA - NST - 23/10 3:00 pm

SEPANG: Two Chinese citizens were jailed for six months each by the magistrate's court here today for possessing contraband cigarettes at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA).





20kg dadah dirampas di rumah ibadat tidak berdaftar - Sinarharian - 23/10 1:29 pm

SHAH ALAM - Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan sebuah rumah ibadat tidak berdaftar di Klang, dekat sini sebagai tempat penyimpanan menerusi operasi di sekitar Selangor dari 13 hingga 19 Oktober.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai pembantu separuh masa di rumah ibadat itu bagi membantu siasatan penemuan 20.6 kilogram (kg) dadah di situ."Dadah itu ditemukan di dalam stor rumah ibadat dan semakan mendapati tanah di situ digazetkan untuk tapak pembentungan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.Shazeli berkata, serbuan di Rawang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pula menahan tujuh individu serta merampas pelbagai jenis dadah.Suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan serta tiga lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 19 hingga 48 tahun dengan seorang daripada warga tempatan mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau.Shazeli berkata, kes tersebut melibatkan rampasan dadah jenis bunga ganja seberat 81.3 kg, ganja (37 kg), 3,510 kartrij berisi ketamin, 84 botol ekstasi serta ketamin seberat 25.4 kg."Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM16.2 juta selain turut melibatkan dua kereta, sebuah motosikal dan wang tunai tempatan serta mata wang asing bernilai RM54,835," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Dalam kes berasingan, Shazeli berkata, dakwaan mencuri dipercayai menjadi punca seorang pembantu rumah warga asing didera hingga melecur di seluruh badan di Tanjong Sepat, Kuala Langat, baru-baru ini.Shazeli berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mula bekerja dengan majikannya pada hujung tahun lepas."Kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa disyaki mencuri dan merosakkan barang majikan," katanya.Sebelum ini, media melaporkan tiga wanita antara lima individu yang direman selama empat hari bermula 20 Oktober bagi membantu siasatan kes itu yang dipercayai berlaku pada 16 Oktober.- Bernama





Sindiket edar dadah jadikan kuil tidak berdaftar stor simpan heroin - Sinarharian - 23/10 11:24 am

SHAH ALAM Taktik sindiket dadah menjadikan sebuah kuil tidak berdaftar di Klang sebagai lokasi penyimpanan bahan terlarang terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kumpulan tersebut dan bekerja secara sambilan di rumah ibadat berkenaan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kuil itu merupakan antara empat lokasi yang diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menerusi lima serbuan berasingan di sekitar negeri ini antara 13 hingga 19 Oktober lalu.Menurutnya, operasi tersebut menyasarkan empat sindiket dadah berbeza dan membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM16.2 juta."Pelbagai jenis dadah termasuk bunga ganja, ekstasi, ketamin dan heroin dirampas menerusi lima serbuan itu dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM16.2 juta."Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan. Semakan awal mendapati kuil berkenaan tidak berdaftar dan dipercayai dijadikan stor penyimpanan heroin sejak awal tahun ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Jumaat.Beliau berkata, polis percaya kegiatan itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur gangsterisme atau penglibatan kumpulan kongsi gelap.Dalam operasi tersebut, polis menahan lapan individu terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 48 tahun.Mereka membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta tiga lelaki dan seorang wanita warga asing."Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952."Tiga lelaki dan seorang wanita warga asing dipercayai terlibat dalam rangkaian sindiket dadah tempatan serta antarabangsa," katanya.Menurut Shazeli, kesemua warga asing itu memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan semakan lanjut sedang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Beliau berkata, terdapat suspek warga asing yang baru beberapa hari berada di negara ini sebelum ditahan."Mereka dipercayai transit di KLIA sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, namun dadah berjaya dikesan dalam bagasi mereka," katanya.Mengulas sumber bekalan dadah, beliau berkata pihak polis percaya bahan terlarang tersebut dibawa masuk dari negara jiran sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan luar negara.Semakan rekod turut mendapati hanya seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau membabitkan tujuh kesalahan berkaitan dadah dan jenayah, manakala suspek lain tidak mempunyai rekod jenayah.Antara dadah yang dirampas ialah 81.3 kilogram bunga ganja mampat, 37 kilogram ganja mampat, 3,510 unit katrij cecair ketamin, 65.4 kilogram ketamin, 84 botol cecair ekstasi dan 20.6 kilogram heroin.Selain dadah, polis turut menyita pelbagai aset bernilai RM54,835 daripada empat suspek tempatan, termasuk dua kereta jenis Honda Accord dan Proton Saga, sebuah motosikal Honda RS150 serta wang tunai dalam mata wang pound sterling dan ringgit.Menurut Shazeli, operasi itu dijalankan JSJN Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, IPD KLIA dan Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).



KLIA emerges as key airport for gibbon smuggling, with at least 16 cases in 2 years - Straitstimes - 23/10 10:45 am

At least 14 airports and nine airlines were implicated in the recorded incidents.





KLIA emerges as key airport for smuggling young gibbons - NST - 23/10 7:30 am

KUALA LUMPUR: Young gibbons are being hidden in suitcases and smuggled on passenger flights, with Kuala Lumpur International Airport (KLIA) the most frequently implicated airport in a new study.





Remand extended for suspect in AKPS officers murder at KLIA quarters - Malaymail - 22/10 5:55 pm

SEREMBAN, Oct 22 The man suspected of murdering his wife, a Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS...





KLIA assault: Two policemen to file civil suit against Shuhaily - NST - 22/10 2:09 pm

KUALA LUMPUR: Two policemen who were allegedly assaulted by Malaysian Border Control and Protection Agency (MCBA) director-general Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1 will file a civil suit against him within seven days.





Airport scanners not designed to detect drugs, says Saifuddin - Sinardaily - 22/10 9:52 am

KUALA LUMPUR: Baggage scanners at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) and other airports nationwide are not equipped to detect contraband such as drugs, says Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.The Home Minister said the scanners were designed mainly to detect explosives, weapons and dangerous metal objects to ensure aviation safety





Shuhaily Diiringi Nik Ezanee Tiba Seawal 7 Pagi di Mahkamah Sepang - Mygazette - 22/10 8:50 am

# Shuhaily Diiringi Nik Ezanee Tiba Seawal 7 Pagi di Mahkamah Sepang Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tiba di Kompleks Mahkamah Sepang dakwaan mencederakan anggota polis di KLIA





Bukit Aman launches internal probe into Shuhailys alleged assault case - FMT - 21/10 6:41 pm

AKPS director-general Shuhaily Zain was charged today with two counts of voluntarily causing hurt to two police officers at KLIA Terminal 1 on Sept 28.





Bukit Aman jalankan siasatan dalaman kes Ketua Pengarah AKPS - Sinarharian - 21/10 5:31 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan dalaman berhubung kes membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang didakwa di mahkamah pada Rabu.Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid, berkata siasatan dalaman itu dijalankan secara selari bagi meneliti kes berkenaan."Kita ada buat siasatan dalaman di bawah JIPS secara selari. Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Terdahulu, Mohd Shuhaily, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu.ARTIKEL BERKAITAN:Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - PeguamBeliau membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Shuhaily didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohamad Faiz Saman berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 KLIA, antara jam 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.Pertuduhan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Muhammad Ekmal Sofwan Dirman di lokasi dan pada waktu yang sama.Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





K9 units to provide more bite at KLIA terminals from Oct 26 - FMT - 21/10 5:18 pm

The move follows scrutiny of airport screening after several Malaysians were caught overseas carrying drugs.





Nine-lawyer team representing Shuhaily includes high-profile criminal lawyers - Sinardaily - 21/10 4:36 pm

He also represents a delivery rider charged with animal cruelty over the death of a stray dog named Rocky. On Wednesday, Mohd Shuhaily pleaded not guilty at the Sepang Magistrate's Court to two charges of voluntarily causing hurt to two police personnel at counter J in Terminal 1 of Kuala Lumpur International Airport (KLIA) between 1.17pm and 1.35pm on Sept 28.The charges were brought under Section 323 of the Penal Code, which carries a maximum penalty of one year's imprisonment, a fine of RM2,000, or both, upon conviction.The prosecution was conducted by Deputy Public Prosecutors Shahrizat Ismail, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling and Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.





Penugasan unit K9 di KLIA bermula Isnin - MAHB - Sinarharian - 21/10 4:34 pm

PUTRAJAYA - Penugasan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan bermula Isnin ini, susulan peningkatan pemantauan disebabkan beberapa kes penyeludupan dadah rentas negara baru-baru ini, yang dikesan dari lapangan terbang itu.Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, penugasan itu merangkumi kawasan tumpuan penumpang seperti balai pelepasan, balai ketibaan dan kawasan pemeriksaan kastam bagi membolehkan pengesanan awal barangan terlarang serta potensi ancaman keselamatan berkaitan dengan penerbangan tertentu.Beliau berkata, penugasan K9 juga diperluas ke kawasan pengendalian dan pengasingan bagasi bagi memperketat pemeriksaan terhadap bagasi daftar masuk sebelum dimuatkan ke dalam pesawat atau dihantar ke karusel tuntutan bagasi."Pendekatan keselamatan berlapis ini bermatlamat memperkukuh kawalan di kawasan tumpuan penumpang dan operasi dalaman lapangan terbang, sekali gus melengkapi langkah keselamatan sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.Mohd Izani berkata, fasa percubaan akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan lokasi penugasan ditetapkan serta mengenal pasti keperluan untuk menyesuaikan aliran pergerakan penumpang dan jadual operasi unit berkenaan.Beliau berkata, KLIA akan menyelaraskan urusan operasi bersama-sama agensi berkaitan termasuk penyediaan prosedur operasi standard (SOP), penetapan laluan akses khusus bagi unit K9 dan pengendaliannya serta penyediaan kemudahan sokongan yang bersesuaian di dalam terminal bagi memastikan kelancaran operasi."Kerjasama ini akan membolehkan anggota Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) kami terus menumpukan perhatian kepada tanggungjawab utama mereka dalam memastikan keselamatan pengguna dan kemudahan lapangan terbang."Kami akan terus memberikan sokongan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta unit K9 bagi memastikan KLIA kekal sebagai lapangan terbang yang selamat, selesa dan bersih untuk semua," katanya.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, polis telah meningkatkan rondaan unit K9 yang sebelum ini dijalankan secara berkala bagi memperketat kawalan keselamatan di lapangan terbang itu susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku sejak kebelakangan ini.Usaha itu dilakukan susulan perhatian orang ramai terhadap prosedur pemeriksaan di pintu masuk antarabangsa utama negara, berikutan penahanan beberapa rakyat Malaysia di luar negara kerana membawa bahan narkotik terlarang.Pada 10 Oktober, pegawai kastam Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo menahan lima rakyat Malaysia terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 26 tahun selepas menemukan kira-kira lima kilogram kokain bernilai 120 juta yen atau RM3.1 juta yang disembunyikan dalam pelapik kasut yang telah dilubangkan.Bukit Aman mengesahkan kumpulan berkenaan berlepas dari KLIA Terminal 2 dan dipercayai berperanan sebagai keldai dadah dengan bayaran RM8,000 seorang.Pada Julai lepas, seorang juruterbang syarikat penerbangan komersial warga Malaysia berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, selepas lebih 70,000 pil ekstasi seberat kira-kira 26 kilogram serta satu peket methamphetamine ditemukan di dalam bagasinya.Keperluan untuk memperketat langkah keselamatan di lapangan terbang semakin mendesak selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan, semalam mendedahkan sindiket dadah antarabangsa sedang mengubah taktik bagi mengelak dikesan di lapangan terbang.Beliau berkata, antara modus operandi digunakan ialah membuat tempahan penerbangan pada saat akhir bagi keldai dadah atau sengaja memilih penerbangan pada waktu puncak di KLIA untuk mengambil kesempatan daripada kesesakan penumpang





MAHB to deploy K9 units at KLIA from Oct 26 amid heightened drug smuggling scrutiny - Sinardaily - 21/10 4:27 pm

PUTRAJAYA - Malaysia Airports Holdings Bhd will deploy K9 patrol units inside the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) terminals on Oct 26, amid heightened scrutiny over recent transnational drug smuggling cases originating from the airport.Managing Director Datuk Mohd Izani Ghani said the deployment will cover passenger-facing areas such as the departure hall, arrival hall and customs inspection areas, enabling early detection of prohibited items and potential security threats linked to targeted flights.He said the canine units will also be extended to baggage handling and sorting areas to reinforce checks on checked-in luggage before it is loaded onto aircraft or transferred to reclaim carousels."This layered security approach aims to strengthen coverage across passenger-facing and back-of-house areas, complementing existing security arrangements," he said in a statement today.Mohd Izani said a pilot phase will be conducted to assess the effectiveness of the selected locations and identify any necessary adjustments to passenger flows and deployment schedules.He added that KLIA will coordinate with relevant agencies on operational matters, including standard operating procedures, designated access for K9 units and handlers, and support facilities within the terminals."This collaboration also allows our Aviation Security personnel to remain focused on their core responsibility of safeguarding airport users and facilities."We will continue to support the Malaysian Border Control and Protection Agency, the Royal Malaysia Police, Royal Malaysian Customs Department and the K9 units in ensuring that KLIA remains a safe, comfortable and clean airport for everyone," he said.Earlier, KLIA police chief ACP M





KLIA deploys K9 sniffer dog units to tighten airport security and curb smuggling - Malaymail - 21/10 3:56 pm

SEPANG, Oct 21 Trained sniffer dog units will begin patrolling passenger terminals and restricted baggage zones...





Kes anggota polis: ???Saya serah kepada proses mahkamah??? ??? Mohd .. - Mygazette - 21/10 3:56 pm

Semalam, Mohd Shuhaily berkata beliau bersedia menghadapi proses sistem perundangan negara dan menerima apa-apa jua keputusan mahkamah berhubung kes berkenaan. Mohd Shuhaily sebelum ini menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan, susulan video tular yang memaparkan beliau memarahi dua individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1





Ketua Pengarah AKPS mengaku tidak bersalah cederakan dua anggota polis - Mygazette - 21/10 3:56 pm

# Ketua Pengarah AKPS mengaku tidak bersalah cederakan dua anggota polis SEPANG Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu





9 peguam sahabat lama bergabung bela Mohd Shuhaily - Mygazette - 21/10 3:56 pm

Mohd. Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu





Dua anggota polis akan saman sivil Mohd Shuhaily dalam tujuh hari Dua .. - Mygazette - 21/10 3:56 pm

Terdahulu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Ekmal Sofwan dan Mohamad Faiz. Pertuduhan berkenaan membabitkan kejadian di Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara pukul 1.17 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu





Unit K9 ditempatkan di KLIA mulai Isnin depan - Kosmo - 21/10 3:49 pm

SEPANG Unit anjing pengesan (K9) akan ditempatkan di lokasi strategik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 26 Oktober depan bagi memperkukuh keselamatan di pintu masuk utama negara itu





Mohd Shuhaily jaga sempadan, tidak perlu bayar ikat jamin - Peguam - Sinarharian - 21/10 2:51 pm

SEPANG Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain wajar dilepaskan dengan bon peribadi tanpa perlu membayar wang ikat jamin di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Peguam, Kitson Foong berkata, anak guamnya berstatus Orang Kena Saman (OKS) wajar dilepaskan dengan jaminan bon peribadi, bukannya melalui ikat jamin.Beliau berkata, sekiranya mahkamah memutuskan untuk mengenakan ikat jamin dengan seorang penjamin, jumlah RM1,000 bagi kedua-dua pertuduhan dianggap sebagai munasabah.Peguam tersebut memohon mahkamah agar tidak mengenakan syarat tambahan terhadap Mohd Shuhaily termasuk menyerahkan pasport atau melapor diri di balai polis.ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - Peguam"Anak guam telah berkhidmat selama 26 tahun, pernah berkhidmat sebagai atase polis di Washington DC.Atase ialah pegawai yang ditugaskan kepada staf kedutaan, misi diplomatik atau agensi Kerajaan."Beliau juga merupakan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum menerajui AKPS."Mohd Shuhaily sama sekali tidak berisiko untuk melarikan diri malah beliau merupakan individu yang menjaga sempadan negara," katanya.Dalam pada itu, Kitson turut memohon supaya Mohd Shuhaily dikecualikan daripada menghadiri pengurusan kes berkenaan.Katanya, anak guam berjanji untuk mengikuti semua prosiding semasa perbicaraan kelak.Selain Kitson, OKS turut diwakili peguam, Datuk Rosal Azimin Ahmad, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Md Yunos Shariff, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Badruzzaman Ishak.Yaacob juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya kemudian berkata, perintah bon sudah mencukupi bagi memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah memandangkan kesalahan itu termasuk dalam pertuduhan yang boleh dijamin.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Shahrizat Ismail mencadangkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.Katanya, jumlah itu disifatkan munasabah namun menyerahkan budi bicara mahkamah berhubung permohonan pengecualian kehadiran Mohd Shuhaily di sepanjang pengurusan kes."Kami hanya meminta tertuduh tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret, Khairatul Animah membenarkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.Bagaimanapun, beliau menolak permohonan supaya Mohd Shuhaily dikecualikan kehadiran semasa pengurusan kes praperbicaraan.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 November depan.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di lokasi kejadian.Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaannya menerima sebarang keputusan atau tindakan.Semasa sidang akhbar, beliau tidak mahu KLIA menjadi seperti Selayang dan berharap lapangan terbang itu bebas daripada kegiatan ulat warga asing.Mengikut dua pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Ekmal Sofwan Dirman, 25 dan Mohamad Faiz Saman, 40, di kaunter J, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini jam 1.27 hingga 1.35 tengah hari 28 pada September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





Police officer receiving psychiatric treatment after alleged assault by AKPS chief - Sinardaily - 21/10 2:29 pm

SEPANG One of the two police officers who alleged that they were injured by Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) director-general Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been receiving psychiatric treatment following the incident, their lawyer said.Kamal Hisham Jaafar, who represents both officers, said one of his clients alleged that his head had been slammed four times during the incident at Kuala Lumpur International Airport (KLIA).He said the officer had received medical treatment and psychiatric care at Salak Health Centre and Cyberjaya Hospital."We hope the court will take into account several factors and the impact on the victims, one of whom had his head slammed four times following the incident."Apart from regular treatment, he also had to undergo psychiatric treatment at Salak Health Centre and Cyberjaya Hospital," he told reporters after proceedings at the Sepang Magistrate's Court on Wednesday.Kamal Hisham said both officers would file a civil suit within seven days to seek compensation for their alleged injuries.He said the claims would take into account the physical injuries and other effects suffered by his clients.The lawyer said they were awaiting medical reports from the relevant healthcare facilities before determining the amount of compensation to be sought.Earlier, Mohd Shuhaily pleaded not guilty at the Sepang Magistrate's Court to two charges of voluntarily causing hurt to the two police officers on Sept 28.He entered the plea after the charges were read out before Magistrate Khairatul Animah Jelani.According to the charges, the alleged offences took place at a counter in KLIA Terminal 1 between 1.17pm and 1.30pm on the day in question.The charges were brought under Section 323 of the Penal Code, which provides for a maximum jail term of one year, a fine of RM2,000, or both, upon conviction.Kamal Hisham also said he was representing the two officers on a pro bono basis, without charging them legal fees.He said he had agreed to assist them after they explained the difficulties they faced, including financial constraints.He urged the public to stop speculating that the officers were linked to syndicates or counter-setting activities, describing such allegations as baseless.





Anggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - Peguam - Sinarharian - 21/10 1:42 pm

SEPANG Seorang daripada dua anggota polis yang mendakwa dicederakan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilaporkan mengalami kesan trauma sehingga memerlukan rawatan psikiatri selepas kejadian berkenaan.Peguam yang mewakili kedua-dua anggota polis itu, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin, berkata, anak guamnya mendakwa kepala salah seorang anggota berkenaan dihantuk sebanyak empat kali dalam insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Menurutnya, selain menerima rawatan biasa, anggota polis terbabit turut mendapatkan rawatan psikiatri di pusat kesihatan Salak dan Hospital Cyberjaya."Kami berharap mahkamah mengambil kira beberapa faktor dan kesan kepada mangsa, yang mana salah seorangnya selepas kejadian dihantuk kepala empat kali.ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - Peguam"Selain rawatan biasa, dia juga terpaksa menjalani rawatan psikiatri di pusat kesihatan Salak dan juga di Hospital Cyberjaya," katanya kepada pemberita selepas prosiding kes berkenaan di Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu.Sehubungan itu, kedua-dua anggota polis berkenaan akan memfailkan saman sivil dalam tempoh tujuh hari bagi menuntut pampasan atas kecederaan yang didakwa dialami.Kamal Hisham berkata, tuntutan berkenaan akan dibuat mengikut undang-undang sedia ada dengan mengambil kira kecederaan fizikal serta kesan lain yang dialami anak guamnya.Beliau berkata, pihaknya kini menunggu laporan perubatan daripada pihak kesihatan terlibat sebelum menilai jumlah pampasan yang akan dituntut.Terdahulu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada 28 September lalu.Mohd Shuhaily selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di kaunter Terminal 1 KLIA antara jam 1.17 tengah hari hingga 1.30 tengah hari pada tarikh berkenaan.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Dalam pada itu, Kamal Hisham memaklumkan bahawa beliau mengendalikan kes berkenaan secara pro bono, tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada kedua-dua anggota polis terbabit.Katanya, beliau bersetuju membantu selepas kedua-dua anggota berkenaan memaklumkan kesukaran yang dihadapi, termasuk kekangan kewangan.Beliau turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi yang mengaitkan kedua-dua anggota polis itu dengan sindiket atau kegiatan counter setting, sambil menegaskan bahawa dakwaan sedemikian tidak berasas berdasarkan pendirian pihaknya.





Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggi - Sinarharian - 21/10 12:46 am

SEPANG Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang berdepan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dibarisi sembilan peguam, termasuk beberapa pengamal undang-undang berpengalaman dalam kes jenayah serta berprofil tinggi.Semasa prosiding, Mohd Shuhaily, 54, diwakili peguam, Datuk Rosal Azimin Ahmad, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Md Yunos Shariff, Muhammad Rafique Rashid Ali, Kitson Foong dan Badruzzaman Ishak.Rosal dan Ahmad Zaidi merupakan antara barisan peguam yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes 45 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram pada 2018.Berdasarkan rekod, Kitson mempunyai pengalaman luas dalam pembelaan jenayah, termasuk kes pengkhianatan berkaitan kumpulan Al-Maunah, pemerdagangan dadah dan terbaharu kes bunuh dalam kejadian tikam pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Bandar Utama pada 14 Oktober 2025.Sementara Yaacob merupakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan yang dilantik pada 21 Mac 2016 dan pernah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - PeguamAkberdin bukan sahaja mengendalikan kes syariah malah berpengalaman dalam kes jenayah.Beliau dilantik sebagai peguam kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Disember 2018 berkaitan projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak, yang bernilai RM1.25 bilion.Baljit telah mengendalikan kes saman anak guamnya, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan, berhubung penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.Kes itu diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 April 2022, tanpa pengakuan liabiliti oleh kerajaan.Md Yunos bersama Yaacob disenaraikan sebagai peguam yang mewakili sepasang suami isteri yang berdepan 75 pertuduhan berkaitan penerimaan deposit tanpa lesen, skim pelaburan tidak berdaftar dan pengubahan wang haram di Ipoh pada September 2025.Muhammad Rafique turut terkenal dengan kes berprofil tinggi antarakan membabitkan jenayah dan saman sivil oleh bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.Pada Rabu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter J Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 1.17 hingga 1.35 tengah hari 28 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrizat Ismail, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.





Border Control DG Lands In Court Over Harming Two Special Branch Officers - Rakyatpost - 21/10 11:33 am

A leaked CCTV video on 28 September showed a man in border control uniform who looked like Shuhaily scolding and aggresively handling another man at KLIA Terminal 1.





Shuhaily mengaku tak bersalah cederakan dua anggota polis di KLIA - Harapandaily - 21/10 10:22 am

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu





MCBA chief Shuhaily charged with assaulting Special Branch duo at KLIA - Malaymail - 21/10 10:15 am

KUALA LUMPUR, Oct 21 Malaysian Checkpoints and Borders Agency (MCBA) director-general Datuk Seri Mohd Shuhaily M...




Reformasi     >>



Bekas anggota polis pula muncul mahukan keadilan lepas .. - Harapandaily
Ketika Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (APKS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berdepan pertuduhan mencederakan dua anggota polis bulan lalu, muncul pula satu lagi dakwaan bahawa beliau pernah mengasari seorang bekas anggota berpangkat rendah di Hilir ..
Kroni     >>



Maybank perluas pembayaran QR rentas sempadan ke lima .. - Utusan
PETALING JAYA: Maybank memperluas kemudahan pembayaran kod QR rentas sempadan menerusi aplikasi MAE ke lima pasaran baharu iaitu China, Korea Selatan, Hong Kong, Filipina dan Laos melalui integrasi dengan Alipay+. Integrasi itu membolehkan pelanggan Maybank membuat pembayaran kod QR ..
Tabloid     >>



Empat pendera amah Indonesia didakwa di Mahkamah Pulau .. - Kosmo
SHAH ALAM – Empat individu yang mendera amah Indonesia sehingga melecur di seluruh badan di Tanjong Sepat, Kuala Langat sebelum ini didakwa di Mahkamah Pulau Pinang, hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan itu selepas polis mendapat kebenaran daripada ..
Tech     >>



This Android brand put a 10,000mAh battery in its .. - Androidauthority
Flagship phones from Samsung and Google really ought to have batteries larger than just 5,000mAh.
World     >>



President Lula calls Bolsonaros Brazil exit shameful - Aljazeera
President Lula da Silva criticised Flavio Bolsonaro for leaving Brazil amid reports he was headed to the US.
Motor Trend     >>



Buletin Isuzu D-max Dan Mu-x 2027 Debut Di Thailand, .. - Mekanika
# ISUZU D-MAX DAN MU-X 2027 DEBUT DI THAILAND, HADIR DENGAN ENJIN 2.2L TWIN TURBO **Isuzu memperkenalkan versi kemas kini bagi pikap D-Max dan SUV MU-X 2027 di Thailand, dengan perubahan pada reka bentuk luaran serta penawaran enjin diesel dwi-turbo baharu yang menghasilkan kuasa dan tork ..