///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Jawatankuasa News   Page 1    



Kerajaan pastikan bekalan makanan tidak terjejas biarpun harga bahan api .. - Mgazette - 13/03 8:06 am

Tambahnya, semua pihak terlibat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat secara mingguan memandangkan krisis tersebut masih tidak menentu dan memerlukan tindak balas pantas sekiranya berlaku perkembangan baharu. Semalam, Kabinet menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menangani isu penyeludupan, terutama membabitkan diesel dan petrol ekoran kenaikan harga minyak dunia





Pasaran kewangan Malaysia berdaya tahan dalam ketidaktentuan global .. - Mgazette - 13/03 8:06 am

# Pasaran kewangan Malaysia berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - FMC KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) berkata, pasaran Malaysia menunjukkan daya tahan dalam persekitaran tempoh ketidaktentuan global ini





AMANAH ajak rakyat bersama kerajaan, berjimat hadapi kesan ekonomi perang Iran - Harapandaily - 12/03 11:18 pm

Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional yang diadakan petang tadi mengambil maklum saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa langah penjimatan perlu diambil susulan perang yang berlaku melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran





Semua AJK Bersatu Beluran letak jawatan, keluar parti serta-merta - Sinarharian - 12/03 9:13 pm

KOTA KINABALU - Semua Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Beluran mengumumkan untuk meletakkan jawatan masing-masing dan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.Keputusan itu diambil selepas kesemua mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Setiausaha Bersatu Bahagian Beluran, Hamdan Tarawie berkata, keputusan itu dibuat selepas mereka menilai perkembangan dalam parti yang dilihat semakin menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.Menurutnya, Bersatu pada awalnya diasaskan atas semangat memperjuangkan kepentingan rakyat, menegakkan integriti dalam politik dan membela nasib Bumiputera khususnya di Sabah."Namun kebelakangan ini, parti dilihat semakin jauh daripada matlamat tersebut."Sebaliknya, parti kini dilihat lebih tertumpu kepada agenda untuk mengangkat Presiden sebagai poster boy dan calon Perdana Menteri sehingga banyak keputusan dalam parti dilihat berpaksikan kepentingan itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Hamdan turut mendakwa, budaya perbezaan pandangan dalam parti tidak lagi diraikan, malah dianggap sebagai ancaman kepada kepimpinan.Beliau berkata, pihaknya juga memandang serius beberapa tindakan disiplin terhadap pemimpin parti termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta Ketua Srikandi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin."Tindakan ini memperlihatkan bahawa lembaga disiplin parti telah diperalatkan sebagai alat politik untuk menyingkirkan mereka yang dilihat tidak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi."Amalan ini bukan sahaja menjejaskan prinsip keadilan dalam parti, malah menghakis kepercayaan ahli terhadap ketelusan dan integriti proses disiplin yang sepatutnya bebas daripada pengaruh politik," katanya.Hamdan turut mendakwa, dalam keghairahan mengejar agenda politik sempit, isu perjuangan rakyat Sabah khususnya Bumiputera semakin diketepikan."Perjuangan yang sepatutnya menjadi teras kepada kehadiran parti di Sabah kini tidak lagi diberikan keutamaan yang sewajarnya," katanya.Beliau berkata, sebagai pemimpin akar umbi yang bertanggungjawab kepada ahli di peringkat bahagian serta masyarakat yang diwakili, mereka tidak boleh terus berdiam diri melihat parti menyimpang daripada perjuangan asal."Sehubungan itu, setelah mempertimbangkan keadaan ini dengan penuh tanggungjawab dan rasa berat hati, kami semua Ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu Beluran mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan parti serta keluar daripada Bersatu berkuat kuasa serta-merta."Keputusan ini bukan mudah, namun ia diambil demi mempertahankan prinsip perjuangan dan maruah politik yang kami pegang selama ini."Kami percaya perjuangan untuk rakyat, khususnya Bumiputera Sabah mesti diteruskan atas landasan yang lebih jujur, berprinsip dan bebas daripada kepentingan peribadi mana-mana individu," katanya.





Konflik Asia Barat: Mesyuarat Khas Kabinet perinci impak terhadap Malaysia - Sinarharian - 12/03 9:02 pm

KUALA LUMPUR - Penilaian impak konflik di Asia Barat dalam jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap Malaysia akan dibincangdalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof."Apa yang lebih penting adalah untuk kita bersiap siagaterutamanya melibatkan sudut ekonomi rakyat. Perincian lanjut akan diumumkan esok selepas mesyuarat."Kita tidak mahu membuat sebarang keputusan sebelum semua perkara dibincangkan secara terperinci," katanya kepada pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Sahabat Istimewa Indah Water Konsortium di sini pada Khamis.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizantelah pun mengadakan perbincangan awal mengenai isu berbangkit susulan konflik berkenaan.Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari lalu susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Irandiikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk





Ahli digantung, tinggalkan parti di Sabah boleh buat permohonan kembali sertai UMNO - Jafry - Sinarharian - 12/03 8:24 pm

UMNO Sabah sentiasa terbuka terutama kepada bekas ahli atau pimpinan yang mahu kembali bersama parti."Namun, perkara itu tidak akan menjadi realiti jika hanya satu pihak sahaja yang mahu. Mereka perlu membuat permohonan mengikut prosedur, menyatakan hasrat untuk kembali dan barulah kita boleh memprosesnya," katanya.Tambah beliau, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi meneliti permohonan kemasukan semula ahli."Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Datuk Seri Khalid Nordin yang akan membuat keputusan berkaitan permohonan tersebut," katanya.Mengulas sama ada pendekatan itu merupakan strategi untuk mengekalkan kerusi UMNO menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), Jafry berkata, langkah berkenaan bukan semata-mata bertujuan ke arah itu."Yang penting kita membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk kembali bersama parti."Mungkin ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini merasakan diri terpinggirdan kepimpinan baharu UMNO Sabah terbuka untuk mereka kembali berjuang di bawah payung UMNO dan BN," katanya.





Konflik Asia Barat: Kekalkan harga RM1.99 RON95 bukti kerajaan lindungi rakyat - Sinarharian - 12/03 6:50 pm

KANGAR Langkah kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat disifatkan sebagai tindakan proaktif dalam melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup.Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, Syazwan Fahmi Badrul Sham berkata, langkah tersebut membuktikan komitmen kerajaan Madani dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.Menurutnya, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan tegas dan bertanggungjawab dalam menangani perkembangan konflik tersebut."Kenyataan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan serantau, kestabilan ekonomi global serta kebajikan rakyat Malaysia yang mungkin terjejas akibat ketegangan di rantau berkenaan."Antara langkah penting yang diumumkan termasuk pendirian tegas Malaysia mengecam serangan terhadap Iran selain usaha diplomasi aktif dengan menghubungi pemimpin negara Teluk, Turki, Indonesia dan Menteri Luar Iran bagi meredakan ketegangan serta mengelakkan konflik daripada terus merebak," katanya dalam satu kenyataan.Syazwan Fahmi berkata, kerajaan juga memberi jaminan bahawa bekalan petroleum negara berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei ini hasil pengurusan cekap oleh Petronas bersama kerajaan.Menurutnya, tindakan mengekalkan harga petrol RON95 di bawah inisiatif Budi Madani pada paras RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat membuktikan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat."Kerajaan turut memperkukuh penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan api yang berpotensi meningkat susulan perbezaan harga bahan api antara Malaysia dan negara jiran."Sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II juga ditubuhkan bagi memantau impak ekonomi konflik tersebut secara berterusan supaya langkah segera dapat diambil bagi memastikan kestabilan ekonomi negara," ujarnya.Tambah beliau, kerajaan turut menunjukkan kebertanggungjawaban fiskal apabila memutuskan semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini sebagai langkah berjimat cermat menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.Katanya, PKR Perlis juga menghargai usaha kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas di kawasan Asia Barat."Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pendekatan yang seimbang antara diplomasi antarabangsa, pengurusan ekonomi yang berhemah serta perlindungan kebajikan rakyat."Seluruh rakyat Malaysia diminta terus menyokong usaha kerajaan Madani dalam memastikan negara kekal stabil, selamat dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global yang semakin mencabar," jelasnya.





Angkasa sokong peranan ICA-AP kukuh pembangunan koperasi serantau - Sinarharian - 12/03 5:27 pm

SHAH ALAM Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh penglibatan Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) dalam jawatankuasa serantau serta inisiatif pembangunan koperasi.Ia bertujuan memperluaskan jangkauan keanggotaan dan memperkasakan peranan ICA-AP dalam membuat keputusan dasar di peringkat Asia Pasifik.Perkara itu disuarakan oleh Presiden Angkasa merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr





Waktu operasi premis karaoke: Terengganu bersikap terbuka - Harakahdaily - 12/03 3:50 pm

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu bersikap terbuka untuk mendengar pandangan pengusaha pusat karaoke di negeri ini berhubung ketetapan waktu operasi premis berkenaan yang dihadkan sehingga pukul 10 malam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pertemuan bersama pengusaha terbabit diadakan bagi mendapatkan maklum balas secara langsung selain menjelaskan […] The post Waktu operasi premis karaoke: Terengganu bersikap terbuka appeared first on Harakahdaily .





Politik `kucar-kacir’ tanda demokrasi negara semakin sihat ??? Amira .. - Mgazette - 12/03 3:29 pm

Demokrasi memang ruang yang bising dan kucar-kacir kerana kita mahu menyambut suara semua rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang dan idea," katanya dalam program Skop MG. Sementara itu, Amira Aisya yang juga merupakan calon Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan Muda 2026/2029 berkata, setakat ini partinya masih tidak dapat memberi jawapan mengenai kerjasama politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang





Ketua Armada Bersatu Teluk Intan umum lepas jawatan - Sinarharian - 12/03 12:36 am

IPOH Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Teluk Intan, Muhammad Munawar Biran mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.Muhammad Munawar berkata, keputusan itu dibuat kerana mendakwa wujud pelanggaran terhadap perlembagaan parti serta amalan tadbir urus yang tidak telus di peringkat bahagian.Menurutnya, keadaan tersebut dapat dilihat apabila pelantikan seorang Ketua Bahagian (Penaja) yang baharu di Bersatu Bahagian Teluk Intan dibuat tanpa memaklumkan Timbalan Ketua Bahagian dan barisan Jawatankuasa Bahagian yang dipilih secara sah."Apa yang berlaku di Bersatu Bahagian Teluk Intan amat mengecewakan dan mencalar prinsip demokrasi dalam parti."Timbalan Ketua Bahagian serta barisan Jawatankuasa Bahagian yang dipilih secara sah melalui pemilihan parti langsung tidak dimaklumkan mengenai pelantikan seorang Ketua Bahagian (Penaja) yang baharu, selepas pemecatan Ketua Bahagian sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Muhammad Munawar mendakwa, individu yang dilantik itu juga tidak mempunyai sokongan kukuh di peringkat bahagian malah sering gagal mencapai korum untuk mengadakan mesyuarat cawangan.Katanya, situasi berkenaan menimbulkan persoalan mengenai ketelusan serta kewajaran proses membuat keputusan dalam parti.Sehubungan itu, beliau memaklumkan satu laporan rasmi telah dibuat oleh Timbalan Ketua Bersatu Bahagian bersama jawatankuasa bahagian kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi memohon siasatan dijalankan.Menurutnya, laporan tersebut dibuat di bawah Akta Pertubuhan 1966 berhubung dakwaan pelanggaran perlembagaan pertubuhan serta penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan Ketua Bahagian (Penaja) bagi Bersatu Bahagian Teluk Intan.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa surat peletakan jawatan tersebut sudah dihantar ke Pejabat Bersatu Bahagian Teluk Intan untuk tindakan lanjut.





Rundingan hasil Sabah 40% dipantau jawatankuasa teknikal, kata Mustapha - FMT - 12/03 8:00 am

Menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak berkata jawatankuasa itu turut berperanan menilai jumlah sebenar bayaran termasuk 'lost years'.





Pandu laju, guna telefon bimbit, potong secara berbahaya jadi punca .. - Mgazette - 12/03 7:52 am

Terutamanya ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan ketara jumlah kenderaan di lebuh raya dan jalan Persekutuan. Selain itu kempen yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh itu turut menekankan kepentingan tanggungjawab sosial dalam kalangan pengguna jalan raya





AKPS bentang syor penyelesaian e-waste kepada PM esok ??? Nik Ezanee - Mgazette - 12/03 7:52 am

Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, beberapa syor akan dibentangkan susulan lambakan e-waste yang masuk melalui pintu utama negara semakin membimbangkan. Esok, saya bersama Ketua Pengarah AKPS, kami akan menghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kami akan bentangkan syor dengan isu yang ada sekarang dalam tangan bersama Jawatankuasa Bersama Bertindak





Konflik Asia Barat: Jawatankuasa Khas diaktifkan pantau barang kawalan, .. - Mgazette - 12/03 7:52 am

# Konflik Asia Barat: Jawatankuasa Khas diaktifkan pantau barang kawalan, gempur penyeludupan KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa khas berkaitan pemantauan barang kawalan telah diaktifkan selepas mesyuarat jemaah menteri yang berlangsung hari ini susulan konflik di Asia Barat





Lebih ramai bekas ahli dijangka kembali sertai UMNO selepas Aidilfitri ??? .. - Mgazette - 12/03 7:52 am

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Media sebelum ini melaporkan, pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Januari lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memaklumkan bahawa UMNO menubuhkan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk menerima kembali mana-mana bekas pemimpin dan ahli





Ini keputusan sukar tetapi harga BUDI95 kekal RM1.99 – PM - Mgazette - 12/03 7:52 am

"Sebab itu, saya telah maklumkan kepada jemaah menteri untuk menetapkan harga BUDI95 untuk rakyat, ini keputusan yang sukar tetapi akan dikekalkan pada paras RM1.99 seliter walaupun harga pasaran sebenar jauh lebih tinggi apatah lagi jika dibandingkan dengan harga di negara-negara jiran," katanya semasa sidang media khas di Putrajaya, hari ini. Sehubungan itu, Anwar mengarahkan, Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan jawatankuasa berhubung penguatkuasaan bahan bakar seperti diesel agar ia terkawal di semenanjung dan tidak naik harga di Sabah dan Sarawak di samping mengekang kes-kes penyeludupan





Konflik Asia Barat: Jawatankuasa khas pantau barang kawalan diaktifkan cegah penyeludupan - Sinarharian - 11/03 11:57 pm

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa khas bagi memperkasa pemantauan serta penguatkuasaan barang kawalan bersubsidi diaktifkan semula untuk merangka pendekatan lebih bersepadu dalam mengekang risiko penyeludupan barangan tersebut susulan konflik Asia Barat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof itu dijadualkan bermesyuarat pada Isnin depan."Telah diputuskan bahawa kita (mesyuarat Jemaah Menteri hari ini) mengaktifkan satu jawatankuasa yang sebelum ini melihat kepada isu penguatkuasaan penyeludupan dan penyelewengan di Sabah dan Sarawak."Mesyuarat pada Isnin nanti untuk kita mencari pendekatan dan strategi mengekang penyeludupan di luar daripada sempadan kita bagi memastikan subsidi yang ada itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat," katanya pada sidang media Program Ronda Ramadan Ihsan Food Bank (i-FB), di sini hari ini.Armizan berkata, pemantauan dan penguatkuasaan itu perlu diperkasa kerana jurang harga terutamanya bahan api bersubsidi dalam negara dengan harga industri serta harga di negara jiran boleh meningkatkan risiko penyeludupan.Beliau berkata, operasi penguatkuasaan akan melibatkan pelbagai agensi termasuk penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), agensi kawalan sempadan serta pihak kastam."Kita mengharap kerjasama semua pihak, bukan hanya anggota penguat kuasa di pelbagai kementerian tetapi begitu juga pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat setempat, sekiranya melihat ada unsur penyeludupan dilakukan oleh pihak tertentu bagilah laporan kepada kita untuk kita mengambil tindakan segera," tambahnya.Dalam perkembangan sama, Armizan berkata, bekalan bahan api di seluruh negara adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai ketersediaannya.Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk





Kabinet serah tindakan lanjut isu saham Azam Baki kepada KSN - Sinarharian - 11/03 4:39 pm

PUTRAJAYA - [KEMAS KINI] Jemaah Menteri memutuskan bahawa tindakan lanjut berhubung siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan dilaksanakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Kabinet telah menerima dan membincangkan hasil laporan Jawatankuasa Khas yang menyiasat perkara itu pada hari ini."Saya tidak nyatakan apa hasil laporan itu memandangkan ada langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan oleh Tan Sri KSN





Perang Asia Barat: Kerajaan ambil langkah berjimat, hadkan kunjungan luar negara - Sinarharian - 11/03 4:35 pm

PUTRAJAYA [KEMAS KINI] Kerajaan memutuskan untuk mengambil langkah penjimatan termasuk tidak menganjurkan majlis rumah terbuka melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.Malah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan kunjungan ke luar negara oleh anggota Jemaah Menteri dan jabatan kerajaan dihadkan kecuali bagi acara yang wajib dihadiri.Menurutnya, keputusan itu bagi memastikan perbelanjaan secara lebih cermat dan sederhana dapat dilakukan ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik berkenaan."Ada yang bertanya kalau keadaan terkawal, harga dan barang keperluan seperti minyak dan gas itu masih boleh disediakan, apa keperluan kita (untuk) waspada dan berjimat, saya kata ini langkah waras bagi kita supaya jangan nanti terjebak dalam keadaan lebih parah."Jadi sebaiknya ambil sikap sederhana, lebih bertanggungjawab," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra pada Rabu.Menurutnya, kerajaan memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusuf bagi menangani isu penyeludupan, terutama membabitkan diesel dan petrol.Menurutnya, jawatankuasa itu bagi memastikan bekalan diesel lebih terkawal di Semenanjung dan tidak naik di Sabah serta Sarawak."Ini memungkinkan penyeludupan besar-besaran





Bersatu semakin kukuh, bukan rapuh – Srikandi Muda - Mgazette - 11/03 2:57 pm

Menurut beliau, usaha penyusunan semula bahagian yang diterajui Pemangku Timbalan Presiden, Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Faizal Azumu bersama Setiausaha Agung, Datuk Seri Azmin Ali, adalah langkah penting dalam memperkukuh struktur organisasi parti di seluruh negara. Srikandi Muda turut merakamkan penghargaan atas komitmen kepimpinan tertinggi dalam memastikan proses tersebut berjalan lancar dan teratur, termasuk pembentukan jawatankuasa petugas khas atau jawatankuasa penaja baharu di bahagian yang terjejas





???Bila kena agama lain laju, bila Quran dihina senyap? – Ridhuan Tee - Mgazette - 11/03 2:57 pm

Terdahulu, beberapa pemimpin DAP beragama Islam tampil memohon maaf kepada penganut Hindu di Malaysia susulan insiden memijak Soolam yang merupakan simbol keagamaan Hindu. Antaranya, Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat, Sheikh Omar Ali yang menegaskan Islam adalah agama yang membawa rahmat serta mempromosikan keharmonian, bukannya perpecahan antara masyarakat





Kelantan cadang tubuh jawatankuasa nilai semula latihan doktor pelatih - Utusan - 11/03 2:56 pm

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi menilai semula sistem latihan doktor pelatih supaya lebih relevan dengan perkembangan semasa dan sesuai dengan keperluan generasi sekarang





Sokongan terhadap Iran tanpa dipengaruhi pegangan mazhab - Harakahdaily - 11/03 2:37 pm

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sokongan terhadap Iran antara negara Islam





Ahli politik Terengganu didakwa seleweng dana Projek Sejati MADANI masuk akaun sendiri - Harapandaily - 11/03 2:13 pm

AMANAH mendakwa menerima beberapa aduan berhubung penyelewengan dana di Terengganu membabitkan Projek Sejati MADANI yang sepatutnya bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti dan kampung-kampung. Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mendakwa, penyelewengan itu berkait dengan individu yang mempunyai pengaruh politik di Terengganu





Tuntutan MA63 perlu seiring tanggungjawab bangunkan negara - Mustapha - Sinarharian - 11/03 11:51 am

KUALA LUMPUR - Tuntutan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu bergerak seiring dengan kebertanggungjawaban membangunkan negara maju dan harmoni, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.Beliau berkata, walaupun menuntut hak di bawah MA63 untuk dilaksanakan itu penting, namun pada masa sama ia tidak boleh dipisahkan daripada tanggungjawab bersama untuk membangunkan negara secara keseluruhannya."Jadi dalam kita memperjuangkan hak, jangan sesekali kita lupa, kita ada tanggungjawab untuk bina negara ini, sebab akhirnya kita akan wariskan satu negara yang harmoni untuk generasi pelapis."Saya fikir ini juga antara agenda yang akan saya tekankan dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit berkaitan dengan MA63," katanya semasa temu bual khas bersama Bernama.Mengulas pencapaian rundingan MA63 setakat ini, Mustapha berkata, daripada 29 isu tuntutan, 13 perkara telah diselesaikan sepenuhnya, satu perkara diselesaikan secara interim, manakala 15 lagi masih dalam proses rundingan.Menurut Mustapha, selari dengan usaha menyelesaikan isu tertunggak, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta beberapa tokoh penting bagi mendapatkan pandangan mereka."Kita juga mengadakan sesi libat urus bersama kakitangan Persekutuan di Sabah dan Sarawak yang jumlahnya melebihi 130,000 orang di setiap negeri."Sebagai pelaksana dasar, mereka perlu diberikan kefahaman jelas mengenai MA63, khususnya ketua-ketua jabatan yang boleh membantu melaksanakan agenda ini secara terancang," katanya.Mengulas isu pembangunan infrastruktur asas di Sabah yang sering dikaitkan dengan isu MA63, Mustapha berkata beliau akan terlibat dalam jawatankuasa khas bagi memantau projek sakit di Sabah dan Sarawak untuk memastikan pelaksanaannya dapat dipercepat.Mustapha berkata, pihaknya telah mula meninjau beberapa projek sakit serta projek baharu bagi memastikan projek dirancang tidak menghadapi masalah akibat kekurangan pemantauan pada peringkat awal."Ada pihak melihat masalah jalan berlubang atau kekurangan infrastruktur berpunca daripada kegagalan melaksanakan MA63





Taska di HSJ ditutup sementara, cadang batal lesen – Siew Khim - Mgazette - 11/03 7:58 am

# Taska di HSJ ditutup sementara, cadang batal lesen - Siew Khim GEORGE TOWN - Taska di dalam Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang menjadi lokasi kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan semalam akan ditutup sementara. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Agama Bukan Islam Negeri, Lim Siew Khim berkata, Bahagian Penguatkuasaan akan melaksanakan penutupan sementara di bawah seksyen 16 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984





Tiada bahagian Bersatu bubar, hanya kekosongan jawatan – Muhyiddin - Mgazette - 11/03 7:58 am

Muhyiddin menjelaskan, apa yang sebenarnya berlaku ialah peletakan jawatan beberapa pemimpin bahagian yang menyebabkan kekosongan jawatan. Apabila itu berlaku, maka kita ambil langkah menubuhkan jawatankuasa penaja atau mengisi kekosongan jawatan melalui Jawatankuasa Petugas Khas Penyusunan Bahagian dan Sayap, ujarnya





Inisiatif Rumah Bangsa dapat reaksi positif tokoh politik, bekas pemimpin .. - Mgazette - 11/03 7:58 am

# Inisiatif Rumah Bangsa dapat reaksi positif tokoh politik, bekas pemimpin UMNO - Ahmad Maslan KUALA LUMPUR - Inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenal oleh UMNO mula menerima maklum balas positif daripada tokoh-tokoh politik termasuk bekas pemimpin parti Melayu itu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan. Beliau berkata mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordinminggu lepas, antara lain membincangkan pendekatan memperkukuh inisiatif berkenaan





Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa - Mgazette - 11/03 7:58 am

# Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa KOTA BHARU - Pergerakan Wanita UMNO akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti secara terperinci pelaksanaan inisiatifRumah Bangsadi peringkat sayap parti itu





Inisiatif Rumah Bangsa dapat reaksi positif tokoh politik, bekas pemimpin UMNO - Ahmad Maslan - Sinarharian - 10/03 11:45 pm

KUALA LUMPUR - Inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenal oleh UMNO mula menerima maklum balas positif daripada tokoh-tokoh politik termasuk bekas pemimpin parti Melayu itu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.Beliau berkata, mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin minggu lepas, antara lain membincangkan pendekatan memperkukuh inisiatif berkenaan.Ahmad, yang juga Ahli Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa berkata, mesyuarat turut memutuskan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keterbukaan parti menerima kembali bekas ahli yang pernah digantung keahlian, dipecat atau meninggalkan parti sebelum ini."Sebagaimana kita sedia maklum, Presiden UMNO telah membuat kenyataan media menyatakan keterbukaan UMNO melalui Rumah Bangsa untuk menjemput mereka kembali bersama parti selain mengajak mereka yang belum menjadi ahli untuk menyertai perjuangan demi agama, bangsa dan negar pada Selasa.Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata, penelitian awal jawatankuasa mendapati beberapa tokoh telah menyatakan sokongan terhadap gagasan murni itu meskipun ada segelintir pihak yang meletakkan syarat tertentu sebelum mempertimbangkan untuk kembali bersama UMNO menerusi inisiatif Rumah Bangsa.Beliau berkata, jawatankuasa itu, yang dianggotai 10 orang, turut ditugaskan mendekati beberapa bekas pemimpin utama dan dikenali ramai bagi mengadakan pertemuan serta perbincangan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai idea murni Rumah Bangsa sebagai wadah penyatuan dalam usaha mengukuhkan perjuangan orang Melayu menerusi UMNO





Nolee Ashilin pemangku Ketua Srikandi, Sanjivan terajui Sayap Bersekutu Bersatu - Sinarharian - 10/03 9:15 pm

KUALA LUMPUR - Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dilantik sebagai Pemangku Ketua SrIkandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Datuk Seri R Sanjivan sebagai Pemangku Ketua Sayap Bersekutu parti itu berkuat kuasa serta-merta.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan tersebut diputuskan secara sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dalam mesyuarat yang diadakan pada Selasa.Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kelangsungan kepimpinan kedua-dua sayap parti berkenaan berjalan lancar.Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan tiada mana-mana bahagian Bersatu yang dibubarkan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu sejak kebelakangan ini.Beliau menjelaskan bahawa mengikut perlembagaan parti, hanya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mempunyai kuasa untuk membubarkan bahagian."Tidak ada bahagian yang berjaya dibubarkan. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, selepas peristiwa pemecatan Timbalan Presiden, ada pihak mendakwa beberapa bahagian mengisytiharkan pembubaran."Sebenarnya mengikut perlembagaan parti, tidak ada pihak kecuali MPT Bersatu sahaja yang mempunyai kuasa untuk membubarkan bahagian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPT Bersatu di sini.Muhyiddin berkata, situasi yang berlaku ketika ini sebenarnya melibatkan pemberhentian atau peletakan jawatan oleh beberapa individu dalam kepimpinan bahagian.Menurutnya, susulan perkembangan itu, parti akan menggunakan kuasa petugas khas untuk melakukan penyusunan semula kepimpinan di bahagian yang terlibat."Apabila berlaku pemberhentian atau peletakan jawatan, kita akan menyusun semula kepimpinan dengan mengisi jawatan yang kosong atau membentuk jawatankuasa penaja di bahagian berkenaan," ujarnya.Tambah beliau, keadaan sebenar di peringkat bahagian tidaklah sebesar seperti yang digambarkan oleh pihak tertentu.Menurutnya, majoriti bahagian parti itu masih berfungsi seperti biasa dan tidak terjejas dengan perkembangan berkenaan.Pelantikan pemangku kepimpinan itu dibuat susulan kekosongan jawatan selepas bekas Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan bekas Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, Datuk Dr Dr Chong Fat Full sebelum ini tidak lagi memegang jawatan berkenaan.Mas Ermieyati sebelum ini merupakan pemimpin wanita utama Bersatu yang pernah memimpin sayap Srikandi parti tersebut, manakala Chin Fatt pula mengetuai Sayap Bersekutu yang menghimpunkan anggota bukan bumiputera dalam Bersatu.





Wanita UMNO tubuh jawatankuasa teliti Rumah Bangsa - Sinarharian - 10/03 8:30 pm

KOTA BHARU Wanita UMNO akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti secara terperinci penyertaan bekas ahli parti itu melalui inisiatif Rumah Bangsa yang sedang dilaksanakan oleh UMNO.Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, langkah tersebut akan dilaksanakan di peringkat sayap wanita bagi menyelaraskan usaha yang sedang digerakkan oleh kepimpinan pusat.Menurut beliau, jawatankuasa berkenaan akan menilai setiap permohonan yang diterima sebelum dirujuk kepada jawatankuasa pusat.Noraini bagaimanapun memaklumkan bahawa perbincangan mengenai perkara itu masih di peringkat awal walaupun sudah terdapat permohonan daripada bekas ahli Wanita UMNO."Ada perbincangan, tetapi tidak secara serius lagi





Sheikh Omar mohon maaf kepada penganut Hindu, kecam tindakan pijak soolam - Harapandaily - 10/03 5:44 pm

Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat, Sheikh Omar Ali memohon maaf kepada penganut Hindu di Malaysia atas insiden memijak Soolam yang merupakan simbol keagamaan Hindu





Kematian doktor pelatih: Siasat telus unsur tekanan kerja, buli – .. - Mgazette - 10/03 5:31 pm

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa budaya buli tidak boleh dinafikan masih menjadi `barah yang tersembunyi dalam sistem latihan perubatan. Sehubungan itu, beliau mendesak agar jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan kelak melihat secara terperinci rekod kerja mangsa dan mendapatkan testimoni daripada rakan sejawat bagi memastikan tiada unsur intimidasi atau gangguan mental yang berlaku terhadap mangsa





Lambakan warga asing di Johor jejas peluang kerja, kesejahteraan sosial - Mgazette - 10/03 3:38 pm

"Langkah ini penting bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing dalam jangka panjang," ujarnya. Pejuang Johor turut mencadangkan agar kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas pemantauan pekerja asing di peringkat negeri yang melibatkan agensi penguatkuasaan, pihak berkuasa tempatan serta wakil masyarakat bagi memastikan isu ini dipantau secara berterusan dan tindakan dapat diambil dengan lebih cepat serta berkesan





Pecat saja, jangan gantung – Ronald Kiandee Pecat saja, jangan .. - Mgazette - 10/03 3:38 pm

Keputusan ini sebenarnya hanya menguatkan lagi persepsi bahawa Lembaga Disiplin kini digunakan sebagai 'alat politik' untuk melindungi presiden dan kelompok kecil di sekelilingnya, katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Bersatu Sabah turut membangkitkan isu konflik kepentingan apabila mendakwa jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kepimpinan tertinggi parti





Lembaga Disiplin JPA teliti laporan penuh siasatan terhadap Azam Baki - Utusan - 10/03 3:27 pm

PUTRAJAYA: Lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti laporan penuh Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki





Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN - Mkini - 10/03 3:10 pm

Shamsul Azri berkata dia dan Perdana Menteri telah menerima laporan itu daripada pengerusi jawatankuasa yang juga Peguam Negara.





Presiden MFL enggan ulas spekulasi terajui FAM - Sinarharian - 10/03 1:48 pm

PRESIDEN Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan enggan mengulas khabar angin yang mengaitkan namanya sebagai antara calon berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).Beliau berkata, perkara berkenaan tidak wajar diperkatakan ketika ini dan memilih untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya bersama badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu."Saya tak tahu (dikaitkan)...tak payah cakap (pencalonan presiden FAM)...saya masih lagi Presiden MFL," katanya.Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengaitkan Ab Ghani sebagai antara individu berpotensi bertanding bagi mengisi jawatan Presiden FAM pada kongres pemilihan akan datang.Selain Ab Ghani, beberapa nama lain turut dikaitkan media tempatan ialah antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes dan tokoh korporat Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.Setakat ini, hanya Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menyatakan minat untuk menerajui FAM.Menurut statut FAM, calon presiden mesti mendapat sekurang-kurangnya enam pencalonan daripada keseluruhan 18 ahli gabungan untuk layak bertanding.Januari lepas, kesemua Ahli Jawatankuasa FAM bagi penggal 2025-2029 meletak jawatan secara kolektif dan sukarela berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah berprinsip dan berhemah susulan krisis yang melanda badan induk itu.Krisis dalam FAM bermula pada September tahun lepas selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan FAM dan tujuh pemain Harimau Malaya - Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Jodo Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel - didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).-Bernama





Tular harimau belang muncul di kawasan berhampiran kampung?? - Mgazette - 10/03 7:52 am

Menerusi video berdurasi satu minit 36 saat itu, harimau tersebut dilihat bergerak perlahan di kawasan semak. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor yang menerima laporan berhubung insiden itu sudah melakukan siasatan di lokasi





Pemaju kondo tak ‘ceroboh’ kawasan parkir PPR Kampung Limau .. - Mgazette - 10/03 7:52 am

Nizam berkata, sebelum projek pembinaan jalan susur dimulakan, pihak pemaju berkenaan bersama persatuan penduduk berbincang. "Macam isu parkir ni, sudah diketahui penduduk kerana perbincangan bersama pemaju disertai oleh persatuan penduduk, KRT (kawasan rukun tetangga) dan jawatankuasa surau





Kempen ‘Tangkap Azam Baki’: Muda, Pejuang belum hantar .. - Mgazette - 10/03 7:51 am

Isu utama yang dibangkitkan berkaitan dengan laporan media antarabangsa mengenai dakwaan 'mafia korporat' yang sehingga kini dilihat masih belum menerima sebarang tindakan nyata daripada pihak Perdana Menteri. Amira Aisya turut menambah, sejak laporan berita itu tular, tiada sebarang siasatan dilakukan, malah perkembangan jawatankuasa siasatan juga dilihat tidak menunjukkan sebarang kemajuan





Hamzah tak akan kembali kepada UMNO - Mgazette - 10/03 7:51 am

Turut hadir beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P. Punithan; Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Awang Hashim; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir





15 pimpinan Armada Sabah umum keluar Bersatu serta-merta - Mgazette - 10/03 7:51 am

# 15 pimpinan Armada Sabah umum keluar Bersatu serta-merta KUALA LUMPUR - Seramai 15 pimpinan Armada Bersatu Sabah mengumumkan peletakan jawatan dalam sayap pemuda parti itu serta keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta. Ketua Armada Bersatu Sabah, Hisyam Hazaril berkata, keputusan tersebut turut melibatkan pembubaran jawatankuasa Armada Negeri Sabah





Kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca litar pintas - Exco - Sinarharian - 10/03 2:50 am

KUANTAN - Insiden kebakaran yang meragut nyawa lima sekeluarga di sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub pada 26 Februari lepas berpunca daripada litar pintas.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mendapati punca kebakaran itu juga disebabkan sistem pendawaian yang tidak teratur sehingga menyebabkan berlakunya litar pintas."Berdasarkan analisis yang dilaksanakan oleh JBPM Pahang terhadap kes-kes kebakaran struktur tahun ini, sebanyak 15 daripada 35 kes keseluruhan berpunca daripada faktor elektrikal iaitu sekitar 43 peratus diikuti tujuh kes berpunca daripada peralatan gas iaitu 20 peratus, serta enam kes berpunca daripada api berbara iaitu sekitar 17 peratus manakala selebihnya masih dalam siasatan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran bersempena dengan Siap Siaga Raya Tahun 2026 di Padang MBK 1 di sini pada Isnin.Mohammad Fakhruddin juga berkata, atas titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihaknya akan menyumbangkan sebuah Rumah Rakyat Pahang kepada waris mangsa yang terselamat, yang dijangka siap pada tahun ini.Beliau berkata, pihaknya bercadang memastikan setiap rumah mampu milik di Pahang dilengkapi alat pemadam api bagi meningkatkan tahap keselamatan penghuni memandangkan penggunaannya amat penting terutama apabila melibatkan elektrik atau gas yang tidak boleh dipadam dengan air kerana boleh memburukkan keadaan.Pada majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri Bebar itu turut menyaksikan penyerahan dua jentera Fire Rescue Tender oleh Syarikat Alliance Steel kepada JBPM Pahang.Beliau berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan juga jelas menunjukkan komitmen pihak industri dalam menyokong usaha pihak berkuasa dalam memperkukuh aspek keselamatan awam.Mohammad Fakhruddin berkata, sebagai langkah tambahan untuk meningkatkan kecekapan respons kecemasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jentera dan pasukan JBPM Pahang akan ditempatkan di tiga lokasi strategik sepanjang lebuh raya utama iaitu kawasan rehat dan rawat Temerloh, Gambang serta Genting Sempah dari 19 hingga 24 Mac ini."Langkah ini diambil bagi memastikan masa tindak balas pasukan penyelamat dapat dipertingkat sekiranya berlaku sebarang kecemasan sepanjang tempoh perjalanan pulang masyarakat ke kampung halaman," katanya





Kecewa konflik berterusan dalam Bersatu, 15 pemimpin Armada Sabah keluar parti - Harapandaily - 9/03 9:14 pm

Susulan konflik dalaman Bersatu dengan serangan secara terbuka terhadap pimpinan parti, seramai 15 pemimpin Armada Sabah mengumumkan peletakan jawatan serta keluar dari parti berkuatkuasa serta merta. Ketua Armada Bersatu Sabah, Hisyam Hazaril berkata, dengan peletakan jawatan semua pemimpinnya, jawatankuasa Armada Negeri Sabah turut terbubar





Rumah Bangsa jenama baharu, tetapi isinya sama - Harakahdaily - 9/03 6:29 pm

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk meninggalkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) walaupun timbul pelbagai spekulasi berhubung gagasan Rumah Bangsa





Kenapa DAP kalut sangat desak Azam Baki disiasat, tak salah orang... - Mgazette - 9/03 11:19 am

Pada 25 Februari pula, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat Azam, sambil mengugut DAP akan keluar kerajaan jika tuntutan tidak dipenuhi. Jumaat lalu pula, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) mendesak kerajaan menyiasat 'mafia korporat' didakwa menyalahgunakan SPRM untuk kepentingan peribadi





Pindaan Enakmen Syariah Kelantan hampir dimuktamadkan - Harapandaily - 9/03 7:40 am

Selepas dua tahun sejak Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, kerajaan Pas kini berada di peringkat akhir menyediakan pindaan sebelum dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, draf pindaan enakmen berkenaan ketika ini sedang melalui..





Rumah Bangsa diharap jadi gelombang positif untuk UMNO, penyatuan Melayu - Mgazette - 9/03 6:04 am

Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, permohonan untuk menyertai Rumah Bangsa menerima sambutan amat menggalakkan. Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata permohonan untuk menyertai jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu perlu dibuat secara rasmi bagi mengelak masalah pada masa depan.- MalaysiaGazette Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan rakaman video tular berdurasi 12 saat itu di media sosial kira-kira 7.50 malam semalam





PH Johor: Ada perebutan kerusi tapi tak perlu bimbang – Nie Ching - Mgazette - 9/03 6:04 am

# PH Johor: Ada perebutan kerusi tapi tak perlu bimbang - Nie Ching KULAI - Pembahagian kerusi membabitkan kompenan Pakatan Harapan (PH) Johor untuk pilihan raya negeri (PRN) diharap dapat dimuktamadkan dalam kadar segera. Timbalan Pengerusi PH Johor, Teo Nie Ching berkata, Jawatankuasa Agihan Kerusi yang ditubuhkan kelmarin juga diberi peranan penting bagi memastikan pembahagian kerusi antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) berjalan lancar





Tony Fernandes Dilapor Sedia Pimpin FAM - Thevocket - 8/03 10:41 pm

Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dikatakan bersedia untuk mengemudi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan peletakan jawatan beramai-ramai kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) bagi penggal..





Perlu garis panduan jelas kemasukan semula bekas ahli UMNO - Sinarharian - 8/03 8:53 pm

IPOH - Kemasukan semula bekas ahli ke dalam UMNO menerusi inisiatif Rumah Bangsa perlu disertai garis panduan yang jelas bagi mengelakkan sebarang salah faham atau konflik di peringkat akar umbi.Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, walaupun langkah membuka ruang kepada bekas ahli kembali menyertai parti dilihat sebagai pendekatan positif, proses tersebut wajar diselaraskan dengan mekanisme tertentu.Menurutnya, matlamat utama inisiatif berkenaan bukan sekadar membuka pintu kepada bekas ahli untuk kembali, sebaliknya memastikan langkah itu mampu memperkukuh parti secara keseluruhan dan bukan menimbulkan luka lama."Saya yakin Jawatankuasa Rumah Bangsa mempunyai mekanisme tertentu dalam menilai kemasukan semula bekas ahli."Dalam masa sama, sentimen kepimpinan dan ahli di peringkat bahagian serta cawangan juga perlu diambil kira memandangkan mereka lebih memahami realiti politik setempat," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, UMNO perlu belajar daripada pengalaman lalu dan tidak boleh terlalu naif sehingga mengulangi kesilapan yang sama."UMNO ini ibarat sebuah rumah besar orang Melayu





JKNK tubuh jawatankuasa siasat punca kematian doktor pelatih HSIP - Sinarharian - 8/03 8:34 pm

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat serta meneliti kes doktor pelatih wanita meninggal dunia di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai pada Jumaat.Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, tindakan itu bertujuan menyiasat punca sebenar kejadian termasuk dari aspek tekanan tempat kerja dan faktor lain sehingga menyumbang kepada perkara tersebut."JKNK berdukacita dengan kejadian berlaku dan saya ada menziarahi keluarganya pagi tadi."Arwah merupakan doktor pelatih wanita dari Universiti Monsoura, Mesir dan sedang menjalani praktikal," katanya kepada pemberita pada Ahad.Menurut beliau, JKNK berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan emosi keluarga arwah.Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang doktor pelatih ditemukan maut di asrama HSIP pada Jumaat.Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 9.55 pagi.





Doktor pelatih meninggal di asrama, Jabatan Kesihatan Kelantan tubuh jawatankuasa siasat - FMT - 8/03 5:59 pm

Pengarah Dr Mohd Azman Yacob berkata jawatankuasa itu akan cuba kenal pasti punca kejadian termasuk dari aspek tekanan tempat kerja dan faktor lain.





Khaled seru bekas ahli kembali ke pangkuan ???Rumah Besar??? UMNO - Mgazette - 8/03 4:13 pm

# Khaled seru bekas ahli kembali ke pangkuan Rumah Besar UMNO KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru individu-individu yang pernah meninggalkan parti itu agar kembali menyertai parti tersebut demi memperkukuh perpaduan dan perjuangan bangsa Melayu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa berkata, seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membuka ruang kepada bekas ahli-ahli kembali ke pangkuan parti itu wajar disambut dengan sikap terbuka oleh semua pihak





Rumah bangsa: Tiada syarat kembali, UMNO amal ???forgive and forget??? - Mgazette - 8/03 4:13 pm

Kalau kita hendak ungkit, memang banyak perkara boleh diungkit, tetapi apabila kita terus mengungkit, akhirnya tiada siapa yang akan mahu kembali, katanya kepada Bernama di sini, malam tadi. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Rumah Bangsa menjelaskan, keputusan untuk kembali menyertai UMNO bergantung sepenuhnya kepada individu berkenaan memandangkan parti itu kini membuka pintu seluas-luasnya kepada bekas ahli yang dipecat, digantung atau telah meninggalkan perjuangan sebelum ini





Mestilah ada perebutan kerusi, mana boleh tak ada - Utusan - 8/03 3:30 pm

KULAI: Pakatan Harapan (PH) Johor berharap pembahagian kerusi membabitkan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat dimuktamadkan dalam kadar segera. Timbalan Pengerusi PH Johor, Teo Nie Ching berkata, Jawatankuasa Agihan Kerusi yang ditubuhkan baru-baru ini juga memainkan peranan penting bagi memastikan proses itu berjalan ..





Kejar untung, enam peniaga jual makanan pukul 9 pagi ditahan - Kosmo - 8/03 2:43 pm

Kesemua mereka yang berusia 20-an hingga 40-an ditahan dalam serbuan di sebuah medan selera di kawasan industri di Ayer Keroh dekat sini kira-kira pukul 11.10 pagi, Khamis lalu. Pengerusi Jawatankuasa ..





Bekas Ketua UMNO Bahagian Jempol kemuka rayuan - Sinarharian - 8/03 8:40 am

SHAH ALAM - Bekas Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif yang digantung keahliannya pada Januari 2023 mengesahkan memohon untuk kembali kepada parti tersebut melalui inisiatif Rumah Bangsa sekitar dua minggu lepas.Mohd Salim berkata, surat permohonan rayuan itu dikemukakan melalui UMNO Bahagian Jempol dan kemudiannya dihantar kepada Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang dipengerusikan Datuk Seri Jalaluddin Alias.Bekas Ahli Parlimen Jempol itu berkata, Jalaluddin juga menyokong permohonan tersebut dan beliau sendiri menyerahkannya kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Pengerusi Jawatankuasa Rumah Bangsa untuk perhatian lanjut."Buat masa ini, belum ada sebarang jawapan atau respons balas





Nurul Izzah saran SPRM hantar laporan berkala kepada Parlimen - Mgazette - 8/03 7:45 am

Jelas beliau, langkah tersebut bukanlah satu serangan terhadap usaha suruhanjaya itu membanteras rasuah, sebaliknya ia adalah penyempurnaan kepada usaha berkenaan. "Laporan berkala kepada Parlimen membolehkan wakil rakyat menilai kerja Suruhanjaya manakala badan-badan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang khusus boleh meneliti dasar, prosedur, dan keputusan penguatkuasaan




Reformasi     >>



ULASAN Gen Z adalah realiti baru, bukan sekadar angka - Mkini
ULASAN Mereka bukan sekadar angka dalam kertas undi.
Kroni     >>



Mahkamah platform keadilan tapi RCI jalan reformasi - Utusan
SEJAK kebelakangan ini, wacana awam tertumpu kepada dua perkara yang saling berkait tetapi berbeza sifatnya iaitu tindakan saman yang difailkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap Bloomberg L.P. serta cadangan penubuhan Suruhanjaya ..
Tabloid     >>



RM268 juta sasaran kutipan zakat Ramadan Selangor - Kosmo
SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menetapkan sasaran kutipan zakat sebanyak RM268 juta pada Ramadan tahun ini bagi memastikan keperluan golongan asnaf di Selangor terus disantuni. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd. Khaidzir Shahari, daripada jumlah tersebut ..
Tech     >>



AMD, Broadcom, and Nvidia join hyperscalers to define .. - Tomshardware
AMD, Broadcom, and Nvidia team up with Microsoft, Meta, and OpenAI to develop protocol-agnostic optical scale-up interconnects for AI clusters.
World     >>



Iran War: U.S. Navy will escort oil tankers through .. - Cnbc
The Strait of Hormuz has been effectively closed to shipping because of the war against Iran by the U.S. and Israel.
Motor Trend     >>



Ferrari Amalfi Spider Debuts Globally Right Here In .. - DSF
Maranello has expanded its contemporary grand touring lineup with the global debut of the Ferrari Amalfi Spider, and it’s right here in Malaysia. Following the regional debut of the Ferrari Amalfi earlier today, we now have the GLOBAL debut of the Ferrari Amalfi Spider. This new model ..