| /// |
|
| Search : Istana News | Page 1 |
|
Penjara Kajang jadi tumpuan media susulan pengampunan bersyarat Najib - Mygazette - 18/09 4:48 pm Dalam keadaan itu, beliau perlu meneruskan baki hukuman penjara seperti yang ditetapkan. Keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung di Istana Negara pagi ini |
|
Lembaga Pengampunan bermesyuarat pagi ini tentukan nasib Najib - Mygazette - 18/09 4:48 pm # Lembaga Pengampunan bermesyuarat pagi ini tentukan nasib Najib KUALA LUMPUR - Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat semula di Istana Negara hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Tahanan rumah Najib tak jejas tindakan kes rasuah ??? Anwar - Mygazette - 18/09 4:48 pm Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan hari ini. Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, di Istana Negara hari ini |
|
PRN Melaka: UMNO harap keputusan pengampunan bersyarat Najib beri momentum - Mygazette - 18/09 4:48 pm Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028. Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu yang diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat ditetapkan sepanjang tempoh tahanan di rumah |
|
Lembaga Pengampunan selesai bermesyuarat pagi ini - Mygazette - 18/09 4:48 pm # Lembaga Pengampunan selesai bermesyuarat pagi ini KUALA LUMPUR - Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan selesai bermesyuarat bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara, kira-kira jam 9.40 pagi tadi |
|
Najib dapat pengampunan bersyarat: Tahanan rumah, bayar denda RM50 juta .. - Mygazette - 18/09 4:48 pm Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara, menurut kenyataan BHEUU hari ini. Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berlangsung di Istana Negara pagi tadi selepas permohonan Najib ditangguhkan pada mesyuarat terdahulu pada 11 September lalu |
|
Najib's conditional pardon does not weaken govt's corruption fight - Anwar - Sinardaily - 18/09 3:35 pm This country must be saved, and we need firmness with the support of all Malaysians to ensure the law is no longer taken lightly when there is misconduct or abuse of power to enrich any leader or individual. This is our stance, he said.Asked whether clear standard operating procedures (SOPs) were needed for house arrest, Anwar said the matter fell under the Home Ministrys jurisdiction.His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, today granted Najib a conditional pardon allowing him to serve the remainder of his sentence under house arrest until Aug 23, 2028, subject to the payment of a RM50 million fine.The Legal Affairs Division (BHEUU) of the Prime Ministers Department said the decision was made at the 64th meeting of the Pardons Board for the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya at Istana Negara today |
|
Pengampunan bersyarat Najib tidak jejas ketegasan kerajaan perangi rasuah - Anwar - Sinarharian - 18/09 3:31 pm PUTRAJAYA - Pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah tidak menjejaskan ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, semua kes rasuah, termasuk melibatkan Najib yang masih berjalan, perlu diteruskan mengikut proses dan landasan undang-undang."Saya selaku Perdana Menteri, tugas saya memberikan nasihat mengenai implikasi undang-undang, kestabilan negara, soal prinsip negara hukum, dan juga mengikut nasihat dan panduan yang ditulis lengkap dan panjang oleh Peguam Negara."Tetapi akhirnya, Perlembagaan menetapkan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, dan saya harap kita terima baik (keputusan itu)," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Nur Perdana Presint 10, di sini pada Jumaat.Beliau berkata, ketegasan dalam menangani isu rasuah perlu diteruskan dengan dukungan seluruh rakyat bagi memastikan sebarang salah laku atau salah guna kuasa untuk memperkayakan mana-mana pemimpin atau individu tidak dipandang ringan."Begitu juga kes-kes lain dalam soal rasuah, negara ini mesti diselamatkan, dan kita perlu ketegasan dengan dukungan semua rakyat dalam menentukan hukum negara ini tidak lagi dianggap ringan, apa-apa salah laku atau salah guna kuasa untuk memperkayakan mana-mana pemimpin atau mana-mana rakyat. Ini pendirian kita," katanya.Ditanya mengenai keperluan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas berkaitan pelaksanaan tahanan rumah, Anwar berkata, perkara itu merupakan bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara pada Jumaat |
|
“Saya Nak Balik Istana, Mana Lagi Saya Nak Pergi” – Tuanku Muhriz Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat - Beautifulnara - 18/09 2:49 pm Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan penghargaan atas sokongan yang diterima susulan kemelut membabitkan kedudukan baginda. Baginda bertitah, sokongan tersebut menjadi dorongan untuk kembali ke istana bagi menyelesaikan masalah yang sedang berlaku |
|
(TERKINI) Keputusan Lembaga Pengampunan Datuk Seri Najib Hari Ini - Beautifulnara - 18/09 12:18 am Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan telah memperkenankan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah. Advertisement Keputusan itu dibuat susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang bersidang di Istana Negara hari ini |
|
Lembaga Pengampunan bermesyuarat: Media berkumpul di rumah Najib Razak di Langgak Duta - Sinarharian - 18/09 11:55 am KUALA LUMPUR - Sekumpulanpengamal media termasuk jurugambar berkumpul di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini, susulan desas-desus mendakwa beliau mendapat tahanan rumah.Tinjauan Sinar Harian mendapati, kumpulan petugas media tempatan dan antarabangsa mula tiba berada di sekitar kediaman berkenaan kira-kira jam 11 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung perkara itu.Bagaimanapun, setakat ini tiada pergerakan keluar masuk daripada kediaman terbabit.Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara di sini pada pukul 9.42 pagi pada Jumaat.Kenderaan yang membawa Hannah sebelum itu memasuki pekarangan Istana Negara kira-kira pukul 7.48 pagi.Kehadiran beliau dipercayai bagi menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.Isu pengampunan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi perhatian susulan laporan media bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat semula setelah seminggu selepas perkara berkenaan ditangguhkan pada mesyuarat 11 September lalu.Laporan itu turut mendakwa mesyuarat berkenaan hanya mempunyai satu perkara dalam agenda, iaitu permohonan pengampunan Najib.Pada 11 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan datang. |
|
Asyraf Wajdi Tulis Alhamdulillah, Mesyuarat Pengampunan Najib Jadi Tumpuan - Ohmedia - 18/09 11:49 am Hantaran Alhamdulillah Asyraf Wajdi tarik perhatian ketika mesyuarat pengampunan Najib berlangsung di Istana Negara |
|
Media gather outside Najib's Langgak Duta residence as Pardons Board meets - Sinardaily - 18/09 11:20 am KUALA LUMPUR - Reporters and photographers gathered outside the residence of former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak at Langgak Duta here following speculation that he had been granted house arrest.Sinar Harian observed local and international media personnel arriving at the residence at around 11am to follow the latest developments on the matter.However, no movement in or out of the residence had been observed so far.The situation comes as Federal Territories Minister in the Prime Ministers Department Hannah Yeoh was seen leaving the Istana Negara grounds here at 9.42am on Friday.Her vehicle had entered the Istana Negara grounds at around 7.48am.Hannah was believed to be at Istana Negara to attend the Federal Territories Pardons Board meeting.The issue of a pardon for former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak has returned to the spotlight following media reports that the Federal Territories Pardons Board would reconvene a week after the matter was deferred at its September 11 meeting.The reports also claimed that the meeting had only one item on its agenda, namely Najibs pardon application.On September 11, the Federal Territories Pardons Board, chaired by the Yang di-Pertuan Agong, deferred Najibs pardon application to its next meeting. |
|
'Alhamdulillah' - Hantaran Asyraf Wajdi cetus tanda tanya - Sinarharian - 18/09 11:12 am SHAH ALAM - Hantaran 'Alhamdulillah' di media sosial Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Jumaat mencetuskan tanda tanya.Hantaran yang yang dimuat naik kira-kira setengah jam lalu itu mendapat lebih 2,500 tanda suka dan hampir 500 komen.Sinar Harian melaporkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berlangsung hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seminggu selepas pertimbangannya ditangguhkan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh meninggalkan Istana Negara selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pagi Jumaat.Beliau dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara jam 9.43 pagi selepas dua jam mesyuarat Lembaga Pengampunan dengan menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire.Pada minggu lalu, media turut melaporkan permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat.Dalam mesyuarat sama, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut berkenan memberikan pengampunan kepada 65 banduan lain.Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-64 menjadi tumpuan susulan permohonan pengampunan Najib yang sebelum ini menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam proses pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan. |
|
Umno sec-gen's 'Alhamdulillah' post fuels speculation after Pardons Board meeting - Sinardaily - 18/09 11:02 am SHAH ALAM A brief social media post by Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki has fuelled speculation online, coming hours after the Federal Territories Pardons Board met to consider former prime minister Datuk Seri Najib Razak's pardon application.Asyraf posted the single word "Alhamdulillah" on his social media account on Thursday morning without any accompanying explanation.The post drew attention because it appeared shortly after a morning of heightened interest surrounding the Pardons Board meeting at Istana Negara.Vehicles believed to be carrying Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh and Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar were seen entering Istana Negara at about 7.48am ahead of the meeting.Former Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain was also seen entering the palace grounds before proceedings began.The vehicle carrying Hannah and Razarudin was later seen leaving Istana Negara at about 9.40am.As of publication, neither Istana Negara nor the Federal Territories Pardons Board had issued an official statement on the outcome of the meeting.Najib's pardon application was previously deferred during the 63rd Federal Territories Pardons Board meeting on Sept 11.At the same meeting, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim granted pardons to 65 inmates.There is no official confirmation that Asyraf's social media post was linked to the Pardons Board meeting or to Najib's pardon application.Nevertheless, the timing prompted widespread discussion on social media, with users speculating about whether an announcement could be forthcoming. |
|
Hannah Yeoh, Razarudin leave Istana Negara after two-hour Pardons Board meeting - Sinardaily - 18/09 10:43 am KUALA LUMPUR A vehicle carrying the Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories), Hannah Yeoh and former Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain was seen leaving Istana Negara at around 9.40am today.Both were earlier seen entering the grounds of Istana Negara to attend the Federal Territories Pardons Board meeting held this morning.The vehicle carrying Hannah arrived at around 7.48am, while Razarudin was also seen entering the grounds of Istana Negara before the meeting began.Also present was attorney-general Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, who is among the members of the Federal Territories Pardons Board.Today's meeting is drawing attention following the latest pardon application by former prime minister Datuk Seri Najib Razak.However, as of 9.40am, there has been no official announcement on the outcome of the meeting.At the 63rd Federal Territories Pardons Board meeting on Sep 11, consideration of Najib's application was deferred to an upcoming meeting.At the same meeting, the Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, granted pardons to 65 other inmates |
|
Hannah Yeoh denies signing Najib's house arrest order - Sinardaily - 18/09 10:42 am PUTRAJAYA Federal Territories Minister Hannah Yeoh has denied signing a house arrest order involving former prime minister Datuk Seri Najib Razak that has been circulating on social media.She stressed that the Pardons Board had yet to convene and urged the public not to circulate the document, which she claimed was fake, in a social media post, today.I have never signed a house arrest order such as the one currently circulating on social media.The Pardons Board has yet to convene. Please do not circulate this fake document.My press secretary has lodged a report with the authorities, she said.The denial followed the circulation of a document purportedly linked to Najibs house arrest order, bearing a signature attributed to Yeoh and an image purportedly showing a royal seal.Her press secretary Ahmad Fazli Mohd Yadi also denied that the signature was the ministers official signature and said a report had been lodged with the authorities.A meeting of the Federal Territories Pardons Board was scheduled for today following the deferment of Najibs pardon application at its Sept 11 meeting.Yeoh and Attorney General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar were reported to have arrived at Istana Negara by 7.55am ahead of the meeting. |
|
Yeoh, AG gerak keluar istana: Alhamdulillah, kata SU Agung Umno - Mkini - 18/09 10:30 am Mesyuarat hari ini menjadi perhatian ramai kerana dikatakan turut membincangkan permohonan pengampunan Najib. |
|
Hannah Yeoh, Razarudin tinggalkan Istana Negara selepas 2 jam mesyuarat Lembaga Pengampunan - Sinarharian - 18/09 10:20 am KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilihat meninggalkan Istana Negara sekitar jam 9.40 pagi, hari ini.Kedua-duanya sebelum ini dilihat memasuki pekarangan Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang berlangsung pagi ini.Kenderaan membawa Hannah tiba sekitar jam 7.48 pagi, manakala Razarudin turut dilihat memasuki pekarangan Istana Negara sebelum mesyuarat bermula.Turut hadir ialah Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang merupakan antara anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.Mesyuarat hari ini menjadi tumpuan susulan permohonan pengampunan terbaharu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Bagaimanapun, setakat jam 9.40 pagi, belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai keputusan mesyuarat berkenaan.Pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-63 pada 11 September lalu, pertimbangan terhadap permohonan Najib ditangguhkan ke mesyuarat akan datang.Dalam mesyuarat sama, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan kepada 65 banduan lain |
|
Officials depart as FT Pardons Board meeting concludes at Istana Negara - Malaymail - 18/09 10:14 am KUALA LUMPUR, Sept 18 Vehicles carrying Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Ha... |
|
Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan di rumah untuk Najib - Sinarharian - 18/09 9:56 am PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menafikan pernah menandatangani perintah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang tular di media sosial.Hannah menerusi hantaran di media sosial pada awal pagi Jumaat turut menegaskan Lembaga Pengampunan masih belum bersidang, selain meminta orang ramai tidak menyebarkan dokumen berkenaan yang didakwanya palsu."Saya tidak pernah menandatangani perintah tahanan rumah seperti yang sedang tular di media sosial."Lembaga Pengampunan masih belum bersidang.Tolong jangan sebarkan dokumen palsu ini."Setiausaha Akhbar saya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya.Penafian itu dibuat selepas satu dokumen yang didakwa berkaitan perintah tahanan rumah Najib tersebar di media sosial, termasuk memaparkan tandatangan yang dikaitkan dengan Hannah serta imej yang didakwa sebagai mohor diraja.Terdshulu, Setiausaha Akhbar Hannah, Ahmad Fazli Mohd Yadi turut menafikan tandatangan pada dokumen terbabit merupakan tandatangan rasmi menteri berkenaan dan memaklumkan tindakan laporan kepada pihak berkuasa.Perkembangan itu berlaku ketika Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dijadual berlangsung hari ini susulan pertimbangan permohonan pengampunan Najib yang ditangguhkan pada mesyuarat 11 September lalu.Setakat laporan 7.55 pagi, Hannah dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan telah tiba di Istana Negara menjelang mesyuarat berkenaanTAMAT |
|
Pardons Board meeting: Hannah Yeoh, Attorney-General arrive at Istana Negara - Sinardaily - 18/09 9:50 am KUALA LUMPUR A vehicle believed to be carrying the Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories), Hannah Yeoh, was seen entering the grounds of Istana Negara at 7.48am today.Shortly after, a vehicle believed to be carrying attorney-general Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar was also seen entering the grounds of Istana Negara.Their arrival comes ahead of the Federal Territories Pardons Board meeting scheduled for this morning.Hannah and Mohd Dusuki are among the members of the Federal Territories Pardons Board, which is chaired by the Yang di-Pertuan Agong.Under Article 42 of the Federal Constitution, the Pardons Board for the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya also comprises not more than three other members appointed by the Yang di-Pertuan Agong.Today's meeting is drawing attention following consideration of the pardon application by former prime minister Datuk Seri Najib Razak, which was deferred from the 63rd Federal Territories Pardons Board meeting on Sep 11 to an upcoming meeting.At the same meeting, the Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim also granted pardons to 65 other inmates.Last night, Hannah denied that her signature appeared on a document circulating online related to the issue of Najib's house arrest.As of this morning, there has been no official announcement on the outcome of today's Pardons Board meeting |
|
Mesyuarat Lembaga Pengampunan: Hannah Yeoh, Peguam Negara tiba di Istana Negara - Sinarharian - 18/09 9:08 am KUALA LUMPUR - Kenderaan dipercayai membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada jam 7.48 pagi, hari ini.Tidak lama kemudian, kenderaan dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, turut dilihat memasuki pekarangan Istana Negara.Ketibaan mereka menjelang Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dijadual berlangsung pagi ini.Hannah dan Mohd Dusuki merupakan antara anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya turut dianggotai tidak lebih tiga anggota lain yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.Mesyuarat hari ini mendapat perhatian susulan pertimbangan terhadap permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditangguhkan pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-63 pada 11 September lalu ke mesyuarat akan datang.Dalam mesyuarat sama, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan memberikan pengampunan kepada 65 banduan lain.Malam tadi, Hannah turut menafikan tandatangannya terdapat pada satu dokumen yang tular berkaitan isu tahanan rumah Najib.Setakat pagi ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai keputusan mesyuarat Lembaga Pengampunan hari ini |
|
FT Pardons Board convenes at Istana Negara amid talk of Najibs petition - Malaymail - 18/09 8:55 am KUALA LUMPUR, Sept 17 Federal Territories Minister Hannah Yeoh and Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mok... |
|
Warkah Rasulullah goncang Empayar Rom Timur - Utusan - 18/09 8:00 am Pengajian risalah klasik menerusi kitab Sahih Imam al-Bukhari membawa pembaca kepada pengakhiran menarik bagi bab pertama, Kaifa Kana Badul Wahyi (Bagaimana Permulaan Wahyu Diturunkan). Hadis ketujuh mengisahkan firasat ilmu falak serta pergolakan di istana Empayar Byzantium (Rom Timur) selepas Heraklius menerima warkah dakwah daripada Rasulullah SAW |
|
Isu Istana N.9: Megat gesa kemelut diselesaikan ikut undang-undang - Mygazette - 18/09 8:00 am # Isu Istana N.9: Megat gesa kemelut diselesaikan ikut undang-undang SEPANG - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijangka pulang ke Negeri Sembilan malam ini bagi melihat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu mengikut undang-undang |
|
Isu Istana N.9: MMKN tiada kuasa, pengumuman tiada kesan di sisi .. - Mygazette - 18/09 8:00 am # Isu Istana N.9: MMKN tiada kuasa, pengumuman tiada kesan di sisi undang-undang KUALA LUMPUR - Pengumuman ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), 15 September lalu berhubung kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang |
|
Saya mahu selesaikan masalah ini ??? Tuanku Muhriz Saya mahu selesaikan .. - Mygazette - 18/09 8:00 am SEPANG Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu isu yang membelenggu institusi diraja di negeri itu segera diselesaikan. Baginda yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari London, England jam 10.40 malam tadi akan terus berangkat pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan, malam ini juga |
|
The Straits Times lapor Lembaga Pengampunan bersidang semula pada Jumaat - Sinarharian - 18/09 12:43 am SHAH ALAM - Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibincangkan semula oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 18 September, hanya seminggu selepas perkara itu ditangguhkan.Menurut laporan The Straits Times, mesyuarat berkenaan akan diadakan semula dengan hanya satu perkara dalam agenda, iaitu permohonan pengampunan Najib.Sumber rasmi yang dipetik akhbar itu memberitahu, mesyuarat berkenaan sebagai sesuatu yang luar biasa kerana penjadualan sesi sedemikian lazimnya merupakan prerogatif cabang eksekutif."Ini langkah yang sangat jarang berlaku. Secara tiba-tiba, Lembaga Pengampunan akan mengadakan satu lagi mesyuarat dengan hanya satu perkara dalam agenda."Saya fikir ada semacam campur tangan," katanya pada Khamis.Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak dinamakan atas faktor sensitiviti perkara tersebut.Pada minggu lepas, media melaporkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat.Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-64 menjadi tumpuan ramai susulan permohonan pengampunan Najib yang sebelum ini menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam proses pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan.Najib,73, sebelum ini telah memohon pengampunan diraja selepas disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara dalam kes SRC International. |
|
'Terima kasih atas sokongan kuat' - Tuanku Muhriz - Sinarharian - 17/09 11:58 pm SEPANG - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan penghargaan atas sokongan yang diberikan kepadanya susulan kemelut yang berlaku membabitkan kedudukan baginda.Baginda turut menyatakan hasrat untuk kembali ke istana dan menyelesaikan kemelut yang berlaku itu."Terima kasih atas sokongan yang kuat |
|
Tuanku Muhriz pulang ke istana, mahu selesai kemelut - FMT - 17/09 11:35 pm Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berkata baginda akan kembali ke istana bagi menyelesaikan kemelut berhubung kedudukannya. |
|
Tuanku Muhriz pulang ke istana, mahu selesai kemelut - Hotfm - 17/09 11:35 pm Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berkata baginda akan kembali ke istana bagi menyelesaikan kemelut berhubung kedudukannya. |
|
'Terima kasih atas sokongan yang kuat. Saya akan balik istana, mana lagi .. - Hmetro - 17/09 10:57 pm Sepang: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan penghargaan atas sokongan diberikan kepada baginda susulan kemelut politik yang berlaku di negeri berkenaan |
|
Baru seminggu ditangguh, permohonan Najib dilapor dibuka semula esok - Wrlr - 17/09 9:20 pm Bagaimanapun, pandangan sumber itu mengenai sebab mesyuarat berkenaan diadakan belum disahkan secara rasmi. Setakat laporan ST diterbitkan petang ini, Istana Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan belum memberikan maklum balas terhadap permintaan komen media berhubung mesyuarat tersebut |
|
Tiada pengampunan Najib dijadualkan minggu ini – Sumber - Mygazette - 17/09 8:05 am Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya itu kemudian memutuskan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang. Keputusan itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri selepas mesyuarat berkenaan berlangsung di Istana Negara pada 11 September lalu |
|
Proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sah, berkuat kuasa ??? Kerajaan .. - Mygazette - 17/09 8:05 am Salinan dokumen yang didakwa ditandatangani Ismail pada 3 Ogos kemudian didedahkan kepada media. Bekas Undang Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad mendakwa dokumen itu ditandatangani dalam pertemuan di Istana Laguna Biru, Port Dickson |
|
Keretapi Sarong 2026 brings Malaysians together in traditional attire - Sinardaily - 16/09 6:12 pm KUALA LUMPUR - The Keretapi Sarong 2026 (KS26) programme held nationwide today drew tens of thousands of Malaysians dressed in traditional attire, strengthening local cultural heritage and fostering unity in conjunction with the Malaysia Day celebrations.In KUALA LUMPUR, the 10th edition of KS26, centred at Raintree Plaza, TRX, saw a vibrant gathering of around 25,000 participants.LOCCO co-founder Shamsul Bahrin Zainuzzaman said after a decade, the programme had evolved into a platform for community unity and was no longer merely an event involving people travelling on public transport dressed in sarongs.One of this years new initiatives was the Womens Station at Titiwangsa MRT station, providing a more comfortable and inclusive space for women."Many have said that they would like to join, but they are a little introverted and less comfortable in very large crowds. So, we thought about how we could provide a space for these women to create, contribute and celebrate Malaysia Day together, he said.He said the community-based approach was also celebrated through Joget Sarong on the main stage as a token of appreciation to all sarong wearers after a decade of celebrating Malaysia Day together.The event in the capital was made even more memorable by the surprise appearance of Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin and live performances by Aina Abdul and Didie Shazry.In PENANG, more than 15,000 visitors thronged the Penang Ferry Museum grounds to take part in Keretapi Sarong George Town 2026.Penang Ferry Museum director Abdul Hadi Abu Osman said the programme, held from 8 am to 11 pm, brought together people of various races dressed elegantly in traditional attire such as kebaya, cheongsam, hanfu, sari, as well as ethnic costumes from Sabah and Sarawak."The programme provides an excellent platform for people to come together and celebrate the spirit of Malaysia Day in an atmosphere of goodwill and harmony, he said.In KELANTAN, more than 500 participants boarded Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) train at the Tanah Merah, Pasir Mas and Tumpat stations to take part in the Pasar Che Siti x Keretapi Sarong 2026 programme.Kotak Seni marketing and communications officer Lupin, 29, said participants this year came dressed in bolder styles with vibrant touches of colour while retaining the concept of wearing sarongs."The fourth edition in Kelantan this year was livelier, with more than 2,000 visitors, and featured cultural performances including mak yong."The programme, which runs until Sept 19, also has sales booths offering various handicrafts, food and souvenirs for visitors, she said, adding that the programme was attended by people of various races in Kelantan, including the Indian, Chinese and Siamese minorities.In MELAKA, about 3,000 participants from various communities, including the Baba Nyonya, Chetti and Portuguese communities, gathered as early as 7 am at Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka before embarking on a two-kilometre procession through A Famosa, ending at Menara Taming Sari.Various activities were held in conjunction with the programme, including cultural performances, the Jalur Gemilang creative attire competition, joget lambak, a corporate social responsibility (CSR) programme with an environmental club, as well as a special performance by ethnic pop music singer Noraniza Idris.In PERAK, the fifth edition of KS26 organised by Ipoh Social Club brought together about 2,000 participants at the Ipoh Railway Station.Ipoh Social Club founder Deena Erissa Delaila Mohd Zawawi said the programme began with joget lambak and traditional games before participants were taken to visit historical sites around Ipoh Old Town."Participants were taken to several interesting locations around Ipoh Old Town, including Arlene House Museum, Ho Yan Hor Museum and Hourglass Coffee, she said |
|
Keretapi Sarong 2026 meriahkan sambutan Hari Malaysia di seluruh negara - Sinarharian - 16/09 4:05 pm KUALA LUMPUR - Program Keretapi Sarong 2026 (KS26) yang berlangsung di seluruh negara pada Rabu dimeriahkan dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Malaysia yang menggayakan pakaian tradisional, sekali gus memperkasakan warisan budaya tempatan serta memupuk semangat perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia.Di KUALA LUMPUR,sambutan KS26 edisi ke-10 yang berpusat di Raintree Plaza, TRX menyaksikan perhimpunan meriah sehingga 25,000 peserta.Pengasas Bersama LOCCO, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, selepas sedekad, program itu berkembang sebagai wadah perpaduan komuniti dan bukan lagi sekadar acara menaiki pengangkutan awam berbusana sarung.Antara pendekatan baharu yang diterjemahkan ialah penawaran Stesen Wanita di MRT Titiwangsa bagi memberi ruang yang lebih selesa dan inklusif."Ramai yang cakap, kami juga mahu sertai tetapi kami ini sedikit introvert dan kurang selesa dengan pengunjung yang terlalu ramai. Jadi, kami fikir, bagaimana kami mahu memberi ruang kepada wanita-wanita ini untuk sama-sama mencipta, sama-sama menyumbang dan sama-sama meraikan Hari Malaysia," katanya.Beliau berkata, pendekatan berasaskan komuniti itu turut diraikan menerusi Joget Sarong di pentas utama sebagai hadiah dan penghargaan kepada seluruh pemakai sarung selepas sedekad bersama-sama meraikan Hari Malaysia dalam semangat perpaduan.Acara di ibu negara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai kejutan utama, di samping persembahan secara langsung daripada Aina Abdul dan Didie Shazry.Di PULAU PINANG, lebih 15,000 pengunjung membanjiri pekarangan Muzium Feri Pulau Pinang bagi menjayakan Keretapi Sarong George Town 2026.Pengarah Muzium Feri Pulau Pinang, Abdul Hadi Abu Osman berkata, program dari 8 pagi hingga 11 malam itu menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum yang anggun berbusana tradisional seperti kebaya, cheongsam, hanfu, sari, serta pakaian etnik Sabah dan Sarawak."Program ini menyediakan ruang terbaik untuk orang ramai berkumpul dan meraikan semangat Hari Malaysia dalam suasana penuh muhibah,"katanya.Di KELANTAN, lebih 500 peserta menaiki perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di stesen Tanah Merah, Pasir Mas, dan Tumpat bagi memeriahkan program Pasar Che Siti x Keretapi Sarong 2026.Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Kotak Seni Lupin, 29, memaklumkan peserta tahun ini tampil dengan gaya lebih berani dengan sentuhan pelbagai warna menarik, namun masih mengekalkan konsep pemakaian sarung."Sambutan kali keempat di Kelantan tahun ini lebih meriah dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung, selain diserikan dengan persembahan kebudayaan termasuk Mak Yong."Program yang berlangsung sehingga 19 September ini juga menyediakan reruai jualan pelbagai produk kraf tangan, makanan dan cenderamata kenangan buat pengunjung,"katanya, sambil memberitahu program itu disertai pelbagai kaum di Kelantan, termasuk minoriti Siam, India dan Cina.Di MELAKA, kira-kira 3,000 peserta pelbagai kaum termasuk Baba Nyonya, Chettidan Portugis berkumpul seawal 7 pagi di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka sebelum berarak sejauh dua kilometer melalui A Famosa dan berakhir di Menara Taming Sari.Pelbagai pengisian menarik diadakan bersempena dengan program itu, antaranya persembahan kebudayaan, pertandingan busana kreatif Jalur Gemilang, joget lambak, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Kelab Alam Sekitar, selain persembahan khas Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris.Di PERAK, penganjuran tahun kelima KS26 oleh Ipoh Social Club menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta di Stesen Keretapi Ipoh.Pengasas Ipoh Social Club, Deena Erissa Delaila Mohd Zawawi berkata program bermula dengan acara joget lambak dan permainan tradisional sebelum peserta dibawa mengunjungi lokasi bersejarah sekitar Pekan Lama Ipoh, antaranya Arlene House Museum, Ho Yan Hor Museum dan Hourglass Coffee |
|
Tiada lagi bermain golf jam 2 petang ??? Ketua Hakim Negara - Mygazette - 16/09 7:58 am Tiada lagi bermain golf jam 2 petang pada hari bekerja, katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan utama pada Majlis Memperingati Mantan-Mantan Ketua Hakim Negara dan Mantan Hakim Besar Malaya di Mahkamah Persekutuan 1, Istana Kehakiman, di sini hari ini |
|
Empat tokoh tinggalkan legasi besar kepada kehakiman negara - Mygazette - 15/09 2:47 pm Mereka ialah bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Mohd Eusoff Chin, Allahyarham Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad, serta mantan Hakim Besar Malaya, Allahyarhamah Tan Sri Siti Norma Yaakob. Penghormatan itu dizahirkan menerusi Majlis Memperingati Mantan-Mantan Ketua Hakim Negara dan Mantan Hakim Besar Malaya yang berlangsung di Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan 1, Istana Kehakiman, di sini hari ini |
|
Pengampunan Najib: Jangan tanya saya, tanya Hannah Yeoh – Azalina - Mygazette - 15/09 2:47 pm Sebelum ini, media melaporkan permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak. Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat lalu |
|
UMNO kau jangan derhaka!. - Wrlr - 15/09 12:55 am Turun dan tabal Raja dibuat di resort semata. Apa fungsi pegawai tertinggi Kerajaan dan pegawai protokol Istana? Nescaya, caca-merba ini kalau tidak ditolak, akan terjadi lagi di hari muka |
|
Penangguhan pengampunan Najib dibuat berdasarkan lunas hukum, Perlembagaan .. - Mygazette - 15/09 7:35 am Jumaat lepas, Sultan Ibrahim memberi perkenan agar permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak. Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berlangsung di Istana Negara pada 11 Sept |
|
48 sekolah rebut Piala Jubli Perak Sultan Selangor, cungkil bakat muda bola sepak - Sinarharian - 14/09 3:27 pm SEBANYAK 48 pasukan sekolah bawah 15 tahun dari seluruh Selangor bakal bersaing dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Jubli Perak Sultan Selangor bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 Tahun pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, kejohanan berkenaan bukan sekadar medan persaingan, malah menjadi platform untuk mengenal pasti bakat muda dalam pembangunan bola sepak negeri."Dari satu sudut ini adalah pertandingan dan juga masa depan bola sepak Selangor."Bakat memang banyak dan kita mahu melihat pemain terbaik untuk diserap seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan sebagainya," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Jubli Perak Sultan Selangor Tahun 2026 bernilai RM500,000 di Dewan Karangkraf di sini pada Isnin.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan, Datuk Emran Kadir; Pengarah Pendidikan negeri, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim; Pengurus Besar Korporat Syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Mohammad Nizam Yaacob; Ketua Bahagian Pembangunan Sukan MILO, Lim Ker Win serta Pengasas dan Pengerusi Bersama Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.Menurut Ahmad Fadzli, usaha pembangunan sukan negeri perlu dilihat secara lebih menyeluruh termasuk aspek kemudahan sukan, ekosistem pembangunan atlet dan sokongan perubatan dalam kalangan pemain muda."Kita perlu lihat bagaimana kita boleh bantu lagi, fokus kerja itu memang ada, cuma bagaimana kita mahu menambah baik agenda sukan dan pada masa sama membangunkan kemudahan serta ekosistem sukan."Kita juga perlu fikir hala tuju dan langkah seterusnya supaya sokongan kepada pembangunan sukan negeri menjadi lebih baik," katanya lagi.Pada masa sama, beliau mengingatkan pelajar, guru dan penyokong supaya tidak keterlaluan dalam menunjukkan sokongan selain berharap kemeriahan kejohanan berlangsung dalam keadaan terkawal.Sementara itu, Emran berkata, Piala Jubli Perak merupakan satu piala khas yang akan disumbangkan oleh Sultan Sharafuddin."Selepas pertandingan akhir, juara akan dibenarkan simpan di sekolah dalam tempoh tertentu sebelum diletakkan di Galeri Bola Sepak Selangor di Istana Alam Shah, Klang."Piala iringan yang kita disediakan juga sama bentuk dengan Piala Jubli Perak akan disimpan oleh pasukan yang menjadi juara," ujarnya.Tambah beliau, kejohanan edisi khas yang menggunakan format seperti Piala Dunia itu menawarkan hadiah wang tunai RM12,000 kepada juara, RM9,000 bagi naib juara, manakala pasukan tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima RM7,000 dan RM5,000.Kejohanan itu dijadual bermula 22 September, dengan perlawanan peringkat kumpulan berlangsung di 12 venue di seluruh SelangorBaginda dijangka berangkat menyaksikan perlawanan pada grand finale yang dijadual berlangsung pada 31 Oktober di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). |
|
Pas questions Najib pardon postponement, calls for government explanation - Sinardaily - 14/09 1:57 pm SHAH ALAM Pas has questioned the postponement of former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razaks pardon application to a future Pardons Board meeting, saying it may have resulted from instructions or objections from certain parties.Pas secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said the government should explain the matter to the public as it involved an issue of public interest.The postponement of Najibs application before the Pardons Board did not happen on its own. There must have been instructions or objections from someone, whether a member of the Pardons Board or another interested party.Therefore, Pas calls on the government to explain the matter to the public as soon as possible, as this is an issue of public interest that the people have a right to know about, he said in a statement on Monday.Sinar Harian previously reported that Najibs pardon application had been postponed to a future Pardons Board meeting.The decision was made during the 63rd Pardons Board meeting for Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, held at Istana Negara on Friday.The Prime Ministers Departments Legal Affairs Division (BHEUU) said in a statement that Sultan Ibrahim had consented to the postponement of Najibs pardon application.Takiyuddin said Pass position was based on BHEUUs statement issued last Friday at the 63rd Pardons Board meeting, which was chaired by Sultan Ibrahim.The statement said His Majesty had consented to the former Prime Ministers pardon application being postponed to another Pardons Board meeting to be held at a later date, he said. |
|
Pas persoal penangguhan pengampunan Najib, dakwa mungkin ada arahan atau bantahan - Sinarharian - 14/09 12:29 am SHAH ALAM - Pas beranggapan penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang tidak berlaku secara sendiri.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia melainkan ada arahan atau bantahan daripada mana-mana pihak sama ada ahli-ahli Lembaga Pengampunan atau pihak ketiga lain yang berkepentingan.Justeru, beliau berkata, kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai perkara terbabit bagi memastikan isu berkepentingan awam itu dapat difahami."Pas beranggapan penangguhan permohonan Najib di hadapan Mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan terdapat arahan dan atau bantahan daripada mana-mana pihak, sama ada dalam kalangan ahli Lembaga Pengampunan atau pihak ketiga yang berkepentingan."Justeru, Pas menuntut pihak kerajaan dengan segera menjelaskan perkara ini kepada umum kerana ia adalah suatu isu berkepentingan awam yang tidak wajar dihalang dari pengetahuan rakyat jelata," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dalam kenyataannya memaklumkan, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan.Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, pandangan terbabit disuarakan berdasarkan kenyataan media BHEUU pada Jumaat lepas berhubung Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 yang dipengerusikan Sultan Ibrahim."Dalam kenyataan tersebut dinyatakan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan supaya permohonan pengampunan mantan Perdana Menteri ditangguhkan ke suatu Mesyuarat Lembaga Pengampunan lain yang akan diadakan kelak," ujarnya lagi. |
|
Dari segi adat Yamtuan Besar Tuanku Muhriz masih raja - Denyutreformasi - 13/09 8:55 am Manakala Hassan Ab Hamid telah dizahirkan sebagai Undang Luak Rembau ke-22 pada Jun 2026 berikutan adat istiadat yang sah di negeri tersebut. Beliau bersama-sama Undang Sungai Ujong telah menegaskan pendirian rasmi Luak masing-masing berkaitan hal ehwal istana dan adat di Negeri Sembilan termasuklah kedudukan Yamtuan Besar Negeri Sembilan |
|
UMNO mohon pengampunan penuh kepada Najib - Sinarharian - 12/09 8:06 pm KUALA LUMPUR - UMNO memohon pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan kelak.Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu bagaimanapun akan terus menghormati proses ditetapkan."Namun, dengan penuh takzim, UMNO terus menaruh harapan agar pada mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang, permohonan Najib akan dipertimbangkan sebaik-baiknya."UMNO menjunjung kasih serta menghormati sepenuhnya proses dan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan berkaitan pengampunan."Dengan segala kerendahan hati, kami, Perhimpunan Agung UMNO yang bersidang, melafaz sembah memohon limpah ihsan dan perkenan Tuanku agar, sekiranya diberikan, dipertimbangkan pengampunan sepenuhnya kepada Najib," katanya.Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat. |
|
Penutupan Jalan Syed Putra, persimpangan Jalan Istana mulai 14 Sept. - Mygazette - 12/09 3:24 pm # Penutupan Jalan Syed Putra, persimpangan Jalan Istana mulai 14 Sept |
|
Jalan Syed Putra-Jalan Istana intersection to close in stages from Sept 14 - Malaymail - 12/09 11:18 am KUALA LUMPUR, Sept 12 A section of Jalan Syed Putra and Jalan Istana intersection here will be closed in stages... |
|
Penutupan sebahagian Jalan Syed Putra, persimpangan Jalan Istana bermula 14 Sept - NPE - Astroawani - 12/09 9:40 am Penutupan sebahagian jalan itu dan pengaktifan pengurusan trafik sementaraakan dilakukanmengikut jadual kerja pembinaan. |
|
Some people complain before the decision is even announced Dr Akmal swipes at pardon critics - Sinardaily - 11/09 5:02 pm SHAH ALAM Umno Youth remains calm despite the decision to defer former prime minister Datuk Seri Najib Razak's pardon application to a future Pardons Board meeting, said its chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.He took a swipe at those who continued questioning the matter, saying some had already begun complaining even though the decision had yet to be announced.Some people are already complaining even though the decision has not been announced yet.We are just relaxed even though the decision does not favour us, he said when responding to a social media user's question in the comments section of his Facebook page on Friday.In an earlier social media post, Dr Akmal said Umno Youth respected the decision of Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim to defer Najib's pardon application to the next meeting.He said the process must be fully respected without pressure, demands or political interference from any party.Umno Youth takes note of and expresses its gratitude for the decision of the 63rd Meeting of the Pardons Board for the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.Umno Youth will continue to uphold the legal and constitutional channels. We call on all parties to respect this process and not politicise the power of pardon under the Federal Constitution, he said.The Legal Affairs Division of the Prime Minister's Department said Sultan Ibrahim had consented to Najib's pardon application being deferred to a future Pardons Board meeting.The decision was made during the 63rd Meeting of the Pardons Board for the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya at Istana Negara on Friday.The meeting had attracted widespread attention following Najib's pardon application, which had previously been among matters discussed in the pardon process involving the former prime minister.Najib, 73, had previously applied for a royal pardon after being convicted and sentenced to imprisonment in the SRC International case.On Jan 29, 2024, the Federal Territories Pardons Board announced that his prison sentence had been reduced from 12 years to six years, while his fine was reduced from RM210 million to RM50 million.The decision followed a meeting of the Federal Territories Pardons Board chaired at the time by the 16th Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. |
|
'Ada orang keputusan tak keluar lagi dah merentan' - Akmal Saleh - Sinarharian - 11/09 4:22 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir pihak yang berterusan mempersoalkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Hakikatnya, beliau berkata, parti kekal tenang meskipun keputusan tidak berpihak kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu."Ada orang keputusan tak keluar lagi dah merentan-rentan. Kami rileks jer walaupun keputusan tidak menyebelahi kami pun," katanya ketika menjawab pertanyaan pengguna media sodial di ruangan komen Facebooknya pada Jumaat.Dalam pada itu, Muhamad Akmal menerusi hantaran asal di media sosialnya berkata, Pemuda UMNO menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke mesyuarat yang akan datang.Menurutnya, proses berkenaan juga perlu dihormati sepenuhnya tanpa sebarang tekanan, desakan atau campur tangan politik daripada mana-mana pihak."Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengambil maklum dan menjunjung kasih atas keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya."Pemuda UMNO akan terus berpegang kepada saluran undang-undang dan Perlembagaan."Kami menyeru semua pihak agar menghormati proses ini dan tidak mempolitikkan kuasa pengampunan di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi hantaran di media sosial.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat.Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-63 menjadi tumpuan ramai susulan permohonan pengampunan Najib yang sebelum ini menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam proses pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan.Najib,73, sebelum ini telah memohon pengampunan diraja selepas disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara dalam kes SRC International.Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan keputusan bahawa hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Keputusan tersebut dibuat selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan ketika itu oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. |
|
Umno respects King's decision to defer Najib's pardon bid - Zahid - Sinardaily - 11/09 3:15 pm KUALA LUMPUR - Umno respects His Majesty Sultan Ibrahims decision to defer ruling on former Prime Minister Datuk Seri Najib Razaks pardon application, party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said.Zahid, who expressed sadness over the deferral, said Umno remained loyal to the King of Malaysia and would continue to uphold the institution of the Malay Rulers."We appeal to His Majesty to exercise his wisdom and royal prerogative in making the best decision, he told reporters after delivering his presidential policy speech at the Umno General Assembly 2026 here today.Earlier, a statement issued by the Legal Affairs Division (BHEUU) of the Prime Ministers Department after the 63rd Pardons Board Meeting for the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya at Istana Negara, stated that the King has consented to defer the decision on Najibs pardon application to a future meeting of the Pardons Board.The statement said that His Majesty also consented to the release of 65 prisoners, with all non-Malaysian prisoners granted release to be deported and repatriated to their countries of origin within six months of their release |
|
Raja of Perlis grants audience to deputy army chief - NST - 11/09 1:30 pm ARAU: The Raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail granted an audience to deputy army chief Lieutenant General Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad at the Balai Mengadap Hijau, Istana Arau yesterday. |
|
Pengampunan Diraja: Mesyuarat selesai bersidang, Hannah minta tunggu kenyataan rasmi - Sinarharian - 11/09 12:03 am KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh meninggalkan Istana Negara selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, pagi ini.Ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat, Hannah hanya meminta pihak media menunggu kenyataan rasmi.Hannah turut memberikan jawapan sama ketika ditanya sekiranya agenda membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan."Tunggu kenyataan rasmi, nanti akan ada kenyataan rasmi," katanya selepas meninggalkan Istana Negara jam 11 pagi hari ini.Nama bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjadi antara perkara yang mendapat perhatian susulan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis meletakkan harapan positif berhubung nasib Najib.Jelas Zahid, beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan berkait Najib kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menjelang Mesyuarat Lembaga Pengampunan hari ini.Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi bahawa perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.Perkembangan lanjut dijangka diketahui menerusi kenyataan rasmi Urus Setia Lembaga Pengampunan.Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan turut dianggotai Peguam Negara, Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan serta tiga anggota lain yang dilantik oleh Agong |
|
Najib's pardon bid postponed to next Pardons Board meeting - Sinardaily - 11/09 11:44 am PUTRAJAYA - Former prime minister Datuk Seri Najib Razak's pardon application has been postponed to the next meeting of the Pardons Board.The matter was decided at the 63rd Pardons Board meeting for the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, held at Istana Negara on Friday.The Legal Affairs Division of the Prime Minister's Department said in a statement that the Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim had consented to Najib's pardon application being postponed.At the meeting, His Majesty also consented to the release of 65 prisoners, with all non-Malaysian prisoners granted release to be deported and repatriated to their countries of origin within six months of their release."The Yang di-Pertuan Agong has also consented to Najib's pardon application being postponed to a meeting of the Pardons Board to be held later," it said.Istana Negara has been the focus of media attention since early this morning for developments surrounding the Pardons Board meeting, which was believed to involve Najib's application to serve the remainder of his prison sentence under house arrest.Najib, 73, had earlier applied for a royal pardon after being convicted and sentenced to prison in the SRC International case.On Jan 29, 2024, the Federal Territories Pardons Board announced its decision to reduce Najib's prison sentence from 12 years to six, while his fine was reduced from RM210 million to RM50 million.The former Pekan MP's case drew attention after Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said on Thursday that he hoped for a positive outcome regarding Najib's fate.Zahid said he had left the decision on Najib entirely to the wisdom of the Yang di-Pertuan Agong ahead of Friday's Pardons Board meeting.The Federal Territories Pardons Board is chaired by the Yang di-Pertuan Agong and also comprises the Attorney-General, the minister responsible for the Federal Territories and three other members appointed by the Agong.In 2020, Najib was sentenced to 12 years' jail and fined RM210 million after he was found guilty of all seven charges related to the misappropriation of RM42 million of SRC International funds.At its 61st meeting on Jan 29, 2024, the Pardons Board reduced the former Pekan MP's prison sentence to six years and his fine to RM50 million.On Dec 26 last year, the High Court sentenced Najib to 15 years in prison and fined him RM11.4 billion after finding him guilty of four counts of abuse of power and 21 counts of money laundering involving RM2.3 billion in 1Malaysia Development Berhad (1MDB) funds |
|
Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat akan datang - Sinarharian - 11/09 11:44 am PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan."Yang di-Pertuan Agong juga berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak," katanya.Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-64 menjadi tumpuan ramai susulan permohonan pengampunan Najib yang sebelum ini menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam proses pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan.Najib,73, sebelum ini telah memohon pengampunan diraja selepas disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara dalam kes SRC International.Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan keputusan bahawa hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Keputusan tersebut dibuat selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan ketika itu oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Kenyataan itu bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang bagi membincangkan semula permohonan pengampunan Najib.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan kekerapan atau tempoh tertentu bagi Lembaga Pengampunan untuk bermesyuarat, sebaliknya memperuntukkan bidang kuasa, keanggotaan serta tatacara lembaga berkenaan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara pengampunan bagi Wilayah Persekutuan.Kenyataan itu bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang bagi membincangkan semula permohonan pengampunan Najib.Berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, ia tidak menetapkan kekerapan atau tempoh tertentu bagi Lembaga Pengampunan untuk bermesyuarat, sebaliknya memperuntukkan bidang kuasa, keanggotaan serta tatacara lembaga berkenaan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara pengampunan bagi Wilayah Persekutuan. |
|
[TERKINI]: Pengampunan Diraja: Mesyuarat dipercayai sedang berlangsung di Istana Negara - Astroawani - 11/09 9:50 am Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memasuki Istana Negara pagi ini dipercayai bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan. |
|
Undang Yang Empat's lawyer denies MB was forced to sign proclamation - Sinardaily - 11/09 7:43 am SEREMBAN The lawyer representing the Undang Yang Empat, including the disputed Undang, has insisted there was no element of coercion against Menteri Besar Datuk Ismail Lasim in getting him to sign the proclamation document dismissing Tuanku Muhriz Tuanku Munawir as Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan on Aug 3.Mohd Khairul Azam Abdul Aziz said that before signing the document, Ismail had first been briefed on the need for him to sign it under Article 10(1)(b) of the Negeri Sembilan Laws of the Constitution 1959.He said the proceedings were also conducted in a relaxed atmosphere, with no pressure whatsoever placed on the Menteri Besar."On Aug 3, 2026, at around 8pm, all the Dato' Undang of Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau, Tunku Besar Tampin and Dato' Shahbandar Sungei Ujong, representing Dato' Klana Undang Luak Sungai Ujong, were present at Istana Laguna Biru, Port Dickson for a dinner with Tunku Nazruddin Tuanku Jaafar."Then at 10pm, the Menteri Besar arrived with his lawyer, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, after which the Dato'-Dato' Undang explained their decision to dismiss Tuanku Muhriz and briefed him on the proclamation instrument requiring his signature," he said at a press conference at the Tuanku Jaafar Royal Gallery to lay out the chronology of events that took place at Istana Laguna Biru on Aug 3.He said Ismail then indicated his agreement to sign the proclamation, which was also witnessed by his lawyer.Khairul therefore suggested it was possible other parties had pressured the Menteri Besar into claiming he had been forced to do so."We wish to state that the Menteri Besar acted to sign the proclamation voluntarily and without coercion, and in the presence of his own lawyer."His statement that he was forced to sign the proclamation is therefore an afterthought and nothing occurred that night that could point to any element of duress in his decision," he said.He added that under the law, coercion under Section 506 of the Penal Code involves threats to a person's life or threats of injury or loss of property.Khairul said the Menteri Besar therefore needed to prove such elements existed to the extent that he was forced to sign the proclamation.He also confirmed that the gathering was not attended by other Umno leaders, including Umno President Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Sinar previously reported that the palace crisis in Negeri Sembilan was expected to worsen after the Undang Yang Empat, including the disputed Undang, produced a document alleged to be the proclamation dismissing Tuanku Muhriz as Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, said to have been signed by Ismail.However, Ismail has claimed he was forced to sign the proclamation instrument dismissing Tuanku Muhriz.He said a police report on the matter had been lodged to allow the authorities to carry out further investigation.He said the proclamation instrument was signed without his consent and under duress."I lodged a police report at around 6pm on Sept 8 to allow investigations to be carried out by the authorities," he said. |
|
MB signed document to remove Tuanku Muhriz voluntarily, lawyer claims, recounts timeline - Mkini - 10/09 9:51 pm Khairul recounts meeting at Istana Laguna Biru last month. |
|
Peguam Undang Yang Empat nafi MB dipaksa tandatangan proklamasi - Sinarharian - 10/09 7:16 pm SEREMBAN Peguam yang mewakili Undang Yang Empat, termasuk Undang yang tidak diiktiraf, menegaskan bahawa tiada sebarang unsur paksaan terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim untuk menandatangani dokumen proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 3 Ogos lalu.Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, sebelum menandatangani dokumen tersebut, Ismail telah diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai keperluan beliau menandatanganinya menurut Perkara 10(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.Menurutnya, majlis berkenaan juga berlangsung dalam suasana santai, malah tiada sebarang tekanan terhadap Menteri Besar."Pada 3 Ogos 2026, kira-kira jam 8 malam, kesemua Dato Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau, Tunku Besar Tampin dan Dato Shahbandar Sungei Ujong yang mewakili Dato Klana Undang Luak Sungai Ujong telah hadir ke Istana Laguna Biru, Port Dickson untuk majlis makan malam bersama Tunku Nazruddin Tuanku Jaafar."Kemudian pada jam 10 malam, Menteri Besar tiba bersama peguam beliau, iaitu Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan kemudiannya Dato-Dato Undang telah menerangkan keputusan mereka memecat Tuanku Muhriz serta memberi penerangan mengenai instrumen proklamasi yang memerlukan tandatangan beliau," katanya dalam sidang media di Galeri Diraja Tuanku Jaafar bagi menerangkan kronologi kejadian yang berlaku di Istana Laguna Biru pada 3 Ogos lalu.Ujarnya, selepas itu Ismail telah menyatakan persetujuannya untuk menandatangani proklamasi terbabit yang turut disaksikan oleh peguam beliau.Justeru, Mohd Khairul berpendapat, kemungkinan terdapat pihak lain yang memaksa Menteri Besar berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah dipaksa berbuat demikian."Kami ingin menyatakan bahawa Menteri Besar telah bertindak menandatangani proklamasi berkenaan secara rela hati dan tanpa paksaan, malah dengan kehadiran peguam beliau sendiri."Oleh itu, kenyataan beliau bahawa dipaksa menandatangani proklamasi tersebut adalah satu pemikiran terkemudian (afterthought) dan tiada keadaan yang berlaku pada malam tersebut yang mendorong ke arah wujudnya elemen paksaan untuk beliau membuat keputusan," katanya.Selain itu jelasnya, di bawah undang- undang, unsur paksaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan ialah paksaan yang melibatkan ancaman terhadap nyawa seseorang, ugutan kecederaan atau kehilangan harta benda.Justeru, kata Mohd Khairul Azam, Menteri Besar perlu membuktikan adanya unsur-unsur tersebut sehingga beliau terpaksa menandatangani proklamasi terbabit.Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa majlis tersebut tidak dihadiri oleh pemimpin UMNO lain termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan krisis istana di Negeri Sembilan dijangka lebih meruncing apabila Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai menunjukkan dokumen didakwa proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dikatakan telah ditandatangani oleh Ismail.Bagaimanapun, Ismail mendakwa beliau dipaksa menandatangani surat cara proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz.Beliau berkata, laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.Menurutnya, surat cara proklamasi berkenaan ditandatangani tanpa kerelaannya dan dalam keadaan paksaan (duress)."Saya telah membuat laporan polis sekitar jam 6 petang pada 8 September bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya. |
|
'Penjara bagi saya tempat yang teruk, sangat kotor, ganas dan hina' - Yasin Sulaiman - Sinarharian - 10/09 4:49 pm Sampai di lokap, saya hanya mampu berbaring kerana tidak mampu mengawal tekanan perasaan."Penjara bagi saya adalah tempat yang teruk, sangat kotor, ganas dan hina."Jadi, nasihat saya, janganlah masuk penjara kerana tempat itu paling tidak menyeronokkan," katanya ketika ditemui pada tayangan teater muzikal Mansur dan Liu arahan Datuk M. Nasir di Istana Budaya, malam tadi.Kini kembali menghirup udara kebebasan, penyanyi berusia 51 tahun itu bersyukur kerana episod berkenaan sudah berakhir dan menganggap peluang kedua yang diterimanya sebagai ruang untuk kembali ke pangkuan keluarga serta meneruskan kerjaya seni.Tidak mahu melupakan pengalaman itu, Yasin mengabadikan episod tersebut dalam autobiografi setebal 400 muka surat yang turut memuatkan perjalanan hidupnya, termasuk pengalaman berdepan isu kesihatan mental dan gangguan bipolar."Seminggu ini berlalu terlalu pantas kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan keluarga dan studio saya."Saya dibebaskan susulan Perintah Pembebasan yang ditandatangani Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan."Sepanjang berada dalam tahanan, saya banyak menghasilkan lagu baharu dan telah pun menyiapkan sebuah buku autobiografi 400 muka surat yang kini dalam fasa akhir pemilihan foto sebelum diterbitkan secepat mungkin," katanya.Yasin berkata, autobiografi itu bukan sekadar berkongsi perjalanan hidupnya, tetapi turut diharapkan dapat memberi sokongan moral dan kesedaran kepada masyarakat, khususnya mereka yang berdepan masalah kesihatan mental."Saya mahu berkongsi kisah ini kerana ramai yang berdepan gangguan mental mula berasa hilang harapan apabila didiagnosis."Saya mahu menyampaikan mesej bahawa masih ada sinar harapan untuk pulih dan kembali membina kehidupan sekiranya mendapat rawatan yang betul," katanya.Dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu selepas dibebaskan, Yasin turut memberi perhatian terhadap kesihatannya dengan mematuhi dua syarat utama yang ditetapkan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, iaitu mengambil ubat secara berterusan sepanjang hayat dan tidak lagi terlibat dengan ganja.Pada masa sama, keterujaannya untuk kembali ke dunia seni jelas terpancar apabila tayangan teater muzikal berkenaan menjadi antara peluang dia bertemu semula dengan rakan-rakan artis selepas sekian lama.Mahkamah Rayuan pada April tahun lepas melepas dan membebaskan Yasin serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga mendapat perkenan Sultan Selangor.Keputusan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan terhadap Yasin selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.- Bernama |
|
'Saya hilang harapan' - Yasin kongsi detik terendah dalam hidup di sebalik tirai besi - Sinarharian - 10/09 12:55 am Itu sahaja yang boleh saya katakan," ujarnya ketika ditemui media pada pementasan teater muzikal Mansur dan Liu karya dan arahan Datuk M. Nasir di Istana Budayadi sinimalam tadi.Ia merupakan kemunculan awam pertama Yasin sejak dibebaskan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak pada 2 September lalu |
|
Agong kurnia surat cara pelantikan dua hakim - Sinarharian - 10/09 11:37 am KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada dua hakim di Istana Negara di sini.Istiadat yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan kepada Hakim Mahkamah Rayuan, Alice Loke Yee Ching diikuti Hakim Mahkamah Tinggi, Elaine Yap Chin Gaik.Istiadat itu dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.Alice Loke, 64, dilantik sebagai Peguam Kanan Persekutuan pada 2013 dan memegang jawatan itu hingga 2018, sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 10 Julai 2020.Beliau dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Jan 2023 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Kuasa-Kuasa Khas) pada 18 Ogos 2025.Sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Alice Loke pernah mengendalikan permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum yang didakwa membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Antara kes dikendalikan Alice Loke ketika berkhidmat sebagai Peguam Kanan Persekutuan ialah kes admiralti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi merampas kapal Equanimity yang didakwa dibina menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kes tuntutan kaum Sulu serta tuntutan difailkan terhadap Kerajaan Malaysia berhubung kes kehilangan pesawat MH 370.Sementara itu, Elaine Yap, 53, yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Sydney dan Diploma dalam Timbang Tara Antarabangsa daripada Chartered Institute of Arbitrators, dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Ogos 2024 sebelum memegang jawatan sama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Nov 2025.- Bernama |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |