| /// |
|
| Search : Jeram Padang News | Page 1 |
|
Dayana tekad perjuang nasib 11 kampung Orang Asli di Jeram Padang - Mygazette - 19/07 5:30 pm # Dayana tekad perjuang nasib 11 kampung Orang Asli di Jeram Padang JEMPOL Calon Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Dayana Dal bertekad menjadikan nasib penduduk di 11 kampung Orang Asli di kawasan itu sebagai agenda utama sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini |
|
Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri petang ini - Mygazette - 19/07 5:30 pm # Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri petang ini KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan yang dijangka berterusan sehingga pukul 5 petang ini |
|
Peluang pekerjaan, industri TVET jadi jadi keutamaan PH di Jeram Padang - Mygazette - 19/07 5:30 pm # Peluang pekerjaan, industri TVET jadi jadi keutamaan PH di Jeram Padang JEMPOL Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Jeram Padang, Manivanan Gowin mahu mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkasakan masa depan golongan belia sebagai antara keutamaan yang ditawarkan kepada pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan |
|
Peluang pekerjaan, industri TVET jadi keutamaan PH di Jeram Padang Peluang .. - Mygazette - 19/07 5:30 pm # Peluang pekerjaan, industri TVET jadi keutamaan PH di Jeram Padang JEMPOL Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Manivanan Gowin, bertekad mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan memperkasakan masa depan golongan belia sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan |
|
Noorzunita optimis pertahan Pilah, sambutan pengundi terus positif - Mygazette - 19/07 5:30 pm # Noorzunita optimis pertahan Pilah, sambutan pengundi terus positif KUALA PILAH - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N18 Pilah, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim optimis mampu mempertahankan kerusi itu selepas menerima sambutan positif daripada pengundi pada hari pertama kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan |
|
Empat remaja termasuk tiga beradik ditahan disyaki curi motosikal - Sinarharian - 19/07 4:41 pm SUNGAI PETANI - Polis menahan empat remaja lelaki termasuk tiga beradik, Selasa lepas, selepas disyaki aktif mencuri motosikal di kawasan parkir luarstesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten KomisionerHanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati semua anggota 'Geng Vetri' berusia 14 hingga 16 tahun itu aktif melakukan jenayah berkenaansejak sebulan lepas."Modus operandi mereka ialah mencuri motosikal yang diparkir di kawasan terbabitdengan cara menolaknya seakan motosikal tersebutrosak."Nombor pendaftaran motosikal itu tidak ditukar, sebaliknya digunakan sendiri oleh suspek selain (dileraikan) dijadikan sebagai alat ganti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Mudadekat sini pada Ahad.Beliau berkata, ketua kumpulan tersebut yang berusia 15 tahun didapati tidak bersekolah manakala tiga beradik itu masih bersekolah dan kesemua remaja yang tidak memilikirekod jenayah itu direman hingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.Hanyan berkata, setakatJun lepas, sebanyak 20 kes curi motosikal dilaporkan berlaku di kawasan tersebut.Dalam kes lain, beliau berkata, pihaknya turut menahan empatlelaki berusia 25 hingga 31 tahun di Sidam Kiri dan Padang Serai, Selasa lepas, keranadisyaki terbabit dengankes pecah rumah dan curi motosikal jenis Yamaha RXZ."Polis merampas satu kerambit, sepucuk pistol tiruan, sembilan butir bebola besi disyaki dijadikan peluru, syabu seberat 0.56 gram, dua motosikal Yamaha RXZ serta pelbagai komponen lain," katanya menambah kesemua lelaki yang memiliki rekod berkaitan jenayah dan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan.Hanyan berkata, polis turut menyelesaikan sekurang-kurangnya 10kes ragut dengan penahananseorang lelaki berusia 24 tahun di Jalan Tupah, Merbok, baru-baru ini.Beliau berkata, suspek yang memiliki14 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah kinidisiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan manakala usaha sedang dilakukan polis bagi mengesan dua lelaki dipercayai rakan jenayah suspek.Kumpulan penjenayah itu, katanya, menyasarkan mangsa wanita yang memakai barangan kemas |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri - Sinarharian - 19/07 2:18 pm KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda 10 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan sehingga pukul 5 petang ini.Menurut MetMalaysia, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah, manakala Wilayah Persekutuan yang berada di bawah amaran ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap |
|
PRN Negeri Sembilan: Manivannan fokus peluang pekerjaan di Jeram Padang - Sinarharian - 19/07 12:02 am JEMPOL Berbekalkan pengalaman hampir dua dekad dalam politik, calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G Manivannan mempertaruhkan pengalaman itu untuk membawa perubahan di kawasan berkenaan.Menurutnya, usaha menyelesaikan isu peluang pekerjaan, pendidikan dan infrastruktur antara fokus utamanya di kawasan DUN Jeram Padang."Tiga perkara itu merupakan keperluan asas yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan taraf hidup penduduk setempat."Saya percaya rakyat mahukan pemimpin yang memahami struktur kerajaan negeri dan Persekutuan serta mampu membawa peluang daripada kedua-dua peringkat itu ke peringkat akar umbi," katanya.Berbekalkan pengalaman sebagai bekas Ahli Parlimen Kapar dan Setiausaha Politik di Pejabat Presiden PKR, beliau yakin pengundi di kerusi tradisi Barisan Nasional (BN) itu kini lebih matang dalam menilai kewibawaan calon."Saya turun ke Jeram Padang kerana tahu ada masalah dan saya yakin mampu membantu menyelesaikannya," katanya.Manivannan yang juga seorang peguam berkata, pengalaman berkhidmat di peringkat nasional membolehkannya memahami tatacara pentadbiran kerajaan sekali gus dimanfaatkan untuk membawa pembangunan dan peluang kepada penduduk Jeram Padang.Beliau akan berdepan saingan empat penjuru menentang penyandang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN), R Sri Sanjeevan (Bersatu) dan Dayana Dal daripada Parti Orang Asli Malaysia (ASLI).Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian pada 1 Ogos ini. |
|
Orang Asli housewife hopes to make history in Jeram Padang - FMT - 19/07 10:51 am Dayana Dal wants to become the first Orang Asli state assemblyman in Negeri Sembilan and represent all communities. |
|
Suri rumah Orang Asli mahu cipta sejarah di Jeram Padang - FMT - 19/07 10:00 am Calon Parti Orang Asli Malaysia Dayana Dal mahu jadi wakil rakyat kepada semua kaum. |
|
N'golo Kante kempunan sampai habis Piala Dunia - Sinarharian - 19/07 8:43 am NGOLO Kante mungkin antara pemain paling disegani dalam generasi bola sepak Perancis, namun Piala Dunia 2026 meninggalkan satu persoalan besar apabila beliau menamatkan kempen tanpa walau seminit beraksi.Sepanjang kejohanan, pemain tengah berusia 35 tahun itu tidak pernah diturunkan Didier Deschamps, malah tidak menerima peluang sebagai pemain gantian dalam mana-mana perlawanan termasuk aksi penentuan tempat ketiga menentang England.Situasi itu cukup mengejutkan kerana Kante sebelum ini menjadi nadi penting Les Bleus ketika membantu Perancis menjulang Piala Dunia 2018, selain dikenali sebagai pemain yang sentiasa bekerja keras, merendah diri dan tidak pernah mencetuskan kontroversi.Keputusan Deschamps mengekalkan Kante di bangku simpanan sepanjang kejohanan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, terutama apabila Perancis berdepan masalah konsistensi di bahagian tengah.Lebih mencuri perhatian, muncul spekulasi mengenai kemungkinan hubungan kurang baik antara Kante dan kapten Perancis, Kylian Mbappe, namun sejauh mana kebenarannya hanya diketahui oleh kem Les Bleus sendiri.Tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak yang mengesahkan dakwaan berkenaan, sekali gus menyebabkan persoalan terus bermain di fikiran penyokong yang melihat Kante sebagai antara pemain paling profesional dalam skuad Perancis.Apa pun alasannya, Piala Dunia 2026 akan dikenang sebagai kejohanan yang berbeza buat Kante bukan kerana aksi di atas padang, tetapi kerana beliau hanya mampu menjadi pemerhati dari tepi padang ketika rakan sepasukannya berjuang membawa nama Perancis. |
|
TNB anjurkan Kejohanan Bola Sepak TNB-Media sempena Piala Dunia FIFA 2026 - Mygazette - 19/07 8:05 am # TNB anjurkan Kejohanan Bola Sepak TNB-Media sempena Piala Dunia FIFA 2026 KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menganjurkan Kejohanan Bola Sepak TNB-Media sempena Piala Dunia FIFA 2026, hari ini, di Padang Kilat, Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, di sini |
|
Jeram Padang bukan asing bagi Manivanan - Mygazette - 19/07 8:05 am JEMPOL Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Manivanan Gowin mempertaruhkan hubungan sentimental dengan kawasan itu sebagai antara kekuatan utama kempennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan |
|
`Lawan saya tokoh yang hebat??? ??? Calon BN Linggi - Mygazette - 19/07 8:05 am PORT DICKSON Meskipun turun selaku penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, namun calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Faizal Ramli menyifatkan cabarannya mempertahankan kerusi itu bukanlah sesuatu yang mudah |
|
Tak dilantik semula sebagai Exco, Aznan fokus khidmat di Tanjung Surat - Mygazette - 19/07 8:05 am # Tak dilantik semula sebagai Exco, Aznan fokus khidmat di Tanjung Surat JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin menerima dengan hati terbuka tidak dilantik semula Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri seperti lima Exco lain yang dilantik semula hari ini |
|
Sepanyol ada ramuan tundukkan Argentina - Sinarharian - 19/07 7:20 am LUIS de la Fuente mengakui Lionel Messi kekal ancaman terbesar Argentina menjelang final Piala Dunia 2026 pada awal pagi Isnin (3 pagi waktu Malaysia), namun Sepanyol tidak akan menggunakan pendekatan kawalan individu terhadap bintang berusia 39 tahun itu.Jurulatih La Roja itu berkata, pengalaman lalu ketika berdepan Messi ketika pemain itu masih di peringkat remaja membuatkannya memahami betapa sukarnya untuk menyekat pergerakan kapten Argentina tersebut.De la Fuente menceritakan ketika beliau mengendalikan pasukan remaja Sevilla, mereka pernah cuba menugaskan seorang pemain untuk mengawal Messi secara individu ketika menentang Barcelona."Kami pernah cuba mengawal Messi secara individu ketika menentang Barcelona |
|
Hubungan TNB-media perkukuh penyampaian maklumat sahih kepada rakyat - Sinarharian - 18/07 9:16 pm KUALA LUMPUR - Pengamal media merupakan rakan strategik penting kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan sahih dapat disalurkan kepada rakyat.Perkara itu ditegaskan Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Kamal Ariffin A |
|
Populariti Haaland lonjak eksport salmon Norway ke China - Hotfm - 18/07 5:23 pm Beijing: Populariti bintang Norway, Erling Haaland bukan sahaja memberi impak di padang bola sepak, malah turut membantu meningkatkan jualan salmon Norway di China. |
|
Mat Kilau historic fort faces threat of total disappearance - Sinardaily - 18/07 5:15 pm DUNGUN - Mat Kilau's fort at Padang Jerangau in Kampung Pasir Raja here, a symbol of the Malay warrior's resistance against British colonial rule, has fallen into neglect and is in urgent need of conservation to prevent the historic site from disappearing.Kampung Pasir Raja Federal Village Development and Security Committee (JPKKP) chairman, Adnan Apil, said villagers feared the historic fort would gradually disappear if no immediate conservation and restoration works were undertaken by the relevant authorities to protect the site.The 72-year-old said the earthwork fort, measuring about 14.6 metres wide and 17.2 metres long, is now barely visible after becoming overgrown with thick undergrowth, while prolonged exposure to weather and erosion continues to threaten its remaining structure."It would be a great loss if this valuable historical site continues to be neglected |
|
EC confirms 103 candidates for Negeri Sembilan polls - Sinardaily - 18/07 3:55 pm SEREMBAN - The Election Commission (EC) has confirmed that 103 candidates are eligible to contest in the 16th Negeri Sembilan state election, with 21 of the 36 state seats set for three-cornered fights.EC chairman Datuk Seri Ramlan Harun said all nominations were verified after the candidate submission process officially closed at 10 amtoday at eight nomination centres.He revealed that Pakatan Harapan (PH) is dominating the race with 36 candidates, followed by Barisan Nasional (BN) with 25, while Bersatu and Perikatan Nasional (PN) have fielded 24 and 11 candidates respectively."Also adding colour to this democratic process are Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), the Malaysian Orang Asli Party (ASLI)and the Socialist Party of Malaysia (PSM), each putting forward one candidate, along with four independent contenders," he told a press conference today.Ramlan revealed that 21 state seats will see three-cornered fights, while 11 seats will be straight one-on-one contests.He added that Nilai and Sri Tanjung have drawn five-cornered battles, while Jeram Padang and Rahang will see four-cornered clashes."A total of 94 male candidates and nine female candidates are in the running |
|
10 negeri diramal hujan lebat petang ini - Kosmo - 18/07 3:28 pm PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak hingga pukul 5 petang |
|
Senarai penuh 103 calon PRN Negeri Sembilan 2026 - Sinarharian - 18/07 3:27 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 103 calon yang menyerahkan kertas penamaan calon layak bertanding bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.Tempoh berkempen bermula 18 Julai sehingga jam 11.59 malam, 31 Julai ini dan SPR menubuhkan 36 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk memantau semua aktiviti calon bertanding ketika berkempen.Senarai calon mengikut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah seperti berikut:N01 CHENNAH (kerusi panas)Anthony Loke Siew Fook (PH-DAP)Siow Kong Choon (BN-MCA)Penyandang 2023: Anthony Loke Siew Fook (PH-DAP)/majoriti 2,200N02 PERTANG (kerusi panas)Mohd Umry Abdul Khois (PH-PKR)Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO)Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus (Bersatu)Penyandang 2023: Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO)/majoriti 2,790N03 SUNGAI LUIZainal Fikri Abd Kadir (PH-PKR)Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO)Mazrulhisham Abd Mansor (Bersatu)Penyandang 2023: Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO)/majoriti 535N04 KLAWANG (kerusi panas)Datuk Bakri Sawir (PH-Amanah)Danni Rais (PN-Wawasan)Muhammad Adib Musa (Bersatu)Penyandang 2023: Datuk Bakri Sawir (PH-Amanah)/majoriti 577N05 SERTINGYaacob Mahmood (PH-Amanah)Mohd Fairuz Mohd Isa (PN-Pas)Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (Bersatu)Penyandang 2023: Mohd Fairuz Mohd Isa (PNPas)/majoriti 843N06 PALONGMuhammad Zahin Zinal Abidin (PH-PKR)Datuk Mustapha Nagoor (BN-UMNO)Rebin Birham (Bersatu)Penyandang 2023: Datuk Mustapha Nagoor (BN-UMNO)/majoriti 564N07 JERAM PADANGG Manivannan (PH-PKR)Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-UMNO)Sri Sanjeevan Ramakrishnan (Bersatu-Bersekutu)Dayana Dal (ASLI)Penyandang 2023: Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-UMNO)/majoriti 693N08 BAHAUTeo Kok Seong (PH-DAP)Ah Chong Fui Ming (BN-MCA)Penyandang 2023: Teo Kok Seong (PHDAP)/majoriti 8,408N09 LENGGENGZarinna Abu Zarin (PH-Amanah)Datuk Mohd Asna Amin (BN-UMNO)Zool Amali Hussin (Bersatu)Penyandang 2023: Datuk Mohd Asna Amin (BN-UMNO)/majoriti 685N10 NILAIJ Arul Kumar (PH-DAP)Lai Chien Kong (BN-MCA)Datuk V Saravan Kumar (Bersatu-Bersekutu)Omar Mohd Isa (Bebas-Kunci)Zamani Ibrahim (Berjasa)Penyandang 2023: J Arul Kumar (PHDAP)/majoriti 10,889N11 LOBAKChew Seh Yong (PH-DAP)Dr P Kumar (PN-Pas/DHPP)Penyandang 2023: Chew Seh Yong (PHDAP)/majoriti 13,504N12 TEMIANGHo Weng Wah (PH-DAP)Leaw Kok Chan (BN-MCA)Fazly Hamid (Bersatu)Penyandang 2023: Ng Chin Tsai (PHDAP)/majoriti 3,068N13 SIKAMATNor Azman Mohamad (PH-PKR)Datuk Razali Abu Samah (PN-Wawasan)Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (Bersatu)Penyandang 2023: Datuk Seri Aminuddin Harun (PHPKR)/majoriti 2,662N14 AMPANGAN (kerusi panas)Datuk Muhammad Nazri Kassim (PH-PKR)Dr Rafie Abd Malek (PN-Pas)Noor'Azah Harun (Bersatu)Penyandang 2023: Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (PHPKR)/majoriti 329N15 JUASSEH (kerusi panas)Mohd Aidil Abdullah (PH-PKR)Datuk Ismail Lasim (BN-UMNO)Mohd Zuhaimi Md Yusof (Bersatu)Penyandang 2023: Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN-UMNO)/majoriti 78N16 SERI MENANTIMohd Kamarul Arifin Mohd Wafa (PH-PKR)Muhammad Sufian Maradzi (BN-UMNO)Datuk Seri Megat D Shahriman Datuk Zaharudin (Bersatu)Penyandang 2023: Muhammad Sufian Maradzi (BN-UMNO)/majoriti 370 undiN17 SENALINGMohd Hanis Mohd Alimin (PH-Amanah)Mohamad Qayyum Abd Jalil (BN-UMNO)Mohd Izaffi Istear Khan (Bersatu)Penyandang 2023: Datuk Ismail Lasim (BN-UMNO)/majoriti 662N18 PILAHDatuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (PH-PKR)Lisa Mat Yassin (BN-UMNO)Penyandang 2023: Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (PH-PKR)/majoriti 1,079N19 JOHOLMohd Zailan Mohd Munawar (PH-Amanah)Datuk Saiful Yazan Sulaiman (BN-UMNO)Penyandang 2023: Saiful Yazan Sulaiman (BN-UMNO)/majoriti 2,117N20 LABU (kerusi panas)Datuk Ahmad Faez Abdul Razak (PH-PKR)Siti Nur Umairah Hashim (BN-UMNO)Mohamad Hanifah Abu Baker (Bersatu)Penyandang 2023: Mohamad Hanifah Abu Baker (PNBersatu)/majoriti 1,640N21 BUKIT KEPAYANGNicolE Tan Lee Koon (PH-DAP)Lee Boon Shian (PN-Gerakan)Penyandang 2023: Nicole Tan Lee Koon (PHDAP)/majoriti 19,684N22 RAHANGSiau Meow Kong (PH-DAP)Yap Siok Moy (BN-MCA)Tang Jay Son (Bersatu-Bersekutu)S Tinagaran (PSM)Penyandang 2023: Siau Meow Kong (PHDAP)/majoriti 6,432N23 MAMBAULee Kai Yet (PH-DAP)Eric Michael (PN-Wawasan)Sarawanan Nagayah (Bersatu-Urimai)Penyandang 2023: Yap Yew Weng (PHDAP)/majoriti 14,940N24 SEREMBAN JAYAS Mugunthan (PH-DAP)T Rajagopalu (BN-MIC)Mahendran Ramasamy (Bersatu-Urimai)Penyandang 2023: P Gunasekaren (PHDAP)/majoriti 12,703N25 PAROIAhmad Shahir Mohd Shah (PH-Amanah)Kamarul Ridzuan Mohd Zin (PN-Pas)Mohd Nazree Mohd Yunus (Bersatu)Penyandang 2023: Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PNPas)/majoriti 5,539N26 CHEMBONGDanish Nazran Murad (PH-PKR)Datuk Zaifulbahri Idris (BN-UMNO)Penyandang 2023: Datuk Zaifulbahri Idris (BN-UMNO)/majoriti 4,335N27 RANTAUDr Azizul Hakim Mahdi (PH-PKR)Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-UMNO)Penyandang 2023: Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-UMNO)/majoriti 10,280N28 KOTAMuhammad Allif Ibrahim (PH-Amanah)Suhaimi Aini (BN-UMNO)Akmal Noradzmi Abd Rahim (Bersatu)Penyandang 2023: Suhaimi Aini (BN-UMNO)/majoriti 135N29 CHUAHDatuk Yew Boon Lye (PH-PKR)Pau Juoy Chin (BN-MCA)Penyandang 2023: Datuk Yew Boon Lye (PHPKR)/majoriti 6,298N30 LUKUTChoo Ken Hwa (PH-DAP)Sathes Kumar Nilameham (PN-MIPP)Ah Lee (Bebas-Kuda)Penyandang 2023: Choo Ken Hwa (PHDAP)/majoriti 10,135N31 BAGAN PINANGNasir Raman (PH-Amanah)Abd Fatah Zakaria (PN-Pas)Sheikh Junaidy Jamaludin (Bersatu)Penyandang 2023: Abdul Fatah Zakaria (PNPas)/majoriti 3,426N32 LINGGI (kerusi panas)Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-PKR)Datuk Mohd Faizal Ramli (BN-UMNO)Datuk Zamri Md Said (Bersatu)Penyandang 2023: Datuk Mohd Faizal Ramli (BN-UMNO)/majoriti 1,461N33 SRI TANJUNGDr G Rajasekaran (PH-PKR)A Achutan (BN-MIC)Leevineshwaraan (Bersatu-Bersekutu)Datuk A Saravanan (Bebas-Pokok)Islah Wahyudi Zainudin (Bebas-Perahu)Penyandang 2023: Dr Rajasekaran Gunnasekaran (PHPKR)/majoriti 3,996N34 GEMASSiti Aishah Seman@Othman (PH-PKR)Ridzuan Ahmad (PN-Wawasan)Azman Abdullah (Bersatu)Penyandang 2023: Ridzuan Ahmad (PNBersatu)/majoriti 3,120N35 GEMENCHEHDatuk Abd Latif A Tambi (PH-Amanah)Suhaimizan Bizar (BN-UMNO)Penyandang 2023: Suhaimizan Bizar (BN-UMNO)/majoriti 2,434N36 REPAHS Veerapan (PH-DAP)Koh Kim Swee (BN-MCA)Penyandang 2023: S Veerapan (PH-DAP)/majoriti 5,950PAKATAN HARAPAN (PH)PKR - 16DAP - 11Amanah - 9Total: 36BARISAN NASIONAL (BN)UMNO - 16MCA - 7MIC - 2Total: 25PERIKATAN NASIONAL (PN)Pas - 5Wawasan - 4Gerakan - 1MIPP - 1Total: 11PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)Bersatu - 22Urimai - 2Total: 24Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) - 1Parti Sosialis Malaysia (PSM) - 1Barisan Jamaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) - 1Bebas - 4JUMLAH KESELURUHAN: 103 CALON |
|
Semua Exco perlu jalan tanggungjawab dengan penuh integriti, dedikasi .. - Mygazette - 18/07 3:25 pm # Semua Exco perlu jalan tanggungjawab dengan penuh integriti, dedikasi - Tunku Ismail JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah mengingatkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang baharu agar sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, integriti serta keikhlasan |
|
Asyraf, Hadi, Fahmi, Nie Ching meriahkan hari penaamaan calon PRN N.... - Mygazette - 18/07 3:25 pm Tidak lama kemudian, Pengarah Komunikasi PH yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil hadir memberikan sokongan kepada empat calon PH yang bertanding di bawah Parlimen Jempol. Semua calon tersebut masing-masing akan bertanding di kerusi DUN Serting, Palong, Jeram Padang dan Bahau |
|
Prestasi Tok Min sandaran PH pikat pengundi PRN N. Sembilan – Fahmi - Mygazette - 18/07 3:25 pm Terkini ada satu pelabuhan baharu yang akan dibina dan pelaburan-pelaburan seperti ini akan mewujudkan peluang pekerjaan tambahan, katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri proses penamaan calon di bawah Parlimen Jempol, iaitu Serting, Palong, Jeram Padang dan Bahau di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, pagi tadi |
|
Pengalaman 20 tahun jadi sandaran Manivannan tawan Jeram Padang - Mygazette - 18/07 3:25 pm # Pengalaman 20 tahun jadi sandaran Manivannan tawan Jeram Padang JEMPOL Pengalaman hampir dua dekad dalam politik menjadi sandaran calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G |
|
TNB anjur Kejohanan Bola Sepak TNB-Media sempena Piala Dunia FIFA 2026 - Kosmo - 18/07 3:23 pm PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak TNB-Media sempena Piala Dunia FIFA 2026 di Padang Kilat, Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar di sini hari ini |
|
Bang Mat... kali ini kita menang!" - Wrlr - 18/07 1:59 pm Itulah ayat pertama yang Bang Mat dengar sebaik sahaja tiba di hadapan Dewan Majlis Daerah Jelebu bagi memberikan sokongan kepada calon HARAPAN DUN Klawang, Bakri Sawir |
|
N9 polls: PH banks on Aminuddin's administration record - Sinardaily - 18/07 1:32 pm JEMPOL - The performance record of Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun since 2018 has become one of Pakatan Harapans (PH) key campaign focuses in the state election.PH Communications Director Datuk Seri Fahmi Fadzil said Aminuddins administration had achieved several successes during the period, including increased zakat collection, state revenue and new investments entering the state.We have seen that Datuk Seri Aminuddin Haruns administration performance from 2018 until now has been very good. Zakat collection has increased, state revenue has grown and investments have come in.Most recently, there will be a new port developed and investments like this will create additional job opportunities, he told reporters outside the nomination centre at the Jempol District and Land Office Hall here on Saturday.Fahmi said employment opportunities remained among the key issues frequently raised, particularly by young people in areas such as Jempol and Jeram Padang.He said PH candidates would bring hope to youths through job opportunities expected to emerge from the states economic growth.Meanwhile, he urged all parties, including social media users, to conduct healthy campaigning throughout the election period by avoiding the spread of slander, fake news and issues related to the 3Rs (race, religion and royalty).He also hoped media coverage of all candidates would be carried out fairly, while the welfare of media personnel would continue to be monitored throughout the campaign period.We will campaign in a healthy manner, focus on performance and avoid campaigns filled with insults and slander, as that is unhealthy for our countrys democracy, he said.In Jempol, four DUN seats are expected to draw attention, namely N05 Serting, N06 Palong, N07 Jeram Padang and N08 Bahau.For Serting, a three-cornered contest will see incumbent Fairuz Isa (PN) challenged by Yaacob Mahmood (PH) and Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (Bersatu).Palong will also witness a three-way contest involving incumbent Datuk Mustapha Nagoor (BN), Zahin Zinal Abidin (PH) and Rebin Birham (Bersatu).Meanwhile, Jeram Padang will see a four-cornered fight between incumbent Datuk Zaidy Abdul Kadir (BN), G Manivannan (PH), R Sri Sanjeevan (Bersatu) and Dayana Dal from Parti Orang Asli Malaysia (ASLI).Bahau, meanwhile, will feature a straight fight between incumbent Teo Kok Seong (PH) and Chong Fui Ming (BN). |
|
One seat, four candidates: Jeram Padang stands out in Negeri Sembilan polls as only four-way clash - Malaymail - 18/07 1:27 pm JEMPOL, July 18 Jeram Padang is the only seat in the Jempol state constituency to witness a four-cornered contes... |
|
Dakwaan keahlian Bersatu dalam PN gugur akan diteliti selepas PRN - Sinarharian - 18/07 1:14 pm SHAH ALAM - Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) didakwa boleh dianggap gugur susulan tindakan meletakkan calon yang bertanding menentang parti komponen gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, mengikut konvensyen, tindakan Bersatu itu menyebabkan keahlian parti berkenaan dalam PN tergugur, namun perkara tersebut masih perlu diteliti terlebih dahulu dari sudut perlembagaan parti.Beliau berkata, buat masa ini keutamaan adalah menyelesaikan urusan berkaitan PRN terlebih dahulu, manakala isu berkenaan dijangka hanya akan dibincangkan selepas pilihan raya selesai."Difahamkan Bersatu meletakkan calonnya menentang Perikatan Nasional sekurang-kurangnya di lapan kerusi."Mengikut konvensyen, dengan demikian tergugurlah keahlian Bersatu dalam Perikatan Nasional, namun begitu, hal ini perlu diteliti dari sudut perlembagaan parti terlebih dahulu," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN:Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN ChennahSinar Harian pada Jumaat melaporkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan bertanding sebanyak 24 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.Berdasarkan agihan kerusi itu, Bersatu meletakkan calon di 22 kerusi termasuk empat calon daripada Sayap Bersekutu Bersatu (Bersekutu) di Jeram Padang, Nilai, Rahang dan Sri Tanjung.Bersatu turut memutuskan untuk bertanding menggunakan logo sendiri.Bagaimanapun, Annuar Musa berkata, buat masa ini, tumpuan adalah untuk menyelesaikan urusan PRN terlebih dahulu."Mungkin akan hanya dibincangkan selepas pilihan raya."Penyertaan Bersatu dalam situasi itu hanya memberi keuntungan kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH), kita serah kepada rakyat untuk menilainya," katanya. |
|
PRN Negeri Sembilan: Ahmad Shahir akui misi tawan semula Paroi bukan mudah - Sinarharian - 18/07 1:04 pm REMBAU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Ahmad Shahir Mohd Shah mengakui percubaan pertamanya dalam pilihan raya cukup mendebarkan, lebih-lebih lagi apabila diberikan misi besar untuk menawan semula kerusi berkenaan.Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini, pencalonan tersebut merupakan satu amanah berat daripada parti, namun beliau yakin sokongan ahli serta kekuatan jentera mampu membantu PH mendekati pengundi di seluruh kawasan Paroi."Memang mendebarkan kerana ini kali pertama saya bertanding |
|
'Sangkakan lampu LED, rupanya...' - Sinarharian - 18/07 12:45 am SHAH ALAM Seorang pengguna media sosial berkongsi detik mengejutkan apabila objek yang pada mulanya disangka cahaya lampu diod pemancar cahaya (LED) di atas tanah sebenarnya dua ekor ular yang sedang bergelut.Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads oleh pengguna @mhdam.rl, individu terbabit berkata, cahaya berkelip yang menarik perhatiannya itu kelihatan seakan-akan lampu LED sebelum dia menyedari ia berpunca daripada pergerakan dua ekor ular.Menurutnya, kedua-dua reptilia tersebut dilihat saling bergelut sambil berpusing di atas lantai, sekali gus mencetuskan suasana yang mengejutkan."Pada mulanya saya ingat cahaya daripada lampu LED, rupa-rupanya dua ekor ular sedang bergaduh sambil berpusing," katanya menerusi hantaran berkenaan.Perkongsian itu pantas tular apabila meraih lebih tiga juta tontonan dalam tempoh beberapa jam, selain menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.Rata-rata netizen mengakui mereka juga pada mulanya menyangka objek yang dilihat dalam video tersebut ialah cahaya lampu LED."Memang nampak macam lampu LED, saya siap nak cari suis untuk tutup," tulis seorang pengguna.Seorang lagi pengguna pula berseloroh dengan membandingkan situasi itu dengan permainan zaman kanak-kanak di padang sekolah kerana pergerakan kedua-dua ular tersebut yang berpusing-pusing.Seorang pengguna lain turut mengakui hanya menyedari terdapat dua ekor ular selepas melihat video itu beberapa kali kerana cahaya yang dipantulkan membuatkan pandangannya keliru. |
|
N9 polls: Jeram Padang draws four-cornered fight - Sinardaily - 18/07 12:44 am JEMPOL - Jeram Padang is the only seat in the Jempol state constituency to witness a four-cornered contest in the 16th Negeri Sembilan State Election, with Serting and Palong seeing three-cornered contests and Bahau set for a straight fight.Returning officer Amino Agos Suyub announced the four-cornered contest in Jeram Padang after the nomination process at the Jempol District and Land Office Hall ended at 10 am today.The Jeram Padang state seat will see Pakatan Harapan (PH) candidate G |
|
PRN Negeri Sembilan: Rekod pentadbiran Aminuddin jadi taruhan PH - Sinarharian - 18/07 12:40 am JEMPOL - Prestasi pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sejak 2018 menjadi antara fokus kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sepanjang tempoh tersebut, banyak kejayaan Aminuddin dapat dilihat termasuk peningkatan kutipan zakat, hasil negeri dan kemasukan pelaburan baharu."Kita lihat prestasi pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun sejak 2018 hingga sekarang merupakan prestasi yang sangat baik. Kita lihat kutipan zakat meningkat, kutipan hasil bagi negeri meningkat dan pelaburan masuk."Terkini ada satu pelabuhan baharu yang akan dibina dan pelaburan seperti ini akan mewujudkan peluang pekerjaan tambahan," katanya ketika ditemui di luar pusat penamaan calon di Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongFahmi berkata, isu peluang pekerjaan antara perkara utama yang sering dibincangkan khususnya oleh anak muda di kawasan seperti Jempol dan Jeram Padang.Katanya, calon PH akan membawa harapan kepada golongan muda menerusi peluang pekerjaan yang dijangka terhasil daripada perkembangan ekonomi negeri.Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak termasuk pengguna media sosial supaya berkempen secara sihat sepanjang tempoh PRN dengan mengelakkan penyebaran fitnah, berita palsu dan perkara berunsur 3R.Ujarnya, liputan terhadap semua calon juga diharap dapat dilakukan dengan baik selain kebajikan petugas media akan terus dipantau sepanjang tempoh kempen."Kita akan berkempen dengan sihat, kita akan lihat kepada prestasi dan elak daripada kempen mencaci, fitnah itu tidak sihat untuk demokrasi negara kita," katanya.Di Jempol, empat DUN menjadi tumpuan iaitu N05 Serting, N06 Palong, N07 Jeram Padang dan N08 Bahau.ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN ChennahBagi DUN Serting, pertandingan tiga penjuru berlaku antara penyandangnya, Fairuz Isa (PN) yang dicabar Yaacob Mahmood (PH) dan Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (Bersatu).DUN Palong juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandang, Datuk Mustapha Nagoor (BN), Zahin Zinal Abidin (PH) dan Rebin Birham (Bersatu).Sementara itu, DUN Jeram Padang pula menyaksikan persaingan empat penjuru antara penyandang, Datuk Zaidy Abdul Kadir (BN), G Manivannan (PH), R Sri Sanjeevan (Bersatu) dan Dayana Dal daripada Parti Orang Asli Malaysia (ASLI).Manakala DUN Bahau pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya, Teo Kok Seong (PH) dan Chong Fui Ming (BN). |
|
Ex-PKR MP, Bersatu non-Malay chief in 4-way Jeram Padang fight - FMT - 18/07 11:43 am Meanwhile, there will be three-cornered contests in Serting and Palong, which were both won by marginal majorities in 2023. |
|
PRN N Sembilan: 4 penjuru di Jeram Padang, 1 lawan 1 di Bahau - FMT - 18/07 11:25 am DUN Serting dan Palong pula masing-masing menyaksikan pertandingkan tiga penjuru antara BN, PH dan Bersatu. |
|
Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan - Sinarharian - 18/07 10:44 am REMBAU -Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan ke pusat penamaan calon (PPC) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada Sabtu.Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO tiba bersama Mohamad pada 8.40pagidi PPC di Dewan Seri Rembau bagi menyerahkan borang pencalonan untuk bertandingkerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangsejak 2004.Kesemua lapan PPC bagi PRN Negeri Sembilan mula dibuka serentak pada 9 pagi dan akan ditutup sejam kemudian.Di Port Dickson, Setiausaha Agung BN, yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry AbdKadir mengiringi Datuk Mohd Faizal Ramli yang bertanding di DUN Linggi manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani mengiringiSuhaimizan Bizar yang bertanding di DUN Gemencheh, Tampin.Sementara itu,Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula mengiringi tiga calon BN iaitu Datuk Mustapha Nagoor, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dan Chong Fui Mingyang bertanding dikerusi DUN Palong, Jeram Padang dan Bahau di Jempol.Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awang pula mengiringi calonnya, Mohd Fairuz Mohd Isa yang bertanding di DUN Serting, manakala Presiden Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Rashid Ka mengiringi calonnya Dayana Dal yang bertanding di DUN Jeram Padang, Jempol.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, manakala pengundian awal pada 28 Julai.DUN Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi pada 5 Jun lepas selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir |
|
Agro Penjaja-i bantu lebih ramai penjaja, peniaga kecil - Sinarharian - 18/07 10:36 am KUALA LUMPUR Lebih ramai penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara bakal menikmati akses pembiayaan, latihan keusahawanan serta kemudahan digital menerusi inisiatif Agro Penjaja-i.Inisiatif itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Agrobank dan Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM).Kerjasama tersebut bertujuan memperluaskan manfaat inisiatif berkenaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil serta menyokong pertumbuhan perniagaan mereka serta merancakkan ekonomi setempat.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, masih ramai penjaja dan peniaga kecil mempunyai perniagaan berdaya maju, namun berdepan kekangan dari segi modal, pengurusan kewangan dan penggunaan kemudahan digital.Beliau berkata, kerjasama strategik ini menjadi langkah penting bagi Agrobank dan GPPPKMM untuk berganding bahu dalam memperkukuh sokongan kepada mereka melalui akses kewangan yang lebih inklusif dan membantu mengembangkan perniagaan dan menyumbang kepada ekonomi setempat."Bagi penjaja dan peniaga kecil, pembiayaan sahaja tidak mencukupi, mereka juga memerlukan pengetahuan untuk mengurus kewangan, bimbingan keusahawanan dan kemudahan digital yang praktikal."Oleh itu, Agro Penjaja-i menggabungkan sokongan tersebut ke arah perniagaan yang lebih mampan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agrobank dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) di sini pada Jumaat.Katanya, Agro Penjaja-i menawarkan pelbagai kemudahan termasuk Skim Pembiayaan Mikro sehingga RM100,000, Kemudahan Kredit Cashline-i sehingga RM5,000 serta pembiayaan Ar-Rahnu sehingga RM300,000 dengan kadar keuntungan istimewa dan laluan khas."Peserta turut menikmati latihan percuma secara fizikal dan dalam talian menerusi program Celik Kewangan serta Celik Usahawan."Selain itu, peserta turut menerima bimbingan selama tiga bulan, khidmat nasihat pensijilan halal dan pakej DuitNow QR SoundBox pada kadar istimewa," katanya.Menurutnya, sejak diperkenalkan pada Mei lalu, Agro Penjaja-i merekodkan deposit AgroSaudagar melebihi RM1 juta membabitkan 488 akaun."Dalam tempoh sama, sebanyak 370 pendaftaran perbankan digital Agrobank dan 311 pengaktifan DuitNow QR Agrobank berjaya direkodkan."Kemudahan itu turut mencatatkan 14,248 transaksi bernilai lebih RM200,000, selain 82 unit QR SoundBox diagihkan kepada penjaja, dari aspek pembiayaan mikro pula, sebanyak 70 akaun pembiayaan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM2 juta," katanya.Jelasnya, Agrobank turut mempergiatkan pendekatan turun padang menerusi Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA yang telah melaksanakan 10 sesi libat urus di pasar tani terpilih di seluruh negara."Hasil sesi berkenaan, Agrobank menerima 274 permohonan pembiayaan mikro dengan nilai keseluruhan RM10.6 juta."Kerjasama dengan persatuan, agensi dan rakan strategik akan terus diperkukuh bagi memperluas manfaat pembiayaan serta pembangunan perniagaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara," katanya. |
|
Pemimpin PH iringi calon bertanding PRN Negeri Sembilan - Sinarharian - 18/07 9:54 am SEREMBAN -Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mengiringi calon parti berkenaan menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.Di Jelebu,Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fookhadir ke pusat penamaan calon (PPC) diDewan Besar Kuala Klawang pada 8.30 pagi untukbertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.Beliau yang juga Menteri Pengangkutan diiringiPengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo;Penasihat DAP Lim Guan Eng danPresiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.Di Jempol, Ketua Wanita DAP yang juga Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengiringi calon PH bagi DUN Bahau Teo Kok Seong.Beliau tiba di PPCdi Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol pada 8.30 pagi.Turut sama, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil yang tiba di PPCdi PDTJempol pada 8.55 pagi ini.Fahmi yang juga Menteri Komunikasimengiringi empat calonPHyang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting, Palong, Jeram Padang dan Bahau, yang kesemuanya berada di bawah Parlimen Jempol.CalonPHbagi DUN Bahau ialah Teo Kok Seong yang merupakan penyandang kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, manakala tiga lagi ialah muka baharu, iaitu Yaacob Mahmood (Serting), Muhammad Zahin Zinal Abidin (Palong) dan Manivanan Gowin (Jeram Padang).Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tiba di Pusat Penamaan Calon di Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson pada kira-kira 8.30 pagi.PengerusiPHNegeri Sembilan yang akan bertanding di kerusi DUN Linggi itu diiringi Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh;Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi.Turut tiba ialah penyandang DUN Chuah, Yew Boon Lye, penyandang DUN Lukut, Choo Ken Hwa dan Dr G Rajassekaran yang akan mempertahankan kerusi DUN Sri Tanjung.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven, Sim Chee Keong tiba di pusat penamaan calon di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 8.30 pagi bagi mengiringi enam calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding pada pilihan raya ini.Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Naib Presiden PKR, Datuk Seri R |
|
Padang MetLife cetus kebimbangan - Utusan - 18/07 8:00 am EAST RUTHERFORD: Permukaan padang Stadium MetLife di New York dijangka memainkan peranan besar dalam menentukan siapa bakal menjulang trofi Piala Dunia 2026 pada final antara Sepanyol dan Argentina, Isnin ini |
|
Fokus utama pastikan BN menang di Negeri Sembilan - Pemuda MCA - Sinarharian - 17/07 6:56 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon menegaskan fokus utama parti ketika ini ialah memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat.Menurut beliau, sebarang pendekatan diambil termasuk kerjasama perlu berlandaskan matlamat untuk membentuk sebuah kerajaan yang mampu menjamin kestabilan politik, memacu pertumbuhan ekonomi serta menjaga kebajikan semua lapisan masyarakat.Ini kerana katanya, suara dan kepentingan rakyat Negeri Sembilan perlu menjadi keutamaan."Pemuda MCA akan terus memainkan peranan sebagai barisan hadapan parti |
|
Senarai penuh calon Bersatu di PRN Negeri Sembilan - Sinarharian - 17/07 6:47 pm SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat mengumumkan senarai calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, dengan proses penamaan calon dijadual berlangsung Sabtu.Sebanyak 24 kerusi akan ditandingi Bersatu pada PRN Negeri Sembilan kali ini, membabitkan DUN Labu, Sikamat, Jeram Padang, Serting, Juasseh, Paroi, Ampangan, Klawang, Pertang, Sungai Lui, Palong, Lenggeng, Nilai, Temiang, Seri Menanti, Senaling, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Kota, Bagan Pinang, Linggi, Sri Tanjung dan Gemas.Berikut ialah nama calon dan kawasan DUN mengikut susunan seperti dalam poster:1 |
|
Negeri Sembilan polls: Tun Faisal among Bersatu's 24 candidates - Sinardaily - 17/07 5:56 pm SEREMBAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) information chief Datuk Tun Faisal Ismail Aziz is among 24 candidates fielded by the party for the Negeri Sembilan state election on Aug 1.He was announced as the candidate for the Sikamat State Legislative Assembly seat, marking his first electoral contest in Negeri Sembilan.The full list of candidates was announced by Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin during the party's election machinery launch and candidate announcement ceremony in Nilai on Friday.Negeri Sembilan Bersatu chairman Hanifah Abu Bakar has been entrusted to defend the Labu DUN seat.Meanwhile, Bersatu associate wing chief R. Sri Sanjeevan and former Seremban Umno Youth chief Zool Amali Hussein have also been selected to contest for the first time, in Jeram Padang and Lenggeng respectively. |
|
PRN Negeri Sembilan: Tun Faisal antara 24 calon Bersatu - Sinarharian - 17/07 5:30 pm SEREMBAN - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz antara 24 calon dipertaruhkan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.Beliau diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dan merupakan penampilan pertamanya di Negeri Sembilan.Pengumuman kesemua calon dibuat oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Bersatu di Nilai pada Jumaat.Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Bakar terus diberi kepercayaan mempertahankan DUN Labu.Selain itu, Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, R Sri Sanjeevan dan bekas Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussein masing-masing turut diberi kepercayaan bertanding buat pertama kali masing-masing di DUN Jeram Padang dan Lenggeng. |
|
Amanah kini berada di persimpangan - Mat Sabu - Sinarharian - 17/07 5:14 pm SHAH ALAM Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan masa depan Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, BN Johor mengumumkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebaik sahaja DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu.Menurutnya, perkembangan di Negeri Sembilan turut mencetuskan persoalan apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, sekali gus membuka ruang kepada kemungkinan kerjasama dengan ADUN pembangkang, termasuk Pas, bagi mengambil alih kerajaan negeri.Katanya, menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN) semakin jelas apabila kedua-duanya saling melengkapi agihan 36 kerusi DUN yang akan dipertandingkan, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan Perpaduan akan terus dipelihara atau sebaliknya."Saya yang mendukung Kerajaan Perpaduan dan Parti Amanah Negara yang berdiri teguh dalam membentuk kerajaan ini, kini berada di persimpangan."Apakah Kerajaan Perpaduan ini akan terus dipelihara ataupun yang sebaliknya akan berlaku?" katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.Mohamad berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022, tiada mana-mana gabungan memperoleh majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.Beliau mengakui tidak pernah menyangka BN yang sekian lama menjadi musuh politik Pakatan Harapan (PH) akhirnya bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan.Beliau turut mengakui pada peringkat awal tertanya-tanya bagaimana untuk bekerjasama dengan UMNO memandangkan beliau sendiri pernah berada dalam Pas, namun perubahan pemikiran dan tindakan perlu dilakukan."Ujian pertama kerjasama itu berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram susulan pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub," katanya.Katanya lagi, beliau kagum dengan kerjasama yang ditunjukkan UMNO dan BN apabila semua pihak berkempen, makan dan bergerak bersama bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan serta Kerajaan Perpaduan di Simpang Jeram dan Pulai.Beliau berkata, hubungan itu terus diperkukuh dalam beberapa siri PRK selepas itu, termasuk di Pelangai apabila PH bersama-sama membantu memenangkan calon UMNO dan BN."Kerjasama sama turut diteruskan pada PRK Kuala Kubu Baharu apabila buat pertama kali pemimpin UMNO dan BN turun membantu memenangkan calon DAP, diikuti PRK Sungai Bakap yang menyaksikan kerjasama Kerajaan Perpaduan kekal utuh meskipun tewas," katanya.Katanya, pada PRK Nenggiri pula, PH bertungkus-lumus membantu kemenangan calon UMNO dan BN sehingga kerusi itu berjaya dirampas untuk Kerajaan Perpaduan.Beliau berkata, situasi sama berlaku pada PRK Mahkota apabila perselisihan awal mengenai parti yang akan bertanding berjaya diselesaikan sebelum PH bekerja keras membantu kemenangan calon UMNO dan BN dengan majoriti besar.Menurutnya, kerjasama itu diteruskan pada PRK Ayer Kuning apabila PH sekali lagi berganding bahu dengan BN bagi memastikan kemenangan calon UMNO dan BN."Begitulah eratnya perpaduan yang telah dibentuk |
|
Program MADANI Kita Dekatkan Kerajaan Dengan Rakyat, Salur Lebih RM900,000 Kepada Komuniti - Dr Taufiq - Siakapkeli - 17/07 4:52 pm Program MADANI Kita di Padang Awam Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani menjadi platform mendekatkan kerajaan dengan rakyat, kata Dr Mohammed Taufiq Johari |
|
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 9 malam ini - Mygazette - 17/07 8:02 am # Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 9 malam ini KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan hingga 9 malam ini |
|
PRN N. Sembilan: PSM, ASLI tanding di Jeram Padang dan Rahang - Mygazette - 17/07 8:02 am # PRN N. Sembilan: PSM, ASLI tanding di Jeram Padang dan Rahang SEREMBAN - Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mengumumkan calon masing-masing bagi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 |
|
Serangan DAPSY makan diri, ramai netizen Cina pertahan ADUN Duyong .. - Mygazette - 17/07 8:02 am # Serangan DAPSY makan diri, ramai netizen Cina pertahan ADUN Duyong dengan bukti MELAKA Cubaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kota Melaka mengkritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berhubung isu banjir kilat mengundang reaksi mengejutkan apabila ramai masyarakat Cina tampil mempertahankan wakil rakyat itu dengan pelbagai bukti |
|
Jelajah Aspirasi Pahang 1st tukar cara kerja konvensional - Kosmo - 17/07 6:23 am LIPIS Pendekatan turun padang menerusi Jelajah Aspirasi Pahang 1st 2026 dilihat mampu mengubah cara kerja konvensional apabila masalah rakyat dapat dilihat sendiri oleh barisan kepimpinan negeri tanpa bergantung semata-mata kepada laporan di atas kertas |
|
MB, exco turun padang jayakan Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st - Kosmo - 17/07 6:19 am LIPIS Tidak hanya sekadar menerima dan mendengar laporan tetapi barisan kepimpinan kerajaan negeri Pahang yang diketuai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bertindak proaktif turun padang melihat sendiri segala isu masyarakat seterusnya mencari jalan penyelesaian |
|
Bellingham Dedahkan Apa Sebenarnya Dia Dan Messi Katakan Dalam Insiden Tegang Mereka - Vocket - 16/07 11:33 pm Jude Bellingham tampil menjelaskan detik tegang yang berlaku antara dirinya dan Lionel Messi dalam separuh akhir Piala Dunia, selepas perbualan mereka di atas padang mencuri.. |
|
Tiga faktor kejayaan Sepanyol melangkah ke final Piala Dunia - Sinarharian - 16/07 8:40 pm SEPANYOL akan memburu kejuaraan Piala Dunia kedua pada Ahad, 16 tahun selepas menjulang trofi sulung, apabila menentang Argentina pada perlawanan akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Namun, perjalanan mereka ke pentas final jauh berbeza daripada kempen pasukan lain yang banyak bergantung kepada pemain bintang sepanjang kejohanan ini.Ketika kebanyakan pasukan mengharapkan pemain ternama untuk membawa mereka mara, juara Eropah itu berjaya melangkah ke final menerusi kekuatan berpasukan yang mencerminkan identiti permainan mereka.Berikut ialah tiga faktor utama kejayaan Sepanyol, menurut dpa.Tiada pemain Sepanyol yang menerima perhatian lebih besar daripada penyokong dan media berbanding Lamine Yamal.Pemain berusia 19 tahun itu, yang menyambut ulang tahunnya sehari sebelum kemenangan 2-0 ke atas Perancis pada separuh akhir dan kemudian meraikannya dengan membantu Sepanyol melangkah ke final di New Jersey, merupakan bintang terbesar pasukan itu.Namun, pengaruhnya tidaklah sebesar Lionel Messi bersama Argentina, Harry Kane dan Jude Bellingham bersama England, Erling Haaland bersama Norway atau Kylian Mbappe, Michael Olise dan Ousmane Dembele bersama Perancis."Kami menentang antara pasukan kebangsaan terbaik, tetapi mereka berdepan pasukan terbaik |
|
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri - Sinarharian - 16/07 7:50 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan hingga 9 malam ini.MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas ialah Perlis, Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).Amaran sama turut dikeluarkan di Kuala Lumpur, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling) serta Johor (Kulai dan Johor Bahru).Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).Sementara itu di Sarawak, cuaca sama dijangka melanda Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri dan Limbang.Labuanturut berada di bawah amaran berkenaan |
|
PSMs Cikgu Tina to contest Rahang in Negeri Sembilan polls - FMT - 16/07 6:04 pm Parti Orang Asli Malaysia also names Dayana Dal as its candidate for the Jeram Padang seat. |
|
PSM tanding Rahang, Asli di Jeram Padang - FMT - 16/07 5:23 pm PSM dan Asli masing-masing sasar satu kerusi pada PRN Negeri Sembilan. |
|
PRN N Sembilan: PSM, Asli tanding di Jeram Padang dan Rahang - Mkini - 16/07 5:17 pm Presiden Asli Rashid Ka berkata parti itu menamakan Dayana Dal, 40, bertanding di kerusi DUN Jeram Padang. |
|
Negeri Sembilan polls: Asli, PSM enter fray; Muda opts out - Sinardaily - 16/07 5:04 pm SEREMBAN - Parti Orang Asli Malaysia (Asli) and Parti Sosialis Malaysia (PSM) today announced their respective candidates for two state seats in the upcoming Negeri Sembilan state election.Asli president Rashid Ka told reporters that the party had named Dayana Dal, 40, as its candidate for the Jeram Padang seat.Meanwhile, PSM deputy chairman S |
|
PRN Negeri Sembilan: ASLI umum bertanding DUN Jeram Padang, PSM di Rahang - Sinarharian - 16/07 4:49 pm SEREMBAN - Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini dengan mempertaruhkan seorang calon wanita di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang.Perkara itu diumumkan oleh Presiden ASLI, Rashid Ka dalam satu majlis diadakan bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia(MUDA) di sini pada Khamis.Menurut beliau, penyertaan tersebut merupakan kali kedua parti itu bertanding dalam pilihan raya selepas pertama kali mencuba nasib pada PRN Johor baru-baru ini."Calon yang dipilih merupakan seorang ibu yang juga suri rumah dari Kampung Orang Asli Jeram Padang."Kita memilih calon wanita kerana dia berani tampil ke hadapan untuk menyahut cabaran parti bertanding pilihan raya di Negeri Sembilan," katanya.Jelas beliau, matlamat utama ASLI bertanding adalah bagi memastikan suara masyarakat Orang Asli dapat diwakili di peringkat negeri.ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada MelakaSokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin'Formula Johor' boleh jadi resipi BNTambahnya, sekiranya calon daripada parti terbabit diberi mandat, mereka bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengurus tadbir."Kita merasakan terpanggil memandangkan rata-rata masyarakat Orang Asli berdepan isu tanah adat yang dirampas dan diceroboh dari semasa ke semasa."Sekiranya calon parti kami menang, saya yakin beliau mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di Jeram Padang serta seluruh masyarakat pelbagai kaum secara adil dan saksama," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN' - AminuddinDAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PHJangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PMPRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di LinggiSementara itu, Dayana Dal, 40, yang merupakan Suku Semelai berkata, tujuannya bertanding adalah untuk menempatkan diri dalam DUN kerana secara tidak langsung boleh membuka mata masyarakat luar terhadap Orang Asli."Saya juga mahu membawa suara-suara masyarakat Orang Asli ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.Dalam pada itu, PSM mengumumkan akan bertanding di DUN Rahang dengan menampilkan setiausaha parti itu di Negeri Sembilan sebagai calon.S Tinagaran yang berusia 49 tahun dan merupakan seorang guru tuisyen pernah bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada tahun 2023, namun tewas dengan Timbalan Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan yang menang dengan majoriti 19,897 undi.Dalam pertembungan empat penjuru itu, beliau hanya memperoleh 779 undi. |
|
Kemenangan besar di PRN Johor beri isyarat positif kepada BN - Mahdzir - Sinarharian - 16/07 3:24 pm KUALA NERANG Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai isyarat positif kepada parti itu untuk terus mengorak langkah menghadapi cabaran politik akan datang khususnya PRN Negeri Sembilan.Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan yang memihak kepada BN itu membuktikan rakyat kembali memberikan kepercayaan kepada gabungan berkenaan untuk menerajui pentadbiran negeri.Menurutnya, sokongan yang diterima bukan sahaja datang daripada pengundi Melayu, malah turut melibatkan masyarakat Cina, India dan Orang Asli."Kepercayaan ini bukan sahaja daripada orang Melayu tetapi juga dalam kalangan masyarakat Cina, India dan Orang Asli."Saya yakin perkara sama akan berlaku di Negeri Sembilan kerana rakyat sedang mencari keyakinan terhadap kepimpinan yang mampu mentadbir," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada MelakaSokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin'Formula Johor' boleh jadi resipi BNBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyerahan Geran Hak Milik dan Program Semarak Kasih Komuniti Desa KEDA Daerah Padang Terap di KEDA Semeliang, di sini pada Khamis.Mengulas persiapan menghadapi PRN Negeri Sembilan, Mahdzir berkata, tumpuan BN ketika ini adalah sepenuhnya kepada negeri itu selepas pengumuman sebahagian calon yang akan bertanding.Katanya, setakat ini BN telah mengumumkan 25 calon membabitkan UMNO, MCA dan MIC, manakala baki calon akan diumumkan kemudian termasuk melibatkan kerjasama dengan rakan baharu."Seperti diumumkan semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengumumkan calon daripada UMNO, MCA dan MIC."Baki calon pula disebut sebagai rakan baharu |
|
Kemenangan BN di Johor suntik semangat hadapi PRN Negeri Sembilan - Mahdzir - Sinarharian - 16/07 3:24 pm KUALA NERANG - [DIKEMAS KINI] Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mampu menjadi suntikan semangat baharu kepada parti itu untuk menghadapi cabaran politik seterusnya di PRN Negeri Sembilan.Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan pilihan raya di Johor membuktikan rakyat kembali meletakkan keyakinan kepada BN untuk menerajui pentadbiran negeri.Menurutnya, sokongan yang diterima bukan sahaja datang daripada pengundi Melayu, malah turut melibatkan masyarakat Cina, India dan Orang Asli."Saya yakin perkara sama akan berlaku di Negeri Sembilan kerana rakyat sedang mencari keyakinan terhadap kepimpinan yang mampu mentadbir," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyerahan Geran Hak Milik dan Program Semarak Kasih Komuniti Desa KEDA Daerah Padang Terap di KEDA Semeliang, di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada MelakaSokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin'Formula Johor' boleh jadi resipi BNMengulas persiapan menghadapi PRN Negeri Sembilan, Mahdzir berkata, tumpuan BN kini terarah sepenuhnya kepada negeri berkenaan selepas parti itu mengumumkan sebahagian calon yang akan bertanding.Katanya, setakat ini BN telah mengumumkan 25 calon terdiri daripada wakil UMNO, MCA dan MIC, manakala baki calon akan diumumkan kemudian termasuk membabitkan kerjasama dengan rakan baharu."Seperti diumumkan semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengumumkan calon daripada UMNO, MCA dan MIC."Baki calon pula disebut sebagai rakan baharu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |