| /// |
|
| Search : Diraja News | Page 1 |
|
Utamakan politik matang, henti budaya menghina ketika kempen ??? Musa .. - Mygazette - 19/06 4:17 pm Rakyat mahu melihat siapa yang mampu bekerja dan memberi hasil kepada negara, bukannya siapa yang paling kuat menyerang lawan politik, ujarnya. Ketika ditanya tentang tindakan yang sesuai terhadap pihak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R), Musa menegaskan penghinaan terhadap institusi diraja dan sentimen perkauman boleh menggugat keharmonian masyarakat sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana |
|
Agong berkenan terima mengadap Ketua Polis Negara - Mygazette - 19/06 4:17 pm # Agong berkenan terima mengadap Ketua Polis Negara KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Istana Bukit Tunku di sini |
|
Haramkan vape, elak pelajar sekolah salah guna dadah ??? Musa Hassan - Mygazette - 19/06 4:17 pm "Saya berharap lebih banyak sekolah akan tampil bekerjasama bagi memastikan usaha memberi kesedaran dan pendidikan kepada golongan muda dapat diperkasakan, katanya. Selain itu, Musa memberi jaminan MCCC sedia menjadi penghubung antara masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu menyelesaikan pelbagai isu keselamatan serta kebajikan mangsa jenayah |
|
Guru antara empat ditahan, jadikan rumah sarang ganja - Sinarharian - 19/06 3:30 pm BESUT Taktik licik empat lelaki termasuk seorang penjawat awam yang menjadikan sebuah rumah di Kampung Raja di sini sebagai sarang aktiviti dadah terbongkar selepas mereka ditahan pihak polis awal pagi Khamis.Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, pihak polis turut berjaya merampas bahan disyaki dadah jenis ganja seberat 21.70 gram yang dianggarkan bernilai RM1,085.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut hasil risikan berhubung aktiviti pengedaran dadah di kawasan terbabit."Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 25 hingga 36 tahun. Siasatan awal mendapati salah seorang daripada mereka merupakan penjawat awam yang berkhidmat sebagai guru," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Mengulas lanjut, Mohd Rozaime berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati tiga daripada empat suspek berkenaan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah dua seksyen berbeza iaitu Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Menurutnya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited dalam membanteras sebarang aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah tanpa kompromi."Orang ramai diminta agar terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dadah di kawasan mereka bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat," ujarnya. |
|
ADUN Pas, Bersatu senada biru diraja hadiri Sidang DUN Khas Selangor - Sinarharian - 19/06 12:02 am SHAH ALAM - Meskipun hubungan politik antara Pas dan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini tidak lagi sehaluan, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kedua-dua parti pembangkang itu dilihat tampil senada apabila mengenakan pakaian berwarna biru diraja pada Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jumaat.Menariknya, warna yang dipilih blok pembangkang itu seakan sama dengan pilihan pakaian Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ketika beliau membentangkan Fasa 2 Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.Kehadiran ADUN pembangkang dengan pakaian sedondon itu mencuri perhatian pemerhati serta petugas media yang mengikuti persidangan berkenaan.Situasi itu turut mencetuskan pelbagai reaksi termasuk gurauan mereka masih 'bersatu' dari segi warna pakaian meskipun tidak lagi bergerak dalam satu gabungan politik.Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik negara apabila membuat ketetapan untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu.Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan bagi membincangkan hala tuju parti dalam mendepani fasa politik baharu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan memutuskan hubungan tersebut dibuat selepas parti meneliti kedudukan serta hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa secara menyeluruh. |
|
Albert Tei buat laporan polis, SKMM terhadap KP J-KOM - Mygazette - 19/06 7:33 am Menurut Albert, hantaran tersebut didakwanya berpotensi menghasut sentimen perkauman dan kebencian sekali gus boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam. Katanya, kenyataan itu turut mempunyai elemen yang menyentuh sensitiviti melibatkan kaum, agama dan institusi diraja (3R) |
|
Jangan berlindung di sebalik istana jawab kritikan politik, Mahfuz .. - Mygazette - 19/06 7:33 am # Jangan berlindung di sebalik istana jawab kritikan politik, Mahfuz ingatkan Onn Hafiz KUALA LUMPUR Malum balas Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi terhadap teguran dan nasihat Perdana Menteri dengan mengaitkan peranan dan hubungan dengan institusi diraja disifatkan tidak wajar dalam konteks menjawab kritikan dan teguran politik |
|
Tiga Dron Anka THS Menjadi Aset Terkini TUDM Dengan Kemampuan Terbang Lebih 24 Jam - Amanz - 18/06 9:45 pm Tiga Dron Anka THS secara rasmi menjadi aset terkini Tentera Udara Diraja Malaysia pada Selasa lalu dengan majlis penyerahan dilakukan di Pangkalan Udara Labuan dihadiri oleh Menteri Pertahanan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin |
|
TUDM bangunkan radar pertahanan, pemantauan udara kawasan strategik - Sinarharian - 18/06 4:14 pm SUBANG -Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang membangunkan radar pertahanan udara dan pemantauan di beberapa kawasan strategik diseluruh negara bagi meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan operasi pasukan keselamatan itu.Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata, radar pertahanan udara dibangunkan di Bintulu, Sarawak;Bukit Peteri, Terengganu dan Bukit Lunchu, Johor manakala radar pemantauan udara di Pulau Layang-Layangdi Laut China Selatan."Keupayaan ini penting untuk meningkatkan pengesanan awal dan menutup jurang pemantauan ruang udara negarakhususnya di kawasan strategik," katanyaketika berucap pada Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-68di sini pada Khamis.Muhamad Norazlan berkata, pembangunan radar itumerupakan sebahagian daripada langkah pemodenan di bawahfasa pertama Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM2055 (CAP55) bagi memastikan pembangunan keupayaan sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan ancaman masa hadapan.Menyentuh mengenai konflik di Asia Barat, beliau berkata, ia memberikan pengajaran sangat besar kepada dunia, termasuk Malaysiauntukterus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam mendepani realiti geostrategik yang semakin kompleks dan tidak menentu.Beliauberkata, gangguan terhadap laluan komunikasi laut di Selat Hormuz bukan sahaja menjejaskan bekalan tenaga dunia, malah turut memberi impak kepada ekonomi global, rantaian bekalan dan kestabilan pasaran antarabangsa, termasuk Malaysia."Realiti ini menuntut kita untuk lebih peka dan bersedia dalam mempertahankan kedaulatan negara, yangmana Malaysia selaku sebuah negara maritim amat bergantung kepada keselamatan laluan komunikasi laut, khususnya di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang menjadi nadi kepada perdagangan dan ekonomi negara," katanya.Terdahulu, Muhamad Norazlan yang tiba di Pangkalan Udara Subang pada kira-kira jam 9 pagi, menerima tabik hormat dan seterusnya membuat pemeriksaan perbarisan dengan diiringi ketua perbarisan Leftenan Kolonel Mohd Nazree Mansor.Beliau seterusnya menyampaikan Pingat Perkhidmatan Am (PPA) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) sertaSijil Kepujian Panglima Tentera Udara kepada 17 penerima dalam majlis yang turut dihadiri bekas-bekas Panglima Tentera Udara.Perbarisan bertemakan "Kuasa Udara, Perisai Negara" itu melibatkan keseluruhan kekuatan 16 pegawai dan 272 anggota lain-lain pangkat yang dibahagikan kepada empat flait merangkumi Pasukan Khas TUDM (PASKAU), Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU), Flait Gabungan Wanita dan Flait Gabungan Pelbagai Tred dalam TUDM.- Bernama |
|
388 kes gangguan seksual direkodkan lima bulan pertama tahun ini - Hui Ying - Sinarharian - 18/06 4:00 pm PORT DICKSON - Sebanyak 388 kes gangguan seksual direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying.Beliau berkata, ia berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut menunjukkan peningkatan daripada 477 kes pada 2022 kepada 1,038 kes berkaitan gangguan seksual pada tahun lepas.Peningkatan itu, menurut Hui Ying bukan sahaja mencerminkan kadar kes, tetapi keberanian masyarakat untuk tampil membuat laporan dan menolak budaya berdiam diri."Menurut data kita, kebanyakan kes berlaku di tempat kerja selain melibatkan individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa |
|
64 PATI ditahan dalam operasi bersepadu ESSCOM di Lahad Datu - Mygazette - 18/06 3:11 pm Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) turut mengeluarkan satu kompaun bernilai RM500 berkaitan kesalahan pembuangan sampah serta menyita pelbagai barangan jualan tanpa lesen yang dianggarkan bernilai RM1,150. Dalam perkembangan sama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas minuman keras tanpa lesen dan rokok seludup bernilai RM30,000 di bawah Akta Kastam 1967 |
|
Gangguan di Selat Hormuz tuntut TUDM lebih peka pertahan kedaulatan negara - Mygazette - 18/06 3:11 pm # Gangguan di Selat Hormuz tuntut TUDM lebih peka pertahan kedaulatan negara SUBANG - Gangguan laluan komunikasi laut di Selat Hormuz menuntut Tentera Diraja Malaysia (TUDM) menjadi lebih peka dan bersedia mempertahankan kedaulatan negara |
|
Gangguan Laluan Hormuz Tuntut TUDM Lebih Bersedia Pertahan Kedaulatan .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm # Gangguan Laluan Hormuz Tuntut TUDM Lebih Bersedia Pertahan Kedaulatan Negara Gangguan laluan komunikasi laut di Selat Hormuz menuntut Tentera Diraja Malaysia (TUDM) menjadi lebih peka dan bersedia mempertahankan kedaulatan negara. |
|
PRN Johor: Polis kenal pasti 39 kawasan panas?? PRN Johor: Polis kenal .. - Mygazette - 18/06 3:11 pm "Selain itu bagi memastikan PRN ini berjalan lancar, kontinjen Johor merangka penugasan operasi yang dibahagikan kepada lima fasa utama," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini. Beliau berkata, fasa pertama adalah melibatkan pra-PRN iaitu Polis Diraja Malayasia (PDRM) Johor memberi tumpuan terhadap pengumpulan risikan, penilaian ancaman keselamatan, pemantauan perkembangan politik semasa, pengenalpastian kawasan berisiko, pemeriksaan pusat penamaan calon dan pusat mengundi |
|
TUDM teliti rancangan ganti pesawat C-130 - Mygazette - 18/06 3:11 pm SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang meneliti rancangan menggantikan pesawat pengangkut C-130H yang sebahagian daripadanya telah berkhidmat hampir lima dekad |
|
TUDM rancang ganti pesawat C-130 seiring keperluan operasi - Sinarharian - 18/06 1:08 pm SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang untuk menggantikan pesawat pengangkut C-130 Hercules sedia ada selari dengan peningkatan keperluan operasi dan faktor usia aset berkenaan yang semakin uzur.Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata, perancangan itu diberi perhatian khusus memandangkan pesawat C-130 Hercules terawal yang diterima TUDM kini mencecah usia 50 tahun, manakala pesawat paling muda berusia 31 tahun.Beliau berkata, faktor peningkatan kos penyelenggaraan pesawat lama dan kelebihan teknologi serta kapasiti beban pada pesawat generasi baharu menjadikan penggantian C-130 satu keperluan, walaupun keupayaan model sedia ada itu telah terbukti."Tugas TUDM akan menjadi lebih besar dan lebih mencabar, justeru kita memerlukan asetyang berkeupayaan untuk melaksanakan tugastersebut," katanya kepada pemberita ketika Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-68 di sini pada Khamis.TUDM ketika ini memiliki 10 pesawat C-130 Hercules yang terdiri daripada beberapa varian.Muhamad Norazlan berkata, TUDM sedang menjalankan kajian bagi penggantian pesawat tempur pelbagai peranan dan penambahan pesawat tempur ringan (LCA) menjelang 2035 kerana aset sedia ada sekarang inidijangka berdepan isu keusangan dan sokongan penyelenggaraan pada masa tersebut.Selain itu, katanya,TUDM belum membuat ketetapan sama ada pesawat generasi 4.5, kelima atau keenam yang akan dipilih kerana perolehan aset baharu perlu mengambil kira Dasar Pertahanan Negara yang bersifat defensif.Sementara itu, Muhamad Norazlan memaklumkan kesiapsiagaan TUDM bagi menerima pesawat tempur ringan FA-50 kini berada pada tahap 90 peratus dengan kemudahan infrastruktur di Pangkalan Udara Kuantan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober ini.Katanya, enam juruterbang TUDM kini sedang mengikuti latihan penerbangan pesawat FA-50 di Gwangju Airbase, Korea Selatan bersama kumpulan sokongan teknikal dengan dua daripadamereka dijadualkan tamat latihan pada Oktober manakala baki empat lagi pada Disember ini."Apabila mereka balik, sudah boleh mula terbang, kita hanya perlu menubuhkan skuadron dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) mengikut keperluan TUDM," katanya.Muhamad Norazlan berkata, kehadiran FA-50 akan membolehkan TUDM melatih lebih ramai juruterbang secara tempatan sebelum mereka beralih kepada pesawat yang lebih canggih.Kementerian Pertahanan memeterai kontrak dengan Korea Aerospace Industries (KAI) pada 2023 bagi pemerolehan 18 buah pesawat FA-50dengan dua pesawat pertama dijangka diterima oleh pada Oktober ini, manakala selebihnya secara berperingkat |
|
'Poster boy' bukan jaminan jadi MB - Onn Hafiz - Sinarharian - 18/06 11:13 am Apabila rakyat dan Istana menyatakan bahawa kami telah menjalankan tugas dengan baik, pada saya ketika itulah kami boleh menganggap bahawa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan berjaya dicapai. "Tapi kalau satu daripadanya, sama ada Institusi Diraja ataupun rakyat memberi maklum balas kami tidak menjalankan tugas dengan baik, pada saya, kita tidak melakukan tanggungjawab yang baik |
|
Usaha cari kanak-kanak 8 tahun, Putra Faris diteruskan hari ini - Sinarharian - 18/06 11:12 am LABUAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki, Putra Faris Suhaimi, 8, yang dikhuatiri lemas di Sungai Ganggarak, Taman Perumahan Ganggarak Permai, diteruskan pagi ini selepas operasi malam tadi dihentikan atas faktor keselamatan.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abd Rahman Ali, berkata operasi pencarian pada malam Rabu ditangguhkan sekitar pukul 12 tengah malam berikutan keadaan lokasi yang gelap dan berisiko kepada anggota penyelamat.Menurut beliau, operasi hari kedua disambung semula kira-kira pukul 6 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi penyelamat.ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki lapan tahun dikhuatiri lemas"Seramai 64 anggota terlibat dalam operasi ini membabitkan JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata, operasi SAR turut menerima bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) selain sokongan sukarelawan penduduk kampung.Setakat ini, kawasan pencarian meliputi radius kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.Dalam kejadian petang semalam, Pusat Gerakan Operasi JBPM Wilayah Persekutuan Labuan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 6.36 petang.Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan kejadian berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada orang awam sebelum operasi SAR segera dilancarkan.Usaha mencari mangsa masih diteruskan sehingga kini.Kanak-kanak lelaki usia 8 tahun dikhutiri lemasLABUAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Ganggarak Permai di sini pada Rabu.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Abdul Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.36 petang.Beliau berkata, bomba mengesahkan mangsa sebagai Putra Faris Suhaimi, berusia lapan tahun.Abdul Rahman berkata, sebanyak 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Layangan digerakkan ke lokasi kejadian dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan setakat 9 malam.Pasukan bomba mengesahkan laporan orang awam bahawa seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai berkenaan |
|
TUDM perkukuhkan keupayaan pengawasan di Pulau Layang-Layang - Sinarharian - 18/06 10:27 am LABUAN -Keupayaan pengawasan pertahanan negara di Pulau Layang-Layang dekat sini akan terus diperkukuh menerusi pemasangan sistem radar baharu yang dijangka dapat meningkatkan pemantauan ruang udara dan perairan strategik di kawa san berkenaan.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penambahan sistem radar itu merupakan antara usaha kerajaan memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan barisan hadapan negara di Laut China Selatan.Menurut beliau, Pulau Layang-Layang kekal sebagai lokasi penting dalam memastikan Maritime Domain Awareness (MDA) negara berada pada tahap optimum melalui keupayaan pengesanan dan pemantauan berterusan."Lawatan kerja ini adalah untuk meninjau keadaan dan kesiapsiagaan stesen ini yang terletak di Pulau Layang-Layang, yang merupakan antara kawasan tuntutan bertindih sebagai sebahagian Kepulauan Spratly.Kawasan ini merupakan kawasan pertindihan tuntutan daripada negara China, Vietnam dan Filipina."Kehadiran ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan soal kedaulatan, keselamatan yang boleh dilakukan di kawasan ini dan secara berterusan," katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Stesen LIMA TLDM di Pulau Layang-Layang pada Selasa.Katanya, kehadiran pasukan keselamatan di kawasan berkenaan penting kerana ia melibatkan tuntutan beberapa negara tersebut."Ini adalah sebagai satu usaha kita menunjukkan bahawa ini adalah kawasan kita, kita akan mempertahankan kawasan ini."Kita dapat lihat pembangunan yang telah kita lakukan di pulau dan terdapat lima stesen di sekelilingnya di mana ia terletak di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," katanya.Menurut Mohamed Khaled lagi, Pulau Layang-Layang turut menjadi lokasi operasi pelbagai aset pemantauan termasuk sistem tanpa pemandu yang membantu pengawasan siang dan malam."Selepas ini kita akan memasang air defenceradar untuk meningkatkan lagi kawalan di kawasan ini."2029 siap |
|
ANKA-S jadi 'mata, telinga' negara di Laut China Selatan - Sinarharian - 18/06 10:11 am LABUAN - Keupayaan pengawasan dan pertahanan maritim negara diperkukuh apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima tiga aset Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) Medium Altitude Long Endurance (MALE) ANKA-S yang akan dioperasikan oleh No 11 Skuadron di Pangkalan Udara (PU) Labuan.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perolehan dan pengoperasian aset berkenaan merupakan satu langkah signifi kan dalam meningkatkan usaha menjaga keselamatan, pertahanan serta kedaulatan negara.Menurut beliau, kerajaan memperoleh tiga unit ANKA-S bernilai RM423.8 juta yang urut merangkumi stesen kawalan darat serta latihan kepada anggota selama dua tahun."Perolehan ANKA-S dan pemulaan operasinya akan dapat meningkatkan lagi usaha-usaha kita dalam menjaga pertahanan, keselamatan dan juga kedaulatan negara |
|
Siti Khadijah ikuti jejak langkah bapa sebagai tentera - Mygazette - 18/06 8:00 am "Malam sebelum kejadian itu, ada gambar ketika dalam latihan yang dikongsinya," katanya. Siti Zaiha yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang berkata, kali terakhir adiknya pulang ke rumah adalah selama dua hari, iaitu kira-kira seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu |
|
Jangan sampai biduk yang menumpang tentukan haluan nakhoda – Sultan .. - Mygazette - 18/06 8:00 am Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1448 Hijrah/2026 Masihi yang berlangsung di Laman Sejahtera Jelai, di sini hari ini yang dikongsikan menerusi kenyataan di laman Facebook Kesultanan Pahang. Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad serta Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin |
|
PDRM hantar pulang dua penjenayah kes letupan landasan kereta api di India - Mygazette - 18/06 8:00 am # PDRM hantar pulang dua penjenayah kes letupan landasan kereta api di India KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, menghantar pulang dua penjenayah buruan warganegara India yang dipercayai terlibat dalam kes meletupkan landasan kereta api di Patiala, Punjab, India pada 27 april lalu |
|
Minggu lepas cakap pasal nak memposisikan agamawan, minggu ni terus jadi! - Wrlr - 18/06 5:02 am Syam Ghaz Minggu lepas cakap pasal nak memposisikan agamawan, minggu ni terus jadi! Sempena sambutan Maal Hijrah tahun 1448H kalini, JKOM terus anjurkan program penghayatan nilai nilai Islam dengan menjemput Syeikh Haji Mohd Jamil Sadaqi bin Dato Mursyid Diraja Al-Marhum Syeikh Tajuddin Al-Jarumi bagi menyampaikan tazkirah agama dan solat hajat sempena tahun baru Islam kalini |
|
Tengku Mahkota Kelantan terima menghadap Fahmi Fadzil - Sinarharian - 17/06 11:34 pm KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menerima menghadap Menteri KomunikasiDatuk Fahmi FadzilMajlis berkenaanberlangsung di Istana Kota Lamadi sini danbermula pada5petang, pada Selasa.Media Pejabat Sultan Kelantan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan,sesi berkenaan bertujuan menyembah maklum kepada baginda mengenai perkembangan terkini serta laporan berkaitan skop tugas Kementerian Komunikasi.Antara perkara utama yang dipersembahkan termasukisu-isu semasa dan gejala akaun palsu yang semakin berleluasa dalammedia sosial, khususnya melibatkan penyebaran berita palsu serta kandungan negatif berkaitan institusi diraja.Dalam majlis yang berlangsung kira-kira sejam itu, Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Fahmi.Turut hadir pada majlis berkenaan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Komunikasi Mohamad Asif Afifi Mohd Yusof,Pegawai Pengiring kepada Menteri Komunikasi Tuan Ahmad Afifi Hamdan Tuan Aziz serta petugas Pejabat Menteri Komunikasi.Majlis itu turut dihadiri oleh pegawaikanan dari Pejabat Sultan Kelantan, dan diakhiri dengan sesi ramah mesra serta sesi bergambarbersama para dif jemputan |
|
Dua penjenayah warga India diburu dihantar pulang ke negara asal - Sinarharian - 17/06 9:28 pm KUALA LUMPUR - Dua penjenayah warga India yang diburu keranadipercayai terlibat dalam kejadian letupan di landasan kereta api di Patiala, Punjab pada 27 April lepas telah dihantar pulang atau deportasike negara ituoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata, tindakan itu dilaksanakan susulan permohonan bantuan daripada pihak berkuasa India untuk mengesan dan menahan kedua-dua individu berkenaan.Beliau berkata, operasi itu mencerminkan hubungan erat serta kerjasama berterusan antara Malaysia dan India dalam menangani jenayah berat yang melibatkan keselamatan serantau."Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan polis dalam membanteras jenayah rentas sempadan, di samping memperkukuh sinergi keselamatan padaperingkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.M Kumar berkata tindakan itu turut membuktikan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat perlindungan kepada mana-mana individu yang cuba melarikan diri daripada proses keadilan jenayah.Sebelum ini, suspek berkenaan dikehendaki oleh pihak berkuasa India berhubung insiden letupan bom jenis peranti letupan rekaan yang menyasarkan landasan kereta api utama di daerah Patiala.Suspek dipercayai menyusup masuk ke Malaysia pada penghujung April dan menyembunyikan diri di sekitar kawasan Lembah Klang bagi mengelak daripada dikesan.Hasil risikan intensif dan kerjasama maklumat antarabangsa, Bahagian National Central Bureau/ Interpol (D12) Bukit Aman berjaya mengesan kedudukan suspek di sekitar ibu negara dan melancarkan serbuan bagi menahan mereka |
|
Letupan di Kem Hobart: TDM hentikan latihan baling grenade, beri ruang siasatan - Sinarharian - 17/06 5:59 pm KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) menghentikan serta-merta pelaksanaan latihan membaling grenade dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), susulan kejadian letupan yang berlaku di Kem Hobart, Gurun pada Selasa.Latihan berkenaan dihentikan bagi memberi ruang sepenuhnya kepada siasatan.Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman, berkata latihan berkenaan dihentikan serta merta untuk semua cabang perkhidmatan dalam TDM bagi membolehkan siasatan dijalankan."Siasatan akan dikendalikan oleh pegawai bertauliah dari Lembaga Siasatan termasuk Unit Bahagian Letupan dan Bom |
|
Label Onn Hafiz sombong, Akmal Saleh 'tegur' PM - Sinarharian - 17/06 5:09 pm SHAH ALAM Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tampil mempertahankan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa rakyat memilih pemimpin yang tidak sombong.Menurut beliau, kenyataan itu menimbulkan persoalan sama ada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu merujuk kepada Onn Hafiz yang juga Pengerusi UMNO Johor."Saya ada satu persoalan kepada Perdana Menteri. Menteri Besar yang sombong ini siapa? Adakah yang dimaksudkan ialah Menteri Besar Johor hari ini, Datuk Onn Hafiz Ghazi?"Jika ya, saya ingin mengingatkan bahawa sebelum ini Onn Hafiz pernah digelar budak-budak, dituduh bersikap rasis, dikatakan pengkhianat dan tidak mengenang budi," katanya menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di media sosial pada Rabu.Anwar ketika menyampaikan ceramah di Johor baru-baru ini menggesa rakyat di negeri berkenaan memilih pemimpin yang bijak dan tidak sombong serta sealiran dengan Putrajaya bagi membolehkan suatu dasar dilaksanakan dengan mudah.Bagaimanapun, Onn Hafiz dalam kenyataan balasnya menegaskan, beliau bukan bersikap sombong seperti yang didakwa, sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab kepada institusi diraja dan memelihara kesejahteraan rakyat Johor.Tambah Muhamad Akmal, selain itu terdapat juga pemimpin kerajaan Persekutuan yang didakwa pernah memperlekehkan penampilan fizikal pemimpin nombor satu Johor berkenaan.Bagaimanapun, menurut beliau, Onn Hafiz itu tidak pernah membalas serangan berkenaan dengan kata-kata kesat atau penghinaan."Adakah Onn Hafiz pernah membalas dengan cacian dan makian? Jawapannya tidak."Apa yang beliau lakukan hanyalah mempertahankan prinsip sebagai pemimpin UMNO yang mendengar suara akar umbi, termasuk pendirian bahawa UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PH dalam Pilihan Raya Negeri Johor sebelum ini," katanya.Dalam masa sama, Muhamad Akmal mendakwa, Onn Hafiz berpeluang mengkritik kerajaan PH berhubung beberapa manifesto pilihan raya yang menurutnya belum dilaksanakan, namun memilih untuk tidak berbuat demikian."Onn Hafiz boleh sahaja menyerang balik dan membangkitkan isu manifesto yang belum ditunaikan, tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana fokusnya adalah untuk membangunkan Johor dan berkhidmat kepada rakyat," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri pihak yang sebenarnya bersikap sombong dan angkuh dalam arena politik negara."Kepada rakyat Johor dan rakyat Malaysia, anda boleh melihat sendiri siapa yang sebenarnya sombong dan siapa yang lebih gemar melabel serta menghina pihak lain |
|
Bapa tak sangka itu mesej terakhir Prebet Siti Khadijah - Mygazette - 17/06 3:22 pm Kira-kira 400 orang terdiri daripada rakan setugas dan ahli keluarga hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun, jam 10.57 pagi Selasa |
|
Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 2:23 pm KLUANG - Perbualan mengenai latihan membaling grenad yang dikongsi Prebet Siti Khadijah Sungip menerusi aplikasi WhatsApp sehari sebelum kejadian kini menjadi kenangan terakhir yang sukar dilupakan keluarganya.Kakak Allahyarham, Siti Zaiha, 39, berkata adiknya sempat berkongsi sekeping gambar ketika menjalani latihan menembak pada tengah malam 15 Jun dan memaklumkan bahawa latihan membaling grenad akan diteruskan keesokan harinya."Dalam perbualan itu dia beritahu esoknya masih ada latihan dan latihan membaling grenad akan bermula sekitar pukul 8 pagi.Menurut Siti Zaiha, adiknya sebelum itu memaklumkan bahawa dia sedang mengikuti latihan selama lapan hari yang melibatkan pelbagai modul termasuk latihan menembak dan membaling bom tangan."Seperti biasa, arwah aktif berhubung dengan kami dalam kumpulan keluarga. Dia ada berkongsi gambar ketika menjalani latihan malam sebelum kejadian," katanya sambil menahan sebak.Siti Zaiha yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan berkata, kali terakhir adiknya pulang ke rumah adalah kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.Pada pagi hari kejadian, arwah masih sempat menghantar pesanan kepada keluarga dan memaklumkan bahawa dia berada dalam kumpulan terakhir yang dijadualkan menjalani latihan membaling bom tangan."Dia beritahu lokasi latihan dan kami hanya mampu berpesan supaya berhati-hati.Dengar arahan jurulatih dengan teliti dan sentiasa fokus."Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa itu akan menjadi perbualan terakhir kami dengannya," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera"Namun kira-kira pukul 1 tengah hari saya menerima panggilan memaklumkan adik saya terlibat dalam kemalangan |
|
'Sejak kecil arwah minat tentera, mahu ikut jejak saya' - Bapa Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 1:56 pm KLUANG - Hasrat seorang pesara tentera untuk melihat anak bongsunya meneruskan legasi keluarga dalam angkatan tentera berakhir dengan tragedi, apabila Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, terkorban dalam latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah semalam.Bapanya Sungip Jais, 65, berkata, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada tujuh adik-beradik memilih menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM), kerana minat yang mendalam terhadap kerjaya ketenteraan selain mahu meneruskan legasi keluarganya."Dia memang minat tentera sejak kecil. Dia pernah beritahu mahu sambung legasi keluarga kerana saya juga bekas anggota Tentera Darat."Selepas tamat pengajian Diploma Kejuruteraan Awam (Jalan Raya dan Pengangkutan) di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading, dia terus memohon menyertai tentera," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Taman Sri Lambak, di sini hari ini.Sungip yang pernah berkhidmat dalam Rejimen Artileri Diraja (RAD) itu berkata, anaknya itu seorang yang amat rapat dengan keluarga dan pernah menyatakan hasrat untuk menangguhkan perkahwinan, kerana mahu menjaga kedua-dua ibu bapanya."Dia selalu cakap belum mahu fikir soal kahwin kerana mahu jaga mak dan ayah dahulu," katanya dalam nada sebak.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraSementara itu, kakak Allahyarham, Siti Zaiha, 39, berkata sekeping gambar yang dikongsi Allahyarham menerusi aplikasi WhatsApp pada tengah malam 15 Jun, kini menjadi kenangan terakhir keluarga.Beliau berkata, gambar berkenaan menunjukkan arwah sedang menjalani latihan menembak, yang menurutnya merupakan antara latihan paling menggembirakan sejak menyertai TDM tahun lepas."Dalam perbualan itu dia beritahu, esoknya masih ada latihan dan latihan membaling grenad akan bermula sekitar pukul 8 pagi."Namun kira-kira pukul 1 tengah hari saya menerima panggilan memaklumkan adik saya terlibat dalam kemalangan |
|
'Saya rasa sayang sangat tengok dia' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 10:28 am Hari Raya Aidilfiri dan Aidiladha pun tidak balik kerana bertugas."Hari itu saya rasa nak tengok dia dan rasa sayang. Saya tengok dia nampak lain, nampak segak," katanya dalam nada sebak.Fatimah berkata, dia hanya mengetahui mengenai tragedi yang meragut nyawa anaknya itu selepas menerima panggilan daripada menantunya kira-kira jam 12 tengah hari pada Selasa.Menurutnya, Allahyarham sememangnya meminati bidang ketenteraan sejak muda dan pernah menolak peluang pekerjaan lain demi mengejar cita-cita tersebut."Dulu selepas dapat keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dia dapat kerja di hospital tetapi dia lebih minat tentera," katanya lagi.Allahyarham Koperal Norazmi merupakan antara dua anggota yang terkorban dalam insiden letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart kira-kira jam 10.57 pagi Selasa.Seorang lagi mangsa yang maut ialah Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja.Jenazah Allahyarham Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra di Merbok kira-kira jam 5.25 pagi Rabu, manakala jenazah Siti Khadijah dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera |
|
Menteri Pendidikan Tinggi Lancar Buku UPSI Berduka, Rakam Insiden Gerik .. - Wrlr - 17/06 10:13 am Datuk Seri Dr. Zambry (tengah) ketika membaca Buku UPSI Berduka bersama beberapa pelajar insiden kemalangan bas Gerik yang terlibat pada Majlis Peluncuran Buku UPSI Berduka di Bilik DiRaja, Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI pada 16 Jun 2026 |
|
'Arwah selalu makan sikit tapi kali terakhir jumpa saya, dia makan banyak dan sangat berselera' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 9:42 am ALOR SETAR - Koperal Norazmi Abu Bakar, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun, semalam disifatkan sebagai seorang yang tegas, namun sangat menghormati dan sayang kepada ibu bapa dan keluarganya.Ibu Allahyarham Fatimah Ismail, 78, berkata, anak ketiga daripada lima adik-beradik itu tidak pernah melawan atau membalas kata-kata apabila ditegur, sebaliknya hanya mendengar dan berdiam diri."Kalau mak cik tegur atau marah, dia senyap sahajatidak menjawab atau membalas semula |
|
Adakah keputusan pilih suara majoriti Bangsa Johor jadikan saya sombong? Onn Hafiz - Sinarharian - 17/06 9:20 am JOHOR BAHRU Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mempertahankan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, sambil menegaskan langkah itu dibuat berdasarkan prinsip serta suara majoriti rakyat Johor.Beliau berkata, keputusan tersebut tidak seharusnya ditafsirkan sebagai sikap sombong atau enggan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan sebagaimana didakwa sesetengah pihak."Keputusan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi adalah satu keputusan yang sukar untuk diterima oleh YAB Perdana Menteri."Adakah keputusan saya dan kepimpinan BN memilih untuk berprinsip dan mendengar suara majoriti Bangsa Johor menjadikan saya seorang yang sombong?" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Kenyataan itu sebagai respons kepada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Muar yang dilaporkan menggesa rakyat Johor memilih kepimpinan negeri yang bijak, berprinsip, tidak sombong serta mampu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan.Mengulas perkara itu, Onn Hafiz menegaskan beliau tidak pernah menolak kerjasama dengan Putrajaya, malah sentiasa terbuka menerima pandangan dan bantuan demi kepentingan rakyat.Menurutnya, kerajaan negeri selama ini turut membantu pelbagai sektor di bawah bidang kuasa Persekutuan termasuk pendidikan, keselamatan, pertahanan dan kesihatan.Katanya, setiap tahun kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada sekolah dan bilik guru, selain membantu kemudahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), ibu pejabat polis daerah (IPD), kem tentera, hospital serta klinik kerajaan."Malah apabila hasil negeri meningkat, kerajaan negeri bukan sahaja memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam negeri, tetapi turut menghargai penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor."Bagi kerajaan negeri, yang lebih utama bukanlah kementerian atau kerajaan mana yang bertanggungjawab, tetapi sama ada rakyat Johor mendapat manfaat," katanya.Onn Hafiz turut menegaskan pelantikan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dibuat atas perkenan Sultan Johor, justeru kepimpinan negeri memikul amanah besar untuk menjaga kepentingan rakyat serta institusi diraja.Beliau berkata, kenyataannya bukan bertujuan mengungkit jasa kerajaan negeri, sebaliknya menjelaskan bahawa Johor sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan Persekutuan."Dengan rendah hati saya ingin bertanya, dalam perkara apakah kerajaan negeri Johor dikatakan tidak memberikan kerjasama, tidak menyokong atau tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan?" katanya. |
|
Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra - Sinarharian - 17/06 8:01 am MERBOK -Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, apabila jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra di sini, yang selesai sekitar jam 5.25 pagiRabu.Upacara pengebumian dilaksanakan mengikut istiadat ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penghormatan terakhir terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham.Kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, kenalan, pegawai dan anggota tentera hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.Jenazah anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja itu dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebaik sahaja selesai proses bedah siasat kira-kira jam 2.30 pagi.Jenazah kemudian dibawa ke rumah keluarga di Kampung Tupah Lama sekitar jam 3.35 pagi dan tiba di Masjid Al-Busyra kira-kirajam 4.20 pagi.Solat jenazah diimamkan Pegawai Staf Agama Briged Keenam Infantri Malaysia, Mejar Mohd Sobri Che Hassan.Simbolik Penyerahan Bendera diserahkan Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Wazir Syafiq Nodin kepada Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Fouzi Sulaiman sebelum ia diserahkan kepada isteri Allahyarham, Siti Fairus Mohamad Yussof, 38.Allahyarham Norazmi meninggalkan duaanak, Nurliana Danishah, 14, dan Muhammad Rizhan Darwish, 8.Sementara itu, seorang lagi mangsa terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Kedua-dua mangsa maut akibat insiden letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera |
|
Adakah keputusan pilih suara majoriti Bangsa Johor jadikan saya .. - Mygazette - 17/06 7:32 am Tegas Onn Hafiz, beliau tidak pernah sombong untuk bekerjasama dan tidak pernah angkuh untuk menerima pandangan atau bantuan. "Namun, kami mempunyai prinsip, amanah dan tanggungjawab kepada Institusi Diraja serta kesejahteraan rakyat Johor yang mesti dipelihara |
|
Kerajaan, MINDEF ucap takziah kepada keluarga dua anggota TDM - Sinarharian - 16/06 11:39 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia mendoakan agar ahli keluarga kedua-dua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan."Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Koperal Norazmi daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang terkorban dalam insiden berkenaan."Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Koperal Norazmi dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah, mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman," katanya menerusi hantaran di media sosial malam ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraTerdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan segera bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan |
|
Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera - Sinarharian - 16/06 10:17 pm Keterangan individu lain yang berkaitan akan disambung esok."Mereka yang dipanggil memberi keterangan termasuk jurulatih, rakan selatihan dan individu yang berada di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Selasa malam.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorJelas beliau, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).Menurutnya, kerjasama antara polis dan pihak tentera dalam mengendalikan siasatan berhubung tragedi berkenaan berjalan dengan baik."Siasatan diteruskan mengikut prosedur, malah saya percaya pihak tentera juga akan menjalankan siasatan dalaman mereka."Keutamaan ketika ini adalah menyelesaikan urusan bedah siasat kedua-dua mangsa yang sedang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," ujarnya.Baderulhisham berkata, perkara pertama yang perlu diselesaikan ialah urusan melibatkan kedua-dua jenazah dan pihaknya berharap proses bedah siasat dapat diselesaikan pada malam Selasa.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar atau rakaman berkaitan kejadian di media sosial bagi menghormati perasaan keluarga mangsa dan mengelakkan gangguan terhadap siasatan."Kita perlu menghormati keluarga mangsa dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan."Sekiranya gambar atau maklumat berkaitan kejadian ditularkan, ia mungkin sedikit sebanyak boleh mengganggu siasatan. Saya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden ini," katanya.Terdahulu, media melaporkan dua anggota tentera maut akibat letupan semasa menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun kira-kira tengah hari Selasa.Mangsa, Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sungai Petani, Kedah dan Johor. |
|
Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor - Sinarharian - 16/06 9:32 pm ALOR SETAR Jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun dijangka dikebumikan sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Sepupu mangsa, Sulaiman Mat Saad, 40, berkata, waktu sebenar pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat yang dijadualkan bermula pada jam 9 malam.Menurutnya, beliau dimaklumkan proses berkenaan akan dilaksanakan sebaik sahaja urusan pengecaman jenazah oleh ahli keluarga selesai."Saya dimaklumkan proses bedah siasat akan bermula sebaik proses pengecaman dibuat oleh ahli keluarga arwah," katanya ketika di Jabatan Forensik HSB di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianDia berkata, selepas selesai proses bedah siasat, jenazah anggota daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu akan dibawa ke Masjid Al Busyra Merbok di Sungai Petani untuk urusan pengebumian.Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa yang terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.Dalam kejadian itu, Koperal Norazmi dan Prebet Siti Khadijah mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.Kedua-dua anggota terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Jenazah kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke HSB untuk menjalani proses bedah siasat. |
|
Batik seludup RM1.76 juta dari Thailand dirampas - Sinarharian - 16/06 9:24 pm TUMPAT - Kegiatan penyeludupan kain batik dari Thailand yang dipercayai mahu dipasarkan sebagai batik bermutu tinggi Terengganu terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 8,800 helai kain bernilai RM1.76 juta dalam serbuan di Kampung Simpangan di sini pada Selasa.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan hasil kerjasama anggota risik, Task Force, Pos PK 4 Batalion 8 PGA dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pengkalan Kubor.Menurut beliau, operasi bermula kira-kira jam 7.30 pagi selepas pasukan keselamatan menjalankan pemantauan menggunakan dron di sebuah pangkalan haram di Nibong di sini."Hasil pemerhatian mendapati sebuah lori memasuki kawasan pangkalan haram tersebut sebelum sebuah perahu dari arah Thailand tiba membawa beberapa guni berwarna biru dan putih."Beberapa lelaki kemudian dilihat memunggah guni-guni berkenaan ke dalam bahagian belakang lori sebelum kenderaan itu bergerak keluar dalam keadaan mencurigakan," katanya pada Selasa.Ujar beliau, pasukan serbuan kemudian menahan lori jenis Isuzu Hicom berwarna putih dan melakukan pemeriksaan ke atas muatannya.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati guni-guni tersebut mengandungi 8,800 helai kain batik yang dipercayai diseludup dari Thailand.Katanya lagi, seorang pemandu lori berusia 32 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori menerima upah RM50 bagi menghantar muatan berkenaan."Kain batik tersebut dipercayai akan dihantar ke sebuah rumah di Pasir Tumbuh, Kota Bharu sebelum dipasarkan sebagai kain batik bermutu tinggi Terengganu."Bagaimanapun, suspek mendakwa tidak mengetahui destinasi sebenar pemasaran kain-kain tersebut," katanya.Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.Ujarnya, suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada JKDM Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut |
|
Isu 3R: Albert Tei dakwa DAP amal sikap dua darjat - Mygazette - 16/06 7:50 pm Menurut Albert, pemimpin DAP didakwa hanya memilih untuk memberikan nasihat apabila isu membabitkan individu atau pihak yang mempunyai kaitan dengan parti itu. "Jika kesalahan berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) melibatkan pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN) khususnya Pas, pemimpin DAP akan menggesa tindakan tegas dan hukuman berat dikenakan terhadap individu terbabit |
|
Agong titah siasatan menyeluruh 2 tentera maut terkena letupan bom Agong .. - Mygazette - 16/06 7:50 pm Baginda juga menegaskan supaya aspek keselamatan dalam setiap latihan dan operasi ketenteraan sentiasa diberi perhatian serius serta diperkukuhkan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang. MalaysiaGazette hari ini melaporkan Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi, hari ini |
|
KDN perkenal Pegawai Perhubungan Sekolah daripada tiga agensi - Utusan - 16/06 7:23 pm SEREMBAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan Pegawai Perhubungan Sekolah daripada tiga agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat |
|
Pasukan khas pantau 3R di PRN Johor, Negeri Sembilan - Sinarharian - 16/06 6:28 pm KOTA BHARU - Kerajaan akan menubuhkan pasukan khas bagi memantau penyebaran kandungan berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan bagi memastikan kempen berlangsung dalam suasana aman serta terkawal.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemantauan itu akan dilaksanakan melalui kerjasama rapat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Menurut beliau, kerjasama antara ketiga-tiga agensi tersebut bukan perkara baharu, sebaliknya telah lama dilaksanakan bagi membendung penyebaran kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat."Sebarang kandungan berunsur 3R yang disebarkan melalui media sosial termasuk siaran langsung atau rakaman video boleh dikenakan tindakan sekiranya menerima aduan dan didapati melanggar peruntukan undang-undang."Jika perkara itu berlaku secara fizikal ketika tempoh kempen, tindakan boleh diambil oleh pihak PDRM atau SPR mengikut bidang kuasa masing-masing," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Kelantan di sini pada Selasa.Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu, semua parti yang bertanding dinasihatkan supaya mengamalkan budaya politik matang serta berkempen secara sihat tanpa memainkan isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat.Ujarnya, semua pihak perlu menghormati batas undang-undang dan memastikan kempen pilihan raya tertumpu kepada agenda pembangunan serta kebajikan rakyat."Kita mahu proses demokrasi berjalan dengan baik tanpa sebarang unsur yang boleh mengancam perpaduan dan keharmonian negara," katanya. |
|
Video nahas helikopter TLDM disalah guna dalam hantaran kematian Oliver Tree - Kosmo - 16/06 6:23 pm PETALING JAYA Tindakan sebuah akaun media sosial memuat naik video lama insiden pertembungan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil mengaitkannya dengan kemalangan yang meragut nyawa seorang penyanyi antarabangsa, Oliver Tree mengundang kecaman rakyat Malaysia |
|
Orang ramai ‘termenung’ lihat 5,000 peket minyak masak .. - Mygazette - 16/06 5:46 pm "Operasi pembersihan segera dijalankan berikutan longgokan kotak minyak masak yang tumpah mengganggu lalu lintas dan berpotensi membahayakan pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Operasi yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya dikawal pada jam 2 petang |
|
Operasi TRO 4.0 sasar 1,425 pendaftar cukai kemuka penyata tanpa bayaran - Mygazette - 16/06 5:46 pm # Operasi TRO 4.0 sasar 1,425 pendaftar cukai kemuka penyata tanpa bayaran KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melancarkan Trace and Recovery Operation (TRO) 4.0 (Penyata Tanpa Bayaran) Siri 1/2026 yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula semalam hingga 28 Jun ini |
|
Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci - Mygazette - 16/06 5:46 pm # Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya, Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi, hari ini |
|
Dua tentera maut terkena bom di Kem Hobart, Gurun – Polis - Mygazette - 16/06 5:46 pm Difahamkan, mangsa yang merupakan seorang anggota lelaki dan seorang wanita meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah. Dalam perkembangan terkini petang ini,Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya, Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi tadi |
|
Pasukan khas diwujudkan pantau isu 3R di PRN Johor, Negeri Sembilan-Fahmi Fadzil - Utusan - 16/06 5:41 pm KOTA BHARU: Sebuah pasukan khas akan diwujudkan bagi menjalankan pemantauan terhadap penyebaran kandungan berunsur 3R (agama, kaum dan raja) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, selain itu kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus memperkukuh .. |
|
Agong zahir takziah dua anggota tentera maut letupan bom di Kem Hobart - Sinarharian - 16/06 5:18 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden letupan bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, hari ini.Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat sukar itu."Al-Fatihah buat dua anggota yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada, titah Seri Paduka Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Sultan Ibrahim turut menitahkan ATM supaya menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian selain memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi perhatian utama dan diperkukuhkan.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia memaklumkan mangsa ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD).Kedua-dua anggota berkenaan yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani |
|
Insiden dua anggota tentera maut berlaku ketika latihan baling grenad - Utusan - 16/06 5:12 pm SUNGAI PETANI: Dua anggota Tentera Darat yang maut akibat terkena letupan bom disahkan sedang mengikuti latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun |
|
TDM Sahkan 2 Anggota Tentera M*ut Terkena B*m Tangan Ketika Latihan Di Kem Hobart - Lobakmerah - 16/06 5:00 pm Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya terkorban akibat terkena bom tangan ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi. Menurut kenyataan TDM, kejadian berlaku kira-kira jam 10.57 pagi ketika Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia sedang dijalankan |
|
Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian - Sinarharian - 16/06 4:46 pm SUNGAI PETANI - Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian membabitkan dua anggota tentera terkorban semasa latihan di Lapang Sasar, Kem Hobart termasuk merakam keterangan saksi kejadian.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama semua pihak berhubung insiden terbabit."Polis akan membuka satu kertas siasatan bawah kematian mengejut SDR dan kita akan dapatkan kerjasama daripada semua pihak untuk kita menjalankan siasatan di tempat kejadian serta merakam percakapan saksi-saksi yang ada ketika itu."Kedua-duanya sedang menjalani latihan menggunakan senjata berat ketika kejadian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini pada Selasa.Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani."Bagaimanapun, setibanya di hospital, kedua-duanya disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui pada Selasa.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa tertumpu pada bahagian atas badan iaitu dari pinggang ke atas.Menurutnya, seorang mangsa berusia 24 tahun manakala seorang lagi berusia 40 tahun.Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.Sementara itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, insiden berlaku ketika latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia, pada jam 10.57 pagi.Dua anggota yang terlibat iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan. |
|
Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad - Sinarharian - 16/06 4:30 pm GURUN - Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) maut dalam insiden semasa latihan membaling grenad di Kem Hobart di sini pada Selasa.Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Darat dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu berlaku ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia.Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.57 pagi itu melibatkan Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja serta Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian"Kedua-dua anggota mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan."Dua mangsa terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital," menurut kenyataan itu pada Selasa.Menurut kenyataan sama, jenazah kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menjalani bedah siasat.Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman menzahirkan rasa dukacita atas pemergian kedua-dua anggota berkenaan serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianBeliau turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.Dalam pada itu, Azhan mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."TDM memberi jaminan bahawa aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Tentera Darat Malaysia," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |