| /// |
|
| Search : Johor Bahru News | Page 1 |
|
Medidik cadang SOP keselamatan sekolah dinilai, dikaji semula - Mygazette - 4/10 5:08 pm # Medidik cadang SOP keselamatan sekolah dinilai, dikaji semula JOHOR BAHRU - Gerakan Medidik Malaysia (Medidik) berpandangan sudah tiba masanya Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di sekolah di seluruh negara dinilai dan dikaji semula secara menyeluruh |
|
GPMS gesa Kempen Peka Rasa dibenar masuk sekolah tangani isu buli - Mygazette - 4/10 5:08 pm # GPMS gesa Kempen Peka Rasa dibenar masuk sekolah tangani isu buli KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan Kempen Peka Rasa digerakkan di sekolah-sekolah bagi memberi kesedaran berhubung isu buli |
|
Sekolah ada CCTV atau tidak? – MCCC - Mygazette - 4/10 5:08 pm KUALA LUMPUR Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Pahang mempersoalkan sama ada sekolah yang terlibat dalam tragedi membabitkan pelajar perempuan yang maut dipercayai dibunuh di Yong Peng, Johor, mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) serta sejauh mana kawasan sekolah diliputi sistem berkenaan |
|
Jangan sembunyikan apa-apa: Fadhlina arah semak keselamatan sekolah - Mygazette - 4/10 5:08 pm # Jangan sembunyikan apa-apa: Fadhlina arah semak keselamatan sekolah KUALA LUMPUR - "Saya mahu semua perkara yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan diperiksa dengan menyeluruh |
|
Kematiannya sangat tragis, datuk Irene Sofiya mahu pesalah dikenakan .. - Mygazette - 4/10 5:08 pm # Kematiannya sangat tragis, datuk Irene Sofiya mahu pesalah dikenakan hukuman setimpal BATU PAHAT - Keluarga pelajar Tingkatan Empat yang maut dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng di sini semalam, menuntut keadilan dan mahu pesalah dikenakan hukuman setimpal |
|
Kes bunuh pelajar: Jangan biarkan institusi pendidikan makin rosak tanpa .. - Mygazette - 4/10 5:08 pm # Kes bunuh pelajar: Jangan biarkan institusi pendidikan makin rosak tanpa tindakan tegas KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengetengahkan semula perbincangan mengenai aspek disiplin dan pendidikan murid di sekolah serta tidak semata-mata membahaskan tentang kualiti pendidikan akademik |
|
Kematian pelajar: PM arah siasatan segera, menyeluruh dan telus - Mygazette - 4/10 5:08 pm # Kematian pelajar: PM arah siasatan segera, menyeluruh dan telus KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, semalam |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan - Sinarharian - 4/10 4:30 pm YONG PENG - Hasrat Irene Sofiya Mohd Khairool untuk mengadakan staycation bersama dengan rakan-rakan sambil meraikan ulang tahun kelahiran mereka pada Disember ini tidak kesampaian selepas pelajar Tingkatan Empat itu meninggal dunia dalam kejadian bunuh di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 16, berkata, mereka lazimnya mengadakan staycation setiap tahun pada Disember, sekali gus meraikan ulang tahun kelahiran Irene Sofiya dan dua lagi rakan dalam kumpulan berkenaan."Setiap tahun, memang kami buat staycation |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Pemimpin Pas gesa siasatan segera, audit keselamatan sekolah - Sinarharian - 4/10 3:51 pm SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa suatu siasatan yang segera dan menyeluruh berikutan laporan kes kematian seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di daerah Yong Peng, Batu Pahat, Johor.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kejadian tersebut nyata menggemparkan institusi pendidikan negara yang terus menerus dihantui dengan pelbagai tragedi mutakhir ini."Perkara utama yang menjadi tanda tanya di sini adalah apakah sekolah masih lagi merupakan kawasan selamat untuk anak-anak didik hadir dan belajar?"Kejadian buli apatah lagi kes-kes kematian yang dilaporkan saban waktu dan semakin meruncing ini memberikan suatu tanda bahawa institusi pendidikan negara berada dalam keadaan tidak selamat," katanya menerusi laman Facebook pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariSebelum ini, seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada Sabtu.Menurut sumber, remaja berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang.Tambah Afnan Hamimi, Pemuda Pas turut menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya mengenalpasti permasalahan akar yang berlaku di institusi pendidikan buat masa ini.Jelasnya, ia khususnya dari aspek akhlak dan moral murid yang turut berkait dengan disiplin mereka."Apakah sempadan ketegasan kepada para pendidik pada hari ini menyebabkan anak didik di sekolah semakin hilang pertimbangan mereka? Tepuk dada tanyalah selera," ulasnya.Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, KPM perlu melakukan audit segera terhadap aspek keselamatan sekolah.Beliau memberitahu, terutamanya kawalan selepas waktu persekolahan, kelas tambahan, pemantauan kawasan sekolah dan mekanisme mengesan ancaman keganasan dan salah laku dalam kalangan pelajar."Sekolah sepatutnya menjadi antara tempat paling selamat untuk anak-anak kita |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Sudah tiba masa bina semula kerangka sekolah selamat - Gagasan - Sinarharian - 4/10 3:31 pm SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) diminta melaksanakan Audit Keselamatan Sekolah secara nasional susulan kematian seorang remaja perempuan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor pada Sabtu.Timbalan Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Datuk Roslan Ariffin berkata, kejadian berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai kes terpencil, sebaliknya menjadi titik perubahan terhadap pendekatan keselamatan murid di sekolah.Menurut beliau, penilaian yang dijalankan perlu merangkumi keselamatan ketika kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum selain keberkesanan prosedur tindakan kecemasan di sekolah."Sekolah bukan sekadar tempat anak-anak kita belajar |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: 'Tiada apa-apa boleh disembunyikan' - Fadhlina - Sinarharian - 4/10 1:20 pm SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menggesa agar semua perkara yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diperiksa secara menyeluruh tanpa cubaan untuk menyembunyikan apa-apa.Beliau berkata, ia termasuk rekod kehadiran murid ketika kelas tambahan dan aspek kawalan keselamatan serta rondaan di sekolah.Tegasnya lagi, syarikat kawalan keselamatan turut diminta memberikan kerjasama bagi melengkapkan semakan tersebut."Jika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil."KPM bakal memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak akan mendahului siasatan pihak polis."Sokongan kaunseling juga sedang diberikan kepada murid dan warga sekolah yang terkesan."Berikan keluarga ruang dan hormati proses siasatan |
|
Pelajar maut di sekolah: Anwar mahu siasatan menyeluruh - Sinarharian - 4/10 12:49 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita beliau atas pemergian pelajar tingkatan empat Irene Sofiya Mohd Khairoul Faisal, yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, semalam.Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham dan mendoakan mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.Pada masa sama, Perdana Menteri telah mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta perkara sebenar yang berlaku."Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku."Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang," menurut hantaran itu.Anwar berkata, keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekDalam kejadian jam 5.30 petang semalam, media melaporkan Irene Sofiya, 16, ditemukan mati dengan kesan kecederaan di badan dipercayai dibunuh, di dalam dewan sekolah menengah di Yong Peng.Mangsa ditemukan nenek dan rakannya yang datang ke sekolah selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah, walaupun kelas tambahan sudah berakhir |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek - Sinarharian - 4/10 12:33 am BATU PAHAT - Sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan selipar dirampas polis selepas menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng di sini pada Sabtu.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian.Menurutnya, suspek ditahan di sekitar Yong Peng selepas polis menerima maklumat berhubung penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah."Semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau."Turut dirampas daripada suspek adalah sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan sepasang selipar," katanya dalam kenyataan pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanDalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang 3 Oktober lalu, polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemui mangsa dalam sebuah dewan di sebuah sekolah di Yong Peng.Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, mengalami beberapa kecederaan di beberapa bahagian kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan dibenarkan ditahan selama enam hari bermula 4 hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian serta menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan. |
|
Johor exco tells Education Dept to cooperate fully with investigators after Yong Peng students death - Malaymail - 4/10 12:13 am JOHOR BAHRU, Oct 4 The Johor State Education Department (JPNJ) has been told to extend full cooperation to assis... |
|
28,349 kes kebakaran terbuka dilaporkan sejak 1 Januari - Sinarharian - 4/10 12:02 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 28,349 kes kebakaran terbuka dilaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara sejak 1 Januari hingga Ahad.Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu, 20,483 kes kebakaran belukar, 3,857 kes bagi tapak pelupusan haram atau pembakaran sampah haram, 2,149 kes kebakaran hutan dan 1,377 kes kebakaran kebun kecil."Secara kumulatif, sebanyak 104,685 insiden direkodkan JBPM bagi tempoh 1 Januari hingga Ahad."Daripada jumlah itu, 28,349 kes merupakan kebakaran terbuka, diikuti lain-lain kebakaran sebanyak 9,717 kes, kebakaran bangunan (4,361) dan kebakaran kenderaan (3,239)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Nor Hisham berkata, kes kebakaran terbuka menunjukkan peningkatan sejak awal Oktober apabila 24 kes direkodkan pada 1 Oktober, diikuti 17 kes pada 2 Oktober, 27 kes pada 3 Oktober sebelum meningkat kepada 31 kes pada Ahad.Mengulas lanjut, Nor Hisham berkata, secara keseluruhan, JBPM merekodkan 337 insiden dalam tempoh 24 jam termasuk 255 operasi penyelamatan."Selangor mencatatkan jumlah keseluruhan insiden tertinggi dengan 74 kes, diikuti Johor sebanyak 39 kes dan Kedah dengan 34 kes," katanya.Nor Hisham berkata, sebanyak 76 kes kebakaran direkodkan dari jam 8 pagi Sabtu hingga jam 8 pagi Ahad, termasuk 31 kes kebakaran terbuka."Berdasarkan laporan Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan JBPM, sebanyak 19 kes lagi merupakan lain-lain kebakaran, diikuti kebakaran bangunan sebanyak 15 kes dan kebakaran kenderaan 11 kes," katanya. |
|
6 kawasan di Johor catat IPU tak sihat pagi ini - FMT - 4/10 10:57 am Satu kawasan di Sarawak iaitu di Samarahan, Sarawak catat IPU tak sihat dengan bacaan 152. |
|
Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 4/10 10:16 am KUALA LUMPUR - Tujuh kawasan, masing-masing enam di Johor dan satu di Sarawak, merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Samarahan di Sarawak mencatat bacaan 152.Di Johor, kawasan terlibat ialah Batu Pahat dengan bacaan 156, Segamat (154), Kluang dan Tangkak (152), Larkin (148) serta Pasir Gudang (126).Sementara itu, 57 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan berada pada tahap baik, iaitu Sandakan, Sabah (45), Langkawi, Kedah (37) dan Kangar, Perlis (32).Bacaan IPU bagi stesen Kota Kinabalu, Sabah pula tidak tersedia pada waktu berkenaan.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya) |
|
Johor police confirm investigating Yong Peng students death, public asked to refrain from spreading unverifiable information - Malaymail - 4/10 8:45 am BATU PAHAT, Oct 4 Johor police have urged the public to give investigators space to conduct a thorough probe int... |
|
Pelajar maut di sekolah: JPNJ, PPD diminta beri kerjasama kepada pihak berkuasa - Astroawani - 4/10 8:45 am Kerajaan Negeri Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Batu Pahat malam tadi. |
|
Unhealthy air quality in several parts of Johor - FMT - 4/10 8:42 am All other areas nationwide, except Samarahan in Sarawak, enjoy moderate to good API readings. |
|
Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco - Sinarharian - 4/10 8:34 am JOHOR BAHRU - Tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli, keganasan atau perlakuan jenayah yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah, tegas Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali.Penegasan itu dibuat susulan insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, yang ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, pada Sabtu.Beliau berkata, bagaimanapun, sama ada kejadian berkenaan mempunyai unsur buli, keganasan atau perlakuan jenayah perlu ditentukan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa dan bukannya spekulasi."Saya ingin menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli, keganasan atau perlakuan jenayah yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah."Namun, sama ada insiden ini mempunyai unsur-unsur berkenaan hendaklah ditentukan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa dan bukannya melalui spekulasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti fakta serta keadaan sebenar yang membawa kepada kematian pelajar berkenaan.Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat telah diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan.Katanya, kedua-dua agensi berkenaan turut diminta memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa serta komuniti sekolah yang terkesan dengan kejadian itu.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanBeliau berkata, sekolah sepatutnya kekal sebagai tempat selamat untuk setiap anak Johor menimba ilmu, membina masa depan dan berada dalam persekitaran yang melindungi keselamatan serta kesejahteraan mereka.Sehubungan itu, kerajaan negeri bersama JPNJ dan agensi berkaitan akan terus memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan di institusi pendidikan serta mengambil tindakan susulan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa.Beliau turut mengingatkan orang awam dan pengguna media sosial supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat kesimpulan awal yang boleh mengganggu proses siasatan.Dalam masa sama, beliau merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas kehilangan yang amat menyedihkan itu. |
|
Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh - Sinarharian - 4/10 6:48 am BATU PAHAT - Seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng dekat sini pada Sabtu.Menurut sumber, remaja berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang."Mangsa yang dipercayai tinggal dengan neneknya datang ke sekolah sebelah petang menghadiri kelas tuisyen."Berita kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal disedari neneknya selepas rakan mangsa bertanyakan mangsa berada di rumah atau tidak pada tengah hari tadi," katanya.Menurutnya, selepas menyedari mangsa tiada di rumah, neneknya bergegas ke sekolah dan menemui remaja berkenaan sudah terbaring dalam keadaan lemah."Mangsa ditemui terbaring lemah dengan kesan darah sudah kering, ada kesan lebam seperti kena pukul |
|
[TERKINI] Pelajar maut di Yong Peng: Polis Johor minta ruang jalankan siasatan - Astroawani - 3/10 11:37 pm Polis Johor minta orang ramai dan media beri ruang siasatan susulan penemuan seorang pelajar perempuan yang tidak bernyawa di sebuah sekolah di Yong Peng petang tadi. |
|
JB residents left without water supply overnight after power failure - FMT - 3/10 11:14 pm Residents say Ranhill Syarikat Air Johor has not kept up with its assurance of resuming supply by 1pm today, with taps still dry at 10pm. |
|
Jerebu: Sri Aman dan Serian catat penurunan IPU, Pasir Gudang kekal rekod bacaan tertinggi - Astroawani - 3/10 6:30 pm Berdasarkan data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 155. |
|
Seeing parents pinned in the car on video call is what broke us, daughter says after Johor crash - Malaymail - 3/10 6:26 pm BATU PAHAT, Oct 3 The daughter of a couple who died in a road crash at Kilometre 72.5 of Jalan Batu Pahat-Mersin... |
|
Jerebu: IPU di Serian, Sri Aman menurun namun kekal tidak sihat setakat 5 petang - Astroawani - 3/10 5:30 pm Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini pada paras 155, menurun satu mata berbanding bacaan pada jam 4 petang. |
|
4 kawasan di Johor, Sarawak catat IPU tak sihat pagi ini - FMT - 3/10 12:24 am 61 kawasan di seluruh negara catatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan pada tahap baik. |
|
Four areas in Johor and Sarawak still in unhealthy API range, Sri Aman highest at 152 - Malaymail - 3/10 10:44 am KUALA LUMPUR, Oct 3 Four areas in Johor and Sarawak recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of... |
|
Jerebu: Empat kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 3/10 10:04 am KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Johor dan Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 152, diikuti Pasir Gudang, Johor (151).Dua kawasan lagi ialah IPD Serian, Sarawak (126) dan Larkin, Johor (121).Sementara itu, 61 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan berada pada tahap baik iaitu Taiping, Perak (44) dan Temerloh, Pahang (42).Bacaan IPU bagi stesen Kota Kinabalu, Sabah pula tidak tersedia pada waktu berkenaan.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya) |
|
Penganggur didakwa tampal QR milik sendiri, tipu pelanggan pengurup wang - Mygazette - 3/10 7:05 am # Penganggur didakwa tampal QR milik sendiri, tipu pelanggan pengurup wang JOHOR BAHRU - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyalahgunakan wang RM2,783.90 milik seorang pelanggan syarikat pengurup wang selepas didakwa menampal kod QR miliknya di atas kod QR rasmi premis berkenaan pada Mac lalu |
|
Sesi persekolahan Tahun 2027 bermula 4 Jan Sesi persekolahan Tahun 2027 .. - Mygazette - 3/10 7:05 am KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan Kalender Akademik Tahun 2027 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula 4 Jan hingga 2 Dis 2027, bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 4 Jan hingga 3 Dis 2027 bagi sekolah di negeri Kumpulan B |
|
JPJ gantung perkhidmatan Kumpulan MyEG Mulai 5 Okt - Mygazette - 3/10 7:05 am # JPJ gantung perkhidmatan Kumpulan MyEG Mulai 5 Okt PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd di bawah Kumpulan MYEG sebagai Ejen Pemungut bagi pihak JPJ, berkuat kuasa 12.01 pagi, 5 Okt ini |
|
RM1.165 juta BKJ Fasa 4 untuk 5,825 penerima di Kota Iskandar - Mygazette - 3/10 7:05 am Setiap penerima akan menerima RM200 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan bagi DUN Kota Iskandar sebanyak RM1.165 juta, katanya ditemui dalam Majlis Penyerahan BKJ Fasa 4 DUN Kota Iskandar hari ini. Turut hadir Pegawai Tadbir YPKDT Daerah Johor Bahru, Wan Norhayati Cholan dan Penghulu Mukim Jelutong, Mohd Azfar Mohd Noh |
|
Calon PRN Melaka kena pandai jawab naratif di media sosial ??? Ahmad - Mygazette - 3/10 7:05 am # Calon PRN Melaka kena pandai jawab naratif di media sosial Ahmad ALOR GAJAH Calon UMNO yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan sahaja perlu aktif media sosial malah mesti bijak menjawab dan menyerang balik naratif yang dimainkan pihak lawan |
|
Sesi persekolahan 2027 bermula 4 Januari depan - KPM - Sinarharian - 2/10 10:57 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM)mengumumkan Kalender Akademik Tahun 2027 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula 4 Januaridepan.4 Januari hingga 2 Disember 2027 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 4 Januari hingga 3 Disember 2027 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B adalah bagi sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2027, yang melibatkan perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Korban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas."Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Korban, Hari Wesak dan Hari Deepavali |
|
Suami isteri maut nahas di Johor - FMT - 2/10 9:23 pm Dua anak perempuan pasangan itu cedera dalam kemalangan yang dipercayai berlaku kira-kira 4.30 petang tadi. |
|
Kisah cinta Tun Mahathir, Tun Hasmah tiada bandingan - Syed Saddiq - Sinarharian - 2/10 8:59 pm KUALA LUMPUR - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan perjalanan cinta Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali tiada bandingan, sambil menegaskan beliau dan Bella Astillah masih terlalu awal untuk dibandingkan dengan pasangan berkenaan.Menurut Syed Saddiq, beliau dan Bella baru memulakan perjalanan menuju alam rumah tangga, sedangkan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah telah melalui kira-kira tujuh dekad kehidupan bersama."Saya rasa kami tidak layak untuk dibandingkan dengan mereka berdua |
|
Syed Saddiq, Bella Astillah to share wedding bliss at 'Kenduri Rakyat' - Sinardaily - 2/10 8:20 pm KUALA LUMPUR Muar Member of Parliament Syed Saddiq Syed Abdul Rahman and singer Bella Astillah will share their wedding joy with the people through "Kenduri Rakyat gatherings in Muar, Johor and Kota Kinabalu, Sabah, at the end of this month.Syed Saddiq said they wanted to celebrate the special occasion together with the local community, with the Muar ceremony scheduled for Oct 25 and the Kota Kinabalu ceremony on Oct 31."We want to celebrate these two Kenduri Rakyat with the people |
|
Syed Saddiq, Bella Astillah kongsi hari bahagia bertemakan 'Kenduri Rakyat' - Sinarharian - 2/10 8:08 pm KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah bakal berkongsi hari bahagia mereka menerusi majlis 'Kenduri Rakyat' yang dijadualkan berlangsung di Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah hujung bulan ini.Syed Saddiq berkata, penganjuran majlis itu bertujuan "membumikan" perkahwinan mereka agar dapat diraikan bersama-sama masyarakat setempat dengan majlis di Muar akan diadakan pada 25 Oktober ini manakala di Kota Kinabalu pada 31 Oktober."Kami mahu memastikan dua 'Kenduri Rakyat' ini dapat diraikan bersama-sama dengan rakyat |
|
Perkhidmatan penumpang RTS Link dijangka bermula Februari 2027 - Astroawani - 2/10 7:19 pm RTS Link adalah projekpenting antara Malaysia dan Singapura yang akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura. |
|
No more JPJ services via MYEG from Oct 5: What you can do instead - Sinardaily - 2/10 6:25 pm PUTRAJAYA The services of My E.G |
|
Perkhidmatan Penumpang RTS Link Dijangka Bermula Februari 2027 - Mydateline - 2/10 6:00 pm Perkhidmatan penumpang bagi Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dijangkabermula pada Februari 2027dengan sasaransemua ujian sistem dan operasi percubaan selesai menjelang 31 Dis tahun .. |
|
Perkhidmatan MYEG sebagai Ejen Pemungut JPJ digantung mulai 5 Oktober - Sinarharian - 2/10 5:50 pm PUTRAJAYA Perkhidmatan My E.G |
|
JB-Singapore RTS Link service start pushed back to February 2027 - Malaymail - 2/10 5:38 pm KUALA LUMPUR, Oct 2 Passenger service on the Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System (RTS) Link is now expect... |
|
Johor conservation efforts produce about 5,000 turtle hatchlings a year - Malaymail - 2/10 5:37 pm MERSING, Oct 2 Johor continues to make positive progress in turtle conservation, particularly for hawksbill and... |
|
Guru tadika tak mengaku pecah amanah yuran tadika RM8,640 Guru tadika tak .. - Mygazette - 2/10 3:06 pm # Guru tadika tak mengaku pecah amanah yuran tadika RM8,640 JOHOR BAHRU - Seorang guru tadika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pecah amanah membabitkan yuran tadika sebanyak RM8,640, empat tahun lalu |
|
Tular kedai papan selaju di TMIYC dipecah masuk - Mygazette - 2/10 3:06 pm JOHOR BAHRU - Tular sebuah kedai menjual papan selaju dipecah masuk di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Hutan Bandar di sini kelmarin |
|
Marin bongkar penyelewengan diesel, 23,000 liter bernilai RM949,160 .. - Mygazette - 2/10 3:06 pm # Marin bongkar penyelewengan diesel, 23,000 liter bernilai RM949,160 dirampas JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua membongkar kegiatan penyelewengan diesel selepas melakukan serbuan di Jalan Penaga, Taman Kota Puteri, Masai, di sini semalam |
|
PRN Melaka: Jangan hanya bertahan, jawab serangan lawan - Ahmad Maslan - Sinarharian - 2/10 2:42 pm ALOR GAJAH Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu lebih aktif di media sosial dan bertindak pantas menjawab setiap naratif yang dibawa pihak lawan.Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pendekatan tersebut penting bagi memastikan sebarang serangan atau persepsi negatif yang tersebar di media sosial tidak dibiarkan tanpa jawapan sehingga menjejaskan kempen BN."Yang penting dalam media sosial ini, kita perlu menjawab semula |
|
Arif Aiman mahu penyokong terus percaya kemampuan Harimau Malaya - Sinarharian - 2/10 12:37 am BANDUNG - Pemain sayap kebangsaan Arif Aiman Mohd Hanapi merayu penyokong kekal bersama-sama Harimau Malaya dan tidak melontarkan kecaman selepas impian ke final Piala ASEAN FIFA 2026 musnah biarpun mencatat kemenangan besar ke atas Singapura, malam tadi.Malaysia membelasah seteru Seberang Tambak itu 6-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A Divisyen 1 di Stadium Si Jalak Harupat di sini, namun terlepas tiket ke final kepada Indonesia menerusi kelebihan jumlah jaringan.Kedua-dua pasukan mengumpul tujuh mata dan mencatat perbezaan jaringan yang sama tetapi Indonesia muncul juara kumpulan selepas menjaringkan 11 gol berbanding sembilan oleh Malaysia.Arif Aiman berkata, penyokong tidak seharusnya hilang kepercayaan terhadap pasukan, sebaliknya terus memberikan sokongan menjelang perlawanan menentang naib juara Kumpulan B di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta pada Isnin."Bagi saya, tidak perlu kecewa sebagai penyokong tanah air |
|
Ops PeWA: JPJ Johor keluar 3,072 notis kepada 1,346 warga asing sejak Jun - Astroawani - 2/10 12:30 am JPJ Johor mengeluarkan 3,072 notis atas pelbagai kesalahan jalan raya terhadap 1,346 individu dalam Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) yang dilaksanakan di seluruh negeri inisejak 1 Jun. |
|
Gagal seleweng diesel bersubsidi hampir RM1 juta, lelaki tempatan ditahan - Sinarharian - 2/10 11:52 am JOHOR BAHRU Cubaan menyeleweng sebanyak 23,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM949,160 berjaya digagalkan apabila seorang lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di Jalan Penaga, Taman Kota Puteri, Masai dekat sini pada Khamis.Dalam operasi kira-kira jam 11.45 pagi itu, suspek berusia 50 tahun yang dipercayai berperanan sebagai pengedar ditahan menerusi Ops Taring Landai.Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Asisten Komisioner Noor Azman Jamal berkata, operasi dijalankan oleh Unit Risik Marin (URM) selepas menerima maklumat awam mengenai dua lori dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan."Hasil pemeriksaan yang disaksikan oleh pemandu kenderaan terbabit menemukan sejumlah minyak diesel disimpan di dalam tangki petak (square tank) di bahagian belakang lori."Hasil soal siasat awal dan pandu arah yang diberikan suspek kemudian membawa pasukan polis kepada penemuan tiga lagi lori yang diletakkan di tepi jalan berhampiran premis tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurut beliau, kesemua lima lori terbabit telah dirampas bersama peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi."Tangkapan serta semua barang rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor untuk tindakan lanjut," katanya.Noor Azman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. |
|
I saw people struggling to get through Young man praised for clearing drain amid flooding - Sinardaily - 2/10 11:52 am SHAH ALAM A young man braved the rain and spent almost two hours clearing a clogged drain along a route in Taman Perling, Johor Bahru, earning praise from social media users.Part-time delivery rider Mohammad Amirruddin Mohd Rizal, 21, said he took the initiative after seeing traffic congestion following heavy rain on Wednesday afternoon.He said during the unexpected situation, he saw many road users having to make U-turns to avoid their vehicles being submerged in floodwaters.I felt sorry for those trying to get through because they did not know which route to take |
|
Ops PeWA: Kenderaan berpindah tangan, JPJ sukar kesan pemilik berdaftar - Sinarharian - 2/10 10:54 am JOHOR BAHRU Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengesan kewujudan kenderaan milik warga asing yang berpindah tangan secara tidak rasmi dari seorang pemilik kepada pemilik lain tanpa proses pertukaran hak milik yang sah.Pengarah JPJ Johor, Zulkarnain Yasin berkata, perkara itu dikenal pasti menerusi Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dijalankan sejak Jun lalu.Menurut beliau, kira-kira 70 peratus kenderaan yang digunakan warga asing dipercayai dimiliki sendiri oleh golongan tersebut, manakala selebihnya disewa atau masih menggunakan nama pemilik asal."Kenderaan ini berpindah tangan secara tidak rasmi |
|
Desaru Coast destinasi menarik aktiviti sukan, rekreasi - Sinarharian - 2/10 10:51 am DERETAN acara sukan yang berlangsung di Desaru Coast menjadikan destinasi peranginan itu bukan sekadar lokasi untuk bercuti, malah semakin dikenali sebagai antara pilihan bagi penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi.Aksi di padang golf, suasana pertandingan serta pengisian santai bersama keluarga mewarnai Hard Rock Hotel Desaru Coast 2026 Golf Classic yang berlangsung dari 25 hingga 27 September lalu.Kemuncak program pada 26 September menyaksikan peserta beraksi dalam format 18 lubang Two-Ball Scramble di Ocean Course, The Els Club Desaru Coast, sebelum acara diteruskan dengan penyampaian hadiah dan Golf Classic PAR-TEE pada sebelah malam.Padang yang direka legenda golf Ernie Els itu memberikan cabaran tersendiri kepada peserta, manakala program malam di Hard Rock Hotel Desaru Coast melengkapkan pengisian kejohanan berkenaan.Golf Classic turut diselitkan dengan usaha kemasyarakatan menerusi kempen PINKTOBER Hard Rock, apabila RM125 daripada setiap pemain berdaftar disumbangkan kepada Breast Cancer Support Group Johor Bahru.Penganjuran itu melengkapkan kalendar sukan Desaru Coast yang turut merangkumi Desaru Coast Multisport Festival pada Julai lalu.Festival berkenaan menghimpunkan lebih 1,000 atlet dari 60 negara menerusi IRONMAN 70.3 Desaru Coast, Triatlon 5150, Triatlon Sprint dan IRONKIDS.Desaru Coast bakal kembali menjadi tumpuan peminat golf antarabangsa apabila menjadi tuan rumah World Amateur Golfers Championship (WAGC) World Final 2026 dari 23 hingga 31 Oktober.Kejohanan itu dijangka menghimpunkan kira-kira 650 pemain golf amatur dan delegasi dari lebih 50 negara, selain pengisian Festival Village yang dirancang menampilkan pasar tempatan, persembahan kebudayaan dan bengkel kreatif.Tarikan sukan di kawasan berkenaan turut disokong The Els Club Desaru Coast yang menawarkan 45 lubang menerusi Ocean Course dan Valley Course, selain resort, pantai serta ruang acara.Pada masa sama, pilihan rekreasi bakal diperluas menerusi pembangunan The Sports Arina di Riverside oleh Arina International Holding Pte Ltd, sebuah pembangunan sukan dan rekreasi bersepadu untuk dewasa dan kanak-kanak |
|
Akmal Nasrullah highlights upbeat MalaysiaSingapore talks as ministerial committee meets Nov 2 on economic zone plan - Malaymail - 2/10 9:15 am PUTRAJAYA, Oct 2 The first meeting of the Johor-Singapore Cooperation Ministerial Committee (JSCMC) will be held... |
|
Telefon bimbit Exco Kesihatan Johor digodam, hantar suara mahu pinjam wang - Mygazette - 2/10 8:14 am # Telefon bimbit Exco Kesihatan Johor digodam, hantar suara mahu pinjam wang JOHOR BAHRU - Telefon bimbit Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon didakwa digodam oleh _scammer_ yang menghantar mesej suara untuk meminjam wang |
|
Sarawak cetus inspirasi, Johor perhalusi model pendidikan berteraskan bakat - Mygazette - 2/10 8:14 am # Sarawak cetus inspirasi, Johor perhalusi model pendidikan berteraskan bakat JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor meneliti pelbagai pendekatan pendidikan yang dilaksanakan Sarawak sebagai usaha memperkukuh ekosistem pendidikannya serta pembangunan bakat anak Johor |
|
Banjir di Johor Bahru: Projek dihentikan serta-merta jika jadi punca .. - Mygazette - 2/10 8:14 am # Banjir di Johor Bahru: Projek dihentikan serta-merta jika jadi punca - Exco JOHOR BAHRU - Tindakan menghentikan serta-merta projek pembangunan yang menjadi punca berlakunya banjir kilat di sesebuah kawasan akan dikenakan terhadap pemaju dan kontraktor |
|
Wanita hamil cedera, bayi dalam kandungan maut kemalangan - Mygazette - 2/10 8:14 am Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut wanita berkenaan cedera dan bayi dalam kandungannya yang berusia 36 minggu meninggal dunia. Katanya, wanita tersebut sedang dalam rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru manakala pemandu warga emas tersebut tidak cedera |
|
Ingkar arahan tutup premis kerana najis tikus, restoran didenda RM4,000 - Mygazette - 2/10 8:14 am # Ingkar arahan tutup premis kerana najis tikus, restoran didenda RM4,000 KULAI - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM4,000 terhadap sebuah restoran 24 jam atas kesalahan gagal mematuhi arahan penutupan premis tidak suci yang dikeluarkan terhadapnya, pada Mac lalu |
|
Impian Harimau Malaya ke final berkecai - Sinarharian - 1/10 10:57 pm KEMENANGAN 6-0 Harimau Malaya ke atas Singapura dalam perlawanan terakhir Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 tidak cukup untuk membawa skuad kendalian Tan Cheng Hoe ke pentas final.Ini kerana tuan rumah Indonesia memperolehi kemenangan besar 9-2 ke atas Bangladesh untuk mara dengan kelebihan jaringan meskipun terikat tujuh mata dengan Malaysia.Malaysia dan Indonesia sebelum ini terikat seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang menyaksikan skuad Garuda beraksi dengan 10 orang pemain bermula minit ke-36 selepas Thom Haye dilayangkan kad merah selepas mengasari Arif Aiman Hanapi.Keputusan itu menyaksikan Malaysia sekadar muncul naib juara dan bakal beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga pada pada Isnin.Terdahulu, dalam aksi di Stadium Si Jalak Harupat, ayam tambatan Johor Darul ta'zim (JDT), Bergson Da Silva meledak hatrik.Tiga lagi gol Malaysia masing-masing dijaringkan Stuart Wilkin, Paulo Jasue dan Syahir Bashah. |
|
Pekerja kontrak selenggara jalan maut dilanggar lori - Sinarharian - 1/10 9:13 pm JOHOR BAHRU - Seorangpekerja kontrak penyelenggaraan jalan raya maut selepas dirempuh sebuah lori dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Kilometer 18.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pagi tadi.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisoner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman jam 7.30 pagi dan mangsa warga Pakistan berusia 47 tahun sedang melakukan kerja membuat garisan jalan semasa kemalangan berlaku."Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang belum dikenal pasti menukar lorong secara tiba-tiba dari kanan ke kiri menyebabkansebuah lori jenis Luton dari arah Kuala Lumpur ke Skudai dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun di lorong kiri hilang kawalan."Loriitu seterusnya melanggar bahagian belakang lori jenis Hino yang berada di lorong kecemasan bagi kerja penyelenggaraan menyebabkanmangsa yang berada di belakang lori Hino mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan mautdi lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat.Kesdisiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Beliau memohon kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Ruslan Mohamed menerusi talian013-306 3710atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |