///
See Also: Shutterstock

Search : Hospital Sultan News   Page 1    



Gesa Perkeso pertimbang reformasi perlindungan menyeluruh - Mygazette - 17/06 3:22 pm

# Gesa Perkeso pertimbang reformasi perlindungan menyeluruh JOHOR BAHRU Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor menggesa kerajaan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mempertimbangkan satu reformasi perlindungan sosial yang lebih menyeluruh





Dr. Osman Bakar dinobat tokoh Ma’al Hijrah - Mygazette - 17/06 3:22 pm

PUTRAJAYA Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Datuk Dr





Dakwaan alami cirit-birit, muntah selepas mandi di sungai Bentong masih .. - Mygazette - 17/06 3:22 pm

# Dakwaan alami cirit-birit, muntah selepas mandi di sungai Bentong masih dalam siasatan KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memaklumkan setakat ini tiada bukti yang mengaitkan kes Gastroenteritis Akut (AGE) dengan aktiviti rekreasi di kawasan sungai di Bentong susulan dakwaan tular di media sosial mengenai pengunjung yang mengalami cirit-birit, muntah dan demam





Universiti awam bukan medium galak penukaran agama – Lingeshwaran - Mygazette - 17/06 3:22 pm

# Universiti awam bukan medium galak penukaran agama - Lingeshwaran KUALA LUMPUR - Institusi pengajian tinggi awam tidak sepatutnya dijadikan medium untuk menggalakkan penukaran agama kerana universiti milik kerajaan merupakan ruang yang perlu kekal neutral, inklusif dan menghormati kepelbagaian masyarakat Malaysia, tegas Senator Dewan Negara, Dr





Bapa tak sangka itu mesej terakhir Prebet Siti Khadijah - Mygazette - 17/06 3:22 pm

# Bapa tak sangka itu mesej terakhir Prebet Siti Khadijah KLUANG - Bapa kepada anggota tentera Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, yang terkorban dalam latihan semalam, memaklumkan kali terakhir berhubung dengan arwah adalah menerusi aplikasi WhatsApp





Dua warga India parah, lif terhempas dari tingkat tujuh hotel di... - Mygazette - 17/06 3:22 pm

# Dua warga India parah, lif terhempas dari tingkat tujuh hotel di Melaka MELAKA - Dua pekerja warga India cedera parah selepas terperangkap dalam runtuhan lif yang dipercayai terhempas dari tingkat tujuh ketika kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan di sebuah hotel di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka hari ini





Jangan ganggu kelebihan anut Islam, Asna bidas Lingeshwaran - Mygazette - 17/06 3:22 pm

# Jangan ganggu kelebihan anut Islam, Asna bidas Lingeshwaran KUALA LUMPUR - Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mohd Asna Amin membidas Ahli Dewan Negara, Senator Dr RA Lingeshwaran susulan gesaannya supaya siasatan dijalankan berhubung poster tular berkaitan pendaftaran saudara baharu (mualaf) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)





???Dulu kata lambakan, sekarang nak import jururawat??? ??? Eric See-To - Mygazette - 17/06 3:22 pm

# Dulu kata lambakan, sekarang nak import jururawat Eric See-To KUALA LUMPUR - Seorang pempengaruh media sosial menempelak kerajaan kerana didakwa gagal menangani isu kekurangan doktor dan jururawat di hospital awam menyebabkan ada jabatan yang terpaksa ditutup atau perkhidmatannya dikurangkan





Keputusan melulu pemimpin undang padah kepada rakyat – Sultan Nazrin - Mygazette - 17/06 3:22 pm

# Keputusan melulu pemimpin undang padah kepada rakyat - Sultan Nazrin PUTRAJAYA Amat malang bagi sesebuah negara dan bangsa sekiranya mempunyai pemimpin yang bertindak secara impulsif, melatah serta melulu mengikut dorongan hati dan emosi sehingga membuat keputusan secara terburu-buru tanpa berfikir panjang





Dua maut, dua cedera kereta bertembung lori muatan durian di Lipis - Mygazette - 17/06 3:22 pm

# Dua maut, dua cedera kereta bertembung lori muatan durian di Lipis LIPIS Perjalanan malam empat individu dari Kelantan ke Kuala Lumpur berakhir dengan tragedi apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan durian di Kilometer 18, Jalan Lipis-Benta berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta, malam tadi





Jangan sampai tetamu tentukan haluan nakhoda – Sultan Pahang - Kosmo - 17/06 2:36 pm

LIPIS Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa sifat belas ihsan dan perikemanusiaan yang diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara atau membiarkan pihak tertentu melangkaui batas yang ditetapkan undang-undang





Jenazah Prebet Siti Khadijah selamat dikebumikan - Sinarharian - 17/06 2:34 pm

KLUANG Jenazah Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada Isnin, selamat dikebumikan dengan istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak pada jam 1.15 tengah hari Rabu.Ibu Allahyarhamah, Zaliha Said, 56, dilihat beberapa kali hampir rebah sebaik tiba di kawasan perkuburan sebelum ditenangkan ahli keluarga untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak bongsunya itu.Anak sulung keluarga, Siti Zaiha Sungip, 39, berulang kali memujuk ibunya untuk terus kuat dalam suasana hiba.Sebelum itu, van membawa jenazah yang bertolak dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada jam 3 pagi singgah di rumah ibu bapanya sebagai persinggahan terakhir sebelum dibawa Masjid Nurul Iman di sini untuk solat jenazah.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianSolat jenazah diimamkan Mejar Mohd Azlan Shah Abdul Razak, Institut Kejuruteraan Medan (IKM) Tentera Darat (TDM).Kira-kira 200 orang terdiri ahli keluarga, sanak saudara, jiran dan anggota tentera memenuhi rumah keluarga mangsa sekitar jam 12.10 tengah hari.Dalam kejadian jam 10.57 pagi, Selasa Allahyarham Prebet Siti Khadijah dan Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, maut akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Sungai Petani.Kedua-dua anggota terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Kedah.





Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 2:23 pm

Pada mulanya saya sangka kemalangan biasa atau kemalangan jalan raya," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga di Taman Sri Lambak, di sini hari ini.Menurutnya, tidak lama selepas itu beliau menerima satu lagi panggilan yang memaklumkan kejadian berkenaan berlaku semasa latihan ketenteraan dan adiknya telah meninggal dunia.Siti Zaiha berkata, kehilangan adik bongsunya itu amat sukar diterima kerana Allahyarham sentiasa ceria dan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika pulang bercuti sempena Aidiladha baru-baru ini."Kali terakhir kami berjumpa seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha. Dia nampak gembira seperti biasa dan tidak menunjukkan apa-apa petanda," katanya.Dalam kejadian pada pukul 10.57 pagi semalam di Kem Hobart, Gurun, Kedah, Siti Khadijah, 24, dan seorang lagi anggota, Koperal Norazmi Abu Bakar, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani akibat kecederaan parah susulan letupan ketika latihan membaling grenad.Sementara itu, bapa Allahyarham, Sungip Jais, 65, berkata anak bongsunya yang merupakan anak ketujuh daripada tujuh beradik memilih menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana minat mendalam terhadap kerjaya ketenteraan serta mahu meneruskan legasi keluarga.Bekas anggota Rejimen Artileri Diraja (RAD) itu berkata Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk menangguhkan perkahwinan kerana mahu menjaga kedua-dua ibu bapanya terlebih dahulu."Dia selalu cakap belum mahu fikir soal kahwin kerana mahu jaga mak dan ayah dahulu," katanya dalam nada sebak.Allahyarham yang dilahirkan pada 19 September 2002 di Kluang pernah menerima pengiktirafan sebagai Perajurit Muda Wanita Akademik Terbaik pada Januari lalu selepas mencatat keputusan cemerlang sepanjang menjalani latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.Beliau mengikuti latihan sebagai Perajurit Muda Wanita daripada Kompeni Juliet sebelum diserapkan ke Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).Jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak, Kluang, petang ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera





Sultan Pahang tegur pemimpin tukar pendirian ikut musim - Mkini - 17/06 2:08 pm

"Hari ini, terlalu banyak suara yang bergema di pentas ceramah dan media, namun tidak semua gema membawa makna," titah Al-Sultan Abdullah.





'Sejak kecil arwah minat tentera, mahu ikut jejak saya' - Bapa Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 1:56 pm

Pada mulanya saya sangka kemalangan biasa atau kemalangan jalan raya."Tidak lama kemudian saya menerima satu lagi panggilan yang memaklumkan kejadian itu berlaku semasa latihan dan adik saya telah meninggal dunia," katanya.Siti Zaiha berkata, kehilangan itu amat sukar diterima keluarga, kerana arwah sentiasa ceria dan tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sepanjang pulang bercuti sempena Aidiladha baru-baru ini."Kali terakhir kami berjumpa seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha. Dia nampak gembira seperti biasa dan tidak menunjukkan apa-apa petanda," katanya.Dalam kejadian pada 10.57 pagi semalam, Allahyarham dan seorang lagi anggota Koperal Norazmi Abu Bakar, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani akibat kecederaan parah susulan letupan berkenaan.Allahyarham Siti Khadijah pernah menerima pengiktirafan sebagai Perajurit Muda Wanita Akademik Terbaik pada Januari lepas, selepas mencatat keputusan cemerlang sepanjang menjalani latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.Allahyarham dilahirkan pada 19 Sept 2002 di Kluang dan mengikuti latihan sebagai Perajurit Muda Wanita daripada Kompeni Juliet, sebelum diserapkan ke Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).JenazahPrebet Siti Khadijahselamat dikebumikanpada 1.15 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak di sini





Bulan Sinergi Putra 2026 terjemah impak pelan strategik UPM kepada masyarakat - Sinarharian - 17/06 1:31 pm

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mengorak langkah sebagai universiti berteraskan masyarakat apabila melancarkan Bulan Sinergi Putra 2026 yang berlangsung sepanjang bulan Jun dengan tema "Daripada Kampus kepada Impak Nasional dan Global: Sinergi Menjana Masa Hadapan Mampan."Majlis peluncuran yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada 15 Jun disempurnakan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, ProfesorDatuk Dr Azlinda Azman serta dihadiri, Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Ir Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.Penganjuran Bulan Sinergi Putra 2026 menjadi manifestasi komitmen UPM untuk menterjemahkan pelan strategik universiti kepada tindakan yang memberikan impak nyata kepada masyarakat, negara dan dunia.Dalam ucapan perasmiannya, Azlinda berkata, institusi pendidikan tinggi awam tidak lagi boleh bergerak secara silo atau bersikap pasif.Sebaliknya kata beliau, universiti perlu memainkan peranan sebagai enjin pertumbuhan negara, pusat penyatuan sosial dan pemangkin penyelesaian kepada pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat secara dinamik serta berkesan.Menurut beliau, tema Bulan Sinergi Putra 2026 amat bertepatan dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mahu melihat segala pengetahuan, inovasi dan penyelidikan dihasilkan di universiti diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat."Universiti tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian akademik dan reputasi institusi semata-mata. Setiap ringgit dibelanjakan perlu diterjemahkan kepada impak yang dapat dirasai oleh masyarakat."UPM sedang menghantar isyarat jelas bahawa segala penemuan, dasar dan inovasi yang lahir dari kampus ini bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan negara serta kemampanan sejagat," katanya.Beliau turut memuji pendekatan strategik UPM yang memberi penekanan kepada keterjaminan makanan, pertanian, kelestarian alam sekitar, pembangunan komuniti dan pengantarabangsaan universiti secara seimbang.Menurutnya, kekuatan UPM terletak pada kemampuannya membina jaringan kukuh dengan industri dan masyarakat yang bukan sahaja meningkatkan keterlihatan universiti, malah membantu melahirkan graduan lebih holistik, berdaya tahan serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.Azlinda turut memuji perancangan rapi dalam merencanakan inisiatif ini, bermula dengan Makmal Petunjuk Prestasi (KPI) UPM pada 23 April lalu yang menghimpunkan kira-kira 200 peserta termasuk pengurusan tertinggi universiti, Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ), Timbalan Ketua PTJ dan pentadbir untuk menghasilkan draf awal interim KPI UPM 2026 secara kolektif.Menurut beliau lagi, cabaran terbesar mana-mana organisasi bukan sekadar merangka pelan strategik, tetapi memastikan pelan tersebut benar-benar dilaksanakan.Justeru, katanya, penganjuran Bulan Sinergi Putra 2026 merupakan jawapan tuntas UPM untuk memastikan strategi universiti tidak hanya menjadi dokumen rasmi yang tersimpan, sebaliknya diterjemahkan kepada tindakan nyata di peringkat universiti, PTJ dan warga kampus.Beliau berkata, pelbagai pengisian sepanjang bulan tersebut membuktikan bahawa UPM sedang menggerakkan strategi secara hidup dan bersepadu.Pameran khas, pertandingan poster, kolokium ilmiah, program kesihatan, aktiviti pertanian, inisiatif kelestarian dan program komuniti menjadi bukti bahawa dokumen strategik universiti sedang diterjemahkan kepada tindakan yang boleh dilihat, dirasai serta dinilai impaknya.Beliau turut menekankan bahawa impak organisasi yang disasarkan melalui Bulan Sinergi Putra amat penting, khususnya dalam usaha memperkukuh penyelarasan sinergi organisasi dan mengurangkan jurang silo antara fakulti, PTJ serta rakan strategik."Melalui pengukuhan kolaborasi merentas fakulti, PTJ dan rakan strategik, kecekapan pelaksanaan inisiatif utama universiti dapat ditingkatkan dengan ketara."Pengisian seperti pameran khas, pertandingan poster dan kolokium ilmiah disusun sepanjang bulan ini akan menggantikan tembok pemisah dengan jambatan sinergi yang kukuh," katanya.Antara program utama dilancarkan sempena Bulan Sinergi Putra ialah Pelan Pemacu Kesohoran Global UPM (Putra Globe) yang menjadi peta hala tuju pengantarabangsaan universiti bagi tempoh 2026 hingga 2035.Inisiatif tersebut bertujuan memperkukuh agenda pengantarabangsaan UPM melalui pemerkasaan jaringan strategik global, peningkatan mobiliti antarabangsa, pengukuhan keterlihatan institusi dan pembudayaan perspektif global dalam kalangan warga universiti.Turut berlangsung ialah Pameran Impak Global Inovasi UPM yang menampilkan pelbagai hasil penyelidikan dan inovasi universiti termasuk usaha penjenamaan UPM sebagai peneraju nasional dalam bidang AI Agri Bio.Bagi memperkukuh dimensi antarabangsa universiti, Fakulti Ekologi Manusia pula menganjurkan program Semarak Siswa Madani: Menyulam Harmoni, Membina Kelestarian bersempena The 10th Summer Course Program "Nurturing Harmony in Family Life for Socio-Ecological Sustainability" yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negara bagi membincangkan peranan keluarga dalam mewujudkan kelestarian sosio-ekologi selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).Dalam masa sama, UPM turut memberi perhatian serius terhadap kesejahteraan warga kampus melalui pelaksanaan pelbagai program kesihatan termasuk ceramah "Rebuilding Resilience after Burnout" di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah serta program Saringan Kesihatan UPMS di Universiti Putra Malaysia Sarawak yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.Platform kekuatan universitiSementara itu, Ahmad Farhan berkata, Bulan Sinergi Putra bukan sekadar sebuah program tahunan, tetapi merupakan platform untuk menyatukan seluruh kekuatan universiti dalam mendepani cabaran masa hadapan.Menurut beliau, kejayaan sesebuah universiti pada masa kini tidak lagi boleh diukur hanya berdasarkan pencapaian akademik atau kedudukan ranking semata-mata, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan sumbangan kepada kesejahteraan manusia dan kelestarian alam sekitar."UPM komited untuk menjadi institusi yang bukan sahaja melahirkan graduan berkualiti, malah turut memacu penyelesaian kepada cabaran besar dunia termasuk isu keselamatan makanan, perubahan iklim, kesihatan planet dan kesejahteraan masyarakat," katanya.Selaras dengan komitmen tersebut, UPM turut melancarkan UPM Planetary Health and Sustainability Blueprint, sebuah kerangka strategik universiti yang akan memandu pelaksanaan agenda kesihatan planet, pembangunan mampan dan kesejahteraan komuniti melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi serta jaringan strategik.Menurut beliau, kejayaan agenda kesihatan planet memerlukan penglibatan dan komitmen semua pihak kerana kesejahteraan manusia, alam sekitar saling berkait serta tidak boleh dipisahkan.Dalam aspek keterjaminan makanan, pelbagai program menarik dianjurkan di bawah fokus Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang merupakan identiti utama UPM sejak penubuhannya.Antaranya termasuk program Visit and Have Fun Ladang Puchong, Wira Kulinari, Hook, Catch & Pay Fishing, Pick on Your Own, jualan produk segar ladang serta sesi perkongsian ilmu pertanian yang membuka peluang kepada warga kampus dan masyarakat untuk memahami secara lebih dekat ekosistem pengeluaran makanan negara.Selain itu, pertandingan video keterjaminan makanan yang melibatkan alumni, pelajar dan staf turut dianjurkan bagi menggalakkan perkongsian idea kreatif mengenai isu kelestarian serta sekuriti makanan menerusi platform digital.Bagi menyemarakkan budaya kerja berkualiti dan rasa bangga terhadap institusi, UPM turut mengadakan pelbagai program di bawah fokus Jiwa Putra, termasuk Program "Jiwa Putra Membudaya EKSA UPM", Pertandingan Videografi Bulan Sinergi Putra bertemakan "Di Sebalik Kampus Tersimpan Kebanggaan UPM" selain Kolokium Sinergi Putra yang menghimpunkan pelbagai perkongsian ilmu, idea serta amalan terbaik daripada warga universiti.Dalam usaha memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar pula, UPM menganjurkan pelbagai aktiviti di bawah fokus Kesihatan Planet termasuk UPM Earth Hour, Engineering Battle of the Recyclers dan Race to Recycle among PTJ yang menggalakkan amalan pengasingan sisa serta budaya kitar semula dalam kalangan warga kampus.Majlis peluncuran tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Putra FM 90.7 bagi membolehkan warga kampus serta masyarakat mengikuti perkembangan program secara lebih meluas.Bulan Sinergi Putra 2026 ini membuktikan komitmen berterusan UPM dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, meningkatkan kesejahteraan warga, memperluaskan jaringan global, memacu inovasi pertanian dan keterjaminan makanan selainmengangkat agenda kelestarian demi manfaat masyarakat serta negara.Ia merupakan simbol kesepaduan warga universiti dalam merealisasikan aspirasi UPM sebagai universiti yang berupaya menghubungkan ilmu, inovasi dan kemanusiaan untuk menghasilkan impak nasional serta global mampan.





Rektor UIAM Osman Bakar dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan - Sinarharian - 17/06 12:42 am

PUTRAJAYA - Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Masjid Putra di sini hari ini.Pada majlis sama, pakar fiqah Islam dari Maghribi Dr Ahmad Al-Raysuni diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.Anugerah berkenaan disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan mengurniakan wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada dua tokoh berkenaan.Majlis sambutan tahun ini bertemakan MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama isteri Datin Ruziah Mohd Tahir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan





KKM Nafi Ada Lonjakan Pesakit Rohingya Di Hospital Kerajaan, Dakwa Hanya Persepsi Masyarakat - Beautifulnara - 17/06 12:28 am

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat peningkatan luar biasa kehadiran etnik Rohingya di fasiliti kesihatan kerajaan setakat ini





Dua maut dirempuh lori ketika lakukan kerja penyelenggaraan jalan - Sinarharian - 17/06 12:02 am

KULAI Dua pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan maut selepas dilanggar dalam kemalangan melibatkan tiga lori di Kilometer 49.3 Lebuh Raya Utara Selatan, arah Selatan, di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat berkenaan kemalangan tersebut jam 2 pagi."Kemalangan itu melibatkan lori muatan ayam dipandu seorang lelaki warga tempatan, 40, dan kalendan, 23, manakala lori syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) dipandu seorang lelaki tempatan, 43, dan kelindan seorang lelaki warga Bangladesh, 56."Manakala sebuah lagi lori tangki dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun."Pekerja Propel berkenaan sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kiri jalan kemudian datang dari arah belakang lori muatan ayam melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori Propel," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut pemandu dan kelindan lori Propel mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.Katanya, pemandu dan kelindan lori muatan awam pula mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini.Sementara pemandu lori tangki katanya, tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Aafuan Abnu Naim 017-7573507.





Pemimpin jangan bertindak impulsif, elak negara tanggung malang, titah Sultan Nazrin - FMT - 17/06 11:59 am

Sultan Perak bertitah, tindakan terburu-buru pemimpin demi kepentingan jangka pendek hanya akan bawa kerosakan yang akhirnya terpaksa ditanggung rakyat.





Dont make impulsive, emotional decisions, Sultan Nazrin tells leaders - FMT - 17/06 11:35 am

Deputy Agong says a nation's success hinges on the willingness of its people to cooperate, respect one another, and live harmoniously.





2 people shot at hospital in US state of Delaware - Cgtn - 17/06 10:43 am

Two people were injured in a shooting on Tuesday afternoon at a hospital in Wilmington, a city in the US state of Delaware, and the suspect remains at large, local police said.





'Saya rasa sayang sangat tengok dia' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 10:28 am

Dia ambil gulai ikan yang besar dan nasi banyak, makan sampai habis."Biasanya dia tidak makan banyak. Malam itu saya tengok macam kasihan pula," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah pada petang Selasa.Menurutnya, selepas makan, Allahyarham keluar ke kedai sebelum pulang dan tidur di ruang tamu rumahnya.Fatimah berkata, keesokan paginya dia mengejutkan anaknya pada waktu Subuh dan mendapati badan Allahyarham sejuk."Saya pegang badan dia, sejuk





Menteri Pendidikan Tinggi Lancar Buku UPSI Berduka, Rakam Insiden Gerik .. - Wrlr - 17/06 10:13 am

Datuk Seri Dr





'Arwah selalu makan sikit tapi kali terakhir jumpa saya, dia makan banyak dan sangat berselera' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 9:42 am

Jadi, saya suruh dia bangun bersiap dan sempat menyediakan kopi panas untuknya. Selepas minum, dia salam dan cium saya dan saya sempat berpesan untuk memandu dengan berhati-hati pulang ke kem di Gurun."Kebiasaannya, kalau dia hendak bergerak saya akan tengok biasa sahaja tetapi semalam, saya tunggu sampai kereta dia hilang dari pandangantak tahu kenapa, saya rasa sayang sangat dekat dia dan rasa perasaan yang berat untuk lepaskan dia," katanya.Beliau berkata, dia hanya mengetahui mengenai kematian anaknya itu dari isteri Allahyarham yang menghubunginya kira-kira pukul 12 tengah hari semalam."Isteri arwah telefon, dia suruh saya banyak bersabar dahulu, lepas itu baru dia maklumkan bahawa arwah sudah tiada...memang terkejut kerana tidak sangka dia pergi dahulu sebelum saya, tetapi ini semua ketentuan Allah," katanya.Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Norazrul berkata abangnya seorang yang tegas tetapi sangat baik dan suka bersembang, namun semalam dia banyak berdiam diri semasa berada di rumah dan tidak menyangka itu merupakan kali terakhir dia melihat abangnya.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun, kira-kira 10.57 pagi, semalam.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraDua anggota yang terlibat iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), mengalami kecederaan parah akibat letupan semasa latihan berkenaan.Kedua-dua anggota telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital





Sultan Nazrin receives RM18.76m zakat contributions from Maybank, Tabung Haji, TNB and others - Malaymail - 17/06 9:41 am

IPOH, June 17 Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah yesterday consented to receive RM18.76 million in business zaka...





Adakah keputusan pilih suara majoriti Bangsa Johor jadikan saya sombong? Onn Hafiz - Sinarharian - 17/06 9:20 am

JOHOR BAHRU Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mempertahankan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, sambil menegaskan langkah itu dibuat berdasarkan prinsip serta suara majoriti rakyat Johor.Beliau berkata, keputusan tersebut tidak seharusnya ditafsirkan sebagai sikap sombong atau enggan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan sebagaimana didakwa sesetengah pihak."Keputusan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi adalah satu keputusan yang sukar untuk diterima oleh YAB Perdana Menteri."Adakah keputusan saya dan kepimpinan BN memilih untuk berprinsip dan mendengar suara majoriti Bangsa Johor menjadikan saya seorang yang sombong?" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Kenyataan itu sebagai respons kepada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Muar yang dilaporkan menggesa rakyat Johor memilih kepimpinan negeri yang bijak, berprinsip, tidak sombong serta mampu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan.Mengulas perkara itu, Onn Hafiz menegaskan beliau tidak pernah menolak kerjasama dengan Putrajaya, malah sentiasa terbuka menerima pandangan dan bantuan demi kepentingan rakyat.Menurutnya, kerajaan negeri selama ini turut membantu pelbagai sektor di bawah bidang kuasa Persekutuan termasuk pendidikan, keselamatan, pertahanan dan kesihatan.Katanya, setiap tahun kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada sekolah dan bilik guru, selain membantu kemudahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), ibu pejabat polis daerah (IPD), kem tentera, hospital serta klinik kerajaan."Malah apabila hasil negeri meningkat, kerajaan negeri bukan sahaja memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam negeri, tetapi turut menghargai penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor."Bagi kerajaan negeri, yang lebih utama bukanlah kementerian atau kerajaan mana yang bertanggungjawab, tetapi sama ada rakyat Johor mendapat manfaat," katanya.Onn Hafiz turut menegaskan pelantikan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dibuat atas perkenan Sultan Johor, justeru kepimpinan negeri memikul amanah besar untuk menjaga kepentingan rakyat serta institusi diraja.Beliau berkata, kenyataannya bukan bertujuan mengungkit jasa kerajaan negeri, sebaliknya menjelaskan bahawa Johor sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan Persekutuan."Dengan rendah hati saya ingin bertanya, dalam perkara apakah kerajaan negeri Johor dikatakan tidak memberikan kerjasama, tidak menyokong atau tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan?" katanya.





Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra - Sinarharian - 17/06 8:01 am

MERBOK -Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, apabila jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra di sini, yang selesai sekitar jam 5.25 pagiRabu.Upacara pengebumian dilaksanakan mengikut istiadat ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penghormatan terakhir terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham.Kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, kenalan, pegawai dan anggota tentera hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.Jenazah anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja itu dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebaik sahaja selesai proses bedah siasat kira-kira jam 2.30 pagi.Jenazah kemudian dibawa ke rumah keluarga di Kampung Tupah Lama sekitar jam 3.35 pagi dan tiba di Masjid Al-Busyra kira-kirajam 4.20 pagi.Solat jenazah diimamkan Pegawai Staf Agama Briged Keenam Infantri Malaysia, Mejar Mohd Sobri Che Hassan.Simbolik Penyerahan Bendera diserahkan Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Wazir Syafiq Nodin kepada Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Fouzi Sulaiman sebelum ia diserahkan kepada isteri Allahyarham, Siti Fairus Mohamad Yussof, 38.Allahyarham Norazmi meninggalkan duaanak, Nurliana Danishah, 14, dan Muhammad Rizhan Darwish, 8.Sementara itu, seorang lagi mangsa terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Kedua-dua mangsa maut akibat insiden letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera





Perbicaraan kes Hydroshoppe, pengarah ditetapkan pada 4 Jan 2027 .. - Mygazette - 17/06 7:32 am

# Perbicaraan kes Hydroshoppe, pengarah ditetapkan pada 4 Jan 2027 KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan perbicaraan kes Hydroshoppe Sdn Bhd dan pengarahnya berhubung dakwaan tawaran suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi manfaat Tan Sri Annuar Musa berkaitan pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur, pada 4 Jan 2027





Adakah keputusan pilih suara majoriti Bangsa Johor jadikan saya .. - Mygazette - 17/06 7:32 am

# Adakah keputusan pilih suara majoriti Bangsa Johor jadikan saya 'sombong'? - Onn Hafiz KUALA LUMPUR - Pelantikan Menteri Besar dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor adalah atas perkenan Sultan Johor





Post-mortem for corporal killed in grenade training yesterday - SUN - 17/06 7:32 am

The post-mortem of Corporal Norazmi Abu Bakar, who died in a grenade-throwing explosion, will be conducted tonight at Sultanah Bahiyah Hospital





Kerajaan, MINDEF ucap takziah kepada keluarga dua anggota TDM - Sinarharian - 16/06 11:39 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia mendoakan agar ahli keluarga kedua-dua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan."Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Koperal Norazmi daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang terkorban dalam insiden berkenaan."Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Koperal Norazmi dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah, mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman," katanya menerusi hantaran di media sosial malam ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraTerdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan segera bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan





Dua lelaki maut kereta bertembung lori - Sinarharian - 16/06 11:30 pm

KUANTAN - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta di Kuala Lipis malam ini.Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 9.03 malam sebelum sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis digegaskan ke lokasi.Beliau berkata, pihaknya mendapati seorang daripada empat lelaki yang berada di dalam Perodua Axia berjaya keluar sendiri, manakala tiga lagi masih tersepit di dalam kenderaan itu."Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit namun dua lelaki disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi," katanya dalam kenyataan.Mohd Salahuddin berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lipis.Beliau berkata, pemandu lori dan seorang penumpang wanita kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan





Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera - Sinarharian - 16/06 10:17 pm

ALOR SETAR Polis telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart di Gurun yang mengorbankan dua anggota tentera pada Selasa.Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, siasatan masih diteruskan dan pihaknya akan merakam keterangan beberapa individu lain yang berkaitan dengan kejadian tersebut pada Rabu."Setakat ini kita telah merakam percakapan tujuh individu dan siasatan akan diteruskan. Keterangan individu lain yang berkaitan akan disambung esok."Mereka yang dipanggil memberi keterangan termasuk jurulatih, rakan selatihan dan individu yang berada di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Selasa malam.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorJelas beliau, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).Menurutnya, kerjasama antara polis dan pihak tentera dalam mengendalikan siasatan berhubung tragedi berkenaan berjalan dengan baik."Siasatan diteruskan mengikut prosedur, malah saya percaya pihak tentera juga akan menjalankan siasatan dalaman mereka."Keutamaan ketika ini adalah menyelesaikan urusan bedah siasat kedua-dua mangsa yang sedang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," ujarnya.Baderulhisham berkata, perkara pertama yang perlu diselesaikan ialah urusan melibatkan kedua-dua jenazah dan pihaknya berharap proses bedah siasat dapat diselesaikan pada malam Selasa.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar atau rakaman berkaitan kejadian di media sosial bagi menghormati perasaan keluarga mangsa dan mengelakkan gangguan terhadap siasatan."Kita perlu menghormati keluarga mangsa dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan."Sekiranya gambar atau maklumat berkaitan kejadian ditularkan, ia mungkin sedikit sebanyak boleh mengganggu siasatan





Letupan grenad: Jenazah 2 anggota tentera dibedah siasat di HSB - Kosmo - 16/06 9:58 pm

ALOR SETAR – Jenazah dua anggota tentera yang maut dalam kejadian letupan grenad di lapang sasar Kem Hobart, Gurun dekat sini pagi tadi menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), malam ini





Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor - Sinarharian - 16/06 9:32 pm

ALOR SETAR Jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun dijangka dikebumikan sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Sepupu mangsa, Sulaiman Mat Saad, 40, berkata, waktu sebenar pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat yang dijadualkan bermula pada jam 9 malam.Menurutnya, beliau dimaklumkan proses berkenaan akan dilaksanakan sebaik sahaja urusan pengecaman jenazah oleh ahli keluarga selesai."Saya dimaklumkan proses bedah siasat akan bermula sebaik proses pengecaman dibuat oleh ahli keluarga arwah," katanya ketika di Jabatan Forensik HSB di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianDia berkata, selepas selesai proses bedah siasat, jenazah anggota daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu akan dibawa ke Masjid Al Busyra Merbok di Sungai Petani untuk urusan pengebumian.Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa yang terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.Dalam kejadian itu, Koperal Norazmi dan Prebet Siti Khadijah mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.Kedua-dua anggota terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Jenazah kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke HSB untuk menjalani proses bedah siasat.



Makrifat Gen Z Anwar Ibrahim Six Seven - Wrlr - 16/06 8:23 pm

Makrifat Gen Z Anwar Ibrahim Six Seven +++++++++ Yang kawal hollywood adalah Gen Z





Isu 3R: Albert Tei dakwa DAP amal sikap dua darjat - Mygazette - 16/06 7:50 pm

# Isu 3R: Albert Tei dakwa DAP amal sikap dua darjat KUALA LUMPUR Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei mengecam apa yang disifatkannya sebagai sikap dua darjat dalam kalangan pemimpin DAP berhubung isu melibatkan kenyataan berunsur perkauman di negara ini





Agong titah siasatan menyeluruh 2 tentera maut terkena letupan bom Agong .. - Mygazette - 16/06 7:50 pm

MalaysiaGazette hari ini melaporkan Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi, hari ini. Norazmi dari 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Siti Khadijah dari 1 Skuadron RAJD mengalami kecederaan akibat letupan itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani





Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan sempena Maal Hijrah .. - Mygazette - 16/06 7:50 pm

# Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan sempena Maal Hijrah 1448H KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar terus mengutamakan perpaduan dan menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat secara berhemah serta penuh hikmah demi mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan masyarakat





Pemandu maut lori muatan besi terbalik - Mygazette - 16/06 7:50 pm

KULAI Seorang pemandu maut akibat tersepit selepas lori muatan besi dibawanya terbabas dan terbalik di Jalan Seelong-Ulu Tebrau di sini malam tadi





Anwar PM terbaik untuk masyarakat Cina, reformasi rentas garis kaum Anwar .. - Mygazette - 16/06 7:50 pm

# Anwar PM terbaik untuk masyarakat Cina, reformasi rentas garis kaum KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin terbaik untuk masyarakat Cina kerana reformasi yang dilaksanakan kerajaan pimpinannya tidak tertumpu kepada satu kaum semata-mata, sebaliknya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia





Police probe Hobart Camp blast that killed two soldiers - Sinardaily - 16/06 7:08 pm

SUNGAI PETANI - Police will record statements from several witnesses to assist in the investigation into an explosion that killed two army personnel during a training exercise at Hobart Camp in Gurun today.Kuala Muda police chief ACP Hanyan Ramlan said the department has opened a sudden death report (SDR) investigation into the incident and will seek cooperation from all quarters to complete the investigation."Both victims were army personnel undergoing heavy weapons training





'Saya fokus kerja' - Kamarudin - Sinarharian - 16/06 7:03 pm

KOTA BHARU Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor menegaskan beliau memilih untuk memberi tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan berbanding memikirkan perkembangan politik semasa.Menurut beliau, keputusan penamatan kerjasama politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas merupakan perkara yang diputuskan di peringkat pusat dan berada di luar kawalannya sebagai pemimpin negeri."Saya fokus kepada kerja saya iaitu mempromosikan Kelantan dalam bidang pelancongan."Perkara seperti ini sewajarnya menjadi perhatian juga, tetapi saya berpandangan banyak perkara dalam politik bukan dalam kawalan kita, apatah lagi kita di peringkat negeri," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Program Sambutan Pelancong Sempena Penerbangan Sulung AirAsia dari Jakarta ke Kota Bharu di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini pada Selasa.Ujar beliau, kedudukannya sebagai Exco diserahkan sepenuhnya kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kerana pelantikan tersebut dibuat atas cadangan ketua kerajaan negeri itu sebelum diperkenankan Sultan Kelantan."Kedudukan saya serah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar





Agong zahir takziah dua tentera maut, titah siasatan menyeluruh - Utusan - 16/06 6:53 pm

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah hari ini



Dua anggota tentera maut di Kedah: Agong zahir takziah - Harapandaily - 16/06 5:49 pm

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban dalam kejadian letupan bom di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, hari ini





Kanak-kanak 4 tahun meninggal dunia di taman tema air Kanak-kanak 4 tahun .. - Mygazette - 16/06 5:46 pm

# Kanak-kanak 4 tahun meninggal dunia di taman tema air KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri di sebuah taman tema air di Sungai Buloh pada Ahad lalu





Ingkar perintah Tribunal bagi Antibuli boleh dipenjara sehingga dua tahun - Mygazette - 16/06 5:46 pm

# Ingkar perintah Tribunal bagi Antibuli boleh dipenjara sehingga dua tahun KUALA LUMPUR Individu yang gagal mematuhi keputusan Tribunal bagi Antibuli dalam tempoh 30 hari boleh dikenakan tindakan jenayah termasuk hukuman penjara sehingga dua tahun mengikut Seksyen 44 Akta Antibuli





Najib dalang seleweng dana 1MDB, berganding bahu dengan Jho Low – .. - Mygazette - 16/06 5:46 pm

# Najib dalang seleweng dana 1MDB, berganding bahu dengan Jho Low - Hakim KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi berpendirian, Datuk Seri Najib Razak merupakan dalang di sebalik penyelewengan RM2.3 billion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilakukan menerusi tipu daya dengan proksinya, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low





Dua tentera maut terkena bom di Kem Hobart, Gurun – Polis - Mygazette - 16/06 5:46 pm

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima maklumat pertama berhubung insiden berkenaan jam 12.30 tengahari tadi. Difahamkan, mangsa yang merupakan seorang anggota lelaki dan seorang wanita meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah





Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci - Mygazette - 16/06 5:46 pm

# Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya, Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi, hari ini. Katanya, Norazmi dari 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Siti Khadijah dari 1 Skuadron RAJD mengalami kecederaan akibat letupan itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani





Isu poster pendaftaran mualaf UPSI perlu disiasat secara bebas dan telus .. - Mygazette - 16/06 5:46 pm

# Isu poster pendaftaran mualaf UPSI perlu disiasat secara bebas dan telus - Lingeshwaran KUALA LUMPUR - Penularan poster Pendaftaran Saudara Baharu (Mualaf) yang menggunakan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu disiasat secara menyeluruh, telus dan bebas bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab menghasilkan serta menyebarkannya





Sultan Selangor ulang pesan utamakan perpaduan - Kosmo - 16/06 5:45 pm

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengulangi pesanan agar umat Islam sentiasa mengutamakan perpaduan serta tidak mengeruhkan keadaan dengan pertelingkahan terbuka





Baby Tak Sejuk Ke? Wanita Dalam Situasi Cemas Di Hospital Sebak, Uncle India Datang Semula Bawa Selimut - Siraplimau - 16/06 5:34 pm

Baru-baru ini, kisah seorang uncle India yang prihatin terhadap seorang bayi di hospital menyentuh hati ramai dan menjadi contoh nilai kemanusiaan yang wajar dicontohi masyarakat





King extends condolences over death of two soldiers in Kedah grenade blast at Hobart Camp - Malaymail - 16/06 5:28 pm

KUALA LUMPUR, June 16 His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, has conveyed his condolences to the families...





Agong zahir takziah dua anggota tentera maut letupan bom di Kem Hobart - Sinarharian - 16/06 5:18 pm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden letupan bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, hari ini.Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat sukar itu."Al-Fatihah buat dua anggota yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada, titah Seri Paduka Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Sultan Ibrahim turut menitahkan ATM supaya menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian selain memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi perhatian utama dan diperkukuhkan.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia memaklumkan mangsa ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD).Kedua-dua anggota berkenaan yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani





Agong zahir ucapan takziah, titah siasatan menyeluruh insiden latihan bom - Kosmo - 16/06 5:11 pm

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah hari ini





Nyatakan perbezaan pandangan secara berhemah – Sultan Selangor - Utusan - 16/06 5:03 pm

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan masyarakat supaya menyatakan masalah, membuat teguran, menyatakan perbezaan pandangan dengan baik dan berhemah





BN tidak tergugat dengan kewujudan parti politik baharu - Zambry - Sinarharian - 16/06 5:01 pm

TANJUNG MALIM - Penubuhan parti politik baharu di negara ini tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang akan datang.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kedua-dua PRN berkenaan dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja di kawasan yang akan ditandingi.Beliau berkata, dalam sistem demokrasi, setiap pihak mempunyai hak untuk menubuhkan parti politik baharu, namun BN kekal konsisten dengan strategi serta tahap kesiapsiagaan yang telah dirancang."UMNO dan BN Johor telah membuat persiapan rapi





Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian - Sinarharian - 16/06 4:46 pm

SUNGAI PETANI - Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian membabitkan dua anggota tentera terkorban semasa latihan di Lapang Sasar, Kem Hobart termasuk merakam keterangan saksi kejadian.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama semua pihak berhubung insiden terbabit."Polis akan membuka satu kertas siasatan bawah kematian mengejut SDR dan kita akan dapatkan kerjasama daripada semua pihak untuk kita menjalankan siasatan di tempat kejadian serta merakam percakapan saksi-saksi yang ada ketika itu."Kedua-duanya sedang menjalani latihan menggunakan senjata berat ketika kejadian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini pada Selasa.Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani."Bagaimanapun, setibanya di hospital, kedua-duanya disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui pada Selasa.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa tertumpu pada bahagian atas badan iaitu dari pinggang ke atas.Menurutnya, seorang mangsa berusia 24 tahun manakala seorang lagi berusia 40 tahun.Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.Sementara itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, insiden berlaku ketika latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia, pada jam 10.57 pagi.Dua anggota yang terlibat iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.




Reformasi     >>



Muhyiddin: Bersatu sedia lawan PAS di Johor jika gagal .. - Mkini
"Kau lawan sana, kau lawan sini, nak lawan sama kerusi," jelas presiden Bersatu.
Kroni     >>



Jangan biarkan perebutan kuasa ganggu keharmonian .. - Utusan
JEMPOL: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengingatkan semua pihak agar tidak membiarkan perebutan kuasa mengganggu ketenteraman di negeri ini. Baginda bertitah, kestabilan dan keharmonian yang dinikmati rakyat selama ini perlu terus dipelihara demi ..
Tabloid     >>



Mengapa Skuad Korea Selatan Berang Dan Boikot Media .. - Vocket
Kempen Piala Dunia skuad bola sepak Korea Selatan di Guadalajara, Mexico kini dibayangi oleh satu kontroversi yang memanas di luar padang. Para pemain pasukan kebangsaan... The post Mengapa Skuad Korea Selatan Berang Dan Boikot Media Sendiri Di Piala Dunia? appeared first on VOCKET .
Tech     >>



Google officially launches Android 17 - Mashable
The new Android 17, Wear OS 7, and June Pixel Drop were all released by Google today.
World     >>



Morning update - Middleeasteye
Morning update Good morning Middle East Eye readers, The US-Iran agreement faced its first major test as Iran warned of retaliation over continued Israeli operations in Lebanon and President Donald Trump publicly criticised Israel's conduct. While Washington and Tehran continued to advance implementation of the accord, Israeli ..
Motor Trend     >>



Perodua QV-E Selling Price Drop To Just RM63499 Only - DSF
Perodua is proud to announce the new pricing for the QV-E, Malaysias first homegrown EV. Now available from RM63,499* with the Battery-as-a-Service (BaaS) Plan, plus battery leasing at RM215/month (all-inclusive). Prefer full ownership? You can also own it from RM87,499*. *Terms & Conditions ..