///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Jkdm News   Page 1    



Pasukan khas SPRM-JKDM perlu jadi pemangkin pengurusan sempadan, kontena lebih pintar - FMT - 15/08 8:00 am

Teknologi dan penyelarasan antara agensi penting untuk menutup ketirisan serta memperkukuh pengurusan pelabuhan negara.





Alat mainan seks antara rampasan RM42.99 juta Kastam Selangor - Mygazette - 14/08 3:59 pm

# Alat mainan seks antara rampasan RM42.99 juta Kastam Selangor KLANG Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan pelbagai komoditi termasuk rokok, minuman keras, alat mainan seks serta sisa logam dan plastik yang mencecah RM42.99 juta





1,259 kontena e-waste dikeluarkan dari negara ini berperingkat – Nik .. - Mygazette - 14/08 3:59 pm

Kita sasarkan sehingga akhir tahun sebanyak 1,259. Untuk fasa kedua kita sasarkan 533 dan fasa ketiga bermula 1 Oktober, kita akan keluarkan baki kontena yang masih ada dalam siasatan, katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor di Pelabuhan Klang Utara, di sini, hari ini





AKPS akui pengimbas masih bergantung kepada manusia ??? Nik Ezanee - Mygazette - 14/08 3:59 pm

Faktor manusia itu ada dan kita kena ingat, ia mempunyai limitasi. Tetapi selain daripada itu, _scanner_ berfungsi dengan sangat baik, katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor di Pelabuhan Klang Utara, di sini, hari ini





Kastam Selangor gagalkan cubaan seludup 63 kontena - Utusan - 14/08 3:41 pm

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai barangan dagangan dan komoditi selepas merampas 63 kontena bernilai RM42.99 juta termasuk duti dan cukai, menerusi empat siri serbuan berasingan di sini





1,259 kontena e-waste 'dihalau' keluar tahun ini - Nik Ezanee - Sinarharian - 14/08 2:44 pm

PELABUHAN KLANG - Sebanyak 1,259 kontena sisa elektronik (e-waste) di sini disasarkan dibawa keluar dari Malaysia menerusi tindakan bersepadu menjelang hujung tahun ini.Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, bagi fasa pertama, sebanyak 148 kontena telah berjaya dibawa keluar.Menurutnya, bagi fasa dua yang masih berjalan, AKPS dengan kerjasama agensi seperti Lembaga Pelabuhan Klang serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan 533 kontena."Setakat ini kita berjaya bawa keluar 255 kontena dari Malaysia."Untuk fasa tiga bermula 1 Oktober pula, kita akan keluarkan baki 578 kontena dan baki e-waste dianggarkan seberat 8 juta kilogram ini bergantung kepada siasatan yang dijalankan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat Kastam Selangor di sini selepas sidang akhbar Pengarah Kastam Selangor, Noraidah Ishak berkenaan kes rampasan pelbagai komoditi dianggar bernilai RM42.99 juta pada Jumaat.Beliau berkata, kontena terbabit membabitkan kes yang ditahan sejak 2024.Dalam pada itu, Nik Ezanee menjelaskan tiada dikesan kontena mengandungi e-waste masuk semula ke dalam negara selepas dihantar keluar, namun terdapat kontena sama dengan muatan dagangan lain masuk ke dalam negara."Pemeriksaan telah dijalankan JKDM bersama AKPS berdasarkan senarai yang direkodkan, namun kontena itu tidak melibatkan barangan e-waste," ujarnya.Tambahnya, AKPS memberi jaminan keberkesanan mesin pengimbas di Pelabuhan Klang yang efisien."Kita dari semasa ke semasa melatih pegawai scanner (mesin pengimbas) untuk jalankan tugas dengan terbaik





Gagal seludup 57 kontena besi, plastik skrap RM4.96 juta - Sinarharian - 14/08 2:13 pm

PELABUHAN KLANG - Cubaan membawa masuk 57 kontena mengandungi besi dan plastik skrap bernilai RM4.96 juta secara tidak sah melalui Zon Bebas Pelabuhan Klang di sini digagalkan menerusi operasi bersepadu tahun ini.Penahanan kontena terbabit dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dengan kerjasama National Targetting Centre bermula Januari hingga pertengahan Jun lalu.Pengarah Kastam Selangor, Noraidah Ishak berkata, pemeriksaan menemukan 13 kontena mengandungi 351,185 kilogram (kg) besi skrap, manakala 44 kontena mengandungi 841,552.50 kg plastik skrap yang dipercayai tidak mempunyai permit import."Besi skrap dianggarkan bernilai RM1.9 juta, manakala plastik skrap berjumlah RM3.05 juta termasuk nilai duti dan cukai."Pengimportan dagangan ini tertaktluk kepada permit import yang dikeluarkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sebagaimana diperuntukkan di bawah Butiran 5 dan 6 Bahagian 1 Jadual Keempat, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Selangor di sini pada Jumaat.Turut hadir ialah Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.Noraidah berkata, kes masih dalam siasatan dan kegiatan disyaki melibatkan beberapa sindiket yang membawa masuk kontena terbabit dipercayai dari negara Timur Tengah.Tambahnya, modus operandi kemasukan dagangan itu ialah membuat pengimportan tidak benar di dalam Borang Kastam 1 dengan mengikrar dagangan antaranya sebagai alat acuan pembentuk, bahan aluminium serta tembaga.Dalam kes berlainan, JKDM Selangor bersama AKPS merampas 1,578.43 liter minuman keras bernilai RM409,917 termasuk duti dan cukai di Zon Bebas Pelabuhan Utara di sini, 4 Mei lalu.Jelas Noraidah, pelbagai jenis minuman keras itu dikesan disembunyikan bersama alat ganti kenderaan terpakai dalam sebuah kontena."Dipercayai minuman keras untuk pasaran tempatan itu tiba di Pelabuhan Klang pada 27 April dari sebuah negara Asia," ujarnya.Kedua-kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.Justeru, beliau menggesa orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.





Sorok alat permainan seks RM52,500 dalam kontena - Sinarharian - 14/08 1:34 pm

PELABUHAN KLANG - Taktik sorok alat permainan seks bernilai lebih RM50,000 dengan mencampurkan pelbagai barangan sah untuk diseludup masuk dari luar negara menggunakan sebuah kontena dibongkar.Kegiatan itu dikesan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor di Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Utara di sini 26 Mei lalu.Pengarah Kastam Selangor, Noraidah Ishak berkata, pemeriksaan dalam kontena terbabit menemui 1,240 unit alat permainan seks bernilai RM52,500."Barangan ini diklasifikasikan sebagai barang larangan mutlak dan disiasat di bawah Akta Kastam 1967."Siasatan awal mendapati kontena terbabit tiba di Pelabuhan Klang pada 21 Mei dari China," katanya ketika sidang akhbar di Pejabat Kastam Selangor di sini pada Jumaat.Beliau berkata, JKDM percaya alatan tersebut untuk pasaran tempatan dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan individu terlibat dalam kes ini.Tambahnya, modus operandi dikesan ialah membuat pengikraran tidak benar dalam Borang Kastam 1 dengan mengikrar dagangan sebagai kerusi, beg pinggang serta pakaian dalam.Dalam kes berasingan, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Selangor merampas 48.78 juta barang rokok putih bernilai RM37.56 juta termasuk duti dan cukai di sini pada 3 hingga 10 Jun lalu.Noraidah berkata, kesemua kontena itu berstatus 'transhipment' dan tiada pengikraran dalam manifes."Rokok tersebut dipercayai datang daei sebuah negara di Asia, namun tidak membuat ikrar manifes sehingga tarikh pemeriksaan dilaksanakan," ujarnya.Katanya lagi, orang ramai diseru menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat."JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," ujarnya.





Taktik simpan bunga ganja RM1.01 juta dalam kotak permainan terbongkar .. - Mygazette - 13/08 3:45 pm

# Taktik simpan bunga ganja RM1.01 juta dalam kotak permainan terbongkar - Kastam KLIA SEPANG - Taktik simpan bunga ganja dalam kotak permainan kanak-kanak untuk dieskport berjaya ditumpaskan dalam rampasan di Cawangan Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Julai lalu. Rampasan itu dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, dengan penemuaan empat bungkusan kotak permainan kanak-kanak





Bunga ganja RM1.01 juta diseludup dalam kotak permainan - Kosmo - 13/08 3:04 pm

SEPANG – Taktik menyeludup 12.6 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM1.01 juta dengan menyembunyikannya di dalam kotak permainan kanak-kanak terbongkar selepas dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Cawangan Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)





JKDM rampas rokok bernilai RM1.34 juta diikrar kelengkapan tidur, selipar - Utusan - 13/08 3:04 pm

SEPANG: Taktik menyeludup masuk rokok bernilai RM1.34 juta dengan mengisytiharkan sebagai barang kelengkapan tempat tidur dan selipar berjaya digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi dua serbuan berasingan di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini





MOT dapatkan maklum balas MOF berkaitan isu cukai kargo minyak - Sinarharian - 13/08 2:26 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu ketidakpastian cukai terhadap kargo minyak yang dicampur dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor.Menterinya, Loke Siew Fook berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung mekanisme penetapan cukai berkenaan seperti yang dilaporkan media sebelum ini."Perkara ini di bawah Kastam dan MoF, kami akan mendapatkan maklumat lanjut daripada MoF," katanya ringkas dalam sidang akhbar ketika Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kementerian Pengangkutan di sini pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan aduan pemain industri yang mendakwa ketidakpastian mengenai isu berkenaan menjejaskan perniagaan perkapalan dan petroleum di pelabuhan terbabit.Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy dilaporkan menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi penjelasan sama ada amalan mencampurkan kargo minyak dalam tangki darat dibenarkan serta kaedah cukai yang perlu dikenakan.Menurutnya, perkara itu penting kerana Pelabuhan Tanjung Langsat mengendalikan kargo petroleum yang dipunggah dari kapal ke tangki darat bagi operasi pemindahan kapal atau transhipment.Media sebelum ini turut melaporkan timbul kebimbangan mengenai dakwaan minyak daripada konsainan berbeza dicampurkan dalam tangki darat selepas dipunggah dari kapal.Tindakan berkenaan didakwa boleh mengubah keadaan kargo dan menimbulkan persoalan berkaitan klasifikasi, penilaian serta cukai sekiranya dokumen berkaitan tidak dikemas kini dengan sewajarnya.Selain itu, Malaysia Corruption Watch (MCW) dilaporkan turut menggesa dakwaan ketidakpadanan antara bil muatan dan pergerakan fizikal kargo petroleum di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor itu perlu disiasat secara menyeluruh kerana berpotensi menjejaskan kutipan hasil negara serta integriti sistem perdagangan.Presidennya Jais Abdul Karim berkata, sekiranya dakwaan itu mempunyai asas, ia boleh membuka ruang kepada penipuan perdagangan, manipulasi dokumentasi, pengelakan cukai dan duti serta penyeludupan produk petroleum.





Sorok bunga ganja RM1 juta dalam kotak mainan kanak-kanak - Sinarharian - 13/08 12:37 am

SEPANG - Helah sorok bunga ganja dalam kotak permainan kanak-kanak terbongkar dalam rampasan di Cawangan Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.Rampasan dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, 13 Julai lalu.Pengarah Kastam KLIA, Aspalila AG Tuah berkata, empat bungkusan kotak telah dirampas dan pemeriksaan menemui bungkusan plastik lut sinar kedap udara mengandungi 12.675 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM1.01 juta yang disorokkan dalam kotak permainan kanak-kanak."Siasatan awal mendapati bungkusan itu dipercayai hendak dieksport ke salah sebuah negara eropah menggunakan perkhidmatan kargo."Semakan mendapati nombor telefon di paparan kotak gagal dihubungi selain alamat pengirim serta penerima adalah palsu," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Kargo KLIA di sini pada Khamis.Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dari mana bahan terlarang itu dibawa masuk selain mengesan individu terlibat.Dalam kes berlainan, dua bagasi yang ditinggalkan di Pejabat Lost & Found Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal 1 KLIA selama sebulan sebelum diperiksa pada 14 Julai lalu membongkar kandungan berisi dadah jenis bunga ganja bernilai RM3.82 juta.Aspalila berkata, semakan mendapati dua bagasi itu dijadualkan untuk dibawa menaiki penerbangan ke Langkawi, namun telah ditinggalkan penumpang terbabit."Imbasan bagasi kemudian telah dilakukan dan mengesan imej mencurigakan sebelum pemeriksaan rapi dibuat."Pemeriksaan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA menemukan plastik kedap udara mengandungi bunga ganja seberat 47.8 kg," katanya.Jelasnya, kes masih dalam siasatan termasuk memanggil syarikat penerbangan untuk membantu mengesan pemilik bagasi.Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Seludup rokok, tapi ikrar barang kelengkapan tidur, selipar - Sinarharian - 13/08 12:31 am

SEPANG - Cubaan menyeludup masuk rokok bernilai RM1.34 juta dengan mengisytihar sebagai kelengkapan tempat tidur serta selipar digagalkan dalam dua serbuan berasingan di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini baru-baru ini.Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA.Pengarah Kastam KLIA, Aspalila AG Tuah berkata, bagi kes pertama pada 29 Julai, pemeriksaan ke atas sebuah gudang di zon perdagangan bebas tersebut menemukan 410,000 batang rokok putih bernilai RM392,752 termasuk duti dan cukai disyaki tidak berkastam."Dipercayai rokok ini dibawa masuk dari sebuah negara di Asia Barat sebelum dipasarkan untuk pasaran tempatan."Modus operandi kes tersebut ialah dagangan diikrar sebagai 'garments bed linen' (pakaian dan kelengkapan tidur) bagi mengelak dikesan pihak berkuasa serta dikenakan permit import," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Kargo KLIA di sini pada Khamis.Beliau berkata, syarikat pengendali penghantaran barang dagangan telah dipanggil untuk membantu siasatan.Sementara itu, bagi kes kedua, JKDM KLIA merampas 1.12 juta batang rokok putih bernilai RM948,640 termasuk duti dan cukai pada 30 Julai lalu.Aspalila berkata, siasatan mendapati rokok tersebut tiba di Malaysia dari sebuah negara di Asia untuk tujuan transit."Dipercayai rokok terbabit akan dihantar ke salah sebuah negara di rantau Ocenia."Bagi kes ini, dagangan diikrar sebagai 'slippers' bagi mengelak untuk dikesan pihak berkuasa serta mengelak daripada dikenakan permit import," ujarnya.Kes masing-masing disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 35D(2) akta sama.Justeru, Aspalila menggesa orang awam memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat.





Kastam KLIA Tumpas Empat Kes Penyeludupan Rokok, Ganja Bernilai Lebih RM6 Juta - Siakapkeli - 13/08 12:08 am

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tumpas empat kes penyeludupan membabit...





Ketidakpastian cukai minyak bercampur jejas operasi - FMT - 12/08 2:08 pm

Pemain industri gesa JKDM jelaskan peraturan dan layanan cukai terhadap minyak daripada konsainan berbeza yang dicampur dalam tangki darat.





SPRM lumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku haram dari China di... - Mygazette - 12/08 8:16 am

Menurut sumber, menerusi Op Chick yang dijalankan, sebanyak 10 kontena mengandungi ayam sejuk beku yang diimport secara tidak sah dari China disita. Operasi itu dilaksanakan Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)





SPRM lumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku tidak sah dari China - Sinarharian - 11/08 7:59 pm

KOTA KINABALU - Satu sindiket pengimportan ayam sejuk beku secara tidak sah yang dipercayai merasuah pihak berkuasa di sebuah pelabuhan di negeri ini berjaya dilumpuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Menurut sumber, sebanyak 10 kontena berisi ayam sejuk beku dipercayai diimport dari China secara tidak sah disita menerusi operasi Op Chick yang dilaksanakan Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pagi Selasa.Berdasarkan siasatan awal, kontena berkenaan diisytiharkan secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.Susulan operasi tersebut, SPRM turutmenahan tiga lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an yang berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat.SPRM juga kini sedang mengenal pasti individu-individu yang disyaki terlibat.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Sri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan operasi dan tangkapan tersebut."Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk proses permohonan reman bagi membantu siasatan, esok."Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009," katanya.





Dua pengarah syarikat didakwa gagal bayar cukai jualan RM193,306 - Mygazette - 10/08 5:23 pm

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26(9) Akta Cukai Jualan 2018 kerana melanggar Seksyen 26(5) akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Mohamad Syafiq Abdul Aziz manakala Karen diwakili peguam P





Dua pengarah syarikat didakwa gagal bayar cukai, penalti RM193,306 - Sinarharian - 10/08 12:50 am

GEORGE TOWN Dua pengarah syarikat pembuatan roda kastor (besi troli) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 2 di sini atas tujuh pertuduhan gagal menjelaskan cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah RM193,306.28.Lim Hooi Cheng, 54, dan Karen Lo, 40, sebagai orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka yang merupakan orang kena cukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 didakwa gagal menjelaskan bayaran cukai bagi tujuh tempoh bercukai antara Januari 2024 hingga Disember 2025.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Seberang Perai dengan jumlah tunggakan cukai dan penalti bagi tujuh tempoh bercukai terbabit ialah RM193,306.28.Kedua-dua OKS didakwa mengikut Seksyen 26(9) Akta Cukai Jualan 2018 kerana melanggar Seksyen 26(5) akta sama dengan tidak membuat bayaran cukai dalam tempoh ditetapkan.Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Mohamad Syafiq Abdul Aziz manakala Karen diwakili peguam P Ghandi.Hooi Cheng pula hadir tanpa diwakili peguam.Mahkamah kemudian menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes serta bagi memberi ruang kepada Hooi Cheng mendapatkan khidmat peguam, sekiranya ada.





Arak, rokok sorok bawah lantai, dalam kenderaan bernilai RM700,000 .. - Mygazette - 7/08 3:30 pm

# Arak, rokok sorok bawah lantai, dalam kenderaan bernilai RM700,000 dirampas BATU PAHAT - Empat penyeludup diberkas selain minuman keras dan rokok bernilaiRM700,000 dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam di Johor dan Negeri Sembilan dalam serbuan berasingan pada Jun lalu





348 tan daging ayam, khinzir sejuk beku dalam 12 kontena disita di Sepanggar - Sinarharian - 7/08 1:50 pm

KOTA KINABALU - Sebanyak 348 tan daging ayam dan khinzir sejuk beku yang disimpan dalam 12 kontena di Pelabuhan Sepanggar di sini disita Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), membabitkan nilai dagangan RM3.42 juta.Rampasan itu susulan penahanan 14 kontena pada Julai lalu membabitkan nilai hampir RM3 juta, selepas pemeriksaan mendapati dagangan terbabit dipercayai dibawa masuk dari China dan Hong Kong.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan menerusi Ops Ribat Sepanggar dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) dan Pihak Berkuasa Pelabuhan.Beliau berkata, operasi berkenaan bermula pada 19 Mei lalu bagi membanteras kemasukan dagangan produk haiwan secara tidak sah ke negara ini."Rentetan daripada Ops Ribat Sepanggar tersebut, didapati sebanyak 12 kontena telah dikenal pasti dan tidak boleh diperiksa kerana masih lagi dalam ruang masa untuk diisytiharkan."Kita tidak boleh mengambil tindakan pada masa tersebut, sehingga cukup 30 hari tempoh yang diberikan untuk pengisytiharan, tetapi gagal."Jadi kita mengambil keputusan pada 16 Julai yang lalu untuk memeriksa 12 lagi kontena dan ternyata apa yang kita dapat lihat hasil pemeriksaan adalah barangan daging beku dari China dan Hong Kong," katanya ketika sidang akhbar di Pelabuhan Sepanggar, di sini, pada Jumaat.Mohd Shuhaily berkata, hasil pemeriksaan mendapati 11 kontena mengandungi daging ayam sejuk beku, manakala satu lagi mengandungi daging khinzir sejuk beku."Kesemua kontena dipercayai telah dibawa masuk melalui pengikraran yang tidak selaras dan melibatkan berat keseluruhan sebanyak 348,000 kilogram dengan nilai dagangan berjumlah RM3,422,000 dan dipercayai berasal dari China serta Hong Kong," katanya.Susulan penemuan itu, AKPS menyita keseluruhan dagangan berkenaan untuk siasatan lanjut dan tindakan.Mohd Shuhaily berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 133(1) Akta Kastam 1967 kerana gagal membuat akuan penuh dan benar serta membuat perakuan atau dokumen tidak benar dalam perkara material.Beliau berkata, setakat ini pemilik sebenar 12 kontena berkenaan masih belum dikenal pasti kerana tiada pengisytiharan dibuat dan tiada pihak tampil menuntut dagangan terbabit.Menurutnya, AKPS sedang meneliti kemungkinan mengaitkan ejen yang terlibat dengan kes berkenaan sebelum tindakan pendakwaan dipertimbangkan.Bagaimanapun katanya, berdasarkan pemeriksaan, dagangan dalam 12 kontena terbabit dipercayai untuk kegunaan dalaman di Sabah.Beliau berkata, pihaknya turut menemui label halal pada sebahagian produk berkenaan, namun semakan mendapati terdapat perkara yang menimbulkan persoalan mengenai label terbabit."Halal Thailand dan Malaysia, tetapi seperti saya katakan sebelum ini, bagaimana sijil Halal Malaysia boleh keluar daripada negara China," katanya.Mohd Shuhaily berkata, semakan turut mendapati kapal yang membawa dagangan berkenaan tidak pernah berhenti atau berlabuh di Thailand, walaupun terdapat label halal yang menunjukkan pengesahan daripada pihak berkuasa negara berkenaan.Secara keseluruhan, katanya, sejak April lalu, AKPS berjaya menahan hampir 40 kontena yang membawa jumlah rampasan hampir RM6.7 juta.





Helah guna kenderaan mewah seludup arak, rokok terbongkar - Sinarharian - 7/08 1:34 pm

BATU PAHAT Helah sindiket penyeludupan menggunakan kenderaan mewah bagi mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menahan empat lelaki dalam empat serbuan berasingan.Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 60-an ditahan dalam operasi di Batu Pahat, Muar dan Bahau, Negeri Sembilan.Menurutnya, keseluruhan rampasan membabitkan 895.67 liter minuman keras dan 261,390 batang rokok tidak bercukai, selain menyita sebuah Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz CLA 200 yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyeludupan."Tangkapan pertama pada 11 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Bahagia, Batu Pahat membawa kepada rampasan 22,560 batang rokok dan 394.42 liter minuman keras serta sebuah Toyota Vellfire."Serbuan kedua pada 25 Jun di Kampung Parit Kasim pula menemukan 134,430 batang rokok dan 501.25 liter minuman keras yang disorokkan di bawah lantai bilik sebuah rumah," katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Batu Pahat pada Jumaat.Beliau berkata, serbuan ketiga pada 6 Julai di Jalan Kim Kee, Muar yang mana sebuah Proton X70 ditahan dengan 39,600 batang rokok pelbagai jenama ditemukan di tempat duduk belakang dan ruang but kenderaan.Katanya, tangkapan keempat di Bahau pula membawa kepada rampasan 64,800 batang rokok tidak bercukai dan penyitaan sebuah Mercedes-Benz CLA 200.Aminul Izmeer berkata, sindiket dipercayai membawa masuk barangan seludup sebelum menyembunyikannya di rumah kediaman atau kenderaan bagi tujuan pengedaran ke pasaran tempatan.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000, mengikut mana yang lebih tinggi, atau penjara sehingga lima tahun bagi kesalahan kedua.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada JKDM bagi membantu membanteras kegiatan penyeludupan yang boleh mengancam keselamatan negara.





Buletin Sanggup Beli Motosikal, Alat Ganti Seludup Demi Sertai Rxz Members .. - Mekanika - 7/08 8:18 am

# SANGGUP BELI MOTOSIKAL, ALAT GANTI SELUDUP DEMI SERTAI RXZ MEMBERS **Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mengenal pasti rampasan motosikal seludup terutamanya Yamaha RXZ dijalankan secara konsisten setiap tahun berikutan motosikal tersebut mempunyai permintaan daripada peminat untuk menyertai RXZ Member.** Pengarahnya, Mohd





Pasukan khas tangani ketirisan hasil pelabuhan masih dibincang - FMT - 6/08 7:00 pm

SPRM dan JKDM belum mencapai persetujuan mengenai bentuk kerjasama serta pelaksanaan pasukan itu.





Padah seludup minuman keras, alat ganti kenderaan RM4.6 juta - Sinarharian - 5/08 1:26 pm

SEREMBAN Taktik dua sindiket menggunakan lori untuk membawa keluar pelbagai barangan elektronik, alat ganti kenderaan serta minuman keras dari zon bebas bagi mengelak dikenakan duti akhirnya terbongkar.Kegiatan itu berjaya dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum barangan dagangan yang dianggarkan bernilai RM4.6 juta berjaya dirampas.Pengarah Kastam Negeri Sembilan, Jamal Paiman berkata, operasi itu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan dalam dua serbuan pada awal Julai lalu membabitkan nilai cukai RM7.6 juta."Dalam serbuan pertama kira-kira jam 3 petang 1 Julai lalu, kami menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Isuzu di bahu jalan di kawasan Sepang, Selangor."Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat sejumlah 426 kotak pelbagai jenis barang campur seperti barangan elektronik dan alat ganti kenderaan yang disyaki tidak diikrar mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, jumlah keseluruhan nilai sitaan barangan tersebut bersama lori dianggarkan bernilai RM640,268, manakala duti dianggarkan bernilai RM69,873.Tambahnya, seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967."Modus operandi sindiket ialah barang campur diseludup dan dipercayai dibawa keluar dari kawasan zon bebas ke Kawasan Utama Kastam tanpa pengikraran yang betul dengan menggunakan kenderaan seperti lori bagi tujuan mengelakkan pembayaran cukai/duti yang terbabit," katanya.Selain itu katanya, dalam serbuan kedua jam 9.30 malam hari sama, sejumlah 16,096 botol dan 568,470 tin pelbagai jenis minuman keras yang disyaki sebagai barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import ) 2023 telah dijumpai di sebuah gudang di Port Klang Free Zone, Selangor.Jamal berkata, kesemua barangan terbabit telah disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967, manakala seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun telah ditahan untuk siasatan."Jumlah keseluruhan nilai sitaan minuman keras pelbagai jenis dianggarkan RM4,02 juta manakala duti/cukai dianggarkan sebanyak RM7.5 juta."Modus operandi sindiket ialah minuman keras itu diimport dan disimpan dalam gudang di kawasan Zon Bebas dan dibawa keluar dari kawasan Zon Bebas ke Kawasan Utama Kastam tanpa melalui prosedur yang sah," katanya.Beliau berkata, kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Butiran 30(1)(a) Peraturan Peraturan Zon Bebas 1990.





Pemburu haram negara jiran sasar Harimau Malaya - Sinarharian - 5/08 11:35 am

KUALA LUMPUR - Sempadan darat di utara tanah air menjadi laluan utama pemburu haram dari luar negara, terutamadariVietnam untuk menyusup masuk bagi memburu spesies hidupan liar terancam negara ini antaranya Harimau Malaya.Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, sindiket ini menggunakan 'laluan tikus' untuk melepasi sempadan negara sebelum menceroboh hutan-hutan simpan yang dipercayai menjadi habitat hidupan liar yang menjadi sasaran mereka."Apabila berjaya masuk, mereka sanggup menetap dan berkhemah di dalam hutan berkenaan dalam tempoh yang panjang, malah boleh melebihi enam bulan."Masa yang panjang ini diperlukan untuk mereka mencari kenalan sindiket di Malaysia, mengumpul hasil buruan, dan seterusnya membawa pulang spesies tersebut untuk dipasarkan di negara asal berikutan permintaan yang sangat tinggi di sana," katanya kepada Bernama.Beliau berkata, spesies haiwan terancam seperti Harimau Malaya yang kini dipercayai hanya tinggal 200 ekor di habitat liar terus menjadi sasaran paling utama pemburu haram dari luar negara kerana nilainya yang amat tinggi di pasaran gelap dengan seekor harimau mampu mencecah harga hingga RM500,000.Beliau mendedahkan selain Harimau Malaya, pemburu haram juga menyasarkan gajah, tenggiling, rusa, burung enggang, pelbagai spesies burung eksotik, reptilia serta beberapa spesies primat yang dilindungi susulan permintaan tinggi di pasaran gelap."Selain haiwan hidup, sindiket turut menyasarkan bahagian atau produk berasaskan hidupan liar seperti gading, sisik tenggiling, taring, kulit dan bahagian lain yang mempunyai nilai pasaran tinggi."Setiap spesies mempunyai nilai yang berbeza mengikut permintaan pasaran domestik dan antarabangsa, oleh itu WCB/PSK sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan melalui risikan serta kerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengesan sebarang ancaman terhadap spesies yang dilindungi," katanya.Beliau berkata, pemburu haram berkenaan akan membawa keluar hasil buruan mereka untuk dijual di negara lain kerana permintaan dan harga yang tinggi berbanding dijual di sini berikutan terdapat permintaan bagi makanan eksotik dan perubatan tradisional.Mohd Zaki berkata, berdasarkan risikan dan trend semasa permintaan terhadap produk hidupan liar juga kini tidak lagi terhad kepada penggunaan bagi perubatan tradisional, malah terdapat sebahagian produk hidupan liar diperdagangkan sebagai barangan koleksi, hiasan, aksesori, trofi, cenderamata eksklusif atau simbol status."Perkembangan platform e-dagang dan media sosial turut memudahkan urus niaga dijalankan secara lebih tertutup serta merentas sempadan," katanya.Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata bagi menangani isu pemburuan haram, pihaknya meningkatkan usaha penguatkuasaan melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perhutanan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).Sejak 2019 hingga Mei lepas, beliau berkata operasi berkenaan berjaya memusnahkan sejumlah 2,851 jerat dan menahan sebanyak 1,230 individu dengan nilai sitaan berjumlah RM416.3 juta."Kejayaan terbesar OBK ialah menumpaskan sindiket pemburuan hidupan liar terbesar melibatkan warga Vietnam pada 2023 yang dihukum denda RM128.9 juta serta penjara selama lapan tahun enam bulan kepada tiga pesalah berkenaan yang merupakan antara hukuman paling berat dikenakan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]," katanya.Beliau berkata dalam memperkasakan usaha menyokong pelaksanaan rondaan dan penguatkuasaan secara menyeluruh, Perhilitan telah melantik secara kontrak 1,950 Ranger Komuniti (RK) yang terdiri daripada veteran Angkatan Tentera Malaysia, Orang Asli dan orang awam melalui Program Perlindungan Biodiversiti dan Rondaan (BP3) pada tahun ini.Abdul Kadir berkata, daripada jumlah itu, sebanyak1,075 RK terdiri daripada Orang Asli, sekali gus membuktikan mereka turut memainkan peranan penting dalam melindungi khazanah negara ini."Mereka (RK) ditempatkan di 203 pos kawalan termasuk pos kerjasama strategik dengan rakan NGO, sekali gus memperluas jaringan perlindungan di kawasan sensitif di seluruh Semenanjung."Tugas dan peranan utama RK ialah menjalankan rondaan penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar oleh warga tempatan dan asing serta sindiket terancang di dalam kawasan perlindungan jabatan serta Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terlibat," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, Perhilitan sedang membangunkan aplikasi bagi mempercepat proses analisis data daripada perangkap kamera dalam usahamenjaga hidupan liar, terutama daripada spesies terancam.Abdul Kadir berkata, aplikasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) berupaya mengenal pasti spesies dengan lebih pantas, termasuk membezakan Harimau Malaya berdasarkan corak belangnya yang akan meningkatkan kecekapan pemantauan populasi dan menyokong usaha pemuliharaan spesies terancam secara lebih berkesan.Menurut beliau, jabatan berkenaan memanfaatkan pelbagai jenis teknologi lain antaranya pemasangan kolar satelit pada individu hidupan liar terpilih bagi memantau pergerakan secara masa nyata yang membolehkan pelaksanaan Sistem Amaran Awal bagi memaklumkan pihak berkaitan dan komuniti setempat sekiranya hidupan liar menghampiri kawasan petempatan untuk mengurangkan konflik manusia-hidupan liar."Teknologi lain yang digunakan antaranya melibatkan pemasangan perangkap kamera bagi mencerap kehadiran spesies, memantau trend populasi hidupan liar serta merekod sebarang aktiviti pencerobohan di kawasan hutan, dron turut digunakan bagi pemantauan udara di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot kemalangan hidupan liar," katanya.- Bernama





Malaysia and Indonesia Customs launch joint border checks to tighten controls, curb smuggling - Malaymail - 4/08 7:55 pm

TAWAU, August 4 The Royal Malaysian Customs Department (JKDM), through a joint operation with the Directorate Ge...





SPRM-JKDM perlu perjelas peranan pasukan khas tangani ketirisan pelabuhan - Sinarharian - 31/07 11:15 am

SHAH ALAM Penubuhan pasukan petugas khas antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi membanteras ketirisan hasil negara disifatkan sebagai langkah tepat, namun peranan, bidang kuasa dan mekanisme pelaksanaannya perlu diperjelaskan bagi memastikan inisiatif itu benar-benar berkesan.Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri R Jeyenderan berkata, kerjasama strategik antara kedua-dua agensi itu mampu memperkukuh penguatkuasaan, khususnya membabitkan pengurusan kontena, penyeludupan, pemalsuan dokumen serta cubaan mengelak pembayaran cukai."Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada penjelasan terperinci mengenai cara pasukan petugas khas itu akan beroperasi."Kita juga perlu mengetahui sama ada pasukan itu akan memberi tumpuan kepada aspek pemantauan, pencegahan atau tindakan penguatkuasaan terhadap pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman memaklumkan cadangan penubuhan pasukan petugas khas itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah JKDM, Datuk Amran Ahmad di Ibu Pejabat SPRM.Menurut beliau, kedua-dua agensi turut bertukar pandangan mengenai cabaran pelaksanaan tugas, termasuk pemeriksaan kastam, kerenah birokrasi serta isu operasi yang dihadapi JKDM.Katanya, pertemuan itu turut memberi fokus kepada mekanisme membanteras ketirisan dalam pengurusan kontena di bawah bidang kuasa JKDM di pelabuhan seluruh negara.Sementara itu, Amran berkata, JKDM berkongsi maklumat mengenai modus operandi sindiket yang cuba mengelak pembayaran cukai, termasuk melalui aktiviti penyeludupan serta pemalsuan maklumat dan dokumen bagi mendapatkan kelulusan di bawah kategori tertentu.Mengulas lanjut, Jeyenderan berkata, penjelasan lebih menyeluruh juga diperlukan mengenai kaedah mengukur keberkesanan pasukan petugas khas berkenaan, termasuk sama ada dapatan dan hasil pemantauannya akan dilaporkan kepada masyarakat.Menurut beliau, ketelusan amat penting dalam isu melibatkan hasil negara bagi memastikan usaha membanteras ketirisan tidak sekadar menjadi simbol kerjasama antara agensi, sebaliknya diterjemahkan kepada tindakan yang nyata dan berimpak."Kerjasama SPRM dan JKDM sememangnya langkah yang positif untuk memperkukuh integriti sistem perdagangan negara."Namun, kejayaannya bergantung kepada pelaksanaan yang jelas, pemantauan berterusan serta pelaporan yang telus bagi meningkatkan keyakinan rakyat," katanya.



Kereta sarat 200,000 batang rokok seludup terbabas dalam tali air - Sinarharian - 26/07 3:07 pm

TUMPAT Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri dengan memecut kereta sejauh kira-kira 2 kilometer berakhir apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam tali air di Kampung Kok Bedullah di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek melarikan diri dan meninggalkan muatan 200,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai bernilai keseluruhan RM400,000.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kejadian berlaku ketika anggota Strike Force Kompeni C Batalion 9 PGA Kuala Terengganu menjalankan rondaan motosikal dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Geting.Menurut beliau, anggota terserempak dengan sebuah Proton Preve berwarna perak dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampiri kenderaan tersebut untuk pemeriksaan."Bagaimanapun, pemandu lelaki bertindak memecut kenderaannya bagi mengelak ditahan, menyebabkan anggota mengejarnya sejauh kira-kira 2 kilometer sehingga ke Kampung Kok Bedullah."Kereta itu kemudian terbabas ke dalam tali air sebelum suspek bertindak melarikan diri ke kawasan berhampiran dan gagal dikesan," katanya kepada pemberita pada Ahad.Ujar beliau, pemeriksaan ke atas kenderaan menemukan beberapa guni mengandungi kotak-kotak rokok putih yang dipercayai diseludup dan tidak bercukai.Menurutnya, rampasan berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.Ahmad Radzi memberitahu, pihaknya sedang mengesan pemandu terbabit serta mengenal pasti individu yang terlibat bagi membantu siasatan.



Kastam rampas rokok seludup bernilai RM9.1 juta - Mygazette - 24/07 3:21 pm

SEBERANG PERAI - Taktik sindiket menyeludup masuk lebih lapan juta batang rokok bernilai lebih RM9.1 juta ke negara ini terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memeriksa sebuah kontena di Westports Malaysia Sdn



P.Pinang: Sindiket seludup arak, rokok bernilai RM9.3 juta tumpas - Utusan - 24/07 2:48 pm

BUTTERWORTH : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras dan rokok yang dianggarkan bernilai RM9.3 juta dalam dua pemeriksaan berasingan pada Mei dan Jun lalu



Kastam rampas 8.15 juta batang rokok putih seludup bernilai RM9.14 juta - Sinarharian - 24/07 1:16 pm

BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 8.15 juta batang rokok putih seludup yang dianggarkan bernilai RM9.14 juta termasuk duti dalam satu pemeriksaan di Pelabuhan Klang, Selangor pada 24 Jun lalu.Pengarahnya, Hasbollah Din berkata, rampasan itu dilakukan kira-kira jam 11.15 pagi oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Westports Malaysia Sdn Bhd.Menurutnya, kontena berkenaan diikrarkan membawa polyethylene tarpaulin (PE) atau kanvas plastik, namun pemeriksaan rapi mendapati ia sebenarnya mengandungi 815 kotak induk berisi 8,150,000 batang rokok putih yang disyaki tidak berkastam."Siasatan awal mendapati kontena itu dikendalikan oleh sebuah syarikat perkapalan dan syarikat logistik yang mempunyai cawangan di sekitar Subang Jaya, Selangor."Melalui dokumen yang diperoleh, dagangan berkenaan disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Tenggara," katanya pada sidang media di Kompleks Pencegahan JKDM Pulau Pinang, Perai di sini pada Jumaat.Hasbollah berkata, pengimportan rokok adalah dibenarkan namun tertakluk kepada permit import mengikut peruntukan Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.Beliau berkata, sindiket dipercayai membuat pengikraran tidak benar dengan mengisytiharkan muatan sebagai kanvas plastik bagi mengaburi pihak berkuasa sebelum rokok berkenaan dipercayai diedarkan ke pasaran tempatan."Pengurus syarikat perkapalan berkenaan telah dipanggil bagi membantu siasatan



Pengarah syarikat import, eksport didakwa elak bayar cukai kastam RM150,000 - Mygazette - 23/07 4:55 pm

Mahkamah menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan semula bagi serahan dokumen dan tiada jaminan dikenakan. Pendakwaan kedua-dua kes dijalankan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Amiera Wahyunie Zainordin dan Atheerah Azizan, manakala tertuduh dan syarikat diwakili peguam Abd Rahim Ali



JKDM kutip RM43.62 bilion, rampasan RM1.3 bilion - Sinarharian - 23/07 1:43 pm

PUTRAJAYA Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil berjumlah RM43.62 bilion bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun lalu, sekali gus melepasi unjuran awal Kementerian Kewangan sebanyak RM40 bilion.Ketua Pengarah Kastam, Datuk Amran Ahmad berkata, pencapaian itu menyaksikan lebihan kutipan sebanyak RM3.62 bilion atau 109.05 peratus daripada sasaran yang ditetapkan bagi tempoh berkenaan."Kutipan hasil itu turut menunjukkan peningkatan sebanyak RM7.93 bilion berbanding RM35.69 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu."JKDM akan terus menambah baik strategi dan pendekatan sedia ada bagi mengekalkan momentum positif ini serta mencapai sasaran kutipan hasil sebanyak RM80 bilion yang ditetapkan Kementerian Kewangan bagi tahun ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM di sini pada Khamis.Amran berkata, selain mencatat prestasi memberangsangkan dalam kutipan hasil, JKDM turut memperkukuh aspek penguatkuasaan apabila berjaya mematahkan 3,609 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai sepanjang tempoh Januari hingga 30 Jun lalu."Tindakan penguatkuasaan itu membabitkan sitaan pelbagai jenis barangan dengan jumlah nilai rampasan termasuk duti dan cukai mencecah RM1.30 bilion, meningkat 21.5 peratus berbanding RM1.07 bilion dalam tempoh sama tahun lalu," katanya.Menurut beliau, dadah mencatatkan nilai rampasan tertinggi dengan 220 kes membabitkan lebih 2,750 kilogram dan 3,399 liter pelbagai jenis dadah bernilai RM366.58 juta."Rokok pula merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,494 kes melibatkan lebih 1.23 bilion batang dengan nilai rampasan termasuk duti dan cukai sebanyak RM329.27 juta."Kenderaan pula membabitkan 511 kes dengan nilai rampasan RM191.07 juta, manakala minuman keras mencatatkan 417 kes bernilai RM81.41 juta," katanya.Tambah beliau, JKDM akan terus memperkukuh pengurusan risiko, audit pematuhan dan operasi bersasar menerusi penggunaan analitik data, teknologi serta pemprofilan yang lebih berkesan."Tumpuan juga akan diberikan kepada komoditi berisiko tinggi, penyalahgunaan kemudahan percukaian dan kes berimpak tinggi bagi mengekang ketirisan hasil serta membanteras perdagangan haram yang mengancam keselamatan, ekonomi dan kepentingan negara," katanya.



Bangsal kayu terpencil jadi transit rokok seludup - Sinarharian - 21/07 12:25 am

PASIR MAS - Taktik sindiket menjadikan sebuah bangsal kayu terpencil di kawasan pedalaman sebagai lokasi transit rokok seludup dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, hujung bulan lalu.Pengarah Kastam Negeri Kelantan, Mohd Hisham Mohd Nor berkata, serbuan kira-kira jam 10.45 malam pada 29 Jun lalu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok itu menemukan 3,200 karton atau sebanyak 640,000 batang rokok putih yang disimpan di dalam 64 peti atau."Bangsal kayu yang tidak bernombor itu berada di kawasan terpencil, jauh dari jalan utama dan dipercayai dijadikan lokasi transit sementara sebelum rokok diedarkan ke pasaran tempatan."Kami percaya rokok ini dibawa masuk melalui laluan laut dan sungai-sungai di negeri ini sebelum dipindahkan ke bangsal berkenaan bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Pengkalan Kubor, Rantau Panjang di sini pada Selasa.Beliau berkata, rokok berkenaan dianggarkan bernilai RM128,000, manakala jumlah duti dan cukai yang cuba dielakkan ialah RM449,280, menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM577,280.Menurutnya, sindiket dipercayai memilih lokasi berkenaan kerana keadaannya yang tersorok bagi mengurangkan risiko dikesan pihak berkuasa.Mohd Hisham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu serta rangkaian sindiket yang terlibat.Beliau berkata, rokok merupakan barang larangan import yang tertakluk di bawah Butiran 1, Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan kepada JKDM melalui talian bebas tol 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran."Kami memberi jaminan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.




Reformasi     >>



Reformasi lebih tegas selepas tiga tahun kukuhkan .. - Harapandaily
FOTO BERITA: Majlis Perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2026 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR di MITC Ayer Keroh, Melaka. 15hb Ogos 2026 (Sabtu) Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan agenda ..
Kroni     >>



21 DUN, sembilan Parlimen sasaran PAS Selangor - Harakahdaily
TANJONG KARANG: PAS Selangor bersedia untuk bertanding sekurang-kurangnya 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri berkata, parti itu juga bersedia untuk menjadi ..
Tabloid     >>



Bait lirik naik semangat! - Hmetro
Kuala Lumpur: Alunan muzik yang bergema di pentas antarabangsa bukan sekadar bunyi yang mengejar kemenangan buat Victoria Institution Cadet Corps Band (VICCB) sebaliknya menjadi cara kumpulan itu membawa cerita dan identiti Malaysia kepada dunia. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Anthropic becomes the 'Apple of AI' as it grabs most .. - Techradar
Vercel analysis reveals Anthropic is dominating both token volume and spend, despite being more expensive than competitors.
World     >>



Trump suggests ‘declaring’ Strait of .. - Globalnews
Throughout the conflict, U.S. President Donald Trump has alternated between threats of escalation and assertions that a peace deal is imminent.
Motor Trend     >>



PM umum Tiket Madani Formula 1 serendah RM200 untuk .. - Careta
"Alhamdulillah, hasil perbincangan dan persetujuan bersama Bahrain, kerajaan sukacita mengumumkan Tiket Madani khusus untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses sepanjang tiga hari acara, kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu. Anwar berkata, inisiatif itu diharap