| /// |
|
| Search : Jabatan Penjara News | Page 1 |
|
Balai polis bergerak ditempatkan berhampiran rumah Najib mulai esok Balai .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm Terdapat kemungkinan kediaman lain milik Datuk Seri Najibturut berada dalam pertimbangan, namun perkara itu belum dapat dipastikan, katanya. Mengulas pihak yang bertanggungjawab mengawasi sekiranya Najib menjalani tahanan rumah, Anuar Bakri berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, tanggungjawab berkenaan adalah di bawah Jabatan Penjara Malaysia dan bukan PDRM |
|
Cadangan gubal Akta Tahanan Rumah sasar tahanan reman, bukan kes jenayah... - Mygazette - 20/09 2:51 pm Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan keperluan memperkenalkan pendekatan baharu yang praktikal, selamat dan terkawal bagi mengurangkan tekanan terhadap institusi penjara. Semalam, Saifuddin dilaporkan berkata KDN dan Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu surat rasmi berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengenai pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak |
|
Jangan terbeban dengan saya – Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak tidak mahu mana-mana pihak, termasuk parti, ahli dan penyokongnya serta orang ramai, berasa terbeban atau terikat dengan sebarang kewajipan atas namanya dalam menghulurkan sokongan dan bantuan |
|
Pegawai Penjara di kediaman Najib, proses pewartaan tahanan rumah jadi .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pegawai Penjara di kediaman Najib, proses pewartaan tahanan rumah jadi perhatian KUALA LUMPUR Kehadiran beberapa pegawai Jabatan Penjara Malaysia di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini pagi tadi mencetuskan perhatian susulan keputusan membolehkan beliau menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah |
|
3 maut, 9 cedera kemalangan libat 12 motosikal dan 3 kereta - Mygazette - 20/09 2:51 pm # 3 maut, 9 cedera kemalangan libat 12 motosikal dan 3 kereta IPOH Tiga penunggang motosikal maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, di sini, awal pagi ini |
|
Kerajaan akan bantu perkemas dan martabat institusi pondok – PM - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Kerajaan akan bantu perkemas dan martabat institusi pondok - PM PUTRAJAYA - Kerajaan akan membantu memperkemas dan memartabatkan institusi pondok termasuk dalam aspek kemudahan fizikal, disiplin ilmu serta pengenalan bidang pengajian baharu yang bersesuaian dengan keperluan semasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Pemimpin DAP hadir mesyuarat tergempar susulan pengampunan bersyarat Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pemimpin DAP hadir mesyuarat tergempar susulan pengampunan bersyarat Najib KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook bersama barisan kepimpinan tertinggi parti tiba di ibu pejabat DAP di sini bagi menghadiri mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), hari ini |
|
Tahanan rumah Najib: ???Hanya pengecut guna tuduhan hasutan???- Amira - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Tahanan rumah Najib: Hanya pengecut guna tuduhan hasutan- Amira JOHOR BAHRU Kritikan dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap layanan diterima Datuk Seri Najib Razak yang mendapat pengampunan diraja tidak boleh disekat dengan mengaitkannya sebagai satu hasutan terhadap institusi diraja |
|
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan susulan pengampunan Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan susulan pengampunan Najib KUALA LUMPUR Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Jabatan Penjara tunggu surat rasmi keputusan Lembaga Pengampunan – .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Jabatan Penjara tunggu surat rasmi keputusan Lembaga Pengampunan - Saifuddin KULIM - Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu surat rasmi pemakluman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengenai pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Pengampunan Najib beri ???bola tanggung??? kepada PH dalam PRU-16 - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pengampunan Najib beri bola tanggung kepada PH dalam PRU-16 JOHOR BAHRU - Pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak memberi 'bola tanggung' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) |
|
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB yang sedang .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB yang sedang berjalan - SPRM KAJANG - Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yangdihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kekal tidak berubah walaupun bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan bersyarat, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman |
|
Jabatan Penjara belum terima arahan rasmi tahanan rumah Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Jabatan Penjara belum terima arahan rasmi tahanan rumah Najib KUALA LUMPUR Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan baki hukuman secara tahanan di rumah ditentukan |
|
Tahanan rumah Najib: Jangan double standard – Hairi - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Tahanan rumah Najib: Jangan double standard - Hairi JOHOR BAHRU - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pusat, Mohd Hairi Mad Shah menafikan dakwaan Tabung Solidariti Najib Razak adalah jarum halus UMNO untuk menghalalkan rasuah |
|
Pengampunan Najib: Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik – .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pengampunan Najib: Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik - Ahmad Zahid JAKARTA - Hubungan antara parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan kekal baik susulan keputusan Lembaga Pengampunan melibatkanbekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Pelbagai penjajaran politik tidak mustahil berlaku – Fahmi Pelbagai .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pelbagai penjajaran politik tidak mustahil berlaku - Fahmi KUALA PILAH - Dinamika politik semasa memungkinkan berlaku pelbagai penjajaran politik, termasuk mengambil kira keunikan landskap politik setiap negeri |
|
Pas yang pilih putus hubungan, Bersatu tunggu keputusan ROS – .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pas yang pilih putus hubungan, Bersatu tunggu keputusan ROS - Muhyiddin PETALING JAYA Bukan pilihan Bersatu, (ia) pilihan Pas" |
|
UMNO tidak jadikan isu Najib untuk raih sokongan menang pilihan raya?? - Mygazette - 20/09 2:51 pm # UMNO tidak jadikan isu Najib untuk raih sokongan menang pilihan raya KOTA TINGGI - UMNO tidak menjadikan isu pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sebagai modal politik untuk mendapatkan mandat rakyat dalam pilihan raya akan datang |
|
Zaid persoal ketegasan Putrajaya tangani isu N. Sembilan, pengampunan - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Zaid persoal ketegasan Putrajaya tangani isu N |
|
Tiga sekeluarga maut: PM ucap takziah, sumbang RM5,000 kepada mangsa kebakaran - Sinarharian - 20/09 2:45 pm IPOH Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran di Taman Desa Tambun di sini yang mengorbankan tiga ahli keluarga pada Ahad.Ucapan takziah itu disampaikan Ketua Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri ketika hadir mewakili Perdana Menteri bagi menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga mangsa, Raja Ikhwan Hadi Raja Ahmad, 47, pada Ahad.Beliau berkata, sumbangan sebanyak RM5,000 diserahkan kepada keluarga berkenaan bagi membantu meringankan beban mereka susulan kejadian yang menimpa."Perdana Menteri turut menyampaikan salam takziah kepada keluarga yang terlibat dan meminta pihak pusat khidmat membantu sebaik mungkin bagi memudahkan urusan keluarga mangsa."Esok pihak ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) akan datang untuk membuat penilaian dan insya-ALLAH kita akan bantu dari segi kerja baik pulih serta sumbangan lain yang diperlukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan.Mohamad Hairul Amir berkata, pihaknya turut akan mengusahakan bantuan penginapan sementara sekiranya keluarga mangsa memerlukannya berikutan keadaan rumah yang mungkin mengambil masa untuk dibaiki."Kalau kita lihat keadaan dalam rumah ini mungkin mengambil masa yang lama |
|
Tiga sekeluarga maut: 'Adik cuma sempat pegang tangan mak' - Sinarharian - 20/09 2:18 pm IPOH Hasrat seorang anak menyelamatkan ibunya yang terperangkap dalam kebakaran di Taman Desa Tambun di sini tidak kesampaian apabila jeriji besi menghalang usaha berkenaan.Raja Muhammad Syukri Raja Ahmad, 30, hanya sempat memegang tangan ibunya dari luar balkoni tingkat atas rumah sebelum wanita itu maut dalam kebakaran berkenaan.Turut meninggal dunia dalam tragedi menyayat hati itu ialah bapanya, Raja Ahmad Raja Ali, 70, dan anak saudara, Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18.Menceritakan detik cemas itu, saksi kejadian, Raja Ikhwan Hadi Raja Ahmad, 47, berkata, kejadian disedarinya selepas terdengar suara meminta pertolongan ketika dia sedang tidur di luar rumah berkenaan."Saya terus terjaga dan keluar |
|
Jabatan Penjara bersedia laksana keputusan Lembaga Pengampunan - SUN - 20/09 2:04 pm Jabatan Penjara Malaysia bersedia laksanakan arahan rasmi berhubung pengampunan bersyarat dan tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Akta Tahanan Rumah disasar kepada tahanan reman, bukan banduan sabitan – Saifuddin - Mydateline - 20/09 2:00 pm Cadangan mewujudkan Akta Tahanan Rumah bertujuan menempatkan tahanan reman yang memenuhi syarat di rumah sementara menunggu perbicaraan, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan penjara |
|
Isteri orang, rakan bawah umur dicekup khalwat dengan dua lelaki di hotel - Sinarharian - 20/09 1:59 pm MUAR - Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang antara empat individu ditahan selepas dipercayai berkhalwat dalam sebuah bilik hotel di daerah ini, pagi Jumaat.Keempat-empat mereka termasuk seorang daripadanya masih di bawah umur, ditahan selepas pemeriksaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 9 pagi.Menurut JAIN, pemeriksaan mendapati keempat-empat individu terbabit berada dalam sebuah bilik hotel dan mereka bukan pasangan suami isteri serta tiada hubungan mahram."Seorang daripada wanita terbabit mengaku masih mempunyai suami, namun memaklumkan mempunyai masalah dalam rumah tangga."Bagaimanapun, perkara itu tidak mengubah statusnya sebagai seorang isteri ketika pemeriksaan dijalankan," katanya dalam kenyataan.Jelas JAINJ, wanita berkenaan mendakwa berada di hotel bersama seorang lagi wanita, manakala dua lelaki terbabit dikatakan datang kemudian untuk menghantar sarapan serta berbual."Mereka memberi alasan hanya berkawan dan tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral."Namun, mereka tetap ditahan untuk tindakan lanjut kerana berada bersama dalam bilik hotel tanpa hubungan mahram," katanya.Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat beg dan pakaian wanita di dalam almari, manakala keadaan katil di bilik berkenaan tidak teratur."Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah," katanya. |
|
Tahanan rumah Najib: Balai polis bergerak ditempatkan esok, bantu kawal proses - FMT - 20/09 1:15 pm Penempatan itu bukan bertujuan kawal Najib Razak 24 jam tetapi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan jika pemindahan dari penjara ke kediaman dilaksana. |
|
Tahanan rumah Najib: Balai polis bergerak ditempatkan bermula esok, bantu kawal proses pulang - Sinarharian - 20/09 1:12 pm KUALA LUMPUR - Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan berhampiran satu daripada kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mulai esok.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penempatan balai bergerak di bawah tanggungjawab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu, dijadualkan bermula jam 7 pagi di kediaman Najib di Langgak Duta, di sini.Beliau berkata, penempatan balai bergerak itu bukan bertujuan mengawal Najib secara 24 jam, sebaliknya bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan beliau sekiranya proses pemindahan dari penjara ke kediaman berkenaan dilaksanakan."Ia untuk kawalan semasa proses kembalinya beliau sahaja (jika kediaman ini dipilih) bagi menjaga keselamatan pemberita luar dan dalam negara, jiran-jiran serta mengelakkan kesesakan jalan raya dan kehadiran penyokong."Ia bukan tugas yang diarahkan untuk kawalan Datuk Seri Najib, tetapi untuk kawalan keselamatan semasa proses pemindahan beliau selepas membayar denda, dari penjara ke rumah," katanya ketika dihubungi media pada Ahad.Mengenai status kediaman berkenaan sebagai lokasi tahanan rumah Najib, Anuar Bakri berkata, pihaknya belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara itu."Saya tidak boleh beri pengesahan sebab saya pun tidak dapat apa-apa maklumat, tetapi satu daripada rumah rasmi Datuk Seri Najib di bawah tanggungjawab saya."Terdapat kemungkinan kediaman lain milik Datuk Seri Najib turut berada dalam pertimbangan, namun perkara itu belum dapat dipastikan," katanya.Mengulas pihak yang bertanggungjawab mengawasi sekiranya Najib menjalani tahanan rumah, Anuar Bakri berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, tanggungjawab berkenaan adalah di bawah Jabatan Penjara Malaysia dan bukan PDRM.Empat pegawai Jabatan Penjara telah hadir ke kediaman berkenaan semalam bagi menjalankan pemeriksaan dan penilaian." PDRM hanya memudah cara pergerakan Datuk Seri Najib untuk masuk dan pada masa sama menjaga keselamatan pemberita," katanya.Anuar Bakri berkata, penempatan anggota polis ketika proses berkenaan dijangka melibatkan seorang penyelia bersama dua anggota, selain dibantu unit kereta peronda (MPV).Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah Najib akan memperincikan, antara lain aspek lawatan, kawalan dan pemantauan pergerakan bekas Perdana Menteri itu selepas surat rasmi berkaitan diterima.Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas sabitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd |
|
Tahanan rumah Najib: Jabatan Penjara tunggu pemakluman rasmi - Astroawani - 20/09 12:45 am Menurut jabatan itu, keputusan berkenaan membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta. |
|
Jabatan Penjara tunggu arahan rasmi sebelum laksana tahanan rumah Najib - FMT - 20/09 12:33 am Pemakluman dan dokumen rasmi berkaitan keputusan akan disampaikan melalui saluran rasmi sebelum dikemukakan kepada Jabatan Penjara untuk tindakan selanjutnya. |
|
Prosedur kargo petroleum perlu diperjelas susulan dakwaan pencampuran inventori - Sinarharian - 20/09 12:31 am KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) digesa memperjelaskan proses dan syarat ditetapkan bagi pengendalian kargo petroleum, susulan persoalan berhubung kemungkinan pencampuran kargo dengan inventori sedia ada dalam tangki simpanan darat.Pakar industri maritim, Datuk Seri R Jeyenderan berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan tatacara, syarat dan dokumentasi yang perlu dipatuhi dalam pengendalian dua kargo petroleum bernilai lebih RM220 juta yang dipunggah di Tanjung Langsat, Johor.Beliau berkata, kedua-dua kargo berkenaan membabitkan 76,954.325 tan metrik Atlanta Crude yang diisytiharkan di bawah prosedur Kastam K8.Menurutnya, JKDM perlu memperincikan sama ada pencampuran atau pengisaran kargo berkenaan dengan petroleum sedia ada dibenarkan, termasuk syarat dan rekod yang perlu disediakan sekiranya ia dibenarkan."Jika pencampuran atau pengisaran dibenarkan, Kastam perlu menyatakan dengan jelas asas, syarat dan dokumentasi yang diperlukan."Jika tidak dibenarkan, industri juga perlu dimaklumkan mengenai prosedur yang perlu dipatuhi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Media sebelum ini melaporkan, berdasarkan laporan Maritime Network, kargo pertama seberat 34,903.062 tan metrik dibawa kapal MT Marlin Santorini pada Januari, manakala kargo kedua seberat 42,051.263 tan metrik dibawa MT Invictus pada Mac.Beberapa tangki simpanan di DIALOG Terminals Langsat turut dikenal pasti dalam laporan berkenaan.Jeyenderan berkata, antara perkara yang perlu diperjelaskan ialah kaedah kebolehkesanan kargo selepas dimasukkan ke dalam tangki yang turut mengandungi inventori sedia ada.Katanya, perkara itu termasuk kaedah merekodkan pergerakan, pencampuran atau pengisaran produk bagi membolehkan keseluruhan rantaian dokumentasi disemak."Rekod berkaitan jumlah kargo yang dimasukkan, inventori sedia ada, pergerakan produk, keputusan makmal serta kuantiti yang dikeluarkan atau dipindahkan perlu tersedia bagi memastikan ketelusan pengendalian kargo," katanya.Beliau menegaskan, permintaan penjelasan itu bukan satu dakwaan bahawa pencampuran dilakukan secara tidak sah, sebaliknya sebarang penentuan perlu dibuat berdasarkan rekod dan bukti."Kami hanya meminta penjelasan, bukan sebarang keputusan tertentu."Dalam soal ini, jika pihak berkuasa menyatakan prosedur itu mematuhi peraturan, perkara itu perlu dinyatakan dengan jelas dan jika terdapat keperluan tambahan, ia juga perlu dikenal pasti," katanya. |
|
Jabatan Penjara tunggu surat rasmi berkaitan tahanan rumah Najib - Sinarharian - 20/09 12:29 am KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan berkenaan dapat ditentukan.Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu pemakluman rasmi berhubung keputusan itu."Selaras dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 19 September 2026, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan tersebut sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan berkenaan dapat ditentukan," menurut kenyataan itu pada Ahad.Pada Jumaat, media melaporkan Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Menurut kenyataan sama, berdasarkan makluman Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib.Keputusan itu membenarkan baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta.Jabatan Penjara turut menjelaskan, sebarang pemakluman dan dokumen rasmi berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan akan disampaikan melalui saluran rasmi sewajarnya sebelum dikemukakan kepada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya."Jabatan Penjara Malaysia sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang arahan rasmi yang diterima daripada pihak berkuasa yang berkenaan, selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan penjara serta tatacara dan prosedur yang sedang berkuat kuasa."Jabatan ini akan melaksanakan sebarang keputusan dan arahan yang diterima secara teratur, profesional dan berintegriti, selaras dengan peruntukan undang-undang serta ketetapan pihak berkuasa yang berkenaan," katanyaSehubungan itu, jabatan berkenaan menyeru semua pihak supaya merujuk sumber rasmi dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pelaksanaan keputusan tersebut. |
|
Pengampunan Najib bukan bola tanggung, penyatuan Melayu isu berbeza - Khaled Nordin - Sinarharian - 20/09 12:29 am KOTA TINGGI - Keputusan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar dijadikan bola tanggung politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan berkenaan perlu difahami sebagai pengampunan bersyarat dan bukannya pengampunan penuh."Soal pengampunan ini bukan perkara baharu, banyak kes pengampunan telah dilakukan sama ada kes seseorang dihukum mati, dihukum penjara seumur hidup dan sebagainya."Tidak wajar mana-mana pihak dipertikaikan kerana merupakan kuasa serta hak mutlak Yang di-Pertuan Agong."Sama ada isu Najib ini, dijadikan alasan untuk mendapatkan mandat rakyat, saya rasa dalam pilihan raya ada isu-isu lain yang lebih besar," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kota Tinggi di Dewan Besar Felda Air Tawar 2, dekat sini pada Ahad.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak memberi 'bola tanggung' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Jelas Hassan lagi, dari segi politik, Najib kini betul-betul menjadi beban kepada UMNO dan juga Pas.Dalam pada itu, Mohamed Khaled menegaskan isu pengampunan Najib tidak mempunyai kaitan dengan soal pilihan raya atau usaha penyatuan orang Melayu kerana kedua-duanya merupakan perkara berbeza.Katanya, isu penyatuan Melayu perlu dilihat dari sudut kedudukan dan kuasa politik orang Melayu yang didakwa semakin terhakis akibat perpecahan antara parti politik Melayu."Soal pilihan raya itu soal lain |
|
Najib kekal di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta dibayar - Sinarharian - 20/09 11:45 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta dibayar kepada mahkamah.Perkara itu dimaklumkan peguam bela dan peguamcara Najib, Tetuan Shafee & Co |
|
Najib kekal di Penjara Kajang hingga denda RM50 juta dibayar - Peguam - Astroawani - 20/09 11:40 am Pelaksanaan tahanan rumah Najib bergantung kepada pematuhan syarat, termasuk pembayaran denda RM50 juta kepada mahkamah. |
|
Akta Tahanan Rumah dicadang khusus untuk tahanan reman, tangani isu kesesakan penjara - Saifuddin - Sinarharian - 20/09 11:34 am KUALA LUMPUR - Cadangan mewujudkan Akta Tahanan Rumah bertujuan menangani isu kesesakan penjara, khususnya melibatkan tahanan reman yang majoritinya memenuhi penjara kerana masih menunggu proses perbicaraan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa cadangan tersebut bukan perkara baharu dan beliau telah membawa cadangan itu sebagai antara ikhtiar Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak 2024 untuk mengurangkan kesesakan penjara dan memastikan pengurusan sistem koreksional negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan."Konsep yang kita bincangkan sejak awal adalah jelas, iaitu bagi tahanan reman yang memenuhi syarat, mahkamah boleh mempertimbangkan penempatan mereka di rumah dengan pemantauan menggunakan peranti elektronik sehingga tarikh perbicaraan."Kes-kes jenayah berat pula memang telah dikenal pasti untuk dikecualikan daripada mekanisme ini."Kita belum ada akta ataupun undang-undang mengenai tahanan rumah |
|
Wanita maut bot rafting terbalik di Hulu Selangor - FMT - 20/09 11:03 am Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan mangsa terjatuh dari bot ketika melalui jeram pertama di Sungai Pertak. |
|
Suami isteri bersama cucu rentung rumah terbakar - Sinarharian - 20/09 10:58 am IPOH Pasangan suami isteri warga emas bersama cucu lelaki mereka ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Desa Tambun di sini awal pagi Ahad.Dalam kejadian tersebut, mangsa iaitu Raja Ahmad Raja Ali, 70, dan isterinya, Zaitun Mohamed, 64, serta cucu mereka, Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18, ditemukan meninggal dunia di dalam rumah berkenaan.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di sebuah rumah di 17 Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun pada jam 4 pagi.Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun tiba di lokasi pada jam 4.10 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat jenis kelas A berkeluasan kira-kira 20 x 70 kaki yang terbakar 70 peratus."Setibanya di lokasi, anggota mengesan terdapat mangsa terlibat dalam kebakaran."Seorang lelaki berusia 70 tahun ditemukan di dalam bilik air di tingkat bawah, manakala dua lagi mangsa iaitu lelaki berusia 18 tahun dan wanita berusia 64 tahun terperangkap di tingkat atas," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sayani berkata, mangsa lelaki berusia 18 tahun ditemukan di bilik air tingkat atas, manakala mangsa wanita berusia 64 tahun ditemukan di dalam bilik tidur berhampiran tingkap.Katanya, kesemua mangsa mempunyai pertalian keluarga dan rumah berkenaan dihuni enam orang, namun hanya empat penghuni berada di dalam rumah ketika kejadian."Seorang lagi penghuni, Raja Ikhwan Hadi Raja Ahmad, 47, yang juga ahli keluarga, terselamat selepas tidur di ruangan parkir atau beranda luar rumah ketika kejadian."Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan kerja-kerja menyerahkan mangsa yang meninggal dunia kepada pihak Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dijalankan," katanya.Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan bersama anggota BBP Tambun dan BBP Ipoh membabitkan seramai 25 anggota."Pasukan bomba menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua pancutan air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran serta bantuan jentera FRT BBP Ipoh dan lori tangki air."Anggota turut memotong kunci pintu rumah jiran yang tidak berpenghuni bagi membolehkan kerja pemadaman dijalankan, selain memasang tangga di bahagian hadapan rumah untuk mengawal api daripada merebak," katanya.Sayani berkata, operasi berjaya dikawal pada jam 4.45 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 8 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. |
|
Akta Tahanan Rumah disasar kurangkan kesesakan penjara - Saifuddin Nasution - Astroawani - 20/09 10:10 am Kepadatan 93,000 penghuni di 41 penjara berbanding kapasiti sebenar 75,000 menjadi petunjuk jelas perlunya pendekatan lebih praktikal dan terkawal untuk mengurangkan beban sistem penjara negara. |
|
Wanita maut bot rafting dinaiki bersama lima rakan terbalik - Sinarharian - 20/09 8:34 am HULU SELANGOR - Seorang wanita maut selepas bot rafting yang dinaikinya bersama lima rakan terbalik di Sungai Pertak di sini pada Sabtu.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, mangsa berusia 34 tahun itu tercampak dari bot ketika melalui jeram pertama sekitar jam 12 tengah hari."Menurut rakan mangsa, bot rafting yang dinaiki mangsa bersama lima rakannya telah terbalik dan mereka terkeluar dari bot di jeram pertama."Mangsa kemudiannya didapati tersangkut di dasar air dan rakan mangsa cuba mengeluarkannya daripada halangan," jelas JBPM dalam satu kenyataan pada Sabtu.Jelas kenyataan itu lagi, JBPM menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.52 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi lapan minit kemudian."Pasukan bomba membantu membawa mangsa sejauh kira-kira satu kilometer ke kawasan selamat berhampiran Kem Rimbayu sebelum menyerahkannya kepada polis."Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut," jelas kenyataan itu.Jelas kenyataan itu lagi, operasi melibatkan enam anggota tamat pada jam 6.30 petang |
|
RoS diminta segera putuskan aduan Bersatu - Muhyiddin - Sinarharian - 20/09 12:27 am PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dapat membuat keputusan segera terhadap aduan yang dikemukakan parti itu, bulan lalu.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mengemukakan lapan perkara utama yang didakwa telah dilanggar oleh Perikatan Nasional (PN)."Setiausaha Agung, Datuk Seri Azmin Ali telah berjumpa, dipanggil untuk memberikan penjelasan."Kita telah kemukakan lapan perkara pokok yang telah pun dilanggar dan tak dihormati oleh pimpinan Perikatan Nasional yang ada sekarang," katanya ketika ditemui pemberita pada Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bersatu di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini pada Sabtu.Sebelum ini, RoS mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Bersatu berhubung dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada 16 Julai lalu.Jabatan itu memaklumkan aduan berkenaan yang diterima pada 11 Ogos lalu itu turut menyentuh isu berkaitan kedudukan keanggotaan Bersatu dalam gabungan berkenaan.Mengulas lanjut, Muhyiddin mendakwa perkara tersebut berlaku berulang kali sehingga mendorong Bersatu membuat aduan rasmi kepada RoS."Daripada pertemuan itu kita dapati bahawa peringkat Pendaftaran Pertubuhan mengambil berat kerana ia berlaku berulang kali, dan ini satu perkara yang tak boleh kita ambil mudah."Jadi kita serahkan kepada kebijaksanaan RoS, dan diharap dapat membuat keputusan dalam tempoh yang terdekat inilah," katanya lagi.Mengulas hubungan dengan Pas, Ahli Parlimen Pagoh itu sekali lagi menegaskan keputusan untuk tidak lagi bekerjasama bukan dibuat oleh Bersatu sebaliknya merupakan pendirian yang dipilih Pas."Kita tidak buat keputusan itu |
|
Kilang kayu proses hasil hutan tidak bercukai diserbu - Sinarharian - 20/09 12:00 am TANAH MERAH - Pasukan Gerakan Am (PGA) membongkar kegiatan sebuah kilang kayu di Kampung Bukit Kecil di sini yang dipercayai memproses hasil hutan tidak bercukai, dengan keseluruhan rampasan bernilai RM1.4 juta dalam serbuan pada Sabtu.Operasi pada jam 2 petang itu turut membawa kepada penahanan empat lelaki berusia antara 26 hingga 45 tahun, termasuk seorang kerani kilang.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, operasi bersepadu menerusi Op Taring Wawasan itu dijalankan sepasukan anggota Risik Batalion 8 PGA dengan bantuan Jabatan Perhutanan Jajahan Tanah Merah.Menurut beliau, pemeriksaan di premis berkenaan mendapati seorang lelaki sedang mengendalikan jentera berat membawa muatan kayu ke kawasan mesin bandsaw, manakala tiga lagi lelaki sedang memotong kayu menggunakan mesin berkenaan."Pemeriksaan lanjut mendapati kerani kilang berusia 27 tahun gagal mengemukakan permit pemindahan kayu daripada Jabatan Perhutanan."Pihak Jabatan Perhutanan Tanah Merah yang hadir ke lokasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan kayu-kayu yang terdapat di kawasan kilang dipercayai tidak bercukai," katanya kepada pemberita pada Ahad.Beliau berkata, pemeriksaan turut mendapati mesin dan jentera di premis berkenaan disyaki digunakan untuk memproses kayu yang tidak bercukai.Serbuan itu membawa kepada rampasan sebuah jentera berat jenis Caterpillar berwarna kuning tanpa nombor pendaftaran yang dianggarkan bernilai RM800,000.Turut dirampas dua unit mesin Cross Cut bernilai RM70,000, dua unit Band Saw bernilai RM500,000, 13 mata gergaji bernilai RM26,000 serta 290 batang kayu hutan pelbagai saiz dan spesies dianggarkan bernilai RM29,000."Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM1.4 juta," katanya. |
|
Bomba gerak operasi SAR pendaki terpisah di hutan Gua Musang - Sinarharian - 19/09 11:52 pm KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan malam ini menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pendaki lelaki yang terpisah daripada kumpulannya di hutan berhampiran Kem Tudung Periuk, Gua Musang.Mangsa, Muhammad Asrul Quyyum Asmmuddin, 23, dilaporkan terjatuh ke kawasan curam selepas tergelincir daripada laluan pendakian, namun tidak mengalami kecederaan serius dan masih mampu berjalan.Jurucakap JBPM negeri berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kelantan berjaya menghubungi mangsa yang turut menghantar lokasi melalui aplikasi WhatsApp, bagaimanapun liputan telefon di kawasan berkenaan tidak stabil."Mangsa mempunyai lampu suluh dan wisel serta baki bateri telefon pintar sekitar 75 peratus."Beliau diarahkan supaya kekal di lokasi sementara menunggu pasukan SAR tiba, selain menjimatkan penggunaan bateri telefon dan lampu suluh," katanya dalam kenyataan malam ini.JBPM menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.08 malam sebelum BBP Gua Musang menggerakkan sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan Hilux ke lokasi, kira-kira 116 kilometer dari balai |
|
Terjatuh di rumah ketika WFH pun dilindungi kecuali 'opt-out' - Aunty HR - Sinarharian - 19/09 8:53 pm KOTA DAMANSARA - Pekerja yang berdepan bencana kerja serius mahupun kemalangan ringan seperti terjatuh di rumah ketika 'work from home' (WFH) turut dilindungi di bawah Skim LINDUNG 24 Jam.Pakar Pengurusan Sumber Manusia (HR) Malaysia, Ku Sim Ling berkata, demikian antara persoalan yang sering dibangkitkan pekerja-pekerja seandainya mengalami kecelakaan semasa bekerja dari rumah.Menurutnya dari sudut pandang seorang HR, perkara tersebut tidak lagi merunsingkan dengan kewujudan skim berkenaan yang memberikan perlindungan komprehensif kepada pencarum."Kalau dahulu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, ramai tanya saya jika terjatuh semasa WFH macam mana sehinggakan saya pun pening mahu jawab apa."Sekarang 'settle' kerana pekerja akan dilindungi tak perlu fikir dua atau tiga kali kecuali mereka yang ambil keputusan untuk 'opt-out' daripada Skim LINDUNG 24 Jam."Itu (tindakan) macam tak bijak sangatlah," katanya.Beliau berkata demikian ketika siaran langsung edisi ke-489 Wacana Rakyat Sinar Harian bertajuk 'Kerja 8 Jam, Risiko 24 Jam' bertempat di Strand Mall, di sini pada Sabtu.Beliau yang lebih dikenali dengan nama panggilan 'Aunty HR' turut menekankan bahawa jabatan sumber manusia sesebuah syarikat tidak boleh menentukan sama ada pekerja perlu 'opt-in' atau 'opt-out' daripada Skim LINDUNG 24 Jam.Namun, katanya, HR dibenarkan untuk menasihati pekerja supaya teruskan dengan pilihan 'opt-in' bagi memudahkan urusan tuntutan di kemudian hari."Sama juga dengan laporan kemalangan, HR atau majikan bantu pekerja buat 'report' sahaja, selebihnya biar PERKESO tentukan nak lulus atau tolak permohonan."Pada akhirnya, majikan dan pekerja mestilah harmoni (dalam mencapai titik tengah persefahaman bahawa risiko bukan sekadar dalam tempoh lapan jam bekerja)."Kalau syarikat sediakan insurans, bagus |
|
Pengampunan Najib beri bola tanggung kepada PH dalam PRU16 - Hassan Karim - Sinarharian - 19/09 7:58 pm JOHOR BAHRU - Pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi 'bola tanggung' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hanya sehari selepas pengampunan itu diberikan, jelas kelihatan keputusan berkenaan telah memudaratkan UMNO dalam menghadapi pilihan raya akan datang."Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung tidak lama lagi adalah satu medan tempur yang kecil |
|
Remaja Rohingya ditemui maut, leher ditetak - Sinarharian - 19/09 6:04 pm KOTA BHARU - Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati dengan kesan luka hiris dan tetak pada leher di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan Islam di Taman Desa Kujid, Kampung Pak Boh di sini pada awal pagi Sabtu.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, Pusat Kawalan Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima maklumat mengenai penemuan mangsa kira-kira jam 12.12 tengah malam.Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan Islam di kawasan berkenaan."Mangsa merupakan seorang lelaki etnik Rohingya berusia 18 tahun yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian."Mangsa mengalami luka-luka hiris dan tetak di leher," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Ujar beliau, susulan maklumat itu, satu laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan.Mohd Yusoff memberitahu, bertindak atas maklumat dan hasil siasatan, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan kemudian menjalankan serbuan di sebuah rumah tanpa nombor di kawasan Taman Desa Kujid, Panji, di sini."Hasil serbuan, polis menahan empat individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan serta dua lelaki dan wanita etnik Rohingya berusia antara 22 hingga 38 tahun."Semakan mendapati kesemua individu yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.Menurut beliau, pihaknya turut merampas sebuah Mitsubishi Triton bersama kunci serta empat telefon bimbit bagi membantu siasatan.Ujarnya, kesemua tangkapan direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 September selepas permohonan reman dibenarkan Mahkamah Kota Bharu."Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan atau menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kota Bharu di talian 09-775 2200 atau mana-mana balai polis berhampiran."Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan," katanya. |
|
Jabatan Penjara Tunggu Surat Rasmi Keputusan Lembaga Pengampunan – Saifuddin - Mydateline - 19/09 6:00 pm Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu surat rasmi pemakluman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengenai pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Tahanan rumah Najib: Jangan pertikai kuasa Agong - UMNO Kedah - Sinarharian - 19/09 5:23 pm ALOR SETAR - UMNO Kedah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan di rumah.Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan berkenaan tidak seharusnya dijadikan polemik kerana dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dan kuasa yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong.Menurutnya, Yang diPertuan Agong telah melaksanakan kuasa budi bicara dan kuasa prerogatif Baginda di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan."Pertama sekali, UMNO Negeri Kedah dengan penuh takzim merafak sembah menjunjung kasih, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas limpah ihsan, kebijaksanaan dan budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas perkenan Tuanku memutuskan perkara besar berkaitan Datuk Seri Najib."Keputusan yang diperkenankan oleh Tuanku itu kami terima dengan penuh rasa syukur, rendah hati dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi Yang di-Pertuan Agong serta sistem Perlembagaan dan undang-undang negara"."Pada masa yang sama saya nak ingatkan bahawa jangan ada pihak yang cuba bermain sentimen dengan membuat kenyataan yang menidakkan kuasa Prerogatif Tuanku Agong yang sememangnya dibuat atas jalur undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada Jumaat, media melaporkan Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Jelas Mahdzir, perkara berkenaan perlu diterima dengan terbuka oleh semua pihak dan rakyat kerana kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut mengingatkan supaya isu berkenaan tidak dibangkitkan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat."Jangan kerana pihak yang menerima keistimewaan itu bukan di pihak kita, kita terus menolak dan mempertikaikan keputusan tersebut tetapi menyokong penuh tanpa pertikai apabila melibatkan pihak yang disokong," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, perkara itu juga tidak seharusnya dimanipulasi bagi meraih populariti atau sokongan undi menjelang mana-mana pilihan raya.Menurutnya, Perkara tersebut perlu diterima secara berlapang dada oleh semua pihak dan seluruh lapisan rakyat jelata."Saya menyeru supaya perkara tersebut tidak dimanipulasi demi untuk meraih populariti atau sokongan dalam bentuk undi dalam mana-mana pilihan raya nanti dan jangan juga dijadikan modal untuk berkempen sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya.Sementara itu, Mahdzir berkata UMNO Kedah turut melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak di semua peringkat bahagian UMNO di negeri itu.Katanya, tabung berkenaan diwujudkan sebagai tanda sokongan kepada bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu bagi membantu melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya. |
|
Kian Ming gesa DAP beri 'kata dua' kepada Anwar singkirkan UMNO daripada Kabinet - Sinarharian - 19/09 4:44 pm SHAH ALAM - DAP digesa memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan UMNO daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan sebelum mesyuarat pada Rabu depan.Cadangan itu dikemukakan sebagai tindak balas terhadap keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah selepas pengampunan bersyarat diberikan.Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berkata, langkah berkenaan akan menunjukkan kesungguhan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP dalam menyatakan ketidaksetujuan terhadap pendirian UMNO yang memohon pengampunan untuk Najib, selain mengumpul dana bagi membayar denda RM50 juta bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Menurut bekas ahli DAP itu, cadangan tersebut turut mengambil kira cabaran yang pernah dibuat Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Anwar menyingkirkan anggota Kabinet daripada parti itu."Tanpa sokongan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan andaian parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan, masih memungkinkan untuk Belanjawan 2027 diluluskan dalam persidangan Parlimen hujung tahun yang akan datang memandangkan Kerajaan Perpaduan masih mempunyai majoriti kecil di Dewan Rakyat."Tetapi Anwar perlu segera melantik pengganti kepada tujuh anggota Kabinet daripada UMNO dan memastikan mereka memahami tugas masing-masing dengan cepat supaya mereka boleh membentang dan membahaskan belanjawan bagi kementerian masing-masing."Memberi kata dua sedemikian kepada Anwar akan lebih masuk akal bagi DAP berbanding pengumuman bahawa ia akan meletakkan jawatan daripada kerajaan sebagai akibat daripada tahanan rumah Najib," katanya menerusi pandangan yang dikongsikan di media sosial pada Sabtu.Tambah Kian Ming, kata dua berkenaan perlu disertai ancaman yang boleh dipercayai dengan DAP mesti menyatakan akan meletakkan jawatan daripada Kabinet sebelum mesyuarat Kabinet pada 23 September sekiranya Anwar enggan menggugurkan UMNO.Selain itu, beliau turut mencadangkan DAP mempertimbangkan untuk menarik balik sokongan 40 ahli Parlimennya terhadap Kerajaan Perpaduan sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.Bagaimanapun beliau berkata, penarikan sokongan berkenaan merupakan langkah lebih berisiko kerana ia boleh membawa kepada pembubaran Parlimen sekiranya BN turut menarik balik sokongan 30 Ahli Parlimennya."Jika isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan tahanan rumah Najib benar-benar merupakan satu garis merah bagi DAP, maka adalah munasabah bagi parti itu bukan sahaja meninggalkan Kabinet, malah menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya Anwar tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut," katanya.DAP dijadual mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hari ini bagi menentukan pendirian dan tindakan susulan parti berhubung pengampunan bersyarat Najib. |
|
Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik - Ahmad Zahid - Sinarharian - 19/09 4:21 pm JAKARTA - Hubungan antara parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan kekal baik selepas keputusan Lembaga Pengampunan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam menguruskan hal ehwal kerajaan semua pihak bertindak secara profesional dengan keputusan Jemaah Menteri dibuat secara kolektif."Hubungan peribadi setakat ini Alhamdulillah cukup baik dan sebagai anggota di dalam Kerajaan Perpaduan, prinsip ketatasusilaan itu tetap kami jaga selagi kami berada di dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia," katanya dalam sidang akhbar pada Sabtu.Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu yang diputuskan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat ditetapkan sepanjang tempoh tahanan di rumah.Susulan perkembangan tersebut pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri itu untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah tidak menjejaskan ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.Jelasnya, semua kes rasuah termasuk melibatkan Najib yang masih berjalan, perlu diteruskan mengikut proses dan landasan undang-undang.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, keputusan Lembaga Pengampunan berhubung Najib yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong adalah terikat dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan."Apa yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan, yang diputuskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong adalah keputusan yang terikat dengan beberapa klausa di dalam Perlembagaan Malaysia |
|
Tahanan rumah Najib: KDN masih tunggu surat rasmi Lembaga Pengampunan - Sinarharian - 19/09 4:13 pm KULIM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara masih menunggu surat rasmi Lembaga Pengampunan berhubung keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya perlu menerima dan meneliti surat berkenaan terlebih dahulu sebelum menentukan tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada."Di KDN, di mana Jabatan Penjara di bawahnya, pertama kita akan menunggu surat rasmi memaklumkan kepada kita tentang keputusan oleh Lembaga Pengampunan semalam."Sekarang ini kita belum terima apa-apa |
|
Peranan besar media sampai maklumat sahih, benar - SPRM - Sinarharian - 19/09 3:52 pm KAJANG - Media mempunyai peranan besar dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat dalam usaha membanteras rasuah.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, ditegaskan bahawa pihaknya tidak boleh bergerak bersendirian dan media merupakan salah satu rakan strategik yang amat penting kepada SPRM.Menurutnya, dalam era digital yang begitu pantas hari ini, masyarakat bukan sahaja memerlukan maklumat yang cepat, tetapi lebih penting lagi, mereka memerlukan maklumat yang sahih, benar, tepat dan bertanggungjawab."Saya amat berharap hubungan baik antara SPRM dan media dapat terus diperkukuhkan, khususnya dalam memastikan isu-isu berkaitan rasuah dilaporkan secara profesional, beretika dan berintegriti."Dalam konteks kewartawanan, integriti menjadi asas kepada kepercayaan masyarakat."Setiap berita yang disampaikan mempunyai kesan terhadap persepsi awam, reputasi individu dan organisasi, malah boleh mempengaruhi keyakinan masyarakat terhadap institusi negara," katanya ketika berucap semasa Program Menembak SPRM Bersama Media di Penjara Kajang di sini pada Sabtu.Program turut dihadiri Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.Mengulas lanjut kata Abd Halim, SPRM sentiasa komited untuk memastikan maklumat berkaitan tindakan dan usaha membanteras rasuah disampaikan dengan sewajarnya kepada masyarakat.Jelas Abd Halim, pihaknya mahu masyarakat memahami bahawa perjuangan menentang rasuah bukan semata-mata mengenai tangkapan, pendakwaan atau hukuman."Ia juga berkaitan pencegahan, pendidikan, kesedaran dan pembudayaan nilai integriti dalam kehidupan seharian."Sehubungan itu, rakan-rakan media mempunyai peranan yang amat besar dalam menyampaikan mesej tersebut kepada rakyat," ujarnya.Mengulas berkenaan program bersama media terbabit, beliau berharap program seperti ini tidak terhenti setakat hari ini."Sebaliknya, ia menjadi sebahagian daripada usaha berterusan untuk membina hubungan yang lebih kukuh antara SPRM dengan pihak media," ujarnya.Tambahnya lagi, program menembak ini sebagai satu peluang kepada rakan-rakan media untuk merasai sendiri, walaupun dalam skala yang berbeza, aspek ketelitian, disiplin, fokus, kawalan emosi dan ketepatan yang diperlukan oleh pegawai SPRM dalam melaksanakan tugasan mereka."Ketika berada di lapangan, pegawai SPRM perlu sentiasa tenang, berdisiplin dan membuat pertimbangan yang tepat."Penggunaan senjata api bukan soal kekuatan atau keberanian semata-mata, sebaliknya menuntut disiplin, kawalan diri, pematuhan kepada prosedur keselamatan dan tanggungjawab yang tinggi," ujarnya. |
|
Anthony tiba di ibu pejabat DAP, CEC bincang isu pengampunan Najib - Sinarharian - 19/09 3:27 pm KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loketiba di ibu pejabat parti itu di Pudu di sini kira-kira jam 2.50 petang tadi.Beliau tiba untuk mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dijadualkan membincangkan pendirian parti berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menteri Pengangkutan itu tiba ketika petugas media sudah berkumpul di hadapan pintu masuk pejabat berkenaan sejak kira-kira jam 2.30 petang.Turut kelihatan di ibu pejabat berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Digital, Gobind Singh Deo.Hannah dan Kor Ming dilaporkan tiba kira-kira 10 minit selepas Anthony.Pada Jumaat, Anthony memaklumkan CEC DAP akan bermesyuarat bagi membincangkan serta memutuskan pendirian dan tindakan susulan parti berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Keputusan itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta. |
|
PH bersedia bertanding di Melaka - Fuziah - Sinarharian - 19/09 3:07 pm KUANTAN Pakatan Harapan (PH) bersedia bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meskipun belum ada ketetapan mengenai kerjasama dengan mana-mana parti.Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pendirian parti itu jelas untuk terus berdepan pihak lawan pada pilihan raya berkenaan."Kita belum ada ketetapan berkenaan PRN Melaka, namun bagi Keadilan (PKR), prinsip kita tetap lawan tetap lawan."Jadi kita bersedia mendepani apa jua keadaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Madani Kita di Dewan Serbaguna Sungai Isap Damai di sini pada Sabtu.Fuziah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan PH bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka.Mengulas khabar angin mengenai kemungkinan PH bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), beliau berkata, perkara itu belum boleh dipastikan selagi tiada pengumuman rasmi."Perkara berdasarkan khabar angin tidak boleh dijadikan sandaran |
|
Polis terima laporan kes persenda Rukun Negara - Sinarharian - 19/09 2:58 pm KUALA LUMPUR -Polis menerima laporan berhubung satu video tular yang didakwa mempersendakan Rukun Negara.Difahamkan, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini pada Jumaat selepas video memaparkan satu persembahan pentas dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram yang dipercayai telah dipadam sebelum dikongsikan semula oleh pengguna media sosial lain.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan pertama berhubung kes itu dibuat di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju."Namun siasatan kes akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman."Kita menjangkakan ada beberapa lagi laporan lain yang dibuat di seluruh negara dan akan dirujuk kepada laporan asal di Wangsa Maju," katanya.Video berkenaan memaparkan lima individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman selain mempersendakan lima prinsip Rukun Negara menerusi persembahan terbabit. |
|
Jabatan Penjara akan perincikan SOP tahanan rumah Najib - Sinarharian - 19/09 2:44 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara dijangka mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak, dalam masa terdekat.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, SOP berkenaan akan memperincikan aspek lawatan, kawalan serta pemantauan pergerakan bekas Perdana Menteri itu."Saya difahamkan akan ada SOP yang dikeluarkan bagi tujuan tahanan rumah," katanya kepada Astro Awanidi sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Mohd Dusuki berkata, Najib perlu menjelaskan denda RM50 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum proses tahanan rumah boleh diteruskan.Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Seri Paduka Baginda pada Jumaat.Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022.Sabitan yang sedang dijalani beliau membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, manakala kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih dalam proses perbicaraan dan rayuan.Pada 11 September lalu, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat bagi mempertimbangkan, antara lain, permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan berhubung sabitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.Bagaimanapun, lembaga itu kemudian menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan datang.Pada Julai 2020, Najib disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan didenda RM210 juta serta dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.Hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.Namun, pada 2 Februari 2024, Urusetia Lembaga Pengampunan hukuman penjara Najib dikurangkan 50 peratus daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan turut dianggotai Peguam Negara, menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan serta tiga anggota lain yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda |
|
Dua kenderaan Jabatan Penjara dilihat memasuki kediaman Najib - Sinarharian - 19/09 2:40 pm KUALA LUMPUR - Dua kenderaan berlogo Jabatan Penjara Malaysia dilihat memasuki pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini hari ini.Berdasarkan tinjauan, beberapa pegawai daripada jabatan berkenaan dilihat memeriksa kawasan sekitar kediaman itu selama kira-kira 15 minit sebelum kembali memasuki premis berkenaan.Bagaimanapun, tujuan kehadiran beberapa pegawai jabatan berkenaan yang tiba di kediaman itu kira-kira 9.40 pagi tadi masih belum dapat dipastikan.Usaha media mendapatkan pengesahan terperinci mengenai pergerakan itu bagaimanapun tidak berhasil apabila Pegawai Khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar enggan mengulas ketika ditemui di luar kediaman berkenaan.Kediaman bekas Perdana Menteri itu menjadi perhatian, dengan pengamal media "berkampung" di lokasi berkenaan bagi melaporkan sebarang perkembangan terbaharu rentetan pengumuman pengampunan bersyarat ke atas Najib, semalam.Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas sabitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd |
|
2,000 peluang pekerjaan tersedia di Festival Mega LINDUNGu - Sinarharian - 19/09 2:10 pm KOTA DAMANSARA - Sebanyak 2,000 peluang pekerjaan dengan gaji antara RM2,000 hingga RM12,000 ditawarkan menerusi penganjuran Festival Mega iLINDUNGu: Kesuma Bersama Rakyat di Strand Mall, di sini dari 18 hingga 20 September ini.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, ia membabitkan kira-kira 25 majikan yang menyertai festival tersebut melalui pelaksanaan program MYFutureJobs.Menurut beliau, fokus Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) jelas iaitu memberikan peluang pekerjaan selain menyediakan akses kepada perlindungan sosial dan penyelesaian yang boleh memberi kesan secara langsung terhadap kehidupan pekerja."Rakyat yang datang bukan sekadar mendapatkan maklumat, tetapi kita mahu mereka pulang dengan peluang pekerjaan dan akses perlindungan sosial serta jalan penyelesaian."Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan atau mahu meningkatkan kerjaya, rebut peluang ini."Kita membawa majikan dan peluang pekerjaan terus kepada rakyat," katanya ketika merasmikan Festival Mega iLINDUNGu di sini pada Sabtu.Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kesuma, Dr Mohd Shaharin Umar; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.Sebanyak RM48,000 disalurkan kepada 400 penerima di bawah Parlimen Sungai Buloh menerusi LINDUNG Kasih Suri Rumah.Tidak cuma itu, syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing dan p-hailing seperti Foodpanda menyumbang RM1 juta; Grab RM500,000 serta Haloje Delivery RM14,412.40 menjadikan keseluruhan sumbangan berjumlah RM1,514,412.40.Sumbangan tersebut dijangka memanfaatkan 500 pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing di negara ini.Festival Mega iLINDUNGu turut menyediakan kaunter khas Opt-In LINDUNG 24 Jam, membolehkan pekerja yang sebelum ini memilih untuk tidak meneruskan perlindungan berkenaan mendaftar semula secara terus.Majikan berpeluang menikmati diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB), manakala pengunjung boleh membuat semakan caruman, mendapatkan khidmat nasihat berkaitan faedah serta mendaftar skim PERKESO.Festival tersebut turut memperkukuh aspirasi Kesuma Bersama Rakyat dengan menghimpunkan 11 agensi dan jabatan di bawah kementerian, termasuk Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).Mengulas lanjut, Ramanan berpendapat bahawa perlindungan sosial bukan perkara yang boleh diambil ringan kerana ia jaringan keselamatan penting apabila berlaku kejadian luar jangka."Di sebalik setiap 'rider' dan pemandu, ada keluarga yang bergantung kepada pendapatan mereka."Sebab itulah perlindungan sosial bukan perkara diambil ringan |
|
Tahanan rumah Najib: Bersatu desak kerajaan umum semua syarat - Sinarharian - 19/09 12:53 am SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak kerajaan mengumumkan secara terperinci semua syarat yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan pelaksanaan keputusan berkenaan dibuat secara telus dan tidak menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat.Menurutnya, perincian tersebut diperlukan bagi mengelakkan keresahan dan kemarahan rakyat yang boleh memberi kesan terhadap keyakinan kepada sistem perundangan negara."Bagi menjamin ketelusan dalam pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan, semua syarat yang dikenakan ke atas Najib termasuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hendaklah dinyatakan secara terperinci dan diumumkan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Najib mendapat pengampunan bersyarat dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, Bersatu menghormati Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memberi ampun, menunda atau melegakan hukuman, serta menegaskan kuasa itu terpakai kepada semua banduan yang berhak memohon pengampunan melalui proses undang-undang.Namun, dalam masa sama, Bersatu turut memahami kemusykilan yang timbul dalam kalangan rakyat berhubung prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang.Jelasnya, rakyat berhak mendapat keyakinan bahawa kedudukan, pengaruh atau latar belakang seseorang tidak mewujudkan piawaian pelaksanaan hukuman yang berbeza daripada yang terpakai kepada rakyat biasa."Kerajaan wajar menjelaskan kerangka undang-undang, tatacara dan kriteria yang akan digunakan bagi pelaksanaan tahanan di rumah, termasuk sama ada keistimewaan yang sama boleh dipertimbangkan secara adil kepada banduan lain yang memenuhi kriteria yang ditetapkan."Penjelasan ini penting supaya tidak timbul persepsi bahawa terdapat satu bentuk layanan bagi golongan bangsawan, berpengaruh dan satu lagi bagi rakyat biasa," katanya.Selain itu, Bersatu menegaskan bahawa individu yang didapati bersalah oleh sistem kehakiman hendaklah dihukum mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara.Tegasnya lagi, Bersatu sentiasa berpegang kepada prinsip negara hukum, menegakkan prinsip keadilan dan hukuman yang dijatuhkan kepada seseorang adalah saksama tanpa membezakan kerana darjat dan pangkat."Bersatu tuntas dalam perjuangan menentang kleptokrasi, amalan rasuah dan salah guna kuasa."Inilah prinsip perjuangan Bersatu yang akan kekal menjadi asas perjuangan kami," katanya. |
|
Kes 1MDB Najib tetap diteruskan - SPRM - Sinarharian - 19/09 11:39 am KAJANG - Status kes rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak masih diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan bersyarat.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, status siasatan kes berkenaan kekal seperti sedia ada dan tidak berubah buat masa ini.Menurutnya, setiap kes perlu dikendalikan secara berasingan berdasarkan isu dan skop siasatan yang berkaitan."Setakat yang kita lihat, kes yang masih tertangguh kekal seperti sedia ada |
|
Kertas siasatan KLVC libat dua bekas pegawai kanan Felda dirujuk kepada AGC minggu depan - SPRM - Sinarharian - 19/09 11:14 am KAJANG - Kertas siasatan membabitkan dua individu iaitu bekas Pengarah Besar Felda dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) berhubung penyelewengan pembangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dijangka dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu depan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kedua-dua mereka sebelum ini ditahan pada 6 September lalu sebelum direman antara lima hingga tujuh hari bagi membantu siasatan.Menurutnya, siasatan terhadap projek berkenaan telah selesai dan pihaknya akan mengemukakan cadangan pertuduhan terhadap kedua-dua individu terbabit."Kami telah menyelesaikan penyiasatan terhadap projek KLVC dan kami akan memperakukan pertuduhan terhadap kedua-dua individu terbabit," katanya kepada pemberita pada Program Menembak SPRM Bersama Media di Penjara Kajang di sini, Sabtu.Abd Halim berkata, SPRM akan mendapatkan keizinan daripada AGC berhubung tindakan lanjut termasuk aspek pendakwaan.Katanya, pihaknya dijangka bertemu dan membentangkan kertas siasatan kepada AGC pada minggu depan."Seandainya mendapat keizinan AGC, maka minggu selepas daripada itu akan dituduh."Tapi ingin difahami di sini iaitu pihak SPRM hanya mencadangkan sahaja hasil penyiasatan, tetapi sama ada untuk menuduh atau pun sebaliknya adalah kuasa Peguam Negara," katanya.Beliauberkata, seramai 30 saksi telah dirakam keterangan sepanjang siasatan berkaitan projek KLVC.Menurutnya, saksi yang dipanggil terdiri daripada ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan Felda dan FIC, penasihat undang-undang, jurunilai, firma guaman serta pihak berkaitan lain.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pasukan penyiasat SPRM masih menjalankan tindakan mengumpul dokumen berkaitan, termasuk dokumen yang berada di luar negara.Beliau berharapsemua pihak memberikan ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas, adil serta profesional berlandaskan Rules of Law."Ini penting kerana terdapat proses yang memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk dari luar negara yang semestinya akan mengambil masa untuk kami mendapatkan maklum balas yang dikehendaki."Namun cabaran tersebut tidak sesekali melemahkan semangat dan komitmen kami bagi mencari jawapan serta kebenaran demi kepentingan negara," ujarnya. |
|
SPRM rakam keterangan Isa di Penjara Sungai Buloh - FMT - 19/09 11:11 am Ia berkaitan isu pembelian dan pelaburan aset oleh Felda serta Felda Investment Corporation yang disyaki terdapat unsur rasuah dan penyelewengan. |
|
Tiga remaja maut, sembilan cedera nahas libatkan 12 motosikal dan 3 kereta - Sinarharian - 19/09 11:10 am IPOH Tiga remaja lelaki maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang di sini awal pagi Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 pagi itu, dua mangsa masing-masing berusia 19 dan 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam sebelum anggota polis dikejarkan ke lokasi."Siasatan awal mendapati kesemua kenderaan terbabit sedang bergerak dari arah Meru Raya menghala ke Tambun sebelum terlibat dalam kemalangan."Seramai sembilan penunggang motosikal lain berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun mengalami kecederaan yang belum dikenal pasti dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Muhammad Najib berkata, seorang lagi mangsa lelaki berusia 19 tahun yang menerima rawatan kemudiannya disahkan meninggal dunia di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB."Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia seramai tiga orang, manakala sembilan penunggang motosikal yang lain mengalami kecederaan."Ketiga-tiga pemandu kereta yang terlibat pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh."Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, mengawal kelajuan kenderaan dan mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya. |
|
Abdul Azeez, keluarga diarah isytihar harta dalam tempoh sebulan - SPRM - Sinarharian - 19/09 10:50 am KAJANG - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya diminta mengisytihar harta dalam tempoh sebulan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, notis pengisytiharan tersebut telah diserahkan kepada Abdul Azeez mengikut peruntukan undang-undang.Menurutnya, ini bagi pihak terbabit membuat pengisytiharan dan pelaporan harta kepada SPRM"Pengisytiharan itu perlu dibuat dalam tempoh sebulan dan sekiranya tempoh itu tidak mencukupi, kita akan memberi lanjutan."Pengisytiharan harta ini diberi kepada bekas pengerusi itu dan keluarga termasuk anak-anaknya," katanya kepada pemberita dalam Program Menembak SPRM Bersama Media di Penjara Kajang di sini pada Sabtu.Abdul Azeez sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 September lalu, atas satu pertuduhan menggunakan kedudukan berkaitan pelaburan RM193.5 juta dalam Putrajaya Perdana Berhad, 12 tahun lalu.Abdul Azeez membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.Mengikut pertuduhan, ahli politik berusia 60 tahun itu didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Pengerusi Lembaga TH, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan.Ia membabitkan jawatan Pengerusi Putrajaya Perdana Berhad dengan remunirasi sebanyak RM690,000 setahun serta kemudahan satu kereta jenis BMW 7 Series termasuk seorang pemandu tetap.Abdul Azeez sebelum ini direman selama tujuh hari, bermula 27 Ogos hingga 2 September, bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM.Siasatan itu susulan pendedahan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji. |
|
Isu Felda: SPRM rekod keterangan Isa Samad di Penjara Sungai Buloh - Sinarharian - 19/09 10:32 am KAJANG - Keterangan bekas Pengerusi Felda, Datuk Mohd Isa Abdul Samad telah direkodkan selama dua hari di Penjara Sungai Buloh bermula Khamis lalu.Rakaman percakapan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan pelaburan serta perolehan aset oleh pengurusan Felda dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) bagi tempoh 2010 hingga 2020yang mengakibatkan kerugian berpunca daripada pembelian aset melampaui nilai penilaian sebenar.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keterangan Mohd Isa akan disambung tiga hingga empat hari lagi."Keterangan beliau sudah dirakam dua hari penuh dan kemungkinan selesai Khamis (depan)," katanya kepada pemberita padaProgram Menembak SPRM Bersama Media di Penjara Kajang di sini, Sabtu.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia atas kerjasama yang diberikan bagi kelancaran sepanjang proses rakaman percakapan itu dilaksanakan.Dalam perkembangan sama, Abd Halim berkata, sebanyak enam kertas siasatan dibuka termasuk satu kertas siasatan dalam tindakan siasatan.Antara perkara yang disiasat membabitkan perolehan pembelian Syarikat Dataran Aras Sdn Bhd, pengambilalihan Grand Borneo Hotel Sdn Bhd, pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London serta penubuhan Felda Wellness Corporation Sdn Bhd."Selebihnya ialah pengambilalihan Felda House dan Grand Felda House, penyelewengan pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) serta pembelian aset Park City Grand Plaza Hotel di Kensington, London (kertas siasatan lama)," katanya.Pada 2 September lalu, Abd Halim dilaporkan berkata, seramai 12 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan kes Felda.Susulan itu, SPRM membuka tujuh kertas siasatan menerusi operasi khas berskala besar dikenali sebagai Op Fella. |
|
Isu baja Kedah: Mat Sabu antara 37 saksi direkod keterangan - SPRM - Sinarharian - 19/09 10:16 am KAJANG - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu antara 37 saksi yang direkod keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan isu kelewatan pengagihan bekalan Baja Sebatian Tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di Kedah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keterangan Mohamad Sabu dirakam pada 16 September lalu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Seramai 37 orang saksi telah dipanggil bagi dirakam kenyataan mereka yang merangkumi Menteri KPKM selain Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Isham Ishak yang telah dirakam keterangan pada 15 September lalu juga di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Seramai 29 individu lagi terdiri daripada Lembaga Perolehan KPKM; Jawatankuasa Penilai Tender Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA); Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan penerima baja di PPK serta kakitangan MADA," katanya kepada pemberita dalam Program Menembak SPRM Bersama Media di Penjara Kajang di sini pada Sabtu.Tambah beliau, selain itu lapan lagi individu lagi merupakan pekerja-pekerja Syarikat Taaveekun Manufacturing Sdn Bhd (TMSB), Syarikat Sinergi Perdana Sdn Bhd serta Permodalan Risda Berhad.Abd Halim berkata, siasatan awal mendapati antara kegagalan pembekalan baja mengikut jadual berpunca daripada keupayaan modal syarikat yang terhad hingga menjejaskan proses bekalan baja tersebut dilaksanakan dalam tempoh yang sepatutnya.Jelasnya, setakat ini, fokus siasatan adalah di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen secara curang atau tidak jujur."Selain itu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 juga turut dilihat sekiranya berlaku," katanya.Beliau berkata, pasukan siasatan kini sedang giat melakukan analisa ke atas penyata akaun bank serta dokumen kewangan dan lejar syarikat bagi tahun 2023 hingga 2025, menyemak pengesahan Baki Kemudahan Kredit (JBKK) bernilai RM22.07 juta serta membuat perbandingan Sijil Analisa Makmal (COA) dengan laporan makmal berkaitan."Selain itu, siasatan juga turut memberikan tumpuan kepada aspek kelemahan tatakelola yang menjadi antara lain punca isu kelewatan pembekalan baja itu."Hasil dapatan kelemahan tatakelola itu akan dijadikan asas penambahbaikan sistem dan prosedur agensi yang berkenaan," katanya.Menurut Abd Halim, berdasarkan penemuan awal siasatan, seorang Pengarah Urusan syarikat telah ditahan pada 12 September lalu dan direman empat hari sehingga 16 September."Individu tersebut telah dibebaskan dengan jaminan SPRM," katanya.SPRM Kedah sebelum ini menerima aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH) pada 26 Ogos lalu sebelum satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat aduan tersebut berhubung kelewatan pembekalan baja yang dilantik KPKM untuk memenuhi keperluan kawasan MADA berkeluasan 100,000 hektar. |
|
Akta Pekerja Gig 2025: Melindungi tenaga kerja era baharu - Sinarharian - 19/09 9:45 am Perubahan dunia pekerjaan hari ini tidak lagi terikat kepada konsep bekerja mengikut jadual tetap dan lokasi tertentu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |