///
See Also: Shopee Pay Promo Referral Code 225M4ULL7

Search : Hamzah News   Page 1    



Kerajaan beri lebih tumpuan kepada `ekonomi rakyat??? ??? Fahmi - Mygazette - 10/08 5:23 pm

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)Kementerian Komunikasi Zon Sabah dan Labuan di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) kementerian Datuk Aminurrahim Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Erwin Khairul Ahmad





Vesel nelayan Vietnam ditahan, 17 kru disyaki ceroboh perairan negara - Mygazette - 10/08 5:23 pm

# Vesel nelayan Vietnam ditahan, 17 kru disyaki ceroboh perairan negara KEMAMAN Sebuah vesel nelayan asing dipercayai dari Vietnam ditahan selepas disyaki menceroboh perairan negara dan menjalankan aktiviti perikanan secara haram, Khamis lalu. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, vesel itu ditahan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika rondaan rutin di kedudukan kira-kira 157 batu nautika timur laut Bukit Pejajat, Kemaman





Status pembinaan Stadium Shah Alam masih jadi tanda tanya - Mygazette - 10/08 5:23 pm

Kerja pembersihan tapak pula sedang dijalankan, manakala kerja tanah telah bermula sejak Januari 2026. MalaysiaGazette Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun kerana mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan pembebasannya.





PM jalani pemeriksaan perubatan - Mygazette - 10/08 5:23 pm

"Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah," katanya menerusi kenyataan hari ini. - MalaysiaGazette Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun kerana mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan pembebasannya.





Pilihan terbaik Bersatu kekal dalam PN meskipun ibarat hidup segan, mati... - Mygazette - 10/08 5:23 pm

Pertama, lebih baik bubar Bersatu dan jual kepada sesiapa yang minat. Contoh Parti Cinta Malaysia (PCM) dijual kepada Hamzah dan kemudian tukar kepada nama baru Wawasan





Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bahas laporan RCI Tabung Haji esok - Mygazette - 10/08 5:23 pm

Mesyuarat khas itu dijadual dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan berhubung laporan RCI berkenaan, diikuti sesi pertanyaan dan perbahasan oleh Ahli Parlimen. Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan





Azmin dakwa PKNS rugi RM103.69 juta, hutang RM6.1 bilion - Mygazette - 10/08 5:23 pm

Azmin turut mencadangkan sekiranya kerajaan negeri bercadang menamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, pemilihan pengganti perlu dibuat secara ketat dengan mengutamakan integriti serta pengalaman kewangan dan pembangunan hartanah, katanya lagi. MalaysiaGazette Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun kerana mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan pembebasannya.





Tangguh perbahasan RCI TH, tunggu Anwar - Hamzah - Sinarharian - 10/08 4:35 pm

KUALA LUMPUR Tiada keperluan meneruskan perbahasan mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Parlimen sekiranya Perdana Menteri tidak dapat hadir untuk memberikan penjelasan.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu sewajarnya ditangguhkan terlebih dahulu bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan membahaskan isu berkenaan, terutama apabila RCI telah dilakukan kira-kira tiga tahun lalu."Kalau isunya besar kepada dia sebagai Perdana Menteri, apa yang patut dibuat? Dia beritahu dengan Speaker, tangguhkan dahulu."Sebab nak tunggu dia sendiri untuk membahaskan isunya, bukan semata-mata kerana lontaran telah dilakukan," katanya kepada Sinar Harian dalam sesi wawancara eksklusif, pada Isnin.Sebelum ini Anwar dilapor sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH dijadual berlangsung pada Selasa, dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Dalam pada itu Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut mempersoalkan tindakan membawa semula isu berkenaan ke Parlimen selepas tempoh yang begitu lama.Menurutnya, isu berkenaan mula dilontarkan oleh Perdana Menteri ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum cadangan mengadakan sidang khas bagi membincangkan perkara tersebut."Sebelum ini ada kenyataan Anwar melawat beberapa orang di hospital dan hari ini, beliau dilaporkan mendapat rawatan selama dua hari."Sekiranya Perdana Menteri menjalani rawatan, perkara itu perlu diambil kira sebelum perbahasan mengenai isu RCI TH diteruskan."Kalau isu ini besar kepada dia sebagai Perdana Menteri, beliau sepatutnya bagi tahu kepada Speaker untuk tangguhkan dahulu sesi berkenaan sebab nak tunggu dia sendiri membahaskan isu ini sebagai isu yang besar," ujarnya.Laporan RCI setebal 211 halaman mengenai TH yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan.





Kerajaan beri lebih tumpuan kepada 'ekonomi rakyat' - Fahmi - Sinarharian - 10/08 4:01 pm

Perkara ini memang dalam perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Jemaah Menteri."Inilah yang membolehkan rakyat melihat bahawa kecemerlangan di peringkat nasional benar-benar memberi kesan sehingga dapat dinikmati, dirasai dan dizahirkan dalam kocek rakyat. Ini akan menjadi satu daripada keutamaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi Zon Sabah dan Labuan di sini pada Isnin.Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) kementerian Datuk Aminurrahim Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Erwin Khairul Ahmad.Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti Suwadi Guliling dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datin Rozita Waty Ridzuan.Fahmi berkata, meskipun kerajaan terus memberi perhatian terhadap prestasi ekonomi makro secara keseluruhan, aspek yang lebih penting ialah memastikan pertumbuhan ekonomi tersebut dapat diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai secara langsung oleh setiap individu dalam kehidupan seharian.Beliau berkata, perhatian terhadap realiti kehidupan rakyat juga penting khususnya dalam pelaksanaan dasar seperti penyasaran subsidi yang memberi kesan berbeza mengikut lokasi dan keadaan setempat, termasuk di Sabah dan Sarawak yang mempunyai jarak perjalanan antara daerah yang jauh.Fahmi berkata, dalam konteks itu, kementerian dan agensi kerajaan turut mempunyai tanggungjawab memastikan dasar serta program yang dilaksanakan dapat diterangkan dengan tepat dan menyeluruh kepada rakyat bagi mengelakkan salah tafsir atau kekeliruan





Petisyen Bebaskan Ismahalil Hamzah Rupa-Rupanya Palsu, Isteri Kesal Ramai Terpedaya Bagi Sumbangan Wang - Ohmedia - 10/08 1:21 pm

Isteri Ismahalil Hamzah dedah petisyen bebas pengasas Bapakku FM palsu





Mesyuarat khas Dewan Rakyat bahas laporan RCI Tabung Haji esok - Sinarharian - 10/08 10:27 am

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan berlangsung esok.Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang disiarkan di portal Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang selama sehari bermula 10 pagi.Persidangan itu turut disiarkan secara langsung menerusi platform YouTube Parlimen Malaysia serta saluran media rasmi.Mesyuarat khas itu dijadual dimulakan dengan sesi penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan berhubung laporan RCI berkenaan, diikuti sesi pertanyaan dan perbahasan oleh Ahli Parlimen.Sesi perbahasan itu kemudian dijangka digulung oleh Zulkifli dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Pada Rabu lepas, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bersetuju supaya persidangan khas Parlimen pada Selasa diadakan tanpa waktu rehat bagi memberi ruang secukupnya kepada Ahli Parlimen membahaskan Laporan RCI TH.Fahmi berkata sekurang-kurangnya 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan.Laporan RCI setebal 211 halaman mengenai TH yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.Antara dapatan utama RCI ialah kelemahan tadbir urus, termasuk campur tangan politik dalam pengurusan serta pengagihan keuntungan tanpa mengambil kira kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama pelaburan.Menurut laporan itu, TH sepatutnya mencatat kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017, bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti dilaporkan, sekiranya Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) diguna pakai sepenuhnya.Dapatan itu menunjukkan kedudukan kewangan TH ketika itu berada pada tahap kritikal, selain wujud jurang defisit antara aset dan liabiliti sejak 2014 serta beberapa isu berkaitan rosot nilai pelaburan.Laporan itu turut mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada krisis kewangan TH, antaranya pembayaran hibah yang tinggi, amalan perakaunan kreatif, ketidaktegasan Ketua Audit Negara, penambahan visi TH sebagai tonggak ekonomi ummah serta peningkatan tanggungan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).RCI turut mendapati wujud transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat





Kenyataan pertikai asal usul Melayu wajar jadi kesalahan jenayah - Mygazette - 10/08 8:13 am

Perkembangan teknologi internet telah membuka ruang kepada pelbagai kelompok mengetengahkan perspektif sejarah masing-masing sehingga wujud pelbagai bentuk naratif yang bersaing untuk mempengaruhi kefahaman masyarakat, katanya lagi. MalaysiaGazette Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun kerana mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan pembebasannya.





Dewan Ulama Pas pertahan Abdul Hadi dakwaan DAP mahu hapuskan Islam, Melayu - Sinarharian - 9/08 5:21 pm

SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP mempunyai agenda untuk menghapuskan kaum Melayu dan agama Islam di negara ini dibuat bersandarkan akidah dan sejarah, bukan mengikut sentimen perkauman.Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, percaturan politik di Malaysia tidak boleh dipisahkan daripada lipatan sejarah panjang Tanah Melayu yang perlu difahami rakyat.Menurut beliau, perkara yang dibangkitkan Ahli Parlimen Marang itu adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai pertembungan akidah dan jati diri menentang doktrin penjajahan baharu"Agenda DAP menerusi gagasan 'Malaysian Malaysia' hakikatnya adalah penjelmaan semula strategi perpecahan yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris





Tidak puas hati tandas rumah kotor, lelaki Bangladesh tetak rakan serumah - Mygazette - 9/08 4:53 pm

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas suspek akan dipohon di hadapan Majistrethari ini untuk membantu siasatan. - MalaysiaGazette Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun kerana mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan pembebasannya.





PhD era AI: Sahabat atau ancaman? - Mygazette - 9/08 4:53 pm

Tanpa polisi berani, integriti akademik akan runtuh dan PhD Malaysia akan kehilangan makna asalnya. Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun kerana mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan pembebasannya.





PRN Melaka: PH sambut baik keterbukaan BN runding bahagi kerusi - Mygazette - 9/08 4:53 pm

Beliau berkata, selain pertukaran kerusi dalam rundingan PRN Melaka, pendekatan sama boleh dipertimbangkan membabitkan negeri-negeri lain yang dikuasai parti rakan dalam gabungan. - MalaysiGazette Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun kerana mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan pembebasannya.





Runding bahagi kerusi secara rasmi, tak perlu suarakan di media sosial... - Mygazette - 9/08 4:53 pm

Pada majlis sama, beliau turut memberitahu lebih 400 program pelaksanaan WRUR peringkat Parlimen Tangga Batu telah dilaksanakan bagi menyantuni, mendengar masalah seterusnya membantu rakyat. Semalam, Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua parti dalam PN dan BN digesa mengamalkan sikap bertolak ansur dalam rundingan pembahagian kerusi menjelang PRN Melaka





“Saya Kecewa, Saya Sedih” – Peguam Pernah Bela Ismahalil Hamzah Buka Mulut Isu Hukuman 30 Tahun - Ohmedia - 9/08 12:02 am

Peguam Ahmad Zaharil jelaskan salah faham kes Ismahalil Hamzah dan hukuman penjara 30 tahun





Wawasan Terengganu 'buka pintu' buat bekas pemimpin, ahli Bersatu - Sinarharian - 8/08 4:44 pm

KUALA TERENGGANU Parti Wawasan Negara (Wawasan) Terengganu sedia membuka pintu kepada pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu yang telah meletak jawatan sekiranya mereka berhasrat untuk meneruskan perjuangan politik bersama wadah baharu yang lebih inklusif.Penyelaras Parti Wawasan Negara Terengganu, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, ketetapan itu dibuat berteraskan gagasan Konsensus Nasional Baharu yang menjadi falsafah perjuangan parti berkenaan.Menurutnya, sikap terbuka tersebut lahir daripada keyakinan bahawa landskap politik Malaysia perlu bergerak melangkaui perbezaan dalaman atau pergolakan semasa dengan berorientasikan kepentingan masa depan rakyat dan negara."Ia bertepatan dengan jiwa besar Presiden Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengajak rakan-rakan pimpinan Bersatu yang telah berhenti untuk berjuang bersama Wawasan Negara ketika Mesyuarat Khas Perwakilan parti malam tadi."Sebagai parti yang menjadi jambatan penyatuan, Wawasan Negara mahu membuka ruang untuk menyatukan pengalaman, tenaga dan kekuatan semua pihak yang percaya bahawa politik Malaysia memerlukan pendekatan lebih matang, inklusif dan berteraskan kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Bersatu Terengganu berdepan krisis kepimpinan apabila pemimpin utamanya mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut sehingga menjejaskan struktur kepimpinan di peringkat negeri.Situasi itu bermula selepas Razali melepaskan jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri yang disandangnya sejak 10 tahun lalu berkuat kuasa serta-merta.Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca tindakannya, namun mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Julai lalu.Selain Razali, dua lagi pemimpin kanan parti yang dikatakan akan turut melepaskan jawatan ialah ADUN Telemong, Mohd Zawawi Ismail selaku Ketua Penerangan Bersatu Negeri dan ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin sebagai Bendahari Bersatu Negeri.Sementara itu, ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat yang memegang jawatan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri turut memberikan bayangan untuk mengambil keputusan sama.





Malacca polls: Wawasan Negara wants to defend two seats, but urges PN-BN compromise - Mkini - 8/08 2:30 pm

Hamzah eyeing Bemban and Sungai Udang.





Former PM Ismail Sabri admitted to IJN, charge deferred to Aug 27 - Sinchew - 8/08 7:47 am

He will be present in court to face charges on Aug 27. Datuk Amer Hamzah Arshad, counsel for Ismail Sabri, said the member of parliament for Bera will be undergoing a medical procedure to place a pacemaker after Friday prayers





Edar dadah: Bekas DJ Ismahalil dipenjara 30 tahun serta-merta - Mygazette - 8/08 7:47 am

# Edar dadah: Bekas DJ Ismahalil dipenjara 30 tahun serta-merta PUTRAJAYA - Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun kerana mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan pembebasannya





Wawasan bincang rombakan besar, jawatan Pengerusi dijangka dimansuhkan - Mygazette - 8/08 7:47 am

# Wawasan bincang rombakan besar, jawatan Pengerusi dijangka dimansuhkan PETALING JAYA Parti Wawasan Negara (Wawasan) dijangka melakukan rombakan besar terhadap struktur pentadbirannya apabila Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) yang berlangsung malam ini membincangkan beberapa pindaan penting termasuk pemansuhan jawatan Pengerusi parti. Mesyuarat itu yang turut dihadiri Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berlangsung di Tqropicana Golf & Country Resort di sini, yang bermula kira-kira pukul 8.45 malam tadi





PRN Melaka: PN-BN perlu tolak ansur agih kerusi demi kekalkan ???Gelombang .. - Mygazette - 8/08 7:47 am

# PRN Melaka: PN-BN perlu tolak ansur agih kerusi demi kekalkan Gelombang Biru - Hamzah PETALING JAYA Semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) digesa mengamalkan sikap bertolak ansur dalam rundingan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





Wawasan rombak perlembagaan, angkat falsafah baharu demi ???Malaysia lebih .. - Mygazette - 8/08 7:47 am

# Wawasan rombak perlembagaan, angkat falsafah baharu demi Malaysia lebih baik - Hamzah PETALING JAYA Parti Wawasan Negara (Wawasan) secara rasmi meluluskan pindaan menyeluruh terhadap perlembagaan parti sebagai langkah memperkukuhkan hala tuju perjuangannya selepas mengambil alih parti yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Cinta Malaysia (PCM)





Pas perlu pertimbangan mendalam jika Zahid jadi ‘poster boy’ .. - Mygazette - 8/08 7:47 am

Soal calon Perdana Menteri pula hanya akan dirundingkan selepas keputusan PRU16 diperoleh," katanya. Sebelum ini, Ahmad Zahid secara sinis mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang mencadangkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU16





Nafi PN-BN bergolak, dakwaan keretakan cubaan pecah belah gabungan – .. - Mygazette - 8/08 7:47 am

# Nafi PN-BN bergolak, dakwaan keretakan cubaan pecah belah gabungan - Hamzah PETALING JAYA Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan wujud sebarang keretakan dalam kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN)





Former PM Ismail Sabri undergoes successful pacemaker procedure at IJN - Sinardaily - 8/08 7:00 am

Visits are currently restricted to immediate family members to support his recovery process and protect his privacy."IJN respectfully requests all parties to respect his and his family's privacy during this period. Any further developments, if appropriate, will be communicated from time to time through official channels," IJN said in a statement on August 7.Earlier, Ismail Sabri's lawyer, Datuk Amer Hamzah Arshad, informed the court that doctors confirmed his client experienced possible arrhythmia requiring further investigation





Hamzah calls for give-and-take in Melaka seat talks - FMT - 8/08 12:09 am

The Wawasan president says the leaders of BN and PN must sit together and work out how to continue the blue wave that began in the Johor polls.





PN, BN perlu bertolak ansur agih kerusi jika mahu kekalkan 'gelombang biru' - Hamzah - Sinarharian - 7/08 11:54 pm

PETALING JAYA - Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk bertolak ansur dalam pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya mahu meneruskan momentum 'gelombang biru'.Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semangat kompromi penting bagi memastikan kerjasama antara parti dapat dikekalkan demi agenda yang lebih besar."Jika kita benar-benar mahu bersama, kita perlu melihat kepada 'gelombang biru' yang bermula di Johor dan diteruskan di Negeri Sembilan."Sekiranya mahu mengekalkan gelombang itu, kita mesti mempunyai semangat bertolak ansur," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Wawasan di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan gabungan itu berhasrat mempertahankan kesemua 21 kerusi yang kini disandangnya di Melaka.Menurutnya, hasrat tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selain menyifatkan momentum 'gelombang biru' yang bermula di Johor dan diteruskan di Negeri Sembilan dijangka terus mara ke Melaka.Dalam pada itu Hamzah menjelaskan, rundingan pengagihan kerusi perlu dibincangkan dalam kalangan pemimpin parti yang terlibat kerana setiap parti sememangnya mempunyai hasrat untuk bertanding di lebih banyak kerusi."Insya-ALLAH, apabila menyentuh mengenai kehendak setiap parti, sudah tentu semua orang mahukan lebih banyak kerusi."Tetapi apabila kita melihat gambaran yang lebih besar, ia bukan hanya mengenai Melaka





Kena tolak ansur demi gelombang biru, tegas Hamzah - FMT - 7/08 11:49 pm

Presiden Wawasan ulas kenyataan Pengerusi BN Zahid Hamidi yang menyatakan gabungan itu mahu pertahan 21 kerusi menjelang PRN Melaka.





Setiap parti ada pendirian, PN ikut perlembagaan gabungan - Hamzah - Sinarharian - 7/08 11:33 pm

PETALING JAYA - Pemikiran atau keputusan sesebuah parti tidak boleh dianggap mewakili pendirian Perikatan Nasional (PN) kerana gabungan itu mempunyai perlembagaan serta mekanisme membuat keputusan yang tersendiri.Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan, orang ramai perlu memahami bahawa PN ialah gabungan beberapa parti politik, manakala setiap parti dalam gabungan itu mempunyai perlembagaan masing-masing yang berbeza."Banyak jenis perlembagaan dari parti-parti lain, jadi pemikiran parti lain tidak diambil kira dalam gabungan kerana gabungan itu sendiri ada perlembagaan."Jadi kalau hari ini sebagai contoh, jika terdapat keperluan untuk meminda perlembagaan dalam PN, perkara itu boleh diputuskan melalui mesyuarat gabungan."Namun bagi Wawasan, pindaan perlembagaan perlu dibuat melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang melibatkan perwakilan





Kronologi kes Ismahalil - Sinarharian - 7/08 10:42 pm

Latar belakang- Ismahalil Hamzah atau lebih dikenali sebagai Isma Halil.- Merupakan bekas penyampai radio atau DJ yang kini berusia 53 tahun.- Dilahirkan pada 17 Februari 1973- Merupakan pengasas stesen radio dalam talian Bapakku FMProfil Kerjaya- Veteran industri: Ismahalil mempunyai pengalaman lebih 31 tahun sebagai penyampai radio dan DJ, selain dikenali dengan pemilihan lagu berkonsepkan rock dan blues yang berjaya menarik ramai pendengar setia.- Stesen radio: Sebelum menubuhkan platform digital sendiri, dia pernah berkhidmat di beberapa rangkaian radio popular di Malaysia.- Keusahawanan: Mengasaskan Bapakku FM, sebuah stesen radio penstriman dalam talian yang memfokuskan kepada peminat muzik rock tempatan serta membina komuniti pendengar yang rapat.Kronologi Kes Mahkamah - Pada 5.35 petang 27 Ogos 2021, Ismahalil ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan menemukan 374.6 gram kanabis.- Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang ketika itu memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.- Pada 6 September 2021, dia didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabi- Pada 21 Februari 2022, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.- Pada 27 Februari 2023, Ismahalil menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, selepas mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut.- Pada 17 Julai 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Ismahalil selepas memutuskan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah berhubung pemilikan serta kawalan terhadap bagasi yang mengandungi bahan terlarang tersebut.- Pada 7 Ogos 2026 Ismahalil dihukum penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021.- Keputusan dibuat sebulat suara tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid.- Hukuman penjara 30 tahun berkenaan bermula 7 Ogos 2026.





Ismail Sabri selamat jalani prosedur pasang alat perentak jantung - Sinarharian - 7/08 8:21 pm

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat menjalani prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar atau 'leadless pacemaker' pada Jumaat.Institut Jantung Negara (IJN) berkata, bekas Perdana Menteri itu dinasihatkan supaya berehat selepas prosedur tersebut.Menurut IJN, lawatan terhadap Ismail Sabri ketika ini hanya dihadkan kepada ahli keluarga terdekat bagi menyokong proses pemulihan beliau di samping memastikan privasinya terjaga."IJN dengan hormatnya memohon agar semua pihak menghormati privasi beliau serta ahli keluarganya sepanjang tempoh ini."Sebarang perkembangan lanjut, jika bersesuaian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi," katanya dalam kenyataan.Sebelum ini, peguam Ismail Sabri, Datuk Amer Hamzah Arshad memaklumkan doktor mengesahkan anak guamnya mengalami possible arrhythmia yang memerlukan siasatan lanjut.Beliau berkata demikian ketika memohon penangguhan prosiding di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat di hadapan Hakim, Suzana Hussin.Menurut Amer, Ismail Sabri dijadual menjalani prosedur pemasangan alat perentak jantung pada jam 2 petang dan dijangka menerima rawatan di wad selama beberapa hari.Beliau turut memohon supaya 27 Ogos ditetapkan sebagai tarikh baharu bagi prosiding kes berkaitan pengisytiharan harta di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).





Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun ketidaktentuan global - Amir Hamzah - Sinarharian - 7/08 7:14 pm

PUTRAJAYA - Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan konflik geopolitik, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.Beliau berkata, ekonomi negara berkembang sebanyak 5.2 peratus pada 2024 dan mengekalkan kadar pertumbuhan yang sama pada tahun lepas, manakala Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) pada suku pertama tahun inimeningkat kepada 5.4 peratus."Kalau kita tengok dari segi keseluruhannya, ekonomi Malaysia kuat





Doakan, ini bahagian ayah' - Titipan terakhir Ismahalil sebelum ke penjara - Sinarharian - 7/08 6:52 pm

PUTRAJAYA - Pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah menzahirkan rasa syukur atas keputusan yang dianggap sebagai ketentuan ALLAH SWT selepas Mahkamah Rayuan, di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atasnya kerana mengedar dadah.Ismahalil, 53, berkata demikian menerusi rakaman video berdurasi seminit lima belas saat yang dikongsikan isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf kepada rakan-rakan ahli kumpulan WhatsApp Bapakku FM.Sambil memeluk isteri dan ditemani anak mereka, Ismahalil kelihatan tenang ketika memberikan ucapannya."Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh





Ismahalil Dipenjara 30 Tahun Kerana Edar Dadah - Siakapkeli - 7/08 6:51 pm

Ismahalil Dipenjara 30 Tahun Kerana Edar Dadah PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah dipenjara 30 tahun oleh Mahkamah Rayuan d





Demi Allah Saya Tak Menyalahkan Siapa-Siapa, Semua Ketentuan Allah - Rotikaya - 7/08 6:25 pm

Penyampai radio, Ismahalil Hamzah menyifatkan keputusan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan mengedar dadah adalah ketentuan Allah





Ismahalil Hamzah Buat Video Pesanan Terakhir Kepada Isteri Dan Anak-Anak - Ohmedia - 7/08 4:10 pm

Ismahalil Hamzah reda selepas dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan sempat menitipkan pesanan buat keluarga serta sahabat





Bersalah Edar Dad*h, Bekas Penyampai Radio Dipenjara 30 Tahun Bermula Hari Ini - Beautifulnara - 7/08 4:02 pm

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah





'Saya tak menyalahkan siapa-siapa, semua ketentuan Allah' - Ismahalil - Hmetro - 7/08 3:46 pm

Kuala Lumpur: Pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah melahirkan kesyukuran atas keputusan yang disifatkan sebagai ketentuan Allah menerusi video pendek selepas dijatuhi hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan mengedar dadah, hari ini





Ismail Sabri mahu bersih nama tapi fokus kesihatan dulu – Peguam - Mygazette - 7/08 3:30 pm

# Ismail Sabri mahu bersih nama tapi fokus kesihatan dulu - Peguam KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan bekas Perdana Menteri itu perlu menjalani prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker) selepas pemeriksaan menggunakan alat pemantau Holter mengesan masalah pada jantungnya ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, perkembangan itu menyebabkan cadangan untuk membacakan pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera berkenaan di IJN tidak praktikal memandangkan beliau perlu menjalani prosedur berkenaan





Mahkamah ketepi pembebasan, Ismahalil dipenjara 30 tahun - FMT - 7/08 3:23 pm

Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah tidak dikenakan minimum 12 sebatan kerana sudah berusia lebih 50 tahun.





Mahkamah Rayuan putuskan Ismahalil dihukum penjara 30 tahun mulai hari ini - Sinarharian - 7/08 3:17 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah pada September 2021.Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin, bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid.Dalam penghakiman berkenaan, Noorin memaklumkan hukuman penjara 30 tahun terhadap Ismahalil bermula hari ini.Sementara itu, dalam hujahan yang disampaikan Radzi, panel berpendapat terdapat alasan yang mencukupi untuk campur tangan terhadap dapatan Hakim Mahkamah Tinggi yang dibuat pada akhir kes pembelaan.Mahkamah Rayuan kemudian mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembebasan Ismahalil dan menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadapnya.AKAN MENYUSUL





Rayuan pendakwaan dibenar, DJ Ismahalil dijel 30 tahun - Kosmo - 7/08 3:14 pm

PUTRAJAYA – Bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah dihukum dipenjara 30 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah lima tahun lalu





Mahkamah Rayuan Ketepikan Keputusan Mahkamah Tinggi, Ismahalil Dipenjara 30 Tahun Kes Dadah - Ohmedia - 7/08 3:01 pm

Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan sabitkan kes mengedar dadah





Ismahalil dipenjara 30 tahun bermula hari ini - Utusan - 7/08 2:55 pm

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dengan menjatuhkan hukum penjara 30 tahun atas kesalahan mengedar dadah





Ex-radio DJ gets 30 years jail after appeals court overturns acquittal - FMT - 7/08 2:42 pm

Ismahalil Hamzah is, however, spared the minimum 12 strokes of the rotan as he is above 50 years old.





Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan bebas, Ismahalil Hamzah dihukum .. - Hmetro - 7/08 2:34 pm

Putrajaya: Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021





Ismail Sabri expected to undergo pacemaker procedure today, says lawyer - Sinardaily - 7/08 2:27 pm

KUALA LUMPUR Former prime minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob is expected to undergo a pacemaker implantation procedure at the National Heart Institute (IJN) on Friday.His lawyer Datuk Amer Hamzah Arshad said it would not be practical for the prosecution to proceed with reading the charges at IJN given the Bera member of parliament's current health condition.According to him, the emergency treatment was required after Ismail Sabri suffered health complications on Thursday.Yesterday, he was at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) headquarters from 9am to 6pm.During the process, his health deteriorated before he was taken to IJN for immediate treatment, he told reporters at the Kuala Lumpur Court Complex.Earlier, the prosecution proceedings against Ismail Sabri under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 were postponed to Aug 27 by the Sessions Court in Kuala Lumpur.Amer Hamzah said Ismail Sabri had a history of health problems.He suffered a fall two weeks ago and was admitted to Pantai Hospital.He was also scheduled to undergo a follow-up medical examination next Monday, he said.





Ismail Sabri mungkin alami degupan jantung tidak sekata arrhythmia - Sinarharian - 7/08 12:30 am

KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai mengalami masalah degupan jantung tidak sekata sehingga terpaksa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN), pada Khamis.Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Bera berusia 66 tahun itu berkata, doktor yang merawat mengesahkan anak guamnya mengalami possible arrhythmia yang memerlukan siasatan lanjut.Beliau berkata demikian ketika memohon penangguhan prosiding di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat di hadapan Hakim, Suzana Hussin.Menurut Amer, pemimpin UMNO itu dijadualkan menjalani prosedur pemasangan alat perentak jantung iaitu pacemaker pada jam 2 petang Jumaat dan dijangka dimasukkan ke wad selama beberapa hari."Kami juga memohon agar 27 Ogos ditetapkan sebagai tarikh baharu untuk prosiding berkenaan."Memandangkan anak guam kami masih berada di bawah jaminan SPRM, tiada isu beliau akan melarikan diri."Mahkamah juga dialu-alukan untuk melawat beliau sekiranya perlu," katanya yang hadir bersama seorang lagi peguam, Ragunath Kesavan.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan memaklumkan bahawa, pihak pendakwaan telah memfailkan pertuduhan terhadap Ismail Sabri dan memperoleh izin untuk mendakwanya.Bagaimanapun, beliau berkata, memandangkan ahli politik berkenaan masih berada di bawah jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkannya untuk hadir ke mahkamah, pihak pendakwaan tidak membantah permohonan penangguhan atas dasar kemanusiaan."Kami bersetuju, sebaik sahaja beliau dibenarkan keluar dari hospital dan disahkan sihat, pembacaan pertuduhan serta pengambilan pengakuan boleh dibuat pada 27 Ogos," katanya.Mengikut sistem kehakiman, pertuduhan terhadap Ismail Sabri sepatutnya dibacakan pada jam 9 pagi Jumaat.Susulan itu, Suzana menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh baharu bagi prosiding pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan terhadap Ismail Sabri.Pada prosiding tersebut, Farah Ezlin dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin dan Nurul Qistini Qamarul Abrar.Amer pula turut disertai peguam, Datuk Seri Rajan Navaratnam, Joshua Tay, Tan Xu Yin, Aswath Ramakrishnan dan Sanjey G Sangkar.





Ismail Sabri digegaskan ke IJN oleh pegawai SPRM, pendakwaan ditangguh 27 Ogos - Sinarharian - 7/08 10:01 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat ditangguhkan selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah kesihatan.Bekas Perdana Menteri itu dikatakan digegaskan ke pusat perubatan itu oleh pegawai SPRM pada petang semalam selepas mengadu sakit dada ketika memberikan kenyataan di ibu pejabat agensi tersebut.Beliau juga akan menjalani prosedur pemasangan alat perentak jantung (pacemaker) di IJN pada petang ini.Hakim, Suzana Hussin kemudian menetapkan prosiding pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan terhadap Ahli Parlimen Bera berusia 66 tahun itu pada tiga minggu akan datang."Memandangkan tertuduh kini berada di IJN kerana isu kesihatan, termasuk permohonan penangguhan oleh pembelaan serta pendakwaan, mahkamah membenarkan prosiding pembacaan pertuduhan termasuk pengambilan pengakuan akan dilakukan pada 27 Ogos," kata hakim.Berdasarkan sistem kehakiman, pertuduhan terhadap Ismail Sabri sepatutnya dibacakan pada jam 9 pagi Jumaat.Semasa prosiding, peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ismail Sabri berkata, pihak pembelaan mengesahkan pertuduhan terhadap anak guamnya telah difailkan oleh pihak pendakwaan.Menurutnya, ketika berada di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis untuk memberikan keterangan dengan ditemani seorang lagi peguam, Ragunath Kesavan, Ismail Sabri dilaporkan mengalami masalah kesihatan."Beliau terpaksa digegaskan ke IJN dan doktor yang merawat mengesahkan anak guam mempunyai masalah kesihatan."Mesin Holter yang dipasang juga mengesan terdapat masalah pada jantung yang memerlukan siasatan serta rawatan lanjut," katanya.Beliau berkata, pihak hospital turut mengesahkan Ismail Sabri perlu menjalani prosedur pemasangan perentak jantung pada jam 2 petang ini.Sehubungan itu, katanya, pembelaan memohon prosiding pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan ditangguhkan ke satu tarikh lain."Atas belas ihsan mahkamah, kami memohon pembacaan pertuduhan, pengambilan pengakuan termasuk isu-isu berbangkit seperti ikat jamin ditetapkan pada tarikh lain."Ini kerana anak guam perlu dimasukkan ke wad dan dipantau oleh doctor jadi saya mencadangkan pertuduhan dijalankan apabila beliau benar-benar sihat untuk hadir ke mahkamah pada 27 Ogos ini," katanya.Amer Hamzah berkata, Ismail Sabri masih berada di bawah jaminan SPRM, justeru tiada risiko beliau akan melarikan diri, lebih-lebih lagi ketika ini sedang menerima rawatan di hospital.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan berkata, pihak pendakwaan tidak membantah permohonan penangguhan atas faktor kesihatan tertuduh."Adalah adil atas sifat kemanusiaan, kami tidak akan membantah permohonan penangguhan berkenaan."Bagaimanapun, kami memohon prosiding diteruskan pada 27 Ogos ini, tertakluk kepada keadaan kesihatan tertuduh selepas dibenarkan keluar dari wad dan disahkan cukup sihat untuk hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan serta mengambil pengakuan," katanya.Pada 1 Oktober 2025, Mahkamah Sesyen di sini melucutkan hak wang tunai pelbagai mata wang asing berjumlah kira-kira RM169 juta yang didakwa milik Ismail Sabri kepada Kerajaan Malaysia.Wang berkenaan melibatkan RM14,772,150; SG$6,132,350; AS$1,461,400; CHF3 juta (franc Swiss); EUR12,164,150; JPY363,000,000 (yen); 50,250 (pound sterling); NZ$44,600; AED34,750,000 (dirham Emiriah Arab Bersatu) dan AUD352,850.Hakim sama membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan kerana tiada pihak ketiga yang berkepentingan tampil mencabar prosiding pelucuthakan harta terbabit.Pada 8 September tahun sama, mahkamah diberitahu bahawa Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, yang dinamakan sebagai responden, tidak berhasrat mencabar permohonan pendakwaan untuk melucutkan hak wang tunai yang disita SPRM.Pada sidang media pada Mac 2025, SPRM mempamerkan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.Wang dan jongkong emas itu dipamerkan selepas SPRM mendedahkan rampasan wang tunai ratusan juta ringgit serta pelbagai barangan berharga di tiga premis, termasuk sebuah 'safehouse', yang dikaitkan dengan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.





Amir Hamzah: Govt to unlock markets, private capital must drive investment - Malaymail - 6/08 12:55 am

KUALA LUMPUR, Aug 6 The governments role is to maintain a credible policy and fiscal framework whil...





Malaysia needs more firms to grow into national champions, regional leaders, says Amir Hamzah - Malaymail - 5/08 9:32 am

KUALA LUMPUR, Aug 5 Malaysia needs more companies capable of progressing from promising enterprises i...





Impian Nik Haziera jadi atlet para lawan pedang akhirnya tercapai - Sinarharian - 4/08 6:43 pm

TEMERLOH Impian atlet para lawan pedang negara, Nik Haziera Saffiya Nik Husmadi untuk mengembangkan bakat dalam arena sukan akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau secara rasmi dipilih sebagai Atlet Program Latihan Pelapis Kebangsaan.Perkembangan itu diumumkan ketika kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari ke kediaman atlet berusia 18 tahun itu di Temerloh baru-baru ini bagi menyampaikan sendiri kontrak lantikannya selain memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan keluarga.Pelantikan tersebut membuka lembaran baharu buat Nik Haziera yang sebelum ini mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila kisah ketabahannya bangkit daripada tragedi kemalangan sehingga kehilangan kaki kanan menjadi inspirasi ramai.Dalam kunjungan berkenaan, Dr Mohammed Taufiq turut memaklumkan bahawa Nik Haziera akan mengikuti pakej latihan sepenuh masa sebagai persediaan mempertingkatkan prestasi dan mengembangkan potensinya di peringkat lebih tinggi.Pelantikan Nik Haziera sebagai Atlet Pelapis Kebangsaan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja berkaitan pada 27 April lalu, manakala sukan para lawan pedang turut diputuskan menjalani latihan secara sepenuh masa mulai tahun ini susulan pencapaian memberangsangkan di Sukan Para ASEAN sebelum ini.Malah, beliau juga telah menyertai Kem Fasa 1 Sukan Para ASEAN 2027 yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan sebagai persediaan awal menghadapi temasya dwitahunan itu.Sebelum ini, akhbar melaporkan Nik Haziera menyimpan impian untuk bergelar atlet negara walaupun dalam masa sama membantu kakaknya, Nik Haznita mengusahakan perniagaan cendol bagi menampung kehidupan keluarga selepas kedua-dua mereka kehilangan kaki kanan akibat kemalangan jalan raya.Kisah kecekalan dua beradik itu mengundang perhatian ramai apabila mereka memilih untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan berniaga cendol demi membantu meringankan beban keluarga, sambil Nik Haziera terus mengejar cita-citanya dalam sukan para lawan pedang.Kunjungan Menteri Belia dan Sukan itu sekali gus menjadi simbol sokongan kerajaan terhadap pembangunan atlet para serta membuktikan bahawa kesungguhan dan semangat juang mampu membuka ruang kepada atlet berpotensi untuk terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Sofian Hamzah dan Pengarah Bahagian Para MSN, Shukri Harun.





Cukai perlu ikut arus digital, kata Amir Hamzah - FMT - 4/08 5:01 pm

Perubahan model perniagaan, transaksi rentas sempadan dan landskap cukai global memerlukan Malaysia terus memodenkan dasar serta pentadbiran percukaian bagi memastikan sistem kekal cekap dan kompetitif.





Hubungan Pas-UMNO: Tidak perlu ada batu api - Sinarharian - 4/08 3:29 pm

Pas kemudiannya diberi pilihan untuk mengambil tindakan terhadap wakil-wakil rakyat tersebut atau dianggap terkeluar daripada BN.Bagaimana mungkin Pas memecat hampir seluruh barisan kepimpinan kanannya hanya kerana mereka mematuhi keputusan parti? Fakta asasnya jelas, iaitu Pas tidak meninggalkan BN, sebaliknya Pas disingkirkan selepas enggan tunduk dalam isu yang melibatkan mandat politik dan kerajaan negerinya.Kedua, pemutusan hubungan antara Pas dan Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada pada 14 Julai 1996 juga tidak wajar dibebankan kepada Pas.Semangat 46 mengalami kemerosotan selepas Pilihan Raya Umum 1995 sebelum dibubarkan pada 6 Oktober 1996. Tengku Razaleigh Hamzah dan sebahagian besar pengikutnya kemudian kembali menyertai UMNO.Sebelum itu, hubungan Pas-Semangat 46 telah terjejas apabila Semangat 46 menyokong calon lawan Pas, iaitu BN, dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Asahan pada 22 Jun 1996.Dari perspektif Pas, tindakan menyokong lawan politik sendiri sebelum kembali kepada UMNO merupakan pelanggaran nyata terhadap kepercayaan dalam APU.Oleh itu, dakwaan bahawa Pas "meracun" atau menghancurkan Semangat 46 terbalik daripada urutan peristiwa sebenar.Ketiga, dalam Barisan Alternatif (BA), DAP sendiri mengambil keputusan keluar pada 22 September 2001 kerana tidak bersetuju dengan pendirian Pas mengenai negara Islam.Pas menganggap perjuangan Islam sebagai identiti dan tujuan asas penubuhannya manakala DAP mempertahankan kerangka politik sekularnya.Pas tidak boleh dituduh menikam DAP hanya kerana enggan menggugurkan prinsip terasnya demi memastikan sebuah gabungan terus hidup.Apa yang berlaku ialah pertembungan ideologi yang tidak dapat didamaikan





BUDI95 jimat RM4 bilion setahun - Utusan - 4/08 7:13 am

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95) membolehkan penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun bagi menyediakan ruang untuk meningkatkan bantuan sosial kepada rakyat. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah penjimatan fiskal tahunan itu tertakluk kepada harga minyak mentah dunia, pertukaran mata wang dan corak penggunaan sebenar





Empat maut dihempap pokok: 'Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar buat UMNO Pahang' - Sinarharian - 3/08 8:47 pm

KUANTAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran antara empat yang terkorban dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Lama Kuala Lumpur menuju ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong, tengah hari tadi.Beliau berkata, pemergian Mohd Radzi Rahimi, 40, satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga Allahyarham tetapi juga kepada UMNO Bahagian Maran dan UMNO Pahang, khususnya kepada Pergerakan Pemuda negeri itu."Allahyarham dikenali sebagai pemimpin muda yang komited, berjiwa rakyat dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan parti."Bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Pahang, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham."Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.Menteri Besar Pahang itu memaklumkan kejadian turut mengorbankan tiga ahli keluarga Mohd Radzi, iaitu isteri Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak Muhammad Rizz Hazim, lima tahun, serta adik ipar Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Radzi."Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa, menerima segala amalan serta mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar daripada urusan dunia," katanya.Ketua UMNO Bahagian Jerantut Haris Salleh Hamzah juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan mereka dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian itu.Terdahulu, polis mengesahkan empat maut manakala seorang kanak-kanak cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Lama Kuala Lumpur menghala ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong.Kanak-kanak yang cedera ialah kembar kepada kanak-kanak yang maut.- Bernama





Asyraf Wajdi zahir ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pemuda UMNO Maran - Sinarharian - 3/08 7:51 pm

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga empat mangsa yang maut dalam tragedi kenderaan pacuan empat roda dihempap pokok tumbang di Bentong, Pahang.Beliau turut merakamkan rasa dukacita kepada warga UMNO Bahagian Maran susulan kehilangan Ketua Pemuda UMNO Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahimi yang terkorban dalam kejadian berkenaan bersama isteri, anak dan adik iparnya."Menerima perkhabaran sedih mengenai kemalangan yang meragut nyawa Allahyarham Mohd Radzi berserta isteri, anak dan adik iparnya di Janda Baik."Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan UMNO Bahagian Maran," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Asyraf Wajdi turut mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa mangsa, melimpahkan rahmat dan menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.Sebelum ini, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah turut berkongsi berita duka mengenai pemergian Allahyarham Mohd Radzi bersama tiga ahli keluarganya.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah Isnin, empat individu termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong, Bentong.Mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan berusia 35 tahun, seorang wanita berusia 36 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipangku, serta seorang lelaki berusia 40 tahun yang berada di bahagian penumpang.Seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai kembar kepada mangsa kanak-kanak yang maut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan lanjut.





Maran Umno Youth chief, three family members killed in falling tree tragedy near Janda Baik - Sinardaily - 3/08 7:46 pm

TEMERLOH - Maran Umno Youth chief Mohd Radzi Rahimi was among the four people killed after the four-wheel drive vehicle they were travelling in was crushed by a falling tree along the Kuala Lumpur-Bentong old road near Janda Baik, Bentong this afternoon.Jerantut Umnochief Haris Salleh Hamzah, in a Facebook post today, said the tragedy claimed the lives of Mohd Radzi, his wife, child and brother-in-law."May Allah SWT forgive all their sins, bestow His mercy upon them and place them among the righteous," he said.He also extended his condolences to Mohd Radzi's family and prayed that they be granted strength, patience and fortitude in facing the tragedy.Bentong district police chief Supt Zaiham Mohd Kahar said the deceased were a 35-year-old male driver, a 36-year-old woman who was the front passenger along with a five-year-old boy seated on her lap, and another 40-year-old man who was seated at the back.A second five-year-old boy, who was seated at the back of the vehicle, was injured and taken to Bentong Hospital for treatment.Earlier, the media reported that four individuals were killed and a child was injured in the crash





Tragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga maut - Sinarharian - 3/08 6:23 pm

KUANTAN - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi, 40, antara empat mangsa yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong, Bentong pada Isnin.Turut maut, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.Seorang lagi anak kembar Mohd Radzi dilaporkan parah dan kini dirawat di Hospital BentongBerita duka itu dikongsikan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah menerusi satu hantaran di Facebooknya."Salam Takziah





BUDI95 fuel subsidy reform frees up RM4bil for aid programmes, says Amir Hamzah - FMT - 3/08 2:02 pm

More than 14.2 million of 16.7 million Malaysians eligible for the BUDI95 targeted fuel subsidy programme have benefited from the initiative.




Reformasi     >>



Nilai rep Arul takes over as N Sembilan DAP chief, .. - Mkini
Loke will remain a member of the state DAP committee.
Kroni     >>



Sentuhan Hamilton belum tumpul – Hill - Utusan
LONDON: Bekas juara dunia Formula 1 (F1), Damon Hill menyifatkan kebangkitan prestasi Lewis Hamilton bersama Ferrari musim ini membuktikan juara tujuh kali dunia itu masih memiliki pengaruh besar untuk kembali ke landasan kemenangan. Hamilton melalui musim pertama mengecewakan bersama Ferrari pada 2025 ..
Tabloid     >>



Pernah Jadi Juara Tilawah Al-Quran, Ini 10 Fakta .. - Beautifulnara
Berperwatakan lembut dan merupakan ibu kepada empat cahaya mata, Pengiran Raabiatul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah merupakan antara individu dalam lingkungan kerabat diraja Brunei Darussalam yang sering mendapat perhatian warga maya. Pengiran Raabiatul mendirikan rumah tangga dengan Paduka ..
Tech     >>



Ulasan Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra – Macam Lain .. - Amanz
Pada bulan lepas, Samsung telah melancarkan tiga buah peranti pintar boleh-lipat terbaru mereka, yang termasuklah Samsung Galaxy Z Fold8, Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra dan Samsung Galaxy Z Flip8. Apa yang berbeza kali ini ialah peranti Z Fold8 Ultra hadir dengan rekaan sama seperti peranti ..
World     >>



US 'low-keying' negotiations as Iran reshuffles key .. - Cgtn
The US and Iran appear to be adjusting their respective positions as uncertainty continues to surround the future of their confrontation, with the reopening of the Strait of Hormuz remaining a key sticking point in negotiations.
Motor Trend     >>



Motosikal Rasmi: Yamaha Xmax 300 Tech Max Tiba Di .. - Mekanika
# RASMI: YAMAHA XMAX 300 TECH MAX TIBA DI MALAYSIA - RM28,499 **Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan Yamah XMAX 300 Tech Max untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM28,499.** Atas kertas, XMAX 300 dikuasakan enjin satu silinder 292cc SOHC yang berupaya menjana 28hp pada ..