| /// |
|
| Search : Jemaah Menteri News | Page 1 |
|
Fadhlina mahu penyebar fitnah KPM adakan program di gereja tampil mohon .. - Mgazette - 14/03 8:06 am # Fadhlina mahu penyebar fitnah KPM adakan program di gereja tampil mohon maaf SEBERANG JAYA - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menggesa pihak yang menyebarkan fitnah kononnya sesi libat urus bersama pemegang taruh tadika swasta diadakan di dalam gereja tampil membuat permohonan maaf |
|
Guna aplikasi TuJu rancang perjalanan balik raya – Ahmad - Mgazette - 14/03 8:06 am # Guna aplikasi TuJu rancang perjalanan balik raya - Ahmad BATU PAHAT - Aplikasi TuJu yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) membantu orang ramai untuk balik bercuti kerana mempunyai banyak informasi berkaitan jalan yang bakal dilalui |
|
PKR tidak pernah berganjak daripada prinsipnya – Anwar - Mgazette - 14/03 8:06 am # PKR tidak pernah berganjak daripada prinsipnya - Anwar KUALA LUMPUR - PKR tidak pernah berganjak daripada prinsip bahawa kemajuan negara mesti dinikmati semua dan tidak hanya berlegar dalam kalangan elit semata, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Mesyuarat UMNO Johor bincang isu Hishammuddin, Maulizan esok - Mgazette - 14/03 8:06 am # Mesyuarat UMNO Johor bincang isu Hishammuddin, Maulizan esok JOHOR BAHRU - Isu kesediaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kembali ke pangkuan parti dan gesaan tarik balik penggantungan Datuk Maulizan Bujang dijangka menjadi perkara utama dalam Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor esok Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan melihat isu yang membabitkan Naib Presiden UMNO dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau itu menjadi keutamaan untuk dibangkitkan |
|
Pemuda MCA persoal siasatan terhadap ahli akademik UIAM - Mgazette - 14/03 8:06 am # Pemuda MCA persoal siasatan terhadap ahli akademik UIAM KUALA LUMPUR Pemuda MCA menzahirkan solidariti terhadap pelajar dan ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta mempersoalkan tindakan polis memanggil seorang pensyarah kanan universiti itu untuk disoal siasat |
|
Miti akan jelaskan dakwaan lebihan kapasiti, buruh paksa - FMT - 14/03 6:27 am Menteri Johari Abdul Ghani berkata dakwaan tidak semestinya bermaksud Malaysia melakukan amalan lambakan terhadap produk dieksport ke Amerika Syarikat. |
|
Malaysia akan beri penjelasan kepada AS isu lebihan kapasiti, buruh paksa - Kosmo - 14/03 5:28 am KUALA LUMPUR Malaysia akan memberikan penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan lebihan kapasiti pengeluaran serta penggunaan buruh paksa yang menjadi antara isu dalam siasatan di bawah Seksyen 301 negara itu |
|
PKR teguh prinsip kemajuan negara untuk semua, bukan hanya golongan elit - Anwar - Sinarharian - 13/03 11:55 pm KUCHING - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal berpegang pada prinsip bahawa kemajuan negara mesti dinikmati oleh semua lapisan rakyat, bukan hanya segelintir golongan elit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Presiden PKR itu berkata, sejak penubuhan, parti berkenaan menjadi wadah perjuangan untuk membawa perubahan, menegakkan keadilan serta mengangkat martabat rakyat di seluruh negara."Petang tadi saya berkesempatan menghadiri Mini Konvensyen PKR lantas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang peringkat Sarawak."Saya anggap pertemuan bersama keluarga besar parti amat penting kerana PKR tidak sekadar organisasi politik tetapi merupakan wadah yang lahir dari tekad untuk membawa perubahan, menegak keadilan dan mengangkat martabat rakyat seluruhnya," kata beliau dalam hantaran Facebook hari ini.Beliau berkata, PKR juga konsisten membawa suara masyarakat pelbagai kaum dan wilayah, termasuk memperjuangkan isu tanah adat di Sarawak serta kebajikan rakyat di Sabah, Kelantan, Perlis dan Johor.Anwar berkata, negara hanya akan aman dan kuat apabila kepentingan bersama diletakkan sebagai asas perjuangan melangkaui sentimen sempit kaum, daerah mahupun kelompok.Pada konvensyen berkenaan, beliau turut menyeru pimpinan, anggota dan aktivis parti agar terus memperkukuh saf perjuangan serta komited dalam usaha melaksanakan agenda reformasi."Saya turut menegaskan betapa ujian sebenar untuk melaksanakan perubahan atau reformasi adalah pada saat berkuasa, bukan sesudah tidak berkuasa atau telah tersingkir."Saya akui bahawa tidak semua reformasi yang kita dambakan itu dapat kita lakukan secepat yang kita mahu, tapi yang penting kita mesti konsisten dan menginsafi bahawa kita tidak perfect (sempurna) dan menjalankan kerja dengan sebaik dan sedayanya."Kekuatan saya hari ini berpaksi pada kekuatan parti iaitu cabang, ranting, Angkatan Muda serta sayap Wanita yang terus menyemarakkan semangat kita untuk menjelmakan Malaysia yang adil, makmur dan bermaruah," kata beliau |
|
'Saya hadir beri keterangan di Bukit Aman sebagai saksi' - Pensyarah UIA - Sinarharian - 13/03 11:27 pm KUALA LUMPUR - Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata, kehadirannya ke Bukit Aman pada 10 Mac lepas adalah sebagai saksi siasatan polis berkaitan laporan sebuah media yang memetik kenyataannya pada 2024.Beliau berkata, kehadirannya ke Bukit Aman itu juga bukan sebagai suspek dalam siasatan polis berhubung pandangannya yang disiarkan dalam laporan South China Morning Post pada 26 Disember 2024 berkaitan peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Pulau Batu Puteh."Jadi, saya nak jelaskan polis panggil saya pun bukan sebab nak siasat quote (petikan) saya itu.. |
|
Dakwaan konon program KPM di gereja, Fadhlina gesa pihak lempar fitnah mohon maaf - Sinarharian - 13/03 10:56 pm BUKIT MERTAJAM - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesa pihak yang melemparkan fitnah kononnya satu program melibatkan sekolah diadakan di gereja diminta tampil memohon maaf kerana kenyataan itu tidak benar dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.Fadhlina berkata, dakwaan yang tular itu juga boleh menjejaskan keharmonian lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan."Kita ada terima aduan berkaitan satu kenyataan fitnah yang mendakwa kita (Kementerian Pendidikan Malaysia -KPM) mengadakan program di gereja dan ia telah menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat |
|
Dakwa libat urus di gereja: Fadhlina gesa pihak lempar fitnah mohon maaf - Hotfm - 13/03 10:53 pm Kenyataan tidak benar telah menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. |
|
Dakwa libat urus di gereja: Fadhlina gesa pihak lempar fitnah mohon maaf - FMT - 13/03 10:53 pm Kenyataan tidak benar telah menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. |
|
Mualaf jadi jambatan eratkan keharmonian masyarakat - Hussain Yee - Sinarharian - 13/03 10:18 pm SHAH ALAM Golongan mualaf memainkan peranan penting sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, sekali gus membantu memperkukuh kefahaman serta keharmonian dalam masyarakat majmuk.Pengasas dan Presiden Pertubuhan Al Khaadem, Datuk Dr Sheikh Hussain Yee berkata, pengalaman mualaf sebagai saudara baharu yang pernah melalui latar belakang agama dan budaya berbeza menjadikan mereka lebih memahami kedua-dua pihak dalam masyarakat majmuk.Menurutnya, kefahaman itu membolehkan golongan tersebut menjadi penghubung dalam menjelaskan nilai sebenar Islam kepada keluarga serta masyarakat."Alhamdulillah, sebagai seorang saudara baharu sendiri, saya tidak mempunyai masalah dengan keluarga saya |
|
Kerajaan usaha pastikan bekalan minyak negara kekal stabil - Thempress - 13/03 10:04 pm PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan bekalan minyak negara kekal mencukupi termasuk mendapatkan sumber baharu susulan konflik yang berlaku di Asia Barat |
|
Elak ucapan kebencian, pupuk hormat antara kaum Anthony - Sinarharian - 13/03 10:01 pm SHAH ALAM - Rakyat Malaysia perlu mengelakkan ucapan kebencian serta terus memupuk semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama bagi memastikan keharmonian negara terus terpelihara.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap individu perlu melihat antara satu sama lain sebagai sesama manusia tanpa mengira latar belakang, agama mahupun perbezaan yang wujud."Kita mesti mengelakkan ucapan kebencian, melayan antara satu sama lain sebagai manusia."Kita tidak memilih bangsa kita dan kita dilahirkan sedemikian |
|
Subsidi bahan api meningkat RM3.2 bilion sebulan susulan konflik Asia Barat - Thempress - 13/03 9:55 pm PUTRAJAYA – Perbelanjaan kerajaan bagi subsidi petrol dan diesel kini meningkat sehingga RM3.2 bilion sebulan susulan kenaikan harga minyak global akibat konflik yang berterusan di Asia Barat |
|
Wisma Putra sahkan 70 jemaah Malaysia selamat dalam kebakaran hotel di Makkah - Sinarharian - 13/03 9:40 pm KUALA LUMPUR - Semua jemaah Malaysia dilaporkan selamat selepas kebakaran di sebuah hotel di Makkah pada Khamis, menurut Kementerian Luar.Kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan insiden itu dilaporkan berlaku sekitar 5 petang waktu tempatan pada 12 Mac di Hotel Mira Ajyad, Makkah dan maklumat awal mendapati kira-kira 70 jemaah Malaysia menginap di hotel tersebut.Wisma Putra memaklumkan sebaik menerima maklumat mengenai kejadian, kementerian menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah segera berkoordinasi dengan pihak berkuasa Arab Saudi serta agensi pelancongan Umrah Malaysia bagi memastikan keselamatan jemaah yang menginap di hotel tersebut."Maklumat awal menunjukkan bahawa kira-kira 70 orang jemaah Malaysia di bawah kelolaan TH Travel, Zahafiz Travel dan Rayhar Travel menginap di hotel itu."Ketiga-tiga agensi tersebut telah mengesahkan bahawa semua jemaah Malaysia di bawah pengurusan mereka berada dalam keadaan selamat dan telah dikenal pasti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut kementerian itu, pemeriksaan susulan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah kira-kira 7.20 malam waktu tempatan mendapati beberapa orang jemaah Malaysia juga dilihat berkumpul dengan selamat di sekitar kawasan hotel.Wisma Putra memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa Arab Saudi dan setakat ini tiada petunjuk bahawa ia berpunca daripada serangan dron atau unsur sabotaj.Atas faktor keselamatan para tetamu tidak dibenarkan kembali ke bilik masing-masing sementara siasatan serta pemeriksaan keselamatan dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan."Sekiranya terdapat kelewatan dalam mendapatkan kebenaran untuk kembali ke hotel, pihak pengurusan hotel bersama agensi pelancongan masing-masing akan mengatur penginapan sementara bagi tetamu yang terjejas," katanya.Kementerian melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau erat situasi itu serta berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi serta agensi pelancongan Malaysia bagi memastikan keselamatan serta kebajikan jemaah Malaysia.Wisma Putra turut menasihati jemaah Malaysia yang kini berada di Makkah supaya kekal tenang dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta agensi pelancongan masing-masing.Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah di talian +966 126 727 740 atau +966 573 099 589 atau melalui e-mel mwjeddah@kln.gov.my |
|
PM puji inisiatif kreatif Premier Sarawak depani cabaran ekonomi - Thempress - 13/03 9:30 pm KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji inisiatif dan kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kesungguhan beliau sentiasa mencari idea serta ikhtiar baharu dalam… |
|
Sekolah pondok, maahad tahfiz di Sarawak bakal diperkenal teknologi AI - Thempress - 13/03 9:10 pm KUCHING– Kerajaan MADANI merancang untuk memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di institusi pendidikan agama yang merangkumi sekolah pondok dan maahad tahfiz di Sarawak |
|
Program 'Table for Unity' satukan mualaf, keluarga pelbagai latar belakang - Sinarharian - 13/03 8:57 pm SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Mualaf bersama keluarga, rakan serta masyarakat pelbagai latar belakang berkumpul dalam suasana Ramadan penuh muhibah menerusi program 'Table for Unity: Ramadan in Diversity' yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.Program yang dianjurkan oleh Komuniti Mualaf Baharu (NMC) di bawah Al Khaadem mendapat kerjasama Sinar Harian, Sinar Daily dan Karya Bestari menjadi platform perbincangan mengenai perpaduan serta nilai kebangsaan bersama yang diketengahkan menerusi New Muslims Community Conference (NMCC) 2025 di Kuala Lumpur sebelum ini.Ia turut melibatkan sesi perkongsian santai bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bersama Presiden dan Lengasas Al-Khaadem, Datuk Dr Hussain Yee yang menyentuh mengenai Malaysia sebagai rumah kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang.Selain itu, program berkenaan turut mengetengahkan peranan unik yang boleh dimainkan oleh golongan mualaf dalam memperkukuh kefahaman antara komuniti dalam masyarakat majmuk negara ini.Dalam perbincangan tersebut turut dikongsikan mengenai pengalaman kehidupan mualaf sebelum dan selepas memeluk Islam yang berada dalam kedudukan istimewa untuk menjadi jambatan kefahaman antara masyarakat.Program berkenaan disusuli dengan acara berbuka puasa yang diadakan secara terbuka sekali gus mencerminkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia.Berlangsung dalam suasana terbuka yang diinspirasikan daripada semangat muhibah, tetamu duduk bersama untuk berbuka puasa sambil berkongsi makanan dan berinteraksi dalam suasana komuniti yang sederhana.Tetamu turut berpeluang melawat kemudahan percetakan al-Quran di Kompleks Karangkraf bagi melihat secara lebih dekat proses penghasilan antara teks yang paling meluas dibaca di dunia |
|
Akhirnya Pelabuhan Ketiga Pulau Carey diluluskan, Selangor bakal jadi pintu ekonomi utama Asia Tenggara - Harapandaily - 13/03 8:35 pm Kerajaan negeri Selangor berhasrat untuk melengkapkan Pelan Induk Pembangunan Pelabuhan Pulau Carey susulan keputusan Jemaah Menteri untuk meluluskan pembangunan Pelabuhan Ketiga di Pulau Carey, Selangor |
|
PM arah projek bekalan air Sarawak dipercepat - Thempress - 13/03 8:31 pm KUCHING–Kerajaan MADANI memberi jaminan akan mempercepatkan pelaksanaan projek bekalan air yang tertangguh di Sarawak melalui kerjasama erat dengan kerajaan negeri |
|
Kerajaan MADANI kekal subsidi RON95, tanggung kos cecah RM24 bilion - Thempress - 13/03 8:18 pm KUCHING –Kerajaan MADANI mengambil keputusan untuk terus mengekalkan dasar subsidi petrol RON95 buat masa ini biarpun terpaksa menanggung beban kewangan yang dijangka mencecah RM24 bilion menjelang akhir tahun |
|
Pulau Carey master plan to preserve Malay reserve land, Orang Asli settlements - FMT - 13/03 7:01 pm Selangor menteri besar Amirudin Shari says it will also cover the development of public infrastructure. |
|
Rafizi gesa hasil siasatan pemilikan saham Azam Baki diumum secara terperinci - Sinarharian - 13/03 6:12 pm SHAH ALAM - Kerajaan digesa supaya mengumumkan secara terperinci hasil siasatan berhubung isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang mencetuskan perhatian umum ketika ini.Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, pendedahan seperti jumlah saham dimiliki dan syarikat yang terbabit itu penting bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi timbul.Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, setakat ini maklumat yang diketahui hanya berdasarkan sidang media oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, namun ia tidak menjelaskan secara penuh dapatan siasatan berkenaan."Selagi kerajaan tidak mengumumkan hasil siasatan secara telus, termasuklah jumlah saham yang terlibat, jumlah syarikat dan bagaimana pelanggaran berlaku, spekulasi mengenai perkara-perkara ini akan terus bertiup kencang."Pada satu ketika, ia juga akan dilaporkan oleh pihak media, seperti mana beberapa pendedahan yang telah dilaporkan setakat ini. Rakyat berhak tahu perincian hasil siasatan kerana jika jumlah saham yang ditemui adalah RM14 juta seperti yang didakwa, isu ini tidak wajar ditangani semata-mata sebagai pelanggaran peraturan penjawat awam."Jumlah saham sebanyak RM14 juta mengundang persoalan mengenai punca kekayaan dan pendapatan Tan Sri Azam Baki kerana tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai seorang penjawat awam kanan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan pada Rabu dilapor berkata, Jemaah Menteri sudah memutuskan tindakan lanjut akan diambil oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) berhubung dapatan laporan siasatan Peguam Negara terhadap Azam.Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak akan mendedahkan dapatan berkenaan sehingga tindakan diambil oleh KSN, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dalam masa terdekat.Mengulas lanjut, Rafizi berkata, secara lazimnya, individu yang disiasat kerana kekayaan diragui, SPRM akan mengambil beberapa tindakan seperti akaun dibekukan dan orang disiasat perlu membuat pengisytiharan harta, namun perkara itu tidak berlaku kepada Azam.Beliau dalam masa sama menegaskan, kerajaan berdepan risiko dituduh bersubahat sekiranya segala dakwaan yang dibuat terhadap pemimpin nombor satu agensi antirasuah itu benar."Sekiranya dakwaan bahawa jumlah saham yang terlibat adalah RM14 juta di dalam sembilan syarikat itu benar, kegagalan kerajaan menyiasat punca kekayaan Tan Sri Azam akan dilihat sebagai bukti kerajaan bersubahat untuk melindungi Tan Sri Azam Baki," katanya. |
|
Rafizi dakwa Azam ada RM14 juta pegangan saham, gesa dedah siasatan - Mkini - 13/03 6:05 pm Bekas menteri ekonomi itu berkata dia menerima maklumat dari sumber kerajaan mengenai dakwaan berkenaan. |
|
Kerajaan Setuju Perkukuh Agenda Cegah Rasuah Babit Semua Pihak PM Anwar - Wrlr - 13/03 5:17 pm Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya pada 12 Mac 2026 |
|
Mapim serah memorandum bantah perang, gesa lindungi Gaza, Al-Aqsa - Sinarharian - 13/03 5:07 pm KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mewakili 55 badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menyuarakan bantahan terhadap konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.Memorandum bertajuk Stop the War Coalition Memorandum: Gaza, Al Aqsa, Iran and the Collapse of International Law itu diserahkan sebagai suara bersama masyarakat yang menuntut penamatan peperangan serta pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan aman yang diadakan di kawasan jalan utama menuju Kedutaan Amerika bertujuan menyampaikan suara hati masyarakat yang menolak peperangan dan keganasan yang semakin meningkat di rantau berkenaan.Beliau menegaskan kemusnahan berterusan di Gaza, ketegangan ketenteraan dengan Iran serta serangan terhadap orang awam menunjukkan hakisan berbahaya terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan."Di seluruh rantau ini, orang awam terpaksa menanggung kesan perebutan kuasa geopolitik," katanya dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak di sini pada Jumaat.Menurutnya, organisasi hak asasi manusia memberi amaran bahawa serangan terhadap hospital, sekolah dan kawasan perumahan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang melindungi orang awam ketika perang.Memorandum itu turut memetik kenyataan Amnesty International UK bahawa dunia tidak boleh berdiam diri ketika peraturan yang mengawal keamanan dan keselamatan antarabangsa semakin dilemahkan.Dalam memorandum berkenaan, Mapim bersama beberapa organisasi lain mengemukakan enam tuntutan utama kepada masyarakat antarabangsa."Tuntutan pertama ialah menghentikan semua tindakan yang mengancam kesucian dan status Masjid Al-Aqsa, yang dianggap amanah suci umat Islam dan simbol kebebasan beragama serta maruah kemanusiaan," ujarnya.Mohd Azmi menegaskan, status quo sejarah kompleks Al-Aqsa perlu dilindungi sepenuhnya dan memastikan akses tanpa sekatan kepada jemaah Islam untuk beribadah."Tuntutan kedua menuntut penamatan segera konflik di Gaza, yang dianggap antara krisis kemanusiaan paling teruk masa kini, menyebabkan jutaan penduduk awam berdepan keadaan hidup sukar," ujarnya lagi.Memorandum itu menegaskan gencatan senjata segera dan kekal di Gaza serta membenarkan akses bantuan kemanusiaan sepenuhnya bagi makanan, air dan bantuan perubatan.Ia juga menuntut perlindungan hospital, sekolah dan pusat perlindungan pelarian serta pertanggungjawaban terhadap semua pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa."Tuntutan seterusnya menegaskan agar sokongan terhadap peluasan penempatan haram dan keganasan di Tebing Barat dihentikan serta memastikan pengusiran paksa dan serbuan ketenteraan terhadap komuniti awam dibatalkan," tambahnya.Mohd Azmi menekankan pencerobohan ketenteraan terhadap Iran juga mesti dihentikan bagi mengelakkan konflik lebih besar di rantau berkenaan.Beliau berkata, campur tangan ketenteraan yang menyalahi undang-undang boleh menggugat kestabilan serantau dan meningkatkan risiko kemudaratan kepada orang awam.Memorandum itu menolak sebarang usaha menukar rejim melalui peperangan atau campur tangan luar kerana sejarah menunjukkan ia membawa kepada konflik berpanjangan dan bencana kemanusiaan.Mohd Azmi menyeru agar rantau Asia Barat tidak terus dijadikan kawasan persenjataan dan menekankan peralihan daripada pendekatan ketenteraan kepada diplomasi, dialog dan penyelesaian konflik secara aman.Beliau menegaskan, peperangan berasaskan dominasi dan kuasa unilateral jarang membawa kestabilan, sebaliknya mewujudkan kitaran tindak balas dan rasa tidak puas hati.Memorandum itu menyeru dunia menghentikan ancaman terhadap Al-Aqsa, pembunuhan beramai-ramai di Gaza, pencerobohan terhadap Iran serta menghormati undang-undang antarabangsa."Rakyat Gaza, orang awam yang terkesan serta masyarakat global berhak mendapat keamanan, keadilan dan maruah," ujarnya.Memorandum itu disokong 55 organisasi termasuk Mapim, Alliance of World Mosque in Defence of Al Aqsa, Secretariat for the Ulama Assembly of Asia, SEJAGAT, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan beberapa pertubuhan lain. |
|
Garis panduan isu tapak keagamaan bukan Islam akan dibentang - Loke - Mkini - 13/03 4:52 pm Setiausaha Agung DAP itu berkata Menteri Kerajaan Tempatan telah memberi taklimat kepada kabinet mengenai perkara itu, dan rangka kerja telah siap. |
|
Isu Palestin bukan hanya milik umat Islam Mohamad Sabu - Sinarharian - 13/03 4:06 pm KUALA LUMPUR Isu Palestin bukan sekadar masalah umat Islam semata-mata, sebaliknya merupakan isu kemanusiaan sejagat yang mendapat perhatian masyarakat dunia.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rakyat di beberapa negara Eropah termasuk di London, United Kingdom, turut mengadakan demonstrasi secara berterusan bagi menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.Menurutnya yang merupakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, demonstrasi itu bukan sahaja disertai umat Islam, malah turut melibatkan masyarakat bukan Islam yang prihatin terhadap isu kemanusiaan di Palestin."Masalah Palestin ada dua perkara utama iaitu berkaitan Masjid AlAqsa dan isu kemanusiaan," ujarnya ketika berucap pada Perhimpunan Hari AlQuds Sedunia 2026 di perkarangan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat.Turut kelihatan dalam perhimpunan anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan itu ialah Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.Hadir sama, Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil, Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Abbas Salimmi Che Adzmi@Azmi.Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tekanan rakyat di negara Eropah menyebabkan beberapa kerajaan di rantau itu mengambil langkah mengutuk tindakan Israel serta memboikot penjualan senjata kepada negara berkenaan.Beliau turut mendakwa beribu-ribu individu pernah ditangkap di London kerana menyertai demonstrasi bagi memperjuangkan pembebasan Palestin."Tindakan masyarakat antarabangsa itu menunjukkan bahawa isu melibatkan Israel dan Zionis bukan hanya berkaitan agama, tetapi menyentuh nilai kemanusiaan sejagat," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, Israel yang menunjukkan keangkuhan sejak tahun 1948 kini berdepan cabaran baharu apabila beberapa negara Islam mula membangunkan keupayaan teknologi pertahanan moden.Menurutnya, perkembangan teknologi peperangan seperti penggunaan dron, peluru berpandu dan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi sebahagian daripada bentuk peperangan moden."Walaupun berdepan sekatan selama lebih 40 tahun, negara seperti Iran terus menjalankan penyelidikan sehingga mampu membangunkan teknologi pertahanan sendiri," ujarnya.Mohamad berkata, keadaan itu membolehkan Iran bertindak balas terhadap serangan yang didakwa dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Israel.Beliau turut memuji pendirian Malaysia yang menurutnya tegas mengutuk serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran melalui usul yang dibentangkan di Parlimen.Selain Malaysia, jelasnya, beberapa negara lain seperti Sepanyol, Rusia dan China juga dilaporkan mengutuk tindakan berkenaan.Dalam ucapannya, beliau turut mempersoalkan sikap sebahagian negara Arab yang menurutnya berdepan tekanan kerana kewujudan pangkalan tentera Amerika Syarikat di negara masing-masing |
|
‘Dulu RM700 Juta, Kini Kerajaan Dijangka Tanggung Subsidi Minyak RM3.2 Bilion’ Menteri Kewangan II - Thevocket - 13/03 3:52 pm Kenaikan harga minyak global susulan konflik di Timur Tengah dijangka memberi impak signifikan terhadap kewangan kerajaan, dengan subsidi petrol sahaja dianggarkan melonjak kepada sekitar RM2.. |
|
Hotel di Mekah terbakar, 70 jemaah umrah Malaysia disahkan selamat - Utusan - 13/03 3:27 pm PUTRAJAYA: Tiada petunjuk insiden kebakaran yang berlaku di Hotel Mira Ajyad di Mekah berpunca daripada serangan dron atau sebarang unsur sabotaj berdasarkan maklumat awal diperoleh Kementerian Luar Negeri setakat ini |
|
Peruntukan hampir RM15 juta laksana 128 projek pembangunan di Muar .. - Mgazette - 13/03 3:22 pm # Peruntukan hampir RM15 juta laksana 128 projek pembangunan di Muar - MB MUAR - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM14.94 juta bagi melaksanakan 128 projek pembangunan di daerah ini |
|
Tak perlu cemas, stok makanan dijamin cukup hingga enam bulan Tak perlu .. - Mgazette - 13/03 3:22 pm # Tak perlu cemas, stok makanan dijamin cukup hingga enam bulan KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan stok bekalan makanan asas negara berada pada tahap yang sangat kukuh di sebalik konflik di Asia Barat |
|
Penyelewengan zakat: TKM1, MAINPP, Zakat P.Pinang hantar LOD - Mgazette - 13/03 3:22 pm # Penyelewengan zakat: TKM1, MAINPP, Zakat P.Pinang hantar LOD GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Zakat MAINPP telah memulakan langkah perundangan terhadap pihak yang didakwa menyebarkan fitnah berhubung pengurusan institusi berkenaan |
|
Najib tidak berganjak, rayuan hina mahkamah terhadap Ahmad Terrirudin .. - Mgazette - 13/03 3:22 pm # Najib tidak berganjak, rayuan hina mahkamah terhadap Ahmad Terrirudin diteruskan PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak tetap meneruskan rayuan dalam usaha mendapat kebenaran memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd |
|
Konflik Asia Barat: Bekalan tenaga domestik mencukupi - Mgazette - 13/03 3:22 pm # Konflik Asia Barat: Bekalan tenaga domestik mencukupi KUALA LUMPUR - Di sebalik kegusaran global mengenai kemungkinan sekatan perdagangan di Selat Hormuz, kerajaan memberi jaminan bekalan tenaga domestik, termasuk petrol dan diesel, adalah mencukupi dan stabil untuk keperluan rakyat |
|
Daripada aset jadi liabiliti, MPPM dakwa Rafizi beban politik negara - Mgazette - 13/03 3:22 pm # Daripada aset jadi liabiliti, MPPM dakwa Rafizi beban politik negara KUALA LUMPUR Daripada dianggap aset strategik Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Rafizi Ramli kini didakwa bertukar menjadi liabiliti besar bukan sahaja kepada gabungan itu malah kepada landskap politik negara secara keseluruhan |
|
Konflik Asia Barat: Sektor awam mungkin kembali kerja dari rumah - Mgazette - 13/03 3:22 pm # Konflik Asia Barat: Sektor awam mungkin kembali kerja dari rumah KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti secara serius pelaksanaan semula dasar bekerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam sebagai antara langkah proaktif mengurangkan beban perbelanjaan fiskal susulan konflik berlarutan di Asia Barat |
|
Ijtimak antarabangsa perkukuh perpaduan umat - Harakahdaily - 13/03 3:02 pm KUALA TERENGGANU: Penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam memperkukuh kesatuan umat Islam serta memberi kefahaman terhadap pelbagai isu yang sedang melanda dunia ketika ini |
|
PRU16: Amanah Perak intai 3 kerusi tambahan - Sinarharian - 13/03 2:54 pm IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyasarkan sekurang-kurangnya tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tambahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata, ketika ini lima kerusi DUN hampir pasti menjadi milik mereka untuk ditandingi iaitu Manjoi, Kamunting, Pasir Panjang, Titi Serong termasuk Sungai Rapat yang dimenangi sebelum ini.Menurut beliau, bagaimanapun kerusi-kerusi tambahan yang dipertimbangkan masih dalam penilaian dan belum boleh didedahkan."Setakat ini lima kerusi ini memang tak ada pertikaianlah di situ |
|
Mat Sabu galak pegawai KPKM tanam sayur di rumah - Sinarharian - 13/03 2:41 pm PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengarahkan pegawainya yang tinggal di rumah atas tanah memulakan tanaman yang memberi pulangan hasil cepat.Berucap di sidang akhbar sempena Mesyuarat Khas Kabinet di sini, beliau berkata, program itu akan dimulakan dengan tanaman seperti cili, terung, kucai dan sebagainya."Kita akan mulakan program itu seperti Kempen Buku Hijau di zaman (Perdana Menteri) Tun Abdul Razak kerana kita tidak tahu krisis antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran tamat," katanya pada Jumaat.Kempen Buku Hijau merupakan program nasional yang diperkenalkan Abdul Razak pada tahun 1974 ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.Kempen itu dilancarkan bagi menggalakkan rakyat menanam makanan sendiri seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan menternak ayam atau ikan sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan selain masalah inflasi dan kekurangan makanan yang berlaku pada awal 1970-an.Dalam pada itu, Mohamad berharap agar konflik itu dapat diselesaikan segara agar tidak menjejaskan bekalan makanan negara."Buat masa ini, sambutlah Hari Raya dengan biasa, Insya-ALLAH makanan semuanya cukup dan terjamin bekalannya," katanya. |
|
Mat Sabu galak pegawai KPKM bercucuk tanam di rumah - Sinarharian - 13/03 2:41 pm PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengarahkan pegawainya yang tinggal di rumah atas tanah memulakan tanaman yang memberi pulangan hasil cepat.Berucap di sidang akhbar sempena Mesyuarat Khas Kabinet di sini, beliau berkata, program itu akan dimulakan dengan tanaman seperti cili, terung, kucai dan sebagainya."Kita akan mulakan program itu seperti Kempen Buku Hijau di zaman (Perdana Menteri) Tun Abdul Razak kerana kita tidak tahu krisis antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran tamat," katanya pada Jumaat.Kempen Buku Hijau merupakan program nasional yang diperkenalkan Abdul Razak pada tahun 1974 ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.Kempen itu dilancarkan bagi menggalakkan rakyat menanam makanan sendiri seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan menternak ayam atau ikan sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan selain masalah inflasi dan kekurangan makanan yang berlaku pada awal 1970-an.Dalam pada itu, Mohamad berharap agar konflik itu dapat diselesaikan segara agar tidak menjejaskan bekalan makanan negara."Buat masa ini, sambutlah Hari Raya dengan biasa, Insya-ALLAH makanan semuanya cukup dan terjamin bekalannya," katanya. |
|
Kerajaan tanggung subsidi Budi95, diesel RM3.2 bilion - Kosmo - 13/03 2:31 pm PUTRAJAYA – Tanggungan subsidi kerajaan bagi RON95 dan diesel kini melonjak masing-masing kepada RM2 bilion dan RM1.2 bilion susulan kenaikan harga minyak global akibat pergolakan dan konflik di Asia Barat |
|
Isu Hishammuddin, Maulizan dibincang dalam Mesyuarat UMNO Johor esok - Ahmad Maslan - Sinarharian - 13/03 2:14 pm JOHOR BAHRU - Kesediaan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk kembali berjuang dalam parti dijangka menjadi perkara utama dalam Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor, pada Sabtu.Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu juga dijangka menyentuh isu berkaitan gesaan menarik balik penggantungan bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.Menurutnya, sekiranya perkara tersebut tidak dibangkitkan oleh pihak lain, beliau sendiri akan mengemukakan perkara itu dalam mesyuarat berkenaan."Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor esok, tentu ada pihak yang akan membangkitkan perkara ini, paling tidak ketua-ketua UMNO bahagian."Kalau tidak ada yang bangkitkan, saya sendiri akan bangkitkan dalam mesyuarat itu," katanya selepas menyerahkan sumbangan sempena ziarah Ramadan kepada Balai Polis dan Balai Bomba di Parlimen Pontian pada Jumaat.Pada Khamis, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menyatakan kesediaan untuk terus berjuang dalam UMNO dan menegaskan tidak pernah keluar parti meskipun digantung selama tiga tahun.Sementara Maulizan pula menggesa parti itu menarik balik penggantungan yang dikenakan terhadapnya dan beberapa individu lain sejak tiga tahun lalu.Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, isu tersebut boleh disalurkan melalui pelbagai platform dalam parti termasuk ke peringkat tertinggi."Saya terlibat dalam beberapa peringkat, antaranya sebagai ahli Jawatankuasa Rumah Bangsa, ahli mesyuarat nasional dan juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor"Jadi perkara ini boleh dibawa melalui saluran berkenaan sebelum dibincangkan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi," katanya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.Beliau secara peribadi turut menyambut baik usaha untuk menerima kembali bekas tokoh parti termasuk Khairy Jamaluddin yang ingin kembali menyertai UMNO."Saya sendiri akan menyebut dalam mesyuarat bahawa kita perlu mengalu-alukan mereka, tetapi keputusan muktamad tetap perlu melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi," katanya.Tambahnya, setakat ini kepimpinan parti di peringkat tertinggi menyatakan tiada syarat dikenakan untuk menerima semula bekas ahli yang mahu kembali."Jadi dengan mudahnya kita akan menerima mereka |
|
Kerajaan tanggung subsidi bahan api RM3.2 bilion sebulan - FMT - 13/03 2:12 pm Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata subsidi petrol menerusi inisiatif BUDI95 meningkat kepada RM2 bilion manakala subsidi diesel naik kepada RM1.2 bilion. |
|
MINDEF Lancar Program Insentif Kepada Anak Anggota Yang Ada Autisme, Ini 3 Fasa Bantuan - Siraplimau - 13/03 2:01 pm Kementerian Pertahanan Malaysia (KPM) mengumumkan satu inisiatif baharu bagi membantu keluarga anggota tentera yang anaknya mempunyai penyakit autisme |
|
Albert Tei mohon pindah lima pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi - Sinarharian - 13/03 1:56 pm KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Albert Tei akan mengemukakan permohonan untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah yang dihadapinya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi di sini.Peguam Mahajoth Singh yang mewakili Tei, atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 37, memaklumkan permohonan itu akan difailkan selewat-lewatnya minggu depan."Permohonan itu dibuat kerana pertuduhan dihadapi anak guam kami membabitkan isu perlembagaan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.Selain itu, Mahajoth berkata pihaknya akan meneliti kesemua dokumen kes itu terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada perlu mengemukakan representasi atau sebaliknya.Terdahulu, semasa prosiding di hadapan Hakim Rosli Ahmad, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar memaklumkan pihak pendakwaan telah menyerahkan sebahagian dokumen kes kepada pembelaan.Hakim Rosli kemudian menetapkan 15 April ini untuk sebutan semula kes.Tei, 37, didakwa atas empat pertuduhan iaitu memberi suapan wang tunai berjumlah RM140,000 dan kelengkapan perabot termasuk barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.Suapan itu sebagai dorongan untuk Shamsul Iskandar membantu syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan dengan tertuduh mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, walaupun sebenarnya perbuatan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal prinsipalnya.Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, di sini dan Presint 14, Putrajaya antara 24 Nov 2023 dan 5 Mac 2024.Selain itu, Tei didakwa memberi suapan berjumlah RM64,924 kepada Shamsul Iskandar di sebuah bank di Country Heights, Kajang antara 28 Nov 2023 hingga 23 Sept 2024.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan |
|
Jangan buat spekulasi, bekalan bahan api negara cukup hingga Mei - Amir Hamzah - Sinarharian - 13/03 1:51 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] "Jangan buat spekulasi". Itu penegasan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan apabila ditanya mengenai kedudukan negara selepas bekalan bahan api mampu bertahan sehingga Mei depan.Tegas beliau, spekulasi pasaran adalah berbahaya dan hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu."Yang penting kita fokus tentang apa yang ada dalam kawalan kita dan memastikan bekalan dalam negara mencukupi."Apa yang dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kita mempunyai cukup bekalan sehingga Mei," katanya pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di sini pada Jumaat.Jelas beliau, kerajaan juga tidak menutup pintu kepada usaha mendapatkan sumber bekalan baru bagi menggantikan stok yang digunakan dengan pelaksanaan oleh Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan syarikat minyak tempatan yang lain."Kalau harga minyak berterusan, kita mungkin kena bergerak kepada pendekatan yang lainlah."Buat masa sekarang, pasal kita pun tak tahu berapa lama konflik ini berlangsung, jadi yang pentingnya kita bergerak dari pelan jangka pendek, sederhana dan panjang serta langkah-langkah sepatutnya,'' ujarnya.Sebelum ini Anwar memaklumkan Malaysia mempunyai bekalan bahan bakar mampu menampung keperluan rakyat sehingga Mei ini susulan pergolakan di Asia Barat yang memaksa Iran menutup Selat Hormuz.Selat Hormuz merupakan laluan utama kapal perdagangan yang mengangkut kira-kira 20 peratus perdagangan global minyak, produk petroleum dan gas asli cecair.Sementara itu ditanya mengenai cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri dan cuti persekolahan yang memungkinkan pergerakan tinggi daripada rakyat akan menjejaskan bekalan bahan bakar, Amir Hamzah menjelaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau tahap bekalan di stesen minyak seperti biasa."Apabila ada pergerakan daripada Kuala Lumpur ke Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor jadi syarikat minyak juga dah biasa dengan menambah lebih banyak bekalan di kawasan terlibat |
|
Mat Sabu Saran Tanam Sayur Di Rumah Jika Konflik Asia Barat Berpanjangan - Beautifulnara - 13/03 1:49 pm Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyarankan penjawat awam yang memiliki rumah di atas tanah seperti rumah teres atau kampung supaya memulakan inisiatif menanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan |
|
Timbalan CEO SSM didakwa lagi terima RM13,000 daripada usahawan teknologi - Sinarharian - 13/03 1:05 pm SHAH ALAM Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas tiga pertuduhan menerima RM13,000 daripada seorang usahawan teknologi, lapan tahun lalu.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), (Pendaftaran & Perkhidmatan Perniagaan) SSM, Khuzairi Yahaya, 55, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa sebagai seorang penjawat awam atas jawatan itu, menerima untuk diri sendiri wang tunai masing-masing RM2,000, RM3,000 dan RM8,000 daripada seorang CEO sebuah syarikat yang diketahui mempunyai hubungan dengan urusan rasmi tertuduh.Kesalahan didakwa dilakukan di Kota Damansara dan Mutiara Damansara di sini pada Julai dan Ogos 2017 serta Januari dan Jun 2018.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dibicarakan bersama-sama dengan pertuduhan lain."Saya juga mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin, mengguna pakai jumlah sama yang ditetapkan Hakim Mahkamah Sesyen di sana," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa Zamri.Dalam kes ini, Khuzairi yang berpakaian serba hitam, berpelitup muka dan mengenakan topi diwakili peguam, Azamuddin Abd Aziz.Awang Kerisnada kemudiannya membenarkan kes itu dipindahkan ke Kuala Lumpur dan menetapkan sebutan kes pada 20 April.Pada Khamis, Khuzairi didakwa di Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan menerima wang RM50,000 tanpa balasan daripada anak bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, lapan tahun lalu. |
|
Bekalan makanan negara cukup hingga pertengahan tahun - Mat Sabu - Sinarharian - 13/03 1:03 pm PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan negara berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun ini walaupun ketidaktentuan global susulan konflik di Asia Barat terus menjadi perhatian.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai kedudukan bekalan makanan kerana keadaan semasa masih stabil."Keadaan beras, daging ayam, telur, ikan, daging lembu, kerbau, susu segar, sayur, buah-buahan semuanya cukup sekurang-kurangnya sampai bulan lima dan enam yang akan datang," katanya di sidang akhbar sempena Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, di sini pada Jumat.Menurut beliau, kebanyakan sumber import makanan Malaysia tidak melalui laluan konflik utama di Asia Barat."Untuk pengetahuan semua, import makanan kita kurang melalui Selat Hormuz itu |
|
JAS keluarkan 103 notis hantar pulang kontena e-waste ke negara asal - Sinarharian - 13/03 1:02 pm PELABUHAN KLANG Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 103 notis arahan pemulangan semula ke negara asal terhadap kontena yang mengandungi sisa elektronik (e-waste) di sini.Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, Op Bongkar telah dilaksanakan JAS bersama pelbagai agensi penguat kuasa pada 3 hingga 9 Mac lalu."Berdasarkan hasil operasi itu, JAS telah mengeluarkan 103 notis arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 kepada konsaini bagi mengarahkan pemulangan semula ke negara asal berdasarkan pemeriksaan tersebut."Kini, kita sedang menunggu maklum balas daripada konsaini terlibat sebelum penghantaran pulang dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas melaksanakan lawatan kerja di sini pada Jumaat.Turut hadir Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal serta Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi.Mengulas lanjut, Anis Rizana berkata, kemasukan e-waste haram turut dikesan di pelabuhan lain di seluruh negara |
|
Perang Asia Barat: Subsidi RON95 melonjak kepada RM2 bilion - Sinarharian - 13/03 12:55 am PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Kerajaan menanggung peningkatan perbelanjaan subsidi bahan api susulan lonjakan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat, dengan subsidi RON95 kini dianggarkan meningkat kepada kira-kira RM2 bilion berbanding sekitar RM700 juta sebelum ini manakala subsidi diesel turut naik kepada RM1.2 bilion sebulan.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, peningkatan harga minyak mentah global telah memberi implikasi langsung kepada perbelanjaan kerana kerajaan masih mengekalkan harga bahan api bagi melindungi rakyat.Menurutnya, harga minyak penanda aras Brent melonjak dengan mendadak dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini."Kalau kita pakai Brent sebagai penanda aras, telah naik daripada AS$60 setong dan mencecah setinggi AS$119 setong dan kini adalah sekitar AS$100 setong," katanya pada sidang akhbar khas di sini pada Jumaat.Beliau menjelaskan, kenaikan harga minyak tersebut bermakna jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan turut meningkat dengan ketara."Ini menunjukkan kesan langsung konflik di Asia Barat terhadap pasaran tenaga dunia |
|
Perang Asia Barat: Pelaksanaan kerja dari rumah bagi sektor awam diputuskan Selasa depan - Sinarharian - 13/03 12:43 am PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Cadangan kesesuaian pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam akan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet, Selasa depan kata Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Wan Abdul Aziz untuk meneliti cadangan tersebut bagi memastikan beberapa perkara diselaras."Ini untuk sektor awam dan hasil daripada perbincangan itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Selasa depan," katanya dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di sini, pada Jumaat.Sebelum ini beliau memberitahu kerajaan meneliti cadangan tersebut memandangkan sebahagian syarikat telah melaksanakan kaedah kerja hibrid pasca pandemik dengan melaksanakan pengaturan WFH.Media melaporkan Thailand melaksanakan pengaturan WFH untuk agensi kerajaan dan perusahaan negeri bagi mengurangkan penggunaan tenaga ketika ketegangan geopolitik berlarutan di Asia Barat.Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya semua menteri melakukan sesi libat urus dengan industri di bawah kementerian masing-masing untuk mendapatkan maklum balas, pandangan, dapatan berhubung kesan yang mungkin dirasai oleh industri akibat daripada pergolakan di Asia Barat."Hasil daripada sesi-sesi libat urus itu akan dibawa, pertama ke mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan dan wakil industri juga akan dijemput untuk melakukan pembentangan bagi pihak industri masing-masing di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang."Untuk maklumat lanjut, Pejabat Perdana Menteri ataupun daripada Kementerian Kewangan akan mengeluarkan kenyataan," katanya. |
|
Sambut Hari Raya macam biasa, jangan risau bekalan makanan cukup - Harapandaily - 13/03 12:33 am Umat Islam di negara ini boleh menyambut hari raya dalam keadaan biasa kerana bekalan makanan adalah cukup walaupun perang di Timur Tengah sudah lebih 10 hari berlangsung |
|
Demi nyawa dan keselamatan, Iran tidak wajar sertai Piala Dunia - Trump - Sinarharian - 13/03 12:04 am PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis menyatakan bahawa Iran tidak sepatutnya menyertai saingan Piala Dunia hanya beberapa hari selepas dia memberitahu Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bahawa pasukan itu dialu-alukan meskipun wujud konflik peperangan di Asia Barat."Pasukan bola sepak kebangsaan Iran dialu-alukan ke Piala Dunia, namun saya benar-benar tidak percaya adalah wajar untuk mereka berada di sana, demi nyawa dan keselamatan mereka sendiri," kata Trump menerusi platform media sosial miliknya, Truth Social.Kenyataan tersebut hadir hanya dua hari selepas Presiden FIFA, Gianni Infantino memaklumkan bahawa dia telah menerima jaminan daripada Trump bahawa skuad kebangsaan Iran akan dialu-alukan di kejohanan berkenaan, yang mana AS menjadi penganjur bersama Mexico dan Kanada.Menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa, Infantino berkata: "Kami juga bercakap tentang situasi semasa di Iran, dan hakikat bahawa pasukan Iran telah layak untuk menyertai Piala Dunia Fifa 2026."Semasa perbincangan itu, Presiden Trump menegaskan bahawa pasukan Iran sudah pastinya dialu-alukan untuk bertanding pada kejohanan di AS itu."Kita semua memerlukan acara seperti Piala Dunia Fifa untuk menyatukan orang ramai sekarang lebih daripada sebelumnya, dan saya amat berterima kasih kepada Presiden AS atas sokongannya, kerana ia membuktikan sekali lagi bahawa bola sepak menyatukan dunia," katanya.Sementara itu pada Rabu, Menteri Sukan Iran, Ahmad Donyamali bertegas bahawa Iran tidak akan menyertai Piala Dunia.Donyamali merupakan wakil kerajaan pertama yang bersuara mengenai isu Piala Dunia sejak AS bersama Israel mula melancarkan serangan bom ke atas Iran awal bulan ini |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |