| /// |
|
| Search : Ipta News | Page 1 |
|
KPT boleh beri penjelasan terperinci berhubung UEC – Timbalan Naib .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm # KPT boleh beri penjelasan terperinci berhubung UEC - Timbalan Naib Canselor UMT KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta memberi penjelasan terperinci berhubung keputusan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) |
|
Pintu IPTA dilonggarkan demi undi – Fadhli Shari - Mygazette - 15/05 3:06 pm KUALA LUMPUR - Pas mendakwa keputusan kerajaan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dibuat demi meraih undi |
|
UEC: Jangan gunakan nama aliran tahfiz untuk halalkan agenda lain .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm # UEC: Jangan gunakan nama aliran tahfiz untuk halalkan agenda lain - Sukri KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh berselindung di sebalik permainan persepsi dengan menggunakan aliran tahfiz untuk membenarkan pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) |
|
UEC: Keputusan politik yang salah, buka ‘pintu lebih besar’ .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm # UEC: Keputusan politik yang salah, buka 'pintu lebih besar' - Pakar KUALA LUMPUR Keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) disifatkan sebagai satu keputusan politik yang perlu dikaji semula kerana dibimbangi boleh menjejaskan dasar nasional |
|
UMNO sudah iktiraf UEC sejak 2018 – Amidi - Mygazette - 15/05 3:06 pm KUALA LUMPUR Isu panas berhubung peluang lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah dijadikan isu politik terutamanya Pas yang dilihat bersungguh-sungguh memainkan naratif kerajaan Madani tunduk kehendak DAP, kata Amidi Abdul Manan |
|
UEC: SPM tetap wajib, perlu lulus Sejarah dan BM -Zambry - Mygazette - 15/05 3:06 pm # UEC: SPM tetap wajib, perlu lulus Sejarah dan BM -Zambry PUTRAJAYA - Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan |
|
UEC: Kerajaan tak harus tunduk tekanan politik -Perkasa - Mygazette - 15/05 3:06 pm # UEC: Kerajaan tak harus tunduk tekanan politik -Perkasa KUALA LUMPUR Kerajaan diingatkan tidak menggunakan institusi tahfiz bagi mewajarkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk membuka laluan memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) |
|
Siswa Bersatu gesa KPT kaji semula kemasukan lepasan UEC ke IPTA Siswa .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm # Siswa Bersatu gesa KPT kaji semula kemasukan lepasan UEC ke IPTA KUALA LUMPUR Siswa Bersatu menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbang semula keputusan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) |
|
Tahfiz hanya alasan, hakikatnya UEC jadi fokus utama - Harakahdaily - 15/05 3:04 pm SHAH ALAM: Kerajaan tidak boleh berselindung di sebalik permainan persepsi dengan menggunakan aliran tahfiz sebagai alasan untuk membenarkan pelajar lepasan SPMC dan UEC mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) |
|
Pengiktirafan UEC dipersoal dalam dasar baharu KPT - Harakahdaily - 15/05 3:02 pm KUALA LUMPUR: Ketetapan baharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengenai laluan khas kepada pelajar lepasan tahfiz, sekolah swasta dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dilihat menimbulkan lebih banyak persoalan dalam kalangan masyarakat |
|
Keputusan benar lepasan UEC ke IPTA diputus Kabinet, kata PM - FMT - 15/05 2:48 pm Anwar Ibrahim berkata semua pelajar tanpa mengira aliran sekolah mesti memenuhi syarat asas lulus bahasa Melayu dan sejarah pada peringkat SPM. |
|
‘Jangan hanya tahu membangkang, ini akses pendidikan untuk rakyat’ - Kosmo - 15/05 2:40 pm KUALA LUMPUR Langkah memperluaskan akses kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada lepasan sistem pendidikan luar arus perdana termasuk sekolah tahfiz dan institusi bukan di bawah sistem pendidikan kerajaan perlu dipertahankan demi pendidikan rakyat Malaysia |
|
Jangan politikkan, UEC diiktiraf dengan syarat wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah - Mypress - 15/05 2:34 pm Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN Beberapa perincian berhubung pelaksanaan kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) masih diperhalusi kerajaan |
|
UEC: BM, Sejarah kekal jadi syarat wajib lulus untuk masuk IPTA - Harapandaily - 15/05 2:29 pm Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) |
|
Laluan ke IPTA: Kerajaan tak korban sistem pendidikan negara - FMT - 15/05 2:20 pm Menteri pendidikan tinggi berkata dasar pendidikan negara kekal tak berubah, dengan syarat utama melangkah masuk ke IPTA berasas SPM. |
|
IPTA entry pathways: Govt not compromising national education system - SUN - 15/05 2:03 pm The government's decision on admission pathways for non-national system students into IPTA does not weaken the national education policy, says Zambry. |
|
No compromise to national education system, Zambry says on IPTA entry pathways - FMT - 15/05 2:02 pm Higher education minister says the government's recent decision to open access is not about recognising other systems. |
|
Koleksi Idea Ucapan Selamat Hari Guru Yang Tak ‘Cringe’, Tapi Menyentuh Hati…Tersenyum Cikgu! - Siraplimau - 15/05 1:41 pm Sebenarnya, ucapan Selamat Hari Guru yang paling bermakna adalah ucapan yang datang terus dari hati, ringkas, tapi penuh dengan penghargaan. Baca juga: Lepasan Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian Di IPTA, KPT Buka Laluan Lebih Inklusif IDEA UCAPAN […] The post Koleksi Idea Ucapan Selamat Hari Guru Yang Tak Cringe, Tapi Menyentuh HatiTersenyum Cikgu! first appeared on SirapLimau.com . |
|
Hukum Sentuh Capybara Dalam Islam, Perlu Samak Ke Kalau Pegang Haiwan Comel ‘Babi Air’ Ini? - Siraplimau - 15/05 1:29 pm Timbul persoalan dalam kalangan umat Islam apakah hukum pegang capybara ini. Baca juga: Lepasan Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian Di IPTA, KPT Buka Laluan Lebih Inklusif […] The post Hukum Sentuh Capybara Dalam Islam, Perlu Samak Ke Kalau Pegang Haiwan Comel Babi Air Ini? first appeared on SirapLimau.com . |
|
Sejarah, Bahasa Melayu kekal syarat wajib ke IPTA - Zambry - Sinarharian - 15/05 1:25 pm PUTRAJAYA - Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia turut terpakai kepada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri semalam, yang mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) untuk mengikuti program pengajian di IPTA."SPM tetap wajib walaupun dia (pelajar) belajar aliran itu |
|
UEC: Demi penuhi tuntutan DAP - Harakahdaily - 15/05 12:46 am RAKYAT semakin kecewa melihat tindakan kerajaan Madani yang dilihat semakin berani mengetepikan asas jati diri kebangsaan demi memenuhi tuntutan politik kelompok tertentu. Keputusan membuka laluan kepada lepasan UEC memasuki IPTA bukan lagi dilihat sebagai isu pendidikan semata-mata, tetapi simbol bagaimana kerajaan hari ini sanggup menggadaikan prinsip asas negara yang telah dibina sejak merdeka |
|
'Tahfiz dijadikan wayang politik lindung isu UEC' - Mohamed Sukri - Sinarharian - 15/05 12:23 am SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendakwa pengumuman kerajaan mengenai peluang lepasan tahfiz memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hanyalah wayang politik persepsi bagi mengurangkan sensitiviti isu berkaitan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).Ketua Pemudanya, Mohamed Sukri Omar berkata, aliran tahfiz tidak pernah berdepan masalah besar untuk melanjutkan pengajian ke IPTA kerana pelajar tahfiz turut menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti pelajar lain.Menurutnya, ramai lepasan tahfiz sebelum ini berjaya menyambung pengajian ke IPTA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melalui saluran biasa serta menjadi profesional dalam pelbagai bidang."Jadi kenapa tiba-tiba perlu keluar kenyataan khas kononnya lepasan tahfiz kini berpeluang masuk ke IPTA?"Rakyat boleh membaca apa yang sedang berlaku |
|
UEC diterima di IPTA tidak sepatutnya dipolitikkan - Anwar - Sinarharian - 15/05 12:19 am SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Keputusan Kabinet membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sepatutnya dipolitikkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri."Dunia sekarang, semuanya nak kaitkan dengan politik |
|
Calon UEC wajib lulus BM, Sejarah - Mat Sabu - Sinarharian - 15/05 12:19 am KLANG - Calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu memenuhi syarat utama iaitu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, syarat itu ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membolehkan lepasan UEC mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.Menurutnya, calon UEC yang memenuhi syarat berkenaan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di universiti awam."Secara umumnya, bila calon UEC ambil mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu serta lulus, mereka boleh diterima masuk ke IPTA," katanya ketika ditemui selepas Peluncuran Tuaian Nanas di Projek Rintis Pintar Parlimen Kota Raja di sini pada Jumaat.Pada Rabu, media melaporkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makananberkata, bekalan beras negara berada dalam keadaan stabil sehingga penghujung tahun ini.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik kerana stok bekalan masih mencukupi."Bekalan beras berada dalam keadaan stabil buat masa ini sehingga hujung tahun ini, cuma jangan beli banyak-banyak, beli seperti biasa," tambah beliau. |
|
UEC tidak diiktiraf secara automatik, ikut syarat ketat IPTA Nurulhidayah - Sinarharian - 15/05 12:11 am SHAH ALAM - Isu berkaitan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sering dimanipulasi sehingga mengaitkan UMNO dengan tuduhan 'mengkhianati bangsa Melayu', sedangkan banyak pihak didakwa tidak memahami fakta sebenar serta proses penggubalan dasar kerajaan.Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, keputusan berkaitan kemasukan lepasan UEC ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan dibuat secara individu oleh mana-mana menteri, apatah lagi oleh UMNO semata-mata.Menurut beliau, semua keputusan dasar pendidikan negara perlu melalui proses kelulusan Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri dan dipersetujui secara kolektif oleh kerajaan."Walaupun Menteri Pengajian Tinggi datang daripada UMNO, segala keputusan dasar dibuat secara bersama dalam Kabinet," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.Dalam masa sama, beliau menegaskan, UEC masih tidak diiktiraf secara automatik untuk semua kemasukan ke IPTA.Jelasnya, syarat asas tetap dikenakan termasuk keperluan kredit Bahasa Melayu serta lulus mata pelajaran Sejarah, selain hanya program tertentu dibuka berdasarkan syarat merit universiti."Untuk kebanyakan program kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain, syarat akademik tetap ketat dan tertakluk kepada keputusan senat universiti," jelasnya lagi.Beliau turut menyifatkan naratif kononnya lepasan UEC kini bebas memasuki IPTA tanpa syarat sebagai tidak tepat dan bersifat manipulasi politik.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga membuka ruang kepada lepasan tahfiz serta aliran pendidikan lain untuk melanjutkan pengajian, yang menunjukkan pendekatan lebih inklusif tanpa mengetepikan identiti nasional."Jangan kerana kebencian politik, semua perkara dijadikan bahan membakar sentimen kaum dan memfitnah parti tertentu," katanya.Beliau turut mengingatkan bahawa setiap pihak perlu memahami struktur kerajaan sebelum membuat penilaian terhadap sesuatu isu dasar negara. |
|
Pelajar Aliran Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian IPTA, Ini Syaratnya - Lobakmerah - 15/05 11:55 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini bersetuju untuk membuka laluan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kepada pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan bagi mengikuti program pengajian tertentu |
|
Ahmad Fadhli dakwa kerajaan guna taktik silap mata sembunyi agenda UEC - Sinarharian - 15/05 11:49 am SHAH ALAM - Pas mendakwa pengumuman kerajaan mengenai peluang kemasukan lepasan tahfiz ke program tertentu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hanyalah satu taktik "silap mata" bagi mengaburi agenda sebenar berkaitan pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC).Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pengumuman menggabungkan kategori lepasan tahfiz dan UEC itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menghalalkan kemasukan pelajar UEC ke universiti awam secara halus.Beliau mempersoalkan mengapa kerajaan perlu mengeluarkan kenyataan khusus mengenai lepasan tahfiz sedangkan golongan berkenaan selama ini tidak pernah menghadapi masalah untuk menyambung pengajian ke IPTA mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Ahmad Fadhli menerusi hantaran di laman Facebooknya menegaskan, pelajar aliran tahfiz sedia ada sudah pun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti pelajar lain, sekali gus melayakkan mereka memasuki sistem pendidikan tinggi tanpa halangan."Sejak bila pula aliran tahfiz bermasalah untuk ke IPTA? Selama ini, mereka yang mengikuti aliran tahfiz menduduki SPM sama seperti pelajar lain, dan masuk ke IPTA/IPTS tanpa sebarang masalah."Kenapa perlu dikeluarkan kenyataan khusus sebut tentang lepasan tahfiz ini?"Akui sahajalah, kerajaan mahu umumkan untuk UEC sahaja sebenarnya |
|
Lepasan Tahfiz Dan UEC Kini Berpeluang Mohon Program Tertentu Di IPTA - Ohmedia - 15/05 11:36 am Lepasan tahfiz dan UEC kini boleh mohon program tertentu di IPTA menerusi sistem UPUOnline berdasarkan merit |
|
Penduduk Terdengar Jeritan Kuat, Budak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 5 PPR Masih Kritikal - Siraplimau - 15/05 10:43 am Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang jatuh flat dari tingkap tingkat lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Uda Utama, Johor Bahru, dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal. Baca juga: Lepasan Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian Di IPTA, KPT Buka Laluan Lebih Inklusif BUDAK LELAKI JATUH FLAT DARI TINGKAT 5 Kejadian menyayat hati […] The post Penduduk Terdengar Jeritan Kuat, Budak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 5 PPR Masih Kritikal first appeared on SirapLimau.com . |
|
GPMS Perak bantah pengiktirafan KPT terhadap UEC - Sinarharian - 15/05 9:41 am IPOH Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak membantah sebarang bentuk pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) termasuk langkah terbaharu kerajaan yang membuka ruang kemasukan lepasan sijil itu ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Pengerusinya, Faizal Haramaini berkata, walaupun keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu dilihat terhad kepada bidang seperti Pengajian Bahasa Cina dan Linguistik Cina ia dibimbangi menjadi titik permulaan kepada pengiktirafan lebih meluas pada masa depan.Menurutnya, dalam konteks dasar awam sesuatu kelonggaran yang diberikan secara terhad hari ini berpotensi menjadi asas kepada tuntutan lebih besar pada masa akan datang."Jika hari ini dibuka ruang untuk satu jurusan esok mungkin timbul desakan supaya ia diperluaskan kepada jurusan lain pula."Akhirnya sedikit demi sedikit garis pemisah antara sistem pendidikan kebangsaan dan sistem peperiksaan persendirian akan menjadi semakin kabur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Faizal berkata, sejak awal kewujudannya UEC merupakan peperiksaan persendirian bagi sekolah yang memilih berada di luar sistem pendidikan kebangsaan serta tidak tertakluk di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia.Katanya, sistem itu juga tidak dibina berasaskan kerangka pendidikan nasional dan tidak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama seperti yang termaktub dalam asas pendidikan negara."Justeru apabila IPTA mula membuka pintu kepada lepasan UEC walaupun secara terhad ia memberi isyarat bahawa negara mula menerima peperiksaan persendirian ke dalam institusi awam."Keadaan ini secara tidak langsung membuka ruang kepada proses normalisasi UEC," katanya yang juga Pengerusi Biro Pendidikan GPMS Gopeng.Tambah beliau, bantahan terhadap pengiktirafan UEC bukan bertujuan menafikan peluang pendidikan kepada pelajarnya kerana lepasan sijil itu telah lama mempunyai laluan ke universiti luar negara, kolej swasta serta sektor pekerjaan antarabangsa.Jelas Faizal, isu sebenar ialah mempertahankan prinsip Dasar Pendidikan Negara yang berteraskan sistem arus perdana melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).Dalam pada itu, beliau turut menggesa Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meneliti semula keputusan berkenaan kerana dikhuatiri memberi implikasi jangka panjang terhadap sistem pendidikan negara."Malaysia sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan sendiri yang dibina atas semangat Perlembagaan, Bahasa Kebangsaan dan identiti nasional."Atas rasa tanggungjawab terhadap masa depan negara, GPMS Perak kekal dengan pendirian menolak UEC secara total," katanya.Pada Rabu, media melaporakan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA |
|
Lepasan Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian Di IPTA, KPT Buka Laluan Lebih Inklusif - Siraplimau - 15/05 8:29 am Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa calon lepasan tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini berpeluang mengikuti program tertentu di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) |
|
Lepasan tahfiz, UEC dipertimbang masuk program pengajian tertentu di IPTA - Mygazette - 15/05 7:48 am # Lepasan tahfiz, UEC dipertimbang masuk program pengajian tertentu di IPTA KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membuka laluan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kepada pelajar lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) bagi mengikuti program pengajian tertentu |
|
Kerajaan Setuju Ketetapan Kemasukan Lepasan Luar Sistem Pendidikan Kebangsaan Ke IPTA - Siakapkeli - 14/05 11:24 pm Kerajaan Setuju Ketetapan Kemasukan Lepasan Luar Sistem Pendidikan Kebangsaan Ke IPTAPUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Kerajaan hari ini mempersetujui beberapa ket... |
|
Ini antara program di IPTA yang boleh dimohon lepasan tahfiz, SPMC/UEC - Harapandaily - 14/05 6:38 pm Calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) |
|
Keputusan UPU Lepasan SPM Keluar 22 Mei, Semakan Dibuka Tengah Hari - Lobakmerah - 7/05 4:41 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), IPTA dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi peringkat sijil, asasi dan diploma sesi akademik 2026/2027 akan diumumkan pada 22 Mei 2026 |
|
Keputusan lepasan SPM ke IPTA diumum 22 Mei ini – KPT - Mygazette - 7/05 4:18 pm # Keputusan lepasan SPM ke IPTA diumum 22 Mei ini - KPT KUALA LUMPUR Keputusan permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA); Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2026/2027 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan 22 Mei ini ((Jumaat) |
|
Keputusan Kemasukan Ke UA, IPTA & MARA BPT Boleh Disemak 22 Mei Ini - Siakapkeli - 7/05 2:33 pm Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA |
|
22 Mei keputusan permohonan ke UA, IPTA, Mara BPT - FMT - 7/05 12:13 am Kementerian Pendidikan Tinggi berkata tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian tak dibenarkan. |
|
Keputusan permohonan kemasukan ke UA, IPTA dan MARA BPT diumum 22 Mei - KPT - Sinarharian - 7/05 11:44 am PUTRAJAYA - Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Mei ini.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, keputusan bagi kemasukan peringkat sijil, asasi dan diploma Sesi Akademik 2026/2027 boleh disemak mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan hingga 5 petang 31 Mei 2026.Menurut kenyataan itu, keputusan boleh disemak secara dalam talian melalui pautan https://upu.mohe.gov.my; atau melalui aplikasi mobile UPUPocket pada telefon pintar; atau melalui aplikasi mobile MyGov."Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian UA, IPTA dan MARA BPT tidak dibenarkan."Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 23 hingga 31 Mei 2026 di laman web UA, IPTA dan MARA BPT, dan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada yang berjaya mulai 23 Mei ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan," menurut kenyataan itu.KPT memaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai jam 12 tengah hari pada 22 Mei hingga 5 petang, 31 Mei.Rayuan ke Kolej Komuniti pula boleh dihantar terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline."Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan," menurut kenyataan itu |
|
Elak Politikkan Isu Kemasukan Pelajar Ke IPTA Zambry - Wrlr - 26/04 4:36 pm Foto UPSI TANJONG MALIM, 26 Apr Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meminta segelintir pihak agar tidak perlu mempolitikkan isu kemasukan pelajar ke instisusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebagai modal kelangsungan politik sehingga menjejaskan peluang kepada mereka yang benar-benar layak |
|
Kemasukan IPTA berdasarkan merit, jangan lagi dipolitikkan - Zambry - Mkini - 26/04 3:34 pm Sebarang masalah yang timbul boleh dirujuk kepada bahagian Unit Pusat Universiti |
|
Pemandu bas lalok dipenjara 7 bulan denda RM8,000 - Sinarharian - 24/04 12:38 am ALOR GAJAH - Seorang pemandu bas ekspres yang videonya tular selepas memandu dalam keadaan khayal dan disahkan positif syabu dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan serta denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Jumaat selepas tertuduh mengaku bersalah memandu secara berbahaya.Tertuduh, Mohd Tamrin Ibrahim, 53, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu bas telah memandu kenderaan tersebut dengan cara berbahaya kepada orang awam.Perbuatan itu dilakukan di KM 196.1 (S), Lebuhraya PLUS berhampiran Persimpangan Ayer Keroh dalam daerah Alor Gajah, Melaka sekitar jam 3.50 pagi pada 15 April lalu.Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000.Di bawah seksyen sama, butir-butir sabitan hendaklah diendorskan pada mana-mana lesen memandu yang dipegang.Jika didapati bersalah, tertuduh juga akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan.Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Kamariah Md Yusof yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangkan pengakuan tertuduh telah menjimatkan masa dan kos mahkamah."Dia pernah berkahwin dan kini telah berpisah. Sebelum ini mempunyai pendapatan RM2,500 dan menanggung anak saudara yang belajar di IPTA, selain menghidap masalah kesihatan iaitu asma."Anak guam saya konsisten untuk membuat pengakuan bersalah selepas dua kali ditanya |
|
Isu rasuah, integriti IPTA bukan isu terpencil, perlu reformasi - UMPSA - Sinarharian - 22/04 2:16 pm SHAH ALAM - Isu rasuah dan kemerosotan integriti dalam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini tidak lagi boleh dianggap sebagai kes terpencil, apabila wujud petunjuk jelas berlakunya kegagalan sistemik dalam aspek tatakelola institusi berkenaan.Presiden Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr Syed Mohamad Hamzah Al-Junid berkata, UMPSA memandang serius perkembangan tersebut yang disifatkan turut melibatkan pengurusan tertinggi universiti sebagai penjaga utama kepada prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti."Realitinya, terdapat petunjuk bahawa proses tadbir urus tidak sentiasa dilaksanakan dengan disiplin dan ketegasan yang sewajarnya termasuk ketidakpatuhan kepada prosedur dan garis panduan dalam membuat keputusan strategik; kelemahan pematuhan terhadap polisi dan peraturan sedia ada dan tahap ketelusan yang rendah dalam proses membuat keputusan."Apabila perkara asas ini diabaikan di peringkat tertinggi, ia secara langsung membuka ruang kepada salah guna kuasa, ketirisan dan penyelewengan yang akhirnya menyuburkan budaya rasuah dalam organisasi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ujarnya, isu tersebut turut dipengaruhi pelantikan lembaga pengarah yang tidak sepenuhnya berasaskan kompetensi, kepakaran dan integriti, sebaliknya dipengaruhi oleh pertimbangan selain merit.Katanya, keadaan itu menjejaskan keupayaan lembaga untuk melaksanakan fungsi pengawasan secara berkesan."Sehubungan itu, peranan wakil agensi pusat seperti Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam lembaga pengarah perlu benar-benar berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang yang efektif, bukannya sekadar kehadiran formal," katanya.Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan mengenai sejauh mana Jawatankuasa Audit Dalaman serta Jawatankuasa Governans, Risiko dan Integriti benar-benar berfungsi secara bebas, profesional dan berkesan dalam mengesan, melaporkan serta memastikan tindakan susulan diambil terhadap sebarang ketidakpatuhan.Menurutnya, sekiranya sebarang kes salah laku yang telah sampai ke pengetahuan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) tidak disusuli dengan tindakan tegas, keadaan berkenaan boleh mencetuskan persepsi perlindungan terhadap salah laku, malah membuka ruang kepada ketidakadilan institusi."Kelemahan ini turut diperburukkan oleh polisi yang tidak dilaksanakan secara konsisten atau tidak cukup jelas, mekanisme audit dan pemantauan yang tidak cukup bebas atau kurang proaktif serta tindakan susulan terhadap penemuan audit yang tidak tegas."Justeru, Persatuan Alumni UMPSA berpandangan bahawa keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan |
|
SURAT Kemerosotan integriti dalam IPTA bukan isu terpencil - Mkini - 22/04 8:31 am SURAT Kegagalan tatakelola beri implikasi besar terhadap keyakinan rakyat pada sistem pendidikan tinggi negara |
|
DSA: 16 perjanjian strategik dimeterai tiga universiti awam - Utusan - 20/04 2:37 pm KUALA LUMPUR: Penyelidikan berkaitan sistem peluru berpandu dan balistik serta teknologi dron taktikal antara 16 perjanjian strategik dimeterai tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan pelbagai rakan industri pertahanan sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 hari ini |
|
[TERKINI] Semakan Temu Duga UPU Dibuka 19 April, Adik Lepasan SPM 2026/2027 Boleh ‘Check’ Senarai Institusi INI - Siraplimau - 17/04 10:31 am Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu perkembangan permohonan UPUOnline, Semakan Panggilan Temu Duga Dan/Atau Ujian Bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2026/2027 kini boleh dibuat bermula 19 April 2026 (Ahad). Makluman penting ini dikongsikan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) Unit Kemasukan Universiti (UPU) yang memaklumkan bahawa calon yang memohon program tertentu yang […] The post [TERKINI] Semakan Temu Duga UPU Dibuka 19 April, Adik Lepasan SPM 2026/2027 Boleh Check Senarai Institusi INI first appeared on SirapLimau.com . |
|
MACC arrests former IPTA director Datuk over RM1 million abuse - Sinardaily - 15/04 7:34 pm PUTRAJAYA The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has arrested a former education centre director at a public university, who holds the title Datuk, on suspicion of abusing his position by using about RM1 million for personal purposes.The man, in his 60s, has been remanded for five days until April 19 following an application by MACC at the Putrajaya Magistrates Court on Wednesday.According to a source, the suspect was arrested at about 8pm on Tuesday while giving his statement at the MACC headquarters in Putrajaya.Preliminary investigations found that the suspect is believed to have committed the offence between 2023 and 2025 while serving as the director of the institution.He is also believed to have had interests in a company directly linked to the education centre and used the funds for personal gain, the source said.The source added that MACC has frozen four bank accounts one company account and three personal accounts involving a total of about RM600,000.Meanwhile, MACC deputy director of investigations Datuk Yuhafiz Mohd Salleh confirmed the arrest, saying the case is being investigated under Section 23 of the MACC Act 2009.The investigation focuses on both criminal elements and governance issues, he said. |
|
SPRM tahan bekas pengarah pusat pendidikan IPTA bergelar Datuk, disyaki salah guna RM1 juta - Sinarharian - 15/04 6:15 pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pengarah pusat pendidikan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bergelar Datuk kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan menggunakan wang berjumlah kira-kira RM1 juta bagi tujuan peribadi.Lelaki berusia lingkungan 60-an itu telah direman lima hari sehingga 19 April selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada Rabu.Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira jam 8 malam, Selasa ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2025 dan ketika itu dia menjawat jawatan sebagai Pengarah IPTA terbabit."Suspek dipercayai mempunyai kepentingan di dalam sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dengan pusat pendidikan terbabit dan menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi," katanya.Tambah sumber, susulan daripada siasatan tersebut, SPRM telah membekukan empat akaun bank iaitu satu akaun syarikat dan tiga akaun individu berjumlah keseluruhan kira-kira RM600,000.Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009."Siasatan menjurus kepada siasatan jenayah dan tatakelola," ujarnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |